penulisan bab 2

20
KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah TAJUK GROUP UPSI53(A142PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON MOHD HAIZAD BIN AWALUDIN D20112054390 0122556400 NAMA PENSYARAH/PENYELIA : DR CHE NIDZAM BINTI CHE' AHMAD TARIKH SERAH : 5 APRIL 2015 Teknik Hafalan Sifir Pelbagai Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak.

Upload: hafiy-iman

Post on 14-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assignment upsi

TRANSCRIPT

KRL 3033Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

TAJUK

Teknik Hafalan Sifir Pelbagai Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak.

GROUP UPSI53(A142PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

MOHD HAIZAD BIN AWALUDIND201120543900122556400

NAMA PENSYARAH/PENYELIA : DR CHE NIDZAM BINTI CHE' AHMADTARIKH SERAH : 5 APRIL 2015

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pendahuluan

Dalam bab ini, perbincangan adalah mengenai definisi, teori atau model yang berkaitan dengan pembolehubah -pembolehubah yang dikaji dan tinjauan kajian- kajian yang lalu serta beberapa laporan pembacaan ilmiah oleh pengkaji yang berkaitan dengan pembolehubah yang selari dengan tujuan kajian yang dijalankan. Selain itu, persoalan-persoalan yang dikemukakan memerlukan sokongan-sokongan yang jitu daripada kajian-kajian literature. Dalam kajian ini, tinjauan-tinjauan akan lebih tertumpu kepada kajian yang berkait rapat dengan kemahiran sifir dan sejauh manakah teknik hafalan sifir pelbagai dapat dilaksanakan di kalangan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak. Selain itu, kajian ini mampu meningkatkan penguasaan sifir pelajar ke tahap yang lebih baik dan memotivasikan pelajar kelas tahun 4 untuk menghadapi ujian dan peperiksaan.

2.2Teknik Hafalan Sifir Pelbagai di SK Karak

Sekolah Kebangsaan Karak adalah sebuah sekolah rendah gred B di dalam daerah Bentong, Pahang. Sejarah Sekolah Kebangsaan Karak bermula pada tahun 1925. Ketua Kampung iaitu Datuk Ibrahim bersama-sama anak buahnya telah mendirikan sebuah surau atau madrasah ( dikenali sebagai Madrasah Tinggi ) dan sebuah sekolah. Tapak untuk membina sekolah ini adalah tanah kepunyaan Datuk Ibrahim sendiri ( atas nama anak lelakinya Wah b. Ibrahim ). Sekolah yang dibina itu telah mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Pahang pada tahun 1926 . Pada ketika kelas dimulakan, bilangan murid- muridnya ialah antara 30 ke 40 orang sahaja dengan seorang guru kampung.

Pada tahun 1931 Datuk Ketua Kampung telah mencadangkan agar Sekolah Kampung Karak ini diserahkan kepada kerajaan, iaitu Pejabat Pelajaran Pahang,Kuantan. Dengan itu pada 1hb Oktober 1932 pihak Jabatan Pelajaran telah menghantar seorang guru kerajaan sebagai Guru Besar. Beliau ialah Encik Abdul Aziz bin Ahmad . Memandangkan bilangan murid bertambah ramai, kerajaan telah menghantar seorang lagi guru penolong pada 25hb Mac 1933.

Pada tahun 2014, bilangan pendidik di sekolah ini seramai 27 orang dan staf sokongan sekolah seramai 4 orang. Bilangan pelajar sehingga bulan Mac 2015 pula ialah seramai 300 orang. Pelajar adalah penduduk di kampung dan juga terdiri daripada anak-anak guru-guru dan anak-anak staf sokongan sekolah ini. Keputusan matapelajaran matematik UPSR bagi tiga tahun berturut-turut mendukacitakan. Keputusan UPSR tahun 2012 menunjukkan peratusan keseluruhan lulus matapelajaran matematik ialah 90% dan kualiti bilangan yang mendapat A ialah 20%. Pada tahun 2013 peratus kelulusan matapelajaran matematik menurun mendadak sehingga 76% dan kualiti bilangan A juga menurun menjadi 15%. Pada tahun 2014 keputusan UPSR untuk matapelajaran matematik sekali lagi menurun dengan kelulusan hanya 70% dan bilangan A 15.2%.

Selaras dengan itu, satu program peningkatan keputusan matapelajaran matematik telah dilaksanakan secara rasminya oleh Panitia Matematik SK Karak pada awal tahun 2015. Dalam mesyuarat panitia matematik bil-1, bertarikh 15 Januari 2015 terdapat beberapa perkara dan aktiviti yang dirancang bagi peningkatan keputusan matematik di SK Karak. Jadual 2 menunjukkan Carta Gantt program dan aktiviti yang telah dirancang oleh panitia matematik SK Karak pada tahun 2015.

BilAktivitiJanFebMacAprMeiJunJulOgoSeptOktNovDis

01MESYUARAT PANITIA

02BULAN MATEMATIK

03PROGRAM 1 SIFIR1 KARAK

04PROGRAM MENTO MENTI SIFIR

05UJIAN DAN PEPERIKSAAN

06PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN UPSR

07KELAS BIMBINGAN TAHUN 6

08BENGKEL MATEMATIK TAHUN 5 DAN 6

Jadual 2 : Carta Gantt Program Panitia Matematik SK Karak 2015

Justeru itu, pihak panitia matematik SK Karak telah memberi fokus kepada pelajar-pelajar dari tahun 4 lagi sebagai persediaan mereka menghadapi persekolahan menengah. Aktiviti berteraskan kemahiran sifir dijadikan perkara utama dalam meningkatkan keputusan matapelajaran matematik. Kemahiran asas sifir sangat penting kepada pelajar untuk menguasai matematik. Masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam menyelesaikan soalan -soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. ( Saiful, 2010).

Menurut Abu Bakar (2007) dalam kajiannya terhadap kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah petak sifir telah menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi iaitu 42.96% berbanding kaedah tradisional penghafalan iaitu 19.68%. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah petak sifir lebih berkesan dalam proses pembelajaran asas darab matematik tahun 4. Beliau menggunakan kaedah petak sifir yang memudahkan pelajar menjawab soalan berkaitan darab dan bahagi. Walaubagaimanapun pihak pengkaji tetap dengan pendirian bahawa kaedah teknik hafalan sifir pelbagai yang akan dilaksanakan lebih mendatangkan kesan yang positif di kalangan pelajar tahun 4 SK Karak.

Satu program kajian tindakan telah dilaksanakan pada tahun 2013 mengenai peningkatan sifir di kalangan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Karak. Program ini telah dilancarkan oleh Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Karak dan dilaksanakan oleh Pn Aliza Irani binti Ali dan Pn Salina binti Bappu guru matematik tahun 4 pada tahun itu. Melalui program kajian tindakan yang dijalankan, pihak sekolah mengharapkan program tersebut dapat diterapkan dan diamalkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Karak yang lain. Dalam kajian tindakan tersebut 90% pelajar tahun 4 telah berjaya menghafal sifir 0 hingga 12.

Justeru itu, teknik hafalan sifir pelbagai yang merangkumi sifir berirama, sifir terbalik dan mento-menti sifir yang akan dilaksanakan adalah kesinambungan daripada kajian tindakan yang telah dijalankan pada 2013 yang lepas. Cikgu Anis (2011) pula menyatakan jika pelajar gagal mengusai sifir dengan baik, maka seseorang pelajar itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam matematik. Begitujuga jika tidak menguasai sifir maka kemahiran membahagi juga pasti gagal dikuasai.

2.3Konsep Teknik Hafalan Sifir Pelbagai

Teknik hafalan sifir pelbagai terdiri daripada hafalan sifir berirama, hafalan sifir terbalik dan mento menti sifir. Untuk melaksanakan ketiga-tiga teknik ini, para pelajar tahun 4 perlulah mengikut langkah-langkah yang telah dirancang. Langkah pertama dimulakan dengan teknik sifir berirama. Setelah mahir teknik sifir berirama pelajar menggunakan teknik sifir terbalik sebagai langkah kedua. Langkah ketiga dan yang terakhir ialah mento menti sifir.

