pengurusan masa di kalangan pelajar. kajian · pdf filepulau pinang. tarikh ... kemuncak...

23
PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhhuong

Post on 02-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.

KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA

PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA.

RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

CATATAN

10 MAC 2004 10 MAC 2004

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

Judul : PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.

KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Sesi Pengajian : 2003/2004

Saya_______________________________________________________________________

(HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 1604 SUNGAI KECHIL, 14300 NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG. Tarikh :_____________________ Tarikh : ____________________

Nama Penyelia : MAHUSSAIN BIN MD. ZAIN

RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN

SULIT

Page 3: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : …...............................................

Nama Penyelia : MAHUSSAIN BIN MD. ZAIN

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 4: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

i

PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR.

KAJIAN TERHADAP PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA

PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA.

RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penulis : RAFIQA BIN ABDULLAH HUSIN

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 6: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

iii

DEDIKASI

Khusus buat,

kedua-dua ibubapaku,

isteriku tercinta,

guru-guruku,

saudara-saudaraku,

juga buat tatapan mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Redha- MU Ya ALLAH, Kemuncak Impian kami…

Page 7: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. Pemilik

Agung masa kehidupan kerana dengan rahmat dan limpah kurnia serta inayah-Nya

maka dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat dan

mereka yang sentiasa mengikut jejak langkah baginda sehingga ke akhir zaman.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Ustaz Mahussain

bin Md. Zain kerana telah banyak memberikan bantuan, nasihat, bimbingan dan juga

teguran yang membina dalam usaha menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa buat keluarga tercinta khususnya bonda dan ayahanda yang tidak

pernah jemu mendoakan dan memberikan dorongan kepada anakanda selama ini,

isteri tersayang yang banyak membantu dan melayan kerenah kekanda. Terima kasih

juga kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu selama ini, semoga

kalian semua meredhai segala ilmu yang telah diberikan.

Akhir sekali ucapan terima kasih buat semua sahabat-sahabat seperjuangan di

bumi UTM yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung khususnya

mahasiswa Pengajian Islam selaku responden dalam kajian ini. Hanya Allah sahaja

yang dapat membalas segala jasa yang kalian berikan.

Semoga Allah sentiasa meredhai dan memberkati segala usaha yang kita

lakukan di dunia ini dan diterima sebagai amal kebajikan dan amalan yang soleh.

Amin…

Page 8: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan

mahasiswa Pengajian Islam (SPI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap

pengurusan masa menurut Islam. Aspek lain yang turut dikaji ialah berkaitan dengan

bentuk pengurusan masa yang diamalkan serta persepsi mereka tentang bentuk

pengamalan pengurusan masa yang berkesan. Kajian ini melibatkan seramai 110

orang pelajar SPI, UTM, dari tahun satu sehingga tahun empat sebagai responden.

Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik yang dibahagikan kepada

beberapa bahagian iaitu A, B, C dan D. Secara umumnya bahagian A mengandungi

maklumat latar belakang responden dan bahagian B, C dan D mengandungi item-

item yang berkaitan dengan persoalan kajian. Skala Likert telah digunakan bagi

membuat penilaian terhadap kesemua 35 item yang terkandung dalam bahagian B, C

dan D. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social

Science (SPSS) versi 11.0 dengan kaedah kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian

menunjukkan bahawa ramai di kalangan responden mempunyai pengetahuan tentang

pengurusan masa. Malah dapatan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa mereka

sedar bahawa pengurusan masa yang baik sangat dituntut oleh Islam. Namun begitu,

segala ilmu dan kefahaman yang ada itu tidak diaplikasikan atau dihayati dalam

kehidupan seharian sepenuhnya sebagai mahasiswa. Oleh itu, penyelidik berasakan

bahawa beberapa langkah perlu diambil agar imej mahasiswa Pengajian Islam

sebagai golongan intelektual tidak tercemar hanya disebabkan oleh kelemahan

mereka dalam aspek pengurusan masa ini.

Page 9: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

vi

ABSTRACT

The objective of this study is to find out the level of knowledge

understanding among undergraduates of Islamic Studies (SPI), University

Technology of Malaysia (UTM) on the concept of time management in Islam. The

other aspects were on time management pattern being applied and their perception on

effective time management. The study involved 110 respondents of SPI, UTM.

