peperiksaan percubaan sijil pelajaran · pdf filekertas soalan ini mengandungi 15 ... 16...

15
1249/1 SULIT 1249/1 Sejarah Kertas 1 Ogos 2007 1 jam SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 SEJARAH Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan. 4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan. 5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak 1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT [Lihat Sebelah

Upload: dangliem

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 1 1249/1 SULIT 1249/1 Sejarah Kertas 1 Ogos 2007 1 jam

SEKTOR SEKOLAH BERASRAMA PENUH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

SEJARAH

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan. 4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan. 5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT [Lihat Sebelah

Page 2: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 2

1 Civilization berasal daripada bahasa Greek dan mempunyai kaitan dengan konsep

tamadun. Apakah maksud civilization?

A Bandar

B Daerah

C Kawasan

D Perkampungan

2 Fungsi tulang oracle adalah untuk

A mengubati penyakit

B menjamin kedaulatan raja

C meramal sesuatu keadaan

D menghasilkan barangan kayu

3 Bagaimanakah pemerintahan Pompei dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk penduduk bandar?

A Menggali lebih banyak perigi

B Membina sistem saliran bawah tanah

C Memproses air laut menjadi air minuman

D Mengehadkan penggunaan air kepada rakyatnya

• Fizikal • Kemahiran

4 Mengapakah aspek di atas penting dalam sistem pendidikan di Sparta?

A Membentuk rakyat yang sihat

B Melahirkan warganegara yang setia

C Menerapkan amalan hidup yang riang

D Menghasilkan masyarakat yang seimbang

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 3: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 3

5 Kegiatan pertanian kerajaan Angkor pesat berkembang dengan adanya usaha-usaha

berikut.

I Meningkatkan perdagangan hasil pertanian

II Mempelbagaikan ekonomi sara diri

III Membina dan mengurus pengairan

IV Menambah hasil padi

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

6 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

I Sumber protein

II Sumber pengairan

III Membekalkan air minuman

IV Menjadi laluan perhubungan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

7 Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak.

Apakah kesan amalan tersebut?

A Keruntuhan akhlak

B Peperangan sesama kabilah

C Kemunculan semangat assabiah

D Penindasan terhadap golongan lemah

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 4: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 4

8 Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

I Semua amalan tradisi ditinggalkan

II Bertentangan dengan sistem sosial

III Salah faham terhadap tugas nabi

IV Berbeza dari segi kepercayaan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

9 Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berlandaskan

I adat

II keadilan

III musyawarah

IV semangat assabiyah

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

10 Siapakah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang menyamar di tempat tidur baginda semasa berhijrah ke Madinah?

A Ali bin Abi Talib

B Abdullah bin Arqat

C Abu Bakar al-Siddiq

D Umar bin al Khattab

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 5: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 5

11 Takwim Islam kini adalah berasaskan kiraan tahun Hijrah. Takwim ini mula

digunakan sewaktu pemerintahan khalifah

A Ali bin Abi Talib

B Uthman bin Affan

C Abu Bakar al Siddiq

D Umar bin al Khattab

12 Antara yang berikut, manakah kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia?

I Perluasan kawasan pemerintahan Islam

II Penguasaan laluan perdagangan Islam

III Perluasan kawasan penyebaran Islam

IV Penguasaan pendidikan agama Islam

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

• Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara telah

lama wujud. • Gujerat menjadi pelabuhan penting di India.

13 Maklumat di atas berkaitan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Siapakah tokoh yang mengemukakan bukti tersebut?

A S.Q. Fatimi

B John Crawford

C Snouck Hurgronje

D Emanuel Gadinho Eredia

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 6: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 6

Konsep daulat tidak wujud secara bertulis tetapi dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai.

14 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah daulat begitu penting kepada institusi

kesultanan Melayu?

I Mengukuhkan institusi kesultanan

II Mengikat golongan rakyat dengan pemerintah

III Mengangkat kedudukan sultan ke tahap tinggi

IV Menimbulkan penghormatan rakyat

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

15 Institusi gereja dikatakan mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman

Gelap kerana

A ahli gereja setaraf dengan raja

B aktiviti gereja dikawal oleh pembesar dan raja

C mempunyai jumlah tanah yang luas berbanding dengan raja

D menumpukan amalan agama dan ilmu akhirat

16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan saintis pada zaman Renaissance di Eropah.

Siapakah golongan patron?

A Penggiat seni

B Pedagang kaya

C Penguasa gereja

D Penduduk tempatan

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 7: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 7

Lord Townshend

17 Apakah sumbangan tokoh di atas dalam bidang pertanian?

A Mencipta alat menggali

B Mencadangkan penggunaan baja

C Menggalakkan pemagaran tanah awam

D Memperkenalkan sistem penggiliran tanaman

18 Antara berikut, manakah ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British?

I Modal kecil

II Buruh terhad

III Pasaran luas

IV Sara diri

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

19 Antara tanaman komersial yang telah digalakkan oleh British di Tanah Melayu ialah

I getah

II padi

III kopi

IV tebu

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

[Lihat Sebelah

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 8: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 8

Pada 25 November 1913, Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.

20 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah Tanah Simpanan Melayu dikatakan

tidak mempunyai nilai komersial?

A Tidak sesuai untuk kegiatan perladangan

B Terletak di kawasan yang mundur

C Kebanyakan tanah tidak subur

D Keluasan kawasan yang terhad

21 Apakah faktor yang mempengaruhi petempatan masyarakat di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British?

A Berdasarkan pengaruh ketua kaum

B Dipengaruhi oleh faktor geografi

C Ditetapkan oleh kuasa penjajah

D Mengikut fungsi ekonomi

22 Antara berikut, yang manakah membuktikan ketidakjujuran imperialis Barat dalam tugas mereka mentamadunkan penduduk Asia Tenggara?

I Penduduk peribumi tidak dilibatkan dalam pentadbiran negara

II Eksploitasi dan diskriminasi terhadap penduduk tempatan

III Tanah jajahan tidak ditadbir penjajah seperti negara asal

IV Hasil tempatan dikuasai penjajah

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 9: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 9

[Lihat Sebelah

Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Encomienda untuk mentadbir Filipina pada peringkat tempatan yang diketuai oleh Encomiendero.

23 Merujuk pernyataan di atas, mengapakah penduduk Filipina tidak menyenangi Sistem Encomienda?

I Kerahan tenaga

II Mengenakan cukai yang tinggi

III Menjejaskan kegiatan ekonomi mereka

IV Kehilangan hak istimewa

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

24 Mengapakah pengenalan sistem pendidikan Barat turut membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan?

I Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar

II Pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan

III Pendidikan Barat telah menghakis kepentingan pendidikan tradisional

IV Peluang pendidikan kepada penduduk tempatan hanya pada peringkat rendah

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 10: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 10

• Mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam • Menjadi Presiden Vietnam Utara • Pemimpin Parti Komunis Vietnam

Tokoh Y

25 Merujuk maklumat di atas, siapakah tokoh Y?

A Nguyen Thai Hoc

B Ho Chi Minh

C Phan Boi Chau

D Maharaja Bao Dai

Pada bulan Mei 1928, kumpulan petani telah menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan berjaya mendudukinya.

26 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah punca serangan tersebut?

A British menghapuskan kuasa pembesar negeri

B British mengugut untuk menurunkan takhta sultan

C Penduduk mahu mengusir British dari Terengganu

D Penduduk tidak berpuas hati dengan undang-undang Barat

Tahun 1939

Gerakan Separa politik

Persatuan Kesatuan Melayu Muda

27 Apakah tujuan penubuhan persatuan di atas?

A Menghalau British dengan kerjasama Jepun

B Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu

C Menggabungkan tenaga intelektual Melayu

D Memajukan sosioekonomi orang Melayu

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 11: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 11

Pada 28 Februari 1991, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyampaikan ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia

28 Hasrat yang ingin disampaikan oleh beliau dalam majlis tersebut adalah untuk

membina

A negara Malaysia

B bangsa Malaysia

C kaum di Malaysia

D budaya di Malaysia

Perundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditentang oleh golongan orang dagang dan radikal Melayu.

