penghijrahan kaum cina

Upload: mohd-faizal-bin-yahaya

Post on 30-May-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    1/9

    Penghijrahan Kaum Cina

    Menurut catatan sejarah, perhubungan antara Negara China dengan

    Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan.

    Pada peringkat awal, kedatangan para pedagang cina ke Tanah Melayu bukan

    bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi untuk menjalankan aktiviti

    perniagaan semata-mata. Tambahan pula, pada masa itu wujud hubungan

    diplomatic yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan

    kerajaan Tanah Besar China. Apabila berlaku campur tangan Inggeris di Pulau

    Pinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri-negeri Selat (1826), bermula satu

    lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Pihak British membawa

    masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina untuk bekerja dan menjadi

    buruh kasar untuk kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan

    buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina

    terkenal dengan sikap rajin bekerja. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke

    Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Pada masa itu,

    kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan

    Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Mereka berhijrah

    berdasarkan dialek daerah. Oleh itu, imigran Cina yang berhijrah ke Tanah

    Melayu mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka,

    Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Kawasan tumpuan mereka di Tanah Melayu

    kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan.

    Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana

    hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripada

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    2/9

    orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai

    enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina

    ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti

    kesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara

    China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai

    kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di

    Tanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    3/9

    Proses Asimilasi antara golongan imigran Cina dengan masyarakat

    tempatan dari aspek penyerapan budaya.

    Asimilasi merupakan satu proses percampuran kumpulan-kumpulan

    minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Kumpulan minoriti akan

    mempelajari, menyertai, dan mengamalkan cara hidup kumpulan majoriti. Hasil

    daripada proses percampuran tersebut, kumpulan minoriti akan kehilangan

    pegangan asal, agama, budaya dan bahasa mereka. Mereka akan

    mengamalkan kepercayaan, budaya, bahasa, dan agama kumpulan majority.

    Pada akhir proses asimilasi, akan wujud kelompok yang sama dan seragam.

    Proses asimilasi ini merupakan satu proses yang sukar dicapai dalam

    masyarakat Malaysia memandangkan terdapat terlalu banyak jurang perbezaan

    antara kaum. Tidak mudah untuk kumpulan-kumpulan minority meninggalkan

    budaya, bahasa, agama, dan pegangan mereka. Tambahan pula, mereka

    terpaksa mengamalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan kumpulan lain.

    Namun, di Malaysia proses asimilasi budaya (akulturasi) yang berlaku. Proses

    akulturasi merupakan satu proses di mana kumpulan minority mempelajari

    budaya kumpulan majority. Hanya aspek budaya sahaja yang diasimilasikan dan

    tidak pada keseluruhan cara hidup. Dengan kata lain, kumpulan minority hanya

    mempelajari aspek ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan

    akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam, dan lain-lain kemahiran dalam

    kumpulan majority.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    4/9

    Pakaian

    Walaubagaimana pun, masyarakat tempatan di Malaysia juga

    mempelajari budaya daripada imigran Cina dan India. Masyarakat Melayu

    mempunyai pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Seperti, baju melayu,

    samping, songkok, dan capal bagi golongan lelaki. Manakala, baju kurung, baju

    kebaya, kain batik, tudung dan selendang bagi golongan perempuan. Bagi

    pakaian tradisional masyarakat Cina ialah cheongsam, dan pakaian yang

    diperbuat daripada kain sutera. Contohnya, dalam aspek kebudayaan yang

    dapat kita lihat dari segi pakaian, yang mana wanita kaum cina sudah boleh

    memakai baju kurung dan kebaya melayu. Hal ini dapat dilihat semasa hari

    perayaan iaitu kaum cina akan sama-sama merayakan Hari Raya Puasa dengan

    memakai baju kaum melayu bagi menghormati orang melayu. Manakala, orang

    melayu juga turut menyambut Tahun Baru Cina dengan mengunjungi rumah

    kaum cina. Hal ini menunjukkan bahawa integrasi kaum itu telah wujud di

    Malaysia.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    5/9

    Kesenian

    Selain itu, kita juga dapat melihat penerimaan budaya di antara kaum cina

    dan melayu dalam aspek kesenian. Masyarakat Melayu mempunyai keseniannya

    yang tersendiri. Seperti dalam seni bina, wujudnya ukiran jenis flora dan fauna.

    Sebagai contoh, itik pulang petang, seni pucuk rebung, seni pucuk paku,

    dan seni burung merak. Seni ini digunakan dalam ukiran, anyaman dan corak

    di pakaian, dinding rumah, alat perhiasan, dan alat-alat senjata.. Manakala,

    dalam masyarakat Cina juga mempunyai kesenian yang berunsurkan flora dan

    fauna. Contohnya lambing naga, ikan emas, bunga teratai, lambing ying

    dan yang, dan dewa-dewi. Seni ukiran ini digunakan di dinding, bumbung,

    pintu gerbang, pakaian, alat perhiasan, lambing kebesaran Negara, hulu

    pedang, dan cop mohor di raja.Misalnya, terdapat masjid di negeri Melaka yang

    menggunakan seni bina dari China yang begitu ketara terutama pada bentuk

    bumbung masjid tersebut yang sama seperti bumbung istana kerajaan China. Di

    samping itu, seni bunga teratai yang terkenal di China juga turut digunakan

    dalam masjid seperti ukiran di dinding-dinding, tingkap, dan hiasan pada batu

    marmar di kolah.

    Sehubungan dengan itu, masyarakat melayu mempunyai seni kraf tangan

    seperti mengayam bakul, mengayam tikar dan mengayam atap daun nipah.

    Masyarakat Cina telah menerima seni kraf tangan ini dalam kehidupan

    sehariannya pada masa dahulu di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu juga

    menerima seni kraf tangan daripada masyarakat Cina seperti membuat tembikar,

    pasu bunga dan tempayan yang diperbuat daripada tanah liat.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    6/9

    Ilmu Pengetahuan

    Seterusnya, dari aspek ilmu pengetahuan iaitu dalam bidang perubatan

    dalam masyarakat Melayu dan Cina, wanita yang sedang mengandung dan

    mengamalkan cara hidup tradisional perlu mematuhi segala pantang-larang.

    Makanan yang mengandungi herba yang dirumus khas untuk menguatkan ibu

    dan janin, mesti dimakan manakala beberapa makanan dielakkan. Oleh sebab

    ramai orang cina kekurangan enzim untuk mengahadamkan hasil tenusu, ramai

    yang tidak meminum susu dan menggantikanya dengan makanan yang

    diperbuat daripada kacang soya. Sebulan selepas melahirkan anak, ibu-ibu

    terpaksa patuh kepada pantang-larang untung memulihkan kesihatan dan

    kekuatannya. Bagi masyarakat Cina, keluarga dan sahabat-handai

    menghadiahkan wain dan jenis-jenis makanan untuk memulihkan kekuatan

    tubuh. Manakala bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu perlu memakan herba atau

    makanan kesihatan yang lain untuk memulihkan tenaga. Selain itu, masyarakat

    Melayu telah mengamalkan cara perubatan tradisonal masyarakat Cina iaitu ibu

    yang selepas bersalin perlu memakan sup. Cara perubatan Melayu juga diguna

    pakai dalam masyarakat cina, seperti memakai bengkung dan amalan

    bertungku.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    7/9

    Moral dan Akhlak

    Di kalangan msyarakat melayu, apabila mereka bertemu atau

    terutamanya sebelum masuk ke rumah sendiri atau rumah orang lain, mereka

    akan memberi salam: Assalamualaikum dan jawapan yang diterima ialah

    Waalaikumussalam. Sapaan yang amat indah ini memohon keamanan dan

    kesejahteraan Allah bagi mereka yang menerima salam itu. Sebagai balasan,

    orang yang menyapa mengharapkan salamnya dijawab. Umumnya, orang Islam

    tidak akan menyapa orang yang bukan Islam dengan Islam ini. Tetapi, setelah

    berlakunya proses asimilasi budaya ini, Masyarakat Cina juga sering menyapa

    diantara satu sama lain seperti Hai dan Apa khabar. Apabila orang Melayu

    bertemu dengan orang Cina mereka boleh bertegur sapa dan bersalaman

    diantara satu sama lain. Ini menunjukkan masyarakat Cina mampu menerima

    budaya masyarakat Melayu.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    8/9

    Makanan

    Proses penyerapan budaya juga dapat dilihat daripada aspek penyediaan

    makanan. Kaum melayu terkenal dengan makanan yang pelbagai jenis seperti

    masak asam pedas, masak lemak, masak kunyit dalam masa yang sama

    terdapat juga pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang diwarisi daripada nenek

    moyang mereka seperti kuih bahulu dan kuih lapis. Manakala bagi orang cina

    pula terkenal dengan makanan seperti masakan bersup, herba, teh, mee tiew,

    dan kuih pau. Apa yang hendak dikatakan di sini ialah orang cina yang datang ke

    alam melayu ini sudah pandai menyesuaikan kehidupan mereka dengan

    memakan makanan sama seperti yang dimasak oleh kaum melayu malahan

    mereka juga sudah pandai makan yang pedas-pedas. Walaubagaimana pun,

    kaum melayu juga tidak turut meniru cara penyediaan kaum cina seperti

    masakan yang berunsurkan sup dan mee goreng. Selain itu, apabila tiba musim

    perayaan pula, kaum cina yang berkunjung ke rumah kaum melayu untuk

    meraikan Hari Raya Aidilfitri suka makan ketupat dan dodol, masak rendang dan,

    sebagainya. Manakala, orang melayu pula suka makan kuih bulan dan makanan-

    makanan yang disediakan oleh orang cina ketika sambutan Tahun Baru Cina.

    Namun sekarang, kaum melayu dan kaum cina sudah pandai menyediakan

    sendiri makanan yang bukan daripada budaya mereka dan ini membuktikan

    bahawa masing-masing menerima baik penyerapan yang dibawa oleh kedua-

    dua kaum ke dalam kehidupan seharian.

  • 8/14/2019 Penghijrahan Kaum Cina

    9/9

    Bahasa

    Di Malaysia, terdapat pelbagai loghat mengikut setiap negeri. Mengikut

    Bahasa Melayu baku, semua perkataan akan disebut dengan jelas dan betul

    mengikut ejaan. Tetapi, terdapat sesetengah negeri di Malaysia yang

    menggunakan loghat yang berbeza walaupun perkataan tersebut adalah yang

    sama. Sebagai contoh, penggunaan perkataan dalam perbualan seperti;

    Makan.

    o Di Terengganu disebut makang.

    o Di Kelantan disebut make.

    Besar

    o Di Perak, Johor, dan Terengganu disebut beso.

    o Di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang disebut besaq.

    o Di Negeri Sembilan disebut bosa.

    o Di Melaka disebut besau.

    Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina yang tinggal lama dengan masyarakat

    tempatan akan menggunakan loghat negeri tersebut apabila mereka bertutur.

    Hal ini menunjukkan bahawa penyerapan budaya itu akan berlaku secara

    perlahan apabila kita tinggal lama dan bercampur dengan golong yang majoriti di

    tempat berkenaan.