penulisan skrip cerita kisah arnab dan kura

7
Penulisan skrip cerita Kisah Arnab dan Kura-kura BI L CERITA /ISI PENTING SKRIP/NARRATOR MUZIK/ BUNYI LATAR/ TEMPAT 1 Permulaan cerita : Arnab bertemu dengan kura-kura Pada zaman dahulu, dipercayai semua haiwan boleh bercakap sesama mereka. Di sebuah hutan rimba,ada seekor Arnab yang sombong Sang Arnab suka mengejek dan menipu haiwan- haiwan lain yag lebih kecil dan lemah seperti Siput, Semut, Kura-kura dan sebagainya. Haiwan-haiwan di dalam rimba tiddak suka berkawan dengan Sang Arnab yang sombong itu. Pada suatu hari, Sang Arnab sedang merayau-rayau di sebuah kawasan lapang di tepi hutan. Hatinya riang tak terkira. Sewaktu Sang Arnab sedang berlari-lari tiba-tiba ia melihat Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan . Sang Arnab berhenti berlari dan Lagu : Nature Song Di hutan rimba berdekatan sebatang sungai

Upload: siti-jamariah

Post on 22-Dec-2015

186 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

Penulisan skrip cerita Kisah Arnab dan Kura-kura

BIL CERITA /ISI

PENTING

SKRIP/NARRATOR MUZIK/

BUNYI

LATAR/

TEMPAT

1 Permulaan

cerita :

Arnab bertemu

dengan kura-

kura

Pada zaman dahulu, dipercayai

semua haiwan boleh bercakap

sesama mereka. Di sebuah hutan

rimba,ada seekor Arnab yang

sombong Sang Arnab suka

mengejek dan menipu haiwan-

haiwan lain yag lebih kecil dan

lemah seperti Siput, Semut, Kura-

kura dan sebagainya. Haiwan-

haiwan di dalam rimba tiddak suka

berkawan dengan Sang Arnab yang

sombong itu.

Pada suatu hari, Sang Arnab sedang

merayau-rayau di sebuah kawasan

lapang di tepi hutan. Hatinya riang

tak terkira. Sewaktu Sang Arnab

sedang berlari-lari tiba-tiba ia melihat

Sang Kura-kura sedang berjalan

perlahan . Sang Arnab berhenti

berlari dan memerhati Sang Kura-

kura yang berjalan dengan amat

perlahan. Sang Arnab tersenyum

dan tertawa lalu terdetik di hatinya

untuk bertegur sapa kepada Sang

Kura-kura.

Lagu :

Nature Song

Di hutan rimba

berdekatan

sebatang

sungai

Page 2: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-

kura! “.

Kura-kura : “Selamat pagi, Sang

Arnab “.

Arnab : “Hai Sang Kura-kura kenapa

engkau berjalan amat perlahan.

Cubalah engkau berjalan laju sedikit.

Kasihan aku melihat engkau berjalan

sedemikian rupa “.

Kura-kura : “Memanglah aku

berjalan macam ni. Buat apa aku

nak berjalan laju-laju pula, lagipun

aku sedang menikmati pemandngan

yang indah dan sejuk di sini”.

Lagu:

Jungle Song 1

2 Perkembangan:

Arnab

mencabar

Kura-kura

Arnab : “Agaknya kalau aku

berlumba dengan engkau tentu aku

yang akan menang”.

Kura-kura : “Hmmm...tak semestinya

Sang Arnab. Belum cuba belum

tahu”.

Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ni,

bagaimana kalau kita berlumba lari”.

Kura-kura : “Tidak ada masalah

Sang Arnab, tapi kita mesti cari

haiwan lain sebagai pengadil

Lagu Animasi

Disney

Di tepi hutan

Page 3: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

perlumbaan ini”.

Arnab : “Baiklah Sang Kura-kura,

aku akan memanggil haiwan lain

untuk menyaksikan perlumbaan ini”.

Kura-kura : “Baiklah Sang Arnab”.

3 Klimaks:

Hari

perlumbaan,

haiwan lain

turut muncul ,

Kancil sebagai

pengadil

pertandingan,

beruang

sebagai

pelepas dan

haiwan lain

sebagai

penonton

Kancil : “ Lihat semak samun di

hujung jalan sana, garisan penamat

adalah sebelum semak samun itu.

Siapa yang sampai dahulu dialah

pemenang”.

Arnab dan Kura-kura : “Baiklah Sang

Kancil”.

Beruang : “Baiklah, bersedia..Satu!

Dua! Tiga!”.

Sang Arnab pun berlari sekuat

hatinya. Sambil berlari dia ketawa

sendirian kerana memikirkan

kebodohan Sang Kura-kura yang

sanggup berlumba dengannya.

Sambil berlari Sang Arnab

memandang ke belakang dan

kelihatan Sang Kura-kura sedang

berjalan dengan begitu perlahan.

Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia

berehat sebentar tentu Sang Kura-

kura pun masih tidak dapat

mengalahkannya. Maka Sang Arnab

pun berhenti di tepi jalan dan berehat

Page 4: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

di bawah sebatang pokok lalu

tertidur dengan nyenyaknya.

4 Peleraian

cerita:

Kura-kura

berjaya

mendahului

Arnab yang

sedang tidur

Sang Kura-kura pula terus berjalan

dan berjalan sehinggalah Sang Kura-

kura ternampak Sang Arnab sedang

tidur sambil bersandar pada

sebatang pokok. Sang Kura-kura

meneruskan perjalanannya . Tiba-

tiba Sang Arnab terjaga dari tidur

kerana terdengar sorakan dari

penonton. Dia menyangka Sang

Kura-kura masih lagi berada di

belakangnya. Sang Kura-kura

semakin menghampiri garisan

penamat. Sang Arnab pun berlari

sekuat hatinya. Sorakan semakin

kuat dari penonton untuk memberi

sokongan kepada Sang Kura-kura.

Akhirnya, Sang Kura-kura sampai

dahulu di garisan penamat tersebut.

Apabila Sang Arnab tiba, dia berasa

sangat malu di atas kekalahannya

dan juga keangkuhannya terhadap

Sang Kura-kura. Pengadil pun

mengumumkan pemenang

perlumbaan itu.

Kancil : “Pemenangnya ialah Sang

Kura-kura!”.

Arnab : “Hai Sang Kura-kura, aku

minta maaf kerana kesombongan

aku tadi”.

Page 5: Penulisan Skrip Cerita Kisah Arnab Dan Kura

Kura-kura : “Tidak apalah Sang

Arnab. Aku harap kita masih

berkawan. Lain kali jangan

memandang rendah dengan

keupayaan orang lain”.

Arnab : “Baiklah Sang Kura-kura”.

Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang

Kura-kura pun menjadi kawan karib.

Kesimpulan dari cerita ini ialah

usaha itu adalah tangga kejayaan,

jangan bersikap sombong dan

memandang rendah tehadap

keupayaan orang lain kerana akan

memalukan diri sendiri. Sekian,

jumpa lagi dalam cerita lain pula

pada masa akan datang.