penubuhan institut teknologi mara - news.uitm.edu.my mesyuarat majlis ke-27 ... mesyuarat majlis itm...

9
BIL 38/2016 Sumber : Achieving A Dream..a story of courage Buku Konvokesyen 1968 Penubuhan Institut Teknologi MARA Maktab MARA diberi nama baharu iaitu Institut Teknologi MARA. Penukaran nama ini telah berkuatkuasa pada 14 Oktober 1967 iaitu semasa Upacara Perletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussien, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada ketika itu. Encik Arshad Ayub dilantik sebagai Pengarah ITM yang pertama dengan jumlah pelajar berjumlah 1491 orang. Majlis konvokesyen keempat juga telah berlangsung 01 Disember 1967. Jumlah graduan keseluruhan pada kali ini seramai 101 orang. Petikan ucapan YAB Tun Abdul Razak bin Hussien, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Upacara Perletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor “…Bangunan batu, khutub khanah berhawa dingin, bilik makmal dan tapak yang lebih lebar ini tidak akan menjadi Maktab atau ITM yang berguna jikalau pandangan penuntut tidak saujana dan fikiran, kemahuan dan semangat mereka tidak dinamis. Saya pulangkanlah pada penuntut-penuntut dan ibu bapa sekalian supaya memberi sumbangan dan menerusi fikiran yang bernas, tenaga yang kuat dan semangat mahu menyelidik dan mendalam ITM ini seimbang dengan kemajuan-kemajuan dan perkembangan-perkembangan yang di amanatkan oleh rakyat Bumiputera pada kita sekalian untuk mendirikannya. Sekarang, dengan beberapa sukacitanya saya merasmikan Perletakan Batu Asas ITM di Batu Tiga ini”.

Upload: lamdieu

Post on 26-Jun-2018

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 38/2016

Sumber : Achieving A Dream..a story of courageBuku Konvokesyen 1968

Penubuhan Institut Teknologi MARA

Maktab MARA diberi nama baharu iaitu Institut Teknologi MARA. Penukaran nama initelah berkuatkuasa pada 14 Oktober 1967 iaitu semasa Upacara Perletakan Batu AsasITM Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor yang telah disempurnakan oleh YAB Tun AbdulRazak bin Hussien, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap MenteriPembangunan Negara dan Luar Bandar pada ketika itu. Encik Arshad Ayub dilantiksebagai Pengarah ITM yang pertama dengan jumlah pelajar berjumlah 1491 orang.Majlis konvokesyen keempat juga telah berlangsung 01 Disember 1967. Jumlah graduankeseluruhan pada kali ini seramai 101 orang.

Petikan ucapan YAB Tun Abdul Razak bin Hussien, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di UpacaraPerletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor

“…Bangunan batu, khutub khanah berhawa dingin, bilik makmal dan tapak yang lebih lebar ini tidakakan menjadi Maktab atau ITM yang berguna jikalau pandangan penuntut tidak saujana dan fikiran,kemahuan dan semangat mereka tidak dinamis. Saya pulangkanlah pada penuntut-penuntut dan ibubapa sekalian supaya memberi sumbangan dan menerusi fikiran yang bernas, tenaga yang kuat dansemangat mahu menyelidik dan mendalam ITM ini seimbang dengan kemajuan-kemajuan danperkembangan-perkembangan yang di amanatkan oleh rakyat Bumiputera pada kita sekalian untukmendirikannya. Sekarang, dengan beberapa sukacitanya saya merasmikan Perletakan Batu Asas ITM diBatu Tiga ini”.

Page 2: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 39/2016

Sumber : Akta ITM 1976 (Akta 173)Minit Mesyuarat Majlis ke-27

Perkembangan Institut Teknologi MARA (ITM)

Pada akhir tahun 1970-an, Institut Teknologi MARA (ITM) telah muncul sebagai sebuah badanpersendirian dan tidak lagi diletakkan di bawah kawalan Bahagian Latehan MARA. Ia diletakkan terusdi bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Semenjak dari itu, ITM terus membangun dan berjaya muncul sebagai salah sebuah InstitusiPendidikan Tinggi yang utama di negara ini. Dalam bulan Jun 1976, Akta Institut Teknologi MARA1976 (Akta 173) telah diluluskan oleh Parlimen dan selepas itu, ITM telah ditadbir terus di bawahKementerian Pendidikan. Sebuah Majlis yang lebih berkuasa diwujudkan menggantikan ‘GoverningCouncil‘ sebelum ini. “Majlis ITM yang ditubuhkan di bawah Seksyen 13 adalah dengan ini menjadisuatu pertubuhan perbadanan yang turun-temurun dan mempunyai kuasa penuh.”

