pengurusan pengetahuan full paper 17nov final 09 2009... · 2 sumber : unit permodenan tadbiran...

68
MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009 21 – 23 DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA INSPEN KERTAS PENYELIDIKAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (K-MANAGEMENT) DI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) FAZIAH ABD. RASID - INSPEN 2009 --------------------------------------------------------------- Institut Penilaian Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan 24

Upload: ngohuong

Post on 02-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

MESYUARAT PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN JABATAN BIL. 3/2009

21 – 23 DISEMBER 2009 DEWAN NUSANTARA, MENARA SRI SAUJANA

INSPEN

KERTAS PENYELIDIKAN

PENGURUSAN PENGETAHUAN (K-MANAGEMENT) DI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA

(JPPH)

FAZIAH ABD. RASID - INSPEN

2009 --------------------------------------------------------------- Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan

24

Page 2: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

i

ABSTRAK

Kertas penyelidikan ini akan membincangkan aspek berkaitan dengan pengurusan

pengetahuan di dalam sesebuah organisasi khususnya di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

Harta. Pengurusan pengetahuan (knowledge management) telah muncul sebagai satu bidang

yang harus diketahui dan difahami. Keperluan untuk mengurus pengetahuan menjadi semakin

jelas, sesuai dengan kepentingannya strategik, ditambah pula dengan contoh-contoh kejayaan

mereka yang telah mengurusnya. Organisasi-organisasi di negara ini khususnya JPPH harus

mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil ke arah perlaksanaan pengurusan

pengetahuan. Oleh itu adalah diharapkan hasil dari kajian ini akan dapat mengenal pasti tahap

kefahaman warga JPPH terhadap konsep pengurusan pengetahuan; mengenalpasti sistem

pengurusan pengetahuan untuk mewujudkan tempat penyimpanan pengetahuan,

meningkatkan penyampaian pengetahuan, memperbaiki persekitaran pengetahuan dan

menguruskan pengetahuan; dan membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan. Daripada

335 borang soal selidik yang diedarkan, sejumlah 147 borang berjaya dikutip yang

menjadikan 43.88% kadar respon. Data ini telah dianalisis menggunakan ”Statistical

Package for Sosial Science” (SPSS) perisian 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap

kefahaman kepada konsep pengurusan pengetahuan adalah rendah. Majoriti bersetuju bahawa

keperluan perlaksanaan pengurusan pengetahuan adalah penting iaitu sebanyak 87.1%

(n=128). Keputusan kajian mencadangkan supaya JPPH membangunkan Sistem Portal

sebagai sistem pengurusan pengetahuan. Langkah awal yang perlu dilaksanakan oleh pihak

pengurusan dan warga kerja JPPH adalah membudayakan perkongsian ilmu dan pengetahuan.

Kata kunci : pengetahuan, pengurusan pengetahuan, budaya perkongsian ilmu/pengetahuan

Page 3: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

1

PENGURUSAN PENGETAHUAN (K-MANAGEMENT)

DI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH)

FAZIAH ABD RASID

Institut Penilaian Negara (INSPEN)

No. 5, Persiaran Institusi Bangi, 43000 Kajang,

( [email protected] )

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pengetahuan adalah sebagai salah satu input yang amat penting dan menyumbang

kepada pembangunan dan pembentukkan daya saing kepada sesebuah organisasi

( Applegate et.al., 1996; Chen et al., 2007)(petikan dari Daim, N.(2008). Oleh itu

untuk terus bersaing, organisasi perlulah mengumpul, menggunakan dan

menyimpan pengetahuan secara efisen yang mana ia merupakan sebahagian

daripada proses pengurusan pengetahuan. Ini bermakna dengan adanya

pengurusan pengetahuan yang baik, ia akan dapat membantu organiasai untuk

terus belajar yang mana pengetahuan baru dapat dipraktikkan dan boleh diguna

pada bila-bila masa ia diperlukan (Brandenburg dan Carroll, 1995).

Bagi sektor awam di Malaysia, pengurusan pengetahuan pada masa ini telah

menjadi teknik pengurusan untuk mengembalikan prestasi dan mewujudkan

kompetensi yang lebih tinggi kepada organisasi-organisasi kerajaan. Ini kerana

organisasi tersebut sering dilabelkan sebagai tidak cekap, birokrasi dan

perkhidmatan kurang memuaskan. Pengurusan Pengetahuan dilihat sebagai satu

elemen dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan. Ianya juga penting bagi kejayaan sebuah organisasi dan mampu

berdaya saing dengan organisasi. Melalui cetusan idea Tun Dr. Mahathir

Mohamed, Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (Knowledge Economy

Master Plan) akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

ekonominya berasaskan pengetahuan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan

Page 4: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

2

ekonomi dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa. Petikan ucapan

Datuk Seri Najib Tun Razak sempena pembukaan Persidangan Antarabangsa E-

Government Enhancement via Knowledge Management pada 22 September 2006

menyatakan, “Pengurusan pengetahuan perlu dilihat sebagai alat berkesan

bukan sahaja untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara K-economy tetapi

dapat memantap dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada

rakyat. Dalam menghadapi cabaran besar yang wujud sekarang, sektor awam

perlu telus, bertanggungjawab, cekap dan mementingkan rakyat dalam

menyampaikan perkhidmatannya.”1

Setiap pekerja mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang

tersimpan di dalam dirinya yang dikatakan sebagai pengetahuan tasit. Melalui

pengurusan pengetahuan segala ilmu ini boleh diekstrakkan, disusun atur, dan

diguna semula oleh organisasi sebagai input untuk pekerja-pekerja yang lain.

Petikan dari Taufik (2003) De Jarnett (1996), menyatakan pengurusan

pengetahuan adalah merupakan satu pembentukkan pengetahuan yang mana ia

perlu selari dengan pemahaman pengetahuan, penyebaran pengetahuan dan

menggunakannya serta pengubahsuaian pengetahuan supaya menjadi lebih mudah

difahami dan efektif. Walau bagaimanapun, proses yang amat penting di dalam

pengurusan pengetahuan yang perlu ada bagi sesebuah organisasi adalah

bagaimana pengetahuan tersebut dapat disebar dan dipindahkan ke lokasi di mana

ia diperlukan dan boleh diguna dengan sebaiknya.

Menurut Professor Yogesh Malholta dari Syracuse University, New York,

perubahan paradigma pengurusan perlu dilakukan dalam suasana ekonomi yang

menekankan kepada aspek pengetahuan dan maklumat pada beberapa perkara

seperti:

i. Strategi Perniagaan

ii. Reka Bentuk dan Kegunaan Teknologi

iii. Peranan Pengurusan Atasan

1 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm -1/3/2009

Page 5: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

3

iv. Kaedah Proses Pengetahuan dalam Organisasi

v. Aset Pengetahuan Organisasi

vi. Reka Bentuk Organisasi

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam suasana yang global seharusnya

menyedarkan sesebuah organisasi itu khususnya JPPH agar menjadi lebih

bersedia. YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad pernah berkata mengenai

Pengurusan Pengetahuan atau Knowledge Management (KM),”In the pursuit of

information, knowledge and wisdom, we must be prepared to face the reality. We

must embrace change, pursue novelty, and crave innovation. We must learn.

Even harder still, we must learn. We must remember to forget old ways. We must

force ourselves into new habits. We must build the new processes, institutions

and organizations that are necessary for the Information Age”.

1.2 Latar Belakang Kajian

Di Malaysia, semenjak tahun 1990an lagi, telah banyak organisasi mula mengorak

langkah bagi melaksanakan pengurusan pengetahuan bagi mencapai daya saing

yang tinggi. Ia bermula dari pengaruh positif yang dibawa oleh syarikat-syarikat

multinasional seperti Microsoft dan Hewlet Packard (HP) yang mana ia telah

membawa kepada amalan, proses dan aplikasi pengurusan pengetahuan ke negara

ini (Chowdry, 2006).

Begitu juga dalam sektor awam kini telah mula melaksanakan pelbagai program

dan aktiviti yang menjurus kepada pelaksanaan e-Kerajaan ke arah pemupukan

organisasi berpengetahuan. Ini disokong dengan laporan dari MAMPU2 yang

menyatakan kerajaan akan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) sebagai pemangkin dan mendorong pembangunan, pertukaran dan integrasi

maklumat supaya pengetahuan dapat diurus kemudian digunakan dan dikongsi

2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007

Page 6: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

4

bersama. Di bawah Pelan Tindakan : Strategic Response 3 : Facilitate sharing of

knowledge and experience by capturing information across government . Enam

agensi kerajaan sedang dalam kajian pembangunan perlaksanaan Sistem

Pengurusan Pengetahuan. Agensi tersebut ialah MAMPU, EPU, KKDN, MOSTI

dan Jabatan Statistik.

Bagi organisasi yang dalam perlaksanaan pengurusan pengetahuan, pelbagai

kaedah atau sistem digunakan. Kesemua kaedah atau sistem ini adalah untuk

memboleh ahli dalam organisasi tersebut boleh menyelesaikan masalah,

mengurangkan kos dan membolehkan penciptaan inovasi yang baru melalui

proses perkongsian pengetahuan dari mekanisma pengurusan pengetahuan.

Oleh itu, sudah semestinya JPPH sebagai sebuah organisasi kerajaan harus

mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk menguruskan pengetahuan yang

merupakan aset amat bernilai ada di dalam organisasi. Ini bagi membolehkan

JPPH memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan

mampu berdaya saing dengan agensi lain samada dikalangan sektor kerajaan

mahupun swasta.

JPPH bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada 1

Jun 1957. Kemudian pada 1 Januari 1987, Bahagian ini di naik taraf kepada

Jabatan dan dikenali sebagai Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), di

bawah Kementerian Kewangan. Sehingga kini JPPH telah mempunyai 49

cawangan dengan kekuatan sumber manusia seramai 2,101 orang. JPPH

mempunyai tiga perkhidmatan teras iaitu:

i. Program Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Program ini memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

Negeri, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai

perkara yang berkaitan dengan penilaian harta tanah untuk pelbagai

maksud percukaian seperti duti setem, duti harta pusaka, cukai keuntungan

Page 7: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

5

harta tanah, kadaran dan carum membantu kadar. Program ini juga

bertanggungjawab terhadap aspek nilaian harta tanah berkaitan urusan

penswastaan dan pelaburan, perundingan harta untuk pembelian dan

penjualan, menentukan nilai pampasan dalam proses pengambilan tanah,

menentukan premium tanah untuk maksud tukar syarat dan pemberian

milik tanah serta penilaian untuk pinjaman perumahan, insurans, sewaan

dan lain-lain nilaian modal.

ii. Program Maklumat Harta Tanah (NAPIC)

Merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ia menjadi rujukan

utama untuk mendapatkan maklumat dan sumber data berkaitan dengan

harta tanah.

iii. Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Sebagai penggerak utama dalam membangunkan pengetahuan dan

kemahiran modal insan jabatan dan industri amnya melalui latihan dan

penyelidikan dalam bidang harta tanah.

Dalam usaha untuk terus kekal bersaing dan relevan pada setiap masa dan

memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan, melalui pengurusan kualiti diutamakan. JPPH menyedari

bahawa pengurusan kualiti dan produktiviti menjadi struktur asas kualiti,

dan sumber manusia yang kompeten kerja, amanah dan mempunyai sikap

positif adalah aset yang paling penting bagi sesuatu organisasi dan

produktiviti jabatan.

Dalam pengurusan organisasi JPPH telah memperkenalkan berbagai garis

panduan, prosedur, polisi dan sebagainya untuk panduan dalam

melaksanakan tugas. Antaranya adalah bagi Program Penilaian Buku

Arahan JPPH menjadi rujukan utama, NAPIC melalui Buku Arahan

NAPIC manakala INSPEN melalui Buku Arahan INSPEN.

Page 8: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

6

1. 3 Penyataan Masalah

Dari semakan dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati dalam pengurusan

organisasi, JPPH tidak menjurus secara khusus dalam Pengurusan Pengetahuan.

Pengurusan Pengetahuan dilaksanakan secara tidak langsung melalui penyediaan

antaranya Manual Proses Kerja, Buku Arahan, Fail Meja, Amalan Standard

Penilaian, Surat Pekeliling, Polisi dan sebagainya dan juga melalui bahan

penerbitan seperti yang diterbitkan oleh NAPIC dan INSPEN.

Dari segi pengurusan organisasi melalui pembangunan IT, didapati perlaksanaan

sistem pengkomputeran adalah secara ’stand alone’ di mana JPPH menggunakan

Valuation Information System (VIS), NAPIC pula sedang membangunkan

Property Information System Malaysia (PRISM). Manakala di INSPEN

menggunakan berbagai sistem seperti SPML, PORTAL STAF, ILMU, BIO-

METRIK dan sebagainya.

Dengan ini boleh dibuat rumusan bahawa di setiap perkhidmatan teras di JPPH

mempunyai sistem pengurusan yang berbeza, penghasilan produk yang berlainan

dan sudah pasti kemahiran dan pengetahuan yang berbeza. Di mana setiap

produk yang dihasilkan adalah dari olahan data atau maklumat yang berbeza dan

melalui kaedahnya masing-masing dan lebih kepada mendokumentasikan bahan

atau data tersebut.

