dr. 44/91 rang undang-undang lembaga · pdf filemalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c)...

24
DR. 44/91 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1991 SUSUNAN BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 3. Penubuhan Lembaga. 4. Fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa Lembaga. 5. Keanggotaan Lembaga. 6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. 7. Pengkhidmat awam. 8. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan. 9. Laporan dan maklumat. BAHAGIAN III KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH, PENGARAH DAN PEGAWAI SERTA PENGKHIDMAT LAIN 10. Perlantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pengkhidmat lain. 11. Hilang kelayakan untuk dilantik. 12. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan. 13. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib.

Upload: doantruc

Post on 18-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

DR. 44/91

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGAPENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

1991

SUSUNAN BAHAGIAN I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.2. Tafsiran.

BAHAGIAN II

LEMBAGA PENGGALAKANPELANCONGAN MALAYSIA

3. Penubuhan Lembaga.4. Fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa Lembaga.5. Keanggotaan Lembaga.6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.7. Pengkhidmat awam.8. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan.9. Laporan dan maklumat.

BAHAGIAN III

KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH,PENGARAH DAN PEGAWAI SERTA PENGKHIDMAT LAIN

10. Perlantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah,Pengarah dan pegawai serta pengkhidmat lain.

11. Hilang kelayakan untuk dilantik.12. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat

perkhidmatan.13. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib.

Page 2: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

2 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN IV

KEWANGAN

Fasal

14. Kumpulan Wang.15. Pemeliharaan Kumpulan Wang.16. Perbelanjaan yang hendak dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang.17. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran.18. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980.

BAHAGIAN V

KUASA-KUASA LAIN LEMBAGA

19. Perwakilan oleh Lembaga.20. Kuasa meminjam.21. Pelaburan.22. Kuasa untuk mengambil kerja.

BAHAGIAN VIAM

23. Obligasi menyimpan rahsia.24. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.

BAHAGIAN VIIPEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

PERALIHAN

25. Pemansuhan.26. Penerusan anggota-anggota Lembaga Pengurusan dan

pegawai-pegawai serta pengkhidmat-pengkhidmat.27. Pemindahan kumpulan wang, aset, harta, hak, liabiliti dan

obligasi.28. Pentafsiran.29. Penerusan undang-undang, dsb.30. Kontrak-kontrak sedia ada.31. Penerusan prosiding jenayah dan sivil.32. Menghalang anomali.

JADUAL

Page 3: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Tajuk ringkasdan mulaberkuatkuasa.

Tafsiran.

Akta 72.

3

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga PenggalakanPelancongan Malaysia dan untuk mengadakanperuntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitandengannya.

[]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuanDewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, sepertiberikut:

BAHAGIAN IPERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta LembagaPenggalakan Pelancongan Malaysia 1991.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikhyang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuandalam Warta.

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"Akta termansuh" ertinya Akta Perbadanan KemajuanPelancongan Malaysia 1972 dan termasuk mana-manaperaturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

"hari ditetapkan" ertinya hari yang ditetapkan olehMenteri di bawah seksyen 1;

Page 4: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Akta

4 RANG UNDANG-UNDANG

"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah yangdilantik di bawah seksyen 10;

"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yangditubuhkan di bawah seksyen 14;

"Lembaga" ertinya Lembaga PenggalakanPelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawahseksyen 3;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi pelancongan;

"Pengarah" ertinya Pengarah yang dilantik di bawahseksyen 10;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantikdi bawah seksyen 5;

"pengusahaan pelancongan" mempunyai erti yangsama yang diberikan kepadanya di bawah Akta IndustriPelancongan 1991;

"Perbadanan" ertinya Perbadanan KemajuanPelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah AktaPerbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972;

"Pesuruhjaya Pelancongan" ertinya PesuruhjayaPelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 AktaIndustri Pelancongan 1991;

"Timbalan Ketua Pengarah" ertinya Timbalan KetuaPengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;

"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusiyang dilantik di bawah seksyen 5.

(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai "Aktaini" hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyataselainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutanmengenai mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangansubsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.

Page 5: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

PenubuhanLembaga.

