penglibatankeluarga-130905233346-

82
much PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Encik Ismail bin Mamat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, suami dan anak-anak yang telah memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga, sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa 1

Upload: nancylaniam

Post on 30-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ibu

TRANSCRIPT

much

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami, Encik Ismail bin Mamat kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, suami dan anak-anak yang telah memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursusini. Mereka telahmemberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga, sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang diuterakan kepada mereka.Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan tugasan Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3112) ini.

Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.

1.0 PENGENALAN

Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yangunggul dalam semua aspek kehidupan dan mampu bersaing di era informasi ini.

Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004), ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan. Untuk menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidakbertanggungjawab.

Berdasar kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi.Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuanbagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepadakemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap perubahan global.

Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otakmenyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat.

Bloom (1964) menyatakan pada usia 4 tahun, perkembangan intelek seorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa ini ibu bapa mempunyai peluang terbaik untuk membantu anak-anaknya berkembang secara maksima dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Masa ini adalah masa yang paling tepat untuk memulakan pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada pembangunan otak sejak awal, bahkan sejak di dalam rahim ibu.

Selain itu kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang diterima dari alam persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi kanak-kanak akan membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat bagi proses pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua.Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.

Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima.

Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka.

Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan.

Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul.

Dalam tugasan yang kami laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah.

Banyak kajian membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.

Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan.

Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di beberapa tadika merupakan topik utama daripada tugasan ini.

1.1 KONSEP PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.1.1 Definisi Penglibatan

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.

1.1.2 Definisi Keluarga

Keluarga merupakan isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat. Ibu bapa sebagai nadi utama dalam menyediakan persekitaran yang sihat kepada sesebuah keluarga. Komunikasi dalam kalangan keluarga dan adik-beradik juga didapati memberi kesan kepada penglibatan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak di rumah. .

1.1.3 Definisi Pendidikan Prasekolah

Prasekolah (pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. .

1.2 Konsep Keibubapaan Dari Perspektif Islam

Menurut pandangan Islam anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang berbunyi:

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfal:28).

Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.Ibu bapalemegenali aaanak mereka dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif di dalam pengalaman prasekolah anak-anak. Ibu bapa yang terlabat secara langusng dalam arus pembelajaran anak-anak mereka dapat memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi.

Anatara faedah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam yang dapat dikenal pasti adalah:

KEBAIKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.0 CIRI-CIRI DAN AMALAN KEIBUBAPAAN YANG SESUAI UNTUK DITERAPKAN DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK.

2.1JurulatihMenyediakan ruang dan peluang belajar yang seluas-luasnya kepada anak-anak semasa di sekolah dan di rumah.

Membaca dan menulisKemahiran membaca member faedah kepada semua orang. Membaca tidak terhad kepada buku sahaja tetapi juga akhbar, majalah, arahan pada kotak, tanda jalan dan sebagainya. Ketika anak masih kecil, membacalah bersama mereka dan cetuskan imaginasi anak dengan meminta mereka menyambung cerita atau meneka kesudahan sesuatu cerita. Bercerita mengenai keluarga adalah salah satu cara yang mudah untuk mengajar anak-anak bercerita.Menulis untuk keseronokan..Semakin usia anak-anak bertambah, semakin banyak pengalaman pembelajaran yang dilalui. Galakkan anak-anak untuk merakamkan pengalaman mereka dalam bentuk penulisan walaupun ianya hanya berbentuk perkataan tunggal. Galakkan anak-anak menulis mengenai cerita perjalan atau percutian, menulis emel atau surat kepada rakan-rakan atau keluarga.Guanakan keratin kartun di majalah untuk merangsang idea juga berbincanglah mengenai mesej iklan di televisyen.

TipsTunjukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak, berikan pujian dan dorongan.Lakukannya setiap hari.Galakkan anak meneroka, menemukan dan memikirkan.Bekerja dan bermain dengan anak.Membaca bersama anak.Bantu anak menemukan Sains dan Matematik dimana-mana.

