peranan muzium tentera darat dalam memelihara … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam...

24
PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA SEJARAH KETENTERAAN Suhazrimi Bin Mat Hussin 28387 Sarjana Muda SeniGunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

Upload: dinhduong

Post on 28-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA

SEJARAH KETENTERAAN

Suhazrimi Bin Mat Hussin

28387

Sarjana Muda SeniGunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2013

Page 2: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA SEJARAH

KETENTERAAN

SUHAZRIMI BIN MAT HUSSIN

28387

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

Page 3: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA SEJARAH

KETENTERAAN

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya SUHAZRIMI BIN MAT HUSSIN mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini

disimpan diPusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat

syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat

5. salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajiantinggi.

6. *sila tandakan

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)

Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________

Alamat tetap:

Kg. Banggol Sering

18500, Machang,

Kelantan Darul Naim.

Catatan:*Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentinganseperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

Page 4: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk (Peranan Muzium Tentera Darat Dalam Memelihara Sejarah

Ketenteraan) telah disediakan oleh Suhazrimi Bin Mat Hussin) dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana

Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________________

Prof. Dato’ Dr. Hashim bin Awang

Tarikh:

_____________________________

Page 5: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

ii

PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur kehadrat Ilahi, memberi limpah kurnia memberi peluang

untuk melaksanakankan projek tahun akhir sesi 2012/2013 pada masa yang telah

ditetapkan. Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pensyarah Jabatan Seni Liberal,

fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) khususnya

Profesor Dr. Hashim bin Awang yang banyak memberi ilmu, tunjuk ajar, dan kata

nasihat dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada, informen-informen yang sudi memberi kerjasama

terutama Kapt. Zuraiman bin Abd. Ghani dan Lt. Kol. Mahmud bin. Mohamad serta yang

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih kepada ayahda tercinta Mat Hussin bin Che

Othman, ibunda tercinta Sabariah binti Mamat yang selalu memberi nasihat, kata

semangat, dan dorongan. Terima kasih banyak-banyak kepada adik beradik dan kawan-

kawan yang tidak jemu member tunjuk ajar dan nasihat. Jasa kalian tidak akan

dilupakan.

Terima kasih.

Suhazrimi bin Mat Hussin.

Page 6: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

iii

ABSTRAK

Kajian ini meneliti peranan Muzium Tentera Darat di Port Dickson, merupakan

satu-satunya Muzium Ketenteraan yang terdapat di Malaysia. Kajian ini fokus kepada

peranan yang dijalankan oleh Muzium tersebut dalam memelihara artifak ketenteraan dari

era sebelum merdeka sehingga sekarang. Hasil kajian yang dijalaankan, mendapati

Muzium Tentera Darat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan

sewajarnya seperti mana yang digariskan dalam objektif penubuhan. Kewujudan muzium

ini dapat memberi sumbangan kepada Negara dan masyarakat.

Page 7: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

iv

ABSTRACT

This researched about the role of the Army Museum in Port Dickson, is the only Military

Museum in Malaysia. This study focused on the role of the museum in preserving

military artifacts from the pre-independence era to the present. The results this

researched, found the Army Museum carrying out the task properly as outlined in the

objectives of the establishment. The existence of this museum can contribute to the

country and society.

Page 8: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

v

KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Aktiviti pameran dilaksanakan oleh Muzium Tentera Darat ................... 34

Jadual 2 : Penambahan bahan koleksi artifak Muzium Tentera Darat ...................... 35

Jadual 3 : ekspedisi yang pernah dilaksanakan .......................................................... 37

Jadual 4 : Artifak yang diperolehi semasa menjalankan Kajian kawasan ................ 45

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Pelan keseluruhan Muzium Tentera Darat ................................................... 3

Rajah 2 : Pelan susun atur galeri .................................................................................. 4

Page 9: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

vi

Rajah 3: Objektif pembelajaran dan motivasi untuk rekabentuk pelajar melawat

muzium .................................................................................................... 18

Rajah 4 : Carta Organisasi Muzium Tentera Darat .................................................... 28

Rajah 5 : Contoh gambar rajah afiniti Kawakita Jiro ................................................. 31

BAB I: PENGENALAN

Pengenalan ................................................................................................................. 1

Latar belakang kajian

Sejarah penubuhan Muzium Tentera Darat .................................................... 2

Objektif penubuhan Muzium Tentera Darat ................................................... 6

Visi .................................................................................................................. 7

Misi ................................................................................................................. 7

Piagam pelanggan ........................................................................................... 8

Kerangka konsep ........................................................................................................ 9

Skop kajian ................................................................................................................. 12

Objektif kajian ............................................................................................................ 12

Persoalan kajian .......................................................................................................... 13

Signifikan kajian ........................................................................................................ 13

Page 10: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

vii

Rumusan .................................................................................................................... 14

BAB II: KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan ................................................................................................................. 15

Muzium sebagai institusi pendidikan ........................................................................ 16

Muzium sebagai tempat pemeliharaan dan pemuliharaan artifak sejarah ................. 19

Muzium dan masyarakat ............................................................................................ 20

Rumusan .................................................................................................................... 22

BAB III: METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan ................................................................................................................ 23

Kaedah penyelidikan ................................................................................................. 24

Rumusan .................................................................................................................... 26

BAB IV: ANALISA DATA

Pengenalan ................................................................................................................. 27

Kaedah analisis data .................................................................................................. 30

Penemuan .................................................................................................................. 32

Page 11: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

viii

Rumusan .................................................................................................................... 53

BAB V: PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

Pengenalan ................................................................................................................. 54

Perbincangan .............................................................................................................. 55

Cadangan ................................................................................................................... 57

Kesimpulan ................................................................................................................ 58

Rujukan ...................................................................................................................... 59

Glosari ........................................................................................................................ 61

Lampiran

Gambar Informen .......................................................................................... 62

Page 12: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

1

BAB I : PENGENALAN

Pengenalan

Pada bahagian ini, pengkaji menerangkan secara keseluruhan mengenai

latar belakang kajian iaitu sejarah Muzium Tentera Darat dan peranannya dalam

memelihara sejarah ketenteraan. Pengkaji juga menyentuh tentang kerangka konsep,

permasalahan yang timbul, objektif kajian, dan kepentingan kajian yang bakal

dilaksanakan. Kajian pengkaji adalah Muzium Tentera Darat Port Dickson, Negeri

Sembilan. Pengkaji ingin meneliti sejauhmanakah peranan yang dijalankan oleh pihak

Muzium Tentera Darat dalam memelihara sejarah ketenteraan.

Muzium Tentera Darat merupakan satu-satunya muzium yang

mempamerkan artifak-artifak dan sejarah ketenteraan di Malaysia. Di Muzium ini

terdapat enam buah galeri. Galeri-galeri ini dibahagikan mengikut era, iaitu era sebelum

kemerdekaan hingga era zaman sekarang. Pengunjung dan pelawat akan mendapat

informasi mengenai artifak-artifak atau koleksi yang dipamerkan yang telah disediakan

oleh pihak muzium. Muzium ini mula beroperasi pada tahun 2001. Cetusan

mewujudkan Muzium Tentera Darat diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD),

Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk

meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan

aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera Darat.

Page 13: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

2

Latar Belakang Kajian

Sejarah penubuhan Muzium Tentera Darat

Menurut Artikel Projek Muzium Tentera Darat (2004), projek Muzium Tentera

Darat telah diluluskan untuk pembinaan semasa Sidang Tertinggi Panglima Tentera

Darat Siri 1/99 bertarikh 15 Jul 1999. Pemilihan lokasi di Port Dickson diputuskan

semasa Mesyuarat Jawatankuasa JKPTD Siri 1/2000 bertarikh 20 Jan 2000. Bangunan

lama Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson telah dicadangkan

sebagai lokasi penubuhan Muzium Tentera Darat. Ini adalah bersesuaian kedudukannya

sebagai satu destinasi pelancongan baru dan mampu menarik semua lapisan pengunjung

tempatan dan luar negara.

Bagi merealisasikan kewujudan Muzium Tentera Darat, Tentera Darat telah

meluluskan penubuhan Jawatankuasa Induk Muzium Tentera Darat yang

dipengerusikan oleh Ketua Staf Tentera Darat. Nukleas Timbalan Projek Muzium

Tentera Darat telah ditubuhkan pada Januari 2001. Di peringkat awal penubuhannya

hanya 5 orang pegawai dan 5 orang lain-lain pangkat (LLP) diluluskan dan terus

ditambah pada 1 Jul 2001. Antara tugas utama Timbalan Nukleus ini ialah

menyediakan pelan konsep pembangunan Muzium Tentera Darat secara keseluruhan

selain menyediakan keperluan struktur organisasi ideal bagi mengoperasi Muzium

Tentera Darat sesuai dengan fungsi misi dan visinya.

Taklimat pertama keseluruhan konsep telah dipersembahkan kepada Panglima

Tentera Darat ke 18 pada 19 November 2001. Tanggal 31 Disember 2001 pula

merupakan detik bersejarah bagi kelahiran muzium ini apabila YAB. Perdana Menteri

Page 14: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

3

telah melawat Pameran Konsep Muzium dan seterusnya memperakukan keseluruhan

konsep yang dipersembahkan dengan menandatangani Buku Konsep Muzium Tentera

Darat. Bermula daripada detik tersebut, Tentera Darat terus mengorak langkah dalam

merealisasikan kelahiran Muzium Tentera Darat sehinggalah muzium ini disempurnakan

perasmiannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tanggal 28 Jun

2005.

Rajah 1: Pelan keseluruhan Muzium Tentera Darat

sumber : kajian lapangan (2013)

Page 15: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

4

Rajah 2: Pelan susun atur galeri

Sumber : kajian lapangan (2013)

Setelah hampir 8 tahun beroperasi Muzium Tentera Darat kini telah mendapat

pelbagai pengiktirafan. Muzium Tentera Darat telah diperakukan oleh Kementerian

Page 16: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

5

Pelancongan Malaysia sebagai salah sebuah lokasi tarikan pelancongan terbaik dan

produk pelancongan wajib dilawati oleh kerajaan Negeri Sembilan. Di antara

pencapaian perakuan yang diterima oleh Muzium Tentera Darat adalah seperti berikut:

a) Anugerah Pelancongan Malaysia 2005/2006. Daripada 500 pencalonan dari seluruh

negara, Muzium Tentera Darat telah dianugerahkan „Merit Award’ (Tempat Kedua)

bagi Kategori Tarikan Pelancongan Terbaik berteraskan Warisan Identiti

Kebangsaan pada 22 Julai 2007 serta diiktiraf antara muzium yang terbaik di

Malaysia.

b) Zoom Muzium Tentera Darat. Muzium Tentera Darat telah dipilih oleh Kementerian

Pelancongan Malaysia sebagai ikon pelancongan ketenteraan di Malaysia pada 3

Julai 2008. Pemilihan ini menjadi penanda aras kepada produk permuziuman tanah

air kerana menjadi satu-satunya ikon dari kategori muzium untuk seluruh Malaysia.

c) Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2011. Muzium Tentera Darat telah

memenangi tempat kedua bagi Kategori Pengurusan Pelanggan menerusi cadangan

perlaksanaan program Barrack Stay sebagai usaha memperkasakan produk

bercirikan military tourism.

Page 17: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

6

Objektif Muzium Tentera Darat

Dalam setiap organisasi mesti menetapkan objektif, kerana objektif, sesebuah

organisasi tersebut dapat di urus dan dibangun kearah mencapai objektif yang telah

ditetapkan. Berdasarkan artikel Projek Penubuhan Muzium Tentera Darat (2004)

objektif Muzium Tentera Darat adalah membentuk keperibadian dan moral anggota

tentera. Kedua, pemangkin kepada pasukan-pasukan Tentera Darat sebagai satu

ketumbukan yang kental dan berkeupayaan yang tinggi. Hal ini kerana, dengan sejarah

tentera pada masa dahulu dapat meningkatkan lagi semangat dan cintakan tanah air.

Seterusnya ia akan dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada setiap peringkat anggota

Tentera Darat.

Disamping itu, untuk meningkatkan taraf profesionalisma warga Tentera Darat

dengan mengembangkan aspek intelektual dan budaya cintakan organisasi dengan

menghayati sejarah Tentera Darat. Tambahan lagi, ia sebagai sumber maklumat

kepadaa orang awam dan pelajar dengan tujuan member kesedaran tentang kepentingan

Tentera darat. Muzium Tentera Darat merupakan kaya dengan nilai-nilai sejarah yang

dapat diguna pakai oleh para pelajar dan golongan intelektual. Di samping itu juga,

ialah bagi mengekalkan martabat Tentera Darat agar sentiasa mendapat sanjungan dan

penghormatan sama ada daripada rakyat tempatan mahupun pelancong asing.

Seterusnya, membantu usaha kerajaan dalam menggalakan dan mempromosi industri

pelancongan Negara serta memberi kesedaran kepada semua warga Tentera Darat dan

rakyat tempatan tentang pentingnya Tentera Darat dalam menentukan keamanan Negara

agar rakyat dapat hidup makmur dan bahagia.

Page 18: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

7

Visi

a) Memperagakan bahan artifak terdahulu, sekarang dan akan datang.

b) Mendokumenkan segala fakta sejarah ketenteraan melalui sistem teknologi

maklumat.

c) Menyediakan pusat latihan dan maklumat yang cemerlang dalam pembentukan jati

diri dan perkongsian penghasilan semangat juang dan nasionalisme untuk tentera dan

rakyat Malaysia.

Misi

a) Untuk mengadakan satu institusi pengumpulan sejarah Tentera Darat yang tersendiri

demi menyimpan segala warisan sejarah dan budaya ketenteraan.

b) Mengumpul semua kaedah perolehan samada data, fakta serta artifak berkaitan

c) Menekankan budaya penyediaan dan penjagaan rekod samada melalui audio visual,

multimedia dan penjilidan.

d) Meliputi semua aspek konservasi seperti khidmat nasihat, kerja baik pulih dan

prosedur.

e) Mempamerkan sekurang-kurangnya sebahagian koleksi dengan mengambil kira

kaedah pemasangan, keselamatan, tahap suhu dan teknik pencahayaan.

f) Merangkumi bidang koleksi dan disiplin berkaitan.

g) Meliputi aspek identifikasi, penilaian dan menganalisis kebudayaan.

Page 19: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

8

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan bersistematik

ke atas budaya dan alam semulajadi negara melalui:

1. Mengadakan pameran tentang sejarah, budaya dan alam semulajadi negara

melalui:

i. Pameran Tetap - berterusan

ii. Pameran Khas - minima 10 pameran setahun

iii. Pameran Bergerak - minima 20 pameran setahun

2. Permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam masa 3 hari.

3. Aduan pelanggan dijawab dalam masa 3 hari.

4. Permohonan lawatan berpandu ke Muzium TD melalui:

a. Surat - dijawab dalam masa 3 hari.

b. Email - dijawab pada hari yang sama

c. SMS - dijawab serta merta

d. Telefon - dijawab serta merta

5. Permohonan pembelian gambar melalui:

a. Kaunter - diluluskan serta merta

b. Surat - dijawab dalam masa 3 hari.

