penulisan rujukan dalam teks & apa

Upload: aisyah-ghazali

Post on 04-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    1/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 1

    Penulisan Sumber dalam Teks dan Format American Psychological Association (APA)

    Plagiarisme

    Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain

    yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalampenggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan

    yang dinyatakan di bawah ini:

    Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalamteks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi.

    Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau manna-mana laporan/projekIlmiah/akademik yang diserahkan mestilah penghasilan asal pelajar sendiri.

    LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME

    1. Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaanorang lain.

    2. Plagiarisme termasuklah:(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan

    mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil ciptaan

    atau ciptaannya sendiri; atau

    (b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa

    cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data

    atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

    3. Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,

    kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau

    sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;

    (b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagaipengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik,

    atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis

    kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;

    (c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidikbersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai

    penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa

    sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau

    pengarang bersama.(d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh

    beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, ataudata yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan

    atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian

    daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnyakepada sumber asal;

    (e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha samadengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    2/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 2

    kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikanakademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri

    sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik

    bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelummenerbitkan data;

    (f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua

    bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, ataudalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau perkakas

    penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara

    langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu;(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada

    bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan

    kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau carasebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;

    (h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat

    beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal danmenyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah

    pencipta idea-idea itu.

    Apendiks

    Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang

    terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini dapatmenghindarkan pembaca melencong dari perbincangan utama. Ia boleh dibahagikan kepada

    Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta tajuknya, jika ada, hendaklah

    disenaraikan secara berasingan di dalam Isi Kandungan. Semua jadual dan rajah di dalam

    Apendiks hendaklah bernombor dan bertajuk.

    Jadual Dalam Tugasan/Laporan

    Jadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkanbetul-betul di tengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilahmengandungi satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah diberi nombor

    secara berturutan. Dan seterusnya, Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya dicetak

    pada sebelah atas jadual itu. Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-muka suratberikutnya, baris atas mukasurat baru hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 2,

    sambungan"). Keterangan tidak perlu diulangkan. Jika sesuatu jadual merupakan petikan,

    rujukannya mestilah dicatat di bahagian bawah sebelah kanan jadual. Contoh:

    Table 1: The numerical and analytical result for example.

    Analytical LamMethod

    Suggested way

    Node 9, )0.1,0.1(u 1.8037 1.5031 1.5031

    Node 10, )5.0,0.1(u 0.5248 0.4720 0.4720

    Node 11, )0.1,5.0(u 0.4320 0.3851 0.3851

    Node 12, )5.0,5.0(u 1.1870 1.0683 1.0683

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    3/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 3

    RajahRajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada mukasurat, ilustrasi

    atau graf, rajah sebenarnya ialah apa sahaja yang tidak merupakan teks atau jadual. PerkataanRajah, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Lazimnya sesuatu

    rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung pada muka surat yang

    berikutnya, peraturan yang sama dengan peraturan menulis jadual hendaklah diikuti. Sepertijadual, rajah juga dapat dikumpulkan dan diberi nombor mengikut turutan. Gambar foto yang

    lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan dengan teguh. Gambar foto

    boleh juga dicetak sebesar kertas A4. Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan kemas.Contoh:

    18

    16

    14

    12

    10

    86

    4

    2

    10.5 t

    f(t)

    Fig. 1: If the caption is less than one line then it needs to be centered.

    Petikan atau Rujukan Dalam Teks

    Rujukan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa

    nama ringkasannya) seperti berikut:

    (a) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.

    Contoh:

    Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagaibidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah

    pengoptimuman kekangan.

    Shaifol (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya memperolehi

    maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu tajuk.

    Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasayang mudah difahami ...

    Muhamad (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...

    Jensen (1996), mendapati pencapaian pelajar yang ...

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    4/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 4

    (b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahundalam kurungan.

    Contoh:

    Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalahpengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini

    (Paredis, 1993).

    Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam bentuk 3-Datau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz, 1992).

    (c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama

    kedua-dua pengarang.

    Contoh:Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa oleh

    Kralj dan Petrovic (1995) . . . .

    Menurut Alessi dan Trollip (1991), tutorial dibina untuk mempersembahkan bahanpengajaran.

    Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar. Media grafikdigunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan (Wittich dan Schuller,

    1979).

    Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama.

    Contoh:Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual waktu

    Universiti.

    Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh menggantikan

    peranan guru sebagai tutor.

    Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk mendidik

    hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran (Wan Salihin et al.,

    1998).

    (d) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh

    pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

    Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOGSolver oleh Puget dan Albert (1994a, p.89).

    Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan(Puget dan Albert, 1994b, p.35).

