pengurusan dan persiapan perkhemahan.docx

8
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN Pendahuluan Pada ketika dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah  juga berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpul an.Pada masa kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-institusi pengajian. Selain itu, Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela / unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan khemah berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan dalam sesuatu keadaan. SEBELUM PERKHEMAHAN 1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH a) rekreasi - mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan. b) khusus - kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran - kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘ back woods ’. ( ala hutan ).

Upload: muhammad-firdaus-abd-rahani

Post on 29-Oct-2015

1.279 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 1/8

PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN

Pendahuluan

Pada ketika dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah

 juga berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.Pada masa

kini, berkhemah atau perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di

institusi-institusi pengajian.

Selain itu, Perkhemahan sering dikaitkan dengan pertubuhan sukarela / unit beruniform.

Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan khemah berkhemah merupakan salah

satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental & fizikal untuk menggunakan

sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah

menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan

dalam sesuatu keadaan.

SEBELUM PERKHEMAHAN

1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH 

a) rekreasi 

- mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak

mementingkan kegiatan

kemahiran Ilmu perkhemahan.

b) khusus

- kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran-

kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘ back woods ’. ( ala

hutan ).

Page 2: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 2/8

c) pengembaraan ekspedisi 

- berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan

berehat / perancangan baru.

d) misteri 

- siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan yang

diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.

e) penyelidikan

- membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama

di sesuatu

lokasi.

f) ikhtiar hidup ( survival )

- untuk tujuan yang lebih khusus

- biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang

telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.

Page 3: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 3/8

2. PERANCANGAN 

Membuat kertas kerja ( organisasi / bajet / kos / logistik ).

Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.

Senarai petugas / Jadual bertugas.

Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.

Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.

Pengisian aktiviti

Senarai pegawai & peserta

Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B

Makan minum ( Kaedah )

Pengangkutan peserta ( persendirian atau berkumpulan )

  Peralatan perhubungan ‘ radio komunikasi ’. 

Mengambil insuran tambahan ( jika difikirkan perlu ).

3. PEMILIHAN LOKASI 

· Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.

4. MEMPEROLEHI KEBENARAN 

Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )

Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.

Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman

Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada

Pengetua. Surat kebenaran ibu bapa pelajar.

Page 4: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 4/8

5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN 

Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan

Memaklumkan kepada pelajar / peserta program

Taklimat awal kepada para peserta program

a) barangan yang dibawa dll.

b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.

c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibubapa.

SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN

1. TAKL IMAT KETUA PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM 

· Peraturan / Larangan & Disiplin

· Taklimat program aktiviti

· Menyelia perjalanan program.

2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DGN PEGAWA I KEM 

· Hari - 1 / 2 / 3

3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM 

Page 5: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 5/8

SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN

1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi

tertentu untuk mempastikan semua peserta telah pulang.

2. Membuat laporan.

3. Menghantar surat penghargaan.

4. Mesyuarat post mortem.

Pemilihan Tempat

Beberapa perkara perlu diteliti semasa memilih sesuatu tempat perkhemahan.

a) Keselamatan Peserta dan harta-benda

- Keluasan kawasan yang mencukupi bagi semua peserta dalam kumpulan

- Pemimpin unit atau kumpulan berpengetahuan dalam mengatasi sesuatu

kecemasan semasa berkhemah

- Taklimat diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan

bertindak semasa berlakunya sesuatu kecemasan

b) Kemudahan-kemudahan asas

- Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib mempunyai

kemudahan asas seperti sumber air dan sebagainya.

- Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah di

kawasan berhampiran tapak perkhemahan

- Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dan

sebagainya

Page 6: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 6/8

c) Tempat menarik dan selesa

- Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh dijadikan pilihan

untuk tapak perkhemahan

- Kawasan haruslah jauh dari sebarang ancaman bahaya seperti banjir, haiwan

buas dan sebagainya.

Surat Kebenaran

- Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti

perkhemahan iaitu :

a) Kebenaran pengetua/ guru besar 

b) Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan

c) Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan

d) Kebenaran ibu bapa atau penjaga

- Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan

sebelum perkhemahan diadakan

- Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan pemilik

tapak perkhemahan diperolehi terlebih dahulu sebelum kebenaran lain

dipohon.

Bajet/Belanjawan

- Bajet mensti dirancang dengan sebaiknya supaya keperluan perkhemahan

dapat ditanggung dengan baik dan teliti

- Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan, perubatan, makanan dan

pengangkutan

- Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan menentukan kos bajet

Page 7: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 7/8

Peralatan Perkhemahan

- Peralatan perkhemahan dikelaskan kepada 3 kategori iaitu :

a) Peralatan individu

b) Peralatan kumpulan

c) Peralatan dapur 

- Peralatan individu terdiri dari berus gigi, baju, tuala wanita, sabun, air, kasut,

wisel, sleeping bag, seluar dan sebagainya.

- Peralatan kumpulan : sebelum pergi ke sesuatu perkhemahan, Quarter 

Master setiap kumpulan akan mencatatkan peralatan dan bilangannya.

Contoh peralatan seperti parang, cangkul, kotak pertolongan cemas, gergaji,

lampu, pisau, mancis dan banyak lagi.

- Peralatan dapur pula ialah kuali, pisau, bekas makanan, tikar, pencuci

pinggan mangkuk, pinggan dan sebagainya.

Merangka Aturcara

- Pemimpin atau pihak penganjur menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan

- Aturcara biasanya disediakan dalam tempoh dua minggu sebelum diadakan

sesuatu perkhemahan. Dua perkara penting ialah masa dan perkara/aktiviti

- Penyediaan buku aturcara juga penting bertujuan memastikan kelancaran

aktiviti perkhemahan.

- Aturcara juga haruslah menepati tema atau tujuan sesuatu perkhemahan.

Page 8: Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

7/15/2019 Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-persiapan-perkhemahandocx 8/8

CONTOH – CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN ILMU PERKHEMAHAN

1. Memasang / Menaik / Mengibar / Menurun & Melipat bendera.

2. Menganyam daun kelapa untuk membina atap & dinding.

3. Membina biovac ( tempat perlindungan / bermalam ) daripada bahan semulajadi.

4. Mendirikan & melipat khemah.

5. Membina gajet ( pepara ).

6. Membina pintu gerbang / menara / jambatan / rakit.

7. Membina unggun api.

8. Menyalakan api.

9. Membina dapur ( Cara hutan ).

10. Memasak Cara Hutan ( Backwoods Cooking ).

11. Ikatan & Simpulan.

12. Isyarat wisel / Isyarat Sulit & Semboyan.

13. Menganggar / Mengukur jarak dan ketinggian ( Estimation ).

14. Membaca peta topo / grid dan kontur.

15. Menggunakan kompas.

16. Pandu Arah ( Orienteering ).

17. Mengenal tumbuh-tumbuhan bagi tujuan rawatan sementara.

18. Pertolongan Cemas ( Anduh / Balutan & Rawatan Awal ).

19. Membina usungan ( pengusung ).

20. Kesenian kraf tangan ( daripada bahan semulajadi ).