Fungsi-Fungsidan kuasa-kuasaLembaga.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 5MALAYSIA

BAHAGIAN IILEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

3. Maka adalah dengan ini di tubuhkan suatupertubuhan perbadanan bernama "Lembaga PenggalakanPelancongan Malaysia" yang kekal turun-temurun danmempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwadan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada danbagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrakdan boleh memperolehi, membeli, mengambil,memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih danharta tak alih dan boleh memindahkan, menyerah-hakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai-kan, raenggadai-janji, mendemis, menyerahhakkansemula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa caralain melupuskan, atau membuat apa-apa urusanmengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atauapa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhakpada Lembaga, mengikut apa-apa syarat yangdifikirkannya patut.

4. (1) Fungsi-fungsi Lembaga ialah —

(a) menggiatkan dan menggalakkan pelanconganke dan dalam Malaysia;

(b) merangsangkan, memajukan dan memasarkan,di arena antarabangsa dan tempatan, negaraMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong;

(c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran ataupenggalakan berhubung dengan pelanconganyang dijalankan oleh mana-mana jabatankerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaanatau bukan kerajaan; dan

(d) membuat syor-syor kepada Menteri tentangcara-cara, langkah-langkah dan program-program yang hendak diterimapakai bagimemudahkan dan menggiatkan kemajuan danpenggalakan industri pelancongan di Malaysia

Page 6: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

6 RANG UNDANG-UNDANG

dan jika dibenarkan oleh Menteri, melak-sanakan atau membantu dalam pelaksanaancara-cara, langkah-langkah dan program-program berkenaan.

(2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segalaperkara yang suaimanfaat atau yang semunasabahnyaperlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaanfungsi-fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa men-jejaskan keluasan yang tersebut di atas—

(a) menjalankan segala aktiviti yang berhubungandengan pelancongan yang bersifat komersilatau perindustrian dan aktiviti penyelidikandan latihan, yang penjalanannya didapati olehLembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuaibagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;

(b) bekerjasama dengan atau bertindak sebagaiejen, atau bertindak dengan apa-apa cara lainbersama dengan atau bagi pihak mana-manaagensi atau organisasi, sama ada antarabangsaatau selainnya;

(c) mendapatkan publisiti tempatan dan luarnegeri bagi memajukan Malaysia sebagaitempat tujuan pelancong;

(d) menggalakkan dan menyelaraskan penjalananapa-apa aktiviti yang berkaitan atau ber-hubungan dengan fungsi-fungsinya oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atauorganisasi kerajaan atau bukan kerajaan;

(e) menjalankan penyelidikan, kajian dan siasatanyang perlu, berfaedah atau sesuai bagi atauberkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;

(f) menghendaki mana-mana jabatan kerajaan,agensi atau organisasi kerajaan atau bukankerajaan untuk mengemukakan maklumat,

Page 7: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 7MALAYSIA

program dan laporan mengenai aktiviti-aktivitipenggalakan dan pemasaran pelanconganmereka;

(g) mengambil bahagian dalam apa-apaperundingan dan perkiraan sebagaimana yangdidapati perlu oleh Lembaga bagi melak-sanakan fungsi-fungsinya;

(h) membantu memajukan pengusahaan-pengusahaan pelancongan dalam Malaysia, dandalam menyediakan atau mempertingkatkanmutu kemudahan-kemudahan dan tarikanpelancong dalam Malaysia;

(i) memberikan bantuan kepada mana-manaagensi atau organisasi kerajaan atau bukankerajaan yang didapati oleh Lembagamempunyai kemudahan-kemudahan untukmenjalankan mana-mana aktiviti sedemikian,termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuankewangan melalui pengambilan modal syeratau pinjaman atau melalui pinjaman atauselainnya;

(j) melupuskan aset modal dan menggunakanhasil daripada pelupusan itu sebagaimana yangLembaga fikirkan patut;

(k) melantik ejen-ejen yang difikirkannya patutbagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya;

(l) mengenakan fee atau apa-apa caj lain yangdifikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;

(m) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimanayang difikirkannya patut bagi memboleh-kannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan; dan

(n) menjalankan segala kuasa dan melaksanakansegala kewajipan yang diletakhakkan pada ataudiwakilkan kepadanya di bawah atau menurutkuasa mana-mana undang-undang bertulis lain.

