penyata rasmi parlimen dewan negara · rang undang-undang: ... kebersihan di tempat-tempat awam di...

86
Bil. 31 Khamis 21 Disember 2000 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA

Upload: vankhuong

Post on 07-Jul-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

Bil. 31 Khamis 21 Disember 2000

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

KAN DUNGAN

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Ahli Parliman (Saraan) (Pindaan) 2000

Rang Undang-undang Pengangkatan (Pindaan) 2000

Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000

Rang Undang-undang Akauntan (Pindaan) 2000

Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2000

Diterb1tkan Oleh: CAWANGAN OOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2001

(Halaman 1)

(Halaman 2)

(Halaman 18)

(Halaman 30)

(Halaman 39)

(Halaman 48)

(Halaman 62)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S.(Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S., S.l.M.P., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T. (Dilantik)

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik)

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah}

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Dato' Charern lrtachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dr. Charlie Chau-Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haran (Dilantik)

Puan Chew Poh Thai (Dilantik)

Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok-Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.l.M.P. (Selangor)

Dato' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

ii DN.21.12.2000

Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangor)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

Datuk M. Kayveas (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Ben~ara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, D.l.M.P., A.M.P. (Pahang)

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000

Yang Berhormat Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

Puan See Too Mee (Johar)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Dilantik)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Manser (Dilantik)

Dato' Ting Check Sii, D.l.M.P. (Dilantik)

To' Puan Wan Seri @Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

iv

DEWAN NEGARA

PEGAWAl-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Abdullah Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENT ARA MESYUARA T Mejar (8) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (8) Zakaria bin Salleh Mejar (8) Kamaruddin bin Abdullah

DN.21.12.2000

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bil1 Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji 8ohari

Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim

Mashitah binti Kamaruddin Abu 8akar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd. Azmi bin Em bong

Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Khamis, 21 Disember 2000

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

10.03 pagi.

Timbalan Menteri Penerangan [Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu usul:

"Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat mesyuarat, Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan."

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kerana dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini mengandungi satu usul yang sepatutnya dibawa oleh saya yang berbunyi, saya hendak sebutkan bunyi Usul itu:

"Bahawa Dewan Negara menginsafi Malaysia, adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, menganuti proses perundangan yang telus dan bebas serta diterajui oleh sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata menerusi proses pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali, membuat ketetapan dan bersetuju;

Membantah sekeras-kerasnya campur tangan sekumpulan tujuh (7) orang ahli Kongres Amerika Syarikat - Chris Smith (New Jersey), Ileana Ros-Lehtinen (Florida}, Robert Wexler (Florida}, Tom Lantos (California), Dana Rohrabacher (California), Ed Royce (California) dan Niel Abercrombie (Haiwaii) yang memfailkan satu resolusi pada 21 Oktober 2000 di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat untuk mendesak supaya Kerajaan Malaysia menggugurkan semua tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mengadakan perbicaraan baru.

Mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan beberapa orang kononnya warganegara Malaysia yang menggunakan jururunding James Meritt Strategies (JMS) bagi mencapai cita­cita memburuk-burukkan negara sendiri, mensabotaj ekonomi negara dan menyerahkan kedaulatan dan proses kehakiman negara kepada Dewan Pf·rwakilan Amerika Syarikat.

Menggesa pihak kerajaan menyiasat dengan mendalam punca kewangan dan cara-cara bertindak (modus operandi) petualang dan pengkhianat negara ini dan mengambil

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

2 DN.21.12.2000

tindakan undang-undang yang setimpal jika bersabit kesalahan dan seterusnya menggesa pihak kerajaan menggubal strategi tindak balas supaya kegiatan mensabotaj negara dapat dibanteras."

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan keadaan sudah berubah, kerana dahulunya ada kemungkinan Al-Gore mungkin menang sebagai Presiden. Tetapi Al-Gore kita tahu telah pun menyuarakan supaya menyeru rakyat jelata untuk berdemonstrasi. Tetapi sekarang ini George W. Bush menang, jadi Presiden dan saya difahamkan juga pihak kerajaan kita telah menemui beberapa ahli-ahli Kongres yang saya sebutkan tadi dan menerangkan keadaan sebenarnya yang berlaku.

Kita berpendapat keadaan sudah berubah, dengan itu saya menarik batik usul ini dan mengucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menjalankan usaha untuk merapatkan lagi perhubungan antara Amerika Syarikat dengan Malaysia, antara rakyat Malaysia dengan rakyat Amerika Syarikat dan mudah-mudahan dengan adanya kerjasama yang akan datang ini kita akan dapat satu lagi perhubungan yang baik dalam global dan liberal sistem demokrasi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saye ucap terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul sebagaimana yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri itu tadi dikemukakan kepada Majlis bagi diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

"Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11 , Majlis Dewan Negara tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga selesai dipertimbangkan semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk hari ini dan apabila tamat mesyuarat Dewan ini akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan."

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Long bin Jidin minta Menteri Penerangan menyatakan fungsi dan peranan yang harus dimainkan oleh Pegawai Penerangan Seranta dan berapa ramaikah pegawai-pegawai tersebut yang terkini di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan [Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Penerangan tidak mempunyai pegawai penerangan seranta seperti yang dinyatakan. Mungkin Yang Berhormat Senator Datuk Long maksudkan di sini ialah pegawai seranta yang ada di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Terima kasih.

2. Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah tindakan dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menerapkan sikap (civic consciousness) terutamanya menjaga kebersihan di kalangan orang ramai di tempat-tempat awam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, adalah diakui bahawa keadaan kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi kurang memuaskan. lni bukan sahaja berlaku di tempat-tempat awam dalam kawasan majlis-majlis tempatan, tet~pi juga di luar kawasan majlis terutamanya kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan .

. -

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 3

Dalam hubungan ini, kementerian telah mengambil pelbagai langkah dan tindakan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi tahap kebersihan di peringkat tempatan termasuklah pelaksanaan program dan aktiviti untuk mempertingkatkan tahap kesedaran awam di kalangan masyarakat kita. Pelbagai kempen kebersihan tP.lah dilaksanakan di peringkat Persekutuan, negeri dan juga tempatan da!am usaha menyedarkan masyarakat akan perlunya dijaga kebersihan kawasan dan kemudahan-kemudahan awam lainya.

Conteh yang terbaru ialah Kempen Anti Nyamuk dan Kempen Kebersihan Nasional yang menelan belanja sebanyak RM40.76 juta. Selain dari itu, kementerian juga telah dan sedang bekerjasama dengan pihak media elektronik khususnya radio dan TV Malaysia serta Filem Negara untuk menerbit dan menayangkan filem-filem thriller dan promo mengenai kebersihan yang berfokus kepada keadaan dan amalan kebersihan di tempat­tempat awam.

Perkembangan terkini dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan komitmen orang ramai dalam aspek kebersihan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan sektor swasta telah mula dilibatkan dalam rancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti kebersihan di semua peringkat Persekutuan, negeri dan juga pihak berkuasa tempatan.

Kini kementerian sedang giat melaksanakan program Kitar Semula di mana salah satu tujuan adalah untuk mengurangkan pengeluaran sisa pepejal dan memelihara kebersihan alam sekitar. Sehubungan ini, Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan program Printis Kitar Semula pada 2 Disember 2000 untuk 29 buah PBT di seluruh negara.

Untuk tujuan itu, kementerian akan membekalkan tong-tong untuk bahan-bahan kitar semula dan turut menyertakan papan kenyataan yang menggalakkan masyarakat untuk mengitar semula. Papan kenyataan tersebut merupakan sebahagian daripada set tong kitar semula di samping mempunyai motto iaitu "Fikir dahu/u sebelum buang". Set-set tong bersama papan kenyataan ini akan ditempatkan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli-belah, stesen minyak, persatuan penduduk, pejabat, sekolah dan sebagainya.

Pada masa yang sama kementerian juga telah menyediakan satu program kesedaran awam khusus untuk kitar semula. Dalam program kesedaran ini kementerian cuba menerapj<an civic consciouness terhadap kitar semula. Matlamat program kesedaran ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan cara yang betul. Televisyen, radio, surat khabar dan laman web adalah media massa utama yang digunakan untuk mendapath.an liputan kesedaran yang lebih meluas.

Sebagai susulan, ground event berupa road show akan diadakan di beberapa buah PBT yang terpilih untuk memastikan satu program Kitar Semula yang berterusan. Sekian.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pada permulaan tahun 1990-an kementerian ini telah melancarkan satu kempen secara besar-besaran untuk meningkatkan kesedaran sivik atas perkara kebersihan. Pada pendapat saya pada masa itu program yang dilancarkan dinamakan program ABC sangat berkesan, dan rombongan-rombongan yang terdiri daripada Ketua Pengarah semasa itu, Encik Lim Boh Ai, telah mengunjungi bersama pengadil-pengadil ke penguasa­penguasa tempatan dan telah memberi hadiah-hadiah yang lumayan kepada mereka. Adakah kementerian ini bercadang untuk mengadakan sekali lagi satu

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

4 DN.21.12.2000

kempen secara besar-besaran seperti yang dilakukan pada permulaan 1990. Terima kasih.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih, Yang Berhorrriat. Sebenarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini kementerian sudah mengadakan program-program yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi khususnya program Bersih dan lndah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah membelanjakan RM16.16 juta dalam program ini supaya kita boleh meningkatkan kesedaran kebersihan dan keindahan kawasan­kawasan yang kita diami.

Lain-lain program yang saya sebut dalam jawapan awal tadi di mana kita juga mengadakan perbelanjaan yang besar, semua ini bermakna program Bersih dan lndah ini atau program untuk menanam civic consciousness di kalangan rakyat kita akan diteruskan tahun demi tahun supaya kita boleh mencapai hasrat kita iaitu satu negara bersih, indah dan sihat bagi rakyat kita.

3. Puan Jaya Partiban minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebelum melaksanakan skim gaji bulanan pekerja ladang, adakah kementerian merancang untuk memberi insentif sebagai membantu para pekerja ladang yang berpendapatan begitu rendah khususnya pada musim hujan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini pekerja ladang sedang menikmati satu jaminan gaji yang merupakan insentif sebanyak 24 hari di bawah seksyen 16 (1) Akta Pekerja 1955. Sekiranya kerja tidak dapat dilakukan kerana hujan, banjir dan sebagainya, selain daripada gaji yang diterima pekerja ladang juga menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh majikan.

Di bawah Akta Standard Minimum (Perumahan dan Kemudahan) Pekerja 1980, peruntukan bagi setiap majikan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perumahan pekerja, bekalan air dan elektrik, pusat asuhan kanak-kanak, tanah untuk bercucuk tanam dan menternak, dewan komuniti, padang untuk bersukan dan rekreasi, klinik dan kemudahan perubatan untuk para pekerja ladang. Sekian.

Tuan N. Marimuthu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kementerian jawab itu saya tidak puas hati. Sebab ini biasanya 100 tahun dia bagi rumah, dia bagi kedai todi, dia bagi satu sekolah macam pondok, dia bagi taman asuhan kanak-kanak. ltu bukan kanak-kanak asuhan. Saya rasa tempat itu macam kandang lembu.

Waiau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia menunaikan janji bagi melaksanakan gaji bulanan pada tahun ini. Bagaimanakah kedudukan, apa sebab menunaikan janji tahun ini. Kementerian telah pun menjawab satu soalan di sini daripada Yang Berhormat Puan Jaya Partiban pada 15 Mac 2000, Kementerian Sumber Manusia telah melantik sepasukan juruperunding-juruperunding dari Universiti Malaya untuk mengkaji mengenai cadangan skim gaji bulanan bagi pekerja-pekerja ladang.

Laporan daripada juruperunding telah diterima oleh kementerian 15 November 2000 dan tindakan sedang diambil dengan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tana~' Melayu (MAPA). MAPA ini saya tidak setujulah cadangan dari mereka. Dia tauke, dia bukan majikan, Timbalan Menteri sendiri tahu apakah pandangan, apakah ideanya. Langsung saya tidak setuju.

Apakah pandangan kerajaan, apakah tujuan kerajaan, dia ada tanah di negara kita, bukan dia tanggungjawab kita. Keluarkan satu arahan yang kekal, mesti mahu gaji bulanan atau gaji tetap. Apakah pandangan? Sekian sahaja. [Tepuk}

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 5

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya?

Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu kerana begitu bersemangat, begitu prihatin, begitu peka terhadap nasib pekerja ladang yang mengikut statistik 60% daripada pekerja-pekerja ladang adalah warganegara dan 40% daripada pekerja-pekerja ladang yang terdiri daripada warganegara adalah bukan sahaja orang keturunan India tetapi juga orang keturunan Melayu.

Atas dasar itulah, kementerian begitu confident untuk memastikan gaji bulanan ini dapat dilaksanakan. Kita ada dua approach, satu dengan cara berunding di mana kita melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada cerdik pandai daripada Dekan Fakulti Pentadbiran Universiti Malaya yang membuat satu kajian, kajian telah disiapkan dan telah dibentangkan kepada jawatankuasa pemandu, yang terdiri daripada wakil pekerja dan juga wakil majikan. Memang betul MAPA masih tidak bersetuju dengan cadangan­cadangan yang dikemukakan oleh bukan kementerian tetapi oleh jawatankuasa konsultan atau juruperunding tersebut.

Cara kedua adalah dengan merujuk kuasa menteri merujuk kepada Mahkamah Perusahaan. Menteri sudah pun mengarahkan supaya Mahkamah Perusahaan membincangkan kes gaji bulanan ini pada bulan Februari tahun depan dan kita tunggu, jika cara pertama tidak dapat kita penuhi, maka kita serah kepada mahkamah untuk menentukan nasib pekerja. Jadi, Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu, saya pun berkongsi aspirasi dan wawasan dengan Yang Berhormat, jangan bimbang.

Dato' Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, memandangkan harga kelapa sawit dan getah begitu rendah pada masa sekarang, para pekebun kecil dan peneroka Felda atau Felcra telah mengalami banyak kesukaran atau kesusahan di dalam hidup harian mereka, apakah kerajaan bercadang untuk menolong mereka?

Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jawapan-jawapan bagi memastikan nasib pekebun-pekebun kecil dalam suasana harga kelapa sawit khususnya minyak kelapa sawit yang begitu muram, banyak sudah disediakan oleh jabatan khususnya Kementerian Perusahaan Utama. Kita di Kementerian Sumber Manusia hanya bergerak bagi memastikan nasib pekerja dari sudut gaji sentiasa terpelihara. Usaha­usaha untuk memastikan yang pendapatan golongan peneroka dan pekebun kecil ini sentiasa dipandang berat oleh kerajaan di mana kerajaan sudah pun menubuhkan jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bagi memastikan harga yang menurun ini adalah pada tahap sementara. Terima kasih.

4. Puan Safinah binti Jusoh minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah rancangan-rancangan baru yang telah dirangkakan oleh pihak kementerian dalam usaha memberikan satu suntikan baru kepada program Rakan Muda di negara kita.

Menteri Belia dan Sukan [Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, Rakan Muda telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dangan suntikan baru, nafas baru, imej baru secara rasminya awal tahun depan. Pelancaran awal atau soft launchnya, dengan izin, telah pun dilaksanakan pada 14 Oktober tahun ini.

Beberapa pendekatan baru telah pun diperkenalkan iaitu menekankan kepada aspek kesukarelaan dalam penganjuran dan pengurusan aktiviti­aktivitinya.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

6 DN.21.12.2000

Kedua, menekankan kepada aspek rakan kongsi tulen antara empat pihak iaitu sektor awam, sektor swasta, sektor NGO dan para sukarelawan.

Ketiga, demi mengupayakan dan juga memperkasakan lagi remaja .kita untuk terlibat secara langsung dalam program Rakan Muda ini, pengendalian aktiviti-aktiviti baru Rakan Muda, era baru ini telah pun dan akan terus mengambil kira kehendak dan juga cita rasa generasi muda.

Keempat, kita sudah dan telah pun dan terus akan mewujudkan dan memperkenalkan konsep role model yang baik, yang boleh dicontohi dan diteladani oleh golongan muda.

Kelima, membangunkan sistem IT dan multimedia dalam peng1s1an program baru m1, memastikan bahawa program-program ini dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi dengan wujudnya unit-unit Rakan Muda di semua peringkat termasuklah di setiap daerah, insya-Allah.

Akhir sekali, pendekatan baru ialah untuk menyemarakkan semangat dan suasana peserta-peserta Rakan Muda melalui penganjuran pertandingan untuk setiap gaya hidup dan aktiviti-aktiviti Rakan Muda. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. kaum remaja merupakan satu warisan untuk pucuk pimpinan membendung supaya mereka benar-benar patriotik kepada negara. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana kita boleh mencapai objektif yang begitu tinggi ini, kalau sekiranya setiap daerah ada seorang pegawai belia, lepas itu dibantu oleh seorang berdua assistant dan belia yang 15 ke 40 tahun ini merupakan kumpulan yang begitu besar, banyak masalah, apa sahaja program yang ada kepada kementerian kalau sekiranya sokongan dari segi input human dimension, dengan izin, di peringkat akar umbi tidak mencukupi ianya tidak boleh bergerak.

Jadi, saya hendak bertanya pihak kerajaan, dalam Rancangan Malaysia Kelapan ini, berapa ramai pegawai-pegawai belia baru yang hendak dihantar ke peringkat daerah-daerah untuk hendak menggerakkan akar umbi belia ke arah mercu kecemerlangan alaf baru. Terima kasih.

Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Sememangnya saya harap apa hujah itu dapat dimasukkan dalam Hansard kerana ianya memperkukuhkan lagi apa pendirian kementerian iaitu sekiranya kita ingin melaksanal<an program-program yang saya sebutkan tadi, sememangnya kelemahan yang wujud bukan sahaja dari segi peruntukan, tetapi tenaga kerja untuk melaksanakannya. Sekarang ini pun telah kita tambah seorang pegawai untuk Rakan Muda di setiap daerah. Dan dari segi infrastruktur, dari Rancangan Malaysia Ketujuh, kerajaan telah meluluskan pembinaan 19 buah pusat Rakan Muda di peringkat daerah yang mengandungi kemudahan-kemudahan serba-serbi.

Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, secara terperincinya sememangnya kita ingin tambah lagi infrastruktur yang sedia ada tetapi ini masih lagi dalam perbincangan tetapi, insya-Allah, dengan hujah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi dan sokongan daripada semua di dalam Dewan yang mulia ini, kita dapat merealisasikan apa yang diharap-harapkan. lnsya-Allah.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, kita rakamkan tahniah kepada kementerian dan kerajaan kerana memberi perhatian berat kepada pembangunan belia di negara kita. Jadi, soalan tambahan saya berkenaan satu suntikan baru ataupun new approach, dengan izin, kepada Rakan Muda untuk dijalankan

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 7

secara rasminya pada tahun clepan ini berorientasikan kepada semangat kesukarelaan rakan kongsi dan lain-lain yang berkaitan.

Jadi, soalan tambahan saya ialah apakah pendekatan program Rakan Muda sebelum ini, kalau tidak ianya gagal, apakah kekangan sebenarnya yang menidakkan bahawa kita harus mengadakan suntikan ataupun pendekatan baru ke arah menjalankan usaha-usaha program Rakan Muda ini. Kalau ianya benar, berapakah sasaran jumlah yang kita harus ada dalam jangka pendek ini, mungkin dalam peringkat lima tahun yang akan datang. Terima kasih.

Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. Pertamanya, kelemahan yang wujud dan kita telah kenal pastinya dalam kajian-kajian dan penelitian selama setahun ini berkisar kepada peruntukan. Semasa krisis ekonomi kita lihat jumlah peruntukan telah dikurangkan daripada RM45 juta dalam tahun 1995 kepada hanya RM10,900,000. Dalam keadaan seperti ini saya rasa suntikan baru ini mungkin dapat mengetengahkan hujah-hujah yang lebih bernas dan dalam keadaan ekonomi kita yang semakin kukuh, insya-Allah, peruntukan ini dapat ditambah.

Keduanya, dari segi pelaksanaan dan tidak mungkin pegawai-pegawai kita di peringkat daerah-daerah dapat melaksanakannya sekiranya tidak dibantu dengan tenaga kerja yang lebih ramai. Satu-satu caranya ialah untuk meramaikan sukarela-sukarela kita dan sukacita saya hendak umumkan di sini, selepas pelancaran awal baru-baru ini bulan Oktober, kita telah pun menerima pendaftaran secara online, website baru kita, 3,000 volunteers atau sukarelawan kita yang ingin bersama-sama melaksanakannya. Dan pada masa yang sama website baru kita telah mengecapi 800,000 hits. lni menunjukkan bahawa sambutan cukup menggalakkan.

Untuk angka-angka yang diminta oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan kumpulan sasar dan berapa ramai mereka yang telah pun menerima sedikit sebanyak manfaat daripada program Rakan Muda, sukacita saya memaklumkan di sini, bahawa kita telah memperlihatkan bahawa peluang penyertaan kepada lebih 1 juta anak-anak muda kita menyertai program 36,000 aktiviti, sejumlah 3.3. juta peluang penyertaan telah berjaya diadakan sepanjang tempoh pelaksanaannya. Sebab itu, hujah-hujah yang menyatakan bahawa Rakan Muda tidak ada kesan sama sekali, saya tidak bersetuju. tanya merupakan satu program pencegahan iaitu preventive, dengan izin, bukan curative.

Masalah-masalah yang berkaitan dengan pembangunan remaja, tanggungjawabnya harus dipikul bersama-sama menggembleng tenaga oleh semua pihak dan melibatkan setiap lapisan masyarakat, Ahli-ahli Yang Berhormat, institusi-institusi keluarga dan juga masyarakat. Tetapi dengan semangat baru ini, insya-Allah, ianya dapat sampai kepada golongan sasar yang lebih khusus dan lebih ramai lagi dan, insya-Allah, dengan peruntukan dan infrastruktur yang kita cadangkan itu, ianya dapat manfaatkan lebih ramai golongan remaja kita. Terima kasih.

5. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah perkahwinan campuran di kalangan rakyat Malaysia di antara tiap-tiap kaum dan agama dalam masa lima tahun yang lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian tidak mempunyai maklumat berhubung jumlah perkahwinan campur di kalangan kaum dan agama rakyat di negara ini. Sekian.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

_8"'---------------------------=DN.21.12.2000

6. Tuan Khoo Lay Hin minta Menteri Dalam Negeri men;-<.•:· kan apa sebab tindakan tidak diambil terhaclap Asian Wall Street Jc. ·· ·1al yang mencemarkan imej negara kita dengan menggelarkan Malaysia sebagai negara yang paling sedikit kebebasan. ·

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Asian Wall Street Journal kerana rencana-rencana yang disiarkan tidaklah sampai ke tahap yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Waiau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengkaji dan meneliti ke atas rencana-rencana yang disiarkan oleh akhbar berkenaan dan sekiranya perlu tindakan sewajamya akan diambil terhadap akhbar berkenaan mengikut peruntukan undang­undang yang ada. Sekian.

7. Dato' Dr. Chin Fook Weng minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah, selain dari memperkenalkan sekolah wawasan, yang telah dicadangkan atau dilaksanakan untuk merapatkan persaudaraan dan perhubungan di antara kalangan murid-murid sekolah yang berbilang keturunan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng, terima kasih di atas soalan ini. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk merapatkan persaudaraan dan perhubungan di kalangan murid-murid sekolah yang berbilang keturunan. Antaranya ialah aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara berkala sepanjang tahun seperti aktiviti pertandingan dan permainan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Aktiviti perkhemahan, pidato, bahas dan kuiz di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Waiau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini cuma memberi peluang kepada murid-murid sekolah berbilang kaum untuk berjumpa dalam tempoh dan jarak masa yang terhad sahaja. Sebaliknya melalui pelaksanaan konsep sekolah wawasan, ia dapat merapatkan semangat kesetiakawanan di kalangan murid-murid sekolah yang berbilang keturunan kerana dapat berinteraksi secara maksimum.

Apa yang dilakukan hendaklah ia berlaku dengan secara natural, tidak dilihat sebagai satu paksaan. Macam sekolah wawasan misalnya, ia berlaku atas persetujuan dan bukan atas paksaan. Jadi, mengapa sesetengah pihak hendak menjadikan ia sebagai isu politik. Tidak ada sebab mengapa satu program yang baik ini mahu dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang saya kira tidak bertanggungjawab.

Kita boleh rancang secara formal, bagaimanapun secara tidak formal juga harus kita lakukan. Pada pandangan kita, persatuan-persatuan, institusi­institusi sama ada kerajaan mahupun bukan kerajaan hendaklah memainkan peranan mereka ke arah ini iaitu ke arah perpaduan antara kaum. Kesedaran harus diwujudkan untuk menyatakan betapa pentingnya perpaduan. Oleh itu, marilah kita sama-sama sebagai anggota masyarakat memainkan peranan ini. Terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih juga kepada jawapan kepada Yang Berhormat yang begitu baik. Soalan tambahan saya, apakah dalam perkara sekolah wawasan ini selain daripada dipolitikkan oleh beberapa kumpulan yang tidak bertanggungjawab kerana kepentingan sempit politik mereka semata-mata, apakah kerajaan juga sedar bahawa ketika hendak melancarkan satu model ataupun pendekatan sekolah wawasan ini, di kalangan masyarakat kurang faham falsafah dan juga pendekatan sekolah wawasan ini. Jadi, apakah kerajaan bersedia selepas timbul kontroversi seperti ini baru kerajaan menerangkan secara terperinci,

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 9

apakah kerajaan sedar ataupun percaya bahawa walaupun pengenalan kepada sekolah wawasan ini akan berasaskan kepada kerelaan oleh ibu bapa dan pelajar-pelajar dan lebih bersifat perpaduan, tetapi apakah program ini sebenarnya tidak diberi penerar.gan yang cukup di semua peringkat struktur masyarakat. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. Sekurang-kurangnya ini memberi peluang kepada kita untuk menjelaskan lebih lanjut lagi.

Sebenarnya sekolah wawasan itu bukanlah satu konsep yang kita kata baru dan terasing di Malaysia ini. Apa yang kita lakukan malah dalam Akta Pendidikan, dalam falsafah pendidikan kita sendiri telah menekankan soal perpaduan sama ada dari segi kurikulum mahupun segala macam kegiatan dilakukan di sekolah adalah menjuruskan kepada perpaduan tadi.

Jadi, dalam hal membentuk ataupun mengemukakan konsep wawasan dan kemudian kita hendak merealisasikan konsep ini ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah tadi dalam satu kompleks atau kawasan dan tidaklah hendak kita menutup mana-mana sekolah seperti yang didakwa oleh sesetengah parti politik pembangkang, di mana ia menganggap bahawa dengan wujudnya sekolah wawasan ini tadi, bermakna kita akan menidakkan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, tidak sama sekali mempunyai niat kita ke arah itu. Malah ramai daripada kita tidak pernah membaca atau memahami menyenai dengan Akta Pendidikan 1996. Telah dinyatakan dan kita tidak perlu ada perjanjian yang lain. Kita sudah ada Akta Pendidikan 1996 di mana tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup sekolah aliran penghantar Bahasa Cina dan penghantar Bahasa Tamil.

Jadi, dalam hal sekolah wawasan tadi adalah untuk mewujudkan sekolah-sekolah tadi dan mengekalkan · identiti masing-masing. Misalnya Sekolah Cina, guru-guru Cina, kriteria pengambilan pun masih dikekalkan, guru besar pun, guru Cina dan bahasa penghantarnya Bahasa Cina. Jadi, di mana yang kita kata kita hendak tutup aliran ini. Cumanya kita bina berhampiran dan di dalam satu kawasan. Persamaannya ialah padang permainan, itu sahaja. Dan harapan kita juga kalau besok kita adakan sukan, kita adakan macam-macam kegiatan boleh diadakan.

Sebelum daripada ini sudah ada konsep wawasan itu, di mana sekolah ini sudah berjaya. Dua sekolah iaitu satu Sekolah Lembah Bilut, di Pahang dan satu lagi ialah sekolah yang pernah saya lawati Sekolah Teluk Sengat, Kata Tinggi, Johar. ltu lebih jauh lagi, begitu futuristic. Di mana sekolah itu beroperasi di bawah satu bumbung, tidak ada masalah dan mereka menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Malaysia, yang aliran Cina tetap kekal dengan aliran Cina dan sekolah Tamil pun diwujudkan. Di bawah satu bumbung dalam satu kawasan dan telah berjaya, telah terbukti. Jadi, mengapa isu seperti ini hendak dipolitikkan.

Saya berharap benar, mintalah jangan mana-mana parti politik pembangkang yang mahu mempolitikkan soal perpaduan. Bagi kita, pembangunan negara kita bergantung kepada perpaduan antara kaum dan wilayah, bukan perpecahan. Terima kasih. [Tepuk]

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Selepas mendengar jawapan yang begitu bersemangat boleh saya tambah satu lagi soalan tambahan. Tadi, apabila menjawab soalan saya, ada diberitahu bahawa oleh kerana kekurangan masa untuk berinteraksi maka Sekolah Wawasan itu telah digunakan sebagai satu lagi cara untuk menambah interaksi ini. Adakah kementerian ini bercadang untuk mendapat sedikit bantuan daripada Projek Rakan Muda supaya pada akhir minggu, penghujung minggu, semua budak-budak sekolah ini dapat bersama-sama menyertai

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

10 DN.21.12.2000

program-program berkhemah dan ini akan memberi lebih pelu<- ·,g kepada mereka untuk bersama untuk satu masa yang lebih panjang. Katakan mungkin satu minggu atau tiga, empat hari. Terima kasih ..

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai dengan kurang masa untuk berinteraksi ini, saya kira tidak timbul. Sebenarnya interaksi itu berjalan secara natural. Dia bukan harus ada paksaan. Masa ini masa interaksi. Dia berlaku sepanjang masa. Sebab itu saya juga menyeru, termasuk ibu bapa sekali, berperanan. Kita hendaklah berperanan di mana sebagai jiran, kalau jiran kita yang bukan Melayu atau jiran kita Melayu, kita harus mengambil peranan ini untuk ia berlaku bukan sahaja di sekolah, di luar sekolah dan juga dalam masyarakat umum.

Jadi, soal masa untuk interaksi ini sudah mencukupi. Cuma apa yang saya kira yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah apakah kita tidak boleh dapat bantuan daripada Rakan Muda. Sebenarnya kita dari segi organisasi kerajaan sama ada Kementerian Belia dan Sukan, mereka juga mengendalikan tentang soal orang-orang muda. Jadi, kita juga pun mengendalikan mengenai dengan orang-orang muda juga. Jadi, kita boleh bekerjasama dalam hal ini dan tidak ada masalah sama sekali. Cuma cadangan Yang Berhormat itu, saya rasa itu adalah satu cadangan yang baik, di mana di hujung tahun ada percutian sekolah yang panjang di mana kelas­kelas yang tidak terlibat dengan apa-apa peperiksaan tadi boleh kita adakan pelbagai perkemahan tadi. Saya kira Kementerian Pendidikan pun boleh bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan kegiatan-kegiatan ke arah itu. Terima k::isih.

8. Puan Hajah Melati binti Ali minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, apakah perancangan jangka panjang dan pendek yang telah dan akan diambil oleh pihaknya bagi terus membantu golongan rakyat yang miskin dan kurang keupayaan di negara kita.

Setiausaha Parliman Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, golongan rakyat yang miskin dan kurang upaya merupakan kumpulan sasar di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi membela nasib mereka. Beberapa program jangka panjang dan jangka pendek telah disediakan.

Program jangka pendek yang disediakan ialah pemberian pelbagai jenis bantuan kewangan. Antaranya bantuan all'.l, bantuan orang tua, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja cacat, bantuan sekolah dan bantuan alat keperluan ortopedik. Program jangka panjang ialah mengadakan Program Jayadiri seperti pemberian geran pelancaran untuk membolehkan klien berusaha menambah pendapatan sepe.ii berniaga kecil-kecilan dan Program Latihan kepada orang kurang upaya di pusat-pusat pemulihan dan latihan orang kurang upaya mengikut jenis kecacatan yang dialami.

Sehingga kini terdapat sebanyak tiga buah institusi latihan dan pemulihan kurang upaya. laitu Pusat Pemulihan Cheras, Selangor yang memberi latihan vokasional dalam bidang jahitan, komputer, membaiki radio dan televisyen dan lukisan. Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya di Bangi, Selangor yang memberikan latihan dalam bidang rekaan fesyen, komputer dan kesetiausahaan. Membuat alat 'frostatik' dan 'ortotik', membuat alat-alat palsu, elektronik, elektrik, penyelenggaraan komputer dan latihan pemulihan rawatan. Bengkel dan kilang yang memberi latihan vokasional di bidang jahitan dan post printing. Terima kasih.

Dato' Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya berfikir Projek Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dilaksanakan di

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 11

peringkat mukim, daerah, tidak berapa memuaskan pada masa yang lalu. Adakah apa-apa cadangan kerajaan untuk memperbaiki supaya rakyat termiskin di kampung tradisional dapat menerima lebih faedah.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, PPRT adalah ·di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagi kementerian saya, siapa sahaja ada masalah di sesuatu. kawasan dan perlu bantuan, mereka boleh memohon terus kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan. Kadangkala jika seseorang ibu tunggal ataupun yang ada pendapatan rendah lebih kurang RM400 hidup dalam pekan, kalau ada tiga, empat orang anak yang bersekolah, mereka boleh memohon bantuan kanak­kanak supaya mereka tidak menghadapi masalah menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Terima kasih.

9. Puan Hajah Che Jam binti Haron minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kementerian akan mengkaji semula syarat-syarat supaya lebih berkesan dan boleh dikuatkuasakan kepada lori permit A yang sering menimbulkan masalah merbahaya kerana melanggar syarat tidak memasang tanda jelas apabila berhenti di waktu malam terutama di jalan raya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini semua jenis kenderaan termasuk lori dan trailer adalah diwajibkan memasang lampu merah dan red reflectors, di bahagian belakang kenderaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 32 dan 96 - Motor Vehicle Construction and Use Rules 1959. Mengikut peraturan tersebut, lampu merah dan red reflectors itu berfungsi memantulkan cahaya yang memberikan isyarat kenderaan yang berhenti di waktu malam kepada kenderaan. Seterusnya bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kenderaan pada waktu malam, Kementerian dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan sedang menyediakan kaedah baru yang mewajibkan kenderaan perdagangan seperti lori dan trailer memasang tanda pantulan cahaya pada belakang dan tepi badan kenderaan supaya dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam semasa kenderaan bergerak di atas jalan raya ataupun kenderaan rosak yang ditinggalkan di tepi jalan.

10. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan minta Menteri Kesihatan menyatakan 1 O cara dan kaedah promosi kesihatan untuk rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan dan benarkah dakwaan menyatakan sektor perkhidmatan pergigian kelolaan kerajaan tidak mencukupi peralatan dan kakitangan yang layak serta piawai pergigian untuk rakyat Malaysia amat rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sebenarnya adalah soalan yang panjang, mempunyai empat bahagian. Jadi, saya minta izin untuk memberi satu jawapan yang agak panjang juga.

Kesihatan adalah satu aset penting dalam kehidupan. Menyedari akan kepentingan ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil usaha mempromosikan kesihatan kepada masyarakat, rakyat dan kumpulan sasar melalui pelbagai cara seperti berikut:-

• Kempen Cara Hidup Sihat telah diadakan sejak tahun 1991 dan kempen ini kini telah memasuki Fasa ke II yang mengutamakan tindakan dan penglibatan kumpulan sasar. Terna bagi kumpulan ini berubah setiap tahun di mana pada tahun ini kempen lebih menjurus kepada Promosi Kesihatan Mental.

• Sambutan hari-hari khas kesihatan telah diadakan dengan tema yang berbagai seperti Hari Kesihatan

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

12 DN.21.12.2000

Sedunia, Hari Diabetes Sedunia, Hari AIDS Sedunia, Hari Strek Sedunia, Hari Jantung Sedunia dan Hari Tanpa Tembakau.

• Kempen khusus seperti Kurangkan Penggunaan Gula juga diadakan dari masa ke semasa.

• Pendekatan interpersonal juga diadakan melalui kaedah-kaedah seperti perbincangan kumpulan kecil, tunjuk cara, nasihat injividu, pameran, ceramah dan forum.

• Pendekatan media massa melalui penulisan artikel di akhbar/majalah, ceramah di radio dan televisyen, iklan luar seperti di papan iklan dan panel belakang bas serta penyampaian mesej melalui dokumentari dan jingle juga adalah salah satu cara kementerian menjalankan promosi kesihatan.

• Melalui penerbitan bahan bercetak, mesej disalurkan melalui risalah, poster, carta dinding, buku kecil, pelekat yang diedarkan ke setiap kemudahan kesihatan, jabatan kerajaan sekolah serta majlis tempatan.

• Projek-projek bersama rakyat seperti Kem Kesihatan, Bebas Denggi di sekolah dan Program Doktor Muda juga membantu mempromosikan amalan cara hidup sihat.

• Program media rakyat pula membantu promosi kesihatan dengan cara memasukkan mesej amalan hidup sihat di dalam dikir barat, dondang sayang atau boria.

• Kementerian juga menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kumpulan spesifik seperti aktiviti kesihatan pergigian kanak-kanak pra-sekolah dan ibu-ibu mengandung.

• Selain daripada cara-cara promosi yang disebut di atas, orang ramai juga boleh memperoleh maklumat mengenai kesihatan melalui laman web kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dakwaan bahawa sektor perkhidmatan pergigian kelolaan kerajaan tidak mencukupi peralatan, ingin saya menjelaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha untuk membekalkan peralatan dan bahan-bahan pergigian yang terkini dan bersesuaian untuk rakyat. Tindakan terus diambil dari tahun ke tahun untuk menggantikan peralatan-peralatan lama yang memerlukan gantian, dan 1<:ementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan usaha untuk menambahkan bilangan peralatan kawalan infeksi kepada tahap yang optimum di semua fasiliti.

Kerajaan memang menghadapi kekurangan pegawai pergigian. Status kekosongan perjawatan, berdasarkan jawatan yang diluluskan di fasiliti yang sedia ada, adalah pada tahap 25.9% pada Oktober 2000. Status kekosongan perjawatan termasuk semua projek pembangunan yang telah siap adalah pada tahap 42.5%. Namun demikian, pihak kementerian sentiasa berusaha untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada.

Dakwaan bahawa piawai pergigian untuk rakyat Malaysia adalah amat rendah berbanding dengan negara ASEAN yang lain juga adalah tidak benar.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 13

Purata pencapaian piawai pergigian rakyat Malaysia, walaupun tidak sebaik negara Singapura, adalah setanding dengan negara Thailand. Malahan pencapaian piawai pergigian rakyat Malaysia adalah lebih baik daripada negara Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan negara-negara ASEAN yang lain. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, pencapaian piawai pergigian di kawasan bandar seperti di negeri Selangor dan kawasan Wilayah Persekutuan adalah setaraf dengan pencapaian negara Singapura. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Punca kesihatan ir.i, saya difahamkan ianya banyak melibatkan pemakanan. Jadi, makanan yang tertentu melibatkan kesihatan kita tergugat. Saya difahamkan di Malaysia ini, 6% penduduk Malaysia berpenyakit badan gemuk, obesity. Dan kalau mengikutkan dari segi negara-negara tertentu obesity ini banyak menimbulkan penyakit diabetes dan sebagainya. Jadi, saya hendak tanya kerajaan, dalam kita hendak mengawal makanan yang digunakan oleh masyarakat terutamanya makanan-makanan yang diimport dan juga tempatan, bolehkah kerajaan menentukan label yang lebih besar menunjukkan elemen-elemen, ciri-ciri pemakanan itu, berapa kolesterol baik, berapa kolesterol tidak baik. lni berkaitan dengan jantung. Lepas itu berapa sugar content yang akan melemahkan masyarakat kita.

Kerana saya tengok kalau 6% yang gemuk ini, saya rasa kos yang akan dibebankan kepada kerajaan dari segi mengubati orang yang penyakit diabetes ini akan meningkat dan begitu juga kos orang yang kena penyakit jantung akan meningkat. Jadi, adakah kerajaan hendak buatkan satu undang­undang melabel makanan. Australia sudah buat ini, tahun depan Australia akan membelanjakan RM400 juta untuk menentukan makanan-makanan di sana mempunyai label yang lebih kemas kini semata-mata hendak menjaga kesihatan orang ramai. Saya difahamkan, ayam kita yang gemuk-gemuk yang dijual di bandar ini, ia disuntik tiap-tiap hari sehinggakan bila sampai 36 hari, ayam itu boleh dijual. Suntikan yang dimasukkan ke dalam ayam itu kena pada kita, orang lelaki jadi perempuan. [Ketawa]

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, obesity ini memang menunjukkan bahawa rakyat di negara kita ini mampu membeli apa sahaja yang mereka hendak makan, mereka mampu. Jadi, oleh kerana kemampuan kita, kita mampu membeli apa sahaja barang yang di dalam negeri atau barang yang diimport. Jadi, ini menimbulkan masalah obesity di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Dan sebenarnya obesity ini adalah punca penyakit seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi seperti diabetes dan juga tekanan darah tinggi dan sebagainya. Jadi, tidak banyak yang boleh kita buat kepada pengguna kecuali mengadakan kempen-kempen makanan sihat dan sebagainya. Cuma dari segi pendidikan kita boleh beri tetapi kawalan makanan memang kita tidak boleh buat apa-apa. Terpulang kepada individu­individu untuk memastikan bahawa mereka mengamalkan cara makanan yang sihat dan sempurna.

Yang Berhormat juga telah mencadangkan bahawa makanan­makanan perlu dilabel tetapi kalau kita perhatikan kebanyakan makanan yang diimport sekarang pun memang kalorinya dinyatakan di tiap-tiap label. Jadi, buat masa kini tidaklah perlu kita membelanjakan beratus-ratus juta seperti yang disebutkan tadi untuk membuat - kerana memang wujud semua makanan yang dibungkus itu dinyatakan berapa banyak kalori tetapi masalahnya rakyat kita ada duit, kita tidak kisah, kita tidak baca apa yang ditulis dalam label-label itu kecuali mereka yang betul-betul prihatin tentang kesihatan mereka. Yang betul-betul diet baru mereka baca berapa kalori, yang

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

14 DN.21.12.2000

lain semua tidak baca, mereka makan sahaja, asalkan kenyang mereka makan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato' Hamzah .bin Zainudin.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat satu soalan tambahan. Soalan perkhidmatan pergigian tadi, saya hendak tanya satu, apakah benar bahan yang digunakan untuk tampal gigi jika sekiranya berlubang, digunakan mercury base. Apakah benar mercury base ini boleh menyebabkan kesakitan kepada badan kita dan kalau benar apakah ada research yang dibuat oleh kementerian untuk menggunakan bahan lain selain daripada mercury? Terima kasih.

Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tetapi saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

11. Tuan Khoo Lay Hin [Di bawah P. M. 23(2)] minta Menteri Pengangkutan menyatakan berapakah jumlah keuntungan atau kerugian yang dialami oleh Malaysia Airports Berhad untuk temasya perlumbaan Grand Prix Formula 1 pada bulan Oktober yang lepas.

Setiausaha Parliman Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, bahawa anjuran perlumbaan Grand Prix Formula 1 telah dapat menjanakan pengaliran sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia kerana mengikut kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya adalah dianggarkan bahawa untuk tahun 2000 hampir RM1 bilion tukaran wang asing dibawa masuk hasil dari perbelanjaan yang dibuat oleh pelancong-pelancong, peminat-peminat serta pasukan Formula 1 yang datang ke Malaysia pada masa itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam tahun 1999 dianggarkan sebanyak RM500 juta tukaran wang asing telah dibawa masuk ke Malaysia semasa kejohanan Formula 1. Berasaskan kepada itu dapat dirumuskan bahawa penganjuran kejohanan Formula 1 telah menghasilkan keuntungan yang diperolehi dari pertukaran wang asing beberapa kali ganda. Keuntungan dan faedah dari penganjur acara kejohanan Formula 1 harus dilihat dari sudut manfaat yang lebih luas kepada negara yang merangkumi peningkatan pendapatan-pendapatan dari sektor perkhidmatan-perkhidmatan seperti industri perhotelan, pelancongan dan sebagainya.

12. Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan bagi mengurangkan gejala perceraian di kalangan golongan yang telah berumur yang dilaporkan telah mencapai ke tahap yang amat membimbangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui JAKIM dan jabatan-jabatan Agama Islam negeri-negeri telah melaksanakan beberapa program pembangunan kekeluargaan dalam usaha mengurangkan gejala perceraian di kalangan masyarakat. Antara program yang telah diadakan ialah bengkel pemantapan keibubapaan, seminar kemantapan keluarga dan khidmat nasihat keluarga dan kursus praperkhidmatan yang telah diwajibkan ke seluruh negara sejak tahun 1997. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pula telah membangun dan melaksanakan program pendidikan dan latihan dalam bidang pembangunan keluarga dan keibubapaan berasaskan pakej modul kasih. Salah satu modul kursus yang dibangunkan untuk memantap dan memperkukuhkan institusi keluarga ialah Modul

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 15

Persediaan Perkahwinan dan Pemantapan Keluarga iaitu dinamakan Bahtera Kasih. Modul ini dibentuk untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab pasangan semasa berkahwin.

Selain itu, untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga di bawah pakej modul kasih juga turut dibangunkan satu modul kursus untuk golongan kaum bapa iaitu Modul Kebapaan ataupun Pancaran Kasih. Modul ini dirangka sebagai satu usaha menarik kaum bapa supaya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dan suami dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran keibubapaan, amalan dan penghayatan sebagai role model. Modul ini sangat optimis untuk melahirkan bapa unggul yang menjadi aspirasi dan kebanggaan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator .....

Seorang Ahli: Ramai yang berdiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Puan Hajah Azizah ....

Dato' Poo Yew Choy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, apakah punca {ketawa] perceraian yang dilakukan di. ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Senator Puan Hajah Azizah. [Ketawa]

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada kursus perkahwinan bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini, berapa ramaikah kaum lelaki yang menghadiri kursus-kursus dan seminar­seminar yang dianjurkan untuk kemantapan ibu bapa, kebapaan dan sebagainya selain daripada kursus praperkahwinan setakat ini. Terima kasih.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini maklumbalas yang diterima oleh semua agensi kerajaan termasuk LPPKN, kursus-kursus yang diadakan untuk memantapkan institusi keluarga mendapat respons yang begitu dingin dan mengecewakan dari kaum bapa melainkan kursus praperkahwinan di mana dimandatorikan kehadiran mereka.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada kaum bapa supaya meluangkan masa untuk bersama-sama isteri menghadiri kursus­kursus yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan Agama Islam, HAWA, LPPKN dan banyak lagi NGO-NGO yang ada. Saya percaya jika dapat respons yang baik dari kaum bapa institusi keluarga yang semakin rapuh di Malaysia akan dapat kita pertahankan.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita semua tahu, di mana-mana kita jalan pun kita nampak sepanduk­sepanduk ataupun poster-poster mengenai kursus perkahwinan untuk orang­orang beragama Islam. Tetapi kita belum ada kursus-kursus seperti itu untuk orang-orang yang bukan Islam seperti Kristian, Buddhist, Hindu dan sebagainya. Apakah rancangan kerajaan untuk mengadakan kursus-kursus seperti yang ada untuk orang-orang beragama Islam supaya orang-orang yang bukan Islam pun dapat tahu apa itu kursus, apa faedah dari kursus-kursus itu? Sekian, terima kasih.

Dato' Hajah Shahrizat bmti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kadangkala Ahli Yang Berhormat Senator, kalau banyak kursus pun kalau kita tidak amalkan kursus itu pun tidak jadi apa kalau kita tengok tahap perceraian yang agak membimbangkan di negara kita ini walaupun pasangan ini menghadiri kursus-kursus. Namun begitu, saranan Yang Berhormat Senator begitu baik dan pihak kerajaan akan mengambil kira

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

16 DN.21.12.2000

dan kita akan salurkan nasihat ini kepada agensi-agensi yang berkenaan dan mungkin pihak masyarakat ingin mengambil inisiatif kerana saya berpend~pat bahawa perkara-perkara yang elok seperti ini kita tidak payah tunggu keraiaan untuk membuat undang-undang atau peraturan sama ada kumpulan masyarakat ataupun NGO-NGO boleh mengambil inisiatif ini. Tetapi bagi pihak HAWA kita berpendapat bahawa ini adalah satu saranan yang begitu baik dan insya-Allah kita akan membuat kajian dan mengkaji tengok sama ada respons daripada mereka-mereka yang bukan agama Islam begitu baik dan jika dia dapat penerimaan yang baik mungkin kita akan mulakan.

Tuan N. Marimuthu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya hari ini adalah terakhir saya berucap hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sidang ini merupakan penggal terakhir bagi diri saya sebagai Ahli Dewan Negara. Oleh itu saya, Ahli Dewan Negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang perkhidm~tan saya ini. Saya memohon maaf sekiranya saya melukakan hati sesiapa atau terlanjur kata. Saya mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada yang beragama Islam dan mengucapkan "Selamat Hari Krismas" kepada yang beragama Kristian dan juga saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua pihak.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Tuan Yang di-Pertua, Setiausaha Bagi Parliman dan kakitangan Parlimen dan juga kakitangan kerajaan, menteri-menteri dan timbalan menteri, setiausaha parlimen serta rakan-rakan sejawatan saya. Sekian, terima kasih. Soalan saya nombor 13. [Ketawa]

13. Tuan N. Marimuthu minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada kerajaan akan menimbang memberi peralatan asas seperti meja dan kerusi murid, meja dan kerusi guru, tandas yang sempurna, bilik sumber yang sempurna untuk sekolah-sekolah bantuan modal di negara ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator Tuan N. Marimuthu. Saya juga untuk membalas, walaupun hendak menjawab soalan 13 ini untuk membalas juga, kita juga mengucap "Selamat Maju Jaya" kepada Yang Berhormat Senator Tuan N. Marimuthu. [Tepuk meja] Di mana kita telah difahamkan bahawa pihak Yang Berhormat telah berperanan dalam Dewan yang mulia ini, buat dua penggal.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan N. Marimuthu dan saya kira ini bukanlah soalannya yang terakhir, dia juga orang yang berperanan dalam masyarakat kita iaitu masyarakat Malaysia. Peruntukan untuk sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah jenis kebangsaan adalah mengikut permohonan dan keperluan yang dikemukakan oleh sekolah-sekolah dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri. Tidak ada peruntukan yang ditetapkan bagi sesebuah sekolah, walau bagaimanapun, pada dasarnya kementerian akan menambah peruntukan berdasarkan permohonan dan keutamaan diberikan kepada keperluan yang mendesak. Misalnya dalam soal ini, dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, kita telah membelanjakan kepada sekolah jenis kebangsaan (Tamil) hampir mencecah RM 10 juta ataupun dari segi peratusannya ialah 10.5% dan bantuan ini telah dihulurkan ke sekolah-sekolah sebanyak 267 buah.

Di sini ingin juga saya memberitahu kepada Dewan yang mulia ini, saya sekali lagi ada pihak-pihak yan9 ingin mempolitikkan bahawa pihak kerajaan menganaktirikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, maksud saya sekolah rendah jenis kebangsaan. Kita bukan sahaja beri bantuan-bantuan yang lain kita juga menyediakan guru yang terlatih. Kita juga menyediakan perkara-perkara asas yang diperlukan oleh sekolah. Jadi, janganlah tuduh

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 17

pihak kerajaan bahawa kita hendak menidakkan sekolah rendah jenis kebangsaan ini terutama sekali ada pihak-pihak yang cuba menggunakan isu ini sebagai isu politik supaya mendapat 'perbatuan' politik. Terima kasih.

14. Dato' Dr Chin Fook Weng (Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan sama ada keme_nterian beliau menyedari Pejabat Pas Bintangor adalah terlalu semp1t dan menghadapi kekurangan kakitangan untuk melayan pelanggan, khasnya pada hujung bulan dan awal bulan. Apakah tindakan kementerian beliau untuk menyelesaikan masalah ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pejabat pas Bintangor mempunyai kerani kaunter yang mencukupi iaitu dua orang kerani kaunter dan seorang ketua pas. Secara puratanya seorang kerani akan mengendalikan urusniaga kaunter dengan purata sebanyak 200 transaksi sehari. Pejabat pas ini mempunyai bangunan sendiri. Pas Malaysia Sarawak mempunyai perancangan untuk menghawa dingin dan membesarkan kaunter pejabat pas ini. Rancangan ini dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2001. Kesibukan di kaunter selalunya berlaku pada awal dan bulan hujung bulan. Fenomena ini berlaku di semua pejabat pas di Malaysia termasuklah pejabat pas Bintangor.

Bagi mengatasi masalah ini kerani kaunter tidak dibenarkan bercuti pada tempoh itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Dr Chin Fook Weng.

Dato' Dr Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan tempat-tempat terpencil itu mungkin ada masalah untuk membina pejabat pos adakah kementerian ini bercadang untuk melantik ejen­ejen pas supaya urusan menjual setem, menjual perkara-perkara biasa itu dapat dilakukan.

Datuk Tan Chai Ho: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di seluruh negara di mana kita ada tapak untuk membuat bangunan. Kita akan membuat bangunan untuk pejabat pas di mana sekiranya tidak ada bangunan, kita melantik wakil pas atau kita menyewa bangunan untuk kegunaan sebagai pas mini dan kita juga ada melantik wakil penjual setem. lni bermakna kita hendak memberi kemudahan kepada semua pengguna. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di seluruh negara kita mempunyai pejabat pas sebanyak 424, pas mini adalah 237, wakil pas 398 dan pas bergerak 12, wakil penjual setem adalah 3,518.

15. Datuk Ghazi bin Haji Ramli minta Menteri Pendidikan menyatakan mengenai dasar peluang pendidikan kedua bangsa Melayu, untuk mereka yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM atau STPM tetapi tidak dapat menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi kerana tahap pendidikan bangsa Melayu masih jauh ke belakang, melalui satu kajian bahawa masyarakat Melayu masih ketinggalan sebanyak 234,000 pelajar berbanding dengan bangsa lain yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Dato' Ghazi kerana mengemukakan soalan ini. Secara keseluruhan pelajar Melayu yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM atau STPM berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Selain daripada IPTA mereka juga berpeluang ke IPTS ke Politeknik dan ke Tingkatan Enam. Kemasukan melalui saluran kedua juga diamalkan oleh IPTA yang mengambil kira pengalaman kerja dan pencapaian akademik yang

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

18 DN.21.12.2000

minimum. Bagi pelajar yang ...oncapaiannya kurang baik mereka masih berpeluang untuk melanjutkan 1gajian di peringkat tinggi. Mereka boleh mengikuti program-program p _;ajian di peringkat sijil, pradiploma dan seterusnya boleh melanjutkan µengajian ke peringkat diploma dan ijazah sekiranya mendapat keputusan yang baik.

Pembinaan 11 buah kolej komuniti yang akan mula beroperasi pada tahun 2001 juga akan memberi peluang yang lebih luas kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya bersedia memasuki alam pekerjaan.

Satu lagi ingin saya nyatakan juga kepada Yang Berhormat di sini. Saya mendapati bahawa antara penuntut-penuntut Melayu kadang kala yang begitu mengharap untuk mendapat tempat ke IPTA tetapi mereka tidak berpeluang disebabkan kerana tempat yang begitu terhad. Walaupun kita sudah banyakkan universiti-universiti tadi. Waiau bagaimanapun pada tahun akan datang kita akan tambah lagi empat buah kolej universiti yang mana lebih menekankan kepada soal teknikal.

Keduanya ada juga di kalangan kita yang tidak berpeluang ke IPTA tadi merasakan diri mereka sebagai (drop-out). Saya kira mereka ini adalah kumpulan yang kadang kala, ini pandangan saya dan yang saya buat tinjauan bahawa mereka kurang maklumat, maklumat bahawa ada peluang-peluang ini di IPTS. Sebab itu kita pihak kementerian telah mengambil langkah supaya mereka yang menyertai IPTS yang diiktiraf oleh pihak kita diberi juga bantuan kalau mereka perlukan. Jadi dengan yang demikian saya kira, saya mintalah Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini supaya sampaikan berita ini bahawa kalaulah mereka gagal mendapat tempat di IPTA, tempat mereka masih boleh didapati di IPTS. Saya mengambil kesempatan ini juga sebagai menyambut Tuan N. Marimuthu tadi mengucapkan selamat Merry Christmas kepada yang beragama Kristian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dan selamat tahun baru 2001. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai.

[Masa untuk Pertanyaan bagi jawab Lisan telah cukup dan jawapan bagi pertanyaan No.15 hingga 42 adalah dijllid dalam buku yang berasingan}

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN) 2000

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedu? sekarang". [20 Disember 2000}

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Dato' Aziz bin Abdul Rahman menyambung ucapan.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di­Pertua,-~ntuk r:nemberi peluang kepada saya untuk menyambung perbahasan Akta anll Parllmen Saraan 1980. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada saraan yang berupa wang ringgit. Saya semalam meminta pihak kerajaan membe~itahu kit~ tahap gaji atau elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada pegawa1-pegawa1 pentadbir kita, menteri, timbalan menteri dan sebagainya.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 19

Pada masa yang sama kita minta juga pihak kerajaan terutan:ia sek~li Jabatan Perdana Menteri dan j.Jga di Menteri Kewangan membentahu k1ta gaji-gaji yang dibayar serta elaun-elaun kepada ketua-ketua eksek~ti~ agensi~ agensi di bawah mereka, untuk dijadikan perbandingan secara hol1st1c. Tetap1 yang lebih penting Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli-ahli Dewan, baik Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara yang tentunya berinteraksi setiap masa dengan akta-akta di negara kita, penggubalan-penggubalan akta di negara kita dan juga undang-undang dan perundangan di negara-negara luar, secara tahap pencapaian yang lebih canggih.

Saya ingin · mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya selain daripada saraan wang ringgit ini Ahli-ahli Dewan RakyaUDewan Negara diberikan peruntukan khusus bagi setiap mereka mendapat satu pejabat yang mendapat bantuan daripada seorang pegawai penyelidik {researcher assistant) ataupun pegawai sumber {resource officer) untuk membantu mereka ini mengumpulkan maklumat yang bertimbun-timbun sekarang ini menerusi Internet dan sebagainya. Kalau kita menyarankan e-ekonomi di negara kita ini ekonomi baru dan menyarankan bagaimana pentingnya ilmu pengetahuan, kita sepatutnya bermula dengan mereka yang hendak menggubal dasar, yang hendak menggubal perundangan iaitu Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negeri dan juga Dewan Negara. Jadi sepatutnya mereka ini dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan peralatan dan juga pembantu-pembantu researcher assistant.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di Amerika misalnya setiap Ahli Dewan Senat mereka sekurang-kurang tiga hingga empat researcher assistant kerana mengumpulkan maklumat-maklumat barulah dia boleh berbincang di Dewan ini dengan penuh ilmu pengetahuan. Kalau kita jauh kebelakangan dari segi ilmu pengetahuan bagaimana kita hendak mengetuai kepimpinan di negara ini dengan ilmu pengetahuan yang lebih dan setanding dengan negara-negara lain kerana sekarang ini globalisasi menuntut kita berilmu lebih canggih. Jadi berilah satu komputer, seorang personal assistant, pejabat lengkap kepada setiap ahli barulah dia boleh membuat kerja.

Terutama sekali kalau sekiranya kita hendak mengkaji satu-satu akta terpaksa kita kaitkan dengan secara holistic kepada environment di mana akta itu dapat bergerak dan kepada secara globalnya, environment seluruhnya barulah ianya dapat memberikan dimensi yang menyeluruh. Kalau tidak ianya merupakan satu pendekatan yang kurang memuaskan.

Jadi saya perhatikan Tuan Yang di-Pertua, Dewan kita Parliman ini agak besar, bangunan ini, tetapi maaflah, · space - very much under utilize. Space banyak, entah macam mana saya perhatikan, sini kosong, sudut ini kosong. Saya pergi ke bawah, satu di bawah itu kalau hendak buat satu resource base, di mana Ahli-ahli Parliman dengan lnternetnya pada masa kita bersidang, pergi ke bawah buatkan satu tempat, sepuluh, dua puluh Internet untuk Dewan Negara, lima puluh untuk Dewan Rakyat. Ahli Dewan pergi ke bawah. Dari segi masa, kita break sahaja pergi ke sana untuk mendapatkan pengetahuan terkini.

Banyak tempat tetapi tidak digunakan. Pada saya pembaziran, kalau saya tengok bangunan-bangunan yang luas. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan bangunan di sebelah sana. Ada orang beritahu saya tempat itu jaga-jaga sedikit sebelah malam. Ada lembaga-lembaga tertentu ke hulu ke hilir di sana. Jadi bangunan itu mungkin tidak digunakan langsung. Sebab itu saya syorkan hari itu supaya kita pindah sahaja ke bangunan baru Parlimen baru di Putrajaya. Kita lengkapkan dengan lebih spesifik lebih efisien dari segi kegunaan dan kelengkapan. Bukan sahaja dari segi kutub khanahnya tetapi kegunaan Ahli-ahli Dewan dan juga buatkan satu apartment, satu bangunan tinggi tidak payah Ahli-ahli Dewan Negara/Dewan Rakyat daripada Sabah

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

20 DN.21.12.2000

Sarawak pergi ke tempat jauh Pan Pacific kah. kita sediakan tempat tidur masing-masing single bed kah kalau dia datang seorang, kalau dia dat~~g berdua double bed, kalau datang lebih daripada berdua besarkan sed1k1t, kalau ramai datang apartment tiga bilik. Jadi mix development sadikit, buatkan satu tempat.

Jadi semuanya berkumpul, senang. Dia balik ini samuanya dalam kawasan Parliman. Dia keluar sahaja daripada Dewan berjalan kaki dua tiga empat ela sudah sampai ke tampat tidur dia, balik nanti ke sini balik. Dengan locengnya terletak misalnya, kalau hendak tidur tengah hari sadikit, kalau dia demam ada locang untuk mamanggil dia datang. Jadi semuanya integrated, ini panting Tuan Yang di-Pertua.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya kasihan kepada pegawai-pegawai pantadbir Parliman. Kerana pegawai-pegawai ini rupanya saya tidak tahu, rupanya ia merupakan satu skim tertutup. Dia tidak seperti PTO yang lain, jadi sekalanya skim pekarjaannya berbeza, dia tertutup. Saya diberitahu tidak berapa tinggi. lni Dewan yang tertinggi di Malaysia menggubal perundangan. Tetapi pegawai-pegawainya kalau dibandingkan dangan negara lain, pegawai pantadbir, Katua Eksakutif Parliman itu, ketua pengurusnya bukan main tinggi, bukan sahaja dari segi status tetapi dari segi lumayan gaji bulanannya. Status memang tinggi, Clark of the House, it is very high. Mohan izin Tuan Yang di-Pertua, tetapi di negara kita saya perhatikan tidak sebegitu kalau dibandingkan dengan pegawai-pegawai kementerian­kementerian. Pada hal semua kementerian datang ke sini dan dia di sini bukan sahaja semasa Parliman bersidang, pada masa-masa lain terpaksa menguruskan dari sagi masyuarat-mesyuarat, inter-parliamentarian, Asian, Asia Pacific, IPU - International Parliamentary Union bahkan banyak kerja­kerja yang terpaksa dibuat. Antara Parliman dengan Parliman, antara penggubal perundangan negara lain dengan negara kita.

Jadi kerja dia interaksi dia mohon izin lebih tinggi dari segi kementerian-kementerian yang bekerja dari segi pihak kementerian. lni melibatkan Ahli-ahli Dewan Negara/ Dewan Rakyat di negara-negara lain seluruh dunia. Sepatutnya dicerminkan dari segi tahap statusnya dan juga gajinya. Saya tidak tahu dari segi scale kakitangan di sini saya tidak tahu. Adakah Ketua Pentadbir Parlimen kita, Setiausaha Dewan adakah ianya jurus A,B,C, saya tidak tahu. Tetapi saya rasa tidak begitu tinggi, kalau dibandingkan dengan KSU-KSU. Pada hal dia pergi liaison dengan kementerian-kementerian. Jadi pentadbir Parlimen saya minta dikaji semula, Jabatan Perkhidmatan Awam ..

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan (Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Minta penjelasan dan pandangan dari Yang Berhormat. Selalu kita keluar dari Parlimen ini selepas Guard House. Kalau kita hendak pergi terus, pergi Kuala Lumpur memang senang. Kalau kita hendak pusing pergi Jalan Duta, selalu kita nampak kereta jalan dari Kuala Lumpur banyak laju sebab pokok yang besar yang di tengah jalan. Oleh itu, saya ingin dapat pandangan Yang Berhormat macam mana kita bolah menyelesaikan masalah ini sebab saya ingat banyak bahaya untuk Ahli Parliman kita, sebab kalau salah atau kemalangan memang mesti ada pilihan raya kecil [Ketawa]. Saya minta pandangan sikit dari Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sebelum sambung, Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (1) sekarang saya menjemput Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat.

[Datuk Long bin Jidin mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Long bin Jidin: Silakan Yang Berhormat Dato'.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 21

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di­Pertua. lni hendak menjawab macam seorang Menterilah hendak menjawab ini [Ketawa] walhal sahabat saya itu daripada Kementerian Pengangkutan. [Ketawa} Waiau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, sebelum ·saya pergi membahaskan akta ini, setiap .kali kita bersidang, seorang daripada pihak kerajaan membuat usul bahawasanya Ahli-ahli Parlimen kena dapat bantuan daripada pihak polis, dari segi trafik, tidak ada yang menyekat. lni, sekarang ini banyaklah kereta yang menyekat ini daripada Kuala Lumpur. Saya tahu pasal saya pun kena belok ke sana hendak pergi ke Damansara. Tetapi saya tidak pernah nampak pegawai polis menjaga simpang hendak ke selekoh pusing balik ke Jalan Duta, tidak ada.

Sudahlah pokok-pokok tinggi, memang betul. Dari segi DBKL dia hendak mencantikkan. Memang banyak tempat ini, dia hendak mencantikkan, mengindahkan antara jalan dengan jalan itu kan ada di satu-satu pulau jalur itu, penuh dengan pokok-pokok tinggi, rimbun sehingga kita tidak nampak apa yang berlaku di sebelah sana. Hendak corner pun, kena begini, baru nampak, merbahaya. Dia kena tengok juga dari segi trafik ini.

Jadi, saya mengesyorkanlah pihak pengurusan pentadbir Parlimen dengan pihak polis beritahu dia, setakat ini tidak ada polis. 5.30 memang tidak ada anggota polis jaga di simpang itu untuk memberi peluang kita, kadang­kadang queue bukan main panjang, hendak corner ke sana. Jadi, begitu juga hala hendak masuk, memang tidak ada. Jadi, saya setuju sangatlah dengan Yang Berhormat Setiausaha Par;imen perlunya lalu lintas ke Parliman, keluar daripada Parliman dijaga rapi di &tas kita tidak mahu pilihan raya kecil berlaku.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada pentadbir Parliman ini tadi, saya minta betullah JPA, Jabatan Perdana Menteri kaji semula the status pegawai-pegawai Parliman kita, pegawai-pegawai pentadbir Parliman bagi mencerminkan tanggungjawab mereka memberikan satu linkage, satu ikatan dengan Parlimen-Parlimen seluruh dunia. lni majlis yang amat tinggi, institusi yang amat tinggi bagi setiap negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga, ini termasuk bukan sahaja Dewan Rakyat, saya perhatikan juga Dewan Negara ini, pegawai dia pun tidak sebegitu tinggi juga. Jadi, Dewan Negara itu mesti sama dengan Dewan Rakyat, kalau tidak bawah sikit sahaja, kalau tidak sama tinggi. lni berbeza jauh sangat.

Saya tidak tahu adakah Setiausaha Dewan Negara ini tahap dia, adakah Jusa? Adakah sampai ke Jusa ataupun masih lagi M1, M2, M3 saya pun tidak tahu. Kalau belum Jusa, di'Jusa'kan secepat mungkin kerana ini Dewan yang tertinggi, Dewan Negara. Sungguhpun tidak ramai, 69 tetapi idea-idea saya perhatikan daripada Datuk Ghazi dan sebagainya amat canggih, amat mendalam dan luas pandangan dia. It is a view of wisdom, dengan izin.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita mintalah JPA mengkaji. Selepas itu kalau sekiranya untuk hendak membantu Ahli-ahli Dewan Negara, selain daripada gaji ini, kelengkapan-kelengkapan Dewan seperti yang disebutkan tadi, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, telefon Ahli Dewan Negara nun di ceruk sana, dekat tempat televisyen. Jadi, kadang-kadang hendak telefon kawasan pun, bukan telefon orang lain, telefon kawasan, tidak berapa dengar. Pasal televisyen sini, lepas itu pegawai-pegawai kita yang sekarang ini ramai datang ke Dewan Negara, saya ucapkan tahniah kepada kementerian­kementerian, kerana dahulu tidak ramai. Kali ini bukan main ramai pegawai­pegawai daripada setiap kementerian menghadiri Dewan Negara ini.

