penyakit kelamin dan std.pdf

32
PENYAKIT KELAMIN

Upload: achmad-budi-sistrianto

Post on 09-Aug-2015

146 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

PENYAKIT KELAMIN

Page 2: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

APA ITU PENYAKIT KELAMIN?

Sejenis penyakit yang disebarkan/ ditransmisikan daripada seseorang kepadaseseorang melalui hubungan seks.

Terdapat lebih dari 25 jenis penyakit kelamin(infeksi-infeksi transmisi seks).

Disebabkan oleh: VIRUS, BAKTERIA, KLAMIDIA, FUNGUS, PARASIT

Page 3: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

JENIS-JENIS PENYAKIT KELAMINBAKTERIA:

SifilisGonoreaGranuloma InguinaleSyankroid

KLAMIDIA:Jangkitan Uretritis-Tak-Spesifik (NSU)/ dibahagian bawah salurankencingLimforgranulomavenereum

VIRUS:Herpes KemaluanKetuat KemaluanSindrom KurangDaya TahanMelawan Penyakit(AIDS)

FUNGUS:JangkitanKandidiasis

Page 4: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

TANDA-TANDA dan GEJALATanda-tanda dan gejala adalah berbeza-beza bergantungkepada jenis penyakit kelamin dan kuman penyebabTanda-tanda biasanya dapat dilihat di permukaan atau disekeliling kawasan alat kemaluan

Page 5: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

Antara tanda-tanda UMUM yang ditemui:Bisul atau ulser yang berasa sakit dan gatal pada atau

sekeliling kawasan kemaluan kemungkinannya herpes atausyankroid. Bisul atau ulser yang tidak langsung berasa sakitkemungkinannya sifilis.

Ketumbuhan berbentuk leper atau bunga kobis yang timbul di atas atau sekeliling kemaluan atau di dalam tekakkemungkinannya ketuat kemaluan.

TANDA-TANDA dan GEJALA

Page 6: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

TANDA-TANDA dan GEJALAAntara tanda-tanda UMUM yang ditemui:

Rasa gatal di kemaluan ataumulut mungkin dijangkiti herpes ataupenyakit kelamin yang lain. Kaumwanita khususnya, mungkin dijangkitivaginitis.

Sensasi panas-hangat (burning sensation) ketika kencing mungkingonorea, klamidia atau vaginitis. Iamungkin juga setakat jangkitan pundikencing sahaja.

Page 7: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

BAGAIMANA DIJANGKITIPenyakit Kelamin ditransmisi secara seksual melalui:

SeksPenerimaan atau kemasukan secara seksual samadamelalui vagina, dubur, mulut (oral seks, bibir, lidah)

Sentuhan kulitSentuhan atau kontek kulit ke kulit yang rapat denganbahagian dijangkiti (biasanya alat kelamin) melaluitangan, dildo

AutoinokulasiDari bahagian badan yang dijangkiti ke bahagian badansendiri yang lain melalui kontek

Dari ibu hamil yang dijangkiti kepada bayi mereka

Page 8: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

AWAS

JIKA TIDAK DIRAWAT, PENYAKIT INI:• Akan merebak• Menyebabkan komplikasi• Boleh menjangkiti orang lain yang mempunyai hubungan seks denganpesakit tersebut

Page 9: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

GONOREA

Penyebab:Bakteria (Nisseria gonorrhoeae)

Jangkamasa Pengeraman:2 - 5 hari; kadangkala 1 - 10 hari

Tempat jangkitan:Hujung zakar, dubur, vagina, tekak, mata

Rawatan:Antibiotik, dapat diubati

Page 10: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

TANDA & GEJALA

Lelaki:Nanah yang keluar dari alat kelaminRasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil, hujung zakar - kemerahanKerap hendak membuang air kecilKemungkinan berdarah bila kencingBengkak, sakit kelenjar pada selangkang