Page 8: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

KeanggotaanLembaga.

AktaPerlindunganPihakBerkuasaAwam 1948.Akta 198.

8 RANG UNDANG-UNDANG

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut yang hendaklah dilantik olehMenteri:

(a) Pengerusi;(b) Timbalan Pengerusi;(c) Ketua Pengarah; dan(d) tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih

daripada sepuluh anggota yang—(i) sekurang-kurangnya empat hendaklah

merupakan orang-orang yang berkaitandengan apa-apa pengusahaan pelan-congan tetapi tidak memegang apa-apajawatan awam;

(ii) sekurang-kurangnya dua hendaklahmasing-masingnya merupakan wakilKementerian Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan dan KementerianKewangan; dan

(iii) mana-mana orang lain sebagaimana yangMenteri fikirkan layak dan patut untukmenjadi anggota Lembaga.

(2) Menteri hendaklah melantik Pengerusi danTimbalan Pengerusi daripada kalangan orang-orangyang pada pendapatnya mempunyai pengalaman yangluas dalam pengusahaan pelancongan atau dalam apa-apa bidang aktiviti yang sangat berfaedah bagi kemajuanpelancongan.

(3) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsidan kuasanya kepada Pengerusi,

(4) Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakaibagi Lembaga.

6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948adalah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman,pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atauterhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat

Page 9: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Pengkhidmatawam.

N.M.B.Bab 45.

KuasaMenteriuntukmemberikanarahan.

Laporan danmaklumat.

PerlantikanKetuaPengarah,TimbalanKetuaPengarah,Pengarah danpegawai sertapengkhidmatlain.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 9MALAYSIA

atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apaperbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat ataudilakukan olehnya atas sifat sedemikian.

7. Semua anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga,semasa menunaikan kewajipan-kewajipan merekasebagai anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga,hendaklah dis i fatkan sebagai pengkhidmat awammengikut pengertian Kanun Keseksaan.

8. Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri,dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikanarahan-arahan yang tidak tak konsisten denganperuntukan-peruntukan Akta ini dan Lembagahendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.

9. (1) Lembaga hendaklah memberi kepada Menteriapa-apa maklumat mengenai harta dan akt ivi t inyasebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan olehMenteri dari semasa ke semasa.

(2) Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30haribulan Jun setiap tahun, menyebabkan dibuat dandihantar kepada Menteri suatu laporan yang mem-perkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahunyang sebelumnya dan laporan itu hendaklahmengandungi apa-apa maklumat yang berhubungandengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yangdinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

BAHAGIAN IIIKETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH,

PENGARAH DAN PEGAWAI SERTA PENGKHIDMAT LAIN

10. (1) Menteri hendaklah melantik seseorang yanglayak dan patut, atas apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang ditentukannya, untuk menjadi KetuaPengarah yang adalah ketua pegawai eksekutifLembaga.

Page 10: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

10 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Lembaga hendaklah—

(a) dengan kelulusan Menteri, melantik sekianbilangan Timbalan Ketua Pengarah danPengarah sebagaimana yang difikirkannyasesuai; dan

(b) melantik pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat lain sebagaimana yang di-fikirkannya perlu bagi penjalanan cekap urusanLembaga,

atas apa-apa terma dan syarat, termasuk saraan,sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengankelulusan Menteri.

(3) Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepadaarahan Lembaga atas perkara-perkara dasar, diper-tanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harianhal-ehwal Lembaga.

(4) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawabkepada Pengerusi yang bertindak bagi pihak Lembaga.

(5) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasapengawalan am ke atas Timbalan-Timbalan KetuaPengarah, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawaiserta pengkhidmat-pengkhidmat lain Lembaga.

(6) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri,meletakhak pada Ketua Pengarah, Timbalan-TimbalanKetua Pengarah dan Pengarah-Pengarah apa-apa kuasadan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apakewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

(7) Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan KetuaPengarah dan Pengarah-Pengarah hendaklah melak-sanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkanoleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(8) Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementaradalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara olehsebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukupuntuk melaksanakan kewajipan-kewajipannya, Lembaga

Page 11: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Hilangkelayakanuntukdilantik.

Peraturan-peraiuranberkenaandengansyarat-syaratperkhidmatan.

