penutup

2
SCE3143 7.0 Penutup Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan sesetengah spesies kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati. Manakala, sesetengah spesies kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain. Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, yang menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk. Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantai makanan. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009, Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia iaitu negara Brazil dan India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak. Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang melambung tinggi. Di samping itu, pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan akan terjejas. Hal ini kerana sesetengah haiwan dan tumbuh- tumbuhan memerlukan suhu yang sesuai untuk proses fotosintesis. Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat suhu seperti kebiasaan, hal ini sudah pasti 36

Upload: hairul-anuar-hairul

Post on 02-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penutup

TRANSCRIPT

SCE3143

7.0PenutupImplikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan sesetengah spesies kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati. Manakala, sesetengah spesies kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain.Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, yang menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantai makanan. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009, Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia iaitu negara Brazil dan India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak. Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang melambung tinggi.Di samping itu, pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan akan terjejas. Hal ini kerana sesetengah haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan suhu yang sesuai untuk proses fotosintesis. Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat suhu seperti kebiasaan, hal ini sudah pasti akan mengakibatkan haiwan dan tumbuhan akan terjejas. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan, sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan kepupusan fauna dan flora untuk di masa hadapan malahan hidupan akuatik juga akan turut terjejas akibat permasalahan ini.Seterusnya, pemanasan global akan mengubah lanskap dunia. Perkara ini berlaku akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan yang akan mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan pulau-pulau yang kecil akan ditenggelami air.36