penyata rasmi parlimen · faedah pinjaman asas, dengan izin, base lending rate, sistem bank dan...

86
Jilid II Bil. S ..: ' MALAYSIA Harilsnin lhb Jun, 1992 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session . KAND UN GAN JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 793] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) [Ruangan 882] DICl!TAK OLBH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BBRHAD, !BU PEJABAT, KUALA LUMPUR 1994

Upload: dangbao

Post on 29-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid II Bil. S

..:

• ' MALAYSIA

Harilsnin lhb Jun, 1992

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session .

KAND UN GAN

JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 793]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992) [Ruangan 882]

DICl!TAK OLBH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BBRHAD, !BU PEJABAT, KUALA LUMPUR

1994

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELoo A/L Gov1NDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

..

..

..

..

..

..

..

"

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAn ANNuAR BIN MusA (Dilantik). 1 .. t:..

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, TuAN ADAM BIN KADIR (Dilantik) .

Timbalan Menteri Pertanian, DATb' S. SuBRAMANIAM, D.S.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TuAN MusTAPA BIN MOHAMED {Dilantik). .

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.I.S., B.S.l., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.I.s., P.P.M. (Johor) .

TuAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAii ABDUL SALAM BIN AWANG, A.M.N. (Dilantik) .

DATUK HAii AHMAD BIN HAii ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. {Dilantik).

TUAN HAii AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik) .

PuAN HAIAH ASMAR BINTI HAii ISMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN AzMAN ATAR BIN 0rHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzuMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJJ OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI S10NG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

787 1 JUN 1992

Yang Berhormat TUAN DAHALAN BIN HAii EMBUN (Perlis).

"

"

"

"

"

"

"

.. "

"

" .. "

..

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN DING SELING (Dilantik).

TuAN HAn DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TuAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

TuAN GHAZALI BIN HAn EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

w AN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAn MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG w ANG (Perak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.S.K. (Sabah).

TuAN Isu BIN HAJI SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WALi BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAn AHMAD, A.M.N., A.N.s., P.M.c., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik) .

PuAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAW JACK YOON (Dilantik).

DATO' DR MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik) .

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZALI BIN DATO' MOHD. SETH, M.I.D .• P.P.M .• K.M.N .• J.M.N., S.MJ., P.P.C., P.N.B.S., D.P.MJ., P.S.M., S.P.M.L, P.M.N., S.l.M.P.,

D.H.M.S., P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAii MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MuNISAMY A/L KuPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TuAN NEo TuAN CHENG, P.P.N. (Johar).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO' Na THIAN HocK, D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN RAIIlM BIN .BABA, A.M.P. (Dilailtik).

PuAN ROSALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PUAN RAJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

,_

789 1 JUN 1992 790

Yang Berhormat TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

,,

,,

,,

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.I.K. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HA11 SumB BIN SuAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN GIM HuA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VIJAYANATHAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HOCK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HA11 ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN HAJAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

791 1 flJN 1992

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha .Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Zamani bin Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Pen. Pegawai Penerbitan: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak. ·

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah · binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin

•Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

792

793 1 JUN 1992 794

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, lhb Jun, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

INFLASl-LANGKAH POSITIF MENGAWAL

1. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) Apakah tindakan positif yang telah dan akan dilaksanakan bagi mengawal meningkatnya inflasi walaupun masa kini agak terkawal; dan

( b) apakah tindakan yang perlu bagi menggalakkan rakyat negara ini lebih berjimat cermat agar tabungan tidak terus merosot.

Timbalan Menteri Kementerian Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan sentiasa mengawasi dengan teliti keadaan inflasi negara. Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk membendung inflasi pada kadar yang paling rendah supaya pendapatan sebenar rakyat tidak terjejas. Secara amnya dasar yang digunakan meliputi pengawalan perkembangan permintaan agregat yang berlebihan, pengurangan halangan ke atas

sistem pengeluaran dan usaha mengawal kos. Bagi tujuan ini beberapa langkah fiskal dan kewangan telah dan sedang diambil oleh Kerajaan. Langkah­langkah ini termasuklah:

(i) menggalakkan simpanan dalam negeri. Untuk mencapai matlamat ter­sebut Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia tel ah membebaskan kawalan pentadbirannya ke atas penetapan kadar faedah pinjaman asas, dengan izin, base lending rate, sistem bank dan membiarkan kuasa pa saran menentukan paras kadar faedah dalam negeri yang sesuai;

(ii) menaikkan nisbah rizab berkanun (statutory reserve ratio) bank-bank perdagangan, syarikat­syarikat kewangan dan bank-bank saudagar. Pada 15hb. Ogos 1991 nisbah rizab berkanun telah dinaikkan sebanyak satu mata peratusan kepada 7.5%. Seterusnya pada 2hb Mei, 1992 nisbah rizab berkanun ini telah dinaikkan lagi kepada 8.5%;

(iii) mengetatkan syarat-syarat kelayakan bagi penggunaan kad kredit dan syarat-syarat pin­jaman sewa beli bagi

795 1 JUN 1992 796

kenderaan bermotor. Garis panduan baru pengeluaran kad kredit adalah seperti berikut:

(a) jumlah pendapatan minimum sebanyak $24,000 setahun.

(b) umur minimum dihadkan kepada 21 tahun.

( c) bayaran bulan ada­lah tidak kurang 10% daripada jum­lah baki pinjaman yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pinjaman sewa beli kenderaan bermotor, jumlah pinjaman hanya dihadkan kepada 75% daripada kos kenderaan tersebut dan tempoh bayaran balik disingkat­kan kepada 4 tahun. Waiau bagaimanapun, peraturan ini tidak meliputi kenderaan yang kosnya $40,000 ke bawah berkuatkuas mulai lhb April, 1992;

(iv) melonggarkan dasar pengambilan buruh asing untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan seterusnya mengu­rangkan tekanan terhadap upah;

(v) Kerajaan terus meng­awasi harga barang­barang perlu serta menggalakkan pengeluaran makanan dalam negeri. Senarai barang-barang kawalan adalah seperti berikut:

Barang-barang Perlu:

Beras, gula pasir bertapis, tepung gandum, Simen

Portland, besi keluli bulat/Bmets.

Keluaran petroleum: Petrol, diesel, minyak tanah, gas petroleum cair.

Barang-barang lain: Glass Sheet dan Float Glass, Barytes, Tanah Peluntur, Monosodium glutamate.

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membendung inflasi tidak akan memberi kesan sepenuhnya sekiranya rakyat jelata tidak turut memberi kerjasama dengan memainkan peranan masing-masing bagi membanteras inflasi. Ini termasuklah ber­belanja mengikut ke­mampuan diri sendiri, menambahkan tabiat menabung dan sebagai­nya. Saya percaya, jika setiap lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing, kita dapat membendung in­flasi di dalam negara kita pada tahap yang paling rendah.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai kadar tabungan yang tinggi. Namun demikian, Kerajaan akan terus berusaha meningkatkan lagi jumlah tabungan negara. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan termasuklah:

(i) membebaskan kawalan pentadbiran oleh Bank

797 1 JUN 1992 798

Negara Malaysia ke atas kadar faedah pinjaman asas, dengan izin, base lending rate, sistem bank dan membiarkan kuasa pasaran menentukan

· paras kadar faedah dalam negeri yang sesuai;

(ii) memberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diperolehi dari akaun simpanan bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan sehingga deposit berjumlah $50,000;

(iii) membenarkan bank-bank perdagangan dan sya­rikat-syarikat kewangan:

(a) menubuhkan cawa­n g an - ca wangan baru di kawasan­kawasan yang tidak mempunyai per­khidmatan bank;

(b) mengadakan per­khidmatan bergerak atau cawangan mini di kawasan-kawa­san cawangan penuh yang tidak berdaya maju;

(c) menu bu h k an pondok-pondok di pusat pameran atau kompleks pernia­gaan bagi menarik para penyimpan.

(iv) Tuan Yang di-Pertua, langkah yang terakhir sekali yang diambil oleh Kerajaan ialah Kerajaan terus mengawasi peng­urusan perbelanjaan agar perbelanjaan yang tidak produktif dapat dikurang­kan dan dengan ini tabungan awam dapat ditingkatkan.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dengan tidak menetapkan BLR terhadap badan-badan perdagangan, inflasi telah dapat dibendung. Kalau ya, sejauh manakah kesannya? Tidakkah ianya membeban­kan usahawan-usahawan kecil dan syarikat yang sedang mencuba dan baru belajar untuk berniaga?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang saya sebutkan tadi, langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan termasuk kewangan, langkah fiskal dan langkah kewangan. Dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi tempoh yang lalu telah memberi keberkesanan termasuk melonggarkan ataupun membebaskan kawalan pentadbiran ke atas penetapan kadar faedah pinjaman asas iaitu BLR. Dan saya ingin di sini memberitahu Ahli Yang Berhormat bahawa Iangkah­langkah ini yang telah diambil oleh Kerajaan telah memberi kesan. Walaupun Kerajaan tahu bahawa apa­apa juga langkah yang diambil oleh Kerajaan · akan memberi efek yang sebaliknya kepada sesuatu golongan, tetapi untuk tujuan yang ingin dicapai oleh Kerajaan kita, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan ini adalah berkesan.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa Kementerian Pelancongan meng­galakkan rakyat negara ini melancong dalam negara kita dan begitu juga Kementerian Pertanian menggalakkan rakyat negara ini memakan buah-buahan tempatan, salah satu daripada cara yang boleh mempertingkatkan ekonomi ataupun membenarkan perbelanjaan · wang negara keluar daripada negera kita. Dan kalau bersetuju, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa negara kita wajar mengurangkan pekerja-pekerja

799 1 JUN 1992 800

daripada negara luar dengan menaikkan gaji kepada pekerja-pekerja dalam negara kita?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ini meliputi aspek-aspek yang luas. Seperti apa yang saya sebutkan tadi langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan khasnya dalam bidang ekonomi, kita tidak boleh menjanji bahawa efek yang kita dapat itu hanya dalam apa yang kita mahu sahaja. Seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat, Kerajaan meng­galakkan rakyat kita melancong di dalam negara kita ini adakah ini akan memberi kesan yang buruk ke atas inflasi, saya telah katakan tadi, Kerajaan tidak menggalakkan rakyat berbelanja berlebihan ataupun Kerajaan meng­galakkan rakyat membelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Jikalau rakyat itu berkemampuan untuk membuat sesuatu, Kerajaan tidak boleh menghalang mereka membuat begitu. Dan juga di industri pelancongan haruslah kita menggalakkan bukan sahaja untuk rakyat Malaysia dan juga untuk rakyat negara-negara asing. Saya anggap ini tidak akan membe.ri efek yang buruk kepada negara kita secara keseluruhannya.

ALAT MENANGKAP IKAN­SUBSIDI KEPADA NELAYAN

ORANG ASLI

2. Tuan ltam Wali bin Nawan minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) apakah ?ihak Kementerian Pertanian telah menyampaikan subsidi alat-alat menangkap ikan kepada Orang Asli di kawasan persisiran pantai; dan

(b) bilangan mereka yang telah diberi mengikut penempatan dan negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertanian tidak lagi mem beri bantuan subsidi al at menangkap ikan kepada para nelayantermasuk nelayan Orang Asli sejak program subsidi diberhentikan pada tahun 1980. Oleh sebab itu, tidak ada nelayan Orang Asli yang menerima subsidi alat menangkap ikan daripada Kerajaan.

KEMPEN ANTI KAYU TROPIKA-TINDAKAN

3. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan memandangkan negara Barat serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mengamuk menjalankan kempen menentang penggunaan kayo tropika, adakah Kementerian mengambil tindakbalas. Jika ada, apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di­Pertua, saya telah menjawab soalah ini bersama-sama dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Habidah binti Jusoh pada 26hb Mei, 1992 kerana perkara yang dibangkitkan adalah sama. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk membuat. penambahan kepada jawapan tersebut.

JALAN RAY A MIRI-LIMBANG­SASARAN PEMBINAAN

4. Tuan Ding Seling minta Menteri Kerja Raya menyataka:

(a) berapa puluh kilometer Iagi jalanraya Miri-Limbang melalui Long Lama belum selesai; dan

(b) apakah sasaran pembinaan jalanraya ini dalam Rancangan Pembangunan Keenam ini untuk selesai atau tidak.

801 1 JUN 1992 802

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjawab soalan (a) dan (b) dengan serentak. Projek jalanraya ini dari Simpang Jalan Miri ke Bintulu ke Long Teru Lama, N .G. Menamit dan seterusnya ke Limbang adalah dianggarkan sejauh 231 km. Anggaran kos projek ialah $308 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak $50 juta telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Keenam. Oleh kerana projek ini memerlukan peruntukan y.ang tinggi, pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkt-peringkat. Pada masa sekarang bahagian jalan yang telah siap dibina ialah dari Simpang Miri Bintulu ke Sungai Jinjar di Long Tery ke peringkat gravel dan dari N.G. Menamit ke Limbang pun sudah ditarkan.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Setelah jalan raya ini dan yang lain-lain dibina, apa pula tanggungjawab JKR terhadap membersihkan segala kayu, tong, tanah dan sebagainya yang bertabur di tepi-tepi jalan. Yang kedua, apakah tindakan yang akan dan akan diambil terhadap si pembina jalan raya itu?

Tuan Kerk Choo Ting: Untuk soalan yang pertama, kayu, tong, tanah apa-apa yang telah dibuang di tepi jalan itu akan dibersihkan setelah jalan ini disiapkan. Dan soalan yang kedua, saya tidak berapa pasti, bolehkah ulang sekali lagi?

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Maksud saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah didapati jalan raya yang telah dibina mahupun oleh kontraktor ataupun JKR apabila telah siap tidak begitu kemas, iaitu segala-galanya boleh didapati di tepi jalan-jalan itu. Jadi, rugi rasanya kalaulah kontraktor itu berjuta ringgit dan siapa juga yang bertanggungjawab

dilepaskan dengan begitu sahaja, itu maksud saya.

Tuan Yang di-Pertua: Apa soalannya?

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, ·Soalan tambahan, apakah tindakan dari pihak Kerajaan diambil terhadap itu?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, selepas jalan itu disiapkan oleh kontraktor atau oleh JKR, selalunya jalan itu diserah kembali untuk diselenggarakan oleh JKR dari masa ke semasa. Kalau ada apa-apa terjadi di tepi jalan, apa-apa itu pun akan dibersihkan iaitu mengikut kehendak dari masa ke semasa. Jadi, apa tindakan itu secara amnya itulah jawapannya. Kalau ada apa-apa masalah yang spesifik, boleh tulis, tujukan kepada Kementerian saya. Kita akan ambit tindakan yang spesifik.

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan · tambahan. apakah benar Kerajaan sedang mengkaji semula kadar bayaran tol bagi Lebuhraya J itra, Alor Se tar dan apakah benar Kerajaan bercadang untuk mengenakan bayaran tol tambahan bagi Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, Jitra khususnya untuk rum ah tol di Hu tan Kampung, Alor Setar. Saya cuma hendak tarik perhatian Yang Berhormat kerana perkara ini, Lebuhraya Bukit Kayu Hitan, Jitra bukanlah lebuhraya sebenarnya, tetapi adalah pembesaran dan penaikan taraf jalan raya Persekutuan ke Lebuhraya yang sebenarnya.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini sudah terkeluar daripada soalan asal.

Tuan Yang di-Pertua: Saya bersetuju. Yang Berhormat tidak payah menjawab.

803 I JUN 1992 804

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan berkaitan dengan soalan asal.

Sa ya ingin bertanya kepada Tim balan Menteri berkenaan, adakah peruntukan yang dibekalkan oleh Kerajaan Pusat biasanya dihantar kepada pelaksana di tempat-tempat di Sarawak misalnya yang berkaitan dengan ini pada masa yang berkenaan ataupun misalnya awal tahun ataupun di masa-masa apabila peruntukan itu ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya soalan ini kerana terdapat beberapa tuduhan dari pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pihak State atau Negeri biasanya mendapat peruntukan itu agak lewat,misalnya pada bulan Oktober ataupun September. Maka dengan itu, lewatlah sedikit untuk satu­satu tahun.

Soalan yang kedua, saya ingin tahu apakah pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan jalan ray a yang belum dibuat itu? Pertanyaan ini adalah berkaitan dengan sama ada pihak Jabatan Kerja Raya akan melak­sanakannya 100% ataupun memberi kontrak kerana terdapat beberapa masalah dahulu di mana pihak Kerajaan memberi kontrak tetapi oleh sebab perkara-perkara teknikal, maka pihak­pihak yang mendapat kontrak itu tidak dapat menjalankan tugas mereka sehingga terpaksa tertundalah pelaksanaan itu, bukan sahaja satu dua bulan, adakalanya sehingga satu dua tahun, misalnya pelaksanaan di antara Batu Lintang iaitu di Bahagian Seri Aman dan Betong.

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, peruntukan untuk membina jalan di Sarawak itu sama dengan peruntukan yang dibiayai di negeri­negeri yang lain. Ini berasaskan kepada kerja-kerja yang telah disiapkan barulah tuntutan untuk bayaran dibuat. Oleh sebab itu, bayaran itu dibuat

berperingkat-peringkat mengikut jalan yang telah disiapkan.

Berkenaan dengan soalan yang kedua, apa pendekatan yang akan diambil di Sarawak. Di Sarawak, ada setengah jalan akan dibina oleh JKR sendiri tetapi itu cuma satu bahagian yang kecil sahaja. Sebahagian besar akan ditawarkan kepada kontraktor dan JKR Sarawak dan JKR Pusat telah ada satu pendekatan yang baru .. Kita ada satu cara yang baru untuk mentaksir tender-tender itu. Cuma orang yang berkemampuan dari segi teknikal dan dari segi kewangan dan kontraktor yang mampu menjalankan projek-projek itu akan diberi kontrak itu. Dengan cara-cara yang baru itu, kita percaya projek-projek yang terbengkalai yang berlaku di Sarawak itu boleh diatasi dan dielakkan.

RANCANGANPERUMAHAN TERBENGKALAI­

PENSW AST AAN

5. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada rancangan-rancangan perumahan yang terbengkalai boleh diswastakan, dan jikalau boleh apakah sebabnya, dan jikalau tidak boleh apakah sebabnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di­Pertua, projek-projek perumahan terbengkalai yang ada di dalam senarai Kementerian ini adalah projek-projek yang sememangnya diusahakan oleh pemaju-pemaju perumahan swasta. Dengan yang demikian, tidak timbul­soal projek-projek tersebut boleh diswastakan atau tidak.

Waiau bagaimanapun, projek yang terbengkalai ini boleh diambilalih oleh pihak swasta yang lain sekiranya kedua­dua belah pihak bersetuju dengan cara­caranya atau apabila syarikat pemaju itu diambilalih oleh pegawai penerima,

805 1 JUN 1992 806

dengan izin, receiver manager atau ahli jawatankuasa pembeli atau juru perunding yang mengendalikan projek terbengkalai yang dikelolai melalui Tabung Projek Perumahan Terbengkalai.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.

Tuan Tiong Thai King: Tuan Yang di-Pertua, soalan No.6, dengan izin.

FILEM ASING JEJASKAN NAMA BAIK MALAYSIA

6. Tuan Tiong Thai King (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Penerangan menyatakan apakah tindakbalas Kerajaan kepada filem-filem keluaran negara-negara di mana rakyat negara berkenaan melalui penerbitan filem­filem mereka telah menjejaskan nama baik Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan menyedari bahawa­sanya· ada pihak-pihak berkepentingan di negara-negara tertentu yang menerbitkan filem-filem mereka dan yang menjejaskan nama baik Malaysia. Pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menjelaskan tindakan mereka melalui penerbitan filem secara khusus.

Kerajaan akan terus berusaha memberi penjelasan melalui kesemua Atache Penerangan dan pejabat-pejabat Kedutaan serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negeri, melalui media­massa dan lain-lain saluran, akan keadaan sebenar mengenai perkara­perkara yang diselewengkan oleh pihak­pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 1990 sebanyak 135 jodol filem telah dihantarkan kepada 56 Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di

seluruh negara dan pada tahun 1991, sebanyak 72 jodol filem telah dihantarkan kepada 32 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Selain dari itu, mana-mana individu yang terlibat dengan angkara-angkara yang sedemikian boleh diambil tindakan sewajarnya umpamanya dengan tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini. ·

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah Kementerian Penerangan bercadang untuk mengurangkan tayangan filem dari negara-negara luar dan akan menggantikannya dengan penambahan tayangan filem di negara kita sendiri, filem tempatan yang berunsurkan pendidikan agama dan moral?

Yang kedua, apakah Kementerian Penerangan akan melanjutkan lagi tayangan filem daripada Timur Tengah-pengerjaan Haji secara langsung bagi tahun ini dan jikalau diteruskan tayangannya, berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dihabiskan oleh Kementerian Penerangan khasnya?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kedua-dua soalan itu terkeluar daripada soalan asal, saya sangat bergembira kalau sekiranya soalan ini boleh dijawab di masa yang lain.

ASEAN-LANGKAH-LANGKAH PERSEFAHAMAN

7. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah konkrit untuk mewujudkan persefahaman di ASEAN supaya ia benar-benar menjadi kawasan aman, bebas dan berkecuali.

---··---------

807 1 JUN 1992 808

Timbalan Menteri Loar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1971, ASEAN telah berusaha ke arah menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali. Baru-baru ini, Ketua-ketua Negara ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN Singapura pada 27-28 Januari 1992 telahpun bersetuju supaya ASEAN terus berusaha untuk mencapai kewujudan rantau Asia Tenggara sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali dan sebagai Kawasan Bebas dari Senjata Nuklear, dengan izin, South East Asia Nuclear Weapon Free Zone.

Tuan Yang di-Pertua, pegawai­pegawai kanan ASEAN akan terus membincangkan perkara ini termasuk menyiapkan satu draf perjanjian untuk menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas dari senjata nuklear.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejauh manakah reaksi positif dan negatif dari negara-negara ASEAN terhadap konsep aman, bebas dan berkecuali itu kalau dibandingkan dengan kesungguhan kita? Itu yang pertamanya.

· Sekiranya ada negatif, apa pula strategi kita untuk memulihkannya?

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, kini pada pendapat kita negara Malaysia, reaksi kesemua anggota negara-negara ASEAN terhadap kewujudan ZOPFAN atau Nuclear Free Zone ini adalah positif belaka. K~lau ada keraguan pun ianya adalah perkara-perkara yang tidak disengajakan dan kadangkala digembar­gemburkan, diperbesarkan oleh pihak­pihak tertentu tetapi sebenarnya hakikatnya ialah setiap Kerajaan negara­negara ASEAN semuanya menyokong kuat dan ingin melihatkan kawasan Asia

Tenggara . sebagai bebas daripada pengaruh senjata nuklear serta dapat mewujudkan kawasan aman, bebas dan berkecuali.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dengan runtuhnya Soviet Russia dan · wujudnya CIS telah menambah amankan rantau ASEAN dan sejauh manakah Amerika tidak menganggap rantau ASEAN ini penting untuk mereka meletakkan armadanya di rantau ini dan sejauh mana negara-negara ASEAN menolak kehadiran Amerika di masa­masa akan ~.8 di rantau ini?

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya kita anggapkan keadaan di rantau ini lebih aman dengan pergolakan yang berlaku di Soviet Union yang kini telahpun dibubarkan dengan diganti pula oleh CIS. Waiau bagaimanapun, ianya tidak bererti pihak Amerika Syarikat akan berundur 100% daripada kawasan Asia Tenggara kini. Walaupun mereka akan mengosongkan ataupun keluar daripada Manila sebagai pusat tentera, navy dan airforce di sana, tetapi pihak mereka akan juga menggunakan kemudahan-kemudahan tertentu di negara-negara tertentu di Asia Tenggara seperti Singapurajuga di Malaysia untuk mempastikan bahawasanya keadaan yang ujud kini di Asia Tenggara tidak dikosongkan hinggakan membolehkan pula lain-lain kuasa mengambil-alih penguasaan di kawasan Asia Tenggara.

Maka pihak ASEAN tidak akan menolak ataupun memikat mana-mana kuasa besar bertapak di sini tetapi akan menggunakan budibicaranya supaya ada imbangan, supaya tidak ada mana-mana kuasa boleh menjadi kuasa yang merosakkan ketenteraman, keamanan, kebebasan seluruh anggota-anggota dalam ASEAN.

809 1 JUN 1992 810

AKAUN PEMAJU PERUMAHAN­PEGUATKUASAAN DAN

PENGAWASAN

8. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah halangan dihadapi oleh Kementerian Perumahan untuk melaksanakan Akaun Pemaju Perumahan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahl-iahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Akapo Pemaju Perumahan telah dikuatkuasakan pada 26hb Ogos, 1991 dan segala halangan yang ada sebelum ini telahpun diatasi dan pada masa iniKementerian masih dalam usaha mengawasi pelaksanaan Akaun tersebut supaya ianya dapat berjalan dengan licin dan sempurna.

JENA Y AH PERDAGANGAN­PEMBASMIAN

9. Puan Hajjah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berhubung dengan Jenayah Perdagangan yang sering berlaku di negara ini yang antara punca-puncanya ialah kelemahan manusia:

(a) apakah langkah-langkah yang lebih tegas boleh dilaksanakan oleh pihak Kerajaan khasnya, ataupun mana-mana badan swasta amnya untuk membasmi jenayah ini; dan

(b) bolehkah hukuman-hukuman yang lebih berat diwujudkan setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan, memandangkan jenayah ini boleh memberi kesan yang buruk kepada negara dan menjejaskan matlamat pen­capaian Wawasan 2020.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan, terutamanya melalui Pejabat Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah mengambil beberapa langkah yang lebih tegas untuk membasmi kegiatan Jenayah Perdagangan di negara ini, dan di antara langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

(i) meminda Akta Syarikat 1965 dan Akta Syafikat Luar Persisir 1990 dan lain-lain undang-undang berkaitan dari masa ke semasa untuk memperkemaskan lagi per­un tukan-perun tukann ya yang dipercayai menjadi punca berlakunya kegiatan tersebut;

(ii) mempertingkatkan lagi penguat­kuasaan undang-undang ber­kenaan dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, Seksyen 7 Akta Syarikat 1965 akan dipinda untuk memberikan kuasa yang lebih kepada Pegawai-pegawai Pejabat Pendaftar Syarikat, selaras dengan kuasa-kuasa Pegawai­pegawai Polis, Badan Pencegah Rasuah dan Kastam untuk melaksanakan tugas penguat­kuasaan yang lebih berkesan. Kuasa-kuasa tersebut termasuk­lah kuasa untuk memasuki mana­mana premis atau bangunan dan mengambil milik sebarang dokumen atau barang kes yang ada, berkaitan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta itu; kuasa untuk merampas dokumen dan barang kes dengan atau tanpa waran yang dikeluarkan oleh Majistret mengikut keadaan yang tertentu; dan kuasa untuk merekodkan percakapan mana­mana saksi yang relevan kepada sesuatu penyiasatan;

(iii) di samping itu, 4 lagi cawangan Pejabat Pendaftar Syarikat yang

811 1 JUN 1992 812

baru di Ator Setar, lpoh, Kuala Terengganu dan Kuantan alcan dibuka tidak berapa lama lagi untuk tujuan pengawasan yang lebih berkesan terhadap alctiviti­aktiviti korporat yang biasanya ada kaitan dengan Jenayah Perdagangan. Ini termasuk juga pertambahan kakitangan di semua peringkat;

(iv) pengendalian data-data serta maklumat korporat dan perdagangan alcan dilaksanakan melalui sistem komputer sepenuhnya pada penghujung tahun ini dan ini alcan melicinkan lagi togas pembanterasan Jenayah Perdagangan; dan

(v) bagi syarikat-syarikat awam pula, ianya digalakkan untuk mengadakan J awatankuasa Audit (Audit Committee) di peringkat syarikat masing-masing untuk tujuan mengawasi sistem perakaunan syarikat itu dengan lebih dekat dan terperinci. Ini akan dapat menghindarkan berlalcunya Jenayah Perdagangan yang biasanya berkait rapat dengan perakaunan sesebuah syarikat yang terlibat.

(b) Melalui pindaan kepada Akta Syarikat 1965 sebanyak 14 kesalahan­kesalahan berkaitan jenayah korporat ataujenayah perdagangan di bawah Akta itu telahpun diwujudkan hukuman­hukuman yang lebih berat, yang setimpal dengan kesalahan masing-masing. Di samping itu, tindalcan sentiasa diambil untuk menyelaraskan hukuman­hukuman yang sedia ada dengan kesalahan-kesalahan semasa agar ianya dapat mendatangkan kesan pencegahan terhadap Jenayah Perdagangan.

JEMAAH TABLIGH DAN DARUL-ARQAM-KEGIAT AN

10. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan

sama ada Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri mendapati Jemaah Tabligh (Dakwah Tabligh) dan Darul Arqam (Aurad Muhammadiah) alcan melemah­kan pemikiran generasi muda umat Islam dan jika benar, mengapakah tindakan tegas tidalc diambil terhadap kegiatan­kegiatan kedua-dua kumpulan ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada kajian, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri belum lagi mendapati bahawa aktiviti-alctiviti Jemaah Tabligh boleh melemahkan pemikiran generasi muda umat Islam. Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memberikan penjelasan kepada orang ramai supaya menolak sebarang elemen yang bertentangan dengan Islam atau unsur-unsur negatif yang tidalc sesuai diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

Kerajaan telahpun mengharamkan kegiatan Kumpulan Darul Arqam yang berpegang kepada Aurad Muhammadiah. Pengharaman tersebut adalah berdasarkan kepada ajaran atau kepercayaan mereka yang menyeleweng dari akidah Islam. Sekiranya tidak diharamkan ianya boleh menjejaskan dan melemahkan pemikiran generasi muda umat Islam. Pada masa ini, pihalc berkuasa agama Islam di negeri-negeri sedang menyusun dan mengambil tindakan dan langkah-langkah yang wajar bagi membendung fahaman sesat daripada merebalc aiau terus diamalkan oleh ahli-ahli Darul Arqam. Kerajaan Pusat alcan mengambil tindakan yang lebih tegas jika ternyata Kumpulan Darul Arqam membawa anasir yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Tuan Azman Atar bin Othman: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat. Saya ingin membuat soalan oleh kerana dewasa ini saya nampalc terlalu ramai yang ingin menjadi

813 l JUN 1992 814

pendakwah sama ada mempunyai "nawaitu" bersih atau tidak bersih itu "wallahhu alammu bissawab". Tetapi cuma saya ingin tahu apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang pendakwah daripada pandangan Islam? Yang kedua, saya tengok Yang Berhormat ini menjawab cukup pintar, Yang Berhormat ini Ustazkah, pernah mengaji pondokkah?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, duduk di pondok, dekat rumah saya ada dua pondok. Jadi tiap­tiap hari berulang itu bolehlah sedikit sebanyak. Mengenai soalan pertama, Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita menggalakkan umat Islam untuk berdakwah tetapi ciri-ciri ataupun sifat untuk menjadi seorang pendakwah itu mengikut pandangan atau kacamata Islam bukannya senang. Misalnya contoh saya hendak berikan di sini pendapat seorang ulama Syeikh Muhammad Abduh misalnya; dia memberikan 11 syarat ataupun ciri yang harus ada pada seorang pendakwah supaya ianya· boleh berdakwah menjelaskan kesempurnaan dalam Islam.

