pengurusan sumber warisan (tapak warisan kemboja)
DESCRIPTION
Heritage ManagementTRANSCRIPT
AJ30903 PENGURUSAN SUMBER WARISAN :
Tapak Warisan Dunia Kemboja (Cambodia)
NAMA : MOHAMAD HAFIZ BIN RIDUAN
NO.MATRIK : BA12110192
PENSYARAH : EN. BASZLEY BEE
TUTOR : EN. LISON
MASA/HARI TUTORIAL : 3.00-4.00 (BTG 3) / RABU
PENGENALAN
Kajian mengenai warisan dunia merupakan satu perkara penting pada hari.
Pengetahuan tentang warisan dunia telah memberikan kita gambaran tentang
sesebuah kebudayaan, ketamadunan serta etnik sesebuah negara. Disamping
memberi maklumat dan pengetahuan yang berguna, warisan sesebuah negara
turut melambangkan ikon negara sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan serta
dikongsikan dengan dunia.
Kemboja atau dikenali sebagai “kampuchea” dalam bahasa sanskrit “kambuja”
merupakan sebuah negara asal tertubuhnya empayar Khmer pada suatu ketika
dahulu.
Kemboja mempunyai 2 tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu
Angkor Wat dan Kuil Preah Vihear.
TAPAK WARISAN ANGKOR WAT
Info Ringkas
Merupakan salah satu tapak warisan dunia yang terpenting di Asia Tenggara.
Berkeluasan 400km2 (hutan dan tapak Arkeologi).
Memiliki ciri-ciri geografi yang unik seperti strukturnya yang hidraulik
(lembangan, benteng, takungan dan terusan) serta terdapat puluhan kuil di
kawasan sekitarnya.
Keunikan seni empayar Khmer berkembang dan mengalami evolusi daripada
adaptasi keseniaan India sehingga berjaya membentuk kesenian sendiri
yang memiliki ciri serta keistimewaan tersendiri.
Keistimewaan Tapak Angkor. (PENGIKTIRAFAN UNESCO)
UNESCO melakukan pemilihan Angkor berdasarkan beberapa kriteria, antaranya :
i) Angkor memiliki keunikan dalam pencapaian kesenian dan
memperlihatkan karya yang agung, kreatif dan genius.
ii) Ia telah memberi pengaruh yang besar dalam sejarah, budaya dunia, dan
juga memperlihatkan perkembangan dalam bidang seni bina, serta
monumental seni, dan landskap yang maju di Asia Tenggara.
iii) Ia membuktikan ketamadunan agung yang telah lama hilang.
iv) Ia memaparkan kesenian arkitek yang tinggi nilainya dan memaparkan
satu kesignifikasian evolusi dalam sejarah.
(UNESCO 1993:22)
Isu-IsuISU MASALAH HURAIAN
PENGURUSAN
TAPAK.
I. PERSAINGAN KUASA DALAM PENGURUSAN SERTA PENGAWALAN TAPAK ANGKOR.
Apabila sesebuah tapak warisan
dicalonkan dalam senarai tapak warisan
dunia, sebuah badan pentadbir atau
pengurusan sudah mula dibentuk sebelum
berlakunya proses pencalonan. (tidak
berlaku dengan sepatutnya).
Membelakangkan institusi pengurusan
sedia ada iaitu Angkor Conservation
Office (ACO) yang diletakkan di bawah
kementerian kesenian dan budaya
Kemboja.
Menimbulkan kekecohan dalam
pertembungan autoriti di antara ahli-
ahli jawatankuasa APSARA dan ACO.
Terdapat persaingan kuasa yang turut
berlaku diantara APSARA dan wakil
UNESCO di Kemboja dalam
pengurusan tapak Angkor, perkara ini
kemudiannya membawa kepada
pembubaran ahli asal di pejabat rasmi
UNESCO.
Persaingan kuasa turut berlaku di
antara APSARA dan kementerian
pengangkutan dan kerja awam
Kemboja, perkara yang menjadi isu
adalah pemberian permit pembinaan
hotel di kawasan zon perlindungan.
II. PERSAINGAN DALAM PEMILIKAN
Pada awal 1990, usaha APSARA dalam
melakukan operasi untuk melindungi
serta memulihara monumen dan tapak
warisan Angkor telah menyebabkan
masyarakat tempatan tidak
mengutarakan sebarang isu tentang hak-
hak terhadap tapak warisan.
Ketegangan antara pihak berkuasa dan
masyarakat tempatan.
Polis warisan umpamanya telah
mengutarakan bahawa Angkor adalah
hak milik negara dan dunia, bukannya
hanya terhad kepada individu yang
tinggal di kawasan sekitarnya.
Persaingan pemilikan tapak Angkor turut
menjadi isu di antara negara Thailand dan
Kemboja.
