penyelidikan dan pembangunan (p&p) di kalangan iks … kerja iceps/penyelidikan... ·...

12
Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor* Pazim @ Fadzim Othman** Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur Abstrak Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan produk industri makanan halal negara. Melalui pembangunan produk baru dan peningkatan nilai ditambah, P&P mampu meningkatkan dayasaing produk tempatan samada di pasaran domestik mahu pun di pasaran global. Walaupun kerajaan sangat proaktif dari segi penyediaan pelbagai insentif untuk aktiviti P&P namun hanya 17% sahaja firma makanan halal negara menggunakan peluang ini manakala kebanyakannya (30%) masih lagi menjalankan P&P yang berbentuk in-house. Selebihnya tidak menjalankan sebarang bentuk P&P dengan alasan produk mereka yang sedia ada masih belum dapat memenuhi permintaan domestik yang tinggi. Justeru, kajian ini menggunakan 300 sampel firma IKS makanan halal tempatan bagi tujuan mengenalpasti masalah dan cabaran yang berkaitan dengan P&P makanan halal, faktor yang mempengaruhi firma menjalankan P&P, serta cadangan langkah yang harus diambil oleh pihak firma dan kerajaan berkaitan P&P bagi menjadikan negara sebagai hub makanan halal dunia berdayasaing. Kata kunci : IKS makanan halal, P&P dan insentif. * Calon Program Phd, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya ** Professor di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya 1

Upload: truongkien

Post on 16-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor* Pazim @ Fadzim Othman**

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak

Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan produk industri makanan halal negara. Melalui pembangunan produk baru dan peningkatan nilai ditambah, P&P mampu meningkatkan dayasaing produk tempatan samada di pasaran domestik mahu pun di pasaran global. Walaupun kerajaan sangat proaktif dari segi penyediaan pelbagai insentif untuk aktiviti P&P namun hanya 17% sahaja firma makanan halal negara menggunakan peluang ini manakala kebanyakannya (30%) masih lagi menjalankan P&P yang berbentuk in-house. Selebihnya tidak menjalankan sebarang bentuk P&P dengan alasan produk mereka yang sedia ada masih belum dapat memenuhi permintaan domestik yang tinggi. Justeru, kajian ini menggunakan 300 sampel firma IKS makanan halal tempatan bagi tujuan mengenalpasti masalah dan cabaran yang berkaitan dengan P&P makanan halal, faktor yang mempengaruhi firma menjalankan P&P, serta cadangan langkah yang harus diambil oleh pihak firma dan kerajaan berkaitan P&P bagi menjadikan negara sebagai hub makanan halal dunia berdayasaing.

Kata kunci : IKS makanan halal, P&P dan insentif.

* Calon Program Phd, Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya ** Professor di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya

1

Page 2: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Pengenalan

Pertumbuhan yang begitu pesat telah dicatatkan oleh industri makanan pada tahun 2006

bagi kategori industri berasaskan domestik. Bagi mengekalkan pembangunan industri ini, ia

memerlukan kepada tahap daya saing yang tinggi dan ia sangat bergantung kepada

penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang dijalankan pihak industri. Aktiviti P&P sangat

penting dalam industri makanan memandangkan cita rasa pengguna yang selalu berubah

dan persaingan yang sengit . Melalui aktiviti ini, peningkatan kualiti produk dapat diperbaiki

serta aspek pembaikan dan pembungkusan dapat dipertingkatkan. Langkah ini sesuai

dengan hasrat negara menuju status negara perindustrian maju menjelang tahun 2020.

Industri makanan halal ternyata mendapat perhatian serius kerajaan apabila kerajaan

berhasrat menjadikan Malaysia hab halal dunia menjelang tahun 2010. Menurut MITI (2004),

bilangan firma yang terlibat dalam industri pemprosesan makanan halal di Malaysia setakat

ini hanya 8,000 syarikat kecil sedangkan permintaan terhadap produk berkenaan di dunia

adalah cukup tinggi. Pasaran makanan halal dunia dianggarkan berjumlah RM 600 hingga

800 billion dimana hasrat negara untuk menguasai hanya 5% daripada jumlah tersebut

(RM30-40 billion). Namun sehingga kini hanya 15% keluaran makanan negara yang

mempunyai akreditasi halal iaitu berjumlah kira-kira RM 9.0 billion. Justeru masih terdapat

cabaran yang begitu besar untuk negara menguasai baki RM 21 ke 31 billion untuk

menguasai 5% dari jumlah pasaran makanan halal dunia.(Ahmad,2006)

Industri makanan halal juga dilihat sangat berpotensi membantu negara mencapai

matlamat wawasan 2020 dengan beberapa kelebihan berbanding yang dimiliki negara.

Tempoh yang dicadangkan iaitu sepuluh tahun lebih awal dari wawasan 2020 memberi ruang

yang cukup untuk negara menjana pendapatan lumayan sekiranya hasrat menjadi hab halal

dunia tercapai pada 2010. Sebaliknya, tempoh ini juga dirasakan terlalu singkat untuk industri

tempatan memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan segala keupayaan untuk berdaya

saing sekiranya langkah segera dan berterusan tidak diambil perhatian sepenuhnya oleh

firma dan kerajaan.

2

Page 3: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Justeru itu kertas ini amnya cuba melihat apakah persediaan dan tindakan firma untuk

menjana daya saing dari sudut P&P. Penekanan kepada P&P amat penting kerana ia

mempengaruhi kualiti produk untuk berdaya saing dari sudut tingkat prestasi,

kebolehpercayaan, rekabentuk, keselamatan, kos serta ciri-ciri produk yang lain yang dapat

memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Secara khusus, kajian ini berobjektifkan :-

a. mengenalpasti masalah dalaman dan luaran berkaitan P&P industri makanan

halal tempatan.

b. mengenalpasti faktor (demografi dan bukan demografi) yang mempengaruhi

kecenderungan firma melakukan P&P.

c. cadangan langkah yang harus diambil kerajaan dan firma untuk meningkatkan

P&P industri makanan halal tempatan.

Kajian Lepas Dalam RMK-9, teras dasar dalam Rancangan tersebut adalah untuk menggiatkan

pembangunan industri berasaskan sumber, ia bertujuan untuk mengoptimumkan dan

menambah nilai kepada penggunaan sumber asli negara. Industri makanan (khasnya

makanan halal) merupakan salah satu industri yang mampu menyumbang ke arah

pembuatan keluaran yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi serta menggalakkan

rangkaian yang lebih luas antara industri dan sektor (Malaysia,2006).

Porter (1990) menyatakan bahawa, salah satu faktor yang menentukan daya saing firma

adalah menerusi inovasi P&P. Usahawan harus melakukan inovasi dalam aspek

pengurusan,pengeluaran produk dan juga pemasaran supaya dapat menyesuaikan diri

dengan perubahan tren pasaran. Justeru, usahawan harus memberi perhatian kepada P&P

demi mengekalkan daya saing firma.

Secara umumnya terdapat dua bentuk P&P yang biasanya digunapakai iaitu P&P

berbentuk tarikan pasaran dan P&P berbentuk tolakan teknologi. P&P berbentuk tarikan

pasaran bertujuan mengatasi kemungkinan ciptaan baru tidak mendapat tempat di pasaran.

P&P kategori ini biasanya dibuat setelah kajian permintaan terhadap sesuatu barangan baru

3

Page 4: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

atau lama telah berada di pasaran. Kaji selidik di pasaran dibuat dengan terperinci untuk

barangan baru sebelum ditawarkan di pasaran. Keduanya P&P berbentuk tarikan teknologi.

P&P kategori ini mengambil risiko lebih besar dengan pengeluaran barangan di pasaran

terlebih dahulu dan menunggu respon pelanggan terhadap barangan tersebut (Abu Bakar

2004). Illustrasi mudah diberikan pada rajah 1 di bawah.

Rajah 1

Permintaan >>>>> Pasaran >>>>> P&P >>>>>Pengeluaran

P&P ( Tarikan Pasaran)

P&P >>>>> Pengeluaran>>>>>Pasaran>>>>>Permintaan

(P&P Tolakan Teknologi)

