pengurusanislam: objektif pengurusan islam...

Download PengurusanIslam: OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM …pislam93.blogspot.com/2016/07/objektif-pengurusan-islam...2017-03-18Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan

If you can't read please download the document

Upload: trinhanh

Post on 10-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PengurusanIslam: OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM MENGIKUT MAQASID SYARIAH

PengurusanIslam

Tuesday, 19 July 2016

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM MENGIKUT MAQASID SYARIAH

PENGENALAN

Pengurusan islam merupakan proses penting bagi pengendalian manusia, organisasi dan matlamat pengurusan Islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis. Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan.pendekatan Islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. Affendi Hassan berpendapat bahawa pengurusan Islam ialah satu tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasi mengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam Islam.

Sistem pengurusan Islam merupakan sistem yang sangat lengkap dan sistematik kerana ia berpandukan Al-quran dan sunnah. Pengurusan Islam memainkan peranan penting dalam membentuk dan melahirkan pengurus, ketua, pemakmur, alam mengikut kerangka berfikir, nilai dan prinsip Islam.

Disamping itu, Pengurusan juga merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia, komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik,teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu :

i. Pengurus

ii. Organisasi

iii. Tatacara atau garis panduan pengurusan

Sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan islam yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi. Selain itu, objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan garis panduan oleh sesebuah organisasi. Seterusnya, membolehkan segala usaha digerakkan ke arah objektif pengurusan Islam dan perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil realiti masa dan pengalaman. Akhir sekali, membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh.

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM MENGIKUT MAQASID SYARIAH

Definisi pengurusan Islam

Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan antaranya :

Ahmad Ibrahim Abu Sin,

Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

Profesor Syed Othman Alhabshi,

Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Muhammad A. Al-Buraey,

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain

Membincangkan mengenai Maqasid Syariah

Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara kita ke arah negara maju dan harmoni di mana prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan serta politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia secara menyeluruh malah sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Menurut Dr. Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan dengan itu, ilmu maqasid pula adalah merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah. Ini menunjukkan bahawa prinsip atau objektif asas ini merupakan kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang cukup mencabar dan memerlukan satu pendekatan yang berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat-matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan ispirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.

Dalam aspek yang lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum. Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariatNya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnnya sangat objektif dan sangat praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia di mana prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehinggalah kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.

Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu

i) Maqasid Umum

Maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum-hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum.

ii) Maqasid Khusus

Maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan di mana misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam bidang muamalat dan sebagainya.

Ini adalah bagi memastikan bahawa apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang telah ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas maka adalah menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu

i) Kepentingan dharuriyyat iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi.

ii) Keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi

iii) Keperluan tahsiniyat ialah suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian.

Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutamanya apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.

OBJEKTIF UTAMA PENGURUSAN ISLAM

Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atauobjektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah:

Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai. Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kearah pencapaian objektfif yang telah digariskan.

Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini,pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dapatdilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yangdiperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran sertapendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang datang

Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umum maqasid syariah iaitu:

Menjaga keselamatan negara

Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang pertama danterpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualitisebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteksorganisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakanhendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahamantauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatanyang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan

Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)

Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memeliharajiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memeliharanyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yangmembolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjagakeselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. (al-Maidah:32)

Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiapindividu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberikeutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapanganperlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancamnyawa manusia hendaklah dihindarkan.

Menjaga keselamatan akal

Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Olehitu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yangpaling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yangmembezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perludijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secarakeseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalahdilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkanperkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Berdasarkan firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaanberhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya)kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah:90)

Menjaga keselamatan Maruah

Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruahdan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud :

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra:32)

Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zinadan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkanbudaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu,organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang bolehmenjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan masyarakat.

Menjaga keselamatan harta

Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya bermaksud:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apayang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah,dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (al-Maidah:38)

Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yangdibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiapindividu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan hartadengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memeliharaharta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlakupemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehiharta yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yangsalah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.

Segala amalan yang baik tersebut perlu dijadikan budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu,pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah. (Rasid Muhamad :2011)Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika danbudaya yang ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiringdengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasiitu sendiri.

KESIMPULAN

Khatimahnya, banyak pengetahuan ilmiah yang dapat kita kutip dan dapat kita ambil setelah

melalui beberapa peringkat pengkajian, penganalisisan dan pembacaan daripada sumber

sumber yang diyakini. Justeru itu, dapatlah kita meyakini dengan keyakinan yang jitu dan

hakiki bahawa Islam adalah agama syumul yang kaffah kerana ia tidak hanya menyentuh dan

mencangkupi hal hal berkaitan ibadat sahaja namun juga menyentuh dan mengatur daripada

hal hal berkaitan sistem pengurusan dan peraturan bermula daripada diri masing masing

sehinggalah menyentuh kepada sosial ekonomi dan negara. Maka daripada itu Islam adalah

agama yang lengkap lagi sempurna yang dibawa oleh junjungan mulia Nabi Muhammad

SAW akan membawa kita kepada aspek pengurusan hidup yang baik

seterusnya membentuk jiwa insani.

Selain itu, Islam juga mempunyai pandangan yang

tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai.

Sesungguhnya sarjana pengurusan dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat memberi satu

definisiyang tunggal untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan

pentadbiran sentiasa bercampur aduk antara satu sama lain dan tiada garis pemisah yang jelas.

Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti cendawan tumbuh. Namun

demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul.

Posted by

Pengurusan Islam

at20:20

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

Pengurusan Islam

View my complete profile

Blog Archive

2016

(2)

July

(2)OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM MENGIKUT MAQASID SYARIAH...PENGENALAN DIRI

Travel theme. Powered by Blogger.