Rupa-rupanya surat khabar Sun saja tidak percaya kepada kita dalam komen yang dibuat seperti yang saya sebutkan tadi. Orang lain semua percaya bahawasanya tertarik hendak datang ke Dewan Negara dan di depan situ, melimpah tidak cukup tempat di sini, dia melimpah ke hujung sana,

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

22 DN.21.12.2000

perkarangan sana, di mana ada televisyen, dia hendak tengok Marimuthu sudah tidak ada dah, dia hendak tengok Ustaz Haji Hassan Shukri berucap berapi-rapi semalam, ha ... semua itu dia boleh nampak. Tetapi telefon tepi itu. Dua telefon khusus untuk Dewan Negara, saya perhatikan hendak pergi· ke sana pun kena mencelah-mencelah, hendak mengambil telefon. Hendak bercakap tidak berapa dengar.

Kalau sekiranya orang kawasai1 marah, kita dengar dia, dia pun marah Barisan belah sana. Undi pun hilang hendak menganggotai bahagian masing­masing. Jadi, saya minta kenapa line dalam Dewan sebelah sini itu, hanya satu dan terpaksa pula dail 09 atau 9 hendak keluar. Kenapa tidak direct line dibuatkan dalam holding area di sini,di sebelah ini, yang tempat Ahli-ahli Dewan Negara. lni pun satu saya minta pentadbir kerana ianya hendak memudahkan. Kita di sini dalam seminggu, dua minggu ini bukan banyak kerinduan orang kawasan dan kerinduan lain-lain pelbagai tempat. Jadi, kalau tidak berhubung, mencelah masa antara .. banyak semua senyum, pasal ini perkara yang serius, kalau tidak memuaskan kerinduan menerusi telefon, bagaimana caranya? Ha . .ini penting kita hendak menentukan supaya mereka dapat berhubung dengan kawasan masing-masing.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dari semalam saya katakan, saya tidak buat lagi calculation hendak kira ini. Kalau dalam masa 20 tahun, 1980 sekarang ini dekat tahun 2000, naik 10% + inflasi setiap tahun, semua Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat sekarang ini miskin lebih kurang RM100 -RM200. Bukan naik gaji ini, net real purchasing power. Apa yang Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat terima adalah kalau sekarang dia terima RM3,090, sebenarnya dari segi real purchasing P•:>wer, setelah naik 10%, ialah RM2,850 lebih kurang. lni cara rambang tetap1 RM2,850. Maknanya kita dari segi purchasing power lebih teruk. Jadi, saya minta kaji itu janganlah sebut 20 tahun sekali, ha . .ini sampai ke situ tahap dia.

Sampai 20 tahun sekali, naik 10% bererti - minus 11 % pasal sudah 20 tahun dan hanya 10%. lnflasi pukul rata dua ke tiga peratus. lnflasi kita bagus. Saya semalam terbaca Tuan Yang di-Pertua, inflasi Turki 2,000%, two thousand per cent sehinggakan IMF terpaksa bantu terus beri duit berbilion­bilion, IMF yang menerukkan keadaan sekitar kawasan kita ini, dia bantu Argentina, dia bantu sekarang ini Turki kerana Turki teruk, inflasi 2,000%. Kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional tengok-tengok inflasi 2 perpuluhan berapa? Saya sudah lupa. 2.7, 2.9 peratus. Two point nine per cent. Tidak tinggi langsung, tetapi gaji itu berpatutanlah sikit. Pihak Perdana Menteri kenalah .....

Datuk Long bin Jidin: Yang Berhormat Dato', kita tidak ada gaji. Ada elaun.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Elaun, saraan. lni gaji pegawai. Gaji pegawai-pegawai pun kena timbang juga. Kalau sekiranya bonus RM500, saya tahu kadang-kadang kita dapat saraan, tidak ada bonus. Tidak ada bonus hujung tahun kepada Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tidak apa. Pasal ini adalah sumbangan kita kepada negara dan pada masa krisis dahulu Tuan Yang di-Pertua, jangan lupa, Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mahu tidak mahu kena potong saraan 10%. Ha .. ini membuktikan kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Kita beri balik 10% kepada kerajaan. Maknanya 10% sudah dua, tiga tahun kita potong, baru naik balik semula selepas kegawatan ekonomi.

. Jadi, kita mendahului sumbangan kepada negara, biarlah 10%. Saya tldak pernah dengar tempat lain berbuat demikian. Saya tidak pernah dengar dalam surat-surat khabar, negara-negara lain di mana Ahli-ahli Parlimen dia, Dewan Ra~yat. ~an Dewan Negara dia, potong gaji kerana negara tenat menghadap1 kns1s kewangan, krisis ekonomi. Tetapi negara kita berbuat

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 23

demikian. Pucuk pimpinan kita peka dan berpakat, kita pun turut bersetuju. Kot ada yang tidak bersetuju, saya tidak tahu, tetapi saya bersetuju. Ha .. potonglah. Kalau campur yang itu, maknanya sampai sekarang, elaun Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat kurang daripada RM2,850. Yang saya buat tadi, tidak termasuk yang itu. Kalau masuk yang itu, lagi kurang.

Jadi, sebenarnya saya hendak sampai kepada komen supaya kajian yang dibuat kepada elaun ini, buatlah selalu, janganlah sampai tunggu 20 tahun, mungkin 5 tahunkah, 1 O tahunkah pasal susah hendak sampai ke Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita pun rasa malu hendak membahaskan elaun kita sendiri. Saya terasa malu sikit, tidak banyak, tetapi malu sikit bila diri kita hendak mempersoalkan elaun kita sendiri, saya rasa malu tetapi pandai-pandailah pucuk pimpinan mengaturkannya, cara-cara.

Jadi, sebab itu hendak buat, buat sekali itu, buat besar-besar sikit supaya kita jarang-jarang datang memohon Dewan Negara dan Dewan Rakyat hendak membuat saraan baru. Buat sekali besar, tunggu sampai 20 tahun pun tidak apa, pasal dia sudah tinggi, sudah besar, sudah lebih. Ha ... ini penting kita fikirkan. Jadi, kalau beri sikit sahaja, dalam masa 20 tahun, hendak pergi sekali lagi esok, kita rasa malu.

Saya sebenarnya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Dato' Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Ghazi.

11.43 pagi

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih banyak Tuan Yang di­Pertua, kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Ahli Parlimen {Saraan) 1980.

Pertama sekali, saya uc2pkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada rakan sahabat saya, Presiden kelab saya, yang telah berhujah begitu panjang lebar dan dua aspek besar yang dia bercakap, satu tentang ongkosnya, kedua tentang kemudahan termasuk di Parlimen. Tentang kemudahan yang di Parlimen ini, saya terlalu amat bersetuju malah saya ingin tolong tambah sedikit dengan cara pendek perbahasan ini untuk menjimatkan masa. Yang ada di kawasan Parlimen sekarang ini, kalau kita lihat di bahagian hadapan, tempat kawasan kereta hendak keluar itu, sekarang ini dibuat pula tempat khas kotak-kotak binaan untuk letak pasu bunga agaknya.

Kalau kita perhatikan sebenarnya kehijauan di sekeliling sudah memadai. Yang kita hendak ialah kelapangan jalan untuk kita selesa. Kalau dua roll hendak berjalan pun, lebih selesa. Pada saya, perbelanjaan yang sebegini tidak begitu berhemah. Agaknya saya tidak tahulah kenapa. Bila saya cuba bertanya khabar Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa ini adalah di bawah pentadbiran yang lain. Jadi, keputusannya oleh badan yang lain yang saya tidak boleh hendak sebut, kita pun tidak tahu badan mana, badan kerajaanlah, badan kerajaan yang lain. Pada saya keselesaan ini, hendak ruang keluar masuk kenderaan begitu juga kalau tetamu-tetamu dari luar negara datang, kita tidak ovRrdo, dengan izin, dari segi pokok-pokok ini. Kita belanja wang dengan lebih bermakna. Lebih-lebih lagi bila kita bercakap tentang kekurangan kemudahan-kemudahan yang saya terlalu amat bersetuju dengan Yang Berhormat sahabat saya Dato' Abdul Aziz tadi.

Begitu juga dengan yang dia tidak sebut tadi ialah kedudukan Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua kedua-dua Dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Saya harap di antara rakan-rakan sahabat kita akan dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan, insya-Allah, dan hal yang saya hendak bercakap ini pun ada kena mengena.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

24 DN.21.12.2000

Saya difahamkan bahawa kedudukan Timbalan Yang di-Pertua kedua­dua Dewan sebenarnya tidak melambangkan tanggungjawab mereka apabila mereka menjalankan tugas di dalam Dewan dari segi kemudahan keretanya. pemandunya, supirnya dan juga ongkosnya. Jadi, ini juga saya dapati bahawa kedudukan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini, malah ada satu kes yang sebenar lebih teruk daripada Timbalan Speaker (Yang di-Pertua) Dewan Undangan Negeri.

Keadaan yang begini saya harap dapat diberi kajian oleh pihak kerajaan supaya ia mencerminkan selaras dengan apa yang telah diucapkan dahulu oleh Yang Berhormat Dato' Aziz Abdul Rahman.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai hal kewangan yang banyak diperkatakan oleh Yang Berhormat Dato' Aziz dari segi congaknya, arithmeticnya, perkiraannya betul walaupun ramalan ruangan secara kasar dan saya terima kasihlah akhir-akhir disebut juga yang potong 10%. Sebenarnya tidak ada naik sebab sudah tolak 10%, bagi balik 10%, status quo lah jawabnya. Saya juga bersetuju kalau melihat dari 1980 hingga 2000 tidak ada peningkatan yang banyak malah lebih teruk. Tetapi walau bagaimanapun, saya memilih untuk tidak begitu bersetuju dengan Yang Berhormat Dato' Aziz dalam perkara ini. Tidak begitu bersetuju sebab ...

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Datuk Long bin Jidin: Sila.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Mula-mula bersetuju, selepas itu tidak begitu bersetuju. lni cakap politik ini. [Ketawa]. lni Dewan Negara cakaplah betul-betul, setuju atau tidak bersetuju? Dia mula-mula bersetuju, Tuan Yang di-Pertua, ini saya hairan ini. Selepas itu tidak begitu bersetuju. Saya tidak faham.

Datuk Long bin Jidin: Silakan.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Tidak apa, bila tidak fahr.'11 kita boleh terang bagi faham. Yang saya bersetuju itu ialah tentang kerr,.Jdahan tadi. Yang dari segi bab kewangan keseluruhannya nampak macam bersetuju, convincelah, ertinya kebaikan itu datangnya juga dari diri saya dan rakan­rakan yang lain sepintas lalu. Tetapi setelah saya mengkaji overnight semalam ya, Yang Berhormat Dato' Aziz bincang tentang wang tidak cukup, kurang dan sebagainya berbanding dengan RM1 juta. Banyaklah, saya tidak mahu ulang. Point itu saya bersetuju tetapi kesimpulan saya tidak bersetuju. Hujah-hujah itu bersetuju tetapi kesimpulan itu. .

Pendekatan saya ialah saya percaya pihak kerajaan telah melihat iklim, suasana keseluruhan, oleh kerana wakil rakyat ialah tempat yang masing-masing berebut-rebut hendak jadi wakil rakyat dan di antara wakil rakyat pula berebut-rebut hendak mendapat jawatan kerajaan. Oleh kerana itu pada saya sudah menjadi hadiah, reward yang besar kalau sekiranya sudah diberi pengiktirafan yang setimpal seperti mana yang telah dibuat oleh pihak kerajaan. Ertinya mengambil kira keseluruhan. lnilah pada saya peluang untuk kita menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa semasa kerajaan membayar gaji yang sudah ada sekarang kepada pegawai-pegawai kerajaan yang 800,000 itu, semasa itu setimpallah dengan pegawai-pegawai kerajaan daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Setiausaha Parliman, Setiausaha Politik dan sebagainya. Jadi agak selaras. Ertinya on balance, dengan izin, sudah memadai.

Jadi kalau kita fikir pula khidmat kita adalah untuk masyarakat asalkan ada kemudahan sedikit macam yang kita dapat, saya bersetuju dengan Dato' Aziz, tidakl~h banya~ sangat-. Saya pun malu juga hendak sebut. Kadang­kadang lag1 sebut lag1 dengar, oh, banyak itu sahajakah? Ada setengah orang

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 25

tanya. Yalah, banyak itulah, awak ingat banyakkah? Memang tidak banyak pun. Tetapi kebolehan, the opportunity, peluang kita berada dalam Dewan. peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan ahli Yang Berhormat yang lain, peluang untuk bersama-sama dengan pegawai kerajaan ·termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan utama dan pegawai-pegawai kerajaan yang ramai hadir ini, peluang kita menyampaikan pandangan rakyat dan pandangan kita sendiri dengan cara kita sendiri, peluang supaya dirakamkan dalam Hansard, pada saya itu merupakan satu kepuasan yang amat tinggi nilainya dan tinggi nilai kepuasan dari segi penyampaian buah fikiran, cadangan dan sebagainya.

Seperti mana yang dibuat oleh ramai rakan ahli Dewan yang mulia ini, pada saya selaras dengan k-ekonomi, ekonomi berteraskan ilmu. Kadang­kadang kita hendak perkenalkan juga suasana k-ekonomi ini kita kena juga memberi penghargaan kepada idea yang tidak semestinya dire/atekan secara terus menerus dan spontan dengan wang walaupun pada pokoknya saya bersetuju bahawa intellectual property, rumusan daripada kekuatan akal, kekuatan intelek yang dipanggil intellectual capital itu, modal intelek itu sepatutnya mempunyai nilai. Di sinilah mungkin dalam satu rang undang­undang mengenai akauntan ini boleh kita panjangkan dari segi membuat penilaian yang khusus mengenai nilai intelek seseorang manusia bukan sekadar pengerusi syarikat hanya menulis kita amat menghargai human resource, tenaga manusia tetapi sekadar bertulis hitam putih tetapi tidak ada penilaian yang sebenar dan hakikat yang sebenarnya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit berbeza di situ walau keseluruhannya saya bersetuju ...

Puan Jaya Partiban: [Bangun)

Datuk Long bin Jidin: Datuk, ada yang minta laluan.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Ya, boleh, terima kasih.

Puan Jaya Partiban: Terima kasih, Datuk. Saya hanya ingin mendapatkan sedikit penjelasan dari Datuk, sekiranya ada ahli-ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat yang tidak mempunyai profesion lain yang tidak menjadi ahli pemiagaan seperti Datuk macam mana mereka bersedia berkhidmat tetapi mereka pun ad::i perbelanjaan dan lebih dari itu orang ramai, rakyat jelata sentiasa mendekati ahli politik untuk mendapatkan derma. Kalau seorang menjadi pegawai atasan kerajaan beliau tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar atas nama derma tetapi setiap ahli politik selalu sahaja diminta derma. Macam mane kalau dia tidak ada mempunyai pekerjaan lain dan menjadi ahli politik semata-mata, adakah Datuk mempunyai pendirian ataupun cadangan yang sama? Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Sila.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang membangkitkan perkara ini. lni membawa saya kepada satu cadangan mengatakan bahawa pada prinsipnya kepada individu itu tidak diutamakan. Prinsipnya sebagai contoh, elaun yang diberi peruntukan khas untuk ahli Dewan Negara sebanyak hanya RM100,000 selama tiga tahun, itu patut dipertingkatkan. ltu patut sama, pada saya ini bold sikitlah, patut sama RM500,000 setahun untuk tiap-tiap ahli Dewan Negara. Tetapi kalau dengar banyak sangat pun kurang sikit pun tidak apa. RM200,000 setahun untuk ahli Dewan Negara jadilah. {Tepuk] Jadi begini. Kalau begini saya sokong bena1· sebab itu saya berani RM500,000 sebab bukan kepada individu, sebagai anli Dewan Negara. Kita mempunyai masalah imej, masalah persepsi rakyat. Kalau kita sendiri perhebatkan, naikkan sebagai individu, yang dia nampak tidak hodoh lagi hodoh. Saya cuba hendak

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

26 DN.21.12.2000

bagi elok sikit kalau yang hodoh pun. Kalau sudah cantik bagi lebih molek, kalau lebih molek bagi lebih tertarik. Kata orang Ke Ian tan 'bagi molek sokmo'. Begitu. Jad1 itu satu contoh. Terima kasih atas propping itu.

Conteh yang kedua adalah umpamanya saya difahamkan dululah, saya pun tidak ingat tahun bila, kemudahan diberi kepada ahli Parliman, kemudahan AP (Approved Permit) yang dapat diberi oleh kementerian. lni pun boleh dilaksanakan. Sekarang pun boleh minta dapat ada tetapi cukainya kena banyak. Sebagai contoh, one life time, dengan izin, ertinya kalau sudah dapat AP sekalikanlah lepaskan cukai duti ini yang begitu amat tinggi. Kalau pergi ke London kalau tengok kereta Mercedes agaknya rasa macam hendak beli masa itu juga, rasalah kalau duit ada, tetapi terasa. Sebab kita bandingkan mentalnya dengan harga di sini. Tetapi bayangkan kalau semua ahli Parlimen khususnya ahli Dewan Negara diberi, katalah diberi sebagai contoh, jadi mungkin ini lebih memberi manfaat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahajalah respond saya kepada Yang Berhormat dan saya menyokong walaupun saya tidak payah panjangkan lagi setakat ini.

Satu point lagi, minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut ini kita patut juga bersyukur atas apa yang kita ada sekarang. Saya bersyukur menadah tangan ke hadrat Allah SWT kerana memberi petunjuk dan kita berhadapan dalam Dewan yang mulia ini dan kita mempunyai kesempatan berkhidmat untuk rakyat dan sedikit elaun yang kita ada, Alhamdulillah, lnsya­Allah, kita dapat belanja untuk anak-pinak kita pada masa-masa hari raya ini yang diumumkan dapat itu baiklah. Saya menyokong. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Lee Pit Chern silakan.

11.56 tengah hari

Dato' Lee Pit Chern: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan saya membahaskan rang undang-undang ini.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membekalkan komputer ataupun leqih baik lagi laptop kepada setiap ahli Senator. Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet turut boleh membantu kami membuat kerja-kerja research dengan mudah. Dalam era IT ini ahli-ahli Senator juga boleh mengambil kesempatan mempelajari ICQ ataupun digelar sebagai internet chat melawati laman web, menghantar e-mail dan sebagainya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa dengan begitu cepatnya perkembangan IT berbagai cara boleh kita pakai dalam penggunaan internet. Search engine seperti Yahoo dikenali oleh ramai pengguna komputer tetapi ia adalah salah satu search engine sahaja dan terdapat cara-cara yang lain untuk membuat carian dalam internet.

Selain daripada itu, perkataan 'portal' merupakan sesuatu istilah yang baru-baru ini kerap digunakan dalam internet. Oleh sebab itu, saya berasa seseorang pengguna komputer tidak seharusnya berada pada tahap yang sama semasa memakai kompute' Pengguna komputer seharusnya selalu cari ruang supaya lebih cekap lap' memakai komputer. Dengan setiap Ahli Parlimen mempunyai komputer, segala urusan boleh dibuat secara e-mail. Sampul surat, kertas dan kerja mengeposkan surat-surat tidak akan lagi diperlukan dan ini tidak akan lagi mengambil masa yang panjang. Surat boleh disedia oleh kerani-kerani dengan komputer dan dihantar secara e-mail kepada semua Ahli Parliman. Segala p·::irtanyaan di antara Ahli Parlimen dan pihak Parlimen juga boleh diuruskan dengan cara demikian dan ini akan

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 27

menjimatkan kertas, ink, samp·1..11 surat dan juga meningkatkan kerja-kerja kerani.

Dengan adanya komputer, Hansard-hansard tidaklah diperlukan di mana Ahli Parlimen boleh melawati laman web, membaca Hansard ataupun download Hansard di mana yang dikehendaki. Di sini, pemakaian kertas boleh dikurangkan. Hansard juga boleh dihantar kepada Ahli Senator dalam disket di mana mereka boleh baca Hansard bila-bila masa setelah memperoleh dalam disket. lni turut mengurangkan kos cetak, edar dan juga boleh meningkatkan kecekapan dalam hal-hal pengurusan. Parliman akan dinaikkan taraf menjadi Paperless Parliament, dengan izin. Pembekalan komputer ataupun laptop kepada setiap Ahli Parliman nampaknya melibatkan kos yang tinggi tetapi dari segi jangka masa panjang, ini akan mengurangkan kos malah ia akan berfungsi dengan lebih efisien lagi.

Saya juga mencadangkan segala laporan tahunan agensi kerajaan juga boleh dibekalkan kepada Ahli Parliman dalam bentuk disket sahaja dan Senator-senator tidak payah membawa buku-buku yang berat. Segala rang undang-undang boleh juga dibekalkan melalui disket ataupun di dalam laman web Parliman. Dengan ini, seseorang Ahli Parliman boleh mendapat maklumat di mana sahaja ia berada dan tidak semestinya datang ke Parliman.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati dengan perhubungan ahli-ahli melalui e-mail boleh juga merapatkan hubungan antara Ahli-ahli Senator yang berada di luar daripada Lembah Kelang sebab jarak bukan lagi sesuatu masalah jika komputer dipakai.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pembekalan komputer, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan membekalkan staf untuk membantu Ahli-ahli Senator membuat kajian supaya mutu perbahasan boleh dipertingkatkan lagi. Dengan menghadiri mesyuarat sepanjang hari, saya mendapati kesuntukan masa untuk menyediakan bahan-bahan ucapan. Seseorang pembantu boleh meringankan bebanan kita dan tidak semestinya setiap Ahli Dewan Negara dikehendaki mempunyai seorang pembantu sedemikian. Seorang pembantu boleh menolong dua atau tiga Ahli Dewan Negara.

Sekian sahaja dan saya menyokong rang undang-undang ini.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Ratnam.

12.03 tengah hari

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga sokong apa yang saudara saya Yang Berhormat Dato' Ghazi kata tadi mengenai peruntukan RM100 ribu dan juga mengenai AP permit itu.

Apa gunanya pengeluaran AP permit itu sekiranya kita terpaksa beli satu kereta dari luar negeri, bawa masuk dan bayar cukai seperti yang perlu dibayar cukai itu. Lebih baik kita beli di sini. Saya kurang faham. Saya minta ataupun mohon supaya cukai yang dikenakan kepada kereta-kereta yang diimport melalui AP yang dikeluarkan kepada ahli-ahli ini dikenakan cukai namaan sahaja, nominal tax, once in a lifetime, dengan izin. Apa salahnya? Satu hadiah kepada jasa ahli-ahli kepada kerajaan dan juga kepada rakyat.

Jadi, saya mohon dan saya cadang supaya kerajaan menimbang semula dan dikecualikan bayaran cukai untuk kereta-kereta yang dibawa masuk melalui AP-AP yang dikeluarkan kepada Ahli-ahli Dewan Negara dan juga Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Lagi seperti yang diterar.gkan oleh saudara saya, Yang Berhormat Puan Jaya, kita sebagai Ahli Dewan Negara selalu dijumpai oleh orang ramai

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

28 DN.21.12.2000

untuk minta donation. Tiap-tiap minggu kita juga perlu keluar wang. Apa yang kita terima sebagai elaun dari sini tidak mencukupi.

Jadi, seperti yang telah dicadangkan oleh saudara saya. tadi, s~ya_.jt,1ga cadang supaya peruntukan kepada Ahli Dewan Negara Juga dma1kkan daripada RM100,000 kepada sekurang-kurangny~ RM200,0~0 ribu atau RM3000 tiap-tiap tahun. Bukan tiga tahun, RM100 nbu. RM30 nbu apa boleh buat? Satu dua, bulan pun tidak cukup, habis. ltulah cadangan saya dan saya harap semua ahli-ahli yang ada di sini pun sokong pandangan saya.

Dengan kata-kata ini, saya menyokong pindaan Rang Undang-undang Ahli Parlimen {Saraan} 1980. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Tidak ada lagi. Yang Berhormat Menteri, sila menjawab.

12.06 tengah hari

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz, Yang Berhormat Dato' Ghazi, Yang Berhormat Tuan Lee p; Chern dan Yang Berhormat Tuan M. Ratnam yang telah memberikan pandc,r1gan dan hujah-hujah mereka di dalam pindaan akta ini.

Setelah mendengar hujah-hujah yang telah dikemukakan, saya berpendapat terdapat hujah-hujah yang bernas yang telah dikemukakan dan ada juga kadang-kadang yang keluar sedikit daripada Akta-akta Ahli Parlimen {Saraan} 1980. Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan yang dibangkitkan memanglah soalan yang berhubung kait secara terus dengan kepentingan Ahli-ahli Parlimen termasuklah saya sendiri. lni yang kadang-kadang kita terima susah kita hendak bercakap, malu hendak bercakap kerana sudah menjadi tanggungjawab kita, kita ini lebih banyak bercakap untuk kepentingan orang lain dan rakyat. Sebagai pemimpin, kita ini kena jadi sebagai lilin. Bagi terang orang lain tetapi kadang-kadang kita terpaksa membakar diri sendiri.

Waiau bagaimanapun, rintihan dan juga pandangan-pandangan ini kita akan ambil perhatian seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Aziz. Beberapa perkara dan pandangannya begitu baik di mana cadangan kepada kemudahan-kemudahan kepada Ahli-ahli Parlimen. Begitu juga dibangkitkan mengenai bangunan )tang tinggi seberang sana yang dicadangkan supaya diubahsuai menjadi apartment kepada Ahli-ahli Parlimen, laluan keluar masuk Parlimen, kegunaan ruangan Parlimen yang under utilize. Semuanya ini, insya-Allah kita akan memberi perhatian untuk diberikan pertimbangan, untuk menjadikan cadangan-cadangan ini sebagai satu kenyataan.

Yang Berhormat Dato' Aziz juga membangkitkan mengenai kemudahan Parlimen. Pihak Parlimen memang peka untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan Ahli Parlimen. Dengan itu, dari masa ke semasa, beberapa pembaikan dan kemudahan-kemudahan di Parlimen untuk Ahli-ahli Yang Berhormat ditingkatkan dan ditambah seperti di pusat sumber telah diadakan CCTV dan juga Cyber Cafe akan diadakan pada tahun hadapan dan sebagainya. Kita harap dengan adanya kemudahan-kemudahan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Ahli-ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Aziz juga ada membangkitkan bahawa Akta Ahli Parlimen (Saraan} 1980 ini telah tidak dipinda sejak tahun 1980. Jadi, ini bererti katanya, kenaikan gaji 10% Ahli-ahli

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 29

Parlimen hanya lebih kurang 0.5% sahaja kalau dibandingkan dengan kadar inflasi tahunan.

Sukalah saya nyatakan di sini bahawa perkara yang dib~ngkitkan tersebut, ianya hanya berkaitan dengan nama akta sahaja. Nama akta ialah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 kerana akta tersebut telah dibubarkan dan dikuatkuasakan pada 1980.

Waiau bagaimanapun, sejak tahun 1980, akta tersebut telah beberapa kali dipinda iaitu pada tahun 1992, Januari dan Julai dan 1997, Januari dan Ogos. Semua pindaan tersebut kebiasaannya melibatkan penyelarasan pindaan gaji Ahli-ahli Parlimen dan juga anggota pentadbiran.

Yang Berhormat Dato' Aziz juga telah membangkitkan gaji ketua-ketua eksekutif perbadanan dan juga syarikat-syarikat kerajaan yang jauh katanya lebih tinggi daripada gaji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan ingin mengetahui gaji mereka. Suka saya nyatakan di sini, kedudukan gaji ketua-ketua eksekutif ini adalah pelbagai. Lihat kepada kedudukan dan juga tanggungjawab dan juga jawatan yang disandang. Sebagai contoh, untuk maklumat Yang Berhormat, Ketua Eksekutif Perbadanan Putrajaya hanya dibayar gaji bulanan mengikut Gred Turus 1 iaitu tahun pertama hanya RM8,316, tahun kedua, RM9, 191, tahun ketiga, RM10,043 dan tahun keempat, RM11,033. Kalau kita lihat gaji-gaji Ketua Eksekutif Perbadanan Putrajaya ini, ianya lebih rendah sedikit daripada gaji Yang Berhormat Menteri.

Waiau bagaimanapun, kita tidak menafikan ada ketua-ketua eksekutif yang mendapat gaji yang lebih daripada Perdana Menteri seperti gaji Gabenor Bank Negara, gajinya RM28 ribu sebulan tetapi tanggungjawab dan tugasnya amat besar. Walaupun terdapat ketua-ketua eksekutif syarikat kerajaan yang dibayar gaji yang lebih daripada Yang Berhormat Menteri tetapi mereka masih tertakluk dan perlu mematuhi arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan kerana perbadanan-perbadanan dan syarikat-syarikat tersebut dipunyai oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Ghazi membangkitkan keadaan penyelenggaraan di Parlimen terutama di jalan masuk yang telah diubahsuai. Walaupun perkara ini agak keluar sedikit daripada akta, tetapi pandangan dan rungutan Yang Berhormat akan diambil perhatian oleh pihak Parlimen.

Begitu juga Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai kedudukan saraan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. Perkara ini sedang diadakan kajian dc:n pihak kerajaan telah pun memberikan perhatian mengenai masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dahulu Timbalan Yang di-Pertua mempunyai kemudahan-kemudahan gaji, kereta dan sebagainya. Namun begitu, kemudahan-kemudahan tersebut telah ditarik batik pada tahun 1983 berikutan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua pada masa itu hanya ingin berkhidmat secara separuh masa sahaja. Waiau bagaimanapun, tindakan sedang dijalankan untuk mengkaji semula elaun-elaun Timbalan-timbalan Yang di­Pertua dan perkara ini sudah pun dihantar untuk pengetahuan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga peruntukan Ahli Dewan Negara ada juga AP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Ratnam juga menyentuh perkara yang sama. Jadi, mengenai permohonan AP tanpa cukai yang dimaksudkan ini. Bagi AP tanpa cukai, ini pihak kita akan buat kajian dan ini juga kena mendapat pertimbangan dan sokongan daripada Kementerian Kewangan, mengenai cukai.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

30 DN.21.12.2000

Mengenai peruntukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Ghazi dan Yang Berhormat Tuan Ratnam, suka dinyatakan peruntukan yang diberi ini ialah peruntukan bukannya untuk peruntukan peribadi tetapi ialah peruntukan yang digunakan untuk projf'.k-projek kecil. Jadi, apabila ada rakyat atau orang ramai mengadu hal dengan kita, terutamanya Ahli-ahli Dewan Rakyat, kita tidak menafikan dapat RM500 ribu tetapi ianya hanya boleh digunakan peruntukan ini hanya untuk membelanjakan peruntukan-peruntukan kecil. lanya bukannya berbentuk wang tunai tetapi kalau hendak minta derma, kalau ada orang lain minta derma atau sumbangan-sumbangan dari kita, sudah tentu duit peruntukan ini kita tidak boleh guna sama sekali

Akhir sekali Dato' Lee Pit Chern telah membangkitkan supaya ahli Dewan Negara dilengkapkan dengan komputer dan juga mencadangkan paperless Parlimen. Saya rasa cadangan ini adalah cadangan yang baik dan cadangan dan pandangan Yang Berhormat ini akan diberikan perhatian. Namun demikian buat masa ini kita sedia · maklum bahawa semua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara diberikan kemudahan untuk membuat pinjaman membeli komputer peribadi. Jadi saya setakat itu sahaja yang ingin saya memberikan jawapan daripada hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Ahli­ahli Parlimen, !'.~kian terima kasih.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli­ahli Yang Berhormat sekarang saya !<emukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang u11dang-undang dibacakan kali kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

undang.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Haji Gapar bin Gurrohu mempengeruslkan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 5 diperintah jadi sebahagian daripada Rang Undang-

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKATAN (PINDAAN) 2000

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.19 tengah hari

[Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat] Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya satu rang undang-undang bernama Rang undang-undang Pengangkatan {Pindaan) 2000 dibaca kali yang kedua. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengangkatan 1952 ( Akta 257) menyediakan asas perundangan bagi pengambilan anak angkat dan terpakai bagi orang-orang bukan Islam di semenanjung Malaysia sahaja. Di bawah akta ini permohonan untuk mengambil anak angkat perlu dibuat kepada mahkamah yang seterusnya akan mengeluarkan perintah pengangkatan setelah berpuas hati bahawa kebajikan anak tersebut, anak terpelihara dengan menyerahkannya untuk dipelihara oleh ibu bapa keluarga angkat. Setelah menerima arahan tersebut Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian akan mengeluarkan cabutan ~ari Daftar Anak Angkat, seseorang kanak-kanak yang dianakangkatkan dan 1anya menggantikan Sijil Kelahiran asal yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 31

Waiau bagaimanapun t~rdapat banyak rungutan daripada ibu bapa keluarga angkat mengenai masalah yang mereka hadapi. Berhubung dengan pengeluaran cabutan dari daftar anak angkat bagi anak angkat mereka. lni adalah kerana status sebagai anak angkat menyatakan dengan jelas di atas sijil tersebut. Kebanyakan ibu bapa keluarga angkat tidak berhasrat anak angkat mereka mengetahui status mereka sebagai anak angkat kerana ini akan memberi kesan psikologi yang buruk kepada anak angkat khususnya mereka yang belum bersedia menerima hakikat bahawa mereka adalah anak angkat. Keadaan ini tertentunya akan turut mengganggu keharmonian ikatan kasih sayang di antara mereka dengan ibu bapa keluarga angkat mereka. Justeru itu usaha-usaha telah dibuat untuk meminda Akta Pengangkatan 1952. Pindaan ini dibuat dengan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri kerana pindaan tersebut melibatkan tugas­tugas di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan khususnya dari segi penyimpanan rekod dan pengeluaran Sijil Kelahiran.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama pindaan ini ialah untuk membolehkan Sijil Kelahiran dikeluarkan kepada anak angkat sama seperti Sijil Kelahiran biasa bagi menggantikan cabutan dari Daftar Anak Angkat. Dengan cara ini status seseorang anak itu sebagai anak angkat tidak akan diketahui umum dengan mudah sebaliknya hanya diketahui oleh pihak berkuasa yang berkenaan sahaja seperti Jabatan Perpaduan Negara, mahkamah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan lmigresen Malaysia dan jabatan-jabatan lain yang berkenaan.

Di samping itu pindaan yang dibuat juga turut memberi penekanan terhadap pentingnya merahsiakan maklumat mengenai anak angkat dan pengangkatan dan ini adalah wajar demi kepentingan anak angkat dan ibu bapa keluarga angkat mereka. Bagi maksud tersebut seksyen-seksyen yang dipinda meliputi seksyen 2, seksyen 25 dan penggubalan seksyen baru iaitu seksyen 25A. lzinkan saya memberi dan menghuraikan ringkas mengenai pindaan-pindaan berkenaan serta menyentuh dan menjelaskan beberapa peruntukan yang penting.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 2, Fasal 2 Rang undang-undang memasukkan dua takrif baru iaitu takrif 'Adopted Children Register' dan 'Certificate of Birth'. Takrif Adopted Children Register dimasukkan selaras dengan pengkomputeran. Butir-butir dalam daftar anak angkat yang selama ini dibuat secara manual. Manakala takrif Certificate of Birth pula merujuk kepada Sijil Kalahiran bagi anak angkat yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkatan 1952.

Pindaan kepada seksyen 25, Fasal 3 Rang Undang-undang memperkatakan mengenai arahan mahkamah kepada Pendaftar Besar dalam sesuatu perintah pengangkatan bagi mengeluarkan satu perakuan kelahiran di bawah Akta 257. Pindaan ini juga melibatkan pemansuhan subseksyen 25(7) mengenai pendaftaran anak angkat yang dibuat di Singapura di bawah Adoption of Children Ordinan 1939 kerana ianya tidak lagi relevan.

Di samping itu pindaan ini juga bertujuan menyekat orang awam memeriksa indeks kepada Daftar Anak Angkat bagi memastikan catatan­catatan dalam daftar berkenaan dirahsiakan demi kepentingan anak angkat berkenaan. Selaras dengan itu pindaan kepada subseksyen 12 dibuat supaya Pendaftar Besar tidak boleh memberi kepada sesiapa pun maklumat, salinan atau cabutan daripada mana-mana indeks kecuali dengan perintah mahkamah.

Seterusnya seksyen baru 25A pula memperkatakan mengenai perakuan kelahiran di bawah Akta 257. Di bawah seksyen baru ini, mahkamah hendaklah dalam perihtah pen)angkatan mengarahkan Pendaftar Besar supaya memastikan bahawa perkataan 'diangkat', 'mengangkat' atau 'angkat'

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

32 DN.21.12.2000

atau perkataan yang seumpamanya tidak terdapat dalam perakuan kelahiran. lni perlu untuk mengelakkan kemungkinan kesan psikologi yang buruk pada seseorang anak angkat apabila mergetahui hakikat bahawa beliau anak angkat sedangkan beliau masih belum bersedia untuk mengetahui ·1atar belakang atau statusnya yang sebenar.

Di bawah peruntukan baru ini juga Pendaftar Besar dikehendaki mengeluarkan perakuan kelahiran berkenaan dengan seseorang anak angkat apabila ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat menyerahkan kepada Pendaftar Besar akan perakuan kelahiran anak angkat berkenaan yang telah dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Beranek dan Mati 1957, Akta 299 dan membayar yuran yang ditetapkan bagi anak angkat yang telah pun memperolehi cabutan dari Daftar Anak Angkat mereka atau ibu bapa angkat mereka bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Kelahiran di bawah Akta 257 setelah pindaan ke atas Akta 257 ini berkuat kuasa kelak.

Selain itu seksyen ini juga memperuntukkan bahawa perakuan kelahiran seorang anak angkat dikeluarkan di bawah Akta 257 hendaklah menggantikan perakuan kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta 299 dan ianya menjadi bukti muktamad bagi fakta-fakta dan butir-butir berhubung dengan kelahiran anak angkat tersebut. Selaras dengan itu juga jadual baru yang dinamakan Second Schedule disediakan di mana jadual ini merupakan perakuan kelahiran yang dikeluarkan kepada anak angkat di bawah Akta 257. Perakuan kelahiran ini tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai pengangkatan seseorang anak itu.

Tuan Yang di-Pertua, butir-butir lanjut mengenai peruntukan­peruntukan Rang Undang-undang Pengangkatan 1952, pindaan 2000 boleh didapati dalam huraian rang undang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, adalah wajar Akta Pengangkatan 1952, Akta 257 dipinda demi kesejahteraan perhubungan antara keluarga angkat dengan anak angkat. Anak angkat tidak seharusnya dibiar mengalami trauma dan tekanan. Akibat daripada masalah ini yang akan turut menjejaskan hubungan dan ikatan kasih sayang yang telah terjamin selama ini dengan ibu bapa keluarga angkat mereka. Di samping itu, ini juga akan menghalang kecenderungan mereka yang berhasrat mengambil anak angkat menggunakan saluran tidak sah seperti membeli Sijil Kelahiran palsu. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

Tuan Hashim bin Ismail: Tua~ Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkatan 1952 dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Dato' Ghazi.

12.28 tengah hari

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Pengangkatan 1952. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihal<. P.rajaan kerana setelah 48 tahun telah membuat kajian dan telah r :,iemaskinikan hal-hal pengangkatan ini. Saya rasa perkara ini begitu a1.1at mustahak walaupun nampak sepintas lalu kecil kerana ia melibatkan, mewujudkan satu suasana harmoni keluarga masyarakat yang sayang, keluarga masyarakat yang hormat menghormati kerana asas budi, budaya dan sebagainya bermula di dalam keluarga. Oleh kerana itu pada saya pendekatan ini amat baik sekali.

!~an Yang di-Pertua, saya melihat pembentangan rang undang­undang m1 banyak menggunakan bahasa lnggeris. Jadi saya pun tertanya-

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 33

tanya juga mengapa tidak diwujudkan juga bahasa Malaysia lebih-lebih lagi dalam Second Schedule dan sebagainya, semuanya bahasa lnggeris. Walaupun saya mengakui mungkin hajatnya kata kerana untuk orang yang bukan Islam tetapi andaian mengatakan bahawa sasarannya orang bukan Islam tetapi penggunaannya mesti bahasa lnggeris, saya rasa pada prinsipnya tidak begitu tepat. Oleh itu ba·1asa Malaysia hendaklah diutamakan dalam semua pembentangan akta atau rang undang-undang ini termasuk juga dalam bahasa lnggeris di mana perlu.

Begitu juga dalam penggunaan bahasa Malaysia. Bila saya melihat dalam huraian ini saya ternampak dalam usia saya yang sesingkat ini perkataan 'fi' dipakai. Mula-mula saya ingat 'hi-fi'. Kemudian bila saya baca pula rupanya dengan sewajarnya membayar 'fi' yang ditetapkan, merupakan 'fee'. Saya ingat itulah bunyinya. Tetapi setahu saya 'fee' dalam bahasa Malaysia dikatakan yuran dan digunakan di merata-rata sekolah. Di sekolah rendah pun kita bayar yuran. Oleh kerana itu, kecanggihan selepas 48 tahun kita mengubahsuai rang undang-undang ini hendaklah dikemaskinikan juga dengan bahasa Melayu yang makin kaya, bukan makin mundur. Jadi, ini refleksi yang agak message yang kita hendak sampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai perenggan 3(e), subseksyen (11) mengatakan memotong seksyen ( 11 ) yang membenarkan orang awam memeriksa indeks pada Daftar Anak Angkat. Pemotongan ini bertujuan untuk memastikan catatan-cacatan dalam Daftar Anak Angkat dirahsiakan demi kepentingan anak-anak angkat. lni baik dan saya bersetuju benar tentang rasional, sebab-musabab untuk merahsiakan. Tetapi yang saya agak keliru dan saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat ialah tentang subseksyen 25A(9) yang dalam huraian ini mengatakan, subseksyen ini membenarkan pemeriksaan awam dibuat pada Daftar perakuan Kelahiran. Jadi, ini nampak seolah-olah satu percanggahan, (contradiction) sekali, dalam 3(e) tadi kita hendak masuk supaya kita hendak sembunyikan supaya tidak boleh dibuka untuk orang awam, tetapi dalam subseksyen yang lain pula dikatakan membenarkan pemeriksaan awam dibuat pada Daftar Perakuan Kelahiran. Saya mohon penerangan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.

Perkara lain yang agak berkaitan ialah tentang perenggan 25A(1 )(a), ini saya amat bersetuju apabila Yang Berhormat sendiri dalam pembentangan tadi mengatakan bahawa perkataan 'diangkat' 'pengangkat' 'angkat' 'mengangkat' 'diangkat' 'terangkat' dan sebagainya, semua angkat-angkat ini mesti tidak terdapat dalam perakuan kelahiran. lni pada saya satu pendekatan yang terlalu amat baik kerana ini menunjukkan keprihatinan tentang begitu sensitifnya kalau anak angkat ini mengetahui asal-usulnya pada awal-awal lagi dan ini akan menjadikan kehidupan anak angkat pada masa depan agak terharu dan dia tidak membesar. sebagai seorang insan yang kita harapkan. Dengan kata-kata itu saya menyokong rang undang-undang ini.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Datuk William Lau.

12.37 tengah hari

Datuk William Lau Kung Hui: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang saya membahas rang undang-undang ini. Saya memang mengalu-alukan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkatan. Pindaan ini memang timely dengan licin dan akan melicinkan proses pengangkatan di negara kita. Saya yakin rang undang-undang ini akan memberikan faedah kepada rakyat di seluruh negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua isu tentang rang undang-undang ini. Pertama, saya ingin merujukkan Fasal 4 yang bertujuan memasukkan

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

34 DN.21.12.2000

seksyen baru "25A(1) In respect of the Certificate of Birth referred to in paragraph 25(2)(b), every adoption order shall contain a direction - ada (a) dan (b), saya merujukkan kepada "(b) to the natural or adoptive parent or parents, as the case may be, to surrender to the Registrar-Genera/ the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957."

Tuan Yang di-Pertua, kenapa kementerian tidak memperkenalkan atau memasukkan satu seksyen baru di mana mana-mana orang tidak memenuhi perenggan seksyen 25A(1 )(b) adalah metakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan dan boleh didenda atau dipenjarakan. Saya anggap tanpa seksyen demikian pihak bertanggungjawab akan menghadapi masalah apabila melaksanakan seksyen itu. Oleh itu, saya hendak meminta penjelasan dari kementerian apakah rasional pihak kementerian tidak memasukkan demikian. Why a provision is not included to ensure that this section can be enforce effectively, dengan izin.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar peruntukan tentang pengambilan anak angkat diperluaskan bagi memudahkan individu yang belum berkahwin tetapi mempunyai kemampuan dari segi kewangan mengambil anak angkat. Undang-undang tidak sepatutnya berat sebelah dengan beranggapan bahawa hanya mereka yang berkahwin sahaja yang mampu menjadi penjaga anak-anak yang baik. Oleh kerana perubahan tanggapan masyarakat terhadap perkahwinan kita akan dapati dalam tempoh 1 O atau 15 tahun akan datang terdapat lebih ramai orang yang tidak berkahwin. Sekiranya undang-undang negara kita tidak disesuaikan dengan perubahan ini kita akan melihat hanya sebilangan kecil sahaja anak-anak yang diambil sebagai anak angkat. Tetapi cuba bayangkan jika undang-undang ini dipertuaskan, maka akan terdapat ramai anak-anak yang tinggal bersama keluarga yang bahagia berbanding den~an sekarang di mana mereka menetap di rumah kebajikan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini saya menyokong Rang Undang-undang Pengangkatan (Pindaan) 2000. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng.

12.37 tengah hari

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menyokong pindaan rang undang-undang ini. Saya sangat mengalu­alukan tindakan kerajaan untuk memastikan kerahsiaan proses anak angkat itu, khasnya dalam potongan kepada subseksyen (11) dan (12), seksyen 25 ini, iaitu tidak membenarkan orang awam memeriksa Daftar Anak Angkat dan juga indeks daftar itu juga dirahsiakan dan Ketua Pengarah tidak dibenar mengeluarkan sebarang maklumat kecuali dengan perintah mahkamah. lni adalah tindakan-tindakan yang baik untuk memastikan tiada kebocoran akan berlaku.

Saya hanya ada satu pertanyaan tentang bagaimana seseorang yang mungkin dia rasa dia adalah seorang anak angkat. Bagaimana seseorang ini boleh tahu tentang tarafnya. Adakah seseorang ini perlu ke mahkamah untuk mendapatkan satu arahan dari mahkamah untuk Ketua Pengarah itu membuka daftar ataupun Ketua Pengarah itu ada pilihan dalam situasi yang saya katakan demikian iaitu seorang mungkin dia rasa dia adalah seorang anak angkat dan dia mahu tahu taraf sendiri sama ada dia anak angkat atau tidak. Kalau demikian, adakah ruang untuk Ketua Pendaftar membuat sesuatu keputusan tentang satu permohonan macam ini ataupun orang ini kena ke mahkamah untuk mendapatkan satu arahan mahkamah.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 35

Saya ingin menyentuh juga tentang seksyen 25A khasnya 25A(1) dan (3) di mana kita telah cadangkan perkataan sebagai 'angkat' itu dikeluarkan dalam sijil beranak. Tetapi apabila kita semak Jadual Kedua itu, kita lihat dalam jadual yang kedua itu ada disebutkan nama anak ata·u · nama -particulars of child, butir-butir anak itu iaitu nama. Apabila ini diangkat dari sijil daftar anak angkat itu maka tentu nama yang akan dimasukkan dalam Sijil Kelahiran ini mungkin mempunyai maklumat nama keluarga yang tak sama dengan butir-butir bapa dan ini sedikit-sebanyak telah membangkitkan pertanyaan oleh budak berkenaan kenapa dari segi nama keluarga itu tak sama dengan nama dalam butir bapa. Dan mungkin ini juga boleh dipersoalkan oleh pihak-pihak lain menyatakan, oh itu under anak angkat, bukan anak asal.

Jadi, saya minta satu penjelasan tentang nama yang akan disebutkan dalam Sijil Beranak baru yang akan dikeluarkan itu seperti yang dicatatkan dalam Jadual Kedua. Saya ingin tanya tentang satu daripada maklumat yang diperlukan iaitu taraf kerakyatan budak berkenaan. Oleh kerana orang ini adalah satu orang anak angkat dan apabila telah diberi kepada sesuatu keluarga angkat itu, maka adakah perlu kita meletak di sini satu data tentang taraf kerakyatan. Adakah orang ini telah mengikut taraf kerakyatan bapanya ataupun dia mempunyai satu taraf kerakyatan yang berlainan. Kerana dalam anggapan ini ada disebutkan taraf kerakyatan anak berkenaan.

Jadi, itu adalah komen-komen saya dan saya harap penjelasan diberi supaya semua yang dibangkitkan itu lebih jelas dan dari segi pelaksanaan nanti tidak ada apa kekeliruan. Dan sekali lagi saya ucapkan penghargaan kepada kementerian ini oleh kerana telah mengambil berat tentang satu perkara yang setakat ini telah menjadi masalah khasnya kepada budak itu apabila ia hendak ke sekolah dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidln: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Puan Jaya, silakan.

12.46 tengah hari

Puan Jaya Partiban: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya rasa pindaan yang dibuat kepada seksyen 25 ini sudah tentu melegakan hati ramai ibu bapa yang terlibat. Sejak tahun 1993 pelbagai badan wanita telah merayu kepada kementerian supaya perkataan 'anak angkat' ataupun huruf 'AA' yang terdapat pada surat perakuan kelahiran dihapuskan kerana ia membawa gangguan emosi kepada anak-anak itu apabila mengetahui ia adalah seorang anak angkat.

Demikian pindaan ini telah begitu lama ditunggu-tunggu, dengan izin, long overdue. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, khususnya masyarakat India pada amnya mereka tidak mahu anak itu mengetahui bahawa dia itu adalah anak angkat kerana ia dibesarkan sebagai anak kandungan sendiri dan tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Dengan adanya pindaan ini ibu bapa angkat tidak akan mengalami satu situasi di mana mereka sering bimbang apa akan terjadi sekiranya anak yang mereka besarkan sebagai anak kandung sendiri, tiba-tiba sahaja mengetahui ia adalah anak angkat. Sekarang risiko ini dihapuskan sama sekali.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kementerian kerana sensitif kepada perasaan semua pihak yang terlibat. Oleh kerana kementerian ini selalu juga sensitif kepada perkara seperti ini dan bertanggungjawab kepada kebajikan kanak-kanak, saya ingin menyentuh tentang dua perkara lagi, walaupun terkeluar sedikit dari pindaan ini.

Saya ingin membawa kepada perhatian kementerian bahawa saya ada terima aduan dari orang awam bahawa mereka yang tidak mempunyai

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

36 DN.21.12.2000

pengalaman atau kelayakan yang sesuai dilantik sebagai penasihat. Saya berharap usaha diambil untuk mengatasi perkara ini.

Satu lagi perkara yang saya ingin membawa kepada perhatian kementerian ini ialah tentang taman asuhan kanak-kanak di sektor ladang. Sebenarnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab ke atas kebajikan semua kanak-kanak di negara ini. Minimum . Ho~sin~ Standard Ac~ mengehendaki pengasuh kanak-kanak di estet-estet d1ben lat1han. Sebaga1 jabatan yang menjaga kebajikan kanak-kanak dan yang bertanggungjawab untuk melatih para pengasuh ini, setakat ini saya pun khuatir berapakah pengasuh yang telah diberi latihan.

Saya berharap walaupun perkara ini terkeluar juga dari pindaan, pihak kementerian ini menumpukan perhatian terhadap perkara ini kerana ia adalah berkaitan dengan kebajikan kanak-kanek keseluruhannya.

Dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi yang hendak berucap? Minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab.

12.50 tengah hari

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Pengangkatan (Pindaan) 2000 (Akta 1952) itu.

Terlebih dahulu saya juga bagi pihak kementerian saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana semua telah menyokong apa yang telah disarankan oleh kementerian saya itu.

Yang Berhormat Dato' Ghazi telah pun memberi pandangan yang baik dan telah memberitahu bahawa ianya perlu untuk kebaikan anak-anak angkat kita tetapi beliau hanya sebut tentang kegunaan bahasa Malaysia dalam akta­akta yang sedia ada. Kebanyakan akt:i-akta yang sedia ada dalam bahasa lnggeris, di negara-negara Barat pun kebanyakan undang-undang adalah dalam bahasa Latin kerana apabila kita menggunakan satu bahasa hidup, satu bahasa yang membangun begitu pesat, boleh jadi kadangkala dalam 20 tahun perkataan yang disebutkan sekarang sudah ada makna yang lain, itu boleh jadi. Jadi, perkara itu sudah biasa, tetapi kita semua akan menggunakan seboleh-bolehnya semua perkataan dalam bahasa Malaysia.

Bagi 'fi' itu macam hi-fi itu pun kita boleh membetulkan, menggunakan perkataan fi sebab kebanyakan perkataan-perkataan dari bahasa lnggeris apabila ditukarkan ke dalam bahasa Malaysia kita gunakan 'i', sebab itu sudah masuk satu 'i' di sana. Beliau juga telah menyebut tentang canggihnya seksyen 25A(9) di mana pada mulanya disebut sesiapa pun tidak boleh memeriksa dan beliau kata kemudian sesiapa sahaja boleh memeriksa. lni ada dua bahagian.

Satu, apabila seorang itu dijadikan anak angkat semua butir disimpan dalam komputer, berkaitan dengan butir-butir asal anak itu. Jadi, kalau kita perlu butir-butir asal anak angkat itu atau ibu bapa angkat perlu pergi ke mahkamah untuk mendapatkan butir-butir asal tetapi seperti biasa kalau kita hilang surat beranak kita, kita boleh buat search yang kita buat sekarang juga, kalau kita letak RMS, kita isi borang, kita hantar tetapi apabila kita isi borang pun, pejabat tanya mengapa kita perlu dan apakah perhubungan kita dengan anak itu. ltu kita kena sebut.

Apabila kita sebut mereka hantar satu surat, di sini pun mereka akan hantar satu sijil, tetapi sijil itu hanya ada butir-butir berkaitan dengan anak angkat itu sahaja, tidak menyebut tentang asal, di sini hanya menyebut tentang

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 37

butir-butir anak itu dengan bapa angkat sekali dan tidak menyebut dia itu adalah anak angkat, hanya itu boleh dapat. Butir-butir rahsia itu disimpan dalam komputer, itu hanya boleh didapati kalau kita pergi ke mahkamah dan mendapat keputusan atau arahan daripada mahkamah untuk mendapat sijil­sijil itu.

Yang Berhormat Datuk William juga telah menyebut tentang sijil beranak asal supaya didenda kalau ianya tidak diberi balik kepada Pendaftar Negara, sebab ianya hanya menyebut perlu diberi balik. Yang mustahak di sini, jika seorang bapa angkat apabila beliau membuat permohonan yang ibu bapa asal mereka mesti serah surat beranak asal itu kepada Pendaftar Negara, kalau tidak serah, mahkamah tidak akan membuat arahan supaya anak itu boleh dijadikan anak angkat.

Dengan cara ini kita tidak akan menghadapi apa-apa masalah. Jika kita perlu ambil anak angkat, semua dokumen asal perlu diserah supaya maklumat berkenaan dengan anak angkat itu hanya disimpan dalam komputer di mana jabatan-jabatan yang berkenaan yang saya telah sebut semasa huraian rang undang-undang ini.

Yang Berhormat juga telah menyebut tentang kita memberi peluang kepada yang belum berkahwin diberi peluang untuk menjadikan bapa angkat atau emak angkat. Mereka boleh memohon dan pegawai-pegawai kebajikan akan membuat siasatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, permohonan untuk anak angkat adalah sebanyak 330 orang daripada tahun 1998 hingga tahun 2000, yang kita telah menawarkan anak hanyalah 141, tidak mencukupi. Jadi, yang menunggu adalah sebanyak 193 orang. Jadi, kalau kita hendak beri kepada pasangan yang belum berkahwin lagi, susahlah. Tetapi kalau ada kes-kes yang tertentu, ikut umur dan pengalaman dan keperluan, kita boleh mengkaji perkara itu untuk membuat keputusan.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga telah meminta bagaimana seseorang yang rasa dia adalah anak angkat, bagaimana dia boleh tahu tarafnya, adakah ia perlu dapat arahan mahkamah. Jika sesiapa sahaja kalau dia perlu tahu siapa dia sebenarnya, kalau dia tahu dia anak angkat, biasanya ini antara ibu bapa angkat dengan anak sendiri, satu masa yang baik mereka boleh memberitahu kepadanya, kalau dia menjadi seorang bayi yang dibuang, tidak ada masalah di mana mereka dibuang dalam tong sampah pun. Kalau hal macam itu, elok kita jangan memberitahu kepada dia, dia itu anak angkat. Kalau kita beritahu, kalau dia hendak tahu asal usulnya, kalau dia diberitahu dia adalah anak tong sampah, macam mana perasaan dia. Jadi, ini adalah antara ibu bapa dan anak.

Kalau mereka ada ibu bapa, kalau ibu bapa ini berpendapat hendak memberitahu, dia boleh beritahu tetapi tidak dimestikan. Kalau dia dapat tahu dan kalau ibu bapa sudah meninggal, anak itu sudah menjadi seorang diri, dia ingin tahu siapa sebenar ibu bapanya, dia boleh pergi ke mahkamah dan dapat arahan mahkamah dan Pendaftar Besar akan memberi maklumat-maklumat tentang ibu bapa asalnya. lni ada ruangan di mana dia boleh dapat perkara ini.

Satu lagi perkara yang Dato' Dr. Chin minta adalah tentang butir-butir yang masuk dalam siapa punya nama dia masuk dalam sijil beranak, adakah kalau bapa sebenar dia sudah tahu ada beza kerana nama, kalau orang Cina, kalau 'Chin', kalau ada 'Lam' sudah ada lain. ltu beliau minta supaya dijelaskan. Dalam surat kelahirari yang dikeluarkan hanya nama bapa angkat sahaja yang ada, nama bapa asal tidak ada, itu sebab kita buang perkataan anak angkat, kita tidak boleh masuk nama bapa asal di sana, kalau kita masukkan nama bapa asal tidak ada makna mengeluarkan satu sijil kelahiran baru. Jadi, tidak ada nama bapa asal, kalau perlu nama bapa asal, kita kena pergi ke mahkamah untuk mendapatkan maklumat daripada di situ.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

38 DN.21.12.2000

Yang Berhormat Puan Jaya Partiban juga tela memberitahu bahawa ramai wanita lega dengan ......

Datuk Long bin Jidin: Ada yang minta laluan.

Dato' S. Veerasingam: Ya, silakan.

Dato' Dr. Chin Fook Wong: Terima kasih kerana memberi laluan. Saya hanya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang jawapan daripada persoalan saya iaitu tadi ada disebutkan bahawa kalau bapa itu ialah Chin dan anak angkat itu Lim, kalau dalam surat kelahiran yang baru dikeluarkan itu anak itu masih disebut Lim AD, bapa itu Chin CD, maka ada perbezaan dari segi nama keluarga, adakah ini akan memberitahu budak itu bahawa ia adalah seorang anak angkat.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, itu saya sebut tadi, tidak ada beza nama bapa angkat sahaja yang ada di sana, maknanya bapa akan memberi satu nama kepada anak itu, nama itu akan ada dalam sijil kelahiran. Jadi, ini tidak akan menimbulkan masalah, kalau ada masalah macam itu, itu saya kata tidak usahlah ~.ita ubah undang-undang ini.

Bagi Yang Berhormat Puan Jaya Partiban, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan ini adalah permintaan .....

Datuk Long bin Jidin: Yang Berhormat, panjang lagi?

Dato' S. Veerasingam: Sudah habis, ini akhir sekali. Beliau telah sebut tentang taman asuhan dan lain-lain, kita sentiasa memberi tunjuk ajar kepada guru-guru taman asuhan, kadangkala apabila ada kursus, majikan tidak menghantar mereka, kalau dia hantar, tidak ada orang yang akan menjaga kanak-kanak itu. Maka apa kementerian saya buat sekarang adalah kita juga memberi latihan kepada NGO-NGO supaya NGO-NGO ini masuk ke dalam ladang-ladang dan memberi latihan kepada guru-guru asuhan ini. Dengan cara ini, saya berharap semua ladang asuhan ini ada kebolehan untuk menjaga anak-anak itu. Sekian, terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana jam tepat pukul 1.00 tengah hari, maka Majlis Mesyuarat ini saya tangguhkan sekarang dan disambung semula jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.30 petang

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam): Tuan Yang di-Pertua, saya telah selesai jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 6 diperintah jadi sebahagia~ daripada Rang Undang­undang.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 39

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Setiausaha: Rang Undang-undang Akauntan (Pindaan) 2000. Bacaan Kali Yang Kedua.

Tuan Yang di-Pertua: Menteri mana? Belum sampai lagi.

2.36 petang

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA TENAGA 2000

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Datuk Amar Leo Moggie anak lrok]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan Rang undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 dibacakan kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 yang merupakan titik permulaan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan rangka kawal selia di atas aktiviti pembekalan tenaga merangkumi bekalan elektrik dan bekalan gas. Sejajar dengan dasar ketelusan kerajaan dan selaras dengan amalan-amalan kawal selia yar.g baik, kerajaan berpendapat adalah perlu diasingkan badan-badan yang terlibat dalam pengurusan perkara-perkara dasar dari yang terlibat dalam rangka kerja kawal selia. Untuk tujuan ini Rang undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 ini dicadangkan.

Kerajaan sedang mengambil langkah untuk menyusun semula industri bekalan elektrik di negara ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi membolehkan pengguna-pengguna memilih pembekal elektrik dan menikmati harga elektrik pada harga yang competitive, mutu pembekalan yang tinggi dan terjamin, dengan izin, high quality and reliable supply.

Sadan kawal selia yang dicadangkan perlu berupaya melaksanakan matlamat-matlamat rangka kerja kawal selia dengan cekap dan berkesan. Skop dan bidang tugasnnya akan diperluaskan untuk meliputi bukan sahaja kawal selia teknikal ataupun keselamatan bahkan aspek-aspek ekonomi, sosial dan kepenggunaan.

Suruhanjaya Tenaga yang dicadangkan ini adalah berbentuk sebuah badan berkanun yang akan bertanggungjawab kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas fungsi bekalan elektrik dan Menteri bertanggungjawab ke atas fungsi bekalan gas. Suruhanjaya ini akan bertindak sebagai badan kawal selia bagi kedua-dua aktiviti bekalan elektrik dan bekalan gas.

Melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga, kerajaan yakin akan dapat menyelaraskan strategi-strategi rangka kerja kawal selia bagi sektor tenaga dengan lebih berkesan. Dari segi fungsi-fungsinya Suruhanjaya ini adalah bertanggungjawab, antara lain, untuk menggalakkan persaingan dan pengendalian pasaran elektrik yang adil dan cekap. Di samping itu, Suruhanjaya Tenaga akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan tenaga yang diperbaharui, dengan izin, use of renewal energy dan penggunaan elektrik dengan cekap. Suruhanjaya ini juga akan mewujud dan memperbaharui piawaian-piawaian kualiti dan teknikal dan kod etika bagi pasaran elektrik dan pasaran gas.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah penyusunan semula industri bekalan elektrik, adalah penting bagi kerajaan menggalakkan pelaburan dengan mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan pasaran yang competitive.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

40 DN.21.12.2000

Pembentukan Suruhanjaya Tenaga ini sebagai satu badan kawal selia yang berwibawa dan berintegriti akan memastikan matlamat-matlamat tersebut akan dapat kita capai demi kepentingan wawasan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang undang-undang suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman.

2.41 petang

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana dapat membentangkan Rang undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 pada kali ini kerana kita dapati tenaga ini amat panting dari segi pembangunan negara. Sungguhpun kita mempunyai sumber tenaga sendiri, di mana Petronas dapat mengeluarkan hasilnya menerusi minyak dan gas tetapi kita dapati harga dan kos tenaga yang diberikan kepada pengguna tidaklah sebegitu murah. Dan kalau wujud satu persaingan antara pengeluar ataupun hasil tenaga ini mungkin harga ini dapat dimanfaatkan kosnya kepada pengguna-pengguna.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, selain daripada Tenaga Nasional Bhd. berapa ramaikah Independent Power Plant (/PP) atau janakuasa bebas yang wujud sekarang ini dan akan wujud dalam jangka masa Rancangan Malaysia Kelapan ini bagi menentukan penghasilan tenaga kepada negara ini sentiasa cukup. Berasaskan unjuran pengguna tenaga dari segi individu dan juga dari segi industri, saya ingin mengetahui adakah hasil yang wujud sekarang ini mencukupi berasaskan kepada Tenaga Nasional dan juga IPP yang ada sekarang ini mencukupi untuk menampung pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kelapan ini. Ataupun adakah kita sekarang ini mempunyai perancangan untuk mewujudkan sumber-sumber tenaga yang lain bagi memastikan tenaga dapat dikeluarkan dengan paling efisien dan tidak mengakibatkan alam sekitar yang kini terancam di negara­negara maju seperti di Amerika dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu selain daripada gas, selain daripada minyak, tenaga juga boleh diperolehi menerusi sinar matahari, misalnya. Menerusi jeram-jeram, sungai-sungai yang ada jeram-jeram seperti Sungai Tembeling, di mana airnya deras dan boleh menjana kuasa. Menerusi angin musim tengkujuh misalnya atau tempat-tempat yang banyak angin ini. la boleh memutarkan janakuasa menerusi angin. Dan sekarang ini memang adalah menjadi hasrat kerajaan dan badan-badan NGO supaya kita dapat tenaga di luar daripada sumber asal, di luar daripada sumber yang forces oil, yang berasaskan kepada minyak dan gas.

Kita banyak bagi penumpuan kepada bio-mass misalnya, iaitu angin tadi supaya udara kita tidak dicemar kalau kita menggunakan hanya renewal energy seperti yang diperolehi daripada minyak dan juga gas. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk hendak membuat banyak lagi hydro dam di sungai­sungai. Kita kaya dengan sungai-sungai. Banyak sungai. Saya difahamkan Malaysia mempunyai jumlah sungai yang banyak, yang boleh kita gunakan untuk menggerakkan, menjana tenaga. Jadi, saya hendak tahu berapa akan diwujudkan di negara kita ini.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 41

Saya juga ingin mengetahui Tuan Yang di-Pertua, berapakah kos harga pembelian Tenaga Nasional daripada tenaga yang dikeluarkan oleh badan-badan yang bebas ini tadi, penjana-penjana kuasa yang bebas. Saya difahamkan YTL misalnya menjual tenaganya dengan harga yang agak tinggi, saya tidak tahu berapa. Dibandingkan dengan IPP-IPP yang lain adakah harganya sama? Saya ingin juga mengetahui dari segi costing ini mereka ini membeli gas dan minyak daripada Petronas dengan harga berapa. Saya difahamkan juga ada perjanjian antara badan-badan IPP ini dan juga Tenaga dengan Petronas yang menetapkan harga jualan per unit antara mungkin RM6, RM7 saya tidak tahu. Saya ingin mengetahui kerana ianya mungkin membuka mata kita kalau sekiranya mereka membeli gas dan minyak daripada Petronas dengan harga yang berpatutan kenapa tidak harga yang sama diberikan kepada pengguna-pengguna lain yang mungkin boleh mengeluarkan jentera-jentera penjana kuasa secara bersendirian.

Maksud saya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu kita mewujudkan national grid sahaja dan juga IPP yang boleh mengeluarkan hasil tenaga kepada orang ramai. Kita boleh juga mengkaji sistem di mana pengguna­pengguna besar boleh menggunakan janakuasa sendiri dengan menggunakan satu turbine dan mereka ini boleh berbuat demikian dengan lebih efisien kerana sistem yang ada sekarang ini ia boleh menggunakan segala macam hasil sampingan daripada janakuasa itu untuk misal kata mengeluarkan air penyejuk untuk hawa dingin, air minuman ia boleh recycle Tuan Yang di­Pertua, menerusi janakuasa yang kecil ini, yang enjinnya boleh didapati di Jepunkah, di Amerikakah? Tetapi saya hendak tanya kalau mereka berbuat demikian, harga gas yang mereka beli itu dengan harga berapa? Adakah sama dengan harga yang dibeli oleh IPP atau Tenaga Nasional.

Kalau tidak sama, sungguhpun ianya berfaedah kepada industri di satu-satu kawasan ataupun satu-satu pengguna yang besar ini seperti KLIA. Saya difahamkan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menggunakan turbine nya sendiri, janakuasa sendiri yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk mengeluarkan tenaga tetapi dari segi hawa pendingin dan sebagainya, banyak sampingan daripada janakuasa kecil-kecilan.

