penyelidikan portfolio perniagaan

15
Penyelidikan Portfolio Perniagaan 1.0 Pengenalan Minyak merupakan antara sumber tenaga yang telah diperkenalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Pada asalnya ia digunakan untuk tujuan penghabaan sebagai sumber cahaya yang penting kepada manusia. Setelah berkembangnya tamadun manusia, kemajuan penyelidikan dalam perkembangan sumber tenaga ini turut berkembang selaras dengan kejayaan penemuan inovasi-inovasi baru seperti pengangkutan, mesin-mesin dan lain- lain lagi. Perkembangan industri minyak ini turut memberi kesan yang mendalam dalam pertumbuhan ekonomi dalam negara seterusnya membantu pertambahan aset negara. Antara syarikat dalam negara yang berkembang dengan pesat dalam industri ini adalah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). 2.0 Latar Belakang Syarikat

Upload: 910504ema

Post on 26-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Penyelidikan Portfolio Perniagaan1.0 Pengenalan

Minyak merupakan antara sumber tenaga yang telah diperkenalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Pada asalnya ia digunakan untuk tujuan penghabaan sebagai sumber cahaya yang penting kepada manusia. Setelah berkembangnya tamadun manusia, kemajuan penyelidikan dalam perkembangan sumber tenaga ini turut berkembang selaras dengan kejayaan penemuan inovasi-inovasi baru seperti pengangkutan, mesin-mesin dan lain-lain lagi. Perkembangan industri minyak ini turut memberi kesan yang mendalam dalam pertumbuhan ekonomi dalam negara seterusnya membantu pertambahan aset negara. Antara syarikat dalam negara yang berkembang dengan pesat dalam industri ini adalah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

2.0 Latar Belakang Syarikat

Pada tahun 1960-an, satu Doktrin Perubahan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadikan wajar bagi negara-negara dunia ketiga untuk mendapatkan kembali kedaulatan dan kuasa mutlak terhadap sumber aslinya daripada syarikat atau pertubuhan milik penjajah (1;2005).

Pertubuhan Negara-negara pengeksport petroleum atau Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) telah ditubuhkan pada tahun 1960 tetapi ketika itu Malaysia bukan ahli OPEC, jiran terdekatnya Indonesia adalah ahlinya (1;2005). Penubuhan OPEC bergerak seiring untuk menggalakkan negara-negara ahlinya untuk menuntut kembali hak kedaulatan sumber-sumber petroleum sendiri. Negara-negara ahli OPEC telah menubuhkan badan-badan korporat atau Syarikat Minyak Nasional (SMN) dan tujuannya untuk bekerjasama dengan Syarikat Minyak Antarabangsa (SMA). Namun penguasaan sepenuhnya masih pada pantauan SMA ketika itu.

Walaupun Malaysia merupakan pengeluar bijih timah dan getah yang utama di dunia, Pasaran Pertukaran Antarabangsa bagi kedua-dua bahan mentah ini terletak di London. Pada tahun 1960- an, semasa gasolin telah lama menggantikan batu arang sebagai sumber tenaga, Malaysia pada asasnya masih melaksanakan ekonomi sumber utama yang hanya menguntungkan ekonomi negara blok Barat (Datuk Ismail Hussain;2005).

Malaysia masih berusaha untuk menghalang sumber petroleumnya daripada terus petroleberada di tangan orang asing dan menjadi senasib dengan industri getah dan bijih timahnya. Syarikat-syarikat minyak sewaktu era pemerintah kolonial yang tertakluk kepada Sistem Konsesi masih mengalirkan sumber merunsingkan kerana petroleum di kategorikan sebagai sumber asli yang tidak boleh diganti dan telaga minyak di Malaysia adalah terlalu kecil. Ketika itu ramai yang meramalkan bahawa negara-negara tertentu (selain Arab Saudi) termasuk Malaysia, tidak berupaya untuk terus menjadi negara pengeksport minyak mentah dalam masa lima hingga tujuh tahun akan datang. Justeru, tindakan pemulihan semula Sistem Konsesi menjadi amat terdesak dan perlu dilaksanakan dengan cepat.

Pada tahun 1974, parlimen Malaysia telah diajukan untuk kelulusan Akta Kemajuan Petrolium atau Petroleum Developement Act (PDA). Akta berkenaan memberikan semua hak sumber petroleum yang dimiliki oleh negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada sebuah badan korporat 100% milik kerajaan Malaysia yang diberikan nama Petrolian Nasional Berhad (PETRONAS). Akta tersebut menyatakan bahawa PETRONAS merupakan sebuah pertubuhan korporat di bawah Akta Syarikat dan seharusnya berkhidmat secara melapor terus kepada Perdana Menteri yang turut dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat Petroleum Nasional atau National Petroleum Advisory Council (NPAC). Walaubagaimanapun, NPAC tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas PETRONAS melainkan melalui arahan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

Sebaik sahaja PDA diluluskan oleh Parlimen, PETRONAS telah ditubuhkan pada tanggal 17 ogos 1974 sebagai Syarikat Minyak Nasional (SMN) Malaysia di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 dengan Kementerian Kewangan sebagai pemilik sahamnya yang tunggal. Dalam Perutusan diraja di Parlimen pada 5 November 1974, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong bertitah demikian mengenai perkara itu:

Kerajaan Beta telah pun menubuhkan Perbadanan Petroliam Nasional iaitu PETRONAS, yang diberi kuasa milik dan kawalan ke atas semua perkara-perkara berkaitan dengan petroliam di samping menyertai secara aktif di semua peringkat perusahaan itu dari pengeluaran hinggalah kepada pengedaran. Dengan ini Kerajaan akan dapat menentukan bahawa rakyat dan negara akan mendapat manfaat yang sebesar-besarnya dari kekayaan hasil bumi ini. Ini adalah sesuai dengan hasrat kita untuk berdikari di dalam semua lapangan seperti pengeluaran baja, bahan-bahan mentah bagi membuat plastik dan lain-lain barang yang ada kaitan dengan perusahaan petroliam. Oleh yang demikian ramai rakyat kita akan berpeluang mendapat pekerjaan dan memperolehi kemahiran. Dalam perusahaan petroliam ini peluang-peluang baru akan muncul dan perkara ini tidak dapat tidak akan menolong Kerajaan Beta terus melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

Kementerian kewangan telah melaburkan sebanyak RM10 juta sebagai modal berbayar penuh untuk PETRONAS. Kemungkinan untuk mendapatkan lebih bantuan kewangan daripada Kementerian Kewangan adalah tipis kerana mereka mempunyai keutamaan lain yang perlu diberikan perhatian.

Kenyataan terperinci tentang matlamat penubuhan PETRONAS tidak terdapat dalam satu-satu dokumen rasmi kerajaan, tetapi berdasarkan kepada titah diraja yang terdahulu daripada ini, dan kenyataan dasark dalam Rancangan Malaysia ketiga, matlamat penubuhan PETRONAS boleh digariskan seperti berikut:

Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petroleum Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusaha hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara. Untuk menyertai secara aktif dalam pengusahasilan petroleum dan memasar serta mengedarkan petroleum dan hasil petroleum. Untuk memastikan yang pasaran tempatan dibekalkan dengan petroleum dan hasil petrokimia dengan harga yang berpatutan. Untuk menggalakkan penyertaan rakyat tempatan dalam membuat, memasang dan membina loji dan alat perkakas untuk kegunaan industri petroleum dan dalam menyediakan perkhidmatan tambahan dan sokongan. Untuk menyumbang ke arah pembangunan sektor ekonomi yang bersaskan pertanian dengan menyediakan baja nitrogen Untuk memastikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.

Sebelum enakmen PDA, negeri-negeri di semenanjung Malaysia tidak mempunyai kuasa ke atas sumber petroleum di darat sehingga tiga batu daripada garisan pantai. Kawasan yang melebihi jarak tersebut merupakan milik Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, di Sabah dan di Sarawak keadaan adalah berbeza. Kedua-dua negeri mendakwa mereka mempunyai kuasa penuh termasuk di kawasan perairan laut dalam.

Enakmen PDA secara automatik menyatakan bahawa semua sumber petroleum di Semenanjung Malaysia, sabah dan Sarawak telah menjadi hak milik Kerajaan Persekutuan dan diberikan kepada PETRONAS pula. Walaubagaimanapun, mandat dengan majoriti dua per tiga perlu diperoleh daripada semua Dewan Undangan Negeri tersebut sah dipindah milik oleh kerajaan negeri kepada PETRONAS.