Questionnaires that were used in gathering data were divided into four parts namely

A, B, C, and D. Generally, part A consists of respondents background while, part B,

C, and D consist of items related to the studies. Likert scale was used to evaluate all

the items in part B, C, and D. The data collected was analyzed using Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 11.0 by analyzing the findings in terms of

frequency, percentage, and average. From the study, it shows that most of them have

knowledge on time management. Meanwhile the finding shows that they realize

time management was requested in Islam. However, it was not being fully applied in

the daily life of students. Therefore, the researcher thinks that some actions must be

taken to ensure that undergraduates of SPI give an image of intellectual who have not

been condemned because of their lack in time management.

Page 10: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Matlamat Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Objektif Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop dan Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.10 Kesimpulan 10

Page 11: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Kursus SPI- Satu Pengenalan 13

2.3 Konsep Pengurusan Masa 14

2.4 Kepentingan Pengurusan Masa 16

2.5 Perancangan Dan Penyusunan Masa Yang

Berkesan 19

2.6 Faktor-faktor Yang Menghalang Pengurusan

Masa Yang Berkesan 26

2.7 Kesimpulan 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Lokasi Kajian 31

3.4 Populasi Kajian 32

3.5 Sampel Kajian 32

3.6 Instrumen Kajian 33

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 36

3.9 Jangkamasa Kajian 38

3.10 Kesimpulan 38

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 39

4.2 Analisis Data 42

Page 12: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

ix

4.2.1 Bahagian A 42

4.2.2 Bahagian B 44

4.2.3 Bahagian C 52

4.2.4 Bahagian D 62

4.3 Kesimpulan 70

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Latar Belakang Responden 73

5.2.2 Tahap Pengetahuan Mahasiswa

Terhadap Konsep Pengurusan

Masa Menurut Perspektif Islam. 74

5.2.3 Bentuk Pengurusan

Masa Yang Diamalkan Oleh

Mahasiswa UTM 78

5.2.4 Persepsi Mahasiswa Terhadap

Bentuk Pengamalan Pengurusan

Masa Yang Berkesan 82

5.3 Rumusan 85

5.4 Cadangan 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Kesimpulan Dan Penutup 89

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN 95

Page 13: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

x

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Spesifikasi Sampel Mengikut Tahun 33