Peraturan-peraturanberkenaandengantatalertib.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 11MALAYSIA

boleh mengarahkan mana-mana Timbalan KetuaPengarah untuk melaksanakan kewajipan-kewajipanKetua Pengarah dalam masa Ketua Pengarah tidak adaatau tidak berupaya buat sementara itu.

11. Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagaipegawai atau pengkhidmat Lembaga jika dia, secaralangsung atau tak langsung, mempunyai sendiri ataumelalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingandalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan,dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

12. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengankelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturanberkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga.

13. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa,dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturanberkenaan dengan tatatertib pegawai-pegawai danpengkhidmat-pengkhidmat Lembaga.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen ini boleh termasuk peruntukan-peruntukanbagi—

(a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atausaraan lain; atau

(b) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraanlain,

seseorang pegawai atau pengkhidmat Lembagasementara menanti keputusan prosiding tatatertib.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahantatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apahukuman tatatertib yang difikirkan sesuai olehLembaga, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkansedemikian boleh meliputi pembuangan kerja ataupenurunan pangkat.

Page 12: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

KumpulanWang.

12 RANG UNDANG-UNDANG

(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen ini hendaklah, dalam menetapkan prosedur bagiprosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orangyang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambilmembuat representasi sebelum keputusan diambil olehLembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.

BAHAGIAN IVKEWANGAN

14. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagimaksud-maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yangakan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari

semasa ke semasa oleh Parlimen;(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari

semasa ke semasa kepada Lembaga daripadapinjaman-pinjaman yang diberikan olehLembaga;

(c) wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yangdibiayai daripada Kumpulan Wang;

(d) wang yang didapati atau yang terbit daripadaapa-apa harta, pelaburan, gadai-janji, gadaianatau debentur yang diperolehi oleh atau yangterletakhak pada Lembaga;

(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai-janji, gadaianatau debentur yang diperolehi oleh atau yangterletakhak pada Lembaga;

(f) jumlah- jumlah wang yang dipinjam olehLembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-manakewajipannya; dan

(g) segala wang atau harta lain yang mungkindengan apa-apa cara menjadi kena dibayarkepada, atau terletakhak pada, Lembaga

Page 13: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

PemeliharaanKumpulanWang.

Perbelanjaanyang hendakdipertanggung-kan padaKumpulanWang.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 13MALAYSIA

betkenaan dengan apa-apa perkara yangbersamplngan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya,

15. Maka adalah menjadi kewajipan Lembagamemelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan,menjalankan dan menunaikan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta inisupaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apaarahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untukmembayar semua wang yang boleh dipertanggungkandengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuksusut nilai dan bunga atas modal, dari setahun kesetahun.

16. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagimaksud—

(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang di-lakukan dengan sah oleh Lembaga, termasukfee guaman dan fee-fee. serta kos-kos lain, dansaraan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerjaoleh Lembaga, termasuk elaun persaraan,pencen dan ganjaran;

(b) membayar apa-apa belanja, kos atauperbelanjaan lain yang dilakukan ataudisetujuterima dengan sepatutnya olehLembaga dalam melaksanakan fungsi-fungsinya atau menjalankan kuasa-kuasanya dibawah seksyen 4;

(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera,barang-barang simpanan dan apa-apa bahanlain, memperolehi tanah dan mendir ikanbangunan-bangunan, dan menjalankan apa-apakerja dan usaha lain dalam melaksanakanfungsi-fungsinya atau menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 4;

(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjamdi bawah Akta ini dan bunga yang kenadibayar atasnya; dan

Page 14: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Perbelanjaandanpenyediaananggaran.

Akta BadanBerkanun(Akaun danLaporanTahunan)1980.Akta 240.

PerwakilanolehLembaga.

14 RANG UNDANG-UNDANG

(e) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaanbagi melaksanakan peruntukan-peruntukanAkta ini.

17. (1) Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yangdibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahunhendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2) Sebelum permulaan bulan September setiaptahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepadaMenteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yangberikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengan-dungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan olehMenteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaantahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaunyang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atauamaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menge-mukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagimana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkankesemua atau mana-mana bahagian daripada per-belanjaan tambahan yang termasuk dalam anggarantambahan itu.

18. Peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun(Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakaibagi Lembaga.