(1) Pengetahuan yang sempurna dari segi pengetahuan mengenai Al­Quran dan Al-sunnah, sejarah para Rasul dan para Saha bat, alim ulamak dan tahu mengenai hukum. Pendakwah juga memerlukan penerangan yang jelas, bukan boleh kita buat begitu hal sahaja;

(2) mengetahui tentang umat yang hendak didakwahkannya iaitu perlu diketahui umat yang hendak didakwah itu, apa bentuk manusianya ataupun etnologinya yang kita boleh sebutkan;

(3) wajib tahu pokok dan sumber ilmu sejarah umat yang hendak didakwah itu supaya memu­dahkan kita;

(4) ilmu bumi, ilmu alam pun perlu diketahui, bagaimana kedudukan negara itu dan orang-orangnya;

(5) ilmu psikologi mesti tahu juga, tidak boleh hentam begitu sahaja kerana ini akan menyusahkan orang lain, itu secara ringkasnya;

(6) ilmu akhlak-Pendakwah ini kena akhlaknya baik. Pendakwah pun ada juga yang akhlaknya tidak baik.

(7) ilmu masyarakat atau ilmu sosiologi. Ini pun perlu diketahui;

(8) Ilmu politik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ilmu politik pun kena tahu. Kalau tidak tahu ilmu politik, susah, yang parti pun dia kata Islam, jadi susah. Ini akan mengabui mata orang;

(9) Mengetahui negeri tempat dia berdakwah;

(10) mengetahui kebudayaan dan kesenian serba sedikit;

(11) seelok-eloknya seorang pen­dakwah itu mengetahui pokok­pokok perbezaan agama supaya dia boleh menjelaskan dengan seadil-adiln ya.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan untuk Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Jemaah tabligh telah membina sebuah masjid di bandar baru Seri Petaling. Adakah Kerajaan bercadang untuk meletakkannya di bawah kawalan langsung Pusat Islam dan kalau tidak dikawal adakah Kerajaan berpendapat kegiatan mereka tidak menjejaskan akidah umat Islam di Malaysia?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, semua masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutuan adalah di bawah kelolaan Kerajaan. Ia tidak kira sama ada dibina oleh kumpulan manapun kerana Kerajaan yang membenarkan

815 1 JUN 1992 816

mereka membina masjid tetapi pengawalannya itu sudah pasti akan diletakkan di bawah pengawalan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tuan Azman Atar bin Othman: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan akhir.

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana perkara ini penting, dan Yang Berhormat telahpun menjelaskan ciri­ciri yang boleh menjadi seorang pendakwah, saya ingin tahu bagaimana kalau seorang pemimpin PAS, dia memohon hendak berceramah agama dalam masjid, kemudian dia bercakap agama tidak sampai lima minit, lebih itu semuanya adalah politik menghentam Kerajaan. Apakah ini juga boleh dianggap sebagai pendakwah di dalam Islam?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, soal akhlak yang saya sebutkan tadi dalam ciri sebagai seorang pendakwah, sudah pasti dia harus mempunyai hati yang ikhlas iaitu kalau dia menceritakan dia berdakwah Islam, maka dia harus menceritakan soal kejituan, ke­gemilangan, kebaikan yang ada dalam agama Islam ini. Dia tidak boleh mencampur-adukkan benda-benda keduniaan terutama sekali di dalam masjid. Kalau di dalam masjid ini orang Islam bercakap soal politik dan dunia­benda yang disebutkan politik ini kotor. Tetapi memang betul seperti kata saudara Azman, masjid di tempat saya pun mereka bersyarah seperti ini. Jadi keikhlasan itu, pokoknya ialah keikhlasan bagi seorang pendakwah. Kalau dia bercakap soal Islam, hendak juga di dalam masjid, seharusnya ia mengekalkan ciri keistimewaan rumah Allah, di bumi Allah, bercakaplah soal agama, itu bukan jadi persoalannya. Tetapi kalau dimasukkan dalam hati

maksud yang tidak baik, menye­lewengkan pengertian · dakwah itu sendiri, ini memang Kerajaan pun sedar, bukan sahaja masjid, bahkan banyak majlis-majlis, misalnya maulidul Rasul, Maulidul Rasul lima minit, lepas itu dia bersyarah politiklah; Nuzul Al-Quran -Nuzul Al-Quran sedikit sahaja lepas itu dia "bantai" orang. Jadi apa-apa benda yang sedang berlaku dalam masyarakat kita, kita tahu perkara ini. Pokoknya ialah pendakwah itu harus mengekalkan ciri-ciri yang ada di dalam Islam dan kita akan sokong siapa-siapa sahaja untuk tujuan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan lsli bin Haji Siput.

Tuan Johan B.O.T. Ghani: Dengan izin soalan 11.

JUALAN UBAT OLEH DOKTOR­MEMBERHENTIKAN

11. Tuan Johan B.O.T Ghani (di bawah S.O 23(2)) minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah pihak Kementerian akan menguatkuasakan pelaksanaan rancangan untuk mem­berhentikan doktor-doktor daripada

· menjual ubat-ubat kepada pesakit di kawasan yang sudah mempunyai ahli­ahli farmasi yang bertauliah.

Menteri Kesihatan (Dato' Lee Kim Sai): Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini1 Kementerian Kesihatan belum mempunyai rancangan untuk mem­berhentikan doktor-doktor daripada menjual ubat-ubat kepada pesakit di kawasan yang sudah mempunyai ahli­ahli farmasi yang bertauliah.

Waiau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan mengkaji perkara ini dari masa ke semasa, dengan mementingkan implikasinya kepada pasakit-pesakit khususnya dan rakyat amnya. Apa juga rancangan untuk memberhentikan doktor-doktor daripada menjual ubat­ubat kepada pesakit-pesakit di kawasan

817 l JUN 1992 818

yang sudah mempunyai ahli-ahli farmasi yang bertauliah akan memerlukan pindaan ke atas Akta Pendaftaran Ahli­ahli Farmasi 1951 dan Akta Racun 1952.

KENAIKAN KADAR CAJ LAPANGAN TERBANG

12. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah ada kaitan cadangan kenaikan cukai Lapangan Terbang bagi penerbangan dalam negeri yang diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini ada hubungan dengan rancangan pengswastaan Lapangan Terbang yang dicadangkan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin untuk menjawab soalan ini bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, kenaikan yang dikenakan ke atas pengguna-pengguna Iapangan-lapangan terbang termasuk syarikat-syarikat penerbangan dan penumpang~penumpang adalah caj-caj aeronautik. Caj-caj yang berkenaan tidak merupakan cukai tetapi berasaskan kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakaD di lapangan-Iapangan terbang. Kenaikan kadar caj yang dikenalkan mulai Mei, 1992 adalah berasaskan kepada dua justifikasi yang kukuh iaitu:

caj-caj auronautik, kecuali caj perkhidmatan penumpang yang dikaji semula pada tahun 1983 tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1975;

kos mengurus bagi perkhid­matan-perkhidmatan yang di­sediakan oleh DCA telah meningkat sejak tahun 1975;

- kernudahan·-kernudahan fizikal Iapangan-Iapangan terbang serta

perkhidmatan-perkhidmatan telahpun dipertingkatkan sejak 1975.

Selain dari itu, adalah dimaklumkan bahawa kenaikan kadar caj berkaitan masih meletakkan Malaysia dalam keadaan kompetitif sekiranya di­bandingkan dengan caj-caj yang seumpama yang dikenakan di negara­negara jiran.

Dengan itu, kenaikan kadar caj baru­baru itu mempunyai justifikasi­j~stifikasi yang kukuh dan tidak seharusnya diperkaitkan. dengan rancangan Kerajaan untuk memper­badankan Jabatan Penerbangan Awam.

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tindakan Kerajaan yang akan diambil ke atas kontraktor dan pembekal alat pendaratan malam Lapangan Terbang Ipoh yang telah membekalkan alatan yang tidak sempurna?

Kedua, apakah benar pada pendapat Yang Berhormat masalah ini berlaku adalah basil daripada kelemahan pengawasan kerja oleh jabatan-jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab mengawasi kerja tersebut. Jika benar, apakah Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan ke atas jabatan­jabatan berkenaan.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya soalan tambahan yang berkait dengan kontraktor di Lapangan Terbang Ipoh ituadalah tidak secara langsung berkaitan d~ngan soalan ini. Pandangan yang dibangkitkan itu akan diberi perhatian.

RUMAH TANPA CIRI KESELAMA TAN

13. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah~

819 1 JUN 1992 820

langkah Kerajaan terhadap pemilik­pemilik rumah yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan rumah mereka dalam kawasan yang berbahaya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha): Tuan Yang di­Pertua, pada kebiasaannya, sebelum sesebuah rumah itu dibina, diubahsuai atau dibina semula, tuanpunya rumah hendaklah mengemukakan pelan pembinaan rumah tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan. Setelah Pihak Berkuasa Tempatan berpuashati bahawa pelan tersebut telah mematuhi peruntukan-peruntukan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan­bangunan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, maka barulah pelan tersebut diluluskan dan kerja-kerja pembinaan boleh dilaksakan. Sekiranya semua syarat-syarat tersebut dipatuhi, maka saya yakin tidak akan timbul lagi persoalan pemilik-pemilik rumah yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Waiau bagaimanapun, pada masa ini kebanyakan rumah telah memasangjeriji yang tidak boleh dibuka semasa kebakaran atau kecemasan berlaku. Pihak Bomba telahpun menasihatkan setiap pemilik rumah untuk menentukan supaya jeriji di rumah mereka ada jeriji yang boleh dibuka semasa kecemasan.

Berhubung dengan soalan mengenai pembinaan rumah di dalam kawasan yang berbahaya pula, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat terlalu umum untuk saya berikan jawapan yang spesifik. Waiau bagaimanapun pada amalan biasa Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan memberi kelulusan terhadap pembinaan sesebuah rumah di kawasan yang boleh membahayakan pemilik-pemilik rumah terse but.

Tuan Abdul Rashid bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri sama ada Kementeriannya sedar

atau tidak banyak rumah-rumah termasuk kilang-kilang yang dibina tidak mempunyai kelulusan daripada Kerajaan Tempatan dan terus men­jalankan kegiatan-kegiatan perniagaan sama ada kedudukan kilang-kilang itu dan rumah-rumah itu bahaya ataupun tidak, tidak ada satu tindakan yang diambil. Saya ingin bertanya apakah Kementerian bercadang untuk menyelesaikan masalah-masalah ini?

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha: Tuan Yang di-Pertua, saya yakin maksud Ahli Yang Berhormat ialah kilang-kilang atau rumah-rumah haram iaitu kilang-kilang atau rumah-rumah yang dibina dengan tidak mempunyai kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Sememangnya Pihak Berkuasa Tempatan diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang-kilang haram atau rumah-rumah yang dibina secara haram ini. Waiau bagaimanapun, untuk mengambil satu­satu tindakan walaupun kilang itu dibina secara haram, ianya mengambil masa kerana terpaksa melalui proses undang­undang iaitu perintah mahkamah dan sebagainya. Kadangkala seolah-olah dilihat Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun tindakan memang dibuat kerana melalui proses undang-undang ia memerlukan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk merobohkan kilang-kilang haram tersebut ataupun mengenakan denda kepada kilang-kilang tersebut. Oleh sebab proses pemberian kuasa oleh mahkamah ini lama maka seolah-olah tindakan tidak diambil. Saya memberikan jaminan kepada Yang Berhormat bahawasanya tindakan sentiasa diambil terhadap kilang-kilang terse but.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk David Yeoh Eng Hock.

821 1 JUN 1992 822

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua. dengan izin. soalan No.14.

BANGUNAN SEKOLAH USANG­UBAHSUAI/NAIKTARAF

14. Puan Law Jack Yoon (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Pendidikan menyatakan bahawa memandangkan banyak bangunan sekolah. tennasuk di luar-luar bandar, didapati sudah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan:

(a) adakah Kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu bagi melindungi keselamatan murid­murid dan lain-lain atau lambat bertindak; dan

(b) adakah mana-mana bangunan sekolah yang telah runtuh dalam musim cuti sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil berat tentang keselamatan pelajar dan bangunan sekolah sentiasa ditentukan selamat untuk digunakan.Bagi menjaminkan keselamatan bangunan sekolah berterusan, beberapa langkah diambil seperti mengubahsuai dan menaik taraf bangunan sekolah yang rosak atau menggantikan bangunan sekolah yang baru sekiranya bangunan sekolah berkenaan terlalu uzur.

(b) Berdasarkan kepada rekod Kementerian Pendidikan, tidak ada bangunan sekolah yang runtuh dalam musim cuti sekolah.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu mengapakah pihak Kementerian Pendidikan tidak mengambil alih sekolah bantuan modal, contohnya sekolah-sekolah mission yang begitu dhaif keadaannya?

Dr Fong Cltan Onn: Tuan Yang di­Pertua, isu berkaitan mengambilalih sekolah-sekolah bantuan modal itu adalah berkaitan dengan dasar kerana tanah di mana bangunan sekolah-sekolah tersebut itu didirikan adalah kepunyaan pihak swasta atau pihak-pihak yang menjaga atau mengawal sekolah­sekolah tersebut. Oleh kerana Kerajaan menghormati sistem ekonomi bebas di mana Kerajaan tidak mahu mengambil balik bangunan kepunyaan pihak-pihak swasta, jadi kita haruslah menghonnati sistem tersebut di mana sekolah-sekolah tersebut adalah kepunyaan pihak-pihak tertentu. Namun demikian, Kerajaan kita sentiasa memberi bantuan yang cukup untuk membantu sekolah-sekolah tersebut dari segi operasi harian atau operasi sekolah-sekolah tersebut. Kerajaan memang menghantar guru­guru terlatih yang cukup untuk mempertingkatkan mutu pengajian sekolah tersebut. Ini adalah diiktiraf oleh masyarakat kerana kebanyakan sekolah tersebut diakui sebagai, dengan izin, "named school" atau sekolah yang sentiasa dititikberatkan oleh masyarakat sehingga mereka ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah tersebut. Dari segi pembangunan juga Kementerian Pendidikan sentiasa memperuntukkan sokongan kewangan yang cukup untuk sekolah-sekolah terse but.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa saya hargai apa yang Timbalan Menteri katakan apabila menjawab soalan asal tadi iaitu Kementerian Pendidikan sentiasa sahaja mengambil berat ten'tang keselamatan murid-murid di sekolah. Saya tahu ini adalah benar kerana saya pun dulu seorang yang pernah berkhidmat di Kementerian Pendidikan. Tetapi saya ada satu soalan, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kemukakan kepada Timbalan Menteri berkenaan iaitu bukan mengenai bangunan sekolah uzur tetapi ada tempat-tempat tertentu di mana bangunan itu walaupun agak baru,

B23 1 JUN 1992 824

nampaknya dari Iuar adalah cukup baik tetapi dari dalamnya ada anai-anai yang memakan kayu-kayu di dalam itu. Saya rasa ini adalah satu, dengan izin, force yang kita tidak tahu, apabila kita tengok dari luar sahaja ia menyebabkan rumah itu akan runtuh.Kemungkinan Timbalan Menteri tadi mungkin tidak ingat dalam satu masa yang dulu ...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat, dengan ringkas, apa soalannya?

Tuan Ding Seling: Soalan saya adakah Kementerian juga cuba mengenalpastikan perkara-perka.ra begitu iaitu bukan keuzuran tadi tetapi perkara-perkara lain yang menyebabkan bangunan akan runtuh yang menye­babkan keselamatan murid-murid tidak selamat.

Dr Fong Chan Ono: Tuan Yang di­Pertua, memang Kementerian Pen­didikan selalunya menitikberatkan tentang isu-isu keselamatan bangunan. Dan di sini selalunya kita bekerjasama dengan guru besar, guru-guru, Lembaga Pengurus dan sebagainya supaya apabila masalah-masalah tersebut dihadapi memberitahu kepada Kementerian Pendidikan dan kita akan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Ini termasuklah kalau bangunan tersebut diserang oleh white ants atau lain-lain perkara yang boleh menyebabkan bangunan tersebut terjejas.

KAUMPENAN­PENGGAMBARAN DOKUMENTARI

TELEVISYEN

-15. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa suatu dokumentari televisyen telah di­tunjukkan dalam televisyen British pada bulan Januari tahun ini berkaitan kaum Penan di Negeri Sarawak yang menggambarkan bahawa Kerajaan kita

tidak mengambil langkah-Iangkah yang sesuai untuk mempertahankan hak-hak kaum Penan. Adakah benar bahawa setelah keizinan diminta untuk membuat dokumentari tersebut daripada pihak­pihak berkenaan, keizinan yang perlu walaupun ditolak, pembuat-pembuat dokumentari bagaimanapun telah meneruskan untuk membuat doku­mentari tersebut. Bolehkah Menteri menyatakan mengapa mereka di­benarkan untuk membuat dokumentari tersebut walaupun kebenaran telah ditolak dan mengapa tiada langkah­langkah diambil untuk mengusir mereka dengan serta-merta.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah peraturan yang sedia ada sekarang mana-mana syarikat penggambaran dari luar negara yang ingin membuat rakaman sama ada berbentuk cereka, dokumentari atau pengiklanan hendaklah memperolehi kebenaran daripada Jawatankuasa Filem Luar Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan. Syarikat penggambaran tersebut dikehendaki melantik syarikat yang dilesenkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai wakil atau penaja tempatan. Wakil atau penaja tempatan ini disyaratkan bertanggungjawab ke atas penggambaran mengikut syarat-syarat Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) yang dikeluarkan oleh FIN AS. Mengikut rekod, FINAS tidak pernah menge­luarkan SPP kepada mana-mana crew yang membuat penggambaran mengenai kaum Penan di Sarawak. Oleh itu penggambaran telah dibuat tanpa izin dan dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya cuma ingin bertanya Setiausaha Parlimen bolehkah atau tidak beritahu kepada Dewan yang mulia ini siapa-siapakah ahli jawatan-

825 1 JUN 1992 826

kuasa yang duduk di dalam Jawatankuasa Filem Luar Negeri ini? Sebab saya rasa kalau hanya diberikan kepada pegawai Kerajaan untuk mempengerusikannya dan kalau tidak ada sama ada Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen mempengerusi­kannya, mungkin pengerusi itu tidak begitu peka atau prihatin tentang sensitiviti yang dirasai oleh Kerajaan.

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, J awatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian-kementerian yang ber­kaitan dengan perkara yang sama. Contohnya, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kemen­terian Pelancongan dan sebagainya dan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha dan Kementerian Penerangan merasa yakin di atas kemampuan mereka dan belum lagi bercadang untuk meminda fungsinya. Waiau bagaimanapun, pan­dangan itu akan diambil kira oleh Kementerian.

PROJEK TAMAN PERTANIAN DI SETIAP NEGERI

16. Tuan Jamaludin bin Haji Ahmad minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) adakah Menteri bercadang membuat projek seperti Bukit Cahaya di seluruh negara kerana ianya boleh juga dijadikan kawasan pelancongan; dan

(b) bagaimana sambutan rakyat terhadap Sir~p Bunga Raya. Berapa . hektar yang telah ditanam. Bagaimana dengan perbelanjaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kementerian Pertanian memang bercadang untuk mewujudkan taman pertanian seperti Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam

di setiap negeri di Malaysia. Setiap projek taman pertanian di negeri-negeri tersebut akan dirancang supaya mempunyai keistimewaan tersendiri meng­ikut negeri tersebut. Waiau bagaimanapun, perancangan ini ditangguhkan kerana masalah peruntukan dan tambahan pula Kementerian Pertanian sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk menyiapkan projek Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam terlebih dahulu.

(b) Sirap Bunga Raya baharu sahaja diperkenalkan. Bagi mereka yang telah mencuba, sambutannya adalah baik memandangkan ianya mengandungi pewarna asli, rasanya enak dan menyegarkan. Sirap Bunga Raya sebenarnya ialah nama am bagi sirap yang dihasilkan daripada dua jenis tanaman yang berkait rapat iaitu:

(1) Bonga Raya Hiasan;

(2) Asam S usur.

Sirap dari asam susur lebih berpotensi dibandingkan dengan sirap bunga raya hiasan. Ini adalah kerana sirap asam susur mempunyai citarasa tersendiri disamping menghasilkan warna asli. Pengeluaran bunga raya dan sirap dari asam susur adalah lebih tinggi daripada bunga raya hiasan dan ia boleh menghasilkan produk sampingan seperti halwa, jem dan jeli.

Mengenai kawasan tanaman, bunga raya hiasan ditanam sebagai pokok hiasan di taman­taman di sekeliling rumah. Sementara asam susur pula ditanam dalam petak-petak penyelidikan dan pendirian secara kecil-kecilan. Perusahan komersil untuk kedua-dua jenis tanaman ini belum dilaksanakan lagi oleh mana-mana pihak

827 1 JUN 1992 828

kerana dari segi kos pengeJuaran, kos pengeluaran bunga rasa hiasan sebagai bahan untuk pengeluaran sirap adalah dinilai di antara $6,000-$7 ,000 sehektar

• semusim. Sementara pendapatan kasarnya di antara $9,000 hingga $10,000 sehektar bagi semusim. Manakala kos pengeluaran sirap dari asam susur adalah bernilai di antara $2.50-$3.00 sebotol iaitu untuk 750 miligram. Mengenai penanaman bunga raya hiasan, kos pengeluaran bunga ini sebagai bahan mentah dan kos pengeluaran sirap belum dapat ditentukan kerana ujian masih dijalankan di makmal.

RUMAH PANGSA KOS RENDAH/SEDERHANA/ TINGGI-PEMBINAAN

DAN PERMINT AAN

17. Puan Law Jack Yoon minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) dari 1989 hingga sekarang berapa unit pangsapuri dan berapa unit rumah pangsa kos rendah yang telah dibina di Bandaraya Kuala Lumpur; dan

(b) yang manakah lebih berat permintaannya;

(i) pangsapuri daripada penduduk Bandaraya Kuala Lumpur;

(ii) rumah-rumah yang ber­harga kurang daripada seratus ribu ringgit; atau

(iii) rumah-rumah pangsa kos rendah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Drs Suleiman bin Mohamed):

(a) Tuan Yang di-Pertua, mengikut kelulusan permitiklan danjualan daripada tahun 1989 hingga 1991

sejumlah 33,773 unitrumah telah diluluskan untuk pembinaan dan diantaranyasebanyak4,161 ialah rumah pangsa kos rendah, sebanyak 16,567 unit rumah kos sederhana iaitu berharga kurang daripada $100,000.00 dan sebanyak 13 ,005 unit adalah rumah pangsa kos tinggi.

(b) Bagaimanapun dari segi permintaan, tidak ada satu kajian khusus dibuat, namun yang didaftar untuk permintaan rumah kos rendah atau sederhana dengan Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

(a) pendaftaran untuk mem­beli 100,034 orang;

(b) pendaftaran untuk menyewa-67,744 orang.

USAHA WAN BUMIPUTERA­PERANAN PUNB

18. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan setakat manakah PUNB berperanan . menolong usahawan Bumiputera yang berpotensi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang (Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Tuan Yang di-Pertua, PUNB adalah berperanan untuk memper­banyakkan jumlah usahawan bumi­putera serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan mereka supaya menjadi usahawan yang berjaya. Tumpuan juga diberikan untuk menambah penyertaan bumiputera di dalam sektor industri kecil dan sederhana. Dalam melaksanakan peranannya,PUNB telah merangka beberapa kaedah unuk menjayakan projek yang dimajukan oleh usahawan bumiputera, termasuk kaedah pem­biayaan projek iaitu:

(1) pembiayaan modal untuk tujuan pelaburan secara modal teroka,

829 1 JUN 1992 830

pinjaman atau penyertaan ekuiti oleh PUNB;

(2) pembelian peralatan jentera dan ruang niaga secara jual beli atau sewaan;

(3) Mendapatkan teknologi serta mendapatkan sesuatu franchise untuk dimajukan oleh usahawan bumiputera;

(4) membangunkan somber manusia melalui latihan yang terancang yang merangkumi bidang-bidang pengurusan kewangan, peng­urusan pengeluaran dan pemasaran, pengurusan mutu, perancangan strategi, budaya kerja dan etika perniagaan;

(5) PUNB akan menerapkan sistem pengurusan yang modern disemua syarikat tajaan PUNB sebagai asas untuk membentuk unit niaga yang mantap serta berdaya-saing;

(6) mewujudkan rangkaian sokongan dengan agensi-agensi seperti syarikat Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd., SIRIM, Malayan Banking Bhd., City Bank, Hong Kong & Shanghai Bank dan Bank Bumiputera Malaysia Bhd., dan diharap akan dapat memberikan peluang dan sokongan perniagaan yang terjamin kepada usahawan-usahawan bumiputera.

Oleh kerana PUNB baharu sahaja beroperasi semenjak penubuhannya pada l 7hb Julai, 1991, maka adalah terlalu awal untuk menilai pen­capaiannya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk soal jawab sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 19 hingga 64 adalah diberikan di bawah ini)

FELDA/FELCRA/RISDA­KAJIAN PENGGABUNGAN

19. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan pernahkah Kementeriannya bercadang untuk meletakkan badan-badan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA di bawah satu badan induk. Bolehkah Menteri berkenaan menerangkan:

(a) sejauh manakah cadangan itu sudah dilaksanakan;

(b) apakah bentukbadan tersebutdan bagaimanakah ia akan dilaksana­kan; dan

( c) apakah faedahnya dan siapa yang mendapat faedah jika ia di­laksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Dato' Mohamed bin Jamrah):

(a) Kementerian im memang bercadang untuk menggabung­kan pengurusan sektor pekebun k~il yang melibatkan FELDA, FELCRA dan RISDA. Cadangan ini masih dalam peringkat kajian.

(b) Bentuk badan ini juga masih dalam kajian dan Kementerian telah mengenalpasti beberapa alternatif dan telah juga mengenalpasti aspek-aspek yang perlu dibuat kajian lanjut. Antara bentuk-bentuk yang sedang difikirkan ialah penggabungan secara longgar dan penyusunan semula fungsi-sungsi yang sama, hinggalah kepada satu peng­gabungan keseluruhan agensi­agensi itu kelak.

(c) Melalui penyelarasan dan kemungkinan penggabungan ini nan ti, ban yak kekuatan, khususnya dari segi ekonomi akan ternyata kerana wujudnya kepakaran-kepakaran khusus yang sudah ada dalam agensi-

831 1 JUN 1992 832

agensi berkenaan. Dengan ilu, "synergy" akan wujud, dan dengan penyelarasan aktiviti­aktiviti agensi-agensi tersebut, kos pengurusan akan dapat dikurangkan dan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat diberikan. Dengan itu pekebun-pekebun kecil akan dapat meningkatkan tahap pengeluaran dan pendapatan mereka.

JAMBAT AN KUALA LINGGI­KOS PEMBINAAN

20. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Kerja Raya menyataka:

(a) bilakah tarikh sebenar jambatan penghubung antara Melaka (Kuala Linggi) dan Negeri Sembilan (Tanjong Agas) akan dimulakan; dan

(b) berapakah kos projek jambatan ini dan siapakah yang akan menanggung kos tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Kerk ChooTing):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan Jambatan Muara Sungai Linggi akan dimulakan pada 12hb Jun, 1992.

( b) Kos projek tersebut dianggarkan $10 juta dan pembinaannya akan dibiayai dari peruntukan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

KANAK-KANAK, PENDERAAN­KEBERKESANAN AKT A

PERLINDUNGAN

21. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan adakah Kerajaan bercadang

meminda undang-undang yang melibatkan penderaan kepada kanak­kanak yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Tuan Yong Khoon Seng): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang yang melibatkan penderaan kepada kanak­kanak. Akta perlindungan Kanakrkanak 1991 yang dipakai pada masa ini baru sahaja diluluskan pada lhb Mac, 1992. Perbekalan-perbekalan yang terdapat di bawah undang-undang yang ada adalah memadai untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang didera dan juga untuk menghukum mereka yang bersabit dalam penderaan tersebut.

PENDATANG TANPA IZIN (PATI)-JUMLAH YANG

MENDAFTAR

22. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Dalam Negeri menyatakanjumlah pendatang tanpa izin yang telah mendaftar setakat ini dan negeri mana yang teramai sekali.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Jumlah Pekerja Asing Tan pa Izin (PA Tl) yang telah didaftar sehingga 14.5.92 adalah seramai 134,379 orang. PATI yang teramai sekali mendaftar adalah dari Indonesia.

PERSATUAN WARGA TUA­PENYELARASAN HAL

EHW AL WANITA

23. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah tujuan penubuhan Persatuan Negara Tua dan sudahkah Jawatankuasa Penyelaras Wanita di

833 I JUN 1992 834

daerah-daerah dan di negeri-negeri ditubuhkan bagi mengatasi masalah­masalah wanita.

Tuan Yong Khoon Seng Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada Persatuan Negara Tua yang ditubuhkan. Waiau bagaimanapun, terdapat Persatuan Warga Tua ditubuhkan yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman di antara golongan muda dan tua; menambahkan minat, sokongan dan penyertaan masyarakat terhadap program dan aktiviti bersama; memberi peluang kepada warga tua untuk memberi pendapat dan pandangan; dan mewujudkan perhubungan dan ikatan yang baik/mesra dan kerjasama di kalangan orang tua.

Mengenaijawatan Penyelaras Wanita di daerah-daerah dan di negeri-negeri, jawatan tersebut tiada diwujudkan. Waiau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dan melantik pegawai-pegawai yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah sebagai pegawai penyelarasan hal ehwal wanita dan diberi tangggungjawab tambahan menyelaras program hal ehwal wanita di samping menjalankan tugas-tugas mereka yang sedia ada.

MALA YSIA-SINGAPURA­MEMPERBAIKI HUBUNGAN

24. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimanakah perhubungan di antara negara kita dengan Singapura sekarang ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memperbaiki lagi perhubungan di antara negara kita dengan Singapura.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Perhubungan negara kita dengan Singapura adalah baik. Di antara langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan lagi hubungan tersebut

ialah menggalakkan pertukaran maklumat dan perbincangan mengenai kepentingan bersama.

GURU BESAR (KUMPULAN BlO)-PE.RKHIDMATAN

25. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah Kementerian Pendidikan bercadang menurunkan pangkat Guru Besar dari Kumpulan BIO yang sedang berkhidmat digantikan dengan guru-guru dari Kumpulan B8; dan

(b) sekiranya ada, berapa ramaikah guru-guru yang terlibatdan tarikh dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Ono):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pen­didikan belum mempunyai cadangan untuk menggantikan

. Guru Besar dari Kumpulan BIO yang sedang berkhidmat dengan guru-guru dari Kumpulan B8.

(b) Tidak ada.

NELA Y AN-MENINGGIKAN PENDAPATAN

26. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Pertanian menyatakan adalah beliau sedar bahawa harga ikan yang dijual oleh nelayan kepada pemborong lebih murah jika dibandingkan dengan harga ikan di pasar-pasar; jika sedar, apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah ini agar harga ikan berada di paras yang memuaskan sekaligus dapat meninggikan pendapatan nelayan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar): Kementerian Pertanian memang sedar bahawa harga ikan yang

835 1 JUN 1992 836

dijuaJ di pasar-pasar borong adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang diperolehi oleh nelayan-nelayan. Namun begitu, prbezaan tersebut tidaklah begiu besar lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan harga-harga yang diperolehi oleh nelayan melalui Sistem J ualan Terbuka yang dilaksanakan di 7 buah Kompleks Pemasaran Ikan LKIM.

Di setengah-tengah tempat di pasar­pasar borong, harga ikan yang dijual adalah lebih murah daripada harga yang diterima oleh nelayan tempatan dan keadaan ini berlaku bagi ikan-ikan yang dibawa masuk dari negara Thailand. Pada peringkat ini, Kementerian berpendapat bahawa perbezaan yang diperolehi oleh nelayan adalah berpatutan dan oleh yang demikian tidak memerlukan apa-apa tindakan bagi mengatasi masalah ini.

