penjanaan semula kawasan pusat bandar

11
PENJANAAN SEMULA KAWASAN PUSAT BANDAR : KAJIAN KES, PEKAN LAMA IPOH YUSNAIM BIN ABDUL RANI 2011404798 Centre of Studies Town and Regional Planning Faculty of Architecture, Planning and Surveying Universiti Teknologi Mara Shah Alam September 2013

Upload: yusnaimar

Post on 07-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pENJAANAAN

TRANSCRIPT

Page 1: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

PENJANAAN SEMULA KAWASAN PUSAT BANDAR : KAJIAN KES, PEKAN LAMA IPOH

YUSNAIM BIN ABDUL RANI

2011404798

Centre of Studies Town and Regional PlanningFaculty of Architecture, Planning and Surveying

Universiti Teknologi MaraShah Alam

September 2013

Page 2: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.0 PengenalanSesebuah bandar yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan dari segi kecantikan dan

elemen tertonjol kerana perhubungan fungsi utama dengan aktiviti di dalamnya. Bagi

mewujudkan imej bandar melalui pengenalan kepada sesuatu tempat adalah penting

untuk mudah diingati dan memudahkan pergerakan dalam persekitaran bandar. Ini

akan memudahkan penduduk untuk membentuk gambaran mental bagi bandar

tersebut dengan memberi ciri-ciri kejelasan yang tinggi.

Kejelasan sesebuah bandar sering dikaitkan dengan elemen-elemen di dalam bandar

itu sendiri iaitu seperti mercu tanda, karektor bandar, fungsi, bentuk, warna,tekstur,

susunatur dan ketinggian bangunan. Walaubagaimanapun pada kebelakangan ini

pembangunan fizikal bandar di Malaysia telah mengabaikan kepentingan kejelasan

imej sesebuah bandar dan mengakibatkan bandar-bandar mempunyai ciri-ciri yang

hampir sama.

Pembangunan bandar pada hari ini mempunyai perspektif yang semakin luas dan

tidak terhad kepada pemandangan fizikal seperti pelan susunatur dan pola gunatanah

dimana persekitaran bandar melibatkan aspek-aspek berkaitan dengan struktur

bandar dari segi fungsi, peranan, tabiat manusia, nilai-nilai senibina dan sebagainya.

Pembentukan imej bandar adalah menekankan kepada konsep yang melibatkan

proses 2 hala antara pemerhati dan persekitaran. Hubungan ini melibatkan

pengalaman membuat pengamatan semasa berada di dalam persekitaran untuk

menghasilkan imej, makna dan memori kepada pemerhati.

Page 3: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.1 Kenyataan Masalah

Berdasarkan pengamatan dan sumber visual yang dapat dilihat di Pekan Lama Ipoh,

pusat bandar merupakan salah satu elemen yang membentuk imej bandar tersebut.

Kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menjalankan aktiviti perniagaan,

perkhidmatan, kewangan, perlancongan, pentadbiran dan sebagainya selaras

dengan peranannya sebagai salah satu pusat pentadbiran wilayah di negeri Perak. Di

samping itu juga bandar ini mempunyai konsep pembangunan yang mempunyai

sistem susunan hierarki yang jelas dan di dalam proses ke arah menjadikannya

sebagai bandar pelancongan untuk menyokong aktiviti perindustrian.

a. Kawasan Perniagaan Usang Di Kawasan Pusat Bandar

Sebahagian kawasan pusat perdagangan utama di kawasan kajian terdiri

daripada premis perniagaan lama yang berkeadaan usang dan terbiar.

Kewujudan kawasan perniagaan usang tidak memberi pulangan ekonomi yang

baik kepada penduduk dan menjejaskan imej perbandaran di kawasan tersebut.

b. Kemalapan Aktiviti Malam Di Kawasan Pusat Bandaraya Ipoh

Sebahagian besar premis perniagaan di kawasan pusat bandaraya Ipoh tidak

beroperasi di waktu malam melainkan bagi perniagaan hotel, restoran dan

pasar malam. Ketiadaan aktiviti perniagaan, aneka hiburan dan pelbagai

program telah menyebabkan suasana kemalapan aktiviti malam di kawasan

pusat bandaraya Ipoh terutama di kawasan bandar lama dan sebahagian

bandar baru Ipoh.

c. Pemeliharaan haram burung walit di tengah bandar menimbulkan kacau

ganggu.

d. Reka bentuk bangunan yang tidak seragam atau mempunyai kesinambungan

reka bentuk di antara bangunan baru dan lama telah menyebabkan karektor

senibina atau unsur sejarah tidak dapat ditonjolkan.

e. Pembangunan pusat bandar perlu mempunyai integrasi antara elemen-elemen

fizikal dengan semulajadi dan aktiviti setempat untuk memastikan keperluan

aspek perancangan dan kehendak manusia.

Page 4: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

f. Polisi atau garis panduan bersesuaian perlu digubal bagi memastikan

bangunan yang mempunyai warisan sejarah dapat dipelihara kerana tekanan

pembangunan semasa dan dapat mengekalkan identiti bandar Ipoh.

g. Aspek reka bentuk memerlukan suatu alat kawalan yang nyata kerana timbul

perselisihan pendapat sebagai penghubung atau pengukur kepada pihak

berkuasa.

1.2 Tujuan Dan Objektif KajianTujuan kajian ini adalah untuk menjana semula kawasan pusat bandar di Pekan

Lama Ipoh melalui karektor rupa bandar dan aktiviti manusia dengan integrasi antara

elemen-elemen semulajadi setempat.

1.2.1 Objektif KajianUntuk memastikan tujuan ini dapat dicapai, objektif-objektif telah dibentuk iaitu:

a. Mengenalpasti masalah dan potensi elemen-elemen di dalam pusat bandar untuk

mempelbagaikan serta peningkat kualiti visual melalui nilai-nilai estetik di

kawasan tersebut.

b. Mengukuhkan peranan kawasan pusat bandar sebagai elemen imej bandar

selaras dengan usaha peningkatan rupa bandar tersebut.

c. Menerapkan elemen-elemen reka bentuk bandar ke dalam perancangan

pembangunan selaras dengan peningkatan imej.

d. Merumuskan keadaan imej semasa bagi membentuk satu garis panduan dan

brief reka bentuk di kawasan pusat bandar Ipoh dengan mengeksplotasikan

potensi setempat.

e. Mewujudkan satu sistem pengurusan dan pelaksanaan yang menjurus ke arah

penyediaan pelan pengurusan pemuliharaan.

1.3 Skop KajianBagi mencapai objektif yang telah digariskan penjanaan semula pusat bandar bagi

perlu ditekankan bagi mengetahui samaada ia memainkan peranan sebagai sumber

imej bagi bandar Ipoh. Selain daripada itu tumpuan diberi terhadap elemen atau

sumber yang boleh dijadikan tarikan imej di kawasan kajian iaitu di dalam pusat

bandar di mana pada peringkat kedua adalah untuk mengenalpasti isu dan masalah

serta potensi yang terdapat di kawasan kajian. Ini meliputi kajian terhadap pusat

Page 5: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

tumpuan utama pengunjung melalui aktiviti di tapak iaitu meliputi elemen-elemen

fizikal, aktiviti manusia dan ciri-ciri sejarah atau warisan di kawasan kajian.

1.3.1 Fizikal TapakKajian ini dijalankan berdasarkan kepada struktur fizikal yang terdapat di kawasan

pusat bandar Ipoh. Ia bertujuan mengenalpasti struktur tapak melalui elemen-elemen:

a. Kejelasan sumber bagi mengenalpasti elemen-elemen yang boleh dijadikan

sumber daya penarik di pusat bandar Ipoh.

b. Struktur bangunan adalah untuk mengenalpasti bangunan-bangunan yang

berpotensi untuk dikekalkan, ditingkatkan dan dibangunkan semula di kawasan

kajian selaras dengan kesesuaian imej.

c. Kajian gunatanah adalah untuk mengenalpasti pengaruh perkembangan

gunatanah kawasan kajian terhadap jalinan aktiviti manusia dan kualiti visual di

dalam pusat bandar Ipoh.

d. Kajian sistem sirkulasi untuk mengenalpasti kesan dan potensi dari rangkaian

laluan penjalan kaki, tempat Ietak kenderaan dan jalan-jalan keluar dan masuk

ke kawasan kajian.

