penyata rasmi parlimen827 8 jun 1993 828 malaysia dewan negara selasa, 8hb. jun, 1993 mesyuarat...

72
Jilid III Bil. 6 MALAYSIA Bari Selasa Shh. Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAP AN Eighth Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 827] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 [Ruangan 888] Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) [Ruangan 894] Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) [Ruangan 905] PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BER HAD Scmua Hak Tcrpchharn. Ti ad a mana-man.i Pahagian jua <laripa<la pencrhitan ini hnlch ,,emu la amu d isimp:m Ji dalam bcntuk yang h<1lch <lircrnlchi scmula atau disrnrkan dalam sdiarang hcr11uk Uen11an apa jua c.irn clcklmrd mckanikal, ft:l<lklipi, rukaman atau tallpa mcndapat i.tin dari[lada Perletakan N1il!lional Berhad. (Penutak kcpnd .. Kuajaan Malllysia yang dilaritjk)

Upload: others

Post on 07-Mar-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

Jilid III Bil. 6

MALAYSIA

Bari Selasa Shh. Jun, 1993

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAP AN Eighth Parliament

PENGGAL KETIGA Third Session

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 827]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 [Ruangan 888]

Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) [Ruangan 894]

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) [Ruangan 905]

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BER HAD Scmua Hak Tcrpchharn. Ti ad a mana-man.i Pahagian jua <laripa<la pencrhitan ini hnlch d1t~rbitk,111

,,emu la amu d isimp:m Ji dalam bcntuk yang h<1lch <lircrnlchi scmula atau disrnrkan dalam sdiarang hcr11uk Uen11an apa jua c.irn clcklmrd mckanikal, ft:l<lklipi, rukaman atau s~hal1kny.i tallpa

mcndapat i.tin dari[lada Perletakan N1il!lional Malay~ia Berhad. (Penutak kcpnd .. Kuajaan Malllysia yang dilaritjk)

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yangdi-Pertua, DATO' VADIVELOOA!LGOVINDASAMY, D.P.M.s., s.M.s., A.M.N. (Dilantik).

Menteri Beliadan Sukan, DATO' HAJJ ANNUAR BIN MUSA, s.1.M.P. (Dilantik).

Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SUBRAMANIAM, D.s.N.s., D.P.M.J., s.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR. SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJJ SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.1.s., B.s.1., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJJ ABDUL SALAM BIN Aw ANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJJ AHMAD BIN HAJJ ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJJ AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

DATO' AzuMu BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN MICHAEL BONG THIAM JooN, A.B.s., J.B.s. (Dilantik).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAJJ OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN Kw AI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG Cm SIONG@ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN Fu AH Kww (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

817 8 JUN 1993 818

Yang Berhonnat TUAN HAJI DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

"

"

"

TuAN Foo BOON LIANG (Pahang Darul Makmur).

TuAN GHAZAL! BIN HAJJ EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABSHAH BINTIHAJ10SMAN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

WAN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAJI MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TuAN HANIPAH BIN AHMAD (Perlis).

TuAN Ho CHENG WANG (Perak).

TuAN IBRAHIM BIN DAUD (Johor).

TuAN Isu BIN HAJJ SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TuAN ITAM WAL! BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TuAN HAJJ JAMALUDIN BIN HAJJ AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TuAN JOHAN B.O.T. GHAN! @ CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TuAN LIMUN LAIKIM (Sabah).

DATO' DR. MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TuAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

TuAN MoHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAuD (Kelantan).

TuAN MUNISAMY AIL KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TuAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

DATUK NG PENG HAY, D.M.s.M., P.J.K. (Melaka).

DATO' (IR.) NG THIAN HOCK, D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TuAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

PUAN RosALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (SeJangor).

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

819 8 JUN 1993 820

Yang Berhonnat TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

"

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN HAn SALLEH @ HASSAN BIN Au (Terengganu).

PuAN SRI SARASA A/p VELu, A.M.N., P.1.s. (Dilantik).

PuAN HAJAH SELEMIAH BINTI HASHIM (Dilantik).

TUAN v. K. SELLAPPAN, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TuAN HAJJ SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SOONG Srnw HooNG, K.M.N., s.M.s., D.P.M.S., J.S.M. (Dilantik).

TuAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN Trnw BOCK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TiONG THAI KING (Dilantik).

TUAN K. VuAYANATHAN AIL KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BJNTJ HAJJ WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S. (Dilantik).

DATUK DAVID YEoH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TuAN HAJJ ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN HAJAH ZALEHA BINTI Huss1N (Dilantik).

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

823 8 JUN 1993

DEWAN NEGARA

PEGAW AI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Haji Taijadin bin Saberan. Ketua Penolong Setiausaha:

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Haji Sulaiman.

SAHAGIAN PENYA TA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim. Lt. Kol. (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

824

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

827 8 JUN 1993 828

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 8hb. Jun, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERT ANY AAN­PERTANY AAN

PERUMAHAN-JUMLAH PROJEK TERBENGKALAI

1. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) jumlah projek pcrumahan yang terbengkalai di seluruh negara, kos rendah dan kos sederhana; dan

(b) berapa ramai kakitangan Kerajaan yang terlibat membeli rumah terbengkalai ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua,

(a) bilangan projek perumahan yang masih terbengkalai di sel uruh negara adalah berjumlah 118. Pada kebiasaartnya, setiap projek perumahan mengandungi campuran rumah kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Oleh itu, Kementerian rn1 tidaklah mengasingkan projek-projek terbengkalai mengikut kos rumah.

( b) dalam menangani projek perumahan terbengkalai, Kerajaan tidak membezakan antara kakitangan Kerajaan dan bukan kakitangan Kerajaan. Ini adalah kcrana semua

rakyat perlu dibantu, tidak kira sama adakakitangan Kerajaan atau tidak. Wal au bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah pembeli secara keseluruhan yang terlibat adalah seramai 18, 786.

TuanSaidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat kefahaman, apakah sebab­rnusabab berlakunya projek perumahan terbengkalai kos rendah dan kos sederhana ini? Apakah pula tindakan yang dikenakan kepada kontraktor yang berkenaan?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa sebab yang menyebabkan projek perumahan terbengkalai. Antaranya disebabkan dalam tahun 1985-1986 dahulu berlaku kemelesetan ekonomi, maka ban yak projek­projek perumahan yang telah dibina telah terbengkalai disebabkan permohonan untuk membeli rumah tersebut tidak menggalakkan pemaju untuk meneruskan projek tersebut.

Ada juga yang disebabkan oleh kecuaian pemaju itu sendiri, iaitu pihak pemaju tidak membuat pengkajian yang teliti tentang viability, dengan izin, projek tersebut.

Di samping itujuga, adajugadisebabkan kerana pemaju-pemaju tidak amanah, yang telah menyeleweng akibat kos atau pembayaran yang tel ah dibuat oleh pembeli­pembeli rumah telah tidak digunakan untuk membangun projek tersebut, tetapi di sebaliknya telah digunakan untuk kepentingan pemaju itu sendiri. Tindakan telah pun diambil terhadap pemaju-pemaju yang terang-terang melakukan penyelewengan, sama ada mereka telah didakwa di mahkamah oleh pihak pembeli ataupun oleh pihak Kementerian.

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

829 8 JUN 1993 830

Di samping itu juga, terdapat kalangan mereka yang telah tidak dapat menyelesaikan projek perumahan adalah disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka Kementerian telah menyenaraihitamkan mereka ini supaya permohonan mereka untuk menjadi pemaju perumahan tidak akan dilayan pada masa­masa akan datang.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada 118 projek yang terbengkalai ini, berapakah yang telah dipulihkan semuladan kalau sekiranya tidak ada, apakah Kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai ini memandangkan yang menjadi mangsa adalah mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini Kerajaan telah dapat memulihkan sebanyak 190 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 32,686 bilangan rumah dan nilai projek ialah RMl,854 bilion. Ini adalah bilangan rumah yang telah dibaikpulih sehingga bulan Mac, 1993.

Angka 118 projek yang belum dibaikpulih ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

(i) Projek yang baru dikenal- 4 pas ti

(ii) Projek yang dalam kajian 26 kemungkinan

(iii) Projek yang sedia untuk 50 dipulihkan

(iv) Projek yang sedang dalam 38 pembinaan

Ini bererti bahawa Kerajaan akan terus mencari jalan bagaimana kita boleh membaikpulih keseluruhan bilangan projek yang belum dibaikpulih itu. Kita cuma mengambil masa dan disebabkan oleh keadaan ekonomi sekarang yang begitu menggalakkan, kita berharapprojek-projek yang masih terbengkalai ini akan dapat kita baikpulih dalam sedikit masa lagi.

Tuan Johan B.O.T. Ghani @

Christopher: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah benar bahawa Negeri Sabah juga terlibat di dalam projek perumahan terbengkalai ini. Kalau benar, berapa ramaikah projek terbengkalai yang ada di Negeri Sabah setakat ini?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pertanyaan itu tidak ada kena­mengena dengan soalan asal, sebab soalan tambahan itu ialah mengenai Negeri Sabah.

Tuan Chong Chi Siong @ Chong Fah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya cuma hendak tahu sahaja reaksi daripada pihak bank sejak Kerajaan memperuntukkan 1 % sebagai tambahan. Adakah pinjaman perumahan bawah RMl00,000 masih menghadapi masalah?

TuanOsubinHajiSukam:Mintamaaf, Tuan Yang di-Pertua, saya kurang jelas tentang soalan tambahan itu.

Tuan Chong Chi Siong @ Chong Fah: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak tahu reaksinya daripada pihak bank sejak Kerajaan memperuntukkan 1 % sebagai tambahan. Adakah pinjaman perumahan bawah RMl00,000 masih menghadapi masalah?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, disebabkan 1 % yang diberikan oleh Kerajaan sebagai insentif kepada peminjam-peminjam rumah yang berharga RMl00,000 ke bawah, dan mereka ini berurusan terus dengan pihak bank. Makanya sehingga hari ini kita di pihak Kementerian belum lagi menerimasebarang aduan daripada pihak-pihak peminjam. Dengan itu, saya berkesimpulan bahawa masalah tentang perkara ini tidak timbul.

SEKOLAH-TAHAP KEMATANGAN MURID

LUAR BANDAR/BANDAR

2. Tuan Haji Abdul Salam bin A wang minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) masih banyak sekolah-sekolah di luar bandar dibangunkan dengan

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

831 8 JUN 1993 832

hebatnyadan murid-muridnya tel ah pun bertukar wajah dan boleh mengikut kumpulan murid-murid di bandar. Adakah pihak Kementerian pernah mengadakan semakan seperti melalui seminar­seminar ten tang kematangan murid­murid dan guru-guru di luar bandar clan juga dalam bandar; dan

(b) tentang pemilihan murid-murid untuk ke universiti tidakkah patut Kementerian memberi lebih perhatian dan pertolongan kepada murid-murid luar bandar untuk mendapat peluangnya.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua,

(a) setakat ini, Kementerian Pendidikan tidak menjalankan semakan secara langsung berkaitan tahap kematangan pelajar-pelajar dan guru-guru di luar bandar danjugadi bandar. Namun demikian, melalui pemerhatian beberapa program yang dikendalikan di sekolah seperti Unit Beruniform, sukan serta permainan dan keputusan peperiksaan a warn memperlihatkan bahawa murid-murid bandar dan luar bandar adalah setanding. Pelajar-pelajar Iuar bandar didapati boleh menyesuaikan diri dengan cepat mengikut keadaan di mana mereka ditempatkan. Hal ini telah pun dapat menunjukkan darjah kematangan mereka. Waiau bagaimanapun, adalah sukar untuk mengukur kematangan keseluruhan kerana faktor persekitaran dan sistem nilai yang berbeza. Kementerian Pendidikan juga ada menjalankan Kursus-kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan keilmuan dan profesional guru­guru. Bagi guru-guru pelatih pula, Kementerian menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan meningkatkan daya tahan dan daya saing di kalangan guru pelatih. Antara

aktiviti yangdijalankan ialah Kursus Bina Negara, Kursus Bina Semangat, Kursus Kepimpinan dan Projek Kemasyarakatan.

(b) Pemilihan pelajar-pelajar untuk memasuki universiti-universiti tempatan adalah berdasarkan kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Pada masa ini ramai pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar mendapat peluang belajar di sekolah-sekolah di kawasan bandar dan sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai suasana pembelajaran dan persaingan yang lebih baik. Dengan yang sedemikian, pelajar-pelajardari luar bandar berpeluang untuk mendapat keputusan yang baik untuk memasuki universiti.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jawapan Timbalan Menteri itu sebentar tadi mengatakan penuntut­penuntut di luar bandar mendapat kesempatan untuk belajar di sekolah berasrama yang mana mempunyai kemudahan yang sama. Tetapi say a percaya ramai lagi penuntut yang tidak dapat memasuki ke sekolah berasrama masih terpaksa belajar di sekolah-sekolah di luar bandar. Ini bermakna bahawa kemudahannya tidak sama dengan kemudahan yang ada di sekolah berasrama ataupun sekolah dalam bandar. Apakah jawapan tadi menyelesai secara menyeluruh masalah yang dihadapi oleh penuntut di luar bandar. Tidakkah adil kalau sekiranya kelonggaran syarat diberikan kepada penuntut yang keluar daripada sekolah di luar bandaryang tidak berkesempatan untuk masuk sekolah berasrama?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menempatkan pelajar-pelajar luar bandar ke sekolah­sekolah berasrama penuh, Kementerian Pendidikan juga melancarkan beberapa program untuk mempertingkatkan kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar sendiri dan juga memperbaiki suasana dan keadaan di sekolah-sekolah terse but supaya

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

833 8JUN1993 834

pelajar-pelajar dapat menikmati satu daya bersaingan. Ini adalah termasuk menempatkan lebihramai guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah di luar bandar dan sebagainya.

Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan juga ada melaksanakan pro­gram-program lain seperti memberi lebih bantuan dari segi pinjaman buku teks dan sebagainya kepada pelajar-pelajar di sekolah luar bandarsupayamereka bolehlah menikmati kemudahan dan satu suasana yang lebih baik.

Selain daripadaitujuga, dalam memilih calon-calon untuk memasuki universiti tempatan, di antara faktor-faktor yang lain kita juga mengambil kira latar belakang dan suasana pelajar-pelajartersebut. Tetapi saya ingin menerangkan kepada Dewan yang mulia ini kriteria utama adalah keputusan. Selain daripada keputusan, universiti-universiti tempatan juga mengambil perhatian latar belakang dan keadaan keluarga calon-calon tersebut.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Semasa Kerajaan menubuhkan asrama pen uh tujuan utamanya ialah untuk menampung dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar luar bandar untuk mendapat pendidikan yang sama dengan pelajar-pelajar dalam bandar. Jadi soalan saya apakah matlamat ini telah pun tercapai dan apakah Kerajaan berpuas hati bahawa sekolah-sekolah asrama penuh sekarang hanya diberikan kepada pelajar-pelajardi luar bandar sahaja? Atau adakah pelajar-pelajar dalam bandar ataupun pelajar yang terdiri dari mereka yang berpendapatan tinggi pun turut sama diberi peluang untuk belajar di sekolah­sekolah asrama penuh?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, memang Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar dari luar bandar untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Namun demikian, tidak boleh dinafikan bahawa adajuga pelajar-pelajar yang berasal dari sekolah-sekolah di bandar yang juga miskin dan sama juga kita perlu beri perhatian. Oleh kerana itu, di sekolah­sekolah berasrama penuh sekarang, kita

dapati bahawa sungguhpun kebanyakan mereka berasal dari luar bandar, tetapi ada juga sekumpulan kecil yang berasal dari bandar.

INSTITUT JANTUNG NEGARA­KOS RA WATAN

3. Tuan K. Munisamy minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) adakah Kerajaan memberi kelonggaran kos bagi golongan miskin yang amat memerlukan rawatan sakit jantung di Institut Jantung Negara;

( b) berapakah bilangan hospital-hospi­tal yang terdapat di kawasan estet­estet pada masa ini. Berapakah bilangan para doktor, pembantu dan kakitangan Gred A yang bertugas di hospital-hospital ini;

(c) adakah cadangan Kerajaan untuk mengambilalih pentadbiran hospital-hospital di estet ini supaya ia di bawah kawalan Kerajaan; dan

(d) jika Kerajaan mengambilalih pentadbiran hospital ini, adakah kakitangan hospital tersebut itu akan dianggap sebagai kakitangan Kerajaan. Bilakah cadangan ini akan dilaksanakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan telah memutuskan bahawa pesakit-pesakit dari golongan miskin dan kurang mampu yang menerima rawatan di Kelas 3 di lnstitut Jan tung Negara Sdn. Bhd. akan diberi bantuan oleh Kerajaan. Untuk mendapatkan ke­mudahan bantuan Kerajaan ini, pesakit hendaklah dirujukkan ke Institut Jantung Negara melalui hospital-hospital Kerajaan. Pihak hospital dan juga Institut Jantung Negara akan menentukan keupayaan pesakit berkenaan caj yang akan dikenakan sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian atau sejumlah wang

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

~- ---- ----------

835 8 JUN 1993 836

yang pesakit mampu bayar dan bakinya akan ditanggung oleh Kerajaan.

(b) Hasil tinjauan Jabatan Buruh di bawah Kementerian Sumber Manusia pada masa ini, terdapat sebanyak 65 buah hospital Iadang yang menyediakan kemudahan kesihatan kepada sejumlah 873 ladang seluruh negara. Hanya 3 buah hospital mempunyai doktor tetap (resident doctor), sementara 62 hospital Iain yang disenggarakan oleh 108 orang pembantu hospital ladang dengan diawasi oleh doktor pelawat. Daripada 108 pembantu hospital Iadang, 62 orang di antaranya mempunyai sijil kelayakan Gred A. Kakitangan Iain yang memberi perkhidmatan sampingan adalah seramai 193 orang.

(c) & (d) buat masa ini, Kementerian ini sedang mengkaji dengan mendalam tentang cadangan mengambilalih 23 buah hospital estet yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Kajian ini meliputi implikasi perundangan, pentadbiran, kewangan dan keberkesanan­nya.

PuanHajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan begitu ramai pesakit-pesakit jantung yang berurusan dengan Institut Jan tung Negara ini menunggu dalam proses membuat perawatan. Ada di antara mereka terpaksa menghadapi kesulitan yang besar dan di antaranya juga ada yang meninggal dunia kerana menunggu proses perawatan ini. Apakah langkah pihak Kementerian bagi mempercepatkan proses perawatan jantung kepada pesakit-pesakit yang menunggu?

Dato' K. Kumaran: Kementerian sedar bahawa banyak queue untuk mendapatkan rawatan, tetapi IJN ini adalah satu badan korporat. W alau bagaimanapun, pada masa

ini, Kementerian membuat satu kajian yang mendalam untuk mewujudkan satu unit dalam Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul

Aziz: Tuan Yang di-Pertua, mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Tuan Setiausaha Parlimen sebentar tadi, iaitu kalau golongan yang tidak mampu, kalau dia memerlukan rawatan, maka dia dikehendaki pergi ke hospital, dirujuk dahulu untuk menyiasat supaya diketahui dia mampu ataupun tidak mampu. Saya ingin bertanya, kalau golongan yang sakit itu datang daripada golongan yang tidak mampu, apakah dia diterima secara automatik dahulu, dirawat dahulu ataupun hendak diselesaikan masalah sama ada dia mampu ataupun tidak mampu untuk membayar bayaran rawatan sakit jantung ini?

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, bagi amalannya, jikalau pesakit itu pergi membuat rawatan sebelum beliau boleh ditetapkan untuk membuat pembedahan, diadiberitahu kosnya. Apabila didapati golongan atau seseorang yang tidak mampu, mereka dirujuk kepada Pegawai Kebajikan di sana. Untuk menyenangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang yang tidakmampu, Kementerian Kesihatan mencadangkan bahawa saluran yang tertentu adalah hospital-hospital Kerajaan dari mana mereka bermastautin. Oleh sebab itu, apabila mereka sudah mendapatkan satu angka yang tetap, maka mereka boleh merayu ataupun merujuk balik kepada hospital; hospital itu akan siasat dan kemukakan kemampuan satu-satu pesakit itu. Tetapi soalannya ialah orang yang mampu, bukan? Perkara ini terus-menerus; apabila mereka mampu, mereka terus diberi rawatan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini, say a tan ya yang tak mampu ! (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya ialah mengenai mereka yang tak mampu.

Dato' K. Kumaran: Sudah jawab! Kerajaan akan menanggung semua perbelanjaan orang yang tak mampu, tetapi

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

g37 8 JUN 1993 838

melalui saluran yang tertentu supaya Kerajaan tidak dapat ditipu. Oleh sebab itu, kita ada seorang Pegawai Kebajikan untuk menyiasat kedudukan kewangan pesakit itu sebelum diberi rawatan percuma.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Maknanya, Tuan Yang di-Pertua ........ .

Tuan Yang di-Pertua: Itulah dia jawapannya. Kita tidak boleh paksalah.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dia meninggal dunia sebelum dirawat!

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tetapi kalau mengikut pandangan begitu, orang yang miskin rasa saya banyak yang matilah daripada orang kaya ( Ketawa) kerana dia round dahulu hendak pergi hospital, pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, lepas itu jumpa Ketua Kampung minta cop, dalam pada itu dia "go!", jalan! Jadi, jawapan yang berpusing-pusing ini harap dikurangkan sedikit.

Soalannya, Tuan Yang di-Pertua, berapakah kos perbelanjaan untuk membaikpulih ataupun untuk mengubati sakit jantung ini. Hitung panjang-hanya kita hendak tahu berapakah bayarannya hitung panjang untuk mengubati sakit jantung ini?

Dato' K. Kumaran: Mengubati ataupun pembedahan? Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya bayarannya adalah RMI5,000 ke atas untuk pembedahan, bukan mengubati.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Bedahkah atau mengubat sama sahaja, Tuan Yang di-Pertua, hanya cara penyampaiannya itu berlainan. ( Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Mengikut dia, ada perbezaan.

KAPAL PERANG AMERIKA SYARIKAT-PENGGUNAAN

LIMBUNGAN DI LUMUT

4. Tuan Rahim bin Baba min ta Menteri Pertahanan menyatakan apakah benar Kerajaan Malaysia mengizinkan kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat diperbaiki di Lumut. Sejak keizinan ini diberikan, berapakah jumlah kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat telah diperbaiki di Lumut.

Menteri Pertahanan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia ada mengizinkan kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat diperbaiki di Limbungan NDSB Lumut. Setiap permohonan untuk menghantar kapal-kapal Amerika Syarikat ke Limbungan NDSB akan dibuat oleh Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan dimajukan ke Wisma Putra.

Pihak WismaPutraakanmerujukkepada Kementerian Pertahanan sebelum kebenaran diberikan. Sehingga kini, kerja­kerja yangdilakukan bukanlahkerja, dengan izin, yang "high-added value", tetapi hanyalah kerja-kerja yang mudah dan murah seperti, dengan izin, lagging and insulation of exhaust trunking, rewinding dan lain­lain. Sehingga kini, sebanyak 6 buah kapal tel ah menjalani pembaikan danjumlah nilai kontrak adalah sebanyak RM l .6 ju ta.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yangdi-Pertua, dengan mengizinkan kapal perang Angkatan Laut Amerika dibaiki di Lumut ini, adakah keselamatan negara kita akan terancam ataupun tidak? Kalau terancam ataupun tidak terancam, berikan alasannya.

Kedua, Kapten kapal dan anak-anak kapalnya mendarat di mana? Apakah kerjanya?

Dato' Seri Haji Mohd. Najib binTun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kerajaan untuk membenarkan kapal perang Angkatan Laut Amerika Syarikat diperbaiki di Limbungan NDSB Lumut, tidak ada kena-mengena dengan soal keselamatan negara kerana kerja-kerja

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

839 8 JUN 1993 840

ini bolehlah disifatkan sebagai kontrak komersil sahaja dan bukan ada kaitan dengan soal perjanjian pertahanan dan sebagainya. Tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak kapal, mereka biasanya turun di Lumut untuk beberapa hari sepertimana juga anak-anak kapal yang lain yang singgah di pelabuhan-pelabuhan dalam negara kita.

Tuan Saad bin Haji Man: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, dengan adanyakapal-kapal perang Amerika diperbaiki di Limbungan kita di Lumut, maknanya dunia telah menerima mutu perkhidmatan kita untuk membaiki kapal-kapal perang mereka. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah Kerajaan bercadang atau pihak Limbungan bercadang untuk membina kapal-kapal perang keperluan negara kita di Limbungan NDSB Lumut sama ada untuk kita juga ataupun untuk negara-negarajiran yang berdekatan dengan kita?

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, memang Kerajaan ada rancangan untuk mempertingkatkan keupayaan NDSB daripada sebuah Limbungan yang hanya adakemampuan membaikpulih kapal sahaja kepada sebuah Limbungan yang ada kemampuan untuk membina kapal-kapal perang yang jenis sederhana iaitu dalam kategori patrol vessel dan rancangan ini sedang dalam pertimbangan pihak Kerajaan untuk menentukan skop dan jumlah peruntukan kewangan yang akan diperlukan untuk melaksanakan rancangan ini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan ini khusus kepada kapal perang yang datang daripada negara Amerika Syarikat. Soalan saya apakah Kerajaan tidak mempunyai dasar iaitu bahawa kita hanya memberikan kemudahan ini kepadaAmerika Syarikat sahaja ataupun kita mempunyai dasar iaitu bahawa kemudahan ini akan dibuka kepada semua negara dalam dunia ini.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, Limbungan NDSB

akan bertindak sebagai sebuah syarikat komersil. Dalam ertikata, kalau ada permohonan daripada negara-negara lain, pihak NDSB dan pihak Kerajaan Malaysia sedia menimbangkan permohonan daripada negara-negara berkenaan.

SKIM PEMBANGUNAN INDUSTRI SAMPINGAN

5. Dato' Azumu bin Tak min ta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan kemajuan rakyat terhadap skim pembangunan industri sampingan yang diusahakan sehingga sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Loar Bandar (Dato' Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, sejak diperkenalkan dalam tahun 1983, seramai 1,820 pengusaha luar bandar telah mendapat faedah dari program perusahaan luar bandar. Program ini telah membantu mempelbagaikan aktiviti ekonomi penduduk luar bandar selain daripada pertanian. Mereka menceburi dalam bidang perusahaan di mana nilai tambah ataupun dengan izin, value added adalah lebih tinggi seperti industri perabot, makanan, kraftangan, jahitan, kimpalan, batu blok dan lain-lain lagi.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian ini, program ini telah berjaya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mempunyai program Industri Kecil dan Sederhana. Melalui Bank Pembangunan juga ada program yang menyerupainya. Adakah pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar berhajat untuk mengadakan koordinasi dengan projek IKS ini dan juga projek-projek yang dijalankan oleh agensi-agensi yang lain?

Dato' Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, industri kampung yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini adalah terkeluar daripada industri yang di bawah jagaan Kementerian Perdagangan

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

841 8 JUN 1993 842

Antarabangsa dan Industri kerana Kementerian itu adalah menjaga industri yang antara modal berbayarnya RMI juta sampai RM250,000 kalau tidak silap saya; tetapi Kementerian ini cuma memberikan peluang kepada mereka yang akan menceburi bidang industri yangmempunyai modal kurang daripada suku ju ta ringgit ke bawah.

Puan Rajah Zaleha binti Russin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebentar tadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyatakan 1,820 pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam rancangan Skim Pembangunan lndustri sampingan ini didapati telah dapat mewujudkan beberapa pekerjaan kepada penduduk-penduduk di luar bandar. Telapi saya ingin bertanya walaupun industri ini tumbuh dengan begitu pesat di kampung­kampung di Iuar bandar tetapi bagaimanakah caranya pemasaran ataupun marketing yang dapat dibantu oleh pihak Kementerian ini kepada pengusaha­pengusaha tersebut?

Dato' Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, di dalam kita meluluskan permohonan untuk menubuhkan industri kampung itu, salah satu daripada kriterianya ialah pengusaha-pengusaha itu dapat memasarkan barang keluarannya. Namun demikian, Kementerian pernah menubuhkan satu syarikat yang dinamakan Syarikat Pembangunan dan Perindustrian Kampung (SPPIK) yang juga menjadi payung untuk memasarkan pengeluaran industri-industri kampung ini. Tetapi pada hari ini syarikat itu telah bertukar tangan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada Kementerian Perusahaan Awam. Namun demikian, tugas itu masih berkekalan untuk memberikan kemudahan memasarkan barangan keluaran yang diusahakan oleh industri-industri kecil daripada Iuar bandar ini.

Puan Rajah Che Pora binti Raji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Say a in gin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Par!imen berkenaan cara-cara untuk kita mendapat industri sampingan ini kepada rakyat-rakyat yang

ingin memohon. Adakahianyadiberi secara permohonan individu ataupun secara menubuhkan persatuan atau pertubuhan.

Dato' Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, projek ini boleh dipohon secara individu; juga boleh dipohon secara berkelompok. Maknanya dua, tiga orang danjuga boleh dipohon oleh persatuan atau pertubuhan seperti koperasi. Permohonan ini mestilah dibuat dengan borang-borang yang selalunya boleh diperolehi di pejabat­pejabat KEMAS.

KWSP-KELEWATAN PENGELUARAN CARUMAN

6. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah sebabnya pihak KWSP tel ah melengah-lengahkan pengeluaran wang caruman KWSP kepada peminjam untuk membeli rumah;

(b) adakah Kementerian sedar, kesulitan yang dihadapi oleh pembeli dalam pemerosesan pinjaman ini walaupun segala dokumen disertakan bersama termasuk kelulusan pinjaman permohonan Kerajaan; dan

( c) apakah tindakan tel ah diam bi! untuk memperccpatkan pengeluaran wang caruman KWSP bagi mengelakkan peminjam kehilangan tarafpembeli.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran bagi tujuan membeli rumah merupakan bentuk pengeluaran kedua tcrbesar oleh ahli-ahli di bawah Skim Pengeluaran Caruman KWSP. Pada tahun 1992, seramai 49,646 pencarum telah mengeluarkan caruman mereka berjumlah RM437.9 I juta, iaitukira-kira25% daripada keseluruhan pengeluaran sebanyak RM 1.7 bilion.

Kementerian Kewangan sedar memang ada beberapa kes kelewatan dalam urusan pengeluaran caruman. Pada kebiasaannya

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

843 8 JUN 1993 844

tempoh kira-kira satu bulan diambil oleh EPF ataupun KWSP untuk memproses pennohonan tersebut.

Waiau bagaimanapun, berbanding dengan jumlah pengeluaran yang begitu besar kelewatan yang dialami sehingga ini tidaklah merupakan satu masalah yang serius. Antara sebab utama kenapa terdapat sedikit kelewatan ialah kerana urusan disentralisasi pejabat KWSP untuk mengagihkan tugas dari ibu pejabat ke pejabat-pejabat KWSP negeri di semua negeri. Ini telah sedikit-sebanyak menjejaskan urusan biasa KWSP.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini program disentralisasi pejabat KWSP negeri telah pun selesai sepenuhnya. Proses pengeluaran simpanan KWSP di semua pejabat negeri kecuali di Selangor telah pulih seperti sediakala. Pejabat KWSP Negeri Selangor masih dalam proses menyelesaikan masalah peralihan tugas berikutan daripada program disentralisasinya. Sekiranya kelewatan masih berlaku, Ahli-ahli Yang Berhonnat bolehlah menulis terus kepada Kementerian Kewangan untuk diambil tindakan sewajamya bagi mempercepatkan proses pengeluaran.

Bagi menjawab soalan (b) dan (c), Kementerian Kewangan sentiasa mengambil langkah untukmemperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan KWSP kepada ahli-ahlinya dari semasa ke semasa. Salah satu cara yang diambil untuk mempercepatkan proses pengeluaran ialah melalui perlaksanaan program disentralisasi yang telah saya sebutkan tadi. Melalui program ini segala urusan pengeluaran kecuali pengeluaran yang berkaitan dengan kematian akan dapat dilakukan di negeri­negeri yang berkenaan iaitu di tempat tinggal ahli sendiri. Ahli tidak perlu lagi datang ke lbu Pejabat untuk menguruskan permohonan pengeluaran mereka. Sebaliknya mereka boleh pergi ke pejabat KWSP negeri di negeri masing-masing dan dengan itu menjimatkan masa dan kos.

Dato' (Ir.)NgThianHock:Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Nampaknya, walaupun Kerajaan telah pun

mengambil beberapa tindakan untuk mempercepatkan pengeluaran wang caruman KWSP, akan tetapi kita masih menghadapi banyak masalah. Satu dari sebabnya yang saya fikir mustahak ialah pembeli rumah itu sendiri menghantarkan pennohonannya kepada pejabat KWSP. Dan oleh kerana pembeli itu tidak ada maklumat yang mencukupi berkenaan dengan rancangan perumahan dan lain-lain, maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhonnat Setiausaha Parlimen sama ada boleh atau tidak pemaju perumahan mewakili bagi pihak pembeli menghantar pennohonannya terns kepada KWSP?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, mengikut peraturan yang sedia ada, pencarum sendiri hendaklah mengisi dan menghantar Borang KWSP. 9 ke Pejabat KWSP negeri bagi membolehkan permohonan mereka diproses. Dalam mengemukakan permohonan, pemohon­pemohon hendaklah mengemukakan beberapa dokumen. Antaranya, salinan fotostat kad pengenalan, pengesahan majikan mengenai nombor kad pengenalan, Perjanjian Jual-Beli rumah danjuga kalau beliau memohon pinjaman daripada Kerajaan hendaklah juga mengemukakan surat kelulusan pinjaman daripada pihak Kerajaan. Inilah antara syarat-syarat dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Setakat ini, pihak KWSP belum lagi bercadang untuk meminda peraturan yang sedia ada pada masa ini.

Sebagaimana saya maklumkan tadi, sekiranya ada kes-kes spesifik yang mana masa diambil difikirkan lama, melebihi satu bulan; maka pihak yang berkenaan bolehlah merujuk terus kepada Kementerian dan, Insya-Allah kita akan membantu sedaya­upaya untuk mempercepatkan proses tersebut.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, adakah Kementeriannya sedar atau tidak ada pembeli rumah selepas mengeluarkan wang caruman KWSP, mereka bukan menggunakan wang terse but

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

845 8JUN1993 846

untuk tujuan membeli rumah tetapi untuk tujuan yang lain. Apakah langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Kementerian memang sedar bahawa terdapat beberapa kes sebelum ini sepertimana sebahagian daripada-tidak ramai, beberapa orang pencarum telah menyalahgunakan wang yang diperolehi dari KWSP yang dikatakan untuk tujuan membeli rumah tetapi digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Penyelewengan ini telah berjaya dibendung oleh KWSP dan tindakan telah pun diambil terhadap mereka-mereka yang berkenaan. Pada masa ini antara syarat-syarat yang dikenakan untuk menggelakkan penyelewengan seperti ini daripada berlaku lagi ialah mendapat pengesahan­umpamanya kalau peminjam meminjam wang daripada bank, mesti mendapat pengesahan pinjaman dari bank, selain beberapa syarat yang ketat lagi dikenakan bagi memastikan bahawa pencarum tidak menyelewengkan wang yang diperolehi oleh KWSP. Sekiranya, Yang Berhormat ada kes tertentu, di mana pada pengetahuan Kementerian Kewangan tidak ada lagi kes sebegini; tetapi jika Yang Berhormat ada kes seperti ini, sila ru juk kepada kami untuk siasatan lanjut.

KILANG KELAPA SA WIT DI LUAR NEGERI-GALAKAN

7. Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamad minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan bahawa dengan pembukaan kilang minyak kelapa sawit di luar negeri seperti yang diumumkan di negara m1 akan meningkatkan dan menggalakkan industri kelapa sawit di negara ini dan menjanjikan masa depan yang cerah bagi semua pihak yang terlibat. Adakah pula usaha yang sedang dijalankan oleh Kementerian ini bagi mengatasi masalah

kelembapan dan kelesuan terutamaindustri kayu tropika yang menghadapi tekanan ekonomi antarabangsa.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di-Pertua, tujuan Kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia membuka kilang-kilang minyak kelapa sawit di luar negeri adalah untuk mendapatkan pasaran terjamin (captive market) bagi minyak sawit kita di negara­negara di mana kilang-kilang itu didirikan memandangkan pengeluaran min yak sawit dari Malaysia dan juga dari negara pesaing utama kita yang semakin meningkat. Di samping itu, industri minyak sawit Malaysia harus juga bersaing dengan 16 jenis minyak sayuran dan lemak lain yang dikeluarkan oleh negara-negara Iain yang memberikan berbagai insentif dalam penjualan barang-barang mereka itu.

Tanggapan Ahli Yang Berhormat bahawa industri kayu tropika menghadapi masalah kelembapan dan kelesuan adalah tidak benar. Sebaliknya, keadaan industri kayu di negara ini, sebagai contoh, amatlah menggalakkan. Harga balak dan keluaran berasaskan kayu telah meningkat ke paras yangtinggi setakat ini. W alaupun demikian, tidaklah dinafikan bahawa industri kayu­kayan negara dan negara pengeluar kayu tropika yang lain menghadapi masalah tekanan antarabangsa yang berpotensi untuk membantut perdagangan dan perkembangannya, antaranya adalah Kempen Anti-Kayu Tropika. Selaras dengan itu, Malaysia dan negara-negara pengeluar lain, terutamanya Indonesia telah dan sedang mengambil langkah-langkah tertentu untuk membanteras kempen terse but.

PERMIT KERJA-PEMBERIAN KEPADA WANITA ASING

8. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang bilangan wanita-wanita asing yang dibenar dan diberi permit kerja di pusat­pusat hiburan dan salun-salun kecantikan. Apakah ciri-ciri yang menjadi dasar pemberian permit kerja tersebut.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

847 8 JUN 1993 848

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Imigresen tidak pernah dan juga tidak berhasrat untuk mengeluarkan sebarang pas kerja kepada mana-mana warganegara asing untuk bekerja di pusat-pusat hiburan atau salun­salun kecantikan.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa melalui kebenaran wanita-wanita asing bekerja di pusat-pusat hiburan danjugadi salun-salun ini, ada terdapat mereka yang telah menyalahgunakan kebenaran ini dan dijadikan sebagai alat dalam bidang pelacuran. Saya ingin bertanya apakah dan bagaimanakah cara pengawalan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri? Apakah cukup hanya dengan apa yang telah disebutkan sebentar tadi?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana jawapan saya telah menyatakan tidak ada pas kerja akan dikeluarkan ataupun pernah dikeluarkan, tetapi apa yang saya difahamkan ialah terdapat wanita dari negara asing telah dibenarkan untuk datang ke negara kita dan mereka itu mernpakan artis pertunjukan pentas hiburan atau kelab-kelab malam. Mereka itu tidak dikeluarkan pas kerja. Mereka hanya diberikan Pas Iktisas (Profesional Pas).

Terdapat syarat-syarat yang ketat dikenakan terhadap sesiapa yang diberikan pas itu iaitu mereka perlu menggunakan pas hanya untuk pertunjukan di tempat­tempat yang spesifik dan mereka tidak melakukan apa-apa kegiatan lain selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam pas itu. Kalau sekiranya terdapat sebarang penyelewengan, maka Jabatan Imigresen ataupun pihak Polis dan penguatkuasa yang lain akan mengambil tindakan untuk terns mengusir mereka keluar dari negara ini.

PEMBALAKAN HARAM -JUMLAHKES

9. Dato' William Chek Lin Kwai minta Menteri Pernsahaan Utama menyatakan:

(a) setakat manakah pihak Kerajaan telah berjaya membanteras kegiatan pembalakan haram di negara ini memandangkan kerapkali wujud beritamengenai pembalakan haram yang beroperasi di beberapa buah negeri barn-barn ini;

(b) sehingga hari ini, apakah jumlah pembalak haram yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa di negeri Sarawak dan Pahang; dan

(c) adakah kementerian akan menyeragamkan dasar-dasar pembalakan yang berlainan di semua negeri-negeri di Malaysia.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Menerusi beberapa tindakan segera yang telah diambil serta beberapa langkah dan strategi jangka sederhana dan panjang yang dilaksanakan, Kerajaan nampaknya telah dapat membendung masalah pembalakan haram di tahap yang terkawal. Tindakan, langkah dan strategi yang dilaksanakan itu tel ah mula menampakkan kesan yang diharapkan memandangkan bilangan kes pembalakan haram yang dikesan di Semenanjung telah berkurangan dari 80 I kes pada tahun 1991 kepada 326 kes sahaja pada tahun 1992. Di Sarawak, jumlah kes pembalakan haram yang dikesan telah berkurangan daripada 117 kes padatahun 1991 kepada82kespada tahun 1992 manakala di Sabah, pembalakan haram dilaporkan berlaku pada tahap yang tidak serius dan keadaan agak terkawal.

Berdasarkan kepada keadaan yang menggalakkan ini, Kerajaan terns melipat-gandakan usahamenangani masalah pembalakan haram dengan

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

849 8JUN1993 850

lebih tegas dan berkesan. Kekerapan liputan oleh media massa mengenai kejadian pembalakan haram menunjukkan kejayaan kita mengesan dan membongkar kes­kes untuk pengetahuan umum. Kesedaran, kepekaan dan publisiti umum ini amat penting dan saya bagi pihak Kementerian mengucapkan setinggi tahniah kepada media massa yang telah memainkan peranan sehingga tindakan yang diambil itu agak berkesan dan menakutkan para pembalak-pembalak haram.

(b) Bagi tempoh 1991/1992, sebanyak 199 kes pembalakan haram telah dikesan di Sarawak dan sebanyak 13 kes telah melibatkan tangkapan dan pendakwaan di mahkamah. Dalam tempoh yang sama juga, bilangan kes pembalakan haram dikesan di Pahang ialah 346 di mana satu kes sahaja melibatkan tangkapan dan pendakwaan di mahkamah.

( c) Perhutanan dan pembalakan merupakan perkara di bawah bidangkuasa dan tanggungjawab Kerajaan-kerajaan Negeri. Waiau bagaimanapun, Kementerian saya sentiasa berusaha untuk menggalakkan lagi penyelarasan dan penyeragaman dasar di dalam bidang pembalakan dan perhutanan di kalangan negeri-negeri.

Tuan Johan B.O.T. Ghani @

Christopher: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya dengan Timbalan Menteri berkenaan dengan pembalakan di negeri Sabah. Setakat ini berapa banyakkah pembalakan haram yang berlaku di negeri Sabah?

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya tidak mempunyai perangkaan dan memerlukan notis kerana maklumlah, susahkitahendakmendapatkan

maklumat-maklumat yang sebenar daripada negeri Sabah dan sebab itu MTIB telah masuk ke Sabah. lnsya-Allah, di masa­masa depan kami akan mempunyai rekod yang lengkap.

PELANCONGAN -PERSEDIAAN TAHUN

MELA WAT MALAYSIA 1994

10. Tuan Haji Doi bin Dollah minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) apakah bentuk persediaan yang telah dibuat dan diatur bagi memeriah dan menarik minat pelancong melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 1994;

(b) apakah bentuk promosi di luar negara yang telah dijalankan, semenjak bila dan berapa peruntukannya;

( c) berapakah ramalan jumlah pelancong yang dijangka dapat melawatnegarakita sempena Tahun Melawat Malaysia 1994;

( d) berapakah jumlah peruntukan sepenuhnya untuk menjayakan segala projek Sempena Tahun Melawat Malaysia 1994; dan

(e) apakah Kerajaan-kerajaan Negeri yang turut menjayakan program Tahun Melawat Malaysia 1994 ini akan diberikan peruntukan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, say a mo hon izin untuk menjawab bagi pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan bahagian:

(a) Antara persediaan yang telah diatur oleh Kementerian untuk melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 1994 ialah merancang

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

851 8JUN1993 852

acara-acara tertentu sebagai perayaan-perayaan di sepanjang Tahun Melawat Malaysia 1994; merancang dan melaksanakan promosi Tahun Melawat Malaysia 1994 di dalam dan di luar negeri; melengkap dan memperbaiki dan memperindahkan infrastruktur dan produk-produk pelancongan di seluruh negara; menjalankan kempen-kempen bagi menyedarkan rakyat tanggungjawab mereka terhadap industri pelancongan di samping menggalakkan mereka melancong di dalam negeri; menggalakkan kegiatan-kegiatan teras asas pelancongan seperti aktiviti-aktiviti kesenian, kempen kebersihan, memperbaiki mutu perkhidmatan pelancongan dan sebagainya.

(b) Berbagai aktiviti promosi dan publisiti telah disusun oleh Kementerian bagi menarik minat para pelancong asing datang ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 1994.

Aktiviti-aktiviti promosi adalah meliputi:

(i) sebanyak 28 seminar pengumuman kempen Tahun MelawatMalaysia 1994telah diadakan oleh Pejabat-pejabat Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia di luar negeri;

(ii) sebanyak 18 pakej pelancong yang memasukkan acara­acara Tahun Melawat Malaysia 1994 juga telah dikenalpasti dan ditawarkan kepada pengusaha­pengusaha pelancongan;

(iii) mengadakan kempen pengiklanan serta rencana di dalam majalah pelancongan di pasaran-pasaran utama;

(iv) menyertai pameran pelancongan dan misi galakan pelancongan di semua

pasaran dan di pelbagai forum;

(v) memperbanyakkan pakej Iawatan kepada yang sedia ada. Satu program lawatan suaikenal serta perjumpaan di antara pengusaha-pengusaha di dalam membekal produk­produk pelancongan Malaysia diadakan; dan

(vi) mengenalpasti dan merancangkan penjualan 52 pakej pelancongan Tahun MelawatMalaysia 1994 yang akan ditawarkan sepanjang tahun 1994.

Peruntukan kempen Tahun Melawat Malaysia 1994 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah

1992 RM7.6juta

1993 RM41.08 juta

1994 masih dalam pertimbangan pihak berkuasa

( c) Sempena Tahun Melawat Malaysia 1994 dijangka seramai 7 juta pelancong akan datang melawat Malaysia.

(d) Setakat ini Kementerian telah diperuntukkan sejumlah RM42.8 juta untuk melaksanakan program­program di bawah Tahun Melawat Malaysia 1994 bagi tahun 1992 dan 1993. Bagi tahun 1994, masih lagi di dalam perundingan dengan Kementerian Kewangan.

(e) Kementerian seperti juga di tahun 1990 berhasrat untuk memberi bantuan kepada semua negeri­negeri di dalam melaksanakan pro­gram Tahun Melawat Malaysia 1994 seperti bagi menganjurkan

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

853 8 JUN 1993 854

acara-acara serta penyediaan kemudahan-kemudahan asas tertakluk kepada peruntukan daripada Kementerian Kewangan.

TELEFON A WAM -PERLUASAN PERKHIDMATAN

11. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan bahawa perkhidmatan telefon amat diperlukan oleh penduduk-penduduk kawasan terpencil dan pedalaman bagi kes-1·es kecemasan. Adakah pihak Kementerian bercadang memperluaskan perkhidmatan telefon menggunakan sistem tenaga solar ke kawasan-kawasan tersebut.

19. Puan Hajah Che Pora bin ti Haji Omar minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen membekalkan perkhidmatan tele­komunikasi kedua negara. Sekiranya ada, bilakah ianya akan dilaksanakan.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, saya memohon 1zrn menjawabkan pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan No. 19 kerana kedua­dua pertanyaan ini menyentuh perkara telekomunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian dan Telekom Malaysia sedang berusaha melaksanakan rancangan telefon aw am luar bandar bagi memperluaskan perkhidmatan telefon khususnya untuk penduduk­penduduk di kawasan pedalaman. Untuk memberi perkhidmatan ke kawasan yang ketiadaan rangkaian kabel dan yang terpencil, Telekom Malaysia telah menggunakan teknologi radio seperti ATUR, Country Set dan MARS iaitu dengan izin, Multi Access Radio System.

Bagi kawasan terpencil yang tidak mempunyai bekalan tenagaelektrik, tenaga solar akan digunakan. Kebanyakan sistem tenaga solar yang sudahpun digunakan adalah untuk keperluan telefon awam luar bandar yang menggunakan rangkaian ATUR dan VHF Country Links.

Sehingga April 1993, terdapat sejumlah 11,977 telefon awam di kawasan luar bandar dan 760 daripada itu menggunakan teknologi radio. Pada akhir 1993, jumlah ini akan bertambah menjadi 12,259. Pecahan telefon awam yang menggunakan teknologi radio adalah seperti berikut:

(i) Jumlah telefon awam ATUR ialah 299 unit dan 28 unit lagi akan dipasang pada tahun ini.

(ii) Jumlah telefon awam Country Set ialah 452 unitdan 237 unit lagi akan dipasang pada tahun ini.

(iii) Jumlah telefon awam MARS ialah 11 unit dan 17 unit lagi akan dipasang pada tahun ini.

Se lain daripada 282 lokasi telefon aw am yang akan dipasang pada tahun ini, Telekom Malaysia juga merancang sejumlah 2,430 unit bagi dilaksanakannya dalam Rancangan Malaysia Keenam, khususnya di kawasan-kawasan yang terpencil.

Tuan Yang di-Pertua, jawapan bagi Pertanyaan No. 19 daripada Yang Berhormat Rajah Che Pora bin ti Haji Omar adalah seperti berikut. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan sehingga kini belum lagi mengeluarkan lesen bagi membekalkan perkhidmatan tele­komunikasi kedua negara, dengan izin, iaitu second carrier.

Dalam menimbangkan perkara ini, Kerajaan perlu mengambilkira perkembangan pesat yang sedang berlaku di industri telekomunikasi, terutamanyadari segi perubahan teknologi dan peningkatan permintaan daripada orang awam dan sektor perniagaan.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat di negara ini sentiasa dapat memenuhi permintaan para pengguna.

Sehubungan dengan ini dan sesuai dengan Dasar Penswastaan, pihak Kerajaan telah menggalakkan pihak sektor swasta untuk melabur dan mengendalikan perkhidmatan telekomunikasi. Pihak

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

855 8JUN1993 856

CELCOM yang diberi lesen untuk mengendalikan perkhidmatan cellular 900 megahertz tidak lama lagi akan dapat memperluaskan perkhidmatan ke luar negeri melalui, dengan izin, second international gateway. Pihak Kerajaan juga telah mengeluarkan lesen kepada Time Engineering untuk memasang dan mengendalikan rangkaian "fibre optic" yang meliputi seluruh negara. Dengan adanya rangkaian "fibre optic" ini, ia akan dapat mempermodenkan rangkaian telekomunikasi negara, di samping mengurangkan masalah kesesakan talian.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sedikit masa lagi, pihak Kerajaan akan mengeluarkan satu lagi lesen untuk mengendalikan perkhidmatan cellular, iaitu Syarikat MOBICOM yang akan menjalankan operasi atas frequency 800 megahertz. Selain itu, lesen juga telah dikeluarkan kepada Syarikat Bina Riang untuk melancarkan satelit Malaysia, iaitu MEAS AT yang mengendalikan sis tern bumi, iaitu hill station, dengan izin, pada tahun 1995. SyarikatBinaRiangjuga telah diberi lesen untuk mengendalikan perkhidmatan cellular GSM, dengan izin, General System Mobile.

Tuan Yang di-Pertua, dengan terlaksananya kesemua perkhidmatan yang telah saya sebutkan, sesuatu inter­connection akan dapat diwujudkan di antara perkhidmatan-perkhidmatan ini. Perkembangan ini dengan sendirinya akan menyediakan perkhidmatan dan berkongsi sebagai rangkaian tambahan ataupun rangkaian kedua. Dengan itu, Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan satu lesen khas bagi pengendali rangkaian kedua.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakahjawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi termasuk adanya usaha untuk mewujudkan "trunking network" di peringkat nasional ataupun mengikut kawasan-kawasan regional?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang saya jelaskan tadi, apabila kita memasang "fibre optic cable", trunking boleh juga menjalankan aktiviti melalui fibre optic.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin merujuk kepada penjelasan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa telefon awam atau peralatan country set yang

dipasang di kawasan terpencil. Adakah kawasan terpencil ini termasuk kampung­kampung Orang Asli?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, ini termasukkampung-kampung Orang Asli danjuga kampung-kampung di Sarawak, kampung-kampung di Sabah dan semua tempat, bukan kira aslikah atau tidak asli ( Ketawa), kampung yang di pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua: Masa cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi PertanyaanNo.12 hingga47 adalahdiberi di bawah ini)

JAMBATAN BATANG REJANG, SARAWAK - PEMBINAAN

12. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) adakah Kementerian merancang membina sebuah jambatan menyeberangi Batang Rejang dekat Daerah Sg. Nibong/Durin, Bahagian Si bu, Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Keenam. Jika ada, bila akan mulai pembinaannya, dan berapa jumlah wang yang akan diperuntukkan untuk projek itu;

(b) apakah Yang Berhormat Menteri mengetahui tersiap binanya jambatan menyeberangi Batang Rejang dekat Daerah Sg. Nibong/ Durin atau dekat Daerah Si bu, akan mendorong secara langsung pertumbuhan pesat ekonomi di kawasan tengah Sarawak,

(i) jika tahu, apa langkah telah/ akan diambil;

(ii) jika tahu tapi belum diambil sebarang langkah, apa sebabnya; dan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

857 8JUN1993 858

( c) adakah Kementerian menimbang akan mempelawa sektor swasta menjalankan pembinaan jambatan menyeberangi Batang Rejang baik dekat Durin atau pun dekat Sibu dalarn jangka rnasa yang singkat.

Menteri Kerja Raya (Datuk Leo Moggie anak lrok):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah RM-6 sebanyak RMI.O juta telah diperuntukkan bagi projek Pembinaan Jambatan Batang Rejang. Peruntukan ini adalah untuk tujuan kajian kemungkinan, kajiukur dan rekabentuk Jambatan Batang Rejang di Durin. Kajian kemungkinan ini dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun ini. Jangkaan kos pembinaan akan dapat ditentukan selepas kajian ini selesai dibuat.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini sedar dengan terbinanya jambatan ini nan ti akan mendorong pertumbuhan pesat ekonomi di kawasan tengah Sarawak. ltulah sebabnya kajian akan dijalankan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan projek pembinaan jambatan tersebut. Adalah dijangkakan pembinaan jambatan tersebut akan dapat dilaksanakan dalam tempoh RM-7 jika peruntukan yang mencukupi diluluskan oleh Kerajaan.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa mi

Kementerian belum bercadang untuk menswastakan pembinaan jambatan menyeberangi Batang Rejang di kawasan tersebut. Waiau bagaimanapun, pembinaan jambatan ini akan dilaksanakan oleh syarikat kontraktor swasta. Syarikat-syarikat swasta yang berkebolehan akan dipelawa untuk menyertai proses tender terbuka, mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan, bagi membina jambatan ini.

AIDS - KEMPEN PENCEGAHAN

13. Tuan Haji Zaino) bin Md. Deros minta Menteri Kesihatan menyatakan kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi hasil kempen yang hebat untuk menyekat wabak penyakit AIDS di kalangan rakyat negara ini yang terdedah kepada kehidupan alat-barat melalui media massa dan media elektronik.

Dato' K. Kumaran: Kajian yang dijalankan di seluruh negara pada awal tahun 1992 bagi pihak Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa Kempen pendidikan AIDS telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap AIDS. Lebih 94% masyarakat kita sedar ten tang AIDS. Kempen ini juga tel ah meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat tentang AIDS. Antara 46% hingga 55% masyarakat umum tahu cara­cara utama AIDS merebak.

Selain daripada meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan tentang AIDS, kempen ini juga mendapat sambutan yang baik. Banyak pertubuhan kerajaan dan swasta, maktab, sekolah dan persatuan telah memohon bantuan daripada Kementerian Kesihatan untuk menganjurkan program dan kegiatan pendidikan AIDS. Kejayaan kempen Kementerian Kesihatan juga diiktiraf oleh negara-negara lain. Ini dibuktikan oleh permintaan bahan-bahan pendidikan AIDS kita daripada banyak negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, India, Pakistan, Itali, Lithuania dan Macau.

ELEKTRIK - BEKALAN LUAR BANDAR DI SABAH

14. Tuan Johan B.O.T. Ghani @

Christopher minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan memandangkan Negeri Sabah jauh ketinggalan dalam bidang kemudahan asas seperti bekalan elektrik luar bandar, adakah Kementerian berkenaan bercadang untuk membekalkan elektrik ke kampung­kampung khususnya di luar bandar.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

859 8 JUN 1993 860

Dato' Seri S. Samy Vellu: Kerajaan Persekutuan sememangnya mempunyai program untuk membekalkan elektrik ke kampung-kampung di luar bandar termasuk di negeri Sabah.

KOPERASI - KAJIAN MENGENAL PASTI KELEMAHAN

15. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan adakah Keraj aan akan membuat kajian bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam koperasi dan membentangkan kepada sebuahjawatankuasa khas bagi membantu mengatasi kelemahan-kelemahan itu dan jika perlu ditubuhkan sebuah badan bagi mengambil alih operasi koperasi yang berkenaan.

Tuan Mohd. Noh bin Rejab: Ya, Kerajaan akan membuat kajian dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan­kelemahan yang terdapat dalam koperasi­koperasi dan juga berusaha membantu koperasi-koperasi mengatasi masalah atau kelemahan yang mereka hadapi.

Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk membentangkan hasil kajian sebab iamempunyai mekanismenya sendiri untuk memberikan bantuan-bantuan termasuk bantuan kewangan kepada koperasi­koperasi bagi mengatasi kelemahan­kelemahan yang dihadapi. Beberapa bengkel dan seminar seperti bengkel Persyarikatan Malaysia, Bengkel Klinik Akaun Koperasi, Seminar Koperasi Berkualiti, Seminar Koperasi Pekerja­Pekerja Kilang dan Seminar Koperasi Wanita telah pun diadakan dan usul-usul dari Bengkel dan Seminar ini telah pun digunakan dalam membentuk program­program dan aktiviti-aktiviti untuk Jabatan Pembangunan Koperasi. Beberapa program kerjasama telah juga diadakan dengan gerakan koperasi melalui Angkasa seperti Program Pengembangan Bersamadanjuga Program Pra-Audit.

Jika ada pengurusan koperasi-koperasi yang didapati tidak lagi dapat menjalankan fungsinya, Jabatan Pembangunan Koperasi mempunyai makanisme melalui peruntukan

undang-undang tertentu untuk mengatasi kedudukan ini. Sal ah satu earn ialah dengan melantik seseorang termasuk dari sesebuah badan korporat untuk mengambilalih dan menguruskan hal ehwal dan perniagaan koperasi berkenaan.

VISA - MELONGGARKAN PERATURANPENGELUARAN

16. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) pengeluaran VISA di beberapa buah negara seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka akan menjejaskan Industri Pelancongan, apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi perkara ini; dan

(b) dengan kemasukan pelancong dari negara luar ianya membawa masuk bersama adatdan kebudayaan asing dan juga penyakit seperti HIV. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan perkara ini.

Dato' Abdul Raman bin Soliman:

(a) SebagaimanaAhli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan baru-baru ini telah pun mengambil tindakan untuk melonggarkan peraturan­peraturan berkaitan dengan pengeluaran visa bagi negara­negara tersebut. Syarat wang cagaran sebanyak RM7 50 telah pun dimansuhkan. Untuk menggantikan wang cagaran, penaja tempatan adalah diperlukan dan dikehendaki membuat jaminan diri (Personel Bon) dengan bayaran sebanyak RMlO sekiranya tempoh lawatan tidak melebihi 2 bulan dan lawatan ini bertujuan sosial. Bagi lawatan yang bertujuan perniagaan dan urusan rasmi, penjamin tidak diperlukan. Waiau bagaimanapun keperluan visa dengan rujukan masih lagi berkuatkuasa bagi lawatan yang bertujuan sosial.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

861

(b)

8 JUN 1993

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, budaya asing dan penyakit-penyakit bukan dibawa masuk hanya oleh pelancong­pelancong luarnegeri. Faktor-faktor lain seperti media massa, pekerja­pekerja asing, pendidikan di luar negeri serta rakyat Malaysia yang melancong ke Iuar negeri juga menjadi sumberperkenalan budaya asing dan penyakit-penyakit berjangkit.

Waiau bagaimanapun dari segi industri pelancongan, Kementerian ini melalui missi-missi promosi dan pemasaran sentiasa mendedahkan pelancong-pelancong asing danjuga rakyat tempatan kepada cara hidup, kebudayaan dan perkara yang menjadi keperluan pelancong­pelancong. Dengan ini kesan-kesan negatif yang mungkin timbul akan dapat dikurangkan.

GURU/PENSYARAH MELETAK JA WATAN/BERSARA A WAL -

JUMLAH

17. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan menyatakan kedudukan guru-guru seluruh Malaysia termasuk pensyarah-pensyarah di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi sejak kebelakangan ini ramai yang berhenti sebelum tamat tempoh perkhidmatan dan berhenti membuatpilihan saraan lebih awal, nyatakan:

(a) berapa ramaikah guru-guru dan pensyarah-pensyarah berhenti daripada perkhidmatan mereka berdasarkan dua sebab yang disebutkan di atas bagi tahun 1992/ 1993;

(b) adakah tindakan mereka berhenti secara beramai-ramai itu disebabkan rasa tidak puas hati;

(i) kerana beban kerja begitu banyak;dan

862

(ii) soal gaji yang tidak memuaskan.

(c) masalah ini mungkin Iebih serius lagi jika guru-guru dan pensyarah­pensyarah berhenti atau meletakkan jawatan secara beramai-ramai dan ianya akan meninggalkan kesan buruk dan apakah tindakan Kementerian setakat ini.

Dr. Fong Chan Ono:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(i) jumlahguru yangmeletakkan jawatan dari tahun 1992 sehingga 15 April 1993 ialah seramai 393 orang. Jumlah guru yang bersara lebih awal atas pilihan sendiri pula seramai 1,925 orang.

(ii) jumlah pensyarah yang meletakkan jawatan dalam tahun 1991/1992 ialah seramai 188 orang.

(b) Di antara alasan yang diberikan untuk meletakkan jawatan dan membuat pilihan bersara lebih awal ialah mendapat pekerjaan Iebih baik, menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan politik secara aktif, berhijrah ke Iuarnegara dan atas sebab-sebab kesihatan dan peribadi. Waiau bagaimanapun, mereka tidak berhenti serentak secara beramai-ramai tetapi berperingkat-peringkat.

(c) Jumlah guru yang meletakkan jawatan dan bersara lebih awal adalah kecil iaitu 0.9% daripada jumlah keseluruhan guru. Dengan itu ianya tidak memberikan kesan kepada perkhidmatan pendidikan. Bagi jawatan-jawatan yang dikosongkan itu, Kementerian mengisikannya dengan guru sandaran, sementara menunggu perlantikan guru-guru terlatih.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

863 8 JUN 1993 864

SPN - KAJIAN PENYERAPAN KE SPA

18. Tuan Shuib bin Endut minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Kerajaan bertindak untuk menyerapkan pentadbiran SPN ke dalam SPA.

Tuan Douglas UggahEmbas: Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kemungkinan untuk menyerapkan pentadbiran Suruhanjaya PerkhidmatanNegeri ke dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pada masa sekarang kajian mengenai perkara ini sedang giat dijalankan.

LESEN - PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI KEDUA

19. Puan Hajah Che Pora binti Haji OmarmintaMenteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen membekalkan perkhidmatan tele­komunikasi kedua negara. Sekiranya ada, bilakah ianya akan dilaksanakan.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang mengeluarkan lesen kepada pengusaha kedua perkhidmatan telekomunikasi. Waiau bagaimanapun, Kerajaan telah mewujudkan pertandingan dalam perkhidmatan­perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan sambung jauh negara dan perkhidmatan antarabangsa.

KAD PENGENALAN BARU -JUMLAH PERMOHONAN

20. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa ramaikah sudah rakyat Malaysia yang telah memohon untuk kad pengenalan barn; dan

(b) apakah Kementerian sedar bahawa kelambatan rakyat memohon kad pengenalan tersebut disebabkan bahawa mereka agak sukar untuk bergambar kerana banyak kedai gambar tidak menyediakan baju warna gelap yang disyaratkan dan

mereka sendiri tidak mempunyainya sehingga rasa malas untuk bergambar. Jika sedar, tidakkah Kementerian akan memberi kelonggaran dalam memilih earn

warna baju ini dan tidak hanya warna gelap untuk kemudahan umum.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Bilangan rakyatMalaysia yang telah memohon KPT sehingga 30 April 1993 ialah 3,558,096.

( b) Sehingga kini tiada aduan mengenai kesukaran orang a warn mendapatkan baju berwarna gelap semasa mengambil gambar untuk memohon KPT kerana kebanyakan mereka memiliki baju tersebut dan kedai gambar tidak perlu menyediakannya. Pemakaian warna sedemikian bertujuan supaya imej dalam gambarfoto hitam putih tersebut kelihatan jelas dan sempurna serta menyamai dengan objek sebenar. Oleh itu, Kementerian ini tidak bercadang untuk melonggarkan syarat terse but.

JUALAN MURAH - PATUH UNDANG-UNDANG

21. Tuan Ghazali bin Haji Embong min ta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah jualan murah di seluruh negara mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dipatuhi oleh premis-premis ketika jualan murah bagi memastikan harga yang ditawarkan betul-betul murah dan berapa banyakkah premis-premis yang menawarkanjualan murah dapat ditangkap kerana tawaran harga tidak betul dan tidak munasabah.

Dr. Sak Cheng Lum: Secara keseluruhannya, kebanyakan peniaga yang menganjurkan jualan murah mematuhi undang-undang jualan murah. Sejak undang-undang ini mula berkuatkuasa pada I Januari 1988 hingga 31 Mei 1993, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menerima 60, 157 notis dari peniaga yang ingin

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

865 8 JUN 1993 866

mengadakan jualan murah di seluruh negara. Darijumlah ini, Kementerian telah mengesan 946 kes kesalahan dan nilai rampasan barang-barang yang terlibat pula ialah sebanyak RM2,000,970.00. Kebanyakan kes yang dikesan adalah melibatkan kesalahan tidak mengemukakan notis apabila mengadakan jualan murah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang Mulai ini, undang-undang berhubung dengan jualan murah ini telah pun dipinda dan ianya berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993 dengan tujuan memperkemaskannya agar pelaksana­annya menjadi lebih licin, teratur dan berkesan. Antara pindaan-pindaan tersebut ialah mewajibkan sesiapa yang ingin mengadakan jualan murah memohon kebenaran bertulis daripada Kementerian. Di samping itu, 70% darijumlah barangan hendaklah ditawarkan dengan hargajualan murah serta menghadkan jumlah bilangan mengadakan jualan murah bagi satu-satu premis perniagaan kepada 4 kali dalam tempoh satu tahun. Adalah menjadi harapan Kementerian bahawa dengan pindaan yang baru berkuatkuasa ini, perniagaan secara jualan murah dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan beretika tanpa mengandungi unsur-unsur penipuan atau penyelewengan. Perlu juga ditegaskan bahawa para pengguna juga seharusnya memainkan mereka supaya tidak terpedaya dengan bermacam-macam "pujukan" atau "rayuan" oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

BAS EKSPRES HARAM -KESAN

22. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan berapa banyakkah bas-bas ekspress haram yang dapat dikesan di seluruh negara;

(a) berapa banyakkah permit bas ekspres yang telah diluluskan di seluruh negara dari 1990 hingga 1993;dan

(b) permit-permit bas ekspress yang telah diluluskan oleh Kementerian. Berapa banyakkah yang masih

belum berjalan mengikut laluan yang ditetapkan, jika tidak apakah sebab-sebabnya.

Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor:

Hasil daripada penguatkuasaan bersama­sama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah didapati bas-bas ekspres haram beroperasi secara berleluasa dengan berani. Waiau bagaimanapun, Lem bag a Pelesenan Kenderaan Perdagangan tidak mempunyai statistik sebenar bilangan bas-bas haram di seluruh negara. Anggaran kasar mengikut laporan-laporan tak rasmi mungkin melebihi 1,000 buah.

(a) Jumlah permit Bas Ekspress yang telah diluluskan di seluruh negara dari tahun 1990 hingga tahun 1993 adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia 1,635 Sabah 158 Sarawak 22

Jumlah 1,815

(b) Untukmakluman Yang Berhormat, jumlah permit Bas Ekspres yang belum beroperasi di Semenanjung Malaysia ialah 85, Sabah 13, Sarawak tiada. Lazimnya sebab­se bab permit tersebut belum beroperasi antara lain adalah seperti berikut:

(i) Bas belum ditempah;

(ii) Bas yang ditempah belum siap;

(iii) Atau Iain-lain sebab yang tidak diketahui oleh Kementerian Perusahaan Awam.

PERKHIDMATAN POS -STATUS PENSWASTAAN

23. Puan Rajah Habshah binti Haji Osman minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan status penswastaan Pos dan seterusnya memberi strategi Pos

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

867 8 JUN 1993 868

menangani dan menyaingi teknologi maklumat yang tinggi seperti fax dan yang lain yang mungkin menjadikan Pos tidak berfungsi lagi.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, Jabatan Perkhidmatan Pos telah diperbadankan pada 1 Januari 1992 dan sejak dari tarikh tersebut Perkhidmatan Pos telah dikendalikan oleh syarikat pengganti iaitu Pos Malaysia Berhad (PMB), PMB belum lagi diswastakan.

Adalah menjadi dasar Kerajaan untuk mengadakan Perkhidmatan Pos sebagai salah satu kemudahan perhubungan yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini melalui rangkaian Pos yang tersebar luas di seluruh negara, dalam hal ini, Pos Malaysia telah diberi lesen untuk menjalankan Perkhidmatan Pos sebagai satu keperluan perhubungan asas pada kadar harga yang munasabah dan mudah diperolehi.

Tidak dinafikan bahawa kehadiran teknologi maklumat seperti fax dan lain­lain, memberikan persaingan kepada Perkhidmatan Pos. Waiau bagaimanapun, penggunaan teknologi tersebut masih terhad dan tidak semestinya menjejaskan penggunaan Perkhidmatan Pos PMB sehingga menjadikan PMB tidak berfungsi lagi. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kewujudan syarikat-syarikat kurier dalam negeri yang terlibat dalam penghantaran dokumen segera yang juga memberi persaingan kepada Pos Malaysia.

Di samping itu, bagi memenuhi objektif perniagaannya, Pos Malaysia akan memperbagaikan lagi aktiviti-aktiviti serta menceburi bidang-bidang perniagaan baru yang ada kaitan dengan perkhidmatan utamanya. Sehubungan dengan ini, Pos Malaysia berhasrat untuk menjadikan rangkaian Pejabat Posnya sebagai Pusat Komunikasi dan Maklumat Setempat (One Stop Communication Centre), baik di bandarmahupun di luar bandar. Strategi ini dapat dilaksanakan kerana Pos Malaysia mempunyai rangkaian Pos yang luas dan infrastruktur yang moden tennasuk sistem komputerisasi "on-line" yang lengkap.

PMB juga telah memperkenalkan "drive­in-counter", pembelian kontena untuk penghantaran mel dan bungkusan antara satu bandar ke bandar lain, pengenalan Perkhidmatan Pos La ju, penjualan setem di stesen-stesen minyak (petrol pumps) dan

Pusat-pusat 7-Eleven, PMB juga mendapat kontrak daripada Uniphone Malaysia Berhad untuk menjual telefon kad di kaunter-kaunter pejabat posnya. Semua usaha ini adalah untuk kepentingan dan kemudahan tambahan kepada pengguna­pengguna dan saya percaya dengan usaha ini PMB tidak mudah digugat daripada perkembangan terbaru dalam sektor telekomunikasi akhir-akhir ini.

ROMPAKAN - MENCEGAH PENGLIBATAN MURID-MURID

SEK OLAH

24. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) kes rompakan yang terlibat murid­murid sekolah; dan

( b) bagaimana caranya untuk mencegah murid-muridsekolah terlibatdalam kegiatan jenayah.

Dr. Fong Chan Ono:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan tidak mempunyai rekod bilangan kes rompakan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Waiau bagaimanapun mengikut laporan polis, terdapat sebanyak 777 kes rompakan yang ada melibatkan remaja di peringkat umur persekolahan sepanjangtahun 1992. Namun demikian tidak dapat dipastikan bilangan sebenar dari jumlah tersebut yang melibatkan pelajar sekolah.

(b) Jawapan kepada soalan (b) telah dijawab sekaligus bersama-sama dengan so al an No. 19 dalam Aturan Mesyuarat Harian Dewan Negara iaitu soalan dari Yang Berhonnat Tuan Saad bin Haji Man pada 25-5-1993.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

869 8 JUN 1993 870

MAKTAB PERSENDIRIAN -KUALITI PELAJARAN

25. Datuk K. Vijayanathan minta Menteri Pendidikan menyatakan bolehkah beliau memberi butir-butir mengenai jumlah maktab-maktab persendirian bagi pelajaran tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian dan beri butir-butir sama ada Kementerian telah mengambil langkah­langkah untuk mengesan bahawa maktab­maktab ini memelihara tahap minima supaya tahap pendidikan akan mempunyai satu tahap yang boleh diterimadi luarnegeri dan institusi pelajaran tinggi.

Dr. Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan institusi pendidikan tinggi yang telah diberi kelulusan penubuhan oleh Kementerian Pendidikan seperti pada 31-1-1993 adalah 172 buah.

Antara langkah yang diambil untuk me mas tikan ins ti tusi-ins ti tusi i tu menawarkan pendidikan berkualiti adalah:

(i) syarat-syarat tertentu dikenakan semasa kelulusan penubuhan diberi;

(ii) syarat-syarat pendaftaran dikenakan semasa institusi­institusi itu didaftarkan;

(iii) pihak pengurusan dan guru-guru dikehendaki memperolehi permit mengajardaripadaPendaftarGuru­Guru;

(iv) lawatan pemeriksaan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri; dan

(v) pemeriksaan mengejut dilakukan apabila aduan diterima daripada orang ramai atau persatuan­persatuan.

TENTERA - MENAMBAH ELAUN PERUMAHAN ANGGOTA

26. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian ini telah

melaksanakan cadangan untuk menambah elaun perumahan anggota tentera supaya selaras dengan kadar sewa yang semakin meningkat, jika belum nyatakan sebab­sebabnya.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak:

Kementerian Pertahanan sedar bahawa Elaun Perumahan yang dikenali sebagai Elaun Bantuan Sew a Rumah perlulah dikaji semula memandangkan kepada kadar sewaan pasaran masa kini. Menyedari hakikat ini Kementerian Pertahanan telah pun membuat perakuan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan supaya Elaun Bantuan Sewa Rumah bagi Angkatan Tentera Malaysia (A TM) dikaji semula. Adalah difahamkan bahawa perkara ini adalah dalam tindakan aktif kedua-dua agensi berkenaan dan satu keputusan mengenai kadar-kadar baru akan disampaikan kepada Kementerian Pertahanan dalam sedikit masa lagi.

PELANCONGAN -KEMPEN/PROM OSI

27. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan bahawadijangka kempen dan promosi untuk menarik ramai pelancong sedang dilaksanakan. Bolehkah beliau terangkan apakah kempen-kempen terse but.

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Kempen dan promosi bagi menarik pelancong telah dilaksanakan semenjak Kementerian ditubuhkan, malah sebelum itu oleh pihak yang berwajib dan akan berterusan di masa-masa akan datang. Pada masaini Kementerian sedang melaksanakan kempen TMM '94 melalui:

(a) pengedaran barangan promosi seperti kalendar aturcara, "trade brochure" dan bahan-bahan cenderamata lain yang memperkenalkan Malaysia, pejabat-pejabat Lem bag a Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kedutaan Malaysia di luar negeri;

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

871 8JUN1993 872

(b) menghantar rombongan galakan pelancongan ke luar negeri di samping menyertai aktiviti di luar negeri seperti "trade fair", "exhibi­tions", seminar dan lain-lain lagi;

(c) penyebaran maklumat program Tahun Melawat Malaysia '94 dan tarikan-tarikan pelancongan melalui media-media cetak/elektronik di luar negeri;

(d) menjemput wartawan-wartawan asing untuk turut serta meliputi peristiwa-peristiwa di dalam negara dari masa ke semasa;

(e) membuat hubungan terus dengan pengusaha-pengusaha pelancong di luar negeri agar mereka dapat menyediakan pakej-pakej pelancongan ke Malaysia; dan

(f) menggalakkan pengusaha-pengusaha pelancongan asing memperbanyakkan pakej lawatan ke Malaysia dan mengadakan kempen untuk sasaran minat khas seperti Kempen Membeli-Belah, Kempen Lawatan Pengembaraan, Kempen Lawatan "Agro Tourism" dan juga Kempen untuk Menyelam di Dasar Laut.

JALAN­PROJEK GERIK-KEROH

28. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) tarikh asal Projek Jalan Gerik­Keroh akan siap;

(b) mengapa projek ini belum siap dalam tempoh masa yang ditetapkan;

( c) tindakan diambil oleh Kementerian dan tarikh baru projek ini akan siap.

Datuk Leo Moggie anak Irok:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tarikh asal projek Jalan Gerik- Keroh akan siap ialah pada 18 November 1990.

( b) Projek ini tidak dapatdisiapkan pada 18 November 1990, tarikh sepatutnya ianya siap dibina disebabkan prestasi kerjakontraktor yang melaksanakan projek tersebut adalah lemah. Berikutan dengan

prestasi yang lemah ini kontrak tersebut telah dimansuhkan tJada 20 November 1991 dan tawaran semula telah dipanggil.

(c) Projek ini telah ditawarkan kepada kontraktor baru dan tarikh baru projek ini akan siap ialah pada 26 Februari 1995.

WANG SYILING SERINGGIT­KESULITAN

29. Tuan V. K. Sellappan mintaMenteri Kewangan menyatakan:

(a) sedarkah Kementerian Kewangan bahawa wang siling seringgit adalah berat dan kurang sesuai dalam urusniaga seharian. Apakah sebabnya Kerajaan masih lagi mengeluarkan duit syiling seringgit itu;

(b) adakahcadangan untukmeneruskan pengeluaran wang kertas bernilai satu ringgit atau dua ringgit; dan

(c) apakah sebab-sebabnya Kerajaan berhenti mengeluarkan wang kertas bernilai satu ringgit.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Kerajaan memang sedar penggunaan duit syiling RMl adalah menyulitkan. Waiau bagaimanapun, melalui masa ia akan menjadi suatu kebiasaan apabiladuitsyilingRMl digunakan secara meluas nanti. Tujuan Kerajaan memperkenalkan duit syiling RM 1 adalah untuk mengurangkan kos percetakannya yang tinggi yang terpaksa ditanggung setiap tahun. Wang kertas RMl hanya tahan selama 8 bulan hingga 1 tahun berbanding

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

873 8 JUN 1993 874

dengan duit syiling yang tahan hingga lebih 20 tahun. Dengan yang demikian, penjimatan kos ini akan menguntungkan negara dalam jangka panjang.

Untuk makiuman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah membuat kajian terperinci mengenai wang kertas RMI iaitu jenis nilai terendah dalam struktur wang kertas kita sebelum memutuskan untuk menggantikan penggunaannya dengan duit syiling RMI. Proses penggantian wang kertas RM 1 dengan duit syiling RMI telah dijalankan selama 3 tahun sehinggalah pada akhirtahun 1992 bila mana wang kertas RMI tidak dikeluarkan lagi kerana stok yang ada telah kehabisan. Tambahan pula, penggunaan duit syiling RMI menggantikan wang kertas RMI adalah selaras dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa pengeluar matawang di seluruh dunia ke arah penjimatan kos percetakan wang kertas.

(b) Kerajaan tidak bercadang untuk terus mengeluarkan wang kertas RMI ataupun memperkenalkan wang kertas RM2 memandangkan bahawa kedua-dua pengeluaran wang kertas tersebut tidak selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mengurangkan kos percetakan wang kertas. Adalah juga didapati kurang berkesan sekiranya wang kertas RM2 dikeluarkan bersama dengan duit syiling RM l kerana ianya sekali lagi akan membebankan Kerajaan dari segi kos percetakan wang kertas itu.

( c) Sebagaimana yang telah dijelaskan tadi, tujuan Kerajaan menghentikan pengeluaran wang kertas RMI dan menggantikannya dengan duit syiling RM I adalah untuk menjimatkan kos.

KWSP-SKIM PENGELUARAN CARUMAN

30. Tuan V.K.SellappanmintaMenteri Kewangan menyatakan caruman KWSP

ditabung khazanah berlebihan jika dibandingkan pada tahun-tahun yang lepas:

(a) adakah Kerajaan ingin memperkenalkan skim baru yang setanding dengan skim pencen kepada wargatua yang pencarum; dan

(b) jika tidak, apakah langkah-langkah Kerajaan untukmembantu wargatua supaya berdikari.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang mengkaji cadangan-cadangan untuk meningkatkan kemudahan di bawah skim pengeluaran caruman KWSP. Skim Bayaran Berkala yang berasaskan kepada konsep simpanan bagi Skim Pengeluaran Cukup Umur 55 Tahun ad al ah salah satu di antara cadangan-cadangan yang sedang dikaji. Di antara kemudahan yang mungkin disediakan di bawah skim ini ialah ahli yang telah mencapai umur 55 tahun yang akan mengeluarkan kesemua simpanannya boleh memilih untuk menerima bayaran pengeluaran berkenaan secara berkala sebagai alternatif kepada bayaran pengeluaran secara sekaligus.

(b) Penubuhan KWSP adalah merupakan langkah utama Kerajaan untuk membantu wargatua berdikari. Melalui Akta KWSP 1991, Kerajaan telah mewajibkan semuarakyat Malaysia yang bekerja mencarum kepada KWSPuntuk hari tua mereka. Dalam ha! ini, Kerajaan ingin menjelaskan bahawa Kerajaan telah mengambil initiatif yang tegas dalam usaha memastikan wargatua boleh berdikari apabila mereka bersara dari bekerja. Bagaimanapun, ada di kalangan kaum pekerja sendiri yang tidak mengindahkan perkara ini dan enggan mencarum kepada KWSP. Adajuga di kalangan mereka tidak mengambil berat langsung mengenai kepentingan simpanan KWSP ini. Kerajaan merasakan

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

875 8 JUN 1993 876

bahawa kaum pekerja perlu memainkan peranan positif untuk masadepan mereka sendiri dan tidak hanya meletakkan be ban ini kepada Kerajaan semata-mata.

PEMBUNUHAN CIK MUKTAKIZAH -HASIL SIASATAN

31. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sejauh manakah kes siasatan terhadap pembunuhan Cik Muktakizah; dan

(b) apakah hasil siasatan ke atas pembunuhan kejam yang sudah lama berlaku itu.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Penyiasatan terhadap pembunuhan Cik Mutakizah masih giat dijalankan oleh pihak polis;

(b) Setakat ini belum ada maklumat­maklumat yang positif berhubung dengan pembunuhan ini. Siasatan kes ini masih diteruskan.

SUKAN - PROGRAM DI PERINGKATSEKOLAH

MENENGAWUNIVERSITI

33. Dato' AzumubinTakmintaMenteri Pendidikan menyatakan apakah program di peringkat Sekolah Menengah dan Universiti untuk menggalakkan agar penuntut-penuntut kita terkenal dan menjadi juara di lapangan sukan di dunia.

Dr. Fong Chan Onn: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan sukan para pelajar di peringkat persekolahan dan universiti adalah seperti berikut:

(i) mewujudkan beberapaKompleks Sukan di semua negeri;

(ii) memperluaskan dan meningkatkan kemudahan sukan di sekolah rendah, menengah dan universiti;

(iii) mengadakan peruntukan bagi pembelian alatan sukan bagi sekolah rendah dan menengah;

(iv) mengadakan skim insentif dan kebajikan kepada pelajar-pelajar yang berbakat dan cemerlang dalam bidang sukan melalui kegiatan-kegiatan sukan di semua peringkat persekolahan dan

institusi-institusi pengajian tinggi;

(v) membina sekolah-sekolah sukan yang akan menempatkan pelajar­pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan;

(vi) menempatkan guru-guru terlatih dalam bi dang Pendidikan J asmani dan Sukan di semua sekolah;

(vii) mengadakan majlis anugerah sukan setiap tahun untuk menghargai atlit-atlit sekolah dan universiti yang mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan

(viii) memberikan unit atau kredit yang akan dicatatkan dalam rekod pengajian pelajar universiti yang tel ah menunjukkan kecemerlangan dalam sukan.

SUKAN - GANJARAN KEPADAJAGUH

34. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros mintaMeqteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada ahli sukan yang berjaya mendapat pingat emas di Sukan SEA di Singapura ini akan fiiberi ganjaran seperti :-

' (a) jika umat Islam akan diberi peluang

menunaikan rukun Islam yang kelima pada musim Haji tahun 1994;

(b) jika penganut Kristian akan dibawa ke Vatican, Rome, Italy; dan

( c) penganut-penganut agama-agama lain ke tempat suci mereka di negara luar dari Malaysia.

Dato' Ismail bin Said: Ahli-ahli sukan yang berjaya mendapat pingat emas di Sukan SEA di Singapura akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM 1,500.00 seorang. Kerajaan belum bercadang memberi ganjaran yang dicadangkan oleh Yang Berhormat buat masa ini.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

877 8JUN1993 878

PIL TIRUAN -JUMLAH RAMPASAN

35. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa banyakkah pil-pil tiruan yang dirampas sepanjang tahun lalu hingga sekarang dan adakah sindiket-sindiket yang bergiat dalam pasaran tempatan mempunyai hubungan dengan sindiket-sindiket antarabangsa di luar negara.

Dr. Sak Cheng Lum: Sepanjang tahun 1992 hingga 31 Mei 1993, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merampas sebanyak 77,604 pil-pil tiruan di seluruh negara. Daripada siasatan yang dijalankan, tidak ada bukti untuk mengaitkan sindiket-sindiket yang bergiat dalam pasaran tempatan dengan sindiket-sindiket antarabangsa di luar negara.

GURU -JUMLAH TERGOLONG DALAM PERKHIDMATAN

KRITIKAL

36. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan kedudukan guru-guru kelulusan SPM yang baru sahaja mendapat STPM mereka dalam skim gaji SSB ini. Berapakah jumlah guru yang digolongkan dalam kedudukan kritikal dalam SSB itu.

Dr. Fong Chan Ono: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah dalam Sistem Saraan Baru yang berkuatkuasa mulai l Januari 1992 menetapkan kelayakan akademik ialah Sijil Pelajaran Malaysia dengan gaji permulaan Peringkat 1, Tangga 1 RM592. Bagi calon­calon yang dilantik dengan kelayakan STPM diberikan gaji permulaan Peringkat 1Tangga6 RM771. Manakala guru-guru sedang berkhidmat yang baru memperolehi kelulusan STPM, gaji yang sedang mereka terima tidak boleh diselaraskan kepada tanggagaji yang bersesuaian dengan kelayakan tersebut oleh kerana Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah sekarang tidak ada peruntukan sedemikian. Waiau bagaimanapun, Kerajaan sedang mengkaji perkara ini. Setakat ini Kementerian telah

menerima 150 permohonan daripada guru­guru sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan STPM untuk perlarasan.

Jumlah guru dalam Perkhidmatan Kritikal di bawah SSB ialah seramai 2,484 orang.

SEKOLAH - MENGATASI KESESAKAN MURID

37. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana tindakan telah diambil untuk mengatasi sekolah-sekolah yang sesak dan terlampau ramai pelajar, contohnya Sekolah Menengah Chan Wa Seremban, Chi Wen Bahau dan lain-lain lagi.

Dr.FongChanOnn:Untukmakluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah sekolah-sekolah yang sesak, Kementerian Pendidikan akan membina lebih banyak bilik darjah tambahan di samping pembinaan sekolah-sekolah baru. Waiau bagaimanapun, bilangannya bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada. Di samping itu, Kementerian Pendidikanjuga akan mengagihkan penempatan pelajar ke sekolah-sekolah lain yang berhampiran.

SYIAH - AJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

38. Tuan Saidin bin Mohamad minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan telah mengenalpasti kegiatan ajaran Syiah di institusi pengajian tinggi telah bertapak dan jika benar kegiatan itu bertapak dan berkembang ke tahap yang sukar untuk dibasmikan sehingga ada kenyataan bahawa amalan Syiah itu terlalu jauh simpangnya daripada sunnah wal jamaah.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar A bang Haji Mustapha: Kerajaan telah mengenalpasti beberapa orang yang cuba menyebarkan fahaman Syiah. Kegiatan mereka adalah bertujuan mencari pengaruh dan mempunyai kepentingan peribadi.