NEGARA-NEGARA "CIS"­HUBUNGAN DIPLOMA TIK

27. Tuan Saad bin Raji Man minta Menteri Loar Negeri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan tiap-tiap negara yang menganggotai "CIS". Sehingga sekarang sudah berapa negarakah di dunia, di mana Malaysia mempunyai hubungan diplomatik, sama ada di peringkat Duta, Konsul dengan semua negara yang menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Malaysia mengamalkan dasar untuk berbaik-baik dengan semua negara yang merdeka dan berdaulat yang ingin mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Malaysia berhasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara anggota CIS.

Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan dengan Israel. Kerajaan menggalakkan hubungan di antara

ralcyat dengan negara Afrika Selatan dan Taiwan. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kecuali Israel dan Afrika Selatan.

Setakat ini Malaysia, mempunyai Kedutaan di 54 buah negara dan 11 Pejabat Konsul di 8 buah negara.

PENAGIR DADAR-PERATUS KEJAY AAN PEMULIHAN

28. Puan Rajah Che Pora binti Raji Omar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa peratus kejayaan pemulihan ke alas penagih-penagih dadah yang menjalankan pemulihan di Pusat-pusat Serenti. Ini berasaskan kebanyakan bekas penagih yang dibebaskan ditangkap semula kerana didapati kembali untuk menagih dadah.

Tuan Ong Ka Ting: Peratus kejayaan pemulihan ke atas penagih-penagih dadah yang menjalankan proses pemulihan di Pusat-pusat Serenti ialah 35.2% mengikut kejayaan hitung panjang 5 tahun mulai 1987 hingga 1991.

RUKUM HUDUD­PELAKSANAAN

29. Puan Rajah Rabidah binti Jusoh @ Yusof minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) Apakah hokum hudud itu dibenarkan kepada Negeri Kelantan sahaja.

(b) Apakah fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Buruh. tidak bolehkah ia diselaraskan memandangkan ianya sama-sama berkhidmat menuju ke arah menempatkan somber tenaga manusia.

837 1 JUN 1992 838

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Mengikut Perlembagaan Malaysia, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan yang tidak disebutkan di dalam senarai Persekutuan dan setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan. Pada masa sekarang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 seperti yang dipinda pada tahun 1984 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa apabila kesalahan itu boleh dihukum dengan dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih dari $5,000.00 atau sebat tidak lebih dari enam kali sebatan. Ini bermakna untuk membolehkan Mahkamah Syariah memutuskan kes-kes yang berhubung dengan kesalahan hudud, sebagaimana yang diura-urakan oleh Negeri Kelantan dan melaksanakan hukuman-hukuman seperti yang ditetapkan, maka perlulah dipinda Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan memansuhkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang-kuasa Jenayah) yang sedia ada. Untuk itu, perlulah dilihat apakah bentuk draf cadangan hokum hudud yang hendak dijalankan oleh Kerajaan Kelantan itu kerana setakat ini Kerajaan Persekutuan belum lagi menerima apa-apa draf mengenai hokum tersebut. Dalam konteks ini, Kerajaan hanya mengetahui ura-ura pelaksanaan hudud ini di negeri Kelantan sahaja.

(b) Jabatan Perkhidmatan Awam adakah terletak di bawah struktur Jabatan Perdana Menteri. Ia bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan personel sektor awam. Fungsi ini meliputi soal penggubalan dasar dan peraturan mengenai

organisasi, perjawatan, peng­ambilan, kenaikan pangkat, tatatertib, pertukaran, saraan, kemajuan kerjaya dan latihan, dan faedah-faedah persaraan. la juga berfungsi untuk menye­lesaikan tuntutan pekerja berhubung dengan gaji dan perkhidmatan mereka, dan pengurusa somber manusia bagi sektor awam.

J abatan B uruh pula terletak di bawah Kementerian Somber Manusia. Jabatan ini diberi tanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan berbagai undang-undang buruh untuk melindungi kebajikan pekerja­pekerja di sektor swasta. Ia tidak terlibat dalam pengurusan tenaga manusia.

Oleh itu, Jabatan Perkhid­matanAwam dan Jabatan Buruh mempunyai bidang dan tanggungjawab yang berbeza dan berlainan.

Penyelesaian mengenai perancangan tenaga manusia di peringkat negara dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

PENDATANG TANPA IZIN DI KEM SUNGAI BESI-KOS

PENYELENGGARAAN

30. Tuan Ho Cheng Wang minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos atau perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan untuk menyelenggarakan pendatang tanpa izin <Ji Kem Sungai Besi dan berapakah jumlah bantuan antarabangsa bagi tujuan ini.

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang perbelanjaan

839 1 JUN 1992 840

bagi membiayai pendatang-pendatan haram Vietnam di Kem Sungai Besi. Kesemua perbelanjaan . adalah ditanggung oleh pihak UNHCR. Semenjak tahun 1975 hingga tahun 1991 agensi berkenaan telah membelanjakan sebanyak $183.6 juta bagi tujuan terse but.

UNIVERSITI DI SARAWAK­DASAR PENGAMBILAN

PELAJAR

31. Tuan Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamad minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah penubuhan sebuah universiti di Sarawak yang dicadangkan akan mengutamakan pengambilan pelajar dari Sarawak atau konsep pengambilan itu sama seperti yang diamalkan oleh universiti lain yang ada sekarang.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan akan mengamalkan dasar pengambilan pelajar yang sama sepertimana juga dasar yang dijalankan oleh universiti­universiti tempatan yang lain.

Waiau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar dari Sarawak untuk memasuki universiti berkenaan. Langkah ini bertujuan untuk memenuhi matlamat mewujudkan semangat integrasi nasional di kalangan semua penduduk di negara ini.

BIRO PENGADUAN AW AM­PERANAN OMBUDSMAN

32. Tuan Foo Boon Liang minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) kaedah dan komposisi Biro Pengaduan Awam (BP A) setelah ianya diamanahkan . untuk menjalankan fungsi hisbah (ombudsman) bagi membanteras

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan wang serta rasuah dalam jentera Kerajaan dalam usahanya mendapatkan keya­kinan orang ramai terhadap perkhidmatan Kerajaan; dan

( b) apakah jaminan yang boleh diberi bahawa anggota Biro Pengaduan Awam (BPA) tidak menye­leweng pula setelah diberi kuasa yang begitu luas. .

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Biro Pengaduan Awam (BPA) yang ditubuhkan dalam tahun 1971 untuk menerima dan menguruskan aduan daripada orang ramai terhadap jentera perkhidmatan awam telah dirombak semula dengan diberi kuasa-kuasa tertentu. Kuasa­kuasa itu membolehkannya menjalankan penyiasatan, memanggil dan menemuduga kakitangan aw am untuk mendapat maklumat dan menyemak fail, rekod dan lain­lain dokumen. Di samping itu, sebilangan daripada kakitangan BPA akan terdiri daripada pegawai-pegawai yang mem­punyai kepakaran khusus seperti Akauntan, Peguam dan Jurutera untuk membolehkan menyiasat aduan-aduan dalam bidang tertentu dengan lebih berkesan. Perubahan-perubahan ini mem­buktikan sikap Kerajaan mengambil berat mengenai aduan terhadap jentera pentadbiran awam dan semua aduan yang didapati benar akan dirawatpulih.

(b) Kemungkinan BPA menye­leweng dalam menjalankan tugas-tugasnya tidak timbul kerana segala tindak-tanduknya tertakluk kepada autoriti dan pengawasan J awatankuasa Tetap Pengaduan A warn yang dipengerusikan oleh Ketua

841 1 JUN 1992 842

Setiausaha Negara. Lain-lain anggota Jawatankuasa itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Ketua Pengarah MAMPU dan Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri.

PEKERJA ASING TANPA IZIN (PATI)-TINDAKAN UNDANG­

UNDANG

33. Tuan Haji Zainal bin Md. Derus minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengenai Kementerian sedang melaksanakan pendaftaran kepada pekerja tanpa izin dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah, bolehkah Menteri berkenaan menyatakan:

(a) berapa ramaikah angka mereka dan sehingga kini berapa ramai mereka sudah didaftarkan;

( b) tarikh akhir pendaftaran mereka ialah 30hb. Mei tahun ini. Adakah Kerajaan bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran tersebut. Jika tidak, apakah tindakan yang akan dilakukan sekiranya mereka gagal mendaftar selepas tarikh yang ditetapkan itu; dan

(c) apakah tindakan bagi memastikan masalah pekerja tanpa izin ini tidak berulang lagi.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Kerajaan tidak dapat memberi jumlah sebenar Pekerja Asing Tan pa Izin (PA TI) yang telah memasuki negara ini kerana kemasukan mereka ke sini adalah secara tidak teratur. Wal au bagaimanapun, sehingga 14.5.1992 seramai 134,379 orang PATI telah didaftar di Jabatan Imigresen Malaysia;

(b) Selepas tamat tempoh pendaftaran ini pada 30hb Jun, 1992, Kkerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh tersebut. Bagi mana-mana PATI yang gagal mendaftar sebelum tarikh tersebut, Kerajaan akan mengambil tindakan undang­undang terhadap mereka dan tindaka.n ini juga tidak terkecuali kepada mana-mana orang yang cuba bersubahat atau melindungi mereka.

(c) Untuk mempastikan masalah ini tidak berulang lagi, Kerajaan tel ah dan akan mengam bil tindakan seperti berikut:

(i) meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan;

(ii) meningkatkan tindakan pemeriksaan di tempat yang disyaki menjadi tempat persembunyian PATI;

(iii) mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan orang-orang yang bersubahat atau memberi perlindungan kepada mereka.

KESESAKAN LALULINT AS DI BANDARA YA KUALA LUMPUR­

LANGKAH MENGATASI

34. Dato' William Chek Lin Kwai minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalami masalah kesesakan lalulintas yang begitu ketara adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengatasi masalah ini, jika ada, sila beritahu rancangannya dan jika tidak, sebab apa.

Dato' Drs Suleiman bin Mohamad: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memang berusaha untuk mengurangkan kesesakan lalulintas

843 1 JUN 1992 844

yang begitu ketara di Bandaraya Kuala Lumpur. Di antara langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh DBKL adalah seperti berikut:

(1) Pembinaan Jejambat (Flyover):

5 buah bulatan yang menjadi punca kesesakan lalulintas telahpun dipertingkatkan dengan membina jejambat. Bulatan­bulatan berkenaan adalah seperti berikut:

(a) Bulatan Jalan Cheras.

(b) Bulatan KM5 Jalan Cheras.

(c) BulatanJalanKg.Pandan/ Jalan Tun Razak.

(d) Bulatan Jalan Tun Razak/ Jalan Pahang.

(e) Bulatan Edinburgh.

(2) Melebar dan memperbaiki jalan­jalan yang sedia ada dan membina jalan-jalan baru:

Di antara jalan-jalan utama yang telah dilebar dan diperbaiki ialah:

(a) Jalan Raja Chulan.

(b) Jalan Ampang.

(c) Jalan Goi:nbak.

(d) Jalan Sentul.

(e) Jalan Genting Kelang.

(/) Jalan Puchong (Fasa 1 & 2 telah siap; Fasa 3 & 4 akan dijalankan dalam Rancangan Malaysia Keenam.

Di antara cadangan-cadangan jalan raya baru yang telah dikenalpasti ialah:

(a) Jalan "Eastern Route" dari Jalan Imbi ke Jalan Genting Kelang di sebelah timur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (rekabentuk sedang dijalankan).

(b) Jalan Lingkaran Tengah 11-dahulu dinamakan "Outer Ring Road" iaitu di sekeliling sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (reka­bentuk sedang dijalan­kan).

(c) Jalan "Northern Route" dari Jalan Pahang ke J alan Ulu Klang akan melalui Taman Air Panas dan Taman Setiawangsa (masih di peringkat kajian).

( d) Lebuhraya "East-West · Link" dari Jalan Cheras (Tam an Connaugh0 hingga Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (kerja pembinaan akan dijalan­kan pada tahun 1993).

(3) Memperbaiki Persimpangan Jalan:

Beberapa persimpangan jalan telah dilebar untuk memperbaiki pengaliran lalulintas iaitu:

(a) Jalan Ipoh/Jalan Per­hentian.

(b) Jalan SentuVJalan Sentul Sehaluan.

(c) Jalan Damansara/Jalan Kepong.

(d) Jalan Semarak/Jalan Padang Tembak.

(e) Jalan Cheras/Jalan masuk ke Taman Segar.

(4) Cadangan Projek-projek Pengangkutan Awam:

Beberapa projek-projek sistem pengangkutan awam telahpun dicadangkan bagi Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Kuala

845 I JUN 1992 846

Lumpur. Antara projek yang utama adalah seperti berikut:

(a) Transit Laju Ringan (LRT).

(b) Sistem Monorel.

(c) Sistem Rel Komuter (KTM Double Tracking).

(d) Memperbaiki mutu per­khidmatan sistem bas.

(5) Sistem Berkongsi Kereta:

Sistem berkongsi kereta dijangka merupakan satu penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi oleh Bandaraya Kuala Lumpur. Pihak Kerajaan akan menetapkan prosedur­prosedur bagi menentukan sistem berkongsi kereta boleh dijayakan iaitu:

(i) Pada peringkat per­mulaannya Kerajaan akan menggalakkan pemilik­pemilik kereta untuk me1ibatkan diri dalam sistem ini. Galakan ini terlebih dahulu dilak­sanakan oleh kakitangan sektor awam dan kemudiandnya meliputi kakitangan sektor swasta.

(ii) Seterusnya Kerajaan akan mengadakan polisi­polisinya dengan tujuan menghadkan penggunaan/kemasukan kereta-kereta ke pusat bandar Kuala Lumpur.

(iii) Berbagai bentuk intensif sedang dalam pertim­bangan untuk diberi kepada sesiapa yang telibat dalam usaha mencapai kejayaan sistem ini.

LEBUHRAYA-KEMUDAHAN PEMANDU DI W AKTU MALAM

35. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Kerja Raya menjelaskan apakah pihak Kementerian bercadang mewajibkan pihak PLUS memasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya bagi memberi keselesaan kepada pemandu memandu di waktu malam dan mengurangkan kadar kemalangan.

Tuan Kerk Choo Ting: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan pihak PLUS memasang lampu jalan di sepanjang lebuhraya. Lampujalan hanya akan di pasang di kawasan Persimpangan Bertingkat, Plaza Toi, Kawasan Rehat dan Rawat dan di jajaran lebuhraya di kawasan perbandaran yang mempunyai kepadatan trafik yang tinggi. Papan­papan tanda dan 'delineator' yang dipasang di sepanjang lebuhraya dan garisan jalan yang bersinar apabila terkena lampu kenderaan akan membantu pemandu di waktu malam.

PENCEMARAN UDARA­TINDAKAN MEMBENDUNG

36. Tuan ltam Wali bin Nawan minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan bahawa pencemaran udara akibat kilang dan asap kereta sedang meningkat. Apakah langkah­langkah yang telah diambil bagi membendung pencemaran tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law Hieng Ding): Di antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan dalam membendung pencemaran udara daripada aktiviti perindustrian ialah:

(a) menguatkuasakan Peraturan­peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1987;

( b) menguatkuasakan peraturan bagi memastikan kilang-kilang mempunyai alat kelengkapan

847 1 JUN 1992 848

kawalan pencemaran udara dan alat kelengkapan tersebut berfungsi dengan baik.

( c) mengkaji kesesuaian kedudukan pembinaan kilang-kilang baru dari aspek a lam seki tar di samping mensyaratkan alat kelengkapan kawalan pen­cemaran udara kepada kilang­kilang baru sebelum permohonan tersebut dipertimbangkan; dan

(d) mengawasi tahap mutu kualiti udara melalui rangkaian stesen pengawasan di seluruh negara di mana data-data tersebut akan digunakan bagi mengambil langkah-langkah kawalan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi mengawal pencemaran udara akibat dari pelepasan asap kenderaan ialah:

(a) menguatkuasakan Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Kawalan Pelapasan Asap dan Gas), 1977 bagi mengawal pelepasan asap dari kenderaan disel;

(b) menguatkuasakan Peraturan­peraturan Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor) untuk menetapkan paras kandungan plumbum dalam minyak petrol;

(c) menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan hasilnya sehingga bulan April 1992 sebanyak 31 % pengguna kenderaan menggunakan petrol tanpa plum bum, manakala 71 % stesyen minyak di seluruh negara menjual minyak tanpa plumbum; dan

( d) menggalakkan penggunaan gas sebagai bahan api, "natural gas for vehicles (NGV)", alat

penggubah bermangkin (cata­lytic converter) dan mening­katkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

PENGANGGUR WANITA­PENGGALAKAN SUMBER

TENAGA

37. Tuan V .K. Sella pan minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) berapakah bilangan wanita yang tidak bekerja dari lingkungan umur 21 tahun hingga 55 tahun;

(b) apakah sebab-sebabnya mereka tidak mahu bekerja; dan

(c) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk menggalak­kan kaum wanita ini supaya bekerja sebagai sumber tenaga.

Tuan Yong Khoon Seng:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian saya tidak dapat memberikan data yang tepat mengenai jumlah wanita yang tidak bekerja. W alau bagaimanapun, wanita ·· merupa­kan kira-kira separuh daripada jumlah penduduk, tetapi mereka hanya merupakan satu pertiga sahaja dari jumlah tenaga buruh. Pada keseluruhannya, guna­tenaga wanita masih rendah berbanding dengan lelaki.

(b) Pada amnya, wanita 'tidak bekerja secara rasmi' kerana menguruskan hal-hal rumah­tangga dan menjaga anak-anak adalah juga pekerjaan yang berat dan penuh masa. Kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah kerana kelayakan dan kemahiran mereka tidak mencukupi a tau mereka sememangnya tidak mahu bekerja selain dari kerja di rumahtangga.

849 1 JUN 1992 850

( c) Kerajaan telah melaksanakan dan sedan"g mengatur program­program untuk meninggikan kadar penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah dengan memper­baiki laluan-laluan wanita kepada latihan kemahiran dan vokasional, menggalakkan mereka menceburkan diri dalam bidang-bidang teknikal dan profesional serta mem ban tu mereka mendapatkan kemu­dahan-kemudahan kewangan. Kerajaan juga menggalakkan majikan menyediakan kemu­dahan-kemudahan sokongan seperti pusat jagaan kanak­kanak.

PEMIMPIN KESA TUAN SEKERJA-LANGKA{I MENGATASI KEMPEN

38. Tuan Haji Dbl bin Dolah minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pemimpin Kesatuan Sekerja yang memburuk-burukkan nama baik negara ini di mata dunia; dan

(b) apakah pendirian Kerajaan dalam hal ini dan apakah Kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan kesalahan maklumat tentang buruh-buruh negara akibat tindakan pemimpin kesatuan sekerja itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato'. M. Mahalingam): Pertanyaan ini telah dijawab di Dewan ini semasa menjawab pertanyaan No. 2 dari Yang Berhoramt Senator Ng Peng Hay pada 27hb Mei, 1992 mengenai perkara yang sama.

Kementerian Sumber Manusia tiada apa-apa perkara untuk ditambah kepada jawapan yang telah diberi itu.

LEMBAGA PENAPISAN FILEM-DASAR DAN

FUNG SI

39. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah fungsi Majlis Penapisan Filem Negara. Berapakah filem yang ditapis tiap-tiap bulan. Adakah filem yang tidak diluluskan oleh pihak Jawatankuasa dan kenapa dan adakah syarikat-syarikat diberi peluang untuk membaiki semula jika sekiranya ada perkara-perkara yang harus dibaiki.

Tuan Ong Ka Ting:

Lembaga Penapis Filem (bukan Majlis Penapis Filem Negara) adalah bertanggungjawab menontontapis semua jenis filem yang hendak ditayangkan kepada orang ramai, dan ini termasuk filem-filem untuk siaran televisyen, pawagam dan pusat-pusat hiburan yang lain.

Secara purata sejumlah 2,140 tajuk filem ditontontapis setiap bulan.

Dalam proses tontontapis, terdapat filem-filem yang tidak dibenarkan untuk tayangan iaitu diharamkan. Sebabnya adalah berbeza-beza antara sebuah filem dengan yang lain, antaranya termasuklah:

(i) terlalu memaparkan keganasan, kekejaman;

(ii) banyak adegan-adegan seks;

(iii) tidak bersesuaian dengan nilai aan tatasusila peradaban ketimuran;

(iv) unsur-unsur jeRayah yang mengajar atau yang meng­gambarkan jenayah itu satu keuntungan;

-----~- ---------------~

851 1 JUN 1992 852

(v) bertentangan dengan akidah dan sebagainya. Filem-filem yang diharamkan boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem atau mengeksport semula filem untuk di'reedit' atas perkara-perkara yang bertentangan dengan Akta Penapisan Filem.

JEMAAH HAJI MALAYSIA­JUMLAH DAN MAKLUMA T

KEPADA WARIS

40. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan berapakah bilangan jemaah haji yang akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. Jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian di sana, berapa hari baru waris di Malaysia akan dapat tahu.

Tuan Othman bin Abdul: Sepertimana dimaklumkan dalam akhbar-akhbar tempatan, jumlah jemaah haji Malaysia yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini tidak berubah.

Jika berlaku sesuatu kemalangan atau kematian, waris jemaah haji di Malaysia akan diberitahu sebaik sahaja butir-butir tentang kematian atau kemalangan itu disahkan bagi menentukan maklumat yang akan diberi itu tepat. Dalam keadaan biasa proses pengesahan tersebut akan memakan masa tidak lebih dari sehari atau usaha untuk menghubungi waris akan memakan masa di antara beberapa jam kepada sehari, bergantung kepada senang atau sukarnya waris tersebut dihubungi.

PELAJAR MALAYSIA DI SEBERANG LAUT-KADAR

BIASISWA

41. Tuan lsli bin Haji Siput minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa pelajar-pelajar di luar negeri yang ditaja olehnya sedang

mengalami masalah kewangan disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup yang tinggi; sekiranya sedar, tindakan yang sewajarnya adalah perlu diambil memandangkan ramai pelajar yang terpaksa bekerja sehingga menjejaskan prestasi mereka.

Tuan Othman bin Abdul: Kerajaan sedar dan sentiasa memberi perhatian terhadap masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Malaysia di seberang laut berikutan kenaikan taraf hidup yang begitu cepat khususnya di negara-negara seperti United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat. Untuk mengatasi masalah tersebut, Kerajaan memang dari semasa ke semasa mengambil tindakan mengkaji semula kadar biasiswa di negara-negara berkenaan. Pada lazimnya, kadar biasiswa ini disemak sekali dalam tempoh 3 tahun. Walaupun begitu,dalam keadaan tertentu, kajian terpaksa dibuat lebih cepat, umpamanya baru-baru ini Jabatan Pekhdimatan Awam (JPA) telahpun mengkaji semula kadar bagi negara United Kingdom secara interim, berikutan kenaikan mendadak taraf hidup yang tinggi di negara berkenaan.

PENCEMARAN UDARA DAN AIR-TINDAKAN MENGAWAL

42. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah dibuat oleh Kementerian ini untuk memastikan supaya tidak berlakunya pencemaran udara dan air.

Tuan Law Dieng Ding: Bagi memastikan masalah pencemaran udara dan air dapat dikawal ke tahap yang minimum, Jabatan Alam Sekitar telah menyediakan beberapa strategi pengurusan alam sekitar. Strategi­strategi itu ialah kawalan dan pencegahan pencemaran dan meng­integrasi faktor-faktor alam sekitar ke daJam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan sumber dan juga pembangunan wilayah.

853 I JUN 1992 854

KEPULAUAN SPRATLY/ PULAU BATU PUTEH/

PULAU SIPADAN­PENYELESAIAN ISU SEMPADAN

43. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan di Kepulauan Spratly di Pulau Terumbu Layang-layang;

(b) berapa ramaikah anggota pasukan keselamatan ditempat­kan di pulau tersebut;

(c) apakah sikap Kerajaan Malaysia berhubung dengan Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan; dan

(d) adakah hubungan Malaysia dengan Singapura dan Indonesia terjejas ekoran dari isu Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan.

Menteri Pertahanan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak):

(a) Dalam keadaan sekarang, Angkatan Tentera Malaysia tidak bercadang untuk menam­bah bilangan anggota yang di­tempatkan di kepulauan Spratly, memandangkan kekuatan/ bilangan tersebut adalah mencukupi untuk mengawal kedaulatan dan keselamatan kepulauan tersebut dari sebarang ancaman. Pihak Angkatan Tentera Malaysia sentiasa mengawasi perkembangan persekitaran kepulauan tersebut. Sekiranya terjadi satu pen­cerobohan yang tidak dapat diatasi/kawal oleh kumpulan tersebut, pihak Angkatan Tentera Malaysia telah mempunyai rancangan-rancangan untuk mengatasi situasi sedemikian.

(b) Bilangan anggota tentera di Pulau tersebut tidak dapat di­maklumkan kerana ianya melibatkan soal strategi pertahanan.

( c) Kerajaan berpendapat bahawa isu Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan boleh diselesaikan melalui saluran diplomatik berasaskan kepada asas-asas perundangan.

(d) Saya ingin menegaskan bahawa hubungan Malaysia dengan Singapura dan Indonesia tidak terjejas ekoran dari isu Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan.

INJIL ARAB-JA WI-LANGKAH MENYEKA T ED ARAN

44. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berhubung dengan kitab lnjil tulisanjawi Bahasa Arab, yang telah diedarkan di pasaran negara ini, adakah beliau mengetahui perkara ini dan jika ada apakah tindakan yang akan diambil untuk menyekat jualan.

Tuan Ong Ka Ting: Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan mengikut tunas undang-undang sekiranya basil penyiasatan yang sedang dilaksanakan terbukti kitab lnjil tulisan jawi Bahasa Arab diedarkan dalam pasaran negara ini.

PENJENA Y AH KANAK­KANAK-CADANGAN

PINDAAN KAN,UN PROSED UR JENA Y AH

45. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada keluarga penjenayah­penjenayah kanak-kanak bawah 18 tahun akan membayar kerosakan harta

-----~~ ------

855 1 JUN 1992 856

awam oleh kanak-kanak bawah umur 18 tahun apabila meminda Kanun Prosedur Jenayah di masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang (Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Pada masa ini Kerajaan tidak ada sebarang cadangan untuk meminda Kanun Prosedur Jenayah.

KEBAKARAN LAPANGAN TERBANG ANT ARABANGSA

SUBANG-LAPORAN LEMBAGA SIASAT AN

46. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah punca kebakaran yang berlaku di Terminal I Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Subang baru-baru ini;

( b) apakah langkah pencegahan yang diambil oleh pihak yang berkenaan; dan

(c) jumlah kerugian yang dialarrii dalam peristiwa tersebut.

2.6.92.

26. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Pengangkutan menyatakan kejadian sabotaj rel keretapi di Layang­layang Johor dan kes kebakaran Terminal I Lapangan Terbang Antarabangsa, Subang membayangkan bahawa masih terdapat kakitangan yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam hal ini apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil bagi memastikan kes-kes seperti ini tidak berulang lagi demi keselamatan orang ramai.

Menteri Pengangkutan (Dato' Seri Dr Ling Liong Sik):

(1) Saya mohon izin menjawab soalan ini bersama dengan soalan daripada Yang Berhormat Tuan Shuib bin Endut pada 2.6.92.

(2) Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan telahpun menubuhkan satu Lembaga iaitu Lembaga Siasatan Kebakaran Terminal I, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang bagi:

(i) menyiasat punca keba­karan Terminal !; dan

(ii) mencari jalan pencegahan bagi mengelakkan keja­dian seumpama ini dari berlaku.

(3) Lembaga Siasatan ini dianggotai oleh wakil-wakil dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhid­matan Bomba, Jabatan Bekalan Elektrik, Jabatan Kimia dan Polis Di-Raja Malaysia. Setakat ini Lembaga Siasatan yang dipenge­rusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan telah bermesyuarat selama tujuh kali iaitupada 14hbApril, lShbApril, 18hb April, 22hb April, 25hb April, 28hb April dan Shb Mei, 1992. Di dalam mesyuarat­mesyuarat yang diadakan itu, Lembaga Siasatan telah diberi penerangan oleh wakil dari Jabatan-jabatan yang menjadi anggota Lembaga mengenai siasatan terperinci yang dilakukan oleh Jabatan masing­masing. Setiap maklumat yang diperolehi akan dianalisa dengan mendalam termasuk menemu­bual (questioning) individu­individu yang dirasai boleh membantu Lembaga dalam tugasnya. Laporan lengkap Lembaga dijangka akan dapat disediakan dalam tempoh sebulan lagi. Oleh kerana siasatan masih lagi berjalan, saya tidaklah dapat memberikan maklumat-maklumat yang lebih terperinci.

(4) Berhubung dengan langkah pencegahan, sukacita dimak­lumkan, perkara ini sentiasa dititikberatkan oleh pihak

857 1 JUN 1992

pengurusan Lapangan Terbang. Mengenai kos membaikpulih Terminal I, oleh kerana kerja­kerja pembersihan dan baikpulih masih lagi berterusan, maka kos sebenar belum dapat dipastikan sekarang. Begitu juga dengan kerugian yang dialami, ianya masih lagi dinilai oleh pihak­pihak yang terlibat.

TENTERA MALAYSIA BERTUGAS DI CAMBODIA­

GANJARAN

47. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah ganjaran yang diperolehi oleh tentera Malaysia yang dihantar ke Cambodia bertugas di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu serta kebajikan keluarga mereka yang tinggal, berapa lama mereka dibenarkan bertugas di negara tersebut.

Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Ganjaran yang diperolehi merupakan elaun dan kemudahan kewangan seperti berikut:

(a) Peruntukan Kerajaan Malaysia:

(1) Gaji dan elaun bulanan yang diterima semasa perkhidmatan di Malaysia diteruskan.

(2) Sebelum berlepas mereka diberi peruntukan pakaian seragam tropikal bernilai $400.00 setiap anggota.

(b) Peruntukan PBB:

(1) Dibayar terus kepada anggota:

(a) Elaun Harian se­banyak US$1.28 sehari setiap

· anggota. (b) Elaun percutian

s e b a n y a k US$10.50 sehari untuk 7 hari sahaja

858

setiap anggota selepas 6 bulan perkhidmatan.

(c) Elaun Perjalanan melalui tuntutan apabila melak­sanakan tugas rasmi tanpa kemu­dahan disediakan.

(2) Dibayar Kepada Kera­jaan Malaysia:

(a) Peruntukan Gaji bulanan sebanyak US$988.00 setiap anggota dan Elaun pakar sebanyak $291.00 untuk 10% kekuatan keseluruhan Kontinjen MALBATT. Kedua-dua per­untukan ini bagai­manapun, akan di bayar kepada anggota melalui elaun Gejala Hidup dan Elaun Khas. Elaun ini masih belum di­putuskan oleh Kementerian Kewangan.

(b) Sebagai perun­tukan gantian, Elaun Peralatan/ Pakaian sebanyak US$65.00 sebulan dan Elaun Persen­jataan sebanyak US$5.00 sebulan bagi setiap ang­got~ dibayar ke­pada Kerajaan Malaysia. Perun­tukan ini tidak dibayar kepada anggota.

859 1 JUN 1992 860

(c) Pampasan Melalui Tuntutan:

Pampasan di atas kematian dan kecederaan akan dibayar melalui tuntutan Kerajaan apabila berlaku kejadian. Jumlah pampasan adalah mengikut peraturan dan kadar kelayakan yang ditetapkan di Malaysia.

