contoh penghujahan

22
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO: 22NCVC-324-2011 ANTARA IMASPRO RESOURCES SDN. BHD. PLAINTIF DAN 1. TAN OOI KEONG (NO. K/P.: 541128-08-6117) 2. WONG POH SEY (NO. K/P.: 561210-08-6550) (Perkongsi-Perkongsi yang berniaga di dalam Nama dan gaya “Syarikat Perniagaan Soon Seng”) DEFENDAN- DEFENDAN PENGHUJAHAN DEFENDAN (Berkenaan dengan Kandungan 5) 1. PENDAHULUAN

Upload: isterismail

Post on 24-Nov-2015

434 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

contoh penghujahan

TRANSCRIPT

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH

17

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAMDALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIAGUAMAN NO: 22NCVC-324-2011

ANTARA

IMASPRO RESOURCES SDN. BHD.PLAINTIF

DAN

1. TAN OOI KEONG(NO. K/P.: 541128-08-6117)2. WONG POH SEY(NO. K/P.: 561210-08-6550)(Perkongsi-Perkongsi yang berniaga di dalamNama dan gaya Syarikat Perniagaan Soon Seng)DEFENDAN-DEFENDAN

PENGHUJAHAN DEFENDAN(Berkenaan dengan Kandungan 5)

1. PENDAHULUAN

0. Plaintif telah memfailkan satu permohonan (Lampiran 5) untuk suatu perintah Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 terhadap Defendan (Permohonan tersebut).

0. Untuk menyokong Permohonan ini, Defendan memohon kezinan Mahkamah Mulia ini untuk merujuk kepada segala afidavit yang telah difailkan di dalam ini dan untuk memudahkan Mahkamah, Defendan memakaiguna penghujahan yang telah difailkan untuk membantah kepada permohonan Plaintif untuk penghakiman terus.

0. Setakat ini, Defendan memohon untuk merujuk kepada suratcara-suratcara seperti berikut, iaitu:

1. Saman Dalam Kamar bertarikh 17-06-2011 (Lampiran 5);1. Afidavit Sokongan yang diikrar pada 16/6/2011 (Lampiran 5A);1. Afidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrar pada 29/7/2011 (Lampiran 13);1. Afidavit Lanjutan Plaintif yang diikrar pada 18/8/2011 (Lampiran 14);1. Afidavit Jawapan 2 Defendan Kedua yang diikrar pada 28/10/2011 (Lampiran 17);1. Afidavit Ke 3 Plaintif yang diikrar pada 08/11/2011; dan1. Afidavit Jawapan 3 Defendan Kedua yang diikrar pada 18/11/2011.

1. KES PLAINTIF

1. Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan bahan agrochemical telah menuntut kepada Defendan jumlah wang sebanyak RM 510,489.40 bagi perkhidmatan dan barangan yang didakwa dibeli dan dihantarserah kepada Defendan (Kerja-kerja tersebut).

3.KES DEFENDAN

0. Secara dasarnya, Defendan menafikan akan keberhutangan yang didakwa oleh Plaintif di dalam ini.

0. Ia bukanlah penafian semata-mata, tetapi ia adalah berdasarkan kepada fakta-fakta dan isu-isu yang mana Mahkamah ini perlu mempertimbangkannya sebelum memberi satu penghakiman terus kepada Plaintif.

0. Penafian Defendan mengenai keberhutangan adalah berdasarkan isu-isu berikut:a) Permohonan Defendan adalah Defective;b) Surat jaminan kredit yang tidak distemkan;c) invois- invois tidak diterima oleh Defendan;d) Plaintif melanggar/menamatkan perjanjian kredit; dane) Kegagalan Plaintif untuk menghantar serah barangan.

4.MERIT/ISU-ISU DEFENDAN

0. Sebelum Defendan menunjukkan isu / merit yang perlu dibicarakan, Defendan ingin mengambil kesempatan ini untuk memetik penghakiman Mahkamah Persekutuan yang diputuskan oleh Y.A.A. Mohamed Dzaiddin di dalam kes United Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 1 MLJ 657 {Item } yang mana ia adalah relevan di dalam pendengaran di bawah Aturan 14, KMF, 1980, iaitu;

if the defendant could not point to a specific issue which ought to be tried, but nevertheless satisfied the court that there were circumstances that ought to be investigated, then the words there ought for some reason to be a trial would be invoked.

