terengganu darul iman tambahan perundangan akta...

26
Tarikh penyiaran : TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 Tr. P.U. 11/94 UNDANG-UNDANG KECIL PERLESENAN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS DAERAH DUNGUN) 1993 23 Jun 1994 Tarikh mula berkuatkuasa : _________________________________ SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL _________________________________ Mukadimah Undang-undang kecil 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil 2. Lesen. Undang-undang kecil 3. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 4. Bentuk lesen. Undang-undang kecil 5. Sahnya lesen. Undang-undang kecil 6. Pindahmilik lesen. Undang-undang kecil 7. Kebersihan. Undang-undang kecil 8. Mengadakan tong sampah. 23 Jun 1994 Undang-undang kecil 9. Sampah hendaklah diletak dalam bekas-bekas dan lain-lain. Undang-undang kecil 10. Pembuangan sampah. Undang-undang kecil 11. Menumpahkan bahan mengganggu. Undand-undang kecil 12. Bekalan air. Undang-undang kecil 13. Tandas pam dan tempat buang air kecil. Undang-undang kecil 14. Pencahayaan.

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

21 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

Tarikh penyiaran :

TERENGGANU DARUL IMAN

TAMBAHAN PERUNDANGAN

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Tr. P.U. 11/94

UNDANG-UNDANG KECIL PERLESENAN TRED,

PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS DAERAH DUNGUN) 1993

23 Jun 1994

Tarikh mula berkuatkuasa :

_________________________________

SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL

_________________________________

Mukadimah

Undang-undang kecil 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

Undang-undang kecil 2. Lesen. Undang-undang kecil 3. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 4. Bentuk lesen. Undang-undang kecil 5. Sahnya lesen. Undang-undang kecil 6. Pindahmilik lesen. Undang-undang kecil 7. Kebersihan. Undang-undang kecil 8. Mengadakan tong sampah.

23 Jun 1994

Undang-undang kecil 9. Sampah hendaklah diletak dalam bekas-bekas dan lain-lain. Undang-undang kecil 10. Pembuangan sampah. Undang-undang kecil 11. Menumpahkan bahan mengganggu. Undand-undang kecil 12. Bekalan air. Undang-undang kecil 13. Tandas pam dan tempat buang air kecil. Undang-undang kecil 14. Pencahayaan.

Page 2: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

Undang-undang kecil 15. Pengudaraan.

Undang-undang kecil 16. Bersesak-sesak tidak dibenarkan. Undang-undang kecil 17. Peruntukan bilik mes, dsb. Undang-undang kecil 18. Undang-undang kecil 19. Bahan-bahan mudah terbakar. Undang-undang kecil 20. Penyimpanan. Undang-undang kecil 21. Pembakaran. Undang-undang kecil 22. Penyebaran habuk dsb. Undang-undang kecil 23. Kacau ganggu. Undang-undang kecil 24. Waktu menjalankan periagaan dsb. Undang-undang kecil 25. Jaminan. Undang-undang kecil 26. Kuasa untuk memasuki bagi tujuan pemeriksaan. Undang-undang kecil 27. Penalti.

JADUAL

Page 3: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

Mukadimah

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan

1976 [Akta 171], Majlis Daerah Dungun membuat dan menurut seksyen 103 Akta

tersebut, Pihak Berkuasa Negeri mengesahkan undang-undang kecil yang berikut:

1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Undang-undang kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred,

Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Dungun) 1993 dan hendaklah dipakai di kawasan Majlis Daerah Dungun sahaja.

(2) Undang-undang kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya disiarkan

dalam Warta.

2. Lesen.

(1) Tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu tempat atau premis dalam kawasan

Majlis Daerah Dungun bagi apa-apa tred, perniagaan atau perindustrian tanpa lesen yang dikeluarkan untuk tujuan itu oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Dungun (selepas ini disebut Yang Dipertua) di bawah undang-undang kecil ini.

(2) Mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini hendaklah

tertakluk kepada bayaran yang ditetapkan dalam jadual.

3. Permohonan untuk mendapatkan lesen.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat secara bertulis

kepada Yang Dipertua dalam borang yang ditetapkan oleh Yang Dipertua.