Pada 18 November 1980, Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani binTan Sri Ahmad telah membuat keputusan “menetapkan bahawa tahun 1956 adalah tahun asaspenubuhan ITM. Penubuhannya mesti dikira dari tarikh mula-mula Dewan Latehan RIDA ditubuhkan.Tahun-tahun selepas tahun 1956 adalah merupakan perkembangan yang membawa kepadapertukaran nama dari Dewan Latehan RIDA kepada ITM.”

Akta Institut Teknologi MARA (pindaan) 1996 telah memberi peluang kepada institusi tersebut untukduduk setanding dengan beberapa Institusi Pendidikan Tinggi di negara ini. Justeru itu, beberapaperubahan aspek utama ITM telah digubal. Sebagai contohnya, Badan Pentadbir dan Penyelaras iaituMajlis ITM digantikan dengan panggilan Lembaga Pengarah dengan melibatkan sektor swasta secaralebih besar dan menyeluruh. Walaupun demikian, nama Institut Teknologi MARA masih kekalsehingga 26 Ogos 1999.

Pintu Gerbang ITM, Batu TigaITM Jalan Othman, Petaling Jaya

Page 3: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 40/2016

Sumber : Laporan Tahunan 1977

Penubuhan dan Perkembangan Institiut Teknologi MARA (ITM)

“Dalam perancangan awal penubuhan Insitiut dalam tahun 1967, Institiut akan memainkanperanan bagi melengkapi tenaga Bumiputra dengan pengetahuan sains, teknikal dan profesionaluntuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam persaingan di dunia perniagaan danperindustrian. Untuk melaksanakan tujuan ini, adalah dirancangkan supaya sebuah Institusi yangakan menelan belanja sebanyak RM 42,870,600.00 bagi membeli tapak, membina bangunan-bangunan dan melengkapi dengan peralatan yang cukup ditubuhkan.

Berdasarkan kepada memorandum Institiut tersebut, adalah menjadi hasrat Institusi yang baru ini,yang diberi nama Institiut Teknologi MARA, bagi mengeluarkan Bumiputra yang berkelayakanbukan sahaja dalam bidang Kesetiausahaan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Perangkaan,tetapi juga menghasilkan Teknologis-Teknologis, Ahli-Ahli Bank dan Eksekutif-Eksekutif Bumiputrauntuk perkhidmatan pengurusan di negara ini.

Adalah menjadi matlamat dan hasrat Institiut dalam Rancangan Malaysia Ketiga yang akan berakhirpada tahun 1980 untuk menambah, mempelbagai dan memperluaskan lagi program akademiknyauntuk menampung keperluan pendidikan di semua pelajaran dengan tujuan utama untukmenambahkan lagi pengeluaran gunatenaga Bumiputra di dalam bidang Sains dan Teknologi. Untukmencapai tujuan tersebut pihak Institiut sentiasa dari semasa ke semasa mengadakan perundingandengan institusi-institusi pengajian tinggi luar dan dalam negeri untuk mendapatkan kerjasamamereka dari segi kurikulum dan pengiktirafan. Adalah diharapkan dengan perkembangan iniInstitiut akan dapat memenuhi kehendak-kehendak negara dalam aspek pengeluaran gunatenagayang diperlukan oleh sektor awam dan swasta”- Laporan Majlis

Page 4: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 41/2016

Sumber : Laporan Tahunan 1977

Perkembangan Akademik Institiut Teknologi MARA (ITM) 1967 -1977

Sejarah perkembangan Institiut Teknologi MARA yang diasaskan dari Dewan Latehan RIDA (1956),kemudiannya Maktab MARA adalah melambangkan peringkat-peringkat perkembangan danpembangunan pendidikan yang unik, khususnya dalam usaha-usahah membangunkan taraf pendidikandan pelajaran kaum Bumiputra di dalam aspek-aspek Sains dan Teknologi.

Satu faktor yang jelas ialah jumlah permohonan untuk tiap-tiap kali pengambilan bagi memasukiInstitiut ini sejak 1967 yang lalu, adalah bertambah dari semasa ke semasa untuk semua kursus-kursusyang ditawarkan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Institiut sebagai Institusi Pengajian Tinggi untukpengeluaran gunatenaga profesional telah diterima oleh kaum Bumiputra.

Melihat perkembangan ini, maka Institiut terpaksa berusaha danmengemaskini kurikulum dari semasa ke semasa supaya bersesuaiandengan keperluan Negara. Ini jelas kelihatan pada bertambahnyabilangan kursus-kursus yang ditawarkan yang telah meningkat daripada20 jenis kursus dalam tahun 1967 kepada 78 jenis kursus dalam tahun1977.

