penilaian berasaskan bilik darjah

Upload: farhan-yusoff

Post on 09-Jul-2015

369 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Konsep PenilaianKonsep Penilaian Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif Penilaian Formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik DarjahPengenalan: Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.

Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.

Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah: Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan pembelajaran murid. Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Memastikan prinsip asas penilaian diikuti: o o o o tujuan penilaian bidang yang dinilai calon yang hendak dinilai teknik yang akan digunakan dalam penilaian

Skop penilaian: Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek: Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek. Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik yang ditentukan bagi setiap tingkatan. Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita. Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Bentuk Penilaian dalam Bilik DarjahBentuk penilaian dalam Bilik Darjah Berbagai-bagai cara informal dan formal

Informal - pemerhatian - lisan - kuiz - soal jawab - perbincangan - penilaian kendiri

Formal - ujian kertas pensil - laporan - tugasan - folio