29 Mengapakah golongan di atas menentang cadangan tersebut?

A Kedudukan mereka terancam

B Pandangan mereka tidak diambil kira

C Ketiadaan wakil dalam jawatankuasa kerja

D Prinsip kerakyatan jus soli tidak akan dilaksanakan

30 Keturunan Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London selepas Perang Dunia Kedua.

Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?

I Kesihatan terganggu

II Penggantinya tidak layak

III Penentangan penduduk tempatan

IV Kekurangan modal untuk mentadbir

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 12: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 12

[Lihat Sebelah

31 Matlamat Suruhanjaya Reid yang telah ditubuhkan pada tahun 1956 adalah

A merangka sistem pendidikan

B mengkaji pentadbiran negara

C meninjau sokongan rakyat

D menyusun perlembagaan

32 Apakah isu yang diambil kira dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?

I Kepentingan agama Islam

II Kedudukan Raja-Raja Melayu

III Membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat

IV Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

33 Merujuk pernyataan di atas, alasan yang mendorong Lee Kuan Yew mendesak penggabungan tersebut adalah

A menghadapi ancaman komunis

B memperlihatkan semangat setia kawan

C mewujudkan kerjasama ekonomi serantau

D menghapuskan rancangan parti berhaluan kiri

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 13: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1

SULIT

13

[Lihat Sebelah

34 HICOM (Perbadanan Industri Berat Malaysia) ditubuhkan untuk mengembangkan

perindustrian berat di negara ini. Projek utama HICOM adalah menubuhkan Kilang

I Kereta Nasional PROTON di Shah Alam

II PERWAJA di Terengganu

III MDF Merbok di Kedah

IV Simen oleh Kedah Cement Sdn. Bhd. di Langkawi

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

35 Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara Eropah?

A Mengeratkan kerjasama

B Memulakan era perindustrian

C Menamatkan sistem pemerintahan beraja

D Memulakan persaingan mendapatkan tanah jajahan

• Blok Kapitalis - Demokratik • Blok Komunis - Diktator

36 Mengapakah persaingan antara blok di atas dikenali sebagai Perang Dingin?

A Tidak wujud konflik bersenjata secara langsung

B Perlumbaan kedua-dua blok dalam pembinaan senjata nuklear

C Tiada kerjasama kedua-dua blok dalam isu perlumbaan senjata

D Persaingan dalam menyebarkan pengaruh ke seluruh dunia

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh

Page 14: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 14

Malaysia mengamalkan konsep perpaduan dan komited terhadap hak asasi manusia.

37 Apakah bukti Malaysia mengamalkan pendirian di atas?

A Menggubal dasar luar anti komunis

B Menentang penyalahgunaan dadah

C Menyokong perjuangan Palestin

D Menentang Dasar Apartheid

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ZOPFAN

38 Mengapakah konsep di atas penting kepada negara-negara ASEAN?

A Pengukuhan kuasa serantau

B Terlibat dalam perluasan kuasa

C Mengurangkan ancaman komunis

D Bebas daripada persengketaan dunia

Koridor Raya Multimedia (MSC) meliputi kawasan Kuala Lumpur City Center sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

39 Merujuk pernyataan di atas, manakah kawasan yang terletak di Koridor Raya Multimedia?

I Sekolah Seri Puteri

II Pusat Pentadbiran Putrajaya

III Universiti Industri Selangor

IV Taman Teknologi Malaysia

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT

Page 15: PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN · PDF fileKertas soalan ini mengandungi 15 ... 16 Patron memainkan peranan penting dalam menaungi golongan seni dan ... 27 Apakah tujuan penubuhan

SULIT 1249/1 15

40 Antara berikut, manakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat k-masyarakat?

I Menubuhkan sekolah bestari

II Mementingkan teknologi maklumat

III Menggalakkan pendidikan swasta

IV Mengutamakan pekerja profesional asing

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 © 2007 Hak Cipta Sektor Sekolah Berasrama Penuh SULIT