BAHAGIAN VKUASA-KUASA LAIN LEMBAGA

19. Lembaga boleh, melalui suatu suratcara bertulis dibawah meterai biasanya, mewakilkan mana-mana orangatau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yangperlu dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badansedemikian tidaklah mempunyai kawalan ke atasKumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam segalaaspek mengikut arahan Lembaga.

Page 15: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Kuasameminjam.

Pelaburan.

Kuasa untukmengambilkerja.

Obligasimenyimpanrahsia.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 15MALAYSIA

20. Lembaga boleh dari, semasa ke semasa, dengankelulusan Menteri, meminjam, atas apa-apa kadar bungadan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentangmasa dan cara pembayaran balik dan selainnyasebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apajumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagimenjelaskan mana-mana obligasinya atau bagimenunaikan mana-mana kewajipannya.

21. Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendakiuntuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini,hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskanoleh Menteri.

22. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayarejen-ejen dan penasihat-penasihat teknik, termasukpeguambela dan peguamcara, jurubank, broker saham,juruukur, penilai dan orang-orang lain, untukmenjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apaperbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukandalam melaksanakan fungsi-fungsinya, menjalankankuasa-kuasanya atau menunaikan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksudAkta ini dengan lebih baik.

BAHAGIAN VIAM

23. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini ataubagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah dibawah mana-mana undang-undang bertulis, tiadaanggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga bolehmenzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehi-nya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya yangtidak disiarkan menurut Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabiladisabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi limaribu ringgit atau kedua-duanya.

Page 16: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Kuasa untukmembuatperaturan-peraturan.

Pemansuhan.Akta 72.

16 RANG UNDANG-UNDANG

24. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri,membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suaimanfaatatau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukanAkta ini dengan lebih baik.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1),peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenisdokumen, cek dan suratcara akanditandatangani atau disempurnakan bagi pihakLembaga;

(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalanpegawai-pegawai dan pengkhidmat-peng-khidmat Lembaga;

(c) mengenakan fee dalam hal-hal yang ditentukanoleh Lembaga;

(d) mengadakan peruntukan pada amnya mengenaipelaksanaan fungsi-fungsi, penjalanan kuasa-kuasa dan penunaian kewajipan-kewajipanLembaga di bawah peruntukan-peruntukanAkta ini.

(3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa

perbuatan atau peninggalan yang melanggarmana-mana peruntukannya adalah menjadisuatu kesalahan; dan

(b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaanpenalti bagi kesalahan-kesalahan itu, danpenalti itu tidak boleh melebihi lima riburinggit atau satu tahun pemenjaraan ataukedua-duanya.

BAHAGIAN VIIPEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN

PERALIHAN

25. Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia1972 dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuatdi bawahnya adalah dengan ini dimansuhkan.

Page 17: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Penerusananggota-anggotaLembagaPengurusandan pegawai-pegawai sertapengkhidmat-pengkhidmat.

Pemindahankumpulanwang, aset,harta, hak,liabiliti danobligasi.

Pentafsiran.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 17MALAYSIA

26. (1) Anggota-anggota Lembaga PengurusanPerbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5 Aktatermansuh hendaklah, pada hari ditetapkan, menjadianggota-anggota Lembaga dan adalah tertakluk kepadasegala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengananggota-anggota sedemikian dan hendaklah disifatkantelah dilantik di bawah Akta ini.

(2) Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hariditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai ataupengkhidmat Perbadanan hendaklah pada hari itudisifatkan diambil kerja sebagai pegawai ataupengkhidmat Lembaga sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sama yang terdapat sebelumhari ditetapkan itu.

(3) Segala prosiding tatatertib yang, sebelum sahajahari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-manapegawai atau pengkhidmat Perbadanan pada atau selepashari itu, boleh diteruskan terhadap pegawai ataupengkhidmat itu oleh pihak berkuasa Lembaga yangberkenaan.

27. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Aktaini, segala wang yang berada dalam, dan kena dibayarpada, kumpulan wang yang ditubuhkan di bawahseksyen 8 Akta termansuh hendaklah pada hariditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.

(2) Segala aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi yangsebelum sahaja hari ditetapkan adalah aset, harta, hak,liabiliti dan obligasi Perbadanan hendaklah dari hari ituditurunkan kepada Lembaga.