Dengan suasana organisasi yang mana berlaku kehilangan pengetahuan dan

pengalaman disebabkan persaraan, berhenti kerja dan pertukaran tempat kerja

atau berpindah ke organisasi lain adalah suatu kerugian kepada organisasi

khususnya JPPH. Kehilangan pengetahuan dan pengalaman ini memberi kesan

yang ketara terutamanya bagi golongan pengurusan dan profesional.

Menyedari hakikat ini suatu media atau kaedah pengurusan pengetahuan yang

baik perlu diwujudkan bagi tujuan perkongsian dan pengekalan pengetahuan.

Page 9: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

7

Pengetahuan tersebut boleh diguna semula dan dirujuk dengan tujuan untuk

pentadbiran dan pengurusan organisasi dalam terus memberikan perkhidmatan

yang terbaik dan cekap kepada pelanggan.

Oleh itu sudah sampai masanya untuk JPPH sebagai sebuah organisasi

perkhidmatan awam mengurus dan melaksanakan proses mengumpulkan dan

menjanakan semula aset pengetahuan khususnya dalam bidang penilaian harta

tanah. Satu kaedah diperlukan iaitu Pengurusan Pengetahuan. Melalui

pengurusan ini, pengetahuan yang terdapat dalam persekitaran organisasi boleh

diolah semula menjadi sesuatu yang bernilai. Ia boleh dijadikan sebagai

mekanisme untuk organisasi melihat hala tuju dan berjaya mencapai matlamat

organisasi. Ini disokong oleh Nonaka (1994) yang menyatakan pengurusan

pengetahuan atau knowledge management yang berkesan dikira sebagai faktor

kejayaan sesebuah organisasi. Ini sealiran dengan tuntutan K-ekonomi iaitu

memfokuskan pengetahuan sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi kerana

pengetahuan dapat meningkatkan keupayaan faktor-faktor pengeluaran yang lain

menjadikannya produk dan proses yang baru.

Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimanakah sistem

pengurusan pengetahuan boleh membantu mengumpulkan sumber aset

pengetahuan dan memberi input kepada proses membuat keputusan dan

perlaksanaan dalam mencapai matlamat organisasi dan pembangunan sumber

manusia.

Page 10: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

8

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dibincangkan di dalam para

1.3, maka objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap kefahaman warga JPPH terhadap pengurusan

pengetahuan.

ii. Mengenalpasti sistem pengurusan pengetahuan untuk mewujudkan tempat

penyimpanan pengetahuan, meningkatkan penyampaian pengetahuan,

memperbaiki persekitaran pengetahuan dan menguruskan pengetahuan.

iii. Membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian tertumpu kepada persekitaran pengurusan pengetahuan bagi

pengetahuan teknikal dan pengkhususan kepada kumpulan pengurusan dan

profesional dan kumpulan sokongan satu di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

Harta.

1.6 Soalan Penyelidikan

i. Sejauhmana warga JPPH tahu berkaitan dengan Pengurusan Pengetahuan?

ii. Sejauhmana kepentingan ilmu pengetahuan dalam pengurusan organisasi

JPPH?

iii. Bagaimana pengurusan pengetahuan sekarang di JPPH?

iv. Mengapa perlu menguruskan ilmu pengetahuan?

v. Apakah sistem yang digunakan untuk menguruskan pengetahuan?

vi. Bagaimanakah cara untuk membudayakan perkongsian ilmu?

Page 11: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

9

1.7 Kepentingan Kajian

Dengan adanya sistem pengurusan pengetahuan ia akan dapat menunjukkan

bagaimana proses perkongsian dan pembentukan aset pengetahuan di kalangan

ahli-ahli organisasi di seluruh JPPH di mana aset ini amat berharga dalam

membentuk pekerja yang berinformasi dan berpengetahuan luas.

Pengurusan pengetahuan yang baik akan dapat menyumbang kepada inisiatif

peningkatan prestasi melalui kemudahan perolehan pengetahuan, penggunaan

semula pengetahuan, perkongsian dan penciptaan pengetahuan serta pengurangan

masa bagi mencapai kecekapan.

Ia juga akan memberi input kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan dan

memperbaiki pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan,

mencapai matlamat organisasi, mewujudkan kompetensi yang lebih tinggi kepada

organisasi dan mewujudkan satu komuniti yang berasaskan pengetahuan.

Page 12: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

10

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Ilmu Pengetahuan

Pengetahuan adalah gabungan pengalaman, nilai maklumat kontekstual,

pandangan pakar dan kefahaman yang menyediakan perkitaran dan rangka kerja

untuk penilaian dan menggabungkan pengalaman dan maklumat baru. Dalam

organisasi ia bukan sahaja terdapat pada dokumentasi dan simpanan tetapi juga di

dalam amalan-amalan harian organisasi seperti kerja-kerja harian, proses-proses

yang berlaku, pengalan dan norma-norma yang diguna pakai (Davenport et

al.1998).

Menurut Drucker (1995), ilmu pengetahuan adalah maklumat yang mengandungi

sesuatu atau seseorang individu samada dengan menjadi asas kepada tindakan

atau dengan menjadikan individu mampu mengambil tindakan yang berbeza atau

lebih berkesan.

Ilmu pengetahuan tidak seperti harta yang boleh dilihat, ilmu pengetahuan tidak

susut atau rosak apabila dipindahkan, malah ia berkembang apabila digunakan

dan nilainya menurun jika tidak digunakan ( Sveiby,2000).

Nonaka dan Takeuchi (1995) mendefinisikan ilmu pengetahuan sebagai

kepercayaan yang sebenar iaitu apabila seseorang membina ilmu pengetahuan, dia

akan mengetahui sesuatu situasi baru dengan cara memegang kepada kepercayaan

yang sebenar dan terus komited terhadapnya. Setiap individu perlu membina

semula keupayaan untuk bertindak dalam keadaan sebenar melalui pengalaman.

Manakala menurut Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Sains dan

Teknologi untuk Pembangunan, pengetahuan merangkumi kemahiran praktikal

yang diperolehi melalui pembelajaran secara amali dan keupayaan yang

diperolehi melalui pendidikan formal dan latihan di samping kemahiran

Page 13: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

11

pengurusan yang dipelajari melalui amalan dan hasil penyelidikan dan

pembangunan (P&P)3.

Ilmu pengetahuan adalah berbeza daripada data dan maklumat. Menurut

McFadden et.al. (1999) menyatakan data adalah pengumpulan fakta, pengukuran

serta statistik. Data tidak membawa maksud ilmu pengetahuan dimana data

hanyalah sekumpulan nombor yang belum ditafsirkan. Data merupakan bahan

binaan yang paling awal di dalam pembentukan atau penciptaan ilmu

pengetahuan. Ia menjadi semakin bermakna dan memberi nilai di dalam

kehidupan manusia (Davenport et al, 1998). Setelah diproses dan dianalisis, data

menjadi maklumat, yang mengandungi makna-makna dan dapat digunakan di

dalam membuat keputusan.

Manakala maklumat pula adalah sebagai bahan perantaraan dalam membina

pengetahuan kerana maklumat memberikan makna ’apa’ kepada sesuatu,

sementara pengetahuan memberi pengertian ’mengapa’. Pembelajaran individu

berlaku apabila seseorang itu menerima maklumat, memprosesnya secara kognitif

dan memberi kesan kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikapnya.

Pembelajaran organisasi berlaku apabila maklumat diintegrasikan di dalam

strategi, sistem, struktur dan proses organisasi melalui pengalaman organisasi

akan membentuk ilmu pengetahuan. Data dan maklumat diubah menjadi

pengetahuan apabila diterjemahkan oleh manusia. Rajah 2.1 menunjukkan

bagaimana data diproses menjadi maklumat kemudian bertindak menjadi

pengetahuan.

3 www.epu.gov.my –Mengukur Isi Kandungan Pengetahuan

Page 14: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

12

Rajah 2.1: Proses Penghasilan Pengetahuan

Sumber : Morris and Miller (1999)(dalam Taufik Mohammad (2003)

Apabila memperkatakan ilmu pengetahuan ia dikategorikan kepada pengetahuan

tacit, pengetahuan explicit dan pengetahuan budaya (Nonaka et al, 1995).

Pengetahuan tasit (tacit knowlegde) – ia tidak boleh dilihat, berbentuk subjektif,

kognitif. Ia boleh didapati dari proses dalaman seseorang individu dan disimpan

dalam diri individu itu sendiri. Pengetahuan jenis ini juga dikenali sebagai

pengalaman, reaksi dan bakat. Ianya sukar didokumentasikan.

Pengetahuan eksplisit (explicit knowledge) – ia boleh dilihat, bersifat objektif,

rasional dan pengetahuan berbentuk teknikal sebagai contoh polisi, prosedur,

dokumen atau pangkalan data dan akan menjadi lebih berguna jika ia boleh

dikongsi dan digunakan dalam satu kumpulan tanpa mengira masa dan tempat.

Pengetahuan budaya (cultural knowledge)- adalah kepercayaan dan norma yang

digunakan oleh anggota organisasi untuk memberi nilai dan makna kepada

maklumat dan pengetahuan baru.

DATA

PENGE-

TAHUAN

PENGA-

LAMAN

TEORI

MAK

LUMAT

Page 15: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

13

Walaupun pengetahuan tasit adalah sukar didokumenkan tetapi dengan kemajuan

teknologi kini mampu membantu pertukaran pengetahuan tasit kepada eksplisit

dengan mudah. Justeru, pengetahuan boleh didokumenkan, disimpan, diurus,

disebar serta digunakan oleh pengguna yang lain dan kuasa pengetahuan itu

sendiri akan semakin bertambah. Manusia dan ilmu pengetahuannya adalah

sumber paling bernilai dan merupakan faktor utama di dalam memastikan

kejayaan sesebuah organisasi. Ia juga berkemampuan dan berkuasa untuk

mengubah organisasi menjadi lebih cemerlang.

Dalam pembentukkan atau penghasilan ilmu pengetahuan Nanoka dan Takeuchi

(1995) telah memperkenalkan model penciptaan pengetahuan yang melibatkan

interaksi pengetahuan tasit dan explisit yang mewujudkan proses kitaran di antara

keduanya yang melibatkan ’Socialisation’, ’Externalisation’, ’Combination’ dan

’Internalisation’.

Menerusi model SECI (Nonaka dan Takeuchi, 1995) seperti di rajah 2.2

menjelaskan bagaimana penciptaan pengetahuan dilaksanakan dan diurus

prosesnya secara efektif.

Rajah 2.2: Proses Penciptaan Pengetahuan (Nonaka, 1995)

Page 16: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

14

Socialization ( tasit ����tasit)

Iaitu proses perkongsian pengetahuan tasit di antara individu, rakan sekerja atau

dikalangan pelanggan. Fasa ini merupakan perkembangan pengetahuan dalam

bentuk personal, iaitu perpindahan pengetahuan individu kepada individu yang

lain.

Externalization ( tasit ����eksplisit)

Iaitu melibatkan penyataan dan penterjemahan pengetahuan tasit kepada bentuk

yang boleh difahami oleh individu lain. Di mana pengetahuan tasit akan ditukar

kepada pengetahuan eksplisit

Combination (eksplisit ���� eksplisit )

Iaitu pertukaran pengetahuan eksplisit kepada bentuk set pengetahuan eksplisit

yang lebih kompleks. Pengetahuan ini diperolehi dengan menganalisis

pengetahuan eksplisit yang sedia ada

Internalization (eksplisit ���� tasit)

Iaitu pertukaran penciptaan pengetahuan eksplisit yang baru ke dalam

pengetahuan tasit organisasi

2.2 Pengurusan Pengetahuan

Pengurusan pengetahuan merupakan suatu proses untuk mengurus, mengenal

pasti dan berkongsi aset pengetahuan yang tersimpan pada seseorang termasuk

kepakaran dan pengalaman yang zahir dan tersembunyi. Adalah menjadi

kerugian jika aset tersebut tidak dipindahkan dan dikongsi dikalangan ahli

organisasi.

Ini disokong dengan ulasan-ulasan penyelidik terdahulu seperti Malhotra, 1998;

Probst, 1998; Miles et al, 1998, Nevis et al, 1995; Huber,1991, menyatakan

pengurusan pengetahuan merupakan satu usaha merekabentuk keupayaan

Page 17: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

15

organisasi memperoleh, berkongsi dan menggunakan pengetahuan untuk

kelangsungan dan kejayaan dalam membentuk sistem, struktur dan nilai

organisasi yang menyokong proses pengurusan pengetahuan. Petikan dari

Suhaimi S.(2002) dari (Ulrich et al, 1993), menyatakan pengurusan pengetahuan

menyediakan asas-asas yang kukuh kepada keupayaan pembelajaran di dalam

organisasi dengan mencipta peluang-peluang yang besar terhadap pembelajaran,

memperkembangkan tahap pembelajaran peringkat individu ke peringkat

organisasi yang lebih luas lagi, dan membina daya dorongan serta peluang untuk

ahli organisasi mempelajari sesuatu dari ahli-ahli yang lain.

Menurut Choo (1997) organisasi menghasilkan dan menggunakan maklumat di

dalam tiga bidang strategik iaitu:

Pertama, organisasi menterjemah maklumat tentang persekitarannya di dalam

usaha untuk membina pengertian dan makna terhadap apa yang sedang berlaku

organisasi tersebut dan apa yang sedang dilakukan.