Kerajaan sentiasa meneliti pengaruh perkembangan berkenaan dan akan bertindak ke atas mana-mana pihak atau

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

879 8JUN1993

orang perseorangan yang menyibarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

HOSPITAL SWASTA­SYARA T KELULUSAN

39. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Kesihatan menyatakan, sudahkah Kementerian ini menyiapkan kajian mengenai kedudukan hospital swasta di negara ini supaya ia mematuhi kehendak Akta Hospital Swasta; dan

(a) nyatakan apakah peraturan/syarat utama dikenakan kepada pengusaha hospital swasta sebelum diberi kebenaran menjalankan kegiatan kepada umum;

( b) berapa banyakkah aduan mengenai swasta yang enggan menerima pelanggan yang memerlukan rawatan kecemasan atau alasan pelanggan terbabit tidak mampu membayar perbelanjaan perubatan bagi tahun 1992-1993; dan

(c) sejak akhir-akhir ini banyak rungutan kononnya hospital swasta mengenakan bayaran begitu mahal kepada pelanggan, dalam ha! ini apakah tindakan Kementerian terhadap hospital swasta itu.

Dato' K. Kumaran: Mengikut peraturan yang sedia ada Kementerian akan memeriksa semua hospital swasta setiap kali sebelum lesen mereka diperbaharui setiap tahun.

(a) Peraturan/syarat utama yang dikenakan kepada Pengusaha Hospital Swasta sebelum diberi kebenaran menjalankan kegiatan adalah:

(i) memenuhi peruntukan­peruntukan di bawah U ndang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 bagi kelulusan pembinaan bangunan.

880

(ii) Memenuhi keperluan-keperluan perlesenan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971. Di antara peruntukan­peruntakan yang disyaratkan

ialah:

pre mis hendaklah dikendalikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

mempunyai kategori serta bilangan personel kejururawatan seperti yang ditetapkan dan berdaftar;

mempunyai ruang fizikal bersesuaian dengan keperluan hospital serta peralatan-peralatan yang mencukupi; dan

mempunyai Sijil Pencegah Kebakaran Sernas a.

(b) Kementerian tidak mempunyai maklumat tentang aduan-aduan mengenai hospital-hospital swasta yang enggan menerima pelanggan yang memerlukan rawatan kecemasan.

(c) Kementerian sedar adanya banyak rungutan terhadap hospital swasta yang mengenakan bayaran mahal kepada pelanggan. Hospital swasta adalah di bawah kawalan Kementerian dari segi pengeluaran lesen bagi penubuhan sesuatu Hospital swasta itu dan aktiviti­aktiviti yang dibenarkan adalah mengikut peruntukan-peruntukan Akta Hospital Persendirian 1971. Terdapat beberapa undang-undang yang sedia ada yang juga mempunyai peruntukan-peruntukan bagi mengawasi aktiviti-aktiviti profesyen perubatan khususnya untuk melindungi kepentingan pesakit.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

881 8 JUN 1993 882

SEMPADAN-RUNDINGAN KERJASAMA MALAYSIA/THAI

40. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) kedudukan rundingan kerjasama sempadan Malaysia!Thai; dan

(b) apakah Malaysia menuntut sebarang bayaran gantirugi dalam beberapa pencerobohan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Thai baru-baru ini.

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Kedudukan rundingan kerjasama sempadan Malaysia/Thai telah pun dimaklumkan kepada Dewan ini pada 27 Mei 1993 semasa saya menjawab soalan dari Y.B. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah.

Sebagai jawapan kepada soalan ( b), sa ya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah menuntut supaya pihak berkuasa Thai memulangkan semula barangan yang telah dirampas atau membayar gantirugi kepada tuan punya yang terlibat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada 29 Januari 1992, pihak berkuasa Thai telah memulangkan barangan bemilai RM 17 ,000 yang dirampas oleh pegawai-pegawainya semasa insiden pencerobohan yang berlaku pada 30 Jun 1991.

TOKSID-CADANGAN TAPAK BUANGAN

41. Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) adakahrancangan untukmengubah tempat buangan toksid ke negeri lain; dan

(b) adakah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah berunding dengan Kerajaan Negeri Sembilan bagi membuat tempat buangan toksid di Bukit Nanas, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tuan Peter Chin Fah Kui:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tidak ada rancangan untuk mengubah cadangan tapak di BukitNanas,Negeri Sembilan, yang telah dikenalpasti paling sesuai.

( b) Perundingan di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Sembilan masih lagi berjalan.

KEMALANGAN - LANGKAH MENGURANGKANKADAR

42. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa kadar kematian akibat kemalangan jalan raya adalah merupakan kadar kematian yang tertinggi berbanding dengan kadar kematian akibat wabak penyakit yang sedang diberi tumpuan oleh Kerajaan sekarang seperti AIDS, penyalahgunaan dadah dan lain-lain. Apakah Iangkah yang Iebih positif yang sedang diaturkan oleh Kementerian bagi ~~ngurangkan kadar kemalangan di negara m1.

Datin Paduka Rajah Zaleha binti Ismail: Kerajaan akan terus berusaha mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. Langkah-langkah ini termasuklah:

(i) memperhebatkan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti Polis dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan;

(ii) mempertimbangkan pelaksanaan larangan penggunaan semasa memandu alat-alat yang boleh membawa kepada berlakunya kemalangan seperti telefon mudah alih (mobile phone) dan sebagainya;

(iii) menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan terutama di peringkat kanak-kanak sekolah bagi menerapkan kesedaran akan betapa pentingnya keselamatan jalan raya;

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

883 8 JUN 1993 884

1 (iv) menggiatkan lagi akti vi ti pendidikan kepada masyarakat umum melalui media massa, melalui kempen-kempen, ceramah-ceramah, seminar-semi­nar dan juga edaran risalah-risalah; dan

(v) memperbaiki serta menyeleng­garakan jalan-jalan khususnya di kawasan-kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan ray a.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA

LUMPUR-KAWASAN KESELAMATAN

43. Tuan Micheal Bong Thiam Joon minta Menteri Pengangkutan menyatakan tindakan-tindakan keselamatan yang canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, supaya pencerobohan­pencerobohan tidak akan berlaku di masa hadapan sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi lapangan terbang kita di mata dunia luar.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Si stem keselamatan yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah ditingkatkan untuk mempastikan pencerobohan­pencerobohan tidak akan berlaku di masa hadapan. Dalam hubungan ini langkah­langkah seperti berikut telah diambil:

(i) mempertanggungjawabkan Malaysia Airports Berhad sebagai agensi untuk keselamatan seluruh kawasan lapangan terbang;

(ii) peningkatan rondaan;

(iii) memperbaiki pagar keselamatan lapangan terbang;

(iv) pemeriksaan yang lebih rapi termasuk "spot check" ke atas pekerja-pekerja dan pengguna­pengguna lapangan terbang;

(v) memperketatkan penguatkuasaan terhadap orang-orang yang dibenarkan untuk memasuki kawasan-kawasan tertentu; dan

(vi) pengawalan yang lebih ketatdalam pengeluaran pas bagi memasuki bilik-bilik VIP.

Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan juga sedang diambil untuk memperolehi alatkelengkapan keselamatan baru seperti kereta pacuan empat roda dan motosikal untuk membolehkan anggota­anggota keselamatan menjalankan tugas meronda dengan lebih berkesan.

KEMALANGAN KAPAL DI SELAT MELAKA -

LANGKAH MENGATASI

44. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pengangkutan memberi maklumat, memandangkansejakakhir-akhirini banyak berlaku kemalangan kapal di Selat Melaka yang menyebabkan pencemaran laut dan kerugian besar. Apakah bentuk tindakan yang sedang diambil dan dirancang sama ada oleh Kerajaan Malaysia sendiri atau bersama Kerajaan Indonesiadan Singapura bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kapal-kapal di laluan Selat Melaka pada masa-masa hadapan.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kerajaan telah mengambil langkah­langkah tertentu untuk membantu laluan kapal bagi menjamin keselamatan perairan Selat Melaka dengan menyedia­kan laluan pelayaran khusus dengan izin, "Traffic Separation Scheme" dan memasang alat-alat bantuan pelayaran seperti rumah api, tanda arah suar (beacon) dan pelampung suar (buoy) di beberapa tempat di Selat Melaka. Di samping itu, tindakan juga telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk meminda dan memperketatkan undang-undang kebangsaan dengan tujuan untuk menentukan tahap keselamatan kapal-kapal serta untuk mengawal dan mencegah pencemaran. Kerjasama di antara negara­negara berpantai, dengan izin "littoral" iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura juga telah wujud melalui Jawatankuasa yang dipanggil "Tripartite Technical Expert Group" untuk menentukan tindakan yang lebih bersepadu terhadap masalah keselamatan dan pembersihan di perairan Selat Melaka.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

885 8 JUN 1993 886

KEMALANGAN-LANGKAH MENGURANGKAN KADAR

45. Puan Sri Sarasa Pasamanickam min ta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang tel ah diwujudkan bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya selain dari Kempen Keselamatan Jalan Raya, Perangkap Had Laju dan lain-lain;

(b) kesesakan lalulintas sering berlaku dengan adanya pertambahan kenderaan di Malaysia sekarang, apakah sistem-sistem komunikasi yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya semasa memandu bagi mengetahui kesesakan jalan raya yang berlaku seperti Papan Tanda Yang Berfungsi (Computerised Sign Board Display), Siaran Radio dan lain-lain; dan

( c) apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya apabila berlaku kerosakan di jalan raya terpencil dan tidak mempunyai kemudahan perhubungan seperti telefon dan lain-lain.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Langkah-langkah yang diam bi I untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya termasuklah:

(i) melaksanakan peraturan-peraturan seperti menghadkan jumlah penumpang dan kelajuan van-van; mewajibkan lampu motosikal dipasang pada siang hari semasa bergerak.

(ii) menerapkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan murid-murid sekolah melalui pendidikan

kokurikulum, penubuhan Kelab Keselamatan Jalan RayadanPasukan UnitTrafik Sekolah;

(iii) penguatkuasaan undang­undang lalulintas oleh agensi penguatkuasaan seperti Polis DirajaMalaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);

(iv) memberi kursus, ceramahdan latihan kemahiran pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan berat iaitu kursus pemanduan berhemah;

(v) menganjurkan seminar, bengkel, simposium dan membincangkan cara-cara meningkatkan tahap keselamatan jalan raya; dan

(vi) memperbaiki serta menyelenggarakan jalan­jalan khususnya di kawasan­kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan ray a;

(b) Sistem komunikasi yang boleh digunakan termasuklah radio, telefon mudah alih (mobile phone) arahan-arahan polis peronda dan sistem pengawalan lalulintas kawasan berkomputer (Area Traffic Control Sistem, ATCS).

(c) Langkah-langkah yang boleh diambil termasuklah mendapatkan bantuan polis peronda dan pengguna-pengguna jalan raya yang lalu di tempat berkenaan.

KESALAHAN LALULINTAS JUMLAH LAPORAN DARI

PEGA WAI KUMPULAN "A"

46. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapa kes kesalahan lalulintas telah dilaporkan oleh Pegawai Kumpulan A (yang diberi kuasa oleh Kementerian); dan

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

887 8 ruN 1993 888

(b) berapa kes kesalahan ini telah dihukum di mahkamah atau dikompaun, dari masaimplementasi prosedur atau peraturan ini hingga masa setakat ini.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Jumlah kes kesalahan lalulintas yang telah dilaporkan oleh Pegawai Kumpulan A kepada Polis dan JPJ mulai 1986 hingga April 1993 adalah sebanyak 3,632 kes.

(b) Jumlah kes yang diselesaikan bagi tempoh tahun 1986 hingga 1993 adalah sebanyak 234 kes dan kesemuanya melalui kompaun.

MAIKA HOLDINGS-SIASATAN BPR ATAS SAHAM TELEKOM

47. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejauh manakah penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas peruntukan saham Telekom kepada MAIKA Holding;

( b) bilakah basil siasatan tersebutdapat dimaklumkan kepada rakyat; dan

( c) apakah Keraj aan bercadang menutup kes ini kerana yang terlibat dalam kes ini tergolong sebagai pembesar negara.

Dato' Abang Abu Bakar bin Abang Haji Mustapha: Kes yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan masih lagi dalam penyiasatan Badan Pencegah Rasuah dan hasilnya belum dapat ditentukan lagi.

Bagi menjawab soalan (c), BPR tidak akan teragak-agak untuk mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat di mahkamah tanpa mengira taraf atau kedudukan mereka.

RANG UNDANG:-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN TANAH

(PINDAAN) 1992

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (7hb. Jun, 1993).

Tuan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi menyambung jawapan.

3.34 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung semula penggulungan atas perbahasan Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992.

Berhubung dengan kebimbingan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz bahawa nilai tanah yang diwartakan di bawah seksyen 15, Akta Benda Purba 1976 akan merosot hingga kepada tidak bemilai langsung. Sukalah saya menjelaskan bahawa nilai hartanah terlibat tidak akan merosot, sebaliknya mungkin akan lebih menguntungkan pemilik tanah, kerana bangunan atau monument atas tanahnya akan sentiasa dikunjungi oleh pelancong.

Sehubungan dengan nilai Tanah Rizab Melayu yang diambil balik, sukalah saya menarik perhatian Dewan bahawa seksyen 1, Jadual Pertama, AktaPengambilan Tanah 1960 telah dipinda dalam tahun 1984 yang menetapkan bahawa dalam mentaksir nilai pasaran mana-mana tanah yang dijadualkan sebagai Tanah Simpanan Melayu atau sesuatu Pegangan Melayu, di bawah Enakmen Tanah Simpanan Melayu Terengganu atau tanah adat di Negeri Sembilan atau Melaka, tidaklah boleh diambilkira ciri-ciri tersebut. Dengan pindaan tersebut, Tanah-tanah Rizab Melayu, Pegangan Melayu atau Tanah Adat

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

889 8JUN1993 890

adalah dinilai harga pasarannya sama dengan tanah-tanah biasa yang bukan Rizab Melayu, yang berhampiran. Oleh yang demikian, tidak timbul kenyataan bahawa nilai Tanah Rizab Melayu menjadi murah dalam pengambilan semula oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya menegaskan sekali lagi bahawa Rang Undang-undang ini hanya akan meminda subseksyen (2), seksyen 1 dalam Jadual Pertama, Akta Pengambilan 1960 tanpa s~dikit pun menjejaskan peruntukan subseksyen (2)(a) seksyen 1 mengenai nilai Tanah Rizab Melayu, seperti yang saya jelaskan sebentar tadi.

Sehubungan dengan pertanyaan mengenai sama ada Tanah-tanah Rizab Melayu yang diambil balik telah diganti, sukalah saya jelaskan bahawa di bawah peruntukan Fasal (3), Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kewajipan Kerajaan Negeri mengganti semula dengan serta-merta mana-mana Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan rizabnya dengan mana-mana tanah lain yang serupajenisnyadengan tanah itu seluas tidak lebih daripada luas tanah itu. Mengikut rekod Kementerian, keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia seluas 4.04 juta hektar di mana seluas hampir 83,000 hektar darinya tel ah diambil balik dan dimajukan dengan projek-projek pembangunan. Kerajaan-kerajaan Negeri sedang mengambil tindakan bagi menggantikan Tanah-tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan ianya mengambil sedikit masa memandangkan kesukaran mendapatkan tanah ganti yang sama taraf, lebih-lebih lagi di tempat-tempat strategik atau bagi negeri-negeri yang kekurangan tanah. Mengikut rekod Kementerian ini, beberapa Kerajaan Negeri masih belum menggantikan Tanah-tanah Rizab Melayu yang dibatalkan. Misalannya, Kerajaan Negeri Kelantan masih belum menggantikan Tanah-tanah Rizab Melayu seluas 8, 183.53 hektaryang telahdibatalkan Rizab Melayunya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat yang sama, sama ada pengambilan Tanah-

tanah Rizab Melayu boleh digantikan dengan tanah juga. Sukalah saya menarik perhatian Dewan kepada peruntukan subseksyen (I) seksyen 15, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang berbunyi seperti berikut, dan saya quote:

"15 (1). Dalam membuat sebarang penyiasatan dan anugerah di bawah seksyen 12 dan 15, Pentadbir Tanah boleh atas budibicaranya bagi mana­mana tanah yang dijadualkan, sama ada dengan bayaran secara pen uh atau penggantian sebahagian daripadanya untuk wang pampasan, memasuki mana-mana urusan dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam tanah dengan cara yang adil berkaitan dengan kepentingan-kepentingan pihak-pihak yang berkenaan."

Dengan peruntukan terse but, Tuan Yang di-Pertua,jelaslah bahawa PentadbirTanah boleh, sama ada memberi pampasan dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk penggantian tanah, tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.

Pada kebiasaannya pampasan dalam bentuk wang tunai diberi bagi membolehkan tuan tanah membeli tan ah lain. Penggantian tanah jarang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, kerana masalah tidak cukup tanah Kerajaan yang sesuai khasnya di tempat­tempat yang telah membangun.

Berkenaan dengan keraguan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh @Hassan bin Ali berhubung dengan nilai pampasan tanah yang diambil balik. Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memper­untukkan bahawa tiada seseorangpun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang tertakluk kepada pampasan yang mencukupi.

Di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah akan menentukan nilai pampasan mengikut harga pasaran tanah semasa tarikh W arta Pengambilan Tanah disiarkan, berpandukan nilai yang dianggarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

-----···-----------

891 8 JUN 1993 892

Sekiranya pampasan lambat dibayar, tuan tanah tidak akan rugi kerana faedahnya 8% setahun perlu dibayar oleh Kerajaan, sekiranya pampasan lewat dibayar lebih 3 bulan dari tarikh perintah atau award pampasan dibuat oleh Pentadbir Tanah.

Subseksyen (4), seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dipinda dalam tahun 1984, yang memperuntukkan bahawa W arta Pengambilan Tanah akan terbatal dengan sendirinya, jika "award" tidak dibuat oleh Pentadbiran Tanah dalam tempoh 2 tahun dari tarikh Warta Pengambilan Tanah.

Pindaan Akta ini telah melindungi tuan tanah dari kerugian akibat kelewatan urusan pengambilan dan pampasan tanah. Dalam hubungan ini, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi telah menetapkan garispanduan supaya urusan pengambilan balik tanah bagi kes-kes biasa hendaklah diselesaikan dalam tempoh tidak lebih 6 bulan dari tarikh Warta Pengambilan Tanah.

Berhubung dengan kebimbangan Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba bahawa Kerajaan akan menukar kegunaan tanah yang diambil balik dengan sewenang­wenangnya; sukalah say a menarik perhatian kepada peruntukan seksyen 3(b) Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menyebut:

"Bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil balik tanah-tanah milik bagi maksud-maksud yang memberi faedah sepenuh atau sebahagiannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau kepada awam."

Perkara menukar kegunaan tanah kepada maksud-maksud lain dari tujuan asal W arta Pengambilan Tanah adalah di Juar kawalan Kerajaan Persekutuan, kerana ianya di bawah bidangkuasaPihakBerkuasaNegeri.

Sehubungan dengan urusan pengambilan tanah atas tanah-tanah yang telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976, sukalah saya memberi jaminan bahawa Kerajaan tidak akan menukar kegunaan tan ah kepada maksud lain, kerana tujuan pengambilan tanah tersebut adalah bagi maksud mengekalkan warisan sejarah, bukannya untuk tujuan komersil.

Sebagai Kerajaan yang bertanggung­ja wab, penukaran tanah sewenang­wenangnya kepada maksud lain, yang tiada kaitan dengan tujuan pengambilan tidak harus timbul.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi membangkitkan tentang tanah wakaf. Berhubung dengan pengambilan balik tanah-tanah wakaf, Akta Pengambilan Tanah 1960 hanya berkuatkuasa ke atas tanah yang mempunyai Surat Hakmilik tanah sahaja.

Sekiranya tanah wakaf masih berdaftar di atas nama pemilik tanah atau pemegang tanah atau diletakkan kepada Majlis Agama Islam, maka tanah-tanah sebegini boleh diambil balik, di mana pampasannyadibayar mengikut peruntukan seksyen 29, Akta Pengambilan Tanah 1960 kepada pemilik tanah dan orang-orang yang mempunyai kepentingan atasnya.

Sekiranya tanah wakaf telah diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri untuk diwakafkan, maka tidak timbul soal pampasan. Dalam hal ini bagi menjaga nilai-nilai keagamaan, tanah-tanah wakaf, Kerajaan seboleh-bolehnya tidak akan mengambil balik tanah-tanah sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, antara lain Yang Berhormat Dato' Azumu bin Tak membangkitkan tentang perlunya perbincangan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berkenaan dengan tanah.

Ada dua jawatankuasa yang mana perbincangan tanah boleh dijalankan di antara Kerajaan Pusatdan Kerajaan Negeri.

Pertama ialah di peringkat Ketua Pengarah Tanah dan Galian dengan Pengarah Tanah dan Galian yang membincangkan segala aspek tentang pentadbiran tanah.

Yang keduanya ialah Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahlinya terdiri dari Menteri-menteri

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

8JUN1993 894

yang Kementeriannya ada bersangkutan dengan tanah, Menteri-menteri Besar dan juga Ketua-ketua Menteri termasuklah Negeri Kelantan dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup sukalah ditegaskan sekali lagi bahawa hal ehwal tanah adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tanah Negara hanya bertindak membentuk dan menyeragamkan U ndang-undang Tanah dengan persetujuan Kerajaan Negeri.

Cara bagaimana Undang-undangTanah hendak dilaksanakan adalah bergantung kepada Kerajaan Negeri. Jentera telah dibentuk di peringkat Persekutuan, penggunaan jentera itu adalah dalam tangan Kerajaan Negeri.

Atas teguran Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, bagi pihak Kementerian, saya in gin mengucapkan berbanyak terimakasih. Dan saya memberi pengakuan bahawa pihak Kementerian akan memberi perhatian yang sewajarnya. Tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang sesuai juga akan diambil. Sekian.

Tuan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masai ah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG TANAH (KAWASAN PENEMPATAN

BERKELOMPOK) (PINDAAN)

Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga

3.50 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rejab ): Tuan Yang di-Pertua, say a mo hon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Rang Undang-undang ini dibahaskan, sukalah say a menerangkan sebab-sebab dan tujuan­tujuan mengapa Rang Undang-undang ini dibentangkan.

SebagaimanaAhli-ahli Yang Berhormat telah sedia maklum bahawa Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 telah digubal bagi mempercepat dan memudahkan urusan pemberian milik tanah kepada mereka yang tidak mempunyai atau tidak mencukupi tanah. Ianya dilakukan dengan cara berkelompok untuk mengawal supayakeluasan tanah di bawah rancangan­rancangan seperti ini tidak berkurangan. Akta ini telah memasukkan peruntukan­peruntukan yang tidakmembolehkan tanah­tanah di bawah rancangan seperti ini dipecahbahagi atau diberimilik kepada Jebih daripada seorang.

Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ini juga digunakan sebagai instrument bagi mewartakan tanah-tanah yang terletak dalam kawasan yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Pembangunan Tanah seperti FELDA, FELCRA dan Lembaga­lembaga Kemajuan Wilayah. Akta ini tidak menyentuh peruntukan-peruntukan mengenai fungsi dan operasi Lembaga­lembaga tersebut. Fungsi dan operasi Lembaga-Iembaga tersebut telah pun diperuntukkan dalam Akta masing-masing,

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

895 8 JUN 1993 896

seperti FELD A melalui AktaPembangunan Tanah No. 20 Tahun 1956 dan FELCRA melalui Akta FELCRA (Pemerbadanan) No. 22 Tahun 1966.

Tuan Yang di-Pertua, pada asalnya Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ini tidak mempunyai peruntukan bagi membolehkan pihak berkuasa negeri membatalkan mana-mana kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan berkelompok. Waiau bagaimanapun, dalam tahun 1981 peruntukan pembatalan telah pun dibuat. Seksyen 44(1) telah memperuntukkan bahawa pihak berkuasa negeri setelah berunding dengan Menteri bolehlah mewartakan pengisytiharan supaya kesemua atau sebahagian daripada Kawasan Rancangan Berkelompok terhenti daripada menjadi Kawasan Penempatan Berkelompok.

Seksyen 2 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 mentakrifkan, "Menteri" atau "Minister", dengan izin, adalah seperti berikut:

" "Minister" means the Minister charged with responsibility for the Development Authority".

Pada bulan Oktober, 1960, berikutan dengan berpindahnya agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELDA dan FELCRA daripada Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, maka Menteri yang bertanggungjawab mengikut Akta tersebut adalah Menteri yang mempunyai bidangkuasa dalam Lembaga Kemajuan Tanah, iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa pembangunan di negara telah berlaku dengan pesatnya. Ianya telah menular sehingga ke kawasan-kawasan yang telah diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Ber­kelompok) 1960. Oleh yang demikian, Kementerian telah menerima permohonan

untuk membatalkan kawasan-kawasan yang terlibat daripada pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa. Dalam keadaan seperti yang ada sekarang ini, permohonan­perrnohonan tersebut dimajukan kepada

Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Kementerian akan memproses permohonan tersebut dan seterusnya dihantar kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk persetujuan.

Bagi menyenangkan pemerosesan tersebut, maka dicadangkan pindaan seperti yang ada dalam Rang Undang-undang ini. Cadangan dibuat dengan cara meminda takrif "Menteri" iaitu bagi maksud Akta pada keseluruhannya, "Minister" adalah dirujukkan kepada Menteri yang bertanggungjawab dengan tanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah. Waiau bagaimanapun, bagi maksud seksyen 44( 1) Akta tersebut, "Minister" bererti, Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab atau jika diberitahu sedemikian menerusi warta yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Tugas-tugas Menteri 1969.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan ini diharapkan ianya akan dapat memberi kefleksibilan di mana apabila tugas-tugas Menteri disusun atau diubah, takrif menentukan bagi maksud seksyen 44( I) bolehlah ditakrifkan dengan sewajarnya tanpa memerlukan apa-apa pindaan. Pindaan ini diharap akan dapat memberikan kelonggaran dan kelicinan dalam memproses permohonan-permohonan daripada pihak berkuasa negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah, suatu Akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

g97 8 JUN 1993 898

3.58ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong Rang Undang­

undang ini, cuma untuk memberikan penjelasan bagi memuaskan hati saya.

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyebutkan sebentar tadi, iaitu bagi menyenangkan kerja-kerja, maka Akta ini dipinda dengan sedemikian rupa untuk memberikan sedikit kefleksibilitan. Soalan saya ialah, apakah selama ini tidak senang? Saya ingin tahu, iaitu apakah perkara yang menyebabkan bahawa pada ketika ini apabila Rang Undang-undang ini tidak dipinda, maka ianya tidaklah begitu senang jika dibandingkan jika ianya dipinda? Soalnya di sini ialah, seolah-olah Menteri daripada Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mempunyai masalah dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, walhal Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi datangnya daripada satu parti. Apakah masalahnya? Saya rasa soalnya ialah, soal formaliti sahaja. Apa yang diputuskan oleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dihantar kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, dia sign sahaja. Sehinggakan memerlukan kepada pindaan ini, mungkin ada masalah yang tidak dijelaskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sehingga memerlukan kepada pindaan kepada Akta ini. Soalan saya ialah, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi sehingga memerlukan kepada pindaan kepada Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) ini?

Dengan itu, say a sekali lagi menyokong Rang Undang-undang Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1992. Terima kasih.

Tuan Yangdi-Pertua: YangBerhormat Dato' Azumu bin Tak.

4.00 ptg.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut serta bercakap tentang masalah ini. Sebelum itu, ingin saya menyatakan bahawa saya menyokong supaya suatu Rang Undang­undang bemama suatu Akta untukmeminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ini diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, sayajuga hairan kenapa FELDA dan FELCRA yang sepatutnya ada di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Koperasi ini ditukarkan kepada Kementerian Luar Bandar. Selepas itu pula, apabila fungsi Lembaga-lembaga ini diserahkan kepada Kementerian Luar Bandar, kita juga mendengar bahawa Kementerian itu hendak menyatukan kesemua Lembaga-lembaga di bawah Kementerian ini di bawah satu badan yang besar. Beberapa kali kita bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, apakah kedudukan atau masalah ini sehingga hendak disatukan; jawapan yang diberi oleh Kerajaan adalah "masihdikaji". Ianya sudah lama, dan saya rasa tiba masanya supaya ianya dapat disegerakan.

Jika masalah yang disebutkan oleh Kerajaan tadi ialah kerana kordinasi sahaja, maka agak baiknya supaya FELDA dan FELCRA ini diserahkan semula kepada Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyatakan sedikittentang WartaKerajaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan -mungkin ia terkeluar daripada Rang Undang-undang ini. Say a ingin menyatakan kekesalan saya bahawa sebagai Ahli Dewan Negara ini, kitadibekalkan WartaKerajaan iniapabila iadikeluarkan. Tetapi ianyaditerima begitu Iewat sekali. Jika sekarang ini bulan Jun, maka Ahli-ahli Dewan ini cuma dapat menerima Warta Kerajaan yang dikeluarkan dalam bulan Januari 1993. Kenapa ianyadilewatkan? Mengikut tarikh­tarikh yang kita tahu, Warta Kerajaan yang dikeluarkan itu kita tahu tarikhnya, tetapi dihantar kepada Ahli-ahli Dewan Negara ini begitu lewat sekali. Apabila Yang

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

899 8 JUN 1993 900

Berhormat Setiausaha Parlimen menyebut berkenaan dengan Warta Kerajaan tadi, saya mengambil kesempatan memohon supaya melaluinya dapat menyampaikan hasrat kita supaya Warta Kerajaan ini diserahkan seberapa cepat yang boleh kepada Ahli-ahli Dewan Negara ini.

Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba.

4.03 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)(Pindaan) 1992. Sebelum saya memberikan pandangan dan juga menyokong akan Akta ini bagi pihak rakan­rakan yang telah pun memberikan pandangan kepada Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 pada hari semalam, saya ingin mengucapkan tahniah dan juga syabas kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah pun memberikan jawapan yang sungguh meyakinkan pada hari ini, kalau dibandingkan dengan jawapan yang diberikan pada semalam.

Sebenarnya saya dan juga rakan-rakan lain telah pun bersediadengan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, tetapi nampaknya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah pun dapat mengagak apa-apa pertanyaan­pertanyaan yang akan kami tanyakan -tan pa kami menanyapun, nampaknya Yang Berhormat telah pun menjawab yang begitu meyakinkan sekali, dengan Akta-akta yang telah pun dibacakan. Apabila saya semak balik dengan Land Aquisition Act 1960 yang saya miliki, saya dapati ianya sungguh tepat sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap juga pada masa-masa yang akan datang apabila pihak Kerajaan menjawab pertanyaan­pertanyaan yang ditanyakan oleh Ahli-ahli

Yang Berhormat Dewan Negara, ianya akan dapat menjawab dengan secara yang meyakinkan, seperti yang telah pun dijawab pada hari ini. Kerana saya percaya kalau jawapan yang diberi seperti semalamjuga, jawapannya tentulah berlainan. Lebih­lebihnya akan dijawab "segala pandangan­pandangan Yang Berhormat itu diambilkira danjuga akan diberikan perhatian". Tetapi hari ini, boleh dikatakan setiap soalan-soalan dijawab dengan sebegitu jelas sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1992 ini, saya percaya dengan arus pembangunan yang sebegitu pesat yang berlaku di negara kita ini, sepertimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, ianya adalah disebabkan pada satu ketika dahulu Kerajaan telah pun menganugerahkan tanah-tanah secara berkelompok supaya dimajukan untuk tujuan pertanian, tetapi disebabkan oleh arus pembangunan, tanah­tanah ini semakin hari semakin hampir kepada bandar dan juga banyak pembangunan-pembangunan yang boleh dilakukan.

Saya masih ingat lagi, salah satu daripada masalah yang dihadapi ialah Rancangan Tanah Berkelompok di Kampong Sungai Midah, di Cheras. Saya fikir inilah permulaannya di antara tanah­tanah berkelompok, di mana setiap 40 orang keluarga di sana telah pun dianugerahkan ataupun di berikan hak untuk mengusahakan Japan ekar tanah ditanam dengan getah. Tanah ini telah pun diberi pada tahun 1960 dahulu, dan pada hari ini tanah itu sungguh berharga dan Kerajaan bercadang untuk membangunkannya tetapi telah timbul masalah kerana tidak ada hakmilik (title) yang berasingan. ltulah sebabnya Kerajaan memikirkan tentang perlunya Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 1992 ini dipinda.

Pada masa yang sama juga, walaupun perkara ini belum berlaku lagi, tetapi saya percaya ianya akan berlaku satu hari kelak. W alaupun ianya bukan mengenai tanah berkelompok, tetapi juga mengenai kawasan-kawasan perumahan, khasnya kawasan-kawasan rumah murah yang ada

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

901 8 JUN 1993 902

di dalam Bandaraya Kuala Lumpur sekarang ini di mana terdapat di setengah­setengah kawasan ada yang dibangunkan pada tahun 60an ataupun 70an dahulu lagi. Padahari ini, kawasan-kawasan perumahan itu tidak sesuai lagi, dan perlu dibangunkan semula. Jadi, akan timbul juga masalah­masalah untuk mendapatkan persetujuan daripada tuan-tuan ataupun pemilik-pemilik hartanah rumah-rumah murah yang berkenaan yang dibina secara berkelompok oleh pihak Kerajaan. Perkara ini juga pa tut difikirkan oleh pihak Kementerian, khasnya mengenai kawasan-kawasan penempatan berkelompok seperti ini supaya ianya tidak akan membantut pembangunan.

Saya masih ingat lagi, iaitu Rancangan Tanah Berkelompok di Kampong Sungai Midah yang ada sekarang, sampai hari ini belum dapat dibangunkan, oleh kerana 38 daripada 40 orang keluarga yang terlibat telah pun bersetuju untuk menyerahkan tanah ini kepada Syarikat SPPK. Hanya dua yang masih belum bersetuju. Akibatnya sampai sekarang pun tanah di kawasan itu tidak dapat dibangunkan, tidak dapat dibuat pembangunan seperti yang dikehendaki oleh pihak Kerajaan. Walaupun kawasan yang lain telah pun ditebang, telah pun diratakan untuk pembangunan, tetapi masih terdapat dua kawasan ataupun l 6 ekar lagi tanah sebagai "pulau" ditengah­tengah kawasan itu, dan menunggu keputusan daripada pihak mahkamah ataupun pihak Kerajaan melalui Akta-akta yang diluluskan untuk mengambil balik tanah-tanah ini.

Begitu juga perkara yang boleh saya perhatikan kemungkinannya akan berlaku dalam kawasan-kawasan perumahan atau kawasan-kawasan rumah murah, umpamanya yang diberikan secara berkelompok walaupun ini hanyadiberikan mungkin kepadasetiap seorang seluas 1,000 kaki persegi, tetapi saya percaya kesannya mungkin sama. Kemungkinannya Kerajaan memikirkan untuk membangunkan semula kawasan-kawasan penempatan ber­kelompok yang berkenaan, tetapi akan menghadapi masalah. Jadi, pertanyaan saya ialah adakah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok inijuga meliputi kawasan-kawasan perumahan murah umpamanya?

Begitu juga, satu masalah lagi yang dihadapi di Kuala Lumpur ataupun di Wilayah Persekutuan ini mengenai penempatan berkelompok ini ialah mengenai kawasan-kawasan rumah pangsa umpamanya. Saya telah pun difahamkan kawasan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, tidak dapat dipecahkan, tidak dapat dimajukan semula, oleh kerana terdapat beberapa orang pemilik kawasan rumah berkenaan, rumah-rumah pangsa yang memiliki strata title tidak bersetuju rumah­rumah ini dirobohkan. Walaupun, boleh dikatakan 98% pemilik-pemilik yang lain bersetuju, tetapi oleh kerana dua pemilik strata title yang memiliki Flat Selangor Mansion ini tidak bersetuju untuk dirobohkan, projek itu telah pun tergendala dan Selangor Mansion telah pun menjadi, dengan izin, sebagai "eyesore" di Kuala Lumpur ini.

Jadi, saya berharap perhatian juga diberikan oleh pihak Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mengenai dua masalah yang telah pun saya sebutkan tadi iaitu masalah-masalah strata title, walaupun perkara ini terkeluar sedikit daripada Akta yang kita bincangkan, tetapi saya percaya masalah "title" kawasan rumah murah adalah juga termasuk dalam bidang kuasa tan ah.

Satu lagi perkara yang saya harapkan ialah hari ini kita terpaksa berbincang hampir setengah jam, semata-mata untuk membuat pindaan yang begitu sedikit sekali. Dan apa yang kita harapkan ialah, pada masa-masa yang akan datang supaya sebelum sesuatu Aktaitu diluluskan ataupun dibawa ke Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, ianya difikirkan dengan semasak­masaknya supaya kita tidak perlu lagi, kerana dalam pengamatan saya sejak setahun saya menjadi Ahli Dewan Negara, kadangkala saya dapati pindaan-pindaan yang hendak dibuat itu adalah terlalu kecil sangat. Saya masih ingat lagi mengenai Akta Pelabuhan Pulau Pinang dahulu ada terlupa satu patah perkataan sahaja, kita terpaksa membawa ke dalam Dewan ini dan kita luluskan tanpa bahas biasanya. Walaupun kami Ahli-ahli Dewan Negara

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

903 8JUN1993 904

tidak suka dan tidak berapa bersetuju kalau sebarang Akta itu diluluskan tanpa bahas, tetapi apakah daya kerana yang hendak diminta kita luluskan hanya semata-mata kerana ketinggalan satu perkataan, ianya terpaksa juga dibawa kedua-dua Dewan.

Jadi, apa yang kita harapkan ialah supaya setiap Akta yang hendak dibawa hendaklah difikirkan dengan semasak­masaknya tentang implikasi-implikasinya kerana kita mempunyai Pegawai Undang­undang di tiap-tiap Kementerian, pegawai Kerajaan yang saya percaya dapat memikirkan dengan semasak-masaknya segala Akta yang hendak dibawa ke Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, cuma itu sahaja pandangan yang dapat saya berikan mengenai Akta Kawasan Penempatan Berkelompok (Pindaan) 1992.

Dengan ini saya menyokong Akta ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya menjemput Setiausaha Parlimen Kementerian menjawab.

4.15 ptg.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk menyentuh sedikit tentang masalah yang berada di hadapan kita. Saya bersetuju bahawa ini adalah satu pindaan yang sedikit, dan ianya patut jugalah diluluskan dengan tidak banyak berbincang.

Waiau bagaimanapun, saya ingin mengemukakan pandangan atau pendapat saya tentang masalah ataupun sentuhan­sentuhan yang telah dibuat tadi.

Pihak Kementerian tidak mempunyai muslihat atau masalah-masalah lain untuk meminda Akta ini, selain daripada apa yang saya tahu ialah untuk melicinkan

pentadbiran Kementerian. Ini adalah untuk menjawab pertanyaan daripada Tuan Haji Mohamed Nazri, kalau-kalau ada masalah lain yang tersirat, sebenarnya tidak. Cuma untuk menyelaraskan kerja-kerja Kementerian bahawa tanah adalah di

bidang kuasa Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, sepatutnya Kementerian itu boleh menyelesaikan semua masalah tanpa dibawa satu Kementerian lain untuk berbincang bersama dan mengheret Kementerian itu untuk menyelesaikan masalah yang satu. Bolehlah saya sifatkan bahawa dua Menteri membuat satu kerja. Jadi, biarlah seorang Menteri sahaja yang membuat satu kerja, kerana Menteri yang lagi satu itu memang sudah tentu banyak dengan masalah-masalah yang lain pula.

Berkenaan dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Dato' Azumu, mengapa FELCRA dan FELDA dibawa ke Kementerian lain, yang ini saya minta maaf, saya tidak dapat hendak memberi jawapanlah. Ini adalah bidang kuasa Kerajaan mengatur kuasa-kuasa atau kerja-kerja untuk dibahagi-bahagikan kepadaMenteri-menteri atau Kementerian­kementerian yang tertentu.

Dan berkenaan dengan pandangan daripada Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba, perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan di Kuala Lumpur. Saya ingin merujuk kepada apa yang saya kata dalam ucapan penggulungan saya dalam Akta yang dibincangkan sebelum ini, bahawa kita di Kementerian ini mengadakan undang-undangnya, sama ada pelaksanaan undang-undang ini adalah dalam tugas Kerajaan Negeri dan kalau di Wilayah Persekutuan, berkemungkinan ia di pejabat Dato' Bandar Kuala Lumpur sendiri yang mentadbir penggunaan dan segala aspek tanah di Wilayah Persekutuan ini.

Jadi, berkenaan dengan pembangunan yang disebutkan itu, say a minta maaf tidak dapat menyentuh tentangnya kerana ini bukanlah dalam bidang kuasa Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Perkara yang lain, saya rasa tidak ada yang hendak

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

905 8 JUN 1993 906

diperbincangkan. Dan saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketiga-tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat tadi yang telah dengan ikhlas menegur dan memberi pandangan terhadap pindaan ini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan dipersetujukan.

Rang U ndang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang U ndang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1992 DAN 1993)

Bacaan Kali Yang Kedua

4.24 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bemama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1992 dan 1993 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud­maksud yang tertentu bagi tahun-tahun yang tersebut itu, dibaca kali yang kedua sekarang.

Rang Undang-undang ini meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah Ringgit Malaysia empat ribu Japan ratus sembilan puluh lapanjuta, empat ratus dua puluh dua ribu, enam ratus dua puluh lima (RM4,898,422,625) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1992 dan 1993 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual Pertama dan Jadual Kedua kepada Rang Undang­undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Keempat, 1992 adalah berjumlah Ringgit Malaysialimaribu tigaratusjuta, duaratus tiga puluh empat ribu, lapan ratus sembilan puluh (RMS,300,234,890). Darijumlah ini sebanyak RinggitMalaysia empat ribu Japan ratus enam puluhjuta, dua ratus dua puluh lapan ribu, Japan ratus dua puluh lima (RM4,860,228,825) diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang-undang ini, manakala baki daripada jumlah tersebut sebanyak Ringgit Malaysia empat ratus empat puluh juta, empat puluh enam ribu, enam puluh lima (RM440,046,065) adalah merupakan Perbelanjaan Tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang­undang tertentu.

Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang Undang­undang ini sebahagian besamya adalah untuk dua tujuan. Pertama, untuk memindahkan sejumlah wang kepada kumpulan Wang Pembangunan. Kedua, untuk menampung kurang peruntukan bagi membiayai Sistem Saraan Barn kakitangan a warn yang berkuatkuasa bermula pada 1 hb. Januari tahun lepas.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak RM4,038 juta di bawah Maksud B.30 iaitu peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun untuk membiayai perbelanjaan berikut adalah diperlukan:

(i) sebanyak RM4,000 juta untuk dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai projek-projek pembangunan;

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

907 8 JUN 1993 908

(ii) sebanyak RM34 juta untuk diberikan sebagai pinjaman kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan KTMB diperbadankan pada I Ogos tahun lepas yang mana syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan);

(iii) sebanyak RM4 juta adalah diperlukan bagi Kumpulan Wang Pinjaman kepada Badan-badan Berkanun dan lain-lain Badan untuk diberikan sebagai pinjaman kepada Amanah Saham Anak Langkawi iaitu sebuah badan yang ditubuhkan khusus bagi menceburi beberapa bidang tertentu di Langkawi bagi mempastikan bahawa kegiatan­ke giatan di Langkawi juga mendapatdinikmati faedahnyaoleh anak-anak tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak RMI 75.5 juta di bawah Maksud B.25 iaitu Kementerian Pertahanan adalah diperlukan untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru Sistem Saraan Baru (SSB).

Tambahan sebanyak RMI35.9 juta di bawah Maksud B.36 iaitu Polis Diraja Malaysia adalah diperlukan:

(i) Untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB sebanyak RMI I9.9 juta;

(ii) sebanyak RMI6 juta untuk menampung tuntutan elaun perjalanan, eiaun kerana menjalani arahan pertukaran bagi pegawai dan kakitangan serta perbelanjaan tambahan bagi menjamin keadaan kenteteraman a warn, keamanan dan keselamatan negara berkekalan.

Tambahan sebanyak RMI 10.5 juta di bawah Maksud B.34 bagi Kementerian Kesihatan adalah diperlukan;

(i) sebanyak RM99 juta untuk membiayai bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB;

(ii) sebanyak RM I 1.5 ju ta untuk bekalan ubat, Kursus Induksi bagi pelatih-pelatih yang telah menamatkan latihan as as, kenaikan sewaan ruang pejabat bagi lbu Pejabat Kementerian dan pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak RM108.8jutadi bawah Maksud B.29 iaitu Perkhidmatan Am Perbendaharaan adalah diperlukan bagi membiayai perbelanjaan berikut:

(i) sebanyak RM76.6 juta diperlukan bagi menghapuskira pinjaman yang telah diberikan kepada Sabah Gas Utilisation Project (SOUP) berikutan keputusan supaya Kerajaan Persekutuan mengambilalih syarikat tersebut yang diambilalih pada tahun lalu daripada Kerajaan Negeri Sabah;

(ii) sebanyak RMI I .5 juta untuk membayar pampasan kepada MARDEC berikutan keputusan Kerajaan menutup Kilang MARDEC di Durian Tunggal, Melaka pada bulan Januari, tahun lalu; dan

(iii) sebanyak RM20.7 juta bagi menampung kekurangan per­untukan pemberian kepada negeri­negeri bagi membiayai 50% kos pengurusan Jabatan-jabatan di bawah senarai bersama.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM68.1 juta diperlukan di bawah Maksud B.54, Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB bagi Jabatan dan Badan-badan Berkanun, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tambahan sebanyak RM57.9 juta di bawah Maksud B.7, Jabatan Perdana Menteri diperlukan untuk membiayai projek-projek kecil infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam dan sosial.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

909 8 JUN 1993 910

Tambahan sebanyak RM34.9 juta di bawah Maksud B.18, Kementerian Perusahaan Utama diperlukan bagi;

(i) sebanyak RM29.0 juta untuk rnenarnpung surnbangan Malaysia kepada Akaun Stok Penimbal "International Natural Rubber Organisation" (INRO) dengan tujuan bagi menstabilkan harga getah;

(ii) sebanyak RM600,000 untuk menampung defisit belanjawan Lembaga Pemasaran dan Pelesenan Getah Malaysia;

(iii) sebanyak RM900,000 untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB bagi Institut Penyelidikan Getah Malaysia; dan

(iv) sebanyak RM4.4 juta untuk menampung bayaran pencen, tunggakan gaji dan gaji baru SSB bagi kakitangan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan sebanyak RM14.4 juta juga diperlukan oleh Kementerian Perpaduan Negaradan Pembangunan Masyarakat iaitu B.56 untuk tujuan-tujuan berikut:

(i) RMI0.6 juta bagi melaksanakan pelbagai aktiviti di bawah Program Dalam Komuniti dengan tujuan membantu dan mempertingkatkan mu tu perkhidmatan serta perlindungan kepada kanak-kanak, remaja dan orang tua;

(ii) sebanyak RM3.8 juta bagi menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB termasuk kakitangan LembagaPembangunan Penduduk dan KeluargaNegaradan bayaran caruman kepada "International Planned Parenthood Federation".

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak RM14.3 juta di bawah Maksud B .14-Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan yang diperlukan bagi menampung bayaran sumbangan membantu kadar kepada Penguasa Tempatan oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan RM 13.3 jutadi bawah Maksud B.51-Kementerian Luar Negeri diperlukan untuk tujuan berikut:

(i) RM7.3 juta bagi menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB; dan

(ii) sebanyak RM6 juta untuk menampung perbelanjaan menghadiri persidangan dan lawatan ke luar negeri dan sumbangan kepada pertubuhan­pertubuhan antarabangsa.

Tambahan RM 13 juta di bawah Maksud B .19 - Kernen terian Pertanian di per! ukan bagi:

(i) sebanyak RM9.0 juta menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru bagi . J abatan Pertanian, J abatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Perikanan; dan

(ii) sebanyak RM4.0 juta untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB bagi Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUB U dan jugaLembaga Pemasaran Pertanian, FAMA.

Tuan Yangdi-Pertua, tambahanRMI0.4 jutadi bawahMaksudB.47 -Kementerian Pengangkutan diperlukan bagi tujuan­tujuan berikut:

(i) RM4.4 juta untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB bagi Jabatan Pengangkutan Jalan;

(ii) RM6.0 juta bagi menampung perbelanjaan mengurus Badan Kawalselia Penerbangan Awam berikutan penswastaan Lapangan Terbang Jabatan Penerbangan Awam mulai November tahun lepas.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

911 8 JUN 1993 912

Tambahan RM9 .9 ju ta di bawah Maksud B.40-Jabatan Penjara diperlukan bagi menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, iaitu B.46 diperuntukkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM9. l juta untuk tujuan-tujuan berikut:

(i) RMS.9 juta untuk menampung bayaran tunggakan gaji bagi kakitangan yang baru dilantik;

(ii) sebanyak RM3.2 juta untuk menampung kenaikan kadar sewaan ruang pejabat bagi Ibu Pejabat Kementerian dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Terengganu/ Kelantan dan sewaan ruang pejabat baru cawangan Kedah/Perlis dan Melaka/Negeri Sembilan.

Tambahan sebanyak RM7 .5 jutadi bawah Maksud B.43-Kementerian Undang­undang adalah diperlukan untuk:

(i) RM6.7 juta juga untuk membayar tunggakan gaji dan gaji baru SSB;

(ii) RM800,000 untuk menampung kenaikan sewaan ruang pejabat di Bangunan Plaza Perangsang, Shah Alam, pembelian buku undang­undang dan peningkatan sistem komputer di Jabatan Pemegang Harta.

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM6.4 juta di bawah Maksud B.31- Jabatan Kastam dan Eksais Diraja diperlukan juga untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB.

Tambahan RMS .0 ju ta di bawah Maksud B.37-Jabatan Imigresen diperlukan:

(i) RM2.9 juta untuk menampung bayaran tunggakan gaji dan gaji baru SSB;

(ii) RM2.1 juta untuk menampung perbelanjaan percetakan dokumen keselamatan, peningkatan kawalan

keselamatan dan pembelian peralatan komputer di Lapangan 1erbang Subang.

Tambalan RMS juta di bawah Maksud B.32 - .iabatan Hasil DaJam Negeri diperlukan untuk menampung bayaran tunggakan g;iji dan gaji baru SSB.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan yang lain sebanyak RM22,3S8,0CD diperlukan untuk membiayai r.erbelanjaan pelbagai perkhidmatan d1 bawah Maksud B .1-Parlimen; B.4- ~uruhanjaya Pilihanraya; B .6-S uruhanj a3a Perkhidmatan Pendidikan; B. H-Jabatan Peguam Negara; B. l S-Jabaan Perancang Bandar dan Desa; B .16-Jlbatan Perkhidmatan Bomba; B.17-Keminterian Belia dan Sukan; B.23-Jabatan\rkib Negara; B.26 -Kementerian Penc.idikan; B.33-Kementerian Perusahaai Awam; B.38-Jabatan Pendaftaran Perubuhan; B .4 l­J abatan Pertahanan Awam;B .42-J abatan Percetakan Negara; B.45--Kementerian Sumber Manusia; B.S2-'(ementerian Kerja Raya; dan B .S2-J abat'11 Hal Ehwal Orang Asli.

Butir-butir dan penjelasai lanjut mengenai peruntukan tambahan A1ggaran Perbelanjaan Mengurus Tam1ahan Keempat, 1992 adalah seperti O\lam Penyata Anggaran Tambahan Y1ng dibentangkan sebagai Kertas Perintah (4) tahun 1993 dan dalam Memorandun Perbendaharaan yang dibentangka1. sebagai Kertas Perintah (14A) tahun 1993.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 1993. Tadi sayaceritakan tentang beberapa butir utama mengenai tambahan yang diperlukan dalam Belanjawan Tahun 1992, sekarang kita pergi kepada Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 1993 yang diperlukan berjumlah RMS2,293,800. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM38,193,800 diminta diluluskan di bawah Fasal 3 Rang Undang­undang ini, manakala baki iaitu RM14, 100,000 adalah Perbelanjaan Tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

913 8 JUN 1993 914

Peruntukan tambahan yang d;tminta diluluskan di bawah Fasal 3 Rang U ndang­undang ini adalah untuk tambahan s•ebanyak RM29 juta di bawah Maksud B.50-Kementerian Perusahaan Aw21m untuk Tabung Pemberian ataupun Endowment Fund yang ditubuhkan iaitu German­Malaysia Institute bagi membolehkan Tabung ini beroperasi mengiku1t keadaan pasaran. Tabung ini ditubuh kan bagi melatih pekerja-pekerja mahir di Malaysia khususnya bagi memenuhi keperluan sektor pembuatan yang kian pesa.t berlkembang.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sebanyak RM6.7 juta di bawah B.22-Kementerian Kebuday aan, Kesenian dan Pelancongan sebagai sumbangan kepada Kerajaan Persekutuan kepada Muzium­muzium Negeri at21s dasar perbelanjaan mengurus MuziJJm-muzium Negeri tersebut ditanggun.g secara bersama antara Kerajaan Pusat d2m Kerajaan Negeri.

Peruntukan 1fambahan yang lain sebanyak RM2,515,000 untuk membiayai berbagai perkhidmatan di bawah Maksud B.16-Jabatan Bomba dan B.56-Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Buth-butir dan penjelasan lanjut mengf.!nai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tarr.1bahan Pertama 1993 adalah seperti da1mm Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 15 Tahun 1993 dan dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah (ISA) Tahun 1993.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan K. Munisamy: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1992 dan 1993 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk

maksud-maksud yang tertentu bagi tahun­tahun yang terse but itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Silakan, Tuan Haji Mohamed Nazri.

4.37 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan ( 1992 dan 1993) 1993.

Sayarasa mendengardaripada penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebentar tadi, sebenarnya kita dalam Dewan ini tidak ada pilihan, melainkan untuk sokong kerana sebahagian besar daripada tambahan ini yang diberikan ialah untuk kenaikan gaji, tunggakan gaji dan gaji baru di bawah SSB. Jadi, saya berharap dengan pengorbanan yang dibuat oleh Kerajaan untuk memberikan kenaikan gaji dan membayar tunggakan kepada pihak-pihak yang tertentu, maka kita berharap bahawa di sektor aw am akan lebih menunjukkan kerja yang lebih memberangsangkan seperti yang ada sekarang. Tetapi bila gaji sudah naik itu, saya ingat dan saya berharap pegawai­pegawai Kerajaan tidak akan lupa kepada jasa Kerajaan dalam memikirkan untuk kenaikan pangkat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, B.7-Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan RM57 juta dan di mana telah saya sebut sebentar tadi, sebahagian besar ialah untuk membayar tunggakan gaji dan juga kenaikan gaji baru SSB ini. Saya berharap bahawa segala apa yang telah diberikan ini akan memastikan supaya perjalanan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini akan berjalan dengan baik kerana ia merupakan satu Jabatan yang penting. Oleh kerana itulah kita mengharapkan bahawa banyak persoalan yang dibangkitkan oleh kita ini akan mendapat sokongan daripada mereka supaya tidak mengambil sebagai remeh­temeh apa yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara dalam Dewan ini.

Saya berkata tentang perkara ini kerana pada hari pertama dua minggu yang dahulu apabila kita mengadakan mesyuarat kita

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

915 8 JUN 1993 916

pada ketikaitu bagi membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, say a telah membangkitkan masalah Syeikhul Arqam yang mana dalam masa setengah jam saya memberi hujah dan berucap, sayamenceritakan tentang betapa seriusnya bahawa J abatan Perdana Menteri harus melihat perkara ini.

Tetapi apa yang mendukacitakan saya jawapan yang telah diberikan sebagai jawapan kepada hujah saya ialah iaitu bahawa Kerajaan tidak boleh mengharamkan gerakan Arqam ini kerana ia tidaklah merupakan satu badan yang didaftardengan Pendaftar Pertubuhan. Say a rasajawapan ini adalah satujawapan yang amat mendukacitakan. Sebab soal haram ini kepada pegawai Kerajaan yang memberi jawapan kepada Setiausaha Parlimen untuk menjawab seolah-olah tidak memahami apakah masalah yang sedang kita hada1pi pada ketika itu. Soalnya bukan soal sama ada persatuan itu didaftar ataupun tidak. Soalnya ialah soal aqidah yang boleh menyelewengkan pemikiran orang-orang Islam kita kalau sekiranya kita tidak mengambil satu tindakan yang tegas terhadap gerakan ini.

Jadi jawapan yang mengatakan iaitu bahawa "ia tidak daftar maka kita tidak boleh haram"; saya rasa kalau jawapan macam ini kalau saya jawab balik pada ketika itu akan memalukan Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen yang menjawab pada hari itu. Sebab, saya ingin bertanya kepada mereka yang telah memberi jawapan itu-gerakan Qadiani-ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, tetapi ia diharamkan. Kita tidak melihat lagi aktiviti Qadiani ini berjalan di dalam negara kita. Jadi kalau jawapan kepada perkara yang telah saya bangkit dahulu iaitu bahawa Arqam ini tidak boleh diharamkan kerana ia tidak berdaftarkan, Qadiani juga tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan kita tetapi kita haramkan. Kita tutup segalamasjid-masjid dan juga pejabat-pejabat yang mana ada Persatuan Qadiani di dalam negara kita. Sebab itu pergerakan Qadiani ini walaupun tidak didaftarkan sebagai satu pertubuhan tetapi dia merupakan fahaman yang

diharamkan. Soal yang hendak kita haramkan ini bukan pertubuhan. Fahaman. Fahaman Qadiani.

Fahaman Qadiani mendakwa bahawa pengasas mereka Al-Mahdi, itu tidak boleh diterima oleh kita dan kita haramkan. Yang kita hendak haramkan ini fahaman. Bukan kita hendak haramkan pertubuhan dia. Apabila kita haramkan fahamannya maka segala bentukaktiviti, segala pejabat, segala masjid yang ditubuh oleh gerakan Qadiani diharamkan dalam negara kita.

Begitu juga dengan Syiah. Say a percaya dalam negara Malaysia kita, Syiah ini kita tidak benarkan ia berkembang dalam tanahair kita. Sebab ia bercanggah dan tidak sama dengan Sunnah-wal-Jamaah-yang empat mazhab itu. Sebab itu Syiah dalam negara kita ini tidak dibenarkan untuk berkembang. Tidak ada masjid Syiah di sini. Kalau sekiranya ada usaha-usaha untuk memperkembangkan fahaman Syiah ini, maka kita akan segera mengambil tindakan untuk memastikan ia diharamkan. Jadi di sini sekali lagi soalnya bukan pertubuhan -fahaman. Fahaman Syiah.

Begitu juga Yahudi. Yahudi tidak dibenarkan, siapa sahaja yang mengatakan dirinya Yahudi dia tidak dibenarkan menapak di atas bumi negara Malaysia kita. Kita tidak perlu tunggu dia hendak mendaftarkan pertubuhan Y ahudi di negara kita. Tetapi kita telah haramkan dia.

Jadi, persoalan say a di sini ialah jangan bagi jawapan semata-mata untuk melepaskan batuk di tepi tangga sahaja. Tolong fahami maksud apa yang disebut oleh Ahli Dewan supaya jawapan kepada soalan kita itu ialah satu jawapan yang munasabah. Ini sayamahu sebab soal Arqam ini soal yang serius. Qadiani kita haramkan kerana kita tahu iaitu bahawa ia akan memesongkan pemikiran kita, pemikiran orang Islam kita sebab itu kita haram. Arqam ini juga sama. Dia akan memesong pemikiran orang-orang Islam kita dan lebih merbahaya pada hari ini kerana apa? Sebab pegawai-pegawai dari Kementerian kata dia tidak daftarkan dia punya pertubuhan, maka dia dibenarkan bergerak. Dia bebas

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

917 8 JUN 1993 918

bergerak. Di Batu Hampar, di merata tempat. Ada perkampungan dia. Hari ini dia ada buat dia punya masjid. Daripada kecil lagi dididikkan fahaman Arqam ini iaitu bahawa "Syeikhul Arqam itu iaitu Ashaari ialah Al-Mahadi" yang sudah pada hari ini boleh berkata-kata dengan Allah S.W.T.Jadi,sayamintalahJabatanPerdana Menteri ambil serius perkara ini dan jangan bagi jawapan sepertimana yang telah dijawab oleh Setiausaha Parlimen pada dua minggu yang lepas. Say a tidak boleh terima jawapan itu. Seolah-olah ....

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Haji Mohamed Nazri, dia minta laluan. Boleh ya?

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, sebab disebut tadi Batu Hampar Dalam. Saya ingin bertanya bahawa sedarkah beliau bahawa di Batu Ham par Dalam itu adalah satu pus at Arqam yang agak berkesan kerana bi la di kampung yang berhampirannya itu tidak mendapat gurudaripadaMajlisAgamabahawaArqam telah menawarkan diri dan telah mengajar di kampung tersebut. Jadi, inilah saya hendak minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya sedar perkara ini berlaku. Bila tidak cukup guru-guru maka mereka menawar, mereka bergerak seolah-olah fahaman mereka itu tidak salah. Dia menawar untuk memberikan ahli dia sebagai guru agama dan bayangkanlah kalaulah J abatan Agama Islam Negeri Perak terima, maka fahaman yang akan diberikan oleh guru-guru ini ialah fahaman Arqam dan ia amat membahayakan. Arqam ini dia menular, dia sudah bergerak di merata tempat. Di tempat-tempat yang strategik fahaman ini telah pun berkembang dan kalau kita tidak jaga, maka saya merasa di masa yang akan datang kitaakan menghadapi masalah yang besar. Iaitu masalah perbezaan fahaman di

antara Islam yang kitaanuti sekarang dengan fahaman Arqam yang mengatakan iaitu bahawa "Ashaari itu adalahAl-Mahdi yang sudah boleh berkata-kata dengan Allah S.W.T."

Jadi, saya minta Jabatan Perdana Menteri jangan beri jawapan seperti apa yang telah diberikan kepada saya dua minggu yang lalu kerana ini satu jawapan yang sungguh mendukacitakan dan tidak masuk akal pemikiran. Pengharaman itu ialah pengharaman fahaman, bukan pengharaman kepada pertubuhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok di bawah B.36 iaitu Polis Diraja Malaysia membelanjakan lebih kurang RM135 juta. Sekali lagi bahawa sebahagian besarnya peruntukannya ialah untuk membayar gaji. Say a percaya iaitu bahawa memang anggota Polis telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan say a berharap iaitu bahawakerja yang baik yang telah dilakukan oleh mereka itu mestilah disusuli dengan sokongan daripada pihak Kerajaan. Maksud saya di sini iaitu bahawa kalau mereka­mereka yang mana telah ditangkap atas kesalahan seperti penyeludupan sebagai contoh. Apabila orang itu menyeludup, maka saya harap bila Polis tangkap, maka Kerajaan sokonglah usaha mereka ini. Ini soal penyeludupan senjata apilah. Ini ada kaitan juga dengan jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pada beberapa hari yang lepas yang man a dia kata kepada say a iai tu bahawa apabila seseorang itu telah ditangkap kerana penyeludupan senjata api, maka say a tanya kepada dia iaitu bahawa sama ada Ke raj aan hendak dakwa di bawah kesalahan penyeludupan ataupun dakwa di bawah kesalahan mempunyai senjata api tanpa kebenaran yang boleh membawa kepada hukuman gantung. Benda ini serius. Kalau Kementerian jawab iaitu bahawa kita sebelum hendak mendakwa seseorang itu di bawah, "Unlawful Possession of Fire­arms", dengan izin kita mes ti pastikan iaitu bahawa dia memegang senjata itu dengan tujuan yang tidak baik. Apakah kita hendak kata iaitu bahawa penyeludupan itu, dia bawa masuk senjata api dalam negara kita, maka dia pegang senjata, possession of the firearms, dengan izin itu, dia ada niat yang baik? Memang tidak boleh disyak lagilah

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

919 8JUN1993 920

kalau penyeludup bawa masuk senjata api dalam negarakita dan ditangkap dan apabila ditangkap senjata api itu di bawah kuasa penyeludup itu, maka sudah tentulah niatnya itu bukan niat yang baik.

Memang niat tidak baiklah. Orang yang mempunyai niat baik tidak mahu akan menggunakan senjata api melainkan dia ada kebenaran, maknanya lesen.

Kalau kita, Tuan Yang di-Pertua, ada senjata api, itu kerana apa? Kerana ada lesen dan juga hendak mempertahankan diri. ltu niat baik. Tetapi bagi penyeludup ini yang telah ditangkap membawa senjata api masuk ke dalam negara kita, yang ini kita hendak katakan dia ada niat yang baik, say a ingat Kementerian Dalam Negeri tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan "niat tidak baik" itu. Penyeludup, apabila dia menyeludup, maknanya tidak baiklah. Dan penyeludup, dengan izin, tidak ada business untuk mempunyai senjata api dalam tangannya melainkan dengan niat yang tidak baik. Sebab itu, dalam soal bagi membantu kerja baik yang telah dilakukan oleh Polis kita dalam menangkap penyeludup ini, maka harus dis usu Ii dengan satu tindakan yang serius yang harus diambil oleh kita. Maka di antara untuk mendakwa dia di bawah kesalahan penyeludupan yang dengan soal hendak mendakwa dia dengan "illegal possession of firearms", dengan izin, maka saya kira iaitu bahawa Kerajaan jangan fikir lagilah. Kerana hendak dakwa soal penyeludupan ini, dia puny a hukuman itu adalah lebih ringan kalau dia didapati salah, didakwa di bawah "illegal posses­sion of firearms'', dengan izin.

"Illegal possession of firearms", dengan izin, kalau didapati salah gantung, gantung dia terns, peduli apa kita. Sebab kalau dia menyeludup, kita tangkap, dia masuk jail satu tahun, tiga bulan dia keluar, dia menyeludup lagi. Walhal kita tidak dapat tangkap dia tadi, dia bawa masuk senjata api ini, banyak perkara pembunuhan yang sudah tentu boleh berlaku kalau kita tidak tangkap dia tadi. Sebab itu, penyeludup yang membawa senjata api masuk ke dalam negara kita, kalau ditangkap dan senjataapi itu di dalam penguasaan penyeludup itu, maka kita gantung dialah. Dakwa dia, didapati salah, kita kena gantung dia. Jangan

ada pertimbangan lain sama adakita hendak dakwa dia di bawah senjata apikah ataupun hendak dakwa di bawah kesalahan penyeludupan. Jadi, saya mahu pendirian tegas daripada pihak Kementerian dan dalam ha! ini bantu pula kerja baik yang

dibuat oleh Polis ini dengan disusuli dengan satu tindakan yang keras terhadap penyeludup yang telah membawa masuk senjata api dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.56-Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, kita belanja RM14 juta. Saya percaya bahawa dalam hal perpaduan negara ini, kita belanja duit lebih pun tidak apa sebab apa ada pada negara kalau tidak ada perpaduan. Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di Sri Lanka disabitkan oleh kerana perbezaan agama di antara orang Sinhala yang beragama Buddha dengan orang-orang Tamil yang beragama Hindu. Dan kerana Sinhalaitumenjadimajoritidanmerasakan iaitu bahawa mereka harus impose, dengan izin, kehendak mereka terhadap golongan minoriti, maka apa yang berlaku ialah peperangan yang telah berjalan dengan lebih dahsyat, pembunuhan dilakukan di peringkat paling atas, dari bawah sampai ke atas dan masih pada hari ini telah lebih daripada 10 tahun, belum masalah itu dapat diselesaikan.

Jadi, saya rasa perpaduan negara memang penting. Sebab itu, saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri kita yang mempunyai satu wawasan yang begitu jauh yang mana mahu melihat akan berlaku satu penyatuan bangsa Malaysia pada tahun 2020. Ke arah usaha itu, kita harus mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kalau dia merupakan seorang pemimpin sepertimana pemimpin­pemimpin Sinhalamemikirkan itu, bahawa orang-orang bumiputera dan Melayu merupakan majoriti di negara kita ini, kalau kita menekan orang yang golongan minoriti, kita juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi oleh kerana kebijaksanaan pucuk pimpinan kita, walaupun kita majoriti tetapi kehendak hati kita itu, kita tidak paksa terhadap minoriti, maka sebab itu pada hari ini, negara kita begitu aman dan damai.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

921 8 JUN 1993 922

Sebab itu, kita kena sokong Kerajaan ini. Sebab kalau sokong mac am Kerajaan PAS, apa dia hendak buat, dia tidak kira. Lantak pergilah orang Siamkah, orang apakah ke negeri Kelantan itu kalau dia bukan Islam, dia tidak penting, saya ingat pada satu hari

nanti, jangan kemungkinan besar akan berlaku. Apa yang akan berlaku ialah perasaan tidak puas hati ini akan membara dan akan membawa kepada satu demonstrasi, mungkin yang akan berlaku di negeri Kelantan kalau sekiranya ditekankan tentang mereka yang datang daripadaagamayang lain. Kitajangan tekan agama lain walaupun kita majoriti. Sebab itu, kefahaman atau pemikiran yang dibawa oleh Barisan Nasional ialah yang moderate. Ini adalah penting.

Jadi, dalam hal ini, saya ingin mencadangkan seperti kawan say a, Yang Berhormat Tuan Ding Seling, dia daripada Sarawak-tetapi kawan saya daripada Sabah ini tidak ada, dia tidakdatang-saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat supaya memikirkan iaitu mengapa tidak apabila tiba kepada hari kebesaran orang-orang Dayak, iaitu Hari Gawai dan juga kepada hari besar iaitu "Harvest Festival" orang Kadazan iaitu Hari Keamatan. Pada ketika ini, hari-hari besar mereka itu hanya diisytiharkan sebagai cuti umum negeri sahaja. Saya merasakan bahawa untuk integrasi nasional, mengapa tidak iaitu hari besar bagi orang lban-Hari Gawai, hari besar untuk orang Kadazan-Hari Keamatan ini juga dijadikan sebagai cuti umum di peringkat kebangsaan. Kalau tidak dijadikan sebagai cuti di peringkat kebangsaan, maka kita tidak akan tahu bahawa orang Iban, orang Kadazan ada menyambut hari besarmereka. Dan untuk melaku adil kepada mereka itu kalau kita lihat. Kalau pada hari besar Cina, raya-raya Cina danjuga hari besar lndia­Deepavali yang merupakanjuga golongan minoriti yang besar, kita menyambut dengan cuti di seluruh tanahair kita. Dan bukan setakat itu sahaja, malah ada hari­hari lain orang-orang Cina dan orang-orang India yang dianggapkan sebagai cuti nombor dua, nombor tigalah. Deepavali -nombor satu, mungkin Thaipusam­nombordua.HariRayaCina-nomborsatu,

kemudian ada Wesak-nombor dua. Cuti yang nombor dua ini pun dijadikan sebagai cu ti kebangsaan di seluruh negara. Yang ini cuti besar yang pertama untuk orang-orang Dayak dan orang-orang Kadazan, itu tidak menjadikan cuti nasional. Apabi\a tidak jadi cuti nasional, maka kita tidak tahu. Apabila kita tidak tahu, maka inilah yang berlaku yang mana persefahaman tidak wujud, walaupun kita telah merdeka semenjak tahun 1963 tetapi sampai hari ini, kita merasa iaitu bahawa Sarawak dengan Semenanjung, Sa bah dengan Semenanjung adalah kumpulan yang berasingan. Dan saya percaya bahawa kita jadikan cuti mereka ini sebagai cuti umum di peringkat kebangsaan, sudah tentulah Yang Berhormat Datuk Leo Moggie, kalau pada Hari Gawai, dia akan buat "open house" dan kita akan pergi ke rumahnya. Begitu juga kalau ada Menteri-menteri Kadazan ataupun Timbalan Menteri Kadazan­tetapi malangnya tidak ada sekarang fasal dia tidak masuk Barisan Nasional tetapi dahulu ada-jadi, pada Hari Keamatan mereka juga, kalau iamerupakan cu ti urn um, kita semua cuti, dia mengadakan rumah terbuka, kita pergi ke rumahnya.

Saya merasakan bahawa untuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan di tanahair kita ini, maka mana-mana keturunan yang merupakan majoriti ini di mana-mana negeri, maka haruslah hari cuti mereka itu dianggapkan sebagai cuti nasional supaya kita dapat memahami asal-usul mereka, kita memahami latarbelakang mereka. Dan dengan memahami latarbelakang mereka dan mereka telah pun memahami latarbelakang kita kerana cu ti kita pun cu ti kebangsaan di negeri mereka apabila kita ada Hari Raya, maka apabila ada perkara persefahaman di antara satu sama dengan lain ini, maka sudah tentulah integrasi nasional ini dapat kita percepatkan. Jadi, cadangan saya ialah supaya Kerajaan atau Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat memikirkan itu apa tidak kalau boleh dijadikan supaya hari cuti Dayak-Hari Gawai dan hari cuti Kadazan-Hari Keamatan ini dijadikan sebagai cu ti um um di peringkat kebangsaan.

Baru-baru ini, kita lihat iaitu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

923 8 JUN 1993 924

Malaysia kita telah pergi ke Kota Kinabalu untuk mengadakan satu perjumpaan menyambut "Harvest Festival". Sa ya kira ini sebagai satu perintis kepada cadangan saya tadi yang mana saya rasa Perdana Menteri juga merasakan perlu untuk beliau bertemu dengan masyarakat Kadazan pada ketika mereka menyambut "Harvest Festival" pada 30hb. Mei, 1993 baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Penjara B.40jugakita bayar RM9 juta. Memanglah kita tengok iaitu bayaran untuk tunggakan dan kenaikan gaji. Saya tengok di sini bahawa kadangkala saya tengok, mereka yang dipenjarakan ini, banduan-banduan ini kadangkala kita merasakan seolah-olah, oleh kerana mereka duduk di dalam penjara ini mereka mendapat semualah; pakaian dapat dan makanan mereka dapat. Kadangkala kedudukan mereka ini lebih baik daripada orang yang tidak membuat kesalahan. Maksud saya di sini, kalau ada orang membuat kesalahan yang bukan membunuh katakanlah, membuat kesalahan yangmenyalahi undang-undang, diamasuk ke dalam, dia diberi layanan yang lebih baik daripada orang yang tidak melakukan kesalahan di luar. Maksud say a di sini, iaitu bahawa banduan-banduan yang duduk di dalam penjara ini seharusnya tidak diberikan mereka ini, makan free dan pakaian yang mereka dapat itu juga free.

Saya merasakan bahawa mereka hams membiayai perbelanjaan yang dibuat terhadap mereka. Kalau kita bertanya kepada Jabatan Penjara, sudah tentu kita tengok bahawa bayaran adalah begitu besar untuk upkeep the prison, dengan izin. Bayaran begitu besar untuk menyediakan makanan bagi banduan-banduan, untuk kesihatan banduan-banduan dan untuk menjaga penjara. Jadi, belanjanya besar. Banduan mesti memastikan bahawa dia m~sti macam rakyat yang lain. Rakyat yang lam, untuk mendapatkan sesuatu mesti bekerja. Kita tidak mahu banduan ini apabila dia ditangkap, kita letakkan di dalam jel, maka kita tanggung dia. Dia tidak perlu kerja dan dia tidak perlu buat apa-apa.

Malahan kita dengar bahawa di Amerika Syarikat ada seorang Senator di sana, marah kepada negara China kerana telah

menggunakan banduan ini untuk membuat kerja-kerja bagi tujuan menjualkan hasil daripada kerja-kerja yang dibuat oleh banduan-banduan ini. Saya rasa bahawa tidak salah kalau sekiranya banduan­banduan ini kita suruh dia kerja. Dia mesti bekerja!

Pertamanya, apa pasal kita mesti tanggung orang tel ah melakukan kesalahan? Beri dia makan free, duduk free dan petang­petang dia dilepaskan di padang untuk membuat "exercise" sahaja. Lepas itu sampai masa beri makan, lepas itu disuruh duduk. Tidak buat apa-apa.

Saya rasa hari ini pun dengar bahawa penjara kita sudah tidak mencukupi kerana banduan ini telah melebihijumlahnya. Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa banduan-banduan ini mesti kita gunakan tenaga mereka. Kalau dia duduk di dalam, makadibolehkan mac am apa yang Kerajaan hendak buatiaitu merekadibolehkan bekerja dengan kilang-kilang. Saya rasa ini patut kita buat, melainkan hard-core criminals, dengan izin. Sebab kalau yang pembunuh, yang itu pun kita tidak sanggup juga hendak suruh dia keluar bekerja, kita pun tidak berani. Dia mesti duduk di dalamjel sebab nan ti kalau dia terlepas, dia boleh lari. Tetapi yang lain-lain itu, macam yang kena tahan kerana "assault" dan sebagainya, yang ini saya rasa boleh apa-apa kerja yang perlu buat, bawa ke dalam penjara dan suruh mereka buat.

Saya mahu satu dasar Kerajaan supaya banduan membiayai kehidupan hariannya. Jangan dia fikir dia masuk dalam dia duduk free sahaja. Makan free, elektrik free dan semua free! Dia mesti bayar sepertimana orang lain yang tidak melakukan kesalahan yang kena bayar untuk mendapat sesuatu. Banduan yang telah melakukan kesalahan, dia juga mesti bayar untuk menyarai kehidupannya sama ada bulanan, tahunan atau harian. Dia mesti buat.

Jadi, sayamahu supayadijadikan sebagai satu dasar di mana banduan yang ditahan sama ada dia ditahan kerana dadahkah atau apakah, dia mesti disuruh bekerja. Bukan disuruh bekerja di luar, maknanya dari segi pembuatan, kerja-kerja itu boleh dibawa di

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

925 8 JUN 1993 926

dalam jel. Bawa di dalam jel dan suruh dia buat kerja itu. Jangan dia rasa dia duduk free sahaja. Dia boleh melakukan kesalahan, dia duduk free sahaja di dalam jel. Dia mesti bekerja untuk membiayai kehidupannya.

Saya ingat ini satu perkara yang mesti ditekankan supaya kita berlaku adil kepada warganegara kita. Kalau tidak, yang buat kesalahan, makan free tetapi yang tidak buat kesalahan apa-apa, duduk di luar, hendak cari makan pun susah.

Jadi, untuk memperbetulkan keadaan yang tidak setimpal ini, maka saya ingin mencadangkan supaya setiap banduan yang dikenakan tempoh duduk di dalam jel, mereka mes ti membiayai kehidupan mereka semasa tempoh di dalam jel itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Kementerian Kesihatan. Jumlahnya besarlah RM 10 ju ta. Tetapi tidak mengapalah, kerana banyak daripadanya ialah untuk membayar tunggakan. Tetapi saya juga berharap bahawa walaupun kita bayar besar untuk tunggakan gaji ini, sayaingat bayaran besar juga harus dibuat tentang kemudahan Kementerian Kesihatan ini.

Saya tengok kedudukan hospital­hospital kita sungguh daif dan sungguh menyedihkan. Jadi, saya rasa selain daripada Kerajaan memikirkan untuk membayar gaji kakitangan dan membayar tunggakan, sayarasa tanggungjawab untuk memastikan kesihatan itu hams sampai kepada setiap rakyat tanpa bayaran yang besar, harus juga difikirkan oleh Kerajaan.

Sebentar tadi, di peringkat awal sesi Dewan ini, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan telah menjawab soalan berkenaan dengan sakit jantung. Saya dengar jawapan dia pun, saya punya jant.ung pun sakit. ( Ketawa) Sebab, bi la dia jawab dia kata, "kalau ada orang mari hendak dirawat sakit jantung, dia tidak dirawat secara automatik. Hendak ditanya dahulu sama ada dia boleh bayar ataupun tidak boleh bayar. Kena rujuk kepada Hospital Besar dahulu."

Jantung sudahlah sakit, suruh pergi ke Hospital Besar pula, hendak siasat sama ada dia layak atau tidak layak. Pergi ke Hospital Besarmacam-macam kerenah lagi. Bukan sahaja jantung sakit, hati lagi sakit!

Jadi, saya rasa bahawa kita mesti mengambil berat tentang kesihatan rakyat ini. Memang yang berkemampuan dia boleh bayarlah. Memang dia mendapat khidmat yang baik. Mereka yang mampu bayar, pergi ke Tawakalkah atau pergi ke mana­mana hospital swasta yang ada di dalam negara kita ini dan mereka akan mendapat rawatan yang baik. Tidak apalah itu yang berkemampuan. Tetapi yang tidak mampu ini, semua berkenaan dengan "fulus" sahaja. J adi, maknanya kalau seseorang itu apabila dia sakit, asasnya sama ada hendak dirawat ataupun tidak, itu soal duit.

Saya ingat ini satu suasana yang harus kita perbetulkan. Jangan kita menghukum orang itu semata-mata kerana dia tidak ada wang, makadiadihukumkan begitu, macam hukum matilah. Sebab, kalau jantung dia sudah sakit dan dia tidak berduit, tidak boleh hendak buat apa-apa.

Saya rasa bahawa Kerajaan harus memikirkan supaya rawatan yang harus diberikan berkenaan dengan sakit jantung ini, harus sampai kepada semua rakyat. Serangan penyakitjantung bukan kiraorang ada duit atau tidak ada duit. Dia bukan attack yang kaya sahaja. Yang tidak kaya pun, apabila dia kena serang sakitjantung, dia sakit jantung juga.

Jadi, ini penting. Kita tidakmahu bahawa apabila sakit jantung ini-kita tahulah perbelanjaannya besar, tetapi walaupun perbelanjaannya besar saya merasakan bahawa Kerajaan harus memikirkan cara mana untuk kita mengatasi supaya orang yang sakit jantung ini walaupun tidak mampu, maka dia boleh dirawati. Ini kita kena fikirkan. Kalau kita sanggup belanja sampai RM 110 ju ta untuk pembayaran gaji dan lain-lain, saya rasa kita mampu untuk memikirkan cara mana untuk kita mengatasi masalah orang yang sakit jantung, tetapi tidak mampu untuk membayar.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

927 8 JUN 1993 928

Mengapa tidak kalau kita kata kita adakan skim insuran yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan, khusus untuk sakit jantung. Kita jangan benarkan syarikat­syarikat swasta buat, sebab kalau dia buat, bayaran bulanan itu menekankan rakyat biasa kita. Tetapi kalau Kementerian Kesihatan boleh keluarkan RMl 10 juta, saya rasa tidak ada masalah kalau kita beri, katalah RM5 juta, RM6 juta khusus untuk mengadakan skim insuran. Dengan RM5 juta ini sebagai asas, tetapi mesti adalah tiap-tiap bulan, kata siapa yang risau dan bimbang bahawa satu hari nanti dia akan sakit jantung, daripada sekarang buatlah bayaran insuran RMS sebulan. Maknanya Kerajaan buat skim insuran sakit jantung berasaskan dengan memberi, katalah RM5 ju ta, RM6 juta sebagai wang dana untuk dia invest bagi memperbanyakkan lagi duit, maka dalam masa yang sama kita minta supaya skim ini diadakan dan siapa-siapa juga yang mahu membeli insuran sakit jantung ini dia boleh beli. Kalau dia beli daripada masa dia bersekolah lagi, di sekolah dia bayar RM2 sebulan. Saya ingat RM2 sebulan itu tidak terlalu membebankan. Jadi, kalau kita ada skim ini ....

Puan Rajah Zaleha binti Russin: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Minta laluan ya. Si la Yang Berhormat Hajah Zale ha.

Puan Rajah Zaleha binti Russin: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan. Apakah dengan insuran dalam bentuk yang disarankan oleh Yang Berhormat Saudara Nazri tadi daripada kecil lagi ataupun daripada sekolah lagi, tidakkah itu akan menjadikan seseorang itu menyediakan dirinya ke arah sakit jantung atau bagaimanakah bentuk yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Saudara Nazri?

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Raji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Mungkin tidak semestinya kita khususkan kepada sakit jantung. Hari inipun

kita tahu kalau buah pinggang sakit pun, menderita. Kalau hendak beli mesin pun harganya RM25,000, dahululah; sekarang ini say a ingat mungkin lebih .....

Seorang Ahli: (Bangun dan keluar Dewan)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, ada satu Jaluan. Ah, bukan ! Baik. ( Ketawa) Sila.

TuanRajiMohamedNazribinAbdul Aziz: Jadi, sebenarnya mungkin tidak khusus kepada sakit jantung. Mungkin persediaan itu dibuat untuk kemungkinan dilanda oleh apa-apa penyakit di masa yang akan datang, supaya apabila sampai ketika kita sakit, maka walaupun katalah macam pembayaran hendak merawat dan bedah RM15,000, pada ketika itu dia sudah ada insuran, tak apa. Maknanya insuran akan bayar, sebab dia sudah beli insuran.

Jadi, kalau ada daripada segi Islam mungkin ada sesuatu yang tidak kena, say a rasa kita ada skim insuran secara Islam, iaitu Takaful, boleh. Kita menggalak anak­anakmudakitadan warganegarakitasupaya sediakan payung sebelum hari hujan, supaya apabila datang ketika dia sakit, maka tidak berbangkit lagilah soal sama ada dia mampu atau tidak mampu. Pada ketika itu dia sudah ada Takaful, dia mampulah. Dia masuk sahaja memang tidak perlu difikirkan tentang pembayaran lagi. Jadi, kalau ini semua ada maka tiadalah cerita-cerita yang menyayatkan hati, seperti kata ada yang sedang menunggu, belum sampai turn dia, dia sudah meninggal dunia ataupun dalam masa kesibukan hospital hendak memastikan sama ada orang ini mampu atau tidak mampu, dalam ketika itu dia sudah meninggal dunia, sebab sakitjantung dia sudah advance.

Jadi, sakitjantung ini tidak boleh tunggu, Tuan Yangdi-Pertua. Bilaadasakitjantung, kena rawat terns. Jadi, kalau ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah ada pengalamankah?

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

929 8 JUN 1993 930

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya sakit jantung tidak ada, tetapi sakit hati kadang-kadang adalah. (Ketawa) Sakit hati ada, denganjawapan­jawapan yang diberi yang tidak memuaskan itu ada. Tetapi sakit hati belum sampai tahap sakit jantung. Sakit jantung ini tidak boleh lama. Sakit j an tung ini pengalaman yang .....

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau sakit jantung kena bedah .....

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, kena bedah.

Timbalan Yangdi-Pertua: Kalau sakit hati?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sakit hati, saya ingat belah sahajalah. ( Ketawa) Yang itu bedah, dan yang ini belahlah, tak usah tunggu. Sebab kalau kita tunggu, memang bergaduhlah, sakit-sakit hati ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Kerajaan dengan serius memikirkan bahawa mencari satu cara bagaimana kita boleh mengatasi masalah yang mana penyakit yang memerlukan kepada rawatan yang memerlukan kepada pembayaran yang begitu tinggi harus difikirkan satu cara bagaimana kita hendak mengatasinya dan ini mesti dibuat dari sekarang, secepat mungkin. Kita tidak boleh hendak tunggu­tunggu, sebab penyakit ini tidak tunggu kita.

Sepertimana saya sebutkan tadi, sakit buah pinggang. ltu satu penyakit yang memerlukan wang begitu banyak kalau kita hendak merawatnya- mesinnya dan servis tiap-tiap bulanan,jarumnya, macam­macam. Maka oleh kerana itulah say a ingin mencadangkan kepada Kerajaan supaya memikirkan dengan seriusnya untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi pada ketika ini yang mana kos untuk membiayai rawatan tentang penyakit ini adalah terlalu besar dan ini mesti diatasi sekarang, kerana ini melibatkan kebajikan rakyat jelata yang mana Kerajaan kita menjadi pembela kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, inijuga berkenaan dengan B .14 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah diberi perbelanjaan tambahan RM14 juta. Di sini juga say a in gin bercakap bagi pihak mereka yang datang daripada golongan yang bawah yang memerlukan kepadarumah dan sudah tentulah rumah yang diperlukan oleh mereka ini merupakan rumah kos rendah ataupun kos sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, orang golongan rendah sudah tentulah memang tidak mempunyai dana kewangan yang besar. Maka segala wang yang dia ada itu merupakan satu ikhtiar usaha yang telah mengeluarkan keringat dia sehinggakan dia dapat simpan wang untuk dia membeli rumah. Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa Kerajaan mempunyai obligasi moral untuk memastikan supaya dalam soal perumahan ini janganlah, pertamanya, orang dari golongan rendah ini susah hendak cari duit. Bila dia cari duit pula, beli rumah, projek terbengkalai. Say a mengucap syabas kepada Kerajaan yang sepertimana telah dijawab sebentartadi oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah menyatakan iaitu 190 lebih projek terbengkalai yang telah dijalankan oleh Kerajaan bagi memulihkan projek-projek yang terbengkalai yang menelan belanja RMI bilion lebih. Saya rasa bahawa Kerajaan tidak perlu untuk menyelamatkan projek ini dengan perbelanjaan yang begitu lebih kalau kita pasti dengan terlebih awal bahawa pemaju yang hendak memajukan rumah ini adalah merupakan pemaju yang boleh diterima.

Hari ini soalnya di sini, iaitu bahawa soal perumahan atau penempatan untuk memberi rumah ini adalah soal Kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab Kerajaan untuk menyediakan rumah-rumah yang boleh dibeli oleh rakyatnya. Oleh kerana soal pembelian rumah ini merupakan satu soal yang penting, maka oleh kerana itu saya hendak mencadangkan kepada Kementerian, supaya kita adakan Sistem Pendaftaran Syarikat-syarikat dengan Perbendaharaan, kalau mereka ingin berurus dengan Kerajaan, maka syarikat itu mesti didaftar dengan Perbendaharaan. Apakah

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

931 8 JUN 1993 932

tidak boleh kerana soal perumahan m1, merupakan soal atau tanggungjawab Kerajaanjugadan untukmemastikan supaya rakyat golongan berpendapatan rendah tidak dianiayakan oleh projek yang terbengkalai. Juga untuk mengelak daripada Kerajaan menyelamat projek yang terbengkalai, dan terpaksa membelanjakan wang berjuta-juta untukmeneruskan projek ini, mengapa tidak di dalam Perbendaharaan juga ada sistem yangmana pemaju-pemaju hams mendaftar dengan Perbendaharaan, kalau sekiranya mereka hendak menjadi pemaju yang akan mendapat kontrak-kontrak untuk membuat skim rumah kos rendah.

Saya tidak bercakap tentang projek­projek Kerajaan. Sebagai contoh, katalah saya mempunyai tanah seluas 20 ekar dan saya mencadangkan iaitu supaya tanah say a ini dimajukan untuk projek rumah kos rendah. Dan memang kawasan itu Kerajaan hanya meluluskan untuk perumahan kos rendah; jadi, apa yang perlu say a lakukan? Saya tidak perlu hendak mencari syarikat untuk memajukan tanah saya.

Apa yang perlu saya lakukan ialah saya berjumpa dengan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan seperti pecah lot dan sebagainya. Tetapi syarikat yang memajukan itu kita sudah ada, maknanya kita tidak bebas untuk memilih orang yang luar atau sesiapasahaja untuk memajukan tanah kita. Kita hanya bebas untuk memilih di kalangan pemaju yang berdaftardengan Perbendaharaan yang mempunyai rekod yang baik. Dengan cara itu bermakna bahawa setiap pemilik tanah akan mendapat keuntungan kerana dia tahu apabila tanahnya hendak dimajukan, maka pemaju itu merupakan pemaju yang berdaftar dengan Perbendaharaan. Ini bermakna pemaju itu adalah pemaju yang baik dan sudah tentulah pemaju itu tidak akan menterbengkalaikan projeknya kerana dia merupakan seorang pemaju yang berdaftar dengan Perbendaharaan. Jadi, dengan cara itu, pertamanya pemilik dapat memajukan tanahnya dengan tanpa kebimbangan iaitu sama ada projek itu akan berjalan ataupun tidak.

Keduanya, yang membeli rumah dari projek rumah kos rendah ini, dia akan yakin iaitu segala wang yang disimpan ini untuk

membeli rumah. Maka dia membeli rumah ini dan dia akan mempunyai keyakinan bahawa rumah itu akan diserahkan kepadanya apabila projek itu siap.

Pada ketika ini kita bimbang kaJau pemaju ini kita tidak kenal, kita hendak beli rumahnya, kita pun teragak-agak, kalau tidak beli - tidak dapat rumah. J adi, inilah yang saya fikirkan dan saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian supaya mengadakan satu sistem yang mana pemaju juga harus berdaftar dengan Perbendaharaan supaya dapat memastikan segala projek yang hendak dimajukan haruslah diberikan kepada pemaju yang berdaftar ini sahaja. Dan pemaju yang berdaftar ini juga harus mengambil kontraktor yang berdaftar sahaja. Dengan cara ini semuanya terjamin, dan yang paling pen ting sekali ialah kalau kita hendak bela biarlah orang dari golongan berpendapatan rendah ini, yang terpaksa mengeluarkan wang yang banyak dan akhirnya mungkin kerana projek terbengkalai dia tidak dapat apa. Maknanya kalau dahulu dia tidakmendapat pendapatan yang tinggi, ia setakat boleh hidup sahaja, dan kerana projek perumahan yang dibeli ini terbengkalai, maka dia ditekan kepada tahap kemiskinan.

Jadi, cadangan saya ialah supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memikirkan kalau boleh kita mengadakan satu skim pemaju yang berdaftar sahaja dengan Perbendaharaan yang boleh memajukan tanah-tanah untuk pembinaan rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan Kementerian Perusahaan Awam. Perbelanjaandi bawahMaksudB.15 dan B.33 banyak wang yang telah diberi kepada Kementerian A warn ini. Di mana di bawah Kementerian Perusahaan A warn ini terletaklah satu organisasi yang bernama MARA, yang mana banyak menjalankan pekerjaan untuk membantu bumiputera kita.

Saya ingin menyatakan di sini, bagi MARA yang penting dalam usahakita untuk meningkatkan ekonomi bumiputera kita ialah menerusi pendidikan. Sebab itu dalam perbelanjaan kita, pendidikan merupakan

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

933 8 JUN 1993 934

satu sektor yang mana perbelanjaannya adalah tinggi. Dan pada hari ini kita lihat iaitu bahawa jasa MARA dalam pendidikan jelas kelihatan di mana-mana, seperti MRSM.

Pada ketika ini saya difahamkan iaitu di kebanyakan negeri sudah ada MRSM, kalau tidak silap saya kita sudah ada 13 buah MRSM. Dan MRSM ini mencatat satu .....

Puan · Hajah Zaleha binti Hussin: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Puan HajahZaleha minta laluan. Adakah hendak tanya berkenaan MARA ini?

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua ....

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: .... saya ingin mendapat penjelasan apabila disebut mengenai MRSM, kebetulan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri yang bercakap itu adalah Pengerusi kepada MARA.

Saya hendak mendapatkan penjelasan apakah MRSM memang sebuah sekolah berasrama pen uh, dan apakah MRSM telah dapat menampung pelajar-pelajar di luar bandaryang tidakmampu keasrama pen uh? Apakah satu keistimewaan yang dapat diberi oleh MRSM kepada pelajar-pelajar yang berada di luar bandar dengan kelulusan-kelulusan yang diperolehi oleh mereka.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman ahli Dewan, syarat pertama untuk masuk ke MRSM mestilah penuntut itu datang daripada latarbelakang luar bandar-mesti luar bandar. Kalau sekolahnya merupakan sekolah yang ditakrifkan sebagai dalam bandar, jika kelulusannya baik macam manapun dia tidak akan dapat. Jadi, mereka yang datang daripada luar bandar sahaja yang boleh masuk ke dalam MRSM.

Soalan kedua dari Yang Berhormat Pu an Rajah Zaleha bertanya iaitu apakah kita dapat menampung? Jawapanya "tidak dapat". Tidak dapat menampung kerana apa? Kerana rakyatnya ramai, rakyat luar bandar ini ramai dan MRSM cuma ada 13 buah. Jadi, kerana tidak dapat menampung, di sinilah hujah saya dalam Rang Undang­undang ini, saya ingin menyatakan iaitu bahawa MARA telah berjaya untuk mengadakan satu MRSM di Terendak, Melaka sebagai contohnya. MRSM di Terendak, Melaka adalah khusus untuk anak-anak tentera. Jadi, tenteralah yang membina bangunan, tentera memberi kawasan dan MARA hanya pergi untuk menyediakan guru-guru dan pembayaran gaji guru-guru. Maknanya infrastruktur, prasarana peringkat awal semuanya dikendalikan oleh Angkatan Tentera dan ini berjaya. Sebab itu pada hari ini kita tengok anggota tentera kita boleh hantardia ke Samolia, hantar dia ke Kampuchea, hantar dia ke Namibia, dia tidak bimbang dengan pendidikan anak-anaknya, sebab pendidikan anak-anaknya dijagai oleh MRSM Terendak yang mana seluruh penuntut itu adalah datang daripada anak­anak Angkatan Tentera. Jadi, bolehlah dia pergi ke luar negeri menjalankan tugasnya dengan penuh perasaan dan hati yang tenang, kerana dia tahu bahawa pendidikan anak-anaknya itu telah dipelihara oleh MARA dengan Tentera.

Sekarang ini ada permintaan daripada Angkatan Tentera supaya diwujudkan satu lagi MRSM seperti ini untuk anak-anak Tentera, dia hendak memberi kawasan di Lumut, dia hendak membuat bangunan sekolah, semuanya dia buat dan padang juga disediakan, siap besok kita hanya masuk dengan guru-guru kita sahaja. Jadi, kosnya akan rendahlah, bermakna MARA tidaklah menanggung kos yang begitu tinggi.

Jadi di sini, skim ini kita buatjuga dengan Polis. Anak-anak Polis juga ada MRSM khusus untuk anak-anak mereka, yang mana bangunan sekolah semuanya disediakan oleh Polis. Ini juga Polis tidak bimbang terhadap pelajaran anak-anaknya, Insya­Allah akan dijagai kepentingannya oleh MRSM yang joint-venture, dengan izin, dengan Polis.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

935 8 JUN 1993 936

Jadi, apa yang saya hendak cadangkan di sini ialah kalau segala skim yang dibuat dengan Tenteradan Polis ini mendatangkan manfaat kepada anak-anak Tentera atau anak-anak Polis kita. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Kewangan di mana Kastam dan Eksais Diraja ini adalah duduk di bawahnya. Kastam inipun serupa juga, dia boleh dihantar ke mana-mana dalam negara kita ini pada bila-bila masa.

Dan sepertimana kita tahu apabila trans­fer sahaja, maka berbangkitlah masalah persekolahan anak-anak. Kadang-kadang mereka ini dihantar ke sempadan Siam, ke Johor, ke Muar dan mana-mana tempat lagi. Cadangan saya kepada Kementerian Kewangan ialah, apakah tidak boleh difikirkan bahawa untuk Kastam ini juga kita adakan satu skim yang sama sepertimana yang kita adakan untuk Tentera. J umlah Kastam inipun ramai juga dan anak­anak mereka lagi ramai. Jikalau skim ini diadakan untuk mereka dan sekiranya mereka ini dihantar ke mana-mana sahaja, maka sudah tentulah pengajian anak-anak mereka itu tidaklah merupakan satu masalah yang terpaksadihadapi oleh mereka. Mereka boleh pergi ke mana tetapi anak mereka ada diMRSM.

Di sini, saya ingin mencadangkan skim ini kepada pihak Kastam dan juga mungkin untuk Imigresen iaitu Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kita hendak supaya skim ini diadakan untuk semua perkhidmatan awam yang beruniform, malah untuk yang tidak beruniform pun kalau ada tempat kita boleh juga buat satu MRSM khusus untukanak-anakkakitangan Kerajaan. Boleh! Soalnya, kalau Kerajaan bersetuju, buatlah bangunan untuk MARA dan MARA pun masuklah. Ini penting. Sebab itulah saya mengatakan bahawa di masa-masa yang akan datang pihak Perbendaharaan kalau boleh, kepada Kementerian Perusahaan Awam ini berilah peruntukan yang lebih sedikit khusus untuk MARA. Ini kalau bolehlah. Kerana apa? Kerana kita hendak memperbanyakkan MRSM ini untuk Tentera, untuk Polis, untuk Imigresen, untuk Kastam dan mungkin juga khusus untuk anak-anak kakitangan

Kerajaan dan ini memerlukan kepada guru­guru yang MARA kena menyediakan. Bila hendak menyediakan guru, kena beri wang lebih sedikitlah kepada MARA dan MARA boleh membuat kerja ini.

Juga bagi kawan-kawan saya di Sabah dan Sarawak, say a rasa MARA juga perlu diberikan peruntukan yang lebih kerana MARA harus masuk secara serius. Bukan maknanya sekarang ini tidak serius, sekarang ini serius juga, tetapi saya ingin melihat macam mana kejayaan yang boleh didapati di Semenanjung ini, saya mahu supaya kejayaan itu juga dapat dicapai di Sabah dan Sarawak.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Zale ha min ta laluan. Panjang betul mengenai MARA ini, Yang Berhormat!

Puan Hajah Zaleha bin ti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Nazri. Say a den gar tadi beliau meminta tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk Kementerian Perusahaan Awam khususnya untuk MARA. Nampaknya hendak ditambahkan lagi sekolah-sekolah MRSM ini di Sarawak dan di Sabah. Apakah Yang Berhormatjuga bercadang untukmenambah sekolah MRSM ini di negeri Ke I an tan dalam permohonan tambahan pembinaan sekolah MRSM ini?

TuanHajiMohamedNazribinAbdul Aziz: Saya ingat di Kelantan ini kita ~oleh tunggu dahululah sebab kita sudah ada satu MRSM. Kebetulan di Melaka ada dua. Kerana apa? Satu di Jasin dan satu untuk Tentera. Say a tengok di Sabah dan Sarawak tidak ada MRSM. Adakah MRSM di Sarawak? Bel um ada ! Mengapa tidak? Say a merasakan, kalau kita betul-betul serius hendak membantu bumiputera, kita mesti dirikan MRSM ini. Di Sarawak kita kena buat. Di Sabah, .. Yang Berhormat Tuan Johan Ghani apabila saya sebut Sabah, dia pun masuk. Macam dia tahu sahaja. Di Sabah kita kena buat oleh sebab kita tahu Kerajaan yang ada pada ketika ini adalah

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

----------

937 8 JUN 1993 938

Kerajaan yang tidak mementingkan kepada kepentingan rakyat. Dia tidak pentingkan rakyat tidak apalah, tetapi kita ....

Tuan Johan B.O.T. Ghani: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhonnat Tuan Johan minta laluan.

Tuan Johan B.O. T. Ghani: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang BerhonnatTuan Haji Nazri, bilakah agaknya hendak dibuat di Sabah ini? (Ketawa)

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Say a den gar ucapan Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri kita di Sabah pada 30hb. Mei yang lalu, beliau mengatakan, Insya-Allah, jika Sabah ini Kerajaan Negerinya Barisan Nasional, kita akan jadikan negeri Sabah ini sebuah negeri yang pembangunan itu amat membanggakan. Jadi, kena tunggu kita

· menanglah,jawapannya! Sebabpadaketika ini Kerajaan PBS yang ada sekarang perangainyamacam "iblis" sedikit. Dengan izin - perangai macam "iblis".

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhonnat, saya rasa itu tidak parliamen­tary. Kalau boleh, cari satu "synonym" untuk "iblis" ini.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, perkataan "pelesit" boleh atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua: Perkataan itu lebih kurangjuga!

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: MungkinTuan Yang di-Pertua boleh berikan cadangan! (Ketawa) Tak apalah itu. Kita katakan "perangai yang tak baiklah", sebab segala apa yang Kerajaan Pusat buat, dia kata segala yang baik itu dia yang buat. Masalahnya di sini ialah, apabila Kerajaan Barisan Nasional menang, kita akan buat. Ini sebagai satu insentif kepada rakyat Sabah kalau mereka mahu melihat... ..

Tuan Johan B.O.T.Ghani @

Christopher: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhonnat, Tuan Johan minta laluan sekali lagi.

Tuan Johan B.O.T. Ghani @ Christopher: Tuan Yang di-Pertua, di segi apa perangai yang tidak baik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nazri itu?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Perangai pemimpin PBS yang tidak baik ini kalau dalam "bahasa Melayu­Indialah", - "lembu puny a susu sapi puny a nama". Macam itulah umpamanya.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan susu tanpa lembu?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itupun bolehjuga. Perangainya tidak baik, dia mencucuk. Itu yang saya kata perangainya macam "dia" itulah, sebab "dia" mencucuk. Dia cucuk orang itu, cucuk orang ini bukan untuk membuatkan rakyat Sabah supaya mempunyai perasaan cinta terhadap pemimpin Semenanjung tetapi mereka bertambah benci. Kalau memang kita buat salah, betul tak apalah! Ini kita tidak buat salah tetapi "dia" cucuk orang kampung supaya membenci kepada kita walaupun tidak buat salah. Inilah, Tuan Yang di-Pertua, seperti perangai Pairin. Synonym tidak tahulah sama ada Pairin dengan dia itu serupa atau tidak. Tetapi perangainya macam itulah. Soalnya ialah, bila kita hendak buat- kalau rakyat negeri Sabah memikirkan untuk kepentingan masa hadapan mereka dan masa hadapan anak­anak mereka, maka sudah tentulah memang pilihannya begitu ketara sekali (Obvious) dalam pilihanraya akan datang tidak ada pilihan lain sebenarnya, melainkan untuk menyokong Kerajaan Barisan Nasional.

Seperti di Kelantan mencukupilah dengan ada satu itu. Waiau bagaimanapun, kalau kita buat di negeri lain kita boleh ambil anak-anak Kelantan ini untuk mereka keluar ke negeri-negeri lain. Kalau mereka belajar di Ke I an tan juga memang tidak ada perubahanlah sebab pendidikan ini bukan sahaja menuntut ilmu tetapi membuka mata -soal pembangunan. Kita buat di negeri lain, kita bawa anak Kelantan itu keluar supaya mata mereka akan nampak lebih

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

939 8JUN1993 940

luas, tidak hanya nampak Nik Aziz dengan member-membernya. Untuk Kelantan kita buat di tempat lain dan anak Kelantan kita bawa keluar supaya mereka belajar di MRSM di negeri-negeri lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja yang saya hendak nyatakan di sini sebab saya percaya rakan-rakan yang lain juga ingin mengambil bahagian. Maka dengan kata-kataitu, saya sekali lagi berdiri untuk menyatakan sokongan saya kepada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) 1993. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat V.K. Sellapan, sila.

5.40 ptg.

Tuan V.K. Sellapan: Tuan Yang di-Pertua, saya bersama-sama bangun untuk menyokong Rang Undang-undang yang bemama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1992 dan 1993 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk Maksud-maksud yang tertentu bagi tahun yang tersebut itu.

Tuan Yang di-Pertua, B.26-Kementerian Pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr. Micheal Toyad telah menyatakan kepada soalan saya di Dewan yang mulia ini pada 25hb. Mei, 1993 bahawa guru-guru bahasa Tamil bagi sekolah-sekolah menengah adalah mencukupi pada masa sekarang. Di sini saya mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan mengenai masalah­masalah yang timbul dari perlaksanaan bahasa ibunda POL di seluruh tanahair kita. Pengajaran bahasa Tamil di sekolah menengah tidakdimulakan padaawal tahun setiap tahun, walaupun terdapat bilangan pelajar bahasa ibunda yang cukup pada keseluruhannya. Sebab itulah nampaknya bilangan guru-guru bahasa Tamil mencukupi seperti dinyatakan oleh Timbalan Menteri pada hari itu. Sebenamya, jika pengajaran bahasa Tamil dimulakan di semua sekolah-sekolah yang ada bilangan

pelajar-pelajar bahasa Tamil yang secukupnya, sudah tentu bilangan guru­guru bahasa Tamil tidak mencukupi. Ini disebabkan amalan memulakan kelas bahasa Tamil,jika terdapat bilanganpelajar bahasa Tamil sekurang-kurangnya 15 orang pelajar, tidak dipatuhi di sekolah-sekolah tertentu di seluruh negara ini.

Pada umumnya, saya menyatakan bahawa terdapat guru-guru besar yang tidak sudi menjalankan kelas bahasa Tamil, walaupun ibu bapa meminta beberapa kali untuk menjalankannya. Sebab itulah ramai di antara ibu bapa menjadi bosan dan tidak begitu gemar meminta guru-guru besar menjalankan kelas ini.

Tuan Yangdi-Pertua, mengapakahramai di antara guru-guru besar bersikap begini? Pada pandangan saya, bilangan guru-guru bahasa Tamil yang mengajar di sekolah­sekolah menengah secara sepenuh masa dimasukkan ke dalam peruntukan guru sekolah dengan school establishment itu. Dengan demikian, tenaga pengajar untuk mengajar lain-lain mata pelajaran dikurangkan. Akibat inilah menimbulkan banyak masalah dalam menjalankan pentadbiran proses pembelajaran dan pengajaran sekolah itu. Oleh itu, ramai di antara guru-guru besar lebih gemarmemilih guru-guru bahasa ibunda yang mengajar secara sambilan. Memanglah tidak dapat dinafikan bahawakelas-kelas bahasaibunda di sekolah-sekolah bermula lewat atau dua bu Ian setiap setahun setelah sekolah dibuka. Masalah lain pula, iaitu pengajaran bahasa ibunda ini berakhir lebih awal sebelum sekolah ditutup pada setiap akhir tahun. Dalam keadaan seperti ini, pengajaran bahasa ibunda secara berkesan tidak dapat disempurnakan pada tiap-tiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, jadual waktu pengajaran bahasa ibunda yang ada di kebanyakan sekolah adalah tidak disesuaikan. Ada sekolah yang masih menjalankan kelas POL pada hari Sabtu ataupun pada waktu petang. Pelajar-pelajar terpaksa berulang ke rumah dan datang lagi ke sekolah. Dalam keadaan ini, masalah pengangkutan dan keselamatan bagi pelajar-

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

941 8JUN1993 942

pelajar pula timbul. Ibu bapa terpaksa membelanja lebih kepada anak-anak mereka. Oleh itu, ramai di antara pelajar­pelajartidak begitu gemarmenghadiri kelas ini pada waktu petang ataupun padahujung minggu.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan harus memahami keadaan ini dan perlu bertindak untuk memperbaiki keadaan ini. Pada awal setiap tahun, guru­guru besarperlu menghantar borang-borang permohonan bagi menjalankan kelas-kelas bahasa ibunda ini kepada semua ibu bapa untuk mendapat maklumbalasnya. Jika ada cukup 15 orang pelajar, guru-guru besar perlumemulakan pengajaran bahasaibunda ini. Di sini say a menegaskan bahawa Surat Pekeliling mengenai perlaksanaan kelas­kelas bahasa ibunda ini per! u dihantar sekali lagi kepada semua sekolah di tanahair kita, dan segala kesilapan yang berlaku dalam hal pentadbiran ini perlu diperbaiki. Pengajaran bahasa ibunda itu perlu dimasukkan dalam jadual waktu sekolah. Bilangan guru-guru bahasa Tamil tidak perlu masuk ke dalam peruntukan guru establishment sekolah, barulah pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil boleh dilaksanakan dengan baik serta tenaga pengajar bahasa Tamil boleh ditambahkan. Saya juga merayu kepada Kementerian Pendidikan supayamenitikberatkan tentang perkara ini dan mengambil langkah-langkah positif dan membuat kajian untuk membetulkan segala kesilapan dari segi pentadbiran pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas bahasa ibunda.

Tuan Yangdi-Pertua, berhubungdengan soalan say a mengapa mata pelajaran bahasa Tamil telah digugurkan dari senarai pengiktirafan elektif untuk memberi peluang kepada kakitangan Kerajaan menikmati cu ti belajar separuh gaji di mana­mana institusi pengajian tinggi. Timbalan Menteri Pendidikan menjawab bahasa Tamil telah digugurkan dari senarai tersebut kerana keperluan guru bahasa Tamil adalah mencukupi, dan guru itu adalah lebih dari apa yang diperlukan. Di sini sukalah saya memberi sedikit-sebanyak pandangan terhadap jawapan Timbalan Menteri Pendidikan ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hanya sebuah universiti sahaja dalam beberapa institusi pengajaran tinggi di negara ini memberi peluang untukmempelajari bahasa Tamil di peringkat tinggi. Dalam pada itu pun, kita terpaksa berjuang untuk mengekalkan kedudukan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran pengajian tinggi pada tiap-tiap tahun sehingga sekarang. Pada masa ini, keperluan graduan-graduan bahasa Tamil adalah makin meningkat dalam beberapa agensi-agensi Kerajaan. Selain daripada sekolah, Maktab-maktab Perguruan, Pusat-pusat Pengajian Tinggi, Pusat Perkembangan Kurikulum, Radio Pendidikan, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah, J abatan-jabatan Pendidikan Negeri, Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan juga memerlukan tenaga berijazah bahasa Tamil untuk menjalankan tugasnya. Bidang-bidang yang lain seperti Jabatan Penerangan, Kastam dan Eksais Diraja, LembagaPenapisan Fil em, J abatan­j abatan Buruh serta mahkamah juga memerlukan tenaga berijazah untuk berkhidmat dengan mereka.

Sekarang bilangan graduan-graduan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud dan akan wujud adalah tidak mencukupi. Langkah-langkah untuk memperbaiki kedudukan ini masih Iagi dirancangkan. Dalam keadaan seperti ini, keputusan Kementerian untuk menggugurkan bahasa Tamil dari senarai pengiktirafan mata pelajaran elektif yang memberi peluang kepada kakitangan Kerajaan menikmati cuti belajar separuh gaji di mana-manainstitusi pengajian tinggi adalah mendukacitakan. Tindakan ini amat merunsingkan dan tidak seimbang dengan hasrat Kementerian yang sentiasa meminta dan menggalakan guru-guru bahasa Tamil untuk meningkatkan taraf pencapaian kelayakan akademi. Tindakan ini adalah tidak adil dan tidak saksama kepada kakitangan Kerajaan yang ingin melanjutkan pendidikan dalam bahasa Tamil dengan menikmati cuti separuh gaji.

Oleh itu, Kementerian harus memberi timbangan sewajarnya dalam perkara ini dan mengambil langkah untuk memasukkan

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

943 8 JUN 1993 944

bahasa Tamil dalam pengiktirafan mata pelajaran elektif di pusat pengajian tinggi bagi tujuan kakitangan Kerajaan menikmati cuti separuh gaji.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan juga telah mengumumkan bahawa guru-guru sandaran atau sementara yang berpengalaman selama tiga tahun dikecualikan dari menduduki Ujian Kelayakan ke Pusat Latihan Guru. Pengumuman ini tel ah mendapat sambutan baik daripada rakyat pada keseluruhannya. Ini adalah satu tindakan sewajar Kementerian Pendidikan yang patut disanjung tinggi dan dihargai. Saya berpendapat pengumuman ini akan membawa banyak manfaat kepada guru­guru sementara dan sandaran yang mengharap-harapkan kerjanya perguruan. Ini adalah satu cara yang tepat dan cekap sekali diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pelajar.

Guru-guru sandaran dan sementara yang telah berkhidmat lebih dari tiga tahun tentulah mempunyai pengetahuan luas dalam profesion perguruan. Pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang perguruan adalah lebih sempurna. Oleh itu, wajarlah bagi mereka untuk dikecualikan daripada mengambil Ujian Kelayakan terse but.

Di sini saya mengambil kesempatan ini di Dewan yang mulia ini bahawa syarat kelayakan memperolehi lima kepujian, termasuk mata pelajaran Matametik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dalam satu sijil yang dikenakan kepada pemohon­pemohon masuk ke PusatLatihan Perguruan perlu diberi perhatian dan dikaji semula. Dengan mengadakan syarat-syarat kelayakan seperti ini, saya khuatir ramai guru-guru sandaran dan sementara yang mempunyai perkhidmatan lama akan hi Jang peluang keemasan ini.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kementerian untuk memberi sedikit-sebanyak kelonggaran dalam syarat kelayakan, seelok-eloknya lima kepujian

dalam lebih dari satu sijil di peringkat SPM. Dengan ini, ramai guru-guru sandaran dan sementara akan mendapat peluang menyertai latihan perguruan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi pandangan say a ialah mengenai temuduga­temuduga yang dijalankan oleh Kementerian bagi pengambilan guru-guru pelatih ke latihan perguruan. Soalan-soalan yang menguji pengetahuan tentang profesion perguruan sahaja perlu dititikberatkan. J anganlah menyoal perkara­perkara yang tidak kena-mengena dengan profesion perguruan ini semata-mata untuk menyingkirkan pemohon-pemohon, kerana mutu pengajaran mereka adalah setanding dengan mutu pengajaran guru-guru terlatih dan mereka mempunyai sikap pengorbanan dalam bidang ini. Oleh itu, Kementerian harus memberi perhatian khas kepada mereka untuk diserapkan ke Pusat-pusat Latihan Guru. Di samping itu, saya mengalu-alukan pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan itu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan rasa sukacitanya saya sekali lagi menyokong Rang Undang-undang yang di hadapan kita sekarang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Fu Ah Kiow.

5.52 ptg.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun dan turut memberi sokongan saya terhadap Rang Undang­undang Perbekalan Tambahan ( 1992 dan 1993) 1993.

Namun begitu saya ada sedikit teguran mengenai Maksud B.50, Jadual Kedua, di mana Kementerian Perusahaan A warn telah meminta peruntukan tambahan sejumlah RM29 juta.

