ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد...

22
رسيدڠن ترتوتوڤ ڤݢيتلبن دي ڤڠاركيPembicara Puan Kamariah binti Abu Samah dan Puan Hajah Wahyunah binti Abd. Ghani Dewan Bahasa dan Pustaka Peranan dan Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dalam Melestari Manuskrip Melayu Tarikh 17 November 2014 (Isnin) Masa 9.00 pagi Tempat Dewan Kuliah, Aras 4 Blok Podium, Dewan Bahasa dan Pustaka Anjuran Dengan Kerjasama

Upload: buique

Post on 26-Feb-2019

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

ڤرسيدڠن ترتوتوڤ

ڤڠاركيبن ديݢيتل

Pembicara

Puan Kamariah binti Abu Samah dan Puan Hajah Wahyunah binti Abd. Ghani Dewan Bahasa dan Pustaka

Peranan dan Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dalam Melestari

Manuskrip Melayu

Tarikh 17 November 2014 (Isnin)

Masa

9.00 pagi

Tempat Dewan Kuliah, Aras 4

Blok Podium, Dewan Bahasa dan Pustaka

Anjuran

Dengan Kerjasama

Page 2: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

1

PERANAN DAN SUMBANGAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MELESTARI MANUSKRIP MELAYU

OLEH

PUAN KAMARIAH BINTI ABU SAMAH, PUSAT DOKUMENTASI MELAYU PUAN HAJAH WAHYUNAH AB. GANI, BAHAGIAN PENYELIDIKAN SASTERA

Tradisi penyebaran dan pengembangan ilmu dalam masyarakat Melayu menerusi naskhah dan

manuskrip Melayu telah ditemui berabad-abad lamanya. Tradisi penyalinan manuskrip dan

penyebaran ilmu persuratan Melayu berkembang pesat pada zaman kegemilangan Kesultanan

Melayu Melaka dan di pusat-pusat kerajaan Melayu nusantara dalam kemuncak perkembangan

Islam. Penyebaran dan pengembangan terus digiatkan melalui percetakan khususnya

percetakan cap batu jawi (litograf) dalam abad ke-19 dan percetakan moden. Warisan

pengetahuan bangsa dibongkar oleh para pengkaji sarjana barat dan nusantara pada akhir

abad ke-18 melalui himpunan khazanah yang tersimpan di perpustakaan, muzium dan pusat

pengajian dalam dan luar negara. Pesan Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin1

meninggalkan makna tentang kewajipan generasi untuk terus mengembangkan ilmu dan

penghayatan isi kandungan yang tersimpan dalam khazanah naskhah Melayu agar dapat

disampaikan kepada masyarakat.

...”barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh semua anak cucu

kita yang kemudian daripada kita, .... Dan adalah beroleh faedah daripadanya.”...

Beralih kepada suasana masa kini, tugas menyebar dan menyampaikan ilmu warisan manuskrip

Melayu berkembang menerusi kegiatan pengumpulan, penyelidikan, penerbitan, promosi,

pembacaan, transliterasi, penyiaran media massa sesuai dengan kemudahan dan teknologi

yang ada, dan diterajui oleh pelbagai organisasi dari pusat penyelidikan, institusi pengajian

tinggi, persatuan-persatuan, badan bukan kerajaan, perpustakaan, muzium, dan galeri agar

dapat mendidik, menyubur wacana dan minda masyarakat.

1 Petikan pesanan Tun Seri Lanang dalam buku A. Samad Ahmad. Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka,

2013

Page 3: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

2

Selaras dengan pemupukan dasar kerajaan yang meliputi Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956),

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), peranan dan sumbangan pelbagai pihak terlaksana

dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti bangsa dan negara. Ini termasuklah

usaha kementerian dan agensi, badan-badan berkanun, sektor swasta malah pertubuhan-

pertubuhan yang berkaitan untuk melaksanakan usahasama penyelidikan, pembangunan,

pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya menjadi penting dalam usaha

pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan pembinaan jati diri bangsa

Malaysia di pelbagai peringkat.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)2 telah diperuntukkan bagi menggariskan prinsip

untuk melindungi, memulihara dan melestari warisan dan budaya yang sesuai dengan situasi

masa kini, di mana manuskrip tergolong di bawah warisan kebudayaan ketara ditakrif sebagai

objek sejarah yang “padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisonal, artistik atau

bersejarah”.

Dasar dan akta yang diperuntukkan menunjangi peranan dan usaha perpustakaan, pusat

dokumentasi, muzium dan galeri di Malaysia dalam mengangkat khazanah warisan intelektual

Melayu kepada pengetahuan masyarakat dan dunia.

2. Penyelidikan, penelitian merentas ranah ilmu.

Selain fakulti dan jabatan berkaitan bidang sastera dan sains sosial, penubuhan pusat pengajian

tamadun dan peradaban Melayu di institusi pengajian tinggi di Malaysia kini merancakkan dan

memperluaskan dunia kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu merentas pelbagai ranah ilmu

selain sejarah dan filologi, meliputi adab ketatanegaraan, ilmu watan (indigenous knowledge),

perubatan tradisional, pengurusan, budaya, sains dan teknologi serta pelbagai lagi membawa

suatu pandangan dunia (world view) terhadap korpus pengetahuan dan kearifan bangsa.

