jabatan agama islam wilayah persekutuan · mudah-mudahan dengan kesungguhan membangunkan taqwa di...

12
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH AIDILADHA Tajuk : AIDIL ADHA: DI MANAKAH PENGORBANAN KITA? Tarikh Dibaca : 10 ZULHIJJAH 1440H/ 11 OGOS 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: trinhhanh

Post on 29-Aug-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH AIDILADHA

Tajuk :

AIDIL ADHA: DI MANAKAH PENGORBANAN KITA?

Tarikh Dibaca :

10 ZULHIJJAH 1440H/

11 OGOS 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

1

AIDIL ADHA: DI MANAKAH PENGORBANAN KITA?

KHUTBAH KHAS AIDIL ADHA 11 Ogos 2019M/ 10 Zulhijjah 1440H

، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر مد.الل ه أكبر، ولل ه الح

ه ال ذي مد لل أ الح ن م ع ع ى ع ل اد ب ه ب ن ك م ع ث ة ير ل ا ت د ع و ا ت ل ح ص ج ى، و ل ع ل ل ؤ م م ين ن م و اس م م و ات ط ح ت ك ذ ر م ه م أ ب آخ ال ر ر ة أ ال و ، ولى ع أ ال جعل و ي اد م و م اس ل ل ف ح ر ل الص و ة ك لذ او ر ى، و ي ز ن ا ب ه ح ل او ر ك الذ ة و ال ع ب اد ة ق الت و .ىو

مد والن عمة لك يك، إن الح يك لك لب يك لا شر يك، لب هم لب يك الل يك لب والملك، لا شر .لك

أن ل إل ا إلأشهد ه ا الل ه هم و لل ورسوله، ا دا عبده أن محم يك له، وأشهد لا شر حده وسل م د وعلى سي د على صل د ين.لى يوم الإ له وصحبه ومن دعا بدعوته آنا محم

قوا الل ا بعد، فيا عباد الل ه، ات أم كم ت تقوى الل ه وطاعته لعل اي ب وصيكم وإي ون.ه، أ فل

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڭڭ ڭ ۓ ۓ ےےۀہہہہھھھھ

ې ۉ ۉ ۅ ۋۅ ۋٴۇ ڭۇۆۆۈۈ

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

2

Memulakan khutbah Hari Raya Aidil Adha pada pagi ini, khatib ingin

berpesan agar bersama-sama kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT

dengan bersungguh-sungguh membangunkan syariat di segenap ruang

kehidupan, menjunjung tinggi perintah Allah SWT dan menjauhi segala

larangan. Mudah-mudahan dengan kesungguhan membangunkan taqwa di

dalam jiwa, kita akan meraih kasih dan keredhaan Allah SWT yang menaungi

kehidupan kita di dunia, serta membawa kesejahteraan abadi di akhirat sana.

Bersempena dengan hari raya Aidil Adha pada pagi ini, khatib akan

membicarakan khutbah bertajuk “Aidil Adha, Di manakah Pengorbanan

Kita?”.

لل ه أكبر، لل ه أكبر، ا لل ه أكبر، ا مد، ا ولل ه الحSidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Di pagi Aidil Adha ini juga, marilah kita melafazkan pujian dan kesyukuran

kepada Allah SWT yang masih mengizinkan kita untuk bernafas meneruskan

hidup dalam suasana yang nyaman dan harmoni. Bersama kurniaan iman

dan Islam yang digenggam erat, kita berdoa semoga segala nikmat ini dapat

memujuk jiwa kita mensyukuri Maha Pengurnia, dengan gigih melazimi

ketaatan dan tabah menghindari kemungkaran. Sesungguhnya, itulah bukti

sebenar sebuah kesyukuran.

Sedarlah, Aidil Adha hadir membawa seribu rahmat dan kelebihan. Bersama

kisah yang memaparkan tingginya nilai pengorbanan dan kehambaan, ia

membekalkan ibrah yang menitip keampunan dan kasih Allah kepada para

Ibadur Rahman.

Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari raya Korban. Ia sejajar dengan kisah

pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Ismail ‘Alaihimassalam dalam

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

3

membuktikan ketaatan dan kehambaan. Dari situlah datang syariat ibadah

korban binatang ternakan yang perlu dijayakan oleh kaum Muslimin

bersempena hari raya ini. Gabungan sejarah pengorbanan dan tuntutan

berkorban inilah yang menjadikan hari raya Aidil adha mampu memberi

kesan yang mendalam pada jiwa insan yang menghayatinya.

Namun, apalah ertinya sejarah agung pengorbanan ini kita bicarakan, jika

kita tetap bersikap dingin dengan ibadah korban yang saban tahun

dianjurkan, sedangkan kita berkemampuan?

لل ه أكبر، لل ه أكبر، ا لل ه أكبر، ا مد، ا ولل ه الحKaum Muslimin yang dikasihi,

Sesungguhnya, Aidil Adha adalah lambang kesungguhan hamba mencari

keredhaan Tuhan dengan melaksanakan pelbagai bentuk pengorbanan.

Walau di mana kita berada, kita sewajarnya dapat menghayati roh

pengorbanan yang menjadi syiar hari raya ini.

Nun di sana, di bumi bertuah Makkah al-Mukarramah jutaan umat Islam

berkorban harta, masa dan tenaga demi menyempurnakan ibadah haji yang

disyariatkan. Di sana sini, kaum Muslimin yang lain seluruh dunia

mengorbankan sebahagian harta untuk menyempurnakan ibadah korban.

Kita dituntut untuk berkorban bermula dari pengorbanan harta yang kita miliki

sebagai menjayakan Aidil Adha sebagai langkah mula sebelum

mempersembahkan korban yang lebih besar setelah menyempurnakan

ketaatan.

Jumhur ulama berpendapat bahawa hukum ibadah korban adalah sunat

muakad dan besar ganjaran pahalanya. Begitulah sinonimnya agama ini

dengan pengorbanan. Lihatlah betapa seriusnya Rasulullah menyarankan

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

4

agar kita melaksanakan ibadah korban sebagaimana Hadis riwayat Imam

Ahmad daripada Abi Hurairah RA, baginda bersabda:

انا بن مصل من وجد سعة فلم يضح فلا يقر

Maksudnya : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan (berkemampuan)

tetapi dia tidak melakukan ibadah korban, maka jangan sekali-kali dia dekati

tempat solat kami ini.”

Hadis ini memberi gambaran bahawa ibadah korban sangat penting dan

besar peranannya. Ibadah ini amat dituntut, terutama ke atas umat Islam

yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Sedarlah, selagi kita belum bersedia untuk mengorbankan sebahagian

daripada apa yang Allah kurniakan kepada kita, kita sebenarnya masih jauh

dari jalan-jalan keimanan dan ketaqwaan. Jika sedikit harta pun belum

mampu kita korbankan, bagaimana mungkin kita mampu untuk

mengorbankan jiwa di jalan Allah SWT..

لل ه أكبر، لل ه أكبر، ا لل ه أكبر، ا مد، ا ولل ه الحSaudara-saudaraku yang dimuliakan,

Sesungguhnya ibadah korban mengandungi hikmah yang begitu luas yang

perlu difahami oleh setiap umat Islam. Hikmah-hikmah inilah yang akan

menjadi pendorong dan membentuk keazaman di dalam jiwa untuk

menyempurnakan ibadah korban. Di antaranya ;

Pertama : Menyemai ketaqwaan ke dalam diri dengan mengutamakan

ketaatan dan cinta kepada Allah SWT mengatasi cinta kepada selainnya.