Matematik Di Mana Sahaja Matematik terdapat dalam hidup seharian:Minta anak kecil membilang cawan dan piring; mencari jumlah gelas dan pinggan mencari beza antara bilangan kerusi dan meja dan sebagainya.Tunjukkan bagaimana membuat bajet wang saku atau duit raya.Bincang cara membanding harga dari beberapa kedai.Ada berapa kalori daripada sekeping roti?Semasa memasak nasi dagangberapakah nisbah beras dan pulut?Menguasai sifir pendaraban dan membantu anak mencongak untuk mendapat jawapan yang cepat.Pembentangan Yang BerkesanPembelajaran pada masa kini memerlukan kanak-kanak membuat pembentangan did lam kelas.Bimbing anak berlatih membuat pembentangan. Mulakan dengan membaca, kemudian latih anak membuat pembentangan tanpa menggunakan skrip.Puisi, syair, pantun dan bercerita memerlukan latihan dan pengulangan. Bersabar dan berilah perangsang kepada anak-anak.Aksi dan gaya merupakan kemahhiran dalam pembentangan.Cabar anak membuat pembentangan spontan.

1

Pertumbuhan anak pokok kacang Mengikut ukuran cm berbanding hari.

Mengembara Bersama Anak-anakSemasa di dalam perjalanan atau melancung dan mengembara ket tempat-tempat yang diingini, bawalah peta kawasan, negeri, bandar bahkan peta dunia. Bimbing anak-anak melihat menggunkan panduan peta dan berbincang mengenai tempat yang di lalui sepanjang perjalanan.Terdapat beberapa laman web yang memaparkan perjalanan tertentu.http://education.nationalgeographic.com/education/multimedia/interactive/the-underground-railroad/?ar_a=1

Belajar di rumah memberi peluang kepada anak mengamalkan apa yang dipelajari disekolah.Menganggarkan isipadu cat untuk bilik tidur.Menyemai dan mencatat pertumbuhan benih kacang hijau membuat graf ketinggian anak benih berbilang hari.Membuat anggaran kos menyediakan nasi goring untuk 6 orang.Membat ukuran dan menjahit baju sendiri.

2.2MentorMensihat, membimbing, menggalakkan, memudah cara, menyokong, menjaga dan lain-lain.

MentorApa yang dipelajari oleh anda dulu mungkin tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh anak anda sekarang.Bantu anak mengenal pasti siapa yang dapat membantu mereka dalam pelajaran, adik beradik? kawan-kawan atau guru?Berbincang dengan anak dan tentukan bila kebuntuan ini dapat di atasi.Bagaimana ibu bapa/Penjaga boleh membantu anak menjadi pelajar bermotivasi kendiri?Galakkan anak melakukan kaedah penyelesaian masalah untuk menyiapkan kerjarumah iaitu:Jelaskan apakah tugasan dan apakah hasil yang diharapkan.Jana idea melalui sumbang saran dan tentukan idea mana yang akan digunakan.Buat perancangan.Jalankan perancangan.

Beberapa jenis penyelesaian masalah untuk digunakan.Mari bincang kerjarumah adik..Apa tugas anda sebagai ibu bapa?Macam mana kawan adik buat kerjarumah ini?Jika adik tidak dapat jawapannya, cuba Tanya cikguBila agaknya adik boleh tanya cikgu?

TipsPuji dan raikan kejayaan.Jangan perbesarkan kesilapan anak.Beri anak keyakinan untuk mendapatkan bantuan daripada guru.Bantu anak mengesan kejayaan mereka.

SIFAT MENTORBUKAN SIFAT MENTOR

Membimbing anak menjana ideaTerus memberikan jawapan.

Menggunkan sumbang saran.Tiada percambahan idea.

Berbincang dan merangka jalan penyelesaian dengan anak.Memberikn kaedah penyelesaian sendiri.

Menggalakkan anak merangka jadual kerja.Membiarkan anak tanpa ketentuan masa.

Mencelikkan akal anak kepada cara-cara yang pelbagai dalam penyelesaian masalah.Hanya berpandu kepada cara tertentu sahaja.

Menggalakkan anak mencuba penyelesaian tetapi masih boleh mengubah strategi sekiranya gagal.Hanya ada satu penyelesaian.

Meninjau kemingkinan lain jika buntu.Berhenti bila gagal.

Berbincang tentang peningkatan apabila telah berjaya.Berhenti setelah Berjaya.

Mendengar dan empati dengan masalah anak.Mendengar atau pura-pura mendengar tanpa perasaan.

Ibubapa sebagai mentor hendaklah:Menerima anak dengan hati terbuka, penuh keikhlasan menerima setiap kelemahan atau kecenderungannya.Berniat untuk menolong dan berusaha sedaya upaya.Hormat menghormati pandangan antara satu sama lain; tidak bererti setiap saranan ibu wajib dipatuhi atau anak tidak boleh melaksanakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh ibubapa.Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku terhadap anak.Memberikan pengetahuan secara positif dan memberangsangkan kepada anak. Dengan lain perkataan, ibu bapa perlu member bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada anak.

Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang sangat berpengalamam dalam bidang yang sedang diceburinya.

2.3PenyokongMenyokong, mempertahankan dan meyakinkan anak.

sekolah dan pada masa yang sama lebih mengasihi kedua ibubapa dan keluarga di rumah. Sekiranya perasaan ini dipupuk dn di perkembangkan anak akan menjadi murid yang cemerlang di sekolah, di rumah dan di dalam komuniti.Dengar dengan teliti apabila anak membuat rungutan terhadap guru tetapi jangan membuat apa-apa kritikan sebaliknya carilah kebenaran tanpa menyebelahi mana-mana pihak.Guru juga adalah ibu bapa, jadi sekiranya boleh, berbincaglah dengan baik dan sihat. Kesulitan yang dihadapi anak dapat dirungkaikan.Menyokong Kejayaan AnakKejayaan anak bergantung kepada apa yang ibu bapa, guru dan sekolah buat. Persekitaran dan komuniti menjadi medan kepada anak untuk menguji samada anak anada akan terus berkembang maju atau sebaliknya. Untuk menyokong dan menjamin kejayaan anak :Datanglah bertemu guru anak-anak anda, kehadiran anda akan menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu di antara anda dan gurunya ada satu perkaitan.Jika guru dan ibubapa saling mengenali akan wujud suatu rasa hormat menghormati akan Kepakaran masing-masing. Anak lebih mendengar cakap guru di sekolah dan pada masa yang

Asuhan Budi..Ajar anak menghormati ruang dan harta orang lain. Semasa membeli belah, puji mereka yang senyap dan tidal meyentuh atau melanggar barang-barang.Anak-anak remaja perlu dihadapi dengan lebih tenang dan tidak menekan. Terlalu banyak leteran menyebabkan kanak-kanak menutup telinga. Sikap baik ibubapa yang menunjukkan contoh, membimbing dan tidak memnghukum tanpa usul periksa akan lebih mudah diterima. Ibu bapa juga perlu belajar mengakui kesalahan.Puji pekerti baik anak. Pandangan baik dari orang lain akan meyakinkan anak.Anak yang mempunyai rasa hormat kepada diri sendiri dapat belajar dengan lebih baik.Pandangan Pertama itu PentingBgaimana anak anda berinteraksi dengan orang lain mempunyai kesan ke atas diri dan pembelajarannya. Murid yang bertimbang rasa dan menghormati orang lain merupakan ahli pasukan yang digemari. Kerja kumpulan akan menjadii mudah dan meyeronokkan apabila adanya persefahaman. Ajar anak untuk berhubung dengan baik sesame sendiri dan mengucapkan terima kasih dan member pujian apabila kena pada tempatnya.Kelakuan baik dan tertib perlu dilatih. Didik anak member ucapan salam atau selamat dan bersalaman apabila bertemu dengan saudara mara atau rakan. Sikap terbuka dan mesra akan disenangi orang lain.Apabila makan di rumah atau di luar, latih anak sabar menunggu dan mengucapkan terima kasih apabila diberi layanan sebagai satu kemestian.

2.4Sentiasa BermaklumatTerkini dengan apa yang berlaku di sekolah.

Cari atau semak maklumat dari laman web sekolah.Hubungi guru anak anda melalui telefon atau bersemuka.Peka terhadap kerja rumah anak adalah satu cara untuk mengesan perkembangan anak.Jangan cepat berpuashati dengan jawapan seperti Tak ada apa atau Biasa ajaBeri soalan yang lebih spesifik seperti Tadi Cikgu bagi berapa soalan Matematik?

Gantung calendar peringatan untuk mengingatkan tarikh-tarikh penting di sekolah.Minta bantuan dari keluarga lain jika perlu..Sediakan bekas atau folio untuk surat-surat dari sekolah.

Memperkukuh Pembelajaran di Rumah

uk Lupaanhttps://uwaterloo.ca/counselling-services/curve-forgetting

Pada hari 1 sebelum kelas, pengetahuan murid adalah 0%. Setelah kelas, dia tahu 100% apa yang telah dikuasai. Otak sentiasa menerima maklumat dan rangsangan baru, jadi otak perlu menapis dan melupuskan maklumat yang tidak berulang atau tidak memberi makna. Maka, jika murid tidak merujuk kepda nota, menelaah, membaca, memikirkan atau berbincang tentang apa yang dipelajari, pada hari 2, 50%-80% pelajaran dari hari 1 akan dilupakan. Menjelang hari 30, peljaran pada hari 1 akan hanya tinggal 2%-3% sahaja. Melalui kaedah mengulangkaji, otak boleh diarahkan untuk menyimpan sesuatu maklumat sebagai ingatan jangka panjang. Semakin banyak mengulangkaji, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk mengingat kembali maklumat yang diperlukan. Keluk Lupaan boleh ditukar menjadi Keluk Ingatan

Menukarkan Keluk Lupaan Menjadi Keluk IngatanKeluk Lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangkamasa 24 jam selepas pengajaran.Pada hari 7, masa yang diperlukan untuk menelaah atau megulangkaji supaya dapat mengingat mengingat semula isi pelajaran tersebut akan menjadi semakin singkat, misalnya 5 minit sahaja. Jika murid menelaah dan mengulangkaji setiap minggu, maka pada hari 30, masa yang diperlukan untuk mengingat semula isi pelajaran tersebut adalah hanya 2-3 minit.Secara ringkasnya, murid memerlukan sebanyak 30 minit untuk menelaah satu mata pelajaran setiap hari

Terdapat beberapa matapelajaran yang memerlukan latihan secara berterusan untuk membentuk ketajaman pemahaman. Contohnya Matematik. Ibubapa boleh membimbing anak membina jadual yang seimbang antara pembelajaran kemahiran dan mengingat, di antara kemahiran membuat karangan dan merancang suatu eksperimen atau mengkaji sejarah.Bimbing anak belajar dalam tempoh yang pendek, misalnya setiap 30 minit sebelum rehat. Semasa membaca, anak boleh membuat peta minda, menjawab soalan atau membuat nota. Menjawab soalan boleh menajamkan pemahaman dan memperkukuhkan ingatan. Membina ayat pula dapat meningkatkan keyakinan diri murid. Jumlah pelajaran yang diingati dan difahami lebih penting berbanding masa yang digunakan.

Tiada hari yang berlalu tanpa belajar sesuatu.

2.5Menjadualkan KehidupanMengaturkan kehidupan supaya aman dan tenteram serta aman dan bahagia.

Anak yang cukup dengan latihan dan ulangkaji tidak memerlukan tuisyen.Kerjarumah tidak boleh ditangguhkan. Ibu bapa boleh membimbing dan member tunjuk ajar semasa anak-anak menyiapkan kerjarumah.Berikan anak masa rehat, masa tidur, masa bermain dan makan yang secukupnya. Kecukupan ini akan mempertingkatkan keupayaan untuk belajarTidur yang cukup dapat menyediakan tubuh badan anak untuk menghadapi hari yang baru.

2.6Sahabat Kepada Anak RemajaMendampingi anak remaja sebagai seorang sahabat.

Dunia Remaja Kini: Gajet, Internet, Laman Sosial

2.7Penyediaan Suasana Pembelajaran Dirumah.

2.7.1 Menyediakan Ruang Belajar Khas.

2.7.2Jadual Waktu Belajar

2.7.3Jauhkan sebarang bentuk gangguan yang boleh mengurangkan tumpuan anak.2.7.4Pastikan anak mengemas tempat belajarnya.2.7.5Apabila berkongsi tempat belajar, pastikan anak-anak tidak menghabiskan masa belajar dengan bermain atau berbual kosong.2.7.6Buku rujukan amat membantu anak-anak untuk membuat penyelidikan atau memahami sesuatu.2.7.7Alatulis disediakan di tempat belajar.2.7.8Temankan anak anda semasa belajar.2.7.9Benarkan anak berehat dalam satu selang masa.

3.0INTERAKSI SOSIAL DENGAN ANAK

3.1KOMUNIKASI DENGAN ANAK

4.0Sokongan Akedemik

5.0PENGENALAN TEORITIKAL PERSPEKTIF MENGENAI KELUARGA

Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak dan tingkah lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan tingkah lakunya. Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan sangkutan, autonomi, inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat kanak-kanak di institusi tadika daripada berberapa sudut untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kefahaman ini akan membantu melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.

5.1SANGKUTAN

5.1.1Karenah dan Sangkutan

Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain.

5.1.2Antara faktor pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:

5.1.3Ciri-ciri pembentukan sangkutan

5.1.4 Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan

5.2AUTONOMI

5.2.1 Isu Pengawalan

5.2.2PengekalanDalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka.

5.3INISIATIF

5.3.3 Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina persahabatan:

5.3.4Peranan PersekitaranKeluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut:

Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

5.3.5Aplikasi Inisiatif Kanak-kanakKanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.

5.4KENDIRI

Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau negatif.

5.4.1Persekitaran Peningkatan Kendiri

5.4.2Aplikasi Kendiri Kanak-kanak,

Kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Figure 1: Froebel 1782 -1852Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko.Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain.

5.4.3 Sikap Kanak-kanak

5.4.4 Senarai Kualiti Konsep Kendiri yang Positif Pada Seorang Guru

5.4.5 Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak.

5.4.6Harapan Guru 5.4.6.1 Ini bermakna guru memainkan peranan penting dalam memupuk kendiri kanak-kanak. Guru berinteraksi dengan kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan kecil dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan ketika bermain guru yang mendemonstrasi adab-adab yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi dan caracara bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru memberi ruang untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan mengutamakan pengalaman mereka seharian.

5.4.6.2 Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan. Pendekatan guru kepada pendekatan konstruktif, kontekstual dan projek dari ekposisi. Guru memberi galakan kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan minat dan perkembangan mereka. 5.4.6.3 Guru perlu memberi penghargaan kendiri, meningkatkan penerimaan dan mengurangkan penolakan diri.

5.4.6.4 Guru menyediakan aktiviti seperti berikut: 5.4.7 Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk lebih memahami dunia di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dan bagaimana bertindak mengikut keperluan dan kefahaman secara berterusan. Kanak-kanak selalu bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri, cara adab 5 makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara bermain dan belajar tentang menulis membaca dan mengira.

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Instict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesama manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu bapa lebih-lebih lagi ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai sangkutan.

Menyedari hakikat ini, di sini kami merancang untuk menjalankan satu program yang dapat merapatkan lagi hubungan ini serta memberi ibu bapa pendedahan terhadap apa yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah.

Menurut Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa, beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.

Oleh itu, kami bercadang untuk menjalankan Program Sukaneka yang melibatkan penyertaan ibu bapa dalam setiap acara yang dijalankan.

6.1Kertas Kerja- Sukaneka Jalinan Kasih

KERTAS KERJAPROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAHPERMATA HIKMAH SK DURIAN MENTANGAU2013Tarikh: 16 Mac 2013Hari : SabtuMasa: 7.30 12.30 tengahariTempat: Dewan Terbuka dan Padang Sekolah, SK Durian Mentangau

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF3.1 Memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi, perkembangan fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan.3.2 Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk3.3 Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti yang menggembirakan untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.3.4 Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah.

4.0 RASIONALKemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran5.0 SASARANAktiviti ini adalah melibatkan 25 orang murid prasekolah SK Durian Mentangau, ibu bapa, guru-guru serta PPM prasekolah.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Encik Abdul halim bin Mohamad (Guru Besar) Encik Che Wan Jamil bin Che Wan Abdullah (GPK Pentadbiran) En. Abdul Aziz bin Saad (GPK Ko-kurikulum) Ustaz Ahmad Rozali bin Wahab(GPK Hal Ehwal Murid)

Pengerusi : Puan Mariam binti Ibrahim

Naib Pengerusi: Puan Raslamiah binti Othman Setiausaha : Puan Marlina Bt. Mohamed

Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin AJK : En. Syed Hyder B. Syed Faisal : Puan Ruslina Bt. Said : En. Fizal b. Dato Fauzi : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais : Puan Siti Sapurah Bt. Saleh : En. Azani B. Yahaya : En. Mohamad Ghadafi B. Walat : En. Ahmad Qushairi B. Ya

7.0 ACARA MURID BERKUMPULAN7.1 Acara mengisi air dalam botol menggunakan span7.2 Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul7.3 Acara suai padan baju saya7.4 Acara menghias bakul bunga7.5 Acara lerek bola pakai gelung7.6 Acara lompat bola gimnastik

8.0 ACARA TERBUKA KANAK-KANAK 2-4 TAHUN8.1 Acara kutip gula-gula 9.0 ACARA BERKUMPULAN (BAPA)9.1 Lari dalam kain batik sambil dukung anak (murid ) (1 pasukan 4 orang)10.0 ACARA TERBUKA BAPA10.1 Masuk benang dalam jarum11.0 ACARA BERKUMPULAN (BERPASANGAN IBU, GURU DAN PPM)11.1 Baling-baling sayang (1 pasukan 4 orang)12.0 ACARA TERBUKA IBU12.1 Tiup dan pecahkan belon bersama anak (murid)

**Acara Terbuka : 10 orang peserta setiap acara

13.0 SENARAI ALATANAlatanKuantiti

Bakul bunga3 buah

Benang putih1 gulung

Bunga plastik75 tangkai

Jarum2 set

Baldi3 buah

Skitel15 buah

Pinggan4 biji

Gula-gula100 biji

Tepung2 bungkus

Kain batik3 helai

Belon100 biji

Span3 keping

Botol mineral3 botol

Pundi kacang25 beg

Bola Gimnastik3 biji

Span bunga3 buah

Gelung rotan9 gelung

songkok3 pasang

baju melayu3 pasang

stoking3 pasang

Kasut sekolah3 pasang

14.0 ANGGARAN PERBELANJAANSumber : Peruntukan Kokurikulum Prasekolah JK Permuafakatan Waris Prasekolah

1. Makanan Murid (Makanan, Minuman) = RM 3.00 X 75 = RM225

2. Hadiah Murid = 6 acara

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)= 24 x 6 kumpulan = RM 144

= Tempat ke-2 (RM 3.00 x 8 = RM 24)= 24 x 6 kumpulan = RM 144

= Tempat ke-3 (RM 3.00 x 8 = RM 24)= 24 x 6 kumpulan = RM144

= RM 3.00 x 9 = RM 27= 27 x 3 kumpulan = RM 81

JUMLAH = RM 513

3. Acara Kutip gula-gula - RM 2.00 x 10 = RM 20

4. Acara Bapa Berkumpulan

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)= 24 x 3 kumpulan = RM 72

= Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20)= 20 x 3 kumpulan = RM 60

= Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16)= 16 x 3kumpulan = RM48

JUMLAH = RM 132

5. Acara Terbuka Bapam - RM 10.00 X 6=RM 60

6. Acara berkumpulan ibu, guru dan ppm

= Tempat pertama (RM 3.00 x 8 = 24)= 24 x 3 kumpulan = RM 72

= Tempat ke-2 (RM 2.50 x 8 = RM 20)= 20 x 3 kumpulan = RM 60

= Tempat ke-3 (RM 2.00 x 8 = RM 16)= 16 x 3 kumpulan = RM48

JUMLAH = RM 132

7. Acara Terbuka Ibu - RM 10 X 6 = RM 60

8. Pekakas dan bahan-bahan aktiviti =RM 150

9. Jamuan - RM 5 x 30 orang = RM 150

Jumlah = RM 1442.00

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM1442.00 (Ringgit Malaysia seribu empat ratus empat puluh dua sahaja).

15.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SUKANEKA PRASEKOLAH 2012SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

Penasihat : Puan Norihan Binti Karim (Guru Besar) Puan Rohani Binti Hj. Ahmad (GPK Pentadbiran) En. Mustapha Bin Sulaiman (GPK Ko-kurikulum) Puan Tuan Normah Binti Tuan Sipat (GPK Hal Ehwal Murid)

Pengerusi : En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri

Naib Pengerusi: En. Rizalman B. Shahbranda Pengurus Acara: Puan Marlina Bt. MohamedDan Peralatan: Puan Azializa Bt. Ahmad: Puan Mazni Bt. Masiran

Bendahari : Puan Norfaizah Bt. Khairudin

Buku Program: Puan Azializa Bt. Ahmad

Pendaftaran: Puan Aminah Bt. Ahmad: Puan Noorhartini Bt. Yusoof

Juruacara: Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir

Persiapan Tempat : Puan Siti Zuraini Bt. Mohd Rais: En. Mohamad Ghadafi B. Walat: En. Azani B. Yahaya: Puan Siti Sapurah Bt. Saleh

Hadiah: Puan Azializa Bt. Ahmad: Puan Aminah Bt. Muhammad: Puan Mas Ayuzie Bt. Jamaluddin: Puan Ruslina Bt. Said: Puan Nor Ashikin Bt. Abdul RahmanCenderahati Perasmi : Puan Azializa Bt. Ahmad

Siaraya: En. Mohd Azrul Hafeez B. Azizan

Jamuan VIP: Puan Nortifah Bt. Yassin: Puan Surya Sumarni Bt. Hussein: Puan Fauzan Bt. Muhamad: Puan Nor Ashikin Bt. Abdul Rahman

Jamuan Makan: Puan Asima Bt. Ahmad : Puan Shaareeda Leena Bt. Ahmad Sharafuddin : Puan Fatmawati Bt. Mohd Nurdin: Puan Nur Azian Bt. Azumu

Hakim: En. Mohd Rashidi Bt. Hj. Sabri: En. Rizalman B. Shahbranda : En. Ahmad Qushairi B. Ya

Pencatat: Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir

Pengurus Peserta: Puan Noorazira Bt. Ab Delani: Puan Mazni Bt Masiran : Puan Fairus Atida Bt. SaidFotografi: En. Fizal B. Dato Fauzi: En. Syed Hyder B. Syed Faisal: En. Rohiman B. Rahia

Dokumentasi danpelaporan: Puan Marlina Bt. Mohamed

Keselamatan dan kebersihan: Semua Guru, Ibu bapa dan PPM

16.0TENTATIF PROGRAMTarikh : 7 Mei 2012Hari : SabtuMasa : 7:30 PagiTempat : Dataran SKPP 11(2)MASAAKTIVITI

7.30 8.00 pagiPendaftaran Peserta

8.00 8.15 pagiKetibaan Tetamu VIP

8.15 8.30 pagiPerbarisan Peserta

8.30 8.40 pagiUcapan alu-aluan oleh En. Mohd Rashidi B. Hj. Sabri (Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Prasekolah)

8.40 8.55 pagiUcapan PerasmiPuan Norihan Bt. Karim(Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2))

9.00 9.35 pagiAcara Murid Berkumpulan 1

9.35 - 9.45 pagi Acara Terbuka Kanak-kanak 4-5 tahun

9.45 9.55 pagiREHAT (Persembahan Senamrobik Prasekolah)

9.55 10.10 pagiAcara Berkumpulan Bapa

10.10 10.40 pagiAcara Murid Berkumpulan 2

10.40 10.55 pagiAcara Berkumpulan Ibu, Guru dan PPM

10.55 11.10 pagiAcara Terbuka Bapa

11.10 11.30 pagiAcara Terbuka Ibu

11.30 12.00tghriPenyampaian Hadiah

12.00 tengahariUcapan Penutup oleh Pengerusi JK Waris Permuafakatan Prasekolah

12.30 tengahariBersurai

17.0 HARAPAN DAN PENUTUPMelalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) berharap murid-murid prasekolah akan mendapat faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi tahap keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan masyarakat luar. Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Disediakan oleh,Disahkan Oleh,

.. (MARLINA BT. MOHAMED)(MOHD RASHIDI B. HJ. SABRI)Setiausaha PengerusiSukaneka Prasekolah 2012 Sukaneka Prasekolah 2012

Disemak oleh,

.. (NORIHAN BT. KARIM)Guru BesarSK Putrajaya Presint 11(2)

RUJUKAN:Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year-Olds. UK: Paul Chapman Publishing. Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson.

BIBLIOGRAFIAtan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmerElizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery Management : 2nd edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher LtdEugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school and Home Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing CompanyHenderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is critical to student achievement. Washington, DC: Center for Law and Education Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin Press Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to profesionalisme. Singapore : South Wind Production.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia Widiasarana.Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd.Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia. Thompson.M (2005, Februari 21). Parent teacher conference : Eight steps to parental succesUniversiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.Peranan Ibu bapa. myMetro (2009.Ogos 14)Bengkel Urut Kembali Lagi. diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia, Arkib:2009.Ogos.06http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html pada 12 Ogos 2009Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.click-a-child.blogspot.com/ pada 12 Ogos 2009Penglibatan Ibu Bapa diperoleh daripada laman web http://www.ehomemakers.net pada 12 Ogos 2009Tanggjungjawab Kemas - diperoleh daripada laman web http://www.kemas.gov.my/111 pada 18 Ogos 2009