penulisan inovasi 2.pdf

19
1 PENGGUNAAN MODEL STB DALAM KEMAHIRAN MENDARAB Rozaili Mohd Ali & Ismail Hashim Jabatan Matematik IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka 1.0 TAJUK INOVASI Model STB adalah satu inovasi dibangunkan berdasarkan kepada pemasalahan semasa yang dihadapi oleh kebanyakan murid yang berpencapaian sederhana dan rendah. Model STB merujuk kepada proses mendarab secara menambah mengikut aturan yang tertentu. 1.1 Pengenalan Apakah Model STB ? STB ialah singkatan kepada “Susun, Tentu dan Bentuk”. Susun bermaksud murid perlu menyusun sifir-sifir yang diperlukan ke dalam ruangan yang disediakan. Susunan ini adalah berdasarkan soalan yang dikemukakan. Tentu bermaksud murid perlu menentukan maklumat yang diperlukan ditulis semula di ruangan kerja / kertas grid yang dibekalkan dengan betul dan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Bentuk bermaksud murid perlu membentuk jawapan menerusi proses kemahiran menambah nombor bulat dari maklumat yang diperplehi. MODEL STB

Upload: ismail-hashim

Post on 14-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: penulisan inovasi 2.pdf

1

PENGGUNAAN MODEL STB DALAM KEMAHIRAN MENDARAB

Rozaili Mohd Ali & Ismail Hashim Jabatan Matematik

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

1.0 TAJUK INOVASI

Model STB adalah satu inovasi dibangunkan berdasarkan kepada pemasalahan semasa yang dihadapi oleh kebanyakan murid yang berpencapaian sederhana dan rendah. Model STB merujuk kepada proses mendarab secara menambah mengikut aturan yang tertentu.

1.1 Pengenalan Apakah Model STB ?

STB ialah singkatan kepada “Susun, Tentu dan Bentuk”.

Susun bermaksud murid perlu menyusun sifir-sifir yang diperlukan ke

dalam ruangan yang disediakan. Susunan ini adalah berdasarkan soalan

yang dikemukakan.

Tentu bermaksud murid perlu menentukan maklumat yang diperlukan

ditulis semula di ruangan kerja / kertas grid yang dibekalkan dengan betul

dan mengikut aturan yang telah ditetapkan.

Bentuk bermaksud murid perlu membentuk jawapan menerusi proses

kemahiran menambah nombor bulat dari maklumat yang diperplehi.

MODEL STB

Page 2: penulisan inovasi 2.pdf

2

Kenapakah Model STB dicipta ?

Model STB dicipta oleh pengkaji berdasarkan beberapa instrumen iaitu

Maklum balas yang diterima daripada guru pelatih semasa praktikum.

o kebanyakan guru pelatih mengalami masalah murid-murid yang

lemah dalam mendarab. Hasil perbincangan dengan guru pelatih

mendapati murid-murid yang lemah dalam mendarab ini adalah

berpunca daripada

kegagalan mereka menguasai dan menghafal sifir.

Kegagalan menguasai sifir ini menyebabkan mereka sering

tidak dapat melengkapkan tugasan / latihan yang diberi.

kegagalan mereka menguasai kemahiran mendarab

menggunakan bentuk lazim. Kebanyakan kesilapan yang

mereka lakukan ialah apabila perlu membuat pengumpulan

semula.

tidak menjawab soalan kerana tidak menguasai

keseluruhan kemahiran mendarab dan proses mendarab

menggunakan bentuk lazim.

Pengalaman pengkaji

o pengkaji mempunyai pengalaman sendiri mengajar murid-murid

sekolah rendah selama 12 tahun. Berdasarkan pengalaman ini,

pengkaji mendapati kebanyakan murid ‘diikat’ dengan satu

kaedah penyelesaian yang ditekankan oleh guru matematik

mereka iaitu mendarab menggunakan bentuk lazim.

Pemerhatian

o pengkaji juga membuat pemerhatian selama beberapa tahun

semasa menyelia guru pelatih membuat praktikum. Pengkaji

mendapati kebanyakan murid yang mengalami masalah

mendarab ialah mereka yang tidak menguasai sifir. Kelemahan ini

cuba diatasi oleh guru matematik mereka dengan menggalakkan

murid membina sifir di bahagian tepi latihan / soalan. Proses ini

mengambil masa dan menjadi rumit apabila melibatkan kemahiran

mendarab lebih daripada 2 digit dengan 1 digit dan selanjutnya.