Inilah yang dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya di dalam Surah AlHajj

ayat 37:

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

5

ۆئ ۇئۇئ ائەئەئوئ ائ ى ى ې ې ې

ىئ ىئىئ ېئېئېئ ۈئ ۈئ

Bermaksud: “Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak

pula darah-darahnya, tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari

kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya

kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan

hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Kedua : Menghayati dan meraih ganjaran ibadah agung ini. Inilah yang

dimaksudkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada

Zaid bin Arqam, dia berkata:

: قالوا: يا رسول الل ه ، ما هذه الأضاحي ؟ قال براهيم، قالوا : ما لنا ف يكم إ ة أب هيها سن وف ؟ قال : ؟ قال ش : بكل شعرة حسنة، قيل : يا رسول الل ه ، فالص عرة من لكل

وف حسنة .الص Bermaksud: “Para Sabahat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah ertinya

sembelihan korban ini? Rasulullah SAW menjawab: “Ia sunnah bapa kamu

Ibrahim.” Mereka bertanya: Apa yang akan kami perolehi daripadanya?”

Rasulullah menjawab: Bagi setiap helai rambut satu kebajikan.” Mereka

bertanya lagi : “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?”

Rasulullah menjawab : “Bagi setiap helai rambut dan bulu halusnya satu

kebajikan.”

Ketiga : Membentuk jiwa berkorban dan mengasihi insan lain. Dengan

ibadah ini kita dapat memberi dan mengagih-agihkan nikmat kepada insan

lain yang serba kekurangan. Imam Asy-Syafie menganjurkan agar orang

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

6

yang menyembelih korban tidak mengambil lebih dari satu pertiga daging

korban tersebut, satu pertiga diagihkan kepada kaum kerabat dan satu

pertiga untuk fakir miskin. Oleh itu dalam proses pengagihan daging korban

perlulah dipastikan semua fakir miskin di kariah kita diutamakan dalam

senarai penerima agihan daging korban ini. Firman Allah SWT di dalam

Surah Alhajj ayat 28:

ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ

ہ ہ ہ ہ ھ ھ ۀۀ

Bermaksud: “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang

mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut

nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada

mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan

yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu

dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Inilah hakikat sebenar Aidil Adha, hariraya yang menuntut pengorbanan dari

setiap diri umat Islam. Setiap umat Islam, seharusnya mengambil sikap

prihatin dan bersedia berkorban dalam menghulurkan bantuan kepada

seluruh umat Islam yang hidup dalam kesusahan lebih-lebih lagi saudara-

saudara seislam kita yang sedang menghadapi pergolakan di serata dunia.

Berkorban dan membantu mereka mengikut kemampuan sama ada dengan

wang ringgit, tenaga, buah fikiran, doa dan sebagainya. Semoga dengan

secebis pengorbanan yang kita hulurkan, ia tetap dinilai sebagai amal soleh

dan sebagai bukti kejujuran iman kita kepada Allah SWT.

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

7

Semoga khutbah Aidil Adha ini dapat menyuntuk kesedaran dan keinsafan di

jiwa kita semua. Antara pengajaran yang dapat diambil dari khutbah Aidil

adha hari ini ialah :

Pertama : Aidil Adha adalah lambang pengorbanan setiap hamba kepada

Tuhannya. Sambutlah hariraya ini dengan apa jua bentuk pengorbanan di

batas kemampuan.

Kedua : Berusahalah melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT terhadap

nikmat rezeki yang telah dikurniakan-Nya. Kongsikanlah sebahagiaan

daripadanya dengan insan-insan lain yang memerlukan.

Ketiga : Hayatilah roh dan syiar perayaan Aidil Adha ini. Sesungguhnya

tahap kejujuran iman kita kepada Allah SWT dapat diukur dengan sejauh

mana kesediaan kita untuk berkorban demi mentaati perintahNya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Haj ayat 34 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ژڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ

گ گ گ کڑ ڑ ک ک ک

Bermaksud : “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan

(korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak

yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan

yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepadaNya. dan berilah

kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

8

با ول كم يرك الل ه ل اكم بما فيه من الآيات والذ ك ب ر القرءآن العظيم، ونفعنى وإي ل من ي الحكيم، وتقب ميع العليم، أقول قول ه هو الس هذا، وأستغفر يومنكم تلاوته، إن

الل ه يالعظيم ل ئر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغف روه ول كم، ولساحيم. ه هو الغفور الر إن

، لا إله إلا الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر مدل الل ه والل ه أكبر، الل ه أكبر ول .ه الح