1.3.2 Aktiviti ManusiaAktiviti manusia dikaji bagi melihat tindak balas manusia terhadap penggunaan ruang

kawasan kajian dengan menggambarkan imej. Bagi melihat aktiviti manusia dan

persepsinya, kaedah yang digunakan adalah pengamatan terhadap persekitaran dan

sokongan temubual dengan orang ramai secara rambang.

1.3.3 Warisanla bertujuan untuk melihat bentuk warisan atau potensi yang boleh dieksploitasikan

bagi tujuan pengekalan atau pemuliharaan dengan mengambilkira aspek-aspek reka

bentuk bandar. Di sini penilaian terhadap sumber warisan dari segi sumber-sumber

yang telah digariskan, polisi-polisi dan piawaian yang digunapakai. Maklumat-

maklumat akan diperolehi daripada agensi-agensi seperti Majlis Bandaraya Ipoh,

Jabatan Muzium dan Badan Warisan Malaysia.

1.3.4 Aspek ImejKajian ini mebputi elemen imej yang terdapat dan boleh didapati di kawasan kajian

seperti laluan, mercutanda, daerah, pinggir dan titik tumpuan.

Page 6: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.4 Kaedah KajianKaedah kajian bagi kajian ini adalah seperti huraian berikut:

Terdapat dua kategori kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data

sekunder.

i. Pengumpulan Data Primera. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat terhadap keadaan

sebenar di kawasan kajian. Maklumat dikumpul melalui visual dan juga proses

pendengaran. Ia direkod secara sistematik dan dan merangkumi ruang lingkungan

yang luas dan pengamatan merangkumi semua aspek yang terdapat di kawasan

kajian.

b. Kaedah Temubual Secara Bersemuka (Expert Interview)

Temuduga secara bersemuka dilakukan kepada Pegawai dalam bidang warisan,

Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO untuk mengetahui dengan lebih jelas keadaan

di kawasan kajian melalui pengalaman dan teori yang secara tidak langsung

membantu dalam menjayakan kajian ini. Teknik yang digunakan bagi memperoleh

data adalah melalui pertemuan dan interaksi dua hala bagi menjawab borang soal

selidik yang disediakan. Borang soal selidik ini menggunakan teknik-teknik soal

selidik iaitu soalan terbuka dan juga kaedah pengkodan.

ii. Pengumpulan Data SekunderData sekunder adalah data yang telah dikumpulkan dan diterbitkan oleh agensi-

agensi atau orang perseorangan. Ia berfungsi sebagai data kedua bagi

melengkapkan data-data untuk kajian dan juga kerja-kerja pengumpulan data. Data

sekunder diperoleh daripada dua sumber yang utama iaitu sumber dalaman dan

sumber luaran. Sumber dalaman merupakan dokumen yang diperoleh dari jabatan

dan agensi manakala sumber luaran merupakan dokumen yang diperoleh dari media

elektronik dan media cetak seperti laporan tahunan ekonomi, buku-buku, majalah,

akhbar-akhbar, penyelidik persendirian, internet, risalah dan brosur.

Antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengumpulan data sekunder adalah

Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Warisan dan Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa, Negeri Perak.

Page 7: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.5 Kepentingan KajianKepentingan kajian ini secara keseluruhannya adalah untuk mengkaji sejauh mana

pusat bandar memainkan peranan di dalam menjana semula ekonomi di dalam pusat

bandar. Kajian memfokuskan terhadap aspek pemeliharaan kawasan berkepentingan

warisan dan menjamin status bangunan warisan agar fasad bangunannya tidak

diubah sewenangnya serta dari segi peningkatan imej dalam sudut rekabentuk

bandar.