Sementara itu bagi menjaga kebajikan keluarga ialah anggota-anggota diberi pilihan untuk terus menetapkan keluarga di rumah keluarga Angkatan Tentera atau dihantar pulang ke kampung. Jika mereka memilih untuk menghantar keluarga ke kampung, mereka diberi peruntukan waran perjalanan dan dibenar membuat tuntutan pemindahan. Untuk keluarga yang tinggal tetap di rumah keluarga, mereka terus menikmati kemudahan perkhidmatan dalam kem seperti feri sekolah kanak-kanak, perjumpaan dan kelas bimbingan BAKAT, kemudahan kantin keluarga serta tayangan wayang gambar. Selain daripada itu, keselamatan mereka juga dijamin oleh Kumpulan Pentadbiran Bahagian Tinggal Belakang yang membuat rondaan dan pemeriksaan ke kawasan rumah keluarga mengikut jadual. Kumpulan mt juga bertanggungjawab menyampaikan surat dan berita kepada keluarga dan mengumpulkan surat serta bungkusan dari keluarga yang hendak dihantar ke Cambodia. Pada keseluruhannya segala aspek kebajikan keluarga dan persekolahan anak-anak diselaraskan oleh kumpulan ini.

Mengenai J angkamasa Bertugas pula Kementerian Pertahanan tel ah menetapkan dasar perkhidmatan dalam misi-misi PBB untuk jangkamasa I tahun. Bagaimanapun, jika penugasan PBB selesai sebelum jangkamasa tersebut, anggota-anggota berkenan akan diarah kembali ke tanahair. Sebaliknya jika penugasan berterusan melebihi 1 tahun, Kementerian Pertahanan akan membuat penggantian anggota atas persetujuan PBB.

PEKERJA MALAYSIA DIJEPUN-LANGKAH

MENGAT ASI EKSPLOIT ASI

48. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa oleh kerana ramai rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di Jepun dan dikatakan telah dieksploi­tasikan baru-baru ini dan sesetengahnya terlibat dengan dadah atau mengalami gangguan fikiran:

(a) apakah langkah-langkah yang Kerajaan bercadang ambil bagi mengatasi keadaan itu; dan

(b) sama ada patut langkah diambil memberi mereka panduan.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Kerajaan menyedari adanya laporan penganiayaan atau eksploitasi yang berlaku terhadap rakyat negara ini yang bekerja secara haram di beberapa buah negara asing termasuk negara Jepun oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Waiau bagaimanapun, pemergian mereka itu adalah atas pilihan sendiri dan tiada perundangan di negara ini yang boleh menyekat mereka dari membuat begitu.

Bagi mengelakkan mereka mengalami keadaan seumpama itu, pihak Kementerian telahpun mengambil langkah-langkah berikut:

(i) menasihatkan pencari­pencari kerja supay1,1 lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya jika ada pihak-pihak tertentu yang menjanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negeri.

(ii) meminta pihak akhbar, terutamanya akhbar ber­bahasa Cina supaya bekerjasama dalam men-

861 l JUN 1992 862

cegah masalah ini dengan tidak mengiklankan tawaran-tawaran bagi mendapatkan pekerjaan di luar negeri daripada agensi-agensi atau orang tengah yang tidak diberi kebenaran atau tidak mempunai lesen agensi pekerjaan yang sah.

(b) Pencari-pencari kerja adalah dinasihatkan untuk berurusan dengan agensi-agensi pekerjaan yang mempunyai lesen yang sah jika mereka berminat untuk bekerja di luar negeri. Mereka boleh menyemak dengan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia bagi menentu­kan sama ada agensi tersebut mempunyai lesen yang sah atau tidak.

Di samping itu, pencari­pencari kerja dan juga orang ramai adalah diminta untuk tampil ke hadapan untuk membuat pengaduan kepada pihak Polis jika mereka mempunyai maklumat atau bukti mengenai adanya kegiatan penipuan yang dilakukan oleh agensi pekerjaan atau orang­orang yang tidak bertanggung­jawab.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR KUALA LUMPUR­

JUMLAH PERUNTUKAN

49. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa wang yang telah dibelanjakan untuk memper­kukuhkan benteng-benteng Sungai Klang di Kuala Lumpur untuk mencegah banjir-bajir kilat di Kuala Lumpur; dan

(b) berapakah panjang benteng Sungai Klang yang telah disiapkan dan berapa panjang masih perlu disiapkan.

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed:

(a) Kerja memperbaiki Sungai Klang dijalankan di bawah Rancangan Tebatan Banjir Kuala Lumpur dan sehingga sekarang sebanyak $62.4 juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja meperbaiki termasuk memperkukuhkan benteng-benteng Sungai Klang.

(b) Dengan perbelanjaan ini, 6.9 kilometer Sungai Klang dapat disiapkan dan sepanjang 75.6 kilometer masih perlu disiapkan.

SAHAM TENAGA NASIONAL BHD.-PEMOHON REZAB

50. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Kewangan menyatakan mengapa pemohon-pemohon saham Tenaga Nasional Bhd. terdapat taraf "Rezab" tetapi tidak dimasuki dalam cabutan "Rezab" pada bulan April tahun ini.

Dato' Loke Yuen Yow: Berhubung dengan soalan di atas, satu kenyataan akhbar telahpun dibuat pada 2hb Mei, 1992. Pemohon-pemohon saham yang bertaraf rezab telah dicabut semasa cabutan yang telah diadakan pada 8hb. April, 1992 dan juga pada 1 Shb. April, 1992. Permohonan­permohonan yang telah berjaya dicabut dan kemudiannya ditolak telah digantikan daripada rezab yang cabutannya ialah pada 25hb. 26hb. dan juga pada 28hb. April, 1992. Penolakan dan penggantian tersebut telah dibuat oleh wakil-wakil Pengarah TNB yang disaksikan oleh juruaudit luar MIDFCCS. Pada 28hb. April, 1992 selepas penggantian tersebut dilakukan, Pengarah TNB telah mencabut sebahagian lagi daripada permohonan rezab tersebut untuk tujuan 'mini-ballot' yang telah diedarkan pada 2hb. Mei, 1992 bagi tujuan penggantian yang

863 1 JUN 1992

terakhir terutama menggantikan permohonan berganda. Dengan itu, semua permohonan yang bertaraf rezab telah diberi peluang untuk tujuan cabutan penggantian.

PADANG BESAR-SERANGAN ASKAR THAI

51. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) mengapa askar Thai boleh menyerang di kawasan Padang Besar Malaysia dan kesudahan­nya; dan

(b) apakah tindakan pihak Kerajaan Malaysia atas kerosakan dan kerugian penduduk di kawasan itu.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abddul Razak:

(a) Kejadian pencerobohan oleh pihak berkuasa Thai tempoh hari dipercayai adalah atas sebab­sebab berikut:

(i) Pihak berkuasa Thai yang bertugas di sekitar kawa­san sempadan Semenan­jung/Selatan Thai mung­kin sengaja telah meng­gunakan kefahaman Perjanjian 6 Nov. 1922 (antara pihak keretapi Thailand dengan pihak British) sebagai alasan bahawa mereka berhak memasuki kawasan ber­kaitan untuk bertindak terhadap masyarakat umum yang melanggar undang-undang penguat­kuasaan pengutipan cukai.

(ii) Kemungkinan tindakan pencerobohan dilakukan atas adanya unsur-unsur

864

kepentingan peribadi di kalangan pihak-pihak penceroboh yang terlibat tidak boleh dinafikan.

(iii) Kejadian pencerobohan yang berlaku pada 30hb Jun 1991 dan kejadian­kejadianpada 14hb, 16hb, 30hb serta 22hb Disember, 1991 telah mengakibatkan perkara­perkara seperti berikut:

(a) Melalui kejadian pada 30hb Jun 1991, barangan bernilai kira-kira $20,000.00 kepu­nyaan peniaga­peniaga tempatan telah dirampas oleh pihak ber­kuasa Thailand.

(b) Melalui kejadian pada 16hb Disember, 1991 seorang peniaga telah ditendang oleh pihak ber­kuasa Thailand keranacubameng­halang barang­barang bernilai $1,000.00 dari­pada dirampas.

( c) Kejadian-kejadian pencerobohan ini telah menjejaskan usaha-usaha per­dagangan di kala­n g an peniaga­peniaga tempatan khasnya untuk tempoh yang ter­libat.

(d) Terbit dari keja­d i an -kej ad ian yang berkaitan dapat memper­lihatkan adanya unsur-unsur kele-

865 1 JUN 1992 866

mahan agensi­agensi penguat­kuasaan Malaysia ketika bertugas di lokasi kejadian.

(b) Tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

(i) Wisma Putra telah memanggil TYT Dula Thailand di Kuala Lumpur untuk menge­mukakan Nota Bantahan Rasmi Kerajaan Malaysia bersabit kejadian-keja­dian pencerobohan ber~ kenaan.

(ii) Berhubung dengan pen­cerobohan pada 30hb Jun 1991 beberapa perbin­cangan juga telah diada­kan di antara Kerajaan Negeri Perlis dan pihak berkuasa Thailand. Ekoran daripada itu, satu rombongan pihak ber­kuasa Thai telah datang mengadap DYMM Raja Perlis pada 16hb Oktober, 1991 untuk memohon maaf secara rasmi.

(iii) Pada 29hb Januari 1992, satu Majlis Muhibbah telah diadakan di antara: Kerajaan Negeri Perlis dan pihak berkuasa Thailand untuk pihak Thai menyerahkan kem­bali kesemua barang­barang yang telah di­rampas tempoh hari.

(iv) Pihak berkuasa Malaysia telah mempertingkatkan penempatan pasukan keselamatan di kawasan setempat. Mereka diarah supaya sentiasa ber­waspada dan bertindak

segera menghalang perkara-perkara sedemi­kian rupa dari berlaku di kawasan berkenaan.

(v) Agensi-agensi penguat­kuasaan Malaysia telah diarah supaya kuatku:.sa undang-undang ditentu­kan. Segala urusan keluar/ masuk barang-barang mestilah dilaksanakan oleh peniaga-peniaga hanya melalui jalan-jalan dan pintu-pintu masuk yang sah sahaja.

(vi) Usaha-usaha di peringkat atasan di antara Kerajaan Malaysia-Thailand sedang dilaksanakan untuk sama-sama menye­lesaikan masalah yang berkaitan di kawasan sempadan.

PESAWAT PEJUANG MIG-29-DASAR PEMBELIAN BUAT AN

. ENGLAND

52. Tuan Chong Chi Siong minta Menieri Pertahanan menyatakan:

(a) kriteria yang menjadi panduan kepada pihak Kementerian Pertahanan membuat keputusan membeli pesawat pejuang jenis MIG-29 buatan Russia; dan

(b) apakah dasar pemilihan Kementerian terhadap pembelian jet pejuang buatan England.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak:

(a) Setakat 101 Kementerian Pertahanan belum lagi membuat apa-apa keputusan untuk membeli pesawat pejuang jenis MIG-29 buatan Russia untuk kegunaan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Pada masa kini TUDM sedang dalam proses membuat

867 1 JUN 1992 868

kajian ke atas pesawat tersebut untuk menentukan kesesuaian­nya dalam rancangan jangka panjang TUDM meningkatkan keupayaan pertahanan udara negara.

(b) Pembelian Pesawat Hawk ialah di antara projek-projek yang telah dikenalpasti di bawah Memo­randum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Malaysia dan United Kingdom. Projek Hawk ini ialah di antara langkah­langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kementerian Pertahanan dalam proses meningkatkan keupayaan kese­luruhan TUDM.

GURU SEMENANJUNG­JUMLAH BERKAHWIN DI

SARAWAK

S3. Tuan Haji Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamed minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa ramaikah guru-guru Semenanjung yang dihantar ke Sarawak memilin nntuk tinggal menjadi penduduk tetap kerana sudah berkahwin. dengan pasangan tempatan dan sebagainya.

Dr Fong Chan Ono: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang sedar terdapatnya sebilangan kecil guru-guru dari Semenanjung yang dihantar ke Sarawak telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan memilih untuk tinggal tetap di negeri itu. Waiau bagaimanapun, Kementerian Pen­didikan tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perkara tersebut.

LEBUHRAYA UTARA· SELATAN-JUMLAH

KEMALANGAN

54. Tuan Rahim bib Baba minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) berapakah kemalangan yang berlaku di sepanjang lebuhraya

Utara-Selatan pada tahun 1990 dan 1991 yang disebabkan oleh kenderaan berat (lori) dan motosikal; dan

(b) Apakah Kerajaan bercadang mengharamkan lori dan moto­sikal menggunakan lebuhraya (sebaliknya menggunakan jalan alternatit) untuk mengurangkan kemalangan dan kerosakan kepada lebuhraya khasnya oleh kenderaan berat.

Tuan Kerk Choo Ting: Jumlah kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kenderaan berat (lori, trailer, bas, tanker dan lain-lain) dan motosikal di ·sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang, adalah seperti berikut:

1990 1991 Kenderaan berat (lori, 612 790 trailer, bas, tanker, dll)

Motosikal 139 205

Jumlah 751 995

Mengikut perkiraan nisbah, jumlah kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat dan motosikal adalah lebih kurang 44% dari jumlah keseluruhan kemalangan pada tahun 1990 dan 1991.

Bagi menjawab soalan yang kedua, buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan lori dan motosikal dari menggunakan Lebuhraya Utara­Selatan.

TAPAK SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH PEMAJU-KA W ASAN

TIDAK SESUAI

SS. Tuan Rahim bin Baba minta · Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah beliau sedar terdapat pemaju yang memperuntukkan kawasan sekolah terdiri dari

869 I JUN 1992 870

kawasan yang tidak sesuai seperti kawasan bukit dan kawasan curam dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk dimajukan; dan

(b) apakah Kerajaan bercadang mensyaratkan pemaju sendiri mendirikan sekolah atau menyediakan sesuatu kawasan sekolah sebelum sijil kelayakan diberikan terhadap sesuatu projek.

Dr Fong Chan Ono:

(a) Untuk makluman Ahli ,Yang Berhormat, Kementerian Pen­didikan menyedari terdapatnya pemaju-pemaju perumahan menyediakan tapak sekolah yang tidak sesuai seperti berbukit curam dan berlembah. Akibatnya Kementerian Pendidikan ter­paksa berbelanja lebih dan adakalanya tidak dapat melaksanakan projek di tapak berkenaan.

(b) Bagi mengatasi masalah tersebut beberapa langkah telah dicadangkan iaitu:

(i) Wakil Jabatan Pendidikan Negeri dilantik sebagai ahli dalam mesyuarat ketika membincangkan 'layout' sesuatu kawasan perumahan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi memastikan tapak-tapak sekolah yang disediakan mencukupi keluasannya dan sesuai.

(ii) Bagi pemaju yang gagal menyediakan tapak, tapak yang tidak mencukupi keluasannya dan tapak tidak sesuai, mereka diminta memberikan sumbangan kewangan kepada Kerajaan dan dengan itu satu tapak khas akan dicari untuk

membolehkan Kemen­terian Pendidikan mem­beli tanah di kawasan berhampiran.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga telahpun mengadakan perbin­cangan dengan Jabatan-jabatan yang berkaitan dengan pemaju perumahan supaya pihak pemaju merekabentuk dan membina sekolah mengikut garis­panduan yang disahkan. Kementerian Pendidikan akan membayar kos sebenar pembinaan bangunan tersebut.

PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG ANT ARABANGSA

KUALA LUMPUR-PAMPASAN

56. Tuan V. K. Sellappan min ta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah berikut akibat pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan:

(a) penduduk-penduduk tempatan yang kehilangan somber pendapatan tradisi;

(b) peluang pekerjaan khususnya kepada mereka yang melebihi umur 45 tahun;

(c) pampasan bagi pekerja ladang yang hilang pekerjaan;

(d) kehilangan kemudahan-kemu­dahan awam seperti tempat ibadat, sekolah, balai raya dan sebagainya; dan

(e) pemberian rumah kediaman bagi mereka yang kehilangan rumahnya.

Dato' Seri Dr Ling Liong Sik: Projek pembinaan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) adalah sebuah projek yang dirancang dengan teliti oleh Kerajaan. Ini dapat dilihat dari kajian-kajian yang dijalankan, bermula

871 1 JUN 1992 872

dari Kajian Pelan Induk pada awal tahun ini dan diikuti dengan 'Detailed Engineering Design' pada tahun hadapan. Di masa yang sama, Kajian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) juga akan dijalankan. Kajian EIA, misalnya antara lain akan meliputi aspek sosial di mana perunding yang dilantik akan mengkaji apakah kesan-kesan sosial yang bakal timbul basil dari perlaksanaan projek seperti 1m dan seterusnya memperakukan kepada Kerajaan cara­cara mengatasinya. Perkara ini juga melibatkan soal pampasan kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, proses penilaian tanah sedang dijalankan dan Kerajaan akan memastikan setiap penduduk yang terlibat dengan projek KLIA ini tidak teraniaya oleh projek, malahan akan memastikan penduduk tempatan akan mendapat manfaat yang setimpal.

KEMALANGAN/KEMATIAN DI TAPAK PROJEK PERUMAHAN­

SY ARA T KAW ALAN

57. Tuan ltam Wali bin Nawan meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa terdapat beberapa kes kematian jatuh dalam lubang di tapak projek perumahan yang sedang dikendalikan dan juga yang telah disiapkan akibat kecuaian kontraktor.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:

(a) Sebelum sesuatu projek perumahan itu diberi kelulusan untuk dilaksanakan, pada kebiasaannya, Pihak-pihak­berkuasa Tempatan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pemaju-pemaju perumahan bagi memastikan bahawa projek perumahan tersebut dilaksanakan dengan betul dan menjamin keselamatan pekerja dan orang

awam. Setelah segala syarat­syarat dipatuhi barulah kerja­kerja pembinaan boleh dilaksanakan oleh pemaju­pemaju perumahan/kontraktor yang berkenaan. Pihakberkuasa Tempatan dari semasa ke semasa akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan semua syarat yang dikenakan dipatuhi. Sekiranya didapati ada syarat­syarat yang tidak dipatuhi, maka Pihakberkuasa Tempatan mem­punyai kuasa untuk member­hentikan kerja-kerja pembinaan tersebut. Peraturan-peraturan yang hendak dikenakan terhadap pemaju-pemaju didapati sedia ada dan mencukupi. Oleh itu, Kementerian ini tidak bercadang untuk membuat perubahan lagi buat masa ini.

(b) Sekiranya sesuatu kemalangan berlaku, Pihakberkuasa Tem­patan boleh menghentikan kerja­kerja pembinaan supaya siasatan terhadap punca-punca kema­langan tersebut dapat dilakukan oleh Pihakberkuasa. Tindakan ke atas kontaktor-kontraktor yang terlibat adalah bergantung kepada basil siasatan berkenaan dan mengikut undang-undang yang sedia ada.

UPSR-KAJIAN PREST ASI SRJK(T)/(C)

58. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah Kerajaan menjalankan kajian mengenai prestasi rendah dalam UPSR di sekolah Tamil. Apakah tindakan Kerajaan untuk memulihkan keadaan m1 dan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah Tamil.

Dr Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan sentiasa menjalankan kajian tentang prestasi

873 1 JUN 1992 874

pendidikan di semua sekolah rendah di seluruh negara, termasuk SRJK(T)/ SRJK(C). Di samping itu usaha-usaha juga dijalankan untuk memperbaiki serta meningkatkan mutu pendidikan di semua sekolah rendah. Bagi SRJK(T), satu program khas sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mutu Bahasa Tamil, iaitu program proses penulisan. Bagi mata pelajaran Matematik modul, pengajaran Matematik telah siap untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah luar bandar termasuk SRJK(T). Di samping itu usaha-usaha lain yang dijalankan adalah seperti berikut:

(i) menempatkan lebih ramai guru­guru terlatih di sekolah-sekolah tersebut dengan cara menambah bilangan calon-calon guru terlatih di maktab-maktab perguruan bagi program Pengajaran Bahasa Tamil;

(ii) menggalakkan sekolah tersebut mengadakan kelas-kelas bim­bingan bagi mata-mata-pelajaran yang didapati murid-murid lemah;

(iii) mengadakan pengajaran pemi­lihan bagi murid-murid yang lemah dalam pembelajaran; dan

(iv) mengadakan penyeliaan peng­ajaran secara berterusan oleh pegawai dan kakitangan penting mata-pelajaran.

SKIM PEGA WAI PERKHIDMAT AN PENDIDIKAN

SISW AZAH-KENAIKAN PANG KAT

59. Tuan K.'Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah sebab­sebab dalam kenaikan pangkat seseorang siswazah, bekas guru terlatih pengalaman perkhidmatan terdahulunya tidak diambilkira. Adakah cadangan untuk memberi pertimbangan terhadap perkara ini.

Dr Fong Chan Ono: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perlantikan pegawai-pegawai Perkhid­matan Pendidikan Siswazah memer­lukan kelulusan di peringkat ijazah dari universiti-universiti yang diiktiraf. Skim Perkhidmatan Siswazah ini berbeza daripada Skim Bukan Siswazah. Oleh itu, Kementerian Pendidikan tidak boleh mengambilkira pengalaman semasa bukan siswazah untuk tujuan kenaikan pangkat ke jawatan-jawatan yang lebih tinggi dalam Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Setakat ini, belum ada cadangan untuk memberi pertimbangan terhadap perkara ini.

BADAN KORPORAT KERAJAAN-KA W ALAN

MONOPOLI PELABUR ASING

60. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah oleh Kerajaan dalam menjamin badan-badan korporat Kerajaan yang telah diswastakan daripada dimiliki oleh pelabur-pelabur asing.

Tuan Othman bin Abdul: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam melaksanakan dasar penswastaan, Kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuklah mengenai kemungkinan pihak asing akan mengambilalih badan­badan Kerajaan yang diswastakan. Dalam hubungan ini, adalah menjadi dasar Kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pelabur-pelabur tempatan. Sungguhpun begitu, pertimbangan bagi penglibatan pelabur­pelabur asing akan diberikan kepada kes­kes tertentu sahaja iaitu seperti berikut:

(i) sekiranya kemahiran yang diperlukan bagi meningkatkan kecekapan tidak terdapat dalam negeri;

(ii) sekiranya penyertaan diperlukan untuk menggalak dan meningkatkan eksport;

875 1 JUN 1992 876

(iii) sekiranya pasaran modal tempatan tidak berkeupayaan menyerap keseluruhan saham yang ditawarkan;

(iv) sekiranya corak perniagaan entiti berkenaan memerlukan per­hubungan dan pendedahan di peringkat antarabangsa.

Kerajaanjuga telah menetapkan bahawa penglibatan pelabur asing dalam projek penswastaan dihadkan kepada pemilikan tidak melebihi 25% daripada ekuiti badan-badan Kerajaan yang di­swastakan.

PEMBAWA KUMAN HIV­LANGKAH PENCEGAHAN

61. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kedudukan terbaru mengenai statistik pembawa kuman HIV ·dan penyakit AIDS dan apakah bentuk persiapan-persiapan yang disediakan oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menteri Kesihatan (Dato' Lee Kim Sai): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30hb. April, 1992, bilangn kes AIDS adalah 4 7 dan pembawa HIV adalah 3,227 orang.

Bentuk persiapan yang disediakan serta langkah-langkah yangtelah diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah seperti berikut:

(i) memberi makluman dan pendidikan kesihatan yang secukup-cukupnya kepada orang ramai, kakitangan perubatan dan kesihatan, golongan berisiko tinggi dan juga pesakit AIDS. Kemen­terian Kesihatan telahpun mengeluarkan 661,500 poster, 5.677 juta risalah, 1.377 juta buku kecil, tiga buah 'trailer' dan tiga buah video dokumen­tari khusus untuk kegunaan

orang awam, guru-guru, penuntut-penuntut sekolah dan penagih dadah;

(ii) mengemaskini maklumat tentang keadaan penyakit dari masa ke semasa kepada pemimpin politik, kerajaan, badan-badan korporat dan sukarela melalui seminar, dialog dan kertas-kertas makluman;

(iii) memastikan semua darah yang digunakan adalah selamat. Ini dilakukan dengan beberapa langkah termasuk menubuh 49 buah pusat saringan darah di seluruh negara untuk men­jalankan ujian saringan ke atas semua darah yang didermakan;

(iv) mengguna hanya hasil-hasil darah (blood products) yang dirawat dengan bahang panas (heat-treated) sahaja. Pem­belian ini pula dibuat melalui satu punca sahaja iaitu secara Pembelian Pusat (Central Purchase);

(v) pengawalan melalui undang­undang di mana di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, semua bentuk jangkitan virus AIDS perlu diberitahu (a notifiable disease) kepada pihak kesihatan. Selain dari­pada peruntukan ini, Seksyen 12 Sub-seksyen 2 Akta yang sama mempunyai peruntukan yang menyebutkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya mereka yang mengetahui telah dijangkiti virus AIDS melakukan apa-apa perbuatan yang boleh merebakkan penyakit ini.

(vi) Pasukan Petugas AIDS, Jawatankuasa Teknikal Jang­kitan HIV dan lain-lain jawatankuasa kerja telah diwujudkan di peringkat

877 1 JUN 1992 878

Kementerian untuk menasihati Kementerian Kesihatan mengenai dasar-dasar dan perancangan strategi untuk pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS. Selain daripada itu, Jawatankuasa Penyelaras Jangkitan AIDS juga diwujud­kan di peringkat negeri untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS. Program mencegah penyakit ini telah diintegrasikan dengan program perkhidmatan per­ubatan dan kesihatan yang sedia ada.

(vii) merumus dan mengedarkan "Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan AIDS" untuk kegunaan kakitangan perubatan dan kesihatan di seluruh negara;

(viii) memberi khidmat rawatan perubatan kepada semua mereka yang dijangkiti virus AIDS termasuk kaunseling perubatan mengenai penyakit AIDS, cara-cara ia merebak, cara-cara ia boleh dicegah daripada merebak. Penyiasatan susulan juga dijalankan untuk menentukan punca jangkitan serta konteks pesakit;

(ix) menjalankan pengawasan ujian darah untuk jangkitan virus AIDS di kalangan mereka yang berisiko tinggi terutamanya penagih dadah yang mengguna­kan jarum suntikan dan pelacur­pelacur. Program pengawasan 101 meliputi Pusat-pusat Pemulihan seperti Penjara, Rawatan dan Pemulihan Dadah, Taman Sri Putri dan Hospital dan Klinik Kerajaan serta swasta;

(x) menjalankan program latihan kakitangan perubatan dan kesihatan khusus mengenai penyakit AIDS. Kakitangan-

kakitangan ini termasuk pakar­pakar klinikal, pegawai­pegawai perubatan, ka~tangan­kakitangan makmal, jururawat dan lain-lain kakitangan yang tugasnya berkaitan dengan pengurusan penyakit AIDS;

(xi) mewujudkan satujawatankuasa khas bagi badan-badan sukarela yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan pendidikan kesihatan kepada kumpulan-kumpulan masya­rakat yang sewajarnya; dan

(xii) mengadakan kerjasama dan pertukaran maklumat serta pengalaman mengenai penyakit AIDS di antara negara-negara jiran dan juga dengan pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

HOSPITAL BESAR KENINGAU­CADANGAN PEMBINAAN

62. Puan Ida Dumpangal nee Ida Undan minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah Kementerian Kesihatan akan meneruskan cadangan pembinaan hospital besar baru di Keningau, Sabah yang telah dicadangkan pada tahun 1990; dan

(b) kalau ada, bila akan dimulakan dan kalau tidak, mengapa.

Dato' Lee Kim Sai:

(a) Kementerian Kesihatan memang mempunyai cadangan untuk sebuah hospital bagi tiap-tiap daerah di negara ini tertakluk kepada peruntukan kewangan oleh Kerajaan. Ini termasuklah mengadakan sebuah hospital baru di Keningau. Setakat ini tidak ada peruntukan disediakan

879 1 JUN 1992 880

dalam Rancangan Malaysia Keenam. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan memohon peruntukan untuk projek 101 semasa Kajian Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Keenam.

(b) Pelaksanaan hospital baru ini akan dimulakan apabila perun­tukan diluluskan.

PEMIMPIN KERAJAAN­ETIKA PERILAKU

63. Tua~ Mohd. Zain bin Haji Mat Daud tninta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal satu etika berhubung dengan perilaku Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar, Timbalan-timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha Parlimen.

Tuan Othman bin Abdul: Menteri­menteri Persekutuan, Menteri-menteri Besar, Timbalan-timbalan Menteri dan Setiausaha-setiausaha Parlimen adalah tertakluk kepada undang-undang biasa. Tiada ada keistimewaan atau penge­c ualian yang diberi jika mereka melakukan sesuatu yang salah dari segi undang-undang.

Namun mereka dikehendaki meng­angkat sumpah taat setia dan simpan rahsia yang bertujuan menyekat mereka daripada mengguna apa-apa maklumat atau kemudahan yang diperolehi sebagai Anggota Pentadbiran untuk kepentingan diri, umpamanya dalam bidang perniagaan.

PREMIUM INSURANS KENDERAAN BERMOTOR­

GARISPANDUAN

64. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa

kenaikan insurans kenderaan bermotor sesungguhnya membebankan golongan berpendapatn rendah khasnya penduduk luar bandar:

(a) adakah Kementerian berhasrat mengkaji semula; dan

(b) apakah prosedur tertentu yang telah diarahkan kepada syarikat insurans agar tidak melewat­lewatkan tuntutan pelanggan­pelanggannya yang mengalami kemalangan.

Dato' Loke Yuen Yow:

(a) Kerajaan memang sedar bahawa kenaikan premium insurans motor adalah membebankan pengguna-pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah. Waiau bagaimanapun, penge­naan premium tambahan atau dengan izin, loading oleh syarikat insurans pada masa ini adalah wajar memandangkan nisbah kerugian yang terlalu tinggi bagi perniagaan insurans motor.

Untuk menentukan wujudnya satu had yang munasabah bagi tujuan pengenaan loading, Bank Negara telah mengeluarkan Garispanduan Mengenai Bayaran Tambahan Premium Motor di mana kadar ·premium maksimum yang bolell dikenakan ke atas berbagai jenis kenderaan telah ditetapkan. Syarikat­syarikat insurans tidak boleh mengenakan loading yang lebih tinggi daripada had tersebut kecuali setelah mendapat kelu­lusan daripada Bank Negara. Garispanduan ini juga menetap­kan bahawa premium minimum bagi setiap polisi \lntuk semua jenis kenderaan kecuali moto­sikal dinaikkan daripada $20.00 kepada $50.00. Untuk insurans motosikal, premium minimum dikekalkan pada $20.00 bagi setiap polisi.

881 1 JUN 1992 882

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pengumpulan data mengenai insurans motor sedang dibuat oleh Persatuan Jnsurans Am Malaysia dengan kerjasama Bank Negara. Ia bertujuan untuk merangka satu cara baru dalam menentuka.n kadar premium motor yang lebih saksama, seimbang dengan darjah pendedahan kepada risiko dengan mengambilkira ciri-ciri kenderaan dan pemandu. Dengan demikian, kajian semula ke atas premium insurans motor akan dibuat selepas perangkaan yang lengkap mengenainya diperolehi.

