peperangan di bosnia (1)

5
Peperangan di Bosnia – Herzegovina Konflik yang terjadi di Bosnia-Herzegovina telah bermula pada abad ke-19. Pada waktu itu, negara Bosnia masih lagi di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Uthamaniah. Namun demikian, kerajaan Uthamaniah telah banyak kehilangan wilayahnya di Semenanjung Balkan. Hal ini telah menyebabkan Bosnia- Herzegovina telah diserahkan secara sementara kepada kerajaan Austria-Hungary. Hal ini demikian kerana, pengaruh kerajaan Islam Uthamaniah semakin berkurang sejak dari abad ke-17 lagi sehingga berlarutan ke abad-19. Antara yang menjadi punca kejatuhan pemerintahan Uthamaniah ialah kekalahan pihak tentera Uthamaniah untuk menguasaia Vienna (1683) dan juga penglibatan mereka dalam peperangan telah menelan belanja yang besar. Hasil daripada faktor tersebut, dan penyerahan sementara Bosnia kepada Austria-Hungary, ia telah menjadi titik tolak kepada konflik peperangan di Bosnia. Bosnia berada di bawah pemerintahan sementara Austria-Hungary selama 30 tahun, dan pada 5 Oktober 1908, kerajaan tersebut telah mengambil keputusan untuk mengumumkan bahawa Bosnia-Herzegovina adalah hak milik kekal kerajaannya dan sebahagian daripadanya empayarnya yang sah. Tindakan tersebut telah mencetuskan kontorversi antara kerajaan Austria-Hungary dengan kuasa-kuasa besar yang lain terutamanya pihak Russia dan kerajaan Uthamaniah. Perebutan ini berlaku kerana negara Rusia ingin menguasai Laut Hitam. Laut Hitam ini telah diisytiharkan sebagai zon berkecuali bagi semua penempatan kapal-kapal asing melalui Perjanjian Paris 1856 dan ia telah diletakkan di bawah kawalan dan jagaan kerajaan Uthamaniah. Hal ini demikian kerana, kebebasan Rusia menggunakan Laut Hitam amat penting bagi faktor ekonomi dan juga pertahanan Rusia. (Azlizan Mat Enh, 2010). Hasil daripada konflik tersebut, tercetuslah beberapa siri peperangan di negara tersebut. peperangan tersebut berlaku antara etnik iaitu etnik Serbia Bosnia, etnik Croat dan etnik Muslim. Sepanjang peperangan yang berlangsung di Bosnia-Herzegovina ini, terdapat tiga peristiwa kematian

Upload: muhammad-khusairi

Post on 15-Apr-2017

243 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peperangan Di Bosnia (1)

Peperangan di Bosnia – Herzegovina

Konflik yang terjadi di Bosnia-Herzegovina telah bermula pada abad ke-19. Pada waktu itu, negara Bosnia masih lagi di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Uthamaniah. Namun demikian, kerajaan Uthamaniah telah banyak kehilangan wilayahnya di Semenanjung Balkan. Hal ini telah menyebabkan Bosnia-Herzegovina telah diserahkan secara sementara kepada kerajaan Austria-Hungary. Hal ini demikian kerana, pengaruh kerajaan Islam Uthamaniah semakin berkurang sejak dari abad ke-17 lagi sehingga berlarutan ke abad-19. Antara yang menjadi punca kejatuhan pemerintahan Uthamaniah ialah kekalahan pihak tentera Uthamaniah untuk menguasaia Vienna (1683) dan juga penglibatan mereka dalam peperangan telah menelan belanja yang besar.

Hasil daripada faktor tersebut, dan penyerahan sementara Bosnia kepada Austria-Hungary, ia telah menjadi titik tolak kepada konflik peperangan di Bosnia. Bosnia berada di bawah pemerintahan sementara Austria-Hungary selama 30 tahun, dan pada 5 Oktober 1908, kerajaan tersebut telah mengambil keputusan untuk mengumumkan bahawa Bosnia-Herzegovina adalah hak milik kekal kerajaannya dan sebahagian daripadanya empayarnya yang sah. Tindakan tersebut telah mencetuskan kontorversi antara kerajaan Austria-Hungary dengan kuasa-kuasa besar yang lain terutamanya pihak Russia dan kerajaan Uthamaniah. Perebutan ini berlaku kerana negara Rusia ingin menguasai Laut Hitam. Laut Hitam ini telah diisytiharkan sebagai zon berkecuali bagi semua penempatan kapal-kapal asing melalui Perjanjian Paris 1856 dan ia telah diletakkan di bawah kawalan dan jagaan kerajaan Uthamaniah. Hal ini demikian kerana, kebebasan Rusia menggunakan Laut Hitam amat penting bagi faktor ekonomi dan juga pertahanan Rusia. (Azlizan Mat Enh, 2010).