(2) Yang Dipertua boleh menghendaki mana-mana permohonan untuk pengeluaran atau

pembaharuan lesen supaya hadir sendiri atau bagi sesuatu perbadanan atau firma,

seorang wakil yang diberi kuasa oleh perbadanan atau firma tersebut hadir semasa lesen dikeluarkan atau diperbaharui.

Page 4: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

4. Bentuk lesen.

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini hendaklah dalam

bentuk yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.

5. Sahnya lesen.

Sesuatu lesen jika tidak digantung atau dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah terus

berkuatkuasa sehingga 31 haribulan Disember berikutan tarikh berkuatkuasa dan hendaklah diperbaharui pada atau sebelum tarikh tamat tempoh lesen itu.

6. Pindahmilik lesen.

(1) Sepanjang tempoh sahnya sesuatu lesen, Yang Dipertua boleh atas permohonan

pemegang lesen itu dipindahmilik kepada orang lain.

(2) Bayaran pindahmilik ialah dua puluh peratus daripada bayaran yang ditetapkan

dalam Jadual.

7. Kebersihan.

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyenggara tempat atau premis

berlesennya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih.

8. Mengadakan tong sampah.

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mengadakan tong sampah atau bekas sampah

bertutup yang cukup sebagaimana perlu untuk menyimpan sampah.

Page 5: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

9. Sampah hendaklah diletak dalam bekas-bekas dan lain-lain.

Semua sampah sarap hendaklah diletak dalam karung plastic atau bekas-bekas lain

yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah atau bekas sampah.

10. Pembuangan sampah.

Semua sampah sarap dalam tong sampah atau bekas sampah hendaklah dibuang

dengan cara sebagaimana diarahkan oleh Yang Dipertua dari masa ke semasa.

11. Menumpahkan bahan mengganggu.

Tiada seorang pun pemegang lesen boleh menyebabkan atau membenarkan darah, air

masin, cecair kotor atau lain-lain bahan mengganggu dilonggokkan, ditumpahkan atau diserakkan ke dalam mana-mana longkang atau mana-mana tempat awam atau persendirian lain.

12. Bekalan air.

Ditempat atau premis berlesen hendaklah ada bekalan air paip yang disambungkan ke

sesalur air dari bekalan air awam melainkan dikecualikan oleh Yang Dipertua dalam hal atau kawasan tertentu.

13. Tandas pam dan tempat buang air kecil.

Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyenggara dalam keadaan baik bilik

mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan besen cuci tangan yang cukup bilangannya dalam tempat atau premis berlesen itu hingga memuaskan hati Yang Dipertua.

Page 6: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

14. Pencahayaan.

Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan pencahayaan yang

cukup diadakan dalam tempat atau premis berlesen itu hingga memuaskan hati Yang Dipertua dan jika pencahayaan asli tidak mencukupi langkah-langkah hendaklah diambil

untuk mengadakan pencahayaan buatan.

15. Pengudaraan.

Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan terdapat

pengudaraan yang cukup diadakan dalam tempat atau premis berlesen itu hingga memuaskan hati Yang Dipertua dan hendaklah menyebabkan tiap-tiap cara pengudaraan tersebut itu dijaga dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

16. Bersesak-sesak tidak dibenarkan.

Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang cukup untuk mempastikan yang

keadaan bersesak-sesak tidak berlaku di dalam tempat atau premis dilesenkan.

17. Peruntukan bilik mes, dsb.

Yang Dipertua boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesn

supaya menyediakan bagi pekerja-pekerjanya kemudahan-kemudahan yang sesuai dan secukupnya seperti bilik mes, bilik rehat, kantin, bilik salin pakaian dan gerobok dan memperbaikinyanjika Yang Dipertua berpendapat kemudahan-kemudahan yang ada itu tidak mencukupi.

18. Pemegang lesen hendaklah mempastikan bahawa:

(a) kelengkapan menentang kebakaran yang cukup dipasang di tempat atau

premis berlesen itu hingga memuaskan hati Yang Dipertua.

