laporan kejohanan mini balapan dan padang

15
LAPORAN KEJOHANAN MINI BALAPAN DAN PADANG Tarikh : 07/04/2016 Masa : 8.00 a.m – 12.00 p..m Tempat : Padang IPGKTI Sasaran : Guru Pelatih 5 PISMP Kumpulan kami telah mengelolakan satu kejohanan mini balapan dan padang pada 07 April 2016 yang lalu. Kejohanan ini berlangsung selama 4 jam, iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tangahari di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Peserta yang terlibat dalam kejohanan ini adalah sejumlah 98 orang guru pelatih daripada semester 5 PISMP ambilan Jan 2014. Kejohanan mini olahraga ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang terkandung dalam RMK olahraga WAJ3121 dalam semester ini. Guru-guru pelatih telah menjadi pegawai balapan dan padang serta menjadi peserta dalam pertandingan yang telah diadakan. Kejohanan mini olhraga ini memberi pengalaman yang berharga kepada guru pelatih bagi membiasakan diri dengan acara-acara olahraga yang akan mengendalikan di sekolah pada masa akan datang. Kami juga telah membuat persiapan awal sebelum serta telah membuat penilaian selepas mengelola kejohanan mini olahraga ini. Berikut adalah laporan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kejohanan mini balapan dan padang. LAPORAN GERAK KERJA :

Upload: logeswary-suresh

Post on 11-Jul-2016

121 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

gerko

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

LAPORAN KEJOHANAN MINI BALAPAN DAN PADANG

Tarikh : 07/04/2016

Masa : 8.00 a.m – 12.00 p..m

Tempat : Padang IPGKTI

Sasaran : Guru Pelatih 5 PISMP

Kumpulan kami telah mengelolakan satu kejohanan mini balapan dan padang pada 07

April 2016 yang lalu. Kejohanan ini berlangsung selama 4 jam, iaitu bermula pada pukul 8.00

pagi hingga 12 tangahari di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Peserta yang terlibat

dalam kejohanan ini adalah sejumlah 98 orang guru pelatih daripada semester 5 PISMP

ambilan Jan 2014. Kejohanan mini olahraga ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang

terkandung dalam RMK olahraga WAJ3121 dalam semester ini. Guru-guru pelatih telah menjadi

pegawai balapan dan padang serta menjadi peserta dalam pertandingan yang telah diadakan.

Kejohanan mini olhraga ini memberi pengalaman yang berharga kepada guru pelatih bagi

membiasakan diri dengan acara-acara olahraga yang akan mengendalikan di sekolah pada

masa akan datang. Kami juga telah membuat persiapan awal sebelum serta telah membuat

penilaian selepas mengelola kejohanan mini olahraga ini. Berikut adalah laporan sebelum,

semasa dan selepas pelaksanaan kejohanan mini balapan dan padang.

LAPORAN GERAK KERJA :

SEBELUM (28/3, 31/3, 03/4, 04/4, 05/4)

Pada 28 hb Mac 2016 telah langsungnya raptai sukan pertama di Padang IPGKTI. Di

dalam raptai ini jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana bertungkus lumus

menyenaraikan segala keperluan untuk kejohanan ini. Terutamanya pengurusan padang.

Jawatankuasa pengurusan padang dan ukuran berkerjasama dengan semua siswa –siswi guru

IPG-KTI semester 5 ambilan Jan 2014 merancang untuk membetulkan segala ukuran di

padang dan membetulkan garisan lorong larian supaya ia kelihatan jelas semasa acara

berlangsung padang di lakukan bersama bersama. Seterusnya jawatankusa pelaksana juga

Page 2: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

memastikan segala peralatan serta alatan sukan berada di dalam keadaan yang baik serta

boleh berguna kelak. Para pegawai yang di berikan tugas mengemaskinikan butiran tentang

senarai rumah sukan yang yang menghantar peserta dan borang-borang yang perlu disediakan

oleh mereka untuk tujuan merekod. Para atlet juga menggunakan kesempatan ini untuk

membuat latihan supaya dapat menjauarai acara yang mereka mengambil bahagaian.Tidak

ketinggalan juga pensyarah Jabatan Gerko datang mengawasi pergerakan siswa dan siswi

guru untuk tujuan keselamatan.

Pada 31/3/2016 telah berlaku sebuah perjumpaan antara ahli jawatankuasa induk

dengan pelaksana. Perjumpaan ini di pengerusikan oleh saudara Veerah a/l Subramaniam

selaku pengerusi kejohanan ini. Beliau membuka tirai perjumpaan ini dengan menyoal semua

ketua jawatankusa tentang prestasi yang dicapai oleh mereka dalam melaksaanakan tugas

yang diamanahkan kepada mereka. Setiap ketua dan wakil jawatan kuasa tertentu

membentangkan pencapaian mereka dalam menunaikan amanah yang diberikan kepada

mereka. Seterusnya, Veerah juga berbincang dengan ahli jawatankuasanya tentang persiapan

kertas kerja kejohanan kepada Setiausaha iaitu Rubini a/p Narayanasamy dan beliau

membentangkan kertas kerja yang dibuatnya. Perkara yang dipertikaikan dalam pembentangan

kertas kerja ialah tentang isu kewangan dan tentatif program. Veerah dan krewnya mengambil

keputusan sebulat suara untuk meminimumkan kos perbelanjaan untuk kejohanan ini. Salah

satu cadangan di lontarkan di perjumpaan ini ialah tentang persiapan hadiah dan cenderamata.

Perkara ini dipertikai kerana keputusan yang diambil untuk meminimumkan kos.

Ahkirnya Veerah dan krew pelaksana dan induk kejohanan balapan dan padang ini berbulat

suara membuat keputusan untuk memberi bekas makanan yang diperbuat daripada plastik

sebagai hadiah kepada peserta pemenang. Di ahkir perjumpaan pada petang ini telah diambil

beberapa keputusan yang akan membantu menjayakan kejohanan sukan dan balapan.Pada

3/4/2016 telah langsungnya latihan rumah sukan bagi semua siswa dan siswi guru yang terlibat.

Hari ini siswa dan siswi guru membuat latihan mengikut ketua rumah sukan mereka. Sementara

siswa guru membuat latihan mengikut pegawai sukan yang di amanahkan tugas tertentu

berbincang satu sama lain untuk merujuk semula buku rujukan KOAM dalam memastikan

pengukuran serta undang- undang acara – acara tertentu di fahami dengan betul.

Page 3: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Seterusnya, ketua teknikal, saudara Chandramogan a/l Sugumaran meminta anak-anak

buahnya membawa keluar semua alatan sukan yang akan digunapakai dari stor sukan Gerko

untuk tujuan penilaian . Terdapat banyak peralatan seperti starting block baru dikeluarkan

daripada stor ganti untuk digantikan dengan alat lama. Selain pada itu,setiap ketua rumah

sukan dikumpulkan oleh pengerusi kejohanan di astaka padang untuk memberi input terkini

kepada rakan- rakannya. Setiap rumah sukan membuat latihan yang di agihkan kepada

mereka mengikut giliran,. Anataranya,rumah kuning di minta membuat latihan 100 meter larian

manakala pasukan lain-lain diberi latihan sukan yang berlainan mengikut giliran.

Pada 4 april 2016 telah dijalankan sebuah mesyuarat antara Ahli jawatankuasa Induk

dan pelaksana. Dalam mesyuarat ini setiap perbincangan tentang kelancaran flow kejohanan ini

di klarifikasikan oleh setiap ajk yang terlibat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Veerah lagi

sekali selaku Pengerusi kejohan. Saudara Veerah meminta setiap ahli di bawahnya

menjelaskan progres tugas yang diberikan. Perkara yang dipertikaikan dalam mensyurat kali ini

ialah tentang isu kebenaran menggunakan padang IPG-KTI. Veerah dan krewnya mengambil

keputusan sebulat suara untuk memohaon peralatan daripada stor Gerko. Salah satu cadangan

di lontarkan di perjumpaan ini ialah tentang makanan dan sebagainya. Pada 5/4/2016 semua

siswa guru dan para pegawai dikumpulkan untuk memberi talkimat ringkas selaku pengerusi

kejohanan telah membuat satu raptai mini tentang kejohanan olahraga. Setiap kumpulan siswa

Bm, Bt ,PK ,BK dan Tesl perlu mengambil bahagian dalam raptai sukan. Setiap kelemahan

yang di kenal pasti berjaya digawal dan mengatasi beberapa masalah serta mendidik anak

murid supaya lebih berpengetahuan.