(b) Pihak Bank Negara memang memberi perhatian serius kepada aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai industri insurans terutamanya berkenaan dengan kelewatan di dalam pembayaran tuntutan­tuntutan. Sehubungan dengan itu, Bank Negara sekali lagi mengingatkan syarikat-syarikat insurans supaya menyelesaikan tuntutan-tuntutan yang diterima dengan cepat dan adil. Bagi membolehkan orang ramai membuat aduan kepada Bank Negara ten tang amalan perniagaan yang tidak sihat, Bank Negara juga telah mengeluarkan borang aduan untuk diW oleh pengadu­pengadu. Setiap aduan yang diterima telah diteliti satu persatu dan rujukan dibuat kepada syarikat insurans berkenaan supaya tindakan segera dan sesuai boleh diambil. Ini adalah bagi memastikan agar kepen­tingan pemegang polisi dan orang awam adalah terpelihara. Di dalam kes-kes di mana syarikat insurans didapati terlibat dalam amalan yang boleh dipertikaikan dan sering melambat-lambatkan ti~dakan penyelesaian, pegawai-

pegawai kanan daripada syarikat insurans berkenaan telah diminta hadir di Bank Negara dan diberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap syarikat berkenaan sekiranya didapati masih melambat-lambatkan pembayaran tuntutan. Dalam tahun 1991, Bank Negara telah mengendalikan 1,011 kes kelewatan dalam menyelesaikan tun tu tan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1991 DAN 1992)

Bacaan Kall Yang Kedua

3.39 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memper­untukkan wang itu untuk maksud­maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-undang ini meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah $1,436,63 7 ,500 dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua kepada Rang Undang-undang ini.

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan yang Ketiga, 1991 adalah .berjumlah $682,835,800. ,Dari jumlah

883 1 JUN 1992 884

ini sebanyak $507 ,461,000 diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini, manakala baki daripada jumlah tersebut sebanyak $175,374,800 adalah merupakan perbelanjaan Tanggungan yang tertakluk kepada Perbekalan Undang­undaqg tersebut. Peruntukan tambahan yang diminta di luluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut:

(1) Tambahan sebanyak $215.8 juta di bawah Maksud B.52-Kementerian Kerjaraya untuk membiayai bayaran batik pinjaman-pinjaman Lembaga Lebuhraya Malaysia;

(2) Tambahan sebanyak $50 juta di bawah Maksud B.30 iaitu peruntukan kepada Kumpulan­wang terkanun untuk dipinjam­kan kepada PER W AJA Trengganu Sdn. Bhd. sebagai modal kerja.

(3) Tambahan sebanyak $49 juta di bawah Maksud B.18-Kemen­terian Perusahaan Utama untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut:

(a) sebanyak $32.2 juta untuk menampung defisit Belanjawan tahun 1991 Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah, Malaysia; dan

(b) sebanyak $16.8 juta sebagai sumbangan Malaysia kepada akaun stok penimbal (INRO) bagi mens·tabil dan memperkukuhkan harga getah asli di pasaran.

(4) Tambahan sebanyak $45.7 juta di bawah Maksud B.34-Kementerian Kesihatan untuk membiayai perbelanjaan seperti berikut:

(a) sebanyak $33 ju ta untuk bayaran kenaikan gaji

5%, bayaran kenaikan elaun makan dan sewa hotel dan bayaran kempen penggalakkan cara hidup yang sihat;

(b) sebanyak $12.7 juta untuk menjelaskan bayaran bagi memboleh­kan Kerajaan meng­ambilalih Hospital Lady Templer;

(5) Tambahan sebanyak $38.4 juta di bawah maksud B.7-Jabatan Perdana Menteri untuk mem­biayai perbelanjaan berikut:

(a) sebanyak $30.7 juta untuk membiayai projek­projek kecil infrastruktur kemudahan-kemudahan awam dan sosial;

(b) sebanyak $4.2 juta sebagai bantuan kepada Kongres Kebangsaan Afrika, membina pe­rumahan bagi pelarian kembali ke Afrika Se Iatan;

(c) sebanyak $1.5 juta untuk membiayai kos penye­lenggaraan papan kenya­taan video-matrix di Dataran Merdeka;

(d) sebanyak $1.11 juta untuk menampung per­belanjaan pemasangan lamp14 limpah di bangu­nan Stesyen Keretapi di Ibo Pejabat KTM, Bangunan Seni Lukis Negara dan Bangunan Sultan Sulaiman;

(e) sebanyak $0.7 juta untuk perbelanjaan mengurus lnstitut Diplomasi dan Perhubungan Luar Negeri.

(6) Tambahan sebanyak $30 juta di bawah Maksud B.51-Kemen­terian Luar Negeri untuk menampung kekurangan perun-

885 1 JUN 1992 886

tukan bagi bayaran kenaikan gaji kakitangan ambilan tempatan di perwakilan­perwakilan Malaysia di luar negeri, kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 5%, kenaikan elaun seberang laut dan per­belanjaan lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke luar negeri, per­belanjaan mesyuarat Ketua­ketua Perwakilan Malaysia, mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Tabung Afrika, pem­bukaan perwakilan-perwakilan baru dan sumbangan Kerajaan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

(7) Tambahan sebanyak $9 .2 ju ta di bawah Maksud B.20-Kemen­terian Perdagangan Antara­bangsa dan Jndustri untuk membiayai perbelanjaan ber­ikut:

(i) Sebanyak $5.5 juta untuk menampung perbelan­jaan Persidangan Men­teri-menteri Ekonomi A SEAN, Persidangan dan Rundingan Perdaga­ngan Dua-Hala dengan beberapa negara Amerika Selatan dan Kuwait, perbelanjaan pertukaran pegawai, kenaikan sewa ruang pejabat dan kenaikan bayaran pre­mium insuran di Pejabat Perdagangan Malaysia di luar negeri.

(ii) Sebanyak $3.7 juta untuk membiayai .perbelanjaan promosi Labuan sebagai International Offshore Financial Centre, sum­bangan kepada per­tubuhan antarabangsa, pusat timbangtara antara-

bangsa dan perbelanjaan rancangan galakan per­dagangan.

(8) Tambahan sebanyak $8.6 juta di bawah Maksub B.40-Jabatan Penjara untuk bayaran kenaikan gaji 5% dan bayaran gaji serta elaun bantuan sewa rumah kepada pegawai-pegawai Penjara yang baru dilantik.

(9) Tambahan sebanyak $7.8 juta di bawah Maksud B.4-Suruhan­jaya Pilihanraya untuk perbelan­jaan berikut:

(i) Sebanyak $5. 7 juta bagi menampung perbe­Ianjaan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 27hb dan 28hb September, 1991.

(ii) Sebanyak $2.1 juta untuk menampung perbelan­jaan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah dan Pilihanraya Umum 1990 dan kenaikan gaji 5%.

(IO) Tambahan sebanyak $7.8 juta di bawah Maksud B.17-Kemen­terian Belia dan Sukan untuk melaksanakan akti viti-aktiviti berikut:

(i) sebanyak $1.9 juta untuk Pesta S ukan Kebangsaan sempena Hari Kebang­saan;

(ii) sebanyak $1.2 juta untuk Sukan' Padang dan Balapan Asia;

(iii) sebanyak $1.2 juta untuk Program Induk Belia Negara dan sambutan Bulan Belia dan Sukan;

(iv) sebanyak $1 juta untuk Gerakan Budaya Kerja Cemerlang;

(v) sebanyak $2.5 juta untuk lain-Iain kegiatan sukan.

887 1 JUN 1992 888

(11) Tambahan sebanyak $6.6 juta di bawah Maksud B.32-Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk menampung kenaikan gaji 5%, kenaikan sewa ruang pejabat, kos ubahsuai ruang pejabat, pembelian perabot dan kelengkapan pejabat.

(12) Tambahan sebanyak $6 juta di bawah Maksud B.43-Kemen­terian Kehakiman untuk bayaran emolumen berikutan pengisian jawatan-jawatan kosong.

(13) Tambahan sebanyak $5 juta di bawah Maksud B.28-Perben­daharaan untuk perbelanjaan berikut:

(i) Sebanyak $3.8 juta untuk menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Kewa­ngan Komanwel 1991 di Kuala Lumpur pada 8hb hingga lOhb Oktober, 1991.

(ii) Sebanyak $0.8 juta untuk bayaran perkhidmatan Juruperunding Sistem Komputer Bersepadu, Bahagian Pinjaman Perumahan Perben-daharaan.

(iii) Sebanyak $0.4 juta untuk menampung perbelan­jaan penubuhan Unit 'Desk-Top Publishing' dan bayaran perkhid­matan kurier bagi peng­hantaran eek gaji, pita magnetik dan laporan kewan.gan bagi J abatan Akauntan Negara.

(14) Tambahan sebanyak $4.9 juta di bawah Maksud B.25 Kemen­terian Pertahanan untuk mem­biayai Pameran Udara dan Mari­tim Antarabangsa Langkawi, 1991.

(15) Tambahan sebanyak $4.3 juta di bawah Maksud B.19 Kemen­terian Pertanian untuk perbelan­jaan berikut:

(i) sebanyak $2 juta untuk bayaran rebet pengeks­portan basil ayam, itik dan khinzir.

(ii) Sebanyak $1.2 juta untuk penyertaan Malaysia dalam Pameran Ameri­flora pada bulan April 1992 di Columbia, Ohio, Amerika Syarikat.

(iii) Sebanyak $1.1 juta untuk membiayai kenaikan gaji 5% dan elaun perjalanan kakitangan Lembaga Ke­majuan Ikan Malaysia.

(16) Tambahan sebanyak $4 juta di bawah Maksud B.36 Polis DiRaja Malaysia untuk menam­pung perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat bagi menjamin keselamatan semasa pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan September, 1991.

(17) Tambahan sebanyak $3.1 juta di bawah Maksud B.21 Kemen­terian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Peng­guna untuk menampung perbe­lanjaan sewaan dan kerja-kerja ubahsuai ruang pejabat baru di Menara Mayhan, Wisma PKNS dan Plaza Pekeliling, kos pengangkutan pemasangan alat­alat perhubungan dan lain-lain alat kelengkapan.

(18) Tambahan sebanyak $2.6 juta di bawah Maksud B.33 Kemen­terian Perusahaan Awam untuk membiayai sewaan ruang pejabat dan kerja-kerja ubahsuai ruang pejabat Kementerian Perusahaan Awam yang baru di Medan MARA dan pembukaan pejabat cawangan baru Lembaga

889 1 JUN 1992 890

Pelesenan dan Kenderaan Perdagangan untuk Wilayah Utara, Timur dan Selatan.

(19) Tambahan sebanyak $2 juta di bawah Maksud B.47-Kemen­terian Pengangkutan untuk melaksanakan berbagai program ke arah meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pengguna-pengguna jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan yang lain, sebanyak $6, 762,600 adalah dikehendaki untuk membiayai berbagai-bagai perkhid­matan di bawah Maksud-maksud B.5-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, B.10-Jabatan Peguam Negara, B.23-Jabatan Arkib Negara, B.26-Kemen­terian Pendidikan, B.27-Jabatan Perpustakaan Negara, B.39-Jabatan Pendaftaran Negara, B.45-Kemen­terian Somber Manusia, B .53-Kemen­terian Tanah dan Pembangunan Kope­rasi, B.54-Kementerian Pembangunan Luar Bandar, B.56-Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan B. 57-Jabatan Perpaduan Negara.

Butir-butir dan penjelasan­penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Ketiga) 1991 ini boleh didapati dalam Penyata Anggaran Tambahan yang diben­tangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 1992 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3A Tahun 1992.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Pertama) 1992 adalah berjum lab $929,176,500. Jumlah tersebut diminta diluluskan di bawah Fasal 3 Rang

Undang-undang 101. Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan adalah seperti berikut:

(1) Tambahan sebanyak $405 juta di bawah Maksud B.52-Kementerian Kerja Raya untuk bayaran kepada syarikat konsesi bagi projek penswastaan jalan dan persimpangan bertingkat di Kuala Lumpur.

(2) Tambahan sebanyak $327 .6 juta di bawah Maksud B.29-Per­khidmatan Awam, Perben­daharaan untuk membayar balik pinjaman bank-bank perdaga­ngan kepada Sabah Gas Utili­sation Project.

(3) Tambahan sebanyak $153.8 juta di bawah Maksud B.30, peruntukan kepada Kumpulan­wang Terkanun untuk perbelan­jaan berikut:

(i) $115 juta untuk dipin­jamkan kepada Perwaja Terengganu Sdn. · Bhd. sebagai modal kerja.

(ii) Sebanyak $38.8 juta untuk menampung baya­ran khidmat hutang pinjaman-pinjaman Sabah Gas Industry mengikut jadual.

(4) Tambahan sebanyak $27.7 juta di bawah Maksud B.7-Jabatan Perdana Menteri untuk · per­belanjaan berikut:

(i) Sebanyak $25 juta bagi mempergiatkan lagi Kursus-kursus Bina Semangat di seluruh negara.

(ii) Sebanyak $2.2 juta bagi membiayai program lawatan wartawan­wartawan Negara-negara Selatan ke Malaysia mulai bulan Februari hingga Jun 1992.

891 1 JUN 1992 892

(iii) Tambahan sebanyak $11 juta di bawah Maksud B .4 5-Kementerian Sumber Manusia untuk sumbangan Kerajaan kepada 'Endowment Fund' dan geran pelan­caran Institut Kesela­matan dan Kesihatan Pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan yang lain sebanyak $4,432,300 adalah dikehendaki untuk membiayai berbagai perkhidmatan di bawah Maksud-maksud B.14-Kemen­terian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, B.17-Kementerian Belia dan Sukan, B.22-Kementerian Kebu­dayaan, Kesenian dan Pelancongan, B.26-Kementerian Pendidikan dan B .28-Perbendaharaan.

Butir-butir dan penjelasan-pen­jelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Tambahan Pertama) 1992 adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4 Tahun 1992 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 4A Tahun 1992.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun

1991 dan 1992 dan memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu dikemukakan kepada Majlis dan terbuka untuk dibahas.Yang Berhormat Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh.

3.55 ptg.

Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sama­sama membahas dan menyokong Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memper­untukkan wang itu untuk maksud­maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu. Baru sebentar kita sama-sama mendengar Yang Ber­hormat Timbalan Menteri Kewangan membentangkan beberapa jenis perbelanjaan yang perlu diselesaikan sama ada dalam negeri atau di luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan ucapan saya, sukalah saya mengucapkan tahniah kepada TUDM dan Radio 3 Kangar yang masing­masingnya menyambut Hari Ulang Tahun pada hari ini. Saya berdoa mudah-mudahan selamat maju jaya di dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh negara.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang ini diluluskan adalah untuk dibenarkan supaya sejumlah wang yang tidak meleQihi $507,461,000 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama bagi Perkhid­matan Tahun 1991 yang tidak diper­untukkan atau yang tidak dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 1991 dan $929,176,500 dalam Jadual Kedua.

893 I JUN 1992 894

B.7-Jabatan Perdana Menteri. Jadual Pertama sebanyak $38,380,000 dan Jadual Kedua sebanyak $27,249,200.

Tuan Yang di-Pertua, kita baru sama-sama mengetahui bahawa ramai bakal jemaah haji kita telah terkandas disebabkan mereka tidak dapat visa untuk pergi ke Mekah menunaikan haji. Ada di antara mereka terpaksa tidur di masjid di tempat-tempat atau rumah saudara untuk tinggal buat sementara waktu. Ada yang berkumpul beramai­ramai untuk tunjuk perasaan tidak puas hati terhadap syarikat swasta yang mereka telah pilih untuk menunaikan haji. Saya harap pihak Tabung Haji akan mengambil tindakan tegas supaya pada masa akan datang tidak akan terjadi lagi peristiwa yang kurang sihat itu. Saya amat kasihan melihat bakal­bakal jemaah haji yang' sudah tua dan uzur terpaksa pula menanti-nanti hingga mendapat visa dan terus ke Mekah.

Tuan Yang di-Pertua, Biro Tata Negara menjalankan berbagai kursus kepada pelbagai golongan masyarakat di negara kita supaya rakyat menjadi lebih aktif, progresif dan tahan lasak.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak mengesyorkan supaya kebersihan dan kesedaran sivik patut diwajibkan dalam kurikulum Biro Tata Negara kerana walaupun negara kita telah dikenali di seluruh dunia, masih lagi ada sampah-sarap di tempat-tempat seperti di stesen bas-teksi, tempat­tempat awam, yang sengaja dibuang di merata-rata tempat, tidak dibuang ke dalam bakul sampah. Begitu pula panggilan-panggilan palsu kebakaran kepada balai-balai bomba dan merosakkan harta awam seperti telefon, papan-papan tanda dan seumpamanya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengeratkan lagi kerjasama dengan umat Islam Kemboja, Vietnam, China, CIS (Commonwealth of Independent

States), Eropah Timur, Bosnia­Herzegovina, Eriteria, Myanmar, Afghanistan dan lain-lain, apakah jenis sumbarigan yang Malaysia telah beri sama ada melalui kedutaan masing­masing, Jabatan Perdana Menteri atau­pun melalui akhbar-akhbar tempatan atau badan sukarela?

B .4 S uruhanjaya Pilihanraya se­banyak $7,818,000.00. Tuan Yang di­Pertua, Suruhanjaya Pilihanraya negara kita telah menjalankan tugas mereka dengan cekap dan dedikasi. Ini telah terbukti dalam tiap-tiap kali pilihan­raya umum atau pilihanraya kecil. Sistem yang diperkenalkan baru-baru ini adalah amat berkesan dan meng­ambil masa yang begitu singkat untuk mengetahui keputusan pilihanraya yang diadakan. Saya ingin mendapat pen­jelasan bilakah agaknya pecahan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan diadakan. Adakah Suruhanjaya Pilihann<ya akan mengambil kira cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan penduduk­penduduk tempatan? Berapa lamakah masa yang diberi untuk menyemak semula kawasan-kawasan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, B.34 Kementerian Kesihatan sebanyak $45,722,00().00. Kita baru sahaja mendapat tahu bahawa susu segar bayi Frisolac H dari Belanda mengandungi kuman "lacto baccilus" yang tinggi dan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada bayi.

Tuan Yang di-Pertua, lnstitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian ini. Saya ingin men­dapat penjelasan berapa lamakah susu ini telah diberi kepada bayi-bayi baru lahir di hospital-hospital sehingga dapat dikesan kuman tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita juga telah mempunyai dua orang pakar sakit jantung di Hospital Universiti dan

89S 1 JUN 1992 896

pakar-pakar ini telahpun merawat pesakit jantung koronari dengan cara PTCA yang memakan masa di antara IO hingga 20 saat dengan bayaran $1,000 ke atas tetapi di luar negara memakan belanja $20,000 ke atas. Waiau pun kita mempunyai pakar, ramai di antara rakyat kita lebih suka mendapat rawatan dari luar. Kenapakah jadi begini? Adakah orang ramai kurang mengetahui akan perkara ini? Berapakah kes telah dijalankan sejak ianya beroperasi?

Tuan Yang di-Pertua, 7,000 spesis tumbuhan Malaysia berpotensi menghasilkan kimia ubat. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (IPPM) mengenalpasti spesis tumbuhan hutan di negara ini yang dapat menghasilkan pelbagai kimia dan berpotensi untuk digunakan secara komersil di &I.dang perubatan. Adakah pihak Kementerian Kesihatan juga terlibat di dalam menghasilkan kimia ubat tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Leukaemia yang baru diadakan di peringkat perbincangan oleh pihak Kementerian Kesihatan patut diterus­kan kerana pesakit-pesakit leukaemia amat perlu kualiti hidup yang agak baik dalam jangka masa yang sedikit. Saya ada seorang kawan yang baru berumur 31 tahun 'dan mempunyai anak seramai 9 orang telah meningga.l dunia kerana mengidap penyakit leukaemia. Yang amat menyedihkan pesakit ini sukar mendapat darah untuk ditambahkan ke dalam badannya tiap-tiap dua hari sekali. Saya rasa jika Yayasan Leukaemia ini wujud sudah tentu berbagai ikhtiar dapat dijalankan untuk menyelamatkannya walaupun ajalnya telah sampai.

Tuan Yang di-Pertua, B.26 Kemen­terian Pendidikan J a dual Pertama $300,000 dan Jadual Kedua $1 juta. Dari maklumat yang kita ketahui ada kira-kira 5,000 orang guru-guru di

seluruh negara yang belum ada permit mengajar dan buku biru selepas tamat latihan dari maktab perguruan.

Tuan Yang di-Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru patut menyusun program-program pendidikan seperti melawat sambil belajar atau pertukaran pelajar atau program-program yang memberi faedah supaya anak-anak kita tidak hanya membuang masa dalam masa cuti. Kalau tiap-tiap sekolah boleh mengadakan program-program yang berfaedah itu sudah tentu akan dapat menolong supaya masa terisi dengan baik lagi berkesan untuk anak­anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, B.36 Polis Diraja Malaysia sebanyak $4 juta. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas keran'a Polis DiRaja telah menjalankan tugas dengan aktif menjaga keamanan negara. Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Polis Rutan di samping menjalankan tugas­nya akan juga diberi tanggungjawab untuk menjaga pendatang-pendatang tanpa izin. Saya ingin tahu adakah mereka ini sudah cukup persediaan untuk menjalankan tugas, umpamanya dari segi bahasa atau latihan-latihan kemahiran tertentu supaya negara kita tidak hanya menahan dan memberi makan sahaja kepada pendatang tanpa izin dengan tidak mendapat apa-apa khidmat pulangan.

Tuan Yang di-Pertua, B.53 Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi sebanyak $1,317 ,300.00. Sebanyak 1,200 buah koperasi akan dipulihkan termasuk koperasi-koperasi di bandar dan di peringkat kebangsaan. Apakah faktor-faktor yang menye­babkan koperasi kurang aktif? Adakah kebanyakan jawatankuasa dan pegawai-pegawai serta ahli-ahli Lembaga Pengarahnya bekerja sebagai pekerja sukarela tanpa apa-apa bayaran? Kenapakah terdapat per-

897 1 JUN 1992 898

tukaran seorang pengarah koperasi mengambil masa sehingga lebih kurang satu tahun?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu berapa ramaikah ahli-ahli koperasi boleh diberi kursus dalam satu tahun di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling· Jaya? Tidakkah Kursus Perakaunan diadakan di sini untuk menampung kekurangan akauntan yang perlu ditambah?

Tuan Yang di-Pertua, B.17 Kementerian Belia dan Sukan. Jadual Pertama $7 ,773 ,000.00 dan Jadual Kedua $1 juta. Generasi belia adalah golongan pelapis yang akan menentukan kesinambungan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Mereka telah didedahkan dengan berbagai program yang dirancang. Saya ingin tahu sehingga kini berapa peratuskah belia-belia ini terlibat dengan perniagaan dan berapa peratuskah yang berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, · pihak Kementerian Belia dan Sukan atau Kerajaan Negeri ada juga mengambil anak-anak angkat untuk dibiayai pelajaran mereka selepas bapa mereka yang aktif dalam sukan meninggal dunia. Berapa ramaikah pelajar-pelajar ini terlibat?

Tuan Yang di-Pertua, B.51 Kementerian Loar Negeri sebanyak $29,954,800.00. Kita mempunyai penuntut-penuntut di luar negara dengan bilangan yang besar. Apakah program-program tahunan yang selalu diadakan untuk membolehkan penuntut-penuntut ini berkumpul sama ada di kedutaan-kedutaan luar atau di tempat-tempat tertentu? Apakah jenis kebudayaan yang dapat ditunjukkan kepada rakyat luar negeri? Adakah benar terdapat penuntut-penuntut di luar negeri ini melibatkan diri dengan perniagaan khususnya menjual kereta? Saya telah difahamkan bahawa

penuntut-penuntut selain daripada belajar terpaksa juga membuat kerja­kerja sambilan memandangkan biasiswa yang mereka terima tidak mencukupi untuk membiayai per­belanjaan sedangkan kos sara hidup adalah amat tinggi. Saya ingin tahu apakah tindakan ,Kementerian Luar Negeri atau Kementerian Pendidikan mengenai perkara tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, B.22 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sebanyak $202,000. Saya ucapkan tahniah kerana program istimewa di MA TIC untuk kanak-kanak telah diadakan masa cuti sekolah, iaitu Pesta SeniKanak-kanak mulai 2hb hingga 7hb Jun, 1992. Program­program yang merangkumi pameran buku pra-sekolah, drama, ceramah, pembacaan, sesi bercerita, persem­bahan dikir barat, puisi, melukis, persembahan pancaragam dan slide tayangan video, pameran barang­barang permainan kanak-kanak adalah amat baik dan amat memberi peluang kepada-kanak-kanak di dalam masa cuti sekolah menyertai Pesta Seni Kanak­kanak di samping mendapat barang­barang yang canggih untuk pem­bangunan pendidikan. Adalah disyor­kan supaya pesta yang sedemikian diadakan di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, B.25 Kementerian Pertahanan sebanyak $4,930,000.00.Sebelum saya lanjutkan ucapan saya ini, suka saya ucapkan syabas kepada Pasukan Angkatan Tentera Udara yang memberi khidmat dengan penuh disiplin dan berani dalam operasi memintas iaitu mengesan pesawat yang tidak dikenali adalah satu operasi yang sangat mencabar dan perlukan umpuan perhatian yang sepenuhnya dalam jangka masa yang amat singkat. Begitu juga latihan­latihan payung terjun yang memerlukan keberanian dan kecekapan yang dinamik. Syabas kepada Tentera Udara Malaysia yang telah dapat menjalankan

899 1 JUN 1992 900

tugas dengan cekap dan berani di pedalaman dan di tempat-tempat tertentu dalam waktu-waktu kecemasan untuk menolong masyarakat yang memerlukannya.

Sesungguhnya Pasukan Angkatan Tentera dan Polis telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan sama ada di bandar, di luar bandar, di sempadan-sempadan negara kita juga di luar negara. Mereka bukan sahaja menjaga keamanan negara, bahkan membuat berbagai jenis k~rjakerja kebajikan seperti 'Tentera Masuk Desa' umpamanya banyak memberi khidmat untuk program PPRT, pembinaan titi dan gotong-royong. Tuan Yang di-Pertua, apabila ahli-ahli Pasukan Keselamatan ini bersara, mereka akan menjadi ahli-ahli bekas perajurit dan adakah lagi hubungkait dengan badan induk mereka.

Satu lagi perkara yang saya ingin mendapat penjelasan adakah perbekalan senjatapi mencukupi bagi membiayai'· kepada Pasukan Keselamatan kita? Kalau tidak, negara manakah yang kita tempah senjatapi? Adakah alat-alat yang kita masih gunakan itu dari jenis yang lama? Dalam tempoh masa berapa tahunkah alat-alat itu digunakan sebelum ianya diganti. Contohnya jems-Jenis senjatapi, kenderaan laut, darat dan udara.

Tuan Yang di-Pertua, B.47 Kementerian Pengangkutan. Jumlah peruntukan sebanyak $2 juta. Kita ketahui bahawa kenderaan berat seperti lori balak, kren dan yang sejenis dengannya adalah salah satu punca yang mengakibatkan jalan raya atau jalan-jalan kampung menjadi rosak kerana muatan lebih. Bila jalan menjadi rosak, ianya akan berlubang. Ada­kalanya terlalu besar dan dalam yang mengakibatkan kemalangan jalan raya boleh berlaku, terutamanya pada waktu malam kerana kurang jelas melihat

papan-papan tanda yang memberi amaran jalan merbahaya. Kerosakan lebuhraya dan jalan-jalan itu memakan belanja yang besar hingga perlu $400,000 untuk membiayainya. Adakah pihak JPJ membuat rondaan supaya memastikan kenderaan berat ini tidak membawa muatan yang lebih? Berapakah kompaun yang dikenakan jika kenderaan berat itu melanggar had muatan yang ditetapkan? Adakah kursus pemandu berhemah dijalankan oleh pihak Kementerian?

Tuan Yang di-Pertua, itulah pandangan-pandangan saya terhadap perbelanjaan tambahan. Dan dengan ini, saya menyokong dengan sepenuh­nya Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992). Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Dahalan bin Haji Embun.

4.15 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dan seterusnya menyokong Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992).

Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa Akta ini bukanlah Akta Perbekalan. Jadi, oleh sebab itu, saya tidak akan membebankan Timbalan Menteri dengan tugas-tugas Kemen­terian yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, kita faham bahawa Kerajaan telah mewujudkan Wawasan 2020 ini merupakan satu idea ataupun objektif untuk kita mencapai di dalam satu ketika. Untuk mencapai objektif-objektif ini, kita terpaksa mengadakan strategi-strategi, taktik­taktik, teknik-teknik untuk pelak­sanaan. Selepas terlaksana itu, ter­paksalah kita mewujudkan sistem kawalan dan feedback supaya apa yang

901 1 JUN 1992 902

kita cadangkan untuk membuat itu tidak lari daripada objektifnya. Tetapi bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja yang kita buat, terpaksa kadang-kadang terkeluar daripada asalnya. Oleh sebab itulah timbul pada hari ini Akta Perbekalan Tambahan. Jadi, di dalam perbahasan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan bercakap banyak, hanya saya akan minta beberapa penjelasan membuat

. soalan-soalan, saranan dan mungkin memohon peruntuan bagi pihak setengah-setengah golongan.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya soal yang pertamanya iaitu mengenai setengali-setengah permohonan ini adalah merupakan sebagai kos over­run. Saya rasa apa yang kita telahpun belanja sungguhpun kita tidak dapat kelulusan sebelum itu, ini adalah sebagai satu perkara yang legal dan saya harap begitulah halnya. Oleh sebab perbelanjaan telahpun kita belanja, tetapi sekarang baru kita minta peruntukan tambahan itu, jadi kita sudah belanja, baru kita hendak minta. Jadi, saya harap ini adalah satu perkara yang legal.Selain daripada ini, ingin saya tahu, Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kita dapati sungguhpun Kerajaan telah memperuntukkan sesuatu jumlah untuk sesua:tu projek, tetapi banyak projek-projek ini tidak berjalan juga. Jadi, saya ingin tahu di manakah salahnya. Oleh sebab saya dapati dari setengah-setengah informasi iaitu ini tersangkut di peringkat teknikal. Peruntukan sudah ada pada tahun ini (1992) untuk satu projek, sebagai contoh, ini bukan khusus, kita hendak buat pusat Polis di mana-mana, tetapi mungkin sungguhpun duit itu ada, tidak dapat hendak dijalankan juga oleh sebab pihak JKR ataupun pihak konsultan tidak menyediakan bukan sahaja design, kadang-kadang konsep binaan itu pun belum siap lagi. Jadi, oleh sebab itu kita dapati duit ini tidak dibelanja.

Jadi, inginlah saya membuat seruan kepada pihak Kerajaan supaya pada masa-masa hadapan sebelum per­untukan dibuat mestilah kita pastikan bahawa Kementerian itu telahpun menyediakan konsep-konsep design yang tertentu dan telahpun mendapat kelulusan di pihak-pihak yang tertentu, mungkin daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mendapat tanah dan sebagainya, barulah peruntukan diberi. Janganlah kita beri dahulu, kemudian kita tarik balik ataupun kita beri dahulu, oleh sebab tidak dibelanja di sana terpaksa kita pindahkan wang itu kepada Kementerian lain ataupun within the Ministry, daripada satu department kepada department yang lain-daripada Polis umpamanya kepada cawangan yang lain untuk dibelanja di . sana ataupun mungkin kadang-kadang Menteri ini ada pengaruhnya, jadi Menteri yang ada pengaruh ini dibawa duit itu dahulu ke tempat lain ataupun untuk projeknya ataupun untuk projek-prQjek priority yang lain. Jadi, inilah saya minta pihak Kementerian agar tidak menghadapi masalah ini supaya kita mengikutlah panduan yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati banyak projek-projek yang sepatutnya boleh merupakan satu projek priority di sesetengah Kementerian tetapi sebenarnya kita tidak anggap itu sebagai priority. Mungkin oleh sebab kita ada jawapan-jawapan yang lain.