Inilah tugas utama yang perlu dibuat oleh PETRONAS sebelum boleh beroperasi dengan sah mengikut kehendak Perlembagaan yang ada. Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sendiri mengambil tugas untuk memperoleh formaliti pindah milik bagi PETRONAS.

Semasa Tengku Razaleigh dilantik sebagai Pengerusi pertama pada usia 36, beliau telah diberi Kuasa Mutlak atau Power of Attorney oleh Tun Abdul Razak untuk menguruskan PETRONAS tanpa ada batasan. Ini bermaksud beliau boleh mengurus syarikat berkenaan mengikut kehendak hatinya sendiri. Tengku Razaleigh telah melantik Dato Junus Sudin memegang jawatan Pengarah Urusan dan Dato Abdul Manan Osman, seorang peguam, sebagai Setiausaha Syarikat. Tengku Razaleigh juga melantik abang iparnya, Dato Wan Ismail Wan Mohd Salleh, seorang pegawai undang-undang kanan yang berpengalaman di Pejabat Peguam Negara sebagai seorang daripada dua Pengarah Eksekutif. Seorang lagi ialah Dato Rastam Abdul Hadi yang dahulunya Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, bank pusat Malaysia, juga dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Eksekutif.(13:2005)

Pengarah-pengarah Eksekutif PETRONAS dilantik berasaskan kontrak lima tahun yang boleh diperbaharui atas persetujuan Perdana Menteri melalui nasihat Pengerusi. Tatacara ini telah digubal sepuluh tahun kemudian, iaitu Pengarah Eksekutif dalam Lembaga Pengurusan hanya diberikan kontrak perkhidmatan selama dua tahun.

Walaupun pengisian untuk kekosongan jawatan-jawatan inii wujud dari semasa ke semasa, lazimnya ia tidak diberikan kepada kakitangan-kakitangan muda PETRONAS yang berkaliber untuk meningkatkan dalam organisasi secara dalamn. Selalunya, jawatan-jawatan pada peringkat tersebut dipenuhi oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang hampir bersara sebagai sebahagian daripada pakejpersaraan perkhidmatan mereka. Pada masa tersebut, apabila sampai masa berkenaan, seorang kakitangan PETRONAS yang berpengalaman yang dibesarkan dalam persekitaran minyak dan gas yang kompetetif lazimnya akan memilih untuk meletak jawatan dan mencari peluang-peluang lain.

Pada peringkat awal, pengambilan bekerja pegawai-pegawai PETRONAS adalah berdasarkan ilham ataupun keperluan semasa. Pada mulanya, pengambilan kakitangan pengurusan awam dikendalikan oleh organisasi perbankan Pengerusi. Keseluruhannya, ramai pegawai-pegawai kanan daripada perkhidmatan awam yang diambil berkhidmat atas dasar hubung kenal dan bukannya secara pengambilan kakitangan yang dirancang mengikut keperluan yang disusun.

Salah satu daripada projek utama PETRONAS ialah penubuhan loji gas asli cecair (GAC), dengan bantuan Shell dan Mitsubishi. Dibina dengan harga 3200 juta, Loji Malaysia LNG di Bintulu, Sarawak itu merupakan projek tunggal yang terbesar di laksanakan oleh negara pada ketika itu. Loji ini juga tercatat sebagai projek gas asli Malaysia yang pertama dan terbesar. Dengan penubuhannya Malaysia menjadi salah sebuah daripada tujuh buah negara pengeksport GAC di dunia. Loji tersebut telah pun beroperasi dan pada waktu pengeluaran puncaknya dalam tahun 1986, ia dijangka mengeluarkan enam juta tan metrik GAC setahun. Pemegang-pemegang saham projek itu ialah PETRONAS, yang memegang 65 peratus, Shell Gas B.V dari Belanda dan Mitsubishi dari Jepun.

