pentadbiran dan khidmat sokongan - … tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal di...

23
1 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2013 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2012) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama- sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2012. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 16 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan di Malaysia. 2. Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan yang diliputi termasuk perkhidmatan sewaan dan pajakan, aktiviti pekerjaan, aktiviti keselamatan dan penyiasatan, perkhidmatan bangunan dan lanskap dan pengurusan pejabat, sokongan pejabat dan sokongan perniagaan lain . 3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas. PENTADBIRAN DAN KHIDMAT SOKONGAN

Upload: tranthu

Post on 09-May-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2013

(BAGI TAHUN RUJUKAN 2012)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Penyiasatan pertubuhan perkhidmatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta

Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik

pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau

mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-

sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga

memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim

2012. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan

tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6)

bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila

berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada

pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini

boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang

mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan

perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 16 soal selidik ini. Penjelasan ini

akan membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti pentadbiran dan

khidmat sokongan di Malaysia.

2. Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan yang diliputi termasuk perkhidmatan sewaan dan

pajakan, aktiviti pekerjaan, aktiviti keselamatan dan penyiasatan, perkhidmatan bangunan

dan lanskap dan pengurusan pejabat, sokongan pejabat dan sokongan perniagaan lain .

3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini

yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.

PENTADBIRAN DAN

KHIDMAT

SOKONGAN

2

4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam

soal selidik ini KECUALI Soalan 12 di muka surat 17.

5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam

soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai

akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di

Soalan 12.2 dan 12.3 di muka surat 17.

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1 : Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu

kotak sahaja.

Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti

sekarang.

Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi

sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.

Contoh :

(a) 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012

(b) 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013

Perkara 1.5 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah komoditi tidak ketara.

Perkhidmatan perdagangan antarabangsa adalah perkhidmatan yang dieksport

dari atau perkhidmatan yang diimport ke Malaysia. Ini meliputi perkhidmatan

perdagangan kepada sebarang individu atau entiti perniagaan yang terletak di

luar Malaysia

Termasuk:

• Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan Malaysia

yang berada di luar Malaysia.

/ / / /

/ / / /

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 7 2 0 1 2

Tahun Bulan Hari

Hingga 3 0 0 6 2 0 1 3

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 1 2 0 1 2

Tahun Bulan Hari

Hingga 3 1 1 2 2 0 1 2

3

• Bagi perkhidmatan pembinaan, perdagangan antarabangsa termasuk kedua-

dua barangan dan perkhidmatan.

Tidak termasuk:

• Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan asing yang

berada di dalam Malaysia.

Perkara 1.6 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang

memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai.

Perkara 1.7 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang

diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat

lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat

perniagaan sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya

dengan lengkap seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali

dengannya.

Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan

pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di

dalam Soalan 1.7.

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Soalan 2 : Taraf Sah

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

(a) Hak Milik Perseorangan

Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan

ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik

mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) Perkongsian

Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk

mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk

mendapat keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau

salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak.

Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli

sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua

puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian Berhad

Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk

menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.

Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang

mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan

tanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel

Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

4

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga

lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas

pekerja yang masih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli

apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya

menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang

ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan

faedah atau tidak.

(d) Syarikat Awam Berhad

Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang

ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua

orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari

keuntungan. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka

dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya

boleh bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai

sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel

Persatuan.

(e) Syarikat Koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya

tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang

yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

(f) Perbadanan Awam

Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta

Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri.

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan

Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan

tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan

kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan

pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti

kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma

atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan.

Sebarang keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan

berkenaan.

(h) Lain-lain

Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di

mana-mana kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian

bukan berhad.

Soalan 3 : Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

5

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk

kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau

rakan kongsi.

(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk

kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh

kerajaan Malaysia.

(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar

oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian

yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab

tukaran mata wang asing dan rizab lain.

(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk

kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang

terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar

seperti pada 31.12.2012.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal

berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf

kewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang

lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu

tahun. Residen Malaysia meliputi:

• Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia.

• Warganegara asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih

daripada setahun.

Perkara 3.2.1.1 Individu

Jelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh

Bumiputera, contohnya:

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Koperasi Polis

Jabatan Koperasi

ASM Mara

Amanah Saham PNB

6

(b) Bukan Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Bukan

Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Dipegang secara langsung oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri

dan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan

Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:

Khazanah Nasional Berhad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kementerian Kewangan Malaysia

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Bank Pertanian Malaysia

Lembaga Air Perak

Yayasan Kemiskinan Kelantan

Lembaga Pelabuhan Johor

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS BHD)

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Menteri Besar Incorporation

Selangor State Incorporation

Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan

7

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi yang

lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukan residen

Malaysia terdiri daripada:

• Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di

Malaysia; dan

• Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi

setahun.

Soalan 4 : Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan;

dan

b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer dan

sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam pelaksanaan

dan sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan 01, iaitu nilai setelah

mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama

ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.

Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan

lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah

dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu

pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan

cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan

mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank

atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang

diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang

sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta baru

termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk

ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia,

termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).

8

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang dahulunya

digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai

sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk

kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah

direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah

dimasukkan (ruangan 04).

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.

Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan

sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas

merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes

pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang

disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan

pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa

mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di

ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada

sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan /

kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga

pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga

hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis

dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai semasa merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta

disebabkan oleh haus & lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai

yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata

akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara

berasingan. Ini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai

ini hendaklah sama dengan perkara 9.27 Soalan 9.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =

+ nilai buku bersih awal tahun

+ nilai harta yang diperoleh

- harta yang dijual atau dilupus

± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar

pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

9

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

Perkara 4.1 Harta Tetap

Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira

pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

(a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan

atau pengubahsuaian bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau

sebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.

(b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi

pembinaan atau pengubahsuaian bangunan dan struktur yang mana

pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaan

perindustrian, awam dan komersil contoh kilang, gudang, bangunan

pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dan sebagainya.

(c) Pembinaan lain termasuk pembinaan atau pengubahsuaian jalan,

landasan keretapi, parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta,

saluran paip dan sebagainya.

Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan

untuk pemindahan barangan dan / atau orang.

Perkara 4.1.4 Komputer

(a) Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,

penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem

komputer.

(b) Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama

ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuk jentera penjanaan kuasa, mesin dan

kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan

jentera industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama,

peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta

alat lain termasuk pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera

dan peralatan jenis ini.

Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi

menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contohnya kerusi, meja,

kain langsir, permaidani dan sebagainya.

Perkara 4.2. Harta lain merujuk kepada harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat

ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten

direkodkan pada kos.

10

Perkara 4.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan

pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga

melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.3 Lain-lain

Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada,

yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.

Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)

dikecualikan.

Perkara 4.4 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3.

Perkara 4.5 Kerja dalam pelaksanaan merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih

belum dimodalkan.

Soalan 5 : Guna Tenaga dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B

(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13)

Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori

pekerja, kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada ruangan 01 hingga 13 pada

bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan.

Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka

pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok.

Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran

mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang

tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen

hendaklah dikecualikan.

Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18)

Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih

masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan

sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji

dalam setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan

jumlah bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja

kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau

kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan

kepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masa

Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk

sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

11

iv. Pekerja sambilan

Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang

daripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh

masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan

ahli keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka

yang mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini.

Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang

mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji

Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik

pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu

pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada

dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini

sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai

sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di

pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja

keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang

persaraan lain, mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu

hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4

selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad

atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja bergaji (sepenuh masa)

Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini

dalam tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di

atas). Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di

bawah kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan

kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada.

Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan

korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-

mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas

hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan

mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,

menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas

mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau

untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi.

12

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan

menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap

pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan.

Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai

kelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contohnya

peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan

tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu

organisasi.

Perkara 5.3.2 Teknikal dan Penyeliaaan

Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain

menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya

bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai

kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah ketua

mekanik.

Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu

kegiatan tertentu misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah

pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja

di bawah jagaan mereka

Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan

Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod

kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi

pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan atau menulis

dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini

ialah kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, setiausaha sulit, kerani stor

dan penyambut tetamu.

Perkara 5.3.4 Pekerja am

Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai

tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah konduktor, operator telefon,

pembantu pejabat, penghantar surat dan pengawal keselamatan.

Perkara 5.3.5 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.4

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)

Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau

kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Perkara 5.5 JUMLAH

Sila jumlahkan perkara 5.1 + 5.2 + 5.3.5 + 5.4

13

Soalan 6 : Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah

Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh

daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf

Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada

institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma

lanjutan atau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada

ijazah juga diambil kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB

(undang-undang) dan sebagainya.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf

Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,

politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.

Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam

bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau lulus

peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang

diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf

dengannya seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau

di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori

“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

Perkara 6.7 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga 6.6

Soalan 7 : Jam – Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan

Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.

Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada

tahun rujukan.

Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

14

Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk bekerja lebih masa dalam tahun rujukan (RM)

Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di

luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

Soalan 8 : Perolehan / Pendapatan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,

Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2012. Sila berikan anggaran yang

munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

Perkara 8.1 Pendapatan daripada perkhidmatan yang diberikan

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk perkhidmatan

yang diberikan atau perolehan pertubuhan. Tidak termasuk nilai barangan yang

dijual dalam keadaan yang sama seperti semasa dibeli, cukai perkhidmatan dan

bayaran perkhidmatan.

Perkara 8.2 Pendapatan daripada perkhidmatan penyewaan

Merujuk kepada pendapatan perkhidmatan sewaan selain daripada sewa tanah,

bangunan tempat kediaman dan bangunan bukan tempat kediaman.

Perkara 8.3 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk perkhidmatan

pengurusan sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.

Perkara 8.4 Cukai perkhidmatan yang diterima

Merujuk kepada pendapatan cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan yang

diberi.

Perkara 8.5 Nilai jualan (daripada barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula

tanpa melalui proses selanjutnya).

Merujuk kepada nilai jualan bagi semua barang yang dijual dalam keadaan yang

sama seperti dibeli tanpa melalui proses selanjutnya, sama ada secara borong

atau runcit.

Perkara 8.6 Komisen dan brokeraj yang diperoleh

Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan sebagai

upah menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.

Perkara 8.7 Pendapatan daripada sewa

Merujuk kepada perkara-perkara di bawah:-

(a) Tanah

Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah

(b) Bangunan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman

(c) Bangunan bukan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman

seperti stor, pejabat dan sebagainya.

15

Perkara 8.8 Pendapatan daripada faedah

Merujuk kepada pendapatan yang diterima hasil daripada pinjaman dan modal

kewangan yang disimpan di institusi kewangan.

Perkara 8.9 Pendapatan daripada dividen:

Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau

pelaburan.

Perkara 8.10 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta

Sila berikan nilai bersih sahaja.

Perkara 8.11 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Sila berikan nilai bersih keuntungan daripada transaksi berkaitan. Contoh aset

kewangan adalah bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bon, sijil pelaburan dan

seumpamanya.

Perkara 8.12 Pemulihan hutang lapuk

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas

tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.

Perkara 8.13 Kiriman wang, hadiah atau bantuan yang diterima

Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

Perkara 8.14 Tuntutan dan pampasan yang diterima

Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurans

dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan akibat kemalangan, kerosakan

harta tetap, barangan atau harta lain.

Perkara 8.15 Lain-lain

Sila nyatakan sekiranya ada.

Perkara 8.16 Jumlah pendapatan

Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.15.

Perkara 8.17 Pindahan modal yang diterima

Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi

memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang

barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 8.18 Jumlah Besar

Sila jumlahkan perkara 8.16 hingga 8.17.

Soalan 9 : Perbelanjaan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,

Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2012. Sila berikan anggaran yang

munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

16

Perkara 9.1 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan

(a) Tayar dan tiub

Jelas maksudnya

(b) Alat ganti dan aksesori

Jelas maksudnya

(c) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan

Merujuk kepada nilai semua bahan yang telah digunakan untuk pembaikan

dan penyelenggaraan.

(d) Alat tulis dan bekalan pejabat

Merujuk kepada nilai alat tulis dan bekalan pejabat yang telah digunakan.

(e) Lain-lain

Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.

Perkara 9.2 Kos percetakan

Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan

oleh pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.

Perkara 9.3 Air yang dibeli

Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik

dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk air yang telah

dibayar.

Perkara 9.4 Tenaga elektrik yang dibeli

Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Bagi tenaga elektrik

dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk tenaga elektrik

yang telah dibayar.

Perkara 9.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas

Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,

minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas

(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

Perkara 9.6 Kos barang yang dijual (barang / bahan yang dibeli untuk dijual semula

tanpa melalui proses selanjutnya)

Laporkan nilai kos barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa

melalui proses yang selanjutnya, samada jualan semula itu adalah jualan borong

atau runcit.

Perkara 9.7 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihak

lain bagi harta tetap pertubuhan ini

Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang

dibuat oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan seperti bangunan, alat

pengangkutan, jentera & kelengkapan, komputer, perabot & pemasangan.

[Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah

dimasukkan ke dalam ruangan (02), (03) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan

4 sebagai pemilikan modal harta tetap].

17

Perkara 9.8 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan

Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah

kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan & produk baru dan

penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan

baru ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan pekerja tidak perlu dimasukkan.

Perkara 9.9 Pembelian perkhidmatan pengangkutan

Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan

pemandu.

Perkara 9.10 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)

Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,

penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Perkara 9.11 Perbelanjaan hiburan

Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh

pertubuhan.

Perkara 9.12 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit

Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan

kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat

oleh pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.

Perkara 9.13 Bayaran guaman

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan

dokumentasi.

Perkara 9.14 Bayaran perkhidmatan profesional lain

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding

arkitek, kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.

Perkara 9.15 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan

dengan teknologi maklumat

Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi

data (contoh tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium,

pengesanan ciri optikal) dan pangkalan data.

Perkara 9.16 Bayaran pengurusan

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh

pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos

projek dan tenaga manusia.

Perkara 9.17 Komisen dan bayaran agensi

Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau

individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan

perkhidmatan bagi pihak pertubuhan.

Perkara 9.18 Bayaran telekomunikasi

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi

transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telekfaks, telegram,

kabel penyiaran, satelit, mel elektronik dan internet.

18

Perkara 9.19 Bayaran pos

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,

pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan

bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan

kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti

surat.

Perkara 9.20 Pengiklanan dan promosi

Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan

nama syarikat atau perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen,

radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

Perkara 9.21 Caj bank

Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh

institusi kewangan. Contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran

perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s

acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

Perkara 9.22 Bayaran faedah

Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang

diambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank.

Perkara 9.23 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja

Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan

perkapalan atau udara untuk ganti rugi.

Perkara 9.24 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan

Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti pengawal

keselamatan.

Perkara 9.25 Bayaran untuk sewa tanah

Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau

pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan.

Perkara 9.26 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa untuk penggunaan tanah)

Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera &

kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.

Perkara 9.27 Susut nilai semasa ke atas harta

Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus & lusuh,

kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

Perkara 9.28 Bayaran royalti

Merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada

bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,

pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian

perlesenan.

(a) Kerajaan

Sila nyatakan jenis royalti

19

(b) Swasta

Sila nyatakan jenis royalti

Perkara 9.29 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah

Merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan yang dikutip oleh pihak

berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran

cukai tanah ke atas yang tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

Perkara 9.30 Cukai tidak langsung

(a) Cukai perkhidmatan

Merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut dan dibayar kepada

kerajaan.

(b) Cukai jalan

Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

untuk kenderaan bermotor.

(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan

sebagainya

Merujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk pertubuhan hak

milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran

pendaftaran untuk koperasi. Duti setem untuk dokumen perjanjian atau

kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di

dalam perkara ini.

Perkara 9.31 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Merujuk kepada kerugian kerana turun naik mata wang asing.

Perkara 9.32 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula

harta.

Perkara 9.33 Hutang lapuk dihapuskan

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 9.34 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan

sebagainya

Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.

Perkara 9.35 Lain-lain

Sila nyatakan sekiranya ada

Perkara 9.36 Kos pekerjaan

(a) Gaji & upah dibayar

Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,

bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk

pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji

sambilan) yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran

yang telah dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran

yang telah dibuat hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

20

(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja

* Rawatan perubatan percuma

Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan untuk rawatan

perubatan kepada pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

* Lain-lain

Merujuk kepada nilai yang dibayar ke atas makanan, tempat tinggal

dan sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan

kepada pekerja. Nilai ini juga termasuk nilai subsidi.

(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja

Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara

langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.

(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim

keselamatan sosial, pencen dan kebajikan

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

KWSP.

* Kumpulan wang simpanan lain

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan

oleh kerajaan.

* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

PERKESO.

* Skim keselamatan sosial persendirian

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh

kerajaan seperti insurans pampasan pekerja.

* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain

daripada yang dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka

dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah

Jelas maksudnya.

(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan

Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja

seperti pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.

(g) Kos latihan kepada pekerja

Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan

pekerja yang dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.

21

(h) Kos pengangkutan pekerja

Merujuk kepada pembayaran yang dibuat oleh majikan bagi perkhidmatan

mengangkut pekerja pergi dan balik dari tempat kerja.

(i) Bayaran levi pekerja

Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada

kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun bagi pembantu rumah

adalah RM410, pekerja ladang RM590, sektor pembinaan dan pembuatan

RM1,250 / RM1,010 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala sektor

perkhidmatan RM1,850 / RM1,490 (Sabah, Sarawak dan Labuan).

