penyakit nafsu dan penawarnya

7
Penyakit Nafsu dan Penawarnya ‘Uyub Al-Nafsi wa Dawaa'uha PENYAKIT NAFSU DAN PENAWARNYA oleh Imam Abu Abdul Rahman Al-Sulamiy (325H-412H) ditahqiq oleh Dr. Muhammad al-Sayyid al-Julainid terjemahan A.F. Ustaz Haji A. Basit b. A. Wahab Muqaddimah Saya telah diminta oleh beberapa orang syeikh r.m.h agar dapat menyusun satu kitab yang membicarakan perihal yang bersangkutan dengan jiwa dan nafsu manusia serta perkara-perkara yang tersirat berhubung dengannya. Saya cuba untuk menyumpurnakan permintaan ini. Lali saya susun satu buku yang berkaitan dengan ini. Saya memohon kepada Allah agar mengurniakan keberkatanNya. Semuanya saya tulis setelah mendapat jawapan yang positif daripada solat istikharah yang saya lakukan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya dan Dia jugalah sebaik-baik Pelindung. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabat. Firman Allah SWT yang bermaksud, ".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...."(Surah Yusof : 53) Firman Allah SWT yang bermaksud, ".... serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu."(Surah al-Nazi'ah : 40) Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dengan yang demikian bagaimana fikirannu(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya ...."(Surah al-Jathiyah : 23) Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang merakamkan tentang kejahatan nafsu serta sedikitnya kecenderungan nafsu kepada kebaikan. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith baginda:1 Yang bermaksud, "Bala bencana, hawa nafsu dan syahwat telah diadun sebati dengan tubuh Adam." 2 Nota kaki: 1. Saya tidak menemui hadith ini di dalam kitab-kitab hadith tetapi dari sudut pengertiannya(matan) adalah soheh. Semoga ia adalah daripada riwayat para sufi yang boleh diterima. 2. Riwayat Abu Hurairah r.a. 1 / 7

Upload: zizothehiro

Post on 13-Apr-2016

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

qq

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

‘Uyub Al-Nafsi wa Dawaa'uha

PENYAKIT NAFSU DAN PENAWARNYAolehImam Abu Abdul Rahman Al-Sulamiy (325H-412H)ditahqiq olehDr. Muhammad al-Sayyid al-JulainidterjemahanA.F. Ustaz Haji A. Basit b. A. Wahab

Muqaddimah

Saya telah diminta oleh beberapa orang syeikh r.m.h agar dapat menyusun satu kitab yangmembicarakan perihal yang bersangkutan dengan jiwa dan nafsu manusia sertaperkara-perkara yang tersirat berhubung dengannya. Saya cuba untuk menyumpurnakanpermintaan ini. Lali saya susun satu buku yang berkaitan dengan ini. Saya memohon kepadaAllah agar mengurniakan keberkatanNya. Semuanya saya tulis setelah mendapat jawapanyang positif daripada solat istikharah yang saya lakukan. Hanya Allah sahaja yangmembalasnya dan Dia jugalah sebaik-baik Pelindung. Selawat dan salam kepada NabiMuhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabat.

Firman Allah SWT yang bermaksud,".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...."(Surah Yusof :53)

Firman Allah SWT yang bermaksud,".... serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu."(Surah al-Nazi'ah : 40)

Firman Allah SWT yang bermaksud,"Dengan yang demikian bagaimana fikirannu(wahai Muhammad) terhadap orang yangmenjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya ...."(Surah al-Jathiyah : 23)

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang merakamkan tentang kejahatan nafsu serta sedikitnyakecenderungan nafsu kepada kebaikan. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithbaginda:1 Yang bermaksud, "Bala bencana, hawa nafsu dan syahwat telah diadun sebati dengan tubuhAdam." 2

Nota kaki:1. Saya tidak menemui hadith ini di dalam kitab-kitab hadith tetapi dari sudutpengertiannya(matan) adalah soheh. Semoga ia adalah daripada riwayat para sufi yang bolehditerima. 2. Riwayat Abu Hurairah r.a.

