pengurusan kemanusiaan

Upload: ramlah-mohamed-jamli

Post on 06-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Like

TRANSCRIPT

Pengurusan Kemanusiaan

1. PENGENALANSektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah adalah merupakan kesinambungan daripada Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Murid, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Unit Kokurikulum.

Sektor ini ditubuhkan selaras dengan pengstrukturan baru Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan-jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Malaysia dan ianya berfungsi sebagai sector yang bertanggungjawab dalam bidang:

Kebajikan

Kesihatan

Bimbingan Dan kaunseling

Disiplin

Pendidikan Pencegahan Dadah

Ko kurikulum

2. OBJEKTIF Menyediakan segala kemudahan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di semua sekolah PPD Tanah Merah dari segi:

Buku teks yang mengcukupi kepada pelajar-pelajar yang layak.

Kemudahan dan tempat tinggal yang selesa dan selamat kepada pelajar asrama.

Menentukan makanan yang dibekalkan di asrama mengikut spesipikasi yang telah ditetapkan.

Pemilihan dan apemberian biasiswa yang lebih tepat dan cepat kepada semua pelajar yang layak.

Perkhidmatan konsultasi bimbingan dan kaunseling dan disiplin kepada ibu/bapa dan pelajar.

Mengagih dan memantau pelaksanaan Rancangan Makanan tambahan dan Program susu Sekolah.

Mengawal dan menyelia kegiatan penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah.

Mengadakan kursus, seminar, bengkel kepada pelajar-pelajar dan PIBG serta guru dan kakitangan sekolah bagi mengumpul ikhtiar dan maklumat dalam pencegahan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah-sekolah dalam daerah PPD Tanah Merah.

Melawat ke sekolah-sekolah bagi mempastikan sekolah-sekolah mengadakan program-program/kegiatan-kegiatan pendidikan pencegahan dadah yang berkesan di peringkat sekolah masing-masing.

Menagadakan hubungan yang erat antara jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan sukarela yang ada kaitan dengan masalah dadah bagi mendapatkan kerjasama yang erta dalam amencegah dadah.

Memastikan bahawa sekolah-sekolah mengerakkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum sebagaimana yang tealah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan meliputi bidang-bidang:

Unit-Unit Beruniform

Kelab-Kelab Dan Persatauan

Sukan

Membuat lawatan dan pemantauan ke sekolah-sekolah berhubung dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum dirancang dan dijalankan dengan sempurna.

Bertindak sebagai penghubung antara persatuan-persatuan beruniform sekolah dengan badan induk masing-masing untuk penyelarasan aktiviti dan perkara-perkara berkaitan.

Menyelaras dan membimbing sekolah-sekolah dan juha Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Cawangan Tanah Merah/machang/Jeli dalam aktiviti-aktiviti sukan dan permaian.

Menjalankan aktiviti-aktiviti yang di arahkan KPM dan JPN dari masa ke semasa.

3. MATLAMAT Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan/Guru Kanan Kokurikulum menjadi pentadbir yang cemerlang dalam aspek pengurusan Kokurikulum, asrama, disiplin dan PIBG sekolah-sekolah.

Institiusi sekolah dan masyarakat dapat membentuk satu budaya sekolah untuk masyrakat dan masyarakat membentuk sekolah melalui aktiviti-aktiviti PIBG.

Kes-Kes salahlaku atau disiplin pelajar dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima atau sifar peratus.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dapat dijalankan dengan sempurna, berkesan dan meliputi setiap aspek termasuklah unit-unit beruniform, kelab persatuan dan juga sukan.

4. MOTO UNIT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAANKECEMERLANGAN DAN KESEMPURNAAN INSAN

5. PIAGAM PELANGGAN Memberikan Perkhidmatan Yang Berkesan Dan Adil Kepada Semua Pelanggan

Masalah Pelanggan Adalah Masaalah Jabatan Dan Ianya Mesti Diselesaikan Segera Mengikut Kemampuan.

Memastikan bahawa setiap pelanggan mendapatkan maklumat yang jelas mengenai hasrat, matlamat dan wawasan pengurusan.

Memastikan setiap pelajar yang layak mendapat hak dan keutamaan sebagaimana yang diperuntukan oleh jabatan.

6. HALATUJU Memastikan sekolah-sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti dengan terancang dan sistematik bagi tujuan perkembangan individu dalam bidang jasmani, rohani, emosi dan intelek berteraskan konsep sekolah dan masyarakat penyayang.

Mewujudkan system pengurusan berkesan dan berkualiti dalam bidang hal ehwal murid, pendidikan pencegahan dadah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Merealisasikan Wawasan Pendidikan Negara dan Pendidikan Bertaraf Dunia.

7. STRATEGI Mengadakan kursus, latihan, seminar dan bengkel dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pendidikan Pencegahan dadah dan Ko kurikulum.