1.2 Objektif Inovasi

Dengan bersandarkan pengalaman, pemerhatian dan data awal, maka kami

membina satu model sendiri yang dinamakan Model STB. Model STB

bertujuan

membantu murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran mendarab.

memberi peluang kepada murid yang tidak menguasai kaedah bentuk

lazim dan kekisi menguasai kemahiran mendarab

membuka minda murid agar tidak terkongkong dengan satu cara

penyelesaian sahaja.

Page 3: penulisan inovasi 2.pdf

3

1.3 Tempoh Pelaksanaan Februari hingga Julai 2014 1.4 Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 dari dua buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah.

2.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Sebelum Model STB diperkenalkan kepada murid-murid yang terlibat, hampir semua murid menggunakan kaedah bentuk lazim untuk menyelesaikan masalah mendarab. Hanya segelintir murid menggunakan kaedah kekisi. Kedua-dua kaedah ini telah diperkenalkan oleh guru matematik mereka dan juga melalui buku teks. Namun begitu, tahap penguasaan kedua-dua kaedah ini sangat rendah terutama dikalangan murid-murid yang berpencapaian sederhana dan rendah. Kebanyakan murid akan cuba menjawab tetapi memberikan hasil darab yang salah. Terdapat juga murid yang langsung tidak menjawab. Setelah diteliti, semua murid (kecuali murid LINUS) menguasai kemahiran menambah dan sebahagian mereka juga menguasai kemahiran menambah dan mengumpul semula.

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Kebanyakan murid berpencapaian sederhana dan rendah menghadapi masalah dalam pendaraban dan pembahagian. Masalah ini datangnya daripada beberapa kegagalan seperti

i. kesilapan semasa mengumpul semula ii. kesilapan menyusun maklumat di tempat yang sepatutnya iii. tidak menghafal sifir iv. tidak menguasai proses mendarab menggunakan kaedah bentuk lazim v. tidak menguasai proses mendarab menggunakan kaedah bentuk kekisi

Data Awal

Data awal didapati daripada dua buah sekolah yang terletak dalam kawasan pinggir

bandar Melaka. Data ini dikumpul melalui kerjasama dengan guru pelatih yang

sedang menjalani praktikum.

Satu set ujian diagnostik telah dikemukan kepada murid-murid tahun 3 dan tahun 4.

Set ujian diagnostik ini mengandungi 10 soalan yang melibatkan latihan mendarab

tiga digit dengan satu digit.

Semua subjek kajian ini telah pun mempelajari topik mendarab. Pengesahan

telahpun didapati daripada guru matematik mereka.

Data awal yang diperolehi telah diproses dan dianalisis. Hasil analisis ini adalah

seperti berikut :

Page 4: penulisan inovasi 2.pdf

4

Bil

Jenis Kesilapan

Evidens

1 Proses menambah

2 Proses

mengumpul semula

3 Tidak

kuasai sifir

Page 5: penulisan inovasi 2.pdf

5

4 Tidak menguasai bentuk lazim

5 Tidak

menguasai bentuk kekisi

4.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN 4.1 Siapakah sasaran Model STB ?

Secara umumnya, Model STB ini boleh disasarkan kepada murid-murid yang

mengalami masalah kemahiran mendarab.

Page 6: penulisan inovasi 2.pdf

6

Secara khususnya, Model STB ini disasarkan kepada murid tahun 3 dan

tahun 4 sahaja. Ini adalah kerana di Tahun 3 dan Tahun 4, murid perlu

menguasai kemahiran mendarab sehingga 3 digit dengan satu digit dan

selanjutnya.

Kemahiran mendarab dipelajari oleh semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun

6. Proses mendarab adalah satu proses yang diperlukan untuk menguasai

sepenuhnya beberapa topik iaitu

Pendaraban

Pembahagian

Masa dan Waktu

Ukuran panjang

Timbangan berat

Isipadu cecair

Pengendalian data

4.2 Bagaimanakah Model STB berfungsi ?

Model STB terdiri daripada beberapa komponen iaitu

papan utama

mengandungi ruangan-ruangan untuk dimasukkan jalur sifir.

mengandungi ruangan kerja

Jalur Pendarab

Jalur Tetanda Slot Sifir

Ruang Kerja

Page 7: penulisan inovasi 2.pdf

7

jalur-jalur sifir

terdiri daripada set sifir iaitu dari sifir 0 hingga sifir 9. Setiap set Model

STB ini perlu mengandungi sekurang-kurangnya 3 set jalur sifir.

ruang kerja

terdiri daripada petak grid yang berfungi sebagai papan kerja murid.

Semua kerja pengiraan dilakukan diruangan ini.

Pendarab (multiplier)

slot untuk jalur sifir Didarab (multiplicand)

ruang kerja Hasil darab (Product)

Page 8: penulisan inovasi 2.pdf

8

Panduan Penggunaan Model STB

Langkah 1 : Menyusun

Pengguna perlu menyusun jalur-jalur sifir berdasarkan soalan yang

diberikan.