Perkembangan ini amatlah membanggakan kerana secara tidak langsungInstitiut telah dapat memainkan peranan yang penting dalam usaha-usaha Kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

Usaha-usaha yang telah dijalankan telahpun menghasilkan pengiktirafandaripada beberapa Institusi Pengajian Tinggi di Luar Negeri. Umpamanyadalam tahun 1977, pemegang-pemegang Diploma Perangkaan telahdikecualikan dari mengambil peperiksaan profesional Institute ofStatisticians, Bahagian II oleh Institute of Statisticians (United Kingdom).

Dalam tahun 1977, sebanyak 6 jenis kursus telah diiktirafmenjadikan jumlah yang diiktiraf setakat ini ialah 42 jeniskesemuanya. Disamping itu, pihak swasta juga tidakketinggalan menerima dan mengiktiraf para lulusanInstitiut sebagai setaraf dengan lulusan institusi pengajiantinggi yang lain.

Disamping pengiktirafan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Luar Negeri,pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia juga telah menerimalulusan Institiut ini untuk berbagai-bagai jawatan kerajaan.

Page 5: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 42/2016

Sumber : Shaping a Dream

PENAWARAN KURSUS ITM DARI TAHUN 1967 - 1968

1967 1968

Students - 1384Lecturers - 84

New Courses (12)

Diploma in Accountancy Higher School Certificate Institute of Transport** Hotel & Catering

Management Applied Arts Diploma in Planting

Industries Management Office Management Purchasing Officers

Association** Institute of Marketing** Diploma in Public

Administration Local Government

Institute of Credit Management**

Diploma in Banking Studies

**External exams

Students - 2329Lecturers - 134

In 1968/69 session, courses grouped into 8 schools:

1. School of Accountancy ACCA (UK) ICWA (UK) Diploma in Accountancy ICMA (UK)

2. Schools of Administration & Law CCS (UK) CIS (UK) Public Admin & Local Government Stenography Law* (LLB and Barrister-at-Law,

UK) Librarianship* (UK)

3. School of Business & Management Chartered Insurance Institute*

(UK) Diploma in Business Studies Diploma in Banking Purchasing Officers’ Association*

(UK) Institute of Transport (UK) Diploma in Hotel and Catering

Management Institute of Marketing (UK) Office Management* New programmes

4. School of Art & Architecture Architecture* Building Economics (Quantity

Surveying)* Valuation* Town Planning* Building and Construction* Fine Art and Sculpture* Graphic Design* Textile Design* Industrial Design*

5. School of Engineering Civil Engineering Electrical (Power) Engineering* Electrical (Electronics) Engineering* Mechanical Engineering*

6. Schools of Pre-U Studies HSC Arts HSC Science

7. School of Applied Sciences Rubber and Plastics Technology* Veterinary Technology* Planting Industries Management Experimental and Lab Technology*

8. School of Computer Sciences & Mathematics Institute of Statisticians (UK) Institute of Actuaries* (UK) Computer Sciences** New programmes

Page 6: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 43/2016

Sumber : Penyata Tahunan 1968 MARA

PERKEMBANGAN ITM – 1968/1969

Pada akhir tahun 1968, ITM mempunyai 2,329 orang penuntut dan 132 orang pensyarah tetap.Selain daripada itu, ITM juga mempunyai beberapa orang pensyarah sambilan. Ini adalah satuperkembangan yang sangat besar berbanding dengan bilangan penuntut-penuntut pada hujungtahun 1967 yang hanya seramai 1461. Oleh kerana bertambahnya bilangan penuntut ITM, MARAtelah menyewa beberapa rumah pangsa untuk menempatkan penuntut-penuntut dan jugadijadikan tempat kuliah. Bangunan baru ITM yang sedang di dirikan di Shah Alam pula di jangkaakan siap pada pertengahan tahun 1969.

Bilangan kursus telah ditambah dan ITM telah disusun mengikut berbagai-bagai kajian. Untukmeninggikan lagi taraf pengajian di ITM, seramai 165 orang pensyarah telah di hantar ke luarnegara untuk mengikuti Post Graduate. Sementara itu, ITM juga mendapat kerjasama daripelbagai Kedutaan Negara Asing yang ada di Kuala Lumpur khasnya untuk mendapatkan beberapabuku teks dan juga pensyarah-pensyarah tambahan.

