penghujahan bertulis kes pemujaan salah

19
 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PENDAKWA SYARIE SELANGOR LAWAN MUSOLMAN BIN ABI TOLIB TERTUDUH 1 HAJI JABIT BIN LEBAI SEMAN TERTUDUH 2 ABANG KADIR BIN ABANG CHIK TERTUDUH 3 HUJAH PENDAKWA SYARIE Tuan Hakim, [1] PENDAHULUAN Dengan izin Yang Arif Tuan Hakim, [1.1] Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam yangmewakili Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan prosiding pendakwaan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT 3 pada 5 OKTOBER 2014. OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 dituduh diatas kesalahan pemujaa n salah di bawah peruntuka n Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum sepertimana diperuntukkan di bawah peruntukan yang sama. [1.2] Setelah meneliti kes ini, pihak Pendakwa mendap ati kes ini termasuk dalam kategori kesalahan Jenayah Syariah yang boleh ditangkap. Da lam kes ini, pihak OKT 1 , OKT 2 dan OKT 3 telah pun ditangkap kerana melakukan kesalahan pemujaan salah di dalam Kampung Kepayang, dalam Negeri Selangor. [1.3] Tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon untuk dibicarakan. OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 dalam kes ini diwakili peguam.

Upload: ribie-isa

Post on 08-Oct-2015

353 views

Category:

Documents


69 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAMDI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENDAKWA SYARIE SELANGORLAWANMUSOLMAN BIN ABI TOLIB TERTUDUH 1HAJI JABIT BIN LEBAI SEMANTERTUDUH 2ABANG KADIR BIN ABANG CHIKTERTUDUH 3

HUJAH PENDAKWA SYARIETuan Hakim,[1] PENDAHULUANDengan izin Yang Arif Tuan Hakim,[1.1] Pegawai Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam yangmewakili Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan prosiding pendakwaan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT 3 pada 5 OKTOBER 2014. OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 dituduh diatas kesalahan pemujaan salah di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum sepertimana diperuntukkan di bawah peruntukan yang sama.[1.2] Setelah meneliti kes ini, pihak Pendakwa mendapati kes ini termasuk dalam kategori kesalahan Jenayah Syariah yang boleh ditangkap. Dalam kes ini, pihak OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 telah pun ditangkap kerana melakukan kesalahan pemujaan salah di dalam Kampung Kepayang, dalam Negeri Selangor.[1.3] Tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon untuk dibicarakan. OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 dalam kes ini diwakili peguam. [1.4] Dengan pengakuan tidak bersalah OKT 1, OKT 2 dan OKT 3, pihak Pendakwa telah mengemukan tiga (3) orang saksi untuk memberikan keterangan kes ini bermula tarikh 10 JULAI 2014. Mereka terdiri daripada:1. En. Dollah Bin Salleh (selepas ini disebut SP 1) Penggali Kubur2. En. Syihab Mahfuz Bin Ismail (selepas ini diesebut SP 2) Pengawai Penguatkuasa Agama JAIS3. En. Ahmad Ribie bin Isa (selepas ini disebut SP 3) - Pengawai Penguatkuasa Agama JAIS[1.5] Dalam kes ini, pihak Pendakwa yakin berdasarkan keterangan-keterangan yang dikiumpul dan dikemukakan kepada Mahkamah sebelum ini telah mencukupi wujudnya elemen kesalahan pemujaan salah terhadap OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 dan seterusnya tertutuh hendaklah dipanggil untuk membela diri berdasarkan dengan peruntukan seksyen 96 (h), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) (ETJSS) No.3 Tahun 2003.

[2] BIDANGKUASA MAHKAMAH

Yang Arif Tuan Hakim,[2.1] Sebelum menghujahkan secara lebih terperinci, pihak Pendakwa ingin menarik perhatian Mahkamah berkaitan bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini. Fakta yang jelas adalah OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 telah ditangkap sedang melakukan upacara pemujaan salah di tanah perkuburan di Kampung Kepayang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Oleh yang demikian Pendakwa menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah adalah Mahkamah yang paling layak untuk membicarakan dan memutuskan kes ini. Berdasarkan peruntukan 61 (3)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (EPAIS) Tahun 2003 menyatakan bahawa:(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En. No. 9/1995] atau di bawah mana mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan ituSesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 1[2.2] Berdasarkan peruntukan di atas jelas menunjukkan bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini. Oleh yang demikian, prosiding pendakwaan ke atas OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 61(3)(a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.[2.3] Selain itu, Pendakwa juga ingin merujuk peruntukan lain dalam menentukan bidangkuasa Mahkamah. Dalam Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyebut:67. Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatnya kesalahan itu telah dilakukan.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 2

Seksyen di atas menjelaskan bahawa tempat berlaku kesalahan juga diambil kira dalam menentukan had bidangkuasa mahkamah. Dalam kes ini pihak Pendakwa menghujahkan bahawa OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 telah ditangkap atas kesalahan pemujaan salah di dalam daerah Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan yang sememangnya Mahkamah yang paling layak untuk membicarakan dan memutuskan kes ini adalah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

[3] PERTUDUHANYang Arif Tuan Hakim,[3.1] Pihak Pendakwa telah merangka pertuduhan terhadap tertuduh di bawah Seksyen 3 Enakmen Jenayah Syariah Selangor Tahun 1995 yang boleh dihukum sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen yang sama. Pertuduhan tersebut telah dibaca dan difahami oleh OKT 1, OKT 2 dan OKT 3. Pihak Pendakwa telah berjaya merangka pertuduhan melibatkan butir-butir tentang waktu, tempat dan orang dengan cara melakukan kesalahan yang jelas dinyatakan menepati kehendak perutukan Seksyen 78 hingga 81 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.[3.2] Pendakwa menegaskan bahawa pertuduhan adalah tidak cacat dan relevan dalam menepati serta mentafsirkan kehendak undang-undang itu sendiri. Pendakwa merangka pertuduhan dengan merujuk tertuduh dipertuduh atas kesalahan pemujaan salah bersandarkan nama khusus yang diperihalkan secara keseluruhan berkenaan kesalahan didapati berada bersama jelas merujuk seksyen 78(1)(2) dan seksyen 81 Enakmen Tataca Jenayah Syariahg 2003 seperti berikut:

Seksyen 78: Bentuk pertuduhan(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduh.(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

Seksyen 81: Pengertian perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk memperihalkan kesalahan.Dalam tiap-tiap pertuduhan, perkataan yang digunakan untuk memperihalkan sesuatu kesalahan hendaklah disifatkan digunakan mengikut pengertian yang diberikan kepadanya masing-masing oleh undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu boleh dihukum.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 3[3.3]Kes terhadap OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 adalah daripada jenis Kes Jenayah Syariah yang terkandung di dalam seksyen 4 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu pemujaan salah, namun begitu pohon Yang Arif Tuan Hakim meneliti setiap hujah tertuduh yang dibantu peguam, gagal menyebabkan kesalahan itu dilakukan yang selari dengan pertuduhan dan pastinya membawa maksud dan beban pembuktian yang berbeza wajar dilakukan oleh Pihak Pendakwa:Seksyen 4: Pemujaan Salah(1) Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 4[3.4]Pendakwa menegaskan bahawa setiap tertuduh dia dalam kes ini adalah dipertuduh dalam satu transaksi, OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 adalah di bawah seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995. Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai PS 5

[4] FAKTA KESYang Arif Tuan Hakim,[4.1]Dalam membuktikan kes ini, Pihak Pendakwa akan merujuk kepada butiran-butiran fakta yang terkandung di dalam pertuduhan dan juga peruntukan Seksyen 4(1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995 yang merupakan elemen penting yang mampu menyimpulkan pembuktian kes pendakwaan. Elemen tersebut meliputi butiran-butiran sebagaimana berikut:

[4.1.1] Tarikh kejadian, 25 OKTOBER 2014.[4.1.2] Jam tangkapan, jam lebih kurang 11 malam.[4.1.3] Lokasi di tanah perkuburan Kampung Kepayang, Daerah Petaling Jaya.[4.1.4] Kesalahan tertuduh melakukan pemujaan salah[4.1.5] Tertuduh menari-nari di busut di tanah perkuburan dengan diiringi muzik keras [4.1.6] Dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang salah di sisi agama dan undang-undang.

[5] BEBAN PEMBUKTIANYang Arif Tuan Hakim, [5.1]Dalam kes ini sudah tentulah beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak Pendakwa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menjadi kaedah perundangan islam. Maksudnya: Jika manusian diberi segala apa yang didakwanya nescaya ada di antara manusia yang mendakwa harta sesuatu kaum dan menuntut hutang darah mereka. Tetapi pembuktian adalah ditanggung oleh orang yang mendakwa dan sumpah dikenakan ke atas orang yang ingkar.Sesalinan cabutan kitab Fiqh dan Perundangan Islam dilampirkan dan ditanda sebagai PS 6Dalam membincangkan beban pembuktian ini, terlebih dahulu Pendakwa ingin mengulas isu sejauhmana beban pembuktian yang harus dilakukan oleh peihak Pendakwa. Ianya secara langsung memberikan penjelasan yang lebih terperinci dalam hujahan gulung pihak tertuduh berkenaan tahap pembuktian kes Prima Facie pada halaman tiga (3) hingga (6) sahaja. Hujahan tertuduh merujuk pada seksyen 96 (f) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS) 2003.(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalma perenggan (c), (d), dan (e). Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 7Tertuduh cuba menyamakan dengan Seksyen 173 (f) Kanun Acara Jenayah sebelum ianya dipinda, Pendakwa tegaskan bahawa walaupun peruntukan undang-undang syariah itu adaptasi daripada peruntukan di bawah undang-undang sivil namun ruh dalam melaksanakan segala peruntukan yang sedia ada adalah berdasarkan kepada prinsip islam dalam menegakkan keadilan dan kebenaran serta ianya perlu selaras dengan hukum syarak. Mahkamah Syariah tidak terikat untuk mengikut kehendak peruntukan undang-undang yang digazetkan untuk perundangan di peringkat mahkamah sivil. Hukum syarak itu lebih tinggi dan wajib diikuti jika ianya berlawanan dengan prinsip undang-undang sivil. Ia juga telah dijelaskan di bawah seksyen 230 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS) 2003 yang berbunyi:Hukum Syarak230. (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang tak konsisten itu.(2) Jika terdapat lacuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditandakan sebagai PS 8Dalam isu ini, dalam Jenayah Islam terdapat beberapa kategori kesalahan jenayah utama. Yang pertama jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah hudud iaitu pelanggaran hak Allah yang dikenali juga sebagai hak awam atau masyarakat dan dalam masa yang sama merupakan satu dosa besar pada pandangan islam. Hukuman hudud tidak boleh digugurkan jika telah sabit dengan bukti di hadapan mahkamah. Begitupun boleh digugurkan jika pengakuan itu ditarik balik oleh tertuduh walaupun pada saat-saat akhir sebelum hukuman. Kesalahan melibatkan Zina, Murtad, Mencuri, Qazaf, Minum Arak dan Merompak.Keduanya Qisas, kesalahan yang merangkumi sebarang tindakan salah dengan sengaja dan niat bagi membunuh atau mencederakan seseorang. Ia adalah hukum bunuh balas bunuh dan cedera balas cedera. Dari segi konsepnya, pelanggarakn hak yang berlaku dalam kes qisas adalah terhadap hak Allah, awam dan juga individu tetapi Islam menganggap hak individu adalah lebih besar dalam hal ini dan seterusnya kesalahan jenayah Tazir. Pelanggaran hak Allah yakni hak awam dan dalam masa yang sama juga merupakan satu dosa. Jenis kesalahan tazir disebut dalam syariah, tetapi hukumannya terserah kepada budi bicara hakim atau pemerintah yang mendengar sesuatu kes itu. Hukuman yang dikenakan tidak bersifat mandatory kerana ada banyak pilihan yang boleh dibuat oleh hakim berkenaan dengan mengambil kira keadaan atau status pesalah, melainkan pihak pemerintah telah menetapkan hukuman tertentu bagi kesalahan tersebut.[5.2]Berbalik kepada kes ini, pihak Pendakwa menyatakan, kes ini adalah kesalahan tazir yang bukan kesalahan hudud dan tahap pembuktiannya tidaklah perlu mencapai ke tahap yaqin sepertimana pembuktian dalam kes hudud. Pendakwa dengan sesungguhnya menghujahkan bahawa pembuktian yang perlu dicapai dalam membuktikan wujudnya kes bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduhkan, memadai pembuktian itu mencapai tahap Ghalabatu Az-Zan (berat sangkaan) sahaja.[5.3] Pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 merupakan suatu kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan tazir. Pendakwa menghujahkan bahawa terdapat perbezaan di dalam menentukan beban pembuktian di dalam kes jenayah hudud dan jenayah tazir. Pendakwa tidak menafikan bahawa pembuktian di dalam kes kenayah hudud hendaklah menghapuskan segala keraguan yang ada atau di dalam istilah undang-undang disebut sebagai beyond reasonable doubt. Perbezaan inilah yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menentukan sesuatu kesalahan yang dipertuduhkan telah berlaku dalam jenayah tazir.Perkataan prima facie tidak disebut dengan jelas di bawah ETJSS 2003 berkenaan darihal perbiacaraan namun dapat difahami daripada peruntukan seksyen 96 (f) tersebut iaitu kes terhadap tertuduh diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya. Pendakwa merujuk definisi Prima Facie yang dikemukan dalam hujah penggulungan dalam kamus undang-undang, Terbitan International Law Book Services, disusun Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 2008, Prima facie didefinisikan sebagai:dilihat pada zahirnyam berdasarkan apa kelihatan. Berdasarkan tanggapan pertama. Suatu kes prima facie adalah keterangan yang menyokong satu pihak adalah mencukupi untuk memanggil satu jawapan daripada pihak lawannya.Jika diteliti Prima Facie dari sudut Hukum Syara, maksud prima facie secara mudahnya adalah bukti atau keterangan yang dikemukan oleh pihak pendakwaan yang jika tidak dibuktikan sebaliknya atau dicacatkan oleh OKT, adalah mencukupi untuk kesalahan disabitkan. Tahap Mencukupi dan setakat mana-mana bukti dikatakan mencukupi? Bersandarkan kepada ini Mahkamah dikehendaki mematuhi bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki oleh Hukum Syara bagi membuktikan sesuatu fakta dan ianya sejajar dengan seksyen 226 ETJSS 2003:

Keterangan226. Dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah mematuhi segala peruntukan Hukum Syarak berhubungan dengan bilangan, kedudukan atau kualiti saksi atau keterangan yang dikehendaki untuk membuktikan apa-apa fakta.Sesalinan seksyen tersebut dilampirkan dan ditanda sebagai PS 9

Hukum Syara yang diperlukan adalah ditahap yakin (tanpa ada keraguan). Tetapi dalam kes tazir tahap yakin tidak disyaratkan dan mengikut Dr. Abdul Kadir Audah dalam kitabnya al-Tasyri al-Jinaie al-Islami, juz 1 hlm. 83 bahawa sabitan kesalahan tazir mencukupi dengan syahadah seorang saksi lelaki. Syahadah seorang lelaki adalah bukan ditahap yakin tetapi pada tahap zan al-ghalib sahaja.[5.4]Selain itu hal ini juga selari dengan peruntukan seksyen 96 (h) ETJSS 2003. Seksyen 96 yang menjelaskan darihal perbicaraan secara keseluruhannya, ini bermakna seksyen 96 (f) tidak hanya bermaksud di satu peringkat sahaja dan jika diteliti ianya diperjelaskan lagi di dalam seksyen 96 (h) perlu dibaca Seksyen tersebut memperuntukkan,jika, apabila keterangan itu diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduhkan itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibacarakan. Ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu.Sesalinan seksyen yang berkenaan dilampirkan dan ditanda PS 10

[5.5]Setelah diteliti peruntukan Seksyen 96 (h) di atas, secara jelas telah menguatkan lagi hujah Pendakwa berkaitan beban pembuktian yang perlu dibuktikan oleh Pendakwa dalam menentukan kewujudan sesuatu kes. Frasa dalam seksyen ini menyatakan, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduh itu, telah memberi maksud bahawa beban pembuktian yang ditanggung oleh pihak Pendakwa tidaklah terlalu ketat sehingga mencapai ke tahap yaqin. Sebaliknya, Mahkamah boleh mensabitkan kesalahan berdasarkan wujudnya kes untuk dijawab oleh tertuduh walaupun pembuktiannya hanya mancapai tahap Gholabatu az- Zan sahaja. Peruntukan ini juga dijelaskan lagi di bawah Seksyen 96 (j) ETJSS 2003, jika Mahkamah telah mengambil keterangan dang menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan dan memutuskan pertuduhan perlu dipinda atau pun tidak, tertuduh tetap tidak mengaku bersalah, tertuduh perlu dipanggil membela diri.Sesalinan seksyen yang berkenaan dilampirkan dan ditanda PS 11

[5.6]Bagi menentukan samada Pendakwa telah mengemukan pembuktian di tahap yang telah ditetapkan, ianya boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti berikut;i.Bilangan saksi yang mencukupiii.Pengemukaan keterangan-keterangan tertentu yang mencukupi, termasuk dokumen, laporan polis dan;iii.Kewujudan setiap elemen di dalam pertuduhan dan peruntukan perundangan.

[5.7]Dalam kes ini Pendakwa telah berjaya memenuhi bilangan saksi dalam membuktikan kes serta selaras kehendak Hukum Syarak dan peruntukan perundangan iaitu mengikut seksyen 86 (5) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor Tahun 2003. Seksyen tersebut memperuntukkan;Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.Sesalinan muka surat yang berkenaan dilampirkan dan ditanda PS 12

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282;Maksudnya: Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki di kalangan kamu.

Pihak Pendakwa berpuashati dengan keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi dan terdapat keterangan-keterangan yang sangat konsisten, jelas dan mencukupi untuk mengatakan bahawa kes pemujaan salah di antara OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 ini benar-benar berlaku. Hujahan tertuduh menyatakan SP1, SP2 dan SP3 tidak konsisten dan banyak kenyataan bercanggah tidak relevan kerana tiada ketika pemeriksaan di lokasi tangkapaan. Tampaknya pihak tertuduh cukup mudah membuat tafsiran untuk mengelirukan mahkamah menunjukkan pihak pendakwa gagal dari sudut keterangan saksi. Namun, Yang Arif Tuan Hakim, pendakwa sebenarnya berjaya memperolehi keterangan saksi SP1 dan SP2 yang saling melengkapi dan menyokong keterangan untuk memberikan gambaran yang jelas dan terperinci kepada mahkamah. SP2 dan SP3 pula bertindak dalam memulakan siasatan dan dapat mengesahkan kepada mahkamah bahawa setiap prosedur tangkapan menurut undang-undang dan elemen kesalahan terhadap tertuduh-tertuduh dapat dipenuhi. SP2 dan SP3 juga berperanan penting menjelaskan orang yang dituduh di mahkamah adalah tertuduh yang beliau siasat dan tidak terkecuali mendapat keterangan daripadanya serta dapat membuat pengecaman OKT1, OKT2 dan OKT3.][5.8]Dalam hal menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah perlu memutuskan tahap pembuktian yang diperlukan oleh Mahkamah dalam menentukan kewujudan kes terhadap seseorang yang dipertuduhkan. Mahkamah perlu menghalusi dan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dari pelbagai aspek yang pada pendapat Mahkamah bahawa Mahkamah berpuashati dengan keterangan-keterangan yang dibentangkan boleh memenuhi pembuktian kepada keperluan elemen-elemen kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (No.9) Tahun 1995. Mahkamah perlu memastikan keterangan tersebut adalah keterangan yang boleh diterima dan boleh dipercayai yang dapat membuktikan setiap intipati pertuduhan.[5.9]Yang Arif Tuan Hakim, pembuktian yang terkandung di dalam prinsip undang-undang merupakan satu proses untuk menentukan atau mensabitkan sesuatu tuntutan atau dakwaan di hadapan Mahkamah. Tujuan pembuktian ini adalah untuk membolehkan Mahkamah percaya sama ada ke atas keseluruhan kes atau fakta-fakta tertentu yang didakwa wujud atau tidak wujud oleh pihak-pihak di dalam perbicaraan.[5.10]Pendakwa menghujahkan bahawa bagi kesalahan jenayah tazir, pihak Pendakwa hanya perlu membuktikan kes melalui keterangan yang ada sehingga mencapai tahap pembuktian yang membolehkan Mahkamah beranggapan bahawa tertuduh itu melakukan kesalahan yang dipertuduhkan.

[6] ELEMEN-ELEMEN KESALAHANYang Arif Tuan Hakim,[6.1] Dalam menentukan kes ini, Pendakwa akan menjurus keapda elemen-elemen kes pertuduhan dan elemen-elemen lain yang bolwh mengaitkan tuduhan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3 dalam kes ini. Elemen-elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh saksi-saksi pendakwaan ketika memberi keterangan secara bersumpah di dalam Mahkamah yang mulia iaitu:ELEMEN PERTAMATangkapan dibuat terhadap; i. MUSOLMAN BIN ABI TOLIB (NO.KP: 760808-02-2456)ii. HAJI JABIT BIN LEBAI SEMAN (NO.KP: 670812-07-2391)iii. ABANG KADIR BIN ABANG CHIK (NO.KP: 680924-07-7680)

ELEMEN KEDUAElemen tarikh kejadian, masa kejadian dan tempat kejadian. Tarikh kejadian 30 SEPTEMBER 2014 dan kejadian berlaku pada jam lebih kurang 10 MALAM. Tempat kesalahan pemujaan salah dilakukan di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.

ELEMEN KETIGAElemen perbuatan pemujaan salah yang dilakukan OKT1, OKT2 dan OKT3 di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.[6.2]Elemen Pertama: Tangkapan dibuat terhadap MUSOLMAN BIN ABI TOLIB (NO.KP: 760808-02-2456), HAJI JABIT BIN LEBAI SEMAN (NO.KP: 670812-07-2391) dan ABANG KADIR BIN ABANG CHIK (NO.KP: 680924-07-7680)[6.2.1]Mengikut keterangan saksi-saksi pendakwa, tangkapan ini adalah dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) yang mempunyai kuasa menangkap. Pemeriksaaan dan tangkapan dilaksanakan oleh tiga (3) orang PPA dan seorang (1) Pegawai Penyiasat telah memberi keterangan secara bersumpah di dalam mahkamah. Berdasarkan keterangan, setiap saksi pendakwa mempunyai pengalaman dalam tangkapan di bawah kesalahan Jenayah Syariah di Selangor dan sememangnya dilantik sebagai PPA. SP1 merupakan seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang. SP2 telah berkhidmat lebih kurang 8 tahun bertindak sebagai Ketua Operasi dalam tangkapan ini, SP3 pula telah bertugas selama 5 tahun dan bertindak sebagai Pegawai Penyiasat di dalam kes ini.Tangkapan dan pemeriksaan di lokasi adalah berdasarkan kepada operasi berkala yang dilakukan oleh PPA dalam rondaan pencegahan. SP2 menjelaskan bahawa dia mendapat aduan daripada SP1 berkaitan kes tersebut. Kesemua saksi konsisten lokasi tempat adalah di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Kepayang Daerah Petaling Jaya. Saksi-saksi jelas dalam keterangan sebelum tangkapan ke atas tertuduh telah melakukan serbuan di hari seterusnya pada waktu malam. Kali pertama SP1 melihat OKT1, OKT2, dan OKT3 melakukan upacara pemujaan salah dengan menari-menari di tanah perkuburan yang terdapatnya busut disitu. Tertuduh juga menari-nari diiringi dengan muzik keras. SP1 pada keesokan paginya membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Selangor. SP2 dan SP3 menerima aduan tersebut dan terus membuat siasatan pada malam hari dan mendapati aduan yang diterima daripada SP1 benar belaka. Pemeriksaan lanjut dibuat sejurus serbuan dilakukan.[6.2.2]Pengesahan identity tertuduh juga dilaporkan sebagai MUSOLMAN BIN ABI TOLIB (NO.KP: 760808-02-2456) beralamat di NO 27, Jalan Gelora, 19/46, Section 15, 40000 Shah Alam, Selangor. HAJI JABIT BIN LEBAI SEMAN (NO.KP: 670812-07-2391) beralamat di Jalan Port Usukan, 81958 Kota Belud, Sabah dan ABANG KADIR BIN ABANG CHIK (NO.KP: 680924-07-7680) beralamat di Kg. Kaingaran, Peti Surat 76, 89308 Ranau, Sabah. Fakta ini tiada sebarang bantahan mahupun diisukan oleh tertuduh sepanjang prosiding perbicaraan.[6.2.3]Pendakwa mengambil perhatian Mahkamah bahawa SP1 dapat mengecam OKT1, OKT2 dan OKT3. SP2 dan SP3 juga dengan jelas dapat membuat pengecaman terhadap tertuduh pada prosiding bicara bertarikh 20 OKTOBER 2014 adalah orang yang ditangkap dan ditahan pada 30 SEPTEMBER 2014 di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang. Tiada sebarang percanggahan kenyataan saksi dalam fakta ini dan tidak dipertikaikan oleh pihak tertuduh.

[6.2.4]Dalam membuktikaan jantina mereka yang juga menjadi elemen penting dalam pertuduhan, boleh diilhat dan dirujuk melalui kad pengenalan masing-masing yang telah diserahkan kepada Yang Arif Tuan Hakim ketika prosiding bicara. Pendakwa juga mengambil perhatian disini, sepanjang prosiding perbicaraan di peringkat setiap saksi-saksi pendakwaan ini juga dengan jelas dapat membuat pengecaman tersebut bahkan tidak ada apa-apa bantahan dan fakta ini dipertikai dari mana-mana peringkat perbicaraan mengenai jantina mahupun pengesahan diri tertuduh.[6.2.5]Dengan keterangan konsisten dari saksi-saksi pendakwa, tiada pertikaian dari pihak Tertuduh sendiri, membuktikan pihak Pendakwa telah dapat memenuhi elemen pertama dalam kes ini.

[6.3]Elemen Kedua: Elemen tarikh kejadian, masa kejadian dan tempat kejadian. Tarikh kejadian 30 SEPTEMBER 2014 dan kejadian berlaku pada jam lebih kurang 10 MALAM. Tempat kesalahan pemujaan salah dilakukan di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.[6.3.1]Keterangan saksi-saksi pendakwa dengan jelas dapat mengingati tarikh kejadian tangkapan ke atas ketiga-tiga tertuduh ini pada 30 SEPTEMBER 2014. Tiada sebarang percanggahan tarikh dari saksi-saksi pendakwa yang terlibat dengan tangkapan dan pemeriksaan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3 dan tiada sebarang bantahan dan pertikaian oleh tertuduh di dalam hal ini. Manakala dalam aspek masa dan lokasi tangkapan juga setiap saksi dapat menyatakan dengan jelas bahawa tangkapan terhadap tertuduh di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang di dalam daerah Petaling Jaya dilakukan pada jam lebih kurang 11 malam.Pendakwa melihat dari keterangan saksi-saksi pendakwa adalah konsisten, anggaran masa tangkapan ditetapkan dari mula pergerakan operasi pencegahan tangkapan itu dibuat ke lokasi Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dan membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas tertuduh. Pendakwa ingin mengambil perhatian Mahkamah bahawa tangkapan dilakukan pada malam di hari yang sama selepas SP1 membuat aduan ke JAIS pada pagi hari. Adalah menjadi kelaziman sebagai manusia tidak dapat mengingati sesuatu dengan tepat seperti masa sewaktu tangkapan dibuat. Namun begitu fakta utama tidak terganggu dengan anggaran masa yang diberikan saksi-saksi.[6.3.2]Merujuk dalam hujahan tertuduh yang mempersoalkan tentang masa tangkapan ini hanyalah bersifat teknikal semata-mata dan tidak cukup untuk menimbulkan keraguan. Di dalam pertuduhan yang dibacakan ke atas tertuduh jelas dinyatakan waktu lebih kurang 11 malam dan jelas tidak menyatakan tepat pada waktu tersebut. Waktu itu adalah sebagai anggaran pada masa tangkapan dilakukan dan masih lagi dalam tempoh kejadian itu berlaku. Anggaran masa tiba di lokasi dan rondaan di lokasi dan sekitarnya juga berdasarkan keterangan saksi-saksi, namun masih lagi dalam tempoh relevan antara jam lebih kurang 10 malam hingga tangkapan dibuat pada jam lebih kurang 11 malam. Dalam perkara ini pendakwa menegaskan isu ini tidak mencacatkan elementasi kes ini. Masa yang disebut dalam keterangan saksi-saksi masih lagi dalam tempoh kejadian berlaku.[6.3.3]Apa yang jelas melalui keterangan saksi-saksi, masa kejadian sehinggalah tangkapan tangkapan berjaya dibuat adalah pada waktu malam dimana waktu itu adalah waktu yang tidak munasabah untuk mana-mana orang berada di tanah perkuburan diiringi dengan tarian dan muzik keras yang menimbulkan syak yang tinggi wujudnya perbuatan yang tidak bermoral.Pihak pendakwa ingin menegaskan disini perbuatan ini telah menunjukkan niat (mens rea) tertuduh-tertuduh untuk berada bersama dalam keadaan seperti itu yang boleh cuba menyebabkan kesalahan pemujaan salah dilakukan dan ini jelas dilihat daripada tindakan (actus reus) mereka semasa ditangkap. Antara mens rea yang jelas adalah tindakan tertuduh-tertuduh berada di tanah perkuburan di lewat malam yang semestinya jauh daripada penglihatan awam. Ianya menzohirkan seperti tidak mahu diakses dan diketahui oleh orang lain mereka berada di lokasi tersebut.

[6.4] Elemen Ketiga: Elemen perbuatan pemujaan salah yang dilakukan OKT1, OKT2 dan OKT3 di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.[6.4.1]Pendakwa menegaskan OKT1, OKT2 dan OKT3 berada bersama di Tanah Perkuburan Kampung Kepayang dalam daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bersandarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwa. Lokasi adalah di lokasi penganut agama islam iaitu di kawasan perkuburan.Kesemua saksi menjelaskan secara konsisten pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan daripada SP1 yang mendapati perbuatan tertuduh yang mencurigakan. Pendakwa percaya keadaan begitu dapat dikesan oleh PPA yang membuat tangkapan berdasarkan lokasi serbuan yang diketahui ramai dan mudah diakses.[6.4.2]Kesemua saksi menjelaskan secara konsisten perlakuan tertuduh semasa siasatan dibuat. Didapati tertuduh sedang menari nari di keliling busut di tanah perkuburan tersebut diiringi dengan muzik keras. SP2 dan SP3 semasa membuat serbuan menjumpai sebilah keris, beberapa helai kain kuning dan 3 batang lilin yang digunakan sebagai aktiviti pemujaan salah tertuduh. SP1 yang telah melihat perlakuan tertuduh di malam sebelumnya juga menjelaskan gambaran yang serupa sepertiman yang dilihat SP2 dan juga SP3. Cumanya SP1 tidak dapat melihat keris, kain kuning dan juga 3 batang lilin sepertiman SP2 dan SP3 kerana SP1 melihat perbuatan tertuduh dari sebalik pokok jauh daripada lokasi tepat tertuduh melakukan pemujaan salah kerana khuatir akan diketahui tertuduh akan kehadirannya.[6.4.3]SP2 dan SP3 sebagai pegawai penyiasat mempunyai keterangan yang sangat adil untuk diterima kerana bukan sahaja merekodkan keterangan saksi yang membuat tangkapan malah tertuduh yang ditahan dan Pegawai Penyiasat pastinya telah mendapat pengesahan daripada tertuduh dan saksi-saksi. Keterangan beliau juga boleh diterima kerana rekod siasatan dilakukan selepas tangkapan dibuat dengan segera dan bukannya mengambil masa yang lama seperti memberi keterangan kepada pihak mahkamah hari ini.[6.4.4]Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwa tangkapan dibuat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 4 (1). Namun kuasa Ketua Pendakwa Syarie membuat sebarang keputusan dalam menentukan kesalahan yang wajar dituduh berdasarkan siasatan dan keterangan saksi-saksi dan tertuduh sendiri yang direkodkan di dalam fail siasatan. Dalam kes ini kesalahan tertuduh dirujuk dibawah seksyen 4(1) EJSS 1995 iaitu kesalahan pemujaan salah. Perbuatan OKT1, OKT2 dan OKT3 yang seperti memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda boleh membawa fitnah kepada mereka sendiri. PPA membuat pemeriksaan atas dasar mencegah sesuatu perkara yang tidak bermoral berleluasa terutamanya pada masyarakat islam.[6.4.5]Pendakwa tegaskan PPA yang terlibat di dalam tangkapan dan pemeriksaan tertuduh bukan sebarangan kerana setiap PPA memiliki pengalaman lebih daripada 4 tahun. Pastinya mereka ini menerima banyak kursus dan berpengalaman dalam mencegah kesalahan jenayah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang dan tatacara sewajarnya. Pastinya melibatkan banyak tangkapan dan pemeriksaan dalam pelbagai keadaan. Ini dinyatakan dengan jelas oleh saksi-saksi. SP2 menjelaskan operasi sebegini sangat jarang berlaku sebelum ini. Berbeza dengan kesalahan-kesalahan jenayah seperti khalwat, kes pemujaan salah jarang sekali berlaku.[6.4.6] Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwa jelas menunjukkan tindakan tangkapan ke atas pasangan tertuduh ini adalah selari dengan undang-undang dan hukum syarak. Ketika tangkapan, tertuduh jelas melakukan aktiviti yang berlanggar dengan Hukum Syarak. Sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah berdosa besar dan syirik. Ingin pendakwa tegaskan disini bahawa perbuatan pemujaan salah adalah suatu perkara yang tidak bermoral dan amat dilarang di dalam Islam. [6.4.7]Pihak Pendakwa menegaskan bahawa telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-elemen kes sejajar dengan peruntukan sedia ada bersandarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwa. Ia sekaligus menjawab isu-isu remeh dan bersifat teknikal yang dibangkitkan oleh pihak tertuduh dalam hujahannya. Setiap tangkapan melibatkan seksyen 4 ini tidak memastikan mengambil barang kes atau foto mahupun dokumen yang boleh menghubungkan dengan perlakuan tidak bermoral dan ianya sekadar untuk menyokong keterangan. Walaubagaimanapun, PPA tetap mengambil barang kes atau foto untuk menguatkan lagi bukti bahawa OKT1, OKT2 dan OKT3 melakukan kesalahan ini. Namun begitu setiap keterangan bersumpah yang dikemukan dengan elemen kesalahan adalah satu fakta dan menjadi pembuktian utama di dalam sesuatu kes.Keperluan saksi-saksi untuk membuktikan segala keterangan dan dakwaannya diperingkat kes pendakwa ini adalah sejajar dengan kaedah fiqh dan Enakmen Keterangan Syariah Selangor 2003. Maksudnya: Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar.

Keterangan saksi pendakwa adalah salah satu fakta yang utama yang tidak boleh dipertikai kecuali tertuduh dapat meragukan keterangan saksi-saksi pendakwa. Keterangan saksi-saksi pendakwa berbentuk bayyinah dan syahadah selari dengan Seksyen 3 Enakmen Keterangan Syariah Selangor 2003 menyebut;keterangan termasuklah a. Bayyinah dan syahadah;b. Segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut lisan;Sesalinan seksyen yang berkenaan dilampirkan dan ditanda PS 13Ia sejajar denan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 seksyen 46 yang menyebut:46. Pembuktian fakta dengan keterangan lisan.Segala fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan lisanSesalinan seksyen yang berkenaan dilampirkan dan ditanda PS 14

Wajar untuk tertuduh ini dipanggil untuk membela diri dan menjawab atas pembuktian dan persoalan elemen kes diperingkat pendakwaan.[6.4.8]OKT1, OKT2 dan OKT3 juga ketika diserbu dalam keadaan mempunyai niat (mens rea) yang telah dizahirkan melalui tindakan (actus reus) mereka dengan keadaan ketika ditangkap. Jika kenyataan ini wujud sewajarnya OKT1, OKT2 dan OKT3 hendaklah dipanggil membela diri menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan pendakwa berdasarkan keterangan saksi-saksi yang cukup membuktikan eelemen kesalahan di bawah seksyen 4(1).OKT1, OKT2 dan OKT3 adalah dalam keadaan yang sangat mencurigakan dan berniat untuk melakukan pemujaan salah. Segala tindakan tingkah laku seorang manusia adalah atas fikiran, niat dan kewarasan tertuduh itu berfikir. Sejajar dengan sepotong hadis; : Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab r.a katanya, telah mendengar aku akan Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya segala amalan itu dengan berniat dan bahawasanya bagi tiap-tiap manusia itu apa-apa yang diniatkannya..Perbuatan harus yang dikerjakan oleh seorang mumin, di dalamnya terdapat niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah. Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulianya niat dan ujian itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya mengiginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga. Yang Arif Tuan Hakim,[6.4.9]Berdasarkan kepada hujahan pendakwa bersandarkan kepada peruntukan di bawah ETJSS 2003 bersam huraian setiap kehendak perundangan dan rujukan kes yang dilampirkan, Pendakwa menegaskan bahawa hujahan tertuduh di dalam isu ini tidak relevan dan khilaf dalam mentafsirkan kehendak undang-undang itu sendiri. Sesungguhnya Pendakwa berjaya membuktikan kes di tahap maksimum dan wajar dipanggil OKT1, OKT2 dan OKT3 untuk membela diri dan menjawab kes yang diwujudkan kepada pihak tertuduh.

[8]KESIMPULAN[8.1] Pendakwa menghujahkan bahawa keterangan berkaitan tangkapan yang dilakukan oleh saksi-saksi pendakwa adalah jelas membuktikan bahawa wujudnya kesalahan yang disyaki dan wajar untuk PPA yang berbidangkuasa membuat tindakan berdasarkan kuasa yang diberikan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dalam aspek amar maruf nahi munkar. Tiada sebarang tohmah dan niat jahat yang wujud antara PPA yang membuat tangkapan dan pihak tertuduh. Sepanjang keterangan diberikan SP1, SP2 dan SP3 saksi-saksi ini menunjukkan kefahaman di dalam menyiasar kesalahan yang disyaki menurut undang-undang dan melaksanakan prosedur tangkapan tidak membelakangkan undang-unadng yang diperuntukkan. Pemeriksaan PPA di lokasi tersebut berdasarkan kepad maklumar yang diberikan oleh orang awam dan melaksanakan tanggunggjawab memeriksa dan menyiasat lokasi sebagai seorang penguatkuasa dan sebagai orang Islam untuk mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada.[8.2] Pendakwa berhujah bahawa dalam Mahkamah mempertimbangkan samada untuk menerima keterangan daripada saksi-saksi Pendakwaan yang konsisten, Pendakwa tegaskan bahawa;I. Keterangan saksi-saksi Pendakwaan tidak boleh ditolak kerana SP1 adalah eye witness bersama SP2 serta SP3 adalah Pegawai Penguatkuasa Agama yang melaksanakan tindakan lanjut untuk penyiasatan secara langsung berdasarkan keterangan saksi-saksi dan OKT1, OKT2 dan OKT3 mengikut kuasa yang diperuntukkan serta merupakan first degree evidence, yang tidak boleh diragui. Keterangan saksi-saksi tidak subjudis ketika dalam prosiding bicara namun beliau dilihat memberi penegasan yang sewajarnya berkaitan perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh.

II. Saksi Pendakwaan juga tidak mempunyai kepentingan terhadap tertuduh-tertuduh dan tidak wujud sebarang tohmah tangkapan dilakukan. Oleh yang demikian adalah mustahil saksi-saksi Pendakwaan berpakat untuk melakukan sesuatu niat tidak baik kepada tertuduh.

Pihak pendakwa dengan ini telah berjaya membuktikan bahawa wujudnya kes yang perlu dijawab oleh tertuduh untuk dipanggil bela diri. Di dalam kes ini dimana kesemua elemen telah dapat dibuktikan. Kesimpulannya, segala yang telah ditegaskan di atas berdasarkan keterangan dari saksi-saksi pendakwaan yang dikemukakan dalam Mahkamah ini pihak Pendakwaan dengan yakin telah dapat membuktikan elemen-elemen kesalahan OKT1, OKT2 dan OKT3 di bawah kesalahan pemujaan salah di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No.9 Tahun 1995. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes ini di tahap yang mana dikehendaki oleh undang-undang seperti dihujahkan oleh pihak pendakwa di peringkat awal tadi. Oleh itu, mohon pihak-pihak Tertuduh dipanggil untuk membela diri.

Bertarikh pada hb, , 2014

( MUHAMMAD TOLHAH BIN BAHARUDDIN)Pendakwa Syarie Negeri Selangor

Hujah Penggulungan ini telah difailkan oleh Pendakwa Syarie Selangor, yang beralamat di Bahagian Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 5, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seskyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (Tel No.: 03-55143491/ FAX No.: 03-55104944)