Kedua, organisasi tersebut akan mencipta pengetahuan baru dan menukar dan

menggabung kepakaran dan pengetahuan ahli-ahli organisasi di dalam usaha

mempelajari dan membuat inovasi.

Ketiga, organisasi memproses dan menganalisis maklumat yang diperolehi untuk

memilih dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu pengurusan pengetahuan yang betul caranya akan memudahkan

pembangunan, pengumpulan, perancangan, penyebaran, penggunaan dan

pemanfaatan. Antara implikasinya adalah sebagaimana berikut:

a) Perkongsian pengetahuan dengan penuh 'ketelusan' demi kemajuan

organisasi.

b) Inovatif - menjadikan sebarang idea bernas kepada keuntungan positif dan

berorientasikan keputusan.

Page 18: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

16

c) Bekerja dengan lebih pintar dan bukannya terlalu bergantung kepada

pemimpin atau sistem atau prosedur yang terlalu ketat.

Rumusan boleh dibuat bahawa pengurusan pengetahuan merupakan kegiatan

mengurus pengetahuan yang dianggap penting oleh mana-mana organisasi. Ia

merangkumi langkah-langkah mengenal pasti dan merekodkan pengetahuan itu

dan menjadikannya mudah untuk dirujuk dengan tujuan untuk memperbaiki

perjalanan organisasi tersebut. Dalam keadaan ini apa yang direkodkan itu sering

disebut sebagai amalan-amalan terbaik (best practices) yang boleh dipelajari dan

digunakan oleh orang lain.

Pada kebiasaannya, pengurusan pengetahuan mempunyai kaitan dengan beberapa

’modal’ iaitu:

• Modal manusia (human capital): sumber manusia dan kepintaran

• Modal struktur (structure capital) : sumber yang berbentuk fizikal dan

teknologi

• Modal pelanggan (customer capital) : maklumat dan pengetahuan tentang

pelanggan (dalaman dan luaran)

• Modal pesaing (competitor capital): maklumat dan pengetahuan tentang-

tentang pesaing.

2.3 Kepentingan Pengurusan Pengetahuan Dalam Organisasi

Dalam suasana K-ekonomi, tumpuan utama asas ekonomi telah berpindah dari

pengeluaran (production) kepada pengetahuan (knowledge). Seperti yang telah

dinyatakan di atas membentuk satu cabaran baru kepada organisasi, terutamanya

dari segi pengurusannya. Kelebihan kompetitf sesebuah organisasi itu bergantung

kepada pengetahuan yang dimilikinya: apa yang ia tahu, bagaimana ia

menggunakan apa yang ia tahu, dan secepat manakah mampu mempelajari /

mengetahui tentang sesuatu yang baru.

Page 19: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

17

Penemuan kajian oleh Syed-Ikhsan dan Rowland (2004) menyatakan bahawa

pengurusan pengetahuan secara praktisnya merupakan strategi utama dalam

menguruskan pengetahuan di dalam Sektor Perkhidmatan Awam Malaysia.

Beliau juga yakin Malaysia akan berjaya dalam Pengurusan Pengetahuan (K-

Management) dan bergerak selari dengan pembangunan K-Economy. K-based

Economy Strategis Master Plan (KESMP) yang diperkenalkan dalam tahun 2002

menunjukkan betapa seriusnya kerajaan membuat tranformasi ke arah

Knowledge-based Economy (K-economy).

Sama ada disedari atau tidak, pengetahuan sememangnya sudah sedia wujud di

dalam organisasi. Apa yang baru bukanlah pengetahuan itu, tetapi

pengurusannya. Pengetahuan berkembang sejajar dengan kematangan sesebuah

organisasi. Orang-orang dalam organisasi tersebut akan mempelajari

pengalaman-pengalaman yang baru dari masa ke semasa. Ini akan memandu

mereka untuk bertindak ke atas situasi-situasi yang serupa yang mungkin

dihadapi di masa hadapan. Pengalaman seperti ini harus direkodkan untuk

dipelajari oleh orang lain. Di sini, dua perkara dapat dicapai:

• Pengetahuan disampaikan dan dikongsi sesama individu-individu dalam

organisasi. Ini akan dapat membantu mereka mempelajari dan berkongsi

amalan terbaik masing-masing. Sikap ’kedekut ilmu’ hanya akan

membataskan perkembangan idea-idea baru dan tidak akan membawa

kepada kejayaan secara keseluruhan.

• Pengetahuan dapat dikekalkan dalam organisasi dan tidak akan hilang

apabila seseorang meninggalkan organisasi.

Perlaksanaan Pengurusan Pengetahuan telah menampakkan kejayaan kepada

organisasi. Petikan Aznan (2002) menyatakan, Brooking, A. (1996) dalam

kajiannya terdapat organisasi yang melaksanakan pengurusan pengetahuan telah

berjaya menyelamatkan syarikat daripada menanggung kerugian besar. Salah

sebuah organisasi tersebut ialah sebuah syarikat petroleum yang bercadang untuk

melakukan satu kajian seismik di Teluk Mexico. Sebelum syarikat tersebut

Page 20: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

18

sempat memulakannya, seorang eksekutif teringat bahawa mereka bukan sahaja

telah pun mengkaji kawasan tersebut, malahan sudah menjalankan beberapa usaha

penggerudian yang tidak mendatangkan hasil. Ingatan eksekutif tersebut telah

berjaya menyelamatkan syarikat daripada membazirkan sejumlah wang yang agak

besar.4

Jika merujuk kepada perlaksanaan pengurusan pengetahuan di dalam negara,

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengorak langkah dalam bidang ini mulai

tahun 1999. Laporan Bank Negara Malaysia (2005) menyatakan strategi

menerapkan amalan Pengurusan Pengetahuan (KM) dalam proses pekerjaan telah

menyumbang kepada pewujudan persekitaran yang lebih sesuai bagi pekerja

pengetahuan di bank. Satu pencapaian utama ialah kejayaan menyiapkan projek

taksonomi korporat Bank Negara Malaysia. Taksonomi merupakan rangka kerja

klasifikasi maklumat yang telah digunakan sebagai asas untuk membentuk sistem

pengurusan simpanan pengetahuan yang dikenali sebagai Hab Pengetahuan Bank.

Dengan disokong oleh enjin carian dan dasar keselamatan maklumat, Hab

Pengetahuan menunjukkan dengan jelas pengetahuan yang ada dan akses kepada

pengetahuan. Ini sekaligus memudahkan lagi proses mendapatkan, penggunaan

semula, perkongsian dan penciptaan pengetahuan.

2.4 Perlaksanaan Pengurusan Pengetahuan Dalam Organisasi.

Perlaksanaan pengurusan pengetahuan harus dilihat kepada organisasi itu sendiri

kerana tidak ada satu cara yang ’betul’ atau ’tetap’. Dalam melaksanakan

pengurusan pengetahuan di dalam sesebuah organisasi, terdapat beberapa isu

umum yang harus diberi perhatian iaitu:

• Persoalan berkenaan konteks: Apakah proses, situasi dan keadaan yang

paling penting, di mana proses, situasi dan keadaan ini berlaku berulang

kali, dan di dalam proses, situasi dan keadaan tersebut pengetahuan

4 Petikan laporan Financial Times pada 21hb. Februari 1996 artikel yang ditulis oleh Tom Lester

Page 21: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

19

dihasilkan dan digunakan dalam organisasi? Bagaimanakah semuanya itu

berkait dengan matlamat organisasi tersebut?

• Persoalan berkaitan dengan manusia. Siapakah orang-orang penting

dalam konteks-konteks di atas?

• Persoalan berkaitan dengan kandungan. Apakah maklumat-maklumat

yang penting bagi menjamin keberkesanan prestasi orang-orang di dalam

konteks-konteks tersebut?

Dengan jawapan kepada persoalan-persoalan ini maka ia akan dapat membantu

mengenalpasti pengetahuan-pengetahuan yang kritikal di dalam sesebuah

organisasi itu.

Setelah mengenalpasti pengetahuan yang ada di dalam sesebuah organisasi

tersebut adalah baik pengetahuan itu diklasifikasikan mengikut kategori. Ini

adalah kerana berbeza jenis pengetahuan berlainan cara menguruskannya.

Petikan dari Aznan (2002) menyatakan Peter Novins dan Richard Armstrong

(1997) mencadangkan pengetahuan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:

a) ‘Quick Access Knowledge’ (Maklumat Capaian Cepat)

Pengetahuan ini senang dipindahkan kepada orang lain untuk digunakan

semula, tetapi tidak dapat diaplikasikan pada semua keadaan. Contohnya

pengetahuan tentang seorang pelanggan penting yang tidak suka kepada

asap rokok. Semua anggota organisasi yang berhubung dengan pelanggan

tersebut perlu berhati-hati tentang perkara ini, dan ianya mudah untuk

dikongsi, tetapi ia hanya berkaitan dengan pelanggan itu sahaja.

b) ‘Broad-based Knowledge’ (Pengetahuan Umum)

Pengetahuan jenis ini bukan sahaja mudah untuk dipindahkan malah

berguna pada banyak keadaan. Contohnya, polisi dan prosedur daripada

agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan dengan operasi organisasi.

Page 22: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

20

Pengetahuan ini dan cara untuk mencapainya harus disebarkan kepada

semua yang berkaitan dalam organisasi itu.

c) ‘Complex Knowledge’ (Pengetahuan Kompleks)

Pengetahuan ini dapat digunakan pada banyak keadaan tetapi sukar untuk

dipindahkan. Contohnya ialah kaedah dan tatacara mengendalikan projek-

projek yang berskala besar. Pengetahuan ini dipindahkan menerusi sesi

latihan dan penerangan yang berstruktur kepada semua anggota organisasi

yang berkenaan.

d) ‘One-off Knowledge’ (Pengetahuan Jarang Guna)

Pengetahuan ini sukar dipindahkan dan tidak dapat digunakan pada

banyak keadaan. Contohnya pengetahuan tentang perisian komputer yang

tidak digunakan dengan meluas di dalam organisasi tersebut. Pengetahuan

ini tidak perlu diuruskan secara formal dan hanya dipindahkan kepada

sesiapa yang berminta secara tidak formal.

Rajah 2.3: Kategori Pengetahuan

Broad-based Knowledge (Pengetahuan Umum)

Mudah dipindahkan dan berguna dalam banyak

keadaan. Perlu disebar kepada

organisasi dan ada caranya

Complex Knowledge (Pengetahuan Kompleks)

Sukar dipindahkan tapi perlu digunakan dalam banyak

keadaan Dipindah melalui latihan &

penerangan

One-off Knowledge (Pengetahuan Jarang Guna)

Sukar dipindahkan dan tidak dapat diguna dalam banyak

keadaan

Dipindah kepada yang berkaitan sahaja

Quick Access Knowledge (Maklumat Capaian Cepat)

Senang dipindah tetapi tidak dapat diaplikasikan kepada

semua Boleh dikongsi pengetahuan

tersebut secara lisan

KKKK

Page 23: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

21

Pengurusan pengetahuan bukan sahaja setakat mengenalpasti kategori

pengetahuan tetapi ianya perlu diurus. Mengikut Amrit Tiwana (2000) terdapat

sepuluh langkah dalam rangka kerja proses untuk melaksanakannya dan ia

merupakan aktiviti yang kompleks. Sepuluh langkah ini akan memberi panduan

keseluruhan ke atas proses merekabentuk strategi, rekabentuk, membangun dan

melaksanakan satu Sistem Pengurusan Pengetahuan yang selaras dengan strategi

organisasi.

Langkah-langkah tersebut terbahagi kepada empat fasa utama iaitu:

Fasa 1 : Penilaian Infrastuktur

a) Langkah 1 : Analisa infrastruktur yang sedia ada- mengkaji jurang

kritikal dari aspek teknologi.

b) Langkah 2 : Penyelarasan pengurusan pengetahuan dengan strategi

organisasi – menyelaraskan kedua-dua strategi bagi memenuhi matlamat

organisasi.

Fasa 2 : Analisis, Rekabentuk dan Pembangunan Sistem Pengurusan

Pengetahuan

a) Langkah 3 : Rekabentuk infrastruktur pengurusan pengetahuan-

memilih komponen infrastruktur berdasarkan arkitektur sistem pengurusan

pengetahuan iaitu 7 layers (Amrit Tiwana, 2000)

b) Langkah 4 : Audit sistem dan aset pengetahuan sedia ada- audit dilakukan

untuk membuat penilaian awal ke atas sistem dan aset pengetahuan yang

ada.

c) Langka 5 : Menubuhkan pasukan pengurusan pengetahuan – tenaga pakar

dikenalpasti bagi memastikan kejayaan proses di dalam fasa ini.

Page 24: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

22

d) Langkah 6 : Merekabentuk pelan sistem pengurusan pengetahuan –

perancangan pembangunan arkitektur serta komponen di setiap lapisan

dikenalpasti.

e) Langka 7 : Pembangunan sistem pengurusan pengetahuan- melibatkan

pembangunan penuh ke atas setiap lapisan yang ada.