BIASISWA PINJAMAN MENGIKUT TEMPAT 1968

NEGARA JUMLAH

Philippines 2

United Kingdom 40

Australia 4

New Zealand 1

West Germany 3

Singapore 3

U.S.A 5

India 3

Pakistan 3

UniversitiMalaya

94

Azman & Wong 5

Kang & Khoo 2

Jumlah 165

Page 7: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 44/2016

Sumber : Shaping a Dream

PENAWARAN KURSUS ITM DARI TAHUN 1969, 1971 DAN 1972

1969 1972

Students : 2195Lecturers : 133

New School :

Hotel and Catering Management(offshoot of Schools of Business and Management)

Students : 3298Lecturers : 231

New Schools and Programmes(Total = 12 Schools, 54 Programmes)

1. Library Sciences (July 1972)

(offshoot of Admin and Law) Diploma in Library SciencePostgraduate Diploma in Library Science

2. Art and Design

Pre-Diploma in Art and Design (Fashion)

Diploma in Art and Design (Silversmithing and Jewelry)

3. Mass Communication (July 1972)

Diploma in Mass Communication (Journalism)

Diploma in Mass Communication (Advertising)

Diploma in Mass Communication (Public Relations)

New Programmes :

Association of Certified Accountants ACA (UK)

Diploma in Food Technology (AS) Diploma in Industrial Chemistry

(AS) Diploma in Microbiology (AS) Pre-Diploma Course in

Architecture (AP) Certificate for Town Planning

Technicians (AP) Advance Diploma in Business

Admin (Transport) Diploma in Credit Management

(BM) Certificate in Hotel and

Restaurant Services (HC)

* Art and Architecture split into Art & Design and Architecture, Planning & Surveying

1971

Students : 2802Lecturers : 188

New Programmes :

School of Engineering

Technical Assistants Diploma (Electronics)

Technical Assistants Diploma (Land Surveying)

Advance Diploma in Mechanical Engineering

Advance Diploma in Electrical (Electronic) Engineering

Page 8: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 45/2016

Sumber : Sejarah Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

PERASMIAN PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR)

Penubuhan Perpustakaan UiTM bermula dengan tertubuhya Dewan Latehan RIDA di Jalan Othman,Petaling Jaya pada 14 Februari 1957. Ia dikenali sebagai Perpustakaan RIDA, memuatkan bahan-bahanbacaan bagi Kursus Menyimpan Kira-Kira (Book Keeping), Perakaunan dan Kursus Persediaan bagimenduduki peperiksaan London Chamber of Commerce (LCC). Pada awal kewujudannya, seorangMatron Berbangsa Inggeris dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perpustakaan tersebut dansegala pelaksanaan kerja perpustakaan hanya beroperasi di dalam sebuah bilik yang terletak di tingkatsatu bangunan lama Bahagian Pentadbiran, Dewan Latehan RIDA.

Di Kampus Induk, Perpustakaan ITM telah disediakan dengan sebuah bangunan khas empat tingkatyang direka dan dibina mengikut spesifikasi perpustakaan akademik untuk menampung koleksi, ruangbacaan dan pelanggan. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaituTun Abdul Razak bin Hussien pada 29 Julai 1972. Nama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) diberibersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Page 9: Penubuhan Institut Teknologi MARA - news.uitm.edu.my Mesyuarat Majlis ke-27 ... Mesyuarat Majlis ITM ke-27 yang di Pengerusikan oleh Encik Zahani bin ... Intensive English Language

BIL 46/2016

PENAWARAN KURSUS ITM DARI TAHUN 1973, 1974 DAN 1975

1973 1974 1975

Students : 4684Lecturers : 295

Renaming of SchoolPRE-U – PREPARATORY STUDIES

New SchoolDiploma in Science – APPLIEDSCIENCE SCHOOL

New Programmes Off-campus Programme (KLK)

(Jan.) Intensive English Language

Courses for Malay MediumStudents (Pre. Studies)

Diploma in EstateManagement (AP)

Advance Diploma in Town &Regional Planning (AP)

Diploma in Interior Design(AP)

Diploma in Wood Technology(AS)

New CentreComputer Centre (CS) [April]Statistics Centre (CS) [October]

Students : 5905Lecturers : 295

New School Secretarial Science

(March) Stenography (English)

LCC, Pitman Stenography (Malay)

Persatuan PenulisTrengkas Pitman Malaysia(PPTPM)

The courses were notnew.

New Programmes Diploma in Statistics (CS)

to replace Inst. Of Statisticians

course. Diploma in Systems

Analysis (CS) Cert. in Computer

Programming (CS)

Programme DroppedSCHOOL OF PREPAROTARYSTUDIES HSC (Arts) dropped.Last batch of Arts studentstook their exam inDecember

New Centres and Programmes1. Malaysia EntrepreneurshipDevelopment Centre (MEDEC) setup with the help of the Universityof Kentucky (July)Programmes:(run jointly with University ofKentucky) : MSc in EconomicsAdvanced Diploma in SmallBusiness Management

2. Centre for Economic EducationProgramme :MA in Economic Education, runjointly with Ohio University.

New Programmes Diploma in Stenography

(English) [SS] Diploma in Stenography

(Malay) [SS] Diploma in bookkeeping [SS] Bachelor in Business

AdministrationBBA (BM [July]ITM-OHIO University jointdegree programme

Sumber : Shaping a Dream