3.2 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B, C dan D 34

3.3 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal

Selidik Bahagian B 37

3.4 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal

Selidik Bahagian C 37

3.5 Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal

Selidik Bahagian D 37

4.1 Tahun Pengajian 42

4.2 Jantina 42

4.3 Umur 43

4.4 Status Perkahwinan 44

4.5 Islam mewajibkan umatnya agar menguruskan

masa dengan sebaik-baiknya 44

4.6 Individu muslim adalah seorang yang pandai

mengurus masa dengan baik 45

4.7 Surah al-Asr adalah surah yang menceritakan

tentang kepentingan masa 44

4.8 Individu muslim seharusnya dapat mengurus

masa 24 jam sehari dengan menyeimbangkan

di antara keperluan dunia dan akhirat 46

4.9 Solat fardhu lima waktu adalah sebagai satu

panduan kepada manusia untuk mengurus

masa dengan baik 46

4.10 Orang yang suka melengah-lengahkan waktu

Page 14: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

xi

solat adalah orang yang tidak menghargai masa 47

4.11 Masa adalah lebih bernilai daripada emas

dan harta 47

4.12 Saya berasakan diri saya sentiasa terikat dengan masa 48

4.13 Orang yang suka membazirkan waktu adalah

orang yang rugi 48

4.14 Saya tahu dan faham kenapa Islam sangat

menitikberatkan pengurusan masa 49

4.15 Taburan kekerapan dan peratusan tahap pengetahuan

mahasiswa terhadap pengurusan masa menurut

perspektif Islam. 49

4.16 Peratusan skor bagi Tahap Pengetahuan Mahasiswa

Pengajian Islam Terhadap Pengurusan Masa Menurut

Perspektif Islam Mengikut Item 50

4.17 Jadual harian adalah suatu yang penting dalam

hidup saya 52

4.18 Saya akan berasa gelisah jika kerja-kerja saya

belum selesai 52

4.19 Saya sering mengambil tahu tentang keadaan

yang berlaku di sekeliling saya 53

4.20 Saya gemar mengisi masa dengan berbincang

tentang isu-isu semasa dan berkaitan umat Islam 53

4.21 Saya sentiasa menepati masa dan janji 54

4.22 Saya pergi ke kuliah tepat pada waktunya pada

setiap hari 54

4.23 Saya selalu menghantar tugasan lebih awal daripada

tarikh akhir yang sepatutnya 55

4.24 Saya selalu menunaikan solat fardu pada awal waktu 55

4.25 Saya selalu menunaikan solat fardu secara berjemaah

di surau atau masjid 56

4.26 Saya suka menonton tv atau vcd hanya pada rancangan

yang tertentu sahaja 56

4.27 Saya suka menghadiri program-program kerohanian

seperti ceramah dan kuliah agama untuk mengisi

Page 15: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

xii

masa lapang saya 57

4.28 Saya tidak suka tangguhkan sesuatu kerja 57

4.29 Saya menganggap bahawa melibatkan diri

dengan kegiatan persatuan dan program-program

di kolej dan universiti sebagai membazirkan waktu 58

4.30 Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran daripada

melibatkan diri dengan kegiatan persatuan 58

4.31 Saya akan berasa bersalah jika saya terlewat

memenuhi janji dengan orang lain 59

4.32 Taburan kekerapan dan peratusan bentuk pengurusan

masa yang diamalkan oleh mahasiswa Pengajian

Islam UTM. 59

4.33 Peratusan skor bagi Bentuk Pengurusan Masa Yang

Diamalkan Di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam

UTM Mengikut Item 60

4.34 Saya sentiasa berpandukan waktu dalam

merancang setiap aktiviti yang hendak dilakukan 62

4.35 Saya tidak tertumpu kepada satu matapelajaran sahaja

ketika belajar 63

4.36 Saya sering memenuhi masa lapang saya dengan

aktiviti-aktiviti yang berfaedah 63

4.37 Saya sentiasa mengawal diri supaya tidak terlibat

dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64

4.38 Saya akan segera membuat tugasan yang diberikan

sebaik sahaja memperolehi bahan-bahan yang berkaitan 65

4.39 Saya sentiasa membuat catatan tentang masa yang

digunakan setiap hari 65

4.40 Saya selalu sampai ke tempat kuliah lebih awal

sebelum kuliah bermula 66

4.41 Saya sentiasa melakukan kerja mengikut masa yang

ditetapkan 67

4.42 Saya sentiasa mengulangkaji pelajaran dari masa

ke masa di sepanjang semester 67

4.43 Selalunya saya melakukan sesuatu tugas dengan penuh

Page 16: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

xiii

dedikasi tanpa memilih apakah tugas tersebut 68

4.44 Taburan kekerapan dan peratusan persepsi mahasiswa

terhadap bentuk pengamalan pengurusan masa

yang berkesan. 68

4.45 Peratusan skor bagi Kajian Persepsi Mahasiswa

Pengajian IslamTerhadap Bentuk Pengamalan

Pengurusan Masa Yang Berkesan Mengikut Item 69

Page 17: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

SPSS Statistical Package For Social Science

Page 18: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap manusia dikurniakan masa yang sama. Allah yang Maha

Adil mengurniakan 24 jam sehari semalam untuk manusia menjalani kehidupan

seharian. Hanya mereka yang bijak menguruskan masa akan menjalani kehidupan yang

teratur sementara mereka yang lain hanya mampu mengeluh mengalami kesuntukan

masa, mempunyai masa yang terhad dan lain- lain. Islam amat menitik beratkan

pengurusan masa yang berkesan di dalam kehidupan umatnya. Ini terbukti daripada

rangkaian ayat al- Quran dan hadis Rasulullah yang banyak membicarakan soal masa

sebagai peringatan dan panduan umat yang dimuliakan Allah ini. Antaranya firman

Allah yang bermaksud:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali

orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati

kebenaran dan nasihat-menasihati dengan penuh kesabaran.”

(al-Asr : 1-3)

Demikianlah maksud firman Allah S.W.T dalam al-Quran al-Karim yang

merupakan mukjizat agung Rasulullah s.a.w di dalam surah al-Asr ayat satu hingga tiga.