Kajian ini juga akan merangka cadangan yang komprehensif bagi membentuk

sebuah kawasan pusat bandar yang berdaya saing sekaligus dapat berdiri seiring

dengan bandar warisan yang lain di samping dapat memberi nilai tambah kepada

mutu imej bandar dan kualiti yang setaraf dengan pusat bandar yang lain.

Page 8: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.6 Carta Alir Kajian

Mengenalapasti Tajuk

Mengenalapasti isu dan masalah

Menentukan tujuan dan objektif kajian

Pengumpulan Data

Data Primer Kaedah Pemerhatian Kajian Lapangan Soal selidik profesional

berkenaan isu yang berkaitan dengan kajian.

Data Sekunder Laporan Rancangan Pembangunan Jurnal, Artikel dan majalah Laman sesawang

Cadangan dan Rumusan

Mewujudkan cadangan jangka pendek dan panjang bagi pemeliharaan kawasan pusat bandar dan bangunan warisan.

Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dikekalkan sebagai bangunan warisan

Mewujudkan reka bentuk bandar yang menggabungkan pembangunan dan pemuliharaan bangunan warisan secara seimbang

Analisis

Assessment analysis Analisis Dokumen

ISSUES AND FINDINGS

Kajian Literatur Second Stage

Third Stage

Fourth Stage

First Stage

Fifth Stage

Page 9: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

1.7 Jadual Kerja

TUGASAN October 2013

October 2013

November 2013

November 2013

Disember 2013

Disember 2013 To be register and submit in next semester

Bab 1 Kajian awalanPenyediaan pendahuluan kajian

i. Penyataan isu dan masalahii. Penetapan matlamat, objektif dan skopiii. Pendekatan kajianiv. Kepentingan kajian

Penyemakkan bab 1-kajian awalan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 2 Kajian teoritikalKajian ilmiah yang berkaitan kajian akhir

i. Pengumpulan maklumatii. Mengenalpasti jenis dan sumber dataiii. Perolehan data-data sekunderiv. Penyediaan kajian lapangan (borang soal selidik, borang inventori dan senarai

semak)Penyemakkan bab 2-kajian teoritikal dan draf borang soal selidik kajian akhir Oleh penyelia

Bab 3 Latarbelakang kajianLatarbelakang kajian dan kawasan kajian

i. Penyediaan maklumat dan data berkaitan kajian dan kawasan kajianii. Pengumpulan data-data primeriii. Menjalankan kajian lapangan

Penyemakkan bab 3 latarbelakang kajian dan kawasan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 4 analisis dan penemuanAnalisis data dan penemuan kajian

i. Penyusunan dan penapisan data-data yang diperolehii. Memasukkan dan menganalisis dataiii. Menterjemah data-data yang diperolehiv. Mengariskan penemuan analisis

Penyemakkan bab 4 analisis dan penemuan kajian akhir Oleh penyelia

Bab 5 cadangan dan kesimpulanCadangan dan kesimpulan kajian akhir

i. Pembentukkan cadangan berdasarkan penemuan kajianii. Kesimpulan keseluruhan kajian akhir

Penyemakkan bab 5 cadangan dan kesimpulan kajian akhir Oleh penyelia

Penyerahan keseluruhan bab kajian akhir untuk penyemakkan oleh penyelia

Penyerahan kajian akhir Kepada Koordinator Kajian Akhir.

Penilaian kajian akhir

Perjumpaan kajian akhir (keputusan)Pembetulan kajian akhir

Penyerahan Akhir Kajian Akhir.kepada koordinator

Jadual 1.1 : Jadual Kerja Kajian

Page 10: Penjanaan Semula Kawasan Pusat Bandar

Senarai Rujukan

Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Ipoh

Siti Norlizaiha Harun, (2006), Perkembangan Sejarah dan Pengaruh ke atas Senibina di Malaysia,Jurnal,Episteme.