Yang pertamanya saya ingin tempuh Kementerian Pertanian. Jadi, ini perlulah pihak Kementerian Pertanian meminta kepada pihak Kementerian Kewangan untuk meminta subsidi umpama kata untuk menanam jagung dan juga ubi kayu. Setiap tahun kita import lebih kurang $400 juta jagung untuk ternakan. Saya tidak tahulah sama ada pihak Kementerian menge­luarkan subsidi untuk ini tetapi begitu

903 1 JUN 1992 904

banyak wang keluar untuk membeli jagung untuk kegunaan ternakan. Selain daripada _untuk kegunaan rnakanan manusia tetapi yang banyak sekali adalah untuk ternakan.

Begitu juga dengan ubi kayo. Kita import ubi kayu juga untuk ternakan. Ubi kayu dengan jagung ini boleh diganti, katakan dalam 40% ubi kayo chips boleh diganti iaitu dimasukkan dengan jagung untuk memberi khasiat yang serupa kepada ternakan. Saya ingin tekankan sekali lagi fasal jagung ini. Jagung ini selain daripada jagung untuk makanan binatang, banyak juga kita import minyak jagung. Itu pun kita mengeluarkan duit untuk hendak beli minyak jagung. Kita tidak ada sekatan. Corn flour (tepung jagung), habuk­habuk jagung dan juga sirap-sirap daripada jagung untuk kedai-kedai kuih dan roti dan sebagainya. Jadi, semua ini melibatkan duit keluar daripada negara. Jadi, mengapakah pihak Kerajaan tidak menekankan? Jadi, saya ingin serulah pihak Kementerian Kewangan memberi peruntukan kepada pihak Kementerian Pertanian. Saya rasa pihak Kemen­terian Pertanian mestilah minta banyak kali tetapi mungkin atas alasan-alasan tertentu tidak diberi tetapi ini adalah satu perkara yang rasional, rasa saya untuk menjimatkan duit negara iaitu untuk jagung dan ubi kayo.

Ubi kayo ini pun saya ingin cakap. sedikit. Ubi kayo ini dapat juga mengurangkan duit negara daripada keluar. Kita tiap-tiap tahun banyak mengimport ethanol, industri alkohol berjuta-juta ringgit untuk industri plastik, untuk industri getah-hendak boat rubber gloves, kita mesti ada ethanol. Industri alkohol ini, spirit­spirit yang kita dok spray badan, yang dok rasa sejuk itu ethanol. Yang di hospital itu, kalau kita luka-luka, cuci isi kita yang pecah itu pun kita gunakan ethanol. Minyak spirit itu pun ethanol. Selain daripada ethanol yang diguna­kan untuk minuman iaitu sebagai

alkohol, 10% ethanol dicampur dengan air ataupun apa-apa lain lagi itu sudah menjadi whiskykah atau brandy dengan campuran bau-bauannya.

Jadi, ubi kayo ini banyak guna selain daripada tepung yang saya sebut tadi iaitu kanji, Ajino-moto, Vit-Sin, kilang-kilang kertas, kilang boat buku, untuk gam (glue) dan. sebagainya serta kilang-kilang fabrik dan kilang-kilang tekstil-semua pun menggunakan ubi kayu. ·

Jadi, selain daripada itu, boleh boat gula. Ini pun kita terpaksa import sedangkan tanah di Malaysia ini kalau tanah tidak guna untuk lain, kita boleh tanam ubi kayo. Saya faham pihak MARDI telahpun mewujudkan satu kl on yang basil 100% lebih tinggi daripada yang ada sekarang dan juga jangka masa yang lebih pendek. J adi, inilah saya minta bagi pihak Kementerian Kewangan memberi perhatianlah supaya dapat kita mengurangkan import dua barangan yang saya sebut tadi.

Selain daripada itu sekiranya kita sudah produce banyak, kita dapat faedah untuk mengeksport barang­barang ini. Mustahil kita import ubi kayo daripada Indonesia, mustahil kita import ubi kayu daripada Thailand sedangkan kita sendiri boleh tanam. Banyak tanah yang terbiar. Tanah gambut boleh digunakan untuk tanam dua jenis ini, mengapa tidak ditanam? Bukan tanam berasingan, boleh tanam sekali pun. Jadi, inilah satu perhatian yang saya minta bagi pihak Kemen­terian Kewangan untuk memberi peruntukan kepada pihak Kementerian Pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menempuh sedikit berkenaan dengan projek menghijaukan negara ini. Daripada sini, saya minta pihak Kementerian Kewangan mungkin menambahkan peruntukan kepada

905 I JUN 1992 906

Majlis-majliS Perbandaran untuk memberikan benih-benih percuma kepada orang kampung, kepada rumah­rumah ataupun kepada taman-taman supaya dapat kita mempercepatkan usaha untuk program kehijauan tanah ini.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, ingin saya tempuh sedikit mengenai Kementerian Perusahaan Utama. Jadi, kita dapati sungguhpun Kementerian ini telah mendapat perbekalan daripada pihak Kemen­terian Kewangan, saya rasa ini mungkin kurang cukup lagi. Jadi, inilah saya minta pihak Kementerian tambahkan peruntukan supaya kita di sini iaitu Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara ataupun pegawai­pegawai Kerajaan ini dapat ke luar negara untuk berkempen kalau tidak secara rasmi pun, secara tidak rasmi tetapi daripada sini kita mintalah supaya satu peruntukan khas diberi kepada pihak-pihak yang berminat untuk hendak menolong negara daripada segi anti-tropical dan anti­pollution ini.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menempuh sedikit sebanyak mengenai wang tabung amanah dan yayasan­yayasan. Kita dapati banyak sekali, saya tidak tahu berapa jumlah, berapa banyak duit yang terkumpul di tabung­tabung amanah dan di yayasan-yayasan sama ada yayasan-yayasan anjuran Kerajaan ataupun daripada swasta tetapi saya rasa wang ini memanglah banyak. Kebanyakan yayasan-yayasan ataupun tabung-tabung amanah ini hanya hidup secara pasif tetapi boleh hidup oleh sebab duit itu begitu banyak, dengan makan faedah daripada bank sahaja pun memang duit itu tidak ke rnana-rnana tetapi inilah saya berharap daripada pihak Kerajaan untuk menyeru supaya duit-duit yang

tersimpan ini ataupun terkumpul ini digunakan untuk apa-apa keperluan untuk rakyat lebih-lebih lagi kepada rakyat miskin.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, pada hari itu saya telahpun menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan PLUS tetapi hari ini inginlah saya tempuh sekali lagi. Pada mulanya diperlukan saya percaya lebih kurang $1.9 bilion. Kemudian minta tambah lagi -ditambah lagi. Jadi, baru-baru ini pula diminta tambah lagi lebih kurang $2 bilion. Duit Kerajaan ada banyak di situ, berapa bilion saya tidak tahu selain daripada pinjaman daripada bank. Jadi, saya percaya duit-duit ini adalah untuk pembinaan infrastruktur North/South Highway. Jadi; saya berharap sangat pihak Kerajaan mengawal, lebih-lebih lagi duit Kerajaan yang ada di dalam PLUS dan UEM ini supaya tidak berlaku pembaziran dan juga supaya tidak berlaku kenaikan daripada segi toll fees di masa hadapan.

Oleh sebab sekarang kita dapati sudah 300%, sudah tiga kali ganda kos overrun. Kalan sudah 300% dalam masa dua tahun tidak bermakna toll charge itu akan begitu juga kalau tidak 3%, 300% kenaikanpun saya percaya tidak lama lagi toll fees ini akan naik juga. Jadi inilah saya minta pihak Kerajaan betul-betul mengawal pengeluaran duit ini, aliran duit ini. Dengan mengadakan sekiranya tidak ada lagi wakil Kerajaan di dalam PLUS ataupun UEM ini,sekurang-kurangnya untuk mengawal duit Kerajaan yang ada di dalam itu. Duit ini adalah duit rakyat.

Kita mengetahui bahawa duit yang dapat itu adalah untuk bangunan­bangunan. Kita dapati banyak sangat bangunan. Bukan jalan. Jalan kita

907 1 JUN 1992 908

nampaldah satu jaJan North-South itu, tetapi bangunan-bangunan yang mewah. Tujuan duit tadi hendak buat jalan hendak bagi orang lalu, apa gunanya- buat bangunan ban.yak-banyak sangat, yang mewan-mewah sangat. Kalau setakat hendak kutip tol atau dua tiga orang pegawai, tak perlu satu bangunan berjuta-juta ringgit. Ramai orang buat perniagaan besar-besarpun dengan menggunakan kontena di tepi jalan sahaja, itupun boleh mengen­dalikan satu perniagaan yang begitu besar-ini satu bangunan.

Selain dari lampu-lampu, saya nampak lampu-lampu, sayapun tak tahu berapa harga lampu itu. Perparitan, 'fly-over', 'interchange', terowong, pengambilan tanah, mungkin banyak duit untuk pengambilan tanah oleh sebab terpaksa lalu pada tanah orang. Tetapi kita hendak tahulah Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak pada hari ini, pada ketika lain, pihak-pihak Yang Berhormat dan lain-lain lagi pihak rakyat negara ini saya ingat ingin tahu bagaimana wang ini dibelanjakan selain daripada dapat kita teliti dengan tak secara jelas daripada annual report. Oleh sebab annual report ini bukan masuk kesemua, tetapi pihak kita ini Kerajaan, duit Kerajaan duit rakyat, jadi inginlah kita tahu supaya duit ini tidak disalurkan kepada projek-projek lain. Kita mahu duit ini khas untuk projek ini sahaja. J adi inilah satu. pengharapan saya supaya wang yang begitu banyak ini tidak hanya dikendalikan oleh segolongan orang sahaja. Pihak Kerajaan, mungkin pihak Auditor-General sendiri ataupun wakilnya ada di dalam Lembaga ini untuk mewakili Kerajaan.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya berbalik kepada pertanian tetapi saya kaitkan sedikit dengan

,, tentera, inipun melibatkan kewangan juga. Oleh sebab kita hendak meninggikan production, dengan izin, oleh sebab kekurangan pekerja­pekerja,saya rasa tidak salah sekiranya

Jdta hantar balik askar-askar ke hutan untuk membuka hutan, untuk hendak menanam apa-apa jenis tanaman yang kita perlukan untuk negara, untuk hendak mengurangkan · import bahan­bahan pertanian. Jadi ini tidak mustahil rasa saya, tidak mustahil, sungguhpun askar-askar ada dalam hutan, sungguh­pun tidak ada komunis lagi, tetapi saya rasa ini elok kalau dijadikan satu kegiatan yang munasabah, yang ekonomik, yang akhirnya akan menjadi faedah kepada askar-askar yang bersara itu kelak. Bagaimana hendak mengen­dalikan soal kewangan, itu saya serah kepada pihak Kementerian Kewangan untuk hendak mengeluarkan mekanik supaya daripada segi kewangan dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ini baru yang kelima. Ini mengenai pembahagian syer kepada pelabur bumiputera-kepada pelabur bumi­putera saya tidak tempuh orang lain. Kita dapati baru-baru ini pelaburan ataupun syer itu bukan hanya diberi kepada pelabur negara, diberi juga kepada pelabur luar negara. Yang peliknya, syer ini telah begitu banyak over-subscription. Jadi orang mohon itu banyak, dapat sikit. Tetapi di celah­celah itu kita jual juga kepada orang luar. Jadi ini saya kurang faham sedikit kerana kalau kita beri kepada semua syarikat-syarikat di Malaysia ini, bagi seorang sedikitpun boleh dapat sepuluh lot, kepada tiap-tiap satu syarikatpun, saya ingat meliputi semua syarikat yang berdaftar di Malaysia, bukan hanya syarikat bumiputera sahaja dengan begitu banyak floatation yang kita buat.

Jadi, inilah harapan saya supaya setiap orang dapat menikmati faedah ini. Nikmat ini bukan datang tiap-tiap hari, saya ingat tidak akan datang lagi, mungkin dalam masa sepuluh tahun atau dua puluh tahun akan datang. Jadi tidak perlulah kita bahagi-bahagi kepada orang ini begitu banyak, sini

909 1 JUN 1992 910

banyak, sini sikit, sini tak dapat tetapi supaya semua dapat. Bukanlah saya ini sosialis sangat, tetapi rasa saya ini adalah perkara yang begitu adil, kerana yang dapat beli banyak itu diapun sudah ada banyak, pasal itu dia boleh beli banyak, ataupun dia ~da hubungan dengan bank. Kalau beri' kepada say a, saya ingat seratus lot pun susah saya hendak beli, saya tidak ada duit. Terpaksa hendak kena pergi ke bank. Hendak pinjam duit bank-bank tengok sayapun tak percaya. Tetapi kalau beri kepada orang millionaire, yang memang ada duit, kalau dia tunjuk muka kepada bank pun, "ha ini dapat offer, satu ju ta, dua juta, tiga ju ta lot", senang-senang boleh dapat. Kemudian empat Iima ringgit dab untung selepas satu dua bulan. Jadi inilah pada masa-masa hadapan mungkin Poskah ataupun apa-apa yang lain Iagi, kita minta pihak Kerajaan tengok-tengok sikitlah.

Selain daripada itu mengenai kekecohan eek yang dipulangkan balik ini. Saya rasa in-i dia punya mekaniknya adalah begitu senang-senang kalau kita hendak se'lesai. Bukan perkara yang rumit. Oleh sebab tiap-tiap seorang pelabur yang hendak beli syer tadi dia pergi kepada bank, beli cashiers order, hantar kepada MIDFCCS. Makna kata pelabur tadi dia sudah ada bank account sendiri di bank itu. Jadi apa salahnya kalau MIDFCCS terns hantar balik eek yang ditolak itu kepada bank itu juga, masuk kepada akaun itu dan nama itu juga. Bukan dihantar kepada rumah, hantar terus kepada bank, yang mengeluarkan cashiers order tadidi mana orang yang beli syer tadi ada akaun di situ. Jadi kalau "A" atau "B" hendak pergi buka akaun di tempat Iain mustahillah oleh sebab eek itu akan dihantar kepada bank itu sahaja. Kalau di hantar kepada bank Iain dengan syarat yang kita bubuh ini, bank "Iain tidak akan terima eek itu. Kalau orang hendak "hijack" pula eek itu, kalau dia "hijack" pun tidak boleh, pasal sudah

ditulis pada eek itu nama bank, cawangan bank, nombor akaun, nama yang membeli cashiers order tadi.

Jadi, inilah sebagai satu cadangan kepada MIDFCCS, mungkin pihak Kementerian dapat mengambil perhatian supaya dapat dilaksanakan. lni sebagai satu cadanganlah, kalau tidak elok mungkin ada mekanik yang lain lagi yang lebih elok, macam dicadangkan baru-baru ini dalam akhbar, ataupun cara-cara lain lagi supaya dapat kita mengelakkan ini daripada berlaku Iagi.

Saya ada dlia lagi, Tuan Yang di­Pertua, daripada segi agama sedikit tetapi berkaitan dengan kewangan oleh sebab kita perlukan duit juga. Di Malaysia ini kita ada masjid Pakistan, kita ada masjid India, ada masjid Melayu tetapi tidak ada masjid Cina. Semua masjid adalah untuk orang Islam, ada masjid India, Pakistan, Melayu tetapi Cina tidak ada. Yang Iain seperti Masjid Jame', Masjid Negara dan sebagainya semua ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Masjid Arab ada?

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Masjid Arab tidak ada juga. Ini bukan keluhan saya, bukan idea daripada saya sendiri dan idea ini bukanlah begitu chauvinistic oleh sebab kita hendak berpuak-puak, tidak. Tetapi dari segi practicality, orang-orang Cina ini kalau kita hendak ajar mereka agama, kita mengajar dalam bahasa Malaysia. Mereka tidak bolehlah, kerana yang masuk Islam biasanya yang agak 50/50 dari segi education, susah hendak terima masuk pelajaran tadi. Kalau mereka dapat berkumpul sesama mereka, orang-orang Cina yang saudara baru ini, yang sudah menjadi Islam ini atau yang asal mereka itu Islam, mereka tidak ada tempat hendak

911 1 JUN 1992 912

mengadu, tidak ada tempat mereka hendak berkumpul untuk bertelaah dan sebagainya mengenai Agama Islam.

Jadi, inilah perkara yang kecil, tidak makan duit banyak, mungkin $1 juta atau $2 juta, tapak kecil untuk mendirikan sebuah masjid. Kita tidak panggillah masjid Cina, tetapi masjid mungkin dikhaskan, bukan hendak dikhaskan sebab masjid tidak boleh dikhaskan, tetapi untuk golongan ini bertumpu. Keluhan ini saya dapat sendiri selepas saya bergaul sedikit sebanyak dengan penuntut-penuntut Cina di Universiti Islam Antarabangsa dan begitu juga dengan pihak-pihak yang ada kaitan dengan PERKIM, masuk Islam batik duduk di rumah. Bila hendak sembahyang pun, kalau ada masjid dekat situ, mereka pergi ke masjid, tetapi susah hendak faham apa yang Tok Imam bacakan. Jadi, inilah saya minta satu pusat, apa cara pihak Kerajaan hendak beri peruntukan itu terserahlah kepada pihak Kementerian Kewangan, mungkin melalui Pusat Islam, PERKIM atau badan-badan lain.

Penghabisan sekali ialah mengenai masalah orang-orang yang bankrap, inipun ada kaitan dengan Kementerian Kewangan. Setiap hari kita lihat dalam akhbar orang-orang yang telahpun diisytiharkan bankrap (muflis). Mereka ini, iaitu yang genuine failures, yang memang tidak boleh membayar hutang kerana business failure, mereka pun malu, bukan tidak malu, tetapi hendak bayar tidak boleh. Jadi, saya mintalah pihak Kerajaan mencari jalan supaya kita redeem batik mereka ini. Mereka ini adalah satu tenaga pemikir, satu golongan manusia yang berpengalaman dalam ups-and-downs dalam business, tidak harus kita bunuh mereka begitu sahaja, sedangkan kita mewujudkan, yang baru-baru ini pun, kita layan mereka ini lebih daripada kita melayan orang yang kegagalan di dalam perniagaan. Tetapi yang gagal inilah sebenarnya yang telah pun menjalani

pahit maung perniagaan, bukan hanya perniagaan, ini melibatkan peng­hidupan, maruah dan sebagainya.

Apakah cara Kerajaan hendak buat, sayapun tidak tahu, mungkin dengan menubuhkan satu "Yayasan Pemulihan Orang-orang Muftis". Kita boleh mulakan dahulu dengan kaum bumi­putera, kalau orang lain tidak mahukan pertolongan. Tetapi ini saya rasa perkara yang waras. Kita akan masuk syurga, Tuan Yang di-Pertua, dengan membuat ini, kita menolong orang yang susah. Ini ada dalam agama. Oleh sebab kita ini mengikut ajaran Islam, rasa saya eloklah pihak Kerajaan meng­ambil sesuatu tind.akan untuk menolong golongan ini. Dengan itu, sekianlah ucapan saya dan sekali lagi saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Rahim Baba.

4.15 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dan seterusnya menyokong Rang Undang-undang yang bernama Akta Perbekalan Tambahan (1991 dan 1992).

Rang Undang-undang ini memohon kebenaran supaya dikeluarkan sejumlah wang yang tidak melebihi $500,461,000 dari Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan tahun 1991 yang tidak diperuntukkan ataupun yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 1991. Pada masa yang sama juga Rang Undang-undang ini memohon kebenaran supaya dikeluar­kan 'Sejumlah wang yang tidak melebihi $924,176,500 dari Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan untuk perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi perkhidmatan 1992.

913 1 JUN 1992 914

Menurut Kertas Perintah 3A dan Jadual Pertama Akta 30 Kementerian, Jabatan ataupun Suruhanjaya telahpun memohon peruntukan tambahan $500 juta yang telahpun saya sebutkan tadi, manakala menurut Kertas Perintah 4A dan Jadual Kedua Akta, IO Kemen­terian atau Jabatan telahpun memohon peruntukan tambahan sebanyak $929, 176,500. Sebagaimana yang telahpun dinyatakan dalam Kertas Akta ini, kedua-dua peruntukan ini di­perlukan adalah disebabkan, pertama­nya, tiada peruntukan Iangsung yang telahpun dibuat semasa Bekalan untuk tahun 1991 telahpun diluluskan dahulu dan keduanya, peruntukan yang dibuat tidak mencukupi.

Tadi Yang Berhormat Tuan Dahalan telahpun menyebut bahawa dalam membuat budget ini ada kalanya kita tidak dapat menepatr apa yang dipohon ataupun apa yang dirancangkan oleh pihak Kementerian-kementerian. Tetapi sebelum saya pergi secara terperinci mengenai peruntukan yang telahpun dipohon, saya ingin menarik kepada perhatian Dewan dan juga Kementer~an-kementerian mengenai satu artikel dalam sebuah majalah yang telahpun saya baca pada hari Khamis malam Jumaat yang lalu.

Dalam artikel ini dinyatakan bagaimana Pengerusi sebuah syarikat ternama di J epun memilih tiga calon untuk dinaikkan pangkat dari seorang akauntan untuk menjadi Pengarah Kewangan syarikatnya yang ber­tanggungjawab terhadap menyediakan Belanjawan syarikatnya. Jadi terdapat tiga orang calon dan ketiga-tiga calon ini mempunyai kelayakan, ketekunan, dedikasi dan · juga prestasi kerja yang sama handal. Sebagai jalan keluar, Pengerusi syarikat berkenaan telahpun mengadakan satu jamuan makan malam untuk 20 Ketua-ketua J abatan di syarikatnya selama tiga malam berturut-turut dan setiap calon yang hendak dinaikkan pangkat untuk

menjadi Pengarah Kewangan tadi telahpun diberikan tugas untuk membuat pesanan makanan di malam yang berlainan.

Akauntan 'A' telahpun membuat pesanan dan apabila selesai jamuan didapati banyak makanan yang berlebihan dan banyak berlaku pembaziran.

Akauntan 'B' pula apabila membuat pesanan makanan didapati tidak mencukupi dan terpaksa dibuat pesanan tambahan dan terpaksa pul~ pengerusi syarikat tadi membuat peruntukan tambahan membayar bil-bil makanan. Dan apabila tiba kepada giliran akauntan 'C', jamuan yang dipesan adalah mencukupi tidak berlaku sebarang pembaziran dan setiap yang menghadiri jamuan itu berpuas hati.Maknanya tidak ada pembaziran langsung. Tetapi malangnya saya tidak sempat menghabiskan pembacaan artikel berkenaan kerana malam telahpun larut dan isteri saya telahpun memanggil saya untuk masuk tidur. Barulah saya ingat bahawa malam itu malam Jumaat. (Ketawa) Saya pun tidak dapat hendak memberitahu akauntan mana yang telahpun diberi kepujiaan ataupun dinaikkan pangkat.

Berbalik kepada Belanjawan Tambahan yang dipohon ini dan merujuk kepada artikel yang saya baca tadi, kalaulah pujian patut diberikan kepada akauntan 'A' iaitu yang membuat order yang banyak dan juga banyak berlaku pembaziran, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian ataupun Jabatan yang tidak memohonkan peruntukan tambahan disebabkan telah memohon terlalu banyak sehingga kadangkalanya sehingga mampu melakukan pem­baziran. Dan kalaulah pujian dan juga kenaikan pangkat diberikan kepada akauntan 'B', saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan atau Kementerian yang telah memohon

915 1 JUN 1992 916

peruntukan yang tidak mencukupi mungkin dengan tujuan untuk berjimat tetapi akhimya terpaksa pula memohon peruntukan tambahan dan menambah­kan pula togas Ahli Dewan Negara untuk meluluskan permohonan ini. Kalaulah pujian atau kenaikan pangkat diberikan kepada akauntan 'C' saya ingin mengucapkan syabas dan juga tahniah kepada Kementerian atau Jabatan yang tidak memohon sebarang peruntukan tambahan tetapi mencukupi dengan peruntukan yang telahpun dibuat dan juga diluluskan di peringkat awal dulu dan semua tugas dan tanggungjawab tetap dijalankan dengan sempurna. Terpulanglah kepada Kementerian ataupun Jabatan-jabatan memikirkan kategori manakah letaknya diri mereka ini.

Untuk makluman Dewan, malam tadi saya sempat menghabiskan pembacaan artikel yang berkenaan dan saya dapati akauntan 'C' telahpun dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kewangan syarikat berkenaan.

Dan saya berharap kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji yang saya anggap sebagai seorang yang dinamik akan mengambil kira kecekapan membuat anggaran di dalam Sistem Saraan Baru yang akan dilaksanakan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin berbalik kepada peruntukan yang telahpun dipohon untuk kelulusan dalam membahaskan Akta ini, saya ingin mengemukakan soalan, membuat cadangan dan juga mendapatkan beberapa penjelasan dan kalau perlu saya berharap mendapat pandangan dan juga jawapan yang tepat daripada Menteri-Menteri ataupun Kementerian­Kementerian yang terlibat. Dan saya rasa agak sukar bagi Dewan ini untuk terima jawapan yang mengatakan bahawa "segala pandangan ataupun masalah yang ditimbulkan telahpun dicatatkan dan akan diambil tindakan

selepas ini." Kalau boleh kita hendak para Menteri ataupun Jabatan-jabatan yang berkenaan menjawab segala yang telahpun ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan kerana kami juga untuk membahaskan usul ini terpaksa membuat homework, pertamanya kepada Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Maksud B .4 peruntukan $7 .8 ju ta telahpun diminta untuk pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya Sabah dan juga pilihanraya umum pada tahun 1990 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini saya ingin membuat sedikit cadangan. Sejak pilihanraya yang lalu kita telahpun beberapa kali mengadakan pilihanraya kecil disebabkan berlaku­nya kematian calon yang menjadi Wakil Rakyat. Saya percaya banyak belanja yang telahpun dikeluarkan dan adalah dirasakan wang berkenaan akan lebih baik- jika dapat digunakan untuk projek-projek pembangunan. Saya ingin bertanya kepada Suruhanjaya Pilihanraya berapakah . jumlah yang telahpun dibelanjakan untuk pilihan­raya kecil yang diadakan selepas tahun 1990 yang lalu. Jadi cadangan saya ialah untuk mengelakkan diadakan pilihanraya kecil. Saya ingin men­cadangkan supaya Perlembagaan negara kita dipinda sedikit di mana apabila berlaku sebarang kematian calon, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan dan tempat yang dikosongkan itu digantikan oleh calon dari parti yang memegang kerusi yang berkenaan pada ketika itu. Ini dapat mengelakkan Kerajaan dari membuat perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Keduanya saya ingin menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri iaitu Maksud B.7. Jabatan Perdana Menteri telahpun memohon peruntukan tambahan $30,877,800 bagi tahun 1991.

Timbalan Yang di-Pertua: Dalam senarai $38 juta.

917 1 JUN 1992 918

Tuan Rahim bin Baba: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua: $38 ju ta.

Tuan Rahim bin Baba: $38 juta?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat tersalah sebut $30 juta.

Tuan Rahim bin Baba: Are you sure? Sorry. Ya, $38,380,800 dikehen­daki, itu untuk kesemuanya. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kalau $38,380,800 itu untuk kesemua­nya. Tetapi yang saya bacakan $30,877 ,800 ini adalah untuk Projek­projek Kecil Infrastruktur dan Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial. Betulkah, Tuan Yang di-Pertua? Kerana saya buat homework sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Manakala bagi tahun 1992, Jabatan Perdana Menteri telahpun memohon peruntukan tambahan $20,249,200 iaitu bagi Kursus Bina Negara $25 juta dan $2.2 juta bagi membiayai program lawatan wartawan Negara-Negara Selatan ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mem buat pertanyaan-pertanyaan berikut. Pertama, apakah Kursus Bina Negara ini hanya dihadkan kepada pegawai-pegawai Kerajaan sahaja. Kalau ya, saya ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan juga membiayai Kursus Bina Negara ini kepada kakitangan-kakitangan swasta. Kerana ini bersesuaian dengan Dasar Per­syarikatan Malaysia dan kita mlthu tanamkan semangat sayangkan negara ini bukan hanya kepada kakitangan Kerajaan malahan kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak hanya terhadap kepada pegawai-pegawai Kerajaan.

Soalan kedua saya ialah setelah berbelanja $2.2 juta untuk wartawan dari Negara-Negara Selatan, saya ingin bertanya apakah kesannya dan adakah tulisan-tulisan atau penyiaran-

penyiaran di mass media di negara­negara ini yang menceritakan tentang negara kita setelah kita jemput dan membiayai perbelanjaan mereka. Dan saya berharap kedutaan-kedutaan kita di luar negeri telahpun tentunya mempunyai keratan-keratan akhbar mengenai tulisan-tulisan berhubung dengan negara kita sempena dengan pembiayaan kita sebanyak $2.2 juta ini.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang telahpun saya katakan tadi $30,877 ,800 adalah untuk Projek­Projek Kecil Infrastruktur dan Kemudahan-kemudahan. Awam dan Sosial. Dan memang kita ketahui bahawa setiap kawasan Parlimen di negara kita ini diberikan peruntukan $300 ribu setahun dan Ahli Dewan Rakyat daripada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional diberikan kuasa untuk membuatkan atau untuk mengemuka­kan cadangan-cadangan bagi projek­projek untuk kawasan-kawasan berkenaan. Oleh kerana kami sebagai Ahli Dewan Negara juga mewakili negara dan juga kerap diminta peruntukan oleh rakyat saya juga ingin mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara juga diberikan keistimewaan yang sama seperti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Ahli Dewan Negara juga mencadangkan perun­tukan-peruntukan projek-projek kecil bukan hanya untuk satu-satu kawasan Parlimen malah untuk ke seluruh negara.

Dalam belanjawan ini juga disebutkan $772,000 adalah untuk Institut Diplomasi dan juga Hubungan Luar Negeri. Saya ingin mencadangkan supaya kursus yang diadakan di Institut ini juga diberikan• kesempatan kepada Ahli-ahli Dewan Negara untuk turut sama hadir kerana kadangkala kami juga mewakili negara untuk ke luar negeri ataupun. untuk mengikuti rombongan-rombongan yang diadakan oleh pihak Kerajaan dan pihak Dewan Negara.

919 1 JUN 1992 920

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Kementerian Perusahaan Utama iaitu B.18. Saya dapati peruntukan sebanyak $32,220,000.00 telahpun diminta untuk membiayai defisit belanjawan 1991 oleh Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah. Jadi, saya ingin bertanya mengapakah defisitnya terlalu tinggi kerana tidak dinyatakan di dalam Kertas Perintah 3A ini. Jadi, itu sebabnya saya ingin bertanya, kerana jumlahnya agak tinggi, saya harap akan mendapat penjelasan. $16,800,000 adalah diper­untukan untuk stok penimbal INRO iaitu untuk stok penimbal harga getah. Saya ingin bertanya kepada Kemen­terian berkenaan, memandangkan kita menjadi pengeluar minyak kelapa sawit yang utama di dunia, apakah Kerajaan juga bercadang mengadakan stok penimbal minyak kelapa sawit seperti stok penimbal getah yang telahpun diadakan.

Disamping itu juga menyentuh tentang pasaran kelapa sawit, saya ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian Perusahaan Utama menggalakkan kilang penapis kelapa sawit didirikan di negara · pengguna iaitu secara usaha sama dengan syarikat-syarikat tempatan di negara pengguna seperti India, Pakistan dan juga yang lain-lainnya agar negara itu terikat untuk membeli kelapa sawit dari Malaysia kerana sekarang kita menghadapi persaingan yang hebat.

Saya difahamkan bahawa Indonesia pun telah m ula mendirikan kilang kelapa sawit di Pakistan dengan kerjasama Kerajaan Indonesia dengan Kerajaan Pakistan supaya mengeratkan hubungan niaga di angara kedua-dua negara ini. Saya masih ingat, kita hendaklah belajar dari apa yang telah dilakukan oleh syarikat DUNLOP dahulu. Walaupun Malaysia pengeluar getah yang utama, kita dapat melihat kilang-kilang DUNLOP di seluruh dunia. Ini adalah bertujuan supaya

syarikat-syarikat DUNLOP di Iuar negara itu juga akan membeli getah dari Malaysia. ltulah sebabnya dahulu harga getah kita stabil. Jadi, saya berharap dalam konteks kilang kelapa sawit juga, kilang-kilang penapis kelapa sawit juga akan diadakan di Iuar negara dengan kerjasama negara­negara pengguna kerana mengikut data yang saya dapati, daripada 900,000 tan setahun keluaran minyak kelapa sawit semuanya diproses di dalam negara.

Seterusnya saya ingin bertanya mengenai Kementerian Belia dan Sukan, B.17 iaitu $1 juta diminta peruntukan untuk Malaysia World Grand-Prix di Shah Alam. Soalan saya ialah kita telah mengadakan grand-prix ini, apakah hasilnya? Berapakah kutipan dari iklan dan juga bayaran masuk dan juga berapakah sumbangan Kerajaan Negeri Selangor semasa grand-prix ini diadakan di Shah Alam baru-baru ini?

Saya seterusnya menyentuh Jabatan Arkib Negara, B.23.$46,000 telahpun diminta untuk kos pampasan, peng­ambilan balik tanah dan kerja-kerja baik pulih rumah kelahiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya memang mengalu-alukan rancangan Kerajaan untuk mengadakan dan mengumpulkan bahan-bahan sejarah untuk pemimpin-pemimpin yang lalu. Itulah sebabnya dalam ucapan saya pada tahun lalu saya telahpun mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Memorial Perdana iaitu yang mengisikan semua bahan-bahan sejarah semua bekas-bekas Perdana Menteri yang telahpun berjasa kepada negara ini supaya anak-anak kita di masa hadapan kalau mereka datang melawat ke Kuala Lumpur ataupun sebagainya, mereka akan dapat melihat bahan­bahan bersejarah yang berkenaan.

Di samping itu, juga saya ingin menyentuh tentang Memorial Tun Abdul Razak. Dahulu pada awal

921 1 JUN 1992 922

pembukaannya-saya tidak ingat, 10 tahun yang lalu kalau tidak silap saya dan saya sudahpun pergi melawat­baru-baru ini pun saya melawat, keadaannya macam itu juga seolah­olah tidak ada bahan-bahan baru yang telahpun dimasukkan dan saya percaya sejak masa dahulu sampai sekarang tentulah ada bahan-bahan baru yang telahpun diperolehi yang boleh dikemaskinikan untuk pengetahuan generasi yang akan datang.

Saya juga ingin menyentuh tentang Jabatan Perpustakaan Negara, iaitu suatu Jabatan yang telahpun memohon peruntukan untuk perbelanjaan untuk kemudahan membaca ataupun sebagai­nya. Di sini saya cuma ingin membuat cadangan untuk menambahkan minat membaca kepada rakyat, supaya pihak Jabatan Perpustakaan Negara akan dapat mengadakan sudut membaca di tempat-tempat awam kerana kadang­kala khutub-khanah yang ada keadannya tersorok sedikit dan jauh sedikit dan kadangkala itu hanya orang yang betul-betul hendak pergi ke khutub-khanah baharulah pergi, tetapi kalau tidak dia tidak akan pergi. Tetapi kalau hendak menggalakkan rakyat membaca, saya ingin mencadangkan supaya diadakan sudut membaca di tempat-tempat awam seperti di shopping complex, dengan izin, rumah­rumah ibadat, di perhentian bas, di lapangan terbang malah di tempat­tempat ini boleh didirikan mini khutub­khanah untuk kemudahan dan untuk menggalakkan rakyat membaca.

Seterusnya saya ingin pergi kepada Perbendaharaan B.28. Bagi kedua-dua Jadual ini Perbendaharaan telahpun memohon $334, 581,000. Saya ingin bertanya, mengikut Jadual yang ada bahawa $327,600,000 adalah diperlu­kan oleh Sabah Gas Utilisation Project. Saya ingin bertanya, untuk apakah ini? Jadi, kalau dapat penjelasan serba sedikit dan juga $828,600 diperuntukan untuk Bahagian Pinjaman Perumahan.

Cuma saya dimaklumkan bahawa terdapat bany.ak kes di mana mereka yang telahpun bersara ataupun berhenti daripada perkhidmatan Kerajaan, kadangkala itu pinjaman perumahan tidak dibayar. Jadi, saya ingin men­dapatkan penjelasan berapa banyakkah tunggakan-tunggakan pembayaran oleh peminjam setakat ini supaya kita semua tahu dan rakyat tahu berapa banyak yang telahpun tertunggak.

Oleh kerana Perbendaharaan juga terlibat dengan membuat peraturan kepada CIC dan juga FIC, saya ingin membuat pandangan dan juga cadangan-cadangan berikut. Tadi Yang Berhormat Tuan Dahalan telahpun menimbulkan soal pemberian saham kepada bumiputera ataupun kepada yang bukan bumiputera. Cuma baru­baru ini Tenaga Nasional telahpun menawarkan 685,047,000 saham yang berharga $1 kepada orang awam, iaitu 625 juta yang ditawarkan dengan harga $4.50 satu dan juga 60 juta ditawarkan mengikut secara tender.

Saya ingin mencadangkan kerana syarikat-syarikat ini adalah milik Kerajaan, bermakna juga milik rakyat kerana dari exercise, dengan izin, tender yang kita lakukan bahawa harga tawaran tertinggi yang telahpun didapati ialah $7 .10 manakala Kerajaan hanya menawarkan kepada orang ramai dengan harga $4.50. Kalaulah kita mengambil dengan harga yang tertinggi, saya cuma ambil angka yang hampir-685 juta .kali dengan per­bezaan antara $4.50 dengan $7.10 = $2.60, bermakna Kerajaan telahpun kehilangan pendapatan sebanyak $1.781 bilion. Bila Kerajaan kehi­langan pendapatan ini bermakna rakyat telahpun kehilangan pendapatan $1. 781 bilion. Keuntungan ini sebenarnya pergi kepada mereka yang ber­kesempatan.

923 1 JUN 1992 924

Saya ingin mencadangkan supaya saham-saham badan-badan Kerajaan ataupun syarikat-syarikat Kerajaan pada masa-masa yang akan datang, kalau untuk bumiputera diperuntukkan kepada badan-badan kepenti'ngan bumiputera.Sekarang pun kita sudah banyak amanah saham ataupun unit trust, kalau tak silap saya, angka yang terakhir sebanyak 27 unit trust yang telahpun terdapat di negara kita ini dan juga terdapat koperasi-koperasi yang telahpun wujud dan juga yang mempunyai modal yang mencukupi.

Saya ingin mencadangkan supaya saham-saham ini diberikan kepada badan-badan ini, unit-unit trust, kepada koperasi-koperasi kerana kalau yang untung pun biarlah pemegang­pemegang unit trust ataupun kojlerasi­koperasi. Kerana sepertimana sa~am Tenaga Nasional yang telahpun ditawarkan baru-baru ini dengan harga pasaran $8.50 pada hari pembukaan­nya, bermakna paper wealth, dengan izin, iaitu kekayaan dari segi kertas telahpun beredar 2.7 bilion di dalam pasaran.

Yang sebenarnya untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, inilah salah satu daripada sebab-sebab berlakunya inflasi di negara kita. lni baru kita sebut fasal paper wealth daripada saham 'Tenaga Nasional, saya tidak · sempat untuk membuat kajian dari segi saham Telekom, Proton, EON dan juga syarikat-syarikat yang lain. Dari kajian saya, saya dapati untuk tahun 1992 ini 22 syarikat telahpun dibenarkan untuk mengapungkan di pasaran. Jadi saya percaya the paper wealth yang telahpun dicreated tentulah lebih daripada 5 bilion ataupun 6 bilion untuk tahun ini juga. Saya percaya inilah salah satu daripada sebab yang telahpun menyebabkan berlakunya inflasi.

Saya percaya kalau orang yang hari ini baru-baru ini dapat saham Tenaga Nasional 10 lot, tentunya pada hari ini

mereka telahpun mendapat keuntungan $45,000 ataupun $40,000 dan keuntungan ini dengan mudah didapati, pertama, mereka itu akan membeli barang-barang mewah, kereta ataupun sebagainya. lni yang sebenarnya menyebabkan berlakunya inflasi.

Saya ingin bertanya secara spesifik kepada Kementerian Kewangan, secara tepat kepada Kementerian Kewangan, daripada $300 juta yang telahpun diperuntukkan kepada bumiputera, saya ingin bertanya berapakah yang telah­pun diperuntukkan kepada Amanah Saham Nasional, bukannya PNB­kepada Amanah Saham Nasional. Kerana saya dapati apabila saham Tenaga Nasional disenaraikan, harga Amanah Saham Nasional tetap pada harga $1.01, $1.05.

Sepatutnya dari segi logiknya Amanah Saham Nasional mesti naik kerana mereka itu mendapat bayaran, kalau dibahagikan $200 juta umpama­nya, mereka itu bayar dengan harga $4.50, untung $4.00, sudah dapat $800 juta keuntungan on paper. Dari segi logiknya, dari segi unit trust, dia mesti naik tetapi saya tengok Amanah Saham Nasional tak naik. Saya sendiri pun tak memohon saham Tenaga Nasional kerana saya ada saham dalam Amanah Saham Nasional. Itulah sebabnya saya pun mengikutinya.

Saya ingin bertanya secara spesifik, berapa yang telahpun diberikan kepada Amanah Saham Nasional supaya dapat diberikan penjelasan supaya pelabur­pelabur Amanah Saham Nasional juga mendapat keuntungan. Saya tahu kemungkinannya diberikan kepada PNB, selepas itu esok dibuatnya shuffling here and there, dengan izin, selepas itu b.arulah ditunjukkan supaya Amanah Saham Nasional tidak naik supaya takut orang jual ataupun sebagainya.

925 1 JUN 1992 926

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Timbalan Menteri Kewangan ada bersama-sama dengan saya di dalam Dewan ini, kalau dapat menjawab secara spontan lebih baik lagilah. Semalam saya telahpun menyertai Larian Kuala Lumpur Marathon, iaitu sejauh 42 kilometer, saya buat 21 kilometer sahaja-setengah sahaja, dalam masa 2 jam 49 minit. Biasanya pada tiap-tiap tahun diadakan cabutan nombor bertuah, jadi semalam tidak ada cabutan nombor bertuah. Kalau dapat Timbalan Menteri jelaskan sekarang ini, boleh Tuan Yang di­Pertua? Saya difahamkan dalam suratkhabar Star mengatakan bahawa cabutan nombor bertuah telahpun tidak dibenarkan oleh pihak Perbendaharaan (Treasury). Saya agaklah, kalau betul katakan betul, cabutan nombor bertuah tidak dibenarkan kerana adanya unsur­unsur judi ataupun unsur-unsur mencuba nasib di dalam cabutan itu. Betulkah Yang Berhormat Timbalan Menteri? Betul ya, okay.

Kalau betul begitu, itulah sebabnya tadi saya mencadangkan supaya untuk masa-masa yang akan datang saham­saham diberikan kepada badan-badan kepentingan bumiputera, unit trust, koperasi-koperasi dan sebagainya. Kerana saya lihat apabila kita membuat cabutan awam, itupun ada juga unsur­unsur nasib. llupun saya percaya bertentangan dengan agama Islam juga. Kalau perlu, jangan kita adakan cabutan awam lagi, kita berikan terus. Kerana saya melihat kadangkala kita ini terlampau sanga~. kerana saya semalam ditanya oleh rakan-rakan yang masuk Kuala Lumpur Marathon itu kenapa tahun ini tak ada cabutan nombor bertuah, hadiah banyak.

Kadang-kadang apabila kita hendak membuat sesuatu keputusan itu biarlah kita fikirkan implikasinya secara mendalam. Kita mesti ingat kadangkala hendak dapat TUmah murah pun kita kena cabut undi, bergantung kepada

nasib. Hendak dapatkan lot pasar pun kita cabut undi, kita bergantung kepada nasib. Kadang-kadang hendak dapatkan saham pun kita bergantung kepada nasib. Jadi kalau betul tidak dibenarkan lagi cabutan nombor bertuah, saya lihat selepas saya balik jam 12.30 tengahari di TV 1 sempena Larian Mesra Bersama Rakyat, saya Iihat ada cabutan nombor bertuah itu. Ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Ti!11balan Menterilah.

Seterusnya saya pergi kepada Kementerian Kerja Raya. Saya lihat $405 juta telahpun diperuntukkan untuk bayaran syarikat konsesi bagi projek penswastaan jalan dan juga persimpangan bertingkat di Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya apakah ini bayaran kepada S yarikat K.G. Teratai yang telahpun mendapat tender ataupun projek untuk menjalankan projek di Kuala Lumpur ataupun projek tol dan juga penswastaan jalan dan juga persimpangan bertingkat di Kuala Lumpur.

Saya pun pelik kenapa bayaran ini perlu dibuat, kerana mengikut apa yang saya difahamkan bahawa Syarikat K.G. Teratai ini telahpun menjualkan haknya untuk mendirikan tol ataupun membuat jalan dan juga persimpangan bertingkat ini kepada S yarikat Metramac yang dimiliki oleh UE secara willing buyer dan willing seller. Jadi kalau dijual itu kenapa pula Kerajaan terpaksa, apakah selepas kita 'terminate' dengan K.G. Teratai sepatutnya kita bayar dengan $405 juta, kalau Kerajaan ambil projek itu saya faham, tetapi sekarang ini telahpun dijual ataupun apakah apabila dijual kepada Metramac $405 juta ini juga telahpun diambilkira ataupun Metramac telahpun membayar kepada Kerajaan sebanyak $405 juta?

Tadi telahpun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Dahalan mengenai kos overrun oleh Syarikat PLUS. Saya percaya syarikat ini akan meminta, satu, kenaikan kadar tol dan

927 1 JUN 1992 928

yang keduanya, akan meminta supaya jangka masa kutipan dilanjutkan kerana telahpun berlaku kos overrun sebanyak $2 juta, hampir-hampir 100%.

Saya berharap Kerajaan akan memikirkan soal kepentingan rakyat dalam soal ini, oleh kerana kita mesti fikir bahawa soal kos overrun ini bukan hanya dihadapi oleh syarikat PLUS. Kontraktor Kelas 'F' pun kadangkala menghadapi kos overrun juga. Tetapi mereka ini tidak ada peluang pun untuk meminta ataupun mengadu kepada pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, ini adalah business deal. Soalnya rugi itu soal dia. Dan sebagai orang berniaga, saya percaya banyak cara, kerana saya pun dahulu menjadi ahli perniagaan tetapi sekarang ini menjadi full-time politician, dengan izin, pun saya tahu jugalah membuat kos-kos seperti ini, supaya jangan Kerajaan mudah mengizinkan kenaikan tol dan · juga dengan mudah pula membenarkan memanjangkan jangka kutipan. Dan saya percaya ~etakat ini tol yang telahpun dikutip oleh pihak PLUS, saya fikir telahpun melebihi daripada jangkaan kerana saya telahpun baca buku-buku daripada kenyataan semasa United Engineers mengemukakan cadangan untuk mengutip tol dulu. Masa itu, mereka merigambil kira hanya kereta-kereta daripada Malaysia sahaja. Mereka tidak ambil kira kereta daripada Singapura, daripada Thailand yang melalui negara kita ini dan juga dengan pertambahan ke'nderaan yang begitu pesat. Saya percaya tidak perlu Kerajaan untuk membahagikan kos untuk menimbangkan kos overrun ini dan kalau pun ditimbangkan biarlah dengan secara yang betul-betul memikirkan kepentingan rakyat.

Tuan Yang di~Pertua, saya ingin menyentuh Kementerian Kesihatan. Sebanyak $45,722,000 . telahpun dipohon di mana $3.3 juta adalah kempen penggalakan cara hidup sihat

sepertimana yang telahpun dinyatakan di dalam buku int Memang saya, kalau ada kempen untuk cara hidup sihat berbelanja ataupun sebagainya, saya memang menyokong permohonan ini dan kepada saya, ini adalah satu langkah yang patut kita galakkan. Saya cuma ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kesihatan, bukanlah maksud saya kita mesti tiru apa yang negeri lain buat. Kepada saya, kalau negeri lain boat untuk kebaikan patut kita tiru.

Baru-baru ini Kerajaan Singapura telahpun mengharamkan penjualan minuman, coca-cola dan sebagainya kepada murid-murid sekolah kerana didapati kandungan gulanya melebihi 10%. Jadi, saya fikir ini satu saranan yang baik dan patut kita pun bersama­sama supaya, kita tidak mahu anak­anak kita terlampau gemuk ataupun tidak _ mengamalkan cara hidup yang sihat. Dan saya ingin bertanya apakah Kerajaan juga akan mengharamkan penjualan makanan-makanan yang mempunyai kandungan gula yang lebih.

Saya ingin mencadangkan supaya peruntukan khas untuk menjadikan pegawai Kerajaan sihat dan cergas di­adakan melalui pemeriksaan kesihatan, melalui kaunseling pemakanan dan juga sebagainya.

Dan dalam projek-projek peru­mahan, saya mencadangkan supaya kawasan larian di mana penduduk boleh berlari, berjogging atau sebagai­nya disediakan. Dan kepada Kerajaan juga, saya mencadangkan supaya bonus, kerana kita sekarang ini di bawah sistem SSB supaya bonus diberikan kepada pekerja-pekerja yang kurang mengambil cuti sakit ataupun yang kurang berjumpa dengan doktor. Kalau boleh, yang ini pun diambilkira di dalam kenaikan pangkat ataupun sebagainya.

929 I JUN 1992 930

Saya akui bahawa memang Kerajaan, Kementerian Kesihatan peka dalam soal makanan-makanan iaitu makanan tersedia yang telah pun dijual ataupun makanan yang dibungkus dan dijual tentang konten ataupun tentang isi kandungan makanan-makanan ber­kenaan. Tetapi apa yang saya harapkan supaya pihak Kementerian Kesihatan melalui kempen menggalakkan cara hidup sihat ini juga dapat menasihatkan kantin-kantin, umpamanya restoran­restoran, gerai-gerai, umpamanya tentang banyak gula yang boleh disupplied lemak ataupun sebagainya. Kalau boleh diadakan ujian, kedai­kedai yang ada standard tentang pemakanan kita. Kadangkala kalau kita pergi makan di gerai, kita bukan makan apa yang selera kita hendak. Apa yang tukang masak itu rasa sedap, itu yang kita makan. Jadi, kalau dapat Kemen­terian Kesihatan memikirkan satu cara di mana diadakan standard pemakanan di restoran-restoran tentang kandungan lemak, kandungan kolesterol dan juga sebagainya.

Baru-baru ini kita pergi, saya bukan hendak komen apa, ke L.arian Mesra Bersama Rakyat. Baguslah kita lari 3.2 kilometer, selepas itu kita berpeluh, kita pun bergerak, saya agak calories yang kita bakar lebih kurang dalam 400 calories kepada kita Iari itu. Lepas itu, kita pun minum Slender itu baguslah. Lepas itu Milo ataupun sebagainya. Lepas itu, kita tengok dihidangkan dengan nasi lemak dan dengan apanya. Calories yang kita makan lebih daripada 600 calories. Ini untuk pengetahuan Kementerian Kesihatan­lah. Jadi, itu tidak berbalui dengan apa yang kita buat itulah. Maknanya pada suatu ketika, kita pergi exercise, lepas itu tidak ada coordination. Makanan yang disediakan tidak ada kita memikirkan dari segi kesihatan ataupun sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ada sedikit lagi.Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, saya tahu tuan hendak

bercakap. Satu lagi, baru-baru ini kita dengar Dr. Pius Martin daripada Persatuan MMA meminta supaya cukai perkhidmatan 5% yang dikenakan kepada pesakit-pesakit yang meminta rawatan di hospital, di klinik-klinik swasta dikenakan. Ini adalah budget tahun 1992 yang telahpun dibacakan ataupun yang telahpun diluluskan dahulu.

Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan memikirkan balik tentang cukai 5% ini kerana tidak semua rakyat berkemampuan pergi ke hospital Kerajaan. Kalau pun kita mesti mengakui bahawa hospital Kerajaan belum mencukupi lagi kemudahan­kemudahan.Kadangkala kita kena tunggu berjam-jam. Pada saya, kita kena tunggu dua jam, baiklah saya belanja lebih sedikit kerana tunggu IO minit di hospital swasta. Jadi, kadang­kala soal sakit ataupun pergi ke hospital ini bukannya masalah orang kaya sahaja. Orang miskin pun sakit juga pergi juga ke hospital swasta. Mereka pun hendak juga rawatan yang terbaik dan yang memuaskan. Sudahlah dia henc\ak memikirkan soal sakitnya, hendak memikirkan soal bil yang hendak bayar. Lepas itu hendak memikirkan 5% cukai lagi. Kalau dapat dipertimbangkan semulalah.

Tuan Yang di-Pertua, buat ter­akhirnya Kementerian Pengangkutan. Ketiga akhir, Tuan Yang di-Pertua. $2 juta telahpun diperuntukkan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan. Dulu saya masih ingat lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun mencadangkan supaya untuk mengelak­kan berlakunya kemalangan jalan ray~ hendaklah diadakan supaya kita pasang lampu semasa kita bawa kereta. Saya ingin mencadangkan supaya mungkin pasang lampu ini semua orang tengok, semua orang pasang lampu, jadi kesannya itu tidak begitu berkesan. Saya ingin mencadangkan supaya apabila kita· membawa kereta, apabila

931 1 JUN 1992 932

kita berseliseh dengan kereta yang laju, kita pasang flashlight. Kita beri amaran. Kita adakan kempen yang kita beri amaran kepada mereka ini supaya jangan lari laju tetapi di sini ada masalah sedikit. Saya tahu kadangkala kalau ada Polis buat sekatan jalan raya, mereka tidak suka. Kita hendak beritahu pihak yang di sana. Kalau boleh, pihak sana biar lari laju, boleh ditangkap ataupun disaman. Jadi, biar ada kordinasilah. Jangan orang pasang flashlight kena tangkap pula. Dengan niatnya supaya kereta itu jangan lari laju tetapi jangan anggap kita tidak hendak orang itu terjebak, ditahan oleh pihak Polis ataupun sebagainya.

Keduanya, kita mesti mengakui kadang-kadang kita bawa kereta di highway banyak berlaku kemalangan disebabkan sama ada tori yang berat ataupun motosikal yang kadangkala itu mengambil jalan kita. Jadi, saya berharap supaya diadakan peraturan sama ada kita tidak benarkan lori ataupun motorsikal dari menggunakan highway. Mereka itu menggunakan jalan lain. Kalau kita pergi ke Seremban ada jalan lama yang boleh kita ikut supaya dapat mengurangkan kesesakan di samping itu juga mengurangkan kerosakan jalan raya khasnya lori kerana kita tahu berat lori ini boleh merosakkan jalan raya. Begitu juga saya berharap supaya lampu­lampu sentiasa dipasang. Ada lampu dipasang di sepanjang lebuhraya. Kalau tidak dapat di setiap setengah kilometer, di setiap satu kilometer pun tidak apa. Jadi, tidak1ah kita bawa kereta di dalam gelap khasnya di waktu malam yang akan menjejaskan .konsentrasi kita. Saya berharap juga pihak radio akan sentiasa memberikan ingatan kepada pengguna-pengguna jalan raya dari masa ke semasa.

Satu perkara yang ingin saya timbulkan mengenai Kementerian Pengangkutan ini walaupun tidak kurang berkaitan dengan kempen

keselamatan jalan raya ialah supaya kita dapat memikirkan atau mengkaji semula soal pembayaran cukai jalan. Saya hanya mengambil contoh kalau saya seorang guru duduk di luar bandar, mempunyai sebuah Proton Saga, saya hanya berjalan katakanlah 10 km satu hari, saya akan membayar road tax sebanyak katakanlah $150. Tetapi seorang yang duduk di dalam bandar yang bekerja set>agai eksekutif ataupun sebagai salesman pun mempunyai sebuah Proton Saga yang menggunakan 600 km satu hari, mereka ini pun mungkin membayar road tax $150 setah un juga. Sa ya fikir ada sedikit ketidakadilan. Adalah lebih adil saya percaya soal road tax itu dimasukkan di dalam harga petrol atau harga minyak yang digunakan supaya kalau orang itu lebih pakai, dia kena lebih bayar road tax. J ika orang itu kurang pakai, dia kurang bayar road tax ataupun sebagainya. Saya berharap dapat diambil ingatan tentang cadangan ini kalaulah baik.

Jabatan Perpaduan Negara telahpun meminta peruntukan kerana tambahan elaun guru T ADIKA. Memang saya menyokong permintaan ini kerana pada saya memanglah lebih susah sebenar­nya untuk menjadi guru T ADIKA daripada menjadi guru di sekolah biasa. Lebih susah untuk menjaga 40 orang murid yang tidak tahu apapun daripada menjaga 100 orang mahasiswa yang telahpun terlatih di universiti ataupun sebagainya. Jadi, sebarang bayaran kenaikan gaji atau imbuhan yang tinggi memanglah saya mengalu-alukan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu B.21. Hari ini saya terbaca di dalam akhbar bahawa pihak Kementerian telahpun menolak permohonan syarikat-syarikat minyak untuk menaikkan harga minyak} Saya mengucapkan syabas. Yang sebenarnya kalau hendak tanya dengan saya, harga minyak sepatutnya turun kerana saya

933 1 JUN 1992 934

masih ingat lagi dahulu semasa syarikat-syarikat minyak ini memohon kepada Kementerian untuk menaikkan harga minyak, masa itu salah satu daripada alasannya ialah kerana ringgit kita lemah. Jadi dia terpaksa membayar lebih kerana hendak import minyak.

Jadi, sekarang saya ingin bertanya ringgit kita kalau against US dollars, dengan izin, telahpun naik di antara 8% hingga 10%. Jadi, sepatutnya Kerajaan meminta kepada syarikat-syarikat minyak ini menurunkan harga minyak kerana harga ringgit telahpun naik antara 8% hingga 10% dan sepatutnya harga minyak pun turun dengan kadar yang sama. Saya tidak percaya syarikat minyak ini akan datang sendiri dan akan beritahu kepada Kerajaan bahawa dia hendak menurunkan harga minyak. Kalau begitu dia bukanlah seorang ahli perniagaan yang baik, Cuma saya percaya pihak Kerajaan harus meng­ambil ingatan khasnya pegawai­pegawai Kerajaan semasa kita argue dengan mereka itu supaya menimbul­kan soal perbandingan ini. Kalau dahulu semasa hendak menaikkan harga minyak, itu yang diutarakan, saya masih ingat lagi dan rakyat terima kerana ringgit kita lemah pada masa itu. Sekarang ringgit telahpun naik dan meningkat antara 8% hingga 10%, saya fikir sampai masanya harga minyak diturunkan. Begitu juga dengan bahan­bahan yang diimport, sepatutnya telahpun mula diturunkan oleh pihak Kerajaan ataupun pengkajian patut dibuat.

Bual pengakhirnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan iaitu B.22. Baru-baru ini kita telahpun mendengar banyak ejen-ejen pelancong yang menipu orang-orang yang hendak pergi ke Mekah ataupun sebagainya. Baru-baru ini juga sebelum ini pun saya teringat keadaan yang sama berlaku kepada orang yang mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat-syarikat guaman. Selepas itu

kita mengadakan satu undang-undang supaya syarikat-syarikat ini diwajibkan membeli indemnity insurance ataupun insurans perlindungan. Saya berharap juga kalau boleh pihak Kementerian memikirkan supaya ejen-ejen pelan­cong ini juga diwajibkan membeli indemnity in,1'urance ataupun insurans perlindungan supaya mereka yang ingin melancong akan terasa selamat kewangan mereka itu dan tidak terasa tertipu. Sekurang-kurangnya kalau tertipu pun, kalau berlaku penyele­wengan pun, mereka itu boleh men­dapatkan batik wangnya melalui insurans yang ·telahpun diadakan tadi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesempatan yang telah pun diberikan kepada saya untuk bersama­sama membincangkan ucapan mem­bahas Rang Undang-undang ini dan saya berharap sangatlah supaya pihak Kementerian akan dapat menjawab satu persatu yang telahpun kita timbulkan, bukan saya sahaja yang timbulkan tetapi rakan-rakan kita yang lain juga ada menimbulkan supaya kita mahu biarlah Dewan ini sepertimana yang kita tahu Dewan yang tertinggi, Dewan yang dimuliakan kerana kami pun adalah sebagai mewakili rakyat. Jadi,apa yang kita timbulkan ini bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah untuk kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Haji Mohamed Nazri.

5.38 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa tiap-tiap tahun sememangnya Kerajaan mem­bentangkan Belanjawan dan dengan izin, without fail, tiap-tiap tahun juga perbelanjaan itu berlebihan. Cuma saya ingin bertanya kepada pihak Kemen­terian Kewangan apakah pihak

935 1 JUN 1992 936

Kementerian Kewangan ada memberi garispanduan kepada setiap Kemen­terian berkenaan dengan perbelanjaan lebihan iaitu asas-asas belanja lebih. Sebagai contoh katalah luar jangkaan perbelanjaan itu perlu barulah boleh belanja. Kalau tidak, kita tengok tiap­tiap tahun Belanjawan itu lari begitu jauh. Kita tengok pada tahun ini kita minta $1.5 ribu juta ($1.5 billion).

Jadi, apa yang saya lihat di mana telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, sebagai contoh katalah perbelanjaan pilihanraya umum ataupun kecil di Sarawak dan juga di negeri lain. Saya kira perbelanjaan itu, dengan izin, valid sebab ia di luar jangkaan dan kita pun tidak tahu bila pilihanraya kecil dan bila orang akan meninggal dunia.

Keduanya perlu sebab kalau tidak boat, tidak ada Kerajaan Negeri ataupun tidak ada Wakil Rakyat di kawasan itu dan mesti dibuat. Jadi, benda ini memang patut dibelanja berlebihan kerana ia mematuhi sebagai contoh tiga syarat tadi. Tetapi katalah macam soal Malaysian World Grand Prix, saya percaya kalau kita hendak boat Grand Prix ini sudah tentu kita mesti ada perancangan dan ia tidak merupakan satu perkara yang di luar jangkaan.

Jadi, kita harus bertanya apakah perlu kita belanja, apakah urgent kita belanja. Jadi, soalan saya di sini apakah Kementerian Kewangan ada menyedia­kan garispanduan kepada setiap Kementerian di atas soal perbelanjaan berlebihan ini? Dan kalau ada, apakah kita thrift, d~ngan izin, dengan soal

· perbelanjaan ini? Itu pertanyaan saya pertama.

