penyakit kanser
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 penyakit kanser
1/1
Kanser merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang
membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi. Terdapat
beberapa faktor menyebabkan penyakit kanser.
Faktor pertama yang menyebabkan penyakit kanser ialah amalan pemakanan yang tidak
sihat. Makanan kini banyak mengandungi bahan tambahan yang tidak sihat seperti
pengawet, pewarna dan juga perisa. Bahan tambahan ini akan merosakkan sel badan kita
dan menyebabkan pertumbuhan sel kanser. Contohnya, makanan yang mempunyai
pengawet yang lebih daripada standard akan menyebabkan penyakit kanser perut.
Pencemaran alam sekitar turut menyebabkan penyakit kanser. Kemajuan pelbagai
sektor ekonomi dan pertambahan penduduk menyebabkan pencemaran berlaku. Contohnya,
kilang dan kenderaan banyak mengeluarkan asap beracun dan menyebabkan pencemaran
udara berlaku. Asap-asap beracun ini boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon
menjadi nipis, sinaran ultraungu akan sampai terus ke bumi. Sinaran ultraungu boleh
merosakkan sel badan kita dan menyebabkan kanser kulit.
Faktor yang seterusnya ialah faktor genetik. Seperti yang kita tahu, banyak penyakit
dapat diwarisi oleh generasi akan datang daripada ibu bapa mereka. Penyakit kanser turut
akan diturunkan kepada anak melalui pemindahan gen. Contohnya, kanser payudara
mempunyai kebarangkalian tinggi akan diturun kepada anak perempuan jikalau ibu ataupun
nenek moyang yang pernah menghidap kanser ini. Kajian telah menunjukkan kebarangkalian
mereka yang akan menghidap kanser payudara ialah tiga kali daripada perempuan lain yang
tidak mempunyai sejarah profil penyakit kanser.
Selain itu, faktor radiasi juga salah satu faktor yang menyebabkan penyakit kanser.
Banyak stesen janakuasa yang menggunakan tenaga nuklear dibinakan. Radiasi yang
dibebaskan dari stesen janakuasa akan memusnahkan sel badan manusia secara maya dan
menyebabkan mutasi gen berlaku dan seterusnya penyakit kanser akan muncul. Pancaran
radiasi alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan mesin pengimbas juga boleh
menyebabkan penyakit kanser sekiranya seseorang itu terdedah dengan radiasi dalam
tempoh yang lama.
Kesimpulannya, penyakit kanser perlu dikenal pasti dengan cepat supaya rawatan awal
boleh diambil. Kita harus menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar
risiko menghidap penyakit kanser dapat dikurangkan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Selhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sel