Jadi, saya ingin mengetahui daripada kerajaan, apakah dasarnya ke arah menentukan sumber janakuasa seperti ini diperluaskan bukan sahaja di industri-industri yang menggunakan kuasa yang besar, secara efisien tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar. Kita diumumkan baru-baru ini, di dalam Dewan yang mulia ini, masih ramai lagi penduduk di negara yang telah merdeka 43 tahun ini tidak menikmati janakuasa elektrik. Dahulu kita diberitahu 3,000 buah sekolah di negara kita yang sudah merdeka 43 tahun masih tidak mempunyai elektrik. Pada masa yang sama kita mengatakan perlunya mereka ini dibekalkan dengan komputer. Komputer tidak boleh berjalan atas angin. Komputer hanya boleh digerakkan menerusi kuasa elektrik yang boleh menggunaka11 kuasa ini untuk kita gunakan sepenuhnya komputer ini.

Jadi, kalau kita boleh menyemarakkan lagi penggunaan janakuasa kecil-kecilan ini berasaskan harga gas yang berpatutan, saya rasa dan saya yakin semua sekolah dapat dibekalkan bukan sahaja elektrik menerusi janakuasa kecil-kecilan ini tetapi dengan menggunakan juga hasil sampingan yang dikeluarkan untuk menjadikan sekolah luar bandar air-condition kerana ia boleh mengeluarkan air bersih daripada sumber yang sama. Jadi, ini satu pendekatan yang saya fikir harus difikirkan untuk meluaskan lagi penggunaan janakuasa seperti ini. Kita memang mengucapkan tahniahlah kerana kerajaan menerusi rang undang-undang ini akan menubuhkan satu Suruhanjaya Tenaga yang boleh mengawasi keselamatan dan boleh membuatkannya consumer friendly, cara-cara pemasaran tenaga, penggunaan tenaga semuanya dikawal selia dengan baik terutamanya dari segi keselamatan.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

42 DN.21.12.2000

Dari segi keselamatan saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan buatlah kempen secara besar-besaran rnemang banyak, saya tidak tahu berapa ramai, mungkin pihak kementerian boleh tahu. Mereka yang meninggal dunia kerana tidak faham dari segi penggunaan elektrik ini. Baik di rumah secara consumer (pengguna) mahupun di syarikat-syarikat, pengilang­pengilang, berapa ramai yang terkorban, yang mati, yang meninggal dunia akibat penyalahgunaan ataupun salah pasang perkakas-perkakas elektrik ini ataupun wiring nya tidak betul lekat dan apakah siasatan pihak kernenterian kepada kes-kes ini, adakah ianya tanggungjawab mereka yang mendapat lesen hendak buat ini tetapi tidak buat betul, adakah mereka diheret ke rnahkamah untuk bertanggungjawab ataupun penggunanya sendiri yang sengaja buat secara bersendirian selepas itu tidak tahu pasang positif dengan negatifnya, lepas itu entah apa benda jadi, saya pun tidak tahu, langsung dia rneninggal dunia. Jadi, berapa ramai kes macam ini kerana ini merupakan satu kempen kalau dibuat oleh Suruhanjaya ini memberitahu kepada pengguna-pengguna cara bagaimana hendak mencermatkan penggunaan elektrik kerana bebanan kosnya wujud di sana dan juga menggunakannya secara selamat.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan kalau sudah ada Suruhanjaya Tenaga ini, ahli-ahlinya saya minta dipertimbangkan juga kepada rnereka yang terlibat di dalam persatuan­persatuan pengguna kerana saya perhatikan, persatuan pengguna ini, ia rnemainkan peranan yang amat penting dari segi mengawal selia hak-hak pengguna tetapi jarang-jarang rnereka ini diarnbil kira untuk menduduki suruhanjaya-suruhanjaya yang mengawasi satu-satu industri. Jadi, kalau ianya dapat bermula dengan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia ambillah seorang dua ahli majlisnya suruhanjaya ini daripada persatuan-persatuan pengguna kerana kebanyakan mereka ini telah pun mempunyai gedung ilmu tersendiri. la ada specialisation sekarang ini pengguna-pengguna. Saya ucap tahniah persatuan pengguna sekarang ini yang dicetuskan oleh Ralf Nader di Amerika dahulu tidak dapat jadi Presiden tetapi Ralf Nader mencetuskan the movement of the consumers mohon izin, sehinggakan negara kita ini memang aktif saya lihat, persatuan pengguna. Jadi, elok kita ambil mereka untuk menduduki suruhanjaya ini bagi ada hubung kait pengguna dan pengeluar. Begitu juga dari segi majikan-majikan atau syarikat-syarikat yang mengeluarkan tenaga ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, atas lunas-lunas sedemikian, saya mengharapkanlah pihak kementerian dapat memberi kita jawapan terutama dari segi kos, gas per unit ataupun minyak per unit terutama gas yang dikeluarkan oleh Petronas, berapa dibayar oleh tenaga per unit ataupun IPP yang lain dan orang lain bayar berapa kalau hendak tahun dari segi perbezaan-perbezaan kos.

Saya juga ingin mengetahui daripada pihak kementerian berasaskan kepada pengeluaran minyak - saya ticak tahu berapa, lebih kurang 600,000 tan kah atau lebih daripada Petronas ini, sejauh mana ia boleh menampung keperluan tenaga kita, minyak Petronas dengan gas Petronas, gas memang banyak. Saya difahamkan ada 83 trilion reserved cubic meter kah, mungkin 83 trilion dan penggunaan kita pun tidak berapa banyak pasal penggunaan gas belum lagi disebarluaskan.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi dahulu ada cerita. Dahulu ada satu projek yang sepatutnya berjalan untuk mengalirkan gas cecair ini daripada Pantai Timur ada salurannya. Kononnya pada satu ketika nanti rumah-rumah kita hendak masak seperti di England kita pasang gas sahaja. Gas dah siap, tidak payah beli tong gas. Sekarang hendak order tong gas bukan main susah. Jadi.' ga~ !ni me_ngalir terus ke rumah, selamat. Tetapi saya tidak tahu adakah proJek m1 mas1h berjalan, sudah siap, belum siap, adakah rumah-

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 43

rumah yang dibekalkan dengan gas menerusi sistem semacam ini, saya kurang pasti. Kalau mereka dapat gas ini berapa pula mereka kena bayar per unit saya hendak membandingkan. Jadi, kalau mereka bayar murah elok sangatlah ataupun lebih murah daripada apa yang di beli dengan · harga oleh IPP ataupun Tenaga Nasional lagi baik.

Jadi kegunaan gas, kita mementingkan kegunaan gas daripada kegunaan minyak. Pada masa yang sama kita hendak tahu pihak kerajaan dahulu ada mengutarakan supaya kereta-kereta di negara kita ini menggunakan gas, sampai kela~;a sawit pun boleh digunakan oleh kereta dan mengurangkan kegunaan minyak yang ada lard content. Tetapi saya hendak tahu adakah ini di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini berkenaan dengan penggunaan minyak kereta-kereta yang kini boleh ada dua pilihan, minyak yang mempunyai plumbum dan tanpa plumbum.

Saya diberitahu dalam surat khabar baru-baru ini, mungkin terjadi di sini, bila kita menggunakan minyak tanpa plumbum, sekarang ini kita disuruh buat sendiri, kita ambil pump itu kita masuk sendiri. Kita buka gas minyak itu ada satu bau yang amat kuat terus kita terhidu dan ini amat merbahaya saya difahamkan. lanya boleh menghilangkan pemikiran, mengurangkan memori kita dan sebagainya. Tetapi ini tidak pula diceritakan kepada kita, tidak ada warning.

Dalam stesen-stesen minyak saya tidak pernah tengok adanya warning, adanya amaran mengatakan, "Berhati-hati apabila mengepam minyak dalam kereta, jangan terhidu bau yang kuat keluar daripada tangki itu" Tidak ada. Pada masa yang sama, dalam surat khabar mengatakan, merbahaya menghidu wap yang dikeluarkan oleh tangki minyak kereta itu bila kita buka itu. lni sudah berlaku kepada saya sudah empat kali dah. Saya rasa pening mungkin kerana membuka tangki minyak dan wap itu keluar dengan cepat. Kalau ianya merbahaya saya mintalah kementerian mengedarkan satu arahan kepada semua stesen minyak, meletakkan amaran ini, berhati-hati supaya -kita boleh duduk jauh sedikitlah hidung kita boleh melihat benda lain tidak payah tengok tangki minyak. lni kalau tengok tangki minyak terus berbau dan kita akan mendapat akibatnya.

Kalau sekiranya Tuan Yang di-Pertua, lard yang berplumbum ini merbahaya, apakah jangka waktu di mana kita di negara ini tidak ada lagi minyak yang mempunyai plumbum ini. Adakah kita membuat perancangan supaya tahun 2001 kah, tahun 2002 atau tahun 2003 tidak ada lagi minyak berplumbum ini dijual di negara kita ini kerana kita memahami ianya amat merbahaya kepada polis trafik kita di tepi jalan yang jaga kita itu, orang-orang yang jalan kaki di bandar-bandar bila kereta itu hendak jalan perlahan-lahan di tengah-tangah bandar itu yang keluar daripada minyak yang berplumbum ini lard content dalam udara begitu tinggi, ini pernah kajian dibuat bagaimana bahayanya udara kita dalam keadaan kalau banyak kereta menggunakan minyak yang masih lagi berplumbum ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara seperti ini saya mengharapkanlah Suruhanjaya Tenaga dapat mengambil kira dan kita kira tenaga yang dikeluarkan oleh IPP ataupun Tenaga Nasional sahaja tetapi kita juga memikirkan penggunaan minyak secara kecil-kecilan ini, secara retail ini patut juga diambil kira kerana ianya boleh memudaratkan pengguna-pengguna yang ramai ini, yang lebih banyak pengguna terdedah kepada merbahaya, health hazard mohon izin, membahayakan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

44 DN.21.12.2000

3.00 petang

Dato' Dr Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong Rang undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 ini. Si;iya ingin menyentuh tentang beberapa perkara yang saya rasa penting dal~m rang undang-undang ini. Tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan tahntah kepada kementerian oleh kerana telah merancang untuk mengadakan satu akta yang baru untuk aktiviti pembekalan tenaga. Setakat ini setahu kita hanya ada dua pemain yang utama dalam perkara pembekalan tenaga iaitu TNB untuk bekalan elektrik dan Petronas untuk pembekalan gas. Nampaknya dengan adanya Suruhanjaya Tenaga 2000 ini pasaran akan terbuka kepada lebih pemain kerana apa yang akan dikawal selia oleh suruhanjaya ini ialah berkenaan dengan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik dan juga penghantaran pengangkutan, pengagihan dan penratikulasian gas.

Nampaknya kalau semua ini dimaksudkan tidak lama lagilah mungkin kementerian akan membenarkan lebih pemain-pemain dalam aktiviti-aktiviti pembekalan tenaga ini. Dengan cara itu nampaknya pengguna akan menguntungkan, mendapat faedah yang lebih apabila ada persaingan. Maka selalunya kos tentu akan turun dan ini akan membawa satu kebaikan kepada keseluruhan masyarakat kita.

Saya ingin menyentuh secara khas kepada beberapa seksyen dalam cadangan Suruhanjaya Tenaga 2000 ini. Yang pertama saya ingin menyentuh tentang seksyen 11 iaitu tentang akuan berkanun oleh anggota suruhanjaya. Seperti yang dimaklumkan dalam rang undang-undang ini, suruhanjaya terdiri daripada lima orang yang minimum dan tujuh orang yang maksimum. laitu seorang pengerusi, dua orang yang mewakili kerajaan dan 2-4 orang yang mewakili sebagai orang awam yang mewakili mungkin pengguna-pengguna atau lain-lain orar.g yang ada kemahiran dalam perkara pembekalan elektrik dan juga gas.

Didapati di bawah Seksyen 11 (2) itu kita ada disebutkan apabila ada kepentingan seseorang itu mesti mengumumkan dengan cara bertulis kepada menteri dalam masa satu bulan kepentingan itu. Saya hendak tanya kenapa kita tidak akan menyatakan dalam seksyen ini bahawa semasa seseorang itu bertugas ia tidak boleh memperolehi sebarang kepentingan dalam hal-hal aktiviti pembekalan tenaga. Memandangkan bilangan ahli suruhanjaya ini satu bilangan yang kecil iaitu yang mewakili kerajaan dua orang dan orang awam 2-4 orang. Semasa mereka bertugas adalah lebih baik kalau mereka tidak mengambil sebarang kapantingan dalam hal-hal yang mungkin akan barcanggah dangan tugas maraka sabagai ahli suruhanjaya. Bagi saya adalah lebih baik kalau samasa mereka bartugas, meraka tidak akan mamparolehi sabarang kepantingan dan bukan sahaja akan memberi notis dalam masa satu bulan kapada menteri sakiranya mareka talah mamparolehi sabarang kepantingan dan kamudian mentari kana mambuat satu kaputusan sama ada akan manggantikan mereka atau tidak.

Saya juga ingin manyentuh tantang seksyan 24(2) iaitu tantang kumpulan wang yang akan ditadbir dan dikawal olah suruhanjaya ini. Apa yang manarik saya ialah Saksyen 24(2)(a) di mana ada dikatakan wang-wang yang diparuntukkan olah Parliman bagi maksud undang-undang pambakalan tanaga dari masa ka samasa. ltu barmakna Parliman sandiri akan mamparuntukkan wang tartantu supaya suruhanjaya ini dapat dijalankan. Tatapi di bawah Saksyan 26 ada juga disebutkan bahawa suruhanjaya ini akan manjalankan aktivitinya supaya dapat mamalihara kumpulan wang, iaitu apa yang disabutkan ialah suruhanjaya ini harus manjalankan kuasanya dangan cara supaya jumlah hasil dan jumlah pambayaran itu akan ma~gimbang supaya tidak. adalah apa-apa kerugian. lni nampaknya tidak bagrtu salaras dangan apa yang diparuntukkan di bawah 24(2). Bolehkah

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 45

24(2)(a) itu dianggap apabila peruntukan itu diberi kepada suruhanjaya ia dianggap sebagai satu pinjaman dan apabila ada untung nanti ini boleh dikembalikan kepada tabung yang disatukan itu atau consolidated f~n~.

Satu lagi perkara yang penting dari segi menubuhkan suruhanjaya ini oleh kerana ia akan melibatkan banyak bayaran pentadbiran dan sebagainya. Maka kalau aktiviti kawal selia itu kurang dari masa sekarang maka nampaknya tidak begitu sesuailah kita berbelanja begitu banyak duit untuk menubuhkan satu suruhanjaya dan kemudian nampaknya tugas-tugas yang kena dikawal selia oleh suruhanjaya sedikit sahaja. Adakah dicadangkan bahawa kita luluskan rang undang-undang dan pada satu masa yang sesuai sahaja ia akan dilaksanakan. Kalau demikian maka mungkin itu akan memastikan apa yang dibelanjakan di bawah suruhanjaya ini akan mendapat satu faedah yang berkesan. Kalau suruhanjaya ini telah ditubuhkan dan ia mula bertugas tetapi kalau usahanya hanya ditumpukan kepada TNB dan juga Petronas sahaja nampaknya mungkin ada pembaziran dari segi guna tenaga manusia. Oleh kerana tugas kawal selia itu begitu sedikit sahaja.

Jadi saya harap dengan adanya Seksyen 26 itu maka suruhanjaya ini akan berjaya dalam tugasnya. Pada saya ini merupakan satu cabaran yang besar, iaitu apabila sesuatu agensi itu diminta mengimbangkan akaunnya selalunya itu menjadi satu cabaran. Oleh kerana itu saya berharap apabila suruhanjaya ini dilaksanakan nanti maka adalah tugas-tugas yang mencukupi untuk suruhanjaya ini mengawal selia dan itu terpulanglah kepada keputusan menteri bila ia akan dikuatkuasakan. Saya berharap perkara-perkara itu akan diambil perhatian oleh menteri berkenaan. Dengan kata-kata demikian saya sekali menyokong Rang undang-undang Suruhanjaya Tenaga 2000 ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia [Datuk Amar Leo Moggie anak lrok]: Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada dua ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang-undang ini iaitu Dato' Abdul Aziz dan Dr. Chin Fook Weng. Saya suka mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua mereka ini. Saya suka memberi penerangan sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua dari segi suruhanjaya ini. Sekarang sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dr. Chin Fook Weng sebentar tadi. Adakah suruhanjaya ini akan mempunyai cukup tugas kerja. Sekarang tugas untuk mengawal selia bekalan elektrik dan juga gas dikendalikan oleh satu badan kerajaan iaitu Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, yang mempunyai beberapa pegawai dan kakitangannya.

Apabila wujud lembaga ini nanti kerajaan bercadang dan dalam sidang Parlimen yang akan datang kita juga akan bercadang untuk membawa suatu pindaan rang undang-undang bertujuan untuk meminda Akta Bekalan Elektrik dan Bekalan Gas yang akan juga membenarkan kerajaan untuk menghapuskan Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas dan tugasnya diambil alih Suruhanjaya Tenaga dan Gas yang kita wujudkan sekarang. Walaupun demikian kita mengambil tindakan awal bagi mewujudkan suruhanjaya ini untuk memberi kita masa untuk membuat persediaan secara administrative untuk menubuhkan suruhanjaya. Jadi kerajaan berpendapat bahawa tugas itu akan cukup. lanya akan menggantikan dan memperluaskan tugas yang sekarang diuruskan oleh jabatan yang sedia ada dan jabatan itu nanti akan dibubarkan apabila siap dan ianya akan diambil alih tugasnya.

Melainkan penambahan tugas-tugas lain yang juga akan kita anugerahkan kepada suruhanjaya ini. Bahkan dalam Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas kebanyakan kerja mereka tertumpu kepada soalan teknikal, soalan sekuriti dan sebagainya. Suruhanjaya ini dicadangkan memperluaskan

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

46 DN.21.12.2000

tugasnya termasuk ekonomik kawal selia da~ juga u~tuk menumpukan dar~ segi pandangan pengguna yang difikirkan pent1ng. ~ad1 suk~la~ ~aya mem~en penerangan serupa itu. Soalan yang kedua dan Dr. Chm 1a1tu berka1tan dengan Seksyen 11 dan juga Seksyen 24 dan juga Seksyen 26. Sebenarnya Seksyen 24(a) berbanding dengan 26 tidak ada berc~ngga.h. f\:1emang maksud kita bagi suruhanjaya ini mendapatkan wang dan seg1 kut1pannya sendiri untuk menjalankan tugas dengan izin Tuan Yang di-Pertua, self­financing. Walaupun demikian pada permulaan penubuhanny.a, ianya memerlukan peruntukan dari kerajaan secara one of grant, launching grant for the commission. Selepas itu commission ini akan mempunyai hak untuk mengutip hasil dan dari hasil itu dijalankan tugasnya se~diri secara s~lf­independent financing. Jadi 24(a) seolah-olah memben kuasa enabling provision bagi kerajaan mengagihkan launch in~ grant bagi. . menub~hka~ suruhanjaya ini. Jadi tidaklah ada bercanggah, t1daklah bersehs1han dan seg1 kedudukan itu.

Berkaitan dengan seksyen 11 iaitu bagi ahli suruhanjaya ini tadi kita memang bercadang bahawa mereka yang ada terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan tugas mereka tidak harus memegang jawatan menjadi ahli commission. Walaupun demikian di waktu kita pelantikan mereka memang diperlukan untuk memberi penerangan bahawa statutory declaration tidak ada terlibat. Kalau misalnya ada ianya tidak akan dilantik dan kalau pun sudah dilantik kemungkinan kita akan menamatkan pelantikan mereka. Jadi saya fikir dari segi administrative procedure itu bolehlah meyakinkan keraguan yang disuarakan oleh 'Dr. Chong' itu tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Tadi itu Dato' Dr Chin Fook Weng.

Datuk Amar Leo Moggie anak lrok: Dato. Dr.

Tuan Yang di-Pertua: Chin Fook Weng.

Datuk Amar Leo Moggie anal< lrok: Sorry. Saya berbalik kepada komen-komen yang disuarakan oleh Dato' Abdul Aziz sebentar tadi. Dato' Abdul Aziz menyuarakan beberapa pandangan yang saya rasa bermanfaat sekali dan harus kita pertimbangkan. Saya suka menerangkan pada awalnya bahawa dari segi bidang tugas di antara commission ini dan bidang tugas dari segi akta-akta lain seperti Akta Petroleum dan sebagainya memang terus berasingan. Jadi kalaulah kita menumpukan perhatian dari kegunaan minyak ataupun petroleum industri dan sebagainya harga minyak ataupun dari segi plumbum dan tidak plumbum dan sebagainya ianya bidang tugas dalam Akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ataupun dalam Akta Petronas seperti yang berkaitan.

Apa yang akan dimasukkan dalam suruhanjaya ini ialah reticulation dari segi kegunaan gas dan sebagainya. ltu jadi penerangan yang awal. Yang keduanya dari segi apakah harga gas yang dijual untuk penjanaan kuasa elektrik di negara kita ini. Sekarang telah pun diwujudkan persetujuan di antara Petronas dan juga penjana-penjana kuasa yang terlibat daripada penjanaan kuasa elektrik dan ditetapkan oleh kerajaan dahulu bahawa gas yang dijual untuk penjanaan kuasa diletakkan maksimum RM6.40 per million BTU. ltu melibatkan penjanaan kuasa tidak termasuk dalam TNB ataupun IPP. Bermakna IPP juga dikenakan hc:.rga yang sama dengan harga yang dikenakan kepada TNB generation dan sebagainya. Bagi mereka yang bertujuan atau berminat untuk menjana kuasa bagi kegunaan sendiri, big industry dan sebagainya, kerajaan tidak menghalang mereka berbuat demikian kalau mereka memikirkan bahkan sekarang kita tahu, di Terengganu, pihak Petronas ada juga mengadakan suatu projek yang dikatakan Coal Geneation Fuel District Cooling System yang merupakan apa yang disebutkan oleh Dato' Abdul Aziz s~bentar tadi yang menggunakan kuasa gas, menjanakan kuasa dan sebahag1annya menjanakan District Cooling dan sebagainya dan kita

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 47

menggalakkan pembangunan Coal Generation District Cooling kerana kita faham ini adalah suatu perkara yang mempunyai efficiency yang tinggi bahkan di KLIA dan juga di KLCC juga mengadakan sistem yang serupa. Jadi, tujuannya dari segi polisi kerajaan, kita memang menggalakkan pembangunan Coal Generation ataupun District Cooling System serupa ini.

Berkaitan dengan soalan apakah harga yang dijualkan oleh IPP kepada TNB dari segi penjualan eletricity di negara kita ini, kita sekarang mempunyai beberapa IPP oleh sebab dalam awal tahun 90-an, di mana kita melihat keadaan rezab atau keadaan penjanaan kuasa tidak mencukupi. Oleh sebab itu, kerajaan membenarkan beberapa IPP diwujudkan dan mereka menjualkan secara kontrak, secara Power Purchase Agreement dengan TNB. Power Purchase Agreement ini memang berasing. Satu penjanaan tidaklah serupa dengan harga yang dijua= oleh mereka yang lain, ia terpulang kepada kajian dan persetujuan terperinci.

Namun demikian, harga yang kita lihat adalah dalam lingkungan antara 13 sen sehingga 15.5 sen jadi, tidaklah serupa. Tetapi kita melihat dari segi itu ialah bagaimanakah viability sesuatu IPP itu dibangunkan dan mengambil kira walaupun ada disebutkan YTL sebentar tadi, perjanjian di antara YTL dan Tenaga Nasional bermakna tidak ada perubahan harga, fix price dari segi beberapa tahun dan kalau kita lihat dari jangka panjang, bolehlah dikirakan munasabah walaupun kemungkinan boleh dikatakan pada awalan ianya mempunyai harga yang difikirkan mungkin tinggi dari apa yang dijual dari mereka yang lain.

Tetapi selepas kita mengambil kira kesemua keseluruhan masa dan harga dan time dan sebagainya, ianya juga bolehlah diterima sebagai suatu persetujuan yang boleh kita bersetuju dari segi pihak Tenaga Nasional dan oleh pihak IPP. Sekarang kita membuat ramalan bahawa jana kuasa di negara kita ini, kita mengambil suatu polisi ialah menetapkan mempunyai reserve margin tidak kurang dari 30% dari kegunaan.

Walaupun di negara-negara maju, mereka mengamalkan reserve margin yang lebih kurang 15% ataupun 20%, namun demikian bagi negara kita, suatu negara yang masih membangun, suatu negara di mana kegunaan tenaga kadang-kadang meningkat dengan tinggi sekali, lebih selamat difikir kerajaan kita mempunyai polisi yang mengamalkan reserve margin yang lebih tinggi dari apa yang berlaku di negara-negara yang maju, di mana sistem mereka dengan izin, sudah mature, oleh itu polisi kita sentiasa mengekalkan dan mengamalkan tidak kurang dari 30% dengan izin, generation reserve margin dan perancangan untuk mengadakan penubuhan generation capacity dalam tahun demi ke setahun sentiasa dilihat dan tiap-tiap tiga bulan, kita mengadakan suatu mesyuarat perancangan untuk melihat keadaan kedudukan supply, demand dari segi power demand kita dan jika perlu kita boleh mengambil tindakan untuk menambahkan kapasiti.

Bermakna kita yakin di negara kita ini dalam rangkaian Rancangan Malaysia Ke-8 atau berterusan dengan itu, kita akan mempunyai cukup bekalan elektrik untuk kegunaan tenaga kita bahkan baru-baru ini dalam beberapa bulan yang lalu, kerajaan telah meluluskan pertambahan tiga lagi syarikat untuk menambahkan keupayaan penjanaan mereka untuk kita meyakinkan bahawa dalam tahu:i 2002, kita akan juga mempunyai bekalan elektrik yang cukup bagi kegunaa:i industri dan bagi pengguna-pengguna yang lain di negara kita ini. Jadi, sukalah saya memberi jaminan di sini bahawa kita yakin dan tidak perlu bimbang dari segi kedudukan dan kecukupan bekalan elektrik di negara kita ini.

ltu sahaja saya fikir yang saya perlu jelaskan, Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya tidak memberi jawapan satu persatu khususnya dari apa yang disuarakan oleh Dato' Abdul Aziz sebentar tadi, namun demikian, kita akan

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

48 DN.21.12.2000

mengambil perhatian. Misalannya memanglah polisi untuk diversified generation fuel kita, kita tidak boleh bergantung dari satu fuel sahaja, kita hendak memperkenalkan sekarang bukan sahaja Four Fuel Policy dengan izin, tetapi Five Fuel Policy. Yang kelimanya ialah energy efficiency dan renewal energy khususnya tertumpu kepada kegunaan biomass dan sebagainya yang kita bercadang pada tahun 2005, kira-kira 5% dari segi penjanaan kuasa akan dihasilkan dari renewal energy khususnya kegunaan biomass.

Dari segi kos dan sebagainya juga, kita sedar bahawa kalau dibandingkan harga gas pasaran sekarang, memanglah jauh tinggi dari harga gas yang dibeli oleh penjanaan kuasa. Kalaulah penjanaan kuasa, kalaulah Petronas menjualkan gas dengan harga pasaran, sudah tentu harga untuk dijual kepada TNB dan IPP lebih jauh dari RM6.40.

Kemungkinan saya tidak tahu, kemungkinan kalau kita lihat dari segi bandingan harga minyak di pasaran dunia, kemungkinan dalam lingkungan RM17 per milion BTU. Bermakna kerajaan menerusi Petronas sekarang memberi sokongan dan subsidi yang tinggi dari segi harga penjanaan kuasa di negara kita ini. Tujuannya untuk menentukan bahawa harga elektrik ialah dalam angka dan paras yang boleh kita terima dan boleh kita bangunkan. Walaupun demikian, bilakah Petronas, berapa lamakah Petronas atau kerajaan dapat menampung jumlah suatu subsidi yang amat tinggi ini sekali, saya harap kita harus juga fikirkan dan mungkin soalan ini akan timbul dalam masa akan datang. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan itu sahaja jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jaw;:tankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 41 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG AKAUNTAN (PINDAAN) 2000

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.28 petang

. .!imbalan Menteri Kementerian Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bm HaJ• Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mahu mencadangkan satu rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Akauntan 1967 dibacakan kali yang ked·Ja sekarang.

Akta Akauntan 1967 (Akta 94) telah menerima perkenan Diraja pada 30 September 1967. Akta ini digubal untuk mewujudkan lnstitut Akauntan Malay~ia (IAM) bagi pe.ndaftaran, pengawalan, pengawasan dan penggalak profesron perakaunan d1 negara ini. Akta ini belum pernah dipinda. lnstitut

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 49

Akauntan Malaysia (IAM) adalah satu badan yang mengawal, mengawas dan menggalak perkembangan profesion perakaunan di negara ini.

Bagi melaksanakan fungsi tersebut dengan lebih berkesan,. Majlis IAM perlu disusun semula untuk memantapkan strukturnya. Ahli-ahli Majlis perlu dipilih dan dilantik dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang yang berkaitan termasuk dari industri perniagaan dan juga pendidikan. Akauntan profesional adalah diiktiraf di bawah Akta Akauntan 1967 (Akta 94). Terdapat ramai graduan perakaunan dari luar dan dalam negara yang tidak dapat didaftarkan sebagai akauntan profesional kerana kelayakan mereka tidak diiktiraf di bawah Akta Akauntan 1967.

Dengan itu, IAM perlu membuat perancangan dan tindakan yang berkesan bagi membolehkan graduan tersebut diiktiraf sebagai akauntan profesional. Keperluan terhadap profesion akauntan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta adalah mendesak. Dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang pe5at masa kini, bilangan akauntan profesional juga perlu dipertingkatkan di sektor swasta dan sektor awam selaras dengan pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akauntan 1967 (Pindaan 2000) mengandungi 30 Fasal. Antara lain bertujuan :

(i} untuk memberi beberapa definisi baru kepada beberapa takrifan yang digunakan di dalam akta untuk memberi tafsiran yang lebih jelas kepada peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut;

(ii} menjelaskan peranan dan fungsi lnstitut Akauntan Malaysia (IAM} dalam usaha mempertingkatkan dan menyelaraskan profesion perakaunan;

(iii} mengadakan Peperiksaan Kelayakan lnstitut Akauntan Malaysia, Malaysian Institute of Accountant Qualifying Examination bagi membolehkan graduan perakaunan yang mana kelayakan mereka diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi tidak diiktiraf oleh (IAM} mendaftar sebagai ahli;

(iv} Mengubah struktur dan komposisi serta menambah bilangan ahli Majlis dari 15 orang kepada maksimum 30 orang. Ahli Majlis adalah terdiri daripada ahli yang dilantik dan dipilih di mana Menteri Kewangan diberi kuasa untuk melantik ahli Majlis.

(v} Mewujudkan gelaran chartered accountant dengan tujuan untuk menyelaras profesional accountant di negara ini di mana gelaran chartered accountant telah sedia dikenali di peringkat antarabangsa.

(vi} Menyelaras tempoh pengalaman sebagai syarat pendaftaran untuk menjadi ahli IAM.

(vii} Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada associate member.

(viii) Meluaskan kelayakan sebagai license accountant kepada ahli Mala~1sian Society of Accountant.

(ix) Menubuhkan Disciplinary Appeal Board bagi menimbang dan memutuskan rayuan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh disciplinary committee.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

50

(x)

(xi)

DN.21.12.2000

Menaikkan denda kes penipuan bagi tujuan pencegahan penipuan.

Menyediakan peruntukan untuk membolehkan ahli mengiklankan perkhidmatannya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini akan menjadikan struktur Majlis lnstitut Akauntan Malaysia lebih mantap dengan komposisi ahlinya yang terdiri dari mereka yang dipilih dan dilantik yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan di pelbagai sektor dan bidang. Struktur baru ini membolehkan institut mempergiatkan usaha-usaha perkembangan dan peningkatan kecemerlangan akauntan selaras dengan perkembangan ekonomi negara. lnstitut Akauntan Malaysia memainkan peranan penting dalam mempercepatkan dan meningkatkan bilangan akauntan profesional dengan mengadakan Malaysian Institute of Accountants Qualifying Examination dan program Amnesty.

Graduan-graduan yang mem~.unyai kelayakan yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tidak diiktiraf oleh IAM boleh mendaftar menjadi ahli. Penggunaan satu gelaran chartered accountant akan memupuk semangat kekitaan di kalangan ahli IAM, tambahan pula gelaran ini telah terkenal dan melambangkan kecemerlangan profesionalisme perakaunan.

Tuan Yang di-Pertua, melalui usaha pengembangan dan peningkatan kecemerlangan akauntan meluaskan penyertaan keahlian kepada semua pihak yang berkepentingan dalam bidang perakaunan dalam komposisi Majlis IAM, peningkatan denda terhadap aktiviti salah laku dan penyelewengan akan membantu usaha kerajaan untuk menangani kegawatan ekonomi negara serta merancakkan pemulihan ekonomi melalui pemantapan ke atas etika korporat governance dalam sektor swasta dan awam. Pindaan akta yang dicadangkan tidak melibatkan sebarang implikasi peruntukan kewangan kepada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr. Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahti Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Akauntan 1967 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Datuk Ghazi.

3.34 petang

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang mengenai meminda Akta Akauntan 1967.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana membuat pembentangan yang begitu jelas, tersusun dan baik. Sudah sampai masanya kita memberi pengiktirafan yang lebih kepada kaum profesional dan menggalakkan rakyat kita, pelajar-pelajar universiti yang layak untuk mendapat kelulusan profesional kerana dalam dunia kita menghadapi beberapa cabaran, segala usaha ke arah peningkatan tahap profesionalisme adalah amat menggalakkan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tid<ik salah dengar saya tadi di peringkat akhir pembentangan Yang Berhormat Timbalan Menteri beliau mengatakan bahawa di antara tujuannya membuat pindaan ini ialah juga untuk membolehkan MIA atau anggota chartered accountant ini boleh membuat iklan

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 51

kecuali kalau saya salah dengar, di peringkat hujung tadi. Saya ingin mendapat penerangan yang jelas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah sebenarnya membolehkan kumpulan profesional chartered accountant ini boleh membuat iklan ataupun saya salah dengar. · Sebab kalaulah boleh, nampaknya ia tidak begitu selaras dan setimbang dengan badan-badan profesionalisme yang lain yang sebenarnya menghalang daripada membuat pengalaman dari segi menawarkan perkhidmatan. Contoh yang nyata ialah profesionalisme kedoktoran. Jadi saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat penjelasan sedikit.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan Seksyen 17, muka surat 9 atas akta rang undang-undang ini dalam Bab IV disebut dengan izin, "Subject to section 23, any person who is registered as an associate member shall, so long as he is so registered, describe himself as an "Associate Member", and may use the letters "A.M.(M)" after his name." A.M. ini saya faham Associate Member. Bracket (M) ertinya Malaysia. Tetapi ini pada saya adalah terlalu agak am. Associate Member kepada badan induk apa? Mungkin yang lebih sesuai kalau dapat dipertimbangkan A.M. itu patut A.M.(MIA). Jadi kita tahu sepintas lalu Associate Member kepada badan induk Malaysian Institute Of Accountants. Mungkin ini dapat diberi penjelasan kalau saya salah dari segi pentakrifan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai pindaan Seksyen 19 yang bercakap tentang kewujudan Investigation Committee and Disciplinary Committee dan juga Disciplinary Appeal Board. Pada saya ketiga-tiga badan ini hendaklah independent, bebas, mutually exclusive, independent di antara satu dengan yang lain. Tetapi terdapat keraguan di sini apabila kita bercakap tentang pindaan Seksyen 21 Bab II. Dikatakan di sini, saya baca di sini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. "When the Disciplinary Appeal Board considers an appeal made under subsection (1), any member of the Investigation Committee who conducted the investigation into the complaint against the member who is making the appeal, or any member of the Disciplinary Committee against whose decision the appeal is made shall not be present or in any way participate in any proceedings related to that appeal".

