pengurusan harta

17
Pengurusan Harta dalam masyarakat Melayu Jenis harta dalam adat Pepatih. Harta ialah sesuatu yang dimiliki oleh seseorang semasa ia hidup samada ianya dimiliki secara sempurna atau tidak. Ia juga boleh didapati secara fizikal ataupun kepentingan seperti saham dan lain-lain. Apabila dia sudah meninggal dunia, harta tersebut akan bertukar kepada harta pusaka. Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati meliputi tanah, wang, saham dan harta dalam bentuk benda seperti emas, rumah, kereta dan lain-lain lagi. Dalam Adat Perpatih, harta terbahagi kepada empat jenis iaitu: 1. Harta pusaka adat: lazimnya merujuk kepada tanah kepunyaan sesuatu suku. Harta ini diwarisi turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan atau kepada saudara perempuan terdekat si mati. 2. Harta pembawa: harta kepunyaan lelaki samada tanah atau sebagainya semasa carian bujang, pemberian ibu bapanya atau harta bahagiannya hasil dari pembahagian harta carian daripada perkahwinanyangdahulu. 3. Harta dapatan: harta kepunyaan perempuan, khususnya tanah pusaka yang diwarisi, harta carian sewaktu belum berkahwin, sewaktu janda dan juga bahagian yang diperolehinya sewaktu bercerai. 4. Harta carian laki bini: harta yang diperolehi bersama oleh

Upload: noravinvin

Post on 15-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

harts

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan harta

Pengurusan Harta dalam masyarakat Melayu

Jenis harta dalam adat Pepatih.

Harta ialah sesuatu yang dimiliki oleh seseorang semasa ia hidup samada ianya dimiliki

secara sempurna atau tidak. Ia juga boleh didapati secara fizikal ataupun kepentingan

seperti saham dan lain-lain. Apabila dia sudah meninggal dunia, harta tersebut akan

bertukar kepada harta pusaka. Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati meliputi

tanah, wang, saham dan harta dalam bentuk benda seperti emas, rumah, kereta dan

lain-lain lagi. Dalam Adat Perpatih, harta terbahagi kepada empat jenis iaitu:

1. Harta pusaka adat: lazimnya merujuk kepada tanah kepunyaan sesuatu suku. Harta

ini diwarisi turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan atau kepada saudara

perempuan terdekat si mati.

2. Harta pembawa: harta kepunyaan lelaki samada tanah atau sebagainya semasa

carian bujang, pemberian ibu bapanya atau harta bahagiannya hasil dari pembahagian

harta carian daripada perkahwinanyangdahulu.

3. Harta dapatan: harta kepunyaan perempuan, khususnya tanah pusaka yang diwarisi,

harta carian sewaktu belum berkahwin, sewaktu janda dan juga bahagian yang

diperolehinya sewaktu bercerai.

4. Harta carian laki bini: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri. Termasuk

dalam harta carian ini juga segala harta yang ditambah oleh harta pembawa dan harta

dapatan.

Tetapi, ada juga penulis dan pengkaji yang membahagikan jenis harta di dalam Adat

Perpatih ini kepada dua, antaranya ialah M. B. Hooker iaitu:

1. Carian bujang: carian bujang ialah harta yang dicari oleh seseorang semasa dia

belum berkahwin.

2. Carian laki bini: carian laki bini ialah harta yang dicari bersama semasa di dalam

perkahwinan. Dimana kedua-dua suami isteri ini ada kepentingan bersama. Apabila

Page 2: pengurusan harta

berlaku perceraian, maka harta ini akan dibahagikan kepada keduanya.

Di bawah harta carian laki bini ini pula terbahagi kepada dua iaitu:

a) Harta pembawa: harta persendirian yang dimiliki oleh orang lelaki. Harta itu di bawa

olehnya sehinggalah dia mendirikan rumah tangga. Harta pembawa ini terdiri daripada

tiga jenis harta iaitu:

i. Harta yang diperolehinya sendiri atau lebih dikenali sebagai carian bujang.

ii.Harta yang didapatinya daripada hasil perkahwinannya yang lalu.

iii. Harta yang diperolehinya daripada keluarganya.

b) Harta dapatan: harta yang dimiliki oleh orang perempuan dan dibawanya sehingga

ke dalam perkahwinan. Ia diperolehi melalui tiga cara iaitu:

i. Harta yang didapatinya semasa dara, perceraian, ataupun janda dan dikenali sebagai

carian bujang atau janda.

ii. Harta yang didapatinya hasil daripada perkahwinan yang lalu, dan

iii. Harta pusaka adat

Kesemua harta ini akan menjadi harta pusaka apabila pemilik harta tersebut meninggal

dunia. Mengikut Hans Dieter-Evers yang mengkaji sistem tanah pusaka di

Minangkabau, konsep pusaka boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pusaka

tinggi dan pusaka rendah. Harta pusaka tinggi adalah harta yang telah dimiliki oleh lebih

dari satu generasi perempuan sementara harta pusaka rendah adalah harta yang

belum diperturunkan atau diwariskan lagi tetapi harta ini ada potensi untuk menjadi

harta pusaka tinggi. Harta ini akan menjadi harta pusaka tinggi setelah ianya

diperturunkan kepada anak-anak perempuan. Manakala kaum lelaki hanya boleh

mewarisi jawatan di dalam sesuatu suku dan mengambil manfaat daripada harta

pusaka adat.

Page 3: pengurusan harta

WARIS- WARIS DI DALAM ADAT PERPATIH

Waris ialah orang-orang yang terdekat dan mempunyai hubungan dengan si mati yang

mana mereka ini berhak mendapat bahagian di dalam pembahagian harta pusaka. Di

dalam Adat Perpatih, waris terbahagi kepada kepada empat iaitu:

1. Anak perempuan si mati: jika anak perempuan si mati hanya seorang, maka semua

harta pusaka tersebut akan dimiliki olehnya. Jika si mati mempunyai ramai anak

perempuan, maka harta tersebut akan dibahagikan secara persetujuan bersama. Jika

tidak ada persetujuan, harta tersebut akan dibahagikan secara sama rata.

2. Waris ikrab: waris ikrab ialah kakak dan adik perempuan si mati. Jika si mati tidak

meninggalkan anak perempuan, maka harta tersebut akan turun kepada waris ikrab.

3. Waris bersanak: jika waris ikrab tidak ada, harta itu akan dibahagikan kepada waris

bersanak yang terdekat mengikut susunan iaitu:

a) Sanak ibu: sanak ibu ialah keluarga satu pupu.

b) Sanak datuk: sanak datuk ialah keluarga dua pupu.

c) Sanak nenek: anak nenek ialah keluarga tiga pupu.

d) Sanak moyang: sanak moyang pula ialah keluarga empat pupu.

4. Anak angkat: harta pusaka juga boleh diwarisi oleh anak angkat dengan syarat

kesemua waris di atas tidak ada atau jika waris yang berhak bersetuju bahagian

tersebut ‘diberi’ kepada anak angkat berkenaan. Perkatakaan ‘diberi’ merujuk kepada

bahagian yang telah diperuntukan di dalam harta pusaka. Anak angkat yang boleh

mewarisi harta pusaka ialah anak angkat yang telah dikedimkan dengan ‘kedim adat’

dan ‘kedim pusaka’ sahaja.

Page 4: pengurusan harta

KONSEP HARTA PUSAKA DI DALAM ADAT PERPATIH

Sebelum kita melihat kepada cara pembahagian harta pusaka di dalam Adat Perpatih,

adalah perlu bagi kita untuk memahami beberapa konsep harta pusaka di dalam adat

ini.

Pertama sekali adalah kesemua harta pusaka adat adalah hak kepada suku dan

bukan hak individu. Berdasarkan konsep ini kita dapati bahawa Adat Perpatih telah

menafikan hak milik individu terhadap harta pusaka adat. Manakala harta yang tidak

dikategorikan sebagai harta pusaka adat pula seperti kereta, cincin, wang, saham dan

lain-lain boleh dibahagikan kepada waris-waris si mati tanpa mendapat persetujuan

daripada Lembaga. Adat Perpatih telah mengiktirafnya sebagai hak milik individu

kerana ia hasil daripada usahanya sendiri.

Hak milik harta pusaka adat yang diberikan kepada masyarakat adat itu adalah

hak milik yang terhad. Sehinggakan dalam pembahagian atau pemindahan hak milik,

seseorang itu terpaksa mendapatkan persetujuan waris dan Lembaga. Dalam

pemindahan hak milik melalui penjualan, waris dan Lembaga berhak menahan

penjualan tersebut. Adat melarang harta pusaka adat dijual kepada anggota suku lain.

Adat hanya membenarkan pemindahan hak milik berlaku dalam lingkungan suku itu

sahaja.

Secara praktiknya, seorang ketua adat tidak pernah membenarkan harta pusaka

adat sesuatu suku berpindah milik kepada suku lain. Sekiranya tidak dapat dielakkan,

Lembaga akan membenarkan penjualan dengan syarat si pembeli dari suku lain itu

bersetuju berkedim pada waris terdekat harta pusaka adat berkenaan dan seterusnya

diakui sebagai anggota suku Lembaga tersebut. Oleh itu, harta pusaka adat itu tidak

akan berpindah milik kepada suku lain.

Selain dari itu, sekiranya pembeli tersebut tidak mempunyai anak perempuan

untuk mewarisi tanah pusaka tersebut, tanah itu akan diwarisi semula oleh waris tuan

tanah yang menjualnya dahulu. Tanah itu tidak boleh dituntut oleh waris pembeli

samada kakak, adik perempuan atau ibunya. Mereka ini tidak berhak ke atas tanah

Page 5: pengurusan harta

tersebut kerana mereka dianggap berlainan suku. Jika pembeli itu mempunyai anak

angkat, anak angkat tersebut tidak berhak ke atas tanah tersebut kecuali Lembaga,

Buapak dan waris-waris penjual membenarkan anak angkat pembeli itu dikedimkan

kepada waris penjual. Begitu juga jika anak perempuan pembeli yang dilahirkan

sebelum pembelian tersebut, ia juga tidak berhak mewarisi tanah pusaka tersebut

kecuali ia mahu dikedimkan bersama pada suku penjual. Hanya anak perempuan

pembeli yang dilahirkan selepas pembelian dan perkediman dilakukan yang berhak

mewarisi tanah pusaka kerana anak perempuan tersebut telah diakui sebagai anggota

suku yang baru.

Keduanya ialah mengikut Adat Perpatih, harta carian atau harta pusaka bukan

adat setelah diwarisi oleh anggota perempuan akan dianggap sebagai harta pusaka

adat. Jika tanah yang dibeli itu ialah tanah pusaka yang dibeli dari suku yang lain, maka

pusaka itu akan dinamakan sebagai ‘pusaka tebusan’. Bagi tanah carian yang bukan

pusaka, tanah itu akan menjadi tanah pusaka setelah si ibu meninggal dan harta itu

pula diwarisi oleh anak perempuannya. Jika tanah bukan pusaka itu kepunyaan si bapa,

tanah itu masih dikategorikan sebagai tanah bukan pusaka jika diwarisi oleh anggota

lelaki, tetapi setelah diwarisi oleh keturunan anggota perempuan tanah itu akhirnya

akan menjadi tanah pusaka adat suku perempuan berkenaan.

Ketiga ialah wanita adat sahaja yang berhak untuk mewarisi harta pusaka adat.

Merujuk kepada prinsip Adat Perpatih yang utama, keturunan dikira dari nasab ibu

dimana perempuan itu yang melahirkan ahli-ahli suku dan menentukan maruah suku

tersebut. Oleh itu mereka harus diberikan jaminan hidup. Adat Perpatih juga

menetapkan bahawa dalam perceraian suami isteri, anak tetap tinggal dengan ibu atau

saudara perempuan ibunya. Memandangkan dari segi tanggungjawab ini, adat

menetapkan wanita sahaja yang berhak mewarisi tanah pusaka. Hak mewarisi ini juga

adalah kerana memandangkan tanggungjawab wanita terhadap saudara lelakinya

seperti dalam perbilangan adat:

Page 6: pengurusan harta

Cicir dipungut, hilang dicari

Nyawa, darah waris yang punya

rugi, laba isteri yang punya.

Perempuan yang mewarisi tanah pusaka dikehendaki menunaikan tanggungjawab

yangdikenali sebagai ‘hutang pusaka’, antaranya ialah belanja mengisi adat yang

berhubungdengan kesalahan perkahwinan, membayar hutang lelaki bujang yang telah

meninggal,memberikan tempat tinggal di rumahnya semasa lelaki itu tidak berkahwin,

perbelanjaan upacara menyelanggarakan kematian, perbelanjaan menuntut ilmu

agama dan membantu dalam perbelanjaan menunaikan haji ke Mekah. Oleh sebab

tanah pusaka dianggap kepunyaan Perut atau suku, perempuan yang mewarisi tanah

itu hanya berhak mengusahakan tanah tersebut untuk keperluan hidup. Ia tidak berhak

untuk menggadai atau menjual kecuali dibenarkan oleh waris-waris dan ketua adat.

Adat Perpatih juga menetapkan bahawa hak milik hanya boleh dipindahkan

kepada anggota perempuan masyarakat adat. Sekiranya ada tanah yang hendak dijual,

yang boleh membelinya ialah wanita adat sahaja. Dalam hal ini, keutamaan diberi

kepada waris ikrab. Manakala bagi orang lelaki pula, adat membenarkan waris lelaki

mendapatkan ‘hak pakai’ pada tanah pusaka. Ia boleh mengusahakan tanah tersebut

untuk mendapatkan hasil semasa ia hidup. Hak pakai adalah bergantung kepada dua

keadaan.

Pertama, dengan persetujuan waris perempuan yang jauh kerana ketiadaan

waris ikrab untuk mewarisi harta tersebut dan kedua, tanah pusaka itu mempunyai

waris ikrab tetapi oleh sebab tertentu waris ikrab membenarkan saudara lelaki mereka

untuk mengambil hasil sebahagian daripada tanah pusaka itu. Selain mendapat hak

pakai, waris lelaki juga berhak untuk mewarisi jawatan-jawatan seperti Undang,

Lembaga yang terdapat di dalam sukunya sahaja.

Keempat ialah tanah pusaka dengan anak angkat. Adat Perpatih mengiktiraf

pengambilan anak angkat tetapi adat tidak menentukan bahawa dia berhak mewarisi

tanah pusaka ibu angkatnya. Mengikut adat, anak angkat samada melalui ‘kedim tarik’

Page 7: pengurusan harta

atau ‘kedim adat dan pusaka’ dinafikan sebagai ‘waris pusaka’. Generasi kedua barulah

dianggap sebagai waris pusaka. Oleh itu, anak angkat tidak boleh mewarisi harta

pusaka tetapi adat membenarkan anak angkat ‘diberi’ harta termasuk harta pusaka

adat. ‘Diberi’ merujuk kepada bahagian yang diperuntukan manakala mewarisi merujuk

kepada bahagian yang masih belum diperuntukan. Anak angkat yang boleh mendapat

hak milik ke atas harta pusaka adat ialah anak angkat yang telah dikedimkan dengan

‘kedim adat’ dan ‘kedim pusaka’ sahaja.

CARA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT ADAT PERPATIH

Sebelum ini kita telah melihat pembahagian harta di dalam Adat Perpatih dan apabila

pemilik harta tersebut telah meninggal dunia, maka harta tersebut telah terbahagi

kepada dua iaitu harta pusaka bukan adat dan harta pusaka adat. Harta pusaka adat

juga dikenali sebagai ‘tanah pusaka’ kerana ia melibatkan tanah-tanah seperti tanah

sawah, dusun buahan, tanah pertanian dan lain-lain lagi.

1. Harta Pusaka Bukan Adat

Konsep hak milik terhadap harta pusaka bukan adat adalah berbeza dari konsep hak

milik ke atas harta pusaka adat. Adat mengiktiraf hak milik individu ke atas harta pusaka

bukan adat. Individu itu bebas untuk menjual, menggadai atau mewariskan kepada

sesiapa yang dia ingin berikan. Keistimewaan sedemikian terus kekal dinikmati oleh

individu itu selagi tanah tersebut kekal dalam perwarisan pada anggota lelaki. Harta

pusaka bukan adat selain tanah pula bebas diberikan kepada sesiapa sahaja dan boleh

dipusakai oleh anggota lelaki dan perempuan. Ia tidak akan menjadi harta pusaka adat

meskipun jatuh ke tangan anggota perempuan. Dalam pembahagian tanah bukan

pusaka, penyelesaian adalah seperti berikut:

“Apabila berlaku perceraian samada cerai hidup atau mati, harta dapatan akan

dikembalikan kepada isteri atau waris isteri. Harta pembawaan akan dikembalikan

kepada suami atau waris suami. Harta carian pula akan dibahagikan mengikut sama

rata. Tetapi jika harta itu adalah ‘pusaka tebusan’, tanah itu tidak tertakluk kepada

pembahagian kerana tanah itu adalah milik isteri. Jika pembahagian itu adalah kerana

Page 8: pengurusan harta

kematian, bahagian ke atas harta pusaka bukan adat akan terpulang kepada anak si

mati yang tinggal. Sekiranya si mati tidak ada meninggalkan anak, semua harta pusaka

bukan adat itu akan dimiliki oleh suami atau isteri yang tinggal. Penyelesaian

sedemikian terdapat di dalam perbilangan adat:

Pembawa kembali

Dapatan tinggal

Carian bahagi

Mati laki tinggal ke bini

Mati bini tinggal ke laki

Melihat pula pada sistem pemberian, tuan tanah adalah berhak untuk memberi dan

menghadiahkannya kepada sesiapa yang ia inginkan.”

2. Harta Pusaka Adat

Dalam amalan perwarisan tanah pusaka, penyelesaian atau pembahagian harta pusaka

adat akan dilakukan seperti berikut.

Pertama: Lembaga akan menentukan waris-waris yang berhak ke atas tanah pusaka si

mati. Mengikut prinsip di dalam Adat Perpatih mengatakan bahawa perwarisan tanah

adat adalah berdasarkan kepada waris perempuan terdekat. Waris perempuan terdekat

yang dimaksudkan ialah anak perempuan si mati. Perbilangan adat ada mengatakan:

Harta pusaka turun kepada anak

Tiada anak waris ikrab

Tiada waris ikrab waris bersanak

Tiada waris bersanak terpulang kepada suku

Page 9: pengurusan harta

Sekiranya si mati tidak meninggalkan anak perempuan, harta itu akan diwarisi oleh

waris ikrab. Jika si mati tidak mempunyai waris ikrab, sistem perwarisan akan

diturunkan kepada waris bersanak yang terdekat dengan mengikut susunan dimulai

dengan sanak ibu, sanak datuk, sanak nenek dan akhir sekali ialah sanak moyang.

Sekiranya semua waris-waris ini tiada, tanah ini dinamakan sebagai ‘pusaka pupus’ dan

waris lelaki mengikut susunan terdekat berhak menuntut bahagian mereka ke atas

tanah tersebut. Mereka tidak boleh mewarisi harta itu, tetapi mereka boleh mengambil

hasil tanah tersebut sepanjang hayat mereka atau diserahkan kepada budi bicara

Lembaga untuk menyelasaikannya dengan menjualkan tanah tersebut kepada anggota

suku. Baki hasil dari penjualan itu akan dibahagikan kepada waris-waris lelaki yang

berhak.

Kedua: Lembaga akan menyiasat samada si mati ada meninggalkan hutang atau tidak.

Jika si mati ada meninggalkan hutang, waris-waris yang berhak ke atas tanah pusaka si

mati itu dikehendaki bersama-sama menyelesaikan hutang si mati terlebih dahulu.

Perempuan yang mewarisi tanah pusaka dikehendaki menunaikan tanggungjawab yang

dikenali sebagai ‘hutang pusaka’, antaranya ialah belanja mengisi adat yang berhubung

dengan kesalahan perkahwinan, membayar hutang lelaki bujang yang telah meninggal,

perbelanjaan upacara menyelanggarakan kematian, ‘membeli haji’ iaitu melaksanakan

haji jika si mati tidak berkesempatan menunaikannya dan lain-lain lagi. Jika si mati

meninggal dunia tanpa melaksanakan hutang tersebut, maka waris-waris yang tinggal

dikehendaki menyelesaikan hutang si mati sebelum pembahagian dilakukan.

Tanah pusaka juga boleh dijual sekiranya waris yang berhak itu tidak mampu

membayar hutang si mati. Lembaga mengikut budi bicaranya akan menjual sebahagian

tanah pusaka tersebut mengikut kadar yang cukup untuk menyelesaikan hutang si mati.

Jika terdapat baki, ia akan dibahagikan semula kepada waris-waris yang berhak.

Tujunnya adalah menjaga nama baik si mati dan juga nama baik keturunannya dan

anggota suku yang tinggal.

Page 10: pengurusan harta

Adat Perpatih telah menentukan peraturan bagaimana penjualan harus dilaksanakan

iaitu dengan memberikan keutamaan kepada waris, mengikut susunan hubungan

terdekat:

1) Keutamaan mestilah diberikan kepada waris-waris ikrab.

2) Jika tiada waris ikrab yang mampu membeli tanah tersebut peluang akan dibuka

kepada waris bersanak yang empat mengikut susunan.

3) Jika tiada waris di atas yang mampu membeli tanah itu, maka peluang itu akan

dibuka kepada anggota lain di dalam suku yang sama.

4) Jika tidak ada yang mampu membelinya, maka jalan terakhir ialah dengan

menjualnya kepada suku yang dua belas.

Bagi harta pusaka adat suku yang dua belas, penjualan hanya diberikan kepada

anggota perempuan sahaja.

Harta pusaka adat tidak dibenarkan dijual atau digadai tanpa melalui syarat-syarat

tertentu. Penjualan hanya dibolehkan atas syarat:

1. Keperluan untuk menguruskan kematian.

2. Keperluan untuk menunaikan haji ke Mekah.

3. Keperluan untuk menjaga maruah seperti membaiki rumah pusaka yang telah runtuh

dan menguruskan perkahwinan anak perempuan yang telah lanjut umur.

4. Keperluan membayar denda bagi kesalahan besar yang telah dilakukan oleh waris

lelaki.

Syarat ini adalah bertujuan supaya tanah pusaka tidak berpindah milik kepada suku lain

dan untuk menjaga maruah suku.