0. Defendan berhujah bahawa penghakiman di atas bukan sahaja tepat, malah ia adalah selaras dengan A. 14, k. 4 KMT, 1980.

0. Aturan 14 Kaedah 1 (1) {Item } menjelaskan seperti berikut:

Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part or such a claim. or has no defence to such a claim or part except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.

0. Adalah jelas daripada peruntukan di atas bahawa di dalam mempertimbangkan permohonan di bawah Aturan 14, tugas Mahkamah bukanlah untuk mendalami merit isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan, tetapi hanya sekadar bahawa sama ada Defendan telah membangkitkan sebarang isu. Seperti yang diputuskan oleh Y.A Abdul Malik Ishak di dalam kes Hong Leong Finance Berhad v. Rextex Rubber Products (M) Sdn Bhd & Anor. [1996] 4 CLJ 580 {Item }iaitu:

A triable issue may be established by showing that there is a defence to the claim, a dispute on the facts (Saw v. Hakim [1889] 5TLR 72), or that a point of law requires determination (the Electric and General Contract Corporation v. The Thomson - Houston Electric Company [1895] 10 TLR 103; Cow v. Casey [1949] 1KB 474). The House of Lords in Jacobs v. Booths Distillery [1901] 85 LT 262 established that the Courts role at the hearing of an application for summary judgment is not to delve into the merits of the issues raised by the defendant. The Court is supposed to determine whether an issue has been raised, it is not for the Court to consider whether the defendant is likely to succeed or fail.

0. Di dalam permohonan ini Defendan-Defendan telah menjawab dan memberikan pembelaan berdasarkan kepada Lampiran 13. A.14 r 4(1) KMT 1980 memperuntukkan bahawa:

A defendant may show cause against an application under rule 1 by affidavit or otherwise to the satisfaction of the court.

0. Berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas, Defendan menghujahkan bahawa pelbagai isu/pembelaan bermerit telah dibangkitkan oleh peguamcara Defendan melalui Lampiran 13 yang memerlukan pertimbangan mahkamah yang mulia untuk memberi leave to defend sebagaimana berikut:

0. Permohonan Plaintif adalah Defective

1. Defendan-Defendan berhujah bahawa permohonan Plaintif adalah defective memandangkan inaya gagal untuk memenuhi kriteria di bawah aturan 14 Kaedah 2(1) KMT 1980. Provisi tersebut menjelaskan seperti berikut:

(1) An application under rule 1 must be made by summons supported by an affidavit in Form 18 verifying the facts on which the claim, or the part of a claim, to which the application relates is based and stating that in the deponent's belief there is no defence to that claim or part, as the case may be, or no defence except as to the amount of any damages claimed. 1. Adalah suatu yang trite bahawa suatu permohonan di bawah Aturan 14 mesti disokong oleh afidavit dalam Borang 18, untuk mengesahkan fakta-fakta yang menjadi asas kepada permohonan itu. Afidavit ini adalah satu formalities dan juga perlu menyatakan kepercayaan deponen bahawa Defendan tiada pembelaan kepada tuntutan tersebut. 1. Afidavit ini juga merupakan satu prasyarat yang diperlukan untuk permohonan itu, dan sekiranya tiada afidavit yang mencukupi, permohonan ini boleh ditolak. Kepercayaandeponenbahawa Defendan tidak adapembelaan kepada tuntutan itumestidinyatakandengan cukup jelas dari semua segi.Oleh itu deposisiini adalahbahagian yang penting dalamafidavit tersebut. 1. Di dalam kes Tan Tik Sing V Gomez Development Co Sdn Bhd [1979] 2 MLJ 78 {Item } telah diputuskan seperti berikut:

Held, dismissing the plaintiff's application:

(1)the clear provisions of Order 14 rule 1(a) and Order 14A rule 1(1) are mandatory and they must be complied with if a plaintiff wants to get judgment without any trial whatsoever;(2)in the present case the plaintiff had failed to say on affidavit that in his belief there was no defence to the action. The plaintiff's application for summary judgment under Order 14A was therefore deficient for want of compliance with rule 1(1) of the order.

1. Defendan berhujah bahawa apabila Mahkamah ini meneliti isi kandungan Lampiran 5A, Mahkamah ini akan mendapati dengan jelasnya bahawa ianya tidak memplidkan dengan teliti bahawa Defendan-Defendan tiada pembelaan.

1. Plaintif hanya memplidkan tuntutan mereka, tanpa sebarang deposisi yang jelas mengenai kepercayaan mereka bahawa Defendan-Defendan tidak mempunyai pembelaan di dalam kes ini.

1. Plaintif juga tidak pernah menafikan bahawa Defendan-Defendan mempunyai pembelaan tetapi sekadar mengatakan bahawa Defendan tiada pembelaan bermerit . Jelas tugas Defendan-Defendan untuk menafikan pembuktian ini hanyalah dengan menunjukkan bahawasanya mereka mempunyai pembelaan. Lampiran 5A, dengan jelas menunjukkan bahawa mereka juga percaya Defendan-Defendan mempunyai pembelaan di dalam kes ini.

Sila rujuk : Perenggan 12 Lampiran 5A.

1. Jelas bahawa ianya insufficient untuk menidakkan pembelaan defendan dan sekaligus menyebabkan bahawa permohonan mereka adalah Defective.

1. Samada Pembelaan Defendan adalah vague/shadowy? Defendan-Defendan menghujahkan bahawa pembelaan Defendan-Defendan layak di ambil kira oleh mahkamah berdasarkan autoriti-autoriti di bawah.

1. Shamshiah Begum Syed Ismail, [1992] Order 14 And Its Alternatives Malayan Law Journal Articles [1992] 1 MLJ l. {Item }

A court granting a defendant leave to defend, may grant it unconditionally where there is a clear enough triable defence, or conditionally, where the defence is suspect or shadowy. Even if the defendant does no more than suggest a defence,or even if the merit of the defence case is not apparent from the defence filed or from the affidavit showing cause, leave (albeit conditional) to defend would be granted.

1. Berdasarkan autoriti di atas, adalah dihujahkan bahawa pembelaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan sekalipun tidak mempunyai cukup merit, sekurang-kurangnya telah menimbulkan keraguan dan pertikaian yang perlu diteliti mahkamah yang mulia. Ini termasuklah isu penamatan surat jaminan kredit, serta kegagalan Plaintif di dalam penghantaran barang.

Sila rujuk : Lampiran 13 Lampiran 17

4.4.5 Defendan-Defendan juga berhujah bahawa Defendan-Defendan perlu diberikan leave to defend memandangkan permohonan ini difailkan sejurus selepas Defendan-Defendan memasukkan Notis Kehadiran.

4.4.6 Sekurang-kurangnya sekiranya leave to defend diberi, Defendan-Defendan mempunyai peluang untuk membuktikan pembelaan mereka dengan lebih jitu.

4.4.7 Lebih-lebih lagi keterangan affidavit sebenarnya tidak mencukupi untuk menunjukkan suatu keterangan pembelaan yang bermerit. Satu perbicaraan penuh diperlukan bagi membuktikan ini yang mana dapat dinilai daripada demeanor saksi-saksi Plaintif dan Defendan-Defendan.

4.4.8 Ini dirujuk di dalam kes American Cyanamid v Ethicon Ltd. [1975] AC 396 muka surat 407, yang mana telah memutuskan bahawa :-

It is no part of the courts function at this stage of the litigation to try to resolve conflicts of evidence on affidavit as to facts on which the claims of either party may ultimately depend nor to decide difficult questions of law which call for detailed argument and mature considerations. These are matters to be dealt with at the trial.

4.4.9 Penghakiman Muktamad hanya diberikan di mana kes adalah tidak dipertikaikan atau plain and obvious. Defendan-Defendan merujuk kepada kes United Malayan Banking Corp Bhd v Palm & Vegetable Oils (M) Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 206{Item } di mana Mahkamah Persekutuan telah berputus:-

We only need to consider whether or not there are issues or questions in dispute which ought to be tried. Summary judgment is only given in a plain and obvious case. This is certainly not one. We find as we have indicated that there are in fact triable issues and this is substantiated by the necessity for applications for the admission of Queens Counsel in this appeal on the grounds of the complexity of the case which involves difficult questions of fact and law

4.4.10 Defendan-Defendan oleh itu harus diberikan leave to defend. Ini memandangkan, tanpa adanya pembelaan yang difailkan oleh Defendan-Defendan, tidak dapat dipastikan bahawa kes Plaintif adalah sesuatu yang benar-benar plain dan obvious. Sekiranya ini tidak dapat dipastikan, maka permohonan Plaintif ini juga tidak wajar diterima oleh mahkamah mulia ini.

4.5 Surat Jaminan Kredit Yang Tidak Distemkan

4.5.1 Seksyen 52(1) Akta Setem 1949 {Item } memperuntukkan bahawa:

No instrument chargeable with duty shall be admitted in evidence for any purpose by any person having by law o consent of parties authority to receive evidence, or shall be acted upon, registered, or authenticated by any such person or by any public officer, unless such instrument is duly stamped.

4.5.2 Defendan-Defendan menghujahkan bahawa surat jaminan kredit eksibit R-2 tersebut tidak langsung di setemkan. Ini sekaligus menjejaskan keboleh terimaan surat perjanjian terbabit sebagai keterangan oleh apa-apa prosiding di mahkamah.

4.5.3 Adalah satu undang-undang mantap, apabila sesuatu dokumen itu dinafikan sebagai keterangan di mahkamah, ianya tidak boleh dirujuk oleh pihak Plaintif terhadap Defendan-Defendan. Ini kerana ianya adalah dokumen yang tidak sah dan adalah terbatal. Defendan-Defendan tidak dapat dikatakan sebagai menjamin untuk membayar hutang Plaintif sekiranya surat jaminan tersebut adalah tidak sah.

Sila rujuk : JF Apex Securities Bhd V.Chew Kok Lian [2009] 8 CLJ 713.

4.5.4 Merujuk kepada kes di atas, mahkamah telah menolak permohonan Plaintif untuk penghakiman terus bersandarkan kepada pembelaan Defendan, yang mana diantaranya adalah disebabkan dokumen yang tidak distem dengan sempurna.

4.5.5 Keraguan DokumenSekiranya surat jaminan tersebut adalah laku, ianya tetap meragukan. Jika dilihat di bahagian tandatangan, jelas tandatangan Defendan Kedua di dokumen terbabit adalah berbeza dibandingkan dengan Afidavit-Afidavit Defendan Kedua.

Sila rujuk: R-2 Ruangan Tandatangan Afidavit-Afidavit Defendan

4.5.6 Jika ini berlaku, pakar tandatangan perlu dibawa untuk membuat perbandingan tulisan dan tandatangan Defendan-Defendan.

Sila rujuk: Seksyen 45 Akta Keterangan1950 {Item }

4.5.7 Sekiranya benar hal ini berlaku, dokumen ini hanyalah satu after thought daripada Plaintif dan oleh itu perlu dinafikan oleh mahkamah mulia.

4.7Invois- Invois Tidak Diterima Oleh Defendan

4.7.1Defendan juga menghujahkan bahawa terdapat beberapa invois yang tidak diterima oleh Defendan-Defendan.

4.7.2 Defendan menghujahkan bahawa sekiranya invois-invois tersebut tidak diterima oleh Defendan-Defendan, masakan Defendan-Defendan dapat dikatakan berhutang kepada Plaintif.

4.7.3Defendan menghujahkan bahawa invois-invois terbabit tidak diterima oleh Defendan-Defendan memandangkan Pihak Plaintif telah gagal untuk menghantar serah barangan yang dipesan kepada premis Defendan-Defendan.