KHUTBAH KEDUA

ا لالل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، لا إله إ مد.الل ه والل ه أكبر، الل ه أكبر ولل ه ال ح

ول مد لل ه ي الح الح ين، وال الص ل عاقبة قين، ول ا عدوان إل لمت المي ا على الظ ل اة ن، والص ل اس أجمعين، والس الن على إمام المرسلين، وقدوة وأ ام وعلى آله ومن ت صحابه هم بع

.بإحسان إلى يوم الد ين

أن أشهد ا إل ل إلا الل ه أن سي دنا ه يك له، الملك الحق المبين، وأشهد شر لا وحدهدا عبده ورسو أمين.له، صادق الوعد ال محم

ا أم قو بعد، فيا عب ا الل ه اد الل ه، ات كم ت تقوى الل ه وطاعته لعل اي ب وصيكم وإي ون.أ فلKaum Muslimin yang berbahagia,

Takbir dan tahmid yang kita laungkan di hari raya ini adalah manifestasi

kesyukuran hamba kepada Tuhannya. Marilah kita menghayatinya untuk

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

9

menyemai rasa syukur kepada Allah SWT yang saban hari mengurniakan

pelbagai nikmat kepada kita, khususnya nikmat keamanan dan keharmonian

yang dikecapi sehingga hari ini. Dengan semua nikmat inilah, kita dapat

berhimpun pada pagi ini di masjid-masjid dan surau di seluruh negara, untuk

sama-sama melaungkan takbir Aidil Adha. Justeru, di samping

menyempurnakan tuntutan ibadah korban, seluruh umat Islam yang dituntut

untuk terus bertakbir membesarkan Allah SWT sepanjang hari ini dan di hari-

hari tasyriq sehingga menjelang maghrib 13 Zulhijjah nanti.

Pada hari ini juga, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam

ke atas Baginda Nabi SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat

56:

ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ

ڇ

Maksudnya : ”Sesungguhnya Allah SWT dan malaikatNya berselawat

(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad

SAW). Waqhai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya

serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم بارك على سي و براهيم دنا إ ا باركت آسي د كم دنا محم ل سي دنا ع لى سي

براهيم وعلى ك حميد مجيد.آإ ين إن م براهيم في العال دنا إ ل سي

اشدين لفاء الر هم عن الخ وارض الل و ن ع ب ي ق حابة أجمعين، ة الص و الت ن ع اب ين ع و ت اب ي ع الت اب ين ع او من تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن م ع م ه ك ا أ ي ر ك أ ال م ر .ين م

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

10

هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. الل

هم أي د الل لامة وفيق والهداية الت دوام ب ة والس ح دولي يك باوه نا مل كوالص ڠ م ه ليا وا م ى بالل ه ، السلطان عبد الل ه رعاية الد ين ال مصطف يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا

بن المرحوم سلطان حاج أحمد شاه ال مستعين بالل ه . شاه ا

كذلك ك باوه و دولي يڠ م ه سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، لياوا مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو إسكندر حاجه عزيزة أمينة ميمونة

اج. الل ه سلطان إسكندر الح

هم احفظ علماءه اله ورعاياه من المؤمنين والمؤمنات برحمتك الل ووزراءه وقضاته وعم احمين . يا أرحم الر

لدن هم اجعل ب يا ا الل ،اآمنا مطمئن ماليز ، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان ، وأمن وأمان ئر بلاد ال مسلمين .وسا

الد ين، الد ين وانصر من نصر أعداء والمسلمين، ودم ر أعداءك هم أعز الإسلام الل واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم الد ين.

ن نا آت ب ار ر نيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب الن .ا في الد

عباد الل ه،

Khutbah Jumaat Aidil Adha: Di Manakah Pengorbanan Kita?

11

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

يذكركم، واشكروه فاذكروا ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ العظيم الل ه نعون.يعطكم ولذكر الل ه أكبر، والل ه يعلم ما تص على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله

لا إله إلا الل ه والل ه أكبر، الل ه أكبر الل ه أكبر، الل ه أكبر، الل ه أكبر، مد.و لل ه الح