Tuan Yang di-Pertua, RM29 juta ini merupakan tambahan melebihi daripada 3 % anggaran asal yang diperuntukan iaitu RM90juta.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi budgeting, dengan izin, sebarang permintaan peruntukan tambahan yang melebihi 10%, saya anggap sebagai satu

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

945 8 JUN 1993 946

amalan yang tidak digalakkan, sebab ini menunjukkan bahawa pihak tertentu atau Kementerian tertentu mungkin kurang tepat bila masa menyediakan peruntukan mereka atau menyediakan belanjawan mereka. Ini juga menunjukkan bahawa pihak tertentu kurang profesional bila menyediakan anggaran mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini, saya hendak minta keizinan supaya saya dapat memberi satu contoh lagi yang menunjukkan bahawakadangkala pihak tertentu bi la menyediakan peruntukan atau belanjawan memang kurang memikirkan dengan mendalam. Misalnya, saya hendak sentuhkan satu kes mengenai dengan peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), walaupun kes ini tidak terlibat langsung dengan peruntukan yang dibincangkan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua menyedari bahawa semalam Kuala Lumpur telah sekali lagi mengalami kebanjiran yang amat teruk akibat hujan lebat, di mana dua orang kanak-kanak telah dilaporkan hilang, walaupun laporan ini belum disahkan oleh pihak Polis. Dan kita tahu, ibu kota kita selalu mengalami banjir, tetapi keterukan seperti semalam itu pernah berlaku juga pada tahun 1990, di mana kita pernah mengalami banjir yang begitu besar dan rakyat biasa mengalami kerugian besar, sama ada dari segi harta benda, perabot, alat elektrik atau kemungkinan kehilangan nyawa. Pada tahun 1990 itu, saya teringat pada masa itu, bekas Dato' Bandar kita, Tan Sri Elyas Omar dan Menteri Penerangan, Dato' Mohamed bin Rahmat pernah melawat tempat di Batu 4, Jalan Klang Lama, yang mana rakyat juga mengalami kerugian besar. Dan selepas banjir itu, pihak Dewan Bandaraya telah pun membelanjakan lebih kurang RM 1 ju ta untuk membaiki jalan raya dan menurap semula Jalan Klang Lama. Dan selepas itu DBKL pun telah memperuntukkan lebih kurang RM2 juta dalam Rancangan Malaysia Keenam untuk memperbaiki longkang dan pembetungan yang mensaluri air ke Sungai Kelang.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1991, mengikut jadual peruntukan, sebanyak RMS00,000 telah diperuntukkan untuk memulakan projek itu, tetapi pada tahun tersebut projek itu tidak dijalankan atas sebab-sebab yang saya tidak faham hingga masa sekarang. Sayadifahami bahawa pihak DBKL kata, dia tidak ada duit, saya pun berasa hairan, sebab kalau mengikut proses perbelanjawan, bila sesuatu belanjawan telah disediakan, biasanya duit pun telah disediakan. Say a pun tidak faham dan tidak tahu sama ada peruntukan itu dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mempersoalkan kebijaksanaan DBKL membuat keputusan begitu, sebab bila kita membatalkan peruntukan itu, m1 menunjukkan bahawa keputusan itu merupakan, dengan izin, "penny wise pound foolish". Sebab saya tidak faham macam mana pihak Dewan Bandaraya boleh sanggup membelanjakan sebanyak RM I juta untuk membaiki jalan apabila ada kejadian banjir dan enggan membelanjakan RMS00,000 untuk membina parit dan membaiki pembetungan.

Tuan Yang di-Pertua, sayajuga merasa khuatir atas perkara ini. Jikalau saya tidak salah, segala perbelanjaan sebelum diluluskan oleh pihak DBKL biasanya adalah dibincang dengan panjang le bar oleh Lembaga Penasihat DBKL. Dan jika telah dibincang dan telah diluluskan, macam mana peruntukan itu boleh dibatalkan tan pa pengetahuan Lembaga Penasihat? Dan saya juga ingin mempersoalkan kebijaksanaan pihak DBKL membuat begitu. Apa yang kita lihat semalam ialah bahawa sekali lagi apa yang telah terjadi pada tahun 1990 tel ah berulang lagi dan rakyat di Jalan Klang Lama, di Kampong Haji Abdullah Hukum dan di Kampong Pasir sekali lagi mengalami kerugian yang besar.

Tuan Yangdi-Pertua, saya berpendapat bahawa sesiapa yang membuat atau menyediakan perbelanjaan bagi jabatan­jabatan Kerajaan mesti mengutamakan kepentingan rakyat terutamanya mengenai dengan projek-projek infrastruktur seperti projek-projek untuk mengatasi banjir, membina jalan dan sebagainya.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

947 8 JUN 1993 948

J adi, saya ingin menyeru pihak tertentu, apabilamenyediakan peruntukan hendaklah memikirkan dengan lebih mendalam dan mesti cuba mengurangkan atau meringankan kesengsaraan rakyat yang tinggal di kawasan-kawasan kampung di sekitar ibu-kota kita. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Salam.

6.01 ptg.

Tuan Haji Abdul Salam bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) 1993. Kementerian­kementerian dan Jabatan-jabatan yang terlibat dalam senarai bagi mendapatkan kelulusan tambahan peruntukan bagi tahun 1992 dan bagi tahun 1993 ialah seperti tercatatdi atas Rang Undang-undang D.R.4/ 93.

Apabila tambahan peruntukan dibuat sudah semestinya kerja-kerja bertambah dan apabila kerja-kerja bertambah sudah tentu menampakkan kemajuan yang sepatutnya dilaksanakan oleh tiap-tiap Kementerian dan Jabatan-jabatan yang berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa rakyat di luar bandar hendaklah dibela dengan sebaik­baikn ya, kerana kadar kemiskinan terbanyak ialah daripada kalangan rakyat di luar bandar. Dengan demikian Kementerian-kementerian seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dan lain-lain Kementerian hendaklah memprogramkan segala bentuk pembangunan bagi membela nasib kumpulan bawahan iaitu rakyat yang lemah yang benar-benar memerlukan bantuan sebelum kumpulan-kumpulan lain dibela.

Selain dari itu, perlu diingatkan usahawan-usahawan bumiputera yang masih di dalam perniagaan perlu di be la dan galakkan tertentu perlu diberi oleh Kerajaan. Seterusnya saya juga memohon supaya

pihak Jabatan Perdana Menteri memberi pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya tentang Resolusi-resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga, yang mana Dewan Perniagaan Melayu memainkan peranan penting. Banyak sungutan-sungutan dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Perniagaan Melayu dan peserta­pesertaKongres ten tang perkaraini. Mudah­mudahan dengan terlaksananya resolusi­resolusi berkenaan, usahawan-usahawan sekalian mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Sekian, dan saya menyokong Rang Undang-undang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Rahaiah.

6.05 ptg.

Puan Hajah Rahaiah binti Baheran: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Akta Perbekalan Tambahan(1992dan 1993) 1993,daningin mengemukakan beberapa pandangan.

Apabila diteliti didapati bahawa ban yak peruntukan telah diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar oleh beberapa Kementerian. Untuk menentukan keberkesanannya, saya mencadangkan supaya sebahagian daripada peruntukan tambahan ini, di samping menyediakan peluang-peluang dan prasarana, Kerajaan hendaklah juga memperuntukan untuk pembangunan sumber manusia di sektor tersebut, terutamanya di peringkat kepimpinannya.

Untuk meningkatkan kepimpinan ini, dicadangkan supaya semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK)danjugaahli-ahliJKKK tersebut diberi Iatihan pendidikan, pengurusan dan pendedahan terhadap polisi­polisi Kerajaan berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang di-Pertua, in gin say a jelaskan di sini, jika kita tinjau di mana-mana organisasi yang berjaya, kitadapati bahawa peringkat pentadbiran dan pengurusannya dikendalikan oleh individu yang bukan sahaja mempunyai kelayakan kertas yang

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

949 8 JUN 1993 950

tinggi, tetapi juga latihan dan dedahan yang dibuat dari masa ke semasa mengikut perkembangan semasa dan peredaran zaman. Malah Pegawai-pegawai Kerajaan juga diberi latihan demi latihan, dan kita juga tahu bahawa INT AN memainkan peranan yang penting untuk tujuan ini.

Apa yang ingin saya sebutkan di Dewan yang mulia ini ialah betapa pentingnya kepimpinan di peringkat luar bandar diberi pendidikan, pendedahan dan kemahiran di dalam menyambut dan melibatkan kampung merekadan penduduk-penduduk di dalamnya dengan agensi-agensi pembangunan yang disediakan oleh Kerajaan. Kerajaan adalah disarankan supaya memberi tumpuan ke arah ini dan satu cara yang saya rasa sesuai adalah, dari masa ke semasa menghimpunkan pemimpin-pemimpin di peringkat­peringkat yang saya sebutkan tadi di dalam satu seminar di mana kertas kerja dibentangkan oleh Kementerian­kementerian berkaitan, yang mempunyai matlamat dan diberi mandat untuk meneruskan cita-cita Kerajaan di peringkat Kementerian masing-masing.

Di samping mereka diberi bimbingan di dalam mentadbir kampung dan strategi­strategi untuk mencapai matlamat yang disebutkan tadi, mereka juga boleh berinteraksi sesama merekadi mana mereka dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman di antara mereka. Sebagai contoh, saya pernah melihat satu pusat di bawah Skim Pembangunan Industri Sampingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar di mana ianya telah tidak digunakan sepenuhnya. SebenarnyaPusat ini didirikan bertujuan untuk kegunaan beberapa kampung di bawah seliaan beberapa Ketua Kampung. Tetapi oleh kerana Pusat terse but telah didirikan di dalam sebuah kampung, maka faedah yang diperolehi hanya untuk satu kampung itu sahaja. Ketua-ketua Kampung yang lain merasakan bahawa kemudahan terse but bukanlah hak mereka.

Jadi, saya rasakan, kalaulah kita dapat mendedahkan mereka kepada cara-cara menggunakan faedah yang diberikan oleh Kerajaan, kemungkinan keberkesanannya

akan dapat dirasai. Jika Pengerusi dan Ahli JKK Kampung tadi diberi pendedahan dan maklumat, pastilah mereka boleh memberi keyakinan kepada anak buah mereka. Dengan cara pembangunan sumbermanusia diselaraskan dengan pembangunan prasarana, maka segala dasar-dasar Kerajaan akan dapat mencapai matlamatnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kemudahan tempat tinggal bagi penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Lazimnya pihak pusat-pusat pengajian tinggi ini cum a dapat menawarkan kemudahan tempat tinggal untuk penuntut-penuntut mereka pada tahap tahun 1 dan tahun 2 sahaja dan pada tahun berikutnya, penuntut-penuntut ini terpaksa mencari kemudahan tempat tinggal yang lain. Saya mendapat maklumat bahawa prestasi mereka mula menurun di tahap ini, walaupun di peringkat permulaannya mereka telah membuktikan kecemerlangannya. Ramai di kalangan mereka akhirnya menyelesaikan masalah mereka dengan duduk beramai-ramai di satu bangunan di kawasan setinggan yang tentunya menimbulkan masalah psikologi di samping masalah pembelajaran mereka.

Telah sampai masanya Kementerian Pendidikan menimbangkan pembinaan tempat kediaman di semua pusat-pusat pengajian tinggi supaya penuntut­penuntut kita mendapat suasana yang sesuai bagi meningkatkan pelajaran mereka. Say a cadangkan supaya peruntukan yang sewajarnya harus diberi untuk tujuan Inl.

Akhirnya, saya berharap semua Jabatan, Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang diberi peruntukan di dalam Akta Perbekalan Tambahan ( 1992 dan 1993) 1993 ini, terutamanya yang menerima faedah daripada Skim SSB dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Rahmah.

6.09 ptg.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

951 8 JUN 1993 952

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sayajuga bangun untuk bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bagi menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) 1993.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawasanya masih banyak lagi perkara­perkara yang perlu diambilkira oleh Kerajaan dan sewajarnyalah Kerajaan menyelidik serta memerhati dari segi manakah terdapatnya kekurangan yang perlu diberi perhatian.

Di dalam menyokong Rang Undang­undang ini, saya ingin memberi pandangan dari segi tidak berlakunya kekurangan doktor-doktor pakar daripada jurusan Falsafah, sebagaimana apa yang telah berlaku kepada doktor-doktor pakar perubatan yang amat sukar bagi Kerajaan untuk mengatur dengan baik buat masa ini. Saya berharap dengan apa yang kita bincangkan hari ini, doktor-doktor falsafahini tidakakan menurutijejakdoktor­doktor perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Kementerian Pengangkutan dan lain-lain Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga pihak swasta baik yang telah terlibat secara langsung atau tidak Iangsung di dalam perancangan dan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, yang baru di Sepang, Selangor. Dengan adanya lapangan terbang yang termoden dan dilengkapi oleh peralatan yang canggih, adalah diharapkan kawalan keselamatan dapat diselenggarakan dengan lebih baik.

Di samping itu juga, negara akan dapat menampung keperluan penerbangan yang dijangka meningkat pada penghujung dekad ini. Lebih-lebih rancangan negara untuk menjadi tuan rumah di Sukan Komanwel 1998 yang akan datang. Memang tepatlah masanya Kuala Lumpur akan mempunyai sebuah Lapangan Terbang yang serba lengkap sempena

menyambut seruan negara ke arah Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, projek besar yang dijangka akan menelan belanja bermilion-milion ringgit ini perlulah dirancang dengan teliti di dalam aspek teknikal misalannya. Sayaingin tahu sejauh manakah penglibatan jurutera-jurutera perunding tempatan di dalam kerja-kerja merekabentuk kerj a-kerja aw am, mekanikal dan elektrikal. Dan adakah kontraktor­kontraktor bumiputera dan tempatan diberi keutamaan di dalam kerja-kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di Sepang ini?

Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita semua sedia maklum, terdapat banyaknya penglibatan syarikat-syarikat luar negeri seperti Jepun dan United Kingdom di dalam projek ini. Penglibatan mereka adalah baik, kerana mungkin negara kita masih be! um boleh mengendalikan projek sebesar ini. Akan tetapi, bagaimanakah pemindahan teknologi yang telah dirancangkan bagi projek ini dan di manakah penglibatan pakar-pakar kejuruteraan tempatan untuk projek ini? Umpamanya, adakah pakar-pakar daripada lnstitut Kerja Raya Malaysia atau IKRAM yang sememangnya arif mengenai teknologi kejuruteraan tempatan dibawa berunding bersama di dalam kerja-kerja merancang, merekabentuk dan menyelaras projek ini?

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan langkah­langkah yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan di mana doktor­doktor pakar telah diberi keistimewaan seperti keutamaan kenaikan pangkat, kelebihan ganjaran dan kenaikan gaji dan lain-lain lagi. Tetapi keistimewaan seperti ini tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh doktor-doktor falsafah di dalam bidang tertentu selain daripada pakar perubatan. Walaupun dengan adanya Skim Saraan Baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan baru-baru ini, sebilangan besar doktor-doktor falsafah adalah merupakan tenaga pengajar dan penyelidik di universiti dan institusi­institusi pengajian tinggi Kerajaan.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

953 8 JUN 1993 954

Tenaga-tenaga pengajar dan pensyarah-pensyarah adalah merupakan pendidik kepada generasi yang akan datang, manakala tenaga pendidik adalah sangat-sangat diperlukan untuk mempertingkatkan R&D bagi mencapai Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu kenapakah doktor-doktor falsafah tidak diberi keistimewaan yang serupa seperti yang dirasai oleh doktor-doktor pakar perubatan. Maka dengan ini, saya dengan pP.nuh kesyukuran menyokong Rang Undang-undang yang dinamakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1992 dan 1993) 1993. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Setiausaha Parlimen untuk menjawab, tetapi saya rasa Setiausaha Parlimen bijak menjawab dalam masa 15 minit-lengkap dan precise! Silakan.

Tuan Hanipah bin Ahmad: (Bangun)

Datin Hajah Wan Intan binti Wan Ahmad Tajuddin: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Panjang tak?

Tuan Hanipah bin Ahmad: Pendek sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Hendak beri peluang ya? Tak apa, kita demokratik. Silakan Tuan Hanipah.

6.14 ptg.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil sedikit kesempatan untuk membahas Akta yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan saya tadi.

Yang pertama sekali saya akan tujukan kepada Maksud B.24, iaitu Kementerian Kesihatan. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, perkara doktor pakar telah dipercakapkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, dan saya selaku Ahli Yang Berhormat daripada sebuah negeri yang di utarajuga berpendapat.. ...

Timbalan Yang di-Pertua: Sebutlah Perlislah, katakan, tak apalah.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Sebuah negeri yang dikenali sebagai Negeri Perlis. Perlis juga perlu kepada doktor pakar dalam bidang perubatan. Saya maklumkan di sini, Perlis yang mempunyai penduduk seramai 178,000 orang, kalau tak silap sayalah, pada hari ini hanya mempunyai seorang doktor pakar sahaja untuk mengawasi hal ehwal perubatan di Negeri Perlis. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan akan mengambil perhatian setidak-tidaknya penambahan doktor pakar akan dapat diadakan untuk negeri Perlis kerana penduduk-penduduk negeri Perlis juga perlu kepada khidmat doktor pakar bagi menyelesaikan masalah rawatan pesakit-pesakit yang agak ramai juga yang berada di negeri Perlis.

Yang kedua, setelah terlaksananya SSB, maka timbullah masalah-masalah pendapatan pesakit-pesakit untuk menduduki Wad Ke las I dan Ke las 2 kerana bila wujudnya SSB, maka kakitangan Kerajaan sekarang mula meletakkan keluarga-keluarga, khususnya ibubapa, ke Wad-wad Kelas I dan Wad Kelas 2. Bagi Negeri Perlis telah timbul masalah kerana tidak cukup wad untuk menempatkan pesakit-pesakit di Kelas I dan Kelas 2. Kerana saya difahamkan, ada permohonan untuk meletakkan ke Kelas 1 dan Kelas 2, terpaksa diletakkan di Kelas 3 kerana tidak mencukupi wad-wad untuk pesakit­pesakit yang tersebut. Saya berharap pihak Kementerian Kesihatan akan mengambil perhatian di atas saranan yang saya kemukakan ini.

Yang ketiga, juga diharapkan bila lulusnya Rang Undang-undang Perbekalan (Tambahan) ini, maka rungutan-rungutan tentang kecuaian yang bukan sengaja dilakukan oleh kakitangan hospital dapat dikurangkan. Begitu juga rungutan­rungutan daripada masyarakat khususnya rakyat jelata di seluruh negara.

Yang keempat, saya juga berharap doktor-doktor yang telah tamat pengajian mereka akan dapat meneruskan

/

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

955 8 JUN 1993 956

perkhidmatannya di hospital Kerajaan seberapa lama yang boleh, dan ini akan memberi kesempatan kepada mereka ini memahami kedudukan dan suasana masyarakat di luar bandar. Kerana kita juga mengharapkan perkhidmatan mereka setelah mereka diberi kesempatan untuk mendapatkan ilmu dalam bi dang perubatan ini, dan kita berharap rakyat sedikit­sebanyak akan mendapat pulangan balik daripada perkhidmatan doktor-doktor ini walaupun mereka mempunyai hasrat dan cita-cita untuk meninggalkan jawatan ini ke jawatan-jawatan yang lain yang boleh meningkatkan lagi atau menambahkan lagi pendapatan-pendapatan mereka dari satu masa ke satu masa.

Saya juga akan menyentuh berkenaan dengan Kementerian Pertahanan iaitu Maksud B.25. Sekarang ini pihak Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia yang telah mendapat sanjungan di atas perkhidmatan­perkhidmatan yang telah mereka lakukan untuk keselamatan negara dan kita harapkan pihak Kerajaan akan mengawasi supaya anggota Angkatan Tentera kita akan dapat memberikan perkhidmatan yang begitu baik dan tidak pula melibatkan perkara-perkara atau angkara-angkara yang tidak sihat sepertimana penglibatan dalam penyalahgunaan dadah dan juga angkara­angkara yang boleh mencemarkan nama baik Angkatan Tentera.

Kita juga menyanjung tinggi khidmat­khidmat anggota Angkatan Tentera kita yang telah berkhidmat di luar negeri sepertimana di Kambodia dan kita juga mendengar pihak Kerajaan akan menghantar sepasukan Angkatan Tentera kita ke Somalia walaupun keadaan Somalia sekarang ini tidak dapat menjamin keselamatan kepada pasukan-pasukan yang dihantar di bawah naungan Bangsa-bangsa Bersatu. Kita percaya tentera kita akan dapat menyumbangkan khidmat mereka sepertimana yang telah mereka khidmatkan di tempat-tempatyang Jain di negara-negara yang telah mereka berkhidmat.

Saya juga mengharapkan Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan segera supaya masalah sempadan di antara

Perlis dengan Negeri Thai akan dapat diselesaikan supaya Pasukan Angkatan Tentera yang kita letakkan di sempadan itu dapat kita letakkan di tempat-tempat yang lain untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada negara dan kita berharap masalah-masalah yang timbul di sempadan khususnyadi antaraNegeriPerlis dengan negeri Thai akan dapat diselesaikan dengan seberapa cepat yang boleh. Penyelesaian ini akan dapat membawa banyak manfaat kepada dua buah negara iaitu negeri-negeri di Selatan Thai danjuga negeri-negeri di sebelah Utara Malaysia.

Saya juga ingin menyentuh tentang Kementerian Perusahaan Awam. Sepertimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi banyak benda atau perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Perusahaan Awam ini ada kaitan dengan MARA dan beliau berpendapat lebih ban yak lagi MRSM dapat didirikan di negara ini dan saya berpendapat kalau lebih banyak lagi MRSM akan didirikan, sebuah lagi bolehlah dirancang untuk didirikan di negeri Perlis. Walaupun sekarang sudah wujud sebuah maktab di negeri Perlis.tetapi agak saya Perlis masih lagi perlu kepada pusat-pusat pengajian tinggi untuk membantu ke arah perkembangan sosio-ekonomi negeri yang berkenaan.

Sayajuga berpendapat sepertimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat tadi, bila ramai penuntut-penuntut yang keluar daripada MRSM maka akan ramailah penuntut-penuntut ini akan melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Selalunya bagi penuntut-penuntut bumiputera ini masalahnya ialah untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran tinggi dan sepertimana yang kita fahamMARA adalah satu badan yang boleh membantu pelajar­pelajar ini untuk mendapatkan pelajaran di luar negeri. Yang menjadi dilema kepada saya, bilaramai pelajar-pelajar ini memohon untuk mendapat pinjaman MARA, mereka akan belajar ke luar negeri dan bila mereka pulang mereka akan terus berkhidmat di negara ini dan pinjaman-pinjaman yang

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

957 8 JUN 1993 958

telah mereka meminjam daripada MARA dan kita telah mendapati beberapa dilema telah difahami oleh pihak MARA yang mana pelajar-pelajardan penuntut-penuntut yang telah habis atau tamat pengajian rnereka pulang berkhidmat tetapi mereka tidak pula membayar balik pinjaman­pinjaman yang telah mereka meminjam daripada MARA. Saya inginlah mendapat penjelasan daripada Kemcnterian Perusahaan Awam adakah dilema ini akan berlaku jug a bila ramai lagi pelajar-pelajar MRSM atau lain-lain institusi pengajian tinggi membuat pinjaman daripada ?v'1ARA untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri. Saya mempercayai kalaulah MARA akan dapat meningkatkan lagi prestasi, ramai lagi pelajar-pelajar bumiputera akan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Yang akhir sekali, saya juga mengharapkan Kementerian Pcrpaduan NegaradanPembangunanMasyarakatakan meningkatkan lagi usaha-usaha untuk membolehkan perpaduan di antara kaum di negara ini ditingkatkan lagi dengan menyediakan peruntukan-peruntukan yang mencukupi kepada badan-badan yang ada kaitan dengan perpaduan masyarakat di negara kita. Sckianlah sahaja dar. sayii menyokong Akta tcrsebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingat kita habis di situ sahajalah untukjawapan. Jadi, kerana banyaklagi bil-bil yang hendak diperkatakan jadi tidak apalah, kita mungkin memberi peluang untuk bercakap tentang bil-bil yang lainlah. Terlambat sedikit.

Untuk pengetahuan bersama, Puan Hajah Rahmah binti Salleh ada sebut tadi tentang dua jenis doktor: satu doktor falsafah, satu doktor pakar. Doktor pakar itu say a ingat orang faham. Doktor falsafah dalam perubatan, apa yang dimaksudkan'!

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Doktor pakar dalam segi kejuruternan. Doktor kejuruteraan, iaitu doktor falsafah -bukan doktor perubatan.

Timbalan Yang di-Pertua: Oh, Ph.D. dalam ....

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Ya, macamPh.D.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan dalam perkhidmatan perubatan.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Bukan.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ph.D. dalam lapangan yang lain.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Maknanya dua doktor.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ya. Terima kasih. Saya jemput Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan.

6.27 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon masa sedikit untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kerana tujuh orang Ahli Yang Berhonnat yang berucap maka untuk berlaku adil kepada mereka yang begitu serius menyediakan perkara-perkara untuk dibangkitka11 petang m1 sudah sewajarnyalah saya mengambil masa sedikit. Dengan persetujuan Tuan Yang di­Pertua mungkin saya mengambil masa 45 min it. 4 mi nit hari ini dan mungkin 41 minit csok.

Ini adalah atas beberapa alasan. Yang pertama untuk berlaku adil kepada Ahli­ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa persoalan. Yang kedua ialah kerana masa yang diambil untuk perbahasan ialah kira-kira 2 jam. Jadi, kalau saya ambil 5 minit untuk menjawab perbahasan 2 jam amat tidak adil dan saya akan dicemuhi oleh rakan­rakan sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan. Saya benarkan. Panjang sedikit pun tidak apa.

Tuan Mustapha bin Mohamed: Jadi, oleh kerana mas a dua tiga mi nit say a ambil kesempatan ini untuk memberi beberapa

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN827 8 JUN 1993 828 MALAYSIA DEWAN NEGARA Selasa, 8hb. Jun, 1993 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA (Tuan Yang di-Pertua mem pengerusikan Mesyuarat)

959 8 JUN 1993 960

penjelasan umum dalam masa kesempatan yang ada sebelum saya pergi untuk menjawab soalan-soalan spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang pertama, ingin saya jelaskan bahawa sepertimana yang diterangkan dalam ucapan saya, sebahagian besar daripada tambahan yang diperlukan adalah untuk memindahkan sebahagian wang kepada Kumpulan Wang Pembangunan iaitu RM4,000 juta dan sebahagian besar lagi ialah untuk membolehkan kita membayar gaji tambahan berikutan perlaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) bermula pada lhb. Januari, 1992.

Pertama berkaitan dengan pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan, ingin saya maklumkan bahawa ini merupakan satu perkara baru, fenomena baru yang berlaku dalam masa empat, lima tahun ini. Sebelum ini pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan ini jarang sekali berlaku kerana kita tidak mengalami ataupun tidak menikmati keadaan kedudukan kewangan yang kukuh. Hakikat bahawa kita dapat memindahkan RM4,000 juta daripada "Hasil" kepada "Pembangunan" memperlihatkan, membuktikan, menunjukkan bahawa ekonomi negara diuruskan dengan baik sehingga kita memperolehi satu jumlah hasil yang begitu tinggi dan membolehkan kita memindahkan hasil itu untuk membiayai projek-projek pembangunan. Ingin saya membuat perbandingan, umpamanya tahun 1991 yang lepas, kita hanya memindahkan RM2,000 juta. Pada tahun 1988 kita hanya memindahkan RM600 juta. Tetapi pada tahun lepas, tahun 1992 kita memindahkan RM4,000 juta. Bermakna jumlah yang kita pindahkan pada tahun lalu berbanding dengan tahun 1991 meningkat kira-kira 100%-dua kali ganda-dan peningkatan dalam pindahan ini iaitu daripada RM2,000 juta kepada RM4,000 juta sepertimana yang dipohonkan dalam

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ALOR SETAR 1997

Perbelanjaan Tambahan yang diminta izin daripada Dewan ini memperlihatkan kemampuan kita untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik sehingga hasil negara meningkat dan ini telah membolehkan kita memindahkan jumlah wang yang begitu besar untuk membiayai projek-projek pembangunan. Itu perkara um urn pertama yang ingin saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian sebagai makluman betapakita telah berjaya menguruskan kewangan negaradengan baik khususnya dalam lima, enam tahun kebelakangan ini. RM4,000 ju ta satu angka yang besar.

Yang kedua, berkaitan dengan SSB ini, ada di antara perbelanjaan tambahan yang diperlukan sepertimana yang diminta melalui Perbelanjaan Tambahan ini tidak dapat dijangka sepenuhnya oleh Kementerian-kementerian, oleh itulah maka kita terpaksa membuat peruntukan yang besar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada bulan Ogos ini kita akan membayar tunggakan yang terakhir kepada Pegawai­pegawai Kerajaan berikutan daripada perlaksaan SSB berjumlah kira-kiraRM35 juta. Ini merupakan bayaran terakhir. Walaupun skim ini dilaksanakan pada 1 hb. Januari,1992 dan berkuatkuasa tunggakan I hb. Januari, 1989 tetapi hakikatnya kita membelanjakan RM2.9 ribu juta untuk menanggung bayaran tambahan gaji kakitangan Kerajaan dan pada bulan Ogos akan datang barulah kita selesai semua sekali membayar RM2.9 ribu ju ta. Dengan kata-kata itu, saya mohon izin untuk menyambung esok. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi, diizinkan untuk sambungan jawapan esok ya, Tuan Mustapa.

Ahli-ahli Yang Berhormat persidangan ini ditangguhkan sehinggajam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.