2.3.1Teknik Hafalan Sifir Berirama

Teknik hafalan sifir pelbagai yang digunakan untuk menghasilkan pelajar tahun 4 yang hafal dan mahir sifir. Teknik hafalan sifir yang pertama digunakan ialah hafalan sifir berirama. Sifir berirama ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menghafal sifir menggunakan unsur nyanyian , bermain dan seni. Menurut Zawati (2009) di dalam artikelnya menyatakan sebagai seorang guru kita sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik didalam kelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bermacam-macam kaedah yang disarankan dalam pedagogi pengajaran antara kaedah yang menarik adalah menyanyi. Murid-murid mudah untuk menghafal dalam nyanyian.

Di samping berhibur dalam nyanyian, secara tidak langsung pelajar akan menghafal sifir. Dalam menghafal sifir secara nyanyian , pihak pengkaji akan mempelbagaikan kaedah nyanyian dengan mengambil tema nasyid, bunyi-bunyian haiwan, bunyi-bunyian kenderaan dan lagu-lagu yang terkenal. Pelajar-pelajar akan bermain sambil menghafal sifir. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak.

Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Teknik sifir berirama yang akan dijalankan bertujuan menarik minat pelajar terhadap sifir. Pelajar akan mempersembahkan sifir berirama mengikut kreativiti irama mereka sendiri. Secara tidak langsung, mereka akan mempelbagaikan irama sifir tersebut. Sifir berirama paling sesuai digunakan pada permulaan pelajar ingin mengenal sifir.

2.3.2Teknik Hafalan Sifir Terbalik

Teknik hafalan sifir terbalik ini diubahsuai daripada sifir yang biasa. Jika sebelum ini pelajar telah menghafal sifir berirama iaitu dari 0 sehingga 12 tetapi sifir terbalik digunakan untuk pelajar yang telah menghafal sifir secara sifir berirama. Sifir terbalik masih menggunakan cara penghafalan cuma bermula dari 12 sehingga 0. Sifir terbalik menguji pelajar supaya lebih menggunakan kemahiran mengingat. Contoh Sifir terbalik untuk sifir 5 seperti yang ditunjuk dalam Jadual 3.

Sifir 5

12 X 560

11 X 555

10 X 550

9 X 545

8 X 540

7 X 535

6 X 530

5 X 525

4 X 520

3 X 515

2 X 510

1 X 55

0 X 50

Jadual 3 : Sifir Terbalik Sifir 5

Dalam proses penghafalan sifir terbalik ini, pelajar-pelajar akan menggunakan kemahiran mengingat mereka. Mengingat dan menghafal merupakan satu bentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berjaya dalam pelajaran. Kemahiran mengingat atau menghafal merupakan kemahiran mengingati semula isi-isi pelajaran dan fakta-fakta yang telah dipelajari sebelum ini menurut Cikgu Aniza.( 2009) dalam blognya bertajuk Kemahiran Belajar.

Faktor penting yang membantu proses mengingat atau menghafal ialah kefahaman tentang sesuatu bahan yang dibaca dan dipelajari. Kemahiran mengingat atau menghafal banyak dibantu oleh deria pendengaran dan penglihatan yang baik. Dalam hal ini, maklumat atau informasi diterima daripada deria dan disimpan dalam otak. Kemahiran mengingat dan menghafal membantu informasi yang diterima disimpan dalam ingatan kekal dan mampu digunakan semula pada masa yang diperlukan.

2.3.3Teknik Mento Menti Sifir

Setelah pelajar tahun 4 menguasai langkah yang pertama dan kedua, guru akan memilih beberapa orang pelajar untuk dianugerahkan sebagai maharaja sifir. Istilah maharaja sifir ini merujuk kepada pelajar yang telah diuji dan berjaya mencapai tahap yang dikehendaki. Maharaja sifir ialah pelajar yang mahir kedua-dua teknik hafalan sifir pelbagai yang telah didedahkan sebelum ini. Mento ialah pelajar yang dipilih sebagai maharaja sifir dan menti pula ialah pelajar yang masih lemah sifir. Tugas mento ialah membimbing mentinya supaya mahir sifir. Pelajar akan belajar bersama rakan sebaya yang juga dikenali sebagai pembimbing rakan sebaya (PRS).

