penyelenggaraan_kenderaan

15
21 BAB 3 PENYELENGGARAAN KENDERAAN 3.1 Pengenalan Bab ini adalah berkenaan pengurusan aset dari segi penyelenggaraan di mana Manual Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) menyatakan bahawa kenderaan dan loji/jentera berat adalah merupakan Harta Modal milik kerajaan yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan memerlukan penyelenggaraan secara berjadual seperti mana telah ditetapkan dalam manual pengguna yang dibekalkan oleh pengeluar kenderaan. Kenderaan dan jentera berat yang juga dipanggil dengan nama loji merupakan Aset Alih Kerajaan kerana pada asalnya ia dibeli pada harga minimum RM 1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) setiap satu dan ke atas, maka ia memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira harga asal pembelian aset itu. Oleh itu, kenderaan dan jentera berat adalah Harta Modal di bawah Aset Alih Kerajaan.

Upload: apech-ranger

Post on 13-Jul-2015

884 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelenggaraan_Kenderaan

21

BAB 3

PENYELENGGARAAN KENDERAAN

3.1 Pengenalan

Bab ini adalah berkenaan pengurusan aset dari segi penyelenggaraan di

mana Manual Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) menyatakan bahawa

kenderaan dan loji/jentera berat adalah merupakan Harta Modal milik

kerajaan yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan

memerlukan penyelenggaraan secara berjadual seperti mana telah

ditetapkan dalam manual pengguna yang dibekalkan oleh pengeluar

kenderaan.

Kenderaan dan jentera berat yang juga dipanggil dengan nama loji

merupakan Aset Alih Kerajaan kerana pada asalnya ia dibeli pada harga

minimum RM 1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) setiap satu dan ke atas,

maka ia memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira

harga asal pembelian aset itu. Oleh itu, kenderaan dan jentera berat adalah

Harta Modal di bawah Aset Alih Kerajaan.

Page 2: Penyelenggaraan_Kenderaan

22

3.1.1 Objektif

Penyelenggaraan kenderaan adalah perlu bagi membolehkan

mencapai objektif-objektif berikut:

i. Aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat

digunakan.

ii. Berupaya memanjangkan jangka hayat aset selain daripada

memelihara aset.

iii. Meningkatkan keupayaan.

iv. Mengurangkan kerosakan.

v. Menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

vi. Menjamin keselamatan pengguna.

vii. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan produktif.

viii. Memelihara imej kerajaan.

3.2 Tanggungjawab Pemandu

3.2.1 Etika Pemanduan

Etika Pemanduan adalah berkenaan sikap seorang pemandu

terhadap tanggungjawabnya mengenai soal keselamatan dirinya

sendiri sebagai pemandu, penumpang dan persekitaran sekelilingnya

selain keinginannya memelihara serta memulihara aset yang

diamanahkan (kenderaan):

i. Individu Pemandu iaitu sihat atau tidak sakit yang dikhuatiri akan

mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, penumpang dan

orang lain.

ii. Mempunyai lesen memandu yang sah dan setaraf dengan kelas

pemanduan.

iii. Melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan setiap kali sebelum

memulakan aktiviti pemanduan yang pertama setiap hari agar

kenderaan sentiasa berkeadaan baik dan selamat untuk

beroperasi.

Page 3: Penyelenggaraan_Kenderaan

23

3.2.2 Penyelenggaraan Kenderaan

Rajah 3.1 Buku Log Kenderaan.

Pemandu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenderaan yang

dipandunya untuk menjalani penyelenggaraan berpandukan manual

pengguna ataupun jadual penyelenggaraan kenderaan yang

disediakan oleh pihak jabatan bagi memastikan fungsi dan operasi

berjalan dengan lancar dan berterusan.

3.3 Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan Pencegahan atau ‘Preventive Maintenance ‘ merupakan

tindakan penyelenggaraan secara berjadual yang diambil untuk memeriksa,

menservis, membaik pulih ataupun tindakan mengganti komponen atau

sumber fizikal secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara

berterusan. Penyelenggaraan Pencegahan biasanya melibatkan:

i. Minyak pelincir enjin.

Minyak pelincir terdapat dalam pelbagai jenis dan gred bergantung

kepada kesesuaian enjin.

Page 4: Penyelenggaraan_Kenderaan

24

Rajah 3.2 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.

Bagi Unit Penyelenggaraan di bawah Bahagian Worksyp CKM Negeri

Selangor, Minyak Pelincir Jenis ‘Monograde’ atau Gred Tunggal paling

kerap digunakan seperti SAE 40 kerana kebanyakan kenderaan jabatan

merupakan kenderaan pacuan empat roda, kenderaan berat seperti lori

dan juga jentera berat seperti ‘Back Hoe Loader’ dan ‘Motor Grader’.

Tempoh masa bagi tukaran minyak pelincir adalah di antara 5,000 km

hingga 10,000 km jarak perjalanan.

ii. Minyak pelincir pada kotak transmisi (manual dan automatik) untuk

pacuan dua roda dan empat roda.