Surah inilah menjadi panduan agung bagi umat Islam seluruhnya dalam mengurus masa

seharian mereka. Namun, berapa ramaikah di kalangan umat Islam yang memahami

Page 19: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

2

atau benar-benar menghayati masa seterusnya menjadikan maksud firman Allah tersebut

panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi yang fana ini.

Untuk menjelaskan betapa pentingnya masa, Allah Taala juga telah bersumpah

mengenainya dalam beberapa permulaan surah di dalam al-Quran. Di antaranya ialah

‘Demi Waktu Fajar’ dalam surah al-Fajr, ‘Demi malam apabila menutupi cahaya siang’

dalam surah al-Lail, ‘Demi waktu dhuha’ dalam surah ad-Dhuha dan banyak lagi. Para

ulama tafsir menyatakan bahawa Allah S.W.T telah bersumpah dengan nama-nama

makhluk ciptaan-Nya termasuk nama-nama hari dan masa adalah bertujuan untuk

menerangkan kepada manusia betapa pentingnya perkara tersebut kepada mereka.

Kemudian sunnah pula didatangkan bagi menunjukkan lagi bahawa masa itu

amat penting. Perihal masa ini banyak dijelaskan di dalam kitab-kitab hadis muktabar

yang secara langsung dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada kita betapa

pentingnya penggunaan masa secara berkesan dalam kehidupan. Antaranya ialah hadis-

hadis Rasulullah s.a.w yang menjelaskan tentang kepentingan pengurusan masa dengan

positif di mana semua manusia akan dipertanggungjawabkan mengenai amanah masa

yang telah diberikan di hadapan Allah S.W.T pada hari Kiamat kelak. Keterangan ini

terdapat dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a:

عن عمره فيما افناه ، وعن شبابه : لن تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسئل عن أربع خصال فيما أباله ، وعن ماله من اين اكتسب وفيما انفقه ، وعن علمه ماذا عمل به

“Setiap hamba di hari qiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-

mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara iaitu: tentang

umur, di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu, tentang masa remajanya,

bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu, tentang harta, dari mana ia

perolehi dan bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang ilmu, apakah dia

telah beramal dengan ilmunya itu”.

Page 20: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

3

Demikian manusia disoal tentang umurnya secara umum dan diikuti pula tentang

zaman mudanya secara khusus, yang mana zaman muda itu adalah satu juzuk daripada

umur.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi dan Ibn Majah

yang bermaksud:

“Dua kenikmatan yang banyak dilalaikan oleh manusia adalah nikmat kesihatan

dan masa lapang.”

Hadis ini mengakui hakikat bahawa manusia sering melalaikan atau sering

mensia-siakan nikmat masa lapang yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.

Oleh sebab pengurusan masa ini penting dalam kehidupan umat Islam, maka

para pemikir dan intelek Islam sama ada dari golongan tradisional dan kontemporari

telah banyak membincangkannya di dalam penulisan mereka. Antaranya ialah oleh

Hasan al-Banna. Al-Banna dalam salah satu dari wasiatnya ada menyebut tentang waktu

dalam kehidupan seorang petugas Islam. Katanya:

اتـــكثر من األوقأالواجب

“Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada”

Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisannya yang bermaksud:

“Masa berjalan dengan pantas. Masa yang telah berlalu tidak akan datang lagi

dan tidak mungkin dapat dicari ganti. Oleh itu, masa merupakan harta milik

manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap

pekerjaan dan produktiviti. Di sudut realitinya, masa merupakan hakikat suatu

saham permodalan buat individu mahupun masyarakat”.

Page 21: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

4

Di samping itu, ada juga beberapa pepatah arab tentang masa. Antaranya ialah:

الوقت كا لسيف ان مل تقطعه قطعك

“Masa adalah umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka dia

akan memotong kamu”.

