bario, ba'kelalan, mulu dipromosi - repositori digital:...

89

Upload: vuonganh

Post on 08-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,
Page 2: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

1

Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi

Oleh ASHLEY ANGGAT [email protected]

MIRI 25 Jun - Kerajaan negeri akan mewujudkan pakej lengkap yang mampu menarik lebih ramai pelancong ke tiga kawasan tanah tinggi iaitu Bario, Ba'Kelalan dan Taman Negara Mulu.

Menteri Pelancongan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata, tiga kawasan tanah tinggi itu mempunyai pelbagai tarikan semula jadi yang unik dan menarik seperti gua, beras Bario dan kolam air panas yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan.

Katanya, kerajaan juga akan berusaha meningkatkan hubungan udara ke kawasan berkenaan termasuk kemungkinan mengadakan usaha sama dengan syarikat penerbangan negara jiran seperti Brunei.

"Turut diberi perhatian ialah usaha meningkatkan infrastruktur untuk keselesaan dan kemudahan kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara," katanya ketika melancarkan kutipan dana Pesta Nukenen Bario 2012 anjuran Rurum Kelabit Sarawak (RKS) di sini semalam.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan kementeriannya sebanyak RM15,000 untuk mengisi dana penganjuran pesta berkenaan yang dijadual berlangsung pada hujung Julai ini.

Sementara itu katanya, untuk mempromosikan kawasan tanah tinggi berkenaan, kerajaan memerlukan sokongan semua pihak termasuk agensi-agensinya, wakil rakyat dan penduduk setempat.

Katanya, penduduk setempat umpamanya, perlu kreatif dalam menghasilkan produk yang unik seperti manik dan sebagainya yang berteraskan adat serta budaya.

"Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan, barulah masyarakat dapat menikmati kemakmuran ekonomi daripada sektor pelancongan.

"Seperkara lagi yang amat penting iaitu kestabilan politik, kalau keadaan politik di sesuatu kawasan tidak berapa bagus, segala rancangan juga sukar dilaksanakan," katanya.

Page 3: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

2

Khazanah Bumi Kenyalang

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY [email protected]

BIARPUN puncak Pinnacles bukanlah puncak tertinggi di Asia Tenggara tetapi cabaran mendakinya pasti memberikan kepuasan kepada mereka yang gemar dengan aktiviti tersebut.

BUMI Kenyalang amat kaya dengan khazanah alam dan kebudayaan yang unik untuk diterokai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pada umumnya, Sarawak kini sering dikunjungi orang tempatan dan asing kerana lokasi pelancongannya menawarkan pelbagai pakej-pakej percutian yang menghiburkan sambil ditemani alam semulajadi.

Antara destinasi yang menjadi pilihan utama seperti Gunung Murud yang merupakan gunung tertinggi di sana, Gunung Benarat, Gunung Api dan beberapa gua yang menjadi sebab utama mengapa jumlah pengunjung semakin bertambah.

Sebagai gunung kedua tertinggi di Sarawak, Gunung Mulu mempunyai saiz 2,377 meter tetapi khazanah alam yang ada padanya sukar ditandingi sekaligus meletakkan gunung tersebut lebih tinggi daripada destinasi pelancongan lain.

Antaranya seperti khazanah Sarawak Chamber yang terletak berhampiran dengan gua tersebut. Ia cukup besar dan bahagian chambernya pasti memukau setiap yang

Page 4: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

3

melihatnya kerana keluasan kawasan tersebut dikatakan mampu memuatkan lapan jet jumbo 747.

Terletak di Taman Negara Gunung Mulu (TNGM), lokasi ini sering diberi publisiti meluas secara berterusan untuk memastikan Tapak Warisan Dunia itu terus dikenali masyarakat khususnya dari luar negara.

Saban tahun, kunjungan pelancong ke destinasi tersebut semakin meningkat bahkan ia mewujudkan permintaan dalam kalangan pelancong untuk berkunjung ke sana.

TNGM turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bagi memudahkan pengunjung dan jika dibandingkan beberapa tahun lalu kemudahan tersebut semakin bertambah baik.

Lokasi itu dipelihara dengan cekap bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan keunikan alam semula jadinya.

Sebagai contoh, jutaan kelawar keluar dari gua di Mulu merupakan satu fenomena yang unik dan hebat, justeru ekosistem itu perlu dipelihara agar ia tidak pupus begitu sahaja.

Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, hanya mereka yang berjaya berada di puncak tersebut sahaja yang tahu betapa mencabarnya puncak berkenaan.

Setiap orang yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Pinnacles pasti berasa seperti berada di puncak tertinggi sekali di Asia Tenggara.

Perasaan ini muncul kerana Pinnacles diiktiraf sebagai puncak paling mencabar di Asia Tenggara berbanding mana-mana gunung yang terdapat di negara ini mahupun disekitarnya.

Puncak berbatu kapur itu jika dilihat dari jarak dekat kelihatan seolah-olah cerucuk tajam yang terhasil secara semulajadi dan ia mengambil masa jutaan tahun bagi membentuk fizikal batu tersebut.

Lebih menarik di Gunung Mulu juga terdapat 1,500 spesis flora dan fauna seperti 170 spesis orkid liar, 67 spesies mamalia, 262 spesis burung dan 281 spesies rama-rama.

Jika pengunjung berpeluang menerokai puncak Gunung Mulu, anda pastinya terpesona dengan landskap pemandangan yang mengagumkan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menerokai gua yang terdapat di sekitarnya seperti Gua Angin, Gua Air Jernih, Gua Hijau, Gua Rusa dan Gua Lang.

Sila pastikan anda membawa botol air bersama dengan beberapa kudapan sebelum mulakan pengembaraan ke mana-mana gua tersebut.

Page 5: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

4

Sambil menerokai panorama bertemankan cahaya matahari dan suasana hijau hutan hujan tropika, pengunjung boleh menikmati suasana yang pastinya cukup mendamaikan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengunjungi lokasi ini, anda boleh mulakan pengembaraan dari Long Pala (pintu masuk bahagian barat) ataupun dari TNGM (pintu masuk bahagian timur).

Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung memilih untuk mengunjungi destinasi tersebut dari TNGM kerana mereka boleh ke sana dengan menaiki van selama lima minit untuk ke pintu masuk tersebut.

Sampai sahaja ke lokasi itu, pengunjung perlu mengembara merentasi Kem Summit dan Kem Paku sebelum bertemu Gua Hijau, Gua Rusa dan Gua Lang.

Antara halangan yang pastinya meninggalkan kenangan ialah ketika pelawat merentasi jambatan gantung yang disediakan.

Sepanjang perjalanan pengunjung akan dipisahkan dengan papan penghalang yang memisahkan antara trek pendakian dengan kawasan hutan.

Ketika bergerak pada trek tersebut, pengunjung perlu berhati-hati dengan ulat bulu bersaiz kecil.

Walaupun saiznya kecil tetapi jika terkena badan manusia ia boleh membuatkan anda kegatalan sepanjang hari.

Bentuk permukaan Gua Lang kelihatan amat biasa dan sempit tetapi formasi stalaktit batu kapurnya amat hebat.

Laluan pejalan kaki turut disediakan bagi memudahkan pengunjung menerokai keindahan gua yang sangat lembap.

Gua Rusa pula mendapat nama tersebut kerana rusa-rusa liar datang ke gua itu untuk menjilat air garam bukit yang terdapat pada kolam-kolam batu kapur.

Ia juga boleh dipanggil sebagai Gua Kelawar kerana jutaan kelawar menjadikan gua tersebut sebagai habitat mereka.

Ketinggian gua ini meningkat dari 120 hingga ke 150 meter ketika pelawat ditelan jauh ke dalam perut gua tersebut.

Menariknya Gua Rusa tidak mempunyai stalaktit dan ia lebih gelap daripada Gua Lang.

Page 6: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

5

Bagaimanapun, setiap pengunjung yang berpeluang mengunjungi lokasi ini pastinya disambut baik oleh bayu angin yang menyegarkan di samping bunyi air terjun selepas anda mendekati pintu masuk di bahagian utara.

Ketika mendekati pintu itu, pelawat berpeluang melihat sebatang sungai jauh di bawah cenuram dan taman yang lebih dikenali dengan nama Garden of Eden buat rakyat asing.

Jika anda bernasib baik dan sempat pulang kembali ke pintu masuk sebelah selatan anda berpeluang melawat kawasan yang diberi nama sebagai Amphitheatre yang terletak di bawah bahagian permukaan gua.

Di lokasi ini, pengunjung berpeluang melihat jutaan kelawar terbang meninggalkan gua selepas sahaja pukul 4 petang.

Jika anda pernah melihat burung-burung bermigrasi terbang berhijrah ke negara lain, keadaan kelawar ini juga seperti burung tersebut bezanya haiwan ini akan pulang kembali ke gua tersebut sebelum subuh.

Buat mereka yang ingin merakamkan kenangan itu perlulah membawa lensa sejauh 300mm ke atas untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Bagi mereka yang tidak mahu tinggal dalam keadaan gelap bolehlah pulang kembali ke tapak taman negara kerana untuk keluar dari hutan itu memerlukan masa yang agak panjang.

Bagi perjalanan kedua-dua lokasi ini memerlukan pelawat berjalan sejauh beberapa kilometer.

Keesokan harinya pula, pengunjung boleh menempah bot pelancong bagi melawat kawasan perkampungan orang asli yang terletak di sekitar kawasan Gua Air Jernih dan Gua Angin.

Bagi yang telah berkunjung ke Gua Rusa pastinya terkejut setelah melihat kehebatan Gua Air Jernih yang jauh lebih besar dan sebahagian besar daripada kawasan tersebut masih belum dijelajahi.

Gua ini sebenarnya merupakan gua terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan kira-kira 107 kilometer.

Page 7: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

6

Perlu publisiti Oleh RACHEL NINA [email protected]

MIRI 3 Sept. – Taman Negara Gunung Mulu (TNGM) perlu diberi publisiti meluas dan berterusan untuk memastikan Tapak Warisan Dunia itu terus dikenali masyarakat khususnya dari luar negara.

Ahli Parlimen Miri, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, publisiti berterusan amat perlu bukan sahaja untuk memperkenalkan TNGM, bahkan bagi mewujudkan permintaan dalam kalangan pelancong untuk berkunjung ke sana.

Katanya, walaupun TNGM sudah jauh maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas jika dibanding beberapa tahun lalu, tetapi taman negara itu perlu diberi tumpuan dan publisiti secara mapan dan beterusan.

“Saya bukan mengkritik, namun semua agensi perlu memainkan peranan penting dalam melonjakkan sektor pelancongan di Mulu,” katanya kepada pemberita selepas sesi pemimpin bertemu rakyat di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, Fah Kui yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menerima aduan daripada orang awam bahawa TNGM semakin kurang dikenali kerana kekurangan publisiti.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha pelaksanaan pembangunan di taman negara itu, namun berharap agar kemudahan asas di situ dinaik taraf.

Beliau juga mahu pengurusan TNGM agar memelihara dan menjaga taman itu dengan cekap bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan keunikan alam semula jadinya.

Sebagai contoh katanya, jutaan kelawar keluar dari gua di Mulu merupakan satu fenomena yang unik dan hebat, justeru ekosistem itu perlu dipelihara agar ia tidak pupus.

Page 8: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

7

ARKIB : 26/03/2011

Puncak Pinnacles ditawan Oleh AMIR SARIFUDIN [email protected]

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Pinnacles juga terdapat di Taman Negara Mulu yang banyak menyimpan pelbagai rahsia dan khazanah alam semulajadi.

Keadaan ini menyebabkan jumlah pelancong terutama dari luar negara yang datang ke Mulu sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

Bagi pelancong asing, kedatangan ke Mulu seolah-olah satu kemestian apabila melancong ke Malaysia.

Mereka ini pasti akan singgah ke Taman Negara Mulu selepas menghabiskan percutian ke destinasi lain sekitar negara ini.

Ramai kalangan pelancong berpendapat kehadiran mereka di Mulu bukan sahaja disebabkan suasananya yang tenang, malah ia merupakan satu aktiviti paling mencabar dan getir apabila dikaitkan dengan Pinnacles.

Walhal Pinnacles itu sendiri bukanlah satu puncak yang tertinggi di Malaysia dan bukan juga puncak tertinggi di Asia Tenggara.

Hanya mereka yang pernah berkunjung ke Mulu dan dapat berada di puncak Pinnacles sahaja yang tahu betapa mencabarnya puncak berkenaan.

Setiap orang yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Pinnacles pasti akan menganggap mereka telah berjaya berada di puncak gunung yang tertinggi sekali di Asia Tenggara.

Perasaan ini muncul kerana Pinnacles dianggap dan diiktiraf sebagai cabaran paling getir di Asia Tenggara berbanding mana-mana gunung yang terdapat di negara ini mahupun negara-negara lain sekitar Asia Tenggara.

Walaupun puncak Pinnacles tidaklah setinggi gunung lain seperti Gunung Kinabalu, cabaran getir untuk mendaki Pinnacles memerlukan tenaga berganda-ganda.

KEJAYAAN tiba di puncak Pinnacles dianggap cabaran paling getir di Asia

Tenggara.

Page 9: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

8

Tidak hairanlah apabila Pinnacles mendapat gelaran di kalangan pelancong luar dan dalam negara, sebagai 'cabaran paling sukar' atau 'cabaran paling getir' di Asia Tenggara.

Untuk mendaki Pinnacles, seseorang perlu terlebih dahulu membuat persediaan rapi. Persediaan ini meliputi fizikal dan mental.

Mungkin bunyinya mudah, namun hakikat sebenar ramai juga pelancong yang cuba mendaki Pinnacles berakhir dengan hampa disebabkan tiada persediaan.

Mereka hanya mampu bertahan di separuh jalan setelah melalui cabaran paling getir apabila kepenatan.

Sebelum ke Pinnacles, setiap pelancong perlu bermalam di Camp 5. Untuk ke kem berkenaan, seseorang perlu berjalan sejauh 8 kilometer dari Taman Negara Mulu.

Pelancong yang bermalam di Camp 5 akan hanya dibenarkan mendaki Pinnacles pada keesokan harinya.

Waktu paling baik memulakan pendakian dari Camp 5 ialah pukul 6 pagi. Pendakian ke Pinnacles memerlukan persiapan rapi antaranya pemakaian kasut yang sesuai, membawa makanan bertenaga dan air secukupnya.

Malah, pelancong digalakkan membawa air minuman melebihi tiga liter dan seelok-eloknya air itu dicampurkan dengan sejenis garam bagi mengelakkan hidrasi.

Seseorang pendaki itu akan berjalan sejauh 2.4 kilometer untuk mendaki puncak Pinnacles, namun pendakian bertambah sukar selepas 200 meter perjalanan dimulakan.

Ini kerana, kawasan pendakian itu kebanyakannya berada pada kedudukan menegak sehingga 75 darjah.

Lebih mencabar apabila, sepanjang perjalanan seseorang perlu menempuh laluan batu-batu tajam (Pinnacles) dan akar-akar kayu yang menutup muka bumi.

Disebabkan pendakian menegak itu, selain perlu menggunakan kekuatan tangan serta kaki, pendaki juga harus berhati-hati apabila melalui kawasan bertali dan anak-anak tangga.

Kira-kira 16 anak tangga perlu dilalui sebaik sahaja sampai pada jarak antara 1,800 hingga 2,000 meter dari Camp 5.

Semasa pendakian tiba pada tahap 1,800 meter, kawasan di situ digelar 'mini Pinnacles', seseorang akan mengetahui sejauh mana kemampuan masing-masing sama ada hendak meneruskan perjalanan atau sebaliknya.

Page 10: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

9

Malah, pihak pengurusan Taman Negara Mulu mensyaratkan, mana-mana orang yang gagal sampai ke tangga pertama pada jarak 1,800 meter atau mini Pinnacles selepas pukul 11 pagi, tidak dibenarkan meneruskan pendakian.

Ketika melalui anak-anak tangga yang disediakan dalam keadaan menegak, mendatar dan sebagainya, seseorang juga perlu sentiasa berhati-hati kerana kecuaian semasa pendakian boleh menyebabkan seseorang itu tercedera.

Pendaki harus memastikan mereka masih bertenaga kerana kecuaian boleh menyebabkan berlaku kemalangan.

Keadaan semasa melalui anak-anak tangga boleh mempengaruhi pendaki kerana persekitaran yang berbatu tirus.

Namun, sebaik sahaja sampai di puncak pinnacles, semua cabaran getir yang dilalui tadi, akan terubat apabila melihat keindahan dengan suasana berkabus di puncak Pinnacles.

Di puncak Pinnacles, kita pasti terpesona melihat batu-batu tirus yang indah dan sekali gus mendatangkan perasaan damai serta tenang.

Kebanyakan pelancong yang berjaya ke puncak pasti tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan yang berlatar belakangkan batu-batu tirus.

Satu perkara lagi yang agak menarik, ramai pendaki akan mengambil kesempatan untuk menelefon orang tersayang ketika berada di puncak Pinnacles memandangkan tiada talian telefon semasa di Camp 5.

Satu lagi perkara yang unik, setiap pengunjung yang tiba di puncak Pinnacles akan mendapati dua atau tiga ekor tupai seolah-olah menyambut kehadiran mereka.

Tupai-tupai berkenaan seperti sudah biasa dan menunggu kehadiran pelancong untuk mendapatkan makanan.

Selain Pinnacles, pelancong yang berkunjung ke Mulu berpeluang melihat beberapa buah gua seperti Gua Rusa yang didiami berjuta-juta kelawar, Gua Lang, Gua Air Jernih, Gua Angin dan sebagainya apabila berada di Taman Negara Mulu.

Setiap gua mempunyai keunikan tersendiri dengan batu-batu yang dibentuk berjuta-juta tahun lalu.

Seperkara lagi yang menarik, Taman Negara Mulu juga terdapat kanopi (jambatan gantung dari pokok ke pokok) yang terpanjang di dunia iaitu 480 meter.

Page 11: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

10

Berada di Mulu, pelancong bukan sahaja boleh menyewa dan bermalam di Taman Negara Mulu, juga boleh tinggal di Royal Mulu Resort yang menyediakan penginapan serba lengkap dengan aktiviti-aktiviti lasak sampingan.

Royal Mulu Resort dilengkap pelbagai kemudahan dan pelancong berpeluang menyaksikan pertunjukan kebudayaan jika tinggal di resort ini.

Pelancong boleh melayari laman web dari Taman Negara Mulu dan Royal Mulu Resort bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut untuk berkunjung ke Mulu.

Di samping itu, seseorang itu juga boleh mendapatkan segala maklumat lengkap mengenai destinasi-destinasi menarik di seluruh Sarawak dengan melayari laman web atau menghubungi Sarawak Tourism Board (STB) iaitu www.sarawaktourism.com.

Page 12: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

11

ARKIB : 15/05/2011

Terbang bersama kelawar

Oleh AMIR SARIFUDIN [email protected] Gambar ihsan Olympus

BERADA di pedalaman atau kawasan-kawasan terpencil Sarawak banyak keistimewaannya. Disebabkan itu, kawasan terpencil di Sarawak sebenarnya sentiasa menjadi destinasi pelancongan yang menarik.

Bukan sahaja kerana kawasan berkenaan cantik dan indah, malah budaya kehidupan tradisional penduduknya turut menjadi daya tarikan pelancong.

Ramai pelancong mahu mengenali lebih dekat budaya kehidupan penduduk Sarawak dan ini hanya boleh dilakukan dengan melancong ke kawasan-kawasan terpencil di negeri berkenaan.

Salah satu tempat menarik ialah Mulu iaitu sebuah destinasi indah yang bergunung-ganang dan sentiasa dikunjungi pelancong asing dari serata dunia sepanjang tahun.

Untuk itu, MASwings Sdn. Bhd. memainkan peranan amat besar bagi menghubungkan mana-mana kawasan terpencil di pedalaman Sarawak dengan kawasan bandar.

Peranan MASwings ini meletakkan pelancongan Sarawak melibatkan kawasan terpencil, sentiasa dikunjungi ramai oleh pelancong asing dan tempatan.

MASwings mengadakan penerbangan ke kawasan-kawasan terbabit sebagai salah satu tanggungjawab kepada masyarakat dan penduduk Sarawak, selain membawa pelancong bagi memperkenalkan destinasi menarik.

Apa yang menarik, untuk datang ke Mulu, pengangkutan utama ialah kapal terbang memandangkan jalan darat mengambil masa berjam-jam lamanya.

Sebaliknya jika menaiki kapal terbang, seseorang itu hanya mengambil masa 25 minit bagi perjalanan dari Miri ke Mulu.

Memang penerbangan singkat itu tidak terasa, namun terdapat keunikan di sebalik peranan pilot pesawat serta anak-anak kapal MASwings berkenaan.

KHIDMAT MASwings di Sarawak lebih bersifat tanggungjawab sosial kepada

penduduk di pedalaman.

Page 13: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

12

Perjalanan penulis bersama rakan-rakan MingguanMalaysia ke Mulu berkesempatan menghayati peranan krew-krew MASwings berkenaan.

Menurut Kapten Che Wan Mohd. Khair Hashim, bertugas di pedalaman seperti di Mulu tidak pernah dianggap sebagai tersisih.

Malah katanya, bila berada di Mulu, perasaan bangga sentiasa terdapat dalam dirinya serta anak-anak kapal.

''Saya gembira dan senang hati apabila bertugas di kawasan terpencil. ''Bukan sahaja kerana kecantikan kawasan ini, malah kita dapat berjumpa ramai pelancong selain keindahan Mulu dapat memberi ketenangan pada petugas-petugas MASwings,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.