Permukaan gigi gear yang bersentuhan dan menyebabkan kehausan

permukaan bersentuhan. Minyak pelincir yang mempunyai kadar

kelikatan yang tinggi seperti Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 90

mampu bertindak dalam mengurangkan geseran sekaligus dapat

menyerap lebih banyak haba yang terhasil berbanding minyak pelincir

yang kurang kadar kelikatannya.

Page 5: Penyelenggaraan_Kenderaan

25

Rajah 3.3 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 90.

Tempoh masa penggunaan minyak pelincir transmisi adalah sama

dengan tempoh masa pada gear ‘axle’ iaitu diantara 40,000 km hingga

80,000 km perjalanan kenderaan. Kelewatan servis dari tempoh yang

dicadangkan akan menyebabkan penukaran gear sukar dilakukan

kerana minyak pelincir yang tidak ditukar tidak lagi mampu

mengurangkan geseran pada permukaan gear.

iii. Minyak pelincir gear ‘Axle’ (depan dan belakang).

Rajah 3.4 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 140.

Gear ‘axle’ menghasilkan geseran dan haba yang tinggi akibat

pergerakan antara permukaan gear yang bersentuhan. Diketahui

Page 6: Penyelenggaraan_Kenderaan

26

bahawa gear heliks mampu memindahkan daya yang lebih besar

menyebabkan suhu haba yang terhasil juga lebih tinggi. Kebiasaannya

Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 140 digunakan pada kotak transmisi

‘axle’ kenderaan berat bagi menampung pemindahan sejumlah beban

yang besar ketika ia bergerak. Tempoh masa bagi tukaran adalah sama

dengan Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 90 iaitu 40,000 km perjalanan

kenderaan.

iv. Bendalir Transmisi Automatik (ATF).

Rajah 3.5 Bendalir ATF atau SAE 11.

Bendalir ATF mempunyai kadar kelikatan yang sangat rendah

berdasarkan Kod Piawaian SAE iaitu SAE 11. Jangka masa maksimum

bagi tempoh penggunaan adalah 40,000 km. Tidak melakukan tukaran

dalam tempoh masa yang dicadangkan mengakibatkan roda kawalan

menjadi berat untuk di kawal ketika pemanduan.

v. Bendalir brek.

Bendalir Brek terdapat dalam dua jenis iaitu:

a. Jenis DOT 3.

b. Jenis DOT 4.

Page 7: Penyelenggaraan_Kenderaan

27

Rajah 3.6 Bendalir Brek Jenis DOT 4.

Rajah 3.7 Bendalir Brek Jenis DOT 3.

Penggunaan Bendalir Brek Jenis DOT 3 sesuai pada suhu di antara - 42

o C hingga 232 o C manakala bagi penggunaan Bendalir Brek Jenis DOT

4 pula sesuai digunakan pada suhu yang tinggi iaitu melebihi suhu 230 o

C dan ke atas.

Page 8: Penyelenggaraan_Kenderaan

28

Tempoh maksimum yang dicadangkan ialah 40,000 km jarak perjalanan

kenderaan. Cengkaman kurang atau tidak ketika membrek biasanya

disebabkan oleh tidak menghantar kenderaan menjalani

penyelenggaraan pada tempoh yang ditetapkan.

vi. Bendalir klas.

Rajah 3.8 Bendalir klas Jenis DOT 3.

Bendalir Brek Jenis DOT 3 juga boleh digunakan pada sistem klas

kenderaan dengan tempoh masa penggunaan juga sama iaitu 40,000

km jarak perjalanan.

Bendalir Brek Jenis DOT 3 dan Jenis DOT 4 bersifat menghakis dan

panas apabila tersentuh dengan kulit. Pakai sarung tangan ketika

kendalian dan elakkan bendalir terkena pada bahagian casis kenderaan

kerana ia boleh menyebabkan kerosakan.

vii. Penuras udara.

Fungsi penuras udara pada enjin kenderaan adalah untuk:

Page 9: Penyelenggaraan_Kenderaan

29

a. Membersihkan udara sebelum masuk ke dalam enjin melalui ‘Intake

Manifold’.

b. Mengurangkan kelajuan udara yang masuk, dengan itu akan

menjimatkan penggunaan bahan bakar.

Rajah 3.9 Elemen Penuras Udara.

Terdapat dua jenis penuras yang biasanya digunakan bergantung

kepada keperluan dan kegunaan.

a. Penuras Jenis Kering.

Rajah 3.10 Penuras Jenis Kering.

Page 10: Penyelenggaraan_Kenderaan

30

Menggunakan elemen kertas sebagai penapis. Setiap 5,000 km

perjalanan atau 3 bulan cucian penuras akan dilakukan dan tukaran

dilakukan setiap 15,000 km hingga 20,000 km jarak perjalanan.

b. Penuras Jenis Basah.