Wanita:Biasanya tiada gejalaKemerahan pada serviksDiscaj dari vaginaSakit pada kawasan pelvikKerap hendak membuang air kecilSakit bila membuang air kecil

Page 11: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

TANDA & GEJALA

Bahagian lain badan:Tekak, mata, dubur, dll

Rasa sakitRasa gatalBisul/ kudis/ ulser/ lukaKemerahanDiscajJika pada dubur: kesukaran membuang air besarJika pada tekak: kesukaran menelanmakanan

Page 12: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

KOMPLIKASI

Ingat: Pada wanita: Tanda dan gejala bolehhilang tanpa dirawat TETAPI bakteriamasih berada dalam tubuh badan5% lelaki and 80% wanita tidak akanmenunjukkan apa-apa tanda dan gejala

Jika tidak dirawat segera:Kemandulan, di mana kuman gonoreaakan merosakkan organ peranakanseseorang wanita ituBoleh menjangkiti bayi semasakelahiranKebutaan pada bayi jika dijangkitiFistula (saluran terbuka) pada zakar

Page 13: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SIFILISPenyebab: Bakteria (Treponema pallidum)Jangkamasa pengeraman: Biasanya 10 - 90 hariselepas terdedah kepada bakteria iniPeringkat penyakit Sifilis:

Pertama KeduaKetiga awal Ketiga akhir

Cara jangkitan:Secara transmisi seksualDari ibu yang dijangkiti kepada bayinya

Tempat jangkitan: Berdasarkan peringkatRawatan: Antibiotik (Penicillin atau tetracycline)

Page 14: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SIFILIS PERINGKAT PERTAMATanda dan gejala awal jangkitan ialah 10 - 90 hari selepas terdedahTerdapat kudis atau ulser (kawasankontek) samada alat kelamin, bibir ataulidah (seks mulut)Kudis/ Ulser ini: TIDAK SAKIT

Bentuk bulatan pinggiran yang jelasKelihatan dari 1 hingga 5 minggu

Pesakit tidak akan merasa sakitTanda dan gejala boleh hilang tanparawatanBoleh menjangkiti orang lain melalui seks

Page 15: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SIFILIS PERINGKAT KEDUARuam pada seluruh badan tetapi TIDAK GATALTompok-tompok putih dalam mulutBengkak di kakiKeguguran rambut yang terukBengkak kelenjar limfaKeletihan, demam, tekak berkudis atau ulser, pening, suara parau atau serak, hilang seleramakanTanda dan gejala boleh hilang tanpa rawatanBoleh menjangkiti orang lain melalui hubunganseksJika tidak dirawat boleh menyebab ke peringkatketiga

Page 16: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

PERINGKAT AWAL biasanya tiada tandadan gejala, hanya boleh dikesan melaluiujian darah, boleh hanya kelihatan sehingga3 tahun setelah kali pertama dijangkiti

Tanda dan gejala bagi PERINGKAT AKHIRakan timbul 3 - 25 tahun selepas kali pertama dijangkitiTanda dan gejala:

Selalu rasa letih, tidak bertenagaLumpuh anggota badanKebutaanTisu otak boleh mengecil/ mengecutSakit jantungPembentukan tulang tidak normal Menyebabkan kematian

SIFILIS PERINGKAT KETIGA

Page 17: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SIFILIS PERINGKAT KETIGA

Sekiranya seseorang ibu mengandungmengalami jangkitan sifilis peringkat ini, anakyang dikandungnya boleh mati atau cacatapabila dilahirkan kelak (congenital malformation)

Kecacatan termasuk:Pertumbuhan gigi yang tidak teratur

(Hutchinson)Pertumbuhan tulang tidak normalKurang pendengaran atau pekakKerosakan pada mata boleh menyebabkan

buta

Page 18: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SYANKROIDPenyebab:

Bakteria (Haemophilus ducreyi)Jangkamasa Pengeraman:

12 jam hingga ke 5 hariCara jangkitan:

Perhubungan seksualSentuhan/ kontek kulit ke kulit secara intimAutoinokulasi

Tempat jangkitan: Mulut, tekak, bibir, lidah, dubur, vagina, zakarRawatan: antibiotik

Page 19: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

SYANKROIDTanda dan gejala:

Syanker atau ulser yang lekasberasa SAKIT apabila disentuhKelenjar bengkak dan terasasakit pada tempat dijangkiti

Komplikasi:Peringkat pembawa jangkitanFistula (saluran terbuka) padazakar, bila membuang air kecil, air kencing akan mengalirmelalui kedua-dua pembukaan

Page 20: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

KLAMIDIAPenyebab: Chlamydia trachomatis (parasit kecil yang mendiami dalam sel yang dijangkiti olehnya) Jangkamasa pengeraman: 5 hari hingga ke 4 mingguCara jangkitan: Mudah menjangkiti melalui:-

Perhubungan seksualSentuhan/ kontek kulit secara intimDari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya

Tempat jangkitan: Mata, uretra, pelvisRawatan: Mudah dirawat dengan antibiotik; jangkitan bolehhilang selepas rawatan kecuali dijangkiti semula; tetapisekiranya tidak dirawat, jangkitan boleh kekal berbulanhingga bertahunKomplikasi: Kemandulan dan kehamilan yang kompleks/ rumit bagi wanita; mudah sakit pada mata yang kekal akibatdaripada parut

Page 21: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

KLAMIDIA

Tanda dan gejala:Keluar cecair bewarnakekuningan dan putih dari uretra(alat kemaluan)Terasa sakit, kemerahan danpedih pada uretra ketikamembuang air kecilMata merah, pedih, sakit danmembengkak

Page 22: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

HERPESPenyebab: Virus (Herpes simplex)Jangkamasa pengeraman: 5 - 14 hariCara jangkitan: Mudah menjangkiti melalui:-

Perhubungan seksualSentuhan/ kontek kulit secara intimAutoinokulasiDari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya

Bergantung kepada tahap kesihatanRawatan: Jangkitan HERPES ADALAH SEUMUR HIDUP; boleh dirawat tetapi tidak akan pulih

Page 23: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

HERPESTanda dan gejala:

Tumbuh blister/repuh/ruam yang sakit, gatal, kemerahan danbengkak pada kemaluan (perineum, dubur, zakar, vagina), juga mataSendi-sendi bengkak dan sakitBoleh berlaku beberapa kali setahun; dikaitkan dengan tekananperasaan, penyakit, makanantertentu (kacang, kopi, alkohol)Repuh/ruam boleh kelihatansehingga 3 minggu, sembuh denganparut merah, kemudian virus masihberada dalam tubuh badan danboleh berbalik semula

Page 24: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

HERPESKomplikasi:

Demam, bengkak kelenjar, pening (akibat meningitis), sakitbelakang, gangguan tidur bila reaksi terhadap herpes adalahterukJika pertahanan badan lemah, repuh boleh tumbuh diseluruhbadan sehingga berbulan-bulanKesakitan menghalang perhubungan seksualPesakit wanita yang hamil akan menjangkiti bayinya. Semasakelahiran, ia akan menjangkiti sistem saraf bayi; seringkalimenyebabkan kematian awal. Oleh demikian, ibu yang dijangkiti adalah dinasihati bersalin dengan kaedah irisanCaesareanJika repuh/ruam tumbuh pada serviks, kandungan boleh matiRisiko tinggi bagi wanita dijangkiti mendapat kanser serviks

Page 25: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

KETUAT KEMALUANPenyebab: Virus (Human Papilloma virus)Jangkamasa pengeraman: 6 to 8 minggu; kadangkala sehingga1 tahunCara jangkitan: Mudah menjangkiti melalui:-

Perhubungan seksualKontek kulit secara intim; mengusap, membelai, bercumbuDari ibu mengandung yang dijangkiti kepada bayinya

Tempat jangkitan: Mulut, tekak, kemaluan, perineumRawatan:

Dibakar dengan laserDibekukan dengan cecair nitrogenDirawat dengan asid trikloroasetik, podofillin, atau flourourasil

TETAPI boleh berbalik semula, kadangkala untuk seumur hidupkerana virus masih di dalam tubuh badan

Page 26: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

KETUAT KEMALUANTanda dan gejala:

Biasanya lembut, berbentuk sepertibunga kobis, keras dan licin di sekelilingalat kemaluanTumbuh dalam kumpulan ataubersendirianBoleh tumbuh menjadi besar, bolehmenyekat uretra, vagina, dubur, tekakAda yang sangat kecil dan tidakkelihatan, memerlukan cuka dan kantapembesar untuk melihat

Komplikasi:Kanser serviks, zakar dan duburIbu hamil boleh menjangkiti bayi yang dikandungnya

Page 27: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

AIDSPenyebab: Virus (Human Immunodeficiency Virus)Peringkat tanpa gejala: Tempoh purata bolehmencapai sehingga 10 tahun TETAPI atau mungkinlebih pendekPeringkat penyakit AIDS: Wujud apabila pembawamempunyai tanda-tanda klinikal.Cara jangkitan:

Melalui transmisi seksual dengan pembawa HIVMelalui darah tercemar dengan HIV ke dalam tubuh

badan (contonnya melalui jarum dan picagari)Melalui ibu yang dijangkiti kepada bayi kandungan,

semasa kelahiran dan melalui penyusuan susu ibuPemindahan darah/produk darah dan organ dijangkiti

Page 28: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

AIDS

Tempat jangkitan: Virus HIV melumpuhkan sistem pertahananbadan menyebabkan pesakit mudah dijangkiti oleh pelbagai jeniskuman dan mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpaiRawatan: Tiada rawatan atau vaksin setakat ini. Semua pesakitAIDS akhirnya akan mati.Tanda dan gejala:

Tanda-tanda awal yang mungkin dialami termasuklah susutberat badan secara mendadak, bengkak kelenjar, keletihan teruk, keputihan di mulut dan tenggorok, demam, kulit melepuh, batukberpanjangan dan sesak nafas, serta cirit-birit berpanjangan

Tanda-tanda lain termasuklah Kandidiasis, Karposi sarkoma, kanser limfa (Lymphoma), radang paru-paru (Pneumocystis Carinipneumonia), kanser serviks, Tibi, Herpes simplex dan zoster

Page 29: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

BAGAIMANA UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA & YANG TERSAYANG

JIKA MASIH BELUM BERKAHWIN: JAUHILAH SEKSJIKA SUDAH BERKAHWIN: Setia pada pasangan andaJIKA TIDAK DAPAT BERSIKAP SETIA: Hadkan jumlahpasangan seks, elak hubungan seksual dengan pekerja seksELAK dadah dan alkohol, amalkan cara hidup sihatKETAHUI tentang penyakit tersebut untuk mengetahui risikodan mengenalpasti tanda dan gejalaJIKA TIDAK PASTI, dapatkan khidmat nasihat, pemeriksaan, rawatan daripada pusat rawatan terdekatBERITAHU PASANGAN jikalau anda telah dijangkitiBAGI WANITA: Dapatkan pemeriksaan bagi penyakitkelamin secara sukarela sebelum atau semasa mengandung

Page 30: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

DAPATKAN RAWATAN AWAL….

JANGAN SESEKALI melakukan rawatan sendiri keranapenyakit yang berlainan memerlukan ubat yang berbeza; dos berbeza, jarak masa pemakanan yang berlainan

RAWATAN YANG SALAH ATAU TIDAK MENCUKUPItidak akan menyembuhkan diri anda

BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR ANDA

PASTIKAN PASANGAN ANDA TURUT MENDAPATKAN RAWATAN, jika tidak jangkitan semula akan berlaku

Page 31: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

Awas

Page 32: Penyakit Kelamin dan STD.pdf

Iklan