Keduaqya, berkenaan dengan Sabah Gas. Saya ingin bertanya kepada Kementerian :J(ewangan apakah perbelanjaan s~'banyak $327 .6 ju ta dalam soal Sabah Gas ini, setelah

dibelanjakan wang itu sebegitu banyak, apakah selepas itu struktur Lembaga Sabah Gas ini dirubah? Sebab kita tahu bahawa Kerajaan Negeri Sabah walau­pun Kerajaan, tetapi Pembangkang kepada kita, dia yang menghadapi masalah ini, apakah setelah kita membelanjakan wang ini maka masih lagi ada wakil Kerajaan Negeri dalam Sabah Gas Industries ini? Keduanya, apakah dari segi pemegang syer dalam Sabah Gas ini masih ada lagi Kerajaan Negeri Sabah pegang syer dalam syarikat ini? Dan saya juga ingin tahu dalam perbelanjaan $327 juta ini, apakah di dalam perbelanjaan itu temasuk selain daripada pembayaran hutang-hutang Syarikat Sabah Gas ini? Apakah dalam perbelanjaan itu juga dibayarkan premium kepada Kerajaan Negeri Sabah? Ini saya ingin tahu perbelanjaan yang lebih lanjut dalam soal perbelanjaan kepada S yarikat Sabah Gas Industries ini.

Dan yang terakhir, ketiga, saya ingin bertanya apa yang telah ditanya oleh sahabat saya Yang Berhormat sebentar tadi dalam PLUS ini kita tahu Kerajaan telah memberi wang begitu banyak, saya ingin bertanya sama ada adakah wakil Perbendaharaan di dalam Lembaga PLUS ini? Dan apakah dasar Kementerian, Kerajaan iaitu di setiap syarikat yang mengunakan wang Keajaan diadakan wakil Perben­daharaan. Jadi, kalau dalam PLUS ini tidak ada, saya ingin bertanya mengapa tidak diletak wakil Perbendaharaan?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, maka saya menyokong Rang Undang­undang Akta Perbekalan Tambahan Tahon 1992. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan C. Krishnan.

5.47 ptg.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin mengambil bahagian di dalam Rang Undang-undang

937 1 JUN 1992 938

bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1991 dan 1992 dan bagi memper­untukkan wang itu untuk maksud­maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu.

Tuan Yang di-Pertua, B.17 Kementerian Belia dan Sukan, di mana $7.7 juta akan diminta untuk bekalan tambahan bagi tahun ini. Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Belia dan Sukan harus memainkan peranan yang penting di dalam aktiviti belia-belia di dalam negara kita. Saya tidak berapa puashati tentang peranan Kementerian Belia dan Sukan pada masa sekarang, mungkin apabila ada SEA Games dan Piala Thomas baru kita nampak Menteri Belia sangat aktif. Walaupun di dalam kegiatan pembentukan Dasar Belia Negara, Kementerian ini telahpun memainkan peranan yang penting, tetapi dari hal membentukkan belia­belia di dalam aktiviti negara mengintegrasikan belia-belia ini, Kementerian ini sangat-sangat berharap kepada Majlis Belia Negara dan persatuan-persatuan belia. Kalau benar­benar kita nampak di mana belia-belia dari kaum-kaum keturunan India ataupun keturunan Tionghua tidak mengambil berat dengan persatuan­persatuan belia, kalau kita bandingkan penduduk belia dalam negara ini hampir 50% adalah belia-belia bawah 45 tahun. Pemimpin-pemimpin negara sentiasa menitikberatkan bahawa belia­belia adalah harapan bangsa dan negara. Tetapi untuk melatihkan belia­belia ke arah jadi pemimpin negara ataupun pemimpin masa akan datang, saya berpendapat bahawa Kementerian Belia dan Sukan tidak memainkan satu peranan yang aktif ke arah tujuan ini. Oleh sebab itu, kalau kita nampak, kalau kita bandingkan belia-belia khusus di luar bandar, mereka ini tidak menjadi ahli di dalam persatuan

belianya. Kalau boleh, pegawai belia dan sukan di peringkat daerah harus berdamping rapat dengan belia-belia di kawasan · luar bandar untuk mereka mencebur di dalam aktiviti-aktiviti belia. Kalau mereka tidak diberi bimbingan, mereka akan jadi beban kepada negara. Kita boleh nampak beberapa aktiviti-aktiviti di mana belia­belia kita tidak terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang sihat.

Oleh sebab itu, saya merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya pegawai-pegawai di peringkat daerah harus memainkan peranan yang penting di dalam aktiviti-aktiviti belia. Jangan berharap kepada Majlis Belia sahaja, jangan hantar belia-belia kepada luar negeri untuk mereka pergi ke luar negeri, golongan yang berdekatan dengan Majlis-majlis Belia ataupun yang sangat rapat dengan Kementerian sahaja. Kalau boleh, kita adakan aktiviti-aktiviti yang sangat berguna supaya mereka ini benar-benar tidak akan jadi mangsa kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti DAP. Parti DAP sentiasa ingin memancing di dalam kolam yang trouble waters, dengan izin. Belia-belia kita harus sedar tentang· pembangunan negara,tentang dasar-dasar suci murni itu. Kalau mereka tidak faham, mereka akan jadi mangsa kepada golongan­golongan yang bukan bertanggung­jawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang faham, kita sudah ada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, tetapi Jabatan Perpaduan Negara masih di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kalau boleh, Jabatan Perpaduan Negara ini dicantumkan di dalam Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, di mana Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat boleh mengambil perhatian tentang peranan Jabatan Perpaduan Negara. Jabatan Perpaduan Negara, pada pendapat saya

939 1 JUN 1992 940

adalah satu jabatan dengan nama sahaja. Kalau di peringkat daerah mereka atur satu perjumpaan pada tiap­tiap tahun untuk Rukun Teta.ngga. Itu pun satu tahun sekali sahaja. Sekarang tidak ada kelas untuk orang dewasa. Mereka ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan C. Krishnan, kalau boleh saya mencelah di sini. Kalau kita bertumpu kepada soal Peruntukan Tambahan, bagaimana? Jadi, kalau kita banyak bercakap soal lain nanti .....

Tuan C. Krishnan: Ya, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua..

Jadi, B.57 Jabatan Perpaduan Negara kita telahpun minta Perbekalan Tambahan di mana saya sungguh­sungguh berharap Jabatan Perpaduan Negara jangan adakan kelas-kelas TADIKA sahaja. Jangan gunakan wang ini untuk kelas-kelas T ADIKA sahaja. Kalau boleh adakan aktiviti di mana berbilang kaum dapat atau mengetahui adat istiadat satu-satu kaum di mana kita boleh ajar kepada orang ramai betapa mustahaknya kestabilan politik, betapa mustah~nya kaum-kaum di sini harus bersatu padu untuk kemajuan dari segi ekonomi, dari segi aktiviti-aktiviti lain. Kita boleh dapat satu pengajaran daripada negara-negara rantau ini di mana satu kaum, satu bahasa, satu bangsa, mereka tidak dapat bersatu padu. Contohnya beberapa negeri di dalam Asia ini, kita boleh nampak di mana mereka tidak bersatu padu. Kita boleh berbangga dalam negara kita di mana kita berbilang kaum, kita dapat hormat-menghormati dan di mana kita sedar bahawa kita harus duduk dalam negara ini sebagai satu bangsa yang bersatu untuk mencapai kemajuan di dalam sektor-sektor yang tertentu.

Oleh sebab itu, saya merayu benar­benar Perbekalan Tambahan ini bukan gunakan untuk kelas T ADIKA sahaja kerana pihak KEMAS pun ada men-

jalankan kelas TADIKA. Pihak Jabatan Perpaduan Negara harus adakan aktiviti-aktiviti di mana semua kaum dapat tahu mengenai aktiviti Perpaduan Negara. Tuan Yang di-Pertua, cuma saya untuk makluman sahaja, saya beritahu di mana Jabatan-jabatan ini harus dicantumkan sahaja.

Dari B.54, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kita harus adakan tambahan. Cuma saya ingin mengeluarkan pendapat saya mengenai penubuhan JKK, mungkin ini keluar daripada tajuk ucapan saya. Waiau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada pihak Kementerian supaya b.enar-benar nasihatkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya menubuhkan JKK di peringkat estet-estet. Ini saya telah tuntut selama 6 tahun dalam Dewan ini. Ini untuk melicinkan kerja, untuk menyenangkan Kerajaan. Kalau kita boleh tubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan untuk peneroka FELDA, apatah lagi kita boleh tubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan untuk pekerja-pekerja ladang di mana Kerajaan boleh adakan satu tali perhubungan di mana semua penerangan, semua butir-butir yang harus disampaikan kepada pihak estet yang duduk di dalam kawasan pedalaman, mereka boleh dapat penerangan yang lebih tepat dan padat. Oleh sebab itu, saya merayu kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya kemungkinan besar, Tuan Yang di­Pertua, kita menghadapi Wawasan 2020 ini, saya boleh katakan dalam 30 tahun nanti, tidak ada estet, tidak akan ada tuntutan untuk pekerja-pekerja estet. Mungkin semua juga akan jadi kawasan perindustrian. Mereka akan hadapi satu iklim yang baru di mana mereka akan jadi pekerja-pekerja di perindustrian.

Waiau bagaimanapun, kawasan estet ini masih ada. Kita cari satu jalan supaya kita boleh dapat satu

941 1 JUN 1992 942

perhubungan yang baik. Ini cuma, Tuan Yang di-Pertua, mungkin ramai Ahli Yang Berhormat tidak tahu macam mana mereka diselewengkan oleh kesatuan sendiri. Kesatuan-katakan satu persatuan untuk pekerja-pekerja ladang. Mereka ini cuma memutar­belitkan mereka di dalam beberapa aktiviti. Mereka tidak beri satu-satu berita yang tepat, sentiasa beri satu gambaran yang kurang baik tentang Kerajaan. Fasal pihak kesatuan, kerjanya kalau boleh memburuk­burukkan pihak yang lain. Mana satu pihak yang senang diburuk-burukkan itu ialah pihak Kerajaan. Dia kata selalu Kerajaan ini tidak baik. Dia bawa undang-undang yang tidak baik. Dia salahkan Menteri Sumber Manusia. "Oh, Menteri ini untuk majikan sahaja". Pada hal kita sudah ada Jawatankuasa di peringkat Kebangsaan di mana Menteri Sumber Manusia sendiri akan jadi Pengerusi di mana kesatuan dan majikan boleh berjumpa tetapi rakyat tidak tahu, Tuan Yang di­Pertua.

Mungkin mereka ini duduk di dalam kawasan pedalaman. Macam mana kita hendak salurkan satu penerangan yang mustahak itu kalau mereka tidak berilmu. Bukan tidak berilmu-if they are not informed society, dengan izin. Ini akan jadi satu masalah besar. Orang-orang boleh memutar-belitkan mereka. Apa salahnya kita boleh tubuh­kan, gunakan itu, mungkin kebijak­sanaan Menteri itu boleh berhubung dengan Kerajaan Negeri, boleh rekomendasikan kepada Kerajaan­kerajaan Negeri di mana JKK ditubuhkan untuk perihal Kerajaan di mana kita boleh salurkan penerangan­penerangan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh fasal Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mungkin di mana Jabatan Koperasi di bawah Kementerian ini telahpun memper­untukan sebanyak $1.3 million yang

apabila satu-satu koperasi diambilalih oleh receivers, dengan izin, di mana receivers itu duduk lama menjaga koperasi itu. Mereka tuntut fees yang lumayan dan ini menyusahkan ahli­ahlinya. Kalau sekiranya koperasi itu dapat diselesaikan masalah secepat mungkin, mereka harus bagi kepada Lembaga itu untuk mengendalikan perkara-perkara mengenai dengan koperasi. Saya sungguh-sungguh berharap supaya ini akan diambil perhatian oleh Kementerian berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, cuma ini sahajalah pandangan saya. Pandangan­pandangan ini mungkin tidak kena­mengena dengan Rang Undang-undang (Ketawa) tetapi walau bagaimanapun kita mewakili rakyat. Kita hendak dapat tahu di dalam Dewan yang mulia ini supaya pegawai-pegawai Kerajaan dapat ambit perhatian tentang saranan, pesanan mungkin komen-komen yang kita bagi ini demi kepentingan negara.

Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di­Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang-undang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya jemput Menteri ataupun Timbalan Menteri yang berkenaan untuk memberi jawapan.

5.59 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Kewangan ingin mengucapkan ber­banyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang ini.

Saya cuba menjawab semua perkara­perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jikalau saya tidak dapat menyentuh semua perkara atau tidak sempat disentuh perkara itu,

943 I JUN 1992 944

pegawai-pegawai Kerajaan saya m1 telah mencatat apa yang telah di­bangkitkan dan jawapan akan terus diberi secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Senator Puan Hajah Rosnah telah membangkitkan banyak perkara. Sebahagian perkara yang dibangkitkan itu memerlukan angka-angka yang spesifik yang saya tid&k dapat menjawab dengan angka-angka yang spesifik dan jawapan itu akan diberi secara bertulis.

Khasnya seperti Ahli-ahli Yang Berhormat termaklum bahawa Rang Undang-undang ini iaitu Rang Undang­undang Perbekalan Tambahan ini adalah biasanya seperti apa yang dibentangkan dalam tahun-tahun yang lepas iaitu mengikut Akta Perlem­bagaan Persekutuan dan Akta Acara Kewangan 1957 Yang Berhormat Menteri Kewangan adalah diberi kuasa supaya membuat perbelanjaan terlebih dahulu dan kemudian mendapatkan persetujuan ataupun kelulusan Parlimen dan Senate. Ini adalah biasa dan oleh kerana tidak ada Kerajaan boleh membuat forecast, dengan izin, perbelanjaan sesebuah negara dengan tepat jadi apa-apa yang tidak cukup, mana-mana yang peruntukan yang tidak mencukupi Menteri Kewangan akan memberi peruntukan dan meluluskannya dan kemudian meminta kelulusan dalam Parlimen dan Senate. Jadi, ini adalah biasa dan di sinipun saya hanya sebagai Timbalan Menteri Kewangan, saya menjawab bagi pihak Kementerian-kementerian lain, jadi isu-isu ataupun perkara information ataupun maklumat yang spesifik agak sukarlah saya menjawab, tapi ber­kenaan dengan latar belakang mengapa peruntukan tambahan ini diperlukan maka bolehlah saya menjawab dengan pen uh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Senator Puan Hajah Rosnah membangkitkan mengenai Biro Tata

Negara dan Yang Berhormat minta kebersihan dan sivik dimansuhkan dalam Kursus Biro Tata Negara. Untuk menjawab perkara ini saya ingin di sini memberitahu Ahli-ahli Yang Ber­hormat bahawa Kerajaan telah menggubal kurikulum kursus yang dikenali "Kurikulum Kursus Bina Negara" dan Program Bina Negara ini menekankan aspek-aspek perubahan sikap masyarakat Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020 dan nilai­nilai murni seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu ada terkandung di dalam program tersebut. Oleh itu, Kerajaan yakin dengan kerjasama semua peringkat rakyat Malaysia hasrat Kerajaan ini akan dapat tercapai.

Yang Berhormat Senator Rosnah juga menyentuh Maksud B. 7 iaitu berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri, mengenai ramai bakal haji tidak dapat visa, minta Tabung Haji supaya mengambil tindakan dan saya di sini memberitahu Yang Berhormat Kerajaan sedang memberi perhatian ke atas perkara ini supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada tahun yang akan datang.

Mengenai Pasukan Polis Hutan, di samping menjalankan togas biasa, mereka juga akan diarahkan menjalan­kan operasi ke atas pendatang tanpa izin. Yang Berhormat Senator Hajah Rosnah bertanya adakah mereka telah cukup bersedia dari segi kemahiran mereka yang tertentu dan saya di sini ingin meyakinkan Ahli Yang Ber­hormat bahawa Pasukan Polis khususnya Pasukan Polis Hutan sentiasa. siap sedia untuk menjalankan apa-apa operasi yang diberikan kepada mereka khasnya ke atas pendatang tanpa izin ini pada bila-bila masa sahaja. Berdasarkan kepada penga­laman yang lalu pihak Polis tidak menghadapi apa-apa masalah.

945 1 JUN 1992 946

Berkenaan dengan pengeluaran bahan kimia dari tumbuh-tumbuhan untuk tujuan ubat-ubatan, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan telah memula­kan skim untuk mendaftarkan ubat-ubat tradisional mulai lhb Januari tahun ini dan pemerosesan pendaftaran ini dijangka mengam'bil masa dua atau tiga tahun dan aktiviti ini akan memberi gambaran tentang penggunaan tumbuh­tumbuhan tempatan sebagai ubat­ubatan dan ada kemungkinan hasil aktiviti ini boleh memberi petunjuk kepada pihak-pihak tertentu untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia dari tumbuh-tumbuhan tempatan.

Mengenai bekalan darah kepada pesakit leukemia, mengenai ini Tuan Yang di-Pertua pihak hospital mem­bekalkan darah kepada pesakit leukemia yang memerlukannya. Selain daripada darah ini pesakit leukemia juga memerlukan rawatan lain seperti ubat chemotherapy dan ini telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital yang berkenaan.

Mengenai syor penggunaan susu tepung formula di hospital Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan meng­galakkan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Bagi bayi-bayi baru lahir yang tidak boleh disusukan dengan susu ibu atas sebab­sebab yang tertentu, pihak hospital menyediakan susu formula kerana pihak hospital menghantar sample makanan yang dibekalkan secara regular untuk diperiksa dan untuk dijalankan analisa.

Mengenai 5,000 orang guru tanpa permit'mengajar, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Senator Hajah Rosnah pun membangkitkan ataupun mengeluarkan dakwaan mengatakan bahawa pelajar­pelajar Malaysia di luar negeri terlibat dalam penjualan kereta. Dan untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, kedua-dua perkara ini sebenarnya terkeluar daripada isu yang harus ditimbulkan daripada Rang Undang­undang ini, dan mengenai guru yang berfungsi tanpa permit ini sebenarnya urusan pentadbiran akan segera diambil tindakan oleh J abatan Pendidikan Negeri yang terlibat.

Berkenaan dengan dakwaan adanya pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri terlibat dalam kegiatan menjual kereta, berhubung dengan dakwaan ini, iaitu adanya pelajar-pelajar di luar negeri menjual kereta dan sebagainya, ini mungkin merupakan isolated cases sahaja. Sebenarnya, di masa cuti pelajar-pelajar adalah bebas untuk mengisi masa lapang mereka dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja sambilan termasuk kerja-kerja dengan universiti. Waiau bagaimanapun, sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai bukti bahawa pelajar­pelajar Malaysia di luar negeri terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat, saya yakinlah Kerajaan boleh membuat sesuatu ataupun mengambil tindakan supaya ini tidak akan berlaku.

Mengenai program tahunan pelajar di luar negara, saya ingin memberitahu Ahli Yang Berhormat, berbagai kegiatan pelajar disusun oleh Jabatan­jabatan Penuntut Malaysia di luar negara, antaranya sesi dialog dan penerangan bersama-sama pelajar baru dan lama dan juga perjumpaan­perjumpaan Hari Raya, Hari Malaysia dan sebagainya dan juga ceramah­ceramah agama dan juga sesi suaikenal dengan pelajar-pelajar baru. Semua aktiviti-aktiviti irti disusun oleh Jabatan-jabatan Penuntut Malaysia di luar negara.

Ahli Yang Berhormat Senator Dahalan Haji Embun telah menyentuh beberapa perkara dan beliau men­cadangkan supaya subsidi diberikan kepada tanaman jagung dan ubi kayu.

947 I JUN 1992 948

Kerajaan menganggap bahawa kos pengeluaran jagung pada masa ini lebih tinggi berbanding dengan kos peng­importan jagung, dan mengenai ubi kayu, Kementerian boleh menggalak­kan tanaman tersebut. Waiau bagai­manapun, ini bergantung kepada sambutan pengusaha yang pada masa ini lebih berminat kepada tanaman yang lain dan bukan tanaman ubi kayu dan juga jagung.

Berkenaan dengan peruntukan di dalam tabung,tabung amanah dan Yayasan adalah pasif dan patut digunakan untuk kegunaan yang lebih baik untuk rakyat. Di sini saya ingin memberitahu Ahli Yang Berhormat bahawa tabung-tabung amanah adalah diwujudkan menurut Akta Acara Kewangan 1957 untuk sesuatu tujuan yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh undang-undang. Oleh kerana itu, sekiranya terdapat surplus pun ia tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada apa yang telah diluluskan. Bagi kegunaan-kegunaan rakyat yang lain, Kerajaan memang telah memberi peruntukan melalui- Kementerian ataupun Jabatan yang berkaitan.

Ahli Yang Berhormat- Senator Rahim bin Baba menyentuh tentang kursus-kursus yang dijalankan oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri dipanjangkan juga kepada Ahli­ahli Dewan Negara kerana mereka juga membuat lawatan rasmi keluar negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri ditubuhkan ialah untuk menyediakan latihan dan kursus kepada para Diplomat dan pegawai yang terlibat dengan urusan diplomasi dan hubungan antarabangsa dan latihan-latihan yang dijalankan p~da masa ini khususnya untuk melatih pegawai-pegawai berkenaan iaitu dalam bidang-bidang berikut: Diplomatic Training Programme; International Strategic and Security Studies; International Trade and

Economic Relations; International Negotiation Programme; Intensive English Language Course. Dan institut ini mengambil perhatian tentang cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Rahim bin Baba untuk memanjangkan kursus-kursus ini kepada ahli-ahli Dewan Negara.

Mengenai adakah sudut membaca di tempat-tempat awam seperti di perhen­tian bas dan sebagainya. Berkenaan dengan perkara ini, Kerajaan ingin memberitahu bahawa Kerajaan telah­pun mengadakan Perpustakaan Desa di mukim-mukim dan daerah di seluruh negara. Tentang mengadakan sudut membaca, Kerajaan perlu mengkaji dengan lebih teliti sebelum melaksana­kan cadangan ini.

Ahli Yang Berhormat Senator Rahim Baba juga minta penjelasan mengenai $327 juta bagi Sabah Gas Utilising Project. Saya ingin memberi­tahu Ahli Yang Berhormat bahawa amaun sebanyak $327 juta ini adalah untuk membayar balik pinjaman­pinjaman Sabah Gas Utilising Project yang dijamin oleh Kerajaan akibat penyusunan semula Sabah Gas Utilising Project dan penyusunan semula SGUP ini melibatkan langkah­langkah tersebut iaitu pengambilalihan Sabah Gas Industry Sdn. Bhd. iaitu SGI dan Gas Grid milikan Sabah Energy Corporation dan seterusnya penjualan aset-aset SGI serta Gas Grid kepada pihak-pihak yang berminat yang telah ditentukan seperti berikut, iaitu Loji Methanol dan Gas Grid kepada PETRONAS, Loji Hot Briquetted Iron kepada Consortium Besi Waja, Janakuasa Elektrik kepada Lembaga Letrik Sabah. Penjualan kepada pihak tertentu tersebut adalah memandangkan bahawa mereka ini adalah dalam operasi yang sama dan untuk sebab­sebab energy introduction. Jadi amaun $327 juta ini adalah untuk membayar balik pinjaman-pinjaman yang telah

_,

949 1 JUN 1992 950

diambil oleh SGUP dahulu yang dijanji oleh Kerajaan Pusat dan sekarang ini akibat penyusunan semula SGUP, Kerajaan kena membayar balik pinjaman sebanyak $327 juta.

Yang Berhormat Senator Rahim Baba pun bertanya mengapakah defisit MRRDB begitu tinggi dan beliau juga mengesyor mengadakan stok penimbal minyak kelapa sawit, dan juga mencadangkan kilang penapis minyak kelapa sawit di negara-negara pengguna.

Untuk menjawab pertanyaan­pertanyaan ini, saya ingin memberitahu Ahli Yang Berhormat bahawa sebelum tahun 1991 MRRDB tidak pernah memohon peruntukan daripada Kerajaan kerana perbelanjaan dibiayai oleh sumber-sumber lain iatu cess dari getah yang dieksport. Waiau bagai­manapun, pada tahun 1991 cess yang dipungut dari getah telah berkurangan tahun demi tahun mengakibatkan tabung kutipan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Oleh sebab itu, mulai dari tahun 1991 MRRDB perlu mendapat bantuan Kerajaan untuk menampung perbelanjaannya sehingga kedudukan kewangannya pulih. Kutipan cess telah berkurangan akibat dari pengeluaran getah negara yang merosot dan juga penggunaan getah dalam negara kita ini meningkat. Sebab cess yang dipungut dari getah dieksport sahaja dan oleh kerana penggunaan getah dalam negara kita ini meningkat, ini menyebabkan getah dieksport itu berkurangan. Jadi cukai cess yang dipungut dari getah yang dieksport itu pun kurang. Sebaliknya perbelanjaaan Research and Develop­ment (R&D) MRRDB telah meningkat tahun demi tahun terutamanya R & D hiliran bagi menampung rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kem­ajuan industri berasaskan getah yang menjadi salah satu tumpuan di bawah Pelan lnduk Perindustrian Negara {IMP). Itulah sebab-sebab mengapa defisit MRRDB itu begitu tinggi.

Mengenai mengadakan Stok Penimbal bagi getah asli, saya ingin memberitahu Yang Berhormat bahawa Stok Penimbal untuk getah asli diwujudkan di bawah Perjanjian Getah Asli Antarabangsa (INRA). Ini kita ada. Tetapi bagi minyak kelapasawit, setakat ini belum wujud sebarang perjanjian yang memerlukan Stok Penimbal diadakan. Buat masa ini negara Malaysia secara persendirian (alone) tidak mampu untuk mewujud­kan Stok Penimbal tersebut. Waiau bagaimanapun, jika timbul keperluan antarabangsa, Malaysia akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.

Mengenai strategi menubuhkan kilang penapis minyak kelapa sawit di negara-negara pengguna, sukacita saya di sini menyatakan bahawa perkara­perkara ini sedang mendapat perhatian yang menggalakkan dari kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi perkara-perkara yang telah dibangkit­kan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Mengenai bayaran $405 juta kepada Syarikat Teratai K.G. Sdn. Bhd, saya ingin memberitahu Yang Berhormat bahawa setelah Metramac Corporation mengambilalih penswastaan projek­projek di Wilayah Persekutuan dari­pada Syarikat Teratai K.G. Sdn. Bhd, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar subsidi $405 juta kepada Metramac Corporation untuk tujuan berikut iaitu:

(a) Kadar tol yang dikurangkan di antara 75% hingga 100%. Contohnya tol untuk kereta dikurangkan ... minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, susah hendak baca -tulisan pegawai-pegawai Kerajaan. (Ketawa) Dikurang­kan dari $1.00 kepada $0.50 sen. Bas dikurangkan dari $1.00 kepada $0.30 sen.

951 1 JUN 1992 952

(b) Skop kerja yang diperluaskan seperti membaiki Jalan Loke Yew dan persimpangan Bulatan Merdeka dan juga membina jalan alternatif Jalan Connaught link, memperluaskan Jalan Pahang di persimpangan Gombak, membina persim­pangan Gombak dan juga memperluaskan Jalan Cheras Lama dari Km 5 hingga ke persimpangan Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak. Dan membina jalan alternatif Jalan Cantik ke Jalan Kuari. Ini pun pertama kali saya dapat tahu projek-projek alternatif ini.

Jadi inilah Iatar belakang mengapa Kerajaan kena membayar $405 juta kepada Syarikat Teratai K.G. Sdn. Bhd.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf perkara-perkara yang saya tidak dapat jawab kerana tulisan-tulisan pegawai ini susah hendak baca. (Ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin kena hantar kursus.

Dato' Loke Yuen Yow: Mereka tulis cepat, saya pun pening kepala di sini. (Ketawa) Kerana banyak perkara ini tidak ada kaitan dengan Kementerian Kewangan jadi inilah susah sedikit.

Senator C. Krishnan membangkitkan supaya Jabatan Perpaduan Negara ...

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang bangun minta penjelasan.

Dato' Loke Yuen Yow: Ya.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir banyak Iagi perkara-perkara yang telahpun saya timbulkan tadi. Apakah jawapannya

seperti jawapan yang awal yang telah saya katakan tadi "bahawa semua pandangan-pandangan ini akan dicatat dan akan diambil tindakan oleh pihak Kementerian". Say a fikir Ahli-ahli Dewan Negara tidak berpuas hati dengan jawapan yang sedemikian kerana pegawai-pegawai pun ramai yang .ada boleh menjawab dan Yang Berhormat boleh menjawabnya satu­persatu. Saya fikir lebih ramai pegawai daripada Ahli-ahli Dewan Negara semestinya boleh jawab. Kerana saya buat homework, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau tidak dapat jawapan itu tiqak puaslah, Tuan Yang di-Pertua. Dan saya pergi satu-persatu. Bila ada jawapan itu saya pergi satu, satu saya tick. Jadi, pada sayalah, Tuan Yang di­Pertua, kalau anything, any job 99% done, is always job undone. Dengan izinlah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya harap dapat jawab kerana banyak lagi macam road tax tadi dimasukkan ke dalam harga minyak dan sebagainya. Saya catat ini, Tuan Yang di-Pertua. Tidak seronok, Tuan Yang di-Pertua. Saya buat homework ini dua hari, jadi besok kalau tidak ada jawapan, saya pun tidak ada syok lagi untuk buat homework lagi.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetujulah "90% job done is job undone" or "90% perfect is not perfect", actually. So difficult to find a perfect person or rather dengan izin, saya pun tidak puas hati apa yang saya terima di sini jawapan yang saya tidak dapat jawab dengan sempurna. Jadi saya minta maaf yang mana-mana tidak dapat jawab kita akan menjawab secara bertulis. Dan saya minta Yang Berhormat Senator Rahim Baba sabar sedikit kerana ada lagi jawapan untuk apa yang ditanya ...

Tuan Rahim bin Baba: Tadi, saya ingat sudah habis jawapan yang saya punya, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat tadi sudah habis kerana dia sudah

953 1 JUN 1992 954

pergi kepada Senator C. Krishnan tadi. Itulah sebabnya saya bangun tadi. Maaf, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Loke Yuen Yow: Tetapi kemungkinan kedua-dua jawapan di sini tidak cukuplah. Kemungkinan ada lagi perkara yang dibangkitkan oleh beliau itu tidak dapat dijawab nanti. Jadi, Ahli Yang Berhormat Senator Rahim Baba ...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, selepas kita dengar sedikit­sebanyak penjelasan ta di, adakah jawapan itu lama lagi?

Dato' Loke Yuen Yow: Ya, panjang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau tidak boleh ringkaskan, kita boleh buat kesimpulan sebentar lagi.

Dato' Loke Yuen Yow: Kalau tidak cukup masa bolehkah jawab besok?

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Loke Yuen Yow: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa ada dua minit lagi. Kalau Yang Berhormat hendak sambung dua minit

L-Al7087.

lagi boleh saya beri dua mm1t lagi. Belum sampai 6.30 petang. Belum lagi kita habis tadi Yang Berhormat kata "hendak sambung besok". Boleh teruskan dua minit.

Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Saya rasa dua minit ini tidak payah dijawab dulu kerana Timbalan Menteri itu hendak buat homework. Biar dapat penjelasan yang begitu jelas kepada Dewan ini dan kita menampak­kan satu persoalan yang benar-benar puas hati dijawab oleh pihak Kemen­terian. Oleh sebab itu, 15 saat lagi hendak sampai masa yang ditunggu­tunggu, oleh yang demikian saya juga berharap kepada Kementerian-Kemen­terian nanti untuk memberi jawapan, biarlah jawapan-jawapan yang boleh memuaskan hati semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli­ahli Yang Berhormat, sidang di­tangguhkan sehingga 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.