1 / 7

Page 2: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

Penyakit Pertama Ia menyangka bahawa ia telah berjaya mengetuk pintu ketuhanan dengan berbagai-bagai zikirdan amal ketaatan. Pintu itu memang terbuka tetapi laluan untuk rujuk kepada Allah di dalamjiwa ditutupnya, disebabkan oleh banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan.Kata Ibn Masruq, pada suatu hari Rabia'ah al-Adawiyah3 telah lalu dimajlis Soleh al-Murra, laluSoleh berkata, "Siapa yang berterusan mengetuk pintu ketuhanan Allah akhirnya ia akandibuka," lalu dijawab oleh Rabia'ah al-Adawiyah, " Pintu itu terbuka tapi kamu lari daripadanya.Bagaimanakah kamu boleh sampai kepada matlamat perjalanan sekiranya kamu tersalah jalansejak dari langkah yang pertama lagi? Bagaimanakah seseorang hamba itu dapatmembebaskan dirinya daripada pengaruh jahat nafsunya sedangkan ia sentiasa dikuasai olehsyahwat? Atau bagaimanakah seseorang itu mampu membebaskan dirinya daripadakongkongan hawa nafsu sedangkan ia tidak menegah dirinya daripada melakukan dosa-dosa?"Kata al-Sulamiy, Ibn Abu Dunya4 berkata, para ahli hikmah berkata, "Janganlah kamumeletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat kejayaan menuju Allah sedangkan dirimudiselaputi dosa."Rawatannya ialah sepertimana kata Sarij al-Saqati,5″Hendaklah kamu sentiasa menurut jalanhidayah, mempastikan segala pemakanan bersumber daripada yang halal sertamenyempurnakan ketakwaan kepada Allah."

Nota kaki:

3. Rabi'ah al-Adawiah ialah Rabiah binti Ismail al-Adawiyah (Umm al-Khair) hamba kepadakeluarga ‘Atik dari Basrah. Beliau terkenal dengan sifat wara dan zuhud di dalam duniakesufian. Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal dunia di Palestin pada tahun 135H. Duniakesufian mengiktiraf beliau sebagai seorang tokoh besar yang terlibat secara langsung dalambidang keilmuan dan menyebarkan amalan kesufian pada pengikut beliau. Para sufi dizamanitu menjadikan Rabi'ah sebagai sumber rujukan dan menampilkan riwayat-riwayat di dalamkarya mereka yang telah diambil daripada Rabi'ah. antaranya ialah Kitab al-Hilyah al-'Auliya'oleh al-Esfahani;Al-Luma' oleh al-Siraj; Tabaqat al-Qubra oleh al-Sya'rani. Rabia'ah memahamipengertian yang tersendiri di dalam masaalah Mahabbah. Aliran ini tersebar luas dikalanganpara sufi. Seorang pengkaji, Dr. Abdul Rahman Badawi menganggap Rabi'ah seorang tokohyang jarang ditemui. Untuk kajian lihat Wafayat al-A'yan 1/182, Ad-Dur al-Mansur 202;Al-Syarishi 2/231, al-A'lam al-Nubala' 30/31.

4. Beliau ialah Abdullah bin Muhammad bin Ubaid bin Sufian ibn Abi Dunya al-Qurausyial-Umawi. Dilahirkan pada tahun 208H. Dan meninggal dunia pada tahun 281H. Beliau terkenalsebagai seorang daripada hafiz dalam bidang hadith dan juga terkenal dalam menulis tajukzuhud serta ketinggian kerihanian. Imam al-Zahabi menyebut di dalam kitab Tarikhnya bahawakarya-karya Ibn Abu Dunya sebanyak 186 buah. Kebanyakannya yang menyangkut persoalanjiwa dan adab-adabnya, akhlak, zuhud, yang menjadi rujukan kepada para sufi lain. Lihatal-Fahras oleh Ibn Nadim 1/185 Siyar Tarikh Baghdad 10/89; Tabaqat Ibn Abi Ya'la 1/192,Daerah al-Ma'arif al-Islamiyah 1/72; al-A'lam al-Nubala' 4/260.