    (e) Rujuk silang (cross reference) dalam penulisan. Iaitu sekiranya anda tidakmemperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi mendapati ia dirujuk di dalam karya

    orang lain, anda harus memberi sumber asal (penulis yang anda petik itu patut peroleh) dan

    rujukan yang anda dapati. Contohnya,Contoh:

    Skinner (1968, p.21), quoted by Conant (1972, p.8), was...

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    5/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 5

    (f) Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui denganmenggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya,

    Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on

    openness based on history and social sciences (Bloom, 1987, p.29).

    (g) Petikan lima barisan atau lebih apabila ditaip harus dimulakan lebih jauh dari garistepi dan tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,

    The general theory of relativity, on its own, cannot explain these features or

    answer these questions because of its prediction that the universe started off

    with infinite density at the big bang singularity. At the singularity, generalrelativity and all other physical laws break down: one couldnt predict what

    will come out of the singularity.(Hawking, 1988, p. 122)

    (h) Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka iaharus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan tiga titik.

    Contohnya, There must be give-and-take, with the teacher being a participant as well as

    leader and ... a source of answers. (Sizer, 1984, p.118).

    (i) Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan perludimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya, This principle [sanctity of

    contracts] is closely associated with that of freedom of contract... (Peden, 1982, p.9).

    (j) Tanpa Pengarang

    Bagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut:

    Contoh:Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian

    pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...

    (k) Multi RujukanDalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang sama, semua

    rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama tanda semi kolon;

    Contoh:

    Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar untukmembuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang diperolehi

    [Reader dan Hammond (1994); Jones dan Berger (1995); Rivlin et al. (1994); Kirsh

    (1997)].

    Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai Rujukan

    Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga

    diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluargaboleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.

    (i) Nama BaratTuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.

    Contoh:nama : John Neville Pavlovic

    ditulis : Pavlovic, J. N.

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    6/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 6

    (ii) Nama MelayuGunakan nama pengarangnya.

    Contoh:

    nama : Mohd Noor Abdullahditulis : Mohd Noor Abdullah

    (iii) Nama Arab atau Berunsur ArabGunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.

    Contoh (guna nama keluarga):

    nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attasditulis : Al-Attas, Syed Muhammad Naquib

    Contoh (tiada nama keluarga):

    nama : Malik ibn Anasditulis : Malik ibn Anas

    (iv) Nama ChinaMulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di

    hadapan.

    Contoh:

    nama : Tan Beng Keatditulis : Tan, Beng Keat

    Nama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.

    (v) Nama India

    (a) Gunakan nama pengarangnya.

    Contoh:nama : Srinivasan Venkataraman

    ditulis : Srinivasan Venkataraman

    (b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.

    Contoh:nama : S. N. Gupta

    ditulis : Gupta, S. N.

    (vi) Nama Punjabi

    Gunakan nama penulisnya.

    Contoh:nama : Pretam Singh

    ditulis : Pretam Singh

    Rujukan APA (Format Penulisan Bahan Rujukan)

    Dalam penulisan tugasan/laporan/projek/tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis

    bahan sumber. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukanmengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.

    1. Buku

    (a) Satu PengarangNama penulis (Tahun).Judul Buku. Tempat terbit: Penerbit.

    Contoh:

    Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.:Prentice-Hall.

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    7/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 7

    (b) Dua atau tiga Pengarang

    Contoh:

    Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: constraintsobjectsdescriptions. Technical Report. ILOG S. A.

    Pergantis, S. A., Cullen, W. R. and Elgendor, G. K. (1997). One-to-one web-marketing. New York: John Wiley.

    (c) Melebihi tiga PengarangNama penulis pertama et al. (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit:

    Penerbit.

    Contoh:Amrine, H. et al. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.:

    Prentice-Hall.

    (d) Penyunting/Penyusun (Edited books = ed ) (penyusun = pnys, penyunting = pnyt)

    Contoh:Martin, A. M. (ed). (1991). Peat as an agent in biological degradation of

    waste. London: Elsevier.

    Lees, R. H. and Thomas T. R. (ed). (1974). Chemical nomenclature usage.

    Chischester: Ellis Horwood.

    Hasnul Faizal. (pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpalan

    Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

    (e) Penulis/Penyunting Korporat

    Contoh:Engineers Joint Council. (1969). Thesaurus of engineering and scientific

    terms. New York: Engineers Joint Council.

    American Chemical Society. (ed). (1978). Handbook for authors of american

    chemical society publications. Washington, D. C.: American Chemical

    Society.

    (f) Selangaraan (penyelenggara = pngr)

    Contoh:Nor Azahan Mustfar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    (g)Berbilangan Jilid (Jilid = jld)Contoh:

    Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jld. 2. Kuala Lumpur:Penerbitan Sinar Bakti.

    (h)Terjemahan (terjemahan = terj.)Contoh:Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad. Kuala

    Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    8/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 8

    (i) Edisi Ulang CetakContoh:

    Theusen, G. J. (1984).Engineering economy. 6th ed. Englewood Cliffs, N. J.:

    Prentice-Hall.

    Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th edition. Englewood Cliffs,

    N. J.: Prentice-Hall.

    Othman Mohamad. (2008). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial

    Terapan. Ed. ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.

    2. Buku Elektronik (E-book)

    Contoh:Yager, J. (1999). Creative time management for the new millennium. (2nd Ed.).

    Stamford: Hannacroix Creek. In Books 24X7 (OUM Digital Collection).

    3. Artikel dalam buku

    Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul

    Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.

    Contoh:Sukiman Sarmani. (1987). Pencemaran radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.

    Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.

    4. Chapter Spesifik dalam buku (Bab dalam Buku)

    Nama pengarang chapter. (tahun). Judul chapter: nombor chapter Dlm pengarah

    buku,Judul buku. edisi, halaman pertama-halaman akhir. Tempat terbit: Penerbit.

    Contoh:Roslina Ismail. (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti

    sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee,Psikologi sukan. Hlm 55-64. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

    5. Artikel dalam jurnalNama penulis. (Tahun). Judul Artikel.Judul Jurnal. Jilid (nombor): hlm.

    Contoh:

    Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs,Part D. 127(6): 272-284.

    Iskandar Zakaria. (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajarPendidikan Khas.Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.

    Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau

    fakta.Majalah Dewan, Jan: 16-30.

    6. Artikel daripada persidangan/Makalah dalam Pasca Sidang

    Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan.

    Tempat diterbit: Nama Penerbit. hlm.

    Contoh:Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter estimation of nonlinear systems in

    noisy environments using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE

    International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn,Michigan: IEEE, 360-365.

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    9/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 9

    Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding

    Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1.13-15 Disember. Johor:

    Universiti Teknologi Malaysia. 255-265.

    7. Artikel daripada DatabaseNama penulis. (Tahun). Judul Artikel.Judul Jurnal. Jilid (nombor). Dlm database

    Contoh:

    Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs,Part D. 127(6): In Ebsco (OUM Digital Collection).

    8. Artikel daripada InternetNama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Diperoleh dari

    alamat web.

    Contoh:

    Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. InstnElectr. Engrs,Part D. 127. Retrieved from http://www.cac.psu.edu/jbe.html.

    Supyan Hussin. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukancomputer. Jurnal Bahasa. Diperoleh dari http://www.dbp.gov.my/

    dbp98/majalah/ bahasa20/mac/j03ajar1.htm

    Arakji, R. Y., & Lang, K. R. (2008). Avatar business value analysis: A method for

    the evaluation of business value creation in virtual commerce. Journal of

    Electronic Commerce Research, 9, 207-218. Retrieved from

    http://www.csulb.edu/journals/jecr/

    9. InternetNama penulis. (tahun). Tajuk dokumen elektronik. Diperoleh dari Alamat website.

    Contoh:

    Jones, D. (1999). The de grummond childrens literature collection. Retrieved fromhttp://avatar.lib.usm.edu/~degrum/.

    10. Dokumen Awan(a) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

    Dewan Rakyat Malaysia. (2003). Perbahasan rang undang-undang multimedia.Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen Keempat belas

    Penggal Kedua.

    (b) Laporan dan DokumenDewan Rakyat Malaysia. (2006). Memelihara keselamatan negara. Kertas

    Perintah 35, tahun 2006.

    (c) Penerbitan KerajaanMalaysia. (1996). Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta Kerajaan

    25(8).

    (d) Warta Kerajaan NegeriJohor. (1990). Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta

    Kerajaan Negeri Johor45(1).

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    10/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 10

    (e) Laporan Kerajaan PersekutuanKementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4:

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

    (f) Laporan JawatankuasaJawatankuasa Pengistilahan Sains. (2005). Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut

    Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    (g) Dokumen Pertubuhan AntarabangsaUNESCO. (2004).Education trend. Report. Bangkok: UNESCO.

    11. PerundanganNama negara (Tahun).Judul Perundangan. : Nombor perundangan.

    Contoh:Malaysia (1983). Perintah monumen lama dan tapak tanah bersejarah.: P.U.(A)41

    1983.

    12. Piawai

    Nama institusi (Tahun).Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.

    Contoh:British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.

    London, BS 1297.

    13. Paten

    Nama pemunya (Tahun).Judul Paten. (Nombor paten).

    Contoh:Lindgren, E. A. (1960). Screen room air inlet and wave guard. (U.S. Patent 2, 925,

    457).

    14. Katalog dagang

    Nama pengeluar (Tahun).Judul. Tempat terbit: Nota.

    Contoh:Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: partitioning in business. Redhill (U.K.):Trade Brochure.

    15. Lukisan Terukur dan TeknikNama pengeluar (Tahun).Judul. Tempat terbit: Nota.

    Contoh:

    Zairul Azidin Badri (1980). Rumah kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,KampungGajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.

    Salim Man (1989). Pengisi sekam ke dalam kontena penyimpan: pandanganisometrik. UTM: Lukisan Teknik.

    16. Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan

    (a) Kertas kerja abstrak dan sebagainyaContoh:

    Sim Ah Hock dan Siti Ropiah Abu Bakar. (2000). Kemahiran teknologi

    maklumat dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan Guru SekolahBestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25-28

    Jun.

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    11/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 11

    (b) AbstrakContoh:

    Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah dan Siti Nor Amira Ahmad

    (2007). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak Kertas Kerja,Persidangan Sains SosialUiTM, 25-28 Jun.

    (c)

    Minit MesyuaratContoh:

    Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007). Rompin,

    Pahang 4-7 Jun.

    (d) Kertas KerjaContoh:Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007). Cabaran dan tanggungjawab Pengetua

    dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri

    Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

    (e) LaporanContoh:

    Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007). Mesyuarat Pengetua-PengetuaNegeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

    (f) Temu bualContoh:

    Mohamad Kasim Basir. (2010). Penilaian perisian multimedia. Institut

    Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Temu bual. 9 Julai.

    (g) Tesis / Latihan Ilmiah

    Nama Penulis. (Tahun).Judul. Tesis. Nama Institusi.

    Contoh:Ahmad Zaki Abu Bakar. (1989). Pemprosesan teks Bahasa Melayu untuk

    pemahaman komputer. Tesis DoktorFalsafah. Universiti Teknologi Malaysia.

    17. Artikel/makalah dalam suratkahbar,(a) tiada pengarang

    Contoh:

    New drug appears to sharply cut risk od death from heart failure. (1993). TheWashington Post, 20 March: 13.

    Umat Islam perlu mempunyai cirri mulia kekuatan iman. (2008). Berita Harian,20 Mac: 13.

    (b) Artikel suratkahbar, seorang pengarangSchwartz, J. (1993). New drug appears to sharply cut risk od death from heartfailure. The Washington Post, 20 March: 13.

    Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro, 3Jun: V8.

    Becker, E. (2001, August 27). Prairie farmers reap conservation's rewards. The

    New York Times. Retrieved from http://www.nytimes.com

  • 7/30/2019 penulisan rujukan dalam teks & APA

    12/12

    Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

    Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011 12

    (c) Surat kepada EditorPenjual Ayam. (2008). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa pemborong

    buat.BeritaHarian, 4 Jun: 10.

    (d) Filem

    Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.

    18. Encyclopaedia Article

    Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The New Encyclopedia Britannica (Vol. 26, p.

    501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica.

    19. Karya yang dikenali menurut Judul

    Kamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield, MA:

    Merriam-Webster.

    20. Blog post:

    Lincoln, D. S. (2009, January 23). The likeness and sameness of the ones in themiddle. [Web log post]. Retrieved from http://www.blogspace.com/

    lincolnworld/2009/1/23.php

    21. Website with no author or date of publication:

    Census data revisited. (n.d.). Retrieved March 9, 2009, from Harvard, Psychology

    of Population website, http://harvard.edu/data/index.php

    22. Online Video & Audio

    YouTube-type Video Blog Post (Note that titles are not italicized)

    Goyen, A. (2007, February 22). Downtown Marquette dog sled races [Video file].

    Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=gW3CNCGGgTY

    University of Chicago. (2007, December 12). European cartographers and the

    Ottoman world, 1500-1750 [Video file]. Retrieved from http://www.youtube.

    com/watch?v=Xax5d4IKqrQ

    Video Webcast from Television Series Single Episode

    ABC News (Producer). (2007, September 21). Dying professor's lecture of a

    lifetime [Video webcast] [Television series episode]. In Good Morning

    America. Person of the Week. Retrieved from http://abcnews.go.com/

    GMA/PersonOfWeek /Story?id=3633945&page=1

    Audio Podcast

    Charney, T. (Producer). (2007).Ashes to hope: Overcoming the Detroit riots.U.P.Family Still Struggles to Deal With Pressure of '67 Riot [Audio podcast].

    Retrieved from http://www.michiganradio.org/