pentaksiran formal

11
1.0 Pengenalan Pendidikan moral adalah satu matapelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua murid tidak kira sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan setiap guru di sekolah diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul. Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. 2.0 Jenis Pentaksiran Menurut Salvia dan Ysseldyke 2001, Proses mengumpul dan menilai maklumat untuk membantu pendidik memahami keperluan kanak-kanak dalam P&P. Pentaksiran dibahagikan kepada dua. Iaitu :- pentaksiran Pentaksiran formal Pentaksiran tidak formal

Upload: princessnila

Post on 11-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pentaksiran formal pbs

TRANSCRIPT

Page 1: pentaksiran formal

1.0 Pengenalan

Pendidikan moral adalah satu matapelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua

murid tidak kira sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Sewaktu proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan setiap guru di sekolah diwajibkan untuk menjalankan proses

pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul. Pentaksiran ialah satu proses mentaksir

perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Pentaksiran ialah satu

proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif.

Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan

penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru

memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian

murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran,

melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat

memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani,

emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.

2.0 Jenis Pentaksiran

Menurut Salvia dan Ysseldyke 2001, Proses mengumpul dan menilai maklumat untuk

membantu pendidik memahami keperluan kanak-kanak dalam P&P. Pentaksiran

dibahagikan kepada dua. Iaitu :-

Rajah 1: Jenis Pentaksiran

pentaksiran

Pentaksiran formal

Pentaksiran tidak formal

Page 2: pentaksiran formal

2.1 Pentaksiran formal

Menurut, Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) Penilaian secara

formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Ia

melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu

dipatuhi oleh semua murid. Ia juga, dirancang atau dibina berasaskan peraturan

atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar

dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk

dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan. Terdapat dua jenis

pentaksiran formal:-

Rajah 2 : Jenis pentaksiran formal.

Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif.

Menurut, Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah

satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid

telah mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan

menjalankan secara berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan

tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah

guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid,

mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat

meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan.

Pada masa yang sama, guru juga harus mengingati bahawa, keputusan penilaian daripada

penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu

individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk

mengesan kejayaan dan kegagalan.

Pentaksiran formal

Penilaian formatif Penilaian sumatif

Page 3: pentaksiran formal

Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, ` Penilaian Sumatif

juga merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut

Ee Ah Meng Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu

kursus. Di mana guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir semester.

Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan

murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan . Penilaian secara berpusat iaitu

UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan

Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang

pencapaian murid di seluruh negara.

3.0 Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)

Rajah 3 : Objektif penilaian

Rajah diatas menerangkan tentang objektif penilaian. Kepentingan yang wujud daripada

penilaian ini ialah ia dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu

murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada

peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun

seterusnya.Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan

secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.

Objektif

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

Mengetahui keberkesanan pengajaran.

Merancang dan mengubah suai pengajaran.

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan

serta-merta.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid

dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke

semasa.

Page 4: pentaksiran formal

Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid

meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh

pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat

pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan)

dan tingkah laku moral. Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid

untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

4.0 Pentaksiran tidak formal

Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta

pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta

penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.

4.1Jenis-jenis pentaksiran tidak formal

Pentaksiran formal mengandungi enam jenis pentaksiran. Ia boleh dilihat dri rajah dibawah :-

Rajah 5: Jenis-jenis pentaksiran tidak formal

4.1.1Pemerhatian

Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang

dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan

merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian

ataupun secara keseluruhan kelas. Jika melibatkan individu tertentu ia adalah

Jenis-jenis pentaksiran tidak formal

Anekdot

Pemerhatian

Portfolio

Tugasan

Soalselidik

Temubual

Merekod pemerhatian

Page 5: pentaksiran formal

bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang

dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun

isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati

tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan

kerja. Tujuan pemerhatian adalah seperti berikut :-

kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan

kerja kursus. membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu

kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik

melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui

kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai

semak dan skala kadar /marking scheme.

4.1.2 Merekod pemerhatian

Senarai semak

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi

pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang

disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah

laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain

berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap

pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau

cara lain.

Mengesan serta-merta

Mengesan kemajuan

Mengesan pencapaian

Mengesan fenomena tingkah laku

Digunakan untuk menilai :

- sikap

- perlakuan/amalan

kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

- amali

Page 6: pentaksiran formal

Rekod Berterusan

Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu

atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan

dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh

pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam

tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur

tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-

konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

4.1.3 AnekdotRekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan

kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan

secara menyeluruh.Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke

aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi.

Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik

dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada

dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.

4.1.4 Port folio

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti

pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Dokumentasi

berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk

mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan

kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan

daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan

mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan

portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai

melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya

dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut

kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.

Page 7: pentaksiran formal

4.1.5 Temu bualSatu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.

Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan

secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Bentuk temu bual: temu

bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak

berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan

temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan

temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang

sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.

4.1.6 Soal Selidik

Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik

yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh

pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal

selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses

pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya. Soal selidik biasanya

disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan

menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.

4.1.7 Tugasan

Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh

masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan

kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan

5.0Penutup

Page 8: pentaksiran formal

Pentaksiran formal Penilaian Berasaskan Sekolah