2 / 7

Page 3: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

5. Abu Hasan Sarij al-Saqati bin al-Mughlis adalah antara tokoh peringkat kedua dalam duniakesufian. Ia adalah bapa saudara disebelah ibu kepada Junaid Al-Baghdadi serta Junaidsebagai gurunya. Beliau bergaul rapat dengan Syeikh Ma'ruf al-Karkhi yang juga merupakanseorang tokoh terbilang dizamannya. Al-Saqati termasuk ke dalam golongan pertama yangmembicarakan persoalan al-Ahwal al-Sufiah di Baghdad. Beliau juga terkenal sebagai Syeikhkepada penduduk Baghdad ketika itu. Meninggasl dunia pada tahun 251H. Al-Junaid adalahtempat ambilan dan rujukan bagi al-Saqati. Pada suatu ketika al-Saqati ditanya tentang apakahitu aqal. Beliau menjawab, "Akal itu ialah tempat meletakkan hujah syara' samada berkaitandengan persoalan perintah atau tegahan Allah." Beliau juga pernah berkata, "Sesiapa yangtidak dapat mengenal kadar nikmat yang diberikan untuknya, nescaya nikmat itu akan dirampasdaripadanya tanpa disedarinya." Katanya, " Sesiapa yang takut kepada Allah maka dia akanditakuti oleh segala sesuatu." Katanya, " Sesiapa yang menghiaskan diri dengan berpura-puratakut kepada Allah maka Allah akan menjatuhkannya dihadapan manusia." Sila lihat Tabaqatal-Sufiah-14, cetakan Dar al-Sya'bi.

Penyakit Kedua Apabila ia menangis maka hilanglah rasa dukacitanya dan ia berada di dalam keadaan senanghati.Rawatannya ialah dengan sentiasa melazimi perbuatan menangis berserta perasaan dukacitaoleh kerana dosa yang ia lakukan sehingga ia tidak berhajat kepada keinginan untuk bersenanghati. Oleh itu apabila seseorang diuji oleh Allah dengan perasaan dukacita, ia tidak akanmenangis dengan sebab dukacita itu, bahkan ia akan merasa senang hati dan bergembira jikatangisan itu lahir daripada rasa takut kepada Allah kerana dosa yang dilakukannya. Sesiapayang menangis kerana dukacita maka tangisan itu akan menambahkan lagi beban dukacitayang ditanggungnya.

Penyakit Ketiga Apabila ia ditimpa mudarat ia akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampumerungkai mudharat tersebut. Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan harapannyakepada sesuatu yang tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia juga berhempas pulas danmenumpukan perhatian sepenuhnya mencari rezeki sedangkan rezekinya telah dijamin olehAllah.Rawatannya ialah dengan memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firmanAllah s.w.t. :Yang bermaksud, "Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah); dan jika Iamenghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapatmenghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yangdikendakiNya dari hamba-hambaNya, ...Firman Allah s.w.t. lagi:Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah

3 / 7

Page 4: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

yang menanggung rezekinya ...Hakikat yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semuamakhluk Allah itu bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukanbantuan daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah orang yangmemerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi keperluan hiduporang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah serta tidak berkemampuan nescayadia tidak akan dapat memperbaiki orang lain. Jadi dia perlu memperbetulkan salah faham inidan hendaklah bergantung kepada Allah secara mutlak.

Penyakit Keempat Dia telah mengabaikan hak-hak tertentu yang wajib ke atasnya, sedangkan sebelumnya diatelah melaksanakan hak-hak tersebut. Pengabaian ini lebih tercela apabila seseorang itulangsung tidak ambil peduli terhadap kecuaian dan kelalaian itu. Ia akan menjadi sangat tercelaapabila seseorang itu tidak menyedari kelalaiannya. Keadaan ini akan menjadi lebih dahsyatapabila seseorang itu menyangka bahawa kehidupan agamanya sempurna walaupun keadaandirinya penuh cuai.Hal ini berlaku kerana ketika ia melaksanakan hak-hak yang dituntut ke atas dirinya itu, sifatsyukur yang ada di dalam dirinya kepada Allah sangat sedikit. Apabila semakin berkurangansifat syukur di dalam dirinya, lalu kedudukan seseorang itu akan ditukar oleh Allah daripadamenghayati dan menjunjung perintahNya kepada makam lalai dan cuai. Akhirnya seseorang ituakan terhijap daripada dapat melihat kelemahannya bahkan lebih dahsyat lagi, dia akanmenganggap kejahatan dan dosa yang dilakukannya sebagai kebaikan. Hal inilah yangditegaskan oleh Allah dalam firmanNya:Yang bermaksud, "Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amalburuknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik,?"(Surah Fathir :8)Rawatannya ialah sentiasa rujuk kepada Allah dalam segala hal serta melazimi zikir-zikirtertentu, membaca Al-Quran, berhati-hati dan teliti dalam sumber rezeki dan makanan denganmempastikan yang halal, memelihara kehormatan dan maruah umat Islam, serta memohon doadaripada auli'a Allah agar melalui doanya itu Allah akan memeliharanya daripada kelemahandan kesalahan yang telah disebutkan sebelum ini, disamping Allah akan membukakan hijabuntuknya melaksanakan ketaatan kepada Allah.