(b) tangga dan jalan keluar yang cukup disediakan dan disenggarakan di tempat

atau premis berlesen itu; dan

Page 7: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

(c) semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar di tempat atau premis

berlesen itu adalah bebas daripada segala halangan dan tiap-tiap pintu di

dalam dibina dan dipasang sedemikian cara supaya mudah dibuka.

19. Bahan-bahan mudah terbakar.

(1) Apa-apa bahan atau larutan yang mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas

bertudung tutup sendiri yang rekabentuknya telah mendapat kelulusan.

(2) Jika apa-apa pelarut, larutan atau bahan yang mempunyai takat kilat 23 C disimpan

dalam kuantiti yang melebihi 45 liter, stor tidak mudah terbakar hendaklah dibina mengikut kehendak Yang Dipertua.

20. Penyimpan.

Semua bahan hendaklah disimpan mengikut cara dan keadaan yang dapat mencegah

keluaran bahan-bahan berbahaya dan mengganggu daripadanya.

21. Pembakaran

Pemegang lesen tidak boleh membakar atau menyebabkan dibakar bahan-bahan

pembakar atau sampah sarap atau buangan melainkan mengikut cara dan di tempat yang diluluskan oleh Yang Dipertua.

22. Penyebaran habuk dsb.

Pemegang lesen tidak boleh menyebabkan, membiarkan, membenarkan atau

mengizinkan penyebaran apa-apa kuantiti habuk, wap asap, wap, haba gas. Pancaran, bau, hiduan, getaran, asap atau jelaga daripada tempat atau premis berlesennya yang pada pendapat Yang Dipertua adalah suatu kacauganggu atau mencemarkan udara.

Page 8: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

23. Kacau ganggu.

Pemegang lesen semasa menjalankan trednya tidak boleh membuat atau menyebabkan

apa-apa kacauganggu.

24. Waktu menjalankan perniagaan dsb.

Yang Dipertua boleh mengarahkan bahawa sesuatu tred, perniagaan atau

perinduastrian tertentu tidak dibenarkan dijalankan di sesuatu tempat atau premis berlesen melainkan pada waktu dan masa0masa yang ditetapkan atau dikenakan oleh Yang Dipertua dan pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana arahan itu.

25. Jaminan.

(1) Yang Dipertua boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu lesen, menyuruh pemohon

memberi jaminan sama ada dengan membayar deposit tunai atau dengan cara mengikat bon dengan membayar deposit tunai atau dengan cara mengikat bon dengan atau tanpa penjamin-penjamin untuk mempastikan bahawa peruntukan-peruntukan undang-undang kecil ini dan syarat-syarat lesen itu dipatuhi dengan sepatutnya.

(2) Deposit atau bon itu bolehlah berupa atau dalam apa-apa jumlah wang yang tidak

melebihi lima ribu ringgit.

(3) Tanpa menyentuh undang-undang kecil 27, apa-apa jumlah wang yang didepositkan

atau bon yang diikat di bawah undang-undang kecil ini boleh dirampas keseluruhannya atau sebahagiannya oleh Yang Dipertua kerana melanggar undang-undang kecil ini, atau melanggar syarat-syarat lesen dengan syarat bahawa jumlah wang atau bon itu hendaklah dilucuthak apabila lesen itu dibatalkan.

26. Kuasa untuk memasuki bagi tujuan pemeriksaan.

Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberikuasa dengan sempurna olehnya

boleh:

(a) memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau

Yang Dipertua atau pegawai itu percaya dengan munasabahnya digunakan bagi

Page 9: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

maksud apa-apa tred, perniagaan atau perindustrian yang mana lesen adalah

dikehendaki di bawah undang-undang kecil ini;

(b) meminta daripada pemegang lesen tred, perniagaan dan perindustrian itu atau

pekerjanya apa-apa maklumat berkenaan dengan pengurusan tred, perniagaan atau perindustrian itu dan pemegang lesen itu atau pekerjanya hendaklah memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki daripadanya.

27. Penalti.

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kecil ini adalah

bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan ia berterusan selepas sabitan.