Secara umumnya, kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu di pusat akademik dikuasai oleh

kumpulan tertentu seperti ahli filologi, pengkaji, sarjana dan para mahasiswa dengan kemahiran

khusus seperti filologi, kodikologi, transliterasi, tahqiq dan sebagainya.

2 Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia di

bawah kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968 secara usahasama dengan Percetakan Nasional Malaysia

Berhad, 2006

Page 4: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

3

Antara institusi dan pusat pengajian yang menjadi pemain penting mengangkat wahana warisan

persuratan Melayu adalah;

UM - Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Islam, Pusat Dialog Peradaban

UKM - Pusat Kajian Manuskrip Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),

USM - Pusat Kearifan Tempatan

UITM - Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu, UITM (PUSKAM)

Tidak kurang juga pentingnya peranan oleh institusi perpustakaan, muzium, galeri yang

memberi perhatian terhadap sumbangan manuskrip Melayu untuk menzahirkan keistimewaan

pemikiran, akal budi dan citra kecendikiawanan bangsa. Kepelbagaian program untuk

mengetengahkan kekayaan khazanah warisan persuratan Melayu menjurus kepada usaha untuk

saling melengkapi kekuatan institusi pengajian Melayu dalam mengangkat khazanah bangsa.

Sumbangan badan bukan kerajaan seperti Badan Warisan, Yayasan Warisan Negara, Yayasan

Karyawan, Yayasan Warisan Johor, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka (IKSEP) dan

Dunia Melayu Dunia Islam melihat betapa pentingnya manuskrip Melayu dalam tamadun dan

identiti bangsa dan sejarah negara. Begitu juga peranan organisasi seperti Perpustakaan

Negara Malaysia (PNM), Muzium Negara Malaysia, Muzium Kesenian Islam Malaysia, muzium-

muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Pahang,

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Warisan Melayu, Muzium Negeri Kelantan,

Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

menyemarakkan lagi usaha memartabatkan manuskrip Melayu sesuai dengan matlamat

organisasi.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka: peranan dalam pembinaan dan pengembangan sastera

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun

1956 di Johor Bharu, Johor kini adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi membina dan

mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Page 5: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

4

Pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan bertunjangkan objektif

penubuhannya, iaitu:

..”untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk

sains dan teknologi;

untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan

buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam

bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;”3

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah antara institusi terawal di Malaysia

yang menghimpun, membongkar dan menyelidik hasil kesusasteraan lama untuk dimanfaatkan

oleh pelbagai peringkat khalayak khususnya dalam bidang pendidikan. Selaras dengan

matlamat dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 untuk

mengembangkan bakat sastera dan penerbitan, tugas ini bermula dengan “membongkar dan

menyelidik hasil-hasil kesusasteraan Melayu lama” sebagai sebahagian dari usaha untuk

“menjaga hal ehwal bahasa dan sastera.” Ketika itu, DBP memainkan peranan dan

melaksanakan tanggungjawab untuk memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke sekolah-

sekolah serta menggalak pengajian dan pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Tumpuan penyelidikan ketika itu adalah untuk “mengumpul, menyelenggara dan membuat

penyesuaian hikayat-hikayat lama” sejak 1960-an4. Naskhah-naskhah lama dalam bahasa

Melayu diperoleh dari individu sama ada dibeli atau dihadiahkan oleh individu di seluruh

Persekutuan Tanah Melayu. Usaha ini selaras dengan tujuan mendirikan sebuah “perpustakaan

yang khas dan lengkap untuk buku-buku bahasa, hikayat, kebudayaan, kemasyarakatan dan

kesusasteraan Melayu”.

Dalam usia 58 tahun penubuhannya, pelbagai usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka melalui penyelidikan, penerbitan dan pengembangan untuk sentiasa mempersegar

kesinambungan manuskrip Melayu mengisi ruang menjangkau khalayak. Namun, usaha

3 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995).

4 Meniti Jejak Membaharui Babak. Terbitan sempena ulang tahun ke-56 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 6: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

5

mempersegar semula apresiasi dan kecintaan khalayak terhadap manuskrip Melayu

memerlukan kepada pelbagai pendekatan menjangkau khalayak agar khazanah ilmu ini dapat

digarap, disebar dalam ruang dunia nyata dan siber.

3.1 Penyelidikan dan Penelitian Naskhah/Manuskrip Melayu.

Dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan persuratan Melayu, maka DBP telah

merangka pelbagai program penyelidikan sastera. Antaranya ialah melaksanakan program

penyelidikan melalui fungsi penyelidikan kesusasteraan tradisional dengan fokus penyelidikan

dan penelitian tertumpu kepada manuskrip Melayu. Manuskrip Melayu yang merupakan warisan

peradaban dan cendikiawan Melayu, sebagai warisan dokumen negara perlu dipugar,

dipelihara dan dipulihara untuk kajian, rujukan generasi kini dan akan datang. Penelitian ini

adalah untuk menyerlahkan aspek genius kepengarangan Melayu yang di dalamnya terdapat

ilmu ketatanegaraan, ilmu undang-undang, ilmu bahasa, perubatan, adat istiadat, silsilah raja-

raja, ilmu bintang/ilmu ramalan, ilmu penujuman dan sebagainya.

Sebagai usaha untuk mengangkat dan memartabatkan naskhah Melayu ini maka

beberapa projek telah dirancang antaranya Projek Transliterasi dan Analisis Naskhah Melayu,

Projek Mempermudah Naskhah yang telah ditransliterasi, Projek Sinopsis Naskhah, Projek

Kajian Naskhah Kesultanan Melayu/Karya Agung Melayu, dan Projek Intisari Naskhah Melayu.

Mentransliterasi naskhah /manuskrip Melayu bererti penggantian huruf atau pengalihan

huruf demi huruf dari satu abjad ke abjad yang lain. Misalnya huruf Arab-Melayu ke huruf latin.

Tugas seorang pentransliterasi tidak setakat itu saja malah perlu bijak membubuh tanda baca

seperti titik, koma, huruf besar, huruf kecil , pembahagian dan sebagainya untuk memudahkan

pemusatan perhatian. Kita juga harus mempertahankan ciri-ciri teks yang asal.

Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa ada beberapa halangan yang sering

mengganggu emosi seseorang pentransliterasi, iaitu dari segi penggunaan ejaan jawi lama,

tulisan yang tidak cantik, tidak jelas (kabur), tidak selaras, istilah yang sukar difahami, kertas

Page 7: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

6

yang tidak berkualiti dan sebagainya. Disebabkan faktor-faktor di atas, maka tempoh kerja-

kerja mentransliterasi sesebuah manuskrip ada kalanya memakan masa yang panjang, setelah

minat dan kesabaran sesorang itu diambil kira.

Ketika menelaah dan mentransliterasi manuskrip Melayu yang telah dikenalpasti, kita

akan menemui sistem penulisan jawi yang akan terbuka kepada segala macam tafsiran.

Contohnya , dalam sistem ejaan jawi , perkataan bumi dieja b-w-m, yang boleh dimaksudkan

sebagai bom atau bumi, sebut dieja s-b-t , yang boleh jadi sebat atau sabit, banding dieja b-

n-d-ng, boleh dibaca sebagai bendang, makin dieja m-a-k-n , boleh dibaca sebagai makan, tuan

dieja t-w-n, mungkin ditafsir sebagai tun, k-m-b-ng boleh ditafsir sebagai kambing, kumbang,

kembang dan kembung.(Ini adalah sekadar beberapa contoh).

Di samping masalah di atas, diturunkan beberapa contoh yang lain yang menyumbang

kepada kekeliruan dan akhirnya menyalah tafsir sesuatu perkataan. Contohnya:

1. huruf j ( jim) menjadi c (cha) dan sebaliknya

- jong dieja c-w-ng ( SAM, hlm.26)

- jawa dieja c-a-w-a( SSK, hlm 75c)

- jongor dieja c-ng-w-r ( SM, hlm. 68)

- cawis dieja j-a-w-y-s ( HMTJK, hlm. 70)

- cendera dieja j-n-d-r-a ( HHT,hlm.225)

- cucuran dieja j-n-j-w-r-n (HHT,hlm. 35)

2. huruf g (ga) menjadi k (ka)

- geger dieja k-y-k-y-r (HMTJK, hlm. 140)

- gering dieja k-r-y-ng ( SAM, hlm. 2)

- gewang dieja k-y-w-a-ng (SSZPC, hlm.59)

- gementar dieja k-m-t-r ( SSK, hlm. 370a)

Page 8: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

7

3. huruf /vokal a (alif) yang sepatutnya berada di akhir ditiadakan

- derma dieja d-r-m ( HAH, hlm. 11)

- cinta dieja c-y-n-t (SSK, hlm. 48c)

- bejana dieja b-a-j-n ( HB,hlm. 282)

- berida dieja b-r-y-d ( SKT, hlm. 123)

- sarwa dieja s-r-w ( HB, hlm. 11)

4. huruf/vokal a (alif) dihilangkan antara konsonan

- satu dieja s-t-w (SKT, hlm. 136)

- bahana dieja b-h-n-a ( HAH, hlm. 495)

- capak dieja c-p-k (SSZPC, hlm.102)

- dara dieja d-r-a (KA, hlm.490)

5. Guna huruf a (alif) pada tempat yang sepatutnya gunakan e pepet

- dekat dieja d-a-k-t (HTAD, hlm. 46)

- beri dieja b-a-r-y (HRK, hlm. 29)

- demi dieja d-a-m-y (HIP, hlm. 189)

- pedang dieja p-a-d-ng (HTAD, hlm. 82)

6. Huruf h (ha) digugurkan dan diganti dengan a (alif) dan sebaliknya

- hadiah dieja a-d-y-h ( HHT, hlm. 73)

Page 9: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

8

- hartawan dieja a-r-t-a-w-a-n ( HMAH, hlm. 2)

- hasil dieja a-s-y-l (HTAD, hlm. 17)

- hantu dieja a-n-t-w (HTAD, hlm 26)

- abu dieja h-a-b-w ( HTAD, hlm. 23)

- arang dieja h-a-r-ng (HTAD, hlm. 30)

- atur dieja h-t-w-r ( HTAD, hlm. 45)

Justeru untuk mengatasi masalah mentransliterasi manuskrip Melayu, maka Bahagian

Penyelidikan Sastera telah merangka satu panduan sebagai rujukan untuk

mentransliterasi Naskhah/manuskrip Melayu. ( Lihat lampiran).