PETRONAS merupakan antara syarikat besar yang mempunyai identiti tersendiri dalam pasaran negara malahan. Dengan berkembangnya usaha-usaha eksport dalam perniagaan syarikat PETRONAS ini membantu meningkatkan mutu negara dalam aktiviti perdagangan antarabangsa. Pembentukan identiti inilah yang mendorong kedudukan negara yang boleh duduk sama tinggi dengan negara-negara membangun yang lain. Lebih-lebih lagi syarikat ini mampu dibangga oleh rakyat Malaysia kerana pencapaiannya sebagai syarikat Malaysia pertama yang menduduki senarai Fortune Global 500 yang beroperasi di 35 buah negara di serata dunia. Selain itu, bentuk pentadbiran PETRONAS dari awal lagi mirip kepada berkhidmat untuk negara dan menjaga dengan baik hasil minyak dan gas asli negara. Mungkin inilah piagam yang membezakan PETRONAS daripada syarikat minyak hak milik negara-negara lain yang mengeluarkan minyak mentah beratus kali ganda lebih besar, namun tidak ketara kedudukan kegemilangan mereka. Mungkin juga ketetapan yang sama menampakkan perbezaan kejayaan apabila PETRONAS digandingkan dengan syarikat hak milik kerajaan Malaysia yan lain yang sedia tersergam pada waktu penubuhan PETRONAS dahulu seperti Bank Bumiputra, Pernas, Malaysia Airlines, syarikat perkapalan MISC dan sebagainya.Penubuhan menara berkembar PETRONAS mengukuhkan lagi kekuatan Syarikat ini kerana telah dilabelkan sebagai aset negara yang utama dalam negara. Menara Berkembar PETRONAS, iaitu bangunan tertinggi di dunia berdiri megah sebagai mercu tanda kedudukan PETRONAS dalam dunia korporat di Malaysia.