Saya faham dari segi disciplinary committee kalau ahli yang itu sebenarnya tidak dapat hadir. Tetapi kalaulah setelah daripada mengikut fahaman saya, selepas kita melalui proses Investigation Committee, penyelidikan, kemudian naik pada tahap Disciplinary Committee, kemudian kalau tidak puas hati barulah pergi kepada Disciplinary Appeal Board yang terakhir mengikut susunan begitu. Tetapi susunan ini nampak timbul sedikit keraguan kalaulah dapat diperjelaskan balik oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Lagi pula mengenai Investigation Committee umpamanya tidak jelas dalam rang undang-undang ini tentang set procedures, langkah­langkah tertentu untuk membuat penyelidikan. Untuk mewujudkan keadilan yang semaksimum mungkin adalah elok dan baik kalau sekiranya langkah­langkah peraturan tatacara untuk menjalankan penyelidikan itu diperjelaskan supaya tidak timbul masalah, kemudian tidak timbul pula hendak dibawa kepada Disciplinary Appeal Board.

Seperkara lagi, Tuan Yang di-Pertua, yang saya kurang faham di sini terdapat juga dimasukkan tentang di antara Disciplinary Committee dengan langkah Disciplinary Appeal Board ada pula ruang saya nampak yang menyebut tentang bab ini boleh dibawa ke mahkamah. Pada pandangan saya kita tidak bawa benda-benda ini ke mahkamah sehingga proses appeal terakhir dalam MIA ini telah pun habis. Prosesnya dalam MIA ertinya ada penyelidikan, ada disciplinary committee, kemudian pergi kepada appeal board yang terakhir. Kalau sudah tidak puas hati barulah bawa pergi ke mahkamah. Tetapi dari segi pembentangan yang saya dapat baca di sini saya nampak di

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

52 DN.21.12.2000

celah-celah itu pun sudah boleh bawa pergi ke mahkamah. lni pada saya menimbulkan masalah. Kita pernah melihat dalam parti politik umpamanya kalau sudah ada pertubuhan, kalau di tengah jalan sudah boleh bawa ke mahkamah, ini menimbulkan terlalu banyak masalah dan saya rasa lebih-lebih lagi kalau badan-badan profesional yang kita galakkan peningkatan tahap profesionalisme lebihlah elok kalau kita elakkan kemungkinan berlaku masalah yang sedemikian.

· Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya hendak bangkitkan yang saya amat bersetuju ialah tentang pindaan Seksyen 26 umpamanya yang meminda dari segi kewangan yang RM1,000 sudah tukar kepada RM10,000 dan RM2,000 kepada RM20,000. Pada saya ini amat bersesuaian dan mencerminkan perubahan masa yang bersesuaian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada perkara 27 dalam pembentangan beliau iaitu dalam Third Schedule khususnya, Seksyen 15(a), Part I, disenaraikan universiti-universiti tempatan - Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM}, Universiti Teknologi MARA (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya tidak nampak satu lagi yang terkini tercanggih dan berpusatkan k­knowledge base yang sebenarnya iaitu Universiti Multimedia. Saya ingin cadangkan supaya mengapa tidak Universiti Multimedia yang agak kita rasa megah kerana inilah pertama kali dunia melihat Universiti Multimedia yang terletak di tengah-tengah MSC. Saya rasa pengiktirafan Universiti Multimedia sebagai universiti unggul dalam bidang multimedia hendaklah diberi penekanan. Malah di sinilah ruangnya yang saya sebut, saya pernah bercakap dalam Dewan yang mulia ini mengenai Universiti Multimedia yang ada kaitannya dengan bentuk jenis perakaunan yang kita sedia.

Saya ingin menekankan sekali lagi supaya menguatkan lagi hujah mengapa Universiti Multimedia patut diberi penghormatan dan dimasukkan dalam senarai. Sebabnya Universiti Multimedialah yang kita harap akan membawa sesuatu pembaharuan dalam bidang perakaunan. Umum mengetahui bahawa bentuk kita menzahirkan akaun balance sheet, profit and lose account, cash flow dan sebagainya yang diamalkan oleh semua syarikat termasuk yang disenaraikan adalah berlandaskan format atau jenis bentuk yang 200, 300 tahun lamanya sesuai dengan pendekatan mengenal pasti intellectual property sebagai capital intelek.

Pernah saya cadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya Universiti Multimedia menjadi universiti pertama membuat kajian supaya dirombak semula bentuk kita menyediakan financial statement profit and lose, balance sheet, cash flownya kerana kita patut memberi penilaian pengkhususan kepada intellectual property yang dipunyai oleh seseorang individu. Setiap individu mempunyai modal otaknya sebab kita kata k-ekonomi bukan muscle power tetapi brain power, otak power, kuasa tenaga minda daripada kuasa tenaga badan, kuat (might}. Oleh kerana itu selaraslah kalau sekiranya dalam semua bentuk perakaunan kita benda ini terpancar melalui umpamanya diberi penilaian yang khusus kepada intellectual capital ataupun modal intelek yang saya sebutkan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak menyimpulkan bahawa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan mengenai pindaan Akta Akauntan 1967 ini amat bertepatan dan bersesuaian pada masa dan saya harap perkara­perkara yang menumpukan kepada ilmu, intellectual capital patut diberi perhatian kerana bila benda ini diluluskan dalam tahun 2000, tahun yang kita baru luluskan Belanjawan 2001 berteraskan ilmu maka kita patut selaraskan, consistentkan, pancarkan consistency, dengan izin, dari segi pendekatan

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 53

kerajaan memberi penekanan kepada benda-benda yang selaras dengan k­ekonomi itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sekian pembentangan saya .dan saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Aziz.

3.45 petang

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut ingin menyokong Akta Akauntan (Pindaan) 2000. Saya ingin menarik perhatian kerajaan, sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, banyak profesion bagi bumiputera telah jauh meningkat kerana dahulunya, sebelum tahun 19·11, kebanyakan profesion bagi bumiputera kurang daripada 10%, baik jurutera, akauntan, peguam, jurubina, juruukur, kebanyakannya kurang daripada 10%. Tetapi sekarang, tahun 2000, Tuan Yang di-Pertua, semua meningkat lebih daripada 30%. Hanya profesion akauntan sahaja yang masih kurang daripade 20%.

Jadi, Malaysian Institute of Accountant (MIA} ini telah ditubuhkan dan diberi tanggungjawab yang amat berat bagi melahirkan ramai akauntan termasuk akauntan bumiputera dan akauntan merupakan nadi di dalam apa syarikat sekalipun kerana ianya boleh menganalisa menerusi perakaunan, boleh menganalisa data-data satu-satu syarikat dan membuatkan terjemahannya dari segi corak struktur strategi yang hendak dibawa dan dibuat. Kesihatan sebuah syarikat, dia macam doktor, akauntan ini macam doktor syarikat. Dia boleh tengok dari segi aset, liabiliti, profit and loss, semuanya boleh dikaji berbagai nisbah dan ratio di situ.

Saya perhatikan lnstitut Akauntan Malaysia mengikut laporan sehingga 30 September 1999, hanya 13, 111 sahaja. Pada mulanya, pada 1987 bila dia buat, 4,301 dan daripada 13, 111, akauntan awam - 4,498, akauntan berdaftar - 8,571, akauntan berlesen - 34 dan akauntan yang bersekutu - 8, jumlahnya semua 13, 111, amat kecil sekali. Saya berharap Kementerian Kewangan mencari jalan bagaimana Malaysian Institute of Accountant di mana anggota majlisnya terdiri daripada accountant general, Presiden MIA ada, Majlis Akauntan Malaysia ini, boleh berusaha rapat dengan Kementerian Pendidikan, bukan sahaja menentukan kurikulum universiti-universiti yang tersenarai dalam Jadual I tetapi mengembangkan lagi seperti yang disebut oleh sahabat saya Datuk Ghazi tadi untuk merangkumi semua universiti.

Janganlah universiti yang di dalam ja_dual itu sahaja. Semua universiti. Kita sudah banyak universiti. lni hanya a sampai f, enam buah universiti sahaja. Kita sudah ada lebih 13 buah universiti. Saya tidak bilang, termasuk universiti swasta di negara kita ini. Kalau ini masalah kita, tidak cukup akauntan di negara kita ini kerana saya diberitahu kita memerlukan sekurang­kurangnya 65,000 akauntan pada tahun 2020. Tidak lama sudah 2020 ini. Jadi, apakah matlamat kerajaan dari segi pengisian jawatan akauntan ini, berapa ramai yang diperlukan pada tahun 2001, 2002, 2003, 2004, saya hendak tahu berasaskan keperluan yang dituntut oleh kerajaan sendiri yang banyak menggunakan akauntan juga dan juga swasta, syarikat-syarikat yang berkembang.

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok majikan-majikan syarikat antarabangsa dan tempatan yang berkembang dan semuanya meningkat. Banyak syarikat, banyak akauntan yang diperlukan kerana mereka ini berdaftar menerusi MIA dan bertanggungjawab. Nama akauntan itu tidak boleh digunakan sewenang-wenang kecuali kepada mereka yang didaftarkan dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA). Jadi, nampaknya kita kecewa. Setakat ini, jumlah akauntan di negara kita amatlah kecil.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

54 DN.21.12.2000

Saya minta pihak kerajaan buat satu siasatan. Dalam s~tu bidang accountancy yang dipanggil ACCA, Associate Certified Account d1 UK, saya tengok dalam surat khabar baru-baru ini, daripada 349 orang pelajar ya~g menerima ijazah konvokesyen ke-19 di Sunway Piramid, hanyalah 18 sahaJa graduan Melayu atau 5% untuk ACCA Saya hendak tahu pecahan daripada pihak kementerian, berapa ramai akauntan bumiputera sekarang ini yang berdaftar dengan MIA dan MACPA (Malaysian Association Certified Public Accountant) dan apakah matlamat kita untuk hendak meramaikan akauntan bumiputera sejajar dengan yang kita asyik laung-laungkan, sekurang­kurangnya 30% ekuiti syarikat-syarikat bumiputera tetapi mereka tidak menganggotai satu profesion yang begitu penting di dalam syarikat-syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, kepada bab-bab tertentu ini, saya hendak menarik perhatian pihak kementerian. Saya perhatikan dari segi kelulusan pun, yang dinyatakan di sini tidak berapa sama. Semua dalam Jadual I, Seksyen 14 dan 15, Part I, First Schedule; (a) The final examination of the University of Malaya for the Diploma Perakaunan (Diploma in Accounting). Padahal universiti-universi1 'ain, semuanya Degree of Bachelor of Accounting untuk University of Malaya. Saya tidak faham ada dua pada Universiti Malaya mt. Diploma Perakaunan pun diiktiraf, Sarjana Perakaunan (Degree of Bachelor of Accounting) pun diiktiraf. Universiti yang lain, semuanya satu, semuanya ijazah.

Jadi, kalau di Universiti Teknologi MARA, Sarjana Muda Perakaunan (Degree of Bachelor of Accounting) juga. Jadi, macam mana pula Diploma Perakaunan Universiti Malaya turut diiktiraf.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mengikut Peraturan 6(1 ), sekarang saya menjemput Yang Berhormat Datuk Long Jidin untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat.

[Datuk Long bin Jidin mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Long bin Jidin: Silakan Yang Berhormat Dato' Aziz.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di­Pertua. Sya hendak tanya sedikit, bagaimana Diploma Perakaunan Universiti Malaya boleh diiktiraf sejajar dengan ijazah-ijazah yang dikeluarkan sendiri oleh Universiti Malaysia, Degree of Bachelor of Accounting untuk tujuan akta ini. Jadi, saya rasa ini mungkin mengelirukan sedikit. Mungkin mereka yang mendapat diploma ini sudah mendapat ijazah tetapi soalnya Diploma Perakaunan ini sudah ada wujud Degree of Bachelor of Accounting, tidak perlu saya rasa dimasukkan dalam senarai ini.

Kalau kita tengok di Universiti Teknologi MARA, dia kata Advanced Accounting Diploma. ltu bagus sedikit. lni diploma sahaja, bukan advanced pun. Kita tidak dengar perkataan advanced. Jadi, kalau tidak tukar Diploma Perakaunan dengan nama yang lain, saya rasa tidak perlu nama ini dimasukkan dalam senarai ini kerana ianya mengelirukan.

Yang keduanya, apa sebab, saya tidak faham kenapa kita kena tukar "association of' kepada "chartered". Australian society kepada certified practicing dan sebagainya. Saya tidak faham dan tidak mengerti kenapa perlunya pertukaran ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di UK Wales dengan Ireland, dia disebut chartered accountant kerana dia menerima royal charter daripada Queen dia. ltu sebab dia panggil chartered. Dia diberi tauliah oleh Queen Elizabeth the Second. Kalau dahulunya, King. Baru dipanggil chartered -chartered secretary, chartered accountant, dia ada satu skim. Jadi, kita ini n:iinta pada siapa ~erkataan chartered ini? Takkan tiru sahaja. Dia ada s1mbohk dan cara d1a. Saya ingat elok sangat, MIA - Malaysia Institute of

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 55

Accountant, MACPA - Malaysian Association Certified Public Accountant. Amerika pun begitu juga, ada CPA. Di Australian pun ada CPA. CPA Malaysia pun cukuplah atau MIA(AM) - Associate Member, (FM) - Fellow Member. lni fellow pun tidak ada sebut. Maknanya kita disingkatkah associate sahaja. Fellowship pun tidak ada disebutnya. FAM or F(MIA). [Ketawa]

Datuk Long bin Jidin: Dato', sila.

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: FAM ini Persatuan Bola Sepak. Kita jangan keliru dengan tanggungjawab kita dalam Persatuan Bola Sepak. [Ketawa] Terima kasih Dato'. Saya takut rakan saya dalam bulan puasa ini dan hari yang terakhir, dia agak terkeluar, teringat bola sepak ltali, khususnya.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih Datuk. Fellowship pun tidak ada. Maknanya kita dari segi akta ini, vision nya tidak sampai ke fellowship. Vision dia ·hanya sampai ke tahap associate sahaja. lni lemah fikiran saya sebab saya ingat kita ini ada Wawasan 2020. Jadi, akta ini mesti sepatutnya lebih luas dari segi vision dia.

Jadi, kalau saya hendak cadangkan perkataan chartered ini amat sedih kerana kita pakai tiru sahaja cara England. lni ada kolonial implikasi sedikit. Kawan chartered, kita chartered. Significant nya lain. Di sana dia ada tauliah, royal charter, diberi tauliah oleh Queen Elizabeth. Begitu juga di Australia. Negara-negara Komanwel ini dahulu, Tuan Yang di-Pertua, ianya bertumpu dan menengokkan Queen itu atas segalanya. Jadi, bila dapat chartered ini, seronok sedikit.

Jadi, saya minta kita hendak tanya kenapa kita juga menggunakan chartered. Adakah kita ini masih lagi teringat-ingat dengan kegemilangan kuasa Kolonia! di England atau terbawa-bawa secara demikian atau apa? Saya tidak faham kerana CPA itu sudah molek sangat. Cantik, indah dan cukup lengkap.

Tuan Yang di-Pertua, akauntan juga sangat perlu sekarang ini kerana seperti yang disebutkan oleh Timbalan Menteri, etika good governance atau etika corporate governance ini. Kita sudah ada Jawatankuasa Etika. Sahabat kita Dato' Megat Najmuddin menjadi pengerusinya, menjalankan kerjanya dengan baik kerana kalau kita hendak bersaing di peringkat global, kita perlu syarikat-syarikat ini setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa untuk mensetandingkan syarikat-syarikat ini dengan syarikat-syarikat antarabangsa,

perkara pertama yang ditengok oleh pelabur-pelabur antarabangsa ialah bagaimana hebatnya akauntan di negara itu yang membuatkan laporan tahunan, mengaudit syarikat-syarikat itu. Kalau dia 'cincai' sahaja, mohon izin, tidak begitu beria sangat membuat kerja, jadi tidak ada ketelusan, tidak ada piawaian accounting standard di peringkat antarabangsa ini, orang tidak tengok dia tidak pelik, dia tidak risau, dia tidak mahu melabur. Dia kata syarikat ini entah siapa yang buat akaun dia, tidak serupa dan tidak sama prinsip-prinsip accounting di Australia dan Amerika.

Sekarang ini ada International Accounting Standard Board (IASB). Dia mengeluarkan berbagai-bagai arahan dan prinsip dan apa yang kita buat sekarang di seluruh dunia. Jadi, Esso di sini dengan Esso di Texas pun sama. Shell di London dengan di Kuala Lumpur, serupa dari segi accounting dia kerana kita mempunyai profesion akauntan yang hebat, bertauliah dan diiktiraf di peringkat dunia.

Sebab itu kita hantar pelajar-pelajar kita ke Australia buat chartered lah, buat CPA di sana, hantar ke UK. Amerika tidak banyak kita hantar buat CPA. Dia banyak buat MBA sahaja. Tetapi sepatutnya kita rata-ratakan, kita hantar ke seluruh tempat selain daripada mereka yang pergi ke Universiti

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

56 DN.21.12.2000

Malaya dan universiti-universiti yang lain yang disebutkan dalam senarai ini, semata-mata hendak membanyakkan lagi jumlah akauntan.

Saya hendak menyeru kepada pihak kerajaan setiap syarikat y~ng berdaftar dengan Bursa Saham Kuala Lumpur, public company ini, semuanya mesti mewujudkan jawatankuasa audit. Jawatankuasa audit ini sepatutnya bebas, tetapi diketuai oleh entah siapa. Jadi saya minta satu arahan daripada Kementerian Kewangan apabila wujud jawatankuasa audit di dalam satu-satu syarikat itu, pengerusi audit committee, jawatankuasa audit mestilah terdiri daripada akauntan yang bertauliah. ltu kita beri kerja kepada dia dan banyak juga akauntan boleh duduk dalam syarikat-syarikat yang berlainan, bukan akauntan di syarikat itu, lembaga pengarahnya, seorang daripada lembaga pengarahnya adalah terdiri daripada akauntan bertauliah dan mengizinkan hanya akauntan bertauliah menjadi pengerusi jawatankuasa audit kepada syarikat-syarikat itu, barulah ianya be.ialan dengan lebih baik, lebih telus, lebih lancar.

Pada masa yang sama sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, setiap syarikat-syarikat besar-besar ini, dia ada audit dalaman, internal audit untuk menjalankan kerja-kerja audit sebelum audit luar datang mengaudit. Audit dalamannya dia mengawasi sistem internal control, jadi sistem kawalan di dalam.

Jadi saya minta pihak kerajaan juga, supaya semua syarikat yang berdaftar dengan BSKL ini mesti mewujudkan jabatan audit dalaman seperti juga mereka ini tepaksa mewujudkan jawatankuasa audit oleh ahli-ahli lembaga pengarah. Kita juga ingin menyarankan supaya jabatan audit dalaman ini diwujudkan di setiap syarikat-syarikat maka barulah ianya dapat lebih lagi mengemaskinikan perjalanan syarikat dari segi mengikuti prinsip­prinsip perakaunan yang diiktiraf di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Kalau ini kita buat Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya syarikat-syarikat di Malaysia ini, yang telus, yang mempunyai good governance, etika yang baik, premium yang pelabur-pelabur bayar untuk melabur dalam saham-saham di negara kita ini akan menunjukkan kepercayaan mereka dan keyakinan mereka. Jadi dia tengok harga saham sini RMS, dia sudah tahu ini betul punyalah sebab syarikat-syarikat diaudit dengan baik menunjukkan prestasi yang baik, bukannya profit and loss dengan balance sheet yang selalunya di'qua/ify' oleh akauntan.

Tuan Yang di-Pertua, akauntan seluruh dunia sekarang dia bergabung, sekarang ini dalam zaman globalisasi ini penggabungan berjalan begitu rancak, sebab itu saya tanya hari itu mengapa dari segi pendekatan kita hendak meningkatkan FOi dana kewangan dari segi pelabur-pelabur asing ini, kita buat hanya secara tradisional sahaja pergi misi-misi ini. Sepatutnya kita juga menjalankan usaha menggabungkan syarikat-syarikat kita ini dengan syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat gergasi bagi menentukan kita mempunyai skala ekonomi yang bersesuaian dan juga market access, itu tujuan penggabungan ini, hendak mendapatkan access kepada pasaran dunia, pasaran yang lebih besar kerana kita mampu mencurahkan dari segi pelaburan dengan lebih luas.

Macam katakanlah Proton, sebagai contoh. Kalau Proton mengeluarkan RM200,000 unit setahun tidak memadai. Orang sekarang mengeluarkan kereta dekat 2 juta, 4 juta. Jadi penggabungan syarikat-syarikat ini dapat dibuat kalau akauntan-akauntan pemikiran dia hak di Malaysia serupa dengan akauntan-akauntan di Amerika, akauntan-akauntan di Eropah dan mereka ini serupa kerana syarikat yang sama mengaudit syarikat Price Waterhouse and Coopers Lybrand, Pitt Marwick semua ini syarikat-syarikat antarabangsa. Ramli dan Ali pun boleh juga, Ah Chong dan Muthu dan juga

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 57

Kasim pun boleh juga syarikat-syarikat tempatan kerana mereka juga ada gabungan dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

Tetapi soalnya kerana ada keantarabangsaan namanya jtu maka prestij pada nama itu menyamakan syarikat-syarikat kita dengan syarikat­syarikat antarabangsa kepada majlis yang hendak ditubuhkan ini, Majlis Akauntan ini saya perhatikan Accountant General ada, orang universiti pun ada, Presiden MIA pun ada tetapi tidak disebut Presiden MACPA. Saya hairan juga kerana presiden MACPA kita kena lebih iktiraf dari segi akta pasal badan itu badan yang bertauliah. Selepas itu perlantikan orang ramai itu saya rasa tidak tertakluk sahaja kepada akauntan tetapi di sini dia kata akauntan sahaja pasal dalam, mohon izin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya rasional menubuhkan Institute Accounting Board saya rasa dianggotai oleh orang­orang perseorangan yang di luar daripada MIA dan MACPA. Saya rasa kalau tidak silap Tan Sri Wan Azmi menjadi Pengerusinya. Badan itu saya tidak berapa faham, apa tugas yang dilantikkan badan itu bersabit dengan MIA dengan MACPA.

Kalau hendak buat teknikal Piawaian Prinsip-Prinsip Akaun Malaysia yang menyerupai antarabangsa, saya rasa itu tidak perlu terkeluar daripada MIA ataupun majlis-majlis yang ditubuhkan ataupun MACPA. Mereka ini boleh menubuhkan satu badan khas tetapi saya dapati kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa atau satu baden. lni kalau dapat satu penjelasan sedikit untuk makluman Dewan yang mulia ini apa sebenarnya tanggungjawab baden yang saya sebutkan tadi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan dengan wujudnya akta pindaan ini saya mengharapkanlah Kementerian Kewangan lebih peka tentang melahirkan ramai akauntan-akauntan bumiputera untuk hendak meningkatkan tahap ini yang sekarang ini kurang daripada 20% kepada sekurang-kurangnya 30%, adakan satu matlamat jangka masa katalah 10 tahun apa dia matlamat kita dan kerja kuatlah sikit antara MIA dengan Majlis Perakaunan, dengan universiti-universiti tempatan dan juga universiti-universiti luar yang boleh menguatkan lagi, memperbanyakkan lagi fakulti perakaunan di negara-negara kita ini. Saya menyokong.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Dr. Chin Fook Weng silakan.

4.08 petang

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang Akauntan (Pindaan) 2000 ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Akauntan Negara yang saya difahamkan baru dilantik iaitu seorang perempuan yang namanya Puan Siti Maslamah Osman. Nampaknya ini adalah satu jawatan yang tinggi yang juga disandang oleh seorang perempuan. So syabaslah kepada kaum wanita.

Saya ingin menyentuh tentang beberapa pindaan yang telah dicadangkan khasnya tentang seksyen 8 iaitu berkenaan dengan majlis institut berkenaan. Setahu saya, pada masa sekarang ada 15 orang dan 14 daripada ini telah dipilih oleh mesyuarat agung badan berkenaan dan satu terdiri daripada Ketua Akauntan Malaysia. Peratusan 14 daripada 15 orang ini ialah 93.33% tetapi dengan pindaan-p;ndaan yang dicadangkan ini sekarang majlis boleh diperbesarkan ke-30 orang yang paling maksimum dan daripada 30 orang ini hanya ada 10 orang sahaja yang akan dipilih oleh mesyuarat agung persatuan berkenaan dan ini hanya 1/3 iaitu 0.33%.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

58 DN.21.12.2000

lni adalah satu perubahan yang sangat besar dan nampaknya sama ada ini akan dipertikaikan sebagai kurang berdemokrasi kerana 20 orang yang baki itu ialah di atas perlantikan. Sebagai contoh, Hrna daripada mereka di bawah seksyen 8( 1 )(b) itu terdiri daripada lima orang dari institusi-institusi pengajian tinggi yang disenaraikan dalam Sahagian I Jadual Ketiga, iaitu UM, UKM, UiTM, UUM, UPM, UIAM. Semua ini ialah institusi-institusi kerajaan, dan daripada enam institusi ini 5 orang akan datang ke institusi ini. Presiden MACPA di bawah seksyen 8(1}(c) juga menjadi ahli, dan tiga lagi di bawah seksyen 8( 1 )( d) datang dari bad an-bad an akauntan lain yang d iakui oleh Sahagian II, Jadual Pertama. Satu daripada ahli MACPA dan 9 orang lagi semuanya akauntan yang boleh dilantik ke dalam Majlis ini. Nampaknya, adalah kemerosotan dari segi demokrasi dalam memilih ahli-ahli ke dalam Majlis ini. lni adalah satu perubahan yang sangat besar dan mungkin ada kesan yang sangat besar kepada akauntan keseluruhannya.

Saya minta bahawa apabila ini diluluskan nanti orang-orang yang betul-betul boleh menyumbang kepacla kepentingan badan ini dipilih dan bukan sahaja orang-orang yang akan ikut arahan pihak-pihak tertentu itu akan dipilih. Kalau itu tidak diikut maka ini akan melemahkan semangat satu badan yang kita ada banyak harapan supaya dapat memainkan satu peranan yang akan meningkatkan lagi imej kepada satu profesion yang begitu penting di dalam Malaysia kita.

Tentang seksyen 8(1 )(d) iaitu tiga orang daripada badan-badan akauntan yang diakui dalam Sahagian II, Jadual Pertama, pada fahaman saya tiga ini adalah dari ACCA-UK, CIMA-UK dan CPA-Australia. Pada fahaman saya juga pengerusi-pengerusi badan-badan ini semuanya sungguhpun mereka menjadi pengerusi di Malaysia, banyak daripada hal mereka juga dirujuk balik kepada badan asal mereka iaitu di UK dan di Australia, dan di badan asal mereka juga maka di sana mereka tidak mengakui satu perlantikan secara terus dalam Majlis mereka. Pada fikiran saya kenapa kita memberi satu keutamaan sedemikian kepada ketiga-tiga badan ini. Saya cadang adalah lebih baik bahawa tiga yang diperuntukkan di sini dimasukkan sepuluh yang akan dipilih oleh para ahli persatuan berkenaan. Jadi, di sana tingkat lagi tiga dan dari segi memberi imej itu mungkin adalah lebih baik.

Saya juga ingin menyentuh tentang pemilihan presiden dan naib presiden. Di bawah seksyen 8(4) itu ada disebutkan bahawa Presiden dan Naib Presiden Majlis lnstitut ini akan dipilih dengan satu majoriti. Kalau kita ada 30 orang dalam badan yang memilih ini, apa akan berlaku kalau semua undi itu seri. Katakan ada dua calon, satu orang dapat 15, satu lagi dapat 15. Saya baca nampaknya tidak ada peruntukan untuk mengawasi satu situasi sedemikian. Apa akan terjadi kalau dalam pilihan presiden dan naib presiden nanti keadaan seri itu berlaku. Siapa ada hak membuat penentuan kemudian.

Di bawah 8(5) itu di mana wujudnya kekosongan dalam jawatan presiden dan naib presiden, katakan presiden itu letak jawatan dan sebagainya, adalah diperuntukkan bahawa satu pemilihan untuk satu tempoh selama dua tahun itu boleh diadakan, iaitu satu pilihan untuk satu tempoh baru dua tahun. Kenapa pilihan itu tidak menyambungkan sehingga akhir tempoh berkenaan. Kenapa satu tempoh baru dua tahun. Kalau ini berlaku, katakan seorang itu sudah menyandang masa satu tahun, kemudian dipilih untuk dua tahun sebagai presiden. Mungkin sampai satu tahun lagi semua ahli baru itu datang dan ahli baru ini sekarang sama ada dia akan mengakui orang ini sebagai presiden untuk satu tahun lagi atau orang yang baru itu boleh pilih satu orang presiden baru. Kerana dari segi seksyen ini pemilihan untuk kekosongan itu ialah untuk satu tempoh baru dua tahun. Saya dapati ini ada ~~dikit kemusykilan dan saya harap satu jawapan dapat diberi kepada perkara 1n1. "

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 59

Saya juga ingin menyentuh tentang perkara-perkara tatatertib. Pada pendapat saya perkara tatatertib untuk sesuatu badan profesional itu sangat penting. Pada pengalaman saya apabila sesuatu perkara tatatertib dirujuk kepada kawan serakan biasanya ada masalah dari segi mengambil tindakan. Dalam kes-kes tertentu yang dirujuk kepada saya, saya tahu apabila sesuatu bangunan di Pulau Pinang itu runtuh dan bila kita hendak tubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada arkitek, siapa pun enggan menjadi anggota dalam jawatankuasa penyiasatan itu, kerana mereka bimbang kalau mereka ambil berat tentang arkitek, mungkin dari segi prinsip mereka tidak setuju tetapi untuk membantu rakan mereka, mereka kena buat sesuatu. Jadi, dari segi jawatankuasa penyiasatan sungguhpun ditingkatkan ahlinya daripada tiga hingga ke lima orang, saya dapati pada masa sekarang sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan boleh merujuk kepada mahkamah. Ada ruang kepada mereka untuk merujuk kepada mahkamah. Tetapi dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan itu, maka keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

Di bawah Seksyen 21(4) ada disebut the decision is final. Kalau demikian, nampaknya hanya profesion sendiri akan mengawasi ahli-ahlinya sama ada ini akan meyakinkan orang ramai, pada pendapat saya biasanya bila badan-badan sama ada peguam, doktor perubatan, akauntan, apabila badan-badan sendiri diperlukan mengambil tindakan, selalunya adalah sukar bagi mereka menetapkan sesuatu yang akan menjejaskan kepentingan kawan-kawan mereka.

Adalah lebih baik kalau fasal ini dirujukkan kepada mahkamah sebagai satu badan yang akhir sekiranya tidak ada kepuasan dalam sesuatu keputusan yang dibuat tentang hal-hal tatatertib. Keyakinan negara-negara maju dan lain-lain negara, kalau perkara audit dan perkara akaun ini tidak dikawal dengan baik, maka keyakinan itu mungkin tidak ada dan tidak akan wujud.

Jadi, adalah lebih baik kalau peruntukan untuk rujukan kepada mahkamah sekiranya tidak ada kepuasan dalam keputusan tatatertib ini masih dikekalkan dan jangan dikeluarkan.

Saya juga ingin menyentuh tentang apa yang disebut oleh rakan saya tadi Yang Berhormat Dato' Ghazi tentang pengiklanan. Seksyen 18A itu membenarkan profesion ini membuat pengiklanan tetapi kena menurut undang-undang kecil yang dibuat oleh majlis. Jadi, apa yang mustahak di sini mengikut banyak profesion peguam, perubatan dan sebagainya, pengiklanan menjadi satu isu yang sensitif dan biasanya apa yang mereka ingin iklan mungkin mereka kena hantar ini kepada badan dan badan sendiri akan mengeluarkan satu iklan. Sama ada dalam membuat undang-undang kecil, majlis ini juga akan mengikut amalan-amalan oleh badan-badan yang mengamalkan perkara ini ataupun ia akan membuat undang-undang kecil sendiri yang tidak akan berasaskan kepada amalan yang ada sekarang.

Saya minta perhatian ini diberi oleh kerana membawa Seksyen 18A ini undang-undang kecil ini akan diperbuat oleh majlis dan majlis sendiri akan menetapkan bagaimana pengiklanan itu boleh diadakan.

Saya juga ingin menyentuh akhir sekali Seksyen 16A di mana ada peruntukan bagi mereka yang dilantik sebagai ahli bersekutu. lni adalah satu kebaikan kepada profesion yang biasanya orang-orang yang di bawah peruntukan ini adalah orang yang mengamalkan kerja-kerja perakaunan tetapi tidak mempunyai pengiktirafan akademik atau sebagainya dan dengan mengadakan Seksyen 16A ini, maka golongan ini akan menjaga supaya mereka dapat teruskan dengan kerja mereka tanpa ada dislokasi dan tanpa ada masalah.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

60 DN.21.12.2000

Dengan kata-kata demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Yang Berhormat, dimi.nta Timbalan Menteri Kewangan menjawab.

4.25 petang

Dato' Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam akta ini. Yang Berhormat Dato' Ghazi, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz dan juga Yang Berhormat Dato' Dr. Chin.

Seperti mana yang saya katakan tadi pindaan akta ini, lnstitut Akauntan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pengiktirafan kelayakan akauntan melaksanakan usaha-usaha perkembangan, peningkatan dan kecemerlangan profesion akauntan supaya lebih berkesan dan menjadikan profesion akauntan satu profesion yang dinamik dan sentiasa maju untuk memenuhi keperluan negara dalam menjayakan dasar dan polisi kerajaan dengan penuh komitmen.