Ketiga: apabila hutang si mati telah dijelaskan, barulah tanah pusaka itu dibahagikan

sama rata kepada waris-waris tersebut. Di sini kita dapati bahawa Adat Perpatih telah

mengamalkan prinsip sama rata dalam sistem pembahagian tanah pusaka. Sistem

Page 11: pengurusan harta

pembahagian harta pusaka adat kepada waris yang berhak adalah berdasarkan kepada

prinsip sama rata. Jika waris yang berhak hanya seorang, maka ia akan mewarisi

kesemua harta tersebut. Tetapi jika yang berhak itu lebih dari seorang, harta itu akan

dibahagikan mengikut jumlah yang berhak tanpa memberi keistimewaan kepada

sesiapa. Sekiranya si mati meninggalkan dua bidang tanah pusaka yang berlainan

tempat dan berbeza dari segi nilai ekonominya, pembahagian boleh dibuat melalui dua

cara. Pertamanya ialah kedua-dua waris boleh membuat penyelesaian secara muafakat

untuk menentukan hak masing-masing. Keduanya ialah jika tiada persetujuan maka

tiap-tiap bidang tanah itu akan dibahagikan sama rata.

Keempat: jika si mati mempunyai anak angkat yang telah dikedimkan, adat telah

memberikan kebenaran baginya untuk ‘diberi’ hak di dalam harta pusaka adat. Dalam

menyelesaikan harta pusaka yang akan dilakukan sesudah kematian ibu angkat itu,

tanah pusaka yang telah sedia diperuntukan kepada anak angkat itu akan diberikan

menjadi milik pusaka anak angkat tersebut. Tanah pusaka si mati bahagian lain adalah

terpulang kepada waris yang berhak mengikut susunan. Bahagian ini juga boleh

‘diberikan’ kepada anak angkat si mati jika waris sudah pupus atau jika waris yang

berhak bersetuju bahagian tersebut diberikan kepada anak angkat berkenaan.

KESIMPULAN

Setelah kita melihat kepada sistem pembahagian harta pusaka menurut Adat Perpatih

di atas, dapatlah kita fahami bahawa pembahagian menurut adat ini mempunyai sistem

yang teratur dan dapat diterima oleh masyarakat adat. Antara ciri utama yang terdapat

di dalam sistem ini ialah dengan mementingkan dan mengutamakan kaum perempuan

dalam pembahagian harta pusaka. Ini kerana di dalam adat mereka, kaum perempuan

mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada kaum lelaki. Dan seharusnya

mereka diberikan harta pusaka bagi memudahkan mereka melaksanakan

tanggungjawab tersebut. Namun, harta pusaka adat di dalam Adat Perpatih bukanlah

milik muktamad waris, bahkan ianya milik suku mereka. Waris hanya sekadar menjaga

dan menjadi pemegang amanah sahaja. Manakala harta pusaka bukan adat pula

Page 12: pengurusan harta

adalah milik muktamad waris dan ianya tidak terikat dengan undang-undang adat di

dalam menggunakannya. Jadi, seharusnya jelaslah kepada kita tentang cara

pembahagian menurut Adat Perpatih ini.

Dalam sistem kekeluargaan, Adat Perpatih mementingkan pihak sebelah

perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal pembahagian harta dan jurai keturunan

yang merujuk kepada golongan sebelah perempuan. Perempuan menjadi ketua

keluarga dan harta pusaka akan diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan.

Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isterinya. Perkahwinan sesama suku

adalah dilarang. Sementara itu, Adat Temenggung pula mementingkan pihak sebelah

lelaki dalam soal pembahagian harta, pemegang kuasa dan lain-lain. Gelaran dan

pangkat akan disalurkan daripada ayah kepada anak lelaki. Lelaki menjadi ketua dan

keturunan keluarga. Dalam soal perkahwinan, isteri dikehendaki tinggal bersama

dengan keluarga lelaki. Dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan selagi tidak

melanggar hukum syarak.

Pembahagian harta mengikut Adat Perpatih, harta daripada sesebuah keluarga akan

diwarisi oleh anak perempuan sahaja. Tanah hanya dimiliki oleh anak perempuan.

Harta akan diwarisi oleh ibu kepada anak perempuan. Harta pusaka turun-temurun

adalah milik suku. Sementara itu, dalam Adat Temenggung, pewarisan harta pusaka

lebih kepada mengikut hukum syarak. Di dalam hukum syarak, harta yang diwarisi oleh

anak lelaki lebih banyak daripada harta yang diwarisi oleh anak perempuan.