Fasa 3 : Aturan Kedudukan

a) Langkah 8 : Perlaksanaan metodologi RDI – meliputi pemilihan dan

perlaksanaan projek pilot bagi memperkenalkan sistem yang dibangunkan.

b) Langkah 9 : Mengurus perubahan, budaya dan penghargaan-melibatkan

peranan yang perlu dimainkan oleh mereka yang dibangunkan.

Fasa 4 : Penilaian

a) Langkah 10 : Menilai prestasi dan pemilihan ukuran – mengukur nilai

perkhidmatan atau perniagaan yang terlibat dan melibatkan hasil pulangan

dari pelaburan yang telah dibuat.

Penerangan 10 langkah di atas diterjemahkan dalam Rajah 2.4.

Page 25: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

23

Rajah 2.4: The 10 Steps KM Road MAP (Sumber : Tiwana, 2000)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

dalam kajian Penyiasatan Kandungan Pengetahuan Malaysia (MyKe) telah

mengenal pasti empat komponen Pemudah Pengetahuan dan empat komponen

Tindakan Pengetahuan yang mana seterusnya akan membawa kepada dua Hasil

yang Didorong oleh Pengetahuan ( Rujuk Rajah 2.5). Kesemua komponen-

komponen yang telah dikenalpasti ini boleh dijadikan panduan untuk

membangunkan Sistem Pengurusan Pengetahuan.

1. Analyze the Existing Infrastructure

2. Align KM and Business Strategy

4. Audit Existing Knowledge Assets & System

6. Create the KM Blueprint

3. Design the KM Infrastructure

5. Design the KM Team

7. Develop the KMS

9. Manage Chance, Culture and Reward Structure

8. Deploy, Using RDI Methodology

10. Evaluation Performance, Measure ROI and

Incremental refine the KMS

Page 26: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

24

Rajah 2.5 : Model Pengukuran Kandungan Pengetahuan

Sumber : www.epu.gov.my –Mengukur Isi Kandungan Pengetahuan

2.5 Sistem Pengurusan Pengetahuan

Bagi mewujudkan kemudahan proses perkongsian pengetahuan, organisasi perlu

melihat ke hadapan mengenai kebolehan teknikal yang ada dan menfokuskan

kepada persekitaran yang bermaklumat secara keseluruhannya. Rajah 2.6

menunjukkan, dalam mengimbangkan budaya bermaklumat dengan teknologi,

pengurusan pengetahuan telah membawa kepada tiga sumber utama dalam

organisasi iaitu kakitangan, proses dan juga teknologi bagi membolehkan

organisasi tersebut menggunakan dan berkongsi pengetahuan serta maklumat

secara lebih efektif. Dalam hal teknologi, ia adalah sebagai alat perhubungan

dalam mewujudkan perkongsian pengetahuan.

• Persekitaran perniagaan

• Suasana permintaan

• Struktur pasaran dan industri

PEMUDAH (Stok Pengetahuan)

E1 : Keupayaan Sumber Manusia

E2 : Kepimpinan Pengetahuan E3 : Teknologi/ Infrastruktur

E4 : Persekitaran Pengetahuan

Tindakan

(Proses Pengetahuan /Aliran )

K1 : Penjanaan Pengetahuan

K2 : Perolehan Pengetahuam

K3 : Perkongsian Pengetahuan

K4 : Penggunaan Pengetahuan

KOMPONEN PENGETAHUAN

Inovasi (O1)

• Produk baru atau yang ditambahbaik

• Proses baru atau yang ditambahbaik

• Organisasi yang ditambahbaik

Prestasi Ekonomi (O2)

• Produktiviti yang meningkat

• Keuntungan yang bertambah

HASIL PENGETAHUAN

Faktor Luaran

Page 27: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

25

Rajah 2.6: Kunci Bagi Merealisasikan Perkongsian Pengetahuan

Hasil kajian penyelidikan oleh Hall C (2000) dari United State menyatakan 30%

organisasi telah membangunkan Portal Maklumat Perniagaan untuk menyokong

proses pengurusan pengetahuan dan 60% daripadanya telah melaksanakan portal

tersebut kerana perkembangan pekerja dalam organisasi yang aggresif dan

perubahan yang pantas.

Taufik (2003) menyatakan, Brent J. B. (2000) membuat rumusan bahawa

organisasi yang menghadapi cabaran dan perubahan yang pantas dalam

perniagaan, pertambahan perkembangan maklumat, pekerja yang ramai dan servis

bertambah membuatkan organisasi tersebut melaksanakan pengurusan

pengetahuan. Ini merupakan petunjuk kepada kejayaan organisasi tersebut dan

akan meningkatkan inovasi, tindakbalas dan persaingan dalam organisasi

(Hackbarth, G.,1998;Alavi, M & Leider, D.E,.2001) dan akhirnya ia akan menjadi

’Organisasi yang bermaklumat dan berpengetahuan’ (Applegate et al,1999).

Seperti yang telah dijelaskan Model Nonaka dan Takeuchi(1995) membahagikan

pengetahuan kepada dua jenis iaitu pengetahuan eksplisit dan pengetahuan tasit.

Pergerakan diantara dua jenis pengetahuan membentuk pengetahuan baru.

Berlaku juga empat jenis interaksi di mana dari tasit kepada tasit

(Kemasyarakatan), dari eksplisit kepada eksplisit (Gabungan), dari tacit kepada

eksplisit (Luaran) dan dari eksplisit kepada tasit (Dalaman). Berdasarkan kepada

mod perbualan pengetahuan ini, Mentzas(1997) telah menentukan bahagian-

Orang

Ramai Proses

Teknologi

Pengetahuan

Page 28: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

26

bahagian Teknologi Maklumat yang spesifik yang dapat menyokong dan

mencungkil jenis interaksi tersebut:

Jadual 2.1 : Sokongan Teknologi Maklumat dan contoh peralatan

perkongsian bagi mod-mod pengetahuan (Mentzas, 1997)

Mod Sokongan Kepada Contoh Peralatan

Kemasyarakatan

(Socialisation)

• Komunikasi tidak

formal

• Perbincangan atas talian (online) semasa bekerja

• Pengumpulan soalan

• Penemuan Maklumat

• E-mail

• Senarai perbincangan

• Papan Buletin

• Usaha sama hypermedia

• Persidangan Multimedia

• Aplikasi brainstorming

Dalaman

(Internalisation)

• Pencarian metodologi

dan Proses LLS

• Dokumentasi

perkongsian

pengetahuan

• Penafsiran pengetahuan

• Pangkalan data Pengajaran Pembelajaran

• Pentafsiran Maklumat

• Pengesanan sejarah proses

• CBT hypermedia

• Gudang Data/ Perlombongan data

Luaran

(Externalisation) • Pemetaan konsep

pengetahuan tasit :

pengkelasan/

persembahan

• Pembentukkan memori

organisasi

• Perjalanan pemilikan

persendirian

• Rangkaian semantic

• Pengetahuan ontologis

• Rangkaian penerbitan

• Tekanan teknologi

• Agen teknologi

• Perhujahan isu

Gabongan

(Combination) • Penyelarasan keputusan

• Perkongsian maklumat

• Komunikasi komputer

• Carian dan penapisan pengurusan dokumen

• Perjalanan Sistem

• Kumpulan DSS

Jika merujuk kepada perkembangan dalam negara didapati permintaan dan

keperluan kepada pengurusan pengetahuan menunjukkan perkembangan yang

menggalakkan di mana menurut Index Pembangunan Ekonomi Berasaskan

Pengetahuan (KDI) Malaysia berada di kedudukan tangga ke 17 berbanding

Page 29: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

27

716

1031

1646

1837

2218

2989

3525

3539

4005

4037

4149

4164

4250

4320

4436

4469

4658

4730

4857

4910

5273

6126

0 2000 4000 6000 8000

India (22)

Indonesia (21)

Filipina (20)

Thailand (19)

China (18)

MALAYSIA (17)

Korea Selatan (16)

N. Zealand (15)

Singapura (14)

Ireland (13)

Jerman (12)

Australia (11)

Kanada (10)

U.Kingdom (9)

Belanda (8)

Sw itzerland (7)

Norw ay (6)

Finland (5)

Jepun (4)

Denmark (3)

Sw eden (2)

Amerika Syarikat(1)

dengan 21 negara-negara maju yang lain. KDI dikira berasaskan beberapa faktor

utama terpilih yang diperlukan untuk menggerakkan ekonomi berasaskan

pengetahuan iaitu infrastruktur komputer, infrastruktur pendidikan dan latihan,

serta penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan teknologi. Rajah 2.7

menunjukkan Indeks Pembangunan Eknomi Berasaskan Pengetahuan 2004.

Rajah 2.7 : Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan

Pengetahuan 2004

Sumber : www.epu.gov.my –Mengukur Isi Kandungan Pengetahuan

EPU.( 2004)

Laporan dari MAMPU (2007)5 menyatakan bahawa di bawah projek

MyGovernment Portal sebanyak 900 websites merangkumi agensi-agensi

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negari dan Pihak Berkuasa Tempatan telah

dibangunkan. Manakala perbelanjaan ICT juga meningkat, carta pie di bawah

menunjukkan jumlah peruntukkan kewangan dari tahun 2001 hingga 2010.

5 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Seminar ICT, Julai 2007

Page 30: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

28

Rajah 2.8 : Agihan Peruntukkan Kewangan Untuk Pembangunan

ICT bagi RM Ke-8 dan RM Ke-9

Di bawah Pelan Tindakan: Strategic Response 3: Facilitate sharing of knowledge

and experience by capturing information across government 6 agensi kerajaan

sedang dalam kajian pembangunan perlaksanaan Sistem Pengurusan Pengetahuan.

Jadual 2.2 menunjukkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan

perlaksanaan Sistem Pengurusan Pengetahuan.

Jadual 2.2: Strategic Response 3: Facilitate sharing of knowledge and

experience by capturing information across government

Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007

Inisiatif Jangka masa Agensi Utama

Knowledge Management Framework

(Kajian)

2008 MAMPU

Knowledge Bases:

• Economic Intelligence

• Security Intelligence

• Research & Development

• Government Statistics

• Project Management-best practices,

tools & techniques, methodologies and

templates

2009

2009

2009

2009

2009

EPU

KKDN

MOSTI

Jab. Statistik

MAMPU

KOS PEMBANGUNAN ICT

RM746.73j

2001, 22.88%

RM838.98j

2002, 27.95%

RM558.29j

2003, 18.60%

RM427.37j

2004, 14.24%

RM14.33j

2005, 0

KOS PEMBANGUNAN ICT

RM746.73j

2001, 22.88%

RM838.98j

2002, 27.95%

RM558.29j

2003, 18.60%

RM427.37j

2004, 14.24%

RM14.33j

2005, 0

JUMLAH KOS PROJEK DALAM RMKE-8

RM4.1B (2007 -2010)

RM1.6B (2006)

JUMLAH KOS PROJEK DALAM RMKE-9

Page 31: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

29

Laporan dari MAMPU jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat serius dengan

pembangunan teknologi maklumat. Kerajaan akan menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemangkin dan mendorong

pembangunan, pertukaran dan integrasi maklumat. Ia juga menerajui usaha untuk

menggalakkan strategi pembangunan aktiviti berasaskan pengetahuan dan

membangunkan mekanisme pembelajaran yang lebih berkesan supaya

pengetahuan dapat digunakan dan dikongsi bersama.

2.6 Budaya Perkongsian Pengetahuan

2.6.1 Perkongsian pengetahuan

Pengetahuan yang ada di sesebuah organisasi boleh dibahagikan ke dalam

beberapa kategori. Dengan mengetahui ciri-ciri dan peranan pengetahuan,

seseorang itu perlulah memahami, mengambil, mempersembahkan dan

menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaik mungkin bagi menghasilkan

idea-idea baru untuk bersaing di peringkat antarabangsa (Dixon, 2002).

Selain itu juga, pengurusan pengetahuan melibatkan putaran aktivti iaitu

pengetahuan perlu dibangunkan, disimpan, disalurkan dan perlu digabungkan.

Sebagai keputusannya, memanipulasikan pengetahuan dengan menggunakan alat-

alat bantu sama ada teknologi atau bukan teknologi, organiasi akan dapat

mencapai kedudukan yang strategik berbanding dengan persaingannya

(Drucker,2000).

Page 32: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

30

2.6.2 Elemen perkongsian pengetahuan

Dalam membangukan proses perkongsian maklumat dalam sesebuah organisasi,

terdapat tiga elemen utama yang perlu diambil perhatian. Elemen tersebut ialah

manusia, tempat dan maklumat seperti tertera di rajah 2.9. Ketiga-tiga elemen ini

perlu untuk mewujudkan perkongsian yang efektif.

Rajah 2.9 : Elemen-Elemen Dalam Perkongsian Pengetahuan

(Federal Aviation Administration, FAA)

a. Manusia

Pengetahuan yang wujud adalah dengan adanya manusia. Pemberi maklumat atau

pengetahuan perlu mengetahui apa yang ingin disampaikan kepada pengguna

pengetahuan yang lain. Pemberi pengetahuan juga boleh menjadi pengguna

pengetahuan, di mana pengguna mengunakan pengetahuan yang telah dikongsi

oleh pengguna lain sebagai bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Penyumbang atau pemberi pengetahuan boleh dikategorikan sebagai teman

sekerja, pakar-pakar, rakan-rakan dan juga pelanggan kepada organisasi.

Maklumat

Perkongsian

Pengetahuan

Manusia Tempat

Page 33: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

31

b. Tempat

Tempat menerangkan di mana pengetahuan yang ingin dikongsi perlu diletakkan.

Pengetahuan yang terdapat di sini membolehkan pengguna pengetahuan

berkongsi idea tentang sesuatu perkara atau masalah. Ia juga dapat membentuk

komuniti yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dalam

menjalankan sesuatu projek. Bagi pengguna yang pengetahuannya berada pada

tahap yang rendah dalam organisasi, meraka dapat mempelajari sesuatu perkara

yang berguna bagi memperbaiki mutu pekerjaan yang dilakukan. Tempat

perkongsian pengetahuan juga dapat menyediakan jawapan bagi sesuatu masalah

yang berlaku.

c. Maklumat

Maklumat yang terdapat dalam proses perkongsian pengetahuan terdiri daripada

struktur atau tidak berstruktur. Kedua-dua jenis pengetahuan ini, membolehkan

pengguna untuk mencipta sesuatu pengetahuan yang baru. Pengetahuan yang

dikongsikan juga diklasifikasikan dan dicapai oleh pengguna pengetahuan.

Pengetahuan yang ingin dikongsi perlu mempunyai makna atau berguna kepada

pengguna.

2.6.2 Budaya perkongsian pengetahuan

Ketiga-tiga elemen di atas adalah penting untuk membentuk perkongsian

pengetahuan, tetapi jika tidak diterap budaya berkongsi kepada semua warga kerja

maka elemen perkongsian pengetahuan (sharing knowledge) di dalam

pengurusan pengetahuan (knowledge management) tidak akan berjaya.

Budaya perkongsian pengetahuan boleh diterangkan sebagai satu tempat di mana

warga kerja organisasi dapat berkongsi secara terbuka, dapat mengajar dan

Page 34: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

32

mempelajari antara satu sama lain, idea-idea yang diberikan adalah bebas dan

pengetahuan yang didapati dari sumber lain dapat digunakan. Perkongsian

pengetahuan boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti persidangan, mesyuarat,

soal jawab dan sebagainya. Perkongsian pengetahuan seharusnya mempunyai

nilai-nilai organisasi seperti bagaimana sesuatu masalah boleh diselesaikan dan

bagaimana cara setiap warga kerja berfikir.

Sebarang halangan yang wujud kepada proses perkongsian pengetahuan dan perlu

ditukar untuk menjadikan lebih menyokong kepada budaya perkongsian

pengetahuan. Angel and Elizabeth (2002), mengariskan empat sebab utama

mengapa budaya adalah sebagai asas kepada proses perkongsian pengetahuan:

• Budaya akan membentuk pemikiran manusia atau kakitangan mengenai

pengetahuan apakah yang penting.

• Budaya akan menentukan perhubungan di antara tahap-tahap pengetahuan.

Sebagai contoh, apakah pengetahuan yang tergolong dalam organisasi dan

individu.

• Budaya akan membentuk interaksi sosial tentang pengetahuan.

• Budaya akan membentuk kepada penciptaan dan pembentukan

pengetahuan baru.

2.7 Kesimpulan

Dalam kajian literatur ini telah dikenalpasti perkara-perkara yang berkaitan

pengurusan pengetahuan mempunyai pengertian yang luas dan komponen-

komponen seperti sistem pengurusan pengetahuan dan aset pengetahuan.

Daripada literatur juga mendapati untuk menyediakan Sistem Pengurusan

Pengetahuan ia memerlukan ’tool’ iaitu teknologi yang boleh digunakan dalam

mewujudkan perkongsian pengetahuan dalam organisasi. Ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan proses pembuatan keputusan, meningkatkan daya

kreativiti dan inovasi kakitangan dan komunikasi. Ia adalah satu aspek yang

Page 35: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

33

penting dalam memperkembangkan pengurusan pengetahuan. Salah satu

daripadanya adalah melalui ialah pembangunan Sistem Portal.

Walau sehebat mana sistem yang digunakan jika budaya perkongsian tidak

diserapkan ke dalam organisasi dan warga kerjanya, apa-apa sistem yang

dibangunkan untuk menguruskan pengetahuan tidak dapat dilaksanakan dengan

jayanya.

Page 36: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

34

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah bermula dengan asas kajian, persampelan, instrumen

kajian, pengumpulan data, kajian rintis, ujian kebolehpercayaan dan proses

analisis data.

3.1 Asas Kajian

Penyelidikan ini adalah berbentuk kajian bukan eksperimen dan menggunakan

kaedah kuantitif bagi menilai tahap kefahaman berkaitan dengan konsep

pengurusan pengetahuan di kalangan Pegawai Penilaian di Jabatan Penilaian dan

Perkhidmatan Harta. Sejauhmana kepentingan ilmu pengetahuan dalam

pengurusan organisasi JPPH. Bagaimanakah pengetahuan yang ada diuruskan

dan apakah sistem yang sesuai digunakan untuk menguruskan ilmu pengetahuan.

Adalah diharapkan dengan hasil ujian ini akan dapat dijadikan sebagai panduan

kepada pihak pengurusan dalam membuat perancangan awal untuk

membangunkan Pengurusan Pengetahuan di JPPH.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian berkait rapat dengan klasifikasi kajian. Kajian ini adalah

kajian tindakan iaitu untuk mengenalpasti cara melakukan sesuatu yang paling

berkesan. Penyelidik akan membuat edaran soalselidik dengan memilih

responden secara rawak. Contoh Borang Soalselidik adalah seperti di Lampiran

A.

Temubual secara ’semi-struture ’dijalankan dengan beberapa agensi kerajaan

yang sedang atau dalam perancangan untuk melaksanakan pengurusan

pengetahuan.

Page 37: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

35

3.3 Instrumen Kajian

Di peringkat ini data-data yang diperolehi akan dianalisis bagi mencapai objektif

kajian. Dengan menggunakan data-data primer dan sekunder yang diperolehi

penyelidik akan membuat analisis sebagaimana berikut:

3.3.1 Analisa Statistik SPSS

Penyelidik akan menghasilkan pelbagai bentuk taburan data yang

dikehendaki menerusi arahan seperti Frequencies dan persembahan data

menerusi jadual dan graf. Tujuan analisis ini adalah untuk mengetahui

tahap kefahaman warga JPPH dengan Konsep Pengurusan Pengetahuan.

Untuk mendapatkan darjah kesegeraan dan kepentingan perlaksanaan

pengurusan pengetahuan di JPPH.

3.3.2 Analisa Perbandingan

Analisa perbandingan dijalankan di antara agensi kerajaan yang sedang

atau dalam perancangan melaksanakan pengurusan pengetahuan. Agensi

tersebut ialah MAMPU, Jabatan Statistik dan Bank Negara untuk melihat

perancangan perlaksanaan pengurusan pengetahuan dan sistem yang

digunakan untuk menguruskan pengetahuan.

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian

Persampelan adalah merujuk kepada proses memilih jumlah elemen yang

mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifat-sifat sampel dan

memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi

sampel berkenaan (Sekaran, 2000). Bagi tujuan persampelan ini, kaedah

’Stratified Sample’ digunakan dengan edaran borang soal selidik secara rawak kepada

kumpulan persampelan. Ini adalah kerana kategori responden adalah berbagai

Page 38: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

36

kumpulan gred perjawatan. Pecahan populasi kajian adalah seperti di dalam

Jadual 3.1 di bawah

Jadual 3.1 : Pecahan Populasi Kumpulan Gred Perjawatan

Bil. Kumpulan Gred Perjawatan Jumlah

Perjawatan

1. Kumpulan Pengurusan & Profesional (W48 dan ke atas) 65

2. Kumpulan Pengurusan & Profesional (W41-W44) 192

3. Kumpulan Sokongan 1 (W27 – W36) 426

JUMLAH 683

Sumber : Ibu Pejabat Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, 2009

Untuk tujuan kajian ini sebanyak 335 borang soal selidik telah diedarkan supaya

memperolehi respon yang tinggi.

3.5 Pengumpulan Data

3.5.1. Data Primer

Data primer merupakan data mentah atau data asal yang dikutip dan dikumpulkan

sendiri oleh penyelidik. Pengumpulan data dibuat melalui:

i. Sebaran soalselidik kepada responden untuk mendapatkan maklumbalas

secara kuantitatif mengenai sesuatu perkara. Soalselidik seperti di

Lampiran A.

Sebanyak 300 soal selidik telah dihantar melalui email dan edaran kepada

responden seperti berikut di seluruh cawangan JPPH. Jadual 3.2

menunjukkan pecahan populasi, sampel dan edaran soalselidik.

Page 39: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

37

Jadual 3.2 : Pecahan Populasi, Bilangan Responden (sampel) dan Peratusan

Edaran Soalselidik Berdasarkan Stratifed Sample

Kategori

Responden

Jumlah

Populasi

Bilangan

Responden

% Edaran

Soalselidik

Jumlah &

Peratusan

Maklumbalas

Borang

Soalselidik

Kumpulan Pengurusan &

Profesional (W 48 & ke

atas)

65

45

69.23%

29

(64.44%)

Kumpulan Pengurusan &

Profesional (W41-W44)

192

140

72.30%

44

(31.43%)

Kumpulan Sokongan 1

(W27 – W36)

426

150

35.21%

74

(37.00%)

JUMLAH

683

335

49.04%

147

(43.88%)

ii. Temubual bersemuka dijalankan dengan beberapa agensi kerajaan yang

sedang atau dalam perancangan untuk melaksanakan pengurusan

pengetahuan. Responden yang ditemubual adalah pegawai yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pengurusan pengetahuan di

agensi berkaitan. Agensi tersebut ialah MAMPU, Jabatan Statistik dan

Bank Negara Malaysia.

Page 40: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

38

3.5.2 Data Sekunder

Di dalam proses penulisan kajian ini bagi mencapai objektif dan soalan

kajian, ia menggunakan pendekatan iaitu, akan mengkaji dan mendapatkan

data sekunder daripada bahan cetak seperti:

i. Kajian-kajian atau penyelidikan terdahulu

ii. Buku-buku rujukan berkaitan

iii. Jurnal dan buletin

iv. Laporan dari agensi berkaitan berkaitan Sistem Pengurusan

Pengetahuan.

3.6 Kajian Rintis

Kajian secara rintis (Pilot Study) telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2009 bagi

menguji kebolehpercayaan instrument yang digunakan. Kajian rintis ini telah

diadakan terhadap 10 responden daripada kumpulan gred perjawatan W41 – W52.

Menurut Hair et al. (2007), bagi tujuan kajian rintis, jumlah subjek yang paling

sedikit ialah empat atau lima orang dan paling maksima tidak lebih daripada 30.

3.7 Ujian Kebolehpercayaan

Bagi kajian ini, Alpha Cronbach digunakan untuk menguji kebolehpercayaan.

Alpha Cronbach menunjukkan bagaimana item-item yang digunakan sebagai satu

set pengukuran adalah berkaitan secara positif antara satu sama lain.

Kebolehpercayaan sesuatu pengukuran diuji melalui ketekalan dan kestabilannya.

Semakin hampir Alpha Cronbach kepada 1, semakin tinggi kebolehpercayaan

terhadap ketekalannya. Rule of thumbs bagi nilai Alpha Cronbach oleh Hair et al.

(2007) yang dijadikan panduan rujukan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam

Jadual 3.3.

Page 41: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

39

Jadual 3.3 : Nilai Alpha Cronbach

Alpha Kekuatan Perkaitan

< 0.6 Lemah

0.6 - < 0.7 Sederhana

0.7 - < 0.8 Baik

0.8 - < 0.9 Sangat Baik

0.9 Cemerlang

Sumber : Hair et.al. (2007) (petikan dari Daim. N,2008)

Keputusan kebolehpercayaan bagi kajian rintis adalah seperti yang ditunjukkan di

dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4 : Menunjukkan Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

(Reliability Statistics)

Berdasarkan kepada jadual di atas, Alpha Cronbach bagi kedua-dua ujian berada

pada tahap yang baik. Ini menunjukkan responden telah menjawab soalselidik

secara konsisten.

3.8 Teknik Analsis Data

Bagi tujuan kajian, data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan

perisian statistik iaitu ‘Statical Package For Sosial Science’ (SPSS) versi 13.0.

Teknik analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif. Ia merangkumi

Perkara

Cronbach's Alpha

No. of Items

Kajian Rintis .700 31

Ujian Selepas

penambahbaikan Borang

Soal selidik

.791 31

Page 42: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

40

analisis terhadap peratusan dan frekuensi maklumbalas responden. Ia juga

digunakan untuk mengetahui pandangan responden terhadap tahap dan kefahaman

konsep pengurusan pengetahuan dan darjah kesegeraan perlaksanaan pengurusan

pengetahuan di JPPH.

Analisa kualitatif dan kombinasi kedua-duanya juga dilakukan. Data- data adalah

diperolehi dari Soalan Terbuka (Open Ended Questions) dalam Borang Soal

Selidik tersebut dan jawapan dari temubual yang dijalankan dengan agensi-agensi

yang telah dikenalpasti oleh penyelidik.

Page 43: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

41

3.9 Rangka Kerja Operasi

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi Kajian

3.10 Rumusan

Melalui metodologi kajian ini, ianya akan membantu penyelidik dalam membuat

analisa dan menghasilkan keputusan analisa yang sistematik dan tepat.

Cadangan Kajian

Objektif Kajian

• Mengenalpasti tahap kefahaman warga JPPH terhadap pengurusan

pengetahuan.

• Mengenalpasti sistem pengurusan pengetahuan untuk mewujudkan tempat

penyimpanan pengetahuan, meningkatkan penyampaian pengetahuan,

memperbaiki persekitaran pengetahuan dan menguruskan pengetahuan.

• Membudayakan perkongsian ilmu pengetahuan.

Analisis Sistem Semasa Kajian Literatur

Cadangan dan Pemilihan Metodologi Pembangunan

Sistem Pengurusan Pengetahuan

KAJIAN PRODUK CADANGAN

Analisis Data

Page 44: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

42

4.0 ANALISIS DATA

Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi

13.0. Analisis deskriptif dibuat untuk menerangkan ciri-ciri demografi dan juga

latar belakang responden. Analisis frekuensi dijalankan dan akan diterjemahkan

dalam bentuk jadual dan graf. Selain daripada itu, ia juga digunakan bagi melihat

penilaian secara langsung oleh responden terhadap kefahaman mereka berkaitan

dengan konsep pengurusan pengetahuan.

4.1 Analisis Statistik Deskriptif

Daripada 335 borang soal selidik yang telah diedarkan kepada ketiga-tiga

kumpulan perjawatan seperti di Jadual 3.2 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

Harta, sejumlah 147 borang soalselidik yang telah diterima yang menjadikannya

43.88% kadar respon (sila rujuk jadual 4.1).

4.1.1 Demografi dan Latar Belakang Responden

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa majoriti responden adalah kumpulan gred W48

dan ke atas iaitu dengan kekerapan 64.44% (n=29 responden). Kemudian di

ikuti dengan kumpulan sokongan satu iaitu Penolong Pegawai Penilaian (W27 –

W36) sebanyak 37% (n=74 responden) dan akhir sekali kumpulan Pegawai

Penilaian (W41 – W44) sebanyak 31.43% (n=44 responden).

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jawatan

Bilangan Peratus ( % )

Kumpulan Pengurusan & Profesional

(W 48 dan ke atas)

29 64.44

Kumpulan Pengurusan & Profesional (W41-W44) 44 31.43

Kumpulan Sokongan 1( W27 –W36) 74 37.00

Jumlah 147 43.88

Page 45: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

43

4.1.2 Kefahaman Warga JPPH Terhadap Konsep Pengurusan

Pengetahuan

Sejauh mana warga JPPH tahu, sama ada JPPH ada mempraktikkan pengurusan

pengetahuan boleh dibuktikan dari keputusan analisis di Jadual 4.2.

Berdasarkan jadual di atas, didapati hanya 32.7% responden sahaja yang tahu

bahawa di JPPH adalah mempraktikkan pengurusan pengetahuan, sedangkan

42.9% mengatakan tidak ada pengurusan pengetahuan di JPPH. Manakala 24.5%

tidak tahu. Majoriti responden tahu tentang definisi Pengurusan Pengetahuan

iaitu sebanyak 83.7% (n=123) menyatakan pengurusan pengetahuan adalah satu

proses menguruskan pengetahuan dan maklumat dalam organisasi bagi

meningkatkan nilai perkhidmatan.

Jadual 4.3 Peratusan Responden Yang Tahu Definisi Pengurusan

Pengetahuan

Jadual 4.2 : Mempraktikkan Pengurusan Pengetahuan di JPPH

Bilangan Peratus (%)

Ya 48 32.7

Tidak 63 42.9

Tidak Tahu 36 24.5

Jumlah 147 100

Definisi Pengurusan Pengetahuan

7 4.8 4.8 4.8

3 2.0 2.0 6.8

5 3.4 3.4 10.2

123 83.7 83.7 93.9

9 6.1 6.1 100.0

147 100.0 100.0

Kaedah pengurusan

terkini

Merupakan strategik

terbaru untuk persediaan

bersaing

Kaedah sangat bernilai untuk pengurusan

maklumat Satu Proses pengurusan

pengetahuan dan

maklumat

Lain-lain

Total

Valid

Frequency Percent Valid Percent Cumulative

Percent

Page 46: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

44

4.1.3 Kesedaran dan Komitmen Warga JPPH Terhadap Pengurusan

Pengetahuan

Jadual 4.4 : Menunjukkan Kesedaran dan Komitmen Warga JPPH

Terhadap Pengurusan Pengetahuan

Ya Tidak Tidak

Tahu

Jumlah

Arif dengan Konsep

Pengurusan Pengetahuan

18

(12.2%)

129

(87.8%)

147

(100%)

Semua lapisan tahu Konsep

Pengurusan Pengetahuan

11

(7.5%)

136

(92.5%)

147

(100%)

Kenyataan bertulis bagi

Pengurusan Pengetahuan

20

(13.6%)

87

(59.2%)

40

(27.2%)

147

(100%)

Bagi mengetahui tahap kesedaran dan komitmen warga JPPH terhadap

pengurusan pengetahuan, Jadual 4.3 memberi gambaran bahawa kebanyakannya

tidak arif (87.8%) dan tidak tahu dengan konsep pengurusan pengetahuan

(92.5%). Ini bermakna tahap kesedaran dan komitmen kepada konsep pengurusan

pengetahuan adalah rendah.

Ini disokong dengan keputusan analisis sebanyak 86.4% menyatakan tidak ada

dan tidak tahu samada ada atau tiada kenyataan bertulis berkaitan dengan

pengurusan pengetahuan di mana-mana bahagian di dalam pejabat di cawangan

JPPH.

Jika di analisis secara terperinci mengikut kategori perjawatan didapati majoriti

kumpulan sokongan satu iaitu Penolong Pegawai Penilaian tidak arif berkaitan

dengan konsep pengurusan pengetahuan di JPPH seperti yang tertera di Jadual 4.5

Page 47: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

45

Jadual 4.5 : Arif dengan Konsep Pengurusan Pengetahuan

( Analisis Crosstabulation)

Dari Jadual 4.6, secara keseluruhan menunjukkan hanya 29.3% (n=43)

menyatakan tahu tentang tindakan yang diambil oleh pihak jabatan berkaitan

dengan perlaksanaan polisi, panduan dan bahan rujukan yang ada dalam bentuk

bertulis, pekeliling teknikal, SMKT, Portal JPPH, latihan berterusan dan

sebagainya. Ini menunjukkan JPPH telah melaksanakan pengurusan pengetahuan

tetapi bukan dalam konteks Konsep Pengurusan Pengetahuan yang di

ketengahkan masa kini.

Jadual 4.6 : Tahu Tentang Tindakan Dalam Melaksanakan

Pengurusan Pengetahuan

Walaupun begitu merujuk kepada analisis mengikut kumpulan perjawatan adalah

di dapati bahawa hampir 55% (n=16) gred perjawatan W48 dan ke atas iaitu

Ketua-ketua Cawangan dan Penilaian Daerah tidak tahu berkaitan dengan

Jawatan Arif dengan Konsep Pengurusan

Pengetahuan

% Tidak arif

dengan Konsep

Pengurusan

Pengetahuan Ya Tidak Total

P&P 48 dan ke atas 3 26 29 89.65%

P&P 41 - 44 8 36 44 81.81%

AVO 27 - 36 7 67 74 90.54%

Total 18 129 147 87.75%

Tahu tentang tindakan

dalam melaksanakan

Pengurusan

Pengetahuan Total

Ya Tidak

Jawatan P&P W48 dan ke atas 13 16 29

P&P W41 - W44 15 29 44

W27 – W36 15 59 74

Total 43 104 147

Page 48: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

46

perlaksanaan pengurusan pengetahuan di organisasi sendiri. Manakala sebanyak

65.9% (n=29) kumpulan Pegawai Penilaian juga tidak tahu. Majoriti responden

dari Kumpulan Sokongan Satu iaitu Penolong Pegawai Penilaian tidak tahu

adanya tindakan-tindakan berkaitan dengan pengurusan pengetahuan di cawangan

masing-masing iaitu hampir 80% (n=59). Secara keseluruhannya 70.7%

responden tidak tahu tentang perkara ini.

4.1.4 Kepentingan Perlaksanaan Pengurusan Pengetahuan

Dari analisis kajian di Jadual 4.7 didapati 87.1% (n=128) menyatakan pengurusan

pengetahuan adalah penting di dalam sesebuah organisasi dan 94.6% (n=139)

menyatakan pengurusan pengetahuan perlu dilaksanakan di JPPH. Ini jelas

menunjukkan bahawa warga JPPH mahukan suatu pendekatan lebih efektif untuk

menjanakan pengetahuan, meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjadi sebuah

organisasi yang cemerlang dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada

pelanggan.

Jadual 4.7 : Keperluan Perlaksanaan Pengurusan Pengetahuan

di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta

Ya Tidak Tidak

Tahu

Bilangan

Kepentingan Pengurusan

Pengetahuan

128

(87.1%)

2

(1.4%)

17

(11.6%)

147

(100%)

Keperluan Perlaksanaan

Pengurusan Pengetahuan

139

(94.6%)

8

(5.4%)

147

(100%)

Jumlah 60 100

Page 49: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

47

4.1.5 Kemudahan Infrastruktur (Teknologi Maklumat) Yang Terdapat di

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

JPPH mempunyai Sistem Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) yang digunakan

dalam menjalankan tugas seharian, antara sistem-sistem yang ada, adalah seperti

Window 2000, 2003, 2007, Window XP, website, Portal, VIS, PRISM, ILMU, e-

Transfer, STPH untuk semakan status kes secara online untuk tujuan tukar syarat

dan pinjaman perumahan.

Dari maklum balas soal selidik terdapat juga responden mengutarakan beberapa

kelemahan dari sistem yang ada, antaranya ialah:

i. Masih ada cawangan JPPH menggunakan Window 98 menjalankan tugas-

tugas seharian di mana perkara ini tidak seharusnya berlaku.

ii. Kemudahan internet tidak menyeluruh, walaupun ada tetapi

penggunaannya tidak secara meluas.

iii. Tahap pencapaian perlu ditingkatkan supaya maklumat dapat diperoleh

dengan cepat dan lengkap.

iv. Tahap teknologi dan infrastruktur perlu ditingkatkan.

Teknologi maklumat (IT) adalah infrastruktur yang penting dalam pembangunan

Sistem Pengurusan Pengetahuan dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu,

teknologi yang dibangunkan haruslah difikirkan keberkesanannya dan mesra

pengguna supaya dapat menarik minat pengguna untuk memberi input, ilmu,

pengetahuan dan pengalaman, mencari maklumat dam berkongsi pengetahuan.

Untuk membangunkan Sistem Pengurusan Pengetahuan, majoriti responden

mencadangkan kemudahan IT seperti di Jadual 4.7.

Page 50: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

48

Adalah didapati majoriti responden menyatakan Sistem IT untuk Knowledge

Management merupakan yang paling utama perlu diadakan. Gabungan GIS,

Wireless, Security dan Asset/Infrastructure merupakan komponen yang berkaitan

dengan pembangunan Sistem Pengurusan Pengetahuan dalam bentuk ‘Knowledge

Management Tools’.

Sebanyak 31.9% (n=23) responden bersetuju untuk supaya JPPH merancang dan

membangunkan Sistem Portal untuk Pengurusan Pengetahuan dan majoriti

responden adalah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu W41 dan ke

atas. Sila rujuk jadual 4.9.

Jadual 4.9 : Membangunkan Sistem Portal di JPPH

Jadual 4.8 : Kemudahan IT mengikut Cadangan Keutamaan

Responden

Cadangan Sistem Peratus Mengikut

Keutamaan

1. Knowledge Management 68.6

2. GIS 65.7

3. Wireless 51.4

4. Security 48.6

5. Storage 44.3

6. Asset/ Infrastructure Management 28.6

7. e-Commerce 25.7

8. Enterprise Portal 22.9

9. Customer Relation Management 22.0

10. Enterprise Resource Planning 14.3

Jawatan * MEMBANGUNKAN SISTEM PORTAL Crosstabulation

Count

7 15 22

15 25 40

1 9 10

23 49 72

P&P 48 dan ke atas

P&P 41 - 44

AVO 27 - 36

Jawatan

Total

Ya Tidak

MEMBANGUNKAN

SISTEM PORTAL

Total

Page 51: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

49

Oleh itu rangkaian teknologi yang ada atau dalam perancangan untuk

perlaksanaan boleh diperkembangkan dengan menambahkan dan meningkatkan

fungsinya untuk digunakan sebagai medium pengurusan pengetahuan. Adalah

dikenal pasti bahawa JPPH dalam perancangan untuk memperkembangkan Sistem

Teknologi Maklumat melalui cadangan perancangan yang sedang disediakan oleh

Delloitte Sdn. Bhd.

