pentomin balada seorang anak

11

Click here to load reader

Upload: abi-faizul

Post on 28-Jun-2015

884 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pentomin Balada Seorang Anak

TRANSCRIPT

Page 1: Pentomin Balada Seorang Anak

BALADA SEORANG ANAK (Erti Sebuah Kehidupan)

Di awal keheningan SubuhTatkala azan berkumandangTerdengar kicauan burung-burungMenemani sepasang suami isteriMenanti kelahiran cahaya mataSaban tahun menantiKini lahirnya aku seorang putera

Ketika diriku Menjejaki usia enam tahunAku disekolahkanAku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123

Jenuh belajar Aku teringatkan ayah dan ibumembanting tulang empat kerat Demi diriku Demi sesuap nasiPancaran mentari memamah lahap tubuhnyaNamun mereka tetap menahan keperitanAku belajar belajar dan terus belajar

Usiaku kini meningkat remajaAir sungai remaja mengalir deras dalam dirikuberpoya bercumbu bercintamenjadi makanan remajakuibu bapaku menangis sedih ingatkanku

Oh! Tuhan berdosakah aku ?Derhaka kepada ibuDerhaka kepada ayahAku tidak mahu menanggung seksaMuYa! Allah aku merintih kepadaMu

Kini aku sedari

1

Page 2: Pentomin Balada Seorang Anak

Rumah kasih yang aku diamiTidak berpenghuniTanah pusara aku dekati

Tanda maaf aku pohoniNescaya ayah dan ibu kiniDisemadi di tempat yang suci

Hasil Nukilan :Z.Luzaif(Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak )

1.0. SINOPSIS BALADA SEORANG ANAK (Erti Sebuah Kehidupan)

2

Page 3: Pentomin Balada Seorang Anak

Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) hasil ciptaan Mohd Faizul Hafiz Bin A.

Razak atau nama penanya Z.Luzaif mengisahkan seorang anak yang mengimbas kembali

tentang sebuah kehidupan. Dalam kehidupannya, dimulai dengan kelahiran, alam

persekolahan, dan alam remaja. Di akhir penceritaan, penyajak telah bermonolog tentang

kehidupannya yang keseorangan setelah ibu dan bapanya meninggal dunia.

Sinopsis rangkap pertama.

Di awal keheningan SubuhTatkala azan berkumandangTerdengar kicauan burung-burungMenemani sepasang suami isteriMenanti kelahiran cahaya mataSaban tahun menantiKini lahirnya aku seorang putera….

Dalam rangkap pertama, penyajak menceritakan tentang sepasang suami isteri

sedang menanti kelahiran cahaya mata setelah sekian lama menanti kelahirannya. Anak

lelaki itu telah dilahirkan pada waktu Subuh (dinihari) dan ditemani dengan kicauan

burung-burung.

Sinopsis rangkap kedua.

…Ketika diriku Menjejaki usia enam tahunAku disekolahkanAku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123….

Dalam rangkap kedua pula, penyajak menceritakan tentang alam persekolahan anak

lelaki itu. Anak lelaki itu disekolahkan seawal enam tahun. Anak lelaki itu melahirkan rasa

bersyukur apabila ibu dan bapa telah menghantarnya ke sekolah sehingga dia mengenal

huruf dan nombor.

Sinopsis rangkap ketiga.

3

Page 4: Pentomin Balada Seorang Anak

…Jenuh belajar Aku teringatkan ayah dan ibumembanting tulang empat kerat Demi diriku Demi sesuap nasiPancaran mentari memamah lahap tubuhnyaNamun mereka tetap menahan keperitanAku belajar belajar dan terus belajar…..

Dalam rangkap ini pula, penyajak menceritakan kesungguhan anak lelaki itu belajar

dan mendalami ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, penyajak menceritakan anak

lelaki itu teringatkan kesungguhan ibu dan bapanya bekerja keras demi diri dan ahli

keluarganya tanpa erti penat dan lelah. Penyajak menceritakan juga anak lelaki itu bertekad

untuk belajar bersungguh-sungguh.

Sinopsis rangkap keempat.

…Usiaku kini meningkat remajaAir sungai remaja mengalir deras dalam dirikuberpoya bercumbu bercintamenjadi makanan remajakuibu bapaku menangis sedih ingatkanku….

Dalam rangkap keempat, penyajak menceritakan tentang kehidupan anak lelaki

apabia memasuki alam remaja. Di alam remaja, anak lelaki itu telah berubah sikap. Anak

lelaki it sudah menjadi liar dalam kehidupannya. Anak lelaki itu sering melakukan perkara-

perkara yang tidak baik sehingga membuatkan ibu dan bapanya menangis mengenangkan

sikap dan perangai anak lelakinya.

Sinopsis rangkap kelima.

…Oh! Tuhan berdosakah aku ?Derhaka kepada ibuDerhaka kepada ayah

4

Page 5: Pentomin Balada Seorang Anak

Aku tidak mahu menanggung seksaMuYa! Allah aku merintih kepadaMu….

Dalam rangkap kelima, penyajak menceritakan tentang keinsafan anak lelaki itu

setelah hidup tanpa haluan semasa di alam remaja. Anak lelaki itu bermonolog dan

memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Anak lelaki itu tidak sanggup menanggung

seksaan yang ditanggungnya.

Sinposis rangkap keenam dan rangkap ketujuh.