Pada Januari 2003, akhbar Kemboja
pernah mengeluarkan kenyataan
bahawa Suvanant Kongying (pelakon
Thailand) telah mengatakan bahawa
“Cambodia had stolen Angkor Wat”,
kecuali Angkor Wat dikembalikan
kepada Thailand, beliau tidak akan
melawat Kemboja.
Pejabat kedutaan Thailand di Phnom
Penh yang baru sahaja dibina telah
dimusnahkan, terdapat juga beberapa
gudang-gudang perniagaan Thailand
yang di buka di Kemboja telah
dimusnahkan.
Warganegara Thailand telah
melakukan demonstrasi besar-besaran
di hadapan kedutaan Kemboja di Hong
Kong.
III. MASALAH DALAMAN (RASUAH, KETIDAKADILAN, DAN PERAS UGUT)
Dalam sesetengah kes, terdapat
beberapa aduan daripada penduduk
kampung yang menyatakan telah
ditipu dan di peras ugut oleh ahli
APSARA.
Rasuah dan ketidakadilan ahli
APSARA telah dialami oleh para
penduduk kampung dalam
pentadbiran APSARA terutamanya
terhadap sekatan pembinaan.
Salah satu daripada penduduk
kampung telah menyatakan
bahawa sesiapa yang ingin
membina rumah di kawasan zon
perlindungan Angkor, perlu
membayar USD 3,000 kepada pihak
APASARA dan tawaran yang rendah
tidak akan diterima.
PEMBANGUNA
N EKONOMI
I. KETIDAKSTABILAN PEMBANGUNAN EKONOMI DAN PENDAPATAN PERKAPITA KAWASAN SIEM REAP-ANGKOR
Menurut laporan ICC pada tahun 2005,
jumlah pendapatan negara berasaskan
pelancongan telah mencatat US$1,078
juta yang merangkumi 10 peratus
daripada GDP1 dan pada tahun 2007 pula,
jumlah kedatangan pelancong asing ke
Siem Reap-Angkor telah mencatatkan
hampir 2 juta.
Walaupun pembangunan sektor
pelancongan telah membawa kepada
peningkatan ekonomi yang tidak
terhingga kepada Kemboja khususnya
melalui Siem Reap-Angkor, namun apa
1 ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the Historic Site of Angkor), Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO, 2006a, hlm.106.
yang berlaku adalah Siem Reap masih
terletak dalam senarai ketiga kawasan
termiskin di Kemboja dan hampir 52
peratus keluarga disenaraikan dalam
kategori miskin tegar.
II. SEKATAN DALAM AKTIVITI SOSIO-EKONOMI TRADISIONAL.
Sejak tahun 2000 apabila UNESCO mula
melakukan beberapa aktiviti pemuliharaan
tapak warisan Angkor, segala amalan
tradisi sosio-ekonomi di kawasan tersebut
telah disekat antaranya aktiviti memburu,
membersihkan hutan, membina rumah
baru, membiarkan haiwan ternakan
berkeliaran dan lain-lain.
Polis warisan yang mengenakan bayaran
terhadap aktiviti penjaja di kawasan Siem
Reap-Angkor ini telah mengundang lagi
ketegangan diantara pihak tempatan dan
APSARA.
Terdapat juga penjaga kuil yang
berkeliaran di kawasan Angkor telah
dihalau.
SOSIAL I. PERTAMBAHAN POPULASI KAWASAN SIEM REAP-ANGKOR.
Pada Julai 2006, satu persidangan
mengenai pengurusan tapak Angkor telah
diadakan di Universiti Sydney. Dalam
persidangan ini, APSARA telah
mengutarakan kebimbangan terhadap
kadar peningkatan populasi di kawasan
perkampungan Siem Reap-Angkor
fenomena ini telah memberi ancaman
terhadap kebudayaan dan ekosistem
persekitaran tapak Angkor serta turut
memberi kesan terhadap penduduk
asal
I. MASALAH ZON DAN SEKATAN
Masalah dalam pengezonan dan sekatan
yang dilakukan oleh pihak berkuasa di
kawasan Siem Reap-Angkor telah dirasai
oleh penduduk tempatan sejak 2005.
Ramai penduduk kampung tempatan
khususnya tidak menyedari dan tidak
tahu tentang zon yang mana kampung
mereka terletak.
Papan tanda yang didirikan tidak
memberi penanda secara jelas dan
perkara ini telah menjadi isu apabila
terdapat beberapa penduduk
tempatan yang telah didakwa
melakukan jenayah/kesalahan tanpa
mengetahui sekatan-sekatan yang di
lakukan oleh APSARA.