Menurut Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Balung, Tawau pada tahun 2012, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional. Di samping itu melatih mereka membantu diri sendiri. Selain itu, khidmat pelajar membantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masalah.

Program mento menti sifir yang akan dilaksanakan ini sebenarnya diubahsuai daripada Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang banyak dilaksanakan di sekolah-sekolah. Menurut Dr Mastura Badzis (2013) dalam artikelnya di dalam berita harian, secara umumnya, proses sosialisasi berlaku secara semula jadi dan kebolehan ini diperoleh melalui amalan seharian dan pengalaman positif berurusan dengan orang di persekitarannya. Dalam usaha kanak-kanak belajar untuk bersosialisasi dalam konteks berkawan atau membina hubungan persahabatan, banyak aspek yang perlu difahami dan dikuasainya terlebih dulu, lebih-lebih lagi jika itu kali pertama, menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Kebolehan kanak-kanak untuk membina persahabatan atau berkawan dengan rakan sebaya juga bergantung kepada keseluruhan perkembangan dan kefahamannya dalam aspek perkembangan lain berkaitan. Contoh, jika dilihat aspek emosi, seseorang kanak-kanak berupaya membina persahabatan sekiranya dia ada keyakinan diri untuk mendekati kanak-kanak lain.

2.4Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan

Pengkaji telah membuat beberapa kajian mengenai kemahiran sifir melalui pembacaan, pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran, analisa keputusan matapelajaran matematik dalam peperiksaan dan juga mencari beberapa maklumat berkaitan kaedah dan teknik kemahiran sifir dari kajian-kajian yang telah dilaksanakan. Kajian Tindakan Aliza dan Salina (2013) mengenai kemahiran sifir tahun 4 SK Karak telah menjadi langkah permulaan dalam kajian ini. Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh mereka telah menggunakan kaedah hafalan sifir yang biasa digunakan. Dalam kajian tindakan tersebut didapati pelajar tahun 4 SK Karak pada tahun 2013 dapat meningkatkan kemahiran sifir mereka dengan lebih baik lagi.

Penggunaan buku sifir dalam kajian tindakan tersebut sangat berkesan. Pihak pengkaji sekali lagi akan menggunakan buku sifir dalam ketiga-tiga teknik hafalan sifir pelbagai sebagai rujukan. Penambahbaikan yang akan dilakukan terhadap buku sifir tersebut ialah akan menjadikan program buku sifir sebagai pertandingan. Pertandingan yang akan dijalankan ialah pertandingan buku sifir paling kreatif dan cantik. Tujuan pertandingan buku sifir diadakan supaya dapat menarik minat pelajar tahun 4 dalam menggunakan buku sifir sebagai bahan bantu dalam melaksanakan teknik hafalan sifir pelbagai.

Kajian tindakan oleh Mohd kamaruddin Hj kassim (2008) yang menggunakan kaedah CBIG dalam menghafal sifir telah berjaya mencapai objektif kajian beliau. Kaedah CBIG merupakan kaedah menghafal dengan menulis semula sifir sebelum menjawab ujian. Perlaksanaan kajian ini adalah dianggap berjaya mendedahkan pelajar kepada masalah menghafal sifir. Berdasarkan perbandingan antara ujian pra dan ujian pos , menampakkan peningkatan ketara antara sampel terbabit. Walaupun beliau menggunakan kaedah yang tidak sama seperti yang akan dilaksanakan oleh pengkaji, cara perlaksanaan kajian akan dijadikan rujukan dalam penghasilan kajian ini.

Seterusnya Rafidah dan Azilah (2007) juga telah menjalankan kajian terhadap meningkatkan penguasaan sifir bagi murid tahap 1 menggunakan petak keting-keting. Dalam perlaksanaan petak keting-keting tersebut terdapat juga proses penghafalan sifir. Jika pelajar tidak menghafal sifir asas yang mudah seperti sifir 2 dan 5 mereka berkemungkinan tidak dapat membuat petak keting-keting tersebut. Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pos yang dilakukan oleh mereka menunjukkan beberapa peningkatan. Kebolehan pelajar menggunakan petak keting-keting adalah satu cara kemahiran kinestetik yang memperkukuhkan kemahiran matematik pelajar-pelajar.