Bagi Che Wan Mohd., setiap kali bertugas bagi penerbangan Miri ke Mulu, beliau serta anak-anak kapalnya perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran.

Menurutnya, semua krew kapal harus sentiasa bersiap sedia dan bertugas dengan pantas kerana setiap detik masa dianggap terlalu penting.

Terhad

Sebaik sahaja mendarat di Mulu bagi penerbangan sebelah petang, anak-anak kapal dan petugas lapangan terbang Mulu mempunyai masa terhad iaitu 10 hingga 25 minit bagi memunggah barangan penumpang serta membawa masuk barangan penumpang yang hendak ke Miri.

Ini kerana, pesawat berkenaan perlu berlepas balik ke Miri sebelum pukul 4 petang.

Keadaan ini mungkin akan menimbulkan pertanyaan kepada sesiapa sahaja yang mahu ke Mulu. Penulis sendiri tertanya-tanya?

Menurut Che Wan Mohd., jadual yang ketat itu disebabkan pada sebelah petang, jutaan kelawar yang mendiami Gua Rusa akan mula keluar mencari makan.

''Ini bagi mengelakkan pergerakan pesawat diganggu oleh kelawar-kelawar berkenaan.

''Seboleh-bolehnya pesawat yang tiba di lapangan terbang Mulu perlu berlepas pulang ke Miri sebelum pukul 4 petang.

''Dalam keadaan tertentu, jika penyelenggaraan pesawat mengambil masa sehingga lebih pukul 4 petang, kemungkinan besar kami terpaksa bermalam di Mulu dan hanya berlepas keesokan paginya. Begitu juga penumpang, jadual penerbangan mereka terpaksa ditunda.

Page 14: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

13

''Semua ini diambil kira bagi menghindarkan sebarang risiko. Kerana pesawat yang berlepas selepas pukul 4 petang berisiko bertembung dengan jutaan kelawar,'' katanya.

Namun, Che Wan Mohd. berkata, dalam keadaan tertentu seperti kecemasan, penerbangan masih boleh diteruskan walaupun selepas pukul 4 petang tetapi bergantung kepada keadaan dan kebenaran pihak pengurusan.

''Sebagai kapten pesawat, saya perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran menara kawalan selain nasihat pihak atasan pengurusan,'' katanya.

Sementara itu, bagi pembantu juruterbang MASwings, Rayzlan Salazar, bertugas di Mulu dianggap satu penghargaan kepadanya.

Ini kerana kata beliau, Mulu bukan sahaja indah, malah kecantikannya menyebabkan dia dan rakan-rakan setugas sentiasa gembira dengan keadaan persekitaran.

''Antara tugas saya ialah membantu juruterbang dalam banyak perkara bagi memastikan pesawat terbang dan mendarat dengan selamat,'' katanya.

Walaupun penerbangan dengan MASwings hanya mengambil masa kira-kira 25 minit, namun penumpang tetap disaji dengan minuman ringan.

Lebih menarik, sepanjang perjalanan, juruterbang akan membawa penumpang melalui kawasan-kawasan menarik yang boleh dilihat dari udara.

Memandangkan waktu penerbangan begitu singkat, krew MASwings hanya mempunyai masa yang singkat bagi melayan para penumpang.

Bagi Pramugara MASwings, Ahmad Adzha Mansor, keadaan itu menyebabkan dia dan rakan setugas perlu mengutamakan disiplin.

''Kami bertugas dengan pantas memandangkan masa yang singkat. Sebaik sahaja pesawat berada di udara dan tanda pasang tali keledar dipadamkan, kami akan segera menghidangkan minuman ringan kepada setiap penumpang,'' katanya.

Rakan setugasnya, Pramugara Amkha Amrah pula berkata, bertugas di Mulu sesuatu yang amat mencabar walaupun ramai yang tidak mengetahuinya.

''Krew MASwings juga perlu mempunyai maklumat mengenai destinasi tempat bertugas.

''Apabila ditanya pelancong, kami perlu menyalurkan maklumat bukan sahaja mengenai jadual penerbangan, malah destinasi itu sendiri," katanya.

Page 15: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

14

Pelancong yang inginkan kelainan serta kedamaian bercuti, boleh ke Mulu dan perjalanan terbaik ialah menggunakan MASwings yang menyediakan penerbangan pergi balik Miri - Mulu - Miri.

Pihak MASwings juga menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Mulu dan juga dari Kuching ke Mulu pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Untuk tempahan tiket, layari www.maswings.com.my atau hubungi 1300883000.

Page 16: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

15

ARKIB : 12/06/2010

Lutut menggeletar di puncak Mulu Oleh ROHANA MAN [email protected]

PENDAKIAN ke puncak gunung kelima tertinggi di Malaysia, Gunung Mulu yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak begitu mencabar fizikal dan minda.

Seramai sembilan pendaki terpaksa meredah subuh seawal pukul 3.15 pagi apabila jadual asal dipinda oleh pemandu arah yang dikenali sebagai Epol.

Perubahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan pertembungan dengan kumpulan pendaki dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kem 3.

Pertembungan itu perlu dielakkan kerana kawasan kem itu hanya mampu menampung 15 orang pada satu masa.

Hari pertama: Tiba dengan pesawat ATR 72-500 MasWing pada pukul 2.55 petang. Sebaik saja tiba di Mulu Park diperkenalkan dengan Epol. Namun kami diberitahu hanya boleh memulakan perjalanan keesokan hari kerana sudah lewat.

Hari Kedua: Perjalanan memang santai. Peserta meninggalkan Mulu Park pada pukul 10.30 pagi dan singgah di tepi sebatang sungai yang jernih airnya untuk menikmati nasi lemak.

Perjalanan diteruskan ke Kem 1 dan tiba pada pukul 1.56 petang.

Kem itu yang terdiri daripada sebuah pondok mempunyai kemudahan yang cukup asas dan terletak di di tepi sungai.

Ia dilengkapi paip air, sinki, tempat memasak, kabinet menyimpan barang dan tandas.

Oleh kerana hari masih awal, kami menyediakan makan malam awal dan menikmatinya pada pukul 6 petang.

PENULIS (dua dari kanan, belakang) bersama rakan-rakan mengabadikan kenangan di puncak Gunung Mulu.

Page 17: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

16

Selepas itu, 'terpaksalah’ tidur awal kerana perlu bangun sebelum subuh untuk berkemas dan memulakan perjalanan ke Kem 4.

Hari ketiga: Tepat pukul 2 pagi, jam loceng milik Nizam Ahmad (Shakey’s ) berbunyi sekali gus membangkitkan mereka yang masih lena. Kem 1 ditinggalkan pada pukul 3.15 pagi.

Menurut Zaidi Bidin yang pernah mendaki Gunung Mulu sebanyak dua kali sebelum ini, perjalanan hari ketiga jauh dan mencabar kerana perlu menempuh laluan berbukit untuk ke Kem 3.

Memang benar apa yang dikata. Cuma para peserta bernasib baik dan tidak perasan jurang yang berada di sebelah mereka kerana mendaki pada waktu malam.

Dalam perjalanan itu, peserta singgah di Kem 2 pada pukul 4.25 pagi. Terdapat aliran anak sungai dan kesempatan itu digunakan untuk memenuhkan botol air serta berehat selama 10 minit.

Tiada kemudahan pondok kerana menurut Epol, jaraknya dekat dengan Kem 1, selain kawasan lapang yang terhad. Lokasi itu juga menjadi sumber air sungai terakhir. Selepas itu, bekalan air yang diperoleh adalah daripada tangki air hujan di Kem 3 dan Kem 4.

Kegelapan dan kedinginan subuh terus diredah. Saya berjalan bersama Jurimah Mohd. Ariffin (Ju) dan memang diakui agak tertekan kerana merasakan laluan yang ditempuh begitu ‘kejam’.

Tiada langsung laluan rata. Hati berasa sedikit lapang sebaik sahaja bertembung dengan sekumpulan pendaki dari Unimas yang ketika itu dalam perjalanan pulang menuju ke Mulu Park.

“Sudah dekat sangat. Di depan sana Kem 3,” ujar seorang daripada mereka ketikaberselisih. Kami sampai di Kem 3 pada pukul 7.52 pagi. Peserta berehat dan bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kem 4.

Perjalanan itu juga sangat ‘kejam’ kerana terpaksa menempuh laluan berair. Hujan menambah kesejukan. Lebih tersiksa apabila kasut dan stokin basah kerana laluan dipenuhi lopak-lopak air.

Berkat kesabaran dan kecekalan hati, peserta akhirnya sampai di Kem 4 pada pukul 2.15 petang. Zaidi, Shakey's, Suhaini Mohd Saad (Sue), Kamariah Ismail (Kak Kay) dan Haziana Mohd (Zian) tiba lebih awal.

Penatnya hanya Tuhan yang tahu dan setelah dicongak, rupa-rupanya perjalanan yang ditempuh telah dari Kem 1 ke Kem 4 mengambil masa 11 jam.

Page 18: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

17

Sebaik sampai terus diadakan perbincangan untuk ke puncak. Antara cadangan ialah meneruskan perjalanan pada petang itu juga.

Ada pula yang mahu mendaki pada waktu subuh.

Memandangkan hujan tiba-tiba mencurah-curah dan badan pula sudah tidak larat untuk terus ‘diseksa’, maka kata sepakat dicapai iaitu pendakian ke puncak diadakan sebelum waktu subuh esok.

Hari keempat: Ini merupakan hari yang paling perit. Seawal pukul 3.20 pagi, peserta mula meredah kabus dan suhu dingin menuju ke puncak. Laluan masih becak, manakala cerun yang dipanjat lebih tegak .

Akar-akar pokok yang berselirat dan gaung di tepi laluan membuatkan kami begitu berhati-hati mengatur langkah.

Kami juga berhadapan dengan laluan bertangga yang dipacak di tebing cerun tegak 90 darjah.

Lautan bintang di langit menyejukkan sedikit hati yang mula tercalar dek penangan laluan yang ‘kejam’.

Memandangkan Zaidi dan Shakey’s berjalan laju, mereka berdua meninggalkan saya, Ju dan Zian di belakang. Yang lain, entah ke mana ‘hilangnya’. Perjalanan ini lebih sukar.

Tali temali disediakan untuk membantu pendaki melepasi cerun gunung yang tegak di mana kiri dan kanan laluan adalah gaung dengan jatuhan ratusan kaki ke lantai tanah.

Ketika berhempas pulas memanjat tebing, saya dapat melihat dengan jelas awam gemawan yang memutih di bawah telapak kaki saya.

Satu ketika, saya gagal ‘melonjakkan’ diri ke atas sehinggakan lutut terasa menggeletar dan jantung berdegup kencang. Takutnya Tuhan saja yang tahu.

“Tolong … tolong … tak boleh lepas ni,” jerit saya meminta bantuan. Nasib saya baik kerana Steplus (rakan guide) menarik tangan ke atas.

Itulah saat yang paling mendebarkan dalam ekspedisi ini. Dalam pada itu, kedengaran suara Zaidi melaungkan azan pada pukul 5.50 pagi.

Hati mula berbunga kerana puncak sudah semakin hampir.

Tanpa berlengah, lereng terus dipanjat dan tali terus dicapai untuk menarik diri ke atas.

Page 19: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

18

Tepat pukul 6.05 pagi 14 Mei 2010 puncak Gunung Mulu di ketinggian 2,370 meter dijejaki.

Hampir 20 minit kemudian, barulah kesemua peserta tiba. Sebak rasanya kerana berjaya menamatkan misi menawan G12. G12 merujuk kepada 12 puncak-puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Kinabalu, Trusmadi, Tambuyukon, Murud, Mulu, Tahan, Korbu, Yong Belar, Gayong, Chamah, Ulu Sepat dan Yong Yap.

Selepas sesi bergambar dan berkongsi satu tin longan yang dibawa oleh Benny Mustaffa Dayat di ‘atas awan’, kami turun semula ke Kem 4 dan tiba pada pukul pukul 9.30 pagi.

Tepat pukul 10.30 pagi, kami meninggalkan Kem 4 menuju ke Mulu Park. Epol berkata, kami dibenarkan meneruskan perjalanan ke Mulu Park jika sampai di Kem 1 sebelum pukul 6 petang.

Page 20: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

19

ARKIB : 24/04/2010

Sasar 75,000 pelawat setiap tahun

Pengurus Taman Negara Gunung Mulu, Brian Clark berkata, berdasarkan rekod beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kemasukan pelancong terus meningkat dan ini amat ketara selepas pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2000.

MIRI 23 April - Taman Negara Gunung Mulu menyasarkan peningkatan jumlah pelancong secara drastik menerusi konsep geo pelancongan yang kini menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.

"Sebagai contoh, statistik pada 2007 menunjukkan seramai 20,000 pelancong melawat Mulu diikuti 18,000 (2008) dan 25,000 pada tahun lalu.

"Berdasarkan perkembangan ini, kita menyasarkan jumlah pelancong meningkat kepada 75,000 dalam tempoh setahun dan meskipun sasaran ini membabitkan kapasiti yang tinggi, namun kita yakin ia dapat dicapai," katanya di sini baru-baru ini.

Clark berkata, antara strategi yang sudah dikenal pasti untuk mencapai sasaran itu termasuk menyusun semula program pelancongan seperti membuka tapak gua baru di Mulu selain pengurusan taman yang lebih mapan dan efisien.

Katanya, dengan peningkatan kapasiti pelancong, taman negara perlu melaksanakan pengurusan dan pentadbiran yang cekap bagi memastikan keindahan alam semula jadi tidak terjejas atau terancam.

Tambahnya, cabaran utama yang sering dihadapi dalam menguruskan taman negara tersebut ialah mengimbangkan kemasukan pelancong yang tinggi tanpa mengganggu persekitaran alam semulajadi.

"Kita tidak dapat menerima terlalu ramai pelancong pada satu-satu masa kerana bimbang ia akan merosakkan taman negara, namun pada masa sama pelancong memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendapatan," ujarnya.

Dalam hal ini, Clark menyambut baik Persidangan Geo Pelancongan Global Kali Kedua dan menyifatkannya begitu bermanfaat untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan dan pemuliharaan kawasan terlindung seperti Taman Negara Gunung Mulu.

Page 21: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

20

ARKIB : 24/04/2010

Gunung Mulu jadi tumpuan Oleh RANIA PARAN [email protected]

MIRI 23 April – Taman Negara Gunung Mulu menjadi tumpuan antarabangsa selepas buat julung kalinya menjadi tuan rumah Persidangan Geo Pelancongan Global Kedua pada 17 hingga 20 April lalu.

Persidangan anjuran bersama Pelancongan Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Biro Konvensyen Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu berlangsung di Royal Mulu Resort, dekat sini.

Dengan tema Making Unique Landforms Understandable, persidangan itu dihadiri kira-kira 100 peserta termasuk dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain, Brazil, China, India, Iran, Afrika Selatan, Poland, Pakistan dan Malaysia.

Mereka terdiri daripada pakar akademik, pengusaha pelancongan, pelajar dan individu yang berkaitan dengan industri berkenaan.

Sebanyak 30 kertas kerja dibentangkan sepanjang program itu dan Australia merupakan negara yang paling banyak melakukan pembentangan dengan membabitkan 10 peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Datuk Rashid Khan berkata, Mulu dipilih sebagai tuan rumah selepas persidangan pertama diadakan di Fremantle, Australia pada Ogos 2008.

Menurut beliau, persidangan itu berlangsung sekali dalam tempoh dua tahun.

“Persidangan ini dihoskan oleh ‘Forum Advocating Cultural’ dan ‘Eco Tourism’ di barat Australia serta diluluskan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

CERUCUK batu merupakan pemandangan semula jadi yang

mempersonakan pelawat di Taman Negara Gunung Mulu.

Page 22: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

21

“Pada dasarnya ia bertujuan memperluas pengetahuan mengenai geo pelancongan di samping memperkenalkan konsep geo taman di kalangan para peserta dari seluruh dunia,’’ katanya pada majlis perasmian Persidangan Global Geo Pelancongan dekat sini baru-baru ini.

Rashid memberitahu, pemilihan Sarawak menjadi tuan rumah amat bertepatan kerana Mulu diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia berikutan keunikan gua-gua, alam semula jadi, flora dan faunanya.

Malah katanya, Mulu turut menepati kriteria sebagai tapak geo pelancongan kerana mempunyai warisan geologi (batu dan fosil), sejarah dan budaya yang dapat menarik pelancong ke situ.

Tambahnya, pemilihan Mulu di bahagian Miri itu sebagai tuan rumah juga signifikan kerana delegasi boleh melawat Taman Negara Gua Niah iaitu satu tapak arkeologi yang penting di Asia Tenggara di samping menikmati keindahan Mulu yang menakjubkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam ketika ditemui berkata, sejak Mulu mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 2000, ia terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Ini kerana, Taman Negara Gunung Mulu juga memiliki salah satu sistem gua yang paling menakjubkan iaitu gua yang terbesar di dunia dikenali sebagai Sarawak Chamber manakala Gua Rusa dilaporkan gua terpanjang di dunia.

“Pembentukan formasi gua-gua di Mulu ini dianggarkan sudah berlaku sejak 40 juta tahun lalu,” ujarnya.

Selain itu, jelas George, keindahan alam semula jadi di Taman Eden, puncak Gunung Mulu dan cerucuk berbatu (pinnacle) menjadikan Mulu contoh terbaik destinasi geo pelancongan bertaraf dunia.

Menurut beliau, geo pelancongan merupakan satu konsep pelancongan baru di mana pelancong dibawa melawat ke tapak yang mempunyai kepentingan warisan geologi, sejarah, budaya serta melakukan aktiviti yang sesuai di dalamnya.

Justeru, beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan serius kepada industri geo pelancongan dalam usaha meletakkan negeri ini sebagai salah satu peneraju utama sektor tersebut di peta dunia.

“Kerajaan akan beri keutamaan terhadap pembangunan produk geo pelancongan bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong terutamanya para penyelidik dan individu yang menyukai aktiviti berteraskan alam semula jadi.

Page 23: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

22

“Saya juga optimis, geo pelancongan bukan sahaja menyumbang pulangan lumayan dalam industri pelancongan malah mempelbagaikan produk pelancongan yang sedia ada di Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai persidangan tersebut, Hong Nam berkata, ia menjadi landasan terbaik kepada para peserta untuk berbincang dan berkongsi maklumat dalam menetapkan hala tuju industri geo pelancongan khususnya di Sarawak.

Katanya, kerajaan berharap persidangan ini dapat menghasilkan satu garisan dan kesepakatan dalam mengurus serta memasarkan produk geo pelancongan.

Jelasnya, maklumat menerusi persidangan tersebut boleh dijadikan rujukan oleh industri pelancongan tempatan dan luar negara yang terlibat.

Pada masa yang sama, pembabitan Sarawak dalam produk geo pelancongan ini memberi dimensi baru dalam membantu kerajaan memulihara dan menguruskan sumber alam semula jadi secara mapan.

Pada masa sama, delegasi turut mengambil kesempatan menjelajah Gua Rusa, Gua Lang, Gua Air Jernih dan Gua Angin menggunakan bot dan berjalan kaki.

Page 24: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

23

ARKIB : 20/04/2010

Sarawak tumpu geo pelancongan tarik ramai penyelidik

MULU 19 April - Sarawak akan memberi tumpuan serius terhadap industri geo pelancongan bagi menarik lebih ramai penyelidik dan individu yang menggemari aktiviti berteraskan alam semulajadi berkunjung ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan satu konsep pelancongan baru iaitu pelancong dibawa melawat ke tapak yang mempunyai kepentingan warisan geologi, sejarah, budaya serta melakukan aktiviti yang bersesuaian dengannya.

Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Warisan negeri akan memberi keutamaan terhadap pembangunan produk pelancongan berkenaan seterusnya meletakkan Sarawak sebagai peneraju utama sektor itu di peta dunia.

''Kementerian akan membangunkan geo pelancongan kerana yakin sektor baru ini dapat menyumbangkan pulangan lumayan dalam industri pelancongan. Di samping itu ia mempelbagaikan produk pelancongan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Geo Pelancongan Global Kedua di Royal Mulu Resort, Taman Negara Gunung Mulu (TNGM) di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Datuk Rashid Khan; penasihat persidangan, Profesor Ross Dowling, wakil Kementerian Pelancongan Kesultanan Oman, Mohammed Hamood Al-Tobi dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan negeri, Ik Pahon Joyik.

Lebih 100 pakar antarabangsa dalam bidang geologi dan pelancongan menghadiri persidangan dari 17 hingga 20 April ini yang membabitkan pakar akademik, pengusaha pelancongan, pelajar dan individu yang berkaitan dengan industri berkenaan.

Mereka termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Brazil, India dan Pakistan.

ng Nam yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan negeri memberitahu, keyakinan terhadap potensi geo pelancongan jelas terbukti semasa Persidangan Global Geotaman di Langkawi baru-baru ini yang menarik kira-kira 550 delegasi daripada 80 negara.

''Perkembangan itu telah memberi keyakinan kepada kerajaan untuk memajukan geo pelancongan.

Page 25: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

24

''Malah kita difahamkan terdapat 66 geotaman terletak di 21 negara yang turut serta dalam persidangan termasuk sebuah di Langkawi," katanya.

Sehubungan itu Hong Nam berharap Sarawak akan memiliki sebuah geotaman bagi merealisasikan konsep geo pelancongan di samping menjadi pusat kajian dan pembelajaran saintifik.

Tambahnya, TNGM yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) merupakan contoh terbaik destinasi geo pelancongan yang bertaraf dunia.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai persidangan yang berlangsung itu, Hong Nam berharap ia dapat menjadi landasan kepada pakar antarabangsa untuk berbincang dan berkongsi maklumat dalam menetapkan hala tuju geo pelancongan khususnya di Sarawak.

''Saya yakin hasil daripada persidangan ini bukan sahaja menguntungkan peserta malah mendorong Sarawak untuk menjadi negeri terkemuka dalam geo pelancongan. Ini tidak mustahil kerana kita kaya dengan alam semula jadi," katanya.

Page 26: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

25

ARKIB : 20/02/2010

Keunikan Sarawak banyak untuk diterokai Oleh ABD. HALIM HADI [email protected]

TERLALU banyak kenangan yang dapat dibawa balik bagi mereka yang melawat Sarawak malah tidak keterlaluan untuk mengatakan kunjungan pertama ke Bumi Kenyalang itu pastinya bukan yang terakhir.

Sekiranya anda merancang untuk memasukkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bagi tahun 2010, pilihan pasti tidak mengecewakan apatah lagi dengan aturan jadual perjalanan yang teratur.

Tarikan terbesar yang sering menjadi kekaguman pelancong di Sarawak adalah keharmonian budaya, cara hidup dan kemajmukan masyarakat yang terdiri daripada kira-kira 27 suku kaum pribuminya.

Malah, kesan daripada kepesatan pembangunan turut menggalakkan lagi 'pengumpulan budaya' dari sembilan bahagian negeri itu ke bandar-bandar utama. Sekali gus memaparkan lebih banyak keunikan masyarakat etniknya.

Bagi yang berkunjung untuk kali pertama, bandar raya Kuching mungkin destinasi yang sesuai untuk diutamakan.

Seperti kata orang Sarawak, jika tidak berkesempatan melawat ke Miri dan Sibu, kunjungan di Kuching sahaja sudah cukup memadai.

Selain acara yang banyak dianjurkan sepanjang tahun, kunjungan pelancong di Kuching disambut dengan pelbagai tempat dan monumen bersejarah seperti muzium, bangunan Astana, Fort Margherita dan patung kucing yang menjadi simbol bandar raya berkenaan.

Kuching dan bandar-bandar utama di Sarawak juga mempunyai rangkaian hotel dan tempat penginapan yang baik dengan harga berpatutan.

PESTA Menuai Sedunia yang diadakan setiap tahun menghimpunkan pelbagai kebudayaan daripada suku-suku kaum

pribumi Sarawak.

Page 27: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

26

Sekiranya menginap di hotel-hotel di sekitar bandar raya Kuching jangan melepaskan peluang mengunjungi Bazaar Utama Kuching untuk membeli atau sekurang-kurangnya melihat kepelbagaian hasil seni dan kraf tangan buatan masyarakat tempatan.

Daripada barang ukiran hinggalah hasil tenunan sendiri, semuanya boleh didapati pada harga yang murah.

Bertentangan dengannya pula ialah laluan jalan kaki terkenal, Tebingan Kuching atau lebih popular dipanggil waterfront yang merupakan bekas pelabuhan kapal-kapal dagang yang menjadikan tempat itu sebagai tapak permulaan bandar Kuching.

Dari situ, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari seberang sungai dengan menaiki bot tambang yang pernah menjadi pengangkutan terpenting suatu ketika dulu.

Jika bot tambang tidak memadai, pelawat boleh membayar lebih untuk bersiar di Sungai Sarawak dengan menaiki SarawakCruise sambil dihiburkan kumpulan muzik dan penari-penari berpakaian tradisional.

Satu lagi destinasi 'wajib' dikunjungi di Kuching ialah Pasar Tamu Satok, pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Di sinilah terdapatnya gerai-gerai menjual ikan terubok masin dan kuih lapis yang sering dijadikan buah tangan pelancong.

Tidak jauh dari bandar raya Kuching, seperti di Bau, Serian dan Padawan, pelancong boleh berkunjung ke rumah-rumah panjang tradisional kaum Iban dan Bidayuh untuk mengenali cara hidup mereka dengan lebih dekat.

Sekiranya berkesempatan, bahagian utara Sarawak turut menjanjikan pengalaman melancong yang bernilai terutama di kawasan seperti Taman Negara Mulu, Niah, Bario dan Ba'Kelalan di pedalaman Miri.

Di sana, pelancong akan terpegun melihat keunikan budaya kaum Kelabit, Kenyah, Penan dan Kayan yang tinggal di kawasan tanah tinggi.

Perjalanan menggunakan pesawat kecil kini disediakan oleh MASwing.

Manakala di pedalaman Sibu, daerah Mukah menawarkan pelbagai jenis makanan tradisional daripada suku minoriti iaitu Melanau seperti tebaloi (sejenis biskut sagu), ulat mulung dan umai (sejenis sushi diperbuat daripada ikan).

Pada bulan Mei setiap tahun, Mukah akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, persembahan dan permainan tradisional melalui Pesta Kaul.

Page 28: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

27

Bagaimanapun, jika jadual anda di Sarawak terlalu singkat dan tidak berkesempatan menjelajah ke bahagian lain seperti Sibu, Kapit dan Bintulu, satu destinasi wajib dimasukkan ke dalam jadual anda iaitu Kampung Budaya Sarawak (SCV) yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kuching.

Kunjungan terus menggunakan teksi dan bus penumpang biasanya boleh didapati di hotel-hotel utama.

Lawatan setengah hari ke taman budaya itu boleh diibaratkan sebagai tour ringkas ke segenap pelosok Sarawak.

Ia merupakan 'muzium hidup' yang dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan cara hidup mewakili setiap etnik di negeri ini. Sarawak, tiada tempat sepertinya.

Page 29: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

28

ARKIB : 08/04/2009

Setem tema Tapak Warisan Dunia dilancar esok KUALA LUMPUR 7 April - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem khas dan sampul surat hari pertama bertemakan Tapak Warisan Dunia pada Khamis ini.

Ketua Setem dan Filateli PMB, Yasmin Ramli berkata, empat tapak warisan yang dipilih ialah Banda Hilir di Melaka, Taman Negara Mulu (Sarawak), Taman Kinabalu (Sabah) dan Georgetown (Pulau Pinang).

Menurutnya, setiap setem berharga 50 sen manakala sampul surat hari pertama dijual pada harga 30 sen.

"Keempat-empat pusat pelancongan itu telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Tema itu diambil bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai warisan negara sekali gus menggalakkan rakyat melancong di dalam negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Yasmin, Pos Malaysia mencetak 260,000 setem bertema Banda Hilir dan Georgetown manakala 260,000 lagi untuk setem bertema Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu di samping 50,000 sampul surat hari pertama.

Katanya, terdapat tiga lagi produk yang akan dikeluarkan iaitu lembaran mini, poskad bersetem dan fail kertas masing-masing berharga RM2, RM5.50 dan 80 sen.

Tambah beliau, selain itu satu set fail lengkap bersama poskad, sampul surat dan 20 setem juga dijual dengan harga RM30.90.

"Semua produk keluaran Pos Malaysia ini boleh didapati di pejabat-pejabat pos di seluruh negara," katanya.

YASMIN Ramli menunjukkan setem khas dan sampul surat hari pertama di

Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, semalam.

Page 30: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

29

ARKIB : 11/07/2008

Mercu tanda tapak warisan dunia akan dibina

MELAKA 10 Julai - Kerajaan negeri akan membina sebuah mercu tanda pengiktirafan bandar raya Melaka sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan juga merancang untuk mengadakan majlis sambutan yang sesuai sempena pengiktirafan Melaka dan Georgetown di Pulau Pinang sebagai Bandar Warisan Selat Melaka itu.

''Pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan besar bagi negara khususnya dan juga Melaka serta Georgetown setelah dinantikan selama tujuh tahun sejak dimulakan inisiatifnya pada tahun 2001.

''Justeru, kerajaan negeri bercadang untuk membina satu mercu tanda di dalam bandar Melaka sebagai tanda pengiktirafan ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, UNESCO dalam satu mesyuarat di Quebec, Kanada telah memutuskan untuk mengiktiraf bandar raya Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia yang baru.

Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mempunyai empat lokasi tapak warisan dunia termasuk Taman Hutan Negara Mulu di Sarawak dan Kinabalu Park di Sabah yang telah mendapat pengiktirafan sebelum ini.

Mohd. Ali berkata, kejayaan itu akan meletakkan Melaka dan Georgetown sebaris dengan bandar raya warisan dunia lain.

Beliau berkata, pengiktirafan oleh pertubuhan dunia itu adalah satu penghormatan terhadap usaha berterusan kerajaan negeri mengekal dan memulihara bangunan serta tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu.

''Selepas ini, kedua-dua bandar ini akan mendapat pemantauan dan nasihat UNESCO sepanjang masa.

''Selain itu, kita akan menjadi perhatian dunia terutama daripada aspek pelancongan yang akan membawa banyak faedah terhadap ekonomi bukan sahaja Melaka dan Georgetown, tetapi juga kepada negara," katanya.

Tapak warisan dunia di Melaka itu melibatkan kawasan seluas 214.6 hektar merangkumi dua zon perlindungan iaitu kawasan-kawasan bersejarah tinggalan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris seperti bangunan Stadhuys, Bukit St. Paul dan Bukit Cina.

Page 31: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

30

Zon kedua pula meliputi kawasan penempatan dan komersial bersejarah melibatkan 600 rumah kedai, bangunan kediaman dan bangunan-bangunan agama.

Selain Melaka dan Georgetown dari Malaysia, Kuil Preah Vihear, sebuah rumah ibadat Buddha yang baru-baru ini menjadi pertikaian antara Thailand dan Kemboja, turut terpilih.

Sebuah lagi tapak yang diisytiharkan sebagai warisan dunia ialah Tapak Pertanian Awal Kuk di Papua New Guinea.

Page 32: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

31

ARKIB : 31/05/2008

Mulu Bat Cam lihat 'penunggu' Taman Negara Oleh SUMI MALENG

MIRI 30 Mei - Bayangkan jika anda telah banyak berbelanja untuk melihat spesies kelawar terbesar dan pada saat-saat akhir mamalia tersebut tidak menonjolkan diri kerana faktor cuaca dan sebagainya.

Sudah tentu ini akan meninggalkan kenangan pahit dan rasa kecewa kerana wang dilaburkan tidak memberi pulangan sewajarnya.

Namun bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka pastinya akan teruja menyaksikan pelbagai spesies kelawar terbesar yang menghuni Taman Negara Mulu, di utara Sarawak.

Kelawar berkenaan membentuk seribu macam formasi ketika keluar dari gua di taman negara tersebut yang akan memberi kenangan manis kepada mereka yang melihatnya.

Itu adalah kisah silam ketika teknologi masih belum digunakan untuk melihat koloni kelawar terbesar yang menjadi penunggu di Taman Negara Mulu.

Namun kini dengan penggunaan teknologi, pelancong yang berbelanja besar tidak perlu risau lagi apabila kerajaan negeri Sarawak melancarkan Mulu Bat Cam, iaitu sistem alat kawalan jauh untuk memudahkan para pengunjung melihat koloni kelawar di taman berkenaan.

Pelancaran Mulu Bat Cam telah disempurnakan Putera Albert II dari Monaco di Gua Rusa, Taman Negara Mulu, pada 20 April lalu.

Pengurus Taman Negara Mulu, Brian Clark berkata, pembangunan teknologi bernilai RM800,000 itu merupakan satu lagi kemajuan negeri Sarawak dalam sektor eko-pelancongan dunia.

Katanya, teknologi yang dikenali sebagai Mulu Bat Cam itu disokong oleh pemasangan lima kamera televisyen kawalan jauh dan pencahayaan infra-merah yang membolehkan pengunjung melihat setiap pergerakan kelawar dengan jelas.

Pengunjung menyaksikan gelagat kelawar menerusi televisyen yang disediakan di Taman Negara Mulu, di utara Sarawak.

Page 33: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

32

"Teknologi sedemikian adalah pertama di dunia yang digunakan khusus untuk melihat pergerakan kelawar tanpa mengira keadaan cuaca.

"Ia dibangunkan menerusi inovatif kerajaan negeri Sarawak termasuk pihak pengurusan taman dan Sarawak Forestry Corporation bersama sebuah syarikat di Australia," katanya.

Beliau berkata, Gua Rusa merupakan satu-satunya tempat di dunia yang mempunyai 12 spesies kelawar.

"Ia juga menjadi tarikan jutaan pengunjung ke taman negara ini saban tahun," ujarnya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Dayang Masitah, 42, berkata kemudahan Mulu Bat Cam memudahkan pengunjung melihat dengan jelas aksi kelawar tanpa mengira masa.

"Kita boleh melihat setiap pergerakan kelawar hanya dari televisyen yang disediakan di beberapa lokasi taman ini," katanya.

Seorang lagi pengunjung Michael Lim berkata, ini kali kedua beliau melawat Taman Negara Mulu selepas Disember tahun lalu.

"Ketika lawatan pertama saya ke sini, saya tidak berpeluang menyaksikan kelawar disebabkan hujan. Tetapi kini saya boleh melihat kelawar pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Taman Negara Mulu telah diwartakan sebagai pusat warisan khazanah alam dunia pada November 2000 oleh UNESCO.

Sejak ditubuhkan, taman negara itu menerima kira-kira 25,000 pengunjung setiap tahun.

Page 34: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

33

ARKIB : 22/04/2008

Jangan bina jalan taman negara Oleh SOPI SAMAILE

KUCHING 21 April - Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membina jalan raya menuju ke taman-taman negara di Sarawak dalam usaha mengekalkan kehijauan serta kedamaian kawasan semula jadi yang terpelihara.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keputusan tersebut membuktikan kerajaan negeri ini begitu komited untuk memulihara alam sekitar dan kehijauan semula jadi di taman-taman negara sebagai khazanah warisan dunia yang kekal kepada generasi akan datang.

Menurutnya, sambil mengambil contoh Taman Negara Mulu masih mengekalkan keasliannya memandangkan pembangunan yang dilaksanakan di situ dilakukan secara terancang dan teliti.

''Sarawak telah melakukan usaha terbaik dalam memulihara keindahan dan keheningan alam semula jadi di taman-taman negara bagi menjadikan kawasan itu sebagai warisan dunia yang sentiasa dipelihara.

''Meskipun Sarawak mahu menjadi sebuah negeri yang membangun, namun memelihara serta memulihara alam semula jadi tetap menjadi keutamaan'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Bankuet Diraja sempena lawatan Putera Albert II Monaco di Dewan Santapan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini malam tadi.

Hadir sama meraikan majlis ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng beserta isterinya, Toh Puan Norkiah Abdullah dan isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib.

Abdul Taib berkata, negeri ini mempunyai sejumlah 12 juta hektar tanah yang sedia ada dengan lapan juta hektar daripadanya dikhususkan untuk penghijauan iaitu 6.5 juta hektar adalah hutan simpan kekal manakala dua juta hektar lagi untuk taman negara dan hutan simpan.

Putera Albert II (kiri) dari Monaco diiringi Pengurus Taman Negara Gunung Mulu, Brian Clark (kanan) ketika berkunjung ke

taman negara di Mulu, Sarawak, kelmarin.

Page 35: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

34

Katanya, negeri ini telah melaksanakan amalan memulihara hutan mapan sejak tahun 2000, malah memperuntukkan sedikit kawasan hijau bagi mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan dan alam sekitar.

Tambahnya, kerajaan negeri juga melaksanakan kempen-kempen kesedaran bagi memperoleh kerjasama rakyat dan pelbagai pihak dalam usaha menjamin pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan.

''Di Sarawak, tiada satu pun kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan hijau boleh dibangunkan bagi perkara atau tujuan lain," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Taib berharap lawatan Putera Raja itu ke negeri ini akan menyaksikan sendiri keindahan dan kehijauan Sarawak dan ia bukti kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri memelihara serta memulihara alam sekitar.

Dalam pada itu, Putera Albert dalam ucapannya berkata, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak dan harus sama-sama bekerjasama mengekalkan khazanah dunia seumpama itu.

Menurutnya, disebabkan prihatin dengan pemuliharaan alam semulajadi, pihaknya telah menubuhkan Yayasan Putera Albert II bagi mempromosikan kesedaran masyarakat dunia betapa pentingnya pemuliharaan terhadap alam sekitar.

Katanya, sehingga kini yayasan berkenaan telah membantu malah membiayai sejumlah 52 projek alam sekitar di 32 negara di seluruh dunia.

Sementara itu, Putera Albert yang tiba di negeri ini semalam, adalah dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Sarawak sebelum meneruskan lawatannya ke Singapura.

Sumber : http://www.utusan.com.my Tarikh Akses : 22 April 2013

Page 36: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

1

Headline: Pengalaman indah di Taman Negara Mulu Publication: HM Date of publication: Mar 28, 2013 Section heading: Variasi Page number: 004 Byline / Author: Oleh Rozilawati Azman

"Subhanallah"... bisik hati penulis. Sesungguhnya, pemandangan di puncak Pinnacles silih berganti muncul dan hilang di balik kabus sangat menakjubkan. Susunan puncak tirus ini adalah ciptaan Maha Esa yang tidak dapat ditiru manusia. Sungguh tidak kami sangka, bumi Sarawak ada menyembunyikan khazanah alam semula jadi yang tidak ternilai ini. Itulah dirasai penulis saat menakluk puncak Pinnacles yang cukup mengagumkan. Selain itu, bangunan pencakar langit bertukar kepada pepohon hijau tinggi dan merimbun serta hiruk-pikuk kenderaan dalam kesesakan lalu lintas berganti dengan melodi merdu kicauan sang burung sangat menyenangkan. Suasana yang disajikan juga begitu kontras dengan rutin kerja kami saban hari di Jabatan Pertanian. Ia bagaikan memberikan suntikan semangat dan kedamaian kepada kami semua. Cadangan untuk menjelajahi Taman Negara Mulu (TNM) yang bermula dengan omongan kosong di laman Facebook, kami realisasikan sedikit demi sedikit. Walaupun kami terbatas oleh jarak dan lokasi pejabat yang berjauhan antara satu sama lain, perancangan untuk ekspedisi ini tetap berjalan lancar sehinggalah tiba hari yang ditunggu-tunggu. Kumpulan kami seramai lapan orang berkumpul dan bermalam di Miri sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Miri sebelum ke Mulu. Landskap bumi Sarawak yang terbentang luas dilihat daripada tingkap kapal terbang meningkatkan tahap keterujaan kami meneroka Mulu. Ibu Pejabat TNM hanya lima minit dari Lapangan Terbang Mulu. Kami dijemput jurupandu, Jenny yang membantu kami mendaftar, menyewa bot dan mendapatkan pengangkut barang. Gua Angin dan Gua Air Jernih Menaiki bot panjang ke Gua Angin satu pengalaman baru yang sukar digambarkan. Sesekali, tangan menyentuh permukaan air sungai yang sejuk sambil mata menikmati

Page 37: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

2

keindahan rimba Bumi Kenyalang di kiri dan kanan sungai. Kami turut melepasi perkampungan Penan di tepi Sungai Melinau dan sempat melihat mereka menjalankan aktiviti harian. Gua Angin agak sempit dan dipenuhi struktur stalaktit dan stalagmit. Lampu yang dipasang secara strategik di dinding gua membolehkan pengunjung mengamati variasi bentuk batu kapur hasil daripada hakisan air. Gua Air Jernih terletak lima minit dari Gua Angin. Ia mempunyai terowong sejauh 75 kilometer (km) yang terpanjang di Asia Tenggara. Tarikan utama gua ini ialah kewujudan sungai. Pembentukan dinding yang berlekuk-lekuk menunjukkan betapa pentingnya peranan air dalam proses luluhawa sejak berjuta-juta tahun dulu. Kem 5 dan Puncak Pinnacles Puas melihat keajaiban cipta-Nya, ekspedisi diteruskan dengan laluan sejauh 8.8km ke kem 5. Kami bermalam untuk dua malam bagi mendaki puncak Pinnacles. Laluan antara Kuala Litut dan Camp 5 di kaki Gunung Benarat tidak terlalu sukar kerana permukaan denai yang landai. Namun fokus kami terhenti seketika apabila terdengar guruh di langit. Apa lagi, dengan lintangpukang kami menyarung baju hujan. Kami tiba di kem 5 dalam basah kuyup. Fasiliti dapur di kem 5 yang lengkap membolehkan kami menyediakan makan malam dan tengah hari serta sarapan dengan stok bekalan bahan kering yang dibawa dari Miri. Malam semakin larut dan kami tidur bertemankan bunyi cengkerik yang sahut bersahutan. Namun, semangat berkobar-kobar mendaki puncak Pinnacles membuatkan tidur kami kurang lena. Puncak Pinnacles adalah formasi batu kapur yang berbentuk tirus dan terletak di tepi lerengan Gunung Api. Ia antara tarikan popular di TNM. Kejayaan kami menawan Gunung Kinabalu tahun lalu mendorong kami mencuba sesuatu yang lebih ekstrem. Keadaan topografinya yang curam dan mencabar membuatkan pendakian ke puncak Pinnacles memerlukan 10 kali ganda kesungguhan dan kekuatan mental berbanding

Page 38: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

3

Gunung Kinabalu. Jarak ke puncak Pinnacles hanya 2.4km dari kem 5. Namun, stamina dan fizikal kami teruji kerana perlu menempuh trek curam dengan batu-batuan tajam dan akar pokok berselirat menutupi muka bumi. Selepas jarak 2km, kami mula melalui bahagian paling getir dalam pendakian iaitu mendaki 16 anak tangga yang dipasang di tebing cenuram yang tajam. Sampai di titik 2.3km, kami menghela nafas lega dan terus mendaki sehingga tiba di puncak Pinnacles. Canopy Skywalk, Gua Lang dan Gua Rusa Keesokan paginya, kami bergerak kembali ke Ibu Pejabat TNM untuk aktiviti terakhir. Selepas daftar masuk, kami menghala ke Gua Lang dengan melalui laluan berkayu sepanjang 3.4km. Kami sempat mencuba aktiviti Canopy Skywalk dalam perjalanan kami ke Gua Lang. Titi gantung sejauh 480 meter ini memang dapat menggentarkan jiwa sesiapa yang fobia terhadap ketinggian. Namun, dunia di atas pepohon tinggi adalah berbeza dengan flora dan fauna di lantai hutan. Jenny memaklumkan, sekiranya kami menjalankan aktiviti ini pada awal pagi, kami akan berpeluang melihat spesies burung eksotik seperti pelbagai spesies enggang. Gua Lang adalah gua kecil tetapi padat dengan arca semula jadi batu kapur yang mengasyikkan. Kemudian, kami terus menuju ke Gua Rusa yang terletak bersebelahan Gua Lang. Pada saat kami tiba di pintu masuk gua, kami terpegun melihat landskap batu kapurnya. Ruangan dalamannya amat luas! Dengan lebar 168.7 meter dan ketinggian lebih daripada 120 meter, visual ini sesuatu yang luar biasa. Kembara ke Gua Rusa turut ditemani burung layang-layang dan kelawar. Tahi kelawar (guano) memenuhi kawasan gua dan sepanjang laluan pengunjung. Di sini juga, kami dapat melihat bukaan gua yang menyerupai profil wajah Abraham Lincoln dan Garden of Eden. Pada waktu senja, kami berpeluang melihat `pertunjukan udara kelawar'. Kami beransur keluar dari Gua Rusa ke Amphitheatre untuk menyaksikan jutaan ekor kelawar terbang berkumpulan membentuk jaluran reben. Berat rasanya meninggalkan Taman Negara Mulu yang indah dan meninggalkan 1,001 kenangan.

Page 39: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

4

TNM harus disenaraikan di dalam senarai lima destinasi yang harus dilawati di Malaysia. Percayalah, anda pasti akan jatuh cinta. Layari laman web www.mulupark.com. Fakta TAMAN NEGARA MULU * Dinobatkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Dunia oleh UNESCO pada November 2000. * Keluasan mencapai 55,000 hektar. * Didiami 8,442 spesies flora, 588 spesies fauna dan belasan ribu spesies serangga. * Puncak tertinggi adalah Gunung Mulu dengan ketinggian 2,376 meter. * Puncak Pinnacles terletak di tepi lerengan Gunung Api di ketinggian 1,723 meter. * www.mulupark.com

Page 40: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

5

Headline: Tinjau Orang Utan Publication: HM Date of publication: May 10, 2012 Section heading: Variasi Page number: 004 Byline / Author: Oleh Siti Salmiah A Hamid

JOLOKAN Bumi Kenyalang yang berkeluasan 124,450 kilometer persegi mempunyai pelbagai tarikan yang menobatkannya antara lokasi pelancongan popular. Sarawak mempunyai lebih 40 kumpulan etnik kecil yang berlainan budaya, bahasa dan gaya hidup. Namun hanya tujuh etnik utama iaitu Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu, Penan, Melayu dan Cina. Antara tarikan pelancongan popular di bandar Kuching ialah Taman Negara Mulu dan Rainforest World Music Festival yang menarik lebih 20,000 pencinta muzik dari seluruh dunia. * Kampung Budaya Sarawak DIKENALI `Muzium Hidup', Kampung Budaya Sarawak dibina untuk memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan negeri Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong sejauh 32 kilometer dari bandar Kuching, seramai 150 penduduk tinggal di perkampungan itu dengan mengekalkan budaya dan gaya hidup tempatan. Pelbagai aktiviti di adakan seperti memproses sagu, tebaloi, menenun pakaian dan membuat kraftangan Sarawak. Dengan mengenakan pakaian tradisional suku masing-masing, setiap etnik memperkenalkan senjata memburu, perhiasan wanita, barangan dapur, perhiasan rumah serta patung dalam upacara keagamaan dan perubatan. Replika rumah mempamerkan seni bina setiap kumpulan etnik utama di Sarawak iaitu rumah panjang Iban, rumah panjang Bidayuh, Penan, Orang Ulu, Melanau, rumah Melayu dan rumah ladang orang Cina. Di rumah panjang Bidayuh, pelancong dapat melihat 'rumah kepala' yang dikenali baruk atau panggah yang menempatkan kepala manusia. Rumah panjang Iban menempatkan bilik berasingan terbuka dan terus ke laluan dewan perkauman untuk aktiviti santai seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelancong turut dijemput menghadiri majlis di waktu malam sambil minum tuak atau

Page 41: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

6

minuman tradisional daripada beras. Rumah Penan hanya sebuah pondok tidak mempunyai sebarang ruang bilik kerana masyarakat ini menjalani kehidupan nomad atau berpindah-randah. Perkampungan Budaya menyediakan sebuah teater yang membolehkan pelancong menikmati persembahan tarian dan budaya Sarawak. Selain menempatkan restoran, rumah tumpangan dan kedai kraftangan, pelancong boleh mengadakan majlis perkahwinan di Kampung Budaya Sarawak dan memilih untuk mengikut budaya Iban, Bidayuh, Melanau atau Orang Ulu. * Pusat Hidupan Liar Semenggoh DITUBUHKAN pada 1975 bertujuan menjaga dan memelihara haiwan liar yang cedera dalam hutan, yatim piatu atau dipelihara manusia. Terletak sejauh 24 kilometer dari bandar Kuching, pusat ini bersempadan dengan Rizab Semula jadi Semenggoh. Pada permulaannya, pusat ini menempatkan hampir 1,000 spesies mamalia, reptilia dan burung namun ia lebih dikenali dengan program pemulihan Orang Utan. Pelancong dapat melihat haiwan mamalia ini secara dekat sama seperti di Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok, Sabah. Pengunjung perlu berjalan kaki selama 20 minit untuk tiba di platform lawatan yang disediakan. Waktu makan Orang Utan bermula pada 9 hingga 10 pagi dan 3 hingga 3.30 petang. Pelancong dinasihatkan untuk hadir pada waktu yang ditetapkan kerana haiwan ini bersifat pemalu dan agak sukar dilihat. Jika musim buah-buahan, haiwan itu menghabiskan masa di hutan. * Rumah Panjang Bidayuh Annah Rais ANNAH RAIS bermaksud 'lembah rais' menempatkan tiga jenis rumah panjang kaum Bidayuh iaitu Kupo Saba, Kupo Sijo dan Kupo Trakan dengan seni bina dan budaya masyarakatnya. Berusia hampir 150 tahun dan mempunyai lebih daripada 100 pintu yang bermaksud 100 keluarga. Walaupun kelihatan agak usang, keadaan rumah panjang masih utuh dengan penggunaan buluh sebagai lantai dan daun kelapa sawit dijadikan bumbung rumah.

Page 42: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

7

Pelancong dapat melihat rumah panggah atau baruk dengan lebih dekat berusia lebih 170 tahun. Longgokan kepala manusia di atas baruk adalah hasil pemburuan kepala oleh pahlawan Bidayuh dan dipercayai masih dipuja setahun sekali bagi memastikan semangat pahlawan kekal bersama-sama masyarakat terbabit. Terdapat juga sebuah meriam yang diukir dengan perkataan 'Pieters eest Anno 756' dalam huruf Arab dan Roman yang di letak di bawah panggah. Perjalanan dari bandar Kuching ke Padawan sejauh 60 kilometer dan mengambil masa hampir sejam 30 minit. Sepanjang perjalanan, anda disajikan keindahan banjaran gunung, sawah padi menghijau, bukit batu kapur serta suasana desa yang damai. Pelancong boleh tinggal di inap desa Annah Rais jika ingin menikmati suasana dan budaya di perkampungan ini. * Taman Negara Bako SARAWAK mempunyai 18 kawasan yang diisytiharkan taman negara. Berkeluasan 2,727 hektar, Taman Negara Bako digazet pada Mei 1957 kerana kekayaan flora dan faunanya. Walaupun ia taman negara terkecil di Asia Tenggara, ia memiliki hampir semua spesies tumbuhan dijumpai di Borneo. Terletak 37 kilometer dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia serta spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Ia mempunyai tujuh jenis eko sistem iaitu hutan paya bakau, hutan dipterokap, hutan pantai, kerangas, hutan cliff, tumbuhan riparian dan hutan paya gambut yang melahirkan pelbagai jenis tumbuhan. Pelancong boleh meneroka keseluruhan taman negara ini melalui 16 laluan utama sejauh 700 meter hingga 13 kilometer dan satu laluan pilihan yang mengelilingi sebuah kawasan dengan masa lebih tujuh jam. Bako didiami lebih 275 monyet proboscis yang hanya terdapat di Borneo bersama monyet long tailed macaque dan silver langur. Untuk melihat haiwan ini, datang pada awal pagi atau sebelum senja. Laluan seperti

Page 43: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

8

Teluk Delima, Teluk Paku dan hutan paya bakau di Teluk Assam adalah lokasi terbaik untuk melihat monyet proboscis. Ia juga lokasi yang sesuai sebagai tempat pemerhatian burung dengan 160 spesies direkodkan. Pelancong dinasihatkan ke sini April hingga September kerana monsun ketika itu tenang. Info Lembaga Pelancongan Sarawak Level 5-7, Bangunan Yayasan Sarawak Jalan Masjid, 93400 Kuching Tel: 082-423600 Web: www.sarawaktourism.com * AirAsia menawarkan penerbangan ke Kuching 12 kali sehari dari Kuala Lumpur, dua kali sehari dari Singapura dan sekali sehari dari Pulau Pinang. * Penerbangan ini mempunyai lebih 152 destinasi domestik dan antarabangsa antaranya Malaysia,Thailand, Indonesia, China, Australia, India,Vietnam, Kemboja, Laos, Filipina serta Brunei. * Ia adalah syarikat penerbangan kos rendah pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan seterusnya dikenali sebagai syarikat penerbangan kos rendah yang terkemuka dan terbesar di Asia. * Maklumat penerbangan ke Kuching boleh dilayari di www.airasia.com.

Page 44: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

9

Headline: Bintang Hollywood promosi Malaysia Publication: BH Date of publication: Apr 20, 2012 Section heading: Hip Page number: 005

LIMA tahun selepas program pertama diperkenalkan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sekali lagi memilih National Geographic Channel (NGC) untuk mempromosikan keajaiban semula jadi negara ini ke serata dunia. Episod kedua Malaysian Journey with Jason Scott Lee Rainforests akan disiarkan buat julung kali menerusi saluran berkenaan pada 21 April ini, jam 5.05 petang. Siaran ulangannya pula ke udara pada 26 April, jam 8 malam. Turut disiarkan ialah episod pertamanya, juga pada 21 April, jam 4.10 petang, manakala siaran ulangan pada 26 April, 7 malam. Pada episod terbaru, fokus rancangan berbentuk dokumentari pengembaraan alam sekitar itu adalah pada keindahan hutan hujan negara ini. Lebih menarik, ia menampilkan bintang aksi terkemuka Hollywood, Jason Scott Lee. Pemilihan saluran berkenaan tentunya bertepatan dalam usaha lembaga terbabit mempromosikan negara ini sebagai lokasi pilihan utama Asia tenggara dalam pelancongan alam semula jadi. NGC, yang juga saluran utama bagi genre berbentuk fakta Fox International Channel, yang tersedia di 435 juta kediaman di 173 negara dan disiarkan dalam 37 bahasa menyediakan platform cukup luas, dalam usaha memperkenalkan negara ini ke mata dunia. Menurut Pengarah dan Ketua Wilayah Malaysia, Fox International Channels, Basil Chua, kerjasama saluran itu bersama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sekali lagi menghasilkan program istimewa yang tentunya akan mempesonakan penonton NGC di Malaysia dan seluruh dunia. "Malaysia mempunyai pelbagai keajaiban alam semula jadi dan program terbaru Malaysian Journey ini akan menghibur serta mendidik khalayak merentasi benua. Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan saluran berbayar Astro, yang sudi menayangkan program ini buat julung kami menerusi NGC," kata Chua. Program pelancongan itu kali ini akan memberikan perhatian utamanya kepada hutan hujan Malaysia yang cukup dikenali. Rancangan selama sejam itu akan memaparkan Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, Taman Negara, Tasir Kenyir, Taman Negara Gunung Mulu dan Pusat Perlindungan Beruang Borneo di Sabah.

Page 45: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

10

Buat kali kedua, Lee ditampilkan menerusi rancangan pengembaraan ini, selepas melakukannya buat kali pertama pada 2007. Dalam episod pertama, pakar seni pertahanan diri itu memaparkan catatan pemburuannya bersama suku Semelai di Pahang, sesi belajar silat bersama guru tempatan, kehidupan bersama puak Rungu di Sabah, begitu juga kehidupan bersama kumpulan nelayan di Langkawi. "Flora dan fauna di Malaysia memang mengagumkan. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada program ini buat kali kedua, bersama NGC. Penonton di seluruh dunia akan dapat menyaksikan keindahan negara ini serta keramahan rakyatnya menerusi Malaysian Journey," kata Lee. Lee yang dikenali menerusi lakonannya dalam filem Dragon: The Bruce Lee Story sememangnya lelaki yang amat cintakan alam sekitar dan aktif dalam usaha pemuliharaan. Dia meninggalkan Hollywood untuk tinggal di ladang ubi keladi seluas 10 hektar di Hawaii. Di sana, dia dapat membuktikan kecintaan kepada alam dengan mengusahakan ladang sayuran dan memakan apa yang ditanamnya.

Page 46: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

11

Headline: Koleksi setem bertemakan tapak warisan dunia Publication: BH Date of publication: Apr 8, 2009 Section heading: Main Section Page number: 018

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan 520,000 keping koleksi setem dan 50,000 sampul surat hari pertama menampilkan tempat pelancongan bertemakan tapak warisan dunia, esok. Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi setem dan sampul surat hari pertama itu memaparkan kawasan pelancongan di Malaysia yang diwartakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sebagai tapak warisan dunia. Katanya, tapak warisan dunia adalah suatu tapak khusus seperti hutan, gunung, tasik, gurun, tugu, bangunan, kompleks atau bandar, yang dicalonkan serta disahkan untuk memasuki senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia antarabangsa yang ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco. "Malaysia berbangga mempunyai empat tapak warisan yang diisytiharkan Tapak Warisan Dunia Unesco. Prasasti Warisan Dunia mengesahkan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar Bersejarah di Selat Melaka yang mempunyai nilai umum yang unggul dan ciri kebudayaan yang unik. "Manakala, Taman Kinabalu dan Taman Negara Mulu mendapat pengesahan untuk tapak pemuliharaan alam semula jadi yang cemerlang. "Matlamat utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan berhubung tapak warisan yang ada, sejajar dengan galakan pada musim pelancongan ketika ini, baik tempatan mahupun antarabangsa," katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi, semalam. Katanya, koleksi setem berukuran 40mm x 30mm dijual di dalam denominasi 50 sen, sampul surat hari pertama berharga 30 sen, folder RM5.50, lembaran mini RM2 serta keluaran khas kali ini ialah poskad bersetem pada harga 80 sen yang mana mempunyai ciri keselamatan pada permukaan poskad berkenaan. Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Soda (Standing Order Deposit Account) untuk mendapatkan setem dan produk filateli yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari keluaran. Pelanggan juga dapat dapat menikmati kemudahan online menerusi Philately Online di www.posonline.-com.my untuk membuka akaun Soda atau orang ramai juga boleh berkunjung di pejabat-pejabat pos terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat

Page 47: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

12

1, Bangunan Pejabat Pos Besar, Kompleks Dayabumi atau hubungi talian 03-22741122," katanya. (END)

Page 48: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

13

Headline: Taufan hitam Publication: BM Date of publication: Jan 30, 2011 Section heading: BM Dua Page number: 004 Byline / Author: Oleh Nor Shahfizan Hasim

SARAWAK antara destinasi tumpuan dunia yang hebat dengan panorama alam sekitar, keunikan peribumi serta peninggalan sejarah kesan penaklukan peradaban silam. Di mana-mana saja sekitar negeri bergelar Bumi Kenyalang ini, pasti ada keistimewaan tersendiri yang sudah sekian lama menarik kunjungan jutaan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika bandar raya Kuching gah dengan saki baki bangunan lama peninggalan silam era pemerintahan James Brooke, Taman Negara Mulu (TNM) pula menyimpan khazanah keajaiban alam yang tidak terjangkau dek fikiran manusia. Berkeluasan 52,865 hektar, TNM terkenal dengan gua prasejarah yang menawarkan pengunjung satu pakej kembara dan pengalaman menarik yang pasti tidak akan dilupakan. Sebelas tahun lalu, TNM mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Penulis berpeluang mendekati keajaiban alam itu bersama peserta program Sarawak Update & Travel Mart 2010, baru-baru ini. Program yang dianjurkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) Sarawak bersama Tourism Malaysia Sarawak ini bertujuan menyemarakkan lagi pencapaian sektor ekonomi industri pelancongan di Bumi Kenyalang. Sepanjang di sana, kami diiringi Timbalan Pengarah Malaysia Sarawak, Rizal Mas dan empat pegawainya, David Ateng Dominick, Siti Zakiah Minggu, Nazasheera Shafiee dan Beatrice Nuing meneroka gedung arkeologi di TNM, antaranya Gua Rusa, Gua Lang, Gua Air Jernih dan Gua Angin. Paling menonjol, Gua Rusa yang sejak sekian lama menjadi antara koleksi tumpuan eksplorasi terhebat yang mampu memukau setiap pengunjung. Sepanjang laluan hampir 30 minit menghala ke pintu masuk Gua Rusa, kemudahan pelantar kayu disediakan bagi menjamin keselesaan pejalan kaki, menjadikan perjalanan tidak terasa penat. Ikuti keistimewaan Gua Rusa serta tiga lagi rangkaian gua paling menarik di TNM. Gua Rusa Sebagai mukadimah, perjalanan ke Gua Rusa disajikan dengan suara gemersik unggas

Page 49: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

14

kecil dan burung penghuni setia hutan simpan kekal ini. Bagi penggemar kembara alam flora dan fauna, masa yang ada dirasakan terlalu singkat untuk menghayati kehijauan rimba. Percaya atau tidak jika dikatakan setiap langkah menyusuri laluan hutan ini, pasti ada saja objek yang mahu dirakamkan untuk koleksi fotografi. Gua batu kapur ini dianggarkan seluas 174 meter lebar dengan ketinggian mencecah 122 meter dan berada dalam kelompok carta gua terbesar di dunia. Lebih menakjubkan apabila dikatakan gua ini mampu memuatkan lebih daripada lima bangunan besar! Jurupandu pelancong, Richard Burong, berkata suatu masa dulu, Gua Rusa dikatakan sentiasa dipenuhi kawanan rusa yang berkumpul untuk mendapatkan air garam mineral. Secara berjenaka, beliau berkata, pemburu boleh memilih apa saja saiz rusa yang dikehendaki, pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. "Sebab itu, pemburu dan penduduk setempat menamakan lokasi ini sempena hidupan liar berkenaan," katanya. Itulah kisah yang disampaikan turun-temurun mengenai asal usul Gua Rusa, namun paling menarik bukannya cerita mengenai rusa itu, sebaliknya keindahan persekitaran gua ini yang begitu mengasyikkan. Sebaik memulakan perjalanan masuk ke dalam, lampu suluh dihidupkan tertumpu ke arah dinding batu. Tatkala menjengah masuk, kelihatan pembentukan batu kapur seakan ukiran indah yang tiada penghujungnya. Gua Rusa menampilkan sudut geologi mempesonakan, termasuk pembentukan tiga lapisan batu kapur. Pada sebelah petang, satu lagi tarikan istimewa menanti pengunjung ketika berkumpul semula di depan pintu masuk. Jangan terkejut dengan bunyi bingit putaran `taufan hitam' yang sebenarnya adalah kawanan kelawar spesies `Chaerephon plicata' yang terbang keluar masuk berulang kali. Acara `persembahan' oleh kumpulan kelawar ini dianggap kemuncak kembara buat pelancong yang menjejakkan kaki di sini. Bayangkan keadaannya apabila lebih tiga juta kelawar terbang berulang alik hampir satu jam untuk mencari makanan di atas kepala anda. Untuk menyaksikan pemandangan menakjubkan ini, pengunjung dinasihatkan berada di luar gua sekitar jam 6 hingga 7 malam. Suasana ini memberi dimensi baru dalam penaklukan kembara anda sepanjang kunjungan di Bumi Kenyalang. Gua Lang Jika inginkan cabaran seteerusnya, paling hampir dengan Gua Rusa adalah Gua Lang yang menjanjikan kelainan dari sudut perspektif gua batu kapur. Walaupun lebih kecil

Page 50: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

15

berbanding Gua Rusa, Gua Lang menyajikan kehebatan pembentukan stalaktit dan stalagmit yang luar biasa. Setiap titisan air yang mengalir di celah dinding gua mengandu-ngi molekul halus debu batu kapur yang mengambil masa ratusan tahun untuk bercantum. Gua Angin Hari kedua, kembara kami diteruskan dengan menaiki bot merentas Sungai Melinau. Sepanjang 15 minit di atas bot, pengunjung dapat merasakan kesegaran udara di samping menghayati kehijauan ekosistem hutan simpan yang pantas menyuntik ketenangan. Sebaik berdiri di depan pintu Gua Angin, pengunjung dapat merasa hembusan angin segar dari celah ruang sempit dinding gua. Rasa ingin tahu mendorong penulis menjelajah isi perut gua batu kapur ini, perlahan-lahan menaiki anak tangga sambil mengamati keindahan yang ada. Gua Air Jernih Gua ini mempunyai terowong sejauh 75 kilometer, iaitu yang terpanjang di Asia Tenggara. Laman sistem gua bawah tanah ini meliputi hutan hujan tropika yang luas. Paling menarik, sebuah jambatan dibina buat pengunjung menyaksikan aliran air sejuk mengalir keluar ke Sungai Melinau. Kembara di Gua Air Jernih tidak lengkap rasanya jika tidak membasahkan diri. Sambil berenang daapat juga menyaksikan kehijauan alam yang mendamaikan. Mulu dilengkapi kemudahan sempurna pikat pelancong BAGI mereka yang gemar mendekatkan diri dengan alam, Mulu pasti sentiasa termaktub dalam diari kembara masing-masing. Begitu juga dengan penulis yang sudah sekian lama memasang impian menjejakkan kaki ke sana. Lantas jemputan yang diterima daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak untuk membuat liputan produk pelancongan di Bumi Kenyalang diterima dengan tangan terbuka dan penuh rasa syukur, ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Mulu menghidangkan pengalaman kembara era lampau yang menyajikan keaslian hutan simpan kekal yang masih terpelihara. Walaupun kerja menaik taraf giat dijalankan untuk kemudahan pelancong, keaslian flora dan faunanya langsung tidak terjejas. Sepanjang dua hari satu malam mengikuti program Sarawak Update & Travel Mart 2010, mudah buat penulis untuk merumuskan bahawa Mulu antara destinasi pelancongan paling menarik dengan persekitaran yang bersih serta prasarana lengkap

Page 51: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

16

yang menitikberatkan keselesaan pengunjung. Mengambil contoh Taman Negara Mulu (TNM) yang walaupun terletak di tengah rimba, tetap lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik menukar pakaian, tandas dan tempat membuang sampah di sepanjang laluan pejalan kaki. Berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak serta Jabatan Imigresen, jumlah pelancong ke Bumi Kenyalang adalah pada purata 4.5 juta orang setiap tahun setakat 2006, manakala sehingga April lalu, negeri ini sudah dikunjungi lebih satu juta pelancong. Dalam tempoh empat bulan pertama tahun lalu, pelancong Brunei mendominasi carta seramai 364,531 orang, diikuti Indonesia (447,550), Filipina (26,271), Singapura (12,615), China (11,905), India (5,685) dan Thailand (4,632). Sehingga April 2010 juga, Sarawak turut menerima 9,648 pelancong dari United Kingdom, manakala dari Australia pula seramai 5,628 pelancong. Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Ahmad Johanif Mohd Ali, berkata Sarawak Update & Travel Mart 2010 bertujuan mendedahkan maklumat terkini sektor pelancongan Bumi Kenyalang kepada pengusaha pelancongan dari Semenanjung dan Sabah sekali gus melebarkan produk hingga ke peringkat antarabangsa. "Mulu memiliki himpunan aset berharga untuk dilawati. Kunjungi dan nikmati pelancongan di Mulu kerana di sini ada 1,001 keunikan jarang dilihat di tempat lain. Mulu menyediakan prasarana lengkap dan selamat untuk dilawati seisi keluarga," katanya. Info Produk pelancongan menarik di Sarawak * Kuching * Kuching Waterfront * Muzium Kuching dan Muzium Cina * Pusat Hidupan Liar Semenggoh * Taman Negara Bako * Taman Negara Gunung Gading * Pusat Hidupan Liar Matang

Page 52: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

17

* Taman Negara Pulau Satang dan Talang * Kampung Budaya Sarawak * Menyusur sungai * Borneo Highland Resort * Rumah panjang tradisional * Bazar * Pantai Damai dan Santubong * Golf dan hidupan liar Santubong Sibu * Persiaran Rejang * Taman Kabus * Eng Ann Tua Pek Kong * Pusat bandar Sungai Merah * Pasar Besar * Pasar Jubli Bukit Aup Sri Aman * Taman Negara Batang Ai * Rumah Panjang Safari Bintulu * Taman Negara Similajau * Taman Tumbina Miri * Bandar lama Miri

Page 53: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

18

* Menara Grand Old Lady * Lokasi menyelam Luconia Shoals * Taman awam Miri City Fan * Persiaran Luak Bay * Taman Negara Loagan Bunut * Taman Negara Mulu * Taman Negara Niah * Miri Reef Baram * Tanah Tinggi * Bario Ba'kelalan Kalendar Pelancongan Sarawak 2011 * Pameran Kuching Antarabangsa; 16 April. * Pesta Kaul Mukah di Pantai Kala Dana, Mukah; 27 April-1 Mei. * Festival Jazz Antarabangsa Miri di Parkcity Everly Hotel, Miri; 13-14 Mei. * Layari www.mirijazzfestival.com * Pesta Menuai Sedunia di Kampung Budaya, Kuching; 28-29 Mei. Layari www.whf.com.my * Pesta Irau Aco Lun Bawang di Bandar Lawas; 31 Mei-2 Jun. * Festival Gawai Dayak; 1 Jun. * Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia di Kampung Budaya, Kuching; 8-10 Julai. Layari www.rainforestmusicborneo.Com * Cabaran Kapal Layar Antarabangsa Borneo di Miri Marina, Miri; 24-30 Julai.

Page 54: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

19

Layari www.borneorace.com 8 Seminar Antarabangsa Borneo Beads di Miri; 8-9 Oktober. Layari www.crafthub.com.my (END)

Page 55: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

20

Headline: Laluan penghijrahan burung Publication: HM Date of publication: Dec 9, 2010 Section heading: Variasi Page number: 006 Byline / Author: Oleh Suliati Asri

MALAYSIA bumi bertuah kerana memiliki hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan flora dan fauna. Dengan lebih 600 spesies burung di Semenanjung dan 580 spesies di Sabah dan Sarawak, pasti banyak yang belum anda lihat. Di hutan bakau yang berselut dan bercampur antara air masin serta air tawar, ia menjadi kediaman burung raja udang. Hutan tanah rendah termasuk paya air tawar serta hutan dipterokarp tanah gambut dan bukit menjadi habitat tumpuan lebih 200 spesies burung, antaranya bangau storm (Ciconia stormi) dan merpati abu abu. Hutan pergunungan dari tahap ketinggian 900 meter pula dihuni spesies seperti kuang cermin dan burung mata hitam gunung. Kepelbagaian spesies hidupan yang terdapat di negara ini menjadikan Malaysia destinasi memerhati burung yang terkemuka di dunia. Selain itu, kedudukan di tengah-tengah laluan penghijrahan burung Australia, negara ini menjadi tuan rumah kepada lebih 120 spesies burung migratori. Justeru, acara memerhati burung sentiasa ditunggu setiap tahun. Genting Highlands, Cameron Highland, Bukit Fraser, Taman Burung Labuan, Hutan Simpan Belum, Taman Negara Pahang dan Taman Negara Endau Rompin, antara destinasi popular untuk memerhati burung. Di Sabah, tempat tumpuan melihat burung ialah di Lembah Danum yang mempunyai lebih 270 spesies burung. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah mandi sungai, menjejaki laluan trek dalam hutan dan meninjau hutan pada waktu malam. Destinasi lain yang menarik ialah Gua Madai, berhampiran Lebuh raya Lahad Datu-Tawau. Selain memerhati pelbagai burung eksotik, ia kawasan utama mengutip sarang burung.

Page 56: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

21

Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan mengutip sarang burung di gua yang berbeza-beza. Destinasi melihat burung di Sarawak ialah Taman Negara Niah. Ia merangkumi kawasan seluas 3,140 hektar. Gua Niah terdiri daripada sebuah gua yang besar (dipanggil Gua Besar) dan beberapa gua kecil. Taman Negara Similajau yang jaraknya 45 minit dari pekan Bintulu ialah sebuah destinasi hujung minggu di Sarawak. Hutan dara pinggir pantai bermula dari Sungai Likau di Selatan hingga Sungai Similajau di utara direkodkan mempunyai 230 spesies burung termasuk kenyalang dan bangau storm. Antara haiwan reptilia di sini ialah buaya air masin. Jika bertuah, anda boleh melihat ikan lumba-lumba bermain ombak di laut atau penyu naik ke darat untuk bertelur. Taman Negara Bukit Lambir pula terkenal di kalangan ahli ekologi dan penyelidik. Jaraknya, 30 minit dari Miri dan mempunyai 157 spesies burung dan serangga yang belum dikenal pasti. Hutan ini turut dihuni haiwan, antaranya ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, dan harimau dahan. Tempat lain yang boleh melihat burung ialah Taman Negara Batang Ai, Taman Negara Gunung Mulu, Pulau Langkawi, Sungai Kuala Krai-Dabong, Tree Top Walk Sungai Sedim, Gunung Ledang, Hutan Rekreasi Bukit Kubu, Pusat Hidupan Liar Matang, Taman Perlindungan Burung Kuala Gula, Taman Kinabalu, Hutan Simpan Belum dan Taman Tasik Perdana. >Info * Malaysia memiliki hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan flora dan fauna. * Lebih 600 spesies burung boleh dilihat di Semenanjung dan 580 spesies di Sabah dan Sarawak. * Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih kurang 120 spesies burung migratori kerana terletak di tengah-tengah laluan penghijrahan burung Australia.

Page 57: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

22

Headline: Kembara dari gua ke gua Publication: HM Date of publication: Sep 11, 2008 Section heading: Variasi Page number: 08 Byline / Author: Oleh Yooga Rani Murugiah

APABILA bercadang bercuti, ramai daripada kita tertarik melancong ke negara asing. Tetapi pernahkah anda berfikir mengembara ke destinasi menarik di dalam negara? Lagipun, bagi mereka yang memiliki bajet yang rendah, tambang penerbangan dan penginapan perlu diambil kira ketika melancong. Di Sarawak, negeri Bumi Kenyalang, anda boleh meneroka beribu khazanah bersejarah, monumen dan artifak yang tidak ternilai serta kaya dengan hutan semula jadi dan spesies hidupan liar yang jarang ditemui. Di Mulu, umpamanya, kembara dari gua ke gua merentas denai dan hutan belantara memang menyeronokkan. Walaupun Mulu terletak jauh ke utara, rangkaian gua yang mengagumkan di dunia pasti meninggalkan kenangan seumur hidup. Bagi yang julung kali menjejakkan kaki, pasti akan memasang impian besar untuk kembali melawat Mulu. Malah, kebanyakan pelancong Barat yang terpegun melihat keindahan Mulu, tidak akan pulang begitu saja, sebaliknya menghabiskan masa beberapa bulan menerokai setiap sudut di taman negara ini dengan sepuas-puasnya. Walaupun Sarawak memiliki lebih 10 taman negara, hutan simpan dan taman santuari membabitkan keluasan lebih 300,000 hektar, Taman Negara Gunung Mulu di bahagian Miri boleh dikatakan destinasi pengembaraan paling popular. Taman seluas 544 kilometer (km) persegi itu dibuka pada 1985 dengan tarikan utamanya Gunung Mulu - gunung tertinggi di Sarawak yang menjangkau ketinggian 2,376 meter dari paras laut. Bagi anda yang memilih menaiki pesawat dari Miri ke Mulu, anda dapat perhatikan puncak gunung dikenali sebagai `pinnacles', kelihatan berceracak dan tembus tajam dari hutan tebal menghias landskap bumi Mulu. Pinnacles itu dari Gunung Api, antara gunung yang membentuk rangkaian tarikan Taman Negara Gunung Mulu. Kebiasaannya tidak ramai yang akan menaiki pinnacles disebabkan mencabar dan tempoh pendakian lama diambil. Pada masa sama, seseorang itu memerlukan stamina dan kekuatan fizikal tinggi untuk

Page 58: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

23

sampai ke puncak. Disebabkan ini, empat gua lain seperti Gua Rusa, Lang, Air Jernih dan Angin lebih diminati berikutan ia diterangi lampu dan sudah mempunyai laluan pejalan kaki. Walaupun trek jalan yang terdapat di empat gua ini tersedia ada, pelancong cuma perlu memberi sedikit perhatian ketika mengharungi beberapa anak sungai, memanjat batu dan memijak tahi kelawar. Dihubungkan dengan laluan sejauh 3km, perjalanan ke Gua Rusa seluas 2km persegi dan kira-kira 120 meter (m) tinggi ini merentasi paya dan gua batu kapur. Dahulunya gua ini adalah penempatan penduduk justeru dikenali Gua Payau. Oleh kerana Gua Rusa dihuni kelawar, antara jam lima hingga tujuh malam anda boleh saksikan pertunjukan `udara' jutaan ribu kelawar keluar mencari makan. Mereka membentuk jaluran laluan di langit biru. Ketika memasuki pintu utama gua ini, anda dapat saksikan burung layang-layang membina sarangnya selain laluan ke dalam gua juga agak licin dipenuhi najis kelawar. Di sini juga terbentuknya sebahagian figura wajah negarawan Amerika, Abraham Lincoln. Jelajah ke Gua Rusa tidak lengkap tanpa berkunjung ke Gua Lang yang bersambung antara keduanya. Gua Lang kecil tetapi amat indah dengan pembentukan stalaktit dan stalagmit membentuk landskap gua yang begitu mengasyikkan. Sebaik menyaksikan kehebatan gua ini yang berusia jutaan tahun itu, anda perlu melawat dua lagi gua. Perjalanan ke Gua Air Jernih dan Angin menghiburkan kerana anda merasai pengalaman merentas Sungai Melinau sejauh 5km dengan menaiki bot. Apa yang menariknya, sepanjang Sungai Melinau, pengunjung dapat saksikan kawasan penempatan masyarakat Penan dalam rumah pondok. Walaupun kebanyakan mereka mencari nafkah sebagai nelayan, tradisi lama masih diikuti. Bagi mendekati kehidupan masyarakat Penan, anda boleh singgah ke kawasan penempatan mereka dan melawat bazar jualan kraftangan dihasilkan masyarakat di situ, sebelum meneruskan perjalanan bot ke dua gua eksotik. Perjalanan ke pintu Gua Angin mengambil masa 15 minit. Sebagai gua terpanjang di Asia, Gua Angin mendapat nama kerana sebaik masuk, suasana di dalam amat dingin dan nyaman manakala Gua Air Jernih pula memiliki sebatang sungai. Gua Angin dan Air Jernih terletak sebelah menyebelah sebagaimana Gua Rusa dan Gua Lang.

Page 59: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

24

Setiap gua ini mempunyai tarikan masing-masing seperti sejarah, asal usul dan kepercayaan masyarakat setempat. Jika mendengar cerita pemandu pelancong atau penduduk tempatan berbangsa Begawan dan Penan, kaum Hulu akan bercerita mengenai peristiwa menarik dan aneh di situ. Mendengar cerita seperti ini, pasti tertanya-tanya sama ada ia benar atau dongengan? Apa pun, sepanjang mendaki, anda boleh saksikan tumbuhan dan hidupan yang sukar ditemui di rimba lain. Anda juga boleh melihat belian dan beruang dengan menaiki laluan kanopi di atas pokok, setinggi 480m dari bawah. > Profil * Taman Negara Gunung Mulu - 544 km persegi * Tarikan: Empat Gua iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Angin dan Gua Air Jernih, Mercu Tajam `Pinnacles', "Canopy Skywalk", pengembaraan lasak gua, "trail headhunters" dan aktiviti penerokaan taman negara pada waktu malam * Taman Negara ini mendiami ribuan spesies tumbuhan seperti paku, kulat, pokok herba, orkid liar, pokok berharga seperti belian, meranti, benuang, kayu ara serta hidupan seperti kijang, rusa dan pelbagai spesies kelawar dan monyet * Aktiviti: Mendaki gua, berkelah, memancing, menerokai pokok herba, berenang di sungai, berjalan kaki, melawat bazar kraftangan masyarakat Penan > Cara ke sana * Kemudahan penerbangan tempatan dari Kuala Lumpur ke Miri (perjalanan dua jam) dan dari Miri ke Mulu (30 minit), menggunakan pesawat ringan * Kemudahan Penginapan: Terdapat chalet dan resort seperti Park Headquarters taman negara dan Royal Mulu Resort (END)

Page 60: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

25

Headline: 5 taman negara tumpuan pelancong Publication: HM Date of publication: Aug 16, 2007 Section heading: Variasi Page number: 07

TAMAN NEGARA BAKO Ia taman negara tertua di Sarawak dibuka pada 1957, meliputi kawasan seluas 27 kaki persegi dan kira-kira 37 kilometer (km) dari Kuching. Selain spesies unik yang tidak boleh didapati di mana-mana, ia menjadi destinasi pelancong asing kerana gua, batuan dan cenuram bertingkat menghadap Laut China Selatan. TAMAN NEGARA GUNUNG MULU Gua Mulu antara jaringan gunung terpanjang dunia. Di sini juga terletak dewan dalam gua terbesar di dunia dipanggil Sarawak Chamber, saiznya boleh menampung 40 pesawat Boeing 747. Taman ini juga mempunyai laluan terowong dalam gua terpanjang di dunia, dalam Gua Rusa. Saiznya boleh memuatkan lima kali Gereja St Paul di London. Tarikan utama lain termasuk Gua Air Jernih iaitu gua terpanjang di Asia Tenggara. Gua ini menjadi rumah kepada jutaan kelawar yang berterbangan di pintu gua setiap senja. Melihat `The Pinnacles' yang menjadi antara formasi batu kapur tropika paling unik dunia dan paling banyak diabadikan dalam fotografi, poskad dan kalendar. Bagi mereka yang ingin menakluk batuan ini boleh mendapatkan jurupandu terlatih dari pusat peranginan yang beroperasi di taman negara ini. TAMAN LAUT TUANKU ABDUL RAHMAN Kumpulan lima kecil ini terletak hanya 20 minit perjalanan dari ibu negeri Sabah. Taman ini merangkumi keluasan 4,929 hektar, dengan dua pertiga daripadanya adalah kawasan air. Pulau yang masih dara ini - Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi memiliki persisiran pantainya yang indah dengan karangan laut - menjadi destinasi paling ideal untuk aktiviti selam skuba dan snorkeling. Ia juga menjadi kediaman kepada pelbagai flora dan fauna, termasuk salah satu burung yang sukar didapati - Burung Tambun, spesies menyerupai ayam dengan kaki besar dan gemar mengeluarkan bunyi kucing. TAMAN KINABALU

Page 61: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

26

Merangkumi kawasan seluas 754 kilometer (km) termasuk Gunung Kinabalu dan Gunung Tambayukon. Ia diwartakan untuk memulihara alam sekitar yang mempunyai sejarah geologi yang terbentuk hampir sejuta tahun lalu. Gunung Kinabalu adalah batuan granit gergasi yang terbonjol keluar ke atas akibat pergerakan bumi sejak ratusan juta tahun dulu. LEMBAH DANUM Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum terletak 83 km dari Lahad Datu, dianugerahkan kepelbagaian hidupan liar. Di sini, Badak Sumatera bebas berkubang dalam kolam lumpur, orang utan, kancil, ungka dan harimau bintang. Kira-kira 270 spesies burung ditemui di hutan ini. Tarikan utama lain termasuk pusat peranginan pertama di sabah, Borneo Rainforest Lodge. Ia memiliki restoran, bar dan chalet berdepan dengan Sungai Danum. Kemudahan kolam renang, denai hutan, mengenal burung dengan jurupandu dan merentas hutan ketika malam. > Info Tourism Malaysia Tel: 03-2615 8188/ Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207 Tourism Infoline: 1-300-88- 5050 Email: [email protected] http://www.tourism.gov. my/ Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sabah Tel: 088-248 698 / 211 732/ Faks: 088-241 764 Emel: [email protected] Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sarawak Tel: 082-246 575 / 775 Faks: 082-246 442 Emel: [email protected] (END)

Page 62: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

27

Headline: Kawasan hutan diurus secara mapan

Publication: BH Date of publication: May 19, 2006 Section heading: Supplement Page number: 11 Byline / Author: Oleh Hardi Effendi Yaacob

KETUA Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika membentangkan belanjawan negeri akhir tahun lalu menegaskan sektor perkayuan masih menjadi penyumbang teras ekonomi negeri. Malah, produk perkayuan juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai eksport utama Bumi Kenyalang walaupun terpaksa bersaing dengan industri petroleum yang semakin berkembang di bahagian utara negeri ini. Bagaimanapun, dalam keghairahan mengejar kemajuan, tidak bermakna kawasan hutan yang meliputi separuh saiz keseluruhan negeri, yang kaya dengan pelbagai sumber biodiversiti harus ditarah. Kerajaan negeri mahu kawasan hutan di negeri ini diuruskan sebaik-baiknya, termasuk mengimbangi pembangunan dengan keperluan ekosistem. Ini termasuk memperkenalkan Sistem Pengurusan Hutan Mapan (SFMS) merangkumi kawalan t kegiatan pembalakan dan ladang balak tanaman semula yang mendapat pengiktirafan masyarakat dunia. Komitmen kerajaan negeri dalam pemuliharaan hutan lebih menyerlah dengan kewujudan lebih 10 taman negara di seluruh negeri, yang turut menjadi destinasi pelancongan terkemuka antarabangsa. Di Sarawak, konsep pemuliharaan ala-taman negara bukannya baru, sebaliknya ia bermula sejak awal 1950-an melalui pengenalan Ordinan Taman Negara 1956, disusuli penubuhan Lembaga Taman Negara Sarawak. Malah, Taman Negara Bako di Kuching adalah yang pertama diwujudkan di negeri ini pada 1957, dengan idea mewujudkannya dicadangkan oleh kakitangan Jabatan Hutan Negeri. Walaupun hanya berkeluasan 27 kilometer persegi, taman negara tertua yang dipenuhi paya bakau itu dianggap istimewa kerana menjadi habitat monyet Belanda dan monyet cuping perak yang jarang ditemui di tempat lain. Berikutan itu, unit khas dikenali Unit Hidupan Liar dan Taman Negara Sarawak ditubuhkan pada 1974, bagi menguruskan taman negara, sekali gus menyaksikan