Penyakit Kelima Dia mentaati perintah Allah tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam melaksanakanperintah itu. Hal ini berlaku kerana amal ketaatannya itu telah bercampur baur denganunsur-unsur riya' dan tidak disertai dengan keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalamamalan.Rawatannya ialah dengan melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah didalam setiap perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas kehidupan supayakesudahannya menepati kehendak kebenaran.

4 / 7

Page 5: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

Penyakit Keenam Dia mengharapkan dirinya mendapat balasan kebaikan setelah mendapati tanda kebaikan ituwujud pada dirinya. Sekiranya ia dapat mencapai kebaikan itu nescaya orang yang jiwanyahampir kepada Allah akan bermasam muka dan merasa malang dengan kehadirannya. Hal ini pemah disebutkan kepada sebahagian daripada para salaf, "Apakah pendapatmuterhadap (Seseorang yang bertahan makamnya di dalam dunia kesufian di antara duamakam)?" Lalu dijawab, "Aku pernah menyaksikan pelbagai golongan seperti itu. Kalaulahbukan kerana aku pernah menjadi seperti mereka, nescaya aku akan memohonkan keampunandaripada Allah untuk mereka. Beginilah bentuk perjalanan (jiwa yang hidup).Rawatannya ialahhendaklah diketahui sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sedangkan Allahmenyaksikan dan mengetahui bahawa keampunan yang dianugerahkannya itu akan ditukarganti oleh mereka itu dengan melakukan dosa dan maksiat. Oleh itu hendaklah kita merasamalu kepada Allah dan sentiasa sedar terhadap kejahatan diri sendiri. Hal ini dinyatakan olehal-Fudail bin ‘Iyad6, "Alangkah kejinya perbuatan kamu itu walaupun kamu merasakan ianyasesuatu yang baik. Ini adalah kerana kamu telah mendahului ilmu Allah di dalam urusantersebut." Kata Al-Sulamiy, Yahya bin Muaz7 berkata, "Berlapar itu dianggap sebagai makanankerana dengan berlapar itu Allah akan memperkuatkan tubuh badan para siddiqin."

Nota kaki:

6. Al-Fudail bin ‘Iyad bin Mas'ud bin Bisyr Al-Tamimi. Al-Sulami telah meletakkan namaal-Fudail nama yang pertama sebagai tokoh peringkat pertama di dalam kitabnya al-Tabaqat.Al-Fudail berasal dari bandar Marwa di sebuah kampung bernama Fandin. Beliau dilahirkan diSamarkand dan membesar di Abyud, Turkistan. Meninggal dunia di Mekah pada tahun 187Hdalam bulan Muharram. Para sufi banyak meriwayatkan riwayat yang ma'sur daripada beliaudan sangat terkenal dengan sifat zuhud dan warak disamping memberikan perhatian yangmendalam terhadap al-quran dan ilmu yang berkaitan dengannya. Al-Fudail mempunyaipandangan dan ijtihadnya yang tersendiri di dalam masalah furu' fiqhiyyah yang dijadikansumber pendalilan oleh ulama mutaakhir. Antara kata-kata hikmahnya, "Tidak ada perhiasanyang paling indah pada diri seseorang melainkan sifat siddiq dan mencari rezeki yang halal.-,katanya lagi, "Adalah tidak sayugia bagi seseorang hafiz al­quran itu menuntut keperluanhidupnya daripada makhluk. Sepatutnya segala hajat dan keperluan makhluk beradaditangannya. Lihat al-Tabaqat al-Sufiah, 9.