Merancang dan melaksanakan program-program khusus di peringkat PPD dan sekolah-sekolah dalam daerah PPD.

Mengadakan pertandingan-pertandingan khusus peringkat PPD dan peringkat sekolah serta menyertai semua pertandingan yang dianjurkan oleh KPM dan JPN dalam bidang-bidang berkaitan.

Mengadaakan lawatan penyeliaan dan pemantauan khusus dalam bidang-bidang berkaitan.

Mengkaji segala maklumat dan data yang diperolehi dan membuat tindakan sewajar.

Mengadakan hubungan erat dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-ajensi luar bagi menangani masalah disiplin dan salahlaku pelajar.

8. SENARAI PEGAWAIPegawai Pelajaran Daerah : EN. CHE ABDULLAH BIN MOHD.

Penolong PPD Pengurusan Kemanusiaan (HEM): HJH. ZAITON BT. MOHD. ZAIN

Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah: TN. HJ. HARUN BIN IBRAHIM

Penyelia Pendidikan Kanan Cemerlang KoKu): TN. HJ. ZAINUDDIN BIN ISMAIL

Penyelia Pendidikan Kanan(Sukan): TN HJ CHE ABDULLAH BAKORI B. MAT YAACO

Penyelia Pendidikan Kanan(HEM): EN. ZULKIFLI BIN CHE PA

Pembantu Khas Pengurusan Kemanusiaan (KoKu) :

Pembantu Khas pengurusan Kemanusiaan (MSSD) :

En zambry b. Mamat

TUGAS-TUGAS PENOLONG PPD PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN(HJH. ZAITON BINTI MOHD. ZAIN)

HAL EHWAL MURIDMerancang, melaksana dan menyelaras

Biasiswa murid.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Program Susu Sekolah (PSS)

Skim Bantuan Pakaian Seragam

Skim Bantuan Buku Teks (SPBT)

Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya.

Skim Bantuan Tuisyen (SBT)

Insurans Takaful & Badan Ehsan

Kebajikan (Bencana Alam)

Kantin dan Kedai Buku Sekolah

KWAPM

Asrama

Menyelaras kerjasama dengan NGO dan Agensi luar

1. Bertanggungjawab dalam menguruskan perayaan dan upacara rasmi serta lawatan. Timbalan pengerusi perayaan hari guru peringkat PPD.

Mengurus dan membuat pengsyoran perlantikan ahli Jawatankuasa Adhoc perayaan dan upacara-upacara rasmi.

Merancang dan amenguruskan berkaitan dengan lawatan.

Menyediakan laporan dan kertaskerja mengenai upacara rasmi.

Menguruskan soal kewangan dalam pengendalian upacara rasmi, perayaan dan lawatan.

2. Bertanggungjawab dalam menguruskan kegiatan kokurikulum daerah.3. Naib pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah.4. Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan PIBG sekolah-sekolah.5. Menyelaras semua aktiviti PIBG sekolah dan PPD. Mengadakan seminar perhubungan komuniti peringkat daerah untuk AJK PIBG sekolah.

Mengurus satu pendekatan baru yang efektif bagi PIBG sekolah dalam PPD.

Mengumpul data-data PIBG sekolah dalam PPD.

6. Bertanggungjawab dalam pengurusan aktiviti pencegahan dadah daerah.7. Bertanggung jawab dalam hal urusan kantin sekolah. Mengurus dan mengesahkan pemberian tender kantin sekolah.

Menyelia akantin-kantin sekolah dari segi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Memeriksa rekod kewangan kantin sekolah.

Menganjurkan kursus-kursus pengendalian makanan kepada operator-operator kantin sekolah dalam PPD.

Mengumpul dan menyimpan data-data kantin sekolah dalam PPD.

8. Bertanggungjawab dalam pengurusan Asrama sekolah. Menyelia pengurusan asrama mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Mengurus dan mengesahkan pemberian tender bahan makanan kepada asrama sekolah dalam PPD.

Memeriksa apengurusan kewanagan asrama sekolah.

9. Bertanggung jawab dalam pengurusan rancangan makanan Tambahan Sekolah. Menyelia pengendalian RMT di sekolah-sekolah dalam PPD.

Memeriksa pengurusan kewangan RMT sekolah.

Mengumpul dan menyimpan data-data RMT sekolah.

10. Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan bimbingan dan kaunseling. Merancang dan menyelia aktiviti bimbingan

Bertanggungjawab dalam pengurusan keselamatan.

Bertanggung jawab dalam pengurusan disiplin sekolah.

