peng.pj_5

8
NAMA: NOOR ALIPAH BINTI MOHD SI-BAWEH OPSYEN: KPLI- PENGAJIAN EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT) RASUAH DALAM SUKAN Isu pengamalan rasuah dalam arena sukan melibatkan pasukan bola sepak negara amat hebat diperkatakan suatu masa dahulu. Sejak bulan Januari 1995, seramai 6 pemain bola sepak telah dihukum buang daerah di bawah Akta Kediaman Terhad dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pula telah menggantung pemain-pemain berkenaan daripada bermain bola sepak seumur hidup. Di antara langkah- langkah yang telah diambil oleh Persatuan Bola sepak Malaysia untuk memperbaiki keadaan ini ialah:- a) Ahli-ahli gabungan Persatuan Bola sepak Malaysia diminta mengawasi dan menilai prestasi pemain dalam setiap perlawanan khususnya dalam aspek taktikal. Kejujuran seorang pemain akan mudah dikesan daripada persembahannya dalam setiap permainan. Semua pemain diberi khidmat kaunseling serta menjalani kursus motivasi. Mereka perlu diberi kaunseling bagi menghakis sikap kemewahan dan mengejar wang. Persatuan bola sepak negeri ataupun majikan harus menunaikan janji masing-masing kepada para pemain. Kelewatan pembayaran gaji serta ganjaran-ganjaran lain akan mendorong para pemain mencari wang daripada saluran lain terutama daripada kaki-kaki judi.

Upload: mimiey-manjer

Post on 21-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: peng.pj_5

NAMA: NOOR ALIPAH BINTI MOHD SI-BAWEH

OPSYEN: KPLI- PENGAJIAN EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)

RASUAH DALAM SUKAN

Isu pengamalan rasuah dalam arena sukan melibatkan pasukan bola sepak

negara amat hebat diperkatakan suatu masa dahulu. Sejak bulan Januari 1995, seramai

6 pemain bola sepak telah dihukum buang daerah di bawah Akta Kediaman Terhad

dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pula telah menggantung pemain-pemain

berkenaan daripada bermain bola sepak seumur hidup. Di antara langkah-langkah

yang telah diambil oleh Persatuan Bola sepak Malaysia untuk memperbaiki keadaan

ini ialah:-

a) Ahli-ahli gabungan Persatuan Bola sepak Malaysia diminta mengawasi dan

menilai prestasi pemain dalam setiap perlawanan khususnya dalam aspek

taktikal. Kejujuran seorang pemain akan mudah dikesan daripada

persembahannya dalam setiap permainan. Semua pemain diberi khidmat

kaunseling serta menjalani kursus motivasi. Mereka perlu diberi kaunseling

bagi menghakis sikap kemewahan dan mengejar wang. Persatuan bola sepak

negeri ataupun majikan harus menunaikan janji masing-masing kepada para

pemain. Kelewatan pembayaran gaji serta ganjaran-ganjaran lain akan

mendorong para pemain mencari wang daripada saluran lain terutama

daripada kaki-kaki judi.

b) Menggubal semula syarat-syarat kontrak pemain profesional. Kontrak yang

ada sekarang ini lebih menjaga kepentingan pemain dan penggubalan ini

membekalkan peruntukan pihak persatuan sebagai majikan menghukum

pemain yang disyaki terlibat dalam amalan rasuah.

c) Mensyaratkan semua pegawai dan pemain membuat pengisytiharan harta dan

simpanan mereka.

d) Menubuhkan jawatankuasa penapisan yang terdiri daripada ahli-ahli bebas

yang akan mengesyorkan pemain-pemain yang disyaki terlibat dalam amalan

Page 2: peng.pj_5

rasuah supaya mereka digugurkan atau tidak diambil oleh mana-mana pasukan

lagi.

e) Menubuhkan Jawatankuasa Privy Watch dengan ahli-ahli yang terdiri

daripada bekas-bekas pemain. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk meneliti

prestasi pemain yang disyaki menjual perlawanan melalui rakaman video.

Pasukan bola sepak Malaysia turut dikaitkan dengan skandal rasuah yang

melibatkan pertentangan antara pasukan negara dengan pasukan Vietnam ketika

separuh akhir Sukan Sea 2003 di Hanoi. Beberapa pemain Vietnam memperlahankan

permainan dengan ‘cara meragukan’ ketika separuh akhir Sukan Sea 2003, sekali gus

membenarkan Malaysia menyamakan kedudukan 3-3 selepas tertinggal 0-3

sebelumnya. Hanya gol pada masa kecederaan membolehkan Vietnam menang 4-3

dan layak ke final. Sebelum ini, skuad negara turut dikaitkan dalam dakwaan rasuah

di Sukan Sea Manila yang menyaksikan Vietnam menundukkan Malaysia 2-1, juga di

separuh akhir. Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak

Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, menafikan wujud kaitan pendedahan

terbaru itu dengan pemain negara.

Isu rasuah dalam arena sukan bola sepak bukan hanya melibatkan pasukan

negara kita. Jurulatih ternama kelab bola sepak Vietnam, Lam Nghe An dan seorang

bekas pemain disiasat oleh polis berhubung tuduhan mengatur perlawanan pada

Sukan SEA di Filipina yang lalu. Bekas pemain, Nguyen Phi Hung dituduh sebagai

terlibat dalam skandal menjual perlawanan, turut disiasat . Kedua-duanya menyertai

senarai mereka yang semakin ramai disiasat kerana tuduhan `berkaitan dengan

perlawanan yang diatur oleh beberapa pemain skuad kebangsaan Bawah 23 ketika

Sukan SEA' di Filipina, katanya. Jurulatih Song Lam Nghe An, Thang turut disyaki

mengatur perlawanan ketika kejohanan profesional Liga V pada musim 2000-2001.

Page 3: peng.pj_5

DADAH DALAM SUKAN

Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan bukan lagi menjadi suatu isu yang

baru dalam arena sukan tanah air. Kes terbaru positif dadah membabitkan atlit karate-

do ketika Sukan Sea Manila Disember tahun lalu. Dengan itu, pihak kerajaan telah

mewajibkan semua 163 atlit yang akan beraksi dalam Sukan Komanwel Melbourne

akan datang menjalani ujian air kencing dan diberi pendedahan mengenai anti-doping

bagi memastikan kontinjen negara bersih daripada gejala pengambilan dadah

terlarang. Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman juga mahu atlit

diberikan pengetahuan lebih komprehensif mengenai anti-doping ini kerana ada di

antara atlit yang mengambil bahan-bahan atau ubat-ubatan tanpa mengetahui isi

kandungannya dan akhirnya didapati mengandungi bahan terlarang.

Pada masa sama, seorang pemain bola sepak kebangsaan, Indra Putra

Mahyuddin, dikatakan gagal ujian dadah tetapi kemudiannya disahkan bersih.

Dengan itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku

Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesyorkan ujian air kencing yang lebih kerap perlu

dijalankan ke atas pemain bola sepak negara ini bagi memastikan mereka benar-benar

bersih daripada gejala najis dadah. Ujian tersebut perlu dilaksanakan secara rambang

dengan kekerapan seminggu atau dua minggu sekali ke atas para pemain pasukan

negeri atau kelab. Walaupun ia melibatkan kos yang tinggi tetapi ia perlu

dilaksanakan memandangkan imej negara perlu dijaga lebih-lebih lagi jika ia

melibatkan pemain kebangsaan. FAM dan pasukan negeri atau pun kelab perlu

menanggung kos pemeriksaan tersebut walaupun ia melibat perbelanjaan yang bukan

sedikit. Selain itu juga pemain-pemain perlu dididik untuk mengetahui jenis ubat

larangan yang tidak boleh diambil kerana tidak semua di kalangan pemain bola sepak

negara ini memiliki pengetahuan tersebut.

Isu penyalahgunaan dadah ini juga turut membelenggu Persatuan Sepak

Takraw Malaysia suatu masa dahulu. Dengan itu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia

(PSM) telah bertekad untuk membersihkan namanya daripada dicemari gejala dadah.

Sehubungan itu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menerusi kejohanan Piala

Emas Khir Johari akan memastikan tidak ada pemain yang terbabit dengan dadah

disenaraikan. Dengan itu, semua pasukan yang akan bertanding tidak terkecuali

Page 4: peng.pj_5

daripada menjalani ujian air kencing. Dari situ barulah Persatuan Sepak Takraw

Malaysia (PSM) dapat membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang berdisiplin dan

bebas dari dadah. Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengharapkan daripada

kejohanan Piala Emas Khir Johari nanti akan lahir pemain berdisiplin tinggi dan

bersih daripada dadah. Pasukan kebangsaan yang akan dibentuk nanti tidak

mengharapkan kejayaan dalam sekelip mata tetapi untuk jangka panjang kerana yang

penting dapat mewujudkan sebuah pasukan berdisiplin.

Page 5: peng.pj_5

KEGANASAN DALAM SUKAN

Di negara kita, keganasan dalam sukan kurang menjadi perhatian umum

berbanding isu rasuah dan dadah. Ini mungkin kerana keganasan tidak menjadi

masalah utama berbanding masalah besar yang lain yang boleh menjejaskan imej dan

kualiti arena persukanan negara. Walau bagaimanapun isu keganasan dalam sukan

agak hangat diperkatakan terutama di negara barat. Beberapa tahun dahulu, seorang

penyokong Chelsea dipenjara dua tahun dan diharamkan ke stadium selama 10 tahun

sebagai hukuman kerana terlibat dalam pergaduhan dengan penyokong Aston Villa.

Kedua-dua penyokong bertempur sambil membaling kaca, botol dan kon jalan ke arah

penduduk tempatan London selepas perlawanan pada Mac 2004 itu. Pada hari

kejadian, Chelsea menerima kunjungan Wolverhampton manakala Aston Villa

bermain di Charlton sebelum penyokong bertembung di satu kawasan sesak

berhampiran stesyen keretapi King's Cross. Manakala seorang lagi penyokong

Chelsea, turut diharamkan ke stadium selama 10 tahun tetap hanya di penjara

sembilan bulan. Orang seperti ini bukan penyokong tetapi menggunakan bola sepak

untuk tujuan jenayah, keganasan dan mencederakan orang lain yang benar-benar

cintakan bola sepak. Hukuman ini diharap dapat mengelakkan orang seperti ini

daripada merosakkan sukan bola sepak.