JADUAL

(Undang-undang Kecil 2)

BAYARAN LESEN TAHUNAN

1.

2.

Bil

Jenis Tred, Perniagaan dan Perindustrian

Menyimpan, menjual atau memasang alat ganti atau alat

tambah kenderaan atau jentera:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual alat ganti jentera terpakai:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Bayaran Lesen

(RM)

100

200

300

100

200

300

Page 10: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

3.

4.

5.

6.

7.

Menjual, memasang atau membaiki penyaman udara

kenderaan: (a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Stesen membaikpulih kenderaan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan dan menjual kenderaan atau jentera:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

(a) Membaiki, membaik pulih atau mengecat motosikal ..

(b) Menjual motosikal ……………………………………….

Membaiki atau mengecat kenderaan bermotor atau

jentera (tidak termasuk motosikal):

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

100

200

300

100

200

300

150

250

350

60

70

100

200

300

8.

9.

Membaikpulih atau memasang ekzos kenderaan motor .. 100

Kerja-kerja kimpalan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Page 11: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

10.

11.

12.

13.

Menjual atau membaiki basikal:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

(d) Membaiki sahaja ………………………………………...

Membaiki, mengecas, menyimpan atau menjual bateri:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan, menjual, mengimbang atau penjajaran

tayar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Stesen mengisi petrol, diesel atau LPG:

(a) Pam pertama …………………………………………….

(b) Setiap satu pam tambahan …………………………….

50

100

150

25

100

200

300

100

200

300

100

25

14.

15.

16.

Membaikpulih kenderaan di stesyen petrol/diesel ………. 80

Menjual atau membaiki penyaman udara, ketuhar, peti

sejuk atau barang-barang elektrik yang lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Amenyimpan atau menjuall asitilin, oksigen, LPG atau

lain-lain gas:

Page 12: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

17.

18.

19.

20.

(a) 150 kg ke bawah ………………………………………...

(b) 151-2500 kg ……………………………………………...

(c) 2501 – 4500 kg …………………………………………..

(d) 4501 kg ke atas ………………………………………….

Menyimpan atau menjual asid, alkali, pelarut, dammar,

pelekat, baja, racun serangga, racun rumpai atau kimia- kimia lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual baja binatang/ikan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual spirit bermetil:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual ikan reput atau ikan busuk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

12

100

200

300

100

200

300

100

200

300

100

200

300

100

200

300

21.

22.

Cecair lemak binatang, membuat gam (glu) atau lilin ….. 50

Menyiat kulit atau mengeluarkan isi perut binatang …….. 50

Page 13: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

23.

24.

25.

Memproses, menyimpan atau menjual offal, darah atau

tulang yang direbus:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Tempat penetasan atau pembiakan haiwan

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Kedai binatang peliharaan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

100

200

300

100

200

300

100

200

300

26.

27.

28.

29.

Tempat menternak binatang atau ikan …………………… 50

Rumah sembelihan binatang:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Mengilang, menyimpan atau menjual makanan haiwan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 50

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 100

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 150

Tapak semaian tumbuh-tumbuhan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 80

Page 14: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

160

240

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

Kedai bunga atau pokok dalam pasu …………………….. 100

Membuat, menyimpan atau menjual pasu, pinggan-

manhkuk atau lain-lain barang dari tembikar …………….

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Percetakan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 150

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 280

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 350

Menjual atau menyewakan rekod, pita rakaman, filem

atau cakra …………………………………………………… 50

Menyimpan atau menjual aloi, amalgam atau alohan

logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Menyimpan atau menjual barang-barang dari aluminium,

timah kaluli atau logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Kedai barang-barang besi atau logam:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

Page 15: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

37.

38.

39.

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Mengumpul atau menyimpan besi buruk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual kontena:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual simen secara borong:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

200

300

100

200

300

100

200

300

100

200

300

40.

41.

42.

43.

44.

Pertukangan simen, batu besi, tembaga atau ayan …….. 30

Membuat pendua kunci ……………………………………. 40

Mencelup atau mencetak batik atau fabric ………………. 100

Menyulam atau mengait:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Kedai jahit:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

Page 16: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

45.