28. Segala sebutan dalam mana-mana undang-undangbertulis lain mengenai Perbadanan hendaklah ditafsirkansebagai sebutan mengenai—

(a) dalam hal perkara-perkara yang berhubungandengan pelesenan atau pendaftaran,Pesuruhjaya Pelancongan; dan

(b) dalam mana-mana hal lain, Lembaga.

Page 18: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Penerusanundang-undang, dsb.

18 RANG UNDANG-UNDANG

29. (1) Segala perintah, peraturan-peraturan, arahan,perlantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusanyang dibuat atau diberi di bawah, atau mengikut, ataumenurut kuasa, Akta termansuh hendaklah, setakat yangperintah, peraturan-peraturan, arahan, perlantikan,pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan itu tidaktak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta iniatau Akta Industri Pelancongan 1991, disifatkan telahdibuat atau diberi di bawah Akta ini atau Akta IndustriPelancongan 1991 dan hendaklah terus berkuatkuasasehingga peruntukan-peruntukan lain dibuat di bawahAkta ini atau Akta Industri Pelancongan 1991 atausehingga tarikh yang padanya ia habis ternpoh.

(2) Apa-apa permohonan untuk lesen atau perakuanpendaftaran, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apajua pun maksud, atau apa-apa rayuan, yang dibuat olehmana-mana orang kepada Menteri atau Perbadanansebelum hari ditetapkan, dan belum selesai sebelum harisedemikian, hendaklah, jika terdapat peruntukan yangbersamaan di bawah Akta ini atau Akta IndustriPelancongan 1991 diuruskan seolah-olah telah dibuat dibawah peruntukan itu, dan jika tiada peruntukanbersamaan sedemikian wujud, permohonan atau rayuanitu hendaklah luput pada hari ditetapkan.

(3) Apa-apa lesen atau perakuan pendaftaran yangdiberikan di bawah Akta termansuh hendaklahdisifatkan sebagai lesen atau perakuan peridaftaran yangdiberi di bawah Akta Industri Pelancongan 1991 danhendaklah sah selama tempoh enam bulan dari hariditetapkan dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukanAkta tersebut yang terpakai bagi suatu lesen atauperakuan pendaftaran atau apa-apa syarat, had atausekatan lain yang boleh dikenakan seolah-olah ia adalahsuatu lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi dibawah Akta itu.

(4) Segala transaksi atau urusniaga yang dibuat ataudilaksanakan dengan sah, dan segala perniagaan yangdilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut Aktatermansuh oleh mana-mana orang yang dilesenkan ataudidaftarkan atau disifatkan dilesenkan atau didaftarkan

Page 19: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Kontrak-kontraksedia ada.

Penerusanprosidingjenayah dansivil.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 19MALAYSIA

di bawah Akta Industri Pelancongan 1991, hendaklahdisifatkan telah dibuat, dilaksanakan atau dilakukandengan sah dan menurut undang-undang, di bawah danmengikut Akta Industri Pelancongan 1991, dan apa-apahak atau liabiliti yang berbangkit daripada transaksi,urusniaga atau perniagaan sedemikian yang wujudsebelum sahaja hari ditetapkan, hendaklah disifatkanterus sah dan menurut undang-undang di bawah AktaIndustri Pelancongan 1991.

30. Segala suratikatan, bon, perjanjian, suratcara danperkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja hariditetapkan hendaklah mempunyai kuatkuasa dan kesanpenuh terhadap atau menyebelahi Lembaga dan bolehdikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah Lembaga, dan bukannya Perbadanan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, telahdinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihakkepadanya.

31. (1) Pemansuhan Akta termansuh tidak menyentuhliabiliti mana-mana orang untuk didakwa dan dihukumbagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Aktatermansuh sebelum hari ditetapkan, atau apa-apaprosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakansebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah,atau kuasa tindakan yang belum selesai atau sedangwujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadapPerbadanan bolehlah diteruskan atau dimulakan olehatau terhadap Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan,mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimanayang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atauterhadap Perbadanan seolah-olah Akta ini atau AktaIndustri Pelancongan 1991 telah tidak diluluskan.