Contohnya : 649 x 6

o Masukkan jalur sifir 6, jalur sifir 4 dan jalur sifir 9 ke dalam slot-

slot yang disediakan (ruangan Didarab)

o Gerakkan jalur tetanda ke petak angka 6 (ruangan Pendarab)

o Maklumat yang diperolehi ialah

36 24 54

Page 9: penulisan inovasi 2.pdf

9

Langkah 2 : Menentukan

Tentukan maklumat-maklumat yang diperolehi ditulis di ruangan kerja

mengikut aturan yang telah ditetapkan

3 6

2 4

5 4

Page 10: penulisan inovasi 2.pdf

10

Langkah 3 : Membentuk jawapan

Seterusnya pengguna membentuk jawapan dengan menambahkan

semua maklumat yang diperolehi dan telah disusun dengan aturan

yang ditetapkan

4.3 Data Semasa Inovasi Dilaksanakan

Proses menerangkan penggunaan Model STB kepada murid yang terlibat

Page 11: penulisan inovasi 2.pdf

11

Murid menggunakan Model STB (versi murid)

Murid melaksanakan tugasan menggunakan Model STB

Seorang murid tekun menggunakan Model STB semasa menjawab tugasan

Page 12: penulisan inovasi 2.pdf

12

Sekumpulan murid melaksanakan tugasan sambil perbincangan

Sekumpulan murid berbincang untuk menyelesaikan tugasan menggunakan Model STB

Tugasan dilengkapkan menggunakan Model STB

Page 13: penulisan inovasi 2.pdf

13

Buku latihan digunakan ketika melaksanakan tugasan menggunakan Model STB

4.4 Data Akhir Kajian Inovasi

Dapatan kajian ini mendapati berlakunya peningkatan 100% dalam peratusan

murid menjawab. Namun begitu, tidak semua muird yang terlibat dapat

menjawab dengan betul. Ini adalah kerana

masa mempelajarinya agak terhad

masih baru dengan Model STB

cuai dan gopoh kerana ghairah menjawab tanpa membuat semakan

Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah kesilapan dalam

menambah dan kesilapan menyusun maklumat. Kesilapan-kesilapan ini akan

dapat diatasi dari masa ke semasa menerusi latihan berterusan

menggunakan Model STB

Page 14: penulisan inovasi 2.pdf

14

Page 15: penulisan inovasi 2.pdf

15

Page 16: penulisan inovasi 2.pdf

16

Page 17: penulisan inovasi 2.pdf

17

Page 18: penulisan inovasi 2.pdf

18

Page 19: penulisan inovasi 2.pdf

19

5.0 RUMUSAN

Kebanyakan murid mengalami masalah proses ketika melakukan proses mendarab menggunakan kaedah bentuk lazim dan kaedah kekisi. Kedua-dua kaedah ini digunakan secara meluas di dalam bilik darjah di seluruh Malaysia. Kajian inovasi ini memberi peluang kepada semua murid menjawab soalan berkaitan kemahiran mendarab. Hasil kajian membuktikan kaedah ini lebih mudah dikuasai oleh murid terutama bagi murid yang berpencapaian rendah.

6.0 IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN 6.1 Implikasi kajian

Kajian inovasi ini memberikan impak yang sangat positif terhadap kemahuan murid menjawab soalan kemahiran mendarab. Penggunaan Model STB memberi peluang kepada murid terutama murid yang berpencapaian rendah menjawab soalan kemahiran mendarab dengan betul. Hasilnya, murid kelihatan gembira dan teruja untuk terus menjawab soalan berikutnya.

6.2 Cadangan

Pihak pengkaji mencadangkan agar kajian inovasi ini diteruskan kepada beberapa aspek seperti : 6.1.1 Meluaskan kemahiran mendarab dengan melibatkan proses

mendarab 2 nombor ( 4 digit dan lebih dengan 1 digit) 6.1.2 Meluaskan kemahiran mendarab dengan melibatkan proses

mendarab 2 nombor ( 3 digit dengan 2 digit) 6.1.3 Mengembangkan potensi kemahiran mendarab dengan menggantikan

jalur sifir dengan sifir yang dibina sendiri oleh murid 7.0 RUJUKAN Pink, D.H. (2006). A Whole New Mind, New York: Riverhead Books.

Syed Ismail Syed Mustafa, et.al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Omar Ahmad@Hamat. (1995). Koleksi 151 Rekreasi Matematik, Kota Bharu : M.A.R. Publishing (M) Sdn. Bhd.

Anderson, L.W. et.al. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing. A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives, New York : Longman.