(j) Lain-lain

Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.

Perkara 9.37 Jumlah perbelanjaan

Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.36.

Perkara 9.38 Bayaran bagi pajakan kewangan

Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan dan pemajakan harta tetap

yang akan dimiliki akhirnya.

Perkara 9.39 Pindahan modal yang dibuat

Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan

kepada pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada dalam bentuk barangan,

perkhidmatan atau harta.

Perkara 9.40 Dividen kena bayar

Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang

saham.

Perkara 9.41 Cukai langsung (contoh cukai syarikat dan cukai kemajuan) kena bayar

Merujuk kepada cukai langsung yang perlu dibayar secara langsung kepada

Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada

tahun rujukan.

Perkara 9.42 Jumlah Besar

Sila jumlahkan perkara 9.37 hingga 9.41.

Soalan 10 : Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai

Sila berikan nilai keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2011) dan tahun

semasa (2012) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.

Soalan 11 : Nilai Stok

Sila laporkan nilai buku bagi Stok pembukaan dan Stok penutupan mengikut jenis stok tanpa

mengambil kira di mana ia disimpan yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak

mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.

22

Soalan 12 : Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan

Perkara 12.1 Sila laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan yang

diberikan dan perkhidmatan penyewaan dan nilai ini mestilah sama dengan

nilai yang dilaporkan di perkara 8.1 hingga 8.2, di bawah Soalan 8, di muka

surat 11.

Perkara 12.2 Jelas maksudnya. Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.

Perkara 12.3 Jelas maksudnya.

Soalan 13 : Penggunaan ICT

Perkara A1 Penggunaan komputer di dalam perniagaan

Komputer adalah desktop atau komputer riba. Ianya TIDAK termasuk peralatan

yang mempunyai keupayaan seperti komputer. Contohnya telefon selular,

personal digital assistants (PDAs) atau set televisyen.

Perkara A2 Penggunaan komputer oleh pekerja di dalam perniagaan

Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam

perniagaan. termasuk:

• Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

• Pekerja keluarga tidak bergaji

• Pekerja sambilan

Perkara A3 (a) Penggunaan intranet di dalam perniagaan

Intranet merujuk kepada rangkaian komunikasi dalaman menggunakan

protokol internet dan membenarkan komunikasi di dalam sesebuah

organisasi.

(b) Penggunaan extranet di dalam perniagaan

Extranet adalah rangkaian tertutup yang menggunakan protokol internet

untuk memastikan maklumat berkenaan perniagaan dengan pembekal,

vendor, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan yang lain akan terjamin

keselamatannya (securely). Ianya juga membenarkan pengguna intranet

untuk akses di dalam extranet. Ianya juga boleh menjadi sebahagian dari

maklumat persendirian di dalam laman web perniagaan yang mana rakan

kongsi perniagaan akan mengakses laman web dengan login page

berkenaan.

(c) Penggunaan rangkaian kawasan setempat (Local area network - LAN) di

dalam perniagaan

LAN merujuk kepada hubungkait rangkaian komputer di dalam sesebuah

lokasi / kawasan seperti di dalam sesebuah bangunan, jabatan.

23

Perkara B1 Penggunaan internet di dalam perniagaan

Internet merujuk kepada rangkaian worldwide komputer. Ianya merupakan akses

kepada perkhidmatan komunikasi seperti World Wide Web (www.) dan

menghantar e-mel, berita, hiburan dan fail data.

Perkara B2 Penggunaan web presence termasuk laman sesawang, home page atau laman

pihak ketiga di mana perniagaan mempunyai penguasaan yang kuat di atas

kandungan dalam laman tersebut. Tidak termasuk di dalam online directory dan

mengiklan di laman pihak ketiga.

Perkara B5 Pesanan (pembelian) barangan atau perkhidmatan menggunakan internet

di dalam perniagaan

Pesanan atau pembelian termasuk pesanan melalui internet sama ada

pembayaran dibuat secara atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk

pesanan atau pembelian melalui laman web, specialized Internet marketplaces,

extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan e-mel.

Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak

lengkap.

Perkara B6 Pesanan (jualan) barangan atau perkhidmatan menggunakan internet di

dalam perniagaan

Penerimaan pesanan termasuk menerima pesanan melalui internet sama ada

pembayaran dibuat melalui atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk

pesanan yang diterima melalui laman web, specialized Internet marketplaces,

extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan email. Ianya

juga termasuk pesanan yang diterima melalui interent bagi pihak organisasi lain.

Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak

lengkap.

- TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA -