penilaian kurikulum pengurusan dalam islam · pdf filekurikulum pendidikan islam politeknik...

13
793 PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM Hasnida Ibrahim Politeknik METrO Johor Bahru, [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai Kurikulum Pengurusan dalam Islam (PDI). Fokus kajian adalah meneroka kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB). Peserta kajian adalah pensyarah dan pelajar program DIB, di sebuah politeknik di Johor. Pengkaji menemu bual 3 orang pensyarah kursus PDI dan 10 orang pelajar DIB. Berikutnya pengkaji menganalisis dokumen silibus PDI. Teknik triangulasi digunakan dalam mengumpulkan data dari temu bual dan analisis dokumen berasaskan kategori kodifikasi yang diambil dari tinjauan literatur dan soalan kajian. Soalan kajian dibina berdasarkan model Tyler iaitu perkembangan kurikulum melibatkan objektif, kandungan, kaedah penyusunan kandungan dan penilaian. Dapatan kajian menunjukkan kurikulum PDI bersesuaian dengan keperluan pelajar DIB. Namun demikian bagi menjamin keberkesanannya ialah bergantung kepada pelaksanaan yang dijalankan oleh pensyarah dalam menterjemahkan pengalaman-pengalaman pembelajaran ini kepada pelajar. Kata Kunci: Kurikulum Pengurusan dalam Islam, Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Politeknik ABSTRACT This study is done to evaluate the the Management in Islam curriculum (PDI). The focus of this study is to determine the appropriateness of this Management in Islam curriculum to the students of the Diploma in Finance and Islamic Banking (DIB). The participants of this study includes the lecturers and DIB students at one of Polythecnic, Johor. The researcher had interviewed 3 lecturers and 10 DIB students. Also, the researcher had analyzed the syllabus document for the Management in Islam curriculum. The triangulation technique was used in collecting the data obtained from the interview and document analysis based on codification category taken from the literature survey and research questions. The research questions were constructed based on Tyler model which includes the curriculum development consist of objective, content, content compilation strategy and evaluation. The research result shows that the Management in Islam curriculum is appropriate to the need of the DIB students. However, the efficiency of the implementation of this Management in Islam curriculum depends on the expression of the lecturers in giving the learning experiences to the students. Keywords: Management in Islam Curriculum, Students of Diploma Finance and Islamic Banking, Polythecnic PENGENALAN Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Dalam RMK 11, pembangunan modal insan merupakan elemen yang kritikal dalam mentransformasikan negara. RMK 11 meneruskan agenda meningkatkan pembangunan modal insan melalui transformasi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan industri. Melalui RMK 11, di antara strategi program transformasi TVET adalah memperkukuh tadbir urus TVET, memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET dan meningkatkan penjenamaan TVET. TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan dalam menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju. Sebagai peneraju TVET, politeknik bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) yang dilihat sebagai usaha ke arah hala tuju baharu yang menentukan masa depan negara terutamanya dalam sektor TVET. Matlamat ini juga adalah sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan graduat yang kompeten dari segala aspek. Justeru, adalah penting

Upload: votram

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

793

PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM TERHADAP KEPERLUAN PELAJAR DIPLOMA

KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM

Hasnida Ibrahim Politeknik METrO Johor Bahru, [email protected]

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai Kurikulum Pengurusan dalam Islam (PDI). Fokus kajian adalah meneroka kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB). Peserta kajian adalah pensyarah dan pelajar program DIB, di sebuah politeknik di Johor. Pengkaji menemu bual 3 orang pensyarah kursus PDI dan 10 orang pelajar DIB. Berikutnya pengkaji menganalisis dokumen silibus PDI. Teknik triangulasi digunakan dalam mengumpulkan data dari temu bual dan analisis dokumen berasaskan kategori kodifikasi yang diambil dari tinjauan literatur dan soalan kajian. Soalan kajian dibina berdasarkan model Tyler iaitu perkembangan kurikulum melibatkan objektif, kandungan, kaedah penyusunan kandungan dan penilaian. Dapatan kajian menunjukkan kurikulum PDI bersesuaian dengan keperluan pelajar DIB. Namun demikian bagi menjamin keberkesanannya ialah bergantung kepada pelaksanaan yang dijalankan oleh pensyarah dalam menterjemahkan pengalaman-pengalaman pembelajaran ini kepada pelajar.

Kata Kunci: Kurikulum Pengurusan dalam Islam, Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Politeknik

ABSTRACT This study is done to evaluate the the Management in Islam curriculum (PDI). The focus of this study is to determine the appropriateness of this Management in Islam curriculum to the students of the Diploma in Finance and Islamic Banking (DIB). The participants of this study includes the lecturers and DIB students at one of Polythecnic, Johor. The researcher had interviewed 3 lecturers and 10 DIB students. Also, the researcher had analyzed the syllabus document for the Management in Islam curriculum. The triangulation technique was used in collecting the data obtained from the interview and document analysis based on codification category taken from the literature survey and research questions. The research questions were constructed based on Tyler model which includes the curriculum development consist of objective, content, content compilation strategy and evaluation. The research result shows that the Management in Islam curriculum is appropriate to the need of the DIB students. However, the efficiency of the implementation of this Management in Islam curriculum depends on the expression of the lecturers in giving the learning experiences to the students. Keywords: Management in Islam Curriculum, Students of Diploma Finance and Islamic Banking, Polythecnic

PENGENALAN Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), 2016-2020 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Dalam RMK 11, pembangunan modal insan merupakan elemen yang kritikal dalam mentransformasikan negara. RMK 11 meneruskan agenda meningkatkan pembangunan modal insan melalui transformasi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan industri. Melalui RMK 11, di antara strategi program transformasi TVET adalah memperkukuh tadbir urus TVET, memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET dan meningkatkan penjenamaan TVET. TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan dalam menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju.

Sebagai peneraju TVET, politeknik bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) yang dilihat sebagai usaha ke arah hala tuju baharu yang menentukan masa depan negara terutamanya dalam sektor TVET. Matlamat ini juga adalah sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan graduat yang kompeten dari segala aspek. Justeru, adalah penting

Page 2: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

794

bagi politeknik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengukuhkan kerelevanan dan responsif program pengajian politeknik agar selari dengan kehendak ekonomi negara dalam merealisasikan PPPM (PT).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM) (PT) menggariskan 10 Lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Lonjakan yang ke 4 adalah melahirkan graduan TVET yang berkualiti melalui kolej komuniti, kolej vokasional dan politeknik (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025).

Hala Tuju Transformasi Politeknik bertujuan menyediakan politeknik yang bersedia menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan di samping menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran. Secara asasnya, transformasi itu menunjukkan wujudnya usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kredibiliti politeknik sebagai gedung melahirkan tenaga pakar dalam bidang-bidang khusus. Namun perlu diakui, pusaran globalisasi yang begitu pantas ketika ini menuntut satu pembaharuan politeknik yang lebih besar daripada pelbagai sudut. Apatah lagi politeknik juga perlu bersaing dengan sekian banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang jika diukur daripada prestijnya adalah lebih tinggi.

Hasrat merealisasikan politeknik yang berjaya melahirkan tenaga separa mahir profesional bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti perkhidmatan, fasiliti dan kurikulum yang disediakan di setiap institusi politeknik. Pencapaian pelajar dari segi akademik mahupun bukan akademik merupakan salah satu elemen yang penting dalam menjadi indikator terhadap keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Justeru, dalam usaha untuk menjadikan politeknik sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal yang bertaraf tinggi dan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi selaras dengan PPPM (PT), sesebuah institusi pendidikan itu seharusnya menawarkan kurikulum yang terbaik dan mencapai tahap kepuasan yang memuaskan.

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) tidak terkecuali merealisasikan PPPM (PT). Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan sejauh mana kesesuaian kurikulum Pengurusan dalam Islam (PDI) dengan keperluan pelajar program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB). Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) adalah kesinambungan dari kurikulum Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi (Alias, Nik Mohd Rahimi & Ruhizan, 2011). Sehubungan itu, menjadi matlamat dan kehendak kurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan.

Bagi memastikan PPPM (PT) dapat dicapai, penilaian terhadap sesuatu kurikulum amat penting dilaksanakan oleh sesuatu organisasi yang menyediakan dan melaksanakan sesuatu program pendidikan khususnya. Penilaian ini lebih menekankan kepada pencapaian sesebuah kurikulum itu terhadap kriteria atau objektif yang telah ditetapkan oleh penilai atau oleh pembuat keputusan. Penilaian lazimnya melibatkan proses untuk menilai sesuatu kurikulum atau aktiviti yang dijalankan. Stufflebeam (1971) dalam Azmil (2010) menyatakan bahawa penilaian sebagai penyediaan maklumat untuk membuat keputusan dan juga melihat tujuan sesuatu penilaian itu dibuat adalah untuk:

i. Membina dan melengkapkan semua maklumat untuk menghasilkan pelbagai keputusan.

ii. Membantu audiens membuat keputusan dan membina program pendidikan atau sesuatu benda yang berguna.

iii. Membina dan memperlengkapkan beberapa polisi dan program.

Dalam konteks penilaian kesesuaian sesuatu kurikulum pembelajaran, pihak perancang hendaklah menetapkan matlamat kurikulum yang dirancang untuk keperluan pelanggannya. Dalam hal ini pihak perancang sebelum membuat kurikulum harus memikirkan terlebih dahulu bentuk-bentuk pengisian atau input yang perlu disediakan bagi memastikan kurikulum dalam sesuatu program yang dilaksanakan memenuhi permintaan di pasaran kerja hari ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN Kursus Mata Pelajaran Wajib (MPW) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah bermula sejak penubuhan IPT itu sendiri di mana kursus tersebut lebih berbentuk pilihan bebas kepada pelajar dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh fakulti di Universiti Awam (UA) dan tiada organisasi secara berpusat untuk menyeragaman kursus di UA. Walau

Page 3: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

795

bagaimanapun, setelah diperkenalkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pada awal tahun 1998, maka kursus ini telah diwajibkan kepada semua pelajar UA diikuti kursus Hubungan Etnik sehinggalah sekarang (Pekeliling Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2013). Sehubungan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April 2012 telah memutuskan bahawa penawaran dan pelaksanaan Kursus Pengajian Umum diselaraskan kepada semua IPT dalam negara termasuk UA, IPTS dan Politeknik. Oleh itu, Kementerian ini telah menggantikan penawaran kursus Mata Pelajaran Wajib sedia ada kepada kursus Mata Pelajaran Umum (MPU). Penawaran MPU juga dilaksanakan bagi menyeragamkan pengajaran kursus MPW dengan mengambil kira keperluan pembelajaran pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa (Pekeliling Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2013). Mata Pelajaran Umum (MPU) diperkenalkan bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan, perluasan inovasi dan kajian serta usaha peningkatan nilai patriotisme dalam kalangan lulusan. MPU yang diperkenalkan adalah bagi memenuhi aspirasi negara iaitu ke arah pembinaan negara bangsa, penguasaan dan peluasan kemahiran insaniah, pengukuhan dan perluasan pengetahuan di Malaysia dan pengaplikasian kemahiran insaniah. MPU yang diperkenalkan dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu: i. U1 iaitu penghayatan falsafah, nilai dan sejarah

ii. U2 iaitu penguasaan kemahiran insaniah

iii. U3 iaitu perluasan ilmu pengetahuan

iv. U4 iaitu kemahiran pengurusan masyarakat

Jadual 1. Kursus Mata Pelajaran Umum yang ditawarkan di Politeknik mengikut program pengajian

Sumber: Yusni & Zainab (2013) MPU kategori U1 menekankan kepada penghayatan falsafah, nilai dan sejarah dijadikan dasar KPT yang diwajibkan kepada semua pelajar IPT mengikutinya. Kursus kategori U2, U3 dan U4 adalah bebas mengikut institusi tetapi perlu meruju kepada KPT terlebih dahulu bagi memastikan pengkategorian adalah bersesuaian dan memenuhi piawaian kualiti MQA. MPU adalah berteraskan cabang falsafah ilmu yang melibatkan bidang keilmuan kajian kemanusiaan, Sains Tulen dan Sains Sosial. Ia akan membolehkan pelajar daripada disiplin dalam bidang kemanusiaan, sains tulen dan sains sosial untuk menguasai isi MPU (Yusni & Zainab, 2013).

PROGRAM/KURSUS U1 U2 U3 U4 (3 kredit) (2-3 kredit) (2-3 kredit) (2 kredit)

1. Program Ijazah

TITAS *Hubungan Etnik

2. Program Diploma Lanjutan

TITAS 3. Program Diploma

*Pengajian Malaysia Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Pengurusan dalam Islam

Nilai Masyarakat Malaysia

Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam

Seni dalam Islam *Nota: U1 akan menjadi Dasar KPT untuk dilaksakan di semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)

U2-U4- kursus ditetapkan oleh PPT

Page 4: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

796

Penawaran MPU di peringkat Ijazah bermula September 2013 sementara penawarannya di peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan bermula pada Jun 2014. MPU juga dilihat bakal menimbulkan reaksi positif pelajar berikutan penawaran kursus-kursus lain yang memperkukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap nilai kenegaraan dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme.

Kursus baharu MPU kategori U2 berorientasikan Outcome Based Education (OBE) melibatkan pelajar ambilan Jun 2012 telah ditawarkan kepada pelajar semester 2 di semua politeknik. Objektif utama kursus baharu ini adalah memberikan kefahaman Islam yang sebenar terhadap setiap bidang pengkhususan yang diambil pelajar. Kursus-kursus baharu tersebut adalah seperti jadual 1 di bawah.

Jadual 2. Kursus-kursus Baharu MPU Kategori U2 Bil Kod

Kursus Nama Kursus Sasaran

1 AA209 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Elektrikal Jabatan Kejuruteraan Awam Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri

2 AA210 Pengurusan dalam Islam

Jabatan Perdagangan

3 AA211 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam

Jabatan Pelancongan & Hospitaliti

4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual Sumber: Yusni & Zainab (2013) Kursus PDI merupakan salah satu kursus baharu MPU yang ditawarkan pada Sesi Disember 2012. Pada peringkat awal kurikulum ini merangkumi 4 Bab. Namun demikian kandungan kurikulum ditambah baik pada Sesi Disember 2014 dan ditukarkan kod kursus kepada DUA 2022. Kandungan yang ditambah ialah Bab 1 iaitu Konsep Asas Islam yang mana kandungannya adalah tentang Akidah, Syariah dan Akhlak. Dalam bab ini juga pelajar dinilai Amali Solat yang merangkumi bacaan dan pelaksanaan Ibadah Solat. Jumlah jam kredit bagi kursus ini ialah sebanyak 2 jam kredit. Pelajar akan mempelajari kursus ini selama 15 minggu iaitu 3 jam seminggu. Kursus ini merangkumi teori dan amali. Dilihat dari usianya didapati kurikulum yang digunakan ini masih belum pernah lagi dinilai keberkesanan dan kesesuaiannya untuk kegunaan pembelajaran di politeknik (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014).

Matlamat utama kursus ini ditawarkan adalah bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hasil pembelajaran kursus atau Course Learning Outcome (CLO) bagi PDI adalah menjelaskan konsep pengurusan dalam Islam, menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya dengan betul dan membincangkan prinsip syariah dan etika dalam pengurusan menurut perspektif Islam. (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014)

Jadual 3. Kandungan Kursus PDI (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014) Bab Topik CLO

1 Konsep Asas Islam 2 2 Konsep Pengurusan Islam 1 3 Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam 3 4 Proses Pengendalian Pengurusan Islam 3 5 Etika Kerja Islam 3

Kursus PDI merupakan kursus teras bagi pelajar muslim semester dua program DIB di Politeknik. Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka kesesuaian kurikulum PDI bagi keperluan pelajar program DIB. Objektif Pendidikan Program (PEO) bagi program DIB ialah: (Programme Overview DIB): i. Berpengetahuan secara teknikal dari segi disiplin Perbankan dan Kewangan Islam dan dapat menyesuaikan diri

dengan kemajuan dan cabaran teknologi baru dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam.

Page 5: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

797

ii. Mewujudkan komunikasi yang efektif dan mampu menyediakan pelajar dengan kemahiran sosial, kualiti kepimpinan dan bersedia bertanggungjawab ke arah pembangunan negara dan komuniti.

iii. Menyelesaikan isu Perbankan dan Kewangan Islam secara inovatif, kreatif dan beretika.

iv. Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mengenal pasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang cemerlang.

Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi program DIB pula ialah: i. Menerangkan prinsip-prinsip asas dalam Perbankan dan Kewangan Islam untuk menjadi cemerlang dan berjaya di

masa hadapan. ii. Mempraktiskan kemahiran untuk memenuhi keperluan perindustrian dan menyesuaikan diri dengan cabaran di

dunia perindustrian. iii. Berkomunikasi dengan berkesan melibatkan komunikasi dalam kalangan Profesional Perbankan dan Kewangan

Islam juga komuniti lain. iv. Menggunakan teknik yang sesuai untuk penyelesaian yang efektif dalam menghadapi ancaman dan risiko dalam

menguruskan organisasi. v. Membangunkan kerja berpasukan yang cemerlang untuk memenuhi matlamat bersama. vi. Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional untuk memperkayakan

pengetahuan dan kecekapan. vii. Membangunkan kemahiran keusahawanan dalam disiplin yang berkaitan yang menyumbang kepada pertumbuhan

negara dan bersaing dalam industri Perbankan dan Kewangan Islam. viii. Mematuhi kod etika profesional dan meningkatkan nilai humanistik untuk menyesuaikan diri dengan cabaran

sebenar dalam persekitaran kerja. ix. Menunjukkan keupayaan kepimpinan yang berkesan. Prospek kerjaya bagi program DIB adalah seperti berikut: i. Penolong Pegawai Bank (di peringkat tempatan mahupun antarabangsa)

ii. Broker Saham/ Remiser

iii. Pentadbir Pusat Zakat

iv. Penaja Jamin

v. Agen Takaful

vi. Perunding Kewangan

vii. Penolong Eksekutif Pentadbiran

viii. Unit Amanah Eksekutif

ix. Eksekutif Pemasaran

x. Penolong Eksekutif Akaun

xi. Usahawan

xii. Pembantu Penyelidik

PERNYATAAN MASALAH Sukatan kursus PDI digubal oleh panel dari Bahagian Pembangunan Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik (BPK). Proses penggubalan kurikulum merupakan satu proses yang agak rumit kerana pihak bertanggungjawab perlu

Page 6: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

798

memastikan kurikulum yang dihasilkan bersesuaian dengan keperluan pelajar. Kesesuaian kurikulum dengan keperluan pelajar menyebabkan PEO bagi sesuatu program itu tercapai.

Menurut Nurahimah, Abdul Malek, Rohana, Mohaida & Siti Azhani (2013), kajian terhadap kesesuaian kurikulum penting kerana teknologi dan ilmu pengetahuan sentiasa berubah-ubah berdasarkan keperluan semasa. Begitu juga dengan kurikulum serta kandungan sesuatu kursus yang perlu dilakukan perubahan-perubahan untuk penambahbaikan bagi menyediakan pengetahuan yang berguna berdasarkan keperluan terkini.

Namun demikian, kajian berkaitan dengan kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar belum dijalankan oleh mana-mana penyelidik. Hal ini berkemungkinan kerana kurikulum PDI ditawarkan pada Sesi Dis 2012 kemudian ditambahbaik pada Sesi Disember 2014. Kajian ini adalah amat perlu dan hasil kajian yang diperolehi amat berguna kepada semua pihak terutama kepada pihak yang terlibat dalam menggubal dan menyediakan bahan pengajaran. Kajian ini juga perlu untuk melahirkan modal insan yang seimbang di antara keperluan dunia dan akhirat. Justeru itu, pengkaji telah melakukan kajian ke atas pensyarah dan pelajar di PMJB untuk mengenal pasti sejauh mana kesesuaian kurikulum PDI dengan keperluan pelajar program DIB.

OBJEKTIF KAJIAN a. Meneroka kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB.

KAJIAN LITERATUR Kurikulum merujuk kepada segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Rancangan tersebut meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma serta unsur-unsur lain tetapi yang menjadi kandungan utamanya ialah ilmu (KPTM, 2005). Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi sesuatu kurikulum yang baik, ia berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan kemudahan yang terdapat di dalam institusi tersebut. Justeru penilaian kurikulum dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu program itu dijalankan. Menurut Nurahimah et.al (2013), secara amnya, penilaian kurikulum adalah bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Rajah 1. Model Kurikulum Tyler

MODEL KURIKULUM TYLER (1950)

KANDUNGAN Bagaimana memilih

pengalaman pembelajaran sebagai kandungan

PENYUSUNAN KANDUNGAN

Bagaimana menyusun kandungan untuk pengajaran

berkesan

PENILAIAN Bagaimana keberkesanan

pengalaman dinilai

OBJEKTIF Apakah objektif yang dicapai

Page 7: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

799

Kajian ini berdasarkan Model Tyler yang diperkenalkan oleh Ralph Tyler, perkembangan kurikulum melibatkan empat langkah berikut (IPG 2011):

i. Objektif: Menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. ii. Kandungan: Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan

objektif. iii. Kaedah Penyusunan Kandungan: Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara

sistematik. iv. Penilaian: Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif.

Menurut Nurahimah et.al (2013) pengajar perlu memohon penjajaran konstruktif dalam kursus-kursus dan program mereka reka bentuk. Untuk mencapai matlamat ini, adalah dicadangkan bahawa latihan yang memberi penekanan kepada amalan daripada mengkaji semula kurikulum, penyampaian dan penilaian diberi kepada semua pensyarah-pensyarah universiti. Pusat pengajaran dan pembelajaran atau pusat pembangunan akademik setiap IPT juga perlu mengambil peranan utama dalam menyediakan latihan untuk semua universiti pensyarah. Ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan kualiti kedua-dua kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB. Antara kelebihan kajian kualitatif ialah sesuai digunakan jika fokus penyelidikan adalah tentang proses (Merriam, 2002). Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan kajian kes secara kualitatif kerana pengkaji ingin menganalisis secara mendalam kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB. Fokus kajian ini ialah menjalankan analisis keperluan bagi menentukan sejauh mana kesesuaian kurikulum terhadap keperluan pelajar DIB. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan kedua-dua instrumen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesahan kajian yang dijalankan. Hujah ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Patton (1990) yang menyatakan bahawa kesahan sesebuah kajian dapat ditingkatkan melalui data triangulasi di mana pelbagai sumber maklumat digunakan semasa menjalankan penyelidikan. Sehubungan itu, pengkaji juga telah merakamkan temu bual tersebut melalui rakaman video untuk tujuan triangulasi.

Temu Bual Pengkaji menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purposive). Jumlah peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah 4 orang pensyarah dan 10 orang pelajar sahaja kerana pengkaji mendapati bilangan tersebut sudah mencukupi bagi memberikan maklumat yang diperlukan, selain telah mencapai data yang tepu.

Temu bual telah dijalankan terhadap 4 orang pensyarah kursus PDI bertujuan mengukuhkan data kajian hasil daripada analisis dokumen silibus PDI. Selain itu, pengkaji juga menemubual 10 orang pelajar program DIB. Pengkaji telah menjalankan temu bual kualitatif secara bersemuka (face-to-face) dengan mengemukakan soalan berbentuk separa berstruktur. Menurut Patton (1990), temu bual kualitatif adalah satu kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat yang lebih jelas mengenai pemikiran, kepercayaan, pegangan dan pengetahuan individu terlibat tentang topik yang dibincangkan.

Semua sesi temu bual dijalankan di bilik pensyarah masing-masing pada waktu pejabat. Sesi temu bual dijalankan secara berasingan di antara keempat-empat pensyarah berdasarkan kelapangan jadual masing-masing. Pengkaji memilih tempat yang kondusif dan privasi bagi tujuan membina jaringan hubungan yang rapat dan selesa bagi pensyarah meluahkan idea dan pendapat mereka.

Sesi temu bual ini disertakan dengan soalan yang dirangka terlebih dahulu oleh pengkaji berdasarkan model Tyler sebagai panduan dan susunan soalan tidak ditetapkan. Ia bergantung kepada kesesuaian jawapan peserta kajian serta terdapat soalan yang timbul secara tidak dirancang semasa proses temubual tersebut. Pembinaan soalan temu bual juga dapat memaksimumkan tempoh temu bual dengan maklumat yang relevan dengan objektif yang ingin dicapai.

Page 8: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

800

Analisis Dokumen Silibus PDI Dalam kajian ini, pengkaji juga mengumpul maklumat melalui analisis dokumen iaitu analisis silibus PDI. Analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Data yang terkumpul melalui analisis dokumen adalah bertujuan untuk memperlengkapkan dan memberi bukti kepada data yang didapati dari sumber lain seperti pemerhatian dan temu bual (Mfum-Mensah, 2009).

Pengkaji membuat penelitian terhadap keseluruhan isi kandungan silibus kursus PDI. Pengkaji membina 4 jenis borang analisis dan catatan atau semakan bagi tujuan mengenal pasti sejauh mana kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB. 4 jenis borang analisis dibina berdasarkan Model Tyler iaitu:

i. Borang analisis objektif ii. Borang analisis kandungan iii. Borang analisis kaedah penyusunan kandungan iv. Borang analisis penilaian

DAPATAN KAJIAN Jadual 3 menunjukkan jumlah keseluruhan peserta yang terlibat dengan kajian ini. Seramai 4 orang pensyarah dan 10 orang pelajar program DIB semester 2 yang terlibat sebagai peserta kajian.

Jadual 4. Maklumat dan Latar Belakang Responden

Peserta Kajian Latar Belakang Bil Responden

Peratus

Pensyarah PDI Jantina Lelaki 2 50% Perempuan 2 50%

Pelajar DIB Jantina Lelaki 6 60% Perempuan 4 40%

Melalui dapatan kajian terdapat beberapa tema yang muncul. Tema-tema ini adalah berdasarkan soalan temu bual yang dibina berteraskan model Tyler. Seterusnya tema-tema tersebut menjawab objektif kajian iaitu mengenal pasti sejauh mana kesesuaian kurikulum PDI dengan keperluan pelajar program DIB dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kandungan kurikulum PDI.

Berdasarkan tema yang dikenal pasti, wujud beberapa sub tema daripada setiap tema utama. Terdapat empat tema utama iaitu objektif kurikulum (CLO), kandungan kurikulum, kaedah penyusunan kandungan dan penilaian kurikulum. Dapatan bagi tema kajian secara keseluruhannya dapat dilihat melalui Jadual 5.

Jadual 5. Dapatan Tema Kajian

Penilaian Kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar DIB Objektif (CLO)

Sesuai dengan PLO Sesuai dengan falsafah Pendidikan Islam. Sesuai dengan tahap diploma. Sesuai dengan keperluan semasa pelajar.

Kandungan

Meliputi tiga aspek utama iaitu akidah, ibadah dan akhlak Sesuai dengan PEO program DIB

Penyusunan Kandungan

Mematuhi prinsip ketertiban dan kesinambungan Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Ketidakmahiran pensyarah menyampaikan kurikulum. Sumber rujukan yang terhad. Mengandungi ketiga-tiga Domain Pembelajaran (LD)

Penilaian Penilaian Amali Solat sesuai untuk mencapai CLO 2 Penilaian Kuiz tidak sesuai dengan CLO 2

Page 9: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

801

PERBINCANGAN Perbincangan adalah berdasarkan hasil kajian dan objektif yang telah dikenal pasti serta dikaitkan dengan kajian-kajian lepas. Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) Pengurusan dalam Islam Kajian yang dilakukan mendapati dua pihak penting yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran PDI iaitu pensyarah dan pelajar memberi penilaian yang sangat positif terhadap aspek Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus PDI. Peserta kajian berpuas hati dengan CLO bagi PDI iaitu menjelaskan konsep pengurusan dalam Islam, menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya dengan betul dan membincangkan prinsip syariah dan etika dalam pengurusan menurut perspektif Islam (Sukatan Kursus DUA2022 PDI, 2014).

CLO bagi kursus PDI adalah bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi program DIB iaitu PLO 1 menerangkan prinsip-prinsip asas dalam Perbankan dan Kewangan Islam untuk menjadi cemerlang dan berjaya di masa hadapan dan PLO 6 melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional untuk memperkayakan pengetahuan dan kecekapan. (Programme Overview DIB). CLO kursus ini juga didapati relevan dengan falsafah Pendidikan Islam iaitu Pendidikan Islam satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (KPM, 2005).

Selain daripada itu, CLO bagi kursus ini juga sesuai dengan tahap diploma. Contohnya bagi CLO 2, pelajar menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya dengan betul. Pelajar berpotensi untuk mencapai CLO ini kerana di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah mereka telah didedahkan dengan amali solat dan penguasaan al-Quran. Menurut Alias (2010) pengamalan akidah pelajar di politeknik berada pada tahap yang tinggi, tetapi tahap pengamalan ibadah dan akhlak berada pada tahap yang sederhana. Ini menunjukkan keberkesanan Pendidikan Islam yang dilaksanakan di politeknik masih belum mencapai tahap keberkesanan yang tinggi dalam aspek pengamalan.

CLO kursus juga selaras dengan keperluan semasa pelajar kerana di peringkat umur 18-20 tahun pelajar memerlukan ilmu akidah, ibadah dan akhlak yang mantap sebagai benteng persediaan untuk menghadapi anasir-anasir negatif. Penemuan ini disokong oleh Asmahan (2009) mendapati bahawa pengamalan ajaran Islam daripada aspek akidah, ibadah dan akhlak dalam kalangan remaja politeknik merupakan pemangkin dalam usaha menangani masalah sosial di institusi berkenaan.

Kandungan Kursus Pengurusan dalam Islam Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian memberi penilaian yang baik terhadap kandungan kursus PDI. Kandungan kursus PDI memberi banyak pengetahuan baru. Kandungan kursus ini meliputi ketiga-tiga aspek utama dalam Pendidikan Islam iaitu aspek akidah, ibadah dan akhlak. Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan kepada pelaksanaan solat yang mana diperuntukkan sebanyak 18 jam. Justeru, kursus ini melahirkan pelajar yang cemerlang sebagai seorang muslim sekiranya perlaksanaanya berjalan lancar. Contohnya bagi aspek akidah, syariah dan akhlak pelajar mempelajari secara terperinci mengenai penghayatan Rukun Iman dan Rukun Islam dalam Topik 1 iaitu Konsep Asas Islam. Namun demikian, kajian mendapati kebanyakan pelajar tidak mengamalkan nilai-nilai yang dipelajari. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Nabiroh, Nik Mohd Rahimi & Ab. Halim Tamuri (2014) mendapati tenaga pengajar mengakui mereka mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesan penerapan nilai terhadap pelajar. Hal ini selari dengan dapatan kajian Norliza (2011) yang menyatakan sesuatu perubahan yang melibatkan sikap dan nilai memerlukan masa yang lebih panjang.

Selain itu kandungan kursus ini juga sesuai dengan kehendak PEO program DIB iaitu mewujudkan komunikasi yang efektif dan mampu menyediakan pelajar dengan kemahiran sosial, kualiti kepimpinan dan bersedia bertanggungjawab ke arah pembangunan negara dan komuniti. Buktinya, kandungan kursus dapat memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pengurusan Islam dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam iaitu melalui Topik 4: Etika Kerja Islam dan Topik 5: Proses Pengendalian Pengurusan Islam. Kebijaksanaan pensyarah sangat dititiberatkan dalam menghurai perkaitan topik ini dengan bidang Kewangan dan Perbankan Islam supaya PEO tercapai. Kepentingan bidang Kewangan dan Perbankan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana pada masa kini, negara kita dilihat sebagai pelabuhan kewangan Islam yang sangat berkembang dan bergerak maju ke hadapan. Penyelesaian yang paling tepat

Page 10: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

802

dan mudah bagi umat Islam khususnya di negara kita untuk menjalankan urusniaga dan menguruskan kewangan secara sistematik serta patuh syariah.

Kandungan kursus bagi Topik 3: Objektif dan Prinsip Pengurusan Islam juga memberi panduan kepada pelajar DIB tentang prinsip pengurusan Islam. Pelajar DIB dapat menjadikan topik ini sebagai panduan semasa menguruskan penyelidikan dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam selaras dengan salah satu PEO bagi DIB iaitu menyelesaikan isu Perbankan dan Kewangan Islam secara inovatif, kreatif dan beretika. Berdasarkan kepada penilaian peserta kajian, menunjukkan bahawa kandungan kurikulum yang disediakan adalah sesuai dengan keperluan pelajar.

Penyusunan Kandungan Penyusunan kurikulum PDI mematuhi prinsip kesinambungan. Ini adalah kerana setiap topik mengandungi ayat-ayat Al-Quran yang memerlukan pensyarah mengaitkan isi kandungan topik berkenaan dengan ayat-ayat Al-Quran. Secara tidak langsung bacaan ayat-ayat Al-Quran sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan bagi menentukan ia dipelajari secara menyeluruh. Ini kerana salah satu objektif kursus ini ialah pelajar dapat membaca bacaan solat dengan dengan betul. Selain itu, kurikulum PDI juga mematuhi prinsip ketertiban. Berdasarkan prinsip ini, wujudnya ketertiban di antara topik-topik yang ada dalam kursus ini. Buktinya ialah Topik Konsep Asas Islam dijadikan topik pertama. Penyusunan topik ini adalah sesuai berada pada topik yang pertama kerana pelajar perlu terlebih dahulu didedahkan dengan asas akidah, syariah dan akhlak seterusnya disusuli dengan bab tentang pelaksanaan Asas Islam tersebut di dalam PDI khususnya dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam.

Hasil analisis silibus PDI, pengkaji mendapati pensyarah disarankan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam menyampaikan isi kandungan kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi setiap tajuk. Antara kaedah pengajaran yang disarankan ialah kaedah syarahan interaktif, soal jawab, perbincangan kumpulan, latihan amali dan e-forum. Kaedah pengajaran yang dicadangkan berbeza mengikut kesesuaian topik.

Kaedah pengajaran yang dicadangkan merupakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar iaitu kaedah berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah serta pemikiran kritikal. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Zarina (2007) menunjukkan perbandingan pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar juga menunjukkan kepelbagaian kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan positif kepada keputusan gred pelajar daripada kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang lazim digunakan.

Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran PDI kerana mereka merasa seronok serta selesa dengan perlaksanaan kurikulum PDI. Namun begitu, dapatan ini juga menunjukkan kekurangan dan kepincangan yang amat ketara dalam aspek penggunaan bahan bantu mengajar dan penguasaan pensyarah dalam menyampaikan kurikulum kepada pelajar.

Terdapat pelajar yang merungut kerana bahan rujukan di perpustakaan adalah terhad. Selain itu terdapat juga pensyarah yang tidak mahir dalam mengaitkan kurikulum PDI dengan latar belakang pelajar. Menurut Nabiroh et.al (2014) keperluan untuk mengambil kira tahap pemikiran dan latar belakang murid bukan sahaja diperlukan di peringkat sekolah rendah, malah juga di peringkat sekolah menengah. Dapatan ini disokong oleh Ahmad Yunus (2010) yang mendapati Guru-Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar akidah telah berusaha mengolah pengetahuan isi kandungan akidah yang berbentuk abstrak, konseptual dan cenderung kepada perbincangan akidah kepada bentuk yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini menjelaskan bahawa pertimbangan terhadap tahap pemikiran dan latar belakang pelajar perlu diutamakan dalam penyampaian pensyarah.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pensyarah yang menggunakan aras bahasa yang tinggi yang menyukarkan pelajar untuk memahami kandungan PDI. Nabiroh et.al (2014) semua peserta kajian percaya bahawa pelajar akan dapat memahami penjelasan tentang nilai al-Quran apabila guru menggunakan laras bahasa yang mudah. Dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan perlulah senang difahami serta dekat dengan kehidupan murid-murid. Hal ini bertepatan dengan metodologi al-Quran yang amat menekankan penggunaan bahasa yang sama antara para nabi dan kaumnya dalam menyampaikan risalah kepada umatnya agar mudah difahami (Ibrahim 14: 4). Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Selain daripada itu, kursus ini juga mengandungi ketiga-tiga Domain Pembelajaran (LD) iaitu pengetahuan, psikomotor dan afektif. Ketiga-tiga domain berikut berbeza mengikut setiap tajuk yang dinyatakan.

Page 11: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

803

Penilaian Kurikulum Analisis kajian menunjukkan kaedah penilaian bagi kursus ini adalah kaedah penilaian berterusan. Penilaian berterusan adalah sesuai untuk membuktikan keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang dinyatakan. Ini kerana penilaian yang dilakukan berbentuk penilaian formatif yang mana perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan apabila perlu. Selain daripada itu, penilaian amali solat juga sesuai kerana aspek ini penting bagi mencapai CLO kursus yang kedua iaitu pelajar dapat menunjuk cara perlaksanaan ibadah solat dan bacaannya dengan betul. Ini kerana berdasarkan penilaian amali solat, pelajar dikehendaki melakukan praktikal solat serta bacaan-bacaan dalam solat. Namun demikian untuk penilaian berbentuk kuiz adalah tidak sesuai bagi menguji CLO 2 iaitu menunjuk cara ibadah solat dan bacaan dengan betul. CLO 2 hanya sesuai diuji penilaian berbentuk Amali sahaja.

IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil dapatan kajian ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa kurikulum PDI adalah sesuai dengan keperluan pelajar DIB. Dapatan yang telah dibincangkan mendedahkan kekuatan yang sedia ada dan beberapa kelemahan serta kekurangan yang memerlukan tindakan dan perancangan. Justeru, pihak yang bertanggungjawab khususnya pensyarah dan bahagian pengurusan politeknik dapat menilai sejauh mana pelaksanaan pengalaman pembelajaran ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya bagi melahirkan graduan yang berkualiti selaras dengan kehendak pasaran melalui sistem pendidikan di politeknik. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut: Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia Pihak pengurusan kurikulum haruslah merangka strategi, program, kursus dan garis panduan bagi memberi pendedahan yang secukupnya dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan dalam kurikulum PDI hanyalah semata-mata cadangan sahaja. Menurut Pratt (1980) dalam Alias, Nik Mohamad & Ruhizan (2011), secantik mana sekalipun kurikulum yang digubal, gurulah yang akan menentukan sama ada kurikulum tersebut boleh dilaksanakan atau tidak. Justeru, memberi latihan atau melatih semula merupakan penyelesaian yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kompetensi pensyarah dalam menyampaikan kurikulum.

Di samping itu, dicadangkan aspek sahsiah dijadikan sebagai skema pemarkahan kerana matlamat PDI bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal tetapi juga untuk membentuk akhlak pelajar sesuai dengan akhlak Islam. Pentaksiran PDI dicadangkan bukan sahaja untuk mengukur dari aspek pengetahuan sahaja yang telah dilalui pelajar sejak di peringkat sekolah menengah, tetapi yang lebih utama adalah sebagai alat peneguhan kepada pelajar untuk mengamalkan ajaran Islam yang dipelajari dan seterusnya mengelakkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang hanya berorientasikan kepada peperiksaan.

Modul perlu diwujudkan bagi memudahkan dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran serta proses penilaian Ujian Akhir. Modul merupakan helaian kertas bercetak yang berjilid dan mempunyai tulisan untuk dibaca. Kandungannya adalah disediakan mengikut keperluan dan penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Bagi kurus PDI, pelajar dan pensyarah tidak mempunyai modul khusus dan hal ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana pelajar perlu bergantung kepada pengajar semata-mata dan pengajar pula terpaksa mencari sumber-sumber ilmu daripada buku, internet atau kemudahan yang disediakan. Oleh itu, untuk penambahbaikan kurikulum ini, pengkaji mencadangkan menyediakan dan menetapkan modul khas bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelajar khasnya dan membantu pengajar melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran amnya. Penulisan modul haruslah memenuhi kehendak kurikulum dari sudut sukatan dan huraian sukatan pelajarannya, mencakupi objektif pelajaran, mencakupi untuk membantu guru menjelaskan konsep atau prinsip asas pelajaran, mengambil kira pelbagai tahap pencapaian murid, mengandungi maklumat dan fakta yang betul, tepat dan terkini serta mengandungi persembahan bahan yang kreatif dan menarik (Rosrita, 2007). Justeru, pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan modul terdiri daripada pihak yang arif dengan kandungan kursus ini serta berpengalaman mengajar kursus ini.