Mengikut Zainal(2003) pula diantara faktor yang membantu ke arah peningkatan potensi

eksport makanan halal ialah perubahan dalam teknologi pembungkusan, persekitaran,

pilihan pengguna, penyimpanan dan pembuangan. Pembungkusan yang baik hasil P&P

mampu meyakinkan pengguna terhadap produk yang dipasarkan. Selain itu juga ia mampu

meningkatkan hasil jualan dan menjadikan pengguna untuk terus setia menggunakan produk

yang dikeluarkan ( Abdul Aziz et. al. 2005). Penguasaan teknologi juga penting dalam

menentukan keupayaan daya saing sesebuah industri (Porter 1985) Secara umumnya,

teknologi adalah satu teknik yang mengandungi alat-alat pengeluaran barangan dan

perkhidmatan sama ada dalam bentuk penulisan maklumat, pengetahuan mesin,

pemprosesan, kemahiran individu serta kebolehsesuaian proses pengeluaran kepada

operasi asas dan keadaan pasaran. Apabila keadaan ini berubah atau bertambah baik maka

ia dikenal sebagai perubahan atau kemajuan teknologi (Rahmah 2000). Teknologi atau

perubahan dalam teknologi ini sama ada boleh diserap melalui pembelian teknologi, latihan

dan kursus atau menjalankan aktiviti P&P.

4

Page 5: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Mengikut laporan SMIDEC pada tahun 2002, kebolehan teknologi dan masalah P&P juga

merupakan diantara masalah utama IKS dan masalah ini berpautan dengan semua masalah-

masalah lain dalam IKS seperti masalah kebolehan yang terhad dalam menghadapi

liberalisasi dan globalisasi, kebolehan yang terhad dalam pengurusan teknologi dan

perolehan pengetahuan, produktiviti dan kualiti output yang rendah, kekurangan kemahiran,

kos pembangunan infrastruktur maklumat yang tinggi serta kekurangan pengetahuan dan

maklumat.

Terdapat juga beberapa cabaran baru yang bakal dihadapi firma dalam melaksanakan

aktiviti P&P (Abu Bakar 2004) seperti :-

a. Permintaan pelanggan dan citarasa yang semakin kompleks.

b. Permintaan pelanggan untuk barangan berkualiti dengan harga kompetatif

c. Kehendak pelanggan untuk makanan yang segera dan selamat

d. Pengusaha mengkehendaki teknologi yang sesuai untuk perniagaan

e. Pengusaha meminta teknologi yang kos effektif dan financially viable.

Persaingan di peringkat antarabangsa juga menuntut kepada peningkatan kualiti produk

(P&P), produktiviti, keberkesanan kos, strategi pemasaran yang berkesan, penguasaan

teknologi maklumat dan pembangunan sumber manusia yang berteraskan kualiti melalui

peningkatan pendidikan dan kemahiran serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan

(Norlaila & NoorAishah 2000). Pengesahan halal secara saintifik melalui hasil P&P juga

sangat diperlukan untuk menjumatkan kos dan masa ( Yaakob 2004).

Manakala masalah dan kekangan yang biasa dihadapi P&P (Abu Bakar 2004) ialah ;

a. Rantaian yang lemah di antara agensi yang menjalankan P&P dan firma.

b. Dapatan P&P yang tidak sesuai dengan kehendak firma dan permintaan pasaran.

c. Terdapat jurang teknologi di antara dapatan penyelidikan dan pengkomersialan

pengeluaran.

d. Jurang pengkomersialan yang terlalu banyak dan berbeza-beza.

e. P&P yang ketinggalan zaman.

5

Page 6: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Skop, Data Dan Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan 300 sampel firma IKS makanan halal tempatan cuba

mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan P&P makanan halal, faktor-faktor

yang mempengaruhi firma menjalankan P&P serta cadangan langkah yang harus diambil

pihak firma dan kerajaan berkaitan P&P bagi menjadikan negara sebagai hub makanan halal

dunia.

Skop kajian ini hanya meliputi sampel firma IKS makanan halal yang disenaraikan di

bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kajian tidak meliputi negeri Sabah dan

Sarawak dan memfokus hanya kepada aspek P&P firma sahaja.

Makanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati

syarat-syarat berikut :

a. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal

mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum

syarak.

b. Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

c. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari

bahan-bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.

d. Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya,

makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, b atau c

di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Metod Kajian Kajian menggunakan jadual tabulasi mudah untuk melihat masalah dalaman dan luaran yang

dihadapi firma IKS makanan halal. Penerangan secara diskriptif diberikan untuk setiap jadual

yang ditunjukkan. Bagi memenuhi objektif kedua kajian menggunakan model yang

dianggarkan dan secara umum adalah seperti berikut (Gujerati,2005).