7. Yahya bin Muaz (Jaafar al Razi) adalah tokoh peringkat pertama dalam tasawwuf. Beliaumembesar di dalam suasana keluarga yang terkenal dengan sifat zuhud. Memiliki minatmendalam di dalam usaha dakwah. Beliau telah merantau ke Balakh bersama saudaranyalbrahim. Apabila Ibrahim meninggal dunia di dalam perjalanan, Yahya kembali semula keNaisabur dan meninggal dunia di sana pada tahun 285H. Dikatakan bahawa beliau pemahmeriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas ra. Para ulama tasawwuf banyak mengambilpendapat Yahya bin Muaz untuk dimuatkan ke dalam karya-karya mereka. Antara kata-katahikmah Yahya bin Mu'az ialah "Tiga sifat yang perlu dimiliki oleh para aulia Allah, pertama:thiqah kepada Allah di dalam semua perkara, kedua: merasa kaya bersama Allah daripadaselainnya, ketiga: Rujuk kepada Allah di dalam semua perkara. Semuanya itu bergantungkepada sejauh mana kadar kasih hati kepada Allah sekadar itulah kasih Allah kepadanya.Sejauh mana takut hati kamu kepada Allah maka sekadar itulah makhluk akan takut kepada

5 / 7

Page 6: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

kamu. Sejauh mana kamu menumpukan perhatian kepada Allah maka sekadar itu pulalahtumpuan hati makhluk kepadamu. Sesiapa yang merahsiakan khidmat amalnya kepada Allahsekadar itu pulalah makhluk akan merahsiakan khidmat mereka kepadanya. Sesiapa yangsenang hati dan bahagia bersama Allah sekadar itu pulalah makhluk akan merasa senang danbahagia melihatnya." Lihat al-Tabaqat oleh al-Sulamiy 16-27, al-Arus ala-Syarhi al-Risalahal-Qusyariyyah 1/119, Safwat al-Safwah 30, 71-80, al-A'lam al-Nubala'. 90/218.

Penyakit Ketujuh Jika kamu ingin membina dan menyuburkan kehidupan akhirat kamu, terlebih dahuluhendaklah kamu mematikan keinginan terhadap (keseronokan) kehidupan duniawi. Kamu tidakakan dapat berdampingan dengan Allah sehingga kamu mematikan keinginan nafsu kamukepada perkara-­perkara yang keji." Hal ini disebut oleh Yahya Bin Mu'az, katanya "Sesiapa yang menghampirkan diri kepada Allahdengan hati yang mendalam, Allah akan memelihara jiwanya daripada godaan nafsu. Caramenguasai hawa nafsu itu ialah melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya, kerananafsu itu selama-lamanya tidak akan tunduk kepada kebenaran." Rawatannya ialah berjaga malam untuk beribadat, berpuasa, melaksanakan kewajipan yangtidak disukai oleh nafsu serta menghalang daripada pengaruh syahwat yang berbagai-­bagai.

Penyakit Kelapan Nafsu itu selama-lamanya tidak akan melahirkan kebenaran. Hal ini kerana amal ketaatan ituberlawanan dengan kehendak nafsu, bahkan akan lahirlah pula pertentangan yang lebihbanyak apabila seseorang itu patuh mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat.Rawatannya ialah keluar daripada kongkongan nafsu itu secara keseluruhan kemudian kembalikepada Allah secara mutlak. Al-Sulamiy berkata, "Abul Qasim al-Basri berkata di Baghdad; IbnBazdan telah ditanya, "Atas dasar apakah seseorang itu keluar menuju kepada Allah?" Katanya,"Keluar di atas dasar dia tidak akan kembali semula ke tempat asalnya, serta dia akanmemelihara dan menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah." Abul Qasim al-Basriberkata, "Hal itu hanya melibatkan pencarian orang yang telah menemui hakikat ketuhananAllah" "Bagaimana pula keadaan orang yang masih belum menemui hakikat itu?" Jawabnya,"Kemanisan iman yang lahir dipermulaan langkah menuju Allah itu akan menjadi penawar yangsangat mujarab untuk mengharungi segala kepahitan di dalam pencarian hakikat ketuhanan itudi hari-hari yang mendatang."

6 / 7

Page 7: Penyakit Nafsu Dan Penawarnya

Penyakit Nafsu dan Penawarnya

7 / 7