I. PENGGUNAAN TANAH DAN PROSES URBANISASI
Dalam kerangka baru institusi APSARA,
proses perhubungan yang berlaku antara
APSARA dengan penduduk adalah agak
sukar. Perkara ini berlaku disebabkan
kepelbagaian Jabatan dan perlaksanaan
dasar serta strategi adalah tidak jelas
terhadap penduduk kampung.
banyak berlakunya aduan bahawa
setiap jabatan dalam pengaruh kuasa
APSARA mempunyai pelaksanaan
undang-undang yang berbeza dan
dasar serta strategi yang dilaksanakan
APSARA adalah tidak jelas.
Dalam pembinaan infrastruktur di
kawasan perumahan pula, APSARA
telah melaksanakan undang-undang
yang amat ketat, oleh itu dalam
beberapa hal jika seseorang membina
satu infrastruktur tanpa adanya
kebenaran, ianya akan dimusnahkan
tanpa sebarang notis.
2. KUIL PREAH VIHEAR
Info Ringkas
kuil Preah Vihear ini terletak di atas cenuram setinggi 525-meter di
pergunungan Dangrek wilayah Preah Vihear, Kemboja dan berhampiran
dengan sempadan Thailand moden pada hari ini
kuil Preah Vihear dibina semasa pemerintahan ke-tujuh monarki Khmer.
Istilah “Prasat Preah Vihear” membawa maksud “Biara Suci” dan merupakan
tempat beribadah semasa era kegemilangan Angkor.
Pada asalnya pembinaan kuil ini adalah didedikasikan kepada Dewa Shiva
dalam agama Hindu, oleh itu ramai penganut agama Hindu dari seluruh
empayar Khmer akan datang ke kuil ini untuk meminta rahmat Dewa Shiva.
Keistimewaan Tapak Angkor. (PENGIKTIRAFAN UNESCO & ICOMOS)
Pembinaanya lebih berunsurkan landskap alam semulajadi dan ia turut
memperlihatkan ciri-ciri struktur yang unik terutamanya penggunaan kayu
dan bumbung jubin.
Analisis yang dilakukan oleh ICOMOS mendapati bahawa terdapat satu ikatan
yang kuat antara landskap, kerohanian dan alam semulajadi dalam
pembinaanya sama sepertu Mont-Sain-Michel (Perancis) atau Meteora
(Greece).
melambangkan kekuatan diantara agama dan dunia yang diterapkan dalam
seni bina berunsurkan alam semulajadi.
kuil ini mempunyai 800 paksi satah yang dibina di sepanjang gopuras
(menara pintu masuk) dan sepanjang jalan menuju ke kuil.
bangunan yang di bina di bahagian hadapan juga adalah lebih besar daripada
biaranya dan terdapat juga penggunaan bahan-bahan binaan yang ringan
seperti kayu bumbung berjubin.
Isu-IsuISU MASALAH HURAIAN
ISU
KESELAMATAN,
SEMPADAN,
KUASA DAN
POLITIK
I. PEREBUTAN TAPAK WARISAN KUIL PREAH VIHEAR.
Satu-satunya isu yang berlaku di tapak Preah
Vihear dan paling popular di mata dunia
adalah perebutan kuil tersebut di antara
pihak Thailand dan Kemboja.
Keputusan UNESCO untuk menjadikan
tapak kuil Preah Vihear sebagai salah satu
warisan dunia bermula semasa
persidangan di Quebec pada tahun 2008.
Namun dalam persidangan tersebut, pihak
Thailand telah melakukan bantahan
terhadap pemilihan tersebut (walaupun
perjanjian telah ditandatangani di antara
menteri luar Thailand dengan pihak
Kemboja untuk memberikan kuil Preah
Vihear kepada Kemboja).
Kesan daripada pertelingkahan ini, telah
mewujudkan semula pertelingkahan
sempadan dan kedua-dua pihak telah
meletakkan tentera masing-masing untuk
berkawal di kuil Preah Vihear.
para pelancong yang ingin melakukan
lawatan ke Kemboja telah diberi amaran,
oleh itu persidangan jawatankuasa
warisan dunia di Brasilia pada musim
panas 2010 telah bersetuju untuk
menangguhkan pemilihan kuil Preah
Vihear sebagai warisan dunia sehingga
2011.
Namun proses perundangan yang
mengambil masa 3 tahun di antara kedua-
belah pihak, akhirnya persetujuan telah
dicapai dan ICJ telah mengistiharkan
tapak kuil Preah Vihear adalah milik
Kemboja pada Julai 2011.