11. Biasiswa.12. Perhubungan dengan jabatan-jabatan dan ajensi-ajensi luar.13. Pengurusan Tabung TAKWA.14. Kaunselor dan motivasi guru-guru, kakitangan dan pelajar.15. Urusan tender kantin sekolah, Program Makanan Tambahan dan ProjekSusu Sekolah (PSS).16. Mengawal dan amenyelaras pengurusan kantin sekolah-sekolah.17. Mengawal dan menyelaras pengurusan asrama sekolah serta aktiviti-aktivitiasrama.PENYELIA PELAJARAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN (HEM)(EN. ZULKIFLI BIN CHE PA)1. Bertanggungjawab dalam hal urusan kantin sekolah.1.1 Mengurus dan mengesahkan pemberian tender kantin sekolah.

1.2 Menyelia kantin-kantin sekolah dari segi peraturan yang telah ditetapkan oleh

pihak kementerian.

1.3 Memeriksa rekod kewangan kantin sekolah.

1.4 Menganjurkan kursus-kursus pengendalian makanan kepada operator-operator

kantin sekolah dalam PPD.

1.5 Mengumpul dan menyimpan data-data kantin sekolah dalam PPD.

2. Bertanggungjawab dalam pengurusan Asrama sekolah. Menyelia pengurusan asrama mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Mengurus dan mengesahkan pemberian tender bahan makanan kepada asrama sekolah dalam PPD.

Memeriksa pengurusan kewanagan asrama sekolah.

3. Bertanggung jawab dalam pengurusan rancangan makanan Tambahan Sekolah. Menyelia pengendalian RMT di sekolah-sekolah dalam PPD.

Memeriksa pengurusan kewangan RMT sekolah.

Mengumpul dan menyimpan data-data RMT sekolah.

4. Biasiswa.5. Perhubungan dengan jabatan-jabatan dan ajensi-ajensi luar.7. Urusan tender kantin sekolah, Program Makanan Tambahan dan ProjekSusu Sekolah (PSS).1. Mengawal dan amenyelaras pengurusan kantin sekolah-sekolah.

2. Mengawal dan menyelaras pengurusan asrama sekolah serta aktiviti-aktiviti asrama.

3. Penguurusan KWAPM

KOKURIKULUM (ZAINUDDIN BIN ISMAIL)

Merancang, melaksana dan menyelaras : Aktiviti kelab, persatuan dan badan uniform di peringkat daerah.

Kursus-kursus yang berkaitan kegiatan kokurikulum kepada guru-guru.

Kerjasama dengan agensi lain dalam aktiviti kokurikulum.

Membantu Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Membuat lawatan dan penyeliaan terhadap sekolah-sekolah dalam pengurusan dan perlaksanaan semua aktiviti kokurikulum peringkat sekolah-sekolah dalam daerah PPD. Membantu Pegawai Pendidikan Daerah Dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dalam menyelaras dan mengurus semua aktiviti kokurikulum terdiri dari pasukan-pasukan beruniform, kelab-kelab dan persatuan, pengurusan sukan dan permainan peringkat daerah bagi sekolah-sekolah menengah dan rendah dalam daerah PPD. Tugas-Tugas Pengurusan Pasukan-Pasukan Beruniform:i. Menjadi Pegawai Penghubung antara sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan badan-badan induk pasukan-pasukan beruniform.

ii. Memastikan bahawa semua persatuan beruniform sekolah diurus dengan betul sebagaimana yang ditetapkan oleh badan induk masing-masing.

iii. Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan beruniform peringkat sekolah, daerah dan juga JPN.

iv. Unit-unit Beruniform yang dimaksudkan ialah:

Pasukan Kadet Polis.

Pasukan Kadet Bomba.

Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA3)

Pasukan Kadet Remaja sekolah (KRS)

Pasukan Pengakap.

Pasukan Ranjer Puteri, Pandu Puteri dan Tunas Puteri.

Puteri Islam.

Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Pasukan St. John Ambulan Malaysia.

Persatuan Silat Dan Seni Mempertahankan diri sekolah-sekolah.

Tugas-Tugas Dalam Pengurusan Persatuan Dan Kelab-Kelab Di Sekolah:i. Mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan matapelajaran.

ii. Mengurus dan Menyelaras aktiviti-aktiviti bukan mata pelajaran.

PEMBANTU KHAS PENGURUSAN KEMANUSIAAN (KOKURIKULUM)EN. ABDULLAH BIN OSMAN1. Merancang, melaksana dan menyelaras:

a)Aktiviti Kokurikulum Akademik Kebudayaan, Muzik dan sains Sosial Peringkat PPD. Pertandingan Koir SM peringkat PPD Negeri dan Kebangsaan.

Pertandingan Koir Sekolah Rendah Peringkat PPD Negeri dan Kebangsaan.

Pertandingan Kompang dan formasi sekolah menengah dan rendah peringkat PPD, negeri dan kebangsaan.

Mengendalikan konsert KPM.

Menmjalani ujibakat penyanyi dan pemuzik bagi konsert Diraja.

Mengendali dan membuat pemilihan program Karnival Kebangsaan.

Mengendali Pertandingan Puisi dan lagu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Mengendali pertandingan tarian peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Mengendali semua bengkel penulisan anjuran KPM.

Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh KPM.

Mengendali kursus-kursus untuk jurulatih.

Berkerjasama dengan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri bagi meningkatkan kecemerlangan murid dari segi kebudayaan dan kesenian.

Berkerjasama dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain dalam mengendalikan program-program kebudayaan dan kesenian.

b)Pengurusan Pertandingan Aktiviti Kokurikulum berkaitan Kebudayaan, kesenian dan sains sosial. Mengurus, menyelaras, menyelia dan melaksana program atau aktiviti pengurusan pertandingan aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Menyediakan data dan dokumentasi aktiviti peringkat daeraqh.

Menghadiri mesyuarat di peringkat Unit dan mewakili PPD di peringkat daerah, negeri atau jabatan bila diminta atau dipanggil oleh pihak-pihak berkaitan.

Mengumpul data kokurikulum berkaitan dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan.

c) Pengurusan Pembangunan dan Latihan.

Penyelian dan bimbingan kelab kebudayaan dan kesenian sekolah.

Menghadiri mesyuarat di peringkat unit atau jabatan mewakili PPD/PPPD/PP.

Membantu penyelia dalam urusan penyeliaan dan pentadbiran kokurikulum.

Menyedoiakan anggaran belanja mengurus bagi kelab kesenian dan kebudayaan.

Tugas Khas Tambahan

Mengawal, menyelia dan mengurus data prestasi dan kehadiran pelajar-pelajar penerima SBT peringkat PPD.

Setiausaha Buku Panduan Pengurusan PPD.

Setiausaha kepada program pembangunan Laman Web PPD.

e) Lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD atau PPPD dari semasa ke semasa.PEGAWAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHHJ HARUN BIN HJ IBRAHIM1.Merancang, melaksana dan menyelaras: Aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

Kursus/bengkel/seminar yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada guru-guru.

Pertandingan anti dadah.

Kerjasama agensi lain dalam aktiviti pencegahan dadah.

2. Memantau dan menilai perlaksanaan pendidikan pencegahan dadah. Membantu Pegawai Pendidikan daerah dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dalam menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah.

Merancang program-program motivasi dan pencegahan dadah di peringkat PPD dan antara sekolah-sekolah dalam PPD.

Melaksanakan program-program pendidikan pencegahan dadah yang dianjurkan oleh KPM atau JPN di peringkat PPD.

Menyelia dan mengawal selia aghihan buku teks di peringkat sekolah.

Mengadakan ujian-ujian pengesanan penyalahgunaan dadah kepada pelajar-pelajar sekolah-sekolah dalam daerah.

3. Pengurusan Buku TeksPENGURUSAN SUKAN DAN PERMAINANPENYELIA PELAJARAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN (SUKAN)(HJ. ABDULLAH BAKHORI BIN MAT YAACUB)

Merancang, melaksana dan menyelaras : Aktiviti sukan/permainan di peringkat daerah.

Kursus-kursus yang berkaitan sukan/permainan kepada guru.

Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan/permainan.

Memantau dan menilai perlaksanaan program sukan/permainan.

Tugas-Tugas dalam Pengurusan Dan Perlaksanaan Aktiviti Sukan Di Sekolah Sekolah.i. Memastikan sekolah-sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat sekolah sebagaiman yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

ii. Membimbing sekolah-sekolah dalam hal-hal berhubung dengan pengurusan dan pengurusan sukan dan permainan.

PEMBANTU KHAS PENGURUSAN SUKAN(EN MOHD ZAMBRY BIN MAMAT)

Menjalankan tugas-tugas sebagai Setiausaha Kerja MSSD dengan membantu Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Setiausaha MSSD sebagaimana berikut:

Menyelaras aktiviti pertandingan peringkat MSSK cawangan dan MSSD mengikut takwim MSSK Negeri.

Bantuan/nasihat teknikal kepada MSSK Cawangan dan sekolah-sekolah berhubung dengan aktiviti sukan dan permaian.

Penghubung antara MSSK Cawangan dan sekolah dalam daerah MSSD.

Mengurus Aktiviti Pertandingan Peringkat MSSD.

Mengumpul maklumat yang diterima dari MSSK, MSSM dan lain-lain bahan sukan.

Mencatat dan mengedarkan laporan mesyuarat MSSD.

Membantu MSSK Cawangan dalam memperlengkapkan pasukan ke pertandingan peringkat MSSK.

Mengedar bahan-bahan dan dokumen MSSK dan MSSD ke cawangan-cawangan dan sekolah-sekolah dalam daerah MSSD.

Merancang keperluan dan kemudahan fizikal MSSD.

Lain-lain tugas yang diarahkan oleh PPD dan JPN.