pengurusan bilik darjah - kak nasibah

Upload: nur-laili-hj-ali

Post on 09-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Pengurusan kelas yang terbaik adalah berdasarkan pemahaman murid mengenai kehendak guru dalam tingkah laku mereka. Perancangan yang teliti memudahkan guru berinteraksi dengan murid di dalam kelasnya. Ianya untuk memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengurusan KumpulanModel Kounin memberi tumpuan kepada disiplin pencegahan iaitu teknik dan strategi yang direka untuk mengelakkan berlakunya masalah disiplin di dalam kelas. Menurut Kounin, pengurusan bilik darjah yang baik bergantung kepada pengurusan pengajaran berkesan. Teori Kounin ialah disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teori ialah integrasi pengajaran dengan disiplin. Untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withiness, bertindih, dan mengekalkan perhatian kumpulan .Withitness merujuk kepada kebolehan guru membendung tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal.Bertindih (overlapping) merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti kepada individu @ berkumpulan pada masa yang sama.Mengekalkan perhatian kumpulan merujuk kepada kebolehan guru untuk menyediakan pelbagai bahan yang boleh menarik perhatian murid bagi mengelakkan murid berasa bosan sepanjang proses pembelajaran.Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus menyedari semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran yang optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.

Modifikasi Tingkah LakuModifikasi tingkah laku (Edwards 1997, Charles 1996) adalah perilaku yang dapat dibentuk atau diubah sengaja, menggunakan berbagai strategi dalam lingkungan kelas.Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif. Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaranTingkah laku yang dikehendaki akan diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki. Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.