Pentadbiran dan Pengurusan Politeknik Sandakan Sabah Ketua Kursus perlu menjalankan pemantauan terhadap pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam yang mengajar kursus PDI. Pemantauan perlulah dijadikan satu agenda khas yang tetap dan berkala. Di dalam melaksanakan pemantauan, Ketua Kursus tidaklah seharusnya bergantung kepada maklum balas pensyarah semata-mata ataupun hanya melihat dokumen sahaja. Sebaliknya pemantauan perlulah dibuat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang

Page 12: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

804

berlaku di dalam kelas. Ketua Kursus haruslah memantau kaedah pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah di dalam menyampaikan pengajaran mereka. Walaupun objektif silibus telah ditetapkan, pelaksanaan telahpun diterangkan, kandungan kurikulum disusun teratur serta kaedah pengajaran dicadangkan, namun masih lagi terdapat pensyarah tidak menguasai kurikulum.

Pensyarah kursus PDI Pensyarah perlu menguasai kandungan kurikulum PDI. Seterusnya pensyarah hendaklah mahir mengaitkan kandungan kursus dengan program DIB. Pensyarah juga perlu mempunyai inisiatif mempelajari kaedah dan teknik penyediaan bahan bantuan mengajar bagi memastikan pelajar berminat untuk mempelajari kursus PDI. Pensyarah digalakkan memainkan peranan sebagai fasilitator kepada pelajar untuk membimbing pelajar mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Seterusnya pensyarah adalah disarankan melaksanakan pendekatan nilai Islam merentas kurikulum yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Nabiroh et.al (2014) mendapati tanpa aktiviti dan komunikasi yang baik antara murid dan guru, pengajaran berkesan sukar dihasilkan. Dapatan ini memperlihatkan bahawa faktor komunikasi dua hala antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Norliza (2011) juga menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, analisis ini telah mengenal pasti kesesuaian kurikulum PDI terhadap keperluan pelajar program DIB di Politeknik Johor. Dapatan kajian ini dapat menjadi asas kepada perancangan kursus PDI secara efektif. Kurikulum merupakan teras dari proses pendidikan, maka perlu dirangka dan digubal dengan teliti bagi menjamin keberkesanannya. Untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu diambil kira bagi memastikan masalah itu diselesaikan. Sesuatu program dikira berjaya jika kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti itu berjaya diperbaiki. Oleh itu segala maklumat yang diperolehi ini dijadikan panduan untuk memantapkan lagi kurikulum PDI di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hakikatnya kurikulum PDI ini boleh dikatakan sesuai dengan keperluan pelajar DIB. Cuma yang menjamin keberkesanannya ialah bergantung kepada perlaksanaan yang dijalankan oleh pensyarah dalam menterjemahkan pengalaman-pengalaman pembelajaran ini kepada pelajar.

RUJUKAN Ahmad Yunus Kasim. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Satu Kajian Kes. Tesis

Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Alias Mat Saad. (2010). Penilaian pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Alias Mat Saad, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Ruhizan Mohammad Yassin. (2011). Kajian kerelevanan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dengan kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. AJTLHE, 3(2), 60-70.

Asmahan Mokhtar. (2009). Pengamalan ajaran Islam di kalangan remaja Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azmil Hashim. (2010). Penilaian pelaksanaan kurikulum Tahfiz Al Quran di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz Al –Quran Negeri. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Frankel, J. R. (2007). How to design and evaluate research in education. (6thed.). Boston, MA: McGraw-Hill. IPG. (2011). Modul reka bentuk dan teknologi. Institut didikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2005). Laporan Jawatankuasa mengkaji menyemak dan membuat perakuan

tentang perkembangan dan hala tuju Pendidikan Tinggi Malaysia KPTM: Langkah-langkah ke arah kecemerlangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Merriam, S. B. (2002). Qualitative researching practice: Examples for discussion and analysis. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Mfum-Mensah, O. (2009). An exploratory study of the curriculum development process of a complementary education program for marginalized communities in Northern Ghana. Curriculum Inquiry, 39(2), 343-367.

Page 13: PENILAIAN KURIKULUM PENGURUSAN DALAM ISLAM · PDF filekurikulum Pendidikan Islam politeknik untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang aktif, ... 4 AA212 Seni dalam Islam Jabatan

805

Nabiroh Kassim, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof & Ab. Halim Tamuri. (2014). Kepercayaan guru pemangkin amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran Tilawah Al-Quran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42

Norliza Abd. Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

Nurahimah Mohd. Yusoff, Abdul Malek Abdul Karim, Rohana Othman, Mohaida Mohin & Siti Azhani Abdull Rahman. (2013). Student-Centred Learning (Scl) In The Malaysian Higher Education Institutions. AJTLHE , Vol.5, No.2, 14-33.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (2nd ed.).Newbury Park, CA:Sage. Pelan Strategik Pengajian Tinggi 2020. Retrieved 01 April 2014, from

http://engine.um.edu.my/doc/FKUM/PelanStrategikPengajianTinggi2020. pdf. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysa 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Retrieved 01 April 2017, from

https://www.google.com/search?q=pelan+pembangunan+pendidikan+ppm+pt&ie=utf-8&oe=utf-8&client=firefox-b#q=pelan+pembangunan+pendidikan+malaysia+2015+hingga+2025+pdf

Rosrita Binti Mohd Loddin. (2007). Penilaian pelajar terhadap buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 3 dari aspek kandungan & bahan grafik (ilustrasi). Tesis sarjana yang tidak diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.

Sukatan Kursus Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam DUA 2012. (2014). Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia. Efektif Disember 2014

Pekeliling Pengurusan Pengajian Tinggi Swasta (PPTS), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2013. Retrieved 01 April 2017, from http://jpt.mohe.gov.my/images/Pekeliling/Bil_2-2013-

Penyelarasan_Kursus_Mata_Pelajaran_Wajib_Di_IPTS.pdf Programme Overview Diploma Akuakultur, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Yusni Mohamad Yusak & Zainab Hanina Abdull Samad. (2013). Halatuju Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik

Malaysia: Satu dapatan awal. International Seminar on Quality and Affordable Education ISQAE 2013. Zarina Muhammad. (2007). Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan

Malaysia di Universiti Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred pencapaian pelajar. Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi.