penyata professional

2
PENYATA PROFESSIONAL Pada fasa satu praktikum yang bermula dari 14 April 2015 hingga 8 Mei 2015 ini, saya telah ditempatkan di SK Olak Lempit bersama dengan 6 orang guru pelatih dari kursus yang berlainan. Sebelum praktikum bermula, saya telah diberi pendedahan berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran secara teori dengan amali tanpa situasi yang bukan sebenar di mana, rakan sekelas sebagai murid. Melalui praktikum ini, saya berharap agar saya dapat mempraktikkan segala ilmu pedadodi yang telah dipelajari semasa di IPG. Latihan praktikum fasa 1 ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang amat bermakna kepada saya sebagai guru pelatih bagi memantapkan lagi penguasaan ilmu pedadogi. Oleh itu, saya mengharapkan agar saya dapat mengaplikasikan ilmu pedagogi yang telah dipelajari semasa praktikum fasa 1 ini terutamanya pengurusan bilik darjah. Sememangnya, sekolah merupakan gedung ilmu bagi guru pelatih untuk menimba ilmu semaksima yang boleh sebagai bekalan selepas ditempatkan ke sekolah lain selepas tamat penggajian nanti. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya harap dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru

Upload: ee-joe-hng

Post on 20-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

portfolio praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Penyata Professional

PENYATA PROFESSIONALPada fasa satu praktikum yang bermula dari 14 April 2015 hingga 8 Mei

2015 ini, saya telah ditempatkan di SK Olak Lempit bersama dengan 6 orang

guru pelatih dari kursus yang berlainan. Sebelum praktikum bermula, saya telah

diberi pendedahan berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran secara teori

dengan amali tanpa situasi yang bukan sebenar di mana, rakan sekelas sebagai

murid. Melalui praktikum ini, saya berharap agar saya dapat mempraktikkan

segala ilmu pedadodi yang telah dipelajari semasa di IPG.

Latihan praktikum fasa 1 ini dapat membuka satu ruang pengetahuan

yang amat bermakna kepada saya sebagai guru pelatih bagi memantapkan lagi

penguasaan ilmu pedadogi. Oleh itu, saya mengharapkan agar saya dapat

mengaplikasikan ilmu pedagogi yang telah dipelajari semasa praktikum fasa 1 ini

terutamanya pengurusan bilik darjah. Sememangnya, sekolah merupakan

gedung ilmu bagi guru pelatih untuk menimba ilmu semaksima yang boleh

sebagai bekalan selepas ditempatkan ke sekolah lain selepas tamat penggajian

nanti.

Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya harap dapat memahami dan

mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di

sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya

ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting

kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul

mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan

pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak

Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Olak Lempit dapat

menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar

kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip

Page 2: Penyata Professional

sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan

berbakti kepada agama, bangsa dan negara saya.