Yang Berhormat Dato' Ghazi dan juga Yang Berhormat Dato' Dr. Chin telah membangkitkan masalah pengiklanan, kalau profesion-profesion yang lain tidak ada pengiklanan kenapa pule- profesion ini mempunyai pengiklanan. Pengiklanan oleh anggota-anggota tertentu dibenarkan oleh MIA seperti mana yang dikata oleh Dato' Dr. Chin tadi ialah undang-undang kecil yang dibuat untuk Majlis mengikut Seksyen 1 BA akta ini dan kita berharap nanti Seksyen 1 BA akta ini akan dapat memberikan spesifikasi yang tidak mempunyai competitiveness competition yang boleh menjangkitkan.

Mengenai associate member - AM (M), 'm 'digunakan kerana AIM adalah badan perakaunan yang tunggal di Malaysia, tetapi komen Yang Berhormat Dato' Ghazi itu pun saya termakan juga dan kita akan mengambil perhatian tentang perkara ini.

Mengenai Universiti Multimedia yang tidak dimasukkan dalam Jadual 3, graduan bagi universiti ini belum dikeluarkan lagi dan walau bagaimanapun, proses pengiktirafan akan dijalankan oleh MIA dan apabila ada graduan­graduan daripada universiti-universiti tempatan kita pun hendak mewujudkan lagi empat kolej universiti dan kita akan masukkan kemudian.

Yang Berhormat Dato' Ghazi juga telah menyatakan bahawa ketiga­tiga jawatankuasa rayuan hendaklah terbatas, bebas antara satu sama lain dan kalau kita lihat daripada seksyen inf kita ada jawatankuasa tatatertib dan di bawah jawatankuasa tatatertib ialah Lembaga Rayuan Tatatertib.

Jawatankuasa siasatan juga diwujudkan untuk menjalankan siasatan mengenai aduan dan anggota yang membuat rayuan. Di sini tadi, Dato' Dr. Chin mempunyai observant yang bagus, kalau misalnya jawatankuasa itu terdiri daripada orang yang sama, agak sukar juga kerana ini unsur-unsur human, kemanusiaan itu akan bercampur aduk dengan unsur-unsur profesionalisme.

Waiau bagaimanapun, sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa keputusan jawatankuasa tatatertib ini boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi tetapi oleh kerana dahulu Mahkamah Tinggi ini memakan masa yang lama, banyak que kes-kes yang banyak, jadi wujudkan pula Lembaga Rayuan Tatatertib. Dan kalau ada Lembaga Rayuan Tatatertib kita harapkan nanti sebagaimana yang dikata oleh Dato' Dr. Chin tadi, Lembaga Rayuan ini akan dapat meringkaskan, melekaskan keputusan dan keputusan itu adalah muktamad.

Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz telah pun minta memasukkan semua universiti bagi diiktiraf di bawah Akta Akauntan ini, saya telah

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

.. DN.21.12.2000 61

mengatakan bahawa memang ada usaha kerajaan untuk mengiktiraf semua universiti apabila mempunyai graduan-graduan berkelayakan dan statistik kita dewasa ini mengenai kurangnya akauntan di Malaysia, kita setakat 1 Oktober 2000 terdapat 15,207 akauntc.n yang mana 5,377 orang adalah public accountants. Daripada angka ini juga seramai 1,232 orang adalah pemegang lesen audit terdiri daripada 1,025 berbangsa Cina, 106 Melayu, 94 India dan 7 bangsa asing. Kalau saya pecahkan statistik mengenai ahli MIA ini, public accountants 5,377, registered accountants - 9,786, license accountants - 32, associate member - 12 dan jumlahnya 15,207.

Waiau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa ahli-ahli profesional yang lain tidak termasuk dalam ahli MIA ini. lni tidak betul kerana ahli MIA mengikut badan-badan profesional ACCA berjumlah 4,004 orang, CPA (Australia) - 2,861, MACPA- 2,118, CIMA - 1,386, ICAEW - 618, ICA (New Zealand) - 503, ICA (Australia) - 234, ICA (Canada) - 10, ICA (India) -21, ICA (Scotland) - 28, ICA (Ireland) -31. Dan jumlah semua yang masuk bergabung ahli MIA ini ialah 12, 184 orang.

Waiau bagaimanapun, seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz tadi, bagaimana dengan kedudukan bumiputera di dalam bidang ini, saya tidak ada bilangan di sini. Saya akan menyemaknya dan memberi jawapan secara bertulis. Waiau bagaimanapun, untuk panduan Ahli Yang Berhormat, graduan perakaunan IPTA bagi tahun 1999, UM sebanyak 200 orang; USM - 280 orang; UKM -275 orang; UPM - 298 orang; UIA - 84; Universiti Utara Malaysia - 684 dan UiTM - 841 orang.

Soalan mengenai Diploma Perakaunan Universiti Malaya diiktiraf ini tadi, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz sendiri telah pun menjawabnya bahawa sebahagian daripada penuntut-penuntut kita mengambil accounting salah satu subject di dalam degree Economic. Jadi, selepas dia mendapat ijazah, dia akan terus mengambil Diploma in Accounting bagi tahun-tahun tambahan yang berikutnya. Jadi, di sini mendapat ijazah baru mengambil diploma iaitu diploma selepas ijazah seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz tadi.

Apakah rasional menukar gelaran Accountant kepada Chartered Accountant, sama ada kita ini masih lagi berbau penjajah atau tidak. Jadi, gelaran Chartered Accountant telah sedia dikenali di peringkat antarabangsa dan melambangkan kecemerlangan profesion ini dan Chartered ini digunakan juga di India, Pakistan dan New Zealand. Walaupun seperti mana dikatakan tadi, dia punya tradisinya ialah Charter yang dianugerahkan oleh Queen.

Yang Berhormat Dato' A::>dul Aziz juga telah meminta Jawatankuasa Audit Dalaman syarikat-syarikat hendaklah diwujudkan dan saya rasakan cadangan ini bagus. Syarikat-syarikat besar kita ada Juruaudit Dalaman yang diketuai oleh Akauntan, selepas itu kita ada juga Juruaudit Luaran yang menyemak balik angka-angka yang telah pun disemak oleh Juruaudit Dalaman supaya transparensi kita dalam sesuatu penyakit itu dapat kita pulihkan dan ia akan juga menjadi satu cetusan untuk membaiki jika syarikat-syarikat itu dalam keadaan yang tenat.

Tentang gabungan firma-firma perakaunan yang kecil ini, saya rasakan ini satu cadangan yang baik oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz, begitu juga dikatakannya kalau dapat kita juga bergabung dengan strategic alliances dengan firma-firma besar di negara-negara luar untuk menambahkan kredibiliti kita. Waiau bagaimanapun, seperti mana yang dikatakan dahulu bahawa sebelum kita bergabung dengan firma-firma yang lebih besar ini supaya jangan dimakannya kita terus, kita hendaklah mempunyai daya usaha kita sendiri supaya kita dapat perteguhkan kepak kita, supaya kita dapat sama terbang, walaupun kita burung pipit tetapi kita akan sama terbang tinggi dengan burung helang.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

62 DN .21.12.2000

Mengenai rasional menubuh MASS, mengapa tidak begitu dalam jawatankuasa dalam MIA ini. Telah saya nyatakan tadi MASS adalah sebuah badan khas yang tidak terikat dengan •\11A, kadangkala ahli-ahli MIA ini ialah juruaudit syarikat dan ia mengelak daripada mempunyai interest dan · kita harapkan nanti sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Serhormat Dato' Abdul Aziz tadi bahawa perkara-perkara ini dapat kita lihat dengan lebih teliti lagi.

Mengenai seksyen 8, Majlis IAM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz dan juga oleh Yang Serhormat Dato' Dr. Chin. Komposisi pelantikan ahli Majlis MIA ialah Akauntan Negara Malaysia - 1; lnstitusi Pengajian Tinggi - 5, seperti yang dikatakan tadi; badan profesional tempatan dan cawangan tempatan - 5, ini mengikut Jadual Pertama; dan individu berkelayakan dan berpengalaman - 9. Jumlahnya 20 orang. Pemilihan mesyuarat AGM - 10. Jadi, jumlahnya 30.

Walaupun komposisi merupakan 20 orang pelantikan dan 1 O orang pemilihan, sebenarnya 15 orang pelantikan iaitu 50% dan 15 orang lagi pemilihan dan 10 daripada mesyuarat agung MIA dan 5 daripada mesyuarat agung badan profesional tempatan dan cawangan tempatan badan ini yang terus digabungkan kepada MIA tadi. Presiden MACPA dilantik kerana MACPA merupakan badan akauntan profesional tempatan yang unggul di Malaysia dan MACPA mempunyai peperiksaan yang terbaik dan boleh digunakan pengalamannya dan melaksanakan peperiksaan kelayakan MIA nanti.

Kita berharap bahawa dengan adanya akta ini kerana akta ini adalah satu badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan kita harapkan dengan adanya akta ini nanti dan penubuhan MIA ini dapat kita menjalankan tugas-tugas kita sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Serhormat Dato' Abdul Aziz tadi sebagai doktor untuk melihat angka-angka dan mencerminkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti sesuatu organisasi itu dengan lebih cekap lagi. Terima kasih.

Datuk Long bin Jidin: Ahli-ahli Yang Serhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Datuk Long bin Jidin mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 32 diperintah jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

4.39 petang

RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN SUMBEt ··:4ANUSIA BERHAD 2000

Bacaan ka!i Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya Rang undang-undang bernama suatu Akta Pembangunan Sumber Manusia Serhad 2000 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 63

Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah diwujudkan dengan tujuan untuk. melatih semula dan meningkatkan kemahiran . pekerja secara berterusan melalili pelaksanaan sistem levi atau geran di bawa Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992. Latihan semula dan peningkatan secara berterusan di kalangan pekerja-pekerja di sektor swasta adalah amat penting bagi memastikan Malaysia sentiasa mampu untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing di peringkat antarabangsa di samping menyegerakan proses pemindahan teknologi. lni juga memberi jaminan kepada pekerja-pekerja dari segi job security, dengan izin, dan job flexibility, dengan izin, dalam menghadapi proses perubahan teknologi.

Sejak Julai 1993 hingga 31 Ogas 2000 seramai 2.4 juta tempat latihan yang melibatkan geran latihan sebanyak RM776.07 juta telah diluluskan untuk membolehkan pekerja mengikuti latihan semula dan meningkatkan kemahiran. Pada amnya budaya latihan di kalangan majikan­majikan yang berdaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia adalah tinggi. Cadangan untuk mengkorporatkan Majlis Pembangunan Sumber Manusia telah pun dibangkitkan pada tahun 1996 supaya ia dapat melaksanakan aktivitinya secara private sector driven, dengan izin, dan lebih responsive kepada majikan-majikan yang berdaftar.

Tuan Yang di-Pertua, setelah diberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan tersebut mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 5 Ogas 1998 telah bersetuju supaya MPSM dikorporatkan secara keseluruhan dengan mewujudkan syarikat terhad mengikut jaminan iaitu company limited by guaranty, dengan izin, di mana satu akta baru perlu digubal iaitu Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2000 (Akta PSMB 2000). Akta PSMB 2000 ini memperuntukkan supaya satu badan kawal selia diwujudkan untuk mengawal selia aktiviti Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan juga sebagai perantara di antara Kementerian Sumber Manusia.

Pada umumnya Akta PSMB 2000 dibahagikan kepada lapan bahagian yang mempunyai 63 fasal. Daripada lapan bahagian tersebut, dua bahagian merupakan bahagian baru iaitu Sahagian V dan Sahagian VIII. Bagi bahagian-bahagian lain kebanyakan peruntukan dalam Akta Pembangunan Sumber manusia 1992 adalah dikekalkan manakala fasal-fasal baru adalah untuk menyokong pengkorporatan MPSM.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menerangkan bahagian-bahagian di dalam Akta PSMB 2000 yang dicadangkan seperti berikut:-

Bahagian I Akta PSMB 2000 mengandungi dua fasal. Fasal 1 adalah mengenai tajuk ringkas pemakaian dan permulaan kuat kuasa, manakala Fasal 2 memperuntukkan beberapa tafsiran baru.

Sahagian II pula mengandungi 1 O fasal dan 7 fasal daripadanya adalah peruntukan baru. Di antara peruntukan-peruntukan baru yang penting ialah Fasal 3 yang menyatakan tentang penubuhan perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 dan objektif perbadanan.

Fasal 5 pula memberi beberapa kuasa baru sesuai dengan pengkorporatan MPSM iaitu Fasal 5(g) hingga 5(n). Antaranya ialah memberi pinjaman atau bantuan kewangan kepada penyedia latihan dan persatuan majikan bagi tujuan pembangunan sumber manusia dan latihan semula pekerja-pekerja majikan.

Fasal 7 menyatakan penambahan jumlah ahli Lembaga daripada 16 kepada 19 orang. Penambahan bilangan ahli Lembaga ini membolehkan wakil daripada Kementerian Kewangan, wakil daripada Kementerian Sumber

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

64 DN.21.12.2000

Manusia dan Ketua Eksekutif Perbadanan difantik sebagai ahli Lembaga bagi memantapkan ketelusan PSMB.

Tuan Yang di-Pertua, Sahagian Ill mengandungi 9 fasal dan 3 daripadanya adalah fasal baru. Jumlah denda yang diperuntukkan oleh Fasal 13(2) dan Fasal 14(3) iaitu kesalahan kerana gagal untuk mendaftar dan membayar levi dalam tempoh yang ditetapkan telah ditingkatkan. Peningkatan denda ini bertujuan sebagai deterrent, dengan izin, agar majikan tidak mengambil mudah tentang pendaftran dan pembayaran levi.

Fasal 15(1) memperuntukkan majikan yang terlibat dalam sektor perkilangan mempunyai bilangan pekerja 1 O hingga 49 orang dengan modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta boleh memilih untuk mendaftar dengan majlis.

Fasal 15(2) memperuntukkan kadar levi yang dikenakan kepada majikan yang berdaftar di bawah Fasal 15(1) adalah 0.5%. lnsentif ini bertujuan untuk menarik minat majikan golongan ini untuk mendaftar dengan perbadanan.

Fasal 15(4) menyatakan jika jumlah pekerjanya meningkat sehingga 50 orang, kadar levi akan dinaikkan kepada 1 % dan Fasal 15(5) menyatakan kadar levi ini akan kekal sehingga hujung tahun, walaupun jumlah pekerja menurun semula kepada kurang daripada 50 orang. Namun begitu Fasal 5(6) memperuntukkan jika selepas tahun semasa jumlah pekerja masih lagi kurang daripada 50, kadar levi yang perlu dibayar ialah 0.5%. lni bertujuan untuk memberi keadilan kepada majikan golongan ini.

Fasal 16 memperuntukkan seorang majikan yang berdaftar dengan perbadanan tidak boleh dibatalkan pendaftarannya. Namun begitu, jika bilangan pekerja majikan kurang daripada 1 O orang untuk tempoh tiga bulan berturut-turut, majikan boleh memohon kepada perbadanan agar pendaftarannya dibatalkan.

Sekiranya bilangan pekerja majikan telah meningkat kepada 10 orang, F asal 17 ( 1 ) membolehkan maj ikan berkenaan memohon didaftarkan semula supaya ia dapat menikmati baki levi yang sedia ada sebagaimana sebelum pembatalan pendaftaran dengan syarat ia mendaftar semula dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembatalan pendaftarannya.

Fasal 18(4) pula membolehkan ahli Lembaga Perbadanan mengetepikan bayaran faedah yang tertunggak levi dalam keadaan majikan menghadapi masalah kewangan yang tenat.

Fasal 20(2) membolehkan syarikat yang belum mendaftar dengan PSMB kerana belum memulakan operasi, menerima bantuan kewangan dengan menggunakan levi syarikat induknya yang mana telah mendaftar dengan PSMB bagi tujuan melatih pekerjanya. Dengan cara ini pekerja syarikat subsidiary atau anak syarikat boleh melaksanakan tugasnya segera apabila majikan memulakan operasinya.

Tuan Yang di-Pertua, Sahagian IV mempunyai 6 fasal dan hanya 1 fasal baru. Fasal 25 membolehkan ahli Lembaga melupuskan apa-apa levi sekiranya majikan tidak menggunakan levi tersebut dalam satu tempoh yang akan ditentukan oleh Lembaga. Sebagai contoh, ahli Lembaga menetapkan levi yang dibayar mesti digunakan dalam tempoh 3 tahun. Jika seseorang majikan tidak menggunakan levinya dalam tempoh tersebut maka ia akan hilang kelayakan untuk menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan atau faedah lain daripada baki levi yang tidak dituntut dalam tempoh 3 tahun tersebut. Levi yang luput itu akan digunakan oleh perbadanan bagi membangunkan skim-skim fain yang baru untuk menggalakkan pembangunan

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 65

sumber manusia seperti pelaksanaan skim perintisan untuk lepasan sekolah sebelum memasuki pasaran buruh.

Sahagian V adalah bahagian baru yang mengandungi 11. fasal baru dan 1 fasal yang sedia ada. Di antara fasal-fasal baru yang paling penting ialah Fasal 28 yang memperuntukkan pelantikan pegawai diberi kuat kuasa yang mana salah seorang daripada mereka akan dilantik sebagai Pegawai Penjaga. Pegawai Penjaga ini akan bertanggungjawab melaksanakan tugas­tugas penyiasatan dan penguatkuasaan di atas pelakuan kesalahan di bawah Akta PSMB 2000 seperti mana yang diperuntukkan di bawah Fasal 29.

Fasal 36 membolehkan pegawai yang diberi kuasa dengan kebenaran secara bertulis daripada Menteri menggeledah dan menyita sama ada dengan waran atau tanpa waran suatu tempat kerja ketika menjalankan siasatan bagi memperoleh apa-apa bahan bukti perlakuan kesalahan di bawah Akta PSMB 2000.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 6, mengandungi lapan fasal dan lima daripadanya baru. Antara fasal yang penting ialah Fasal 40 di mana sesiapa yang membuat kenyataan tidak betul dan gagal memberi maklumat yang diperlukan oleh perbadanan, adalah satu kesalahan. lni bertujuan memastikan bahawa maklumat yang diperolehi perbadanan atau badan kawal selia adalah tepat dan terkini.

Fasal 7 mengandungi lima fasal dan satu daripadanya adalah fasal baru iaitu, Fasal 52 memboiehkan perbadanan memperoleh apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa awam atau badan berkanun mengenai seorang majikan supaya perbadanan mempunyai maklumat yang diperlukan tersebut dengan cepat dan tepat.

Sahagian VIII mengandungi 10 fasa! dan semua fasal-fasal di dalam bahagian ini adalah fasal baru.

Fasal 53 memperuntukkan pemansuhan Akta PSM 1992 dan penguatkuasaan Akta PSMB 2000 pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri.

Fasal 54, Fasal 55, 56, 57, 58 dan 59 memperuntukkan penerusan tindakan undang-undang di bawah Akta PSM 1992 iaitu, memindahkan hak, liabiliti, harta, kontrak dan penerusan tindakan undang-undang dipindahkan kepada perbadanan sebagai badan yang mengambil alih tanggungjawab MPSM.

Fasal 60, 61 dan 62 memperuntukkan pemindahan Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia daripada MPSM kepada perbadanan sebagai pemegang amanah yang baru, tawaran kepada pegawai dan kakitangan, pendaftaran majikan yang telah berdaftar dengan MPSM kepada perbadanan.

Fasal 63 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat apa-apa perintah ubah suai dalam peruntukan Akta PSMB 2000 untuk menghalang anomali bagi memastikan proses pengkorporatan MPSM berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun MPSM dikorporatkan melalui Akta PSMB 2000, dasar kerajaan iaitu menggalakkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja di sektor swasta akan terus dipertingkatkan lagi. Semua pekerja tetap MPSM akan diberi tawaran untuk berkhidmat dengan PSMB yang berkuat kuasa daripada tarikh MPSM dikorporatkan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan tidak kurang baik daripada yang dinikmati oleh mereka sekarang. Bagi mereka yang menolak tawaran ~ntuk berkhidmat dengan perkhidmatan PSMB, mereka

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

66 DN.21.12.2000

akan ditamatkan perkhidmatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pencen pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Akhir sekali, melalui pengkorporatan MPSM boleh meningkatkan keupayaan, melaksanakan aktivitinya secara private sector driven supaya ianya lebih responsive bagi menghadapi apa jua cabaran-cabaran dasar ekonomi terbuka dan juga k-ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menetapkan peruntukan bagi pengenaan dan pengangkatan levi, pembangunan sumber manusia bagi Maksud Penggalakan Latihan Pekerja. Penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang oleh perbadanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat. Datuk M. Kayveas.

4.50 petang

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyokong Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad tahun 2000. Sebelum itu, saya ingin ambit peluang ini untuk membuat sedikit ucapan oleh kerana saya adalah Ahli baru Dewan Negara yang mulia ini. Syukur ke hadrat Tuhan yang maha kuasa, dengan limpah kurnia-Nya, kita berada di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan sembah takzim saya kepada Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong Malaysia di atas perkenan Baginda terhadap pelantikan saya sebagai Ahli Dewan Negara.

Tidak ketinggalan juga saya memanjangkan rasa terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Pengerusi Barisan Nasional selaku Perdana Menteri Malaysia yang amat disanjungi di atas kepercayaan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga telah memberi saya peluang untuk menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Parti Progresif Penduduk Malaysia atau People's Progressive Party of Malaysia atau lebih dikenali sebagai PPP. Kepada kesemua Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya juga memanjangkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana sokongan Yang Berhormat di dalam perkara mengalu­alukan pelantikan saya sebagai Senator.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah saya kepada Tuan Yang di-Pertua, di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Selanjutnya ingin juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah saya kepada bekas Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara kerana telah dapat melaksanakan tugas dengan begitu berkesan dan baik sekali dan juga Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob adalah rakan keluarga saya.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli PPP yang melebihi 320,000 orang di seluruh Malaysia yang selama ini tidak pernah memberikan sokongan yang berbelah bagi kepada parti Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya memohon maaf kepada Tuan Yang di-Pertua serta Parlimen secara keseluruhannya kerana semasa pelantikan saya, lebih 800 orang Ahli-ahli PPP telah hadir di kawasan Parlimen

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 67

sebagai menyokong serta telah mengadakan rapat umum yang tidak dimaksudkan untuk menggangu-gugat persidangan ketika itu. Tuan Yang di­Pertua, saya telah tidak menjangka seramai itu akan hadir tetapi inilah hakikatnya yang menunjukkan sokongan luar jangkaan Ahli-ahli PPP seperti yang telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, saya petik dengan izin, PPP Raided Parlimen [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kali terakhir ahli parti PPP yang dilantik sebagai Senator sejumlah dua orang ialah pada tahun 1989 iaitu, 11 tahun dahulu, satu jangka masa yang lama. Oleh kerana perasaan gembira, maka Ahli-ahli PPP telah tidak sabar-sabar dengan pelantikan tersebut, maka se kumpulan Ahli­ahli PPP telah membanjiri kawasan Parlimen. Mereka datang dari jauh dan dekat untuk menyaksikan satu hari dalam sejarah PPP pada 6 Disember 2000, juga berita ini telah disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan sehari sebelum tarikh angkat sumpah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di­Pertua terhadap pakaian ahli-ahli PPP ketika menghadiri Parlimen pada hari tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya memohon maaf kerana pakaian ahli-ahli PPP pada ketika itu merupakan baju batik yang merupakan pakaian seragam parti PPP. Walaupun ahli-ahli PPP tidak memakai baju suit tetapi mereka berdisiplin dan bersopan semasa menghadiri Parlimen mahupun di dalam atau di luar Dewan Negara pada hari tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada Ahli-ahli Yang Berhorrnat Dewan, kakitangan-kakitangan Dewan, kakitangan-kakitangan kerajaan, polis, pengawal-pengawal keselamatan sama ada berada di dalam mahupun di luar Dewan dan istimewanya ucapan terima kasih saya dipanjangkan kepada Setiausaha Dewan iaitu Tuan Abdullah Abdul Wahab serta rasa terima kasih yang tidak terhingga saya kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan sebahagian daripada sekumpulan ahli PPP masuk ke dalam Dewan serta menyaksikan pelantikan saya.

Saya berjanji saya akan menumpukan sepenuh kudrat saya bagi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Sebagai seorang yang mengamalkan undang-undang sebagai profesion saya berjanji akan menjadikan sidang Dewan Negara lebih constructive di dalam perbahasan sebelum Rang Undang-undang diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, semasa di dalam pelantikan saya akan menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara di antaranya Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat berminat dengan perkara berbilang kaum, dengan izin multiracial serta cuba untuk menjadi seorang yang digelar 'orang Malaysia'. Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Senator Ratnam adalah seorang warganegara Malaysia, bila beliau ke sama ada England atau Amerika atau negeri China beliau akan digelar 'orang Malaysia' iaitu dengan izin, a Malaysian citizen, dengan izin, if we send him to India he remains a Malaysian - ia juga dipanggil sebagai warganegara Malaysia or Malaysian citizen. Tetapi apabila beliau pulang ke tanah air beliau tidak lagi digelar orang Malaysia tetapi orang yang berketurunan India, he is only become an Indian citizen dengan izin Tuan Yang di-Pertua. lnilah yang akan saya di antara lain perjuangkan. Tidak kira warna kulit atau agama kita tetap orang Malaysia walau di mana sekalipun. Tiada lagi orang Malaysia memperkatakan tentang kaum. Hanya rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak sebagai rakyat Malaysia tanpa menyentuh soal­soal sensitif, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, there is ...

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

68 DN.21.12.2000

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Point of order, Tuan Yang di­Pertua, kita ucap sudah tahniah kepada Datuk Kayveas yang dilantik sebagai Senator dan ucap tahniah di atas maiden speech tadi tetapi itu maiden speech untuk terima kasih dan sebagainya. Tetapi sekarang ini hendak masuk mencelah Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2000. Jadi point of order saya ialah topik ini sekarang bill sahajalah, akta.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Yang Berhormat Presiden Kelab Senator. Minta maaflah kalau ada sedikit, dengan izin, saya akhiri ucapan dasar. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, there is no point in preaching to be a Malaysian. We must practice being Malaysian sincerely now. ltu sahaja maksud saya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin menyatakan bahawa setiap orang di Malaysia mempunyai sebuah rumah untuk didiami serta tiga kali waktu makan secara amnya. lni sumber manusia. Saya juga berminat terhaciap pendapatan kakitangan awam. Saya sokong dan penekanan perlu sewajarnya diberikan kepada kakitangan awam yang secara tidak berbelah bahagi menumpukan perhatian dan menggembleng tenaga semasa melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang di-Pertua, 31 tahun yang lalu saya telah memulakan pekerjaan saya dengan gaji RM35.00 sebulan untuk beberapa bulan dan setinggi RM175.00 sebulan pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua, dari itu apa yang ingin saya ketengahkan di sini tentunya kakitangan kerajaan akan berterima kasih dengan wujudnya tang~1a gaji yang munasabah serta kenaikan gaji yang baik. Ditambah pula dengan bayaran bonus satu bulan yang tidak boleh dibahaskan. Jika pun perlu dibahaskan maka perbahasan hanya boleh dilakukan jika bonus dibayar dua atau tiga atau empat bulan gaji. Seandainya keadaan tidak mengizinkan, contohnya ekonomi tidak baik maka pendapat saya ini perlulah dibahaskan semula. Sebaliknya kakitangan di sektor swasta pendapatan mereka berlainan dan tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan kakitangan di sektor awam. Jurang pendapatan perlu dirapatkan dan usaha-usaha positif perlu dilakukan mulai masa yang terdekat ini.

Tuan Yang di-Pertua, dahulu sebuah kereta Mini Minor boleh dibeli dengan harga RM4,000 tetapi sekarang sebuah kereta Kancil sekurang­kurangnya RM26,000. Begitu juga Datsun, ianya boleh dibeli dengan harga RM?,000. Sekarang sekurang-kurangnya RM?0,000. Sekarang zaman, dengan izin, knowledge explosion di mana anak-anak dihantar menghadiri kelas tambahan, kelas piano, kelas tarian, kelas agama, kelas IT, kelas pendidikan maka struktur pendapatan kakitangan kerajaan sewajarnya diperbaiki. Dengan gaji yang tidak mencukupi banyak gejala sosial boleh timbul. Jika kebajikan kakitangan kerajaan diambil kira maka masalah utama bukanlah wang tetapi bagi diri saya masalah utama ialah wang yang tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, itu perbahasan jangan lari jauh dari ...

Datuk M. Kayveas: Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya tengah habis. Biasanya orang berkata sebagai, dengan izin the root of all evils is money. Barangkali the root of all evils is lack of money. lni yang menimbulkan gejala rasuah, curi, rompak, bunuh dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap saya dapat memberikan kerjasama yang terbaik semasa pelantikan saya dan dapat memberikan mutu perkhidmatan yang diharap-harapkan oleh setiap lapisan masyarakat. Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa pelantikan saya sebagai Senator sebagai satu perkara kecil, kecil itu biarlah ianya sekecil cili padi. Rasanya amat pedas dan berpanjangan. Begitulah juga dengan pelantikan ini. Adalah

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 69

dijangkakan walaupun pelantikan ini kecil bagi sesetengah pihak tetapi bagi ahli-ahli PPP ianya adalah suatu titik tolak kepada perjuangan dasar dalam politik di peringkat kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hairan dengan kenyataan Lim Kit Siang iaitu Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (OAP) sebagai berkata pelantikan saya adalah pelantikan yang tidak menurut kehendak Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan. Sehari sebelum artikel itu keluar saya telah bertemu dengan Lim Kit Siang di satu majlis perkahwinan tanpa dugaaan saya. Semasa saya nampak beliau menghampiri saya, saya telah terus mengambil sebuah kerusi untuk beliau, saya memberikan Lim Kit Siang kerusi dan mempelawa beliau duduk kerana saya percaya beliau adalah orang yang lebih senior daripada saya sekurang-kurangnya dari segi umur, beliau telah mengucapkan tahniah kepada saya, dengan izin, dalam perkataan lnggeris, "Congratulation Yang Berhormat, long waited, you deserved itn sambil kami makan bersama.

lnilah kali pertama saya berjumpa Lim Kit Siang di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang memeranjatkan saya Tuan Yang di-Pertua ialah artikel beliau di dalam sebuah akhbar tempatan yang bukan hanya tidak munasabah tetapi hanya dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan sahaja. Seorang manusia seperti beliau boleh jadi seorang yang dibuat-buat atau boleh berpura-pura, dengan izin, artificial serta tidak jujur. Selain daripada hanya dapat menyatakan peruntukan Perlembagaan dengan betul, beliau langsung tidak memahami kandungan Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1980, saya telah berusaha dari peringkat akar umbi parti PPP. Saya telah menjadikan parti PPP menuju ke arah sekarang dan sejak tahun 1993, saya telah dipilih sebagai Presiden dengan tanpa mengenal erti penat lelah. Saya telah meneruskan perjuangan parti. Khidmat undang-undang secara percuma telah diadakan. Khidmat sosial secara percuma juga telah disediakan. Bahkan pada pagi semalam, saya telah menghadiri persidangan mahkamah secara percuma. Saya juga ada memberikan pendidikan secara amal serta mewakili sejumlah lebih daripada 320,000 orang ahli parti PPP dan inikah yang dikatakan oleh Lim Kit Siang, saya tidak tergolong di bawah naungan Artikel 46, Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya Lim Kit Siang telah tidak lagi memdapat sambutan dan sokongan rakyat. Rakyat telah sedar siapa itu Lim Kit Siang. Pada hakikatnya, beliau tidak layak untuk komen, oleh kerana perlantikan ini adalah daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Lim Kit Siang tidak ada kuasa untuk menyoal atau sebenarnya, dengan izin, tidak ada dengan legal jargon apa yang kita kata locus standi di dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang dicadangkan, bertujuan untuk memasukkan hanya Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992 dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan levi Pembangunan Sumber Manusia bagi maksud menggalakkan latihan pekerja. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional dan saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih., Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Hamzah.

5.12 petang

Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Datuk Kayveas yang mengutarakan begitu panjang lebar dalam maiden speechnya

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

70 DN.21.12.2000

sehingga saya takut rakan saya, Yang Berhormat Dr. Abdul Latiff hendak jawab susah nanti.

Yang keduanya, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dr. Abdul Latiff juga yang mengemukakan satu rang undang­undang dengan begitu jelas sekali, bermacam-macam fasal yang telah dikemukakan. Cuma yang saya hendak memendekkan perbahasan saya ini oleh kerana masa mungkin tidak mP.ngizinkan, dalam kita membicarakan tentang k-ekonomi sekarang ini, apai<ah rancangan kerajaan melalui rang undang-undang ini untuk kita meningkatkan pekerja-pekerja kita dengan menggunakan mungkin k-workers atau k-pekerja dalam kita menyediakan satu pekerja yang mungkin lebih baik daripada yang sudah-sudah.

Saya perhatikan dalam rang undang-undang ini, ada penyedia latihan. Jadi, oleh kerana kita hendak mengemukakan satu k-pekerja atau k-workers yang begitu baik, apakah caranya untuk kita mengadakan penyedia latihan yang dimaksudkan dalam rang undang-undang ini? Berapa banyak penyedia latihan yang harus kita bangunkan atau adakan dan siapa mereka itu? Adakah ianya daripada in-house, daripada majlis atau perbadanan itu sendiri ataupun kita outsource? Maknanya kita mencari konsultan-konsultan luar untuk menjadi penyedia latihan kepada pekerja-pekerja kita. Jadi, apakah syarat-syaratnya jika sekiranya kita mahu melantik orang luar untuk menjadi penyedia latihan itu?

Dalam kita mengutip levi-levi daripada majikan-majikan, sudah tentu dalam kita mengutip levi ini ada jumlah akaun yang begitu besar. Jika kita menyediakan latihan menggunakan duit atau wang levi ini, jika sekiranya latihan diberi untuk satu masa dan ada wang selebihnya, bolehkah ia digunakan untuk tahun-tahun hadapan atau bagaimana? Saya hendak tahu juga, kadangkala saya difahamkan ada duit atau wang levi dengan jumlah yang besar ini setelah dikutip oleh majikan dan diberikan kepada perbadanan, apabila kita hendak mengadakan latihan, bolehkah atau tidak penyedia latihan nanti bekerjasama dengan majikan, bukan untuk memberi latihan tetapi membuat Hari Keluarga di satu tempat? Bagaimana? Bolehkah perkara ini boleh diterima sebagai penyedia latihan atau diberikan peluang untuk majikan menggunakan wang yang telah dikutip ini untuk mengadakan Hari Keluarga di luar daripada kawasan kilang atau di mana-mana sahaja di dalam negara kita ini.

Jadi, yang saya hendak tahu, akhirnya, bantuan bagaimana yang harus kita tekankan? Adakah jenis-jenis yang hanya sebagai latihan setakat untuk membangunkan diri ataupun untuk meneruskan latihan ini supaya mereka akhirnya menjadi pekerja yang qualified, yang boleh diberi sijil, ada certificate yang boleh dia bawa untuk masuk ke syarikat-syarikat lain atau untuk membangunkan dirinya untuk menambahkan lagi peluang dirinya daripada satu tempat ke satu tempat, untuk menaikkan taraf pekerja-pekerja dari sekarang hingga ke satu masa nanti sehingga mereka mencapai umur yang lebih dari apa yang mereka mula daripada sekarang ini? ltu soalan saya.

Saya memohon menyokong rang undang-undang ini, Tuan Yang di­Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak.

5.16 petang

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Timbalan Menteri, Yang Berhormat Dr. Abdul Latiff yang membentangkan satu Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad tahun 2000.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 71

Tuan Yang di-Pertua, saya kira rang undang-undang yang telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri begitu komprehensif dan jelas kepada kita semua dan tujuan-tujuan serta maksud rang undang-undang ini dilakukan dan saya yakin dengan perubahan-perubahan in1, ianya akan dapat mempelbagaikan lagi dan memperkuatkan lagi usaha kerajaan dan negara untuk mewujudkan pekerja-pekerja yang terlatih di dalam negara kita. Terutama sekali, Tuan Yang di-Pertua, bila kita menghadapi cabaran-cabaran yang akan kita hadapi iaitu globalisasi dunia tanpa sempadan yang akan wujud di dalam negara kita. Trade ;ivalisation yang akan juga wujud, akta dan sebagainya serta satu perkara yang penting, Tuan Yang di-Pertua, iaitu satu fenomena yang baru hasil dari globalisasi, wujudnya percantuman syarikat gergasi yang besar-besar yang berlaku di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan juga, syarikat-syarikat besar yang beroperasi dalam negara kita ini telah mula mencantumkan diri mereka seperti Esso dengan Mobil dan banyak lagi syarikat lain bercadang berbuat dan bertindak dalam masa yang sama. Begitu juga dalam usaha kerajaan untuk menarik pelabur­pelabur asing melaburkan modal mereka ke dalam negara, saya yakin isu soal gaji murah (low wages) tidak lagi merupakan satu kriteria yang utama dalam pemilihan syarikat-syarikat gergasi yang besar untuk melaburkan modal mereka di negara kita kerana mereka ingin melihat matlamat kerajaan iaitu:

(i) mewujudkan kestabilan keharmonian perhubungan perusahaan; dan

(ii) ingin melihat pekerja-pekerja yang terlatih dan mahir yang mampu menggerakkan syarikat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kit:~ merasa bangga negara kita kerana dengan kualiti pelajaran yang tinggi, negara kita telah dianggap sebagai sebuah negara di rantau ini selain daripada negara Jepun, pekerja-pekerjanya mempunyai pelajaran yang tinggi, mudah sekali dilatih dalam bidang apa juga pekerjaan.

Jadi, justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2000 1m diperkenalkan bagi mencetuskan usaha-usaha kita ke arah pembangunan sumber manusia supaya negara kita kaya dengan tenaga-tenaga mahir dan harapan kita semua, bukan sahaja kita melahirkan tenaga mahir untuk industri, untuk pelabur-pelabur asing dan juga pelabur tempatan, malahan harapan kita satu hari kelak, kita akan menghantar tenaga-tenaga mahir ini bekerja di negara-negara membangun di kalanan negara ASEAN seperti Vietnam, Laos, Cambodia dan sebagainya yang memerlukan tenaga-tenaga mahir untuk melatih mereka.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya kira apa yang telah dijelaskan dalam rang undang-undang ini sungguh baik, sungguh bagus. Walaupun demikian, saya mempunyai beberapa pandangan dan komen dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berho:mat Timbalan Menteri. Satu, soal lembaga dalam Sahagian 2 Perbadanan di mana soal ahli lembaga ternyata dalam 7(1 ), sepuluh orang mewakili majikan, tiga mewakili agensi kerajaan atau sektor awam yang bertanggungjawab membangun atau latihan tenaga manusia, wakil Kementerian Sumber Manusia, wakil Kementerian Kewangan dan ketua eksekutif.

Saya kira kalau ada wakil tiap-tiap satu kementerian, tertinggal dalam perkara ini peranan wakil pekerja, wakil kesatuan sekerja. Dalam sistem yang ada sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia sedia maklum, dua wakil pekerja duduk dalam lembaga pengarah. Tujuan saya mengemukakan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melatih tenaga­tenaga mahir, input dengan izin daripada wakil pekerja dan wakil kesatuan

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

72 DN.21.12.2000

adalah penting dalam perkara ini, tidak semestinya wakil majikan mewakili semua walaupun kita tahu sumbangan seluruhnya datang daripada majikan itu sendiri tetapi dari segi bentuk latihan, dari segi bentuk melahirkan tenaga mahir daripada usaha-usaha untuk membuat kurikulum dan sebagainya h'arus juga diberi kesempatan kepada wakil pekerja untuk mengemukakan pandangan kita dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Walaupun dalam peruntukan 27(2) Tuan Yang di-Pertua, "menteri boleh ... ", saya khuatir perkataan "boleh", kadang-kadang tidak boleh saya takut-takut sama ada ini dimasukkan sebagai tambahan bagi orang yang disebut dalam Seksyen 1. Saya tidak tahu sama ada menteri menggunakan kuasa ini ataupun sebaliknya. Tetapi pada pandangan saya lebih jelas, lebih constructive lebih positif kalau ahli lembaga pengarah dalam peruntukan 7(1) disebut wakil daripada kesatuan sekerja ataupun daripada pekerja itu sendiri seperti mana juga agensi lain dalam PERKESO, dalam KWSP, dalam badan­badan agensi yang ditubuhkan, wakil pekerja, wakil kesatuan dilantik dicadangkan oleh MTUC sendiri mewakili dalam badan-badan berkenaan.

Saya berharap kerajaan akan mengambil ingatan di atas perkara ini kerana ini adalah satu perkara yang begitu penting kepada kita semua dalam usaha kita untuk memastikan cadangan-cadangan, perubahan-perubahan yang dibuat di atas undang-undang ini menemui matlamat supaya tidak ada cacat dan cela dari segi perlaksanaannya di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang hendak saya nyatakan iaitu soal dari segi pemberian pinjaman, dari segi soal memberi latihan di mana pihak syarikc· akan memohon pengeluaran wang daripada levies board pinjaman untu1 melatih pekerja-pekerja mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu sama ada, kita tahu dalam keadaan situasi yang ada sekarang ini, sebelum kegawatan ekonomi melanda negara kita, kebanyakan majikan tidak mahu sama sekali memohon untuk mendapatkan bantuan atau mengeluarkan wang latihan untuk melatih pekerja-pekerja mereka. Kebanyakan majikan memikirkan soal keuntungan, memikirkan soal menggerakkan industri mereka, tidak mahu sama sekali pekerja mereka ini dilatih di mana-mana. ltu menjadi persoalannya sekarang ini dan akhirnya bila mana mereka tidak mahu melatih pekerja mereka sendiri menggunakan wang Tabung Sumber Manusia ini maka mereka start pinching mengambil pekerja lain yang terlatih, yang berkebolehan, berkepandaian dan sebagainya dan wujudlah satu budaya pinching di antara kalangan majikan untuk menarik pekerja yang mahir, yang terlatih bekerja dalam industri mereka.

Jadi saya membangkitkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, jika sekiranya majikan yang berkenaan tidak mahu menggunakan tabung dana ini untuk melatih pekerja-pekerja mereka, boleh atau tidak pekerja itu sendiri membuat permohonan daripada syarikat yang berkenaan, bukan melalui majikan, memohon daripada tabung ini mengeluarkan untuk dilatih di mana­mana institusi-institusi latihan dalam negara kita. lni satu perkara yang baik kerana kita tidak harus menunggu majikan menghantar pekerja mereka untuk dilatih tetapi pekerja itu sendiri boleh mEmohon kepada pihak tabung ini untuk mendapatkan bantuan dari segi bantuan kewangan untuk mereka memasuki mana-mana institusi-institusi latihan dalam negara ini.

Kemudian dalam bahagian ini juga Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang hendak saya bangkitkan iaitu soal penggunaan institut di atas usaha yang telah dinyatakan iaitu pemilihan pihak majikan untuk memilih mana-mana institut. Saya tidak nampak dalam rang undang-undang ini mewujudkan satu bahagian, kita tahu bukan sahaja institut-institut yang ditubuhkan oleh kerajaan, ada juga institut yang ditubuhkan oleh kesatuan sekerja seperti Kolej vy1T sendiri, menubuhkan sebuah institut dan banyak institut yang fain yang d1tubuhkan sama ada institut ini sendiri boleh memohon untuk mendapatkan

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 73

bantuan kewangan daripada dana ini kerana tujuan institut ini ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan, many of them dengan izin, non profit making organization tetapi mereka semata-mata menubuhkan institut untuk melatih dan melahirkan tenaga mahir datam negara ini seperti mana Kolej' WIT, kolej saya sendiri.

Saya bukan cakap berdasarkan conflict of interest tetapi kami telah melahirkan 14,000 tenaga mahir. Saya ingin menjelaskan tanpa mendapat bantuan dari mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pun majikan sendiri. ianya berasaskan kepada fees, sumbangan pekerja itu sendiri dan kita tubuhkan institut ini dan kita melc-hirkan 14,000 tenaga mahir dan tenaga mahir ini bekerja dalam pelbagai industri dalam negara kita.

Jadi ini satu perkara yang saya jangka harus diambil kira oleh pihak kerajaan. Walaupun sumbangan ini datang seperti mana Tuan Yang di­Pertua, oleh kerana telah ada undang-undang, dimestikan pihak majikan, dia bayar tetapi kadang kala dia tidak mahu menggunakan tabung ini. Dia lebih memikirkan kepentingan mereka sendiri untuk mencari keuntungan dalam bila mana tidak ada berlaku kegawatan dalam negara kita. Jadi itulah sebabnya saya menyatakan bahawa kalau boleh kewujudan dalam rang undang-undang ini membolehkan institut-institut yang tidak mempunyai keuntungan, non profit making organization memohon untuk mendapatkan bantuan dan melahirkan pekerja mahir untuk industri-industri dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soal kegagalan setengah-setengah majikan yang mempunyai 50 orang pekerja mendaftarkan dengan institut ini kelak. lni satu perkara yang harus kita seperti mana kita faham Tuan Yang di­Pertua, kita mempunyai masalah dalam KWSP, kita juga mempunyai masalah dalam PERKESO dan sebagainya. Jadi, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil sama ada perbadanan ini akan bekerjasama dengan pendaftar syarikat untuk mendapatkan nam~-nama syarikat yang telah didaftarkan dalam negara kita ini bagi membolehkan ianya secara automatik mendaftar dan menggabungkan diri dengan perbadanan yang ditubuhkan.

Oleh kerana perbadanan ini merupakan satu perbadanan yang begitu baik, yang begitu bagus, yang saya lihat satu perancangan kerajaan masa depan bukan sahaja untuk negara tetapi malahan untuk pekerja-pekerja di dalam negara ini dan juga syarikat juga.

Tuan Yang di-Pertua, kadangkala setengah-setengah syarikat, mereka tidak begitu faham, mereka lebih seperti mana kata saya lebih mementingkan diri tetapi tidak melihat jangka panjang kalau mereka melantik pekerja-pekerja mereka ini akan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran pekerja itu sendiri, malahan meninggikan lagi produktiviti pekerja dan juga pengeluaran syarikat itu sendiri di masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, negara kita akan kaya dengan tenaga-tenaga mahir berbanding atau setanding dengan negara Jepun dan juga Korea.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang hendak saya sentuh ialah kuasa untuk melabur. Saya jangka Panel Pelaburan yang diwujudkan dalam Sahagian 26(1) muka surat 20, Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah yang sedang dilaksanakan fungsi-fungsinya, Pengerusi Lembaga, dua orang anggota yang dilantik oleh Lembaga daripada kalangan anggotanya, Ketua Eksekutif, seorang wakil kementerian, seorang wakil Bank Negara Malaysia dan dua orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, ini juga saya ingin untuk membangkitkan soal wakil pekerja di dalam Lembaga ini sendiri, walaupun majikan menyatakan bahawa sumbangan ini sumbangan dari majikan, tetapi keuntungan yang diperolehi, wang yang diperolehi oleh syarikat tidak semestinya datang dari

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

74 DN.21.12.2000

majikan itu sendiri. Pekerja yang mengeluarkan tenaga, yang menyebabkan syarikat itu, dengan secara direct, Tuan Yang di-Pertua, sumbangan pekerja juga wujud dalam soal sumbangan majikan kepada dana ini.

Jadi, itu sudah semestinya wajib bagi pihak kerajaan memikirkan wakil kaum pekerja juga duduk dalam Lembaga ini untuk memastikan dari segi soal pelaburan, bentuk pelaburan dan pelbagai cara yang boleh kita buat input, pandangan kita walaupun kita ini is not a professional people, tetapi kami mempunyai orang-orang yang boleh membuatkan cadangan, memberikan pandangan yang bernas, konstruktif demi untuk memperkemas dan memperelok serta memperkuatkan lagi badan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian perkara yang kedua, iaitu satu fungsi yang baru diwujudkan, saya amat bersetuju soal fungsi pegawai penjaga iaitu almost orang cakap ketelusan dalam perbadanan ini sendiri untuk memastikan perjalanan fungsi dan penyelewengan tidak berlaku.

Saya harap orang yang dilantik ini benar-benar bersih, benar-benar telus dan tidak mempunyai sifat-sifat yang curang dan saya yakin bila pelantikan oleh Menteri tidak ada pilih kasih, tidak ada kira pilih bulu, kulit, warna dan sebagainya. Jadi, should be a true Malaysian, dedicated kepada Lembaga ini supaya Lembaga ini dapat bergerak dengan baik, dengan bagus.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara dalam undang-undang jika sekiranya pihak majikan dikenakan kompaun, saya terbaca dalam pindaan ini iaitu kompaun tersebut boleh dirundingkan, perkataan 'dirundingkan' dalam muka surat 29 'kompaun kesalahan', paragraph 39(1) yang berbunyi:

"Pegawai Penjaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah seksyen 40 atau 41, yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Aleta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Aleta ini dan ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aleta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu."

Jadi, bermakna boleh kompaun dan berunding, I feel fear, dengan izin, saya khuatir kalau menyatakan dia boleh kompaun, we are now encouraging, I hope perkataan saya ini tidak disalahertikan, apa yang saya khuatir ialah takut the corruption akan berlaku. Bila dia kata orang ini boleh berkuasa, boleh kompaun, they start negotiate dengan mereka yang melakukan kesalahan, okay, kalau kena fine RM2,0000, you pay RM1 ,000 to me, RM1 ,000 pada ini.

I think this is my fear, cuma saya hendak menyatakan supaya ianya benar-benar berjalan dengan baik, tidak ada cacat dan cela, tidak ada critisism, tidak ada loophole yang boleh orang menyatakan bahawa kita tidak begitu telus dan sebagainya. lni pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua.

Kemudian dari segi Sahagian 6 Kesalahan dan Penalti, saya yakin bahawa penalti tersebut sungguh konstruktif, sungguh bagus dan penuh dengan tindakan-tindakan dan saya yakin pihak majikan tidak melakukan kesalahan dan mematuhi peraturan-perC:1turan itu.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ialah soal berkenaan dengan Jadual Pertama Sahagian 1, kemudian ada wujud kelas majikan, sektor perkilangan, industri, kemudian (b) kelas perkhidmatan, kemudian saya tidak nampak dalam ini saya telah baca dari awal, sehingga bahagian (c) perubahan bilangan tidak wujud, agrobased industry, industri pertanian kerana seperti estet, kita tahu estet sekarang sudah mula dengan sofistikated punya ini, orang panggil tapping rubber dengan mesin yang baru dan sebagainya.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 75

Jadi, kita hendak mengeluarkan meningkatkan produktiviti pengeluaran yang tinggi, sekarang Rubber Research Institute telah melahirkan satu perkakas yang dapat mengeluarkan getah dengan cepat untuk pokok getah dengan cepat dan sebagainya. lni saya kira barangkali tertinggal dalam Jadual ini. Saya berharap ianya akan dimasukkan iaitu agrobased industry, oleh kerana agrobased industry ini akan berkembang dengan pesatnya, jadi ia patut dimasukkan dalam Jadual yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap dengan adanya Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2000 ini, pihak majikan akan dapat mematuhinya, akan dapat menggunakannya dan melaksanakannya dengan baik dan menyokong dengan pen uh. Saya dengan ini Tuan Yang di-Pertua, menyokong rang undang-undang ini untuk diluluskan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tengku Dato' Adnan

5.37 petang

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan yang hendak disampaikan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan lnstitut Latihan Perindustrian yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Apakah perancangan kementerian terhadap lnstitut Latihan Perindustrian. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Nosimah.

5.38 petang

Puan Nosimah binti Hashim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bangun untuk membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang telah dibentangkan oleh pihak kementerian.

Terlebih dahulu saya mohon penjelasan dari pihak kementerian jumlah besar dana pembangunan sumber manusia yang telah dipungut, siapa penyumbang, jumlah yang telah dibelanjakan dan pecahan penggunaan untuk latihan semula yang telah dilaksanakan dan jenis-jenis latihan semula dan jumlah wanita yang telah mendapat latihan semula di bawah skim ini dan pecahan pinjaman yang telah diberi mengikut jumlah jenis latihan dan kaum.

Sebenarnya perbadanan ini adalah satu perbadanan yang begitu panting menyediakan sumber manusia yang terlatih dengan cara latihan semula bagi persediaan negara untuk teru~ membangun dan terus berdaya saing dalam penggunaan ekonomi terutamanya dengan dasar-dasar globalisasi yang akan dilaksanakan seperti WTO, AFTA dan lain-lain.

Justeru itu, perbadanan ini hendaklah dipastikan dapat dijalankan dengan efisien, penuh tanggungjawab dan tidak hanya untuk memenuhi matlamat ataupun agenda politik mana-mana pihak.

Saya ulangi, ianya tidak boleh untuk bertujuan memenuhi agenda politik mana-mana pihak, perbadanan ini perlu telus dan mempunyai satu mekanisme akauntabiliti kepada rakyat dari segi perbelanjaan dananya dan jenis-jenis latihan semula yang diberi. lanya perlu ada satu pelan induk yang merancang dengan terperinci la'ihan semula pekerja agar kemahiran yang diperolehi kekal relevan kini dan masa depan. Dan perlu juga dipastikan bahawa latihan semula ini tidak akan mengelompokkan jenis kemahiran mengikut kaum. Kita tidak mahu pembangunan sumber manusia ini akan membeza-bezakan kelompok kaum, kita tidak mahu wujud identiti kemahiran mengikut kaum.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

76 DN.21.12.2000

Saya menggesa Menteri Sumber Manusia memastikan perancangan kemahiran ini dalam konteks latihan semula melihat kepada semua aspek termasuk unsur-unsur perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua, saya baca rang undang-undang ini dan saya dapati menteri mempunyai kuasa yang begitu luas dalam pelaksanaan perbadanan ini dari perlantikan lembaga, belanjawan, termasuk juga kuasa menentukan pelaburan. Lihat Fasal 27(10) juga kuasa, saya rasa kuasa menteri dalam perbadanan adalah terlalu luas dan saya tidak terbaca tentang kawalan dan pengawasan ke atas penggunaan kuasa tersebut.

Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini kerana perbadanan ini adalah satu .badan yang agak mengendalikan satu dana yang besar, yang mempunyai fungsi yang sangat penting.

Saya rasa bertanggungjawab dan menegur dan menyarankan satu peraturan dan mekanisme diwujudkan untuk mengawal perbelanjaan perbadanan ini kerana saya khuatir dalam rakyat menuntut corporate governance, dengan izin, yang tinggi kita tidak mahu ada unsur-unsur ketidaktelusan di dalam pelaksanaan perbadanan ini.

Saya ingin mendapat penjelasan Jadual Pertama, B(ix}(xii} mengapa untuk pengajian tinggi dikecualikan daripada mendapat bantuan dana perbadanan ini kepada pusat pengajian tinggi UCCA 1071 dan Akta MARA dan Politeknik UnC'l<u Omar.

Saya berpendapat bagi maksud rang undang-undang ini sepatutnya tidak ada pengecualian ini. lanya patut terbuka kepada semua tertakluk kepada kursus-kursus yang telah ditetapkan di dalam rang undang-undang ini. Jika tidak ada sebab yang munasabah, saya mencadangkan bahagian ini dimansuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, perbadanan ini seperti yang saya sebutkan terawal lagi adalah satu badan yang penting untuk mencorak sumber manusia. Saya ingin meminta ahli lembaga pengarah yang dilantik hendaklah orang­orang yang betul-betul ikhlas untuk membangunkan negara dan berkeupayaan melaksanakan tugas yang penuh bertanggungjawab dan minta menteri memastikan sekurang-kurangnya tiga wanita dilantik sebagai ahli Lembaga kerana lebih 40% pekerja adalah wanita.

Dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini dan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan diambil kira. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab.

5.44 petang

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lima orang Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingat hendak balik awal, Tuan Yang di-Pertua. {Ketawa]

Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih komen-komen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, ada yang begitu baik dan perlukan response yang komprehensif daripada kementerian. Saya jugalah berkongsi sama untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk M. Kayveas kerana tergulung dalam keluarga 'the upper house', lebih elit dari 'the lower house', Tuan Yang di-Pertua. Mujur hari ini penyokong-penyokong beliau tidak ada. Kalau ada mungkin lagi lama saya hendak bahaskan rang undang-undang tersebut.

Yang Berhormat Dato' Hamzah Zainudin, terima kasih Dato' kerana bertanyakan tentang apakah rancangan kerajaan khususnya MPSM bagi

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 77

memastikan yang golongan pekerja tidak tertinggal khususnya mewujudkan k­workers. Elok saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa MPSM sejak ditubuhkan pada tahun 1992 telah mewujudkan beberapa skim latihan untuk menggalakkan pekerja-pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagal bentuk kemahiran apatah lagi dalam arus kita berhadapan dengan digital ekonomi, the new economy atau k-ekonomi.

Langkah-langkah berikut adalah langkah yang telah diajukan dan dipraktikkan oleh MPSM. Pertama, latihan dalam bidang berkaitan komputer dan teknologi maklumat, layak mendapat bantuan kewangan pada kadar 100%. Dahulu hanya 85%, sekarang 100% mulai tahun ini. Dan sehingga 30 September 2000 sebanyak 323.318 tempat latihan telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah RM109.11 juta.

Majikan juga layak mendapat geran latihan untuk membeli komputer peribadi yang digunakan untuk melatih. pekerja. Sehingga 30 September 2000 sejumlah RM14.45 juta telah diluluskan untuk pembelian komputer peribadi.

Tuan Yang di-Pertua, Dato' Hamzah ini seorang ahli korporat, saya pasti beliau banyak syarikat yang mencarum kepada tabung, lebih elok jika syarikat beliau dapat menggunakan kemudahan-kemudahan ini yang di bawah tabung ini untuk diberikan kepada pekerja-pekerja bagi mendedahkan mereka kepada teknologi maklumat.

Ketiga, melaksanakan skim perintisan persediaan teknologi maklumat, latihan intensif selama lima bulan dalam bidang programming, networking, operating, software, web designing dan e-commerce. Yuran latihan dibayar sepenuhnya oleh tabung dan majikan penaja hanya membayar elaun bulanan perintis iaitu sebanyak RM300 sebulan dan boleh dituntut dari levi majikan tersebut pada kadar 100%.

MPSM juga membangunkan skim perintisan teknologi maklumat dalam bidang programming dan multimP.dia, artis, designer dan autoring. Dan yang terbaharu sekali kita membenarkan e-latihan iaitu kita bekerjasama dengan ITTAR, UNITAR anak Syarikat KUB bagi menyediakan satu model agar pekerja-pekerja boleh dilatih melalui elektronik dan mereka juga layak mendapat bantuan kewangan.

Yang Berhormat juga menanyakan tentang sama ada MPSM menggunakan in-house penyedia latihan atau out-sourcing. Sebenarnya MPSM tidak berminat langsung untuk menjadi penyedia latihan dan kita tidak akan buka institut atau mana-mana menubuhkan juruperunding untuk bersaing dengan penyedia-penyedia latihan yang berselerak di negara dan setakat ini kita menggunakan, kita harap lebih banyak penyedia-penyedia latihan berdaftar dengan MPSM termasuk institut yang dibangunkan oleh kesatuan sekerja, saya pun hairan wakil pekerja sudah ada tujuh tahun sebagai ahli Lembaga yang dilantik oleh menteri tetapi tidak ada cadangan daripada institut tersebut diiktiraf kerana untuk diiktiraf ia perlu memenuhi beberapa kriteria dan saya harap Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak boleh memohon dan bila permohonan diluluskan institusi-institusi ini akan diiktiraf sebagai approved training provider dan dengan sendirinya mereka akan layak. Bila rang undang­undang ini diluluskan mereka holeh layak mendapatkan bantuan-bantuan kewangan yang tertera dalam akt3 tersebut.

Yang Berhormat juga menanyakan bahawa, boleh tidak menggunakan levi untuk Hari Keluarga. Sebenarnya tidak boleh, itu salah di bawah Seksyen 7, itu merupakan satu kesalahan dan mengikut rekod yang ada, ramai juga majikan, penyedia latihan yang kita denda kerana gagal memenuhi kriteria­kriteria tertentu atau cuba menipu MPSM. Setakat September 2000, seramai 685 majikan yang gagal untuk mendaftar dan membayar levi dan mereka ini

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

78 DN.21.12.2000

didakwa di bawah Seksyen 3(3) - gagal untuk membayar levi. Hukumannya adalah dua tahun penjara atau denda RM10 ribu atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang cuba menggunakan dana tersebut untuk buat. Hari Keluarga di bawah Seksyen 7, sebanyak 24 kes telah kita kesan. Jadi, kalau Yang Berhormat ada maklumat-maklumat ini sila memaklumkan terus kepada saya supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang. Mereka ini tergolong di kalangan majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab, cuba mengambil kesempatan daripada kemudahan yang disediakan oleh tabung tersebut untuk para pekerja.

Yang Berhormat Senator Tuan Zainal bin Rampak menanyakan kenapa tidak ada wakil pekerja dalam Lembaga. Elok saya umumkan di sini bahawa penubuhan tabung ini amat :Jerbeza dengan SOCSO dan KWSP. SOCSO ada caruman khusus daripada pekerja, ada caruman khusus daripada majikan. Sama juga KWSP, ada caruman khusus daripada pekerja dan caruman khusus oleh majikan. Sedangkan tabung tersebut semata-mata dana, ini diwujudkan adalah employer driven, tidak ada satu sen pun yang dikeluarkan oleh pekerja untuk tabung tersebut.

Maka tidak ada wakil pekerja yang tertulis secara khusus dalam akta tersebut. Waiau bagaimanapun, menteri mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk melantik dan buat sementara ini pun kita ada dua wakil daripada pekerja, walaupun tidak tertulis, kita sentiasa prihatin tentang penglibatan pemimpin-pemimpin daripada kesatuan sekerja. Dan dengan itu jugalah wakil pekerja pun tidak ada dan tidak duduk dalam panel pelaburan. lni sebenamya tidak akan menjejaskan kredibiliti panel pelaburan untuk melabur dalam sektor­sektor yang produktif. Umpamanya dalam SOCSO, tugas dan amanah yang diberikan kepada Lembaga Panel Pelaburan ini sama dengan yang tertera dalam Akta Pembangunan Sumber Manusia yang kita bincangkan ini.

Perkara kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, bolehkah pekerja sendiri memohon untuk men~apatkan latihan. Sebenamya tidak boleh, ini bertentangan dengan Sei<syen 20(1 ). Waiau bagaimanapun, kementerian mulai tahun hadapan akan mewujudkan satu skim baru khususnya dalam ICT di mana kita beri kemudahan kepada pekerja-pekerja memohon terus. Buat masa ini pekerja yang dilatih menggunakan Tabung tersebut mestilah dinamakan oleh majikan mereka. Pekerja dengan secara direct, tidak boleh pohon. Tetapi mulai tahun hadapan, kita wujudkan satu skim baru di mana pekerja boleh memohon. Program ini akan dilancarkan pada bulan Februari tahun hadapan.

Yang Berhormat juga mengutarakan kebimbangan kenapa mereka yang berada dalam agro-industri tidak ada dalam jadual. Sebenamya jadual ini kita boleh mengemas kini dengan kuasa Menteri. Jadi, ini tidak jadi hat kerana macam tahun ini kita dapati bahawa IPTS mempunyai peranan yang begitu penting dalam menjana dan menaja pembangunan sumber manusia maka kita wajibkan mereka yang berkecimpung dalam industri IPTS ini tergolong dalam Jadual 1 dan mereka perlu mencarum dalam Tabung sambil itu kita berikan kemudahan institusi pengajian swasta ini untuk melatih pekerja dan pensyarah mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Yang Berhormat Dato' Tengku bertanyakan tentang apa rancangan lnstitut Latihan Perindustrian (ILP). ILP ini bawah Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) yang diwujudkan khusus untuk melatih, dengan izin, ia adalah pre­employment training. Jadi, mereka yang lepas SPM, mereka dimasukkan ke lnstitut Latihan Perindustrian yang menawarkan kursus-kursus bukan sahaja di peringkat sijil tetapi diploma dan advance diploma sama dengan degree untuk career development dalam bidang kemahiran. Kalau Kementerian Pendidikan khusus dalam bidang akademik, Kementerian Sumber Manusia melalui lnstitut Latihan Perindustrian ataupun Pusat Teknologi Tinggi, Advance Technology

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

DN.21.12.2000 79

Centre, mulai tahun hadapan kita akan mengembangkan pengambilan pelajar. Buat masa ini setakat 4,000 orang tetapi pada tahun hadapan kita gradually, dengan izin, menambahkan pengambilan siswa dan siswi ke kursus-kursus yang sangat dikehendaki oleh sektor swasta, market driven sehingga 17 ribu orang pelatih. Kita juga memohon dengan Unit Perancang Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk membina 13 lagi ILP dan Pusat Teknologi Tinggi di seluruh negara yang memakan belanja lebih kurang RM3 bilion. Saya harap saya menjawab soalan Yang Berhormat Senator Dato' Tengku.

Yang Berhormat Nosimah binti Hashim, kalau saya hendak membacakan jawapan yang pertama tentang majikan, berapa bilangan mengikut industri, berapa yang terlibat, Tuan Yang di-Pertua, dia tebal. Kalau saya baca mungkin nanti habis pukul 7.00. Jadi saya mohon menjawabnya secara bertulis.

Sebenarnya sedikit sahaja saya hendak sentuh mengenai suara­suara yang tidak berapa sedap didengar terutamanya ada atau tidak unsur­unsur diskriminasi kaum dalam melatih pekerja ini. lngin saya maklumkan di sini, saya bacakan satu statistik iaitu komposisi perintis mengikut skim perintisan kaum dan jantina sehingga September 2000. Yang diberi kemudahan, skim-skim yang kita wujudkan skim mekatronik, perhotelan, pemesinan industri, pemesinan alat dan acuan. Peratusan yang diberikan untuk bumiputera 75.5% untuk mekatronik, maknanya 938 - 75% nya adalah bumiputera. Perhotelan 1,869 pelatih yang terlibat, di mana peratusan bumiputera adalah 71%. Pemesinan industri 96 orang yang terlibat, 90% adalah terdiri daripada bumiputera. Pemesinan alat dan acuan 24 orang yang kita latih, bumiputera 37.5%.

lni jelas bahawa dalam memastikan arus kemahiran yang kita dedahkan, kita tidak mengambil kira, tidak ada diskriminasi kaum. Walaupun kalau hendak kirakan mereka yang mencarum adalah ramai terdiri daripada syarikat-syarikat bukan bumiputera.

Jadi, kuasa Menteri terlalu besar, saya rasa ini sejajar dengan mana­mana rang undang-undang. Dalam mana-mana kementerian pun sebenarnya ini adalah standard. Besar kecil itu subjektif dan kita perlu melihat kuasa Menteri ini sudah wujud selama 7 tahun, sebelum dikorporatkan. Kita pun tidak pernah mendengar yang Menteri menggunakan kuasa-kuasa tertentu atau menyalahgunakan kuasa. Jadi dengan pengkorporatan PSMB ini akan lebih telus dan Kerajaan Barisan Nasional akan terus memastikan yang agenda latihan untuk pekerja-pekerja dapat kita teruskan dengan kuat lagi agar kita terus dapat bersaing dalam ekonomi yang sangat berasaskan kepada pengetahuan.

Dengan kata-kata yang demikian, saya mengucapkan berbanyak­banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi menyentuh perkara-perkara yang saya rasa perlu dalam membincangkan Rang undang­undang tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi d;putuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang ·di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · RANG UNDANG-UNDANG: ... kebersihan di tempat-tempat awam di negara kita ini masih lagi ... masyarakat tentang kepentingan mengitar semula dengan

80 DN.21.12.2000

Fasal 1 hingga 63 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Jadual Pertama hingga Ketiga diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah persidangan Dewan Negara selama sepuluh hari yang berjalan dengan baik dan lancar. Saya ingin maklumkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Dato' Long bin Jidin dan Yang Berhormat Tuan Gapar bin Gurrohu yang telah membantu saya mempengerusikan Majlis Dewan Negara dalam sesi ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Aziz bin Abdul Rahman yang telah mengemukakan satu usul persendirian yang membantah sekeras-kerasnya tentang campur tangan tujuh orang ahli Kongres Amerika Syarikat dalam proses perundangan di negara kita dan kemudiannya pada saat-saat akhir beliau dengan sukacitanya telah menarik balik usul tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Yang Berhormat serta pegawai-pegawai kerajaan yang beragama Islam dan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian. Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2001. Oleh yang demikian, saya berharap pada tahun 2001 ini kita akan boleh lebih banyak kejayaan dan negara kita akan lebih maju serta sentiasa aman dan stabil.

Saya juga ingin mengingatkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat berhati-hati di jalan raya semasa di dalam perjalanan pulang dan selamat berjumpa lagi di tahun 2001.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.10 petang