6

Page 7: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Pi = E(Y = 1/X) = 1 / (1 + e-z ) (1) Dimana: Pi adalah kebarangkalian bagi firma yang menjalankan P&P iaitu Y = 1 dan Y = 0 bagi firma yang tidak menjalankan P&P. Persamaan (1) boleh ditulis dalam bentuk berikut: Pi = 1 / (1+e-z ) = ez / (1+ez ) (2) Jika Pi adalah kebarangkalian terdapat P&P iaitu Y = 1 maka kebarangkalian bagi firma tidak terdapat P&P ialah Y = 0 ialah (1-P). Oleh itu kebarangkalian firma tidak terdapat P&P ialah: (1-Pi) = 1 / (1+ez ) (3) Oleh itu ratio kebarangkalian untuk firma berdaya saing adalah dalam persamaan (4) iaitu: Pi / (1-Pi ) = ez (4) Dengan mengambil natural log bagi persamaan (4) maka akan mendapat persamaan (5) iaitu : L = Ln (Pi / (1-Pi ) = ln (ez ) = Zi = f(X) (5) Berdasarkan persamaan (5) kajian ini juga menguji beberapa pembolehubah yang dipertimbangkan mempengaruhi daya saing firma iaitu: Zi = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + ……..+ βi Xi (6)

Dimana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pemboleh bebas yang dipertimbangkan iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, pengalaman, status kewarganegaraan, bantuan kewangan, eksport, sumber bahan mentah, teknologi dan insentif.

Oleh itu berpandukan kepada persamaan (6), model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah:

L = ln(Pi / (1-Pi ) = β0 + β1 X1 + β2 X2 + β3 X3 + β4 X4 + β5 X5 + β6 X6 + β7 X7 + β8 X8 + β9 X9 + β10 X10 + β11 X11 (7)

Dimana :

L adalah log bagi nisbah ‘odds’ menjalankan P&P X1 adalah dumi jantina; = 1 untuk lelaki, 0 untuk wanita X2 adalah umur responden X3 adalah taraf pendidikan X4 adalah dumi pengalaman; = 1 untuk berpengalaman lebih 5 tahun, 0

pengalaman kurang 5 tahun. X5 adalah dumi status warga negara; = 1 bukan bumiputera, 0 untuk

bumiputera X6 adalah dumi bantuan kerajaan; = 1 jika mendapat bantuan, 0 untuk tidak

mendapat bantuan X7 adalah dami insentif; = 1 mendapat insentif, 0 tiada mendapat insentif X8 adalah sumber bahan mentah, = 1 50 peratus bahan mentah tempatan, 0

lebih 50 peratus bahan mentah eksport. X9 adalah jenis teknologi, = 1 teknologi automatik sepenuhnya, 0 teknologi

separa automatik.

7

Page 8: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Hasil Kajian Jadual 1 di bawah menunjukkan peruntukan secara purata peruntukan perbelanjaan

untuk P&P mengikut empat kategori P&P pada tahun kajian. Adalah didapati pengusaha

telah memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar untuk pembangunan produk baru

berbanding kajian pasaran, penambahcekapan proses dan amalan pengurusan.

Jadual 1. Taburan Syarikat Mengikut Purata Peruntukan P&P

(pelbagai kategori)

Peruntukan P&P Peratus P&P

Pembangunan Produk 37.9

Kajian pasaran 34.7

Penambahcekapan Proses 19.0

Amalan Pengurusan 8.4

Sumber: kaji selidik 2005

Kajian juga mendapati hanya 54.7% sahaja syarikat yang fokus kepada aktiviti P&P.

Bakinya sebanyak 45.3 % pengusaha tidak menjalankan P&P dengan pelbagai alasan

dalaman dan luaran seperti yang ditunjukkan oleh jadual 2 di bawah.

Jadual 2. Taburan Pengusaha Mengikut Masalah Dalaman Yang Menghalang Perkembangan Aktiviti P&P

Jenis Masalah Peratus Sumber Kewangan Yang Terhad 49.0 Kekurangan Infrastruktur P&P 39.0 Kekurangan Tenaga Mahir 37.0 Kekurangan strategi P&P 36.7 Pemasaran Penyelidikan yang tidak mencukupi 36.0

Kekurangan teknik analitikal 34.3 Kekurangan penekanan kepentingan P&P untuk faedah jangka panjang 18.3

Kekurangan pengurusan dalam know how 13.3 Tiada Komitmen pihak Pengurusan Syarikat 9.7 Tiada bidang tujahan 7.3