Rajah 3.11 Penuras Jenis Basah.

Bertindak memerangkap benda asing menggunakan lingkaran-

lingkaran dawai halus di mana cecair seperti minyak berada di bawah

lingkaran dawai ini sebelum udara masuk ke kebuk pembakaran.

Penyelenggaran untuk di cuci setiap 5,000 km jarak perjalanan atau

8 bulan.

viii. Penuras minyak pelincir.

Penuras minyak pelincir bertindak untuk memerangkap kotoran dan

cebisan halus serbuk besi yang terdapat dalam minyak pelincir.Tukaran

biasanya setelah 10,000 km hingga 20,000 km jarak perjalanan dilalui

bergantung kepada jenis dan pengeluar.

Page 11: Penyelenggaraan_Kenderaan

31

Rajah 3.12 Penuras minyak pelincir enjin.

Kesan jangka masa panjang seperti kebocoran di sekitar penuras kerana

kehausan ‘O-ring’ penuras boleh berlaku.

ix. Penuras bahan bakar.

a. Jenis Mangkuk Enapan atau Konvensional.

Rajah 3.13 Penuras Bahan Bakar Jenis Konvensional.

Penuras yang mempunyai tabung diperbuat daripada logam atau

tabung yang lutsinar yang bertindak memerangkap kotoran dan

benda asing.

Page 12: Penyelenggaraan_Kenderaan

32

Rajah 3.14 Elemen Penuras Bahan Bakar Jenis Konvensional.

Ia boleh di buka dan di cuci setiap 5,000 km jarak perjalanan dan

elemennya perlu di tukar setelah mencapai perjalanan antara 25,000

km hingga 30,000 km.

b. Jenis Katrij.

Rajah 3.15 Penuras Bahan Bakar Jenis Katrij.

Perangkap kotoran dan benda asing yang menggunakan kertas turas

sebagai medium yang terletak di tengah-tengah tabung (penuras).

Penuras Jenis Katrij tidak boleh di cuci semula dan tukaran penuras

dilakukan setiap 10,000 km jarak perjalanan yang dilalui.

Page 13: Penyelenggaraan_Kenderaan

33

x. Palam pencucuh.

Rajah 3.16 Palam Pencucuh.

Palam pencucuh hanya digunakan pada kenderaan yang menggunakan

petrol sebagai bahan bakarnya. Akibat daripada penggunaan palam

pencucuh yang melebihi tempoh, pembekalan sumber api dalam sistem

pembakaran kenderaan akan terganggu sekaligus menjadikan perjalan

kenderaan tidak lancar dan stabil. Cadangan bagi jarak perjalanan

maksimum adalah 80,000 km sebelum menjalani penyelenggaraan

seterusnya.

xi. Bateri.

Rajah 3.17 Bateri.

Page 14: Penyelenggaraan_Kenderaan

34

Dua jenis bateri yang biasa terdapat di pasaran iaitu Jenis Sel Basah

dan Jenis Sel Kering. Bagi Sel Basah, Asid Sulfurik cair digunakan di

dalam bateri sebagai konduktor arus. Tempoh masa bagi penggunaan

bateri biasanya setahun sekali bergantung kepada cara dan tempoh

masa penggunaan sesebuah kenderaan.

3.4 Penyelenggaraan Pemulihan

Penyelenggaraan Pemulihan atau ’ Corrective Maintenance ‘ merupakan

tindakan membaiki atau mengganti komponen atau sumber fizikal supaya

dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan. Terdapat tiga perkara

yang mesti dijalankan apabila melaksanakan melaksanakan kaedah ini.

3.4.1 Kenal Pasti Punca Masalah (Troubleshooting)

Selain manual pengguna kaedah mengenal pasti masalah

memerlukan maklumat daripada pemandu berkenaan masalah yang

dihadapi atau pandu uji dijalankan oleh mekanik untuk mengenal

pasti masalah kenderaan tersebut.

3.4.2 Kerja Baik Pulih

Bagi kerja pemulihan proses penyelenggaraan bergantung kepada

masalah yang dihadapi. Biasanya penyelenggaraan pemulihan

melibatkan prosedur kerja yang rumit atau memerlukan kepakaran

khusus berkaitan sistem atau bahagian terlibat.

3.4.3 Pandu Uji

Kenderaan yang siap dibaik pulih akan di uji pula bagi memastikan

sistem atau bahagian terlibat telah bebas daripada masalah dan

berfungsi dengan baik sebagaimana standard yang ditetapkan.

Page 15: Penyelenggaraan_Kenderaan

35

3.5 Kesimpulan

Unit Penyelenggaraan adalah unit di bawah seliaan Bahagian Worksyop

yang berperanaan sangat penting dalam memastikan fungsi dan operasi

kenderaan sentiasa berada dalam kondisinya yang terbaik. Secara tidak

langsung telah membantu kerajaan dari segi kos baik pulih yang mahal

sekaligus meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung kerajaan.