Page 63: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

28

sembilan lagi taman negara diwartakan di negeri ini. Di Sarawak, undang-undang melindungi hutan dan hidupan liar merangkumi seluruh negeri, susulan keputusan Kerajaan Sarawak memperkenalkan Pelan Induk Hidupan Liar pada 1997. Melaluinya, perlindungan membabitkan segala aspek berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar, secara langsung menjadikan negeri ini pihak berkuasa pertama di dunia melaksanakan peraturan komprehensif itu. Sejak dua tahun lalu juga, kerajaan negeri merancang mewartakan 15 lagi kawasan sebagai taman negara dalam usaha memastikan lebih banyak khazanah berharga di Bumi Kenyalang terus kekal terpulihara. INFO MENARIK 1 Sarawak merancang mewartakan 15 lagi kawasan sebagai taman negara dalam usaha memastikan lebih banyak khazanah berharga di Bumi Kenyalang terus kekal terpulihara. 2 Sarawak adalah negeri paling banyak memiliki taman negara, taman santuari, hutan simpan dan pusat pemuliharaan hidupan liar di Malaysia, atau mungkin di dunia. 3 Sarawak adalah negeri paling banyak memiliki taman negara di Malaysia, yang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 4 Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (END)

Page 64: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

29

Headline: Sarawak destinasi pelancongan terkemuka dunia Publication: BH Date of publication: May 19, 2006 Section heading: Supplement Page number: 31 Byline / Author: Oleh Hardi Effendi Yaacob

PEMILIHAN Sarawak sebagai tuan rumah majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007, memang tepat pada masanya, kerana negeri ini bukan saja kaya dengan tempat menarik untuk dilawati, malah mempunyai kepelbagaian seni budaya yang cukup unik untuk dipertontonkan kepada pelancong luar. Hakikatnya, usaha mempopularkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia sentiasa diberikan penekanan, terutama dalam pembentangan belanjawan negeri oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Hampir setiap tahun sektor pelancongan menerima peruntukan yang cukup besar untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur berkaitannya, selain membiayai pelbagai program promosi dalam dan luar negara yang dilaksanakan Lembaga Pelancongan Sarawak. Ini sekali gus membuktikan betapa kerajaan negeri memandang penting sumbangan sektor pelancongan dan segala subsektor berkaitannya, termasuk perhotelan dan perkhidmatan, dalam memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak. Malah, kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Bandar, kini memperhebatkan promosi pelancongannya menggunakan pelbagai kaedah, dalam usaha mencapai sasarannya menarik kira-kira 2.5 juta pelancong tahun ini. Ia dijangka mampu dicapai berdasarkan kejayaan Sarawak, negeri beriklim tropika diliputi hutan tebal dan sebahagian besar kawasannya masih belum diterokai, menarik kira-kira 2.2 juta pelancong tahun lalu, terutama dari kalangan negara Asean. Secara puratanya, jumlah kunjungan pelancong ke negeri ini mencatatkan peningkatan di antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun, sekali gus menghasilkan implikasi positif terhadap perkembangan sektor pelancongan negeri. Lebih membanggakan, jumlah peningkatan itu bukan saja dari kalangan pelancong negara Asean, malah Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Barat, selain Asia Timur iaitu China, Korea dan Jepun, yang kini dianggap pasaran utama pelancongan negeri. Kerajaan Sarawak mahu menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia sama ada menerusi produk warisan sejarah, kebudayaan, pengembaraan dan alam semula jadi (CAN) atau produk baru.

Page 65: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

30

Sebelum ini, kementerian itu membuat promosi dan menjual CAN, terutama 12 Taman Negara di negeri ini iaitu Tanjung Datuk, Gunung Gading, Talang-Talang/Satang, Kubah, Bako, Lanjak Entimau, Batang Ai, Similajau, Niah, Lambir, Loagon Bunut dan Mulu sebagai produk pelancongan. Bagaimanapun, mulai tahun ini, kerajaan mula beralih tumpuan kepada usaha mempromosikan negeri ini, lebih-lebih lagi Bandaraya Kuching sebagai destinasi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Malah, kesungguhan kerajaan itu terbukti dengan pelancaran Projek Pusat Konvensyen Kuching, baru-baru ini yang dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun lalu, sekaligus membantu menonjolkan Sarawak sebagai pusat MICE terkemuka serantau. Pada masa yang sama, infrastruktur pengangkutan di seluruh negeri sentiasa dipertingkatkan, termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang baru siap dinaiktaraf dan dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 17 April lalu. Projek bernilai RM620 juta itu, yang menggunakan sepenuhnya peruntukan kerajaan Persekutuan, dilihat memang tepat pada masanya, sesuai dengan kedudukannya di Kuching sebagai ibu negeri, selain pintu masuk utama di bahagian selatan negeri ini. Jika dilihat, wajah baru lapangan terbang ini jauh berbeza berbanding sebelum ini, dengan lebih banyak kemudahan disediakan, dengan mementingkan keselesaan pengguna, khususnya pelancong. LTAK wajah baru ini juga mampu menerima pendaratan pesawat bersaiz jumbo, termasuk Airbus 330 dan Boeing 747-400, dengan kapasiti penumpang di antara 250 hingga 350 penumpang setiap pesawat pada sesuatu masa. Selain LTAK, Sarawak juga bertuah dengan pembinaan lapangan terbang baru di Miri dan Bintulu, yang dianggap sebagai pintu masuk utama pelabur dan pelancong asing di bahagian utara negeri ini, juga menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan. Dengan adanya infrastruktur pengangkutan serba canggih ini, mungkin Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia boleh menambah jumlah penerbangan mereka menghubungkan Sarawak dengan Semenanjung, selain negara luar, terutama di kalangan negara yang dikenalpasti pasaran utama pelancongan negeri. Sesungguhnya, tiada destinasi pelancongan lain mampu menandingi keistimewaan dan keunikan Sarawak, sesuai dengan tema pelancongan negeri tahun ini - The Hidden Paradise Of Borneo. (END)

Page 66: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

31

Headline: Industri pelancongan beri kesan berganda Publication: BM Date of publication: Jan 7, 2007 Section heading: Main Section Page number: 12 Byline / Author: Oleh Ziauddin Sharuddin

MULAI 1 Januari, bermula Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 dengan upacara perasmian penuh gemilang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Taman Tasik Titiwangsa, malam tadi. Promosi seperti ini bukan hanya dilakukan Malaysia. Kebanyakan negara lain juga melaksanakan program yang sama. Ini berdasarkan kesedaran bahawa pelancongan adalah industri yang memberikan pulangan lumayan. Ikuti temu bual wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin, bersama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengenai TMM dan industri pelancongan negara. ? Apakah kepentingan TMM 2007 terhadap kemajuan industri pelancongan Malaysia. Ramai tidak sedar bahawa industri pelancongan mempunyai banyak kesan berganda. Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50, kerajaan mengambil peluang mengadakan TMM ke-3 sekali gus mengingatkan rakyat bahawa selain mempunyai destinasi pelancongan menarik, faktor utama pencapaian Malaysia adalah kerana perpaduan rakyat. Ini juga aset menarik yang boleh ditunjukkan kepada dunia. TMM penting kerana dari segi ekonomi, pelancongan memberikan pendapatan yang besar kepada negara. Tahun ini, kita menetapkan sasaran kedatangan pelancong seramai 20.1 juta orang, berbanding 17.5 juta orang tahun lalu. Jumlah pendapatan yang dijangka diperolehi lebih RM44.5 bilion. Keuntungan yang diperolehi tidak terhad kepada pengusaha hotel dan restoran, malah semua pihak yang terbabit dalam industri pelancongan, pengusaha kraftangan, peniaga warung dan pemandu teksi. Kerajaan turut menetapkan sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) pada akhir tahun 2010, negara akan menerima 24 juta pelancong dengan pendapatan lebih RM55 bilion. Saya bukan hanya melihat tahun ini, tetapi apakah akan terjadi selepas 2007. Ini yang kerajaan laksanakan pelbagai program seperti TMM 2007 untuk meletakkan Malaysia sebagai negara pelancongan terkemuka dan memastikan negara menjadi destinasi pelancongan keluarga dengan harga berpatutan supaya ibu bapa dan anak-anak mempunyai pilihan untuk melakukan apa yang mereka suka. Dari segi pendapatan, tidak ramai menyedari hampir 500,000 rakyat Malaysia bekerja secara langsung dalam industri pelancongan, manakala secara tidak langsung hampir 2.5 juta orang seperti melalui program homestay atau membuat kerja sampingan seperti membawa bot pelancong.

Page 67: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

32

Kita mesti berfikir dan bertindak untuk pelancongan kerana ini adalah industri yang memberi pulangan kepada negara. Saya pasti bukan hanya Malaysia, negara jiran juga menumpukan kepada pelancongan kerana industri ini adalah kuasa baru pertumbuhan ekonomi. Banyak yang negara raih, terutama sebagai sumber pekerjaan. ? Tidakkah tumpuan negara jiran terhadap pelancongan memberi saingan kepada TMM, terutama menarik kedatangan pelancong. Kita tidak bimbang dengan persaingan, malah bekerjasama dengan negara jiran seperti Singapore Airlines pergi ke destinasi yang syarikat penerbangan negara tidak memberikan perkhidmatan. Melalui pakej agensi pelancongan, pelancong asing menuju Singapura dan kemudian ke negara kita kerana apa yang Singapura miliki, kita tidak ada dan begitu juga sebaliknya. Ini menyebabkan apabila perkara tidak baik berlaku di Bangkok, saya runsing kerana kita bekerjasama dengan Thailand melalui konsep yang sama seperti Singapura. Kita juga bekerjasama dengan Brunei melalui perkongsian pintar dengan Royal Brunei Airlines yang membawa pelancong dari Australia ke Bandar Seri Begawan dan kemudian ke Miri dan Mulu di Sarawak atau ke Kota Kinabalu, Sabah. Pada pandangan kita, lebih baik bergabung tenaga promosi bersama. Walaupun ada persaingan, ini membawa faedah kepada setiap negara. Kita berharap Asia Tenggara menjadi rantau yang dipilih pelancong seluruh dunia kerana kita mempunyai banyak khazanah yang boleh dipertontonkan kepada mereka. Malaysia mempunyai pelbagai ikon yang menarik. Di Kuala Lumpur, kita ada KLCC (Kuala Lumpur City Centre) dan Menara KL dan terbaru, Eye of Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa. Di Sabah, bunga Rafflesia, Gunung Kinabalu, Orang Utan di Sepilok, Sandakan, dan Pulau Sipadan yang spesies ikan dan terumbu jauh lebih banyak, berbanding Great Barrier Reef di Australia. Sarawak pula terkenal dengan Gua Mulu sebagai ikon. Setakat ini, kira-kira 80 peratus pelancong adalah dari rantau Asia, China, India, negara Asia Barat, Indonesia, Singapura, Jepun dan Australia. Baki 20 peratus adalah pelancong jarak jauh dari Eropah, Amerika Syarikat dan Russia. Sasaran kita ialah meningkatkan pelancong jarak jauh kepada 30 peratus. Di kalangan pelancong Asia, 60 peratus adalah dari Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Brunei. Hakikat ini dipermudahkan rangkaian perhubungan darat melalui Singapura, Thailand dan Brunei. Indonesia juga boleh dihubungi melalui sempadan Sarawak-Kalimantan. Perjalanan melalui laut dengan Indonesia pula termasuk Batam-Stulang Laut dan Tarakan-Tawau. Saya berpendapat walaupun ada persaingan, tetapi apa yang ada di negara kita tiada di negara lain dan begitu juga sebaliknya. Kita membuat promosi tertentu untuk menarik pelancong dan sekarang sedang berusaha dengan kerjasama kementerian tertentu

Page 68: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

33

untuk mendapatkan persetujuan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) supaya kawasan jantung Borneo yang terletak antara Malaysia (Sabah dan Sarawak), Indonesia dan Brunei, iaitu kawasan hutan berusia lebih 130 juta tahun, diiktiraf sebagai warisan dunia. Jika ini dapat dilakukan, ketiga-tiga negara berkongsi destinasi flora dan fauna terkemuka dunia. ? Apakah kesan yang diraih melalui penganjuran TMM sebelum ini. Memang ada kesan dari segi pertambahan bilangan pelancong dan pendapatan. Pada 1990 (TMM1), ketibaan pelancong melonjak daripada kira-kira 4 juta pada beberapa tahun sebelum itu kepada 7.4 juta dengan pendapatan RM4.5 bilion. Apabila TMM diadakan sekali lagi pada 1994, bilangan pelancong masih sekitar 7.1 juta orang, tetapi jumlah pendapatan meningkat kepada RM8.3 bilion. Unjuran tahun ini pula ialah 20.1 juta pelancong dengan pendapatan RM44 bilion. Tujuan asal TMM ialah untuk meningkatkan kedatangan pelancong. Bayangkan bilangan pelancong meningkat hingga 7 juta pada 1990. Tahun kini, kita berazam melepasi angka 20 juta pelancong. ? Apakah kesan yang dapat dilihat hasil kempen promosi di luar negara dan dalam negara. Saya gembira kerana dalam negara, kementerian mendapat kerjasama pelbagai pihak kerana tugas Kementerian Pelancongan adalah membuat promosi. Produk pelancongan bukan di tangan kita, tetapi milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektor swasta. Kerjasama erat ini penting kerana program ini adalah Tahun Melawat Malaysia dan bukan Tahun Melawat Kementerian Pelancongan. Mesej ini berjaya dapat disampaikan kepada kementerian dan agensi kerajaan lain. Apabila menjadi Menteri Pelancongan, saya menggunakan kaedah selain membuat promosi di luar negara. Saya bertemu wartawan, malah kalau bertemu pelancong yang pernah ke Malaysia, saya akan jemput mereka untuk mendapatkan maklum balas bagi merangka strategi berkesan menarik pelancong. Umpama di China, tidak guna kita menjual Orang Utan kerana negara itu mempunyai Panda. Kita mendapatkan maklum balas mengenai apa yang mereka minat, iaitu laut, pulau, tempat membeli-belah dan suka melihat sesuatu berkaitan raja. Cuba kita lihat pelancong negara mana yang suka pergi ke Istana Negara. Kebanyakan adalah dari China dan India yang pernah mempunyai raja. Begitu juga pelancong India. Kalau hendak jual bangunan Sultan Abdul Samad, negara itu mempunyai lebih banyak bangunan bersejarah yang hebat. Apa yang mereka suka? Infrastruktur moden seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel serta sudah tentu membeli-belah. Kita akan menentukan kempen promosi dibuat mengikut minat mereka. ? Pada masa sama, ada dakwaan bahawa kempen promosi kurang berkesan apabila pelancong asing yang disambut sempena TMM 2007 pun tidak menyedari kewujudan

Page 69: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

34

TMM. Mereka datang dari negara mana? Barang kali dari negara seperti Itali atau Perancis yang saya belum pergi lagi untuk kempen promosi. Bagaimanapun, jika 17 juta pelancong tahun lalu dan 16 juta pelancong pada tahun sebelum itu, peratusan yang tidak tahu TMM 2007 kira-kira 10 peratus, itu membimbangkan. Jika yang tidak tahu hanya 0.1 peratus, itu tidak membimbangkan kerana kita ada kempen taktikal di pasaran. Sekarang apabila keluar negara, kita melaksanakan strategi territorial (wilayah) untuk media elektronik kerana tiada guna buat melalui rangkaian kabel terbesar, tetapi tidak sampai ke golongan sasaran. Saya sedang merangka mulai tahun depan, kita akan buat bersama televisyen, radio atau majalah peringkat wilayah. Kalau Dublin atau Cologne, hanya bandar itu. Tidak perlu lagi rangkaian utama, lagi pun cara ini lebih murah. Sebelum ini, kita melakukan mengikut negara dan melalui rangkaian kabel seperti Cable News Network (CNN) mempromosi Malaysia Truly Asia. Usaha ini berjaya hingga CNN yang sebenarnya mendapat keuntungan apabila negara lain mengikut jejak langkah kita dengan program hampir serupa seperti Amazing Thailand, Unique Singapore, Incredible India dan Enchanting Korea. Semua Ini kerana Malaysia yang mencuba dulu dan akhirnya mencontohi kita. Sekarang kita akan menggunakan taktik lain. ? Bagaimana pula dengan nasib pelancong tempatan. Buat kali pertama tahun ini, kita memperkenalkan pakej percutian domestik. Kita mahu memastikan rakyat Malaysia tidak keluar dengan menggalakkan mereka melancong dalam negara. Ini yang kita lakukan. Pakej ini dapat mendedahkan kepada rakyat tempatan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai keindahan. Kita ada Rainforest World Music Festival di Kuching, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak pernah tengok. Kali ini kita adakan program tambahan, World Music Festival di Pulau Pinang untuk menarik minat pelancong tempatan pergi ke program begini. Perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi, nama saja di Langkawi, tetapi perlumbaan tidak diadakan di situ. Tahun ini perlumbaan terkenal ini akan bermula semula di Langkawi. Selain sasaran 20.1 juta pelancong dari luar, ada hampir 12 juta pelancong tempatan dan saya percaya boleh dipertingkatkan kerana pada 2005, seramai 29 juta rakyat tempatan menggunakan bilik hotel. Ini yang kita hendak tarik kerana antara Januari hingga Disember, ada tempoh tertentu bukan waktu percutian pelancong asing dan tempoh ini boleh diisi oleh rakyat Malaysia. ? Datuk Seri gembira dengan kerjasama sektor swasta dan PBT sebagai pemilik produk pelancongan, tetapi sebelum ini kedua-dua pihak berkenaan pernah dianggap sebagai antara halangan utama kemajuan pelancongan.

Page 70: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

35

Masalah tetap ada seperti pemandu teksi, kawasan pelancongan tidak dijaga, terutama kebersihan tandas yang masih berlaku hingga hari ini. Malah dari segi keselamatan, pagi ini (Jumaat lalu) satu pasangan suami isteri warga Itali, yang keluar dari hotel untuk beriadah pada waktu pagi, tiba-tiba diserang hingga menerima 12 jahitan. Penyerang tidak mencuri tetapi memukul kepala mereka. Mengapa lakukan begitu? Adakah dua penunggang motosikal ini gila? Perbuatan mereka boleh menjejaskan pelancongan negara. Setiap hari saya akan mendapat laporan kedatangan pelancong kerana hendak menentukan, sama ada sasaran dapat dicapai dan apa yang perlu dilakukan mengatasi masalah yang wujud. Malangnya masih berlaku masalah membabitkan segelintir kakitangan Jabatan Imigresen yang bersikap kasar terhadap pelancong. Saya memuji kerjasama sedia ada yang wujud, tetapi berharap wujud pemahaman bahawa industri pelancongan penting kepada negara. Industri ini adalah berorientasikan perkhidmatan dan kita terpaksa menghiburkan pelancong yang datang. Ini yang mereka tidak faham. Jika pelancong dari Indonesia datang menggunakan kapal laut dan tiba di Stulang Laut, Johor atau dari Dumai, ada yang dianggap seperti TKI (Tenaga Kerja Asing). Pandangan itu adalah salah. Mereka tidak sedar bahawa pelancong Indonesia dari Batam yang memasuki Singapura diberikan tiket feri percuma. Cuma perlu tunjukkan tiket kapal terbang sebagai bukti mereka dari mana-mana tempat negara itu. Ini berbeza jika hendak masuk ke Malaysia yang perlu membeli tiket feri. Feri kita lebih lambat dan apabila tiba di Stulang Laut, terpaksa menghadapi kerenah membabitkan agensi kerajaan di situ. Saya hendak buat macam mana, tetapi bukan semua kakitangan terbabit. Saya tidak mahu menyatakan semua pegawai Jabatan Imigresen atau Kastam Diraja Malaysia teruk, tetapi masalah masih berlaku. Begitu juga dengan PBT dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Semalam agensi berita asing, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bertanyakan kejadian dua warga Amerika Syarikat yang ditangkap kerana berkulit hitam. Saya jawab barang kali mereka tidak membawa pasport atau berkelakuan mencurigakan dan yang penting apabila datang ke negara ini, perlu mematuhi undang-undang. Kalau hanya boleh tinggal 30 hari, selepas itu keluarlah. Bagaimanapun, oleh kerana orang kulit hitam dari negara lain yang melakukan kesalahan imigresen, dua warga Amerika Syarikat itu dikenakan tindakan. Apabila hendak bertindak, saya harap pegawai penguat kuasa menggunakan minda. Bukan semua orang kulit hitam dari Nigeria. Ada orang kulit hitam dari Afrika Selatan, Ethophia dan Amerika Syarikat, tetapi segelintir pegawai penguat kuasa tidak menggunakan minda. Kes yang sama berlaku di Langkawi apabila isteri seorang warga asing yang rupanya seperti orang Thailand atau Malaysia, menyebabkan mereka ditangkap kerana didakwa berkhalwat. Ini yang kita kesali kerana bertindak tanpa usul periksa.

Page 71: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

36

? Apakah penyelesaian terhadap masalah ini. Mereka perlu membuka minda seperti Perdana Menteri katakan supaya berfikir luar dari kotak. Segelintir pegawai kerajaan masih mengikut cara penjajah Inggeris yang meninggalkan undang-undang yang sepatutnya tidak lagi perlu dipakai. Pagi ini (Jumaat lalu), saya menerima masalah pengusaha hotel bajet Bumiputera yang perlu mematuhi arahan PBT supaya setiap dua bilik perlu mempunyai satu pemadam api. Kita memahami keperluan keselamatan, tetapi janganlah minta macam-macam. Laporan paling pelik yang saya terima ialah ada hotel bajet menyediakan bilik air berkongsi tidak mendapat lesen. Di luar negara, saya biasa tinggal di dormitori atau asrama yang berkongsi bilik air. Di sini tidak boleh. Kalau diceritakan, saya pun bosan, tetapi inilah masalah yang berlaku. Saya tidak boleh melakukan apa-apa dan akan menulis surat kepada menteri berkaitan supaya hotel bajet dilesenkan secara sempurna, tetapi jangan terlalu ketat. Saya harap pegawai kita menggunakan minda. ? Adakah ini hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara pelancongan, bukan saja layanan terbaik terhadap pelancong, tetapi peserta industri ini masih jauh untuk dicapai. Antara cabaran yang saya hadapi ialah meresapkan pemikiran rakyat supaya berfikir dan bertindak untuk pelancongan. Saya yakin jika tiada wabak atau bencana alam atau perkara di luar jangkaan, TMM akan mencapai matlamat kedatangan pelancong. Selepas 2007? Bagaimana hendak memastikan 20.1 juta pelancong itu bukan saja kekal, tetapi bertambah kepada 24 juta pelancong pada 2010. Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana sepanjang RMK-9, lebih RM50 juta diperuntukkan untuk melatih semula pelbagai pihak di sektor swasta dan awam, terutama kakitangan barisan depan seperti Jabatan Imigresen untuk mengingatkan semula mereka mengenai kepentingan pelancongan. Perubahan sudah mula dapat dilihat. Baru-baru ini, pemandu teksi sanggup memulangkan RM15,000 milik pelancong asing. Dia adalah penyewa dan bukan pemilik teksi. Saya meminta Kementerian Pelancongan memberikan surat penghargaan kepadanya. Bagaimanapun, ini lebih bermakna jika orang begini mendapat permit teksi dan saya mencadangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berbuat demikian kerana orang begini yang sepatut memiliki permit. Ini yang saya hendak terapkan supaya kalau menjadi pegawai Imigresen, selalu senyum dan suka memeriksa pasport orang masuk dan keluar dari negara kita. Jabatan Kastam Diraja Malaysia, saya berpendapat ada banyak perubahan. Saya juga berharap pegawai polis sedar bahawa pelancongan adalah penting. Golongan yang terbabit dalam perbuatan mungkar seperti ragut dan mencuri juga perlu ingat bahawa masa depan bangsa dan negara bergantung kepada kehadiran pelancong. Kalau pelancong tidak datang, barang kali ada saudara mara mereka sendiri tidak dapat bekerja di hotel dan restoran.

Page 72: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

37

Begitu juga dengan kehadiran seniman jalanan seperti pemain gitar atau penyembur api dari mulut, saya mahukan seniman jalanan tempatan kerana ini bukan memalukan. Kalau mereka mengetahui cara meningkatkan kebolehan diri, mereka boleh terkenal. Bagi membantu mereka, kita hendak membuat pasar malam baru dengan perubahan menarik seperti di Chiangmai, Thailand. Pasar malam di sana luas, bersih dan cantik. Itu yang kita hendak lakukan dan di pasar malam ini, kita menyediakan ruang untuk seniman jalanan. Kenapa kita perlu memandang hina mereka. Ini masalah persepsi. Lebih baik kita membantu mereka mempamerkan kebolehan dan mendapat wang. ? Banjir yang melanda Selatan Semenanjung Malaysia atau jangkitan penyakit seperti SARS beberapa tahun lalu tidak lagi boleh dipandang ringan. Strategi Kementerian Pelancongan. Kita berbincang dalam Kabinet dan kerajaan sedang meneliti keadaan yang berlaku seperti banjir di selatan Semenanjung Malaysia. Tugas saya ialah menarik pelancong seramai mungkin untuk memastikan negara mendapat pulangan yang baik. Saya juga menyuarakan dalam Kabinet supaya perkara ini dapat dilihat untuk diatasi dengan kaedah seperti memberi amaran awal. Tidak dapat dinafikan bahawa bencana alam menjejaskan pelancongan. Malah kejadian bom di Bangkok, menjejaskan Malaysia kerana apabila Australia dan sebuah negara Eropah, mengeluarkan nasihat perjalanan, nasihat itu dikaitkan pula dengan Malaysia dengan menyatakan, satu lagi tempat yang pelancong perlu berhati-hati dan tidak pergi ialah pantai dan pulau di Sabah kerana ada ancaman penculikan, sedangkan kes itu berlaku beberapa tahun lalu. Bagi mengatasi masalah begini, kita berjumpa duta negara berkenaan untuk memberi penjelasan yang tepat, manakala pejabat di luar negara perlu lebih peka memaklumkan keadaan sebenar. ? Keyakinan Datuk Seri terhadap kejayaan TMM 2007. Saya berkeyakinan tinggi dan mengucapkan terima kasih kepada media massa yang memberikan pelbagai bantuan dan dengan kewujudan kefahaman dan kerjasama semua pihak, kita boleh tunjukkan kepada dunia bahawa inilah Malaysia yang 50 tahun walaupun berbilang bangsa tetapi boleh hidup bersatu, aman dan maju. (END)

Sumber : http://emedia.com.my Tarikh Akses : 18 April 2013

Page 73: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

1

TAMAN NEGARA GUNUNG MULU DIISYTIHAR TAPAK WARISAN DUNIA

Date: 04-12-2000 Author: / FLL MT LAT RON Mulu KUCHING, 4 Dis (Bernama) -- Taman Negara Gunung Mulu Sarawak telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia (IUCN) pada 29 Nov lepas, kata Menteri Pelancongan Negeri Datuk Abang Johari Tun Openg. Katanya pengisytiharan itu dibuat pada sesi tahunan ke-24 IUCN di Cairns Australia. Beliau memberitahu Bernama di sini bahawa dengan pengisytiharaan itu, Taman Negara Gunung Mulu di bahagian Miri yang diwartakan pada 1 Ogos 1974, menyertai Taman Negara Kinabalu sebagai dua tapak di Malaysia yang memperolehi status terbabit. Pencalonan Taman Negara Gunung Mulu pada sesi itu dipersembahkan kepada jawatankuasa berkenaan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi dan disokong oleh Maghribi, katanya selepas majlis mengangkat sumpah jawatan sebagai pemangku Yang Dipertua Negeri oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin di sini. "Taman Negara Gunung Mulu merupakan antara 11 tapak yang disenarai pendek bagi pencalonan mengikut kategori Warisan Semulajadi," katanya. Abang Johari berkata ia merupakan satu-satunya tapak di dunia tahun ini yang telah memenuhi kesemua empat kriteria ketat, penilaian bebas oleh IUCN, Biro Warisan Dunia dan Lembaga Penasihat berasaskan Konvensyen Membabitkan Perlindungan Warisan Alam Semulajadi dan Budaya Dunia yang diterimapakai oleh Unesco pada 1972. Kriteria itu meliputi Taman Gunung Mulu mewakili contoh penting bagi sejarah perubahan dunia serta mewakili proses ekologi dan biologi yang sedang berlaku dalam evolusi dan pembangunan kawasan daratan, sungai, pantai dan ekosistem marin dan di kalangan tanaman serta haiwan. Selain mempunyai kecantikan alam semulajadi dan nilai wstetik, ia juga mengandungi habitat semuajadi bagi pemuliharaan setempat kepelbagaian bio termasuk spesies yang terancam. Abang Johari berkata Tapak Warisan Dunia lain yang memenuhi kesemua empat kriteria itu ialah Terumbu Karang Great Barrier di Queensland, Australia. Menurutnya dengan penyenaraian itu, Taman Negara Gunung Mulu kini menyertai 128 tapak lain dalam "kelab ekslusif" ini. Anggota lain dalam kelab itu termasuk Yellowstone, Everglade dan Taman Negara Grand Canyon di Amerika Syarikat, Gunung Everest di Nepal dan Pulau Galapagos di Ecuador. Abang Johari berkata penyenaraian itu juga membuktikan pengiktirafan dasar pemuliharaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Taman Negara Gunung Mulu terletak kira-kira 100 km ke timur pekan Miri, meliputi kawasan seluas 544 kilometer persegi.

Page 74: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

2

Selain gunung batu kapur Gunung Mulu setinggi 2,376, terdapat juga Gunung Api (1,170 m) dan Gunung Benarat (1,615 m) dalam taman berkenaan. Taman itu memiliki 2,000 spesies tumbuhan berbunga termasuk pelbagai spesies baru yang telah dikenalpasti hasil koleksi yang dibuat, adalah dianggarkan taman itu mengandungi sekurang-kurangnya 3,500 spesies pokok, sebahagiannya merupakan pokok dan selebihnya kulat. Taman itu juga merupakan tempat perlindungan bagi 20,000 spesies haiwan, kebanyakannya serangga dan burung. Taman Negara Gunung Mulu juga memiliki kamar bawah tanah terbesar di dunia, Kamar Sarawak seluas 400 meter lebar dan 600 meter panjang. -- BERNAMA FLL MT LAT RON

Page 75: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

3

KEMUDAHAN DI TAMAN NEGARA GUNUNG MULU AKAN DITINGKATKAN

Date: 15-01-2001 Author: / FLL LAT Sarawak-Mulu KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Sarawak akan terus meningkatkan kemudahan sedia ada di Taman Negara Gunung Mulu di Bahagian Miri di sini tahun ini. Penolong Pengarah kanan jabatan Taman Negara, Safuan Ahmad dalam satu temubual dengan Bernama di sini hari ini berkata ia selaras dengan deklarasi Taman Negara Gunung Mulu (GMNP) sebagai tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia pada sesi mesyuarat tahunan kali ke-24 di Cairns, Australia. Menurutnya antara kemudahan yang akan ditingkatkan termasuk laluan ke puncak Mulu, Mulu Pinnacle, sebuah logi rawatan air di kawasan itu, sistem pencahayaan dan menggantikan laluan kayu di Kem Lima dan di sepanjang laluan pemburu kepala dengan bahan gentian fiber Duragate yang lebih mudah untuk diselenggara. "Kerajaan telah memperuntukan tidak kurang daripada RM2 juta kepada jabatan itu untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan ini," katanya. "Kami perlu memastikan keselamatan dan keselesaan kepada para pelawat yang melawat Mulu supaya meninggalkan tanggapan yang positif untuk datang semula ke sini," katanya. Menurutnya taman itu juga terus menerima kunjungan pelawat yang berulang dari luar negeri kerana kemudahan pengangkutan udaranya. Safuan Ahmad berkata kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di taman itu sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Taman Negara Gunung Mulu di wartakan pada 1 Ogos, 1974. Ia mengiringi Taman Negara Kinabalu di Sabah sebagai dua tapak di negara ini yang mendapat status Warisan Dunia. GMNP merupakan satu-satunya tapak di dunia yang memenuhi keempat-empat kriteria penilaian yang ketat, rapi dan bebas tahun lepas oleh Kesatuan Antarbangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN), Biro Warisan Dunia dan lembaga penasihatnya berdasarkan kepada Konvensyen Membabitkan Perlindungan Budaya dan Warisan Semulajadi Dunia yang diterimapakai oleh Unesco pada 1972. Terletak kira-kira 100 km di timur pekan Miri, Mulu adalah taman negara terbesar di Sarawak, dengan keluasan 544 kilometer persegi. Puncak Gunung Mulu, setinggi 2,376 meter, Gunung Api (1,170m) dan Gunung Benarat (1,615m) terletak dalam taman itu. Antara lain, GMNP menempatkan kamar bawah tanah terbesar, Sarawak Chamber, yang mempunyai keluasan 400 meter dan 600 meter panjang. -- BERNAMA FLL LAT

Page 76: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

4

STRUKTUR SELAMAT DI TAMAN NEGARA GUNUNG MULU

Date: 08-05-2002 Author: / TSY MT LAT KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Tahap keselamatan bagi aktiviti mendaki ke puncak Gunuh Mulu serta merentas hutan di taman negara itu akan ditingkatkan serta merta, kata Menteri Pelancongan negeri Datuk Seri Abang Johari Tun Openg hari ini. Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan kemalangan tidak diingini tidak berlaku di taman itu terutama membabitkan pelancong asing. "Daripada aspek infrastruktur, kami akan menaikkan taraf trek merentas hutan dengan memasang papan tanda arah kerana walaupun mereka mungkin ada jurupandu, mereka mungkin sesat," katanya pada sidang media di sini. Sebelum itu, beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pengurusan Taman Negara Gunung Mulu antara Kerajaan Negeri yang diwakili Cheong Ek Choon iaitu Pengawal Taman Negara dan Hutan Simpan Semulajadi dan Pengarah urusan Borsarmulu Park Management Sdn Bhd Robert Geneid. Melalui perjanjian itu, Borsarmulu akan bertanggungjawab terhadap pengurusan dan melaksanakan pembangunan bersepadu serta pengurusan tanaman. Abang Johari juga berkata bagi menjadikan taman negara itu lebih dikenali di peringkat antarabansga, rumah panjang Orang Ulu akan dibina di laluan di Sungai Baram dari Marudi ke Mulu bagi membolehkan pelancong singgah dan menikmati budaya Orang Ulu. -- BERNAMA TSY MT LAT

Page 77: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

5

MULU KAWASAN BEBAS ASAP ROKOK TIDAK HALANG KEHADIRAN PENGUNJUNG - WONG SOON KOH

Date: 14-05-2012 Author: / HI HI NM WONG-MULU KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Langkah mewartakan Taman Negara Mulu sebagai kawasan bebas asap rokok menjelang 2017 tidak akan menjejaskan kehadiran pelancong, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh. Sebaliknya kata beliau, langkah itu boleh menggalakkan lebih ramai pengunjung ke taman itu yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco berikutan kebimbangan dunia mengenai persekitaran sihat. "Daripada satu segi (ada yang berkata) langkah itu menghalang pengunjung yang merokok, tetapi daripada segi lain dalam jangka masa panjang kita tidak akan rugi (daripada aspek kehadiran pengunjung)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Wong berkata masa yang lama diperlukan bagi mendidik masyarakat mengenai idea menjadikan taman sebagai kawasan dilarang merokok, yang mana turut memberi manfaat daripada segi mencegah kebakaran hutan akibat perbuatan tidak bertanggungjawab perokok membuang putung rokok merata-rata. Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Lembaga Promosi kesihatan Malaysia (MySihat) dan Kelab Kesihatan Sarawak bagi mempromosikan projek 'Mulu Bebas Asap Rokok'. Dalam ucapannya, Wong menggesa pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan di Taman Negara Mulu agar mengawal diri daripada merokok ketika memainkan peranan mereka dalam memastikan kejayaan projek tersebut. Sementara itu, Pengerusi MySihat Toh Puan Dr Aishah Ong yang turut hadir, berkata projek Mulu merupakan yang kedua dilaksana lembaga itu di Malaysia selepas Melaka, yang merupakan Bandar raya Warisan Dunia Unesco dan diwarta kawasan bebas asap rokok pada Jun tahun lepas. "Yang jelas, projek Melaka Bebas Asap Rokok telah berjaya menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan yang mahukan destinasi dengan kualiti udara yang segar dan bebas asap rokok," katanya. -- BERNAMA HI HI NM

Page 78: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

6

KEWUJUDAN ENDAPAN SEMULAJADI UNIK DILAPORKAN DI GUA RUSA MULU

Date: 01-08-2011 Author: Caroline Jackson / CJ PR RON GUA RUSA-STROMATOLIT KUCHING, 1 Ogos (Bernama) -- Gua Rusa di Taman Negara Mulu terkenal dengan ruang dalaman yang luas dan kelawar yang bilangannya boleh mencapai beratus ribu. Bagaimanapun, 'stromatolit' atau struktur endapan berlapis yang jarang dapat dilihat, baru-baru ini ditemui berhampiran pintu masuk timur laut gua itu dan pasti menjadi satu lagi daya tarikan di gua yang terletak di Bahagian Miri ini. Penyelidik Prof. Joyce Lundberg dari Jabatan Geografi dan Kajian Alam Sekitar Carleton University di Ottawa, Kanada menyatakan dengan penuh kagum bahawa stromatolit air tawar ini mungkin penemuan pertama seumpamanya. Dan ini julung kali stromatolit yang jarang boleh ditemui ini dikaji di Gua Rusa. Lundberg mendedahkan penemuan ini semasa menyampaikan ceramah warisan yang dianjurkan Jabatan Muzium Sarawak mengenai pembentukan semulajadi geo-biologi gua ini. Stromatolit dalam bentuk rak atas dinding berukuran 20 meter panjang ditemui di satu kawasan gua yang masih belum dibuka untuk umum. SATU STRUKTUR AGAK BARU Walaupun stromatolit yang ditemui di Gua Rusa ini agak baru, berbanding yang ditemui di tempat-tempat tertentu dengan asal-asulnya bermula pada zaman Prakambria di mana hidupan yang wujud pada masa itu adalah dalam bentuk ringkas dan kecil, ia boleh menunjukkan aktiviti biologi di dalam gua ini. Sementara Lundberg tidak dapat menyatakan apa yang tersirat dalam stromatolit di gua ini, beliau yakin ia boleh digunakan sebagai kayu ukur antaranya untuk menunjukkan jumlah hujan yang diterima oleh kawasan itu. Beliau berkata peringkat berikut penyelidikan ialah untuk menentukan sejak bila stromatolit ini mula terbentuk, dengan petunjuk awal menunjukkan ia bermula tidak lama sebelum Perang Dunia Kedua. "Stromatolit tipikal dua hingga tiga sentimeter tebal, mewakili tempoh masa lebih kurang 50 tahun," kata beliau dan menambah kata apa yang terdapat di dalam stromatolit adalah petunjuk akan jumlah hujan yang turun di kawasan itu, aktiviti biologi dan perubahan alam sekitar. Stromatolit lebih kurang sama dengan stalagmit tetapi memerlukan aktiviti organik, air serta sedikit sahaja cahaya untuk membolehkan lapisan pemendapan terbentuk termasuk kalsium karbonat dan aktiviti 'cyanobacteria'. Ia sebenarnya sebuah struktur hidup seperti batu karang tetapi tumbuh dalam bentuk rak-rak yang sempit di dinding gua.