Gambar Berkenan

Page 4: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 1

Gambar perjumpaan pertama

Page 5: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 2

Pegawai sukan sedang menyemak keadaan peralatan sukan yang hendak digunakan.

Gambar 3

Page 6: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Siswa guru sedang membaiki garisan lorong larian .

Gambar 4

Latihan rumah sukan sedang di jalankan

SEMASA (07.04.2016)

Kejohanan mini balapan dan padang telah berlangsung pada 7 April 2016 pada pukul

8.00 hingga 12 tengahari di padang IPGKTI. Sebagaimana dinyatakan seramai 98 orang guru

pelatih semester 5 PISMP ambilan Jan 2014 telah menjadi peserta dan pengelola kejohanan

ini. Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran kepada guru-guru pelatih

semester 5 PISMP yang mengambil bahagian dalam acara kejohanan balapan dan padang.

Pada pukul 8 pagi senamrobik telah bermula. Semua guru-guru pelatih semester 5 serta

pensyarah-pensyarahnya turut membuat senamrobik selama 15 minit.

Page 7: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 1: Guru-guru pelatih sedang membuat senamrobik sebelum bermula acara mini

olahraga.

Selepas senamrobik majlis perasmian kejohanan mini balapan dan padang telah

dimulakan. Tuan Haji Dr Yazid Bin Abd Manap Timbalan pengarah akademik, IPG Kampus

Temenggong Ibrahim telah menghadiri untuk perasmian kejohanan mini olahraga sebagai

pengganti kepada Pengarah IPG kita. Ketua Unit GERKO Pn. Zuhaidah Bt Raya serta

pensyarah-pensyarah unit gerko juga menghadiri untuk perasmian kejohanan mini olahraga.

Sebelum Tuan Haji Dr Yazid merasmikan kejohanan, majlis kemasukkan perbarisan, bacaan

ikrar serta ucapan-ucapan daripada ketua unit gerko dan pengerusi jawatankuasa telah

diadakan. Selepas bacaan ikrar dan ucapan Tuan Haji Dr Yazid telah merasmikan kejohanan

mini olahraga dengan ucapan perasmiannya.

Page 8: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 2: Guru-guru pelatih sedang membuat kawad perbarisaan masuk.

Gambar 3: Pengerusi Kejohanan mini olahraga sedang memberi ucapan alu-aluan.

Page 9: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 4: Tuan Haji Dr Yazid Bin Abd Manap sedang memberi ucapan perasmian

Selepas majlis perasmian acara-acara kejohanan mini olahraga telah bermula. Para

peserta dan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan telah mengambil bahagian mereka

untuk melaksanakan kejohanan olahraga ini berjalan dengan lancar. Antara acara yang

dipertandingkan dalaam kejohanan mini olahraga adalah lompat jauh, lontar peluru. Larian

100m, 400m, 4x100 dan 4x400. Acara-acara ini dikategorikan untuk lelaki dan perempuan.

Kesemua acara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan bersistematik. Hal ini kerana

perancangan awal yang kami telah membuat sebelum mengelola mini olahraga ini

membolehkan kami untuk melaksanankannya dengan lancar dan bersisitematik. Semua

pegawai-pegawai dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh efisyen sehingga

tidak berlaku suatu pertelingkahan atau perselisihan faham dalam keputusan yang ditentukan

oleh pegawai-pegawai tertentu.

Gambar 5: Gambar-gambar diatas menunjukkan acara-acara yang

dijalankan dalam kejohanan mini olahraga ini.

Page 10: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Gambar 6: Pegawai-pegawai acara lompat jauh dan lontar peluru sedang menjalankan

tanggungjawab mereka.

Setelah kesemua acara yang dipertandingkan tamat, majlis penyampaian hadiah

telah dimulakan. Para pemenang bagi setiap acara mengikut kategori perempuan dan lelaki

diberi hadiah. Selain itu, hadiah juga diberi untuk beberapa kategori tertentu seperti perempuan

keseluruhan terbaik, lelaki keseluruhan terbaik dan juara kejohanan. Dalam kejohanan mini

olahraga ini Veera A/L Subramaniam dari opsyen Bimbingan & Kaunselling telah menjadi lelaki

keseluruhan terbaik dan Kalaiarasi A/P Rajendran dari opsyen Bahasa Tamil telah

dianugerahkan sebagai perempuan keseluruhan terbaik. Juara kejohanan mini olahraga ini

dimenangi oleh rumah hijau manakala rumah kuning mendapat tempat kedua, biru tempat

ketiga dan akhir sekali rumah merah mendapat tempat keempat.

Gambar 7: Para pemenang sedang menerima piala pusingannya

Page 11: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

Setelah tamat majlis penyampaian hadiah, maka sudahlah mengakhiri kejohanan mini

olahraga tahun 2016 anjuran 5 PISMP ambilan Jan 2014. Selepas majlis penyampaian hadiah

sesi fotografi telah diadakan untuk tujuan pendukumentasian. Selepas sesi fotografi guru-guru

pelatih telah mengemaskan peralatan di padang serta membersihkan kawasan padang. Pada

pukul 12.30 tengahari tamatlah kejohanan mini olahraga dan semua guru pelatih talah bersurai.

Gambar 8: Sesi fotografi selepas tamat kejohanan mini balapan dan padang

Page 12: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

SELEPAS (20/04/2016)

Pada 20 April 2016 bersamaan hari khamis satu perjumpaan dengan ahli jawatankuasa

kejohanan mini balapan dan padang diadakan di dewan terbuka. Dalam perjumpaan tersebut

pengerusi kejohanan olahraga Veera A/L Subramaniam telah mengucapkan terima kasih atas

kerjasama yang diberikan untuk menjayakan kejohanan ini. Selain itu, dalam perjumpaan

tersebut penilaian (post mortem) telah dijalankan untuk melihat kelebihan dan kekurangan

dalam kejohanan yang telah dijalankan pada 07.04.2016. Terdapat beberapa kelebihan dan

kekurangan yang diutarakan dalam perjumpaan tersebut. Pengerusi juga telah mencadangkan

beberapa penambahbaikan yang kita dapat digunakan pada masa akan datang.

ANALISIS SWOT

Kekuatan

Kejohanan mini balapan ini memberi peluang merasai pengalaman melaksanakan sebuah

kejohanan balapan dan padang kepada semua siswa –siswi guru yang terlibat. Ia pasti akan

membantu siswa dan siswi guru melaksanakan kejohanan balapan dan padang di masa depan

kelak. Jawatankuasa pelaksana kejohanan ini telah memastikan bahawa setiap siswa dan

siswi guru mempunyai tugas masing masing supaya mereka tidak terkecuali dalam kejohanan

balapan dan padang. Aturcara program telah dilaksanakan dengan jayanya.

Kelemahan

Kerjasama di antara AJK perlu dibaiki dengan kekerapan berbincang. Masalah-masalah yang

dihadapi oleh AJK diselesaikan pada saat akhir. Ini boleh diatasi dengan menyelasaikan tugas

dengan lebih awal. Jawatankuasa pelaksana program perlu memainkan peranannya dengan

lebih baik ,peka terhadap masalah yang bakal dihadapi dan bertindak segera.

Tambahan,bekalan air dan kemudahan payung tidak disediakan bagi atlet dan pegawai semasa

Page 13: Laporan Kejohanan Mini Balapan Dan Padang

acara berlangsung malah bekalan air hanya sampai di penghujung kejohanan. Hadiah kepada

pemenang juga dipertikai kerana kekurangan kewangan dan peruntukan.

Penambahbaikan

Penambahbaikan harap dapat dilakukan antaranya memastikan Jawatankuasa pelaksana dan

Induk perlu berkerjasama melicinkan jentera organisasi kejohanan sukan dan balapan mini

IPGKTI. Selain itu, pihak bertanggungjawab harus memastikan bahawa segala kemudahan bagi

para pegawai dan atlet perlu di pastikan supaya mereka selesa menyertai kejohanan

pertandingan ini. Ahkir sekali kerjasama antara siswa-siswi guru supaya dapat menjalankan

sebuah program dengan berkesan.