pengurusan sumber manusia

4
Maimunah Aminuddin (2003) mendefinasikan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sebagai suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua organisasi besar atau kecil untuk memastikan manusia yang diambil bekerja digunakan dengan berkesan dan cekap serta berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Menurut Bohlander dan lain-lain (2001), PSM merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivancevich (2001) pula mentakrifkan PSM sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Pandangan awal menyatakan bahawa manusia adalah kos kerana mereka perlu dibayar gaji dan diberi berbagai bentuk faedah seperti cuti, bonus dan faedah kesihatan. Bagaimanapun kepentingan elemen manusia tidak dapat dipisahkan daripada kejayaan sesebuah organisasi. Menurut L.F.Urwick, “business houses are made or broken in the long run not by markets or capitals, patents or equipments, but by men”. Manakala Peter F.Drucker, menyatakan bahawa “man, of all the resources available to man, can grow and develop.” Ahmad Abdul Aziz pula berpendapat sesebuah organisasi yang mantap perlu memiliki pekerja yang berkualiti dan berkebolehan tinggi, program latihan yang berkesan untuk memotivasikan pekerja, keupayaan dan upah 1

Upload: cikgutaufik

Post on 12-Jun-2015

2.718 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Maimunah Aminuddin (2003) mendefinasikan Pengurusan Sumber Manusia

(PSM) sebagai suatu aktiviti yang dijalankan dalam semua organisasi besar atau kecil

untuk memastikan manusia yang diambil bekerja digunakan dengan berkesan dan cekap

serta berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Menurut

Bohlander dan lain-lain (2001), PSM merangkumi penggabungan semua tenaga kerja

yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivancevich (2001) pula

mentakrifkan PSM sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu

memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat

organisasi dan individu.

Pandangan awal menyatakan bahawa manusia adalah kos kerana mereka perlu

dibayar gaji dan diberi berbagai bentuk faedah seperti cuti, bonus dan faedah kesihatan.

Bagaimanapun kepentingan elemen manusia tidak dapat dipisahkan daripada kejayaan

sesebuah organisasi. Menurut L.F.Urwick, “business houses are made or broken in the

long run not by markets or capitals, patents or equipments, but by men”. Manakala Peter

F.Drucker, menyatakan bahawa “man, of all the resources available to man, can grow and

develop.” Ahmad Abdul Aziz pula berpendapat sesebuah organisasi yang mantap perlu

memiliki pekerja yang berkualiti dan berkebolehan tinggi, program latihan yang berkesan

untuk memotivasikan pekerja, keupayaan dan upah yang setimpal untuk para pekerja,

serta hak dan layanan (kebajikan) yang baik.

Muhammad Nasri dan Ab. Aziz (2005) pula mengariskan bahawa PSM dalam

Perspektif Islam bermaksud pelaksanaan amalan pengurusan dalam usaha untuk

memupuk, membangun dan memperkembangkan dan seterusnya meneruskan

keberkesanan penggunaan sumber dalam diri untuk mencapai peningkatan diri dan

ummah. Peranan dan fungsi PSM ialah merujuk kepada kemampuan pengurus untuk

mengenalpasti sumber-sumber yang wujud dalam diri manusia dalam bentuk kebolehan,

kemahiran dan kecekapan.

1

Maimunah Aminuddin (2003) telah membahagikan perkembangan fungsi PSM

kepada 3 peringkat iaitu peringkat 1 : Revolusi Perindustrian pada tahun 1850-an

sehingga 1920-an. Peringkat 2 : Pendekatan Perhubungan Manusia pada tahun 1930-an

sehingga 1950-an dan Peringkat 3 : Perkembangan Terkini 1960-an sehingga 2000-an.

Menurut Maimunah Aminuddin (2003), pertumbuhan sektor perindustrian telah

meningalkan kesan negatif pada lewat abad ke 20-an. Pengkhususan yang berlebihan

mengakibatkan kehilangan perasaan megah di kalangan pekerja terhadap tugas masing-

masing apabila mereka tidak dipertanggungjawabkan ke atas keseluruhan keluaran

mereka. Perkembangan perindustrian turut membawa kepada eksploitasi terhadap

pekerja. Pekerja telah dipaksa bekerja lebih masa dalam persekitaran kerja yang

berbahaya pada kadar gaji yang rendah. Bagaimanapun dengan peningkatan pendidikan,

majikan kini, telah memberikan penumpuan mewujudkan pakej faedah dan PSM yang

berkesan untuk menarik dan mengekalkan pekerja-pekerja yang baik..

Muhammad Nasri dan Ab. Aziz (2005) menyatakan bahawa fungsi PSM

termasuk penempatan tenaga kerja yang sesuai, sistem pengambilan dan pemilihan

pekerja yang berkesan, penggunaan potensi setiap pekerja secara optima serta

pemeliharaan keselamatan dan kebajikan pekerja yang sesuai. Manakala Maimunah

Aminuddin (2003) mengariskan fungsi-fungsi PSM termasuklah pekerjaan, latihan dan

pembangunan, sistem pembayaran gaji atau ganjaran, kesihatan dan keselamatan,

perkhidmatan pekerja atau kebajikan, skim penambahbaikan produktiviti dan

perhubungan perusahaan.

Pekerja adalah aset terpenting di dalam sesuatu organisasi. Proses PSM perlulah

berterusan agar prestasi dan produktiviti organisasi sentiasa berada pada tahap yang

dingini. PSM memerlukan kemahiran dan kepakaran tertentu untuk mereka bentuk dan

melaksanakan polisi serta prosedur bagi tujuan mengrekrut, membangun dan

mengekalkan para pekerja.

2