(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau mana-manakebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atauselepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yangdiberi dalam mana-mana prosiding undang-undang

Page 20: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Menghalanganomali.

Perlantikan,pembatalan danperletakanjawatan.

20 RANG UNDANG-UNDANG

sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadapLembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikutmana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia bolehdibawa oleh atau terhadap Perbadanan seolah-olah Aktaini atau Akta Industri Pelancongan 1991 telah tidakdiluluskan.

32. (1) Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaandengan peruntukan-peruntukan peralihan yang di-sebutkan terdahulu dalam Akta ini Menteri boleh,melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian dalamperuntukan-peruntukan tersebut sebagaimana yangdidapatinya perlu bagi menghalang anomali:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah bolehmenjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen iniselepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.

(2) Dalam seksyen ini, "ubahsuaian" termasuklahpindaan, penambahan, pemotongan, penggantian,penyesuaian, penubuhan, pengubahan dan ketakpakaianmana-mana peruntukan Bahagian ini.

JADUAL(Subseksyen 5 (4))

1. (1) Seorang anggota Lembaga, selain daripada Ketua Pengarah,hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalamsuratcara perlantikannya, memegang jawatan selama tempoh yangtidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.

(2) Perlantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masadibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3) Seorang anggota, selain daripada Ketua Pengarah, bolehpada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus suratkepada Menteri.

(4) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa meletakkanjawatannya dengan mengutus surat kepada Lembaga dan kepadaMenteri mengikut terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yangterpakai baginya.

(5) Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepadaurusan Lembaga sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipan-kewajipannya dengan berkesan.

Page 21: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Pengosonganjawatan.

Saraan.

Mesyuarat.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 21MALAYSIA

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadikosong—

(a) jika dia mati;

(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telahdisabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan ataukeburukan akhlak;

(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan rasuah atau di bawahseksyen 23; atau

(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukumdengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraansahaja atau sebagai tambahan kepada denda atausebagai ganti denda) selama lebih daripada duatahun;

(c) jika dia menjadi bankrap;

(d) jika dia tak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebablain, tak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya;

(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;

(f) sekiranya perletakan jawatannya diteriraa oleh Menteri,atau dalam hal Ketua Pengarah, oleh Lembaga dengankelulusan Menteri;

(g) jika perlantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebabmana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantikuntuk menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan yangberkenaan.

3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Lembagaapa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan olehMenteri.

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya duabulan sekali dan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, jika Pengerusitiada, hendaklah mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuaratLembaga bilamasa difikirkannya perlu.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembagahendaklah menetapkan prosedurnya sendiri.

Page 22: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Lembaga bolehmengundangorang tainmenghadirimesyuarat.

Meterai biasa.

Penzahirankepentingan.

Minil.

22 RANG UNDANG-UNDANG

5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukananggota Lembaga) menghadiri mana-mana mesyuarat atauperbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadirsedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atauperbincangan itu.

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yangmengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga danmeterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar,diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut olehLembaga.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu capyang mengandungi perkataan "Lembaga Penggalakan PelanconganMalaysia" boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagaimeterai biasa Lembaga.

(3) Meterai biasa i tu hendaklah disimpan dalam jagaanPengerusi atau mana-mana orang lain yang dibenarkan olehLembaga dan segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yangmenghendaki dimeteraikan dengan meterai Lembaga hendaklahdimeteraikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang anggotaLembaga yang hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan,dokumen atau suratcara sedemikian yang telah dicapkan denganmeterai itu; dan tandatangan sedemikian, tanpa pengakusaksianselanjutnya, hendaklah menjadi keterangan mencukupi bahawameterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya danbahawa ia adalah meterai sah Lembaga.

(4) Meterai biasa Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafanrasmi dan kehakiman.

7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau taklangsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apakepentingan dalam mana-mana syarikat alau usaha yang dengannyaLembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yangada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak ituatau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan olehLembaga hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannyaitu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkandalam minit Lembaga dan melainkan jika dibenarkan secara khususoleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalamapa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungandengan kontrak atau perkara itu.

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratLembaga disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga,jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagaiketerangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti

Page 23: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

Keesahanperbuatan danprosididig.

