pengurusan perbarisan dan lintas hormat kejohanan balapan

3
PENGURUSAN PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK (P) METHODIST, RAUB 1. Peserta perbarisan berkumpul di hujung padang seperti susunan perbarisan yang ditetapkan. 2. Perbarisan akan bergerak masuk apabila muzik mula dimainkan. Ketua Kontinjen Perbarisan (Ketua Pelajar) memberi arahan ‘Baris..Hentak Kaki’ dan terus berjalan. P DA TT KRS KP X X X X X X X X X X Peserta Perbarisan Berkumpul PGWS PI PBSM PP KRS KP M TF DA TT PAVILION Tiang Bendera x x x

Upload: hudahamdann

Post on 11-Aug-2015

127 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Perbarisan Dan Lintas Hormat Kejohanan Balapan

PENGURUSAN PERBARISAN DAN LINTAS HORMAT KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

SMK (P) METHODIST, RAUB

1. Peserta perbarisan berkumpul di hujung padang seperti susunan perbarisan yang ditetapkan.

2. Perbarisan akan bergerak masuk apabila muzik mula dimainkan. Ketua Kontinjen Perbarisan

(Ketua Pelajar) memberi arahan ‘Baris..Hentak Kaki’ dan terus berjalan.

3. Selepas setiap 15 langkah dihadapan, Ketua Pasukan memberi arahan ‘Pasukan..Cepat Jalan’

4. Peserta perbarisan berjalan mengikut trek dan apabila tiba di tiang bendera (sebelum melintasi

VIP di Pavilion), Ketua Pasukan akan memberi arahan ‘Pasukan..Pandang Kanan’. Ketua

Pasukan akan tabik hormat dan semua ahli perbarisan pandang ke kanan.

5. Peserta terus berjalan dan belok pada dua kon kecil yang disediakan dan masuk ke tempat

perbarisan mengikut tanda yang ditetapkan.

6. Peserta terus menghentak kaki (mengikut kaki Ketua Kontinjen di hadapan) sehingga semua

ahli perbarisan tiba di tempat masing-masing.

PI PBSM PP M TF P DA TT KRS KP

X X X X X X X X X X

Peserta Perbarisan Berkum

pul

PGWSPIPBSMPPKRSKPMTFDATT

PAVILION Tiang Bendera

x x x x x

Page 2: Pengurusan Perbarisan Dan Lintas Hormat Kejohanan Balapan

7. Ketua Pasukan yang terakhir sampai akan memberi arahan ‘up’ dan seterusnya Ketua Kontinjen

memberi arahan ‘Baris…Berhenti’

8. Semasa bacaan doa, Ketua Kontinjen memberi arahan ‘up’ dan semua peserta perbarisan angkat

tangan untuk bacaan doa.

9. Semasa Nyanyian Lagu Negaraku, Ketua Kontinjen akan memberi arahan ‘ Baris..Baris Sedia’

10. Peserta akan berdiri tegak dan pelajar yang memegang bendera akan menjatuhkan bendera

masing-masing separuh tegak tanda hormat kepada lagu negaraku.

11. Semasa bacaaan ikrar, Ketua Kontinjen akan bergerak kehadapan diikuti dengan pelajar yang

memegang bendera (Ketua Rumah Sukan) dan berhenti di tempat yang ditandakan.

12. Ketua Kontinjen memberi arahan ‘up’ dan semua peserta perbarisan angkat tangan untuk

bacaan ikrar.

13. Apabila pengacara majlis mengumumkan perbarisan akan keluar baris, Ketua Kontinjen akan

memberi arahan sedia dan hentak kaki kepada semua peserta perbarisan.

14. Ketua Kontinjen akan bergerak ke arah kanopi pelajar (kanan) diikuti setiap pasukan sehingga

ke hujung trek padang dan Ketua Pasukan memberi arahan berhenti.