ANALISIS/KESIMPULAN
Melalui penelitian terhadap isu-isu warisan yang berlaku di Kemboja, adalah dapat
dinilai bahawa ikon warisan sesebuah negara banyak memainkan peranan dalam
ketiga-tiga aspek Politik, Sosial dan Ekonomi. Perjalanan proses dalam menjadikan
tapak Angkor sebagai tapak warisan dunia telah jelas memperlihatkan bagaimana
setiap implementasi perundangan dan pengurusannya, telah membawa kepada
keterlibatan pihak-pihak yang berkepentingan serta cabaran-cabaran baru dalam
pengurusan warisan. Isu-isu yang timbul juga memberi pengkaji gambaran tentang
kepentingan kuasa politik dalam mewujudkan persaingan antara pihak kerajaan dan
badan-badan swasta. Oleh itu dalam pengurusan warisan, perkara yang terlibat
bukan sahaja usaha dalam memulihara tapak tersebut namun turut melibatkan
persaingan bagi memperoleh kepentingan masing-masing. Pengurusan tapak
Angkor telah memberi banyak pengajaran kepada UNESCO tentang impak sesuatu
pelan pelaksanaan terhadap senario pengurusan yang akan berlaku. Secara
positifnya, isu perebutan kuil Preah Vihear pula memperlihatkan bagaimana kuasa
perundangan dunia berjaya mengatasi masalah geo-politik yang berlaku diantara
Kemboja dan Thailand, namun menilai impak negatifnya pula adalah berlakunya
ketegangan diantara kedua-dua buah negara untuk suatu tempoh yang panjang.
RUJUKAN
APSARA Authority. 2004. Reforestation project in Siem Reap Angkor region. Phnom Penh : APSARA Authority ( Department of Water and Forestry).
APSARA Authority, Eco-village for sustainable developmen : Concept note of an ecological human settlement. Phnom Penh : Run Ta-Ek. , 2008, hlm.233-245.
B.H.Schaublin. 2011. World Heritage Angkor and Beyong (Circumstances and Implication of UNESCO Listing in Cambodia). Germany : University of Gottingen.
Chau Sun, Kérya. 2006. Angkor sites, Cultural World Heritage. dalam Barbara T. Hoffman. Art and Cultural Heritage : Law, policy, and practice. Cambridge : Cambridge University Press.
David P. Chandler. 1992. History of Cambodia. Boulder : Westview Press.
Esposito, Adèle and Sylvia Nam. 2008. Siem Reap : Urban development in the shadow of Angkor. Los Angeles : Ghetty Conservation Institute.
ICOMOS. 1992.The Sacred Site of the Temple of Preah Vihear (Cambodia) – No.1224. 1 September 1992. hlm.1-13.
ICC (International Coordinating Committee for the Safeguarding and Development of the Historic Site of Angkor). 2006. Fifteenth technical committee, Phnom Penh : ICC-UNESCO.
Khuon, Khun-Neay. 2006. “Angkor : A living World Heritage Site” kertas pembentangan bengkel ICCROM-SPAFA. dalam “Living Heritage: Empowering Community”, Thailand : Phrae. November 2006.
Lloyd, Georgina. 2009.The safeguarding of Intangible Cultural Heritage: Law and policy – a case in Angkor (Disertasi Ph.D.). University of Sydney.
Miura, Keiko. 2004. Contested heritage : People of Angkor (Disertasi Ph.D.). University of London : School of Oriental and African Studies.
Phnom Penh Post. 2003. Mobs go berserk in anti-Thai frenzy : Thai embassy torched. 13 Febuari 2003
UNESCO. 1993. Safeguarding and development of Angkor (prepared for the Inter-Governmental Conference on Angkor). Tokyo. October 1993.
ZEMP Expert Team. 1993. Zoning and environmental management plan for Angkor (Discussion Draft, Chapter 4), Phnom Penh.
Angkor-UNESCO World Heritage dlm. http://whc.unesco.org/en/list/668, diakses pada 1/10/2014, 1.50 am.
APSARA History and Organization. dalam http://www.autoriteapsara.org/en/apsara/ about_apsara/history_organization.html. diakses pada 1/10/2014, 2.24 am.
Cambodia – UNESCO World Heritage Sites dlm. http://allpointseast.com/blog/tour-info/cambodia/cambodia-unesco-world-heritage-sites/. diakses pada 18/9/2014. 3.13 am.
Hing, Vutha and Tuot Sokphally. 2007. Pro-poor tourism : Siem Reap case stud. dalam CDRI (Cambodia Development Resource Institute) : Pro-poor tourism in the greater Mekong sub-region. Phnom Penh : CDRI.
ICJ (International Court of Justice). 2014. dalam Memorial of the government of the Kingdom of Cambodia SectionB, Pleadings (Merits), http://www.icjcij.org/docket/index.php?p1=3&p2=3&k=46&PHPSESSID=570ee917d8d08757a71ff78ec 171b54f&case=45&code =ct&p3=, diakses pada 1 Oktober 2014, jam 3.11.
UNESCO. 2014 Cambodia. http: // portal. unesco.org / geography/en/ev.php-URL_ID=2395&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html, diakses pada 1 Oktober 2014.