penyalahgunaandadah

Upload: gwendellin

Post on 29-May-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    1/7

    Isu Penyalahgunaan Dadah

    Pengenalan

    Apakah penyalahgunaan dadah?

    Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau

    penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan

    gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

    Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah

    yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan

    terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu

    kehidupan seharian.

    Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

    Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

    Apakah penagihan dadah?

    Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

    Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:

    Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan

    yang lebih lama

    Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

    Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti

    mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi

    membeli dadah.

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    2/7

    Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan

    wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah

    dalam apa cara sekali pun.

    Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

    Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

    Dadah Psiko aktif

    Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran

    Contohnya; valium, ganja.

    Dadah bukan Psiko aktif

    Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

    Pergantungan

    Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokandan mengelakkan rasa ketagih

    Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuantertumpu kepada dadah setiap masa

    Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akanmewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut

    Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagihperlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

    Gejala Penarikan

    Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah

    dengan mendadak.

    Lali

    Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    3/7

    Kenapa mereka mengambil dadah?

    Ingin mencuba Terikut-ikut Amalan budaya Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam Tekanan / cabaran dalam kumpulan Bagi tujuan merawat Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

    Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

    Opium / candu

    Morfin, Heroin - euphoria, painkillero Melahirkan rasa euforia dan penahan sakito Euforia, ubat tahan sakit

    Perangsang

    Kokain, Amfetamina -o Euforia, berkeyakinan

    Penenang

    Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepineso Benzodiazepines

    Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

    Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed LSD - lysergic asid diethylamide, asid

    Nikotin / Tembakau

    Terangsang dalam dos yang kecilAlkohol - agen kemurungan

    Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihanKanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    4/7

    Hidu (Inhalants / Solvent) - Menghidu gam atau petrol

    Lain -lain - daun ketum

    Tanda dan gejala

    Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

    Resah, gelisah Prestasi kerja atau akademik yang merosot Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian

    Perubahan emosi secara tiba-tiba

    Bercakap merepek Mengabaikan penampilan diri Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik

    tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain

    Kelihatan letih, penat dan mamai

    Komplikasi

    Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

    Kebersihan dan kesihatan diri Kesihatan mental Prestasi pelajaran Hubungan sosial Status kewangan

    Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

    Penggunaan pelbagai jenis dadah Aktiviti jenayah Kaum keluarga Masalah perubatan

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    5/7

    Masalah psikiatri Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

    Rawatan

    Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah

    sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

    Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah

    Kebangsaan (AADK).

    Rawatan termasuk:

    Detoksifikasi

    Menghilangkan kesan dadah di dalam badanTerapi kelakuan

    Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

    Kaunseling - Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

    Terapi penggantian dadah

    Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan Methadone - Ketagihan ubat penenang Nikotin - Ketagihan rokok

    Pencegahan

    Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan

    dadah?

    Kesungguhan pada aktiviti yang lain Status sosioekonomi Pengaruh rakan sebaya

    Pengaruh ibu bapa Budaya dan etnik

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    6/7

    Nilai hidup yang sederhana Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan Pengasingan sosial

    Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

    Percaya diri sendiri Berkemahiran menyesuaikan diri Berkemampuan bangkit dari kegagalan Berkeupayaan mengasah kekuatan diri Menghargai kesihatan Membina minat dan aktiviti yang baru Matang dalam fikiran Sokongan berterusan daripada keluarga

    Seseorang itu perlu mendapatkan:

    Latihan menjadi afektif Sokongan masyarakat Pembangunan kerohanian diri

    Pemulihan

    Melibatkan prosedur rawatan seperti:

    Terapi dadah gantian Pengurusan tingkah laku Kaunseling Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention) Latihan menjadi asertif Sokongan masyarakat Pengisian dan perlembagaan rohani

    Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari

    ketagihan dadah.

    Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

  • 8/9/2019 PENYALAHGUNAANDADAH

    7/7

    Sokongan sosial termasuk:

    Pembangunan kemahiran Penempatan pekerjaan Pusat bantuan setempat

    Kumpulan sokongan

    Pusat pemulihan:

    Agensi Anti Dadah Kebangsaan PEMADAM PENGASIH

    Pakar sakit jiwa

    Pakar kaunseling penagihan dadah Pakar psikologi Ibubapa Guru sekolah

    Semakan akhir: 28 April 2008