Sumber: kaji selidik :2005

8

Page 9: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Sekiranya dilihat pada jadual 2 di atas, masalah kewangan masih merupakan masalah

utama firma tidak menjalankan P&P. Dapatan ini sememangnya dapat dijangka kerana

lazimya kos menjalankan P&P adalah besar dan berisiko tinggi. Oleh itu pengusaha lebih

selesa dengan status produk sedia ada kerana jualannya masih lagi laris di pasaran. Firma

dilihat kurang perihatin terhadap kepentingan P&P dalam jangka masa panjang kerana

menganggap persaingan dari produk luar tidak mendesak walaupun dengan kualiti yang baik

dan harga yang kompetatif. Lima masalah P&P berikutnya (melebihi 30%) dilihat berpunca

dari lemahnya rantaian kehadapan dan kebelakang firma dengan agensi yang menjalankan

penyelidikan. Lain-lain masalah dalaman (di bawah 20%) pula berpunca dari masalah

pengurusan dan kaedah pengurusan yang lemah.

Jadual 3. Taburan Pengusaha Mengikut Masalah Luaran Yang Menghalang Perkembangan R&D

Jenis Masalah Peratus Perkembangan Teknologi Yang Cepat 56.0 Peningkatan Persaingan 54.7 Perubahan Citarasa pengguna yang pantas 53.7 Peningkatan kos P&P 48.3 Kekurangan insentif dari kerajaan 46.7 Peraturan kerajaan yang banyak dan rumit 46.3 Peningkatan Kos buruh 37.7 Kekurangan pakar P&P dalam bidang diperlukan 34.7

Kekurangan sokongan infrastruktur fizikal 31.7 Tiada jaminan perlindungan hak paten 28.3 Kekurangan perkhidmatan pakar rujuk 27.3

Sumber : kaji selidik 2005 Jadual 3 pula menunjukkan sebilangan besar firma menghadapi masalah persaingan

teknologi dan pasaran. Ini dapat dilihat apabila tiga masalah luaran utama yang mengekang

P&P merujuk kepada permasalahan daya saing seperti perkembangan teknologi yang cepat,

peningkatan persaingan dan perubahan cita rasa yang pantas. Masalah lain termasuk (di

bawah 40 %) masalah kos, peranan kerajaan dari segi pengurusan dan pembiayaan serta

masalah kepakaran.

9

Page 10: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Regressi Jadual 4.Hasil Keputusan Regresi Logistik Binomial Pembolehubah Bebas Koefisien Exp Koefisien Stat. Wald Konstan -7.133 .001 22.420 Jantina - .040 .961 .021 Umur - .188 .889 .838 Taraf pendidikan .256 *** 1.292 8.296 Pengalaman .185 ** 1.203 3.581 Warganegara .854 *** 2.348 10.568 Bantuan Kerajaan 1.227 *** 3.410 15.620 Bahan Mentah .505 1.657 2.134 Teknologi .844 ** 2.325 4.016 Insentif .491 ** 1.635 3.644 *** signifikan pada aras keertian 1% ** signifikan pada aras keertian 10% Jadual 4 menunjukkan hasil keputusan regresi logistik binomial yang juga menggunakan

persamaan (7) iaitu untuk menguji pengaruh keupayaan firma menjalankan aktiviti P&P. Hasil

kajian menunjukkan terdapat 6 pembolehubah signifikan mempengaruhi keupayaan firma

menjalankan aktiviti P&P iaitu pemboleh ubah taraf pendidikan, warganegara dan bantuan

kerajaan dengan aras keertian 1%. Tiga pembolehubah lain yang signifikan dengan aras

keertian 10% ialah pembolehubah pengalaman usahawan, penggunaan teknologi tinggi dan

insentif. Lain-lain pembolehubah adalah tidak signifikan.

Magnitud pengaruh pemboleh ubah juga dapat dilihat dengan mudah daripada jadual 4.

Kesemua pembolehubah yang signifikan berhubung secara positif dengan keupayaan

melakukan aktiviti P&P. Bagi pembolehubah taraf pendidikan usahawan, nilai log nisbah

odds adalah 0.256 di mana nilai exp koefisien ialah 1.292. Ini bermakna jika pembolehubah

taraf pendidikan meningkat sebanyak 1 unit, maka keupayaan usahawan melakukan aktiviti

akan meningkat sebanyak 29.2%. Manakala nilai log nisbah odds bagi pembolehubah

pengalaman ialah 0.185 dengan nilai exp koeffisien 1.203. Ini menunjukkan jika pengalaman

usahawan meningkat sebanyak 1 unit, kebarangkalian usahawan melakukan aktiviti P&P

meningkat sebanyak 29.2%.