…Kini aku sedariRumah kasih yang aku diamiTidak berpenghuniTanah pusara aku dekati

Tanda maaf aku pohoniNescaya ayah dan ibu kiniDisemadi di tempat yang suci

Dalam rangkap keenam dan ketujuh, penyajak menceritakan tentang anak lelaki itu

hidup dalam kesunyian apabila ibu dan bapanya telah kembali kerahmatullah. Anak lelaki

itu memohon ampun dan maaf kepada ibu dan bapanya di tepi pusara ibu dan bapaanya.

Anak lelaki itu juga pasti ibu dan bapanya telah ditempatkan dalam kalangan orang-orang

yang beriman.

2.0. KONSEP PERSEMBAHAN

Apresiasi sajak Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) berkonsepkan pentomin.

Pentonim bermaksud deklamator berada di luar pentas dan pembantu-pembantunya

5

Page 6: Pentomin Balada Seorang Anak

melakonkan untuk menjelaskan maksud sajak tersebut secara gerak. Keseluruhannya,

semua pembantu akan melakonkan jalan cerita sajak itu dengan lakonan bisu.

3.0. PAPAN CERITA SAJAK BALADA SEORANG ANAK (ERTI SEBUAH KEHIDUPAN)

RANGKAP SAJAK WATAK JALAN CERITAPuisi Tradisional : Endoi

Di awal keheningan SubuhTatkala azan berkumandangTerdengar kicauan burung-burungMenemani sepasang suami isteriMenanti kelahiran cahaya mataSaban tahun menantiKini lahirnya aku seorang putera

BapaMak Bidan

1. Kelihatan bapa mundar-mandir menanti kelahiran anaknya.2. Instrumen : Azan Subuh3. Instrumen : bunyi kicauan burung.4. Mak bidan keluar membawa anak dan diserahkan kepada bapanya. (serentak dengan alunan azan dan kicauan burung dan tangisan bayi).5. Bapa melakonkan azan di telinga anaknya.

Ketika diriku Menjejaki usia enam tahunAku disekolahkanAku mula mengenal ABC Aku mula mengenal 123

GuruAnak lelaki

1. Anak lelaki ke sekolah.2. Guru mengajar anak lelaki tersebut.

Jenuh belajar Aku teringatkan ayah dan ibumembanting tulang empat kerat Demi diriku Demi sesuap nasiPancaran mentari memamah lahap tubuhnyaNamun mereka tetap menahan keperitanAku belajar belajar dan terus belajar

Anak lelakiBapa Ibu

1. Anak lelaki duduk termenung.2. Anak lelaki memandang kea rah ibu dan bapanya yang sedang bekerja.

Usiaku kini meningkat remajaAir sungai remaja mengalir deras dalam dirikuberpoya bercumbu bercintamenjadi makanan remajakuibu bapaku menangis sedih ingatkanku

Anak lelakiBapaIbu

1. Anak lelaki hidup dalam sosial.2. Ibu mundar-mandir menanti pulang anak lelakinya.3. Ibu dan bapa dalam keadaan sedih.

6

Page 7: Pentomin Balada Seorang Anak

Oh! Tuhan berdosakah aku ?Derhaka kepada ibuDerhaka kepada ayahAku tidak mahu menanggung seksaMuYa! Allah aku merintih kepadaMu

Anak lelaki 1. Anak lelaki sudah insaf.2. Anak lelaki itu berdoa.

Kini aku sedariRumah kasih yang aku diamiTidak berpenghuniTanah pusara aku dekati

Tanda maaf aku pohoniNescaya ayah dan ibu kiniDisemadi di tempat yang suci

Puisi Tradisional : Syair

Anak lelaki 1. Anak lelaki itu duduk bersendirian.2. Anak lelaki itu berjalan keluar dan terus ke pusara ibu dan bapanya.3. Anak lelaki itu berdoa di pusara ibu dan bapanya.

4.0. BUSANA, PROP DAN INSTRUMEN MUZIK

Busana, prop dan instrument muzik ersembahan apresiasi sajak Balada Seorang Anak (Erti

Sebuah Kehidupan) adalah seperti yang berikut :-

4.1. Busana

Pakaian ibu ialah kain batik dan baju kurung.

Pakaian bapa ialah kain pelikat dan baju melayu.

Pakaian anak lelaki ialah baju t-shirt dan seluar panjang.

Pakaian mak bidan ialah kain batik dan baju kurung.

Pakaian guru ialah baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang.

4.2. Prop

Prop-prop yang digunakan ialah meja dan kerusi.

7

Page 8: Pentomin Balada Seorang Anak

4.3. Instrumen Muzik

Instrumen muzik yang digunakan adalah alunan azan Subuh, kicauan

burung-burung dan tangisan bayi.

5.0. PERANAN PELAJAR DALAM SAJAKBALADA SEORANG ANAK (ERTI SEBUAH KEHIDUPAN)

Watak-watak dalam sajak Balada Seorang Anak (Erti Sebuah Kehidupan) adalah seperti

yang berikut :

5.1. Hayati Binti Mat Desa sebagai ibu.

5.2. Azaman Bin Mahmood sebagai bapa.

5.3. Mohd Shahril Bin Shaari sebagai anak lelaki.

5.4. Sabariah Binti Zainal sebagai mak bidan.

5.5. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak sebagai guru.

5.6. Farah Humairah Binti Mohd sebagai pendeklamator.

5.7. Zulkiflee Bin Abd. Manaf sebagai piñata bunyi.

5.8. Nur Huda Binti Razali sebagai penyair.

8