4.8Kegagalan Plaintif Untuk Menghantar Serah Barangan.

4.8.1Defendan-Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif sebenarnya telah gagal untuk menghantar serah barangan sejak beberapa lama. Ini sekaligus menyebabkan Defendan telah tidak membuat bayaran kepada Plaintif.

4.8.2Kegagalan pihak Plaintif justeru telah menyebabkan pihak Defendan-Defendan tidak dapat membayar Plaintif serta mengalami loss dan damages yang tinggi disebabkan kerana gagal untuk memenuhi permintaan barangan sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan Defendan.

4.8.3Seksyen 40. Akta Kontrak 1950{Item } menjelaskan mengenai kesan kegagalan mana-mana pihak menghentikan satu kontrak. Ini dinyatakan seperti berikut:

Effect of refusal to party to perform promise wholly.When a party to a contract has refused to perform, or disabled himself from performing, his promise in its entirety, the promisee may put an end to the contract, unless he has signified, by words or conduct, his acquiescence, in its continuance.

4.8.4Berdasarkan akta di atas, jelas, apabila salah satu pihak telah tidak menjalankan tanggungjawab nya di dalam sesuatu perjanjian, pihak yang lain layak untuk menghentikan kontrak terbabit.

4.8.5Di dalam kes pada hari ini, Defendan berhujah bahawa Plaintif telah gagal di dalam menghantar serah barangan yang dipesan oleh Defendan-Defendan. Oleh itu, Defendan tidak berkewajipan untuk membayar apa-apa amaun kepada Plaintif. Lebih-lebih lagi, bilamana serahan barangan terbabit tidak/gagal dilakukan oleh pihak Plaintif ke atas Defendan-Defendan, justeru kontrak yang mengikat di antara kedua-dua pihak terhapus dengan sendiri.

4.8.6s. 83 Akta Kontrak 1950{Item }, pula mengatakan seperti berikut:A continuing guarantee may at any time be revoked by the surety, as to future transactions, by notice to the Creditor.

4.8.7Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Defendan kegagalan pihak Plaintif menghantar serah barangan selama beberapa kali menyebabkan secara implied bahawa kontrak guarantee di antara Plaintif dan Defendan telah terhapus.

4.8.8pihak Defendan juga ada menghubungi pihak Plaintif mengenai ini, tetapi tidak mendapat apa-apa maklumbalas positif.

4.8.9Masalah berkenaan akaun.Defendan-Defendan menghujahkan bahawa kegagalan pihak Plaintif untuk menunaikan cek berkenaan adalah berpunca daripada masalah akaun yang dihadapi oleh Defendan-Defendan. Malahan beberapa minggu selepas itu, pihak Defendan ada menyampaikan kepada nereka untuk tidak menunaikan cek tersebut lagi, memandangkan bahawa mereka menghadapi masalah berkenaan ketika itu.

4.8.9Jumlah yang dituntut terlalu banyakDefendan-Defendan menghujahkan bahawa sekiranya ada pun jumlah terhutang kepada Plaintif, ianya adalah berkenaan cek berkenaan dan tiada langsung kena mengena dengan jumlah yang diplidkan oleh Plaintif di dalam Lampiran 5 iaitu RM 510, 489.00.

4.8.10 Defendan-Defendan menghujahkan bahawa isu-isu di atas yang menjadi pencetus kepada tindakan Plaintif yang mana perlu diputuskan oleh mahkamah melalui satu perbicaraan penuh. Pihak Defendan juga berhujah akibat kemungkiran Plaintif, Defendan menanggung kerugian yang besar dan oleh itu wajar untuk diberikan hak untuk menuntut balas kepada Plaintif.