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN 23MALAYSIA

selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaandengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkantelah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggotadalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yangdiambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasanbahawa—

(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau adaapa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b) ada pelanggaran peruntukan-peruntukan perenggan 7 olehmana-mana anggota Lembaga; atau

(c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan yangtidak menyentuh merit kes itu.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan menubuhkan suatu pertubuhanperbadanan baru yang diberi nama "Lembaga PenggalakanPelancongan Malaysia" yang akan dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi menggalakkan dan memajukan Malaysiasebagai tempat tujuan pelancong dan menyelaraskan apa-apaaktiviti penggalakan dan pemasaran yang berhubungan denganpelancongan yang dijalankan oleh mana-mana jabatan, atau agensiatau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan.

2. Bahagian I mengandungi perkara-perkara permulaan. Fasal 1mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai mulaberkuatkuasanya Akta yang dicadangkan ini. Fasal 2 mengandungitakrif beberapa istilah yang digunakan dalam Rang Undang-Undangini.

3. Bahagian II mengandungi peruntukan-peruntukan yangberhubungan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.Fasal 3 mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga itu,sementara fasal 4 memperkatakan fungsi dan kuasa Lembaga danaktiviti-aktiviti yang boleh diusahakan olehnya. Fasal 5mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai keanggotaanLembaga. Fasal 6 dan 7 memperuntukkan bagi Akta PerlindunganPihak Berkuasa Awam 1948 dan Kanun Keseksaan terpakaiberkenaan dengan anggota, pegawai dan pengkhidmat Lembaga.Fasal 8 memberi kuasa kepada Menteri memberi arahan-arahankepada Lembaga. Fasal 9 memperkatakan pemberian laporan danmaklumat oleh Lembaga mengenai harta dan aktivitinya kepadaMenteri.

Page 24: DR. 44/91 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA · PDF fileMalaysia sebagai tempat tujuan pelancong; (c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau ... mutu kemudahan-kemudahan dan tarikan

24 RANG UNDANG-UNDANG

4. Bahagian III Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai Ketua Pengarah, Timbalan-Timbalan KetuaPengarah, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai sertapengkhidmat-pengkhidmat lain Lembaga. Fasal 10 bertujuanmemberi kuasa kepada Menteri untuk melantik Ketua Pengarah danLembaga untuk melantik Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah,Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai serta pengkhidmat-pengkhidmatnya. Fasal 12 dan 13 bertujuan memberi kuasa kepadaLembaga, dengan kelulusan Menteri, untuk membuat peraturan-peraturan mengenai syarat-syarat perkhidmatan dan tatatertibpegawai-pegawai serta pengkhidmat-pengkhidmatnya.

5. Bahagian IV mengandungi peruntukan-peruntukan kewangan.Fasal 14 bertujuan menubuhkan Kumpulan Wang Lembaga. Dibawah fasal 15, Lembaga adalah dikehendaki untuk memeliharaKumpulan Wang mengikut cara yang dinyatakan. Fasal 16menyatakan maksud-maksud yang baginya Kurapulan Wang bolehdibelanjakan.

6. Bahagian V memperkatakan kuasa-kuasa lain Lembaga. Antaralain, ia bertujuan membenarkan Lembaga mewakilkan beberapakuasa, kewajipan dan fungsinya. la juga bertujuan membenarkanLembaga meminjam wang dan melaburkan aset-asetnya yang tidakdikehendaki dibelanjakan.

7. Bahagian VI membuat peruntukan bagi perkara-perkara am.Fasal 23 melarang penzahiran apa-apa maklumat yang didapati olehmana-mana anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga dalampenjalanan kewajipan-kewajipannya kecuali bagi maksud-maksudkhusus. Fasal 24 membolehkan Lembaga, dengan kelulusanMenteri, membuat peraturan-peraturan bagi menjalankanperuntukan-peruntukan Akta yang dicadangkan ini dengan lebihbaik.

8. Bahagian VII adalah berhubungan dengan pemansuhan danperuntukan-peruntukan peralihan. Pasal 25 bertujuan untukmemansuhkan Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia1972 sementara fasal 26, 27, 28, 29, 30, 31 dan 32 mengandungiperuntukan-peruntukan peralihan yang berbangkit daripadapemansuhan Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan 1972 itu.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U2) 1606.]