penilaian terhadap jadual spesifikasi ujian sains tahun 4.docx
TRANSCRIPT
-
7/24/2019 Penilaian terhadap Jadual Spesifikasi Ujian Sains Tahun 4.docx
1/2
Penilaian terhadap Jadual Spesifkasi Ujian Sains Tahun 4
Jadual Spesifkasi Ujian (JSU) atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu Ujian
(JPU) merupakan satu blueprintbuat guru-guru dalam menyediakan kertas soalan
bagi ujian yang akan ditadbir. Penggunaan JSU adalah sangat penting bagi seorang
guru dalam menggubal soalan supaya soalan yang digubal bagi membuat penilaian
dan pentaksiran terhadap murid-murid adalah berkesan. Untuk itu, JSU itu sendiri
perlulah menepati ciri-ciri utama yang perlu diikuti bagi memudahkan guru-guru
mata pelajaran sesebuah subjek membuat rujukan untuk menggubal soalan ujian.
Satu sampel JSU mata pelajaran Sains ahun ! telah diambil sebagai satu sampel
rujukan dan dibuat penilaian sama ada sesuai digunakan atau sebaliknya.
Sampel yang diambil merupakan JSU bagi Ujian Pertengahan ahun untuk
mata pelajaran Sains. Untuk menilai JSU ini, kita lihat kepada ciri-ciri utama sebuah
JSU dan dibandingkan dengan ciri yang berkaitan. "ntara ciri-ciri utama JSU adalah
ada tajuk yang hendak diuji. #erdasarkan sampel JSU yang diperoleh dapat dilihat
baha$a ia memaparkan topik atau tajuk yang hendak diuji beserta subtopiknya.
Pada pandangan saya, JSU ini sangat sesuai untuk dibuat rujukan dari aspek
topiknya kerana guru-guru yang bakal menyediakan soalan akan melihat terus
kepada JSU bagi melihat tajuk-tajuk yang bakal ada dalam soalan yang akan dibina.
Seterusnya, JSU juga perlu mempunyai senarai aras kemahiran yang hendak
diuji. #erdasarkan kepada sampel yang diambil, JSU ini menyatakan aras kemahiran
yang hendak diuji dan menggabungkan dua aras pada satu bahagian. Pada
pandangan saya, penyediaan aras kemahiran ini adalah kurang jelas kerana aras-
aras kemahiran perlu diasingkan satu-satu bagi memperlihatkan perbe%aan aras
kemahiran dalam soalan yang diberi. Penggabungan dua aras dalam satu bahagian
akan mengkaburkan penggubal soalan sama ada untuk menggunakan salah satu
aras kemahiran dalam bahagian tersebut. "dalah lebih baik sekiranya aras
kemahiran ini diasingkan satu aras satu bahagian supaya dapat memudahkan guru-
guru mem&okuskan pembinaan soalan mengikut aras kemahiran yang tepat.
Seterusnya, JSU juga menggunakan paksi menegak untuk menunjukkan tajuk
yang hendak diuji dan paksi mendatar bagi menunjukkan jenis kemahiran yang
diuji. Secara keseluruhannya, sampel yang diambil menepati kriteria ini. 'ni akan
-
7/24/2019 Penilaian terhadap Jadual Spesifikasi Ujian Sains Tahun 4.docx
2/2
memudahkan penggubal soalan untuk mengikuti spesifkasi yang ditetapkan dalam
soalan yang dibina dan memudahkan guru-guru melihat tajuk da naras kemahiran
yang digunakan.
Selain itu, JSU yang baik perlu mempunyai gambaran tentang bilangan soalan
dan aras kesukaran dalam sesebuah ujian. alam sampel yang telah diperoleh, JSU
ini memaparkan gambaran jelas tentang bilangan soalan dan aras kesukarannya.
Setiap topik dan subtopik dinyatakan bilangan soalan yang ada,pada bahagian
mana dan aras kesukaran serta aras kemahiran yang diuji. 'ni secara tidak langsung
dapat memudahkan kepada Pembina soalan untuk mem&okuskan bilangan soalan
pada topik yang akan diuji dan topik-topik lain. Pada pandangan saya, JSU ini
memberikan gambaran jelas bagaimana pengagihan bilangan soalan dan
pem&okusan tajuk yang dilakukan pada ujian tersebut. alam JSU ini, kita dapat
lihat penekanan banyak diberi pada topik-topik a$alan sahaja memandangkan ujian
yang bakal ditadbir adalah ujian pertengahan tahun. 'ni secara tidak langsung
memberikan guru-guru peluang untuk mem&okuskan soalan-soalan yang dibina
pada tajuk yang mana dan subtopik mana.
#erdasarkan kesemua hujah-hujah ini, saya menyatakan sekadar pandangan
saya terhadap sampel JSU yang diambil. Secara kasarnya JSU yang dibina adalah
sangat baik kerana mempunyai penegasan pada topik dan subtopik serta bilangan
soalan yang ditanya pada subtopik tersebut.