ahmad a`toa mokhtar - pendidikan.jais.gov.my imam al... · sumber pengetahuan agama syariah iaitu...

34
Oleh : AHMAD A`TOA MOKHTAR Jabatan Dakwah dan Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [email protected]

Upload: dodat

Post on 23-Aug-2019

283 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Oleh :

AHMAD A`TOA MOKHTAR

Jabatan Dakwah dan Usuluddin

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

Page 2: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Imam Al-Ghazali adalah tokoh pemikir Islam kurun ke-6Hijrah.

Pengaruh pemikiran al-Ghazali di kalangan bangsa Arabatau bukan Arab

Hasil karyanya dibaca dan dikaji di Timur dan di Baratsehingga kini.

Kehebatan al-Ghazali dalam Pendidikan Akhlak – ilmukejiwaaan dan sebagainya.

Keilmuannya meluas dalam pelbagai bidang ilmu:

Falsafah – Akidah – Fiqh - Ilmu Kalam - Tasawuf – Akhlak– Mantiq – Ulumul Quran - Politik - dan lain-lain.

Page 3: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Kitab Ihya Ulumuddin menjadi asas manhajpendidikan Al-Ghazali dalam menjelaskan secaraterperinci mengenai klasifikasi dan sumber ilmu sertahubungan dengan tuntutan sosial.

Klasifikasi ilmu membincangkan tentangpembahagian ilmu oleh al-Ghazali iaitu : Pendekatandalam Pendidikan ilmu berdasarkan kelompokmasyarakat, ilmu praktis, sumber ilmu dan fungsisosial. Bidang tersebut dipecahkan pula kepada tajuk-tajuk yang dibincangkan seperti Muamalah danMukasyafah al-Qulub. (Abdul Salam Yussof 2010).

Page 4: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammadbin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafei (Osman 1997).

Nama asalnya Muhammad sahaja.

Dikenali sebagai Abu Hamid kerana mempunyai anaklelaki bernama Hamid yang meninggal ketika masih bayi.

“AL-GHAZALI”

Dikenali sebagai al-Ghazali kerana berasal daripada namadaerah tempat lahir iaitu Gazalah "al-Ghazali (satu ‘z’)”.

Dikenali al-Ghazali juga kerana pekerjaan harian bapanyasebagai seorang pemintal bulu kambing, penenun danpenjual kain tenun. Pekerjaan ini dinamakan Gazzal “al-Ghazzali dengan dua ‘z’”.

Sebutan Al-Ghazali dieja dengan satu ‘z’ bersempena namakampung dia dilahirkan iaitu Gazalah.

Page 5: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Dilahirkan di Tus, Parsi. Pada tahun 450 Hijrah/1058masehi, tepat tiga ratus tahun sesudah Imam Syafei lahiriaitu pada 150 Hijrah/730 Masehi.

Ketika beliau masih kecil, sebelum bapanya meninggaldiserahkan beliau dan adiknya Ahmad kepada seorangsahabat karib (seorang ahli sufi) menjaga dan mendidikmereka dengan memberi sedikit harta untuk perbelanjaanpendidikan mereka.

Inilah pendidikan awal dari seorang sufi, denganmempelajari al-Quran, hadis, mendengarkan kisah tentangahli hikmah, dan menghafal syair-syair.

Wafat di tempat kelahirannya sendiri pada pagi Isnin 14Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111 Masehi.

Mempunyai empat orang anak (seorang anak lelakibernama Hamid meninggal dunia ketika kecil dan tigaorang anak perempuan).

Page 6: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Cintanya terhadap ilmu pengetahuan – menggembara- berguru dengan para ulama pada zamannya.

Sewaktu berada di Baghdad dilantik sebagai pendidikiaitu Pensyarah utama Universiti Baghdad.

Bergelar mahaguru dalam pelbagai bidang ilmu tetapibeliau masih merasakan kekurangan pada ilmupengetahuan yang dimiliki.

Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya danberalih ke bidang ilmu pendidikan tasawuf.

Pendidikan ilmu kejiwaan - berguru dengan ahli-ahlisufi yang terkenal.

Page 7: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Antara pendekatan berkesan beliau dalam bidangpendidikan ini ialah penulisan karya yang dianggarkantelah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagaibidang ilmu pengetahuan.

Sebahagian besar hasil tulisannya telah hangusdibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kotaBaghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk : 40 Jilid Tafsir,Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al-Madhnuuna bihi ala Ghairiha (Ilmu Yang HarusDisembunyikan Dari Orang-orang Yang BukanAhlinya).

Page 8: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Cuma 84 buah buku tulisan beliau sahaja yang berjaya diselamatkan. Antaranya ialah :

1. Al Munqiz Min al Dhalal (Penyelamat Kesesatan)

2. Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah)

3. Mizanul Amal (Timbangan Amal)

4. Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan)

5. Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik)

6. Miyarul Ilmu

7. Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Page 9: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

1. Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk

2. Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad danCawangan Naisabur

3. Pendokong fahaman al-Asya’irah atau dikenali dengannama mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

4. Menolak fahaman ahli falsafah yang menuhankan akalyang meresap dalam Ilmu Kalam.

5. Pelopor / Mursyid kepada golongan sufi.

6. Penulis : menghasilkan banyak kitab/karya dalampelbagai bidang ilmu termasuk dalam bidang falsafah,mantiq, tasawuf, akhlak, kenegaraan dan siasah/politik.

(Fauziah Hj. Muhammad Ramli dan Aminah Idris 2003)

Page 10: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Pada zaman Abbasiyah, sedikit sebanyak perkembanganIslam diresapi budaya dan pemikiran Parsi, Yunani, Rom,India dan lain-lain.

Ini kerana berlaku penterjemahan buku-buku asing kebahasa arab yang menyebabkan pemikiran pada waktu itubercampur dengan nilai-nilai kemasyarakatan, politik danekonomi serta pemikiran lain di kalangan masyarakatIslam.

Perkembangan ini menjadi salah satu asas kepada lahirnyabanyak aliran pemikiran di kalangan masyarakat Islam.

Semua ini mewujudkan perpecahan dan perseteruanantara satu sama lain. Antara kumpulan tersebut ialah ahliilmu fiqh, ahli ilmu kalam, penganut Batiniah, ahli falsafahdan ahli tasawuf.

Page 11: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Terhadap bidang pengajaran dan pendidikan al-Ghazali telah banyak mencurahkan perhatiannya.Yang mendasari pemikirannya tentang kedua bidangini ialah analisisnya terhadap manusia.

Manusia, menurut al-Ghazali dapat memperolehderajat atau kedudukan yang paling terhomat diantarasekian banyak makhluk dipermukaan bumi dan langit,karana pengajaran dan pendidikan, karana ilmu danamalnya. (Rusn, Abiding Ibnu. 1998)

Page 12: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Jika pendidikan dapat dipandang sebagai aplikasi pemikiranfilsafah dan seorang filosof dan seorang bergerak selaras denganjalan dan dasar pemikirannya.

Sistem pendidikan al-Ghazali pun sejalan dengan dasarpemikiran filsafahnya yang mengarah kepada tujuan yang jelas.

Menurut beliau “Pendidikan dalam prosesnya haruslahmengarah kepada pendekatan diri kepada Allah dankesempurnaan insan, mengarahkan manusia untuk mencapaitujuan hidupnya iaitu bahagia dunia dan akhirat.

“Hasil dari ilmu sesungguhnya ialah mendekatkan diri kepadaAllah, Tuhan semesta alam, dan menghubungkan diri denganpara malaikat yang tinggi dan bergaul dengan alam arwah, itusemua adalah kebesaran, pengaruh, pemerintahan bagi raja-rajadan penghormatan secara naluri.”

Page 13: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

a) Tujuan Jangka Panjang

• Pendekatan diri kepada Allah. Pendidikan dalam prosesnya harusmengarahkan manusia menuju pengenalan dan kemudianpendekatan diri kepada Tuhan pencipta alam.

• Manusia dapat mendekatkan diri kepada Allah adalah denganmelaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Untuk mendekatkan dirikepada Allah manusia harus senantiasa mengkaji ilmu-ilmu fardhu‘ain.

b) Tujuan Jangka Pendek

Meraih kepakaran manusia melalui kemampuan manusia sesuaidengan bakat dan kemampuannya. Syarat untuk mencapai tujuan itu,manusia mengembangkan ilmu pengetahuan, baik yang termasukfardhu ‘ain maupun fardhu kifayah.

Page 14: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Kajian terhadap klasifikasi ilmu al-Ghazali didasarkanatas dua sumber utama:

1) The Book of Knowledge (kitab ilmu) dari ihya’ulumuddin

2) Al-Risalah Al-Ladunyah.

Dua karya yang lain juga digunakan sebagai sumbersokongan, iaitu :

1) The Jewel of The Al-Qur’an (Mutiara Al-Qur’an)

2) Mizan Al-Amal (Timbangan Amal).

Page 15: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

a) Pembahagian ilmu-ilmu menjadi bahagian Teori dan praktikal.

Bahagian Teori menjadikan keadaan-keadaan wujud diketahuisebagaimana adanya, misalnya ilmu falsafah. Bahagian praktisberkenaan dengan tindakan-tindakan manusia, bertujuan mencariaktiviti manusia yang kondusif bagi kesejahteraan manusia dalamkehidupan ini dan kehidupan nanti, misalnya: ilmu keguruan dantasawuf.

b)Pembahagian pengetahuan menjadi pengetahuan menjadipengetahuan yang dihadirkan (Khudhuri) dan pengetahuan yangdicapai (khusshuli). Di antarnya adalah ilmu laduni (pengetahuan dariyang tinggi) dan ilmu al-mukasyafah. Pengetahuan yang dicapai ataupengetahuan perolehan bersifat tak langsung, rasional, logik.

Pengetahuan yang dihadirkan lebih unggul dari pada pengetahuanyang dicapai karana terbatas dari kesalahan dan keraguan.Pengetahuan kategori ini juga memberikan kepastian tertinggimengenai kebenaran-kebenaran spiritual. Pengetahuan indrawimemang bersifat langsung juga dan serta-merta, tetapi hanya berlakupada dunia fizik.

Page 16: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

c) Pembahagian atas ilmu-ilmu syari’ah dan intelektual(‘aqliyah)

Al-‘Ulum al-syari’ah merupakan ilmu-ilmu yangdiperolehi dari para nabi dan tidak dapat pada merekamelalui intelek manusia semata.

Pembahagian pengetahuan konsep para mutakallimintentang hubungan antara wahyu dan akal.

Wahyu dan akal dipahami sebagai sumberpengetahuan yang saling eksklusif antara satu samalain.

Ilmu naqli dan aqli saling melengkapi.

Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalahwahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal.

Page 17: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

d. Pembahagian ilmu menjadi ilmu-ilmu fadhu ‘ain(wajib atas setiap individu) dan fardhu kifayah (wajibatas umat)

Fardhu ‘ain yang wajib dipelajari oleh setiap individu.Ia memberi contoh kelompok ini ialah ilmu agamadan cabang-cabangnya.

Fardhu kifayah ilmu kifayah ilmu ini tidak diwajibkankepada setiap muslim, tetapi harus ada diantara orangmuslim yang mempelajarinya.

Diantara ilmu pengetahuan yang tergolong fardhukifayah ini adalah ilmu kedokteran, ilmu hisab,pertanian, perubatan, dll.

Page 18: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

e) Pembahagian ilmu menjadi ilmu mahmudah(terpuji) dan ilmu madzmumah (tercela)

Ilmu pengetahuan yang terpuji, baik sedikit mahupunbanyak, namun kalau banyak lebih terpuji. Sepertiilmu pegetahuan agama dan ilmu tentang beribadah.

Ilmu iyang tercela, ilmu ini tidak akan ada manfaatnyabagi manusia di dunia mahupun di akhirat, sepertisihir, azimat, nujum, dll.

Selain itu, ada pula ilmu yang terpuji pada taraftertentu, yang tidak boleh diperdalam, kerana ilmu inidapat membawa kepada perpecahan ummat danmeniadakan Tuhan, seperti Falsafah yang tercela.

Page 19: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

1) Ilmu Syariah

a. Ilmu tentang prinsip-prinsip dasar (al-Usul),seperti: ilmu tauhid, ilmu tentang kenabian, ilmutentang akhirat atau eskatologi, dll.

b. Ilmu tentang cabang-cabang (furu’), seperti: ilmutentang kewajiban manusia terhadap Tuhan, ilmutentang kewajiban manusia kepada masyarakat danilmu tentang kewajiban manusia kepada jiwanyasendiri

2) Ilmu Intelektual seperti, matematik, logika fizik danilmu alam dll..

Page 20: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Pengaruh pemikiran pendidikan al-Ghazali yang lebihmenekankan pada “al-taqarrub ilallah” pendekatan dirikepada Allah SWT.

Pendekatan pendidikan bersifat multi disiplin ilmu dariberbagai ilmu (intelektual dan spiritual)

Al-Ghazali lahir sebagai peletak dasar “perkahwinan”multi aspek disiplin ilmu seperti kalam, tasawuf, falsafahdan fiqh.

Kehidupannya sebelumnya melalui krisis intelektual danspiritual. Akan tetapi dalam perjalanan berikutnya, beliaumenjejak langkah pengajaran sufistik yang menekankanaspek akhlakul karimah.

Page 21: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

1) Metode khusus pendidikan agama

Metode pendidikan agama menurut al-Ghazali,dengan teknik hafalan dan pemahaman, kemudiandilanjutkan dengan keyakinan dan pembenaran,setelah itu menguatkan dalil-dalil dan keteranganyang menunjang penguatan akidah.

2) Metode khusus pendidikan akhlak

Pendidikan mesti mengarah kepada pembentukanakhlak yang mulia. Tentang metode praktis danmetode khusus membentuk akhlak mulia.. “untukmengadakan perubahan akhlak tercela adalah denganmenyuruh untuk mengadakan perbuatan yangsebaliknya”.

Page 22: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Adab Guru kepada Murid

1) Belas kasih kepada murid dan memperlakukannya sebagai anakseperti orang tua menyayangi anaknya sendiri.

2) Mengikuti teladan Rasulullan SAW, iaitu tidak meminta upah.

3) Tidak meninggalkan nasihat, seperti melarang anak didiknyamelonpat pada sesuatu ilmu baru sebelum menguasai ilmu yangsebelumnya dengan jelas.

4) Menasihati murid dan mencegahnya dari akhlak tercela, tidak secaraterang-terangan menyindir.

5) Hendaknya guru tidak fanatik terhadap bidang ilmu yang diajar sahajadan menghina bidang ilmu yang lain.

6) Hendaknya pendidik memperhatikan perkembangan berfikir muridagar dapat menyampaikan ilmu sesuai dengan kemampuan fikirannya.

7) Hendaknya pendidik mengamalkan ilmunya dan tidak sebaliknya, dimana perbuatannya bertentangan dengan ilmu yang diajarkan kepadamurid.

Page 23: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

1) Murid harus memuliakan pendidik dan bersikap rendah hati atau tidaktakabur.

2) Murid harus saling menyayangi dan menolong serta berkasih sayangsesamanya.

3) Murid harus menjauhi diri dari mempelajari berbagai mazhab yang dapatmenimbulkan kekacauan dalam pikiran.

4) Murid harus mempelajari tidak hanya satu jenis ilmu yang bermanfaat,melainkan ia harus mempelajari berbagai ilmu lainnya dan berupaya sunguh-sungguh mempelajarinya sehingga tujuan dari setiap ilmu tersebut tercapai.

5) Mendahulukan kesucian jiwa dari pada keburukan akhlak.

6) Murid harus Uzlah iaitu menjauhi kampung halamannya sehingga hatinyahanya terikat pada ilmu.

7) Tidak bersikap sombong terhadap ilmu dan menjauhi tindakannya yang tidakterpuji kepada guru, bahkan ia harus menyerahkan segala urusannyakepadanya.

8) Mencurahkan perhatian pada ilmu yang terpenting, iaitu ilmu akhirat.

Page 24: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Pendekatan pendidikan melalui ilmu logik dalammembahaskan tentang ketuhanan, walaupun al-Ghazali mengakui ilmu logik, tetapi beliaumempertikaikan ilmu ketuhanan ahli falsafah keranaia membuat kesimpulan, keputusan dan rumusanmengikut sangkaan dan andaian sahaja.

Ilmu kalam itu lebih banyak mudharat daripadamanfaat.

Penemuan kekeliruan dan kesesatan lebih banyakdaripada penemuan pengetahuan.

Ilmu kalam tidak berjaya mencapai makrifat yanghakiki, sebaliknya menjadi penghalang kepada jalantersebut.

Page 25: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Beliau menolak ajaran falsafah yang merosakkanakidah.

Beliau cuba mengkaji dengan mendalam dan mencarihakikat ajaran aliran sufi.

Beliau menyedari bahawa ahli sufi tidak hanya setakatmempelajari teori sahaja, malahan merekamemerlukan penghayatan praktis tentang teoritersebut.

Pendidikan melalui kaedah penghayatan dalambidang berkenaan membantu perkembangan mentalyang amat berkesan.

Page 26: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Al-Ghazali menjelaskan secara terperinci mengenaiklasifikasi dan sumber ilmu serta hubungan dengantuntutan sosial dalam kitab ihya ulum al-din juzuk 1pada bab kedua dan ketiga.

Pembahagian itu terdiri daripada tiga kriteria, iaituberdasarkan tingkat kewajipan terhadap ilmu farduain dan fardu kifayah, sumber ilmu syariah sertabukan syariah dan berdasarkan fungsi sosial ilmu al-mahmudah dan al-mazmumah. (Zainuddin 1991). K

Beliau sangat menitik berat pendekatan terhadappendidikan hati iaitu ilmu al-Mukasyafah (Ilmu laduniiaitu ilmu terus dari Allah SWT dan dimasukkan kedalam hati manusia yang putih bersih daripada dosadan maksiat. (Abdul Salam Yussof 2010).

Page 27: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Ilmu yang sangat dituntut untuk diketahui, diamali, ilmu muamalatadalah jalan menuju kepada ilmu mukasyafah.

Al-Ghazali menyebut ilmu ini dengan sebutan lain iaitu imu laduni.Ilmu manusia ke dalam tiga bentuk yang beroperasi dalam tingkatkesedaran :

1) Ilmu yang diperoleh adalah berdasarkan bentuk reaksi ransangangerak balas. Ia dimiliki oleh binatang dan sebahagian besar makhlukyang hidup termasuk tumbuh-tumbuhan.

2) Ilmu rasional berdasarkan hasil pemprosesan otak dan perumusankonsep-konsep.

3) Ia diberi nama ‘ilm al-aqliyyah dan disampaikan melalui qalb. Qalbpula boleh disamakan dengan pemikiran yang rasional, diambildaripada ayat al-Quran yang bermaksud : “Ketahuilah denganmengingati Allah, pasti qalb itu menjadi tenang” (Surah al-Ra’ad13:28).

(Nasr .1976)

Page 28: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Ini disimpulkan demikian kerana otak atau minda itutempat segala operasi dan emosi yang mempengaruhi roh.

Ilmu Intuitif adalah bentuk ilmu disampaikan melalui rohyang tertinggi yang dapat dicapai oleh manusia sama adadalam bentuk wahyu, mimpi dan tingkah laku naluriseperti pembinaan sarang burung atau sarang labah-labahdalam bentuk geometri rumit.

Ilmu ini diberi nama zauq atau ilmu hikmat. Terdapatinteraksi terus menerus di antara ketiga-tiga tingkatkesedaran ini untuk menunjukkan kelebihan tetapidisampaikan melalui qalb atau minda yang rasional dalamwaktu sedar atau melalui roh ketika waktu sedang tidur(Hassan 1991).

Oleh sebab itu tidur disebut dalam al-Quran sebagai mati.Firman Allah yang bermaksud :”Dialah yang mematikankamu yakni menidurkan pada waktu malam”(al-An’am 6:60).

Page 29: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Istilah hati mempunyai banyak pengertian.

Hati dari aspek fizikal adalah seketul daging yang tergantungdalam rongga dada sebelah kiri badan manusia.

Al-Qalb adalah keperluan yang paling asasi bagi manusia yangdapat memikirkan sesuatu sama ada baik atau buruk danmengetahui maklumat atau ilmu.

Dari sudut psikologi Roh adalah sama dengan al-qalb, walaupunberbeza definisi dari segi material. Roh unsur halus yangberfungsi sebagai tonggak kehidupan manusia dankehilangannya bermaksud kematian.

Dari aspek fizikal unsur halus ini bersumber dalam hati yangdisebarkan oleh darah ke seluruh tubuh manusia.

Roh adalah bisikan rabbani yang menjadi hakikat hati. Roh danhati mempunyai persamaan dengan erti bisikan. Itulah yangdimaksudkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Mereka bertanya kepadamu tentang hakikat roh.Katakanlahroh itu urusan Tuhan aku” (al-Isra’:85)

Page 30: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Hati diumpamakan seperti cermin dan terhalang daripadamelihat gambar-gambar dalam cermin adalah berpuncadaripada salah satu lima sebab iaitu rosaknya cermin ituadalah kekurangan pada hati seperti anak kecil dan oranggila.

Cermin itu telah kotor dan berkarat iaitu akibat maksiatdan kotoran dosa yang menghitamkan hatinya.

Kedudukannya menyimpang dari posisi gambar iaituhatinya menyimpang daripada Tuhan.

Wujud tabir yang menghalang antara cermin dan gambar,iaitu hijab apabila terdapat sisa syahwat atau kerosakanakidah yang menutup.

Tidak tahu di mana posisi gambar itu, iaitu tidak tahu kemana arah dia menuntut ilmu. Sepatutnya seseorang mestiberiman secara menyeluruh termasuklah beriman kepadaperkara ghaib, bagaimana dia boleh menuntut sesuatuyang tidak diketahui. (al-Ghazali 2000).

Page 31: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Dalam karyanya, al-Ghazali menegaskankepentingan tasawuf.

Beliau memasukkan tentang sifat-sifat hatisebagai ilmu yang wajib dipelajari.

Oleh itu ilmu fardu ain termasuk ilmu tauhidyakni tentang keesaan Tuhan,’ilm al-sirr’iaitu imutentang rahsia dan sifat hati dan ilmu syariat iaituberkaitan tentang kewajipan dan larangan Tuhan.

Page 32: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Al-Ghazali menasihati muridnya melaluipertanyaan Allah semasa di alam kubur:

“wahai hambaku! Kenapa engkau sepanjang tahunmemperhatikan kebersihan tempat pandanganmanusia kepadamu yakni anggota zahir kamutetapi engkau tidak peduli kepada tempatpandanganku yakni hatimu walaupun sesaat. Dansetiap hari Allah SWT memandang ke dalamhatimu lalu berfiran kenapa kamu hanyamemberikan perhatian kepada selain daripada aku,sedangkan kau dikelilingi dengan ihsanAku.Apakah engkau sebenarnya tuli dan tidakmendengar lagi”

(al-Ghazali 1997).

Page 33: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Al-Ghazali menasihati muridnya denganmenyatakan :

“Apabila kamu belajar sesuatu ilmu ataumengulangkaji, hendaklah ilmu yang dipelajar ituboleh memperbaiki hatimu dan membersihkanjiwamu.Andai kata jika kamu mengetahui bahawaumur kamu hanya tinggal satu minggu sahaja lagi,sudah pasti kamu tidak akan sibuk dengan ilmufeqah iaitu ilmu khilaf dalam mazhab dan teoriakhlak, ilmu usul, ilmu kalam dan seumpama.Iniadalah kerana kamu tahu bahawa segala ilmu yangkamu sebut tadi tidak memberi faedah kepadamu.

Page 34: AHMAD A`TOA MOKHTAR - pendidikan.jais.gov.my IMAM AL... · Sumber pengetahuan agama syariah iaitu Naqli adalah wahyu, sumber pengetahuan intelektual adalah akal. d. Pembahagian ilmu

Imam al-Ghazali adalah seorang daripada golonganagamawan yang bersikap terbuka, kreatif dan proaktifdalam menangani isu-isu komtemporari terutamaberkaitan pendidikan dalam sebuah masyarakat dizamannya dengan diimbangi pendekatannya antaraintelektual dan spiritual.

Beliau banyak terlibat dalam bidang penulisan secara lebihserius. Ketokohan Imam al-Ghazali dalam bidangpendidikan amat tinggi sekali seperti ketokohan IbnuShahnun, al-Farabi, al-Qabisi, Ikhwanusafa, dan IbnuJuma’ah.

Keilmuannya sangat luas dalam pelbagai bidang ilmupengetahuan khususnya dalam bidang falsafah, usul, fiqh,ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, sainspolitik dan lain-lain lagi.