Demikianlah antara bukti-bukti yang menunjukkan betapa pentingnya masa dan

ia wajar digunakan sebaiknya dan diuruskan dengan bijak. Namun, manusia itu sendiri

sering lupa dan lalai dalam menguruskan masa dalam kehidupan seharian. Merekalah

golongan yang rugi dan tenggelam dalam tipu daya dunia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mahasiswa adalah merupakan pemimpin masa hadapan. Peluang menjalani

kehidupan sebagai seorang mahasiswa merupakan satu medan latihan yang baik sebelum

menempuh kehidupan yang lebih mencabar. Corak kehidupan sebagai seorang

mahasiswa memerlukan mereka menjadi seorang yang bijak dalam segala aspek

termasuklah aspek pengurusan masa. Namun, apa yang menyedihkan ialah para

mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat terlalu lemah dalam aspek

pengurusan masa.

Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan, masih ramai lagi mahasiswa yang

tidak mengetahui konsep atau cara pengurusan masa yang berkesan dan positif.

Sekiranya ditanya kepada mana-mana individu yang bergelar mahasiswa, boleh

dikatakan bahawa masih ramai yang tidak pandai menguruskan masa dalam mengatur

perancangan dan aktiviti harian. Antara contoh yang boleh diambil ialah penghantaran

Page 22: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

5

tugasan dan juga perancangan belajar untuk menghadapi ujian atau peperiksaan. Masih

ramai di kalangan mahasiswa yang mengamalkan tabiat menyiapkan sesuatu tugasan

dan belajar di saat-saat akhir.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, mahasiswa Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan Pengajian Islam (SPI) juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.

Masih ramai di kalangan mereka yang tidak menggunakan masa yang terluang dengan

perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat untuk dirinya sendiri ataupun untuk

orang lain contohnya dengan bermain permainan komputer, menonton filem,

berpeleseran dan sebagainya.

Namun begitu, bukanlah maksud penyelidik berpendapat dan mengatakan situasi

ini berlaku kepada mahasiswa SPI sahaja kerana sebenarnya masih ramai lagi di

kalangan mahasiswa yang lain yang mengamalkan tabiat yang sama. Mereka tidak suka

mengamalkan tabiat membuat perancangan belajar dan aktiviti harian dengan teratur

seperti membuat perancangan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan juga

sentiasa memperuntukkan waktu untuk aktiviti atau kegiatan-kegiatan lain sebagai

seorang mahasiswa antaranya dengan berpersatuan, bersukan dan mengambil bahagian

dalam program-program yang boleh menjana atau meningkatkan imej kendiri seorang

mahasiswa.

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji aspek pengurusan masa di

kalangan mahasiswa. Seorang mahasiswa sewajarnya memahami konsep pengurusan

masa dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kehidupan sebagai

seorang warga universiti memerlukan kepakaran dalam mengatur jadual kehidupan

seharian agar semua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar dan

teratur sebagaimana yang telah dirancangkan. Dengan demikian barulah jati diri

mahasiswa sebenarnya dapat dibentuk kembali.

Page 23: PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR. KAJIAN · PDF filePULAU PINANG. Tarikh ... Kemuncak Impian kami ... dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah 64 4.38 Saya akan segera membuat

6

1.3 Pernyataan Masalah Masalah pengurusan masa mahasiswa Pengajian Islam semakin meruncing sejak

akhir-akhir ini. Golongan mahasiswa Pengajian Islam ini yang sepatutnya menunjukkan

imej yang baik dan mampu menjadi panduan kepada mahasiswa yang lain kerana

mereka mempelajari ilmu pengkhususan dalam bidang agama. Secara logiknya, lebih

banyak ilmu yang diperolehi, maka bertambah baiklah orang yang mempelajarinya.

Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya pula berlaku apabila golongan ini gagal

memberikan contoh yang baik khususnya dalam aspek pengurusan masa. Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek pengurusan masa di kalangan mahasiswa

Pengajian Islam untuk mengetahui sejauh manakah tahap pengetahuan, bentuk

pengamalan dan persepsi mahasiswa terhadap aspek pengurusan masa yang berkesan

dan menurut perspektif Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik berharap agar kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti

yang dinyatakan di bawah :-

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan mahasiswa Pengajian Islam UTM tentang

pengurusan masa menurut perspektif Islam?

1.5.2 Apakah bentuk pengurusan masa yang diamalkan di kalangan mahasiswa

Pengajian Islam UTM?

1.5.3 Apakah persepsi mahasiswa Pengajian Islam UTM terhadap pengamalan

pengurusan masa yang berkesan?