Sumber: kajian lapangan (2013)

Page 20: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

9

Kerangka Konsep

Dalam melakukan kajian, penyelidik telah menggunakan beberapa kerangka

konsep untuk mengetahui skop kajian yang ingin dilaksanakan. Terdapat dua kata kunci

iaitu muzium dan pemeliharaan dalam kajian ini. Menurut International Council Of

Museum (ICOM) mendefinisikan muzium pada mesyuarat agong 1974 seperti berikut,

institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat

dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, meghubungkan,

dan mempamerkan bagi tujuan untuk pembelajaran, pendidikan, dan hiburan. Bukti-

bukti peninggalan manusia dan persekitarannya (Jessica & David, 1999, p. 371).

Penyelidik mendapati definisi yang dikemukakan oleh International Council Of

Museum (ICOM), muzium merupakan institusi yang tidak mementingkan keuntungan

kerana, muzium adalah untuk masyarakat mempelajari sesuatu dan membaik pulih atau

memelihara sesuatu artifak sebagai bukti peninggalan masyarakat sebelumnya.

Menurut Hugh and Lynne (2003:4) The American Association of Museum (AAM)

mentakrifkan muzium sebagai:

“an organized and permanent nonprofit institution, essentially educational or esthetic in

purpose, with professional staff, which owns and utilizes tangible objects, care for

them, and exibit them to the public on some regular schedule.” Selain itu, AAM juga

mentakrif muzium sebagai “institutional activities, such as education, collection,

preservation, and exhibition, are based on objects.”

Manakala pemeliharaan menurut Marsha (1973, p.3) tindakan yang diambil untuk

mencegah atau menghalang bahan atau artifak dengan cara menyediakan tempat

penyimpanan yang baik. Selain itu, pemeliharaan boleh digunakan untuk menghurai

Page 21: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

10

proses dengan melalui maklumat untuk kegunaan masa hadapan, tidak semestinya di

baik pulih dalam format yang asli. Namun, ia adalah seperti payung yang melitupi atau

menutup kedua-duanya iaitu kandungan intelektual bahan tersebut dan mengekalkan

atau memelihara sebahagian bentuk fizikal bahan tersebut. Pemeliharaan juga merujuk

kepada rawatan terhadap bentuk asli bahan tersebut untuk memanjangkan lagi hayat

kehidupan dengan mengguna bahan kimia atau menguatkan bentuk fizikalnya.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan menyatakan pemeliharaan adalah kerja baik pulih

yang berteusan untuk kelangsungan dan ia bukanlah membuang bahan yang mempunyai

nilai tetapi untuk terus dipelihara (Jonathan, 2009, p. 9).

Secara keseluruhannya, pemeliharaan adalah tindakan yang diambil, untuk

memastikan sesuatu koleksi ataupun barang yang berharga agar dapat dibaik pulih,

walaupun barang yang dibaik pulih tidak sama seperti bentuk asal. Selain itu, ia adalah

langkah positif, kerana ia bertujuan untuk mengekalkan sesuatu barang agar terus wujud

untuk generasi akan datang. Kenyataan ini disokong oleh Usher (1973, p. 201)

menyatakan pemeliharaan merupakan tindakan memelihara, iaitu pemeliharaan daripada

faktor kerosakan atau kemusnahan, menjadi reput secara semula jadi ataupun terbiar.

Barang tersebut dalam bentuk jangka hayat, kesempurnaan, dan sebagainya.

Kebanyakan definisi muzium yang dikemukankan oleh tokoh-tokoh mahupun

organisasi yang berkaitan dengan muzium, pengkaji dapat membuat kesimpulan,

bahawa muzium merupakan sebuah institusi yang menjalankan atau diberi kuasa untuk

memelihara dan menjaga khazanah yang terdapat di sesebuah negara bagi tujuan

generasi akan datang. Disamping itu, pengkaji berpendapat muzium juga merupakan

salah satu pusat pembelajaran bagi penjungjung-pengunjung secara tidak langsung. Hal

Page 22: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

11

ini dapat dibuktikan dengan definisi International Counsil of Museum (ICOM) muzium

merupakan institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada

masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat,

meghubungkan, dan mempamerkan bagi tujuan untuk pembelajaran, pendidikan, dan

hiburan. Bukti-bukti peninggalan manusia dan persekitarannya. Selain itu, muzium

juga mendidik para pengunjung mengenal asal usul atau sejarah Negara.

Pengkaji juga mendapati konsep Muzium Tentera Darat (MTD) iaitu

“edutainment” adalah bersesuaian dengan definisi institusi muzium itu sendiri. Selain

para pengunjung untuk melihat artifak atau khazanah yang terdapat di muzium, secara

tidak langsung ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah sesebuah

negara atau bangsanya dan secara tidak langsung juga pengunjung akan berasa terhibur

dengan pameran yang telah disediakan oleh tidak pihak muzium.

Page 23: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

12

Skop Kajian

Pengkaji menjalankan penyelidikan tentang peranan Muzium Tentera Darat

dalam memelihara sejarah ketenteraan. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium

ketenteraan yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, muzium ini diberi tanggungjawab

dalam mempamer dan memelihara artifak yang berkaitan dengan ketenteraan. Selain itu,

pengkaji akan meneliti bahan-bahan yang dipamer didalam muzium tersebut sama ada ia

berkaitan dengan hal-hal ketenteraan.

Objektif

Pengkaji telah menetapkan beberapa objektif bagi menjalankan kajian ini iaitu: 1)

Meneliti peranan Muzium Tentera Darat sebagai sebuah muzium yang mempamerkan

konsep Ketenteraan. Pengkaji ingin mengetahui tanggungjawab yang dilakukan oleh

pihak muzium kerana, Muzium Tentera Darat merupakan satu-satunya muzium

ketenteraan yang terdapat di Malaysia; 2) Meneliti bahan-bahan atau artifak-artifak yang

terdapat di muzium. Pengkaji ingin mengenalpasti bahan pameran atau artifak yang

terdapat di muzium tersebut berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan ketenteraan

sepertimana dengan nama muzium tersebut; 3) Mengetahui konsep pameran muzium

Tentera Darat. Pengkaji ingin mengetahui tentang konsep pameran dalam

mempamerkan artifak ketenteraan. Selain itu, pengkaji juga ingin mendapat maklumat

tentang susun atur pameran yang dilaksanakan dalam Muzium Tentera Darat.

Page 24: PERANAN MUZIUM TENTERA DARAT DALAM MEMELIHARA … muzium tentera darat (24pgs).pdftermaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh

13

Persoalan Kajian

Pengkaji mendapati terdapat tiga permasalahan utama yang timbul. 1) adakah

Muzium Tentera Darat mempunyai fungsi dalam mempamerkan artifak ketenteraan.

Muzium Tentera Darat merupakan satu-satunya muzium yang berkaitan dengan

ketenteraan; 2) apakah artifak ketenteraan yang dipamerkan di Muzium Tentera Darat.

Penyelidik ingin mengetahui tentang artifak yang terdapat di Muzium Tentera Darat.

Adakah artifak yang terdapat di muzium tersebut berkaitan dengan Tentera Darat

mahupun sebaliknya; 3) Apakah konsep pameran yang ditetapkan Muzium Tentera

Darat khususnya dalam mempamerkan artifak-artifak ketenteraan.

Signifikan kajian

Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui sejauhmana peranan yang dijalankan

pihak muzium dalam memelihara dan mengekal sejarah ketenteraan pada generasi akan

datang. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan lagi semangat patriotik dan cintakan

Ibu Pertiwi dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam diri generasi muda pada masa

kini dan akan datang.

Manakala bagi pihak Tentera Darat, penyelidikan ini penting ia dapat

membantu perkembangan Muzium Tentera Darat. Hal ini demikian kerana, pihak

Tentera Darat dan Muzium Tentera Darat begitu komited dalam melaksanakan aktiviti

pameran kekal atau sementara bagi membolehkan masyarakat mengetahui tentang

sejarah Negara kita khususnya dalam Ketenteraan. Selain itu, masyarakat dapat

mengetahui Tentera Darat merupakan badan induk yang mengaawal selia Muzium