3.2 Penerbitan Berasaskan Manuskrip Melayu.

Penerbitan sesebuah karya harus sesuai dengan khalayaknya, khususnya dalam

memperkenal bentuk dan corak hasil-hasil sastera lama dan karya sastera klasik

kepada umum dibuat dalam bentuk dan bahasa yang mudah difahami. Naskhah-

naskhah teks klasik penerbitan awal DBP di tahun 60-an terus menjadi ikon dalam

pembacaan sastera klasik, antaranya; Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong

Mahawangsa, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Chekel Waneng Pati, Tajus Salatin,

Bustan al-Katibin, Hikayat Patani dan Sulalatus Salatin. Nama-nama karyawan

seperti Abdul Samad Ahmad, Baha Zain, Khalid Hussain, Kassim Ahmad, dan

Hassan Ahmad adalah antara tokoh dan pelopor dalam kajian manuskrip Melayu

DBP. Penerbitan selepas tahun 2000 menampilkan sumbangan tokoh-tokoh

ilmuwan dan generasi muda yang memperkaya khazanah bercetak persuratan

Melayu.

Page 10: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

9

Antara judul yang terbit selepas tahun 2000:

2000 Kesusasteraan Melayu Tradisonal. Edisi kedua

Dr Harun Mat Piah dan rakan-rakan

Hikayat Khoja Maimun Dr. Abd. Rahman Kaeh Hikayat Syah Mardan Zabedah Abdullah Hikayat Inderaputra Ali Hj. Ahmad 2001 Kaba Si Untuang Sudah Jamilah Hj Ahmad 2002 Surat Keterangan Syeikh Jalaludin E.U Kratz dan Adriati Amir Hikayat Para Nabi dan Tokoh-tokoh Islam

dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional Dr. Ismail Hamid dan Wahyunah Abd. Gani

2003 Mutiara Sastera Melayu Tradisonal 2004 Syair Seratus Siti Junaini Kasdan Bustan al-Salatin (Bab 1 dan 2) Dr. Jelani Harun Hikayat Putera Jayapati Wahyunah Abd. Gani Syair Misa Gumitar Wahyunah Abd. Gani Hikayat Caya Langkara Wahyunah Abd. Gani Hikayat Marakarma. Edisi mempermudah Wahyunah Abd. Gani Hikayat Nakhoda Muda Wahyunah Abd. Gani Hikayat Indera nata Wahyunah Abd. Gani Hikayat Cendawan Putih Wahyunah Abd. Gani Syair Seribu Satu Hari Sharniza Sahir Hikayat Seri Kelantan Mohd. Taib Osman Hikayat Patani Ali Majod Hikayat Inderaputera.

Edisi Mempermudah Mariyam Salim

Hikayat Raja-raja Pasai. Edisi Mempermudah

Ismail Ahmad

Hikayat Panji Semirang. Edisi Mempermudah

Hamsiah Abd. Hamid

Hikayat Marakarma Edisi Mempermudah

Wahyunah Abd. Gani

Epik Melayu satu kajian naskhah Rogayah Abd. Hamid & Mariyam Salim

2005 Undang-undang Kedah Mariyam Salim Sastera Panji Noriah Mohamed dan

Mariyam Salim 2006 Kesultanan Melayu Rogayah Abd. Hamid &

Mariyam Salim Kesultanan Melayu Kelantan Rogayah Abd. Hamid &

Mariyam Salim Kesultanan Melayu Kedah Rogayah Abd. Hamid &

Mariyam Salim Kesultanan MelayuTerengganu Rogayah Abd. Hamid &

Mariyam Salim Nasihat al Muluk Dr. Jelani Harun Intisari Karya Klasik Rogayah Abd. Hamid & Etty

Page 11: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

10

Zalita Zakaria Hikayat Ali Badsyah Dr. Saiful Bahri Md. Razi Kepustakaan Ilmu Tradisional Rogayah Abd. Hamid &

Mariyam Salim Dunia Sahibul Hikayat Noriah Taslim Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak Ab. Razak Ab. Karim Undang-Undang Laut Mariyam Salim 2007 Puisi-puisi Syeikh Ahmad Fatani Hj. Wan Mohd. Saghir

Abdullah Syair Si Burung Nuri Wahyunah Abd. Gani Faridah al-Faraid Dr. Ibrahim Abu Bakar Intisari Karya Klasik II Rogayah Abd. Hamid & Etty

Zalita Zakaria 2008 Bustan al Salatin (Bab 3) Dr. Jelani Harun The Legend of Hang Tuah Ruzaini Fikri Mohd. Azman 2012 Hikayat Kelana Panji Anakan Seri Panji 2014 Syeikh Abd. Samad al-Falimbani

Penulis Hidayah Al-Salikin Khader Ahmad, Ishak Hj. Suliaman

Kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk IPTA, dan swasta dipertingkatkan dalam

memperkaya dan memperhebat khazanah penyelidikan bahasa dan sastera Melayu serta

memperpertingkatn ilmuwan bahasa dan sastera, di samping pelbagai ranah ilmu dapat

diterokai dan disebar dengan cepat.

4. Pusat Dokumentasi Melayu (PDM): pusat pengumpulan manuskrip persuratan

Melayu.