Hasil daripada konflik tersebut, tercetuslah beberapa siri peperangan di negara tersebut. peperangan tersebut berlaku antara etnik iaitu etnik Serbia Bosnia, etnik Croat dan etnik Muslim. Sepanjang peperangan yang berlangsung di Bosnia-Herzegovina ini, terdapat tiga peristiwa kematian beramai-ramai yang telah diberi perhatian, dan ia telah membawa kepada penglibatan barat secara langsung kepada peperangan ini. Antaranya ialah, kematian kebuluran pada Mei 1992, pembunuhan beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994 dan serangan kedua di Pasar Markala pada 28 Ogos 1995. Serangan di Pasar Markala ini terjadi apabila berlaku penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim panas dan musim luruh tahun 1993. Hal ini telah menyebabkan pihak Serb menambahkan serangannya di Sarajevo yang mana serangan pertama di Pasar Markala iaitu 5 Februari 1994 telah mengakibatkan jumlah kematian yang ramai dan pihak Serb telah dipertanggungjawabkan daripada serangan tersebut.

Rentetan daripada pengeboman di Pasar Markala ini, ia telah menghasilkan penglibatan secara langsung oleh pihak barat seperti NATO, Amerika Syarikat dan Rusia dalam krisis Bosnia ini. Hal ini dapat dilihat di mana, pada 8 Februari 1994, pihak Amerika Syarikat mahukan senjata berat Serb dikeluarkan dari kawasan orang

Page 2: Peperangan Di Bosnia (1)

awam, manakala pada 9 Februari pula, pihak NATO telah melaksanakan tuntuan terakhir pengunduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon eksklusif penuh (total exclusive zone) dari bandar dan akan mengancam menggunakan serangan udara jika pihak Serb tidak mematuhinya. Komander UN telah berunding dengan pihak Serb supaya mengundurkan senjata dan diletakkan di bawah kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR (United Nation Protection Force).

Selain itu, penduduk di Bosnia juga turut menghadapi pembersihan etnik dan pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide). Pembasmian kaum ini telah melibatkan jumlah pembunuhan secara besar-besaran yang mana pihak tentera Serb telah melakukan pembersihan etnik terhadap masyarakat Muslim di Bosnia. Hasil daripada genocide yang telah dilakukan oleh pihak Serb, sejumlah 200, 000 orang dan lebih telah terkorban, cedera dan hilang dalam peperangan di Bosnia sehingga akhir tahun 1994. Pada Oktober 1995, telah dilaporkan seramai 146, 340 orang telah terbunuh dan 174, 914 orang cedera di wilayah tentera Bosnia. Pada November 1995, pihak CIA telah menganggarkan seramai 156, 500 orang awam terbunuh manakala 10, 000 orang lagi masih hilang dan 81, 000 tentera yang mati dari semua pihak yang berperang.

Selain itu, lebih daripada 20, 000 orang wanita yang telah menjadi mangsa rogol oleh tentera Serb di Bosnia, namun pihak PBB berjaya mengenal pasti sebanyak 1600 daripadanya adalah kes sebenar. Kes rogol oleh Serb ini adalah berpunca daripada perbuatan “rogol pembasmian kaum”. Pihak PBB juga telah menganggarkan seramai 520, 000 orang atau 12 peratus daripada populasi telah kehilangan tempat tinggal. Pada November 1995, pihak CIA telah menganggarkan sebanyak 900, 000 ke 1.2 juta pelarian Bosnia telah berhijrah dari Bosnia ke negara lain, manakala antara 1.3 juta hingga 1.5 juta orang dalam negara Bosnia telah kehilangan tempat tinggal. Namun, tiada data yang tepat mengenia pembersihan etnik yang telah dijalankan oleh pihak Serb, tetapi dianggarkan jumlah yang penduduk yang kehilangan tempat tinggal adalah satu pertinga daripada dua pertiga daripada jumlah populasi keseluruhan. Bagi jumlah etnik Muslim yang dihalau oleh Serb pula adalah sebanyak 700, 000 ke satu juta orang.

Hasil daripada perundingan yang dilakukan di Pengkalan Udara Wright di Dayton, di Ohio dan hasil usaha pihak Amerika Syarikat, pada Disember 1995 pihak NATO telah mengambil alih misi pengaman Bosnia daripada PBB. Dengan tempat perundingan yang jauh dari medan konflik, perundingan Dayton telah berusaha membawa peimimpin tiga kumpulan etnik di Bosnia, dan ketiga-tiga pemimpin kumpulan etnik Bosnia telah ditekan oleh pihak Amerika Syarikat untuk menerima wilayah Bosnia dan gencatan senjata. Pihak Amerika Syarikat telah menggunapakao “Diplomasi Holbrooke: iaitu keupayaan menakut-nakutkan dengan perundingan intensif (Drnovsek, 2001).

Page 3: Peperangan Di Bosnia (1)

Seramai 60, 000 anggota Pasuka Pelaksana (Implementation Force – I For) NATO ditugaskan untuk memastikan perlaksanaan gencatan senjata yang baru dan membahagikan wilayah Bosnia di antara kumpulan etnik. Menurut perancangan, pada musim bunga tahun 1997, pasukan ini akan dikurangkan iaitu, seramai 30, 000 Pasukan Pengekalan (S – For) dan 8, 000 tentera Amerika Syarikat. Semantara itu, Pasukan I – For akan bertugas di kawasan etnik, manakala Pasukan S – For akan bertanggungjawab membina semula Bosnia-Herzegovina sebagai negara bersatu. Menurut Nicholas Bonsor (2004), melalui pengurangan jumlah tentera pengaman dan pelaksana pembangunan yang setiap tahun akan membantu usaha penguatkuasaan di negara tersebut.

Situasi yang berlaku di Bosnia mampu menjadi iktibar kepada Malaysia. hal ini demikian kerana, negara Bosnia mempunyai pelbagai etnik yang mana meliputi sebanyak 43 peratus etnik Bosniak yang beragama Islam, diikuti dengan etnik Serbia iaitu sebanyak 31 peratus yang menganut Kristian Ortodoks manakala etnik Croat pula sebanyak 17 peratus yang menganut Kristian Katolik. Hal ini tidak jauh perbezaannya dengan Malaysia di mana masyarakat Melayu / Islam merupakan kaum majoriti iaitu sebanyak 54 peratus dan diikuti dengan kaum-kaum yang lain. Jika tidak wujud permuafakatan antara kaum di negara ini, tidak mustahil situasi yang berlaku di Bosnia turut terjadi di Malaysia.

Di samping itu, dari aspek ketenteraan di Bosnia, etnik Bosniak ini tidak bersedia menghadapi serangan. Tentera Republik Sosialis Bosnia-Herzegovina bukan sahaja kekurangan dari segi peralatan ketenteraan, malah ia juga turut dianggotai oleh etnik-etnik yang lain iaitu sebanyak 25 peratus. Hal ini berbeza dengan tentera Serb yang mana ia dianggotai oleh 100 peratus oleh etnik Serb, di samping mereka mendapat sokongan daripada Serbia dan Rusia serta mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Seterusnya, walaupun etnik Bosniak merupakan etnik majoriti dan memegangn kerusi Presiden di Bosnia, namun pegangan politik mereka tidak sekukuh yang digambarkan.

Berdasarkan peristiwa peperangan yang berlaku di Bosnia-Herzegovina, dapat dilihat bahawa pemimpin memainkan peranan yang penting dalam memastikan keamanan negara. Tambahan pula, negara seperti Bosnia ini mempunyai etnik yang pelbagai. Kepentingan setiap kaum haruslah diambil kira kerana jika rakyat berada dalam keadaan yang selesa, perkara seperti peperangan antara etnik dapat dielakkan. Hal ini seperti di Malaysia di mana kedudukan Islam dan Melayu perlu sentiasa dijaga rapi serta dihormati, namun pada masa yang sama hak kaum dan agama yang lain mestilah sentiasa dijaga.

Page 4: Peperangan Di Bosnia (1)

BIBLIOGRAFI

Azlizan Mat Enh (2010). Krisis Bosnia-Herzegovina 1908 : Peranan dan Reaksi Kuasa-Kuasa Besar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Mohd Roslan Mohd Nor. Sejarah Ringkas Kebangkitan dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthamaniyyah.

Pengajaran Perang Bosnia. Diperolehi melalui laman web http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm pada 5 Mei 2014.

6 April 1992 : Peperangan Bosnia. Diperolehi melalui laman web http://karyaorbitaku.wordpress.com/tag/sejarah-6-april-1992-peperangan-bosnia/ pada 5 Mei 2014.