4.2 Cadangan Sistem Untuk Pengurusan Pengetahuan

Hasil dari analisis kualitatif mendapati, kebanyakan responden mencadangkan

perkongsian pintar iaitu ICT di mana pengetahuan dapat disebar, diperoleh

dengan pantas, mudah dan berkesan dan perkara ini mampu dilaksanakan oleh

semua pihak dan menjadi rangka kerja yang memandu ke arah kecemerlangan

organisasi. Antara sistem tersebut adalah seperti Sistem Portal, E-Group dan

sebagainya.

4.2.1 Analisa Perbandingan Sistem Pengurusan Pengetahuan

i. Analisa perbandingan dijalankan di antara agensi kerajaan yang sedang

atau dalam perancangan melaksanakan pengurusan pengetahuan. Agensi

tersebut ialah Bank Negara Malaysia, Jabatan Statistik dan Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ini adalah untuk melihat perancangan perlaksanaan pengurusan

pengetahuan dan sistem yang digunakan dalam menguruskan

pengetahuan.

Page 52: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

50

ii. Pengurusan Pengetahuan di Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia mula membangunkan Sistem Pengurusan

Pengetahuan mulai tahun 1999. Jadual 4.10 di bawah menunjukkan

kronologi perlaksanaan Sistem Pengurusan Pengetahuan di Bank Negara.

Bank Negara telah mewujudkan Knowledge Management Center

Jadual 4.10 : Kronologi Pelaksanaan Sistem Pengurusan

Pengetahuan di Bank Negara Malaysia

Agensi Bank Negara Malaysia : A Knowledge Based

Organisation

Hala tuju KM • Leading central bank, with farsightedness, and an

ability to deal with the new challenges.

• Equipped with the expertise and the means.

• Our key stakeholders must be able to comprehend our

strategies and policies, and have confidence in our

actions

• Bank must transform itself into a knowledge-based

organization

Faktor

menjurus

kepada KM

• Increasing complexity, need for speedy decisions &

actions, continuous change & increased in stakeholders

expectation

• Increasing focus on intellectual capital

• The pace at which knowledge is rendered obsolete

• No longer able to rely on traditional repository

• Focus on organisational learning

• KM is important to the overall strategy to ensure

efficiency & effectiveness

Kronologi

KM

SMC 1999 - The KBO Vision & Taskforce

Mid-2000 - Taskforce Recommendations

14 Oct 2000 - Launch of 5-year initiative

2001 – 2002 - Infrastructure Development & Usage

2002 – 2003 - Enhancing KM Processes

2003 – 2004 - KM Measurement

2004 – 2007 - KM Embedded

2006 - Knowledge & Learning Organisation

Prinsip KM • Knowledge originates & resides in peoples’ minds

• Knowledge sharing -trust

• Knowledge sharing -encouraged & rewarded

• Technology enables new knowledge behaviors

Page 53: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

51

• Management support & resources

• Measurement to evaluate the level of knowledge in the

Bank

• Knowledge must be managed & preserved to develop &

create new ideas

Fasa

Pembangunan

KM

Phase 1 : Initial

KM Strategy, KM Infrastructure, Knowledge Processes,

Repositories

Phase 2 : Aware

Knowledge Policy, Knowledge Sharing Culture

Phase 3 :Reuse and Leverage

Knowledge culture, Learning organization

Phase 4 : Institutionalize

Knowledge permeating,

Intellectual Capital Measurement

Teknologi • Information Repository :Document Management

Systems (EDMS), FEDS Data Browser

• Collaboration: Visual Discussion Room (VDR), E-mail

• Learning: E-Learning

• Expert Locator: Corporate Yellow Pages (CYP)

• Knowledge Portal: Smart Desktop, Content

Management System(CMS), Dept Homepage

• Workflow: Task Management & Project Management

(iPROMT)

• Enterprise Portal

• Membangunkan Kijang Net

Mewujudkan

Knowledge

Management

Center

• Corporate Taxonomy :Design a comprehensive

information map and navigation system

• Content Management Policy

• KM Measurement: Designing appropriate indicators

and data collection methods

• K-Audits: Assessing the state of KM within the Bank

• K-Processes and Tools: Promoting effective KM

processes within the Bank

• Information Services: Upgrading the Library facilities

to meet future needs of the Bank

• KMO Development : Continuous development of skill

and competencies

• Knowledge Space : Providing spaces for collaboration

and knowledge sharing

Page 54: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

52

Kesimpulan Bank Negara Malaysia membangunkan pengurusan

pengetahuan secara menyeluruh sehingga wujudnya

Knowledge Management Centre

Sumber : Bank Negara Malaysia

iii. Pengurusan Pengetahuan di Jabatan Statistik

Jabatan Statistik telah membangunkan Sistem Pengurusan Pengetahuan

yang dinamakan National Enterprise –Wide Statistical Systems (NEWSS).

Sistem ini telah wujud tetapi pengoperasian belum dilaksanakan.

Hasil temubual dengan pegawai pelaksana menyatakan, pihak jabatan

dalam proses untuk menyediakan panduan perlaksanaan sistem.

Disamping itu juga pihak pengurusan mengadakan kursus pengurusan

pengetahuan untuk penerapan kefahaman Konsep Pengurusan

Pengetahuan kepada warga kerjanya.

Page 55: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

53

Salinan Functional Design Specification For The Knowledge

Management System bagi Jabatan Statistik boleh dirujuk dalam dokumen

yang disertakan.

Jabatan Statistik telah menjadikan Bank Negara sebagai model untuk

membangun dan melaksanakan sistem pengurusan pengetahuan di

organisasinya.

iv. Pengurusan Pengetahuan di Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) dalam proses untuk membangunkan sistem pengurusan

pengetahuan. MAMPU juga menjadikan Bank Negara sebagai model

untuk membangunkan Sistem Pengurusan Pengetahuan.

Sebagai persediaan awal, pihak MAMPU telah mula menerapkan

kefahaman berkaitan dengan konsep pengurusan pengetahuan kepada

warga kerjanya di dalam kursus induksi.

Dengan perlaksanaan pengurusan pengetahuan, MAMPU berusaha untuk

mencapai perkara-perkara berikut:

i. Meningkatkan keberkesanan/kecekapan operasi untuk menjadikan

perkhidmatan awam yang berteraskan kualiti

ii. Penjimatan masa

iii. Penerapan budaya dan kelakuan berilmu

iv. Inovasi

v. Menyahkan proses ‘redundant’ dan selaraskan operasi

vi. Penggunaan ICT sebagai ‘repository’ pusat dengan capaian yang

mudah

vii. Pemantapan dalam membuat keputusan

Page 56: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

54

viii. Dapat mengelakkan kehilangan ilmu disebabkan persaraan dan

penempatan pegawai

ix. Menggalakkan aliran ide yang menjurus kepada inovasi.

x. Menjadikan pengkhidmat sebagai “knowledge managers” and

“knowledge workers”

xi. Pindahkan anggota/ ilmu antara jabatan, organisasi untuk

memperluaskan dan mendapatkan ilmu.

xii. Laksanakan “exit interview” apabila anggota meninggalkan

organisasi atau bersara.

Dari maklum balas pegawai yang di temu bual di Jabatan Statistik dan

MAMPU adalah didapati kedua-dua agensi kerajaan ini menjadikan

Sistem Pengurusan Pengetahuan Bank Negara Malaysia sebagai model

untuk membangunkan Sistem Pengurusan Pengetahuan di jabatan masing-

masing.

4.3 Membudayakan Perkongsian Ilmu Pengetahuan

Tanpa disedari oleh warga kerja, JPPH sememangnya telah melaksanakan budaya

perkongsian ilmu pengetahuan melalui kaedah-kaedah berikut:

i. Program latihan dan kursus yang diadakan di INSPEN.

ii. Program ‘attachment’ di luar negara

iii. Bengkel kualiti

iv. Program Visiting Experts

v. Melalui bahan-bahan penerbitan yang dikeluarkan jabatan khususnya

INSPEN dan NAPIC.

vi. Ulasan buku melalui penerbitan Khazanah Ilmu/buletin dan sebagainya

vii. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam mesyuarat

viii. Simposium/seminar/ persidangan

ix. Mentor/ Mentee

Page 57: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

55

x. Jaringan komunikasi/perbincangan

xi. Sesi perhimpunan pagi dan sebagainya

Walaupun banyak kaedah perkongsian pengetahuan yang disenaraikan, tetapi

sejauh mana ilmu pengetahuan dan pengalaman tersebut dapat dikongsi atau

sejauh mana keberkesanannya? Ini adalah kerana bagi pengetahuan eksplisit

boleh dikongsi melalui bahan penerbitan, tetapi sekiranya pengetahuan tasit

adalah sukar untuk diukur tahap penerimaannya dan kesediaan seseorang itu

untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.

Kenyataan ini dikukuhkan dengan analisis kualitatif dari maklum balas soalan

terbuka (open ended question), mendapati kebanyakan responden mencadangkan

sebelum dilaksanakan Sistem Pengurusan Pengetahuan, perlu diterapkan budaya

perkongsian ilmu. Budaya perkongsian pengetahuan merupakan satu elemen

penting dalam Konsep Pengurusan Pengetahuan.

Analisis ini telah menjawab objektif kajian yang ketiga iaitu membudayakan

perkongsian ilmu pengetahuan.

4.3 Rumusan

Berdasarkan perbincangan mengenai penemuan kajian, adalah didapati bahawa

tahap kefahaman dengan konsep pengurusan pengetahuan warga kerja JPPH

adalah rendah.

Analisis ini juga telah menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenalpasti sistem

pengurusan pengetahuan untuk mewujudkan tempat penyimpanan pengetahuan,

meningkatkan penyampaian pengetahuan, memperbaiki persekitaran pengetahuan

dan menguruskan pengetahuan.

Page 58: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

56

Manakala budaya perkongsian ilmu pengetahuan perlu diterapkan kepada semua

warga JPPH.

Page 59: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

57

5.0 RUMUSAN & CADANGAN

Dalam bahagian ini akan dibincangkan dan dibuat perbandingan hasil analisis

kajian dengan kajian-kajian terdahulu. Hasil daripada dapatan kajian, beberapa

cadangan akan dikemukakan yang mana adalah diharapkan ia akan dapat

membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan untuk melaksanakan

Pengurusan Pengetahuan di JPPH.

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Hasil daripada kajian dan analisis data ianya dapat menjawab ketiga-tiga objektif

kajian.

5.1.1 Objektif pertama: Mengenalpasti tahap kefahaman warga JPPH terhadap

pengurusan pengetahuan

Penemuan kajian oleh Syed-Ikhsan dan Rowland (2005) menyatakan bahawa

pengurusan pengetahuan adalah merupakan strategi utama dalam menguruskan

pengetahuan di dalam Sektor Perkhidmatan Awam Malaysia.

Walau bagaimanapun, hasil analisis mendapati tahap kefahaman warga kerja

JPPH terhadap pengurusan pengetahuan adalah rendah. Analisis menunjukkan

87.8% responden tidak tahu berkaitan dengan Konsep Pengurusan Pengetahuan.

Responden tidak tahu apa yang dikatakan pengurusan pengetahuan. Ini adalah

kerana konsep ini adalah asing bagi mereka sedangkan JPPH sememangnya telah

melaksanakan pengurusan pengetahuan.

Oleh itu, sebagai sebuah organisasi sektor awam, penyelidik berpendapat tahap

kefahaman warga kerja JPPH dengan konsep pengurusan pengetahuan perlulah

dipertingkatkan. Ini adalah untuk membolehkan warga JPPH telah bersedia

untuk menjadi sebuah organisasi yang berpengetahuan.

Page 60: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

58

5.1.2 Objektif kedua : Mengenalpasti sistem pengurusan pengetahuan untuk

mewujudkan tempat penyimpanan pengetahuan, meningkatkan

penyampaian pengetahuan, memperbaiki persekitaran pengetahuan dan

menguruskan pengetahuan.

Seperti yang dijelas dalam kajian literatur terdapat dua jenis ’tools’ untuk

membangunkan pengurusan pengetahuan iaitu ’Non-ICT driven tools’ dan ‘ICT-

driven tool’s. Menurut beberapa kajian terdahulu seperti Hall C (2000), Brent J.

B. (2000) dan Mentzas(1997) menyatakan teknologi maklumat memainkan

peranan yang penting dalam perlaksanaan pengurusan pengetahuan.

Hasil keputusan analisis mendapati majoriti responden (63.3%) menyatakan

Sistem IT untuk Knowledge Management merupakan yang paling utama perlu

diadakan. Disokong dengan keputusan analisis perbandingan dari ketiga-tiga

agensi kerajaan itu MAMPU, Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia yang

membangunkan sistem IT iaitu Kijang-net di Bank Negara Malaysia, NEWSS6 di

Jabatan Statistik dan Sistem Portal di MAMPU yang dikenali Portal K-MAMPU.

Oleh itu penyelidik mencadangkan untuk melaksanakan pengurusan pengetahuan

di JPPH perlulah dibangunkan satu sistem teknologi maklumat yang bersesuaian

dengan proses kerja dan perkhidmatan yang diberikan oleh JPPH.