Menyedari hakikat salah satu daripada misi DBP untuk menjadi pusat rujukan terunggul tentang

bahasa, sastera dan ilmu dalam pelbagai ranah dan bidang yang berkaitan, maka pusat rujukan

DBP yang dahulu Perpustakaan DBP dinaikkan taraf dan diperluaskan fungsi pada tahun 1993

dan dikenali dengan nama Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) yang diwujudkan bagi memenuhi

keperluan maklumat organisasi dan masyarakat keseluruhannya. PDM merupakan perpustakaan

khusus/penyelidikan yang menumpukan pembinaan koleksi persuratan Melayu dalam pelbagai

bentuk ke arah menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu terunggul di rantau ini, selain

memeliharanya sebagi khazanah warisan bangsa Melayu yang amat berharga. Pusat ini

dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian, sistem multimedia, sistem perpustakaan bersepadu

pada ketika itu serta peluasan fungsi.

Matlamat utama Pusat Dokumentasi Melayu adalah:

Page 12: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

11

1. Memperoleh dan memulihara kepustakaan Melayu selengkap dengan pengkhususan kepada bidang persuratan iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Ini termasuklah koleksi manuskrip Melayu dan nadir serta Koleksi Tokoh.

2. Menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu yang cemerlang yang mudah diakses melalui teknologi terkini.

3. Menyumbang kepada pembentukan masyarkat Malaysia yang berilmu dan kaya maklumat.

4.1 Memperkaya khazanah persuratan Melayu. Dalam konteks menyediakan wadah dan keperluan penyelidikan kebahasaan dan

kesusasteraan Melayu DBP, pembinaan koleksi manuskrip Melayu terarah untuk membina

kekayaan kandungan sejarah, perkembangan bahasa Melayu yang meliputi khazanah dari

rantau dunia Melayu, sungguhpun jumlahnya belum menyaingi jumlah koleksi Pusat

Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Namun keberadaan judul-judul ini

saling melengkapi keperluan penyelidik dan pengguna antara kedua-dua institusi ini.

Sehingga kini PDM memiliki lebih 308 judul manuskrip Melayu serta artifak berkaitan seperti

alatan penulisan dan cop mohor.

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014

JUDUL

(kumulatif)

209 238 247 257 260 265 - 292 305 308

Bagi pecahan mengikut bidang bentuk kitab, syair dan hikayat merupakan jumlah yang

terbesar sesuai dengan teras matlamat dan PDM dan DBP.

Menurut Abu Hassan Sham dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu, kebanyakan judul

manuskrip yang dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kepunyaan kerabat raja

Kelantan, Kedah dan lain-lain. Dari senarai taburan pemilik, beberapa naskhah diamanahkan

atau asal hak milik kerabat raja Kedah, Perak dan Kelantan.

Page 13: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

12

Pembekal dan “purbawan” adalah antara penyumbang terbesar koleksi sejak tahun 2005.

Agar tidak bergantung kepada pembekal yang membataskan jumlah dan kualiti sumber

khazanah koleksi manuskrip Melayu, program pengesanan di lapangan dan lawatan kerja

antara faktor peningkatan jumlah naskhah yang diperolehi PDM. Program Kajian Cop Mohor

Kesultanan Melayu yang melibatkan muzium, galeri dan perpustakaan di negeri Pahang,

Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor (Jun – Okt. 2012) bukan

sahaja berjaya mengumpulkan perbahanan dan maklumat berkaitan cap mohor dan warkah

serta penemuan sejumlah manuskrip Melayu dari pemilik individu di pantai timur Malaysia.

4.2 Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM)

Selain perpustakaan, muzium dilihat sebagai institusi pembinaan minda dan pengembangan

ilmu yang unggul dalam menanam kesedaran terhadap budaya bangsa. Gagasan

penubuhan Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu, DBP dicetuskan pada tahun 1995 hasil

pemikiran wawasan jangka panjang Allahyarham Dato’ Dr. Hassan Ahmad, mantan Ketua

Pengarah ketika itu. Selaras dengan visi menjadikan DBP sebagai pusat persuratan Melayu

di rantau ini, pada tahun 2012, muzium ini dikenali sebagai Muzium Pusat Persuratan

Melayu (MPPM).

MPPM menjadi pentas memartabatkan persuratan Melayu dengan fungsi mengumpul,

mendokumen, memelihara, memulihara, mempamer serta menyebarkan maklumat dan

artifak mengenai sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu.

Dengan peranan sebagai pusat sumber pendidikan (learning institution centre) dan pusat

rujukan warisan persuratan Melayu, pelbagai bentuk peragaan pameran termasuk

multimedia, tapak pelancaran (launching pad) menarik pengunjung menghayati dan

memperoleh pengalaman baru mengenali dan pelbagai ilmu manuskrip Melayu dengan

konsep dan reka bentuk yang menepati citarasa segenap generasi.

Sumbangan karya agung dan tokoh persuratan awal seperti Tun Seri Lanang, Bukhari Al-

Jauhari, Tok Kenali, Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Daud Fatani dan Abdul Samad Al-

Palembangi, Hamzah Fansuri, Munshi Abdullah, Syed Sheikh al-Hadi dan ramai lagi tokoh

menjadi pengisian kepada MPPM. Perjuangan tokoh persuratan mengembangkan bahasa

Melayu menerusi pelbagai media paparan termasuk multimedia interaktif, meningkatkan

semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa dan sastera Melayu.

Page 14: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

13

4.3 Mengupaya Teknologi Maklumat.

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih dan gaya hidup yang ”pantas”, teknologi

maklumat dan komunikasi alat adalah alat penyebaran yang amat berkesan dalam

menjangkau khalayak merentas sempadan geografi dan masa. Menerusi strategi lautan biru

DBP menjalin kerjasama mengoptimumkan sumber tenaga, kepakaran dan perbahanan

bagi memperkaya khazanah persuratan dan kepustakaan Melayu antara organisasi dalam

dan luar negara. Mymanuskrip, terhasil dari kerjasama Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Perpustakaan UM, Perpustakaan UKM dan DBP

dalam mempromosi khazanah manuskrip Melayu dan menjana penyelidikan.

Laman sesawang Mymanuskrip, repositori digital manuskrip Melayu.

5. Memperkasa manuskrip Melayu kepada khalayak.

Tradisi penyebaran ilmu dan persuratan Melayu pada abad ke-13 menjadikan istana

sebagai pusat intelektual dan pengembangan ilmu selepas Islam berkembang di alam

Melayu. Kewujudan pusat pengajaran Islam diteruskan oleh institusi pondok yang

berkembang pada awal abad ke-19.

Page 15: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

14

Dalam dekad ini, perpustakaan, muzium dan galeri amat kreatif menggunakan pelbagai

pendekatan untuk memasyarakatkan dan mempopularkan manuskrip Melayu agar sentiasa

segar dan diminati masyarakat. Kunjungan penulis ke beberapa muzium dan universiti di

sekitar Bandung, Jakarta dan Jogjakarta pada akhir tahun 2012, memperoleh maklumat

berkaitan program mengangkat naskhah klasik sebagai pengembang serta pendukung

kebudayaan daerah bagi menarik perhatian dan penglibatan golongan muda.

Di Malaysia, amat kurang sekali program yang dapat diikuti oleh masyarakat umum,

golongan muda dan kanak-kanak khususnya di luar kurikulum mata pelajaran bahasa

Melayu dan komponen sastera dalam sistem pendidikan sekolah. Hiburan, permainan

komputer, internet, ipad, telefon pintar lebih mendapat perhatian khususnya golongan

remaja dan kanak-kanak. Keadaan ini akan membawa kepada kepupusan minat

masyarakat terhadap manuskrip Melayu khususnya, dan persuratan Melayu amnya

sekiranya tidak diberikan perhatian. Selain tumpuan kepada penyelidikan, kajian dan

penerbitan, pelbagai pendekatan memasyarakatkan manuskrip Melayu sesuai dengan

khalayak golongan dewasa, generasi muda dan kanak-kanak perlu diusahakan.

Keupayaan mengaplikasikan teknologi maklumat, sungguhpun memberi manfaat dalam

meningkatkan akses kepada koleksi manuskrip Melayu digital mahupun naskhah asli,

namun ia lebih banyak dirujuk dan dihayati oleh pengkaji dan pembaca yang terlibat

dengan secara langsung dalam pembelajaran, pengajaran, penelitian, penerbitan,

pengumpulan dan pemeliharaan manuskrip Melayu. Sejumlah besar dari masyarakat

umum tidak mempunyai pengetahuan mahupun terdedah kepada manuskrip Melayu atas

sebab-sebab;

i. tidak berkaitan dengan tugas dan pembelajaran,

Page 16: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

15

ii. peluang mengakses dan membaca jarang diperolehi kerana lokasi pusat penyimpanan

manuskrip di luar jangkauan serta tertakluk kepada peraturan tertentu organisasi

penyimpanan,

iii. kurangnya program dan promosi yang ”mendedahkan” manuskrip Melayu kepada

khalayak.

5.1 Baca Naskhah Teks Klasik.

Pembacaan naskhah klasik DBP mula diperkenalkan dalam program Galakan Membaca

yang sering diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia sesuai dengan

peranan DBP memperkenal dan mempopularkan karya dan tokoh persuratan kepada

masyarakat. Lanjutan itu, baca naskhah telah mengisi program Bulan Bahasa Kebangsaan,

sambutan Ulang tahun DBP dan Bulan Membaca di luar premis DBP khususnya institusi

pendidikan guru, universiti dan perpustakaan. Sehingga kini, lima (5) judul berasaskan

manuskrip Melayu telah diperkenalkan kepada khalayak peringkat remaja dan dewasa di

dalam dan luar negara menerusi program baca naskhah yang berkonsepkan pembacaan

tanpa henti (uniterrupted readings) dan secara spontan.

i. Pembacaan Sulalatus Salatin, naskhah diselenggara oleh Abd. Samad Ahmad

terbitan DBP bertepatan dengan pemasyhuran karya agung warisan dunia dalam

Memory of the World Register, Unesco. Pembacaan naskhah bukan sahaja

bertujuan memperkenalkan karya agung kepada masyarakat umum, malah

menarik penyertaan wakil-wakil kedutaan, dan masyarakat pelbagai kaum.

Pembaca bukan sahaja menghayati sejarah zaman kegemilangan Kesultanan

Melayu Melaka, malah dapat membayangkan kemajmukan masyarakat pada

zaman lampau. Di samping itu, pembacaan turut menanam semangat kecintaan

terhadap citra dan jati diri bangsa, khususnya kepada warga Malaysia di luar

Page 17: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

16

negara. Secara tidak langsung, program ini juga menarik perhatian warganegara

di luar negara kepada naskhah yang tersimpan di John Ryland Library,

University of Manchester.

ii. Hikayat Seri Kelantan sebuah naskhah klasik tentang sejarah pemerintahan

negeri Kelantan yang tergolong dalam kategori manuskrip sejarah dan keta-

tanegaraan. Hikayat ini bermula dengan kisah Cik Siti Wan Kembang sebagai

raja yang asal memerintah negeri Kelantan Purba dan diikuti pula dengan kisah

lagenda Tuan Puteri Sa’dong. Pemerintahan Kelantan Purba bergolak selepas

Puteri Sa’dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahannya kepada suami

baginda, Sultan Abdullah. Turut mengisahkan susur galur pemerintahan beraja

kerajaan Islam Kelantan, meliputi sistem undang-undang, ekonomi, bahasa,

budaya dan agama. Variasi dan kreativiti pembaca menggunakan dialek

Kelantan dan Siam menghidupkan suasana pendengar menghayati penceritaan

naskhah berunsur sejarah.

iii. Syair Nabi Allah Ayob alaihissalam memperkenalkan puisi tradisional yang sarat

membawa mesej dan nilai-nilai murni dan penghayatan Islam. Kreativiti pembaca

menyampaikan di luar kebiasaan irama syair menimbulkan persaingan antara

peserta untuk menonjolkan kelainan dan keunikan dalam persembahan masing-

masing. Membaca secara spontan petikan halaman bertulisan jawi memberi

cabaran antara penyampaian lagu syair dan kelancaran sebutan.

iv. Hikayat Anak Miskin adalah cetakan litograf yang menguji kemahiran jawi di

samping memperkenalkan kosa kata klasik yang menggunaan dialek utara.

Peserta sering tidak dapat mengelakkan kesalahbacaan kerana kurang

penguasaan kosakata klasik dan dialek , antaranya taktibu (sepatutnya tabtibau),

Kulab (sepatutnya Kulub), ejaan sering bertukar ganti antara kata menantu dan

mentua, itu dibaca sebagai ayat.

Page 18: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

17

Peserta akan membaca 1 hingga 2 halaman yang ditetapkan, bergantung kepada

ketebalan naskhah dan dinilai dari aspek sebutan, persembahan, kelancaran dan

bacaan. Penghayatan isi kandungan manuskrip Melayu amat bergantung kepada

keupayaan dan kemahiran membaca tulisan jawi lama. Ciri-ciri seperti ketiadaan tanda

bacaan, ketidakselarasan ejaan, gaya tulisan khas dan pelbagai adalah cabaran yang

besar kepada pencinta naskhah atau individu yang berminat untuk membaca

manuskrip Melayu. Oleh itu, galakan dan pendedahan melalui program yang sesuai

dengan khalayak akan memberi impak yang besar untuk mengenali isi kandungan dan

mencerna pelbagai pengetahuan.

Program Baca Naskhah mengikut tahun.

TAHUN JUDUL ACARA PESERTA

2006 Sulalatus Salatin Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

Pebagai kaum

2007 Hikayat Seri Kelantan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

Pebagai kaum

2008 Hikayat Nakhoda Muda Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, DBP

Terbuka

Pebagai kaum

2011 Syair Nabi Allah Ayob alaihissalam

Bulan Membaca, IPG Kampus Pendidikan Islam

Pelatih

2011 Hikayat Anak Miskin Bulan Membaca, IPG Kampus Bahasa Melayu

Pelatih

2011 Hikayat Anak Miskin Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI

Pelajar IPT

Page 19: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

18

2013 Sulalatus Salatin Kursus Bahasa Melayu dan Patriotisme, Sekolah Malaysia, Manchester.

Tenaga Pengajar

2013 Hikayat Anak Miskin Bulan Bahasa Kebangsaan, Perlis

Pelajar Sekolah Menengah

2013 Hikayat Anak Miskin Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Perak

Pelajar IPT

2014 Sulalatus Salatin Wacana Sulalatus Salatin, Universiti Malaysia Kelantan

Pelajar IPT dan Terbuka

Pebagai kaum

Program baca naskah klasik yang melibatkan institut perguruan, pelajar-pelajar sekolah,

perpustakaan, pelajar IPT dan penyertaan pelbagai kaum meninggalkan pelbagai impak

dan kesan, antaranya ;

i. Memberi peluang kepada para guru untuk mempersembahkan syair dengan

lebih kreatif sebagai alternatif dan variasi dalam meningkatkan penghayatan dan

pengajaran puisi tradisional bersumberkan manuskrip Melayu.

Baca Naskhah Sulalatus Salatin sempena

Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Baca Naskhah Hikayat Anak Miskin

sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

peringkat Kebangsaan 2013.