Page 79: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

7

SEBAHAGIAN DARIPADA WARISAN DUNIA MULU Lundberg, yang menjalankan penyelidikan itu bersama Prof. Donald A. McFarlane dari Amerika Syarikat, berkata selepas ini beliau mungkin ke Jamaica untuk menjalankan kajian mengenai stromatolit di situ. Gua Rusa, sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Unesco Mulu, juga merupakan tempat tinggal pelbagai spesis kelawar, yang kelihatan umpama asap hitam yang berlegar naik ke langit untuk mencari makan apabila matahari terbenam. Satu lagi bentukan menarik ialah profil presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln, di pintu masuk selatan gua ini dan "Taman Firdaus" (Garden of Eden) menyaksikan bumbung gua terbuka yang membenarkan cahaya matahari masuk dan tumbuhan menghijau tumbuh subur. -- BERNAMA CJ PR RON

Page 80: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

8

DUNIA KELAWAR DI TAMAN NEGARA MULU

Date: 11-01-2011 Author: Nurul Halawati Azhari / NUH CR MULU-GUA RUSA MULU (Sarawak), 11 Jan (Bernama) -- Siang makin ke penghujungnya. Perlahan-lahan suasana di kaki Gunung Mulu menghadap pintu masuk ke Gua Rusa menjadi kelam. Sungguhpun hari kian gelap bercampur udara sejuk selepas hujan, pengunjung Gua Rusa masih lagi setia berkumpul di kaki gunung. Leka berbual sambil menanti keajaiban Maha Pencipta yang bakal disaksikan seketika waktu lagi. Senja semakin menguasai, mata dan lensa kamera terus dihalakan ke puncak gunung yang nampak kaku dan sepi. Ketika itulah mata semua pengunjung terpaku sambil bersorak kekaguman apabila melihat bayangan hitam seperti sekumpulan lebah terbang menari-nari keluar dari pintu gua menuju ke tengah hutan. Akhirnya! Penantian hingga ke penghujung hari memang berbaloi. Berjuta-juta kelawar yang berlindung di dalam gua tersebut terbang keluar mencari makanan. Kawanan kelawar tersebut bergerak dalam kelompok membentuk pelbagai formasi yang menarik di dada langit. Jika dilihat pada mata kasar, setiap kelompok yang keluar bagaikan sedang mematuhi arahan ketua yang berada di hadapan. Setiap ekor kelawar akan mengikut rentak dan pergerakan yang paling hadapan. Seketika ia membentuk seakan-akan ular yang menyusur, kemudian menjadi sebaris lurus, sekelip mata pergerakan bertukar dan berputar-putar bagaikan ombak. KEAJAIBAN KELAWAR Hakikatnya, kelawar bukanlah jenis haiwan yang hidup secara berkumpulan. Ia mamalia yang bersikap individu tetapi bergerak secara berkumpulan apabila keluar mencari makanan bagi mengelak daripada menjadi habuan pemangsa. Malah mampu terbang sejauh 70 kilometer mencari makanan. Di dalam hutan, ia berpecah mengikut haluan sendiri dan pulang bersendirian ke habitatnya. Menurut Pemandu Pelancong dari Tropical Adventure, Richard Burong ada juga pengunjung yang dapat menyaksikan pergerakan awal kelawar-kelawar tersebut sebelum ia keluar dari gua. Ia bermula dengan seekor kelawar yang berputar-putar dalam gua, diikuti oleh ribuan yang lain dan saling tolak-menolak untuk memastikan yang lemah berada paling hadapan sehingga membentuk satu pusingan dalam gua. "Bayangkan suasana di dalam gua tersebut apabila tiga juta kelawar mengeluarkan bunyinya dan terbang serentak. Keadaan tolak-menolak dan saling mengelak dan mengejar itulah yang membentuk formasi yang pelbagai. "Apabila kumpulan tersebut keluar dari gua, pemangsa khasnya burung helang dan burung hantu telah sedia menunggu untuk menyerang di pintu gua. Dan yang

Page 81: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

9

paling lemah akan menjadi habuan si pemangsa", jelas Richard. Bagi yang berkesempatan menyaksikan kelawar keluar mencari makanan, ia satu bonus buat mereka. Namun bagi yang tidak berkesempatan menanti hingga jam enam petang, pertunjukan kelawar itu bukanlah satu-satunya tarikan buat pengunjung Gua Rusa. Sebaliknya, Gua Rusa turut memiliki tarikan yang tersendiri sebagai tapak khazanah geologi warisan dunia. Gua Rusa mendapat namanya daripada pemburu-pemburu yang gemar berburu di kawasan sekitar. Suatu ketika dahulu, gua tersebut menjadi tempat singgahan kawanan rusa kerana di dalamnya terdapat air garam yang diperlukan oleh haiwan berkenaan. Kerana itu, ia menjadi tumpuan haiwan tersebut sehingga menarik minat para pemburu. Bagaimanapun, kerana sering menjadi tumpuan, lama-kelamaan jumlah rusa yang berlindung di gua tersebut berkurangan, namun menurut orang tempatan, khabarnya masih ada rusa yang datang ke situ mencari sumber garam mineral. TEROWONG GUA BATU KAPUR Paling istimewa, gua yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara Mulu ini turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan kebudayaan PBB (UNESCO) apabila Taman Negara Mulu mendapat pengiktirafan berkenaan pada tahun 2000. Buat pengunjung yang pernah mempunyai pengalaman memasuki gua, peluang ke Gua Rusa jangan disia-siakan. Gua batu kapur ini memiliki terowong yang besar hingga boleh memuatkan lima buah gereja sebesar Gereja St. Paul di London. Perjalanan sejauh 3.4 kilometer melalui trek yang disediakan tidaklah sesukar mana apatah lagi ditemani hutan kanopi yang menghijau. Perasaan kagum dan takjub dengan kebesaran ciptaan Tuhan pasti tidak lekang sebaik sahaja memasuki muka gua. Di kiri dan kanan gua, stalagtit dan stalagmit memenuhi ruang. Malah hasil proses titisan air berkapur yang mengandungi pelbagai mineral terutama kalsium bikarbonat dan memakan masa berpuluh, ratusan malah jutaan tahun itu telah membentuk kolum yang pelbagai rupa. Malahan fikiran sesekali berimaginasi cuba membayangkan arca-arca yang terhasil daripada kolum yang di antaranya menyerupai objek-objek tertentu. Di gua ini jugalah pengunjung dapat menyaksikan profil Abraham Lincoln yang terbentuk kesan daripada hakisan semulajadi. Dilihat dari dalam, profil tersebut adalah pintu masuk dari bahagian atas gua yang menjadi pintu keluar buat jutaan kelawar tadi. Proses hakisan daripada tiga biji batu yang besar telah memberi ilusi wajah manusia yang berhidung mancung seolah-olah Presiden Abraham Lincoln! Buat yang berminat merasai pengalaman ini,terlalu banyak perkara yang dapat dipelajari dan dinikmati hanya di Gua Rusa sahaja. Daripada flora dan fauna hinggalah kepada bentuk muka buminya, ternyata perjalanan jauh yang dilalui amat berbaloi.

Page 82: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

10

PENGANGKUTAN KE GUA RUSA Bagi yang inginkan perjalanan yang mencabar, gua yang letaknya kira-kira 100 km ke Timur Miri ini boleh dikunjungi dengan menaiki bas atau kereta dari bandar Miri. Kemudian perjalanan diteruskan dengan menaiki bot ekspres menyusuri sungai Baram hingga ke Marudi dan terus ke Long Terawan. Perjalanan kemudian diteruskan dengan menaiki bot panjang selama hampir 45 minit untuk tiba ke Taman Negara Mulu. Manakala jika mahu tiba secepatnya, MasWing menyediakan perkhidmatan penerbangan tiga kali sehari dari Miri ke Lapangan Terbang Mulu dan mengambil masa kira-kira 25 minit perjalanan. Bagaimanapun, jika sudah sampai ke Taman Negara Mulu, jangan hanya tertumpu di Gua Rusa sahaja kerana terdapat pelbagai lagi pengalaman menarik yang boleh diterokai di tapak warisan dunia ini seperti Gua Lang, Gua Angin, Gua Air Jerneh, Jambatan Gantung dan aktiviti yang lebih lasak seperti mendaki gunung hingga ke Pinnacle Mulu. -- BERNAMA NUH CR

Page 83: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

11

LEBIH BANYAK PELANCONG ASIA DATANG KE TAMAN NEGARA MULU

Date: 22-06-2000 Author: / RDY SHY OS MULU-PELANCONG/I MULU, 22 Jun (Bernama) -- Taman Negara Mulu sedang menyaksikan bilangan pelancong asing yang kian bertambah, terutamanya dari bahagian-bahagian lain Asia, kebelakangan ini walaupun terperok agak jauh dan kekurangan kemudahan udara, kata seorang pegawai sebuah hotel di sini. Pelancong-pelancong dari Singapyra, Indonesia dan Hong Kong adalah antara ketibaan utama bulan lalu, kata Pengurus Besar Royal Mulu Resort Walter Kohli hari ini. Mereka tertarik ke Sarawak, terutamanya Mulu, kerana promosi yang agresif negeri ini mengenai jenis pelancongan kebudayaan, pengembaraan dan alam semula jadi. Pembangunan ekonomi yang pesat di Asia dan kemakmuran yang mengiringi kawasan-kawasan itu bermakna bahawa para pelancong Asia akan menjadi sasaran baru bagi industri perhotelan tempatan, beliau memberitahu satu persidangan akhbar hari ini. Mengenai pembangunan Royal Mulu Resort itu sendiri, Kohli berkata tidak ada perancangan untuk meluaskan infrastrukturnya kerana matlamat sekarang adalah untuk mempromosikan pusat peranginan itu kepada pasaran sasaran. "Kami mahu melihat bilik-bilik penuh terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai pengembangan," katanya, sambil menambah bahawa kadar penginapan di pusat peranginan 188 bilik itu masih agak rendah. Beliau berkata pusat peranginan itu, yang mula beroperasi pada 1996, dijangka mendapatkan semula kosnya sebaik sahaja ia telah mereka beberapa pakej pelancong bagi menarik lebih banyak pengunjung. Royal Mulu Resort, yang diurus oleh RIHGA International Limited, Osaka, terletak berhampiran sungai Melinau bersebelahan Taman Negara Mulu, di mana terletaknya Gua Mulu yang masyhur itu. -- BERNAMA RDY SHY OS

Page 84: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

12

MULU DIJANGKA DISENARAIKAN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA

Date: 22-06-2000 Author: / RDY PR Mulu-Warisan MULU (Bahagian Miri), 22 Jun (Bernama) -- Mulu di Sarawak hanya perlu mengambil satu lagi langkah untuk memasuki senarai Tapak Warisan Dunia Unesco kerana tempat itu telah memenuhi semua kriteria. Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak (Taman Negara dan Hidupan Liar) Sapuan Ahmad berkata, kriteria itu ialah Mulu mewakili perubahan besar dalam sejarah dunia, kawasan alam semulajadi yang indah, menjadi habitat signifikan bagi pemuliharaan in-situ dan mewakili ekologi dan evolusi habitat darat. "Keputusan sama ada ia diterima dalam senarai itu dijangka diketahui paling lewat pada Disember," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini. Sapuan telah diberi tugas untuk menjelaskan kepada para peserta Persidangan Warisan Dunia yang berakhir semalam, akan kelebihan Mulu yang terkenal kerana gua-guanya. Persidangan itu yang dianjurkan bersama oleh Institut Pembangunan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak dirasmikan oleh Datuk Dr James Jemut Masing yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Selasa. Mulu dan Niah di Sarawak merupakan antara beberapa tempat di Malaysia yang dipilih untuk dimasukkan dalam senarai itu. Senarai Warisan Dunia telah ditubuhkan di bawah terma Konvensyen Berhubung Perlindungan Budaya Dunia dan Warisan Semulajadi yang diterima pada November 1972 di persidangan am ke 17 Unesco. Konvensyen itu menyatakan yang satu Jawatankuasa Warisan Dunia akan mewujudkan, mengemaskini dan menerbitkan Senarai Warisan Dunia bagi tapak-tapak budaya dan semulajadi yang dianggap mempunyai nilai-nilai universal yang tidak dapat dibandingkan. Tempat-tempat yang disenaraikan dalam senarai warisan dunia itu akan diberi bantuan teknikal dan kecemasan di bawah tabung warisan dunia. Sehingga Disember lepas, terdapat 630 harta yang disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia Unesco yang termasuk terumbu karang `The Great Barrier Reef' di Australia dan tembok `Great Wall' di China. -- BERNAMA RDY PR

Page 85: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

13

S'WAK JANGKA KETIBAAN PELANCONG DI MULU MENINGKAT 60 PERATUS SELPAS 2003

Date: 20-06-2000 Author: / RDY/MT LAT Pelancongan-Mulu/I MULU, (Bahagian Miri) 20 Jun (Bernama) -- Sarawak menjangkakan jumlah ketibaan pelancong ke Mulu akan meningkat sebanyak 60 peratus selepas 2003 apabila projek memanjangkan landasan terbang di sini siap. Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Jemut Masing berkata sektor swasta khususnya industri perhotelan beroperasi dalam keadaan rugi kerana kekurangan kemudahan yang membantutkan pertumbuhan industri pelancongan. "Kadar penginapan di Mulu secara puratanya adalah antara 7 peratus dan 14 peratus tetapi ia tidak mencukupi kerana hotel memerlukan kira-kira 40 peratus untuk menampung perbelanjaan operasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Warisan Dunia. Beliau mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Masing berkata kos bagi membina landasan terbang Mulu yang dijangka dimulakan tahun ini, berjumlah RM47 juta. Menurut Masing landasan sedia ada sepanjang 1,200 meter akan dipanjangkan ke 300 meter untuk menjadikannya 1,500 meter bagi menampung penerbangan fokker. Pada masa ini, kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan mengadakan penerbangan terus antara Brunei dan Kota Kinabalu di Sabah dalam usaha untuk meningkatkan ketibaan pelancongan ke Mulu. Katanya penerbangan antara negeri hanya boleh dijalankan selepas kerja-kerja pembesaran itu selesai. Katanya sebelum ini ada penerbangan terus dari Brunei ke Mulu tetapi digantung kerana kemelesetan ekonomi. Mengenai permohonan Mulu dan Niah untuk disenaraikan sebagai kawasan Warisan Dunia, Masing berkata keputusannya hanya akan diketahui pada November ini. Terdapat sejumlah 630 harta (480 budaya, 128 Alam Semulajadi dan 22 campurab) di lebih dari 118 buah negara dalam senarai Warisan Dunia Unesco. -- BERNAMA RDY/MT LAT

Page 86: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

14

EMPAT FAKTOR BAGI MULU UNTUK DISENARAIKAN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA

Date: 12-06-2000 Author: / RDY NAK Mulu-Unesco/I KUCHING, 12 Jun (Bernama) -- Sarawak bergantung kepada empat faktor bagi membolehkan Mulu disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco. Institut Pembangunan Sarawak (SDI) berkata Penolong Pengarah Jabatan Perhutanan Sapuan Ahmad telah diberi tanggungjawab untuk menjelaskan kepada peserta Persidangan Warisan Dunia di Mulu mulai 20 hingga 22 Jun mengenai kelebihan tempat itu yang terkenal dengan gua-guanya. Persidangan itu anjuran bersama SDI dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak. Dalam satu kenyataan di sini, SDI berkata empat faktor itu ialah Mulu telah melalui perubahan besar dalam sejarah bumi, merupakan sebuah tempat yang unggul dengan kecantikan semulajadi, menyediakan habitat semulajadi yang penting bagi pemuliharaan setempat dan mewakili ekologikal dan pengembangan habitat wilayah yang berterusan. Awal tahun ini, Menteri Pelancongan Negeri Datuk Dr James Jemut Masing berkata Mulu dan Niah di Sarawak telah dinamakan sebagai calon Malaysia selain lima yang lain termasuk Taman Negara di Pahang dan Taman Kinabalu di Sabah. Senarai Warisan Dunia itu diwujudkan mengikut Konvensyen Berhubung Perlindungan Warisan Budaya dan Semulajadi Dunia yang diterimapakai pada November 1972 di persidangan Unesci ke-17. Konvensyen itu menyatakan bahawa sebuah Jawatankuasa Warisan Dunia akan ditubuhkan bagi mengemaskinikan dan menerbitkan Senarai Warisan Dunia untuk harta budaya dan semulajadi yang dikemukakan oleh negara-negara dan dianggap mempunyai nilai-nilai universal. Tempat-tempat yang terkandung dalam Senarai Warisan Dunia akan diberikan bantuan teknikal dan kecemasan di bawah Tabung Warisan Dunia. Setakat Disember tahun lepas, terdapat 630 harta yang disenaraikan di bawah Senarai Warisan Dunia Unesco termasuk Tembok Besar China. -- BERNAMA RDY NAK

Page 87: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

15

STATUS TAMAN NEGARA MULU SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA DIJANGKA PADA NOVEMBER

Date: 05-06-2000 Author: / CJ RHM Warisan/I KUCHING, 5 Jun (Bernama) -- Status Taman Negara Gunung Mulu, taman negara terbesar Sarawak, dalam Senarai Tapak Warisan Dunia (WHS) dijangka akan diumumkan November ini. Kawasan itu, dekat Miri, meliputi lebih 540 km persegi tanah dilindungi, hutan hujan yang kaya dengan pelbagai biologi dan sistem gua dan laluan bawah tanah yang tidak terkira jumlahnya, ditinjau oleh pegawai Unesco pada Januari tahun ini. Permohonan bagi taman negara itu disenaraikan dalam WHS dikemukakan tahun lepas, kata Institut Pembangunan Sarawak (SDI) dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya hasil ekspedisi Persatuan Geografi Diraja/Kerajaan Sarawak 1977/78 telah menyediakan petunjuk mengenai kekayaannya yang sebenar. Ia termasuk kira-kira 2,000 spesies pokok berbunga, 3,500 spesies pokok dan 8,000 spesies kulat di samping 20,000 spesies haiwan terdiri serangga, mamalia, burung, cicak, katak dan kodok. Taman Negara itu juga menawarkan pelawat peluang untuk menerokai pelbagai tarikan dalam kawasan taman itu, termasuk empat "gua pameran" yang dipasang dengan lampu dan dinding kayu, siri laluan "penerokaan gua", pelbagai trek terkenal seperti "Pinnacles" dan Laluan Kemuncak Mulu. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri pelancongan dalam membangunkan dan mempromosikan Warisan Dunia, SDI bersama-sama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) akan menganjurkan Persidangan Warisan Dunia di taman negara itu dari 20 hingga 22 Jun. Menurut SDI, persidangan yang akan diadakan Royal Mulu Resort itu akan menumpukan terhadap penyenaraian WHS dan peranannya, faedah dan implikasi berkaitan promosi kebudayaan, artistik dan warisan semulajadi. Kajian kes yang akan dibentangkan termasuk Taman Negara Komodo di Indonesia, Sukhotai (Thailand), Kyoto (Jepun) dan Taman Negara Kinabalu (Malaysia), katanya. Perunding bagi Kebudayaan Unesco yang berpejabat di Bangkok Beatrice Kaldun dan seorang pakar mengenai pemuliharaan aset kebudayaan dari Jepun Eizou Kitada merupakan antara penceramah pada persidangan itu yang dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 20 Jun. -- BERNAMA CJ RHM

Page 88: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

16

MULU DAN NIAH DALAM SENARAI WARISAN DUNIA UNESCO TIDAK LAMA LAGI

Date: 21-02-2000 Author: / RDY RHM Masing-Warisan KUCHING, 21 Feb (Bernama) -- Sarawak yakin bahawa Mulu dan Niah yang terletak di utara negeri ini akan disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia Unesco tahun ini. Menteri Pelancongan Negeri Datuk Dr James Jemut Masing hari ini berkata Mulu dan Niah telah dikemukakan sebagai calon Malaysia di samping lima lagi tempat di negara ini. "Keputusannya dijangka menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Poster Majlis Kepelbagaian Biologi Sarawak bagi mewujudkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai di sini hari ini. Dr Masing berkata Mulu telah dicadangkan bagi kategori kebangsaan manakala Niah bagi kategori kebudayaan. Senarai Warisan Dunia diwujudkan di bawah peraturan Konvensyen Mengenai Perlindungan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi Dunia yang diguna pakai pada November 1972 pada Persidangan Agung Unesco Ke-17. Konvensyen itu menggariskan bahawa Jawatankuasa Warisan Dunia akan diwujudkan, mengemaskinikan dan menerbitkan Senarai Warisan Dunia mengenai kebudayaan dan khazanah semulajadi yang dikemukakan oleh negara-negara, yang dianggap sebagai mempunyai nilai sejagat luar biasa. Tempat-tempat yang disenaraikan di bawah Senarai Warisan Dunia itu akan diberikan bantuan teknikal dan kecemasan oleh Dana Warisan Dunia. Setakat Disember tahun lepas terdapat 630 khazanah disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia Unseco termasuk Terumbu Karang Great Barrier di Australia dan Tembok Besar Negeri China. Dr Masing juga berkata Persidangan Warisan Dunia akan diadakan pada 20 dan 21 Jun di Royal Mulu Resort, Miri. Persidangan itu akan membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi industri pelancongan dalam membangunkan dan mempromosikan tempat atau khazanah Warisan Dunia. Ia akan dianjurkan bersama oleh Institut Pembangunan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak. -- BERNAMA RDY RHM

Page 89: Bario, Ba'Kelalan, Mulu dipromosi - Repositori Digital: Homemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1030/5/Tapak Warisan... · "Apabila semua itu sudah berjaya kita laksanakan,

17

SATU LAGI REKOD BAGI GUA MULU

Date: 27-06-1996 Author: / AHM AKD Kelawar MULU, 27 Jun (Bernama) -- Sistem gua Mulu di Taman Negara Mulu di sini telah mencipta satu lagi rekod dunia. Ia mempunyai bilangan kelawar paling banyak di dunia. Ketua Unit Pengurusan Karst di Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan Sarawak, David William Gill berkata Deer Cave, yang merupakan laluan gua terbesar di dunia, juga merupakan tempat kediaman kepada kira-kira dua juta kelawar. Unit itu telah mengenalpasti 12 spesis kelawar di gua itu, yang mempunyai ketinggian 120m dan lebar 100m, katanya pada simposium serantau mengenai pelancongan alam semula jadi anjuran Institut Pembangunan Sarawak (SDI) di sini malam tadi. Simposium empat hari itu berakhir hari ini. Gua itu juga mempunyai bilangan spesis kelawar paling banyak, katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lebih banyak spesis kelawar yang belum dikenalpasti di gua itu. Katanya, kelawar itu memakan kira-kira 10 metrik tan serangga setiap malam selepas meninggalkan gua mengikut koloni masing-masing pada kira-kira pukul 4.30 petang dan 6.30 petang. Gill berkata anggaran bilangan kelawar itu dibuat melalui gambar-gambar yang diambil dalam koloni mereka dan jumlah itu dikira dan didarab dengan anggaran jumlah koloni. Beliau berkata Clearwater Cave, gua terpanjang di dunia, telah dijejaki sejauh 107 km. Gua itu dipercayai sepanjang 200 km. Gill juga berkata ruang bawah tanah terbesar di dunia, Sarawak Chamber, dibuka untuk pengembara. Tujuh gua di Taman Negara Mulu juga dibuka bagi pengembaraan oleh pencinta alam, katanya. Hanya empat gua -- Deer Cave, Lang Cave, Wind Cave dan Clearwater Cave -- dibuka kepada orang ramai, katanya. Pada tahun lepas, kira-kira 300 pelancong mengembara ke dalam gua di taman itu. Mereka yang berminat mengembara di taman itu perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak dan Setiausaha Kerajaan Negeri, katanya. -- BERNAMA AHM AKD

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 18 April 2013