10

Page 11: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Keadaan yang sama juga berlaku kepada pembolehubah teknologi tinggi dan insentif

dengan masing-masing mempunyai nilai log nisbah odds sebanyak .844 dan .491 serta nilai

exp koeffisien 2.325 dan 1.635. Ini menunjukkan kebarangkalian aktiviti P&P dibuat oleh

firma berteknologi tinggi meningkat dengan faktor 2.325 berbanding firma yang tiada

teknologi tinggi serta kebarangkalian P&P meningkat dengan faktor 1.635 bagi

pembolehubah usahawan yang mendapat insentif berbanding usahawan yang tidak

mendapat insentif kerajaan.

Pembolehubah bantuan kerajaan serta status warganegara juga didapati mempengaruhi

firma menjalankan P&P. Bantuan kerajaan banyak membantu firma menjalankan P&P

dengan faktor 3.410 berbanding firma yang tidak mendapat bantuan kerajaan manakala

kumpulan bukan bumiputera didapati lebih banyak melakukan P&P berbanding kaum

bumiputera.

Kesimpulan & Implikasi Polisi Berdasarkan penemuan kajian, kajian ini mendapati kebanyakkan pengusaha makanan

halal sedar tentang kekuatan P&P dan cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan

sekiranya tidak melakukan P&P. Namun terdapat lain-lain masalah yang mengekang

mereka dari terus giat melakukan P&P. Justeru itu beberapa cadangan dikemukakan bagi

memperbaiki kelemahan dan masalah P&P yang dihadapi firma dan peranan kerajaan

berkenaan P&P seperti di bawah.

1. Kerajaan harus meluweskan skim pembiayaan untuk P&P kepada firma.

2. Firma perlu memperkukuhkan hubungan dengan agensi yang menjalankan P&P.

3. Galakan kerajaan terhadap penggunaan teknologi tinggi kepada firma

4. Kerajaan perlu menyebarkan dengan meluas insentif berkaitan dengan P&P kepada firma.

5. Kerajaan dan firma perlu memberi perhatian terhadap faktor yang mempengaruhi firma

menjalankan P&P.

6. Usahawan perlu bersikap positif dan sanggup menanggung risiko menjalankan P&P.

11

Page 12: Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS … kerja iCEPs/Penyelidikan... · Penyelidikan Dan Pembangunan (P&P) Di Kalangan IKS Makanan Halal Di Malaysia Mohd Ali Mohd Noor*

Rujukan.

Abu Bakar Hussin. 2004. Research and Development on Processed Food with emphasis on Meat and Meat Products. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar On Halal Food And Products: Challenges and Prospects in The Global Market, Putrajaya, 28-30 Sept. Abdul Aziz, Naser. A. & Ahmad S. 2005. Critical Issues in Packaged Food Business. British Food Journal, 107 (10),760-780. Ahmad Kamal Mohd Ismail.2006. Halal Supply Critical Value Chain. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Halal Food : Positioning For Halal Hub Status,IPPJ Johor Bahru : 17-19 Mac 2006. Gujerati,D.N.(2005). Basic Econometrics (5th Edition). New York : McGraw Hill. Malaysia.2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad. MITI.2004. Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.2004. Kuala Lumpur : Ampang Press Norlaila Abu Bakar & Norasiah Sulaiman.2000. Cabaran Globalisasi terhadap Keupayaan Bersaing IKS. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Tahunan, Jabatan Ekonomi Pembangunan 2000: Globalisasi dan Peluang, Cabaran Pembangunan ,UKM, Bangi, 20-21 November. Porter, M.E. 1985. Competative Advantage, Creating and Sustaining Superior Performance. New York : The Free Press __________. 1990. The Competative Advantage of Nations. New York : The Free Press. Rahmah Ismail. 2000. Kemajuan Teknologi Dan Pembangunan. Dlm. Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi, disunting oleh Noor Aini Idris & Ab. Razak Dan. Bangi : Penerbit UKM. SMIDEC.2002.SMI Development Plan (2001-2005). Small and Medium Industries Development Corporation, 30 March 2002. Yaakob Che Man.2004. Food Processing : Issues And R&D Challenges. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar On Halal Food And Products: Challenges and Prospects in The Global Market Putrajaya,28-30 Sept. Zainal Azman Abu Kassim. 2003. Market, Potential and Challenges for Halal Food Industries. Kertas Kerja dibentangkan di Semianr Halal : The Concept and Its Business Oppurtunities, Kuala Lumpur, 6-7 Mac.

12