Page 20: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

19

ii. Menonjolkan variasi dalam penyampaian yang akan menarik minat pelajar dalam

pembelajaran syair, contohnya dendang Arab, Pak Kadok, Trek tek tek dan

Selindang Delima.

iii. Mencari alternatif ke arah pemantapan modul dan kurikulum pembelajaran jawi

kepada pelatih dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

iv. Menimbulkan kesan berganda dan meningkatkan minat pensyarah

memperkenalkan syair kepada pelatih, dan pelatih mengembangkan program

kepada murid-murid di sekolah.

v. Membuktikan tahap keupayaan peserta khususnya golongan muda menguasai

kosakata, cerita, tulisan jawi dan naskhah dalam keadaan spontan.

vi. Mengesan tahap kebolehbacaan dan kefahaman dalam membaca naskhah

bertulisan jawi klasik.

vii. perkataan dan kosakata dalam teks yang diberi.

Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan naskhah dan manuskrip Melayu bukan hanya

terbatas kepada memanjangkan hayat fizikal menerusi pengawetan, pembaikan dan penjilidan.

Pemeliharaan khazanah ilmu warisan persuratan Melayu dalam minda dan jiwa masyarakat

harus berterusan dari generasi ke generasi agar kecintaan kepada tradisi ilmu kearifan bangsa

tidak pudar ditelan masa.

6. Cadangan

i. Penambahbaikan terhadap program memasyarakatkan manuskrip Melayu dalam modul

yang berstruktur berserta bentuk penilaian dapat memberi input dan impak yang besar

dalam memartabatkan dan membudayakan manuskrip Melayu dalam pelbagai peringkat

masyarakat dari remaja hingga peringkat dewasa. Kuliah bimbingan, wacana, dan

pertandingan berpotensi meningkatkan penghayatan terhadap karya, sumber sejarah dan

ilmu tradisional merentas khalayak kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Page 21: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

20

ii. Keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) pelbagai judul manuskrip

Melayu melalui portal dan pendigitalan di peringkat tempatan, negara dan rantau

nusantara perlu dipergiat dan dipertingkatkan untuk membuka minda pembaca kepada

kepelbagaian khazanah persuratan yang melatari sejarah, budaya, pemikiran diaspora

Melayu. Kerjasama perkongsian sumber dan koleksi saling melengkapi keperluan

pembacaan, penelitian dan penerbitan berasaskan manuskrip Melayu agar tersebar luas

menjangkau khalayaknya.

iii. Sokongan dan kolaborasi dengan dengan pelbagai pihak sama ada di peringkat kerajaan,

swasta, badan bukan kerajaan, mampu memperluaskan khalayak pencinta persuratan

Melayu serta menanam semangat cintakan sejarah dan tamadun bangsa.

RUMUSAN

Selain menghimpun dan membina khazanah warisan persuratan, tradisi penyebaran ilmu yang

diwarisi bermula dari kegiatan penyalinan khazanah oleh jurutulis dan penyalin zaman silam

tidak mungkin dapat bertahan menempa arus pemodenan dan globalisasi masa kini dan akan

datang tanpa usaha berterusan pelbagai pihak untuk mencari kepelbagaian pendekatan dan

kaedah memasyarakatkan dan mempopularkan karya-karya manuskrip Melayu menjangkau

khalayak, sama ada di pentas maya mahupun di alam nyata. Perpustakaan, muzium dan galeri

perlu menggembeling usaha bagi mempergiat secara terarah supaya paduan organisasi-

organisasi ini dapat merealisasikan sebuah pusat sehenti sumber rujukan menghimpun koleksi

manuskrip Melayu bertulis atau digital dan memastikan keberadaan (availability) dan

kebolehcapaian (accessibility) melalui portal dan pendigitalan. Program mempromosi

pembacaan manuskrip Melayu dalam konteks pembelajaran bukan formal berupaya

meningkatkan penghayatan karyak lasik dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Di

pihak organisasi, promosi pembacaan naskhah menjadi ruang dan peluang untuk menilai

keberkesanan membina kepakaran dan kecintaan terhadap ilmu-ilmu peribumi yang menjadi

teras jati diri bangsa dalam jangka masa panjang.

Page 22: ڤوتوترت نڠديسرڤ لتيݢيد نبيكراڠڤeseminar.dbp.gov.my/pengarkibandigital/melestarikan.pdf · muzium negeri seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja

21

BIBLIOGRAFI.

1. Samad Ahmad,2013. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) diterbitkan oleh Pesuruhjaya Penyemak

Undang-undang Malaysia di bawah kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968

secara usahasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2006

3. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan

1995).

4. Meniti Jejak Membaharui Babak. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

(Terbitan sempena ulang tahun ke 56 Dewan Bahasa dan Pustaka)

5. Sasaran Kerja Utama 2006-2010 Dewan Bahasa dan Pustaka. Edaran terhad.

SINGKATAN:

SM - Sejarah Melayu SSK - Syair Sinyor Kosta HHT - Hikayat Hang Tuah SAM - Syair Abdul Muluk HMTJK - Hikayat Misa Taman Jaeng Kusuma SSZPC - Syair Siti Zubaidah Perang Cina HAH - Hikayat Amir Hamzah HB - Hikayat Bakhtiar SKT - Syair Ken Tambohan KA - Kisasul Anbia HRK - Hikayat Raja Khandak HIP - Hikayat Inderaputera HTAD - Hikayat Tamin ad-Dari