3.0 Ciri-Ciri Perkembangan Syarikat

Melihat perkembangan pertumbuhan Syarikat pada awal-awal penubuhannya, PETRONAS terpaksa menumpukan perhatian yang lebih kepada penyeliaan dan pengawalan kegiatan ekplorasi dan para kontraktornya untuk memastikan supaya bahagian huluan industri petroleum berkembang dengan sihat dan teratur. PETRONAS terpaksa memperkenalkan cara kawalan yang sempurna, serta mengadakan prosedur dan peraturan berhubung dengan operasi petroleum di Malaysia supaya ianya berjalan selaras dengan dasar petroleum negara dan piawaian antarabangsa yang paling tinggi.Beberapa prosedur rasmi telah diadakan oleh PETRONAS bagi semua peringkat kegiatan huluan dari eksplorasi hingga pengeluaran, dan juga meliputi pepasangan di daratan dan di luar pantai. Secara ammnya, prosedur ini bertujuan untuk memastikan bahawa amalan-amalan baik dan moden dipraktikkan di medan minyak segala operasi petroleum adalah sehaluan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pawaian keselamatan antarabangsa dan perlindungan alam sekitar dipatuhi. Prosedur ini juga ditetapkan untuk mengawas pergerakan minyak mentah dan memastikan keberkesanan penyukatan petroleum yang dikeluarkan.Di samping memperkenalkan prosedur, selaras dengan peranannya sebagai penyelia sektor huluan industri petroleum, PETRONAS juga menempatkan pegawai 24 jam di setiap lokasi luar pantai untuk mengawasi operasi minyak. Selain daripada itu, lawatan kerap dilakukan oleh kakitangan PETRONAS ke pepasangan-pepasangan minyak bagi memastikan prosedur yang ditetapkan dipatuhi. PETRONAS juga telah banyak memperindustri petroleum, dengan tujuan untuk memberikan sukatan dan angka pengeluaran dan angkutan yang lebih tepat. Berbanding dengan kaedah ukur celup.Sementara itu, PETRONAS juga melaksanakan dasar untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan pencemaran. Pemeriksaan keselamatan juga diperkenalkan di semua unit penggerudi bergerak dan tempat penginapan, terminal simpanan minyak dan di kapal-kapal yang disewakan kepada PETRONAS dan anak syarikatnya, sama ada kapal minyak yang besar atau kapal pesisir, kapal bekalan luar pantai atau kapal tunda. PETRONAS juga memberikan bantuan kepada kerajaan Malaysia dalam usaha menyusun dan memperkenalkan peraturan-peraturan keselamatan luar pantai. Piawaian keselamatan PETRONAS bagi operasi minyak dan gas diakui pada peringkat antarabangsa. Dalam tahun 1983, PETRONAS merupakan antara syarikat asing yang utama, termasuk sebuah syarikat minyak yang besar, dianugerahkan Pedang Penghormatan Antarabangsa oleh Majlis Keselamatan British.PETRONAS juga mengambil langkah untuk memastikan bahawa rancangan kecemasan dirangka bagi membolehkan tindakan diambil secepat mungkin oleh semua kontraktornya apabila berlaku sebarang kecemasan pada peringkat kebangsaan. Tanggungjawab PETRONAS dalam bidang perlindungan alam sekitar meliputi perlindungan pelayaran dan hak menangkap ikan, kawalan pencemaran udara dan menjalankan kajiselidik secara besar-besaran. Di samping menjalankan pemeriksaan yang disebutkan itu, PETRONAS juga mengadakan pemeriksaan alam sekitar yang dilakukan oleh para pegawainya di lokasi-lokasi kontraktor.Operasi teknik syarikat-syarikat ini secara amnya sememangnya bermutu tinggi. Tetapi perkara yang menggembirakan, dari apa yang dapat dilihat oleh PETRONAS selepas penubuhannya ialah kemampuan syarikat-syarikat tersebut mematuhi kawalan kewangan dan proseur pembelian yang tinggi mutunya. Memang telah diketahui umum bahawa pengaliran wang dalam industri petroleum diukur dalam jumlah beribu-ribu juta ringgit dan dalam hal ini kawalan kewangan yang ketat disertai dengan pendekatan yang profesional lagi bermoral tinggi, terutamanya dalam prosedur pembelian dan pematuhan kontrak, adalah amat penting.Dalam perkara kewangan, apabila ia melibatkan beratus-ratus orang dan dua atau tiga buah organisasi, tentulah tidak wajar untuk membuat sebarang kenyataan umum. Namun begitu, jika diakui bahawa PETRONAS telah berjaya memikul tanggungjawab yang berat yang dibebankan kepadanya dalam sektor huluan industri petroleum, satu faktor penting yang menyumbangkan kepada kejayaan ini ialah ketinggian mutu kawalan kewangan yang diperkenalkan disamping mematuhi prinsip yang diterima umum tentang pembelian dan perbelanjaannya secara am. Kejayaannya ini tidak mungkin tercapai jika tiada kesediaan dari pihak kontraktor PETRONAS untuk mengamalkan nilai-nilai etik dan moral yang sama dalam pentadbiran belanjawan aktiviti huluan, khususnya dalam pengurusan tender dan kontrak. Dalam pada masa yang sama, PETRONAS telah melancarkan satu lagi projek untuk menggunakan simpanan gas Malaysia yang agak besar jumlahnya iaitu projek membuat baja nitrogen. Projek ini penting kerana beberapa sebab. Ia merupakan kompleks baja Malaysia yang pertama, hasil kerjasama serantau dalam pembangunan petroleum dan merupakan sumbangan yang besar lagi berharga ke arah pencapaian objektif sosio- ekonomi negara. Projek ASEAN Bintulu Fertilizer yang diusahakan di bawah Skim Kerjasama Industri ASEAN (ASEAN Industrial Complementation Scheme) dimiliki bersama oleh lima buah negara ASEAN, tiga daripadanya diwakili oleh perbadanan minyak nasional masing-masing. PETRONAS yang mewakili kerajaan Malaysia merupakan pemegang saham terbesar.

4.0 Perancangan Kejayaan Perniagaan

Sebaik-baik sahaja formaliti perlembagaan dengan Sarawak selesai diuruskan dan dipersetujui, Tengku Razaleigh sedar bahawa PETRONAS belum lagi menetapkan protokol dan tatacara untuk bekerja dengan syarikat-syarikat minyak dalam menguruskan sumber-sumber petroleum negara di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA). Tengku Razaleigh telah dua kali mengagihkan tugas tersebut kepada pengarah-pengarah Eksekutifnya, tetapi masih belum dapat dilaksanakan lagi. Tekanan daripada syarikat-syarikat minyak dan akhbar antarabangsa semakin bertambah. SMA yang beroperasi di Malaysia juga tidak boleh menunggu sehingga PETRONAS menyelesaikan satu per satu perkara awalan berkaitan dengan penubuhannya. Penubuhan Unit Tindakan Khas (UTK) dilakukan secara ad hoc. Kewujudan UTK tidak disokong oleh sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan statusnya tidak disokong oleh sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan statusnya tidak mempunyai pengiktirafan yang khusus dalam PETRONAS. Pengumpulan kumpulan teras ahli UTK adalah secara fait accompli kerana hanya segelintir pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai bidang tugas yang terdapat di PETRONAS ketika itu. Umumnya, mereka yang dilantik menyertai UTK adalah ketua-ketua jabatan. Walaupun bergelar ketua-ketua jabatan, mereka tidak mempunyai pegawai-pegawai sokongan ataupun sistem perkhidmatan. Semua pegawai terpaksa melaksanakan tugas secara berdikari tanpa bantuan pekerja sokongan, perkakasan dan perisian komputer. Akhirnya, mereka hanya berupaya memperoleh perkakasan yang canggih sedikit seperti kalkulator tangan Hewlett Packard dan Casio susulan perlantikan mereka sebagai ahli UTK.

