pengurusan pembelajaran ( tajuk : dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_tugasan...

8
i DEDIKASI Khas buat ayahanda, Hj Ramli Bin Hj Abdul Rahman dan bonda Hjh Ramlah Binti Hj Saadun, isteri tercinta Khaireen Nor Binti Kharibon, serta anak-anak yang dikasihi Nur Syafiqah Nabiilah Binti Rosdi, Muhammad Iskandar Zharif Bin Rosdi dan Muhammad Irfan Salahuddin Bin Rosdi, Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu Buat rakan-rakan seperjuangan Saiful Shah Rizal Bin Samsudin , Saadah Bt Masrani, Sakthi Rekka A/P Jayagogolan, Roshaliza binti Rahmat dan Muhamad Zaizi Bin Omar serta pensyarah yang dedikasi Pn Hjh Sarebah Binti Warman jutaan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar. Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.

Upload: rosdi-ramli

Post on 26-May-2015

2.998 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

i

DEDIKASI

Khas buat ayahanda, Hj Ramli Bin Hj Abdul Rahman dan bonda Hjh Ramlah Binti Hj Saadun,

isteri tercinta Khaireen Nor Binti Kharibon, serta anak-anak yang dikasihi Nur Syafiqah Nabiilah Binti Rosdi,

Muhammad Iskandar Zharif Bin Rosdi dan Muhammad Irfan Salahuddin Bin Rosdi,

Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumuBuat rakan-rakan seperjuangan Saiful Shah Rizal Bin

Samsudin , Saadah Bt Masrani, Sakthi Rekka A/P Jayagogolan, Roshaliza binti Rahmat dan Muhamad Zaizi

Bin Omar serta pensyarah yang dedikasiPn Hjh Sarebah Binti Warman jutaan terima kasih atas

segala bantuan dan tunjuk ajar.

Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.

Page 2: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat jua

akhirnya saya menyiapkan Penulisan Kajian Tindakan ini sebagai memenuhi

keperluan syarat tugasan individu Pengurusan Pembelajaran bagi semester 2

(2010/2011) ini. Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya

dalam menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya

meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah

Rendah (Sains) KPM-UTHM ini.

Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua

guru dan pensyarah yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang berguna

selama ini, Khasnya kepada Pn Hjh Sarebah Binti Warman selaku pensyarah

akademik Pengurusan Pembelajaran. Jasa dan budi puan, hanya Tuhan yang mampu

membalasnya. Penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Prof.

Madya Hj Yusuf Bin Jamar pensyarah akademik Perkembangan Pendidikan

Malaysia di atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri Johor, pihak sekolah, ketua guru-guru disiplin, kaunselor serta

guru-guru yang sedia memberikan kebenaran dan komitmen dalam menjalankan

kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri tersayang, Khaireen Nor

Binti Kharibon yang begitu sabar dan memahami situasi saya. Penghargaan ini juga

ditujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang telah sudi

memberikan kerjasama dan dorongan yang begitu tinggi. Semoga dengan terhasilnya

tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan kepada kita

nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya

mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

iii

Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program ini dan

seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam membentuk modal

insan negara yang berkualiti. Insyaallah..

Sekian, terima kasih.

Page 4: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

iv

09 – 18 MEI 2011MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH

DI BANDAR DI DAERAH JOHOR BAHRU

Oleh

Rosdi Bin RamliSK Kangka Tebrau, Johor Bahru

Abstrak

Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah pinggir Bandar, di daerah Johor Bahru. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang murid yang ada rekod salahlaku dari sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru dan murid – murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata rasmi salahlaku / masalah disiplin bagi tahun 2008 di sekolah yang dikaji. Rekod / penyata rasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria – kriteria yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah – Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan berbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 20 daripada enrolmen 565 orang murid ( 313 orang murid Tahap 1 dan 252 orang murid Tahap 2), bersamaan 3.54% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2010. Walaupun peratus murid yang melakukan salahlaku adalah kecil, namun terdapat peningkatan dari setiap tahun dimana salahlaku itu adalah kebanyakkannya dari jenis salahlaku yang berulangan. Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. Semoga dari hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancang strategi atau pendekatan dan seterusya mengambil tindakan susulan yang terbaik bagi menangani masalah ini. Seterusnya, diharap hasrat “Sifar Salah laku” murid khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi kenyataan.

Page 5: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

v

KANDUNGAN

TAJUK

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

3.0 PENYATAA MASALAH

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

7.0 TINJAUAN LITERATUR

8.0 METODOLOGI KAJIAN

8.1 Rekabentuk Kajian

8.2 Populasi dan Sampel Kajian

8.3 Instrumen Kajian

8.4 Prosedur Melaksanakan Kajian

8.5 Analisis Data

i

ii - iii

iv

v - vi

1 – 3

3

3 – 4

5

5 – 6

6

6 – 9

9

9

9

10

10 – 11

11

11 - 12

Page 6: Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajian tindakan )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

vi

8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat Dan Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku

8.5.2 Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender

8.5.3 Punca Salahlaku Murid – Murid Tahap 2, Tahun 2010

8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman yang Telah Diambil, Tahun 2010

8.6 Analisis Kualitatif

8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid

8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku

9.0 DAPATAN KAJIAN

9.1 Punca Salahlaku

9.1.1 Faktor diri murid

9.1.2 Faktor keluarga

9.1.3 Faktor persekitaran

9.1.4 Faktor sekolah

10.0 CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

11.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

12 – 13

13 – 14

14 - 15

16

16

17

17

18

18

18

18 – 19

19

19 – 24

24 – 25

26 – 27

28 – 29

30 - 31