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual pakaian atau kasut (footwear):

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

200

300

50

100

150

46.

47.

48.

49.

50.

51.

52.

Kedai dobi …………………………………………………… 60

Menyimpan atau memproses rotan ………………………. 100

Menyimpan atau menjual kayu bergegaji atau papan

lapis …………………………………………………………... 100

Menyimpan atau menjual alat-alat kelengkapan

rumahtangga atau perabot:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Menyimpan atau menjual arang batu, arang kayu atau

lain-lain barang mudah terbakar ………………………….. 25

Menyimpan atau menjual mancis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Mengumpul atau menyimpan suratkhabar lama, tin-tin

kosong, botol-botol, tulang-tulang, guni-guni, buku-buku, tong-tong atau barang-barang buruk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

Page 17: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

200

300

53.

54.

55.

56.

57.

58.

59.

Menyimpan atau menjual senjatapi atau peluru ………… 200

Menyimpan atau menjual getah:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Menjual, menyimpan atau membuat colok-colok

sembahyang, kertas-kertas sembahyang atau barang- barang lain yang berkaitan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Menyimpan atau menjual barang-barang kraftangan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 50

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 100

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 150

Kilang padi:

(a) Tidak melebihi 100 kuasa kuda ……………………….. 50

(b) Melebihi 100 kuasa kuda tetapi tidak melebihi 500

kuasa kuda ………………………………………………. 100

(c) Melebihi 500 kuasa kuda ………………………………. 300

Sport toto, rmpat nombor ekor atau sebagainya ………... 2000

Kedai ubat:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

Page 18: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

60.

61.

62.

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Kedai cermin termasuk membuat bingkai gambar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Gudang atau stor:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ……….....

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Menyimpan atau menjual petrol, diesel atau minyak

200

300

50

100

150

100

200

300

63.

64.

65.

66.

67.

68.

tanah dalam sebuah skid tank …………………………….. 50

Menyimpan atau menjual benda-benda lain yang tidak

terdapat dalam undang-undang kecil ini:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... Tidak melebihi

200 (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi …………………………… Tidak melebihi

320 (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Tidak melebihi

480

Mengilang asitilin, oksigen atau gas-gas lain ……………. 5000

Menghilang asid, alkali, pelarut, dammar, pelekat, baja,

racun serangga, racun makhluk perosak, racun rumpai, umpan kimia atau kimia lain ……………………………….. 5000

Membuat penyaman udara, ketuhar, peti sejuk,

televisyen, perakam video atau lain-lain barangan elektrik ……………………………………………………….. 5000

Kilang besi atau keluli ……………………………………… 5000

Membuat aloi, amalgam atau olahan logam lain:

Page 19: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

69.

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi ………….

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

Membuat barang-barang dari aluminium, timah, keluli

atau logam-logam lain:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi ………….

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………...

500

1000

500

1000

70.

71.

72.

73.

74.

75.

76.

77.

Membuat kawat duri, kawat jarring atau pagar

berangkai: (a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 50

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Membuat kabel atau wayar:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 500

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 1000

Membina badan kenderaan motor ………………………... 3000

Membuat alatganti kenderaan motor atau jentera ………. 3000

Membuat basikal ……………………………………………. 2000

Pemasangan atau pembuatan motosikal, kereta, traktor

atau jentera berat lain ……………………………………… 3000

Membuat barang-barang dari emas, tembaga, perak, pewter atau barang-barang lain yang serupa:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 50

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 250

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 350

Membuat pam atau penapis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 300

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 500

Page 20: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

78.

79.

80.

81.

82.

83.

84.

85.

86.

87.

88.

89.

90.

Kilang minyak sawit ………………………………………… 3000

Kilang gula …………………………………………………... 3000

Kilang rokok …………………………………………………. 3000

Kilang tepung ……………………………………………….. 1000

Kilang air batu ………………………………………………. 200

Membuat atau menyimpan kopra …………………………. 50

Pengawitan daun tembakau:

(a) Tidak melebihi 5 ban tembakau ………………………. 200

(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 50

Membuat botol-botol:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 400

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 800

Membuat serabut sinatik:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 400

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 800

Membuat barang-barang dari kaca gentian:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat barang-barang dari kaca:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat kaca ………………………………………………. 2000

Membuat bekas air panas:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 300

Page 21: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

91.