4.8.11Defendan juga menghujahkan bahawa situasi kes ini bukan lah satu plain dan obvious yang mana boleh diselesaikan dengan penghakiman terust. Di dalam Defendan merujuk kepada kes Societe Des Etains De Bayas Tudjuh v. Woh Heng Mining Kongsi [1978] 2 MLJ 267{Item }, di mana mahkamah telah memutuskan seperti berikut:

Order 14 was not intended to shut out a defendant who could show that there was a triable issue applicable to the claim as a whole from laying his defence before the court, or to make him liable in such a case to be put on terms of paying as a condition of leave to defend

4.8.12Defendan sekali lagi berhujah bahawa isu-isu di atas adalah triable dan bermerit dan hanya boleh diputuskan melalui satu perbicaraan pernuh. Justeru, leave to defend perlu diberi kepada pihak Defendan-Defendan.

5 KESIMPULAN

4.6 Berdasarkan kepada isu-isu fakta serta perundangan yang telah dibangkitkan oleh Defendan di dalam menentang Kandungan 5 di dalam ini, Defendan-Defendan berhujah bahawa ia perlu penyiasatan yang lanjut dan penelitian yang mendalam untuk pertimbangan oleh Mahkamah agar dapat memberi suatu keputusan yang adil dan saksama di dalam kes ini.

4.7 Defendan juga memohon Mahkamah mempertimbangkan bahawa terdapatnya isu untuk dibicarakan yang mana Defendan harus diberi peluang mendapat leave to defend serta untuk memberi keterangan tentang representasi yang dibuat oleh Plaintif agar Mahkamah yang Mulia ini dapat mengetahui perkara sebenarnya dalam kes ini.

4.8 Kami berhujah bahawa pembelaan, pertikaian fakta-fakta dan/atau isu triable sememangnya wujud dalam kes ini di mana adalah jelas menunjukkan bahawa suatu perintah untuk penghakiman terus dalam penghakiman muktamad tidak wajar dibenarkan dan Defendan tidak patut dinafikan peluang pembelaannya.

4.9 Defendan-Defendan juga merujuk kepada kes Arab-Malaysian Finance Berhad V. Mohamed Hussain Yehya & Anor [2001]1LNS31{Item } yang mana pembelaan Defendan-Defendan adalah triable.

Order 14is not designed to shut out the defendant who could show that there is a triable issue to the claim (Jacobs v. Booths Distillery Co.[1901] 85 L.T. 262 H.L.). It is certainly ideal to adopt the stand that the summary jurisdiction must be used with the utmost care. It is usually not granted when there is a serious conflict as to fact or difficulty as to a matter of law (Crawford v. Gilmore 30 L.R. Ir. 238; and Electric & General Contract Corporation v. Thompson-Houston[1895] 10 T.L.R. 103).

4.10 Penghakiman Muktamad hanya diberikan di mana kes adalah tidak dipertikaikan atau plain and obvious. Defendan-Defendan merujuk kepada kes United Malayan Banking Corp Bhd v Palm & Vegetable Oils (M) Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 206 di mana Mahkamah Persekutuan telah berputus:-

We only need to consider whether or not there are issues or questions in dispute which ought to be tried. Summary judgment is only given in a plain and obvious case. This is certainly not one. We find as we have indicated that there are in fact triable issues and this is substantiated by the necessity for applications for the admission of Queens Counsel in this appeal on the grounds of the complexity of the case which involves difficult questions of fact and law

4.11 Kes ini bukan satu kes mudah dan melibatkan banyak isu-isu undang-undang dan fakta-fakta yang rumit, kompleks and tidak patut dibicarakan melalui affidavit sahaja. Defendan mempunyai satu pembelaan yang cukup bermerit dan disebabkan tindakan Plaintif, Defendan-Defendan sekarang dipaksa untuk menanggung sesuatu perkara yang tidak patut dialami mereka.

4.12 Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dibangkitkan di dalam ini, Defendan memohon agar Kandungan 5 Plaintif ditolak dengan kos.

Bertarikh pada 17 November 2011.

______________________Peguamcara Defendan-Defendan.

Penghujahan Defendan ini difailkan oleh Tetuan KS Su & Mah, Peguambela dan Peguamcara bagi pihak Defendan yang mempunyai alamat untuk penyampaian No. 13A, 1st Floor, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak. [Ruj: SKS/W/1139/11]