5.1.3 Objektif ketiga : Membudayakan Perkongsian Ilmu Pengetahuan.

Penerapan nilai budaya perkongsian ilmu adalah penting kepada semua warga

kerja JPPH tanpa mengira kategori perjawatan. Perlu ditanamkan ke dalam minda

dan tindakan warga kerja bahawa apa sahaja ilmu, pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran perlulah dikongsi bersama untuk menjadikan warga kerja JPPH

sebagai ‘knowledge managers’ dan ‘knowledge workers’. Perkongsian ilmu

6 National Enterprise-Wide Statistical Systems (NEWSS)

Page 61: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

59

pengetahuan merupakan satu elemen penting untuk memastikan kejayaan

perlaksanaan Sistem Pengurusan Pengetahuan.

5.20 Cadangan Kepada Pihak Pengurusan

Daripada keputusan analisis dan rumusan kajian, terdapat dua jenis cadangan iaitu

cadangan jangka pendek dan cadangan jangka panjang.

5.2.1 Cadangan jangka pendek

Untuk meningkatkan kefahaman warga kerja JPPH kepada Konsep

Pengurusan Pengetahuan dan membudayakan perkongsian ilmu beberapa

cadangan tersenarai di bawah boleh difikirkan oleh pihak pengurusan

jabatan untuk melaksanakannya.

i. Perlu diadakan kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan

pengetahuan. Topik pengurusan pengetahuan perlu juga

dimasukkan dalam syllabus kursus induksi, kursus pengurusan dan

akauntabiliti dan sebagainya.

ii. Diadakan Sudut Pengurusan Pengetahuan (Knowledge

Management Conner), dengan menyediakan artikel, buletin,

majalah dan sebagainya sebagai bahan rujukan ringan.

iii. Pegawai atau ‘task force’ yang dikenal pasti untuk melaksanakan

pengurusan pengetahuan ini perlu dihantar berkursus atau

‘attachment’ samada dalam negara atau luar negara untuk

mendapatkan kemahiran dan pengetahuan untuk perlaksanaan

Sistem Pengurusan Pengetahuan di JPPH.

iv. Diadakan semula perkongsian ilmu semasa perhimpunan pagi.

v. Mana-mana kursus-kursus yang dikenal pasti mempunyai tahap

himpunan ilmu pengetahuan yang tinggi atau input yang dari

pakar-pakar/ profesional dalam bidang berkaitan, dirakam dalam

bentuk audio visual dan disimpan dalam bentuk digital supaya

Page 62: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

60

boleh diguna dan dikongsi bersama seluruh cawangan JPPH pada

bila-bila masa. Melalui rakaman, pengetahuan tasit seseorang itu

dapat disimpan dan boleh diulang dengar di masa hadapan

walaupun pemberi ilmu pengetahuan itu telah tiada.

5.2.2 Cadangan Jangka Panjang

Adalah dicadangkan JPPH membangunkan satu sistem teknologi

maklumat sebagai peralatan untuk perlaksanaan pengurusan pengetahuan.

Untuk melaksanakan sistem teknologi maklumat ini berapa perkara perlu

difikirkan dan diambil tindakan. Untuk tujuan ini adalah dicadangkan

menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh Amrit Tiwana (2000),

iaitu 10 langkah ke Arah Pengurusan Pengetahuan7

Langkah-langkah tersebut terbahagi kepada empat fasa utama iaitu:

Fasa 1 : Penilaian Infrastuktur

a) Langkah 1 : Analisa infrastruktur yang sedia ada- mengkaji jurang

kritikal dari aspek teknologi.

b) Langkah 2 : Penyelarasan pengurusan pengetahuan dengan

strategi organisasi – menyelaraskan kedua-dua strategi bagi

memenuhi matlamat organisasi.

7 ‘The Knowledge Management Toolkit, Practical Techniques for Building A Knowledge Management

System, Prentice Hall, 2000”.

Page 63: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

61

Fasa 2 : Analisis, Rekabentuk dan Pembangunan Sistem Pengurusan

Pengetahuan

a) Langkah 3 : Rekabentuk infrastruktur pengurusan pengetahuan-

memilih komponen infrastruktur berdasarkan arkitektur sistem

pengurusan pengetahuan iaitu 7 layers (Amrit Tiwana, 2000)

b) Langkah 4 : Audit sistem dan aset pengetahuan sedia ada- audit

dilakukan untuk membuat penilaian awal ke atas sistem dan aset

pengetahuan yang ada.

c) Langka 5 : Menubuhkan pasukan pengurusan pengetahuan –

tenaga pakar dikenalpasti bagi memastikan kejayaan proses di

dalam fasa ini.

d) Langkah 6 : Merekabentuk pelan sistem pengurusan pengetahuan

– perancangan pembangunan arkitektur serta komponen di setiap

lapisan dikenalpasti.

e) Langka 7 : Pembangunan sistem pengurusan pengetahuan-

melibatkan pembangunan penuh ke atas setiap lapisan yang ada.

Fasa 3 : Aturan Kedudukan

a) Langkah 8 : Perlaksanaan metodologi RDI – meliputi pemilihan

dan perlaksanaan projek pilot bagi memperkenalkan sistem yang

dibangunkan.

b) Langkah 9 : Mengurus perubahan, budaya dan penghargaan-

melibatkan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka yang

dibangunkan.

Page 64: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

62

Fasa 4 : Penilaian

a) Langkah 10 : Menilai prestasi dan pemilihan ukuran – mengukur

nilai perkhidmatan atau perniagaan yang terlibat dan melibatkan

hasil pulangan dari pelaburan yang telah dibuat.

Berdasarkan kepada sepuluh langkah yang diutarakan oleh (Amrit Tiwana,

2000), dan berdasarkan analisis perbandingan dengan tiga agensi kerajaan

yang telah dan dalam perlaksanaan pengurusan pengetahuan, adalah

dicadangkan perlaksanaan Knowdege Management Center oleh Bank

Negara Malaysia dijadikan model asas perancangan dan perlaksanaan

Pengurusan Pengetahuan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Untuk peringkat awal, memandangkan pihak pengurusan Bahagian

Teknologi Maklumat sedang dalam perlaksanaan menyediakan Pelan

Strategik Teknologi Maklumat dan Kajian Semula Sistem Maklumat

Penilaian JPPH maka adalah dicadang di dalam spesifikasi tersebut

dimasukan spesifikasi Sistem Pengurusan Pengetahuan.

Page 65: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

63

RUJUKAN

Adler dan Ziglio E (1996). Gazing Into The Oracle: The Delphi Method And Its

Application To Social Policy and Public Health. Jessica Kingsley Publishers.

Amat Taap Manshor (2001). Challenges and Potentials in Human Resource Development

in a Knowledge-Based Economy: A Malaysia Perspective. In D.N Abdulai (Ed),

Malaysia and the K-Economy, Challenges, Solution and the Road A Head.

Amrit Tiwana (2000), The Knowledge Management Toolkit : Pratical Techniques for

Building a Knowledge Management System. USA: Prentice Hall PTR.

Angel, C., Elizabeth F. C. (2002). Knowledge-sharing Dilemmas.

http:www.findarticles.com/cf.dls

Aznan Zuhid Bin Saidin (2002), Pengurusan Pengetahuan Sebagai Satu Elemen

Pengurusan Organisasi Era K-Ekonomi

Azlan Mohd Zain, Azizah Abd Rahman, Mohamad Syakiran Muhammad. Perkongisan

Pengetahuan : Permasalahan ISO 9000. Universiti Teknologi Malaysia.

Bank Negara Malaysia (2005). Laporan Tahunan 2005. Kuala Lumpur: Percetakan

Kumpulan Utusan Sdn. Bhd.

Bank Negara Malaysia (2007). Laporan Tahunan2005.. Kuala Lumpur: Percetakan

Kumpulan Utusan Sdn. Bhd.

Brandenburg, A.M. And M.S. Caroll (1995). Your Place or Mine? The Effect of Place

Creation on Enviroment Values and Landscpe Meanings. Society andNatural

Resources

Brooking ,A. (1996). Intellectual Capital. 1st Ed. Nueva York : International Thomson

Businees Press.

Ucaptama – Disiplin Pengurusan Pengetahuan Penting Bagi Malaysia – Najib Tun

Razak pada 12 Sept. 2006, retreived dari www.bernama.com (1.2.2009)

Chowdry, N. (2006). Building KM in Malaysia, Retreived dari www.kmtalk.net.htm

Choo, Shun Wei (1997). The Knowing Organisation : How Organisation Use

Information To Construct meaning Create Knowlegde, and make Decisions,

Oxford University Press.

Page 66: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

64

Davenport, Thomas H., L, Prusak and Lawrence Prusak (1998). Working Knowledge :

How Organisation Manage What They Know, Boston : Harvard Business School

Press.

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (2001). Ucapan semasa Perhimpunan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) Untuk K -Ekonomi.

Dixon, N. (2002). The Neglated Receiver of Knowledge Sharing. Ivey Business Journal.

35

De Jarnett, L. (1996). Knowledge The latest Thing. Information Strategy, The Executives

Journal, Vol.12

Druker, P (1995). The Inforamtion Executives Truly Need. Harvard Business Review,

Jan-Feb, pp 54-62

Hair, J.F, Money, A.H., Samouel, P. & Page, M. (2007). Research Methods for Business.

West Sussex, England : John Wiley & Sons Ltd.

Ikujiro Nonaka & Hirotaka Takeuchi (1995). LAC Region’s Leading With Impact Projet

Team – Book Review The Knowledge –Creating Company. Oxford University

Press.

Ilmu Kunci Utama K-Ekonomi – Berita Minggu Online -23 April 2000 (Ahad)

Jay Liebowitz (1957), Knowledge Management – Learning From Knowledge

Engineering

Jabatan Perkhidmatan Awam (2009). Himpunan Amalan Pengurusan Sumber Manusia.

Kalsom Salleh, Syed Noh Syed Ahmad, Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan ( 2005).

KM Strategy For E-Government :A Case Study of Local Authotities in Malaysia.

Leadship Centre, National Institute of Public Administration (INTAN), Kuala

Lumpur

Malhotra. Y.(1998). Knowledge Assets in The Global Economy : Assessment of National

Intellectual Capital. Journal of Global Information Management Special Issue on

Knowledge Management.

McFadden F.R., Hoffer J.A. dan Prescott M.B. (1999). Modern Datbase Management,

Reading, MA: Addison-Wesley

Mentzas, G. (1997), Imformation Technology Infratructure for Enabling Corporate

Knowledge Management, present at the ”Knowledge Management and The

Page 67: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

65

Learning Organisation” workshop of The European Information Technology

Confererce 1997

Mohamad Syakiran bin Muhammad (2004), Sistem Pengumpulan Pengetahuan

Penyelesaian Masalah ISO 9000, Universiti teknologi Malaysia.

Nazmona Mat Ali(2002), Shamsul Sahibuddin, Norhawaniah Zakaria, Mohd Najib

Razali. Pembentukan Kitaran Penciptaan Pengetahuan Menggunakan Teknik

Delphi di Dalam Pengurusan Pengetahuan.

Nik Zafri bin Abdul Majid; Learning Organization

Nonaka , I. & Takeuchi, H. (1994), Dynamic Theory of Organisation Knowledge

Creation, Organisational Science.

Nonaka I, dan Takeuchi H. (1995). The Knowledge-Creating Company: How Japanese

Companies Create the Dynamics of Innovation? New York: Oxford University

Press.

Nor Asikin Salleh: Pengurusan Ilmu Pengetahuan Dalam Organisasi

Norlinda Daim (2008). Budaya Organisasi dan Perkongsian Pengetahuan: Faktor

Kejayaan Kritikal, Universiti Utara Malaysia

Petikan laporan Financial Times pada 21hb. Februari 1996 artikel yang ditulis oleh Tom

Lester

Rosidah Bt Rashid: Menggunakan Sistem Pengurusan Ilmu (KMS) Dalam Koperasi

Sekaran, U. (2000). Research Method for Business ; A skill Building Approch (3rd ed.).

New York :John Wiley & Son, Inc.

Suhaimi Sudin (2002), Pengurusan Pengetahuan Yang Strategik: Pengupayaan

Organisasi Di Dalam K-Ekonomi

Syed Omar Sharifuddin bin Syed-Ikhsan and Fytton Rowland (2004). Benchmarking

Knowledge Management in A Public Organisation in Malaysia. Benchmarking :

An International Journal Vol.11,3,2004 pp.238-266 @ emerald Group Publishing

Limited.

Syed Omar Sharifuddin bin Syed-Ikhsan and Fytton Rowland (2004). Knowledge

Management in A Public Organation in Malaysia : Do People Really Share?.

Leadship Centre, National Institute of Public Administration (INTAN), Kuala

Lumpur

Page 68: PENGURUSAN PENGETAHUAN full paper 17Nov final 09 2009... · 2 Sumber : Unit Permodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU), 2007 . 4 bersama. ... dan sumber manusia yang kompeten

66

Sveiby,.K.E. (2000). Towrds a Knowledge based Theory of The Firms. Paper present at

The ANZAM Confernce, Macquirie University, Sydney.

Taufik Bin Mohamad (2003), Portal Pengetahuan Sebagai Pusat Pengetahuan :

Pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan di Sektor Awam, Universiti teknologi

Malaysia

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Seminar

ICT, Julai 2007

Ulrich, D., Glinow, M. Von and Jickm T. High Impact Learning : Building and Diffusing

Learning Capability. Organisational Dynamic 22 (Autumn 1993).

www.epu.gov.my –Mengukur Isi Kandungan Pengetahuan (2004)