Pada awal tahun 1970-an, terdapat dua sistem yang digunakan secara meluas oleh Syarikat Minyak Nasional (SMN) atau National Oil Companies (NOC) dalam urusan perhubungan mereka dengan Syarikat Minyak Antarabangsa (SMA) atau Multinational Oil Companies (MOC) berkenaan dengan perkongsian mereka dalam hal pemerolehan sumber-sumber petroleum di dalam sesebuah negara.Atas kesedaran bahawa negara amat kekurangan sumber dan tenaga pekerja profesional dan teknikal, sejurus selepas pembentukannya, PETRONAS segera menawarkan beribu-ribu biasiswa kepada penuntut-penuntut yang boleh memenuhi keperluan pekerja teknikal dalam tempoh lima tahun akan datang. Sama ada sebagai jurutera-jurutera berijazah ataupun juruteknik kolej, khususnya untuk industri minyak dan gas. Biasiswa-biasiswa kemudiannya turut ditawarkan kepada penuntut-penuntut lain yang mengikuti kursus profesional seperti perakaunan, Undang-undang, Pemasaran Antarabangsa dan Pengurusan Perniagaan. Pada hari ini, PETRONAS telah memberikan sumbangan besar terhadap keperluan-keperluan tenaga pekerja negara melalui Anugerah Biasiswa Pinjaman. PETRONAS juga telah menubuhkan Institut Latihan Petroleumnya di Batu Rakit, Terengganu, bukan sahaja untuk kegunaannya sendiri tetapi juga untuk keperluan syarikat-syarikat minyak yang lain juga. Institut berkenaan telah mengambil kumpulan penuntutnya yang pertama pada oktober 1983. Kompleks Sukan dan Pusat Latihan atau Permata yang elit di Bangi telah menumpukan penyediaan kakitangan terhadap perkembangan pegawai-pegawai eksekutif di semua peringkat. Universiti PETRONAS yang baru ditubuhkan dalam tempoh perkembangan PETRONAS merupakan satu lagi projek pelaburan dalam pendidikan negara dan latihan sumber pekerja yang berkemahiran. Untuk perancangan dalam kepimpinan dalaman bagi organisasi syarikat PETRONAS, Tengku Razaleigh sedar bahawa PETRONAS belum lagi menetapkan protokol dan tatacara untuk bekerja dengan syarikat-syarikat minyak dalam menguruskan sumber-umber petroleum negara di bawah PDA. Tengku Razaleigh telah dua kali mengagihkan tugas tersebut kepada pengarah-pengarah eksekutifnya, tetapi masih belum dapat dilaksanakan lagi akibat tekanan daripada syarikat-syarikat minyak dan akhbar antarabangsa