92.

93.

94.

95.

96.

97.

98.

99.

100.

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 500

Membuat makanan haiwan:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 400

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 800

Membuat cat ………………………………………………… 5000

Membuat barang-barang berasaskan petroleum atau

minyak pelincir ………………………………………………. 3000

Membuat bahan-bahan pengilap:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 500

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 1000

Membuat papan lapis:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 1000

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 2000

Membuat atau menjual keranda …………………………... 50

Membuat perhiasan dari kayu:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Kilang papan:

(a) Tidak melebihi 2 mesin ………………………………… 500

(b) Tiap-tiap satu mesin tambahan ………………………. 500

Kilang perabot:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Membuat bot atau limbungan ……………………………... 400

Page 22: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

101.

102.

103.

104.

105.

106.

107.

108.

109.

110.

111.

112.

113.

Membuat perahu ……………………………………………. 100

Kilang simen ………………………………………………… 5000

Membuat barang-barang dari simen:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 400

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 800

Mengisar simen ……………………………………………... 600

Kerja-kerja pecah batu ……………………………………... 1000

Membuat batu jubin, marmar atau lain-lain barang

seumpamanya ………………………………………………. 3000

Membuat batu-bata ………………………………………… 300

Membuat bahan-bahan bangunan pasang-siap:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Kilang tekstil ………………………………………………… 3000

Membuat permaidani ………………………………………. 2000

Membuat kusyen:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Membuat sarung tangan atau topi:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat tirai atau hiasan dalaman:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

Page 23: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

114.

115.

116.

117.

118.

119.

120.

121.

122.

123.

124.

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Membuat tayar atau tiub …………………………………… 3000

Membuat tayar atau kerja-kerja penvulkanan:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 300

Membuat barang-barang dari getah ……………………… 150

Membuat alat-tulis:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 300

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………... 500

Membuat baja binatang atau ikan:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 800

Membuat bateri:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat kalsium karbaid …………………………………. 2000

Mengilang ubatan atau lain-lain keluaran farmasi:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat barang-barang perancang keluarga:

(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi …………. 300

(b) Kuasa melebihi 280 meter persegi …………………… 600

Membuat mercun, bahan letupan atau bunga api ………. 5000

Kilang kertas ………………………………………………… 3000

Page 24: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

125.

126.

127.

128.

129.

130.

131.

132.

133.

134.

135.

Mengisi gas di dalam baling ……………………………….. 4000

Memproses bulu burung …………………………………… 200

Kilang kulit:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………….. 300

Membuat kasut (footwear) …………………………………. 2000

Membuat payung:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 200

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 300

Membuat zip:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 250

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 250

Kilang menggiling atau mengisar:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100 (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak 200 melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 300

Membuat papan tanda atau iklan …………………………. 100

Membuat gabus puncak atau penutup botol …………….. 120

Membuat alat solek atau alat keperluan bersuci ………... 2000

Membuat, menyimpan atau menjual bahan pencuci:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 100

Page 25: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi ……………………………

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ………………

250

350

136.

137.

138.

139.

140.

Kilang mancis ……………………………………………….. 400

Membuat ubat nyamuk:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 300

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 500

Kilang plastik atau membuat barang-barang plastik:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 300

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 1000

Membuat barang-barang permainan kanak-kanak:

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak

melebihi 280 meter persegi …………………………… 350

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… 1000

Membuat apa-apa keluaran yang tidak dinyatakan dalam

undang-undang kecil ini: Tidak melebihi

(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi ………..... 200

(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak Tidak melebihi

melebihi 280 meter persegi …………………………… 400

(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi ……………… Tidak melebihi

1200

Page 26: TERENGGANU DARUL IMAN TAMBAHAN PERUNDANGAN AKTA …mpd.terengganu.gov.my/sites/default/files/undang-undang_kecil_pelesenan_tred... · mandi, tandas pam, tempat buang air kecil dan