5.0 Strategi Perkembangan Yang Dilaksanakan

Disebabkan PETRONAS merupakan kompeni besar yang mengandungi organisasi yang melibatkan jumlah yang besar, strategi perkembangan yang dilaksanakan oleh syarikat ini juga sering bertambah dan mengalami perubahan.Antaranya pada november 2013 iaitu pada tahun lepas, Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas, yang bertujuan menggalakkan usahawan Bumiputera terlibat dalam industri pembuatan serta perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas, sehingga kini memberikan kontrak lebih RM7.5 bilion kepada 79 syarikat. Dalam satu kenyataan kepada media cetak ketika itu, PETRONAS telah menetapkan matlamat utama VDP adalah untuk mewujudkan usahawan Bumiputera yang bingkas dan berdaya saing dalam industri pembuatan dan perkhidmatan teknikal teknologi menengah dan tinggi berkaitan industri minyak dan gas bagi mengurangkan pergantungan ke atas barangan import.Sementara itu, syarikat Petronas telah melantik tiga vendor Bumiputera baharu di bawah VDP iaitu Petroclamp Sdn Bhd, OMNI Oil Technologies (M) Sdn Bhd dan Eastern Energy Services Sdn Bhd, masing-masing pada Mei, September dan November tahun 2013. Eastern Energy Services telah dilantik di bawah VDP untuk mengeluar, membekal dan menyelenggara injap angkat gas dan mandrel poket sisi yang digunakan dalam aktiviti penggerudian luar pesisir. Pelantikan ini bertujuan bagi membolehkan pembuatan peralatan yang biasanya diimport, dibuat dalam negara. OMNI Oil Technologies pula dilantik sebagai vendor untuk membuat dan membekal pemusat selongsong jenis keluli karbon dan 'bow spring', sebuah peranti yang dipasang di selongsong telaga pada proses penggerudian dan penyimenan bagi melancarkan pergerakan bendalir serta memudahkan pengeluaran sisa penggerudian. Petroclamp telah diberikan skop kerja VDP bagi membuat dan membekal semua lapisan pelindung keluli untuk talian kawalan dan kabel-kabel bagi tiub saluran pengeluaran minyak dan gas. Dalam perkembangan terbaru syarikat PETRONAS pada tahun 2014 ini, PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) dan PETRONAS LNG Ltd (PLL) telah memeterai kontrak untuk membekalkan sehingga 2.6 juta tan gas asli cecair (LNG) setahun kepada CPC Corporation dari Taiwan. Perjanjian untuk tempoh enam tahun itu ditandatangani dengan penghantaran LNG kepada CPC dijadualkan bermula pada suku kedua 2014 dan 2015. Kenyataan daripada syarikat PETRONAS ketika memaklumkan perjanjian ini juga menerangkan: Penghantaran dari Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak dan sumber bekalan lain itu bagi memenuhi keperluan serta permintaan pelanggan CPC di Taiwan, terutama bagi sektor tenaga negara itu, kata PETRONAS dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, MLNG diwakili Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Kasah; PLL oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Azmi Ahmad manakala CPC, diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas Aslinya, Chen Jei-Yuan. Pada asalnya, PETRONAS telah mula membekalkan LNG kepada CPC pada 1995 melalui kontrak 20 tahun bagi bekalan tahunan sebanyak 2.25 juta tan LNG. Dengan termeterainya kontrak baharu berkenaan dijangka mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua syarikat serta membantu strategi pemasaran untuk pada masa akan datang.Selain itu, syarikat PETRONAS juga telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Johor mengenai pengagihan kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, dalam masa terdekat. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, telah menetapkan bahawa jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera dan tempatan. Semasa sidang media di Johor Bahru, Menteri Besar Johor telah menjelaskan mengenai isu tersebut iaitu:

Kita sedang berunding dengan pihak PETRONAS dan kita menjangkakan mendapat keputusan yang positif dari itu, yang mana dalam soal ini kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan,

Projek RAPID yang bernilai RM60.6 bilion itu antaranya meliputi pembinaan terminal simpanan minyak, loji penapisan minyak, loji petrokimia dan jeti laut dalam yang akan melibatkan usaha sama dengan pihak kerajaan Johor sendiri.Selain itu, PETRONAS dengan kolaborasi bersama-sama Shell Malaysia pada awal Mac 2014 yang lepas telah mengumumkan penemuan minyak di luar pantai Sabah. Penemuan itu dibuat oleh Shell menerusi telaga Limbayong-2 semasa penggerudian telaga di lapangan gas Limbayong. Penggerudian telaga itu telah bertemu dengan pasir yang mengandungi minyak 136 meter dan terdapat rancangan untuk menjalankan lebih banyak kerja-kerja penggerudian bagi menentukan kuantiti yang boleh diperoleh semula daripadanya. Penemuan ini mengesahkan bahawa terdapat prospek hidrokarbon di kawasan laut dalam Malaysia. Penemuan ini turut membuktikan potensi besar di kawasan ini dan ia merupakan pembangunan positif bagi aktiviti eksplorasi di Sabah dan Sarawak dalam jangka masa akan datang. Penggerudian telaga Limbayong-2 akan dijalankan oleh konsortium Shell Malaysia (35 peratus), Conoco Phillips (35 peratus) dan Petronas Carigali Sdn Bhd (30 peratus).

6.0 Cabaran Dan Halangan PerniagaanSemasa awal penubuhan PETRONAS, ahli lembaga telah banyak mengalami cabaran-cabaran untuk mempertahankan usaha bagi kaum bumiputera mendapatkan hak terhadap hasil bumi yang pada ketika itu dipelopori oleh badan antarabangsa. Sistem Konsesi telah digunakan yang mana hak sumber asli dikelolai oleh badan antarabangsa. Malaysia masih berusaha untuk menghalang sumber petroleumnya daripada terus berada di tangan orang asing dan menjadi senasib dengan industri getah dan bijih timahnya. Syarikat-syarikat minyak sewaktu era pemerintah kolonial yang tertakluk kepada Sistem Konsesi masih mengalirkan sumber petroleum yang sama. Keadaan ini lebih merunsingkan kerana petroleum dikategorikan sebagai sumber asli yang tidak boleh diganti dan telaga minyak di Malaysia adalah terlalu kecil. Ketika itu, ramai yang meramalkan bahawa negara-negara tertentu termasuk Malaysia, tidak akan berupaya untuk terus menjadi negara pengeksport minyak mentah dalam masa lima hingga tujuh tahun akan datang. Justeru tindakan pemulihan semula Sistem Konsesi menjadi amat terdesak dan perlu dibubarkan dengan cepat. Setelah PETRONAS mula cuba mencari identiti sebagai syarikat petroleum di dalam negara, syarikat PETRONAS perlu berdepan dengan syarikat pemegang konsesi yang aktif di Malaysia ketika itu seperti Shell, Exxon dan Conoco. Shell telah pun beroperasi di Malaysia sejak tahun 1908 dan memulakan operasi telaganya yang pertama dengan penemuan minyak mentah di Miri, Sarawak pada tahun 1910. Satu monumen The Grand Old Lady telah dibina di bandar Miri untuk memperingati sejarah tersebut. Hal ini memperlihatkan syarikat minyak lain pada ketika itu mempunyai identiti yang dipercayai dan paling utama dalam industri ini.

7.0 Kesimpulan

Pada hari ini, Petronas mempunyai ikon lain yang harus dibanggakan iaitu bangunan Menara Berkembar PETRONAS yang tersergam di jalan Ampang di bandar raya Kuala Lumpur. Pejabat utama Petronas kini bertempat dibangunan tersebut sejak bulan Januari 1997. Kini strukturnya setinggi 88 tingkat ini lebih dikenali sebagai menara berkembar tertinggi di dunia setelah terdirinya satu bangunan di Taiwan yang melebihi ketinggian 452 meter Menara Berkembar PETRONAS. Kesimpulannya, PETRONAS telah membuktikan bahawa sebuah perbadanan petroleum negara yang dipertanggungjawabkan dalam segala aspek operasi petroleum dari eksplorasi hingga ke pemasaran boleh, dalam jangka pendek, memberikan sumbangan yang besar kepada keperluan kewangan dan kemakmuran negara.

8.0 Lampiran9.0 Rujukan

PETRONAS meterai kontrak bekal LNG http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONASmeteraikontrakbekalLNG/Article/

PETRONAS, Johor bakal muktamad kontrak RAPID http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONAS_JohorbakalmuktamadkontrakRAPID/Article/

PETRONAS tangga kelima tahap ketelusanhttp://www.bharian.com.my/articles/PETRONAStanggakelimatahapketelusan/Article/

Petronas beri kontrak RM7.5b kepada 79 syarikat 20 November 2013http://www.sinarharian.com.my/bisnes/petronas-beri-kontrak-rm7-5b-kepada-79-syarikat-1.222854

CNN Money: Global 500 annual ranking of the world's largest corporations http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2009/full_list/

Petronas, Shell umum penemuan baharuhttp://www.sinarharian.com.my/bisnes/petronas-shell-umum-penemuan-baharu-1.261036

LAMPIRAN Singkatan:

PETRONAS Petroleum Nasional BerhadOPEC Organization of Petroleum Exporting Countries PDA Petroleum Development Act (Akta Kemajuan Petrolium)SMA Syarikat Minyak